The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajfirdaus, 2023-08-31 20:17:49

u-media

u-media

96 Antara Pelajar FSKIK Yang Menjayakan Kerja Mengecat KERJA MENGECAT DI LOBI PEJABAT FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 4 November 2023 – Pelajar Semester 1 dan 3 dari Jabatan Seni dan Reka Bentuk dan Jabatan Multimedia Kreatif. Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berkampung di Lobi Pejabat FSKIK bagi kerja-kerja mengecat dinding. Projek ini berjaya dilaksanakan di bawah pemantauan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Yakup Mohd Rafee.


97 Pelajar FSKIK Tekun Membuat Kerja Mengecat


98 Pengurusan FSKIK Bersama Delegasi UNNES FSKIK TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNNES Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 6 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima kunjungan Delegasi Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang (UNNES) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSKIK pada 6 November 2023. Delegasi UNNES diketuai oleh Dr Rahina Nugrahani, Penyelaras Program, Fakultas Bahasa dan Seni.


99 Perbincangan UPSI-UNNES Sesi Menandatangani Letter of Intent (LOI)


100 Banner Perkongsian Kreatif DR WANDAH UNNES BERKONGSI ILMU BERSAMA WARGA FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 6 November 2023 – Pensyarah Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang (UNNES), Dr Wandah Wibawanto berkongsi ilmu dengan tajuk “Transforming Batik Througj D-Batik. Digital Innovation In Traditional Art” bersama warga Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) bertempat di Bilik Kuliah 10, Bangunan E-Learning UPSI pada 6 November 2023.


101


102 Banner Festival Seni UPSIf FESTIVAL SENI UPSI SEMARAK AKTIVITI SENI NEGARA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 7 November 2023 - Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) UPSI menganjurkan Festival Seni UPSI bermula 2 November 2023 sehingga 18 November 2023 bertujuan untuk mengetengahkan niche fakulti yang berteraskan seni kepada warga UPSI dan komuniti. Bermula dengan penganjuran Forum Integriti yang dianjurkan bersama Unit Integriti pada 2 November 2023, pihak penganjur mengetengahkan penyampaian sajak integriti dengan demonstrasi lukisan seni bagi memberi kelainan dalam kerja karya kreatif.


102 Sempena Perhimpunan Bulanan Edisi November 2023, pihak UPSI melancarkan Edu@Innovate dan Festival Seni UPSI yang dirasmikan pada 8 November 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Dalam majlis ini, FSKIK bersama rakan strategik, Ana Muslim dan Institut Kraf Negara (IKN) terlibat dalam majlis pertukaran dokumen MOU. Kerjasama kedua insitusi dan syarikat bakal memartabatkan industri animasi dan kraf negara selain kerjasama strategik lain. Buat pertama kalinya juga, FSKIK mengetengahkan kostum maskot yang diberi nama "Revo". Revo" merupakan maskot fakulti yang menyerlahkan elemen teknologi dalam animasi selaras dengan hasrat fakulti untuk menjadi peneraju dalam bidang industri kreatif. Antara aktiviti yang berlangsung sempena Festival Seni UPSI termasuklah Program SULAM di SK Kuala Slim yang melibatkan aktiviti mural, rock painting, denim upscycle, eco print, sculputure yang berlangsung pada 5-7 November 2023. Turut berlangsung ialah program pengantarabangsaan seni dengan Kunjungan Delegasi Fakultas Bahasa dan Seni, Universitas Negeri Semarang selain Perkongsian Kreatif oleh Dr Wandah Wibawanto dari UNNES berkaitan penyelidikan bertajuk “Transforming Batik Through D-Batik “Digital Innovation in Tradisional Art” pada 6 November 2023. Manakala pada 15 November 2023, lawatan kerja Rector of National Institute of Fine Arts and Design Tashkent (NIFAD), Uzbeksitan yang diketuai oleh Profesor Abbosjon Shodmonovich Mirzorakhimov. Kedua program pengantarabangsaan seni ini memaparkan kerjasama yang erat antara fakulti dengan institusi dari luar negara.


103 Pada 9 November 2023, bakal berlangsung Tayangan Filem 7/11 di Panggung Budaya selain Sembang Tokoh Seni yang berlangsung pada jam 11 pagi sehingga 1 petang. Sempena penutup program Edu@Innovate dan Festival Seni UPSI pada 2.30 petang, 9 November 2023, majlis penyampaian anugerah kepada tokoh seni negara turut berlangsung UPSI menganugerahkan Tokoh Penggiat Seni, Tokoh Pembangunan Seni dan Tokoh Alumni Seni kepada 6 orang penerima. Penganugerahan ini bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam memartabatkan seni negara. Turut berlangsung pada 11 November 2023 dan 18 November 2023 ialah Art@Bazzar yang diadakan di kawasan Food Truck Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI. Ia melibatkan pameran, jualan dan demonstrasi produk seni yang melibatkan pelajar, staf dan juga sayap perniagaan FSKIK, ARTRADE. Menurut Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris, Festival Seni UPSI merupakan salah satu program pemerkasaan fakulti selepas ia dijenamakan semula pada 2022. FSKIK merupakan sebuah fakulti yang penting dalam lipatan sejarah UPSI yang melalui melalui empat era, iaitu Era Fakulti Sains Sosial dan Kesenian (1997-2002), Era Fakulti Seni dan Muzik (2002-2010), Era Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (2010-2022), Era Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (2022-kini). Fakulti ini berkembang secara bertahap dari sebuah unit ke program, seterusnya menjadi jabatan dan kemudian menjadi katalis kepada kewujudan beberapa jabatan dan fakulti.


104 Antara AJK Yang Hadir Termasuk Dekan FSKIK (Belakang Sekali) AJK FSKIK HADIR RAPTAI PERHIMPUNAN BULANAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 7 November 2023 – Sesi Raptai Perhimpunan Bulanan Edisi Novemebr 2023 berlangsung di Dewan Tuanku Canselor bermula jam 10 pagi, 7 November 2023. Ahli Jawatankuasa dari Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir bagi sama-sama membuat persiapan dalam menjayakan majlis pada 8 November 2023. Ahli Jawatankuasa turut meninjau ruang pameran dan khemah yang dikhaskan kepada FSKIK selain meninjau lokasi program Festival Seni di Panggung Percubaan.


105 Pelancaran Festival Seni di Dewan Tuanku Canselor FESTIVAL SENI UPSI DILANCAR SECARA RASMI SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 8 November 2023 – Penganjur Bersama Perhimpunan Bulanan, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Unit Integriti dan Pusat Pengurusan Penyelidikan melancarkan Festival Seni UPSI dan juga Edu@Innovate pada 8 November 2023 bertempat di Dewan Tuanku Naib Canselor, UPSI. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar.


106 Buat pertama kalinya juga dalam majlis ini, FSKIK mengetengahkan kostum maskot REVO yang dipertontonkan kepada umum. Dua orang Staf FSKIK bersama REVO


107 Kakitangan FSKIK turut terlibat sebagai pemamer sempena program ini dengan mengetengahkan hasil seni. Staf FSKIK Di Ruang Pameran dan Demonstrasi


108 Staf pentadbiran pula membantu Jawatankuasa Jamuan bagi mengagihkan roti dan air kepada staf UPSI sempena Perhimpunan Bulanan Edisi November 2023. Staf FSKIK Bertugas Mengagihkan Makanan


109 FSKIK juga buat kali pertama mempamerkan kepada umum T-shirt rasmi Fakulti yang mula dipakai dalam majlis ini. Staf FSKIK Berpakaian Rasmi FSKIK


110 Suasana Di Pentas Sembang Bersama Tokoh Seni LAKAR SEJARAH ENAM TOKOH DALAM SATU PENTAS FORUM Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 9 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Sembang Bersama Tokoh Seni yang diadakan di Panggung Percubaan pada jam 1130 pagi bersempena UPSI Festival of Arts. Ia mencatatkan sejarah kerana enam orang tokoh berada satu satu pentas forum.


111 Mereka ialah Ts Liu Cheng Hua, Encik Hadi Farhan Soetiyono. Tuan Haji Iberahim Hassan, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Haji Zainuddin. Profesor Zulkifli Yusof dan Dr Syed Osman Syed Yusoff. Majlis ini dikendalikan oleh moderator yang juga Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Yakup Mohd Rafee. Terdahulu, Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris memberi ucapan alu-aluan bagi mengalukan kehadiran 6 orang tokoh dan juga tetamu serta hadirin. Antara Pensyarah Yang Hadir


112 Antara Staf FSKIK Yang Hadir FSKIK ANJUR TAYANGAN FILEM 7/11 Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 9 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Tayangan Filem 7/11 pada slot pagi dan slot petang, 9 November 2023 bertempat di Panggung Percubaan. Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) selaku penganjur mengenakan bayaran RM3.00 kepada penonton yang berminat menyaksikan tayangan filem ini


113


114 Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Haji Zainuddin menerima Anugerah Tokoh Pembangunan Seni ENAM TOKOH TERIMA ANUGERAH SEMPENA UPSI FESTIVAL OF ARTS Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 9 November 2023 – Enam orang tokoh menerima anugerah sempena penutup UPSI Festival of Arts yang berlangsung pada petang, 9 November 2023 di Dewan Tuanku Canselor. Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Tuan Teh Kok Kim bersama Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr Md Amin Md Taff.


115 Mereka yang menerima anugerah ialah Ts Liu Cheng Hua dan Encik Hadi Farhan Soetiyono bagi Anugerah Tokoh Alumni Seni, Profesor Zulkifli Yusof dan Dr Syed Osman Syed Yusoff menerima Anugerah Penggiat Seni manakala Tuan Haji Iberahim Hassan dan Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Haji Zainuddin menerima Anugerah Tokoh Pembangunan Seni. Penerima Anugerah Tokoh Seni


116 Dekan FSKIK Berucap FSKIK ANJUR ART@BAZZAR Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 11 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Art@Bazzar pada 11 November 2023 bertempat di Kawasan Food Truck, UPSI. Majlis ini dirasmikan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. Selain demonstrasi dan pameran, para penggerai dan peniaga turut terlibat dalam penganjuran Pasar Budaya UPSI yang berlangsung setiap hari Sabtu.


117 Suasana Art@Bazzar


118 Sesi Pembukaan Audit SIRIM FSKIK DIAUDIT JURUAUDIT SIRIM Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 14 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) terpilih untuk diaudit oleh Juruaudit SIRIM pada Sesi Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 UPSI. FSKIK diaudit selama sehari oleh Puan Rajalekshmi Rama Chandram. Sesi pembukaan Audit dipengerusikan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris. Untuk rekod, FSKIK pernah diaudit oleh SIRIM pada tahun 2020 dan pada 2022.


119 Suasana dalam Sesi Seminar PEMBENTANGAN REKTOR NIFAD (UZBEKISTAN) Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 17 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Seni dan Reka Bentuk menganjurkan Sesi Pembentangan melibatkan Professor Abbosjon Shodmonovich Mirzorakhimov Rektor NIFAD, Uzbekistan. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk “Educational Reforms in New Uzbekistan:. Sesi ini berlangsung pada 17 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat FSKIK.


120 Dekan FSKIK Berucap FORUM KERJAYA DALAM INDUSTRI KREATIF Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 18 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jabatan Multimedia Kreatif menganjurkan Forum Kerjaya Dalam Industri Kreatif yang diadakan di Auditorium UPSI pada 18 Novemebr 2023. Antara panel yang terlibat ialah Ts Najat Affendy Dzulkelfi, Karyawan Tamu FSKIK.


121 Suasana Art Bazzar FSKIK ANJUR ART@BAZZAR KALI KEDUA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 18 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan sekali lagi Art@Bazzar pada 18 November 2023 bertempat di Kawasan Food Truck, UPSI. Art@Bazzar kali ini menampilkan car boot sale, selain penggerai dan peniaga turut terlibat. Staf terlibat menjual pakaian dan makanan selain turut menjual merchandise keluaran FSKIK.


122 Staf FSKIK Berniaga Makanan Dekan FSKIK Sedang Merakam Merchandise FSKIK


123 Kaunter Jualan Merchandise FSKIK MAJLIS APRESIASI GRADUAN FSKIK DENGAN TEMA “ARABIAN NIGHT” Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 24 November 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Majlis Apresiasi Graduan pada 24 November 2023 bertempat di Dewan Bankuet Bangunan E-Learning dengan tem”Arabian Night”. Program ini merupakan acara tahunan FSKIK bagi meraikan graduan fakulti.


124 Graduan FSKIK (Sumber: Media Seekers UPSI) 326 GRADUAN FAKULTI BERKONVO Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 November 2023 – Seramai 326 orang graduan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima ijazah dalam Istiadat Konvoksyen UPSI Sesi Ke-4 pada 25 November 2023 di Dewan Tuanku Canselor UPSI. Graduan Seni berjumlah 168 orang merupakan bilanga teramai dari FSKIK diikuti graduan Permainan Digital (AC33) (55 orang), graduan Animasi (AH17)(53 orang) dan graduan Pengiklanan (AH16) (50 orang).


125 Staf Fakulti Yang Bertugas Pada Hari Sabtu STAF FSKIK BERTUGAS SEMPENA KONVOKESYEN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 November 2023 – Bersempena Istiadat Konvokesyen melibatkan graduan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 25 November 2023, staf FSKIK bertugas di Dewan Tuanku Canselor dan Panggung Budaya. Selain terlibat dengan Perarakan Akademik bagi staf akademik, staf pentadbiran pula terlibat sebagai pepandu dan kerja keurusetiaan melibatkan graduan.


Pepandu FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus bersama petugas FSKIK. Dari kiri, Puan Norhidayah Ahmad, Cik Nur Assyakina Sofuan, Cik Nur Aini Zulkepli dan Puan Norhayati Abdullah) 126


12 7 Disember 2023


128


Ahli Pengurusan FSKIK Bersama Naib Canselor PENGURUSAN FSKIK BERKAMPUNG DI ACAPPELLA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 4 Disember 2023 – Ahli Pengurusan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berkampung selama 4 hari 3 Malam di Acappella Suite Hotel, Shah Alam bersempena Program Pemerkasaan Ketua Pusat Tanggungjawab: Data Driven Decision Making yang diadakan pada 1 Disember 2023 hingga 4 Disember 2023. Antara pengisian program ini ialah pembentangan oleh fakulti bagi perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. 129


Bergambar Ketika Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi LPU UPSI 130


Dr Bala dan Dr Malik di ASTEN FSKIK SERTAI ASTEN DI GENTING Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 4 Disember 2023 – Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan dan Dr Muhammad Abdul Malik Saedon mewakil FSKIK dalam The 5th ASTEN Conference & 16th Meeting of Presidents pada 3-4 Disember 2023 bertempat di Resorts World Awana, Genting Highlands. Mereka membuat booth pameran bersempena program tersebut. 131


132 Dr Nur Safinas Albakry DR NUR SAFINAS MENANGGUNG TUGAS TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA), FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 4 Disember 2023 – Dr Nur Safinas Albakry, Ketua Jabatan Multimedia Kreatif (JMK), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), diberi kepercayaan oleh fakulti dan Universiti untuk menanggung tugas Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) berkuatkuasa 1 Disember 2023 sehingga penyandang baharu dilantik. Jawatan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) kosong pada 1 Novemebr 2023 berikutan pelantikan jawatan oleh Ts Dr Ahmad Nizam Othman yang bakal dipinjamkan ke American University, Emirates bermula Januari 2024 nanti.


Akmal dengan Medal Kemenangan AKMAL “WIRA FSKIK” Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 6 Disember 2023 – Pembantu Tadbir, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Encik Akmalhijaz Mohamad berjaya mengharumkan nama FSKIK apabila meraih 1 Emas dan 2 Perak dalam acara olahraga Kejohanan Sukan Kakitangan (KIESTA). Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan menyifatkan Akmal sebagai “Wira FSKIK”. Tahniah diucapkan kepada wira fakulti ini. 133


Puan Maridatul Akmar PUAN MARIDATUL BAKAL PEGAWAI TADBIR BAHARU FSKIK Oleh: Arissa Hasya Auni 8 Disember 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) bakal menerima seorang Pegawai Tadbir FSKIK, Puan Maridatul Akmar Lop Mokhtar yang akan bertukar dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) berkuatkuasa 1 Januari 2024. Puan Maridatul, 50 tahun telah berkhidmat di RMIC selama 5 tahun. 134


Menurut Timbalan Pendaftar Kanan FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, surat pertukaran tersebut telah disebarluas dalam aplikasi WhatsApp Staf Pejabat Pentadbiran pada 922 pagi, 8 Disember 2023. Dalam aplikasi itu, Encik Shahril Redha Zabri, Pembantu Tadbir Kanan FSKIK berkata “nakal sangatkah kami sehingga 4 pegawai bertukar ganti?“. Dalam sejarah penubuhan FSKIK, seramai 8 orang telah menjadi pentadbir di fakulti ini. Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Encik Ahmad Janatul Firdaus berkaitan pentadbir fakulti di UPSI. Mereka yang pernah menjadi pentadbir di FSKIK ialah: Encik Musa Jaafar Tuan Haji Mohamad Fauzi Khalid Encik Ilmizan Ismail Puan Marini Masdar Puan Amirah Aziz Puan Nurul Ashikin Ahmad Puan Mahanum Muhammad Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain Untuk rekod, Encik Ahmad Janatul merupakan pentadbir pertama FSKIK dengan nama baharu dan Puan Maridatul bakal menjadi pentadbir ke-2 pada 1 Januari 2024 nanti. 135


136 Encik Shahril Sedang Menaikkan Roller Shutter STAF PEJABAT AM BERLATIH “NAIKKAN BENDERA” SETIAP HARI Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 11 Disember 2023 – Setelah hampir seminggu, urusan kaunter Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) kembali pulih setelah mengalami masalah roller shutter. Pada 6 Disember 2023 lepas, roller shutter berjaya dibuka setelah usaha yang dibuat oleh Encik Shahril Redha Zabri ketika membuat pemeriksaan di mesin tersebut. Hasilnya,selepas itu setiap hari staf di pejabat perlu berlatih “menaikkan bendera” kerana roller shutter hanya boleh dibuka secara manual.


Pelbagai usaha telah dibuat bagi membaiki masalah ini termasuk pada 29 November 2023, Encik Mohd Shaharuddin Ahmad, Penolong Jurutera telah membuat pemeriksaan tetapi tidak berjaya termasuk mencari kaedah membuka roller shutter secara manual. Encik Shahruddin Ahamd Sedang Membuat Pemeriksaan Kerosakan roller shutter mula dikesan apabila bekalan elektrik terputus menyebabkan tiada elektrik untuk CCTV, Bilik Mesyuarat dan Bilik Timbalan Pendaftar Kanan. Urusan di kaunter terpaksa dibuat melalui Pintu Masuk Kedua FSKIK sehinggakan ensel pintu tersebut pula mengalami kerosakan. 137


Baldi dan Tong Sampah Untuk Menampung Air Dari Siling TIADA LAGI “BANJIR” DALAM BILIK TPK DAN TD (PI) Oleh: Arissa Hasya Auni 12 Disember 2023 – Setelah hampir dua minggu, keadaan di bilik Timbalan Pendaftar Kanan dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) kembali pulih setelah dilanda kemunculan air bocor dari siling. Kesan daripada itu, serpihan cat di siling pula mula jatuh ke atas lantai menyebabkan karpet menjadi kotor. Pihak JPPHB akan menampal semula ruang yang bocor setelah semua urusan mengekang kebocoran di tingkat 4 selesai. 138


7 Serpihan Cat Dari Siling (Kiri), Siling yang berlubang (Tengah) dan air menitis di atas meja Air Mengalir di Bilik TD (PI) 139


Dikemaskini/Updated : 12 Disember 2023


Click to View FlipBook Version