The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-11-29 02:53:13

Biblioterapi 01/21

Edisi Oktober 2021

Saat Aku Duji

MARA KNOWLEDGE CENTRE

HIKMAH Saat Aku Diuji 1

2 HIKMAH Saat Aku Diuji

Saat Aku Duji

HIKMAH Saat Aku Diuji 3

Saat Aku Duji

PENERBIT Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan
Bahagian Inovasi dan Teknologi ulang cetak mana-mana bahagian, isi
Kreatif kandungan dan ilustrasi dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa sekalipun,
PENAUNG samaada secara elektronik, fotokopi,
Rohayah binti Mohd Zain mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
Timbalan Ketua Pengarah mendapat izin bertulis daripada Majlis
(Khidmat Pengurusan) Amanah Rakyat (MARA). Tanggungjawab
hak cipta tidak ada kena mengena
PENASIHAT dengan penulisan yang terkandung di
Nor Zaini binti Abu Kassim dalam buku ini. Penerbit dan penulis
Pengarah Bahagian Inovasi dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
Teknologi Kreatif maklumat yang disalahgunakan.

KETUA EDITOR Data Pengkatalogan dalam penerbitan
Zuliana Haslinda binti Anhar
Zubir Hikmah Saat Aku Diuji/
Timbalan Pengarah I Mengandungi indeks
Bahagian Inovasi dan Teknologi p. cm.
Kreatif ISBN:
1. PN6071.M53 2021
EDITOR 2. Government publications – Malaysia
Jamizan bin Baki
Timbalan Pengarah II I. Judul.
Bahagian Inovasi dan Teknologi II. Biblioterapi MARA
Kreatif
Diterbitkan oleh:
PENYELARAS MARA Knowledge Centre
Zurina binti Abdul Aziz Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif
Pustakawan Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, 21
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

KONSEP DAN REKABENTUK Dicetak oleh:
GRAFIK Firdaus Press
Nooroha binti Buang 28, Jalan PBS 14/4,
Penolong Pengarah Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

4 HIKMAH Saat Aku Diuji

Sekapur Sireh

Selagi kita ini bergelar manusia, maka kita tidak akan terlepas daripada
menerimaujian, dugaan dan ganjaran daripada Tuhan. Namun begitu tidak
semua insan didunia ini mampu menangani setiap masalah yang mendatang
dengan hati yang lapang dan reda. Keadaan semakin meruncing apabila
pandemik melanda dunia. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima
bencana wabak Covid-19. Pelbagai tekanan mengasak masyarakat, antaranya
kehilangan pekerjaan, kemurungan, penyakit, kehilangan orang tersayang
apabila berlaku kematian atauperceraian.

Biblioterapi yang dikenali juga sebagai terapi bisu, adalah satu
kaedah terapi
sokongan yang mampu membantu seseorang dalam mengatasi masalah
berkaitanemosi, psikologi dan spiritual. Tekanan dan stres yang dihadapi
oleh seseorangindividu sekiranya tidak diatasi segera akan menimbulkan
masalah yang lebih serius pada masa akan datang.

Justeru, MARA amat prihatin dengan kesihatan mental warganya,
maka terhasillah antologi yang penulisnya terdiri daripada warga MARA.
Antologi ini menjadi wadah bagi mereka berkongsi pengalaman sebagai
satu kaedah luahan perasaan yang diharungi sepanjang Malaysia dilanda
wabak Covid-19. Perkongsian ini mampu memberikan harapan, keyakinan,
motivasi dan inspirasi kepada kakitangan lain yang mungkin menghadapi
masalah yang sama dalam hidup.

Melalui perkongsian ini, diharapkan warga MARA akan lebih tabah
dan bersemangat dalam menempuh norma baru dan berfikiran lebih
positif dan terbuka. Membaca bukan sekadar hiburan ataupun menambah
informasi dan pengetahuan. Namun, ketahuilah, buku itu mempunyai kuasa
merawat minda si pembaca sekiranya kita memilih buku yang betul dan
pada masa yang tepat. Semoga, dengan adanya hasil nukilan warga MARA
ini, lebih banyak aura positif dapat disalurkan kepada anda dan seterusnya
menjadi pemangkin dalam melahirkan individu yang hebat, dan sentiasa
berfikiran positif. Syabas saya ucapkan kepada penulis dan editor buku yang
amat hebat ini. Tahniah juga kepada MARA kerana menjadi satu organisasi
yang menitikberatkan kesihatan mental warganya.

Rafidah Abdul Aziz

Presiden Perbima

HIKMAH Saat Aku Diuji 5

Prakata

Perpustakaan merupakan kemudahan yang penting dalam memupuk
budaya pembelajaran sepanjang hayat dan amalan membaca di
kebanyakan institusi pendidikan. Peranan perpustakaan pada masa kini
pula lebih mencabar serta perlu lebih berkemahiran dan berinovasi dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan.

Sejak Januari 2020, Malaysia telah dilanda pandemik COVID-19 yang
memberi kesan kepada kehidupan kita seperti dalam bidang ekonomi,
sosial dan pendidikan. Perpustakaan juga turut terkesan daripada pandemik
ini dan perkhidmatannya terganggu. Sehubungan itu, perpustakaan
memerlukan kreativiti untuk mencipta perkhidmatan yang bersesuaian
dengan norma baharu dan memberi nilai tambah kepada MARA.

Antara inisiatif yang diambil dalam menghadapi COVID-19 adalah
melalui teknik Biblioterapi yang merupakan salah satu medium berkesan
yang diguna pakai oleh kebanyakan perpustakaan dengan kerjasama unit
kaunseling bagi membantu merawat jiwa dengan menggunakan bahan
terpilih yang ditempatkan di Bibliotherapy Corner dalam MARA Knowledge
Centre (MKC). Biblioterapi mempunyai manfaat dalam membantu individu
yang menghadapi krisis memahami isu yang dialami serta membantu
merawat emosi dan mendorong minda untuk berfikiran positif.

Objektif Buku Biblioterapi MARA dihasilkan untuk perkongsian
pengalaman staf MARA yang terkesan menangani tekanan yang dilalui, ia
dirakamkan dalam bentuk penulisan yang menyentuh emosi dan memberi
inspirasi kepada warga MARA yang lain untuk menjalani kehidupan yang
lebih harmonis.

Buku ini bertujuan membantu staf MARA yang mengalami stres
dalam hidup, tekanan kerja dan menghadapi norma baharu yang mencabar.
Buku ini akan membuka minda daripada perspektif yang lebih positif
sehingga mampu menyedarkan pembaca untuk bangun semula daripada
kedukaan dan kerungsingan di samping merangsang kreativiti, merehatkan
minda dan mendorong pemikiran positif.

Buku ini juga sekaligus dapat meningkatkan minat membaca dalam
kalangan warga MARA melalui buku yang menarik minat kerana bertepatan
dengan waktu yang amat diperlukan dalam menghadapi norma baharu
dan COVID-19.

Zurina Abdul Aziz

Penyelaras

6 HIKMAH Saat Aku Diuji

HIKMAH Saat Aku Diuji 7

8 HIKMAH Saat Aku Diuji

Kandungan

Positif Asbab 10 Syam Dapat Adik 100
Siti Mahani Mahmud
Covid-19
Dr Salpiah Suradi

21 Alhamdulillah, Terima 108 Separuh Hidupku
Kasih Ya Allah Pergi … Emak
Zuliana Haslinda Bt Dayang Norazurah Binti
Anhar Zubir Ibrahim

Teguran Halus 30 Impian Tercapai 106
Mohd Fais Bin Johari Gara-Gara Covid-19
Azura Binti Hitam
40 Superhero Ibu
Nor Amira Binti Ismail 122 Dugaan Dan
Rahmat Afiera
Berdamai Dengan 50 Nureen Ashyikin Binti
Abas
Takdir-Nya
Aima Syamimi Aidilfitri Ketujuh
Binti Mohamed Rodzuan Siti Nurafizah Binti
Mohd Zam Zam &
58 Jurnal Covid Amar Muhammad Ainur 129
Amar Amir Bin Omar Robbani Nasohah

Entri Perjalanan 68 135 Aku & Covid-19
Nik Hasrawati Nik
Akhir Abah Hassan
Azamuddin
Bin A Rashid

79 Pemergian Yang
Tidak Dijangka
Jeffri Bin Kamaruzzaman

Realiti Nadya 91
Shereen Binti Nasir

HIKMAH Saat Aku Diuji 9

Positif Asbab
COVID-19

DR SALPIAH SURADI

Tiada bau setanggi.Tiada juga bau wangian gaharu, kapur barus
dan kemenyan.Tiada sanak saudara, sahabat handai dan jiran
tetangga.Tiada wajah sugul tetamu berpakaian serba hitam tanda
simpati.Tiada peluang melihat wajah jenazah sebagai tanda
penghormatan terakhir. Tiada trauma seperti yang pernah aku
alami semasa berumur tujuh tahun, saat kematian arwah datuk
sebelah emak. Melihat kematian begitu mengesankan berbanding
mendengar khabar dan cerita. Masih terbayang dalam ingatan saat
arwah datuk menghadapi saat nazak serta pengurusan jenazah
dimandi, dikapan serta disolatkan. Memori itu jelas hingga aku
berumur separuh abad.

Suasana pada hari ini sangat berbeza daripada apa yang
aku jangka. Berita kematian suami yang dikhabarkan oleh pegawai
perubatan Wad 2 Covid-19 Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul
3.30 pagi tanggal 13 Julai 2021 itu mengakhiri debaran selama lapan
hari. Aku bungkam, tiada kata-kata dan tiada air mata. Lantas aku
berlalu mengambil wuduk, solat tahajud dan membaca Surah Yasin.
Setelah selesai, aku capai telefon dan mengkhabar pada keluargaku
di Johor, keluarga suami di Kedah dan majikanku. Aku maklumkan
melalui whatsapp tentang kepulangan suamiku. Aku tidak mahu
mengganggu tidur mereka dengan khabar duka ini pada awal pagi
itu . Aku mahu semua reda dengan takdir yang tertulis.

Suasana ruang tamu rumahku juga sunyi, tenang dan damai.
Aliy dan Umar berehat setelah mengulang bacaan Surah Yasin
bersama Sheikh Mishary bin Rashid al-Alafasy di Youtube. Luqman,

10 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

sejak subuh menguruskan dokumen kematian. Baru sebentar urusan
menempah tapak penguburan selesai. Urusan tahlil di Masjid Jamek
Amru Ibni Al’As juga selesai diserahkan atas kebijaksanaan Ustaz
Shahdan. Serentak pada malam nanti, bacaan Yasin dan tahlil juga
akan diadakan di kampung Batu Pahat, Johor. Tanpa disuruh, adik
bungsuku menyediakan jamuan untuk dihantar ke masjid. Katanya
jangan risau, semua telah diuruskan. Memang benar, semua urusan
selesai di hujung jari. Suasana kematian norma baru.

“Kami hendak datang menziarah. Bagaimana urusan
pengebumian?” Puan Hartini Timbalan Pengarah Bahagian Sumber
Manusia menyatakan hasratnya setelah bertanya khabar.

“Elok jangan puan sebab rumah kami belum disinfeksi
sepenuhnya. Kami baru sahaja potong gelang. Segala urusan
dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seorang
sahaja wakil untuk buat pengecaman, sebelum jenazah ditayamum
dan disolatkan di Unit Forensik. Jadual pengkebumian pukul 3.00
petang di Tanah Perkuburan Raudatus Sakinah Taman Selaseh,
Gombak. Itu pun lima orang waris sahaja dibenarkan. Anak-anak
bawah 12 tahun tidak boleh ikut sama.”

Kedengaran suara hampa di hujung talian. Apakan daya,
Standard Operation Procedure (SOP) perlu dipatuhi. Lapan Garis
Panduan Waris Jenazah Covid-19 yang dikirim Ustaz Firdaus Zakaria,
Penyelia Kubur melalui aplikasi whatsapp baru saja dihadam.
Memang sudah diduga pada saat pandemik Covid-19 sedang
memuncak, pelbagai SOP perlu dipatuhi. Aku menarik nafas lega,
bersyukur semua urusan dipermudahkan Allah. Pegawai Hospital
Kuala Lumpur memaklumkan bahawa tiada sebarang kos dikenakan
untuk rawatan arwah selama lapan hari. Semua pengurusan jenazah
di Unit Forensik juga percuma. Malah urusan membawa jenazah
ditaja oleh komuniti Sentul.

Cuaca cerah semasa upacara pengebumian. Arahan melalui
whatsapp kepada 10 waris jenazah Covid-19 jelas. Semua waris

HIKMAH Saat Aku Diuji 11

perlu hadir awal untuk pendaftaran penguburan di pejabat. Masa
penguburan hanya berlangsung dalam tempoh dua jam iaitu
3.00 hingga 5.00 petang. Dua orang waris dibenarkan membantu
pengebumian dengan berpakaian Personal Protective Equipment
(PPE) lengkap lima lapis dan perlu bersiap awal sebelum jenazah
sampai.

Waris pula perlu berada di khemah dalam jarak 50 meter
daripada deretan liang lahad. Kami duduk di kerusi dengan jarak
satu meter di bawah khemah berbumbung transferan. Allahu akbar,
terasa bahang di ubun-ubun kepala. Bertabahlah duduk sendirian
di situ. Aku hanya mengharapkan Luqman, satu-satunya yang boleh
menjemput jenazah ke kuburan. Aku perlu bersabar dan bersedia
dengan telefon bimbit untuk merakam perjalanan terakhir seorang
hamba Allah yang aku kasihi. Itu sahaja yang boleh dititip dan
dikongsi dengan keluarga dan sanak saudara.

Semasa menunggu jenazah, kedengaran seorang perempuan
separuh umur mengongoi di sebelahku. Sekejap-sekejap menyeru
nama seseorang, “Along, kau pergi dulu nak, mak tak sempat tengok
kau. Along kau tinggalkan emak, Angah baru sahaja pergi nak, ini
engkau pula.”

Mendengarnya aku terasa belas. Aku memberanikan diri
bertanya. Dikhabarkan wanita ini baru sahaja sampai dari Muar,
Johor. Dia datang kerana menziarahi kematian anak lelaki sulung
daripada tiga beradik berusia 34 tahun angkara Covid-19. Pada bulan
lepas, baru sahaja dia kehilangan anak kedua akibat sesak nafas.
Menantunya yang kecil comel duduk di sebelah baru selesai tempoh
kuarantin. Kematian anaknya itu meninggalkan isteri dan empat
orang anak kecil berusia dua hingga 10 tahun. Aku kembali insaf.
Ternyata penanggungan orang lain lebih berat daripada apa yang
aku alami.

Dugaan kematian memang sangat berat. Aku segera mencari
makna kalimah Allah yang dapat menyejukkan hati. Mempercayai

12 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

al-Quran sebagai penyembuh A-Syifa, aku temui firman Allah SWT
dalam al-Quran Surah al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah
tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata
pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” 

Covid-19 adalah takdir yang tidak tertolak. Kehadiran makhluk
halus ini diizinkan Allah. Kebencian tidak menyelesaikan masalah.
Berdamailah dengan qadak dan qadar biarpun perjuangan tewas
pada kematian. Pada awalnya, wujud rasa bersalah kerana aku tidak
mendesak suami mendaftarkan diri untuk vaksinasi. Kata rakannya,
doktor tidak menggalakkan suntikan vaksin kerana ada kesan
sampingan. Sementelah, beliau merupakan warga emas kategori
kritikal. Katanya kalau sudah ditakdirkan begitu, hadapilah. Aku
menyanggah. Mana mungkin berserah tanpa berusaha? Setelah
didesak barulah beliau akur.

Semenjak suami mendapat serangan major strok pada Ogos
2018, aku menjadi sangat tegas pada hal-hal kesihatan. Menjaga
suami selama sebulan di Wad Intensive Care Unit(ICU) dan pusat
rehabilitasi HKL menjadi igauan ngeri. Sakit yang dihidapinya akibat
darah tinggi dan kencing manis. Penyakit yang dikenali sebagai angin
ahmar itu merupakan antara 10 penyebab kematian di Malaysia. Setiap
tahun direkodkan 12 000 kes dengan anggaran 2 500 kematian di
hospital. Kajian juga mendapati kes baharu dicatatkan setiap 45 saat
dan kematian setiap tiga minit di seluruh dunia. Allah menguji aku
selama dua tahun menjadi perawat pesakit hilang upaya mengurus
diri.

Namun kehadiran virus mendahului tarikh vaksin. Sempat
aku menjaganya selama lima hari di rumah. Jadual makan ubat

HIKMAH Saat Aku Diuji 13

yang ketat disulam dengan supplement dan herba-herba. Tanpa
cuai setiap empat jam thermometer dan oximeter diperiksa. Bacaan
suhu, tahap oksigen, tekanan darah serta simptom dilaporkan segera
kepada Dr Guna, Pegawai Perubatan Daerah (PKD) Kepong. Namun,
suami mengalami komplikasi kandungan oksigen rendah iaitu 84
peratus. Atas nasihat PKD, ambulan dihubungi pada pukul 10.00
pagi. Aku maklum bilangan pesakit baharu yang dicatat pada hari
berkenaan ialah 6,387 orang manakala kes aktif semasa sebanyak
69,447 orang untuk dikendali oleh KKM.

Aku sedar dan memahami situasi kritikal yang dialami oleh
negara. Aku tidak mengeluh apabila ambulan sampai pada pukul
5.30 petang. Pegawai perubatan yang memeriksa mengatakan
suami mengalami happy hypoxia. Pesakit kelihatan tenang, normal
seperti biasa walaupun tahap oksigen rendah. Suami keberatan ke
hospital, bagaimanapun seorang perawat memujuk dengan lembut
mengatakan keadaannya akan menjadi lebih kritikal jika terlambat
mendapat rawatan tambahan pula tiada alat ventilator di rumah.

“Di hospital tiada katil kosong tetapi doktor kata bawa sajalah
ke hospital sebab keadaan pak cik ini serius. Pandai-pandailah kita
nak letak di mana nanti.”

Perbualan dua pembantu perubatan dan seorang pemandu
ambulan walaupun secara perlahan aku masih dapat mendengarnya
dengan jelas. Hati merusuh. Rasa serba salah hinggap di hati. Aku
hilang kata-kata. Besarnya pengorbanan perawat yang berkhidmat.
Mereka sanggup menempuh kepayahan untuk berkorban
menyelamatkan nyawa manusia lain. Anak-anakku hanya mampu
mengiring pemergian ayahnya ke hospital dengan lambaian.

Selama menghuni di Wad Covid-19 2 HKL, kakitangan
perubatan sentiasa mengemas kini keadaan suami melalui
telefon. Dr Hasdiana Amirah menghubungi kami pada 10 Julai
2021 memaklumkan tahap oksigen kurang daripada 92 peratus
walaupun telah diberikan rawatan ventilator. Rawatan intubasi iaitu

14 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

prosedur ditidurkan tidak disarankan atas faktor sejarah kesihatan
strok, diabetik, darah tinggi dan usia. Kebenaran waris diperlukan
untuk memberi oksigen tahap tinggi. Karbon dioksida dalam
darah sangat tinggi menyebabkan suami tercungap-cungap dan
kepenatan disebabkan kadar pernafasan terlalu tinggi. Mungkin
ini yang dikatakan ribut sitokin agaknya. Tindak balas imun tubuh
menunjukkan tindak balas imuniti berlebihan sehingga boleh
menyebabkan kecederaan teruk pada tisu paru-paru.

Doktor juga menawarkan panggilan video melalui telefon
bersama anak-anak. Alhamdulillah, suami masih boleh bercakap
dan memberikan maklum balas. Namun, ajal maut ketetapan-Nya,
telah tertulis di luh mahfus. Malaikat Izrail tetap datang, kalau pun
bukan asbab virus Covid-19 dan bukan juga asbab angin ahmar.

Aku tenang pada saat dimaklumkan khabar kematian pada
3.30 pagi tanggal 13 Julai 2021 itu. Apa lagi ikhtiar boleh dilakukan
melainkan reda. Allah tidak mengadili hamba-Nya pada hasil
tetapi pada usaha, ikhtiar dan penyerahan yang bulat. Asbab positif
Covid-19, aku menjadi positif terhadap dugaan yang besar yang juga
terkandung hikmah yang besar.

Sebenarnya hatiku telah reda sejak suamiku disahkan positif
pada tanggal 26 Julai 2021. Pada siapa hendak dimarahkan. Sudah
lama kami menjaga diri dan mematuhi SOP. Banyak masa aku
habiskan bekerja dari rumah. Giliran bekerja di pejabat hanya sekali
dua kali dalam seminggu. Suami pula dalam fasa pemulihan setelah
mengalami strok dua tahun lepas. Mana mungkin boleh sesuka hati
keluar tanpa sebab.

Rutin hariannya tidak terlepas menghadap sebakul ubat-
ubatan. Ubat diabetik, darah tinggi, vitamin C, multivitamin dan
habbatus sauda menjadi makanannya. Manakala, Umar dan Aliy
tidak pernah keluar rumah sejak arahan PKP pada 12 Mei 2021.
Biarpun jangkitan bermula daripada Luqman yang bekerja sebagai
frontliner di premis KLCC, namun, simpati melimpah pada anak

HIKMAH Saat Aku Diuji 15

yang mencari rezeki. Itu pun, positif setelah empat kali swab sebagai
kontak rapat di tempat kerja dalam tempoh dua tahun.

Jangkaan awal hanya demam biasa apabila Luqman demam
panas. Hospital Pakar Al-Islam Kampung Bahru mengesahkan tiada
simptom Covid-19. Namun, apabila deria rasa dan bau hilang selepas
dua hari, swab ujian pengesanan Covid-19 menggunakan Polymerase
Chain Reaction (PCR) mengesahkan positif. Keesokan pula, aku dan
dua adiknya di dapati positif. Manakala suami pula positif pada 30
Julai 2021. Bermulalah episod kuarantin di rumah, aku menjadi
doktor dan jururawat tidak bertauliah. Sedangkan lelahku menjadi
guru semua subjek PDPR untuk dua anakku masih belum reda lagi.

“Masih ada simptom? Minum tak madu kelulut dan jus
lempoyang?” suara Kak Tom di hujung talian mematikan khusyuk
hati sedang merasionalkan diri.

“Ada sikit lagi. Hidung seperti terbau asap kebakaran tetapi
tiada kebakaran pun. Sudah dua hari,” jawabku.

“Sudah lebih sebulan potong gelang. Hari itu, hidung macam
terbau gas petrol. Hampir dua minggu juga kan? Macam-macamlah
kau punya simptom.” Kak Tom ketawakan aku. Dialah kakak yang
paling kerap bertanyakan keadaan kesihatan aku selain kerap
mengirim herba-herba.

Saban hari tanpa jemu adik-beradikku seramai sebelas
orang itu silih berganti menyantuniku dalam talian. Macam-macam
saranan, ubatan minta aku ikhtiarkan. Air kelapa muda, nanas, air
rebusan daun semambu dengan serai, air ketum, daun moringa,
wap cengkih, cuka, halia, lemon, limau kasturi, selagi boleh dapat,
disuruhnya aku mencuba. Katanya, Covid-19 tiada penawar. Usahakan
apa sahaja jalan penyembuhan. Berdoa semoga mendapat keizinan
Allah ya Syafii. Kadang-kadang terasa diri macam bahan kajian
pula apabila mereka akan menelefon semula untuk bertanyakan
keberkesanannya.

16 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Simptom yang dialami berbeza bagi setiap orang tetapi
simptom aku agak pelik. Pada hari ketiga positif, hidung rasa pedih
dan pedas seperti tersedak air laut. Apabila masuk waktu solat, rasa
tersebut lebih kuat. Hidung rasa lega selepas azan, aku terus solat
dan sujud lama-lama. Mungkin benar dapatan Dr Rufai seorang
doktor perubatan dari Florida Amerika Syarikat yang viral dalam
medsos. Katanya posisi droning atau tengkurap merupakan posisi
terbaik untuk meringankan gejala Covid-19. Ahli terapi dari Hospital
Al-Ain Dr Ghazal Kamran juga menyebutkan posisi sujud di mana
kepala berada pada posisi lebih rendah daripada jantung, maka
berlaku peningkatan bekalan darah yang membawa oksigen ke otak
dan merangsang fungsi bahagian korteks frontal.

Biasanya pesakit mengalami simptom seperti demam panas,
pening kepala, sakit sendi, batuk, sakit tekak, sesak nafas dan hilang
deria rasa. Namun terdapat pesakit yang tidak bergejala. Luqman
mengalami demam panas berpanjangan dan lemah tubuh. Umar
mengalami demam panas, selsema dan kesukaran bernafas akibat
hidung tersumbat. Suami pula mengalami demam panas dan cirit
birit yang serius. Paling beruntung Aliy, dia sihat tanpa sebarang
simptom.

Aku pula mengalami demam, sakit tekak dan rasa letih
berpanjangan. Hilang deria rasa dan bau menjadikan aku tidak
berselera untuk menjamah makanan. Aku kehilangan berat badan
sebanyak tiga kilogram dalam tempoh seminggu. Perubahan emosi
juga amat ketara pada peringkat tiga hari pertama. Benar kata
orang, apabila diri dalam keadaan sakit, hati mudah tersentuh.
Kebimbangan pada ketidaktentuan rawatan. Ketakutan pada
kematian. Tekanan menjaga ahli keluarga yang sakit dan pada masa
yang sama diri sendiri pun sakit. Namun, setelah sokongan diterima
daripada pelbagai sudut yang tidak dijangka hati menjadi kental.
Keyakinan untuk kembali sihat begitu tinggi.

Aku malas hendak melayan jiwa yang tidak rasional. Tempoh

HIKMAH Saat Aku Diuji 17

kuarantin tidak membataskan aku untuk menyantuni klien yang ingin
mendapatkan khidmat. Etika, nilai dan karakter sebagai profesion
membantu, sudah sebati dalam diri. Hampir tiga abad menyandang
kerjaya ini, mana mungkin aku dapat menolak klien yang menelefon
untuk meluah rasa, diri sedang sarat dihenyak emosi. Arahan PKP
telah menjarakkan klien dengan dunia luar, terperuk di rumah
dengan segala masalah. Mereka tiada tempat hendak dituju untuk
mengadu nasib. Akulah tempat mereka meluah rasa.

Bukankah aku salah seorang panel kaunselor menyantuni
klien positif Covid-19? Allah memilih aku untuk merasai sendiri
apa itu Covid-19. Bagaimana rasanya dijangkiti virus yang ditakuti
oleh sekalian makhluk manusia di semua benua? Virus yang
memomokkan segenap ceruk. Nah, rasakan sakitnya! Jikalau tidak
merasa sendiri manakan tahu bahananya. Dahulu hanya mendengar
cerita. Media massa mengkhabarkan itu-ini. Cerita klien-klien juga
berbeza-beza. Ada yang mengharung dengan kuat semangat. Ada
yang kelelahan mengharap pertolongan. Malah ada yang jeran, kesal
dan berdendam.

Aku bukan seorang kaunselor positif bertoksid. Menidakkan
perasaan negatif yang dialami untuk kelihatan positif di mata orang.
Menyembunyikan sakit dan berusaha tampil ceria. Sebaik mungkin
aku menghindari counter transference pada klien. Pandemik
Covid-19 menjadikan diri terbit rasa empati tanpa sempadan dan
cuba hadir menemani klien tanpa jasad serta menyedari keperluan
klien melebihi keperluan diri. Bukankah Islam mengajarkan agar kita
menyayangi saudara seagama seperti kita menyayangi diri sendiri?
Asbab positif Covid-19, aku miliki kelebihan. Kelebihan kaunselor
kerana pernah mengalami sendiri sakit yang dihidap oleh klien. Saat
yang paling wajar untuk berkongsi sebuah hadis yang mengesankan.
Hadis riwayat Muslim:

“Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin! Sesungguhnya
setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku
melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan

18 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan
baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia
bersabar maka kebaikan baginya.” 

Allah juga telah memberikan rehearsal dan pengalaman awal
untuk berdikari. Dua tahun menjaga suami sakit telah membiasakan
diri dengan pengurusan keluarga dan kerjaya. Menyusun semula
jadual masa, ekonomi keluarga dan keperluan diri sendiri. Ternyata
Allah telah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya. Anak-anak
juga telah belajar berkorban untuk mengurus diri sendiri dengan
kawalan minimum.Malah kedua-duanya boleh diharapkan memasak
sendiri makanan tanpa pengawasan. Boleh diharap memasak menu
telur mata kerbau, telur dadar, telur rebus, nasi goreng, burger dan
roti telur. Memang tidak kebulur kalau ditinggal bekerja.

Asbab positif Covid-19, menyedari begitu ramai yang prihatin.
Allah sangat baik pada hamba-Nya. Allah menitipkan pertolongan
melalui ‘orang-orang’-Nya.Tidak putus sahabat bertanya khabar.
Tidak berhenti mereka menitip doa dan dorongan untuk terus
berjuang. Tidak putus-putus mereka menghantar bekalan makan
dan ubat-ubatan. Tiada hari kami tidak disantuni dengan juadah enak
di hadapan pintu. Sehingga si bongsu sempat bergurau,“Bestlah
Covid. Setiap hari dapat makan sedap.” Aku merasa terharu pada-
Mu ya Razzaq, Tuhan yang memberi dan melengkapi. Dalam sakit
ada ubat. Dalam sedih ada ceria.

Asbab positif Covid-19, aku merenung jauh persediaan diri
untuk hari akhirat. Terasa diri kerdil. Apa yang harus aku jawab apabila
malaikat bertanya tiga perkara: amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan
dan doa anak-anak yang soleh. Masih jauh perjalanan Umar dan Aliy
yang masih bersekolah rendah. Luqman baru sahaja belajar berdikari
bekerja untuk keperluan diri sendiri. Allah memberi kesempatan
untuk menyemak semula persediaan kematian, jambatan menuju
alam akhirat. Cukupkah bekal yang ingin dibawa?

Asbab positif Covid-19, memahami perlunya lima perkara

HIKMAH Saat Aku Diuji 19

sebelum datangnya lima perkara. Menjaga kesihatan dan kekal
sihat sebelum datangnya sakit. Asbab ikhtiar itu, tubuh mempunyai
imunisasi pertahanan diri, memperbanyakan sedekah dan infak
sebelum datangnya masa sempit. Asbab pemberian itu, Allah tidak
pernah menyempitkan hidup kecuali datangnya rezeki daripada
pelbagai sudut yang tidak terduga. Menyibukkan diri ketika muda
dengan menuntut ilmu akhirat. Asbab ilmu itu, boleh beramal
dengan memberi manfaat kepada orang lain ketika hari tua.
Memohon keampunan Allah setiap masa, asbab keampunan itu,
Allah mengurniakan rahmat-Nya dengan kematian husnul khotimah.

Ada kebenaran kata-kata seorang sahabat tentang kehidupan.
Bagaimana keadaan kita sakit adalah cerminan bagaimana kita
menyantuni orang sakit semasa kita sihat. Bagaimana keadaan
kita sempit adalah cerminan bagaimana kita cakna orang yang
susah semasa kita senang. Bagaimana kita mati adalah cerminan
bagaimana kita memberi penghormatan pada kematian orang
semasa kita hidup. Bagaimana keadaan kita tua adalah cerminan
bagaimana kita mengisi kehidupan ketika masih muda.Ternyata
semua itu adalah pilihan kita. Oleh itu kita perlu merancang waktu
sakit, waktu sempit, waktu tua dan cara kematian. Merancang sebagai
ikhtiar. Berdoa sebagai pemangkin. Bertawakal tanda kekerdilan
kita sebagai hamba, percaya bahawa ketetapan takdir Allah ialah
perancangan terbaik.

20 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Alhamdulillah,
Terima Kasih Ya
Allah

ZULIANA HASLINDA
BT ANHAR ZUBIR

26 Julai, 11.35 pagi. 21

Mesyuarat Key Performance Index (KPI) sedang berlangsung,
KPI Peringkat Bahagian bagi suku tahun kedua. Perhatiannya
tertumpu kepada maklumat yang dikongsi pada skrin komputer. Isi-
isi penting dicatat. Ulasan data-data terkini perlu dibuat dengan baik
untuk memastikan informasi yang akan disampaikan nanti dapat
mencerminkan analisa yang paling tepat, selari dengan perancangan
dan matlamat Bahagian.

Tanggungjawab yang bukan sedikit itu, perlu dilaksanakan
dengan sebaik mungkin meskipun negara sedang dilanda pandemik
COVID-19. Sebagai penjawat awam yang telah diberikan amanah dan
tanggungjawab, pandemik yang mencabar ini tidak boleh dijadikan
alasan untuk KPI tidak tercapai. Tidak, sama sekali.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, tertera ‘Abang Hashim’
di skrin telefon. Perasaan terus berdebar, berdetik hatinya, resah
menyelinap di ruang perasaan! Ada berita burukkah?
“Assalamualaikum Angah, ” lemah suaranya.

“Keadaan Abah semakin merosot. Doktor minta waris ke

HIKMAH Saat Aku Diuji

hospital segera, perlu tandatangan dokumen waris.”

Angah terdiam. Matanya masih terpaku pada skrin laptop tetapi
pandangannya kosong.

“Angah, pergilah ke hospital, Abang sudah tidak larat…. “ Sayu suara
Abang Hashim, ada nada tangis dalam suara itu.

Angah menelan liur.. tangan kirinya memicit dahinya beberapa kali,
matanya yang berair tertutup menahan sebak, terbayang wajah
Abah yang sentiasa mengukir senyuman. Baru dua hari lepas, Abah
dimasukkan semula ke hospital walaupun Abah sangat berkeras
tidak rela ke sana. Tubuh kurus Abah sudah tidak sekuat dahulu.
Jalannya pun perlahan sangat. Nampak sangat Abah sudah uzur.

“Kita pergi hospital, ya Abah. Di sana nanti doktor boleh monitor
kesihatan Abah. Nanti sudah sehat, kita boleh pergi tepi laut ya.
Sudah lama kita tidak makan seafood di tepi laut, Abah pergi ya,”
Angah memujuk lembut.

“I’m ok lah. biasalah sakit orang tua.. I’m ok.. Alhamdulillah….”

Abah telah lengkap mendapat dua dos vaksin Pfizer. Abah memang
berat sangat hendak ke hospital bagi mendapatkan rawatan
penyakit ‘letih’nya itu. Di hospital lebih bahaya sebab spora virus
COVID berada di mana-mana, pesakit pun terlalu ramai. Lebih baik
berehat di rumah sahaja. Namun kami tidak sanggup Abah terus-
terusan menahan sakit, menahan semputnya….

“Angah, dengar tak ni? helo… helo… “

“Ya, ya, Angah dengar.” Pantas air matanya diseka dengan belakang
tangan kanan. Matanya masih melekat di skrin laptop, cuba
membayangkan masa hadapan yang belum pasti.

“Okey sekejap lagi Angah ke balai polis ya, minta surat kebenaran

22 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

merentas negeri. Abang rehat dulu. I’ll take a leave today.” Angah
memberikan kata putus.

“Okey, nanti call Dr Ain yang merawat Abah ya. I’ll share the contact
number.”

“Oh Dr Ain ya, semalam Angah call Dr Gan few times, can’t get
through, “ Angah berkongsi rasa. Berkali-kali dia cuba menelefon Dr
Gan tetapi hampa. Mengikut SOP sekarang, pelawat langsung tidak
dibenarkan melawat ke hospital. Waris hanya mampu menghantar
pesakit ke muka pintu hospital, yang lainnya diuruskan oleh pihak
hospital. Waris hanya dapat berhubung melalui telefon sahaja.

“Dr Ain take over. Today she is on duty until 5pm. You have to meet
her as soon as possible. Angah pergi ya. Abang tidak larat dah… Abah
kita sudah nazak.”

Angah menyeka air mata yang tidak henti menitis. Angah mesti
kuatkan hati menghadapi keadaan ini. Abang terlalu rapat dengan
Abah. Abang dan Kak Shereen sudah banyak berkorban untuk Abah,
untuk Angah, untuk adik-adik, untuk keluarga ini. Tibalah masanya
untuk Angah membantu apa yang terdaya.

Angah pantas bertindak, menelefon Pengarahnya, Puan Nor Zaiti,
menerangkan keadaan yang sedang dialaminya.

“Pergilah Zie.. ambil cuti, meeting ini saya ada, nanti saya share info-
info penting. Hati-hati memandu ya. Saya doakan semoga semua
urusan dipermudahkan. Kuatkan hati ya, Zie.”

“Ya, puan, terima kasih memahamI. Saya akan terus ke Seremban
selepas dapat kebenaran merentas kawasan. Doakan saya ya puan.”

Alhamdulillah, Allah kurniakan seorang ketua yang sangat
memahami dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan
pegawai-pegawainya. Masanya untuk melupakan seketika urusan

HIKMAH Saat Aku Diuji 23

kerja. Sekarang masa untuk menguruskan keluarga pula.

Angah pantas menelefon Dr Ain untuk mendapat penerangan lanjut
tentang keadaan Abah. Menurut Dr Ain, keadaan kesihatan Abah
semakin merosot. Aras oksigen di dalam darahnya semakin menurun
sejak diberi antibiotik. Jantung Abah telah bengkak. Paru-parunya
penuh parut-parut lama dan terlalu lemah untuk berfungsi yang
menyukarkannya untuk bernafas.Tekanan darahnya 80/40 sahaja.
Daripada siasatan dan rekod perubatan Abah, Dr Ain memberitahu,
kemungkinan Abah mengidap kanser darah. Keadaannya kritikal
dan tidak stabil. Allahu… gelap rasanya dunia.

“Banyak bersabar ya puan. saya akan Whatsapp kepada puan surat
dari pihak hospital untuk memudahkan puan mendapat kebenaran
merentas nanti ya. Puan mesti datang hari ni ya puan, kami perlu
kerjasama daripada waris. Jika ada apa-apa update, saya hubungi
puan ya, saya tunggu puan sampai petang ni.” Begitu hormat Dr Ain
memberikan penerangan. Lembut dan tertib bicaranya. Tenang rasa
hati yang bergolak sejak tadi. Alhamdulillah.

Setelah bersiap-siap Angah terus menuju ke balai polis untuk
mendapatkan surat kebenaran merentas negeri. Surat daripada Dr
Ain ditunjukkan kepada pegawai yang bertugas. Keadaan Abah yang
didiagnosis mengalami Septic Shock Secondary to Community
Acquired Pneumonia memudahkan urusan kebenaran merentas.
Dengan pantas kereta Extrail putih meluncur laju menuju ke Hospital
Tunku Jaafar, Seremban. Semoga Allah memberikan kekuatan dan
mudahkan urusan selepas ini.

3.14 petang. Angah tiba di pintu masuk Hospital Tunku Jaafar,
Seremban. Dengan pantas Angah scan MySejahtera dan mengambil
bacaan suhu badan di pintu luar. Hand sanitizer juga disapukan di
kedua-dua belah tangan. Hampir lemas rasanya memakai double
mask, tetapi Angah akur SOP. Kawasan hospital sangat berisiko
tinggi. Virus COVID-19 berterbangan dan berada di mana-mana.

24 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

“Maaf puan, seorang saja masuk ya, ini SOP.” Pengawal yang bertugas
di pintu masuk mengingatkan.

“Okey, daddy tunggu dalam kereta saja ya.. mummy pergilah masuk.
Nanti call,” ringkas arahan sang suami yang setia menemani isterinya
ke mana-mana sahaja.

Angah menulis butir-butir yang diperlukan di dalam buku catatan di
kaunter.

“Saya diminta datang berjumpa Dr Ain, Wad 7C.”

“Patient nama Encik Zubaidi bin Anwar ya.”

“Okey, puan boleh masuk... jalan terus, belok kanan naik lif ke tingkat
7 ya.”

“Puan, saya Dr Ain yang menjaga Encik Zubaidi. Saya harap puan
banyak bersabar ya. Waris yang lain ada yang datang?” Susuk tubuh
Dr Ain berbalut PPE datang membawa fail yang tertera nama pesakit
‘Zubaidi bin Anwar’.

“Adik-adik saya dalam perjalanan dari Perak, doktor. Sekejap lagi
insya-Allah sampai.”

“Boleh saya tanya puan sesuatu? Puan ni cikgukah dahulu?”

“Ya doktor, dulu saya cikgu, mengajar di Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM), hampir 17 tahun mengajar, sekarang saya di ibu pejabat.”

“Cikgu pernah mengajar di MRSM Alor Gajah? “

“Ya, sekitar tahun 2007 saya mengajar di situ. “

“Laaa… Cikgu Ziekah ini? Mummy Zie... ni saya, Ain.“ Bulat mata
kami bertatapan, dengan hanya 30 peratus wajah yang kelihatan

HIKMAH Saat Aku Diuji 25

memang sukar mengecam. Terbayang Ain, si gadis manja kelas 5
Pharmachology yang memang penggeli katak. Teringat kisah Ain
yang menjerit sekuat hati apabila katak yang dibius hampir pengsan
tiba-tiba bergerak dan melompat sebelum Ain sempat membuat
pembedahan di Makmal Biologi 1.

Bising kelas jadinya dengan gelak ketawa. Teringat juga Ain yang
jadi lembik badannya dan tiba-tiba pengsan apabila tengok darah
semasa uji kaji ujian kumpulan darah di Makmal Biologi 3. Cikgu Zie
pantas bertindak memberikan bantuan kecemasan dan ‘urutan Bali’
semasa kejadian tersebut. Cikgu Zie jugalah bertindak sebagai Ibu
Homeroom A5B, ibu angkat kepada Ain.

“Tak sangka dapat jumpa mummy. Maaf sangat saya tak cam mummy
tadi. Profile picture mummy di Whatsapp tu macam familiar,
itu yang Ain tanya, bimbang juga jika tersilap orang. Allahuakbar...
sukanya Ain dapat jumpa mummy.“

“Laaa...Ainkah ini? Tidak sangka sudah jadi doktor. Alhamdulillah …
mummy bangga dengan Ain. It’s a small world… memang rezeki kita
berjumpa.

“Terima kasih banyak mummy. Berkat tunjuk ajar mummy, Ain sudah
berjaya mencapai cita-cita Ain, Alhamdulillah. Maaf kita terputus
hubungan lama juga kan mummy?”

“Tidak sangka Pak Cik Zubaidi itu ayah mummy. Saya jaga dia since
admit. Baik sangat dia dengan doktor-doktor dan petugas-petugas
di sini, mummy. Tidak banyak cakap sangat, banyak senyum saja,
tetapi kesian, dia selalu mengadu sakit. Kami sudah bagi macam-
macam treatment...dia lemah sangat..sebab itu kami tidak boleh
hendak intubate pak cik, jantung dia sudah bengkak, kidney drying
up, then infection sets in. Pagi ni sudah tidak sedar. Jika terus begini,
sengsara dia, mummy. Itu yang saya call waris, kita tidak boleh
intubate, dikhuatiri nanti jantung terus stop. Kita pun tidak boleh
CPR sebab patient sudah uzur, tulang rangka boleh patah...mummy

26 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

faham kan?”

“ Ya Dr, mummy percaya semua doktor di sini sudah buat yang
terbaik. I trust all of you. “

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, dokumen tersebut
ditandatangani. “Abah, maafkan Angah, Abah. Semoga Allah berikan
yang terbaik untuk Abah, untuk kita semua. Maafkan Angah, tidak
dapat berada di samping abah, tidak dapat pegang tangan Abah,
tidak dapat bercakap dengan abah untuk tenangkan Abah. Angah
hanya dapat doakan semoga dengan keajaiban Allah, Abah boleh
sihat kembali. Angah minta Dr Ain letakkan fon abah, dengan bacaan
Yasin di telinga Abah. Angah tahu Abah dengar kan. Abah terus kuat
ya, Abah sabar banyak-banyak ya.”

Jam 6.15 petang, Angah berada di rumah Abang Hashim. Angah
dan Kak Shereen di tikar sejadah membaca Yasin untuk Abah. Nada
panggilan berbunyi. Tertera nama Dr Ain. Automatik dada Angah
berdebar-debar. Menggigil tangan Angah menjawab panggilan itu.
Berita baikkah? Ya Allah, kuatkan hatiku ini menerima takdir-MU.

“Assalamualaikum mummy, Ain nak beritahu ya, keadaan pak cik
semakin merosot. Tekanan darah semakin menurun. Mummy dan
keluarga banyak bersabar ya. Ain bisikkan syahadah di telinga pak cik ya.
Asyhaduanlaaa illa haillah...wa aishaduanna muhammadarasullulah…
ada respon, tangan pak cik bergerak, mummy ... pak cik sudah pergi
mummy ... innalillahiwainnailaihirojiun.” Gelap rasanya dunia. Sayup-
sayup suara Acik dan Adik memberi salam dari luar pagar rumah.
Mereka baru sampai, tidak sempat bertemu Abah buat kali terakhir.
Kuatkan hati kami, ya Allah. Redalah terhadap Abah kami yang kami
kasihi.

Bertalu-talu message Whatsapp yang masuk mengucapkan takziah.
Panggilan takziah juga tidak putus-putus diterima daripada saudara
mara, rakan sekerja dan bekas anak-anak murid Angah. Bukan sedikit
yang memberikan ucapan takziah, malah ada beberapa kumpulan

HIKMAH Saat Aku Diuji 27

WA yang menganjurkan bacaan 30 juzuk al-Quran untuk dihadiahkan
kepada Abah. Badan Ugama dan Kebajikan MARA juga tidak lupa
memberikan sumbangan yang bukan sedikit. Namun, kehilangan
dan kerinduan itu pasti tiada penghujungnya.

6 Ogos, 4.33 pagi

Angah tiba-tiba tersedar daripada mimpi. Dia teringatkan arwah
Abah. Serasa seperti arwah memanggil namanya. Masih terbayang
raut wajah Abah. Redup matanya, manis senyumnya.

“Abah ni dah tua, dah dekat 80 tahun hidup, dah dapat banyak
bonus dah. Nabi kita wafat semasa umurnya 63 tahun, Abah dah
dapat bonus lebih 10 tahun ni. Opah kamu dulu hidup sampai 81
tahun. I’m going to meet my mom soon... very soon. Angah jangan
lupa doakan Abah ya, doakan Abah dapat syurga tanpa hisab tau.
you’re my only daughter, Angahlah harapan Abah, doakan Abah ya.”

Ya… Angah tidak akan pernah lupa untuk doakan Abah. Berkali-kali
Abah mengulangi ayat itu dahulu. Angah bingkas bangun, menyeka
air jernih yang mengalir di pipi lantas menuju ke bilik air mengambil
wuduk. Angah menunaikan solat tahajud

26 Ogos, begitu pantas masa berlalu, telah sebulan Abah
meninggalkan dunia yang fana ini. Kesedihan dan kehilangan masih
terasa. Duit belanja untuk Abah yang setiap bulan dibuat secara
transfer online tidak mungkin terhenti di sini. Duit Abah itu Angah
infakkan ke pusat-pusat tahfiz, wakaf untuk membina masjid-masjid
dan wakaf membina telaga. Semoga pahalanya berpanjangan untuk
Abah. Semoga terang kubur Abah dengan cahaya. Semoga luas dan
kehijauan kubur abah seperti taman-taman syurga.

Angah masih ingat senyuman Abah apabila Angah beritahu Angah
berhasrat untuk buat ibadah qurban satu bahagian lembu untuk
Abah di Kemboja pada tahun lalu.

28 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

“Abah ikut ya, lafaz niat ni…”

“Bismillahirrahmannirrahim…. Saya, Zubaidi bin Anwar bersetuju
mewakilkan pihak Qurbani Care menguruskan korban saya, sebanyak
satu bahagian pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
“So nice of you, Angah. So far in Cambodia? You pergi sanakah?

“Memang tidaklah Abah, transfer online saja,” tergelak besar Angah
dengan gurauan Abah.

“Angah anak yang baik. Abah sayang Angah.”

Terputus-putus suara Abah menahan sebak.. Alhamdulillah.

HIKMAH Saat Aku Diuji 29

TEGURAN HALUS

MOHD FAIS BIN JOHARI

“Kenapa terlampau memikirkannya, kecoh, berbincang
bermacam-macam tenrtangnya, bergaduh sana sini...lockdown,
pakai topeng, sanitizer … arghh naik rimas aku!”

Monolog ini kadangkala menyesakkan dadaku. Pantasnya masa
berlalu hingga sampai pada suatu hari, beberapa soalan menerjahku,
“Fais, demo nampak kuruslah, eh nampak pucatlah, kenapa makan
sikit saja ni?’’ Terus ligat aku berfikir, aku sudah “kena” kah? Dapat di
mana “benda” ni?

30 Mac 2021

Petang itu, whatsapp masuk, terus aku capai dan membukanya.
Paparan salinan permit Pergerakan Kawalan pergerakan Bersyarat
(PKPB) jelas kelihatan di skrin telefon Azrul, kawan baikku sejak dari
sekolah menengah. Gila, kadangkala skema tetapi yang pastinya dia
seorang yang super duper, bersungguh-sungguh dalam mencapai
cita-cita. Kali terakhir kami bersua pada tahun 2017, seterusnya alam
maya menjadi tempat pertemuan dan perbualan.

Kepulangannya pada kali ini untuk menghabiskan cuti setelah tamat
pengajian doktor falsafah di Universiti Oxford, UK. Pada petang itu,
aku memecut laju ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
Sebelum ini, aku memang takut hendak keluar rumah tetapi pada
kali ini, aku redah sahaja sekatan sebab aku sudah ada permit.

Susuk tubuh kecil itu memakai topeng N95, paling selamat katanya.
Perbualan kami menjadi semakin rancak dan amat teruja sehingga
perjalanan pulang terasa sekejap. Dalam kereta kami gelak sakan
apabila kami bercerita kisah-kisah yang sudah diperam lama. Jalan

30 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

raya yang lenggang dan isu covid tidak masuk dalam list kami untuk
dibualkan. Kami sudah pakai topeng, sudah jaga penjarakan.

10 April 2021

Seperti biasa, hari ini aku jadi driver lagi kepada si Azrul. Lesen dia
sudah mati. Klinik dan bank destinasi utama. Kami ke klinik untuk
ambil swab test bagi saringan covid sebagai syarat untuk ke Hospital
Sains Malaysia (USM) esok bagi tujuan membuat implant giginya.
Setiba di klinik, kami terpaksa menunggu agak lama di dalam kereta.

Sesiapa yang ingin membuat ujian ditetapkan masa dan ruang khas,
prosedur klinik agak ketat pada fikiran aku, padahal Azrul tiada apa-
apa simpton pun, sekadar ambil syarat buat ujian sahaja. Sempat lagi
dia mengasak aku, “ Kau tak mahu buat ujian sekalikah?” spontan
aku menjawab,“Buat apa? Buang duit aku saja.”

Klinik menelefon 35 minit kemudian untuk mengambil keputusan
covid-19. Ujian Covid menggunakan Rapid Test Kit (RTK) mengambil
masa sekejap sahaja berbanding Polymerase Chain Reaction ( PCR),
harganya pun murah sedikit berbanding PCR.

Pangg … pintu keretaku ditutup kuat sebelum Azrul melabuhkan
punggung ke kerusi bahagian hadapan. Raut mukanya cemas dan
dia terdiam seketik, terus aku bentak,“ Kau okeykah? Macam mana
result?”

“Aku positif COVID.” Pada ketika itu deruman enjin kereta sahaja
yang terdengar.

Hati kecilku membisik, “Ini mesti dapat daripada ayah tirinya tetapi
akalku menafikannya, macam mana dia dapat sedangkan dia tidak
pernah bersua muka dengan ayah tirinya sejak balik hari itu.

Tiba-tiba, Azrul ketawa kuat.’‘Hahaha ... Aku gurau sahajalah, mesti
kau sudah pucat kan?’’ Aku gelak dengan muka ayam berak kapur,

HIKMAH Saat Aku Diuji 31

“Gurau kasar nampakkk’’.

Sempat lagi dia balas, ‘‘Takkanlah aku yang berjaga-jaga macam ini
pun boleh kena Covid!” Betul, jejaka yang seorang ini memang berjaga
sungguh...hand sanitizer, mask, tisu basah, kuarantin kendiri sejak
balik, cukup lengkaplah. Mustahillah covid hendak menumpang
duduk, tidak sempat nak singgah pun sudah mati.”

4 April 2021

Rantaian whatsapp laju masuk ke dalam telefon. Hari ini aku agak
sibuk dengan kelas, lewat petang baru sempat buka whatsapp.
Terpana seketika dengan berita kematian ayah tiri kawanku, Azrul.
Di sebalik itu timbul satu kegusaran tentang sebab kematian arwah
kerana hampir sebulan sebelum itu arwah disahkan positive Covid-19,
namun keluarga dimaklumkan oleh pihak hospital, sebab kematian
arwah tiada kaitan dengan covid kerana swab test kali terakhir adalah
negatif. “Bolehkah jadi macam ni...sekejap positif, sekejap negatif ?”

Kegusaran ini diredakan oleh kawan baik kami, Dr Anuar apabila
beliau menaip ringkas di dalam group whatsapp “Covid kan penyakit
boleh sembuh...by right after 14 days strict isolation will be negative,
provided no new complication arise and also CT value not showing
infectivity.” Fuhh lega, selamat! Kalau tidak, tidak lena tidur aku….
(Kematian insan seolah-olah diambil ringan dan berlalu begitu
sahaja)

21 Mei 2021

“Mak aku positif. Malam ini KKM datang ambil.” Taipan ringkas
daripada Azrul. Riuh sekejap ruangan grup whatsapp kami. Risau,
sedih, kesian bercampur aduk. Seminggu selepas itu, Azrul pula
disahkan positif. Semuanya terus bertukar mood serious. Tiada lagi
gelak tawa dan gurauan bodoh tetapi alhamdulillah sekali lagi Dr
Anuar memainkan peranannya untuk tenangkan keadaan.

32 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Aku juga perasan, dalam tempoh seminggu ini aku terasa lain macam,
pening yang amat, badan terasa lemah dan paling aku tidak dapat
lupakan pada suatu malam aku bermimpi…mimpi kereta yang aku
naik bersama Azrul terbabas ke dalam gaung gunung. Mugkinkah
satu petanda?

“Ya...Encik Fais disahkah positif Covid dan hari ini pihak KKM akan
datang untuk bawa encik ke pusat kuarantin.”Aku buat-buat tenang
tetapi Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Berkecamuk. emosi aku
macam roller coaster. Mana tidaknya. Aku tinggal bersama kakakku,
seorang OKU, nenek aku yang berusia lebih 80-an, anak-anak buah
aku yang masih kecil. “Ya Allah, cukuplah ujian ini buat diriku.”

23 Mei 2021

4.30 petang. Aku sampai ke pusat kuarantin dengan memandu
kereta sendiri. Kisah aku terpaksa pergi sendiri disebabkan pihak
KKM terlepas pandang untuk memasukkan nama aku untuk diambil
dari rumah. Aku faham mungkin ramai sangat yang perlu diambil
dari rumah.

Tibanya aku di sana, mataku melilau mencari katil kosong dan suasana
ini kelihatan seperti asrama sekolah - ada yang sedang duduk lepak-
lepak, ada yang sedang bermain karom, tidur-tidur ayam dan tidak
kurang juga ramai kanak-kanak berkejaran ke sana sini.

Nasibku baik sebab aku dapat reunion sekali lagi dengan si Azrul.
Dialah yang bawa dan tunjukkan katil tempat aku, dia siap booking
tempat itu untuk aku, di sebelah katilnya. Tempat kami tersorok di
hujung dewan (katanya untuk elak virus bertebaran). Día sempat
pesan pada aku.

”Baik kau jaga diri..sentiasa pakai mask, jaga jarak, elakkan bercakap
dengan orang, di sini macam-macam varian ada.” Aku tergelak kecil.

Malam pertama di sini terasa tenang, rupa-rupanya ramai senasib

HIKMAH Saat Aku Diuji 33

dengan aku dan sudah lama aku tidak merasa duduk dan melihat
ramai orang macam ini berkumpul… alangkah indahnya!

24 Mei 2021

Makanan di sini agak mewah… ikan kotak tiada dalam menu, berbeza
sedikit daripada tinggal di asrama sekolah. Selepas makan malam,
kami solat berjemaah. Atas nasihat Azrul, topeng tidak ditanggal
daripada muka kami lebih-lebih lagi apabila solat rapat-rapat untuk
jimat ruang. Sekali lagi terasa sangat tenang dan seronok. Rasa
nikmat beribadat dan terasa dekat dengan Tuhan ditambah pula
dengan curahan nasihat daripada ustaz yang memberi ceramah
seusai solat. Di sini ada bermacam-macam aktiviti yang dirancang
bagi memenuhi masa kami.

‘Doktor! Doktor! Ada orang sesak nafas.

Laungan suara lelaki dewasa bergema di dalam dewan. Mataku
melilau di tempat orang ramai berkerumun. Kelihatan seorang lelaki
berbadan agak gempal tercungap-cungap mencari nafas.

“Oii! Tepi, tepi… sila bagi ruang,” nada suara keras itu menyuraikan
kumpulan manusia.

“Cepat ambil meter tekanan darah.” Arah seorang pemuda.
Gayanya nampak seperti seorang yang mahir dan tahu tentang ilmu
perubatan. Tekaanku betul apabila dia memperkenalkan dirinya
sebagai seorang doktor. Bacaan vital sign (bacaan darah) semakin
menurun, kadar kepekatan kandungan oksigen merudum dan
pesakit tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Dari tingkat atas dewan, jelas kedengaran suara doktor-doktor
yang bertugas memberi arahan kepada pemuda tersebut untuk
melakukan rawatan awal sementara menunggu doktor memakai
sut lengkap untuk turun ke bawah. Seksanya melihat keadaan
tersebut, terbayang sekiranya pesakit itu adalah aku, cepat-cepat aku

34 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

menjauhi tempat tersebut. Alhamdulillah selang beberapa ketika,
keadaan pesakit tersebut kembali stabil, namun dia kemudiannya
dipindahkan ke Hospital Besar Kota Bharu untuk rawatan dan
pemantauan yang lebih rapi.
(Situasi ini biasa berlaku setiap hari di pusat kuarantin)

25 Mei 2021

“Selamat datang kepada 662 kawan baru kita pada hari ini, pastikan
tuan-tuan mendaftar no katil dan mengambil cadar serta selimut di
hadapan kaunter” (jelas suara misi di corong pembesar suara). Hari
ini menjadi sejarah di pusat kuarantin kerana mencatat bilangan
kemasukan paling ramai sejak pandemik ini mengganas.

Menurut desas-desus, keadaan ini berpunca daripada kluster “pulau”.
Menurut cerita, satu keluarga berjaya meloloskan diri daripada
Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) dan menumpang
rumah saudaranya di pulau Suri. Rupa-rupanya salah satu daripada
ahli keluarga tersebut membawa virus dan menjangkiti hampir
keseluruhan penduduk di kawasan pulau tersebut.

“Bang katil ini ada orang tak?’’Seorang remaja bersama adik kecilnya
menyapa aku.

“Tidak ada, sila-sila,” sambil aku buat-buat kemaskan cadar katilnya,
nanti awak pergi daftar no katil ya di kaunter.”

“Baik bang,” balasnya ringkas. Ketika mereka menuju ke kaunter untuk
pendaftaran, mataku tidak lekang daripada memerhati gelagat adik
kecilnya yang sedang memegang botol susu.

Pada pukul 11.30 malam, lampu dewan automatik akan dipadamkan.
Tidak lama selepas itu, terdengar esakan kecil daripada budak kecil
tadi disusuli dengan pujukan abangnya. Aku terus turun daripada
katil double deckerku, “Kenapa adik menangis tu?’’

HIKMAH Saat Aku Diuji 35

‘‘Teringat maknya bang,” Aku terus selongkar beg galasku mencari
gula-gula untuk memujuk adiknya, namun gagal. Abangnya terus
capai telefon dan membuat panggilan dengan matanya yang
berkaca.

“Mak, berapa hari lagi adik boleh balik ke rumah? Adik duduk sekejap
saja kan di sini? Adik rindu mak.“ Dalam tangisan masih lagi petah
bertanya macam-macam soalan kepada ibunya. Terus hatiku merasa
sebak mendengar dan melihat gelagat si kecil. Anak mataku sempat
melirik ke arah abangnya yang tertunduk tidak berkata apa-apa
sambil aku merangkul bahunya, “Insya-Allah awak kuat, jangan risau…
di sini kita satu keluarga.” Aku tidak dapat membayangkan dari mana
kekuatan abangnya untuk menjaga adiknya yang masih minum susu
botol selama tempoh kuarantin di sini.
(
Melihat keadaan ini, terasa kecil sangat ujianku berbanding orang
lain)

26 Mei 2021

Allahuakbar, Allahuakbar.

Azan subuh bergema mengejutkan kami semua. Aku selak selimut
tebalku dan terus mengambil wuduk di luar dewan. Terasa dingin
pagi menusuk sampai ke tulang bercampur dengan sejuk penghawa
dingin di dalam dewan. Pagi ini tampil seorang pemuda berjubah
putih ke hadapan untuk imamkan solat subuh. Sebelum takbir
diangkat, tiba-tiba pemuda tersebut membuat satu pengumuman
dengan nada yang cukup tenang, “Ibu saya telah kembali ke
rahmatullah kerana Covid. Sekiranya tuan-tuan berkelapangan,
selepas ini kita akan adakan solat jenazah ghaib untuknya. Saya tidak
berpeluang berjumpa dengan ibu saya dan harapnya inilah khidmat
baik saya yang terakhir untuk ibu. Doakan kekuatan untuk saya dan
keluarga,” katanya.

Semua jemaah terkelu. Kesejukan penghawa dingin seolah-olah

36 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

tidak terasa tatkala mendengar bait-bait perkataan tadi. Simbahan
cahaya lampu yang sedikit di atas pentas tempat kami berjemaah
menambahkan suramnya suasana.

Rakaat pertama sangat mengharukan, sampai kini masih tergiang
bacaan Surah al-Baqarah ayat 152-157 oleh pemuda tersebut. Gema
ayat suci “Dan sungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar,
(Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan,
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali.”

Tangisan keras teresak-esak membuatkn jemaah tidak dapat
menahan perasaan. Ruangan dewan itu terisi dengan tangisan
sambil menyapu aliran air mata deras mengalir (terus....wajah ibuku
menerpa dalam fikiran…Allah...)

“Ya Allah ampunilah dosa ibu bapa kami, rahmati mereka dan
maafkanlah segala kesalahan mereka.”

(Aku tidak akan pernah sesekali melupakan momen ini)

Aku dan Azrul sempat menghabiskan malam terakhir kami di sini
dengan perbualan panjang tentang Covid. Azrul dapat keluar sehari
lebih awal daripadaku kerana dia disahkan positif dan dikuarantin
lebih awal. Hikmahnya, pusat kuarantin ini telah berjaya menjadi
“sekolah” untuk kami melihat hakikat sebenar ujian COVID. Kami
percaya, ini hanyalah cebisan kisah yang berlaku di hadapan mata
dan betapa banyak lagi kisah-kisah berat yang sarat dengan emosi di
luar sana. “Moga Allah kuatkan kalian semua.”

28 Mei 2021

Malam ini, mata aku susah untuk dilelapkan walaupun dipaksa.
Emosiku sedikit terganggu dengan apa yang aku telah hadapi. Dan

HIKMAH Saat Aku Diuji 37

pada malam terakhir aku di pusat kuarantin ini, sempat aku menaip
kata-kata di dalam diari telefonku….

Covid telah mengajarku tentang apa itu ujian

Ujian aku dan kamu untuk mengenal Sang Pencipta

Hakikat nikmat hidup sebelum ini seringkali kita alpa

Taraf dan pangkat apa pun kamu, tetap menjadi mangsa

Yang pasti semua itu telah di tentukan oleh-NYA…

Lalu apa yang harus kita lakukan? Apakah kita harus panik dan cemas
tidak tentu hala?

Jangan! Panik tidak menyelesaikan masalah apa-apa.

Renunglah kenapa Allah menjadikan takdir ini untuk kita.

Harus diingati bukanlah virusnya tetapi Sang Penguasa dan Pemilik
segala-galanya

Bertenanglah saudara… Duduk sejenak dan lihatlah kekuasaan Allah

Dengan sekecil-kecil makhluk-Nya dunia telah menjadi huru hara
Tanpa virus pun kita semua pasti akan mati. Mati husnul khotimah
atau mati sebaliknya.

Aku dan kalian telah ditakdirkan hidup dalam ketakutan dan
kekalutan.

Apakah itu menggusarkan hati kalian

Sedarilah itu bukan ujian berat untuk difikirkan

38 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Tetapi ujian sebenar adalah kita tidak mampu menyambungkan hati
dengan fikiran

Buanglah angkuh dan sombong yang telah kita jadikan pakaian
harian

Itulah yang membuatkan kita susah untuk sabar dan reda dengan
apa yang telah ditentukan

Jangan terlalu takut dengan masalah. Semua masalah sepenuhnya
ada dalam genggaman Tuhan

Kembalilah semuanya di tempat sujud dan tunduk hinalah di
hadapan-Nya.

Allah suka hamba-Nya menyebut-nyebut nama-Nya. Allah suka
hamba-Nya memohon merayu kepada-Nya. Allah suka hamba-Nya
bersimpuh sujud menghiba pertolongan daripada-Nya.

Itulah yang sebetulnya...

“Ya ALLAH,kami berlindung kepada-Mu daripada bala bencana,
beratnya cubaan, takdir yang buruk dan celaan daripada musuh”

(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

HIKMAH Saat Aku Diuji 39

SUPERHERO IBU

NOR AMIRA BINTI ISMAIL

Pemergian almarhum Siti Sarah Raisuddin pada hari terakhir
tahun hijrah 1442, sangat terkesan di hati ibu. Terlalu banyak
rahsia, hikmah dan ibrah di sebalik kembalinya almarhum ke
pangkuan Ilahi akibat pandemik Covid-19 itu.

Kisah figura ini membuka mata ibu bahawa permulaan
hidup seseorang tidak menjanjikan pengakhiran yang serupa malah
pengakhiran yang baik itulah yang patut kita harapkan, pengakhiran
husnul khotimah. Inilah juga doa yang selalu ibu titipkan usai solat.
Kisah silam kekal menjadi sejarah hidup kita namun yang lebih baik,
apakah kita mengambil pengajaran daripada kehidupan masa silam
kita itu?

Ibu kembali teringat kepada anak syurgaku yang telah pergi
meninggalkan kami. Kisah ini memahat seribu kenangan suka dan
duka buat kami, suami isteri. Ibu sangat percaya setiap kita pernah
melalui pengalaman diuji yang datangnya dalam pelbagai bentuk
sebagai bukti kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya. Betapa kita
sangat memerlukan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya.
Hasbunallah wa nikmal wakil. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-
baik penolong.

Begitu juga dengan pengalaman hidup kita diuji dengan
musibah wabak Covid-19 yang meragut nyawa manusia saban
hari. Dugaan yang menguji sama ada kita sabar dan memohon
pertolongan-Nya. Ujian yang menduga sama ada kita patuh kepada
arahan pemerintah atau sebaliknya, arahan untuk mematuhi SOP
dalam pelaksanaan PKP, dua ungkapan yang menjadi mainan bibir
kini. Juga dugaan yang menguji keimanan.

40 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Persoalan ini semuanya telah dinukilkan dalam kalam
suci al-Quran. Allah berfirman yang maksudnya, “Adakah manusia
menyangka mereka mengaku beriman namun tidak akan diuji?”
(Surah al-Ankabut 29: ayat 2) dan “Taatlah kepada Allah dan Rasul
dan kepada pemerintah di kalangan kamu.” (Surah an-Nisa’ 4: ayat
59).

Kisah ini tidak jauh bezanya dengan kisah superhero
ibu yang benar-benar menguji kami suami isteri. Hadirnya dia ke
dalam hidup kami amat menginsafkan bahawa hidup ini tidak akan
lengkap tanpa ujian dan dugaan. “Puan, anak puan memang tiada
harapan. Semuanya terpulang kepada Allah. Kalau Dia kata habis,
maka habislah,” begitu ujar pakar sakit jantung pediatrik Institut
Jantung Negara (IJN) kepada Ibu yang masih dalam pantang selepas
melahirkannya.

Terkejut? Ya, Ibu sangat terkejut kerana IJN adalah harapan
buat pesakit jantung. Ia seolah-olah tiada apa lagi yang dapat dibuat
oleh pakar jantung mengenai keadaan superhero Ibu ini. Namun,
setidak-tidaknya ayat itulah yang telah menyiapkan ibu dari segi
mental bahawa apa sahaja boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keajaiban Allah sangat ibu harapkan, mendambakan sinar buat
superhero Ibu.

Tahun baharu hijrah 1443H, Ibu dengan niat, matlamat dan
semangat baharu memperbetulkan diri bersandarkan pengalaman
lalu yang menjadi pengajaran. Kenangan dan pengalaman itu akan
sentiasa terpahat dalam sanubari Ibu dan akan membuahkan
impian!

Impian dan doa seorang ibu bernama Nor Amira ini agar
dapat bertemu dengan superheroku di syurga kelak. Siapakah dia
superhero yang Ibu maksudkan?

Sebelum kalian dibawa mengenali superhero ini, ada satu

HIKMAH Saat Aku Diuji 41

peristiwa yang buat pertama kalinya betul-betul memberi tamparan
hebat kepada Ibu. Ya, seperti ada yang menempeleng pipi ini. Ibu
gagal dalam ujian lesen kenderaan L! Ibu terpana seketika kerana
kehidupan Ibu selama ini berjalan lancar tanpa pernah melalui
kegagalan yang besar. Benar, Ibu sukar menerima kenyataan itu.

Perasaan Ibu bercampur-baur. Terkejut, sedih, hairan dan
tertanya-tanya kepada diri sendiri kenapa aku gagal ? Maka ia
membuatkan Ibu berfikir dan menilai semula bahawa kejayaan
akademik tidak menjanjikan kejayaan dalam hidup. Ujian semudah
mendapatkan lesen L pun Ibu tidak mampu mendapatkannya
dengan sekali percubaan, terpaksa mengulanginya walaupun dalam
pelajaran di universiti Ibu tidak pernah repeat paper!

Berakhir kehidupan di kampus, Ibu melangkah masuk ke
alam pekerjaan yang menjadi dambaan dan impian setiap graduan.
Kerjaya yang stabil menggembirakan hati emak, abah dan adik-adik.
Setelah itu, Ibu bertemu jodoh. Cita-cita dan impian Ibu kononnya
ingin bersuamikan jejaka bermata sepet dan berkaca mata persis
hero K-Drama. Ah, impian mainan perasaan cuma! Takdir Tuhan
menemukan Ibu dengan seorang jejaka iras hero Hindustan dan
ibu jatuh cinta kepadanya. Jauh benar dan ketara perbezaannya.
Korea dan Hindustan. Ketawa Ibu berdekah-dekah apabila
mengenangkannya.

Ya, Ibu gembira dan bersyukur dengan jodoh ini. Dia adalah
cinta pertama ibu. Abah kepada anak-anak Ibu yang di‘bin’ dan
di‘binti’kan dengan namanya, satu perasaan luar biasa yang Ibu
rasai. Sungguh! Kami melayari fasa kehidupan sebagai suami isteri
dan membesarkan anak-anak yang lima orang itu secara sederhana
sahaja.

Bermula dengan menyewa rumah dan kemudiannya tinggal di
kuarters anggota kerana tuntutan kerja suami. Anak-anak semuanya
membesar di kuarters. Di sinilah terselit dan tersimpan kisah indah
buat ibu mengenai si dia, superhero ibu.

42 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Mengimbau memori lalu, pada tarikh 17.11.2015, ibu selamat
melahirkan anakanda keempatnya. Bayi ibu ini telah dibawa
keluar daripada labour room (LR) untuk dibersih dan diselimutkan.
Abah bayi pun dipanggil untuk mengazankannya. Selepas selesai
semuanya, suami masuk semula ke dalam LR untuk menjenguk
isterinya yang terdampar keseorangan. Suami melangkah ke arah
Ibu dengan reaksi tenang seraya berkata, “Ayang, anak kita down
syndrome.”

Kalian dapat bayangkan apa reaksi Ibu? Ibu tersenyum cuma,
meluncur deras dari mulut ibu ucapan syukur dan terbayang muka
bayi Ibu ini persis cina yang punya mata sepet. Ya, itulah fahaman
Ibu sewaktu dikhabarkan mengenai keadaan bayi sindrom down.
Ah, tiada apa yang perlu dikhuatirkan! Terimalah seadanya. Reda.

Ibu pun tidak pasti kenapa perasaan ibu tidak sama dengan
perasaan seperti ditampar pada suatu ketika dahulu ketika gagal
dalam ujian lesen L! Sungguh. Sangat tenang penerimaan ibu seolah-
olah tiada apa yang luar biasa berlaku.

Selepas itu, datang pula dua orang paediatricians menemui
Ibu di dalam LR. Ada sesuatu yang hendak mereka sampaikan kepada
Ibu dalam nada dan cara yang sangat berhati-hati. “Anak puan kami
lihat ada underlying features of down syndrome. Batang hidung
penyet, jarak di antara dua matanya jauh, paras telinga terletak ke
bawah sedikit daripada paras mata dan single palmar line (ada satu
garisan sahaja pada tapak tangan, tidak seperti kita yang mempunyai
dua garisan di tapak tangan). Kata-kata ini apa yang Ibu ingat pada
ketika itu.

Ya, Ibu hanya mendengar dan berasa baik sahaja dengan
khabar itu. Perasaan seperti teruja pun ada kerana tidak pernah
punya anak seistimewa ini. “So, kami terpaksa tahan dulu baby di
Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk dipantau,” tambah doktor
tadi. Maka inilah pengalaman kali pertama Ibu tidak dapat terus
melihat anak yang Ibu lahirkan. Abahnya sahaja yang dapat melihat

HIKMAH Saat Aku Diuji 43

superhero ibu ini disebabkan dia mengazankannya sebentar tadi.

Ibu yang penat dan sakit melahirkannya tetapi tidak dapat
melihat dan memegangnya. Ibu tergelak kecil cuma. Tambah lagi
Ibu sudah cukup teruja untuk menemui superhero Ibu ini! Cerita
suami pula semasa misi memanggilnya untuk mengazankan
bayi, dia berkata, “Encik, tengok betul-betul anak encik ini.” Terasa
lain benar bunyi percakapan itu seakan-akan ada sesuatu yang
pelik berlaku. Suami melihat bayi kami yang baru dilahirkan itu
dan lantas mengecam, “Oh, down syndrome!” Kalau Ibulah yang
disuruh melihatnya sudah pasti Ibu tidak akan dapat meneka lantas
menjadi hairan kerana sudah tentu itu anak kita. Tidak akan dia akan
ditunjukkan bayi orang lain pula kepada kita, bukan?

Maka bermulalah kehidupan superhero ibu ini di NICU
hospital. Ibu tidak berkesempatan langsung untuk melihat
superhero ini dari mula lahirnya di kala tahajud hinggalah ke waktu
asar. Namun ini merupakan rekod bersalin ibu yang terbaik kerana
dibenarkan pulang pada hari yang sama! Sedikit bangga. Cuma
pulangnya ibu ke rumah tanpa memangku bayinya di riba. Sebelum
pulang, suami menyorong ibu menaiki kerusi roda dari wad bersalin
ke NICU untuk menjenguk superhero kami. Doktor telah terlebih awal
memaklumkan bahawa bayi ini tidak dibenarkan pulang bersama
ibu.

“Puan, baby puan ini kami dengar ada murmur (bunyi
abnormal pada jantung). Kami syak PDA (jantung berlubang) dan
biasanya akan tertutup sendiri. But since baby ini ada underlying
down syndrome, kami terpaksa refer kepada pakar jantung. Puan
pilih sama ada HSD atau IJN,” ujar doktor.

“Dan ujian darah untuk pengesahan kromosom 21 kami akan
hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Ambil masa tiga hingga
enam bulan untuk tahu keputusan pengesahan down syndrome,”
tambahnya lagi. Baiklah, kami akur. Kita lambai-lambai dahulu ya,
sayang! Nanti Ibu dan Abah akan datang lagi berjumpa denganmu

44 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

di NICU.

Bermula dari situ, hospital menjadi rumah pertama kami.
Ibu tinggalkan dahulu bahagian pengalaman berumah tangga di
wad. Terlalu banyak, tidak upaya dihitung betapa luasnya pengajaran
kehidupan di wad hospital. Di NICU Ibu cuba menyusui superhero
Ibu ini. Ya, anak sindrom down ini mempunyai otot yang lemah
termasuklah otot mulutnya yang menyebabkannya menghadapi
kesukaran untuk menyedut dan menelan. Perlu disimulasi. Berulang-
ulang kali. Tanpa jemu.

Di NICU itulah Ibu membelainya, berbual-bual dengannya,
dalam keadaan ibu sendiri yang sedang berpantang. Siap
berbengkung, berstoking tebal dan berbaju sejuk setiap kali hadir
menemui superhero ini. Dari NICU ke Wad Pediatrik. Di situ Ibu
langsung berukhuwah dengan ibu-ibu yang sama-sama menjaga
anak-anak yang sakit, sama-sama merawat hati dan perasaan,
sama-sama bermesra dengan misi-misi dan cleaners ibarat sebuah
keluarga yang besar.

Ya, sungguh indah! Dalam pahit ada manisnya, dalam
payah ada gagahnya. Di wad hospital, ibu banyak belajar tentang
kehidupan. Betapa kita rasa diri kita telah cukup susah dan diuji
dengan teruk namun ramai lagi mereka yang lebih tidak mudah dan
serba kekurangan. Maka di situ, ibu belajar untuk sentiasa bersyukur.

Ibu tidak berhajat untuk bercerita tuntas mengenai
sakit superhero ibu ini. Cukuplah ibu senaraikan sahaja sejarah
perubatannya. Pakejnya terlalu istimewa antaranya Chronic
lung disease, bronchiolitis obliterans, pulmonary hypertension,
pulmonary stenosis, patent ductus arteriosus (PDA), atrial septal
defect  (ASD), hypothyroid dan lebihan cecair dalam gegendang
telinga.. Ya, semuanya menjadikan superhero ini yang teristimewa,
dia yang terhandal, dia yang terkuat dan dialah yang paling gagah!
Telatahnya sentiasa menceriakan. Keletahnya selalu menghiburkan.

HIKMAH Saat Aku Diuji 45

Ya benar, terlalu istimewa! Anak sindrom down yang dilahirkan
biasanya disertai dengan pakej komplikasi kesihatan yang lain
terutamanya yang berkaitan dengan jantung dan paru-paru. Kami,
suami isteri menyangka anak sindrom down ini hanya mengalami
delay in development berbanding anak yang normal. Tidak pula
kami jangka wujudnya komplikasi kesihatan yang pelbagai.

Pada saat pesakit-pesakit Covid-19 kini bertarung hebat melawan si
Corona sehingga di‘intubate’ untuk bantuan pernafasan, superhero
ibu ini telah terlebih dahulu melalui pengalaman di‘intubate’. Bukan
sekali, malah berkali-kali lantaran jangkitan kuman yang menyerang
paru-parunya.

Superhero Ibu ini pernah singgah dari wad ICU satu hospital
ke wad ICU hospital yang lain untuk rawatan rapinya. Dan setiap
kali itulah menggeletar lutut, Ibu meraung di dalam hati melihat
kesakitan ditebuk dari tekak hingga ke pangkal paru-paru.

Setiap kali itulah juga superhero Ibu ini tetap hebat bertarung
dan kuat melawan kuman sehingga dirinya sihat semula. Ibu
bangga! Untuk superhero Ibu ini, senarai hospital yang didiaminya
tidak cukup sebuah sahaja. Rekodnya wujud di HPJ, HSD, PPUM dan
IJN. Di setiap hospital ini tersimpan kenangannya tersendiri yang
sungguh bernilai. Di keempat-empat tempat ini juga Ibu dan Abah
banyak belajar terma-terma perubatan. Layaknya kami seperti doktor
tidak bertauliah!

Oh, ya! Lahirnya superhero ini Ibu belajar untuk bersedia
dengan semua tarikh temu janjinya. Memang Ibu terpaksa
menandakan segala tarikh temu janjinya pada kalendar dan set
reminder supaya tidak terlepas pandang. Ah, dalam pada itu tetap
ada juga yang Ibu terlepas tarikh temu janjinya! Bersusun-susun
tarikh temu janji dengan berbagai-bagai jabatan - Paeds, Fisio, ENT,
KK, IJN. Ibu seronok melayan tarikh-tarikh temu janji yang berderet ini
kerana ibu sangat senang menyiapkan superhero untuk ke hospital,
girangnya seperti bersiap-siap mahu ke pusat membeli-belah. Ah,

46 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

kini tidak lagi kerana mall tidak dibuka malah fasiliti hospital juga
telah tenat dengan limpahan kes-kes Covid-19!

Superhero ini, anak ibu yang paling kecil daripada segi
saiznya. Lembut dan lembik! Ya benar, anak sindrom down ototnya
lemah, tidak tegap atau mantap seperti anak tipikal. Disebabkan
keistimewaannya itu maka penjagaannya pun lebih, extra care. He is
a special one and one of the kind.

Superhero ini perlu menjalani fisioterapi di hospital.
Fisioterapi memang wajib dihadapi oleh setiap anak sindrom down.
Suka atau tidak. Paksa atau rela. Seksa atau gembira. Makanya
Ibu dan Abah juga kena belajar cara untuk melakukan fisioterapi
ke atas superhero ini di rumah. Semasa di hospital, ahli fisio tidak
mahu terlalu memaksa superhero Ibu ini kerana keadaannya yang
mengalami masalah jantung. Risau superhero Ibu ini cepat penat
sehingga boleh menjadi kebiru-biruan.

Menurutnya juga, superhero Ibu ini seorang yang kacak. Ya,
bayi sindrom down yang tampan! Ciptaan Tuhan tentunya cantik,
bukan? Belum lagi dihitung mimik-mimik muka superhero ini yang
rare. Lidah anak sindrom down ini tebal dan lebar, menyebabkan
kecenderungan lidahnya asyik terjelir keluar, susah untuk disimpan
dalam mulut. Sungguh, tidak ada pada anak-anak tipikal yang lain.
So special!

Masa berlalu dengan indah dengan hadirnya superhero Ibu
ini. Dia banyak mengajar kami erti kesabaran, kecekalan dan sentiasa
bersangka baik kepada Tuhan. Berfikir yang positif dan yang baik-
baik sahaja. Menghargai setiap detik bersama. Live in the present
moment and live life to the fullest! Pengalaman bersama superhero
ini menuntut pengorbanan yang bukan calang-calang.

Dalam pada ramai bergembira pulang ke kampung meraikan
hari raya, kami menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana keadaan
superhero yang bergantung dengan mesin oksigen di rumah. Tinggi

HIKMAH Saat Aku Diuji 47

risikonya untuk ke sana dan ke mari. Jadi, pengalaman ‘stay at home’
telah kami lalui terlebih dahulu sebelum hadirnya virus Corona di
kala ini.

Tiba pada satu Jumaat yang mulia, ujian menjenguk lagi
kami sekeluarga. Superhero ini mengalami cirit-birit yang teruk.
Dari wad kecemasan terus ditempatkan ke wad ICU kerana severe
dehydration mengakibatkan jangkitan kuman terlalu cepat berlaku
hingga ke seluruh tubuhnya. Ya, jangkitan kuman dalam darah!
Superhero Ibu ini di‘intubate’ lagi buat kesekian kalinya.

Betapa dia cuba bertahan, masih kuat semangat juangnya
sehingga ke Jumaat satu lagi. Pada suatu malam ketika masuknya
Tahun Baharu Hijrah 1 Muharram, terdengar deringan nyaring dari
telefon bimbit Ibu. “Puan, saya Doktor Xxx dari ICU HSD,” ujar suara
itu di hujung talian. Berdebar.

Berdegup-degup jantung Ibu menanti perkhabaran lanjut
daripada doktor itu. ICU tidak akan memanggil sekiranya tiada yang
penting. “Maafkan saya, anak puan telah tiada sebentar tadi. Kami
telah melakukan sedaya upaya, membuat CPR ke atasnya beberapa
kali namun jantungnya sudah berhenti berdegup. Dia sudah tiada,”
jelasnya lagi.

Bagai dihempap batu besar di atas kepala Ibu! Umpama
dihempas dada Ibu dengan benda keras! Sakit, peritnya Tuhan sahaja
yang tahu. Air mata laju mengalir. Ibu menangis tersesak-esak. Berita
itu Ibu sampaikan kepada suami dan anak-anak. Mereka terpempan
mendengarnya. Baru sekejap tadi kami pulang daripada melawat
superhero ini di ICU.

Ya, Ibu masih ingat genggaman lemah tanggannya yang kecil
ketika ibu memegang jari-jemari itu, yang dipenuhi tanda dicucuk
sana sini, yang berselirat dengan wayar. Anak Ibu sedang tidur-tidur
ayam di antara sedar dengan tidak kerana di‘intubate’. Rupa-rupanya
itulah genggaman terakhir buat Ibu. Tidurnya kini sudah lena kerana

48 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

tiada lagi kesakitan yang ditanggung sejak dia lahir ke dunia. Setahun
tujuh bulan dia bertarung, berlawan dengan ujian sakitnya. Dialah
superhero Ibu! Doa ibu akhirnya dimakbulkan. Doa Ibu agar hilang
segala kesakitannya. Ya, hilang dengan pemergiannya kembali ke
pangkuan Tuhan. Setahun tujuh bulan Tuhan pinjamkan kepad.

Segala urusan pengurusan jenazah dan pengebumian
superhero Ibu ini, wangian syurga kami, Rayhan atau nama manjanya
Cik An dipermudahkan dan berjalan lancar. Dimandi, dikafan dan
disolatkan di hospital oleh ustaz yang sama menguruskan jenazah
23 orang syuhada’ yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz
Ittifaqiah, Kuala Lumpur. Kalian masih ingat kisah tragis itu, bukan?

Akhirnya superhero Ibu ini pulang ke rumah dalam pangkuan
Ibu. Sekujur tubuh siap dikafan tenang di atas ribaan Ibu. 1 Muharram
1439. Telah lama dirinya bertarung nyawa untuk menikmati sekelumit
erti sebagai insan dan jua anak. Hadirnya sebagai penyeri yang
dipinjamkan Allah buat sementara. Rehatlah anak Ibu. Puas kerana
dapat melahirkanmu, bahagia Ibu memilikimu, senangnya Ibu
melayan kerenahmu dan akhirnya Ibu tenang ‘menidurkan’mu.

Oxygen concentrator machine dan oxygen tank superhero
ini kami wakafkan kepada hospital bagi kegunaan mereka yang
memerlukan untuk menjalani terapi oksigen di rumah. Ibu puas,
Rayhan. Namamu seharum wangian syurga. Moga kita bertemu
semula di sana. Tariklah Ibu bersamamu di syurga abadi.

Syukur, Ibu mendapat sistem sokongan yang sangat
perlu apabila mempunyai anak istimewa ini. Sokongan terdekat
daripada kalangan ahli keluarga, pasangan, saudara-mara, jiran
tetangga, sahabat handai, rakan taulan termasuk rakan alam maya
dan kumpulan sokongan ibu bapa anak-anak sindrom down amat
membantu ibu mencari tempat yang kami boleh berkongsi rasa
untuk terus kuat. Namun tetaplah kembali kepada Tuhan dan
letakkan kebergantungan tanpa tandingan lagi hanya kepada-
Nya. Selayaknya juga situasi kita kini dalam memerangi pandemik

HIKMAH Saat Aku Diuji 49

Covid-19 ini, kepada Allah jua kita bergantung harap. Jagalah Tuhan
maka Tuhan akan menjaga kita.

50 HIKM A H S a a t A k u D i u j i


Click to View FlipBook Version