The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEKSI BAHAN PENERBITAN DIGITAL BITK, 2021-11-29 02:53:13

Biblioterapi 01/21

Edisi Oktober 2021

BERDAMAI DENGAN
TAKDIR-NYA

AIMA SYAMIMI BINTI MOHAMED
RODZUAN

Usai mendengar penjelasan doktor yang merawat Papa melalui
rakaman yang dihantar oleh adik pada jam 3.45 pagi, lidahku
terkedu. Mataku berkaca. Hatiku remuk. Terlintas dalam fikiran,
Papa akan pergi bertemu Ilahi. Mama memberi keputusan untuk
membawa Papa pulang semula ke rumah. Adikku, Hasni juga
memaklumkan kakitangan hospital sedang dalam proses persiapan
dokumentasi dan prosedur hospital. Discharge at Your Risk.

Minit, saat dan detik berlalu pantas. Jam 4.15 pagi, aku minta
Mama hubungi adik.

“Mama, Papa sudah tak ada… Papa sudah pergi… Papa sudah
tak sakit lagi… Allah SWT sayang Papa,” ucap adik tersekat-sekat,
suaranya menahan sebak.

Suasana rumah jadi sunyi sepi. Sayu. Terkejut. Semalam baru
Papa mengadu kesakitan di bahagian perut dan mahu dapatkan
rawatan di hospital. Suara mengerang kesakitan masih segar dalam
kotak ingatan ini. Mengalir deras air mata tanpa bicara. Belasan
tahun Papa akan ke hospital dan akan pulang semula. Namun tidak
pada kali ini. Setiap kali Papa ke hospital, kami akan sentiasa mohon
Allah SWT pinjamkan kekuasaan-Nya agar Papa kembali sembuh.
Tidak kusangka pada tahun ini, tahun terakhir kami bersama-sama
menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

HIKMAH Saat Aku Diuji 51

Fikiranku berkecamuk. Aku tidak sempat bersalam dengan
Papa. Aku tidak sempat memohon maaf. Aku tidak sempat menjadi
anak yang terbaik untuk Papa. Banyak perkara aku tidak sempat
buat bersama-sama Papa.

Papa ialah seorang ayah tiri yang baik. Mendidik dan
membesarkan aku sejak aku berusia 11 bulan. Papa lindungi aku. Papa
sentiasa ada tika aku jatuh. Papa sentiasa ada tika aku menangis.
Papa sentiasa ada tika aku kecewa. Papa sentiasa ada tika aku sakit.
Kejayaan aku sekarang kerana kasih sayang seorang ayah yang aku
tidak pernah anggap dia sebagai ayah tiriku.

Azan subuh berkumandang. Hujan turun renyai-renyai.
Kesejukan pagi menggigit kulit, seolah-olah mengiringi pemergian
Papa pada pagi ini. Terhenti segala kecamuk yang melanda diri.

Aku terus bangkit daripada lamunan dan mengajak
Mama serta adik bongsu menunaikan solat. Tangisan mengiringi
setiap pergerakan kami. Terasa kosong. Papalah insan yang akan
mengimamkan kami sejak kecil. Papalah yang mendidik kami
mengenal huruf-huruf dalam muqaddam. Semua kenangan
bersama Papa kembali menghinggap kotak ingatan dan pastinya air
mata mengiringi semua kenangan itu. Aku gagahi diri menyiapkan
sarapan untuk keluarga dan menanti kepulangan Hasni.

Papa telah meninggal dunia di Hospital Serdang. Oleh kerana
pandemik Covid-19, pengurusan jenazah perlu melalui proses ujian
pengesanan Covid-19 oleh Unit Perubatan Forensik. Hasni pulang
dari hospital pada jam 10.00 pagi tanpa van jenazah. Dia duduk
diam dalam kereta tanpa bicara. Tertunduk rapat di stereng kereta.
Badan dia lemah dan matanya bengkak. Mama minta Hasni terus
mandi dan berehat.

Keesokan hari, pihak Unit Perubatan Forensik menghubungi
kami, memaklumkan jenazah arwah Papa bebas daripada Covid-19.
Sebelum masuk waktu asar, van jenazah telah sampai di Masjid Raja

52 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Muda Musa, Pekan Semenyih. Jenazah dimandikan dan disolatkan
oleh semua ahli keluarga dan wakil masjid. Mendung sahaja cuaca
sepanjang menguruskan jenazah arwah. Raut wajah Papa tenang,
putih dan bersih. Tiada lagi kelihatan wajah menahan kesakitan.

Anak kecilku Zuyyin, berusia tiga tahun, bertanya apabila
melihat air mataku asyik mengalir dan mataku merah, ”Ibu, kenapa
Ibu menangis?”

“Ibu menangis sebab Atok sudah meninggal,” ujarku dalam
nada tenang. Sewaktu Papa diturunkan ke liang lahad, Zuyyin
bertanya lagi, ”Ibu, Atok buat apa di bawah itu? Zuyyin nak ikut Atok.”

Aku cuba kuatkan hati memujuk anak kecil yang memang
rapat dengan Atok. Dengan hati yang penuh sebak dan menahan
tangisan, aku memeluk erat anakku dan berkata, ” Zuyyin, Atok sudah
meninggal dunia. Jumpa Allah SWT. Nanti kita pun akan ikut Atok
juga.”

Kami sekeluarga pulang dari tanah perkuburan ke rumah.
Bermulalah kehidupan kami sekeluarga tanpa Papa di sisi. Aku dan
Kak Aimi bergerak balik ke rumah masing-masing. Rumahku hanya
lapan kilometer dari rumah keluargaku.

Keesokan harinya, Hasni mula demam. Mama memuat naik
gambar Hasni berselimut dan berwajah pucat, terbaring di katil arwah
Papa. Pada hematku, Hasni hanya demam dek kerana keletihan dan
kehibaan kehilangan arwah Papa. Ucapan ringkas aku membalas
kepada Hasni, ”Alahai. Jaga diri ya Hasni.” Namun, tepat jam 7.00
malam, Hasni maklumkan yang dia ke klinik untuk mendapatkan
rawatan dan tanpa diduga keputusan ujian swab Kit Ujian Pantas
(RTK)-Antigen COVID-19 Hasni positif. Aku terkedu. Tanah kubur
arwah Papa masih merah semerah mata kami sekeluarga yang
belum lagi pulih daripada terganggu emosi atas kehilangan insan
yang paling kami sayangi.

HIKMAH Saat Aku Diuji 53

Maka bermula episod perjuangan menghadapi pandemik
Covid-19 dalam sejarah keluarga kami. Pada waktu genting sebegini,
suami aku tiada di sisi. Dia terlibat dengan operasi sulit. Suamiku
salah seorang frontliner. Bagai kaca terhempas ke batu, kami semua
berlapan merupakan kontak rapat kepada Hasni. Tanpa melengahkan
masa, kami ke klinik swasta yang membuat perkhidmatan saringan
ujian swab RT-PCR dan memaklumkan kepada ahli keluarga yang
juga terlibat ketika urusan pengebumian arwah Papa.

Keputusan ujian saringan dijangka keluar dua hingga ke
tiga hari. Kami semua sudah mula bergejala ringan seperti batuk
dan selesema serta lenguh badan. Hanya Zuyyin si cilik masih aktif
dan tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, jauh di sudut hati
berbisik dan berharap kami semua tidak dijangkiti.

Ini bukan kali pertama aku menjalani ujian saringan. Namun,
bagi Zuyyin ini kali pertama. Aku hanya berdoa dan berserah kepada
Allah SWT agak diberikan kemudahan bagi Zuyyin untuk menjalani
ujian saringan. Si cilik berani dan petah berbicara dengan doktor yang
bertugas. Swab di mulut tiada masalah. Untuk swab pada hidung
kiri, memerlukan pujukan. “Sayang, doktor nak check ada apa dalam
hidung Zuyyin.” Ya, sudah pasti teriakan kuat keluar mulut Zuyyin.

Detik demi detik berlalu. Klinik telah memuat naik keputusan
melalui WhatsApp. Menggigil jari membuka keputusan ujian. Positif!
Kami semua berkongsi keputusan saringan dalam group WhatsApp.
Aku, Mama, Kak Amy, Abang Kamarul, Anna, Amiril dan Raihana
telah disahkan POSITIF COVID-19. Kecuali Zuyyin. Sudah tentu aku
panik. Suamiku tiada di sisi. Hanya aku berdua dengan Zuyyin di
rumahku. Deras air mata turun. Ya Allah, berat sungguh ujian yang
Engkau berikan kepada aku. Aku bingung.

Pelbagai persoalan dan kerisauan menghimpit fikiran dan
dada. Kami semua positif kecuali Zuyyin. Adakah Mama pun akan
pergi meninggalkan aku? Adakah aku akan pergi mengikut jejak
arwah Papa dan meninggalkan Zuyyin berusia tiga tahun ini? Ubat-

54 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

ubatan dan bekalan makanan langsung tiada di rumah. Apa yang
perlu aku lakukan selepas ini? Gelap duniaku seketika.

Aku gagahkan jari-jemari untuk memaklumkan kepada
pihak pengurusan dan rakan-rakan. Berita buruk ini membuatkan
rakan-rakanku juga turut kerisauan. Bertubi-tubi mesej dihantar oleh
rakan-rakan. Rakan serumah sewa di Melaka, Syahirah dan Dini terus
menelefon menggunakan WhatsApp Video Call. Nasihat, sokongan,
doa, tips untuk melalui ujian daripada Allah SWT. Alhamdulillah.

Kawan baik ibuku, Cik Ida menawarkan bantuan untuk
menjaga anak kecilku. Pada ketika ini, aku terharu dan tetap
bersedih. Aku rasa seolah-olah malam ini kali terakhir aku berjumpa
dengan anak kecilku. Pada saat, Cik Ida mengambil Zuyyin, air
mataku menitis deras. Ya Allah, sesungguhnya jika ini kali terakhir
aku bertemu dengan anakku, aku berserah kepada-Mu segala urusan
anakku yang aku amat sayangi.

Malam pertama bersendirian, Mama hubungi aku. Mama
beritahu Hasni mula meracau dan badan dia sangat lemah. Oleh
kerana Mama dan Hasni mengalami trauma bagaimana arwah Papa
mendapatkan rawatan di hospital, mereka enggan menghubungi
ambulan. Aku akur dengan keputusan Hasni. Aku hanya minta adik
untuk mengawal pernafasan.

Hatiku penuh dengan kerisauan. Batuk bersilih ganti dengan
titisan air mata. Aku sukar untuk melelapkan mata dan sampailah
waktu genting jam 2.00 pagi. Aku mula sukar untuk bernafas. Lintasan
hati daripada Allah SWT hanya terdetik untuk hubungi sahabatku,
Kak Wanzu untuk bantu aku. Kak Wanzu cuba menenangkan aku.
Kak Wanzu juga sarankan aku untuk ambil plastik dan bernafas
dalam plastik tersebut.

Fikirkanku hanya melayang memikirkan Aainnur Zuyyin.
Jiwaku ribut kerana aku sukar untuk bernafas menggunakan
hidungku. Kedua-dua belah mula tersumbat dengan cecair yang

HIKMAH Saat Aku Diuji 55

tidak boleh dikeluarkan. Kak Wanzu menyebut Allah… Allah…Allah…
kepada aku dan minta aku cuba bernafas menggunakan mulut.
Badanku panas dan berpeluh dingin walaupun kipas berpusing
pada kelajuan tertinggi. Saat-saat genting itu berlalu dengan baik.
Aku dapat mengawal pernafasan melalui mulut dan tidur secara
duduk di kerusi di ruang tamu.

Keesokan hari, aku menghubungi doktor yang mengesahkan
keputusan ujian saringan. Dr Abu memberikan khidmat profesional
dan arahkan saya rujuk ke Covid-19 Assessment Center (CAC) yang
berdekatan. Dr Abu juga berkata sewajarnya Zuyyin dikuarantin
bersama aku kerana Zuyyin dalam kategori kontak rapat dan mungkin
boleh menjangkiti Cik Ida sekeluarga. Aku terdiam. Semalaman
aku panik. Aku berdoa agar Zuyyin tidak dijangkiti dan menjangkiti
keluarga Cik Ida. Aku hubungi Mama untuk memaklumkan tentang
nasihat doktor. Mama menghubungi Cik Ida dan menjelaskan. Cik
Ida setuju untuk hantar semula Zuyyin. Alhamdulillah. Terima kasih
Cik Ida.

Kaunselor maktabku, Dr Jamaliah memperkenalkan aku
dengan Dr Salpiah, Kaunselor BSM dan beliau merupakan salah
seorang Covid-19 Fighter. Dr Salpiah menghubungi aku menceritakan
pengalaman dia dan segera meminta aku mendapatkan oximeter
untuk memantau bacaan kadar kepekatan oksigen dalam darah
Hasni setelah aku menceritakan keadaan Hasni kepadanya. Aku
bergegas menghubungi jiran rumah Mama, Cik Ita, juga telah
dijangkiti Covid-19 untuk meminjamkan oximeter. Bacaan oximeter
Hasni ialah 84 peratus.

Mama telah membeli silinder oksigen dari farmasi
berhampiran rumah untuk membantu meningkatkan bacaan kadar
kepekatan oksigen dalam darah. Sahabat karibku di tempat kerja
lama, Syira Zakaria menghubungi aku setelah aku memaklumkan
keadaan terkini kami sekeluarga. Syira menjelaskan bahawa keadaan
Hasni perlu dapatkan rawatan di hospital secepat mungkin kerana
bacaan oximeter itu rendah dan besar kemungkinan ada keradangan

56 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

paru-paru Hasni. Aku terdiam lagi. Aku cuba memujuk Anna, adik
iparku untuk menyakinkan Hasni bagi mendapatkan rawatan segera.

Alhamdulillah, tepat jam 12.30 tengah malam, mama hubungi
ambulan dan memaklumkan bacaan kadar kepekatan oksigen
dalam darah Hasni tidak menunjukkan peningkatan. Jam 1.15 pagi,
ambulan sampai dan membawa pergi Hasni ke Hospital Kajang.
Benar bagai dikata oleh Syira, status serangan Covid-19 pada Hasni
bertukar kepada Tahap 4. Kak Aimi, pula dikejarkan ke Hospital Hulu
Terengganu kerana bacaan tekanan darah sangat rendah walaupun
telah dimasukkan drip semasa penilaian di CAC.

Ya, walaupun aku hanya dikenalpasti dalam kategori Tahap
2, emosi aku terganggu dengan keadaan ahli keluarga yang aku
sayangi. Setiap masa dan detik penuh debaran. Setelah aku ke CAC,
Dr. Adibah meminta aku untuk bertenang dan berehat setelah
mendengar penjelasan tragedi yang berlaku malam tersebut. Dr
Adibah memaklumkan tragedi tersebut adalah anxiety attack. Dr
Abidah juga menyatakan bahawa pesakit yang telah mendapat
vaksin akan mengalami simptom ringan sahaja. Aku dan Mama telah
cukup lengkap dua dos vaksin. Hasni, Anna dan Abang Kamarul
baru dos pertama. Manakala, Kak Aimi, Amiril dan Raihana belum
mendapat temu janji lagi.

Kami sekeluarga juga seperti semua pesakit Covid-19 yang
lain berikhtiar dengan semua tips yang disarankan dan juga tidak
putus-putus berdoa kepada Ilahi. Hari berganti hari, sehinggalah
semua ahli keluargaku semakin kembali pulih dan baik. Hasni dan
Kak Aimi telah dikeluarkan dari hospital. Keputusan ujian saringan
kedua untuk Aainnur Zuyyin negatif. Alhamdulillah. Perancangan
Allah SWT itu hebat.

Sebenarnya dalam melalui perjuangan kami sekeluarga
menghadapi kehilangan arwah Papa dan melawan Covid-19, perkara
yang utama ialah berdamai dengan takdir-Nya. Kerisauan dan
ketakutan pada perkara yang belum pasti berlaku adalah kesakitan

HIKMAH Saat Aku Diuji 57

yang bakal mematikan diri sendiri. Berdamai dengan takdir-Nya
kerana banyak perkara yang menjadi rahsia-Nya dan kita sebagai
hamba-Nya wajib meminta daripada-Nya. Jaga diri. Jaga emosi.
Jangan bebankan kesakitan fizikal dengan kesakitan emosi. Aku
bangkit mencari kekuatan dan kekuatan itu datang daripada-Nya.
Pertolongan Allah SWT kepada aku dan keluargaku teramat
banyak melalui hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang kerana
Allah SWT. Aku berjanji pada diri aku, mulai 1 Muharram 1443H, aku
pegang teguh dalam hatiku, aku akan berdamai dengan semua
takdir-Nya untukku. Terima kasih Allah SWT atas kasih sayang-Mu
buat aku dan keluargaku.

58 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Jurnal
COVID AMAR

AMAR AMIR BIN OMAR

PKRC Politeknik Port Dickson

Kisahnya bermula pada hari Rabu, 26 Mei 2021. Pada tengah hari
itu aku mendapat panggilan telefon dari Covid Assessment
Centre (CAC) Seremban. Aku dan isteri didapati positif Covid. “Encik
Amar, ambulan akan tiba sebentar lagi untuk mengambil encik dan
isteri, ” kata suara halus seorang perempuan di hujung talian. Dalam
keadaan berdebar itu, aku dan isteri segera bersiap dan mengemas
barangan keperluan.

Kami akan dibawa ke Akademi Pembantu Perubatan
Seremban. Di CAC ini, tiga orang pembantu perubatan merekodkan
kondisi kesihatan kami dengan mengambil bacaan suhu, tekanan
darah serta paras oksigen. Prosedur ini bagi menentukan pesakit
itu akan dihantar ke hospital atau ke Pusat Kuarantin dan Rawatan
Covid (PKRC).

Aku dihantar ke PKRC di Politeknik Port Dickson kerana
keadaan kesihatan aku baik. Pada pukul 7.00 petang itu, bersama-
sama yang lain, aku dihantar ke PKRC dengan menaiki bas. Kami tiba
di Politeknik Port Dickson pada pukul 8.30 malam dan diturunkan
di hadapan bangunan asrama 10 tingkat yang bakal menjadi
kampungku untuk 10 hari hingga tempoh kuarantinku tamat.

Selepas proses pendaftaran, semua pesakit lelaki dibawa
ke bilik masing-masing. Aku dibawa ke 403, bilik yang sudah
berpenghuni. Hadif pelajar tingkatan 2, Abang Badrul Zaman, Encik
Azeman, dan dua orang pak cik berbangsa India. Ada enam orang di

HIKMAH Saat Aku Diuji 59

setiap unit. Ini merupakan hari keenam mereka di PKRC.

Malam itu aku demam amat panas. Hanya selepas makan
paracetamol barulah demam kebah. Peluh keluar dengan banyak.
Aku kesejukan kerana tidur tanpa selimut.
Hari kedua, Khamis

Seawal pukul 4.30 pagi, aku sudah bangun. Aku batuk teruk,
seolah-olah berlawan dengan Encik Azeman yang juga batuk tidak
berhenti-henti. Kami solat berjemaah, berimamkan Encik Azeman.
Benarlah dia ini dari kluster surau. Sedap bacaan dan panjang doanya.

Pada pukul 11.00 pagi seorang jururawat datang menyerahkan
surat pelepasan buat Hadif, Abang Badrul Zaman dan Encik Azeman.
Mereka tersenyum keriangan dan berswafoto sebagai tanda ingatan.
Abang Badrul Zaman memberikan aku satu pek Milo 3-in-1 dan
sekotak biskut Jacob Cream Crackers sebagai bekalan aku di sini.
Terima kasih abang.

Pada malam ini ada penghuni baru bilik kami. Encik
Shamsuddin atau lebih senang dipanggil Uncle Sam yang dihantar
ke bilik ini oleh HA dengan berkerusi roda. Berumur 66 tahun, Uncle
Sam adalah bekas polis berkhidmat sejak 1976. Mukanya yang serius
mengingatkan aku kepada watak Sarjan Misai lakunan A Galak.
Bagaimanapun, beliau seorang yang peramah, suka memberi nasihat
dan sangat pemurah. Dia menghadiahkan aku satu tiub Redoxon,
supplement vitamin C, untuk kegunaanku.

Malam ini aku masih lemah. Demam masih kuat. Aku makan
ubat panadol dan aku tertidur dengan berbekalkan kehangatan
jaketku. Aku terjaga pada pukul 2.30 pagi. Bajuku lencun. Sejuk sekali.
Mungkin aku overdose ubat demam. Aku terus tukar baju hospital
dengan baju kemeja T Camel Active. Aku mula terbatuk-batuk pada
pukul 4.30 pagi, batuk yang luar biasa sehingga aku termuntah. Aku
tukar baju dan kain pelikatku yang basah. Nafasku pendek-pendek,
sukar sekali untuk tidur. Perlahan-lahan aku baca selawat. Nafasku

60 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

pun semakin perlahan mengikut ritma selawat. Aku tertidur dalam
pelukan selawat.

Pada pagi esoknya aku masih lagi lemah, Demam sudah
kebah tetapi setiap gerak geri aku diselangi batuk, kahak dan hingus.
Aku duduk terbaring sahaja. Uncle Sam cuba menaikkan semangatku
tetapi aku cuba balas sikit-sikit sahaja kerana terlalu letih dan sakit.

Aku cuba solat asar. Bacaan ayat suci al-Quran aku diselangi
dengan batuk yang amat dahsyat, terasa bagaikan terkoyak rongga
dadaku. Inilah solat yang paling perit pernah kurasa seumur hidupku.
Seusai solat aku perlahan-lahan turun ke bilik gerakan PKRC di
tingkat 2. Tidak lama kemudian dua orang jururawat sampai dan
mengambil bacaan oksigenku, 89. Ini sudah kritikal. Jadi mereka
memakaikan topeng oksigen untuk membantuku bernafas.

Apabila difikirkan semula, dengan badanku yang letih lesu,
kekurangan oksigen dan tenaga, bagaimana aku mampu berjalan
turun ke bilik gerakan PKRC pada petang itu? Ini semua kuasa
Tuhan yang memberikan aku kudrat terakhir sebagai langkah
penyembuhanku. Aku amat bersyukur kerana Allah selalu berada
bersamaku, terutamanya pada saat-saat genting sebegini.

Dr Fahmi tiba di bilik gerakan PKRC selepas waktu maghrib.
Beliau memberiku beberapa ubat untuk membuka rongga-rongga
peparuku. Namun oksigenku kekal rendah. Beliau menggeleng
beberapa kali dan dengan segera menulis laporan untuk transfer aku
ke fasiliti yang lebih lengkap.

P ada pukul 9.00 malam ambulan sampai tetapi bukan
ambulan KKM yang biasa. Dengan sticker jalur hijau muda ia
lebih kelihatan seperti van kitar semula. Ambulan meluncur laju
memecah keheningan malam lebuhraya Port Dickson. Daripada
dalam ambulan, aku cuma dengar sayup-sayup bunyi siren. Kulihat
pantulan warna merah lampu ambulan berbalam-balam di papan-
papan tanda sepanjang perjalanan, mengingatkan aku babak dalam

HIKMAH Saat Aku Diuji 61

filem Bringing Out the Dead arahan Martin Scorcese lakonan Nicolas
Cage. Keadaan jalan yang tidak rata membuatkan aku terlompat-
lompat di atas katil laksana menaiki roller coaster.

Pada pukul 11.00 malam, aku sampai di Hospital Tampin dan
disambut oleh pasukan kesihatan yang diketuai Dr Soffi. Dengan
cekap beliau mengambil darah nadi aku dengan cekap dan
profesional. Dr Soffi mengira bilangan nafasku dan prognosis beliau
mengatakan pernafasanku amat tidak elok dan insya-Allah rawatan
di sini akan cuba menyembuhkan aku semula.

“Amar, kenapa kamu tidak datang awal? Kamu ingat kamu
sakit sama macam orang lainkah?” kata Dr Soffi sambil berseloroh.
Sungguh, aku sendiri tidak tahu begitu serius dan kritikalnya tahap
kesihatanku pada ketika itu. Sekiranya Allah tidak memberiku
kekuatan untuk aku ke Bilik Gerakan PKRC, sekiranya jururawat tidak
cepat-cepat memasang topeng oksigen, sekiranya Dr Fahmi tidak
cepat-cepat membuat laporan pemindahan ke hospital, sekiranya
ambulan tidak cepat bergegas ke Tampin, sekiranya..., ini semua
adalah aturan yang Maha Cantik oleh Allah Taala dalam mengatur
perjalanan Covid-19. Aku sujud kesyukuran menanti hari-hari lebih
indah di Hospital Tampin.

Aku solat jamak takhir di katil. Seusai solat aku terlena
disulami dengan mimpi-mimpi indah.

Aku di Hospital Tampin

Hari pertama aku di Hospital Tampin, seawal pukul 6.30 pagi,
kumpulan jururawat dan doktor mengusung alat pengukur BP dan
oksigen dan memeriksa kondisi pesakit dari katil ke katil. Kemudian
kami diambil darah nadi sekali lagi dan dicucuk agen pencair darah
di perut.

Aku bangun dengan rasa segar. Tiada lagi demam, batuk
mahupun selsema. Rupa-rupanya batukku yang teruk itu adalah

62 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

semput kerana aku berjalan terlalu jauh. Jadi Dr Soffi memesan aku
jangan sekali-kali meninggalkan katil. Walhasil, aku tidak lagi batuk
dan aku berasa kuat dan selesa. Sukatan oksigen aku menunjukkan
94, peningkatan yang baik berbanding semalam. Alhamdulillah.

Doktor pagi itu mengajar aku teknik deep breathing bagi
mempercepatkan kemajuanku. Hirup udara 10 saat, tahan dan
hembus perlahan-lahan. Setiap setengah jam aku mempraktikkan
teknik ini.

Pada pukul 3.50 petang, aku menerima panggilan telefon
daripada bapa mertuaku, Haji Jamaludin yang sudah seminggu
mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ). Beliau
bertanyakan khabarku. Kandungan oksigennya kini pada paras 94
dan doktor meminta dia menaikkan melebihi 95 jika mahu pulang.
Aku yakin bapa mertuaku ini akan sihat dalam sedikit masa lagi.

Pada petang itu aku berkomunikasi dengan Puan Mimi Mazlin
Pengarah Pejabat MARA Negeri (PMN) Negeri Sembilan. Beliau
menawarkan untuk memberi sedikit sumbangan barang dapur
untuk keluargaku di Seremban. Tidak lama selepas itu Puan Mimi
menunjukkan gambar barang-barang dapur yang sudah dihantar
di hadapan pintu pagar. Sungguh pantas tindakan tim PMN NS.
Syabas!

Dengan segera aku mengabadikan kisah ini di Facebook dan
bantuan prihatin PMN NS ini telah menerima pujian hebat daripada
semua pihak!

Sekitar jam 9.00 malam, aku menerima perkabaran daripada
isteriku, Hospital HTJ telah mengambil keputusan untuk menidurkan
bapa mertuaku dan pernafasan beliau kini melalui bantuan mesin
ventilator. Ini kerana kandungan oksigennya jatuh sehingga 52 peratus
secara tiba-tiba. Aku berasa amat terkejut dengan perkembangan ini
kerana aku baru sahaja bercakap dengannya pada petang tadi.

HIKMAH Saat Aku Diuji 63

Seusai solat subuh hari ketiga, aku terus memohon bantuan
rakan-rakan pejabat, rakan-rakan media sosial untuk berdoa dan
sedekahkan bacaan Yasin kepada bapa mertuaku yang sedang
kritikal. Alhamdulillah berpusu-pusu mesej masuk menunjukkan
gambar mereka turut membaca Yasin untuk bapa mertua. Aku amat
terharu dengan pertolongan sahabat-sahabatku ini.

Hari ini ada pesakit di bilikku telah meninggal dunia dan
tubuhnya sudah diselimuti cadar putih. Tidak lama kemudian
sekumpulan jururawat datang dan menguruskan jenazah yang
dimasukkan ke dalam plastik mayat. Bau kapur barus yang disembur
pada plastik mayat masih terlekat di rongga hidungku hinggalah ke
lewat petang.

Hari keempat, Selasa 1 Jun - 4.30 pagi

Aku dikejutkan daripada tidur oleh bunyi persis nangka busuk
terjatuh. Rupa-rupanya ada pesakit kritikal di bilik bertentangan
jatuh daripada katil. Mak cik berketurunan India di sebelahannya
dengan cemas bercerita dengan mendepa-depakan tangannya
sambil menunjukkan jirannya yang tertiarap di atas lantai.

Tiada kelibat seorang jururawat pun maka aku mengambil
inisiatif berjalan ke kamar jururawat di hujung wad. Aku mengetuk
pintu perlahan dan meminta mereka melihat keadaan pesakit yang
terjatuh itu. Rupa-rupanya jururawat itu baru hendak melelapkan
mata. Ada sekelumit rasa bersalah di hatiku kerana mengganggu
waktu rehat mereka.

Baru kutahu uncle itu memang jenis susah duduk diam dan
seringkali terjatuh katil. Rasanya, orang sebegini perlu diikat di katil
barulah dia boleh duduk diam.

Lewat petang itu ada kematian baharu di bilik bertentangan.
Pasukan jururawat menguruskan jenazah dengan cekap dan
profesional. Aku tidak pasti sampai bila mentalku mampu

64 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

menghadapi semua ini.

Pada sebelah malamnya pula, Pak cik di katil hadapanku
meracau-racau. Entah apa yang diperkatakannya. Tidak lama
kemudian jururawat datang ke tempatnya membuat video call
bersama keluarganya. Menurut jururawat, pak cik ini sudah nazak
dan mungkin akan dijemput Allah tidak lama lagi. Jururawat
memintaku menyimpan nombor telefonnya dan meminta aku agar
menghubunginya jika pak cik nazak pada malam ini.

Hari kelima

Aku terlewat bangun pada pagi ini, subuh gajah. Moga Tuhan
mengampuniku kerana kelewatan ini. Aku sungguh malu kerana aku
sering berdoa mohon agar lekas sembuh tetapi aku gagal menunaikan
suruhan-Nya dengan sempurna. Pak cik di katil hadapanku tidak lagi
meracau-racau. Matanya terbuntang memandang ke siling. Dadanya
turun naik setiap kali bernafas membuatkan tegak bulu roma bagi
sesiapa yang melihatnya.

Jururawat meminta aku memaklumkan kepadanya dengan
segera sekiranya pakcik di katil bertentangan sudah nazak. Apakah
tanda beliau sudah nazak? Aku pun tidak tahu tetapi aku tetap
melepaskan pandanganku ke katilnya pada setiap lima minit,
walaupun hati kecilku gerun juga sebenarnya.

Lewat petang itu, Angiogram menunjukkan garis lurus
horizontal seperti dalam filem/drama sedih. Monitor tekanan
darah juga menunjukkan 0/0. Dua jururawat datang menguruskan
jenazah. Mereka amat cermat dan tertib dalam melaksanakan
tugas itu, meminta izin setiap kali membersihkan tubuh jenazah
dan kemudian dibalut kemas dengan kain cadar. Tim pengurusan
jenazah agak lambat hari ini. Selepas dua jam barulah mereka hadir
ke bilikku untuk mengambil jenazah. Barang-barang peribadi milik
arwah dimasukkan ke dalam plastik kuning.

HIKMAH Saat Aku Diuji 65

Juadah makan malam kami, nasi kuning, ayam rendang
dan sayur bayam. Kami semua hanya meletakkan bekas plastik
itu di bucu meja. Selera kami semua telah ditutup oleh peristiwa
menggoncangkan jiwa lewat petang tadi.

Pada subuh Jumaat 4 Jun, aku dikejutkan dengan bunyi
riuh rendah dari bilik bertentangan. Sekumpulan jururawat
mengerumuni pesakit yang baru dimasukkan semalam. Terlalu letih
untuk mengambil peduli, aku meneruskan tidurku.

Lewat petang aku melihat sekujur tubuh dibalut kain cadar
putih di katil bilik bertentangan. Satu lagi roh kembali kepada
pencipta-Nya.

Hari Keenam - 8.30 pagi

Alhamdulillah rakan-rakan di pejabat mengadakan sesi
bacaan Yasin khas melalui Microsoft Teams. Ada 36 peserta semuanya
termasuk pengurusan tertinggi Bahagian Kewangan (BKW).
Terubatlah juga hatiku melihat wajah-wajah familiar walaupun cuma
secara maya. Semoga bacaan yasin pagi ini menjadi asbab untuk
kesembuhanku daripada virus Covid-19 ini, amin.

Doktor yang melakukan rondaan memaklumkan aku mungkin
boleh discaj dalam masa dua hari, dengan syarat keputusan analisa
darahku bertambah baik. Aku bersyukur dengan perkembangan
positif ini. Kadar oksigen darahku juga agak tinggi pagi ini pada 97
peratus tanpa bantuan oksigen. Alhamdulillah.

10 minit sebelum jam 12 malam, terdengar bunyi riuh-
rendah lagi dari bilik bertentangan. Jururawat mengerumuni uncle
yang selalu jatuh katil. “Uncle, buka mata uncle.” Aku memejamkan
mata dan cuba untuk tidak memikirkan apa yang sedang berlaku di
hadapanku.

Esok tengah harinya, beberapa orang jururawat dan doktor

66 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

mengerumuni katil uncle lagi. Dengan telefon bimbit di tangan,
doktor cuba video call dengan ahli keluarganya, barangkali video call
untuk kali yang terakhir.

Aku baru selesai solat asar di ruang solat. Sekembalinya
aku ke kamar, kulihat monitor di sebelah katil uncle menunjukkan
garis panjang horizontal. Tekanan darah juga menunjukkan 0/0.
Nampaknya uncle sudah berangkat ke perjalanannya yang terakhir.
Selamat jalan uncle. Pastinya selepas ini uncle tidak akan jatuh katil
lagi.

Hari Ketujuh

Pada petang itu, doktor membawakan berita yang paling
kutunggu-tunggu. Alhamdulillah keputusan ujian darahku cantik.
Jadi aku dibenarkan pulang hari ini, cuma perlu menunggu surat
pelepasan daripada pihak hospital. Hatiku girang tidak terkata kerana
penantianku kini sudah berakhir. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Hari Kelapan

Aku melaungkan azan subuh terakhir di Wad 2C. Sayu suaraku
mengisi ruang udara. Tiga belas hari berlalu bagaikan mimpi. Aku
masuk dalam keadaan yang sakit, Allah telah menyembuhkanku.
Aku masuk sebagai insan yang alpa dan leka, Allah mengingatkanku.
Aku hadir sebagai hamba yang sesat, Allah mengembalikan aku ke
jalan-Nya yang lurus. Aku amat bersyukur atas peluang kedua ini.
Semoga aku istiqamah dalam mencari reda Ilahi.

9.00 pagi

Alhamdulillah, selepas dua belas hari dirawat di Hospital
Tampin, akhirnya jam 9.00 pagi 9 Jun 2021 aku dibenarkan discaj.

Segala puji bagi Allah, yang menyembuhkanku daripada
sakit, membimbingku daripada kealpaan, dan memberikan aku

HIKMAH Saat Aku Diuji 67

peluang kedua kepada kehidupan.
Terima kasih kepada isteri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat
yang tidak putus-putus berdoa dan memberikan kata-kata semangat
sepanjang perjalanan Covid-19 ini. Hanya Allah sahaja mampu
membalas jasa kalian.
Terima kasih juga kepada barisan hadapan yang bertungkus-
lumus menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit Covid-19, terutamanya
barisan hadapan di Hospital Tampin ini. Semoga Allah merahmati.

68 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Entri
PERJALANAN
AKHIR ABAH

AZAMUDDIN BIN A RASHID

Pada 23 Julai Jumaat 2021, aku mendapat perkhabaran Abah dan
Mama disahkan positif COVID-19. Aku sebenarnya baru sahaja
sampai di Pulau Pinang pada petang hari Selasa itu (Hari Raya
Aidiladha) selepas balik menghantar Abah dan Mama untuk divaksin
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 20 Julai 2021, Isnin.

Selepas mendapat vaksin pertama itu, Abah mula demam.
Pada fikiranku, itu perkara normal selepas divaksin. Selepas itu
kuberikan Abah dan Mama makan panadol dan menasihati mereka
berehat. Mama membentangkan tilam dan Abah pun berbaring
di hadapan televisyen sambil berselimut, aku sudah tidur sambil
memeluk Abah seperti biasanya. Lagipun aku sudah berpesan
kepada semua adik-beradik Abah dan Mama supaya tidak datang
beraya di rumah memandangkan Abah tidak berapa sihat.

Memang kami bertiga sahaja di rumah, aku anak tunggal.
Seawal pagi, aku sudah bersiap-siap hendak pulang ke Pulau
Pinang kerana aku hanya mendapat kebenaran merentas negeri
untuk menghantar Abah dan Mama divaksin sehingga selesai
urusan. Sewaktu hendak balik, aku mencium tangan Abah. Dia tidak
menghantar aku ke pintu hadapan hanya Mama seperti biasa yang
setia melambaiku sehingga keretaku hilang daripada pandangannya.
Aku tidak berapa kisah kerana aku tahu keadaan Abah yang lemah.
Biarlah Abah berehat dan rupa-rupanya itulah kali terakhir aku
mencium tangan Abah.

HIKMAH Saat Aku Diuji 69

Abah masih tidak kebah. Pada pukul 10.00 pagi, Pak Lem
menghubungi aku di pejabat memaklumkan keadaan Abah. Pada
waktu itu, Mama masih menemankan Abah membuat rawatan. Aku
mula menangis, “Ya Allah, apa yang perlu aku buat? Hendak balik
memang tidak boleh. Hendak rentas negeri, apa alasanku?”

Petang itu, selepas Abah dan Mama disahkan positif Covid
19, aku terus membuat swab test juga. Alhamdulillah negatif. Pada
malam itu, aku membuat panggilan video dengan Abah dan Mama
dan aku masih berulang kali bertanya mereka, “Kenapa Mira negatif.
Kenapa Mama dan Abah saja yang positif?” Dunia ini kurasakan
seperti hendak terbalik. Aku paling risaukan Abah kerana Abah
menghidap penyakit kencing manis yang berat dan sewaktu aku
diberitahu Abah positif, fikiranku menjadi semakin buntu. Namun
aku bersyukur sangat kerana Mama tidak bergejala.

Pada 24 Julai Sabtu 2021, seawal jam 5.45 pagi, Mama
menghubungiku dan menyatakan bahawa Abah menyuruh aku
menelefon ambulan segera kerana dia sudah tidak tertahan lagi.
Allah sahaja yang tahu betapa paniknya aku pada ketika itu. Untuk
mendapatkan perkhidmatan ambulan dengan segera bukannya
semudah itu terutamanya bagi mereka yang berada di Selangor.

Dengan bantuan Pak Lem dan Maksu juga, rezeki Abah Allah
permudahkan. Ambulan tiba pada jam 9.15 pagi. Mengikut seperti
yang dimaklumkan pagi tadi, mereka akan menghantar ambulan
dalam masa dua hari lagi kerana keadaan kes di Selangor pada
ketika ini sangat kritikal.

“Kesihatan Abah ini sudah merosot Mira, kalau Abah tidak
balik, jaga diri elok-elok, jaga Mama,” pesan Abah dalam nada
tertahan-tahan sebelum ambulan sampai. Aku yang dalam keadaan
tidak keruan pada waktu itu semacam mahu menangis tetapi
akhirnya aku meraung juga.

“Tak Abah, Abah balik, Abah pergi sekejap sahaja. Abah balik.

70 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Nanti sudah baik Abah balik,” teriakku. Pada malam itu mataku
bengkak kerana tidak henti-henti menangis. Sesungguhnya aku
tidak mahu kehilangan Abah.

Perasaanku yang meronta hendak balik hanya Allah sahaja
yang tahu. Abah sudah tentu berada di hospital. Mama pula seorang
diri di rumah. Betul seperti kata kawanku, walaupun tiada bergejala
tetapi oksigen boleh jatuh pada bila-bila masa jika tidak dipantau.
Pada waktu itu hati dan jiwaku semakin bercelaru, setiap 30 minit
aku akan membuat panggilan video dengan Mama dan Mama pun
begitu juga, setiap masa mesti menelefon aku.

Aku cuba menghubungi Abah semula, bertanyakan
keadaannya. Abah memberitahu yang keadaannya masih baik dan
sebentar nanti doktor akan memberi bantuan oksigen.

Aku dapat merasakan suara Abah sangat lemah. Cuma pada
pagi Sabtu itu saja Abah masih boleh bercakap dengan jelas tetapi
apabila menjelang malam, Abah sudah tidak boleh bercakap kerana
sudah diberikan bantuan oksigen. Aku berpesan kepada Abah
supaya berehat dan tidak banyak bercakap supaya Abah cepat baik.

Aku membuat panggilan ke hospital dan bercakap dengan
doktor pada malam itu. Apabila panggilan sudah disambungkan,
doktor yang menjawab mengambil masa agak lama sedikit. “Ya
puan, pesakit kami di sini ada 400 orang, staf kami 50 orang sahaja,”
ujarnya. Aku mampu mendengar dengan jelas, suasana di wad
kecemasan pada ketika itu yang sangat kelam-kabut. Kedengaran
orang berlari, ada yang terpaksa menjerit kuat kerana bunyi mesin
di sana sini. Mujur beliau masih mampu melayan panggilan aku
dan memeriksa fail Abah walaupun beliau bukanlah doktor yang
sepatutnya menguruskan kes Abah. Beliau juga memberitahu
berdasarkan rekod Abah bahawa bacaan oksigen Abah sedikit
rendah namun aku tahu itu bukan keadaan semasa Abah dan beliau
pun mampu memaklumkan setakat itu sahaja kerana dia belum
berjumpa dengan Abah.

HIKMAH Saat Aku Diuji 71

“Tidak apa doktor, terima kasih, itu sudah memadai untuk
saya,” ucapku. Bagiku apabila dalam keadaan sebegini, aku perlu
belajar untuk lebih menghargai daripada menyalahkan sesiapa dan
aku juga mengucapkan terima kasih padanya.

Pada malam itu Mama tidur seorang diri. Selama ini,
kehidupan Mama memang sentiasa ditemani Abah sepanjang 33
tahun perkahwinan mereka. Abah tidak pernah tiada di samping
Mama. Aku berasa risau tentang keadaan Abah di hospital dan
keadaan Mama di rumah seorang diri. “Aku hendak balik!” raungku.

Seawal pagi, pada Ahad, 25 Julai 2021, perkara pertama yang
aku lakukan ialah menelefon Mama dan memantau keadaan terkini
Abah. Keadaan Abah sangat tidak mengizinkan. Abah menyatakan
dia sudah tidak boleh bertahan kerana dia berasa sangat sakit. Aku
cuba untuk menyejukkan hati Abah.

Dalam pada itu, aku masih belum lagi menerima panggilan
dari hospital, ini bermakna Abah masih lagi di bahagian kecemasan
dan belum dipindahkan ke wad. Atas bantuan seorang sahabat,
pada tengah hari itu, dia menghubungi aku dan bertanya, “Mira
tahukah ayah Mira stage 4?” Allah, aku memang tidak tahu. Apabila
sudah tahu, perasaanku semakin bertambah tidak keruan. Aku terus
berkata, “Mira nak balik.”

Aku hendak balik juga apa terjadi pun pada hari ahad itu.
Namun aku masih tidak sampai hati lagi untuk memberitahu Mama
berita tentang Abah kerana keadaan masih tidak sesuai, kesihatan
Mama juga tidak berapa mengizinkan. Aku perlu balik dahulu untuk
bercakap dengan Mama secara berhadapan dan aku perlu berada
dengan Mama.

Dalam keadaan Abah yang sukar bernafas itu, Abah beberapa
kali menghubungi aku. Pada petang itu, memang Abah susah untuk
bercakap tetapi Abah mahu juga bercakap. Aku memang sudah

72 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

sedia maklum keadaan Abah. Allahu.

Hampir maghrib, baru urusanku selesai. Syukur Allah
permudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran merentas
negeri. Apabila sudah selesai itu, aku dengan segera memaklumkan
pada majikan masalahku dan meminta izin untuk pulang berjumpa
Abah dan Mamaku yang sedang sakit di kampung. Aku menghubungi
Mama memaklumkan yang aku akan balik.

Mama bertanya, ”Kenapa Mira hendak balik?”

Aku mengelak dengan menjawab, ”Saja, Mira hendak
temankan Mama.” Allahu. “Mama sabarlah, tunggu Mira sampai ya.

Sebelum memasuki highway, aku membuat panggilan
kepada Abah, dan aku beritahu Abah supaya tidak bercakap sebab
nanti cepat penat. Abah dengar saja apa yang aku hendak perkatakan
ini, “Abah, Mira nak balik, Mira dalam perjalanan dah ni. Mira hendak
jaga Mama, sebab Mama tinggal seorang di rumah.” Tiada bantahan
daripada Abah seperti selalu. Dalam keadaan susah bercakap itu
Abah berpesan, “Esok bawakan Abah air panas, Abah nak air panas,
kuih dengan air mineral.” Allahu. Berdebar jantung, sayu hatiku.

Abah juga berpesan supaya aku belikan dia lampin pakai
buang. Misi sudah memakaikannya sebab Abah sudah tidak boleh
berjalan. Aku tidak tahu kenapa perjalanan pada malam itu sangat
panjang. Akhirnya aku sampai juga lewat 1.30 pagi di Bangi, Selangor.

26 Julai 2021 (Isnin)

Abah telefon aku seawal 4.00 pagi mengingatkan aku supaya
membawa air panas, membelikan dia kuih dan air mineral dua botol
besar. Allah. Abah aku laparkah? Haus sangatkah? Ya Allah.

Pada pukul 8.00 pagi, Abah telefon aku lagi, “Kau sudah
hantarkah air dengan kuih Abah.”

HIKMAH Saat Aku Diuji 73

Dengan bantuan adik-adik abah, aku berjaya menghantar
pesanan Abah itu ke hospital.

Namun ia tidak mudah. Bukan boleh makanan itu terus
dihantar kepada pesakit yang masih di wad kecemasan. Banyak betul
lambakan makanan dan bungkusan di hadapan pintu kecemasan
itu. Pengawal keselamatan beritahu, “Kalau tinggal di sini dua hari
pun belum tentu sampai ke dalam.”

Keadaan di wad kecemasan bukanlah seperti di wad biasa. Di
situ nombor katil pun tiada, jadi bagaimana kita ingin menghantarnya
kepada pesakit?

Aku menghubungi Abah lagi bertanyakan sama ada di
antara kawan-kawannya di dalam itu yang boleh berjalan dan keluar
mengambil makanan daripadaku. Namun Abah memberitahuku
mereka semua sama seperti dia. Allah. Sayu, pilu hatiku ketika itu
Allah sahaja yang tahu.

Hari sudah hujan. Aku memasukkan semua bekalan
makanan yang kubawa ke dalam kereta yang dipandu oleh mak
cik aku. Semasa kami hendak keluar dari hospital, Abah telefon
dan bertanya, “Mira, pakai baju apa? Ada kawan Abah nak keluar.”
Aku turun dari kereta semula dan meredah hujan, pergi ke pintu
masuk kecemasan. Namun kawan dia tidak datang, aku menelefon
Abah semula bertanyakan tentang kawan dia. Abah memberitahu
kawannya tidak jadi keluar kerana tidak larat. “Ya Allah. Bantulah aku.
Abah lapar, Abah haus.”

Pengawal keselamatan tadi serba tidak kena melihat aku, dia
pun tidak boleh hendak masuk. Ya Allah, dalam masa aku susah hati
itu, Allah lembutkan hatinya mungkin dia pun kesian melihat aku
di situ, “Call ayah, tanya apa landmark, saya hantarkan.” Ya Allah, aku
terus telefon dan Abah memberitahu yang dia berada di “bilik empat
orang.” Mendengar itu perasaanku semakin cemas kerana aku tahu

74 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

“bilik empat orang” itu untuk pesakit kritikal.

Dalam perjalanan turun dari flyover Hospital Serdang, telefon
aku berbunyi. Abah yang telefon. Aku menjawab seperti biasa, “Abah,
Abah sudah dapatkah makanan yang Mira bagi tu?”

Abah jawab, “Sudah,” dalam suara dia yang terputus-putus.

“Abah sudah makan?”

Aku sedang bercakap dengan Abah apabila doktor mengambil
telefonnya sebelum Abah sempat habis becakap dengan aku.

Doktor bertanya, “Ini siapa?”

Aku menjawab, “Anak.”

“Macam ni puan, keadaan ayah puan sangat kritikal, jadi kita
nak tidurkan dia sekarang.” Allahu Rabbi Ya Karim.

“Sekarang puan bercakaplah dengan ayah puan.” Sungguh,
suatu emosi yang tidak mampu untuk aku kawal. “Ya Allah, Abah aku
nak ditidurkan.”

Semasa doktor menyuruhku bercakap dengan Abah, aku
memang sudah tidak mampu untuk menahan sedih, menahan air
mata, namun kukuatkan hati, “Abah, doktor hendak bagi Abah rehat
sekejap saja, Abah rehat ya, nanti Abah elok, rehat sekejap saja Abah
ya. Abah kena kuat. Mira dengan Mama tunggu Abah. Rehat sekejap
saja Abah. Zikir Abah ikut Mira, Abah zikir jangan lekang.”

Aku ucap Allah, Allah, Allah. Abah ikut, sambil-sambil itu aku
berpesan, “Abah kena kuat, untuk Mira untuk Mama, Abah rehat
sekejap selepas tu Abah akan baik. Sambung Allah, Allah, Allah”,
Abah ikut, bulat bulat Abah sebut “Allah, Allah, Allah” sampai senyap
dan panggilan itu terputus.

HIKMAH Saat Aku Diuji 75

Pada waktu itu aku memang sudah tidak mampu untuk
mengawal perasaan, terasa kosong, sepi, pedih. Mak cik suruh cari
tempat berhenti dulu, dia memandu pula. Sebenarnya, kami berdua
sudah tidak berdaya pada waktu itu. Namun mak cik menggagahkan
juga diri, menyambung memandu dan dia bertanya, “Sekarang ni
Mira nak buat apa, Mama nak kena bagi tahu juga ni.”

Aku kata, “ Mira nak cari PPE, nak bagi tahu Mama.” Aku kini
dalam keadaan yang sangat tidak normal, aku mengambil keputusan
memaklumkan juga melalui whatsapp kepada pak cik, mak cik dan
kawan-kawan yang Abah akan ditidurkan. Aku cuma mengharapkan
doa daripada semua dan semoga akan ada keajaiban. Jam pada
masa itu lebih kurang 11.15 pagi.

12.30 tengah hari. Dalam lima minit lagi hendak sampai ke
rumah, hospital menelefon, doktor berkata, “Kita tak jadi tidurkan
ayah puan tetapi kita bagi oksigen paling tinggi dan kita tengok
macam mana.” Pada waktu itu aku pun masih keliru, hendak
memahami perkara yang sedang berlaku dan yang paling utama
adalah bagaimana hendak beritahu Mama keadaan sebenar Abah.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Aku
menyuruh Mama bersiap. Selepas zuhur aku hendak bawa Mama ke
Pusat Penilaian Covid-19(CAC}. Memang Mama tidak bergejala tetapi
di atas faktor umur Mama memang dinasihatkan ke CAC terdekat di
Kajang Utama untuk penilaian. Pukul 2.00 petang, sewaktu hendak
keluar dari rumah ke CAC. Abah telefon, Alhamdulillah Abah dayakan
diri untuk bercakap dan masih mampu buat panggilan keluar.

Abah hendak bercakap dengan Mama. Aku bagi Mama
menjawab telefon dari Abah. Suara Abah sangat jelas butir bicara
Abah. Dia memberitahu Mama yang dia akan ditidurkan sama ada
malam itu atau pagi esoknya, dan Abah berpesan macam-macam
perkara pada Mama. Selepas itu Abah bercakap dengan aku pula.
Aku ulang cakap yang doktor hendak bagi Abah berehat sekejap

76 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

saja, selepas itu Abah akan baik. Abah mengiakan kataku yang dia
akan balik. Aku memberitahu Abah, “Abah rehat ya, Mira hendak
hantar Mama pergi CAC.” Aku memberi salam dan Abah menjawab
salamku. Salam yang terakhir untuk Abah.

Selesai menguruskan Mama di CAC, dalam perjalanan balik
lebih kurang jam 4.00 petang, aku menerima panggilan dari hospital,
berderau darahku. Doktor bercakap, “Puan Amirah, ayah puan sudah
meninggal. I’m so sorry, we try our best.” Allahuakbar. Aku tidak dapat
hendak respons banyak sebab Mama berada di sebelahku. Doktor
memberitahu, “Tunggu sampai hospital hubungi apabila jenazah
sudah siap. Normally more than 24 hours.”

Aku mencari tempat selamat dan berhenti di tepi jalan.
Dari saat doktor memaklumkan Abah sudah meninggal, aku tidak
tahu dari mana datangnya kekuatan, Allah pinjamkan ketenangan,
mampu bertenang dan sangat rasional.

Apabila sudah berhenti, Mama bertanya, “Kenapa Mira, Abah
tenatkah?”

Aku peluk Mama, usap belakangnya dan bercakap dengan
Mama, “Mama, Abah sudah tidak ada. Abah sudah meninggal.” Aku
pegang tangan Mama kuat-kuat, aku bisik dekat Mama, “Mama,
Abah pergi dengan cara yang baik, Abah pergi hari elok Mama, Abah
pergi kerana wabak, bukan semua orang ada rezeki pergi dengan
cara macam ini Mama.” Aku ulang-ulang kata-kata itu kepada Mama
untuk tenangkannya. Allah, Allah, Allah.

Alhamdulillah, aku rasa Mama sudah reda. Mama sangat kuat
dan cekal. Syukur Allah bagi kekuatan itu pada kami. Mama tidak
meratap berlebih-lebihan. Allahu. Maha Suci Allah. Aku pegang saja
tangan Mama. Sambil itu aku telefon semua pak cik dan mak cik aku.
Aku beritahu mana yang aku termampu sahaja. Sejujurnya dalam
keadaan sebegitu, aku sangat bersyukur apabila Mama sangat
kuat dan tabah. Aku risau Mama tidak boleh mengawal emosi. Aku

HIKMAH Saat Aku Diuji 77

memang banyak kali ulang pada Mama, “Mama jangan sedih sangat,
Mama tidak boleh demam, Mama tidak boleh selesema, jika risau
jadi perkara lain pula nanti.” Alhamdulillah, Ya Allah Mama sangat
tenang.

Setelah tenang semula, aku telefon forensik, pada waktu itu
sudah jam 5.00 petang lebih. Aku memaklumkan aku adalah waris si
mati dan meninggalkan nama Abah, nombor kad pengenalan Abah
dan nombor telefon aku. Pada waktu itu aku memang tidak yakin
aku boleh menuntut jenazah awal. Lagipun officer on duty itu sudah
beritahu, “Selepas pukul 5.00 petang memang susah sikit ni puan. ”

Aku kata, “Tak apalah, nanti saya call semula untuk
tahu progress.” Jika semuanya dipermudahkan, kami akan
mempercepatkan pengebumian Abah.

6.30 petang. Allah permudahkan rezeki Abah, pada petang itu
juga kami mendapat pengurus jenazah dengan mudah. Apabila tiba
di hospital, aku terus ke kaunter forensik, bagi membuat pengesahan
pengenalan diri waris kepada arwah. Petugas memberitahuku yang
jenazah sudah siap untuk diuruskan. Aku perlu menunggu dokumen
dari wad kecemasan sahaja yang masih belum sampai. Aku meminta
pak cik memanggil pengurus jenazah untuk bersiap sedia.

Tidak sampai sejam, sementara aku menguruskan borang-
borang tuntutan jenazah dan pengesahan waris, dokumen daripada
bahagian kecemasan telah siap, pengurus jenazah pun sampai.
Aku sangat lega, “Ya Allah, mudah sangat Kau aturkan untuk Abah.”
Rezeki aku juga dapat menatap wajah Abah buat kali terakhir semasa
pengecaman jenazah dilakukan.

Allahu. Allah bagi kekuatan, Allah bagi ketenangan, Allah
hadirkan rasa reda semasa menatap wajah Abah. Aku menyaksikan
sendiri semasa Abah ditayamumkan. Nikmat yang paling besar Allah
kurniakan ialah diberikan aku rezeki untuk menyolatkan jenazah
Abah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Aku cuba mendapatkan kebenaran

78 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

daripada pengurus jenazah untuk menaiki van jenazah bagi
menghantar Abah ke kubur. Alhamdulillah, mereka membenarkan.

Aku menemankan Abah sepanjang perjalanan. Kubisikkan
pada Abah, “Abah pergilah, Mira nak hantar Abah berehat. Abah
jangan risau, Mira jaga Mama, Abah berehatlah dahulu. Mira teman
hantarkan Abah ke rumah baru Abah sampai ke liang lahad. Abah,
Abah tidak ada anak lelaki yang boleh imamkan solat jenazah Abah
tetapi anak perempuan Abah ini, Allah izinkan jadi makmum untuk
solatkan jenazah Abah. Alhamdulillah.”

Lebih kurang jam 11.30 malam, urusan pengebumian selesai.
Alhamdulillah. Tiada ungkapan lain yang kuucapkan melainkan rasa
syukur kepada Allah. Aku bersyukur dan reda. Allahuakbar. Abang
van jenazah menghantarku sehingga sampai di hadapan rumahku.
Terima kasih semua. Semoga Allah memberi semula kebaikan
kepada kalian.

Abahku berehatlah. Mira dan Mama reda. Mira demam
setelah Abah pergi. Mira rindukan Abah. Selalunya kalau Mira demam,
Abah selimutkan, Abah peluk Mira. Tidak ada lagi orang yang boleh
menjaga Mira seperti Abah selalu buat. Allahu. Tidak mengapa, Allah
lebih sayangkan Abah. Mira tahu Abah baik-baik saja di sana. Abah
berehatlah. Abah jangan risau, Mira akan jaga Mama untuk Abah.

Abah, Mama masih di MAEPS tetapi doktor beritahu keadaan
Mama semakin baik. Alhamdulillah. Cuma Mama perlu habiskan
tempoh kuarantin. Mama kuatkan, Abah? Alhamdulillah. Abah,
izinkan Mira bawa Mama balik ke Pulau Pinang nanti ya.”

Al-Fatihah untuk arwah Abah yang terlalu Mira kasihi. Semoga
Abah dalam rahmat Allah selalu. Amin.

HIKMAH Saat Aku Diuji 79

PEMERGIAN
YANG TIDAK
DIJANGKA

JEFFRI BIN KAMARUZZAMAN

Telefon bimbitku berbunyi.

Pada ketika itu, aku sedang bersiap-siap untuk membersihkan
diri. Aku memandang nombor telefon yang tertera pada skrin. Hatiku
rasa berat untuk mengangkat panggilan tersebut kerana aku yakin
itu adalah nombor telefon hospital yang sedang merawat ayah.

Dengan hati yang berat, aku menjawab panggilan itu.
Memang betul… panggilan itu daripada doktor yang sedang merawat
ayah, Dr Liza di Hospital Sungai Buloh.

“Encik, boleh datang segera ke hospital? Ayah encik berada
dalam keadaan kritikal. Jantung ayah, baru saja berhenti dan kami
telah melaksanakan bantuan pernafasan (CPR) untuk membolehkan
ayah kembali bernafas. Alhamdulillah, ayah kembali bernafas tetapi
keadaan ayah sangat lemah. Encik datang segera ke hospital ya,” ujar
Dr Liza.

“Baik doktor. Saya akan datang segera,” jawabku ringkas
dalam keadaan tergesa-gesa.

Dalam perjalanan, bibirku sentiasa mengucapkan selawat ke
atas Nabi Muhammad SWT supaya aku tenang apabila sampai di

80 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

hospital kelak.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi sekali lagi.

Hatiku mula rasa berdebar dan cemas. Dengan berat hati,
aku menjawab panggilan tersebut.

Selepas aku menjawab salam, Dr Liza berkata,” Saya nak
maklumkan ayah encik telah menghembuskan nafas terakhirnya
sebentar tadi. Dalam pukul 10.20 pagi. Kami sudah buat yang terbaik
untuk selamatkan ayah encik. Kami mengucapkan takziah pada
keluarga encik,” ujarnya.

Dia melanjutkan, “Encik mohon bersabar ya dan jangan
tergesa-gesa memandu. Berhati-hati memandu dan bila tiba di
hospital, terus ke Bilik Forensik untuk pengecaman jenazah arwah.
Saya mohon maaf bagi pihak hospital dan kami telah berusaha
dengan sedaya upaya,” pesan Dr Liza dengan tenang.

“Baik dan terima kasih Doktor,” jawabku dengan air mata
bercucuran.

Aku terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Hatiku
kosong dan sayu. Aku sebak dan menangis. Pelbagai emosi bermain
dalam fikiranku pada ketika itu, tidak dapat digambarkan dengan
kata-kata. Aku bercelaru dan buntu. Selang 10 minit berikutnya, aku
kembali tenang sambil bermonolog.

“Aku perlu kuat! Aku perlu tenangkan fikiran dan diriku pada
ketika ini. Aku perlu menguruskan semua urusan jenazah Ayah
sendirian. Aku perlu berfikir secara waras. Jangan diikutkan perasaan
sangat! ” Jeritku kepada diriku sendiri.

Aku tidak tinggal bersama keluargaku. Hendak dijadikan
cerita, Malaysia masih berada dalam keadaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Aku keseorangan pada ketika itu. Semua keluarga

HIKMAH Saat Aku Diuji 81

dan kenalan tidak boleh hadir di hospital untuk bersama-sama
membantu menguruskan jenazah Ayah yang ditempatkan di
Hospital Sungai Buloh, sedangkan keluargaku tinggal di Bangi.

Aku bingung pada ketika itu. Semua perkara berlaku secara
tiba-tiba. Aku meneruskan pemanduan dan dalam masa 20 minit,
aku tiba di kawasan parkir hospital. Fikiranku merewang dan
mengimbas memori sebulan yang lalu.

“Along, Ayah sudah semak Mysejahtera. Ayah sudah dapat
tarikh temu janji untuk suntikan vaksin. Nanti Along hantar ayah ya,”
ujar ayah di telefon.

“Okey. baiklah. Nanti Along ambil Ayah dan kita pergi Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) untuk dapatkan suntikan vaksin pertama
Ayah,” jawabku ringkas.

Keesokan petangnya adalah hari temu janji suntikan vaksin
Ayah. Aku menaiki kereta untuk mengambil Ayah di rumahnya.
Aku tiba di rumah keluargaku tengah hari. Ayah dan Ibuku sedang
bersiap sedia untuk makan tengah hari. Mereka mengajak aku
makan tengah hari bersama-sama mereka. Lauk kegemaranku, nasi
putih, ayam goreng cili api dan gulai tempoyak. Itulah menu makan
tengah hari yang Ibu masak.Tanpa disangka itulah hari terakhir aku
makan tengah hari bersama-sama Ayah.

Selepas makan, Ayah bersiap untuk ke PPV bersama-sama
aku untuk mendapatkan suntikan vaksin pertamanya. Sepanjang
perjalanan, aku meyakinkan ayah, ini cuma prosedur biasa. Tidak
perlu risau. Insya-Allah semua akan selamat dan berjalan lancar.

Kami tiba di pusat PPV dalam pukul 6.00 petang. Cuaca
redup dan mendung pada ketika itu seolah-olah semuanya merestui
perjalanan kami untuk mendapatkan suntikan vaksin itu. Aku dan
Ayah menuju ke kaunter pendaftaran. Di situ terdapat seorang
petugas yang menunggu dan memberi arahan apa yang perlu kami

82 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

buat.

Alhamdulillah dalam masa 20 minit sahaja, semua urusan
ayah telah selesai. Ayah menunjukkan gambar ayah dicucuk vaksin
kepadaku. Gambar tersebut diambil oleh rakan doktor yang
ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin kepada ayah. Dia nampak
tenang dan gembira kerana sudah selesai menerima suntikan vaksin.
Aku pun menghantar ayah pulang dan aku kembali ke rumahku
semula kerana larangan pergerakan.

Selepas subuh, seperti biasa, aku melaksanakan aktiviti
rutin yang aku amalkan setiap pagi selama hampir setahun lebih.
Mula-mula aku akan minum air masak, diikuti minum air teh panas
dan disulam dengan buah pisang. Selepas sarapan pagi, aku akan
membuat regangan badan dengan melaksanakan aktiviti yoga ringan
sambil berjemur di bawah cahaya matahari di balkoni rumahku
yang berada di paras tingkat 35. Selesai sudah aktiviti yoga, tIba-tiba
telefon bimbitku berbunyi. Aku terus mengangkat dan menjawab.

“Along, emak nyonya sebelah rumah kita, meninggal dunia.
Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) datang untuk
membuat sanitasi rumah nyonya,” ujar ibu.

“Kenapa KKM datang buat sanitasi di rumah nyonya? ” tanyaku curiga.

“Emak nyonya meninggal dunia sebab Covid-19. Semua ahli
keluarga nyonya telah dimasukkan ke pusat kuarantin MAEPS sejak
lima hari lalu. Ibu dan Ayah kena buat pemeriksaan swab test Covid-
19kah?” soal Ibu.

Berderau jantungku pada ketika itu.

Nyonya merupakan jiran sebelah rumah keluargaku. Nyonya
selalu menolong jiran- jiran lain membeli barang dapur di pusat
membeli-belah dan pasar. Nyoya umpama pemandu Grab untuk
membeli barang dapur sepanjang musim Covid-19 di kediaman

HIKMAH Saat Aku Diuji 83

keluargaku. Sepanjang PKP, Ibu dan Ayah jarang keluar rumah
kecuali urusan penting sahaja.

Semua urusan pembelian keperluan barang dapur dibuat
melalui nyonya sahaja. Ibu bertanya kerana pada ketika itu, Ibu
mempunyai simptom seperti demam, batuk dan bersin manakala
Ayah dan adik perempuanku tidak mempunyai sebarang simptom.
Namun aku meminta kesemua mereka membuat pemeriksaan
swab test covid19 dengan kadar segera.

Hampir satu jam berlalu, telefonku berbunyi lagi.

“Along, Ayah dan Ibu positif Covid-19. Macam mana nak buat
ni?” ujar ibu sambil menangis di telefon.

Luruh jantungku mendengar berita itu. Namun aku tetap
gagah menjawab.

“Tidak apa. Jangan risau. Ibu dan ayah tidak ada simptom
yang berat kan? Makan ubat, banyak minum air dan buat kuarantin
diri dulu,” pesanku pada ibu.

Setelah Ibu bertenang, aku mematikan perbualan telefon
tersebut. Aku termenung sebentar sambil memikirkan tindakan
yang perlu aku buat pada ketika ini. Aku membuka laman sesawang
KKM. Di laman sesawang KKM tersebut, dimaklumkan tindakan-
tindakan yang perlu diambil selepas disahkan Covid-19. Aku segera
menghubungi Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CAC)
Cawangan Hulu Langat.

Selepas memberi salam, aku terus memberitahu, “Saya nak
maklumkan bahawa Ayah dan Ibu saya positif Covid19. Baru disahkan
pagi tadi. Selepas ini, apa tindakan yang perlu saya laksanakan, tuan?”
soalku.

“Baik encik. Mohon bertenang. Kami akan aturkan temu janji

84 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Ayah dan Ibu encik ke CAC berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Boleh encik aturkan perjalanan Ayah dan Ibu ke CAC? Pihak kami
sedang mengalami kesesakan jadual. Terlalu ramai yang disahkan
positif Covid19. Kalau encik boleh uruskan, saya akan tetapkan waktu
temu janji pada hari Isnin. Ayah dan Ibu encik ada sakit kronik?” soal
lelaki tersebut.

“Baik, encik. Saya boleh bawa Ayah dan Ibu ke CAC pada
waktu yang ditetapkan. Ya, ayah ada kencing manis dan darah tinggi.
Ibu pula tiada sebarang penyakit kronik tetapi mengalami simptom-
simptom covid-19,” balasku.

“Baik encik. Saya tetapkan temu janji pada hari Isnin ini di CAC
Kajang. Encik bawa sekali kelengkapan dan pakaian Ayah dan Ibu.
Kemungkinan kami akan menghantar mereka ke pusat kuarantin di
MAEPS. Dalam masa yang sama, encik akan dikategorikan sebagai
kontak rapat. Selain encik, siapa lagi ahli keluarga yang tinggal
bersama Ayah dan Ibu?” soal lelaki tersebut.

“Adik perempuan saya yang tinggal bersama dengan Ayah
dan Ibu. Adik lelaki saya tinggal selang satu rumah. Saya tidak tinggal
bersama mereka tetapi saya baru berjumpa mereka semalam kerana
menguruskan Ayah untuk mendapatkan suntikan vaksin,” jawabku.

“Okey, faham. Encik dan adik-adik yang lain sudah buat
pemeriksaan swab test Covid-19?” soal lelaki tersebut.

“Ya. Kami sudah buat pemeriksaan. Kesemua negatif,”
jawabku ringkas.

“Tidak apa. Nanti kami akan aturkan semula temu janji lain
selepas empat hari untuk encik dan adik-adik buat pemeriksaan di
klinik kesihatan berdekatan. Buat masa ini, encik dan adik-adik jaga
kesihatan dan penjarakan diri ya,” jelas lelaki tersebut.

“Baiklah. Terima kasih,” jawabku ringkas lalu meletakkan telefon.

HIKMAH Saat Aku Diuji 85

Sayu aku melihat Ayah dan Ibu mengemas barang keperluan
dan pakaian untuk dibawa ke pusat kuarantin MAEPS. Dalam beg
tersebut, dimasukkan pakaian, ubat-ubatan seperti panadol, ubat
batuk, ubat selsema, gula -gula berangin, pencuci mulut dan sedikit
makanan seperti mi segera, roti, biskut dan makanan ringan yang
lain.

Aku melihat Ayah dan Ibu mengemas barang-barang, seolah-
olah untuk menghantar mereka ke medan perang. Memang medan
perang kerana kami sedang berperang, berperang dengan musuh
yang kami tidak nampak dengan mata kasar. Aku menahan air mata
dan kerisauan agar tidak kelihatan di wajahku kerana bimbang akan
membuatkan emosi Ayah dan Ibu terganggu.

Keesokan harinya, aku dan adik perempuanku menghantar
Ayah dan Ibu ke CAC dengan menaiki kereta yang berasingan. Aku
membawa Ayah dan adik membawa Ibu. Kami tiba di CAC dalam
pukul 9.00 pagi. Dari jauh aku melihat ramainya orang sedang duduk
dan berdiri di bawah dan di luar khemah yang disediakan di CAC.

Aku menghantar Ayah dan Ibu ke kaunter pendaftaran.
Aku tidak boleh turut serta di bawah khemah. Pada ketika itu aku
tidak dijangkiti Covid-19. Aku dan adikku hanya melihat dari jauh
segala urusan di CAC. Selepas tiga jam, ayah menelefon aku untuk
mengambil dia di bawah khemah CAC. Aku dan adikku memandu
kereta dan mengambil Ayah dan Ibu. Di dalam kereta, aku bertanya
pada ayah.

“Kenapa lama sangat Ayah?” soalku.

“Lama Along. Orang ramai. Warga emas, dewasa, kanak-kanak
dan bayi pun ada. Banyak saringan yang doktor buat. Mula-mula
doktor akan ambil bacaan suhu, tekanan darah dan nadi. Selepas
itu, doktor akan buat sesi senaman ringan untuk melihat pergerakan
jantung dan bacaan pernafasan kita. Kemudian baru doktor akan

86 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

tetapkan pesakit ikut keadaan, sama ada kuarantin di rumah, di
MAEPS atau di hospital.

Ayah dan Ibu akan dikuarantin di MAEPS. Nanti pukul 3.00
petang kita berkumpul di sini semula untuk ke MAEPS. Ayah dan ibu
lapar. Kita cari makanan dulu. Lagipun lambat lagi,” jawab Ayah.

Kami pun bergerak pulang ke rumah dahulu untuk makan dan
solat. Dalam jam 2.00 petang, aku membawa Ayah dan Ibu semula
ke CAC. Sampai di sana, aku melihat beberapa van dan ambulans
telah sedia menunggu untuk membawa pesakit ke MAEPS atau
hospital. Daripada pemerhatianku, pesakit yang menaiki ambulan
akan dibawa untuk kuarantin di hospital, manakala yang naik van
akan dibawa ke MAEPS.

Ayah dan Ibu menaiki van. Aku mengangkat beg ayah dan
Ibu dan dimasukkan ke dalam van tersebut. Ayah dan Ibu sempat
mengambil gambar buat kenangan di tepi van dan di dalam van.
Dalam 15 minit, van tersebut pun bergerak. Aku hanya melambai
dan memandang van tersebut dari jauh sehingga hilang daripada
pandanganku.

Ayah hanya ditempatkan di MAEPS selama empat hari
sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Keadaan ayah semakin
kritikal. Setelah dianalisa, ayah disahkan menghadapi Covid-19,
tahap 5. Ibu masih di MAEPS dan berada dalam keadaan stabil. Aku
dan adik perempuanku disahkan menghidap Covid-19 dan disuruh
kuarantin di rumah. Semasa kuarantin, Ayah dan Ibu setiap hari
menelefon kami adik-beradik.

Sehingga pada pagi Sabtu, Ayah menghubungiku. Ayah
memaklumkan kepadaku keadaan dia kritikal.

“Badan Ayah tidak kuat. Ayah sudah tua,” bicara Ayah.

Aku hanya mentertawakan Ayah kerana ayah memang

HIKMAH Saat Aku Diuji 87

seorang yang suka bergurau dan dalam masa yang sama aku cuba
menenangkan Ayah.

“Maafkan Ayah,” sebak suara Ayah di telefon.

Aku sebagai seorang anak, berasa sangat terkejut. Hatiku
terdetik, adakah ini saat terakhir aku akan berbual dengan Ayah?

Selama bertahun-tahun dari saat aku mula hidup sendirian,
Ayah akan menelefonku setiap waktu subuh untuk mengingatkanku
solat dan pergi kerja. Ayah adalah segala-galanya bagiku selepas
emak kandungku meninggal 25 tahun yang lalu. Tempat aku meluah
perasaan. Tempat aku rasa selamat. Tempat aku mengadu nasib.
Setiap pagi kami akan berbual, walaupun sekejap.

“Maafkan Along juga Ayah,” balasku. Selepas itu, Ayah
memutuskan panggilan tersebut.

Hampir dua hari, Ayah tidak menghubungi kami sekeluarga.
Aku mulai risau. Aku terus menelefon hospital untuk bertanya
keadaan Ayah. Hospital memaklumkan, Ayah telah tidak sedarkan
diri pada hari Sabtu selepas Ayah berbual denganku. Ayah tidak
sempat memaklumkan kepada pihak hospital nombor telefonku.

Aku dimaklumkan Ayah berada dalam keadaan kritikal.
Virus Covid-19 telah menyerang organ dalaman ayah seperti buah
pinggang dan paru-parunya. Ayah berada dalam keadaan tidak
sedar. Luruh hatiku. Terbayang wajah Ayah ketika memberi nasihat
dan pesanan pada pagi Sabtu itu.

Selang dua hari berikutnya, pegawai KKM menelefonku
pula untuk bersedia. Aku akan dibawa kuarantin ke hospital. Aku
menjadi risau dan berdebar-debar. Pada hari yang sama aku dibawa
menaiki ambulan ke hospital dan dalam masa yang sama pula, ibu
dibenarkan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan aku ke hospital,
aku menjadi sayu. Aku bingung dan risau. Hanya aku seorang di

88 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

tempat duduk belakang ambulan. Aku tidak tahu apa akan terjadi
kepada nasibku. Ayah masih tidak sedar. Aku pula dalam perjalanan
dibawa ke hospital.

Aku tiba di hospital dalam pukul 11.00 malam. Aku didaftarkan
dan dimasukkan ke wad. Aku ditempatkan di wad kuarantin bergejala
ringan. Ini mungkin disebabkan virus Covid-19 yang menjangkiti ayah
agak berisiko tinggi. KKM mengambil langkah berjaga-jaga untuk
memantau aku secara rapi di hospital, sekiranya terjadi perkara yang
tidak diingini.

Alhamdulillah, ketika aku dimasukkan ke hospital, semua
simptom yang aku alami telah pulih sebelum itu. Doktor hanya
memantau kadar pernafasan dan keadaan paru-paruku. Aku
ditempatkan di hospital selama tiga malam. Sepanjang aku di
tempatkan di wad, pelbagai ragam pesakit Covid-19 yang aku temui.
Ada yang muda, ada yang sebaya aku dan ada yang warga emas.

Setiap malam, kami akan dikejutkan daripada tidur dan
diambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Rutin pagi pula, dada dan
pernafasan kami akan diperiksa setiap kali. Kami diberi layanan yang
baik oleh petugas. Makan lima kali sehari dan dibekalkan roti dan buah
sebagai kudapan. Selepas empat hari di hospital, aku dibenarkan
pulang kerana telah tamat tempoh kuarantin dan disahkan bebas
Covid-19.

Hampir dua minggu telah berlalu, Ayah masih di hospital
tidak sedarkan diri. Setiap hari, doktor akan memaklumkan kami
akan keadaan Ayah dan akhirnya Ayah telah disahkan bebas Covid-19.
Kini Ayah adalah pesakit Long Covid. Kesan daripada serangan Covid
menyebabkan buah pinggang dan paru-paru Ayah rosak teruk.

Ayah terlantar di katil hospital dengan diberi bantuan
pernafasan dan alat sokongan hidup yang lain. Akhirnya Ayah telah
sedar dan doktor memaklumkan kepada kami sekeluarga. Aku dan
Ibu bergegas ke hospital untuk melihat Ayah. Setibanya di hospital,

HIKMAH Saat Aku Diuji 89

hatiku sayu dan sedih melihat keadaan Ayah sebegitu. Hanya Allah
sahaja yang tahu isi hatiku.

Hari Jumaat, aku dan Ibu melawat Ayah seperti biasa. Ayah
nampak sihat walaupun tidak boleh bercakap. Keadaan Ayah semakin
pulih. Ayah boleh bernafas sendiri tanpa alat bantuan pernafasan.
Kami sekeluarga sangat bersyukur. Setelah selesai melawat, aku dan
Ibu pun pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan Ibu bercerita yang
keadaan ayah semakin pulih dan merancang bermacam-macam
perkara sebagai tanda kesyukuran.

Tiba-tiba dalam pukul 1.00 pagi, doktor menghubungiku.
Doktor maklumkan nafas ayah tiba-tiba terhenti sendiri. Namun
doktor berjaya selamatkannya dan Ayah dipasang semula alat
bantuan hidup. Kini ayah berada dalam keadaan koma. Keadaan
ayah lebih teruk daripada sebelumnya. Doktor benarkan semua
ahli keluarga terdekat datang melawat pada malam itu juga. Kami
sekeluarga melawat ayah secara bergilir-gilir. Aku melihat Ayah tidur
dalam keadaan yang tenang dengan dipasang mesin bantuan hidup.
Aku berdoa,

“Ya Allah, permudahkanlah semua urusan Ayah.”

Aku dapat memegang tubuh Ayah dan setiap kali kami
menyentuh tubuh Ayah maka setiap kali akan ada pergerakan pada
mesin menandakan Ayah sedar kehadiran kami. Dalam jam 5.00 pagi,
kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Pagi itu juga, aku
mendapat panggilan telefon memaklumkan Ayah telah meninggal
dunia.

Lamunanku terhenti. Aku keluar dari kereta dan berjalan
menuju ke arah kawasan hospital. Akhirnya aku tiba di perkarangan
Bilik Forensik. Aku seorang diri hadir untuk mengenal pasti tubuh
Ayah. Aku ke kaunter pertanyaan dan diberi borang dan dibawa
ke satu bilik. Di bilik itu, aku terlihat sekujur tubuh ditutupi selimut
putih. Aku mengangkat selimut putih tersebut. Aku melihat wajah

90 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Ayah. Hanya Ayah sahaja di tempatkan di dalam bilik itu.

Air mataku jatuh berjujuran. Aku menahan perasaanku.
Hatiku hancur melihat ayah terbaring kaku. Namun aku pasrah dan
reda. Ini semua ketentuan Allah. Ayah pergi meninggalkan kami
dalam keadaan yang sempurna. Ayah telah diisytihar bebas covid-19.
Jadi urusan pengurusan jenazah ayah akan dilaksanakan secara
normal.

hDoaku sebagai seorang anak tercapai iaitu menguruskan
jenazah arwah ayah. Ramai insan yang tidak aku kenali di hospital
menghulurkan bantuan bersama-sama menguruskan jenazah
ayah. Sebagai seorang anak, aku rasa bersyukur kerana dapat
melaksanakan semua urusan daripada memandikan arwah sehingga
ke pengebumian arwah. Jenazah Ayah dimandikan, dikafankan dan
disolatkan di hospital.

Selesai urusan tersebut jenazah Ayah dibawa ke kampungnya
untuk dikebumikan. Di sana semua urusan telah dilaksanakan oleh
adik-adik dan saudaraku yang lain. Terima kasih Ayah. Berehatlah.
Sebagai seorang anak selagi aku hidup, insya-Allah aku akan
menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak yang baik.
Moga Ayah tenang di sana. Al-Fatihah.

HIKMAH Saat Aku Diuji 91

REALITI NADYA

JEFFRI BIN KAMARUZZAMAN

Telefon bimbitku berbunyi.

Realiti selalunya tidak seindah mimpi. Itu yang disedari
Nadya apabila dia berhijrah ke ibu kota setahun yang lalu. Tidak
dinafikan, kesibukan bandar Raya Kuala Lumpur menghidupkan
jiwanya dan memberi dia semangat untuk bekerja di tempat baharu.
Bahkan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) ke pejabat pun mampu
membuatnya teruja walaupun adakala terpaksa berhimpit sepanjang
perjalanan.

Namun melihat kepada status terkini Covid-19 di skrin telefon
bimbitnya, keadaannya meningkat semenjak seminggu yang lalu,
Nadya mula merasakan seolah-olah dia terjerat dalam suatu time
loop yang berulang. Selama ini Nadya berpendapat bahawa bekerja
di pusat bandar raya dapat memberinya kehidupan yang lebih baik
tetapi menatap angka tertinggi di Kuala Lumpu dan Selangor setiap
hari, terdetik di hatinya, mungkin dia telah membuat pilihan yang
salah untuk berpindah ke sini.

“Naik lagi,” Nadya mengeluh.

Lia, teman serumahnya mengangguk dan mengucap,
“Innalillah” dengan nada perlahan.“Dah masuk enam bulan tidak
jenguk orang tua aku. Bilalah nak habis Perinth Kawalan Pergerakan
(PKP) ni?” Nadya mengeluh lagi dan mengalihkan pandangannya ke
luar.

Tiada apa yang dapat dilihat melainkan bangunan 15 tingkat

92 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

mirip pangsapuri yang didiaminya. Dereten tingkap yang serupa
saiz, bentuk dan warna beserta gril yang di pasang rapi seolah-olah
penjara yang memaksa penghuninya untuk kekal di dalam. Apa
yang membezakan satu dengan yang lain cuma kain baju yang
bergantungan di ampaian masing-masing. Nadya memerhati satu
per satu pakaian yang terpamer di balkoni dan dapat mengagak
penghuni jenis apa yang menginap di situ.

Berbanding di kampung, Nadya berpeluang mengenali
jiran-jiran sekitar lorong rumahnya dan juga di lorong hadapan dan
belakang dengan lebih dekat. Namun semenjak tinggal di pangsapuri
ini bersama Lia dan Raihan, dia cuma kenal dua jiran. Kak Sofi dan
anak-beranaknya yang tinggal sebaris dengan mereka di tingkat 5
dan Pak Wahab yang rajin bertegur sapa tatkala Nadya menaiki lif
di tingkat G. Pak Wahab, seorang pesara tinggal bersama isterinya
yang mesra dengan panggilan Mak Siti dan anak bongsu mereka,
Lukman. Kak Sofi pula ada dua pasang anak kembar perempuan
yang bersekolah rendah.

Walaupun dikelilingi penghuni yang ramai, Nadya cuma
berselisih dengan segelintir daripada mereka semasa di dalam lif
atau di tempat letak kereta. Perkara yang sama berlaku di flat yang
disewanya sebelum ini, di mana Nadya hanya berpeluang mengenali
jiran di sebelah kiri dan kanannya sahaja. Bagi Nadya yang datang
ke Kuala Lumpur di kala pandemik Covid-19 baru bermula, dia
berpendapat bahawa virus itulah penyebab orang menjauhkan diri
dan kurang bersosial. Namun sekarang dia mempersoalkan adakah
ini memang kebiasaan bagi orang yang tinggal di kota raya? Atau
yang tinggal di pangsapuri tinggi sepertinya?

“Insya-Allah nanti dapatlah kita merentas negeri Nad,” kata
Lia dengan yakin, mengganggu lamunan Nadya. “Rindu betul nak
peluk mak,” tambahnya.

Mukanya tiba-tiba berubah dan air mata mula membasahi pipinya.

HIKMAH Saat Aku Diuji 93

“Allah Lia, kau janganlah nangis nanti aku pun nak menangis
juga,” Nadya bersuara dan terus pergi ke arah Lia untuk memeluknya.

“Jangan peluk aku.” Lia menjerit. “Jaga jarak.”

Nadya tergelak besar.

“Kau ni, aku nak menangis terus tak jadi.” Nadya ketawa lagi
dan terus terduduk sambil memeluk kusyen.

“Kita sudah berkenalan semenjak bangku sekolah lagi. Aku
kerja di KL pun kau ikut. Tinggal dalam rumah ini pula 24 jam tengok
muka kau. Jaga jarak?”

“Kau kan rajin keluar rumah. Borak dengan Pak Wahablah,
intai anak dialah.” Lia tersengih. “Kita kena hati-hati. Covid ini sudah
mula mengganas.”

“Aku tahulah. Masalahnya Pak Wahab itu yang hendak
berborak dengan aku,” kata Nadya sambil mengangkat kedua-dua
bahunya.

“Pak Wahab hendak tengok kau ini sesuai tidak dibuat calon
menantu,” sindir Lia.

Kusyen kecil yang dijadikan hiasan di atas sofa rotan dibaling
ke arah Lia. Sambil ketawa, Nadya terus bergegas ke dapur sebelum
Lia membalasnya dengan aksi yang sama. Kalau si Lukman itu
peramah seperti ayahnya, mungkin boleh dipertimbangkan, fikir
Nadya. Lukman hanya pernah memberi salam sekali sahaja sewaktu
mereka bertembung di peti surat Pangsapuri Desa Indah itu.

Semenjak berpindah ke sini enam bulan yang lalu, muka
Lukman pun tidak pernah dilihat Nadya kerana sering dilindungi
pelitup muka bewarna hitam kegemarannya. Jika terjumpa, hanya
kelihatan sepasang mata yang seolah-olah tersenyum padanya.

94 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

Lukman yang sibuk ke sana ke mari sebagai delivery rider
tidak pernah ada masa untuk berbual. Pak Wahab sahaja yang
rajin bercerita kisah anaknya itu yang katanya dahulu dia seorang
jurugambar profesional. Semenjak pandemik melanda, dia terpaksa
berubah arah menjadi rider.

Terkesan dengan perubahan itu, dia bukan lagi seperti
Lukman yang dahulu, cerita Pak Wahab. Dia dahulu seorang yang
ceria, Lukman kini lebih suka berdiam diri. Walaupun tidak mengenali
Lukman, Nadya turut bersimpati dengan cerita yang didengarnya.
Semenjak itu, entah kenapa Nadya ingin menjadikan misi hidupnya
untuk membantu Lukman ceria kembali walaupun dia tidak tahu
bagaimana hendak melakukannya.

Nadya tersenyum sendiri apabila teringat misi bodohnya
itu dan mengetuk kepalanya dengan sebiji cili. Inilah yang berlaku
apabila bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Nadya ketawa
sendiri dan mula mencincang bawang di hadapannya. Hari ini giliran
dia untuk memasak dan menu yang dipilih teman serumahnya ialah
nasi goreng kampung, satu-satunya masakan yang rajin dimasaknya.

Setelah berbulan-bulan bekerja dari rumah, dia menjadi
mahir memasak nasi goreng yang perfect. Bagi Nadya, ia satu
pencapaian yang membanggakan untuk seorang gadis yang hampir
mencecah usia 27 tahun dan tidak rajin ke dapur. Setengah jam
kemudian, santapan makan malam telah terhidang dan semua
orang tersenyum riang. Seperti biasa, makanan menjadi penyeri
hidup mereka bertiga walaupun dilanda krisis pandemik ini.

Keesokan harinya, Nadya bangun awal walaupun hari Sabtu.
Selesai mengerjakan solat subuh dia berpakaian lengkap sukan dan
bersedia untuk memulakan senaman. Lia dan Raihan memilih untuk
menyambung tidur dan Nadya terpaksa bersenam seorang diri.
Kasut sukan berwarna biru yang dihadiahkan ayah sebelum Nadya
ke Kuala Lumpur disarung kemas.

HIKMAH Saat Aku Diuji 95

Sebaik sahaja keluar dari lif, dia menarik nafas lega kerana tidak perlu
menghadap manuskrip, mengedit perenggan dan kosa kata untuk
hari ini. Tambahan lagi, udara segar di luar menyambutnya dengan
mesra dan Nadya yang telah pun menanggalkan pelitup mukanya
teruja dengan kebebasan yang dapat dirasa tanpa sekeping mask.

Untung menjadi orang yang keluar beriadah, bisik hati
kecilnya. Kunci kereta Myvi milik Raihan disimpan dengan baik
dalam poket seluarnya kerana seperti biasa dia akan keluar mencari
sarapan selepas berjoging. Baru sahaja dia hendak memulakan
langkah, suara yang garau menyapa Nadya.

“Mask mana cik?” kata suara tersebut.

Nadya menoleh ke belakang dan terlihat Lukman, anak
Pak Wahab sedang bersandar di tepi dinding rumahnya dan
memerhatikan Nadya. Ini kali kedua dia bersuara dengan Nadya.
Terkejut dengan sapaan Lukman, Nadya hanya berdiri kaku dan
memandangnya.

“Kes semakin tinggi, apa salahnya pakai mask kalau nak berjoging
kan?” Lukman menegur lagi macam ketua kelas.

Boleh pun bercakap banyak, detik hati Nadya.

“Ya tapi saya bukannya jumpa orang pun sambil berjalan.”
Nadya membalas dengan berani.

“Ini bukan jumpa orang?” Lukman menunjuk jari ke arah
dirinya dan matanya mengecil seolah-olah dia sedang tersenyum.

“Ok, noted. Saya jalan dulu ya, ” kata Nadya dengan pantas.
Mukanya merah padam.

Kemudian Nadya terus beredar dari situ dan memulakan
10,000 langkah yang ingin dicapainya. Dengan rasa sedih dia

96 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

menyarung semula pelitup muka yang memang di simpan di dalam
poket seluar. Jantungnya berdegup laju walaupun senaman belum
lagi bermula. Tiga puluh minit kemudian, Nadya cuma mampu
melakukan brisk walk kerana hampir lemas di dalam mask yang
menutup mukanya. Bengang pula dia kerana mendengar nasihat
Lukman. Nadya yakin dia tidak perlu pun memakai mask jika hendak
beriadah. Setahu dia MKN telah senaraikan garis panduan itu pada
orang awam. Nadya terus membuka semula pelitup mukanya dan
tersenyum puas.

“Nadya,” Lukman memanggilnya.

Lukman ni buang tabiatkah? Ini pertama kali dia menyebut
nama Nadya. Dengan perlahan dia menoleh ke arah Lukman dan
melihat dia sedang berdiri di tepi motornya sambil memegang topi
keledar. Nadya terfikir, mungkinkah ini masa untuk dia memulakan
misi menceriakan pemuda ini? Ruang untuk bercakap telah terbuka
luas dan Nadya hanya perlu mengambil peluang itu. Dia melemparkan
senyuman kepada Lukman walaupun dia tahu dia tidak dapat melihat
riak muka Nadya. Tiba-tiba Lukman menundukkan badannya seperti
orang yang sedang menahan kesakitan dan menggamit tangannya
memanggil Nadya untuk menghampiri.

“Boleh drive kan?” dia bertanya dengan nafas yang pendek.
“Boleh tolong saya tak?”

“Encik okeykah?” kata Nadya dengan cemas sambil berdiri di
sebelah Lukman untuk melihat keadaannya secara dekat.

“Encik?” Lukman tergelak dan terus berdiri tegak. “Nama saya
Lukman, tak kan tidak ingat lagi? Kita mungkin…se..baya, ke…dua,
boleh tak ber.. diri jauh… sikit.” Lukman tercungap-cungap sambil
sebelah tangannya diangkat untuk menandakan Nadya perlu stay
away.

“Ok, nak tolong apa ya Encik Lukman?” Nadya bertanya

HIKMAH Saat Aku Diuji 97

dengan serius.

Lukman menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Nadya
dan sekeping duit RM20.00 dan hanya berkata.

“Klinik. Tolong beli. Cepat.”

“Oh, awak lelahkah?” tanya Nadya sambil membelek kotak
inhaler yang diberikan itu.

Lukman mengangguk dan tiba-tiba membuka pelitup
muka yang dipakainya dan terjawablah apa yang menjadi tanda
tanya Nadya selama ini. Akhirnya dapat juga dia melihat wajah anak
kesayangan Pak Wahab ini. Dia tidak mungkin sebaya dengan Nadya,
fikirnya. Raut wajahnya matang dan apabila dipadankan dengan
matanya yang selama ini Nadya sering lihat, wajah Lukman jauh
lebih elok daripada apa yang pernah dibayangkan. Lebih-lebih lagi
apabila dia tersenyum memandang Nadya dengan mesra, seolah-
olah telah lama kenal. Buat beberapa saat, Nadya tidak berkata apa-
apa tetapi hanya tercegat di hadapan Lukman.

“Pergi sekarang boleh?” Lukman berkata dengan sopan.

Dia masih tersenyum dan Nadya mengangguk tanda akur
dan terus beredar menuju ke kereta Raihan. Sambil memandu ke
klinik berhampiran, Nadya hanya memikirkan dua perkara: pertama,
senyuman Lukman. Kedua, sempatkah Lukman diselamatkannya?
Dengan hati yang berdebar dia hanya mampu berdoa Lukman dapat
bertahan sebelum Nadya pulang.

Dua minggu kemudian, Nadya mendapat perkhabaran
bahawa Lukman disahkan positif Covid-19 dan telah dimasukkan ke
hospital Sg Buloh. Mujur Pak Wahab dan Mak Siti terselamat daripada
jangkitan tetapi mereka terpaksa berkuarantin di rumah selama 14
hari. Kak Sofi baru datang menceritakan kepada Nadya dan teman-
teman serumahnya. Itu pun selepas beberapa hari Lukman dibawa

98 HIKM A H S a a t A k u D i u j i

ke hospital.

“Janganlah risau sangat Nad,” ujar Raihan. “Kak Sofi kata Pak
Wahab dan Mak Siti okey saja sebab mereka sudah dapat dua dose
pun. Jiran-jiran ramai yang sudah pakat beri makanan. Kak Sofi yang
bersilat dengan anak empat orang pun ada bagi lauk tadi. Kita bila
lagi?”

“Mana ada aku risau,” kata Nadya, perlahan.

“Dia risaukan yang di hospital tu saja.” Lia ketawa kecil.

“Aku risau untuk kita semualah,” Nadya menjeling ke arah Lia
dan Raihan.

“Kau tidak cerita pun apa terjadi selepas kau selamatkan
Lukman daripada serangan lelah hari itu.” Lia tersengih.

“Tak ada apa nak diceritakan.” Nadya menjawab. “Dia ucap
terima kasih dan kemudian Mak Siti bagi aku kek pisang yang kau
dan Raihan habiskan, tak ingat?”

“Sedap gila kek Mak Siti buat, kan Lia?” kata Raihan dengan gembira.

Enggan melayan sebak yang dirasakan apabila terkenangkan
Lukman, dia tersenyum dan mengangguk setuju. “Esok kita hulurlah
barang keperluan sikit untuk mereka. Nanti aku tolong orderkan,”
kata Nadya dengan tenang.

“Eloklah tu Nad,” kata Lia “Kesian Lukman, tadi Kak Sofi kata
bacaan oksigen dia rendah tetapi belum sampai tahap kritikal. Mesti
Pak Wahab dan Mak Siti risau kan?”

“Allah,” kata Raihan. “Kita doakan dia cepat sembuh. Kau
okey tak ni?” Raihan bertanya lembut sambil menepuk-nepuk bahu
Nadya.

HIKMAH Saat Aku Diuji 99

“Aku okeylah,” Nadya berkata. “Dahlah, aku kena sambung
kerja. Banyak nak baca. Jangan marah kalau aku tak keluar bilik ya,”
kata Nadya sambil menuju ke biliknya.

Sebaik sahaja Nadya masuk ke bilik dia terus merebahkan
badannya ke atas katil dan menutup mata walhal beribu patah
perkataan terpapar di skrin komputer sedia untuk dibaca dan
disunting. Tangannya menggenggam erat sekeping kertas yang
dijumpai dalam peti surat mereka. Kertas yang dilipat dua itu
tertulis namanya dan telah terselit di antara surat-surat lain yang
diambilnya tadi. Nadya membuka lipatan kertas itu perlahan-lahan
dan membacanya buat kali kedua:

Salam perkenalan Nadya. Pertama, terima kasih kerana
menolong saya beli inhaler. Kedua, maaf jika saya ada terkasar
bahasa. Ketiga, terima kasih juga kerana rajin bersembang dengan
ayah saya selama ni. Dia selalu bercerita tentang Nadya :) Keempat,
jika perlukan servis penghantaran atau kalau sudi jadi teman borak,
boleh call 012-2347000. Stay safe.

Iklhas, Lukman

Nota itu dibaca berulang kali sehingga setiap baris dihafalnya.
Kemudian Nadya menarik nafas panjang dan mencapai telefon
bimbitnya.

100 HIKM A H S a a t A k u D i u j i


Click to View FlipBook Version