JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM
PULAU PINANG 2021
MODUL SUKSES SEJARAH 940/1 (PENGGAL 1) SEKTOR
SEJARAH DUNIA (1500 -1955)
PENYELARAS: ENCIK KHAIROL FAIZAL BIN ABDULLAH
(PENOLONG PENGARAH UNIT SAINS SOSIAL,
PEMBELAJARAN, JPN PULAU PINANG)
JU PULAU PINANG: PN HAJJAH SAKINAH BINTI SALEH
DUDUK DARI KIRI: PN. FUZAITI, PN. ZAINON, PN. SAADIAH, PN. HALIJAH, PN.
SAKINAH, EN. KHAIROL FAIZAL, PN. SOFIAH, PN. SHALINI, PN. ZATI MASTURAH, PN.
RUDIANA.
TENGAH DARI KIRI: PN. SITI HAJAR, PN. FAUZIAH, PN. ANNIE WONG YUN FUI, PN.
VIMALA, PN. ALINA, PN. SARASWATHY, PN. NORIDAH, PN. AINON ROSMANIRA, CIK.
BALQIS, PN. CHAN EIT FONG, PN. ANIZA, PN. MAIZATUL FADZILLAH, PN. FARIDAH,
PN. RAFIDAH, PN. NOORHAYATI.
ATAS DARI KIRI: EN. AZAHAR, EN. SHARUL NIZAM, EN. SOKRI, EN. AZMAN, EN.
HASBULLAH, EN. KESAVAN, EN. SYAIFUL SAZWAN, EN. YEOH HUP THEAM, EN.
KHAIRUL AMALI, EN. YEE TEIK HUAT.
1
TEMA 1
MASYARAKAT
TEMA 2
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
TEMA 3
KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
TEMA 4
NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
2
TEMA 1: MASYARAKAT
NO SOALAN M/S
1 HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND PADA 4
ABAD KE-16 DAN 17 MASIHI.
2 BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN PADA 7
ZAMAN KESYOGUNAN TOKUGAWA. 9
3 HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17.
4 BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA 11
PADA ABAD KE 16 DAN 17 MASIHI.
5 BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL 14
PADA ABAD KE 16 HINGGA ABAD KE-17 MASIHI.
6 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT 17
MARITIM JEPUN PADA ABAD KE 16 DAN 17 MASIHI.
7 BINCANGKAN CIRI-CIRI KEMAJUAN MASYARAKAT INDUSTRI DI 20
JERMAN PADA ABADKE-18 HINGGA ABAD KE-19.
8 BINCANGKAN KESAN KEMAJUAN PERINDUSTRIAN KEPADA 23
MASYARAKAT ENGLAND PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-
19 MASIHI
3
TEMA 1: MASYARAKAT
SOALAN 1 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND PADA
ABAD KE-16 DAN 17 MASIHI.
Pendahuluan
1. Masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis
tersendiri.
2. Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalui penguasaan terhadap tanah.
3. Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Si
Penakluk yang meletakkan asas feudalisme yang lebih sistematik.
4. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam ciri masyarakat feudal di
England.
Isi- isi utama
1. Kedudukan raja
• Abad ke-16 dan 17, muncul sistem pemerintahan monarki mutlak di England.
• Raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan
kehakiman.
• Raja-raja dinasti Tudor dan Stuarts mengambil pelbagai langkah bagi
mempertahankan kedudukan dan kuasa mutlak raja.
• Contohnya, Raja Henry VII bertindak mengurangkan kuasa parlimen dan
menyekat pengaruh serta kekuasaan golongan bangsawan.
• Semasa pemerintahan dinasti Stuarts berlaku perselisihan antara raja dengan
Parlimen dalam usaha mengukuhkan kuasa raja.
• Parlimen telah menyekat pengaruh raja dengan memaksa Raja Charles I
menandatangani Pengisytiharan Hak.
• Perkembangan ini menyebabkan pemerintahan raja berperlembagaan di
perkenalkan di England semasa pemerintahan Raja Charles II.
• Tuntasnya, kekuasaan raja mengalami perubahan apabila pemerintahan beraja
mutlak digantikan dengan raja berperlembagaan.
4
2. Pengaruh bangsawan
• Menjelang abad ke-16 dan 17, pengaruh golongan bangsawan mengalami
kemerosotan disebabkan kedudukan raja yang semakin kukuh ekoran
perkembangan kapitalisme.
• Perkembangan ini menyebabkan raja di England dapat mengawal golongan
bangsawan.
• Kemerosotan pengaruh bangsawan ini membawa kepada kemunculan golongan
baru iaitu pegawai-pegawai pentadbir yang berkebolehan dan berwibawa dalam
pentadbiran.
• Perlantikan pegawai-pegawai ini adalah berasaskan merit dan bukan keturunan.
• Pegawai-pegawai menerima gaji daripada raja bagi membantu mengendalikan
pemerintahan dan pentadbiran.
• Jelaslah bahawa golongan bangsawan mulai hilang pengaruh apabila
kedudukan mereka diambil alih oleh pegawai-pegawai pentadbir.
3. Kedudukan knight
• Menjelang abad ke-16 dan 17, peranan golongan knight telah berubah apabila
kedudukan raja menjadi semakin kukuh.
• Raja tidak lagi bergantung kepada golongan knight untuk mempertahankan
negara.
• Raja menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di
bawah kawalan dan penguasaan raja.
• Pasukan tentera tidak lagi didominasi oleh golongan knight sahaja.
• Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkhidmat dalam
pasukan tentera.
• Tegasnya, peranan golongan knight turut mengalami perubahan ekoran
perkembangan dalam politik dan ekonomi di England.
4. Pemilikan tanah
• Pada abad ke-16 dan 17, perubahan dalam sistem ekonomi menyebabkan
masyarakat feudal tidak bergantung kepada tanah untuk menjalankan aktiviti
ekonomi.
• Masyarakat feudal juga tidak lagi terikat dengan tuan-tuan tanah.
• Mereka melibatkan diri dalam aktiviti pertanian komersial dengan menjadi buruh
upahan kepada tuan tanah.
5
• Kemunculan bandar menyebabkan golongan petani mula berhijrah ke bandar-
bandar dan terlibat dalam sektor perindustrian.
• Perkembangan ekonomi komersial juga menyebabkan raja berjaya
mengukuhkan kedudukan dengan menguasai ekonomi kapitalisme.
• Jelaslah bahawa penguasaan ekonomi oleh raja dan perkembangan ekonomi
kapitalisme telah mengubah bentuk pemilikan tanah yang mengikat masyarakat
feudal di England.
5. Kewajipan peribadi
• Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam hubungan antara raja
dan golongan bangsawan.
• Kedudukan raja menjadi semakin kukuh dan tidak lagi bergantung kepada
golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.
• Hubungan antara tuan tanah dan petani turut berubah apabila tuan tanah
membebasan petani.
• Jelaslah, hubungan peribadi yang wujud berasaskan kontrak perjanjian mula
berubah apabila kedua-dua pihak sudah tidak saling bergantung antara satu
sama lain.
6. Mobiliti sosial
• Perubahan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17
telah menyebabkan wujud mobilti sosial dalam masyarakat di England yang
sebelumnya jarang berlaku.
• Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut
mengalami perubahan.
• Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan
bangsawan mula disandang oleh rakyat biasa.
• Hal ini membawa kepada kemunculan golongan pertengahan dan kelas
menengah dalam struktur masyarakat di England.
• Jelaslah, bahawa kedudukan sosial dan status masyarakat feudal di England
mengalami perubahan.
Kesimpulan
1. Abad ke-16 dan 17 mencorakkan perubahan yang ketara dalam ciri masyarakat feudal
yang diamalkan sejak zaman pertengahan.
6
2. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa turut
membawa perubahan dalam hierarki dan peranan masyarakat feudal di England.
3. Hal ini membawa kepada munculnya masyarakat industri pada abad ke-18.
SOALAN 2: BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN PADA ZAMAN
KESYOGUNAN TOKUGAWA.
Pendahuluan
1. Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis
tersendiri.
2. Kedudukan, kuasa dan status ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah.
3. Pemerintahan feudal di kesan pada zaman pemerintahan Kamakura.
4. Pada zaman kesyogunan Tokugawa, Shogun bertindak mengukuhkan sistem feudal.
5. Struktur masyarakat feudal pada zaman Tokugawa terdiri daripada golongan pemerintah
dan golongan yang diperintah.
Isi- isi utama
1. Kedudukan maharaja
• Maharaja tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran semasa
zaman kesyogunan Tokugawa.
• Maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasa sebenar pemerintahan berada
di tangan Shogun.
• Shogun Tokugawa mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan
dan dan pengaruhnya.
• Pemerintahan syogun memperkenalkan undang-undang bagi mengurangkan
pengaruh maharaja dan putera raja.
• Ini menunjukkan pada zaman feudal di Jepun, maharaja tidak memiliki kuasa
dalam pemerintahan.
2. Kedudukan Shogun
• Kuasa pemerintahan terletak pada Shogun pada Zaman kesyogunan
Tokugawa.
• Shogun mengukuhkan kedudukan dengan menubuhkan pasukan tentera yang
kuat.
7
• Pentadbiran wilayah diserahkan kepada Vassal yang setia kepada
pemerintahan shogun.
• Golongan Daimyo yang menguasai daerah juga di kawal oleh shogun.
• Shogun meningkatkan kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi komersial dan perlombongan.
• Hal ini memperlihatkan Shogun merupakan individu yang amat berpengaruh
dalam politik dan ekonomi pada zaman feudal di Jepun.
3. Pemilikan tanah
• Pada zaman Tokugawa, Shogun menyerahkan tanah kepada tuan tanah iaitu
Daimyo yang setia kepadanya.
• Daimyo yang setia kepada shogun turut mengawasi gerak geri Daimyo yang
menentang pemerintahannya.
• Di samping itu Shogun melantik pegawai yang dikenali sebagai Gundai dan
Daikan untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.
4. Kewajipan peribadi
• Dalam masyarakat feudal Jepun, wujud hubungan peribadi dan kewajipan
peribadi di antara Shogun dan Daimyo.
• Shogun akan menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia
kepadanya.
• Daimyo pula membalas budi dengan membantu Shogun mengendalikan
pentadbiran dan ketenteraan.
• Ini menunjukkan Shogun dan Daimyo saling bergantung untuk menjayakan
kepentingan bersama mereka di negara Jepun.
5. Mobiliti sosial
• Terdapat beberapa lapisan masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan
17.
• Setiap lapisan ini mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang
berlainan.
• Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan
sistem kelas.
• Dalam masyarakat feudal di Jepun, perubahan dalam status dan mobiliti sosial
jarang berlaku.
8
Kesimpulan
1. Pada zaman Tokugawa, sistem feudal yang diamalkan di negara Jepun begitu kukuh dan
mantap.
2. Masyarakat feudal yang terdapat di Jepun berpegang kuat kepada ciri-ciri unik yang
terdapat dalam sistem ini.
3. Masyarakat feudal tidak mengalami sebarang perubahan jika dibandingkan dengan
masyarakat feudal di England.
SOALAN 3: HURAIKAN STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND PADA
ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17.
Pendahuluan
• Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat
selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 .
• Menurut Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, masyarakat feudal merupakan
masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis tersendiri.
• Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan
pemimpin yang terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, dan knight. Manakala
golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf.
Isi-Isi Utama
1.Raja
• menduduki hieraki tertinggi dalam masyarakat feudal di England pemerintah
berkuasa multak amat bergantung kepada golongan bangsawan untuk kukuhkan
kuasa dan kedudukan golongan bangsawan menerima tanah secara langsung
daripada raja, diberi anugerah dan gelaran untuk mendapatkan taat setia mereka.
• Abad 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di bawah dinasti Tudor
dan dinasti Stuarts.
• Walaupun pemerintahan mutlak diamalkan, namun raja-raja dinasti Tudor memilih
untuk patuh kepada undang-undang yang terkandung dalam Magna Carta.
• Raja-raja dinasti Tudor mengukuhkan kuasa dan kedudukan – contoh: langkah Raja
Henry VII
9
• Keengganan pemerintah dinasti Sturats mematuhi Magna Carta menimbulkan
perselisihan dengan Parlimen.
• Institusi raja mutlak di England akhirnya berubah menjadi raja berperlembagaan.
• Raja England masih menduduki heirarki teratas walau pun peranan dan kuasa raja
mengalami perubahan.
2. Bangsawan
• Menduduki hieraki selepas raja
• Dikehendaki membayar cukai tanah, memberi taat setia kepada raja dan
membekalkan bantuan tentera kepada raja
• Raja kurniakan pelbagai gelaran seperti duke, baron, vassal kepada golongan
bangsawan untuk dapatkan sokongan
• Menjelang abad ke-16, kedudukan dan peranan bangsawan mulai merosot
• Kedudukan raja semakin kukuh ekoran penglibatan dalam ekonomi kapitalis
• Raja dapat mengawal golongan bangsawan dan tidak perlu lagi bergantung kepada
golongan bangsawan
• Kemerosotan pengaruh bangsawan menyebabkan muncul pegawai-pegawai
pentadbir yang menerima gaji daripada raja bagi membantu kendalikan
pemerintahan dan pentadbiran
• Pegawai-pegawai ini terdiri daripada rakyat biasa yang berkebolehan dan berwibawa
dalam pentadbiran
3. Knight
• Golongan pahlawan yang berada di bawah golongan bangsawan
• Abad ke-16, peranan dan kedudukan knight mula berubah apabila raja tidak lagi
bergantung kepada knight untuk pertahanan negara
• Raja menubuhkan pasukan tentera tetap dan tentera upahan yang berada di bawah
kawalan dan penguasaan raja
• Pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja
• Golongan petani dan rakyat biasa juga direkrut untuk berkidmat dalam pasukan
tentera
10
4. Petani / serf
• Mewakili sebahagian besar drpd penduduk di England
• Dikenali sebagai freeman, villain, sokemen, border, cottar
• Abad ke-16, kehidupan golongan petani mula berubah akibat perkembangan
ekonomi komersial
• Masyarakat feudal tidak lagi bergantung kepada tanah dan terikat dengan tuan tanah
• Mereka melibatkan diri dalam pertanian komersial dan perindustrian
• Kemunculan bandar menyebabkan golongan petani berhijrah ke bandar-bandar
• Tuan tanah membebaskan golongan petani dan mereka menjadi buruh upahan
kepada tuan tanah
• Ini menyebabkan hubungan antara petani dan tuan tanah turut mengalami
perubahan
Kesimpulan
1.Menjelang abad ke-16 dan 17 berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan
masyarakat feudal di England.
2. Perubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan ekonomi kapitalisme dan
kemunculan negara bangsa.
SOALAN 4: BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA PADA ABAD
KE 16 DAN 17 MASIHI.
Pendahuluan
1. Menjelang abad ke 16 dan 17 masihi, sistem ekonomi feudal diamalkan secara
meluas di negara China.
2. Kegiatan bercucuk tanam secara kecil-kecilan dijalankan oleh sebahagian besar
daripada penduduk di negara China.
3. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyebabkan sebilangan kecil
masyarakat petani yang terlibat dalam penanaman tanaman komersial.
4. Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan muncul masyarakat agraria
di China pada abad ke 16 dan 17 masihi.
5. Masyarakat agraria di negara China mempunyai ciri-ciri yang dapat di kesan dalam
bidang ekonomi, petempatan dan kemajuan dalam tekonologi pertanian.
11
Isi- isi utama
1. Kegiatan ekonomi
• Ciri pertama masyarakat agraria di China adalah aktiviti ekonomi berkaitan
pertanian.
• Sebahagian besar penduduk negara China menjalankan aktiviti bercucuk tanam
• Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria ialah padi,
gandum, millet, kaoliang, barli dan oat.
• Padi ditanam di lembah Sungai Kuning, Sungai Yangtze dan di bahagian
selatan China.
• Gandum merupakan tanaman makanan utama di utara China.Kawasan
penanaman gandum ialah wilayah Shantung, Kansu, Shensi, utara Anhui dan
Hupeh.
• Millet pula di tanam di wilayah Kansu, Shensi dan Shansi.
• Apabila ekonomi kapitalisme mulai bertapak di China, penanaman tanaman
komersial mula diperkenalkan.
• Antara tanaman komersial yang diusahakan ialah tembakau, kapas, mulberi dan
tebu.
• Ini menunjukkan aktiviti ekonomi utama masyarakat agraria adalah pertanian
sara diri dan tanaman komersial.
2. Petempatan
• Masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan lembangan sungai
seperti di lembah Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze.
• Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk
aktiviti pertanian.
• Terdapat sebilangan masyarakat agraria yang tertumpu di kawasan tanah
pamah yang terletak di bahagian selatan China kerana tanah subur dan
terdapat sistem saliran dan pengairan yang memudahkan aktiviti pertanian
dijalankan.
• Jelas menunjukkan kawasan lembah sungai yang subur dan sesuai untuk
menjalankan aktiviti bercucuk tanam dijadikan petempatan oleh masyarakat
agraria di China.
3. Sistem pengairan
• Ciri seterusnya adalah masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam
teknologi pengairan.
12
• Petani membina terusan bagi mengawal aliran air sungai. Terusan juga dapat
menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
• Mereka juga mempunyai kemahiran membina teres di kawasan lereng bukit
untuk menanam padi.
• Penggunaan pam yang digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia untuk
mengepam air ke kawasan pengairan juga terdapat dalam masyarakat agraria
ini.
• Empangan juga di bina untuk membekalkan bekalan air bagi mengairi kawasan
pertanian.
• Kemahiran dalam teknologi pengairan membolehkan masyarakat agraria
berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
4. Kesuburan tanah
• Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan
tanah pertanian.
• Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan
tanah pertanian.
• Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di negara China sejak zaman dinasti
Han.
• Petani juga menggunakan baja secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian.
• Pengetahuan masyarakat agraria ini dalam aspek memelihara kesuburan tanah
membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam bidang pertanian.
5. Peningkatan teknologi
• Ciri terakhir masyarakat agraria di China ialah kemahiran dalam teknologi
pertanian.
• Beberapa peralatan baharu telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
• Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk yang
memanjang di permukaan tanah.
• Mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar
kuda.
• Selain daripada teknologi pertanian, masyarakat agrarian di negara China juga
berjaya memperkenalkan kaedah baru dalam pertanian.
13
• Antara kaedah baharu yang diperkenalkan ketika itu ialah sistem tanaman
bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.
• Justeru itu peningkatan teknologi membolehkan aktiviti pertanian dijalankan
secara intensif dan meluas.
Kesimpulan
1. Menjelang abad ke 16 dan 17 masihi, masyarakat agraria memainkan peranan
penting dalam bidang pertanian.
2. Masyarakat agraria di China mencapai kemajuan pesat dalam kaedah dan teknologi
pertanian.
3. Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian.
4. Penglibatan petani menanam tanaman komersial menjadikan kedudukan ekonomi
semakin stabil dan mantap.
5. Kemajuan dalam bidang ekonomi meletakkan asas bagi kebangkitan negara China
sebagai sebuah negara yang kuat di Asia.
6.
SOALAN 5: BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA
ABAD KE 16 HINGGA ABAD KE-17 MASIHI.
Pendahuluan
1. Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan kelautan seperti perdagangan, perikanan, mengumpul hasil laut,
perkapalan dan penerokaan.
2. Portugal telah muncul sebagai negara perintis dalam kegiatan maritim sejak abad ke-
15 lagi dan terus muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16 dan 17
masihi.
3. Sememangnya masyarakat Portugal memaparkan ciri-ciri masyarakat maritim yang
jelas.
Isi- isi utama
1. Salah satu ciri masyarakat maritim di Portugal ialah kegiatan masyarakatnya.
• Kegiatan ekonomi utama masyarakat Portugal ialah perdagangan.
14
• Kegiatan perdagangan telah dijalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan
Antwerp.
• Masyarakat maritim Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai
perdagangan rempah. Contohnya, mereka memperoleh rempah ratus, sutera
dan batu permata dari Timur dan membawa hasil hutan dan bahan pencelup
dari Brazil.
• Selain perdagangan, masyarakat Portugal juga terlibat dalam aktiviti
menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan membina kapal.
• Jelaslah bahawa aktiviti masyarakat Portugal yang berkait rapat dgn aktiviti
kelautan membawa kepada kemunculan masyarakat maritim.
2. Selain itu, aspek petempatan juga mempengaruhi kemunculan masyarakat
maritim di Portugal.
• Masyarakat Portugal tinggal berhampiran persisir pantai, lembah sungai dan
kepulauan.
• Petempatan masyarakat Portugal di persisir pantai di Semenanjung Iberia yang
dikelilingi oleh Lautan Atlantik memudahkan mereka menjalankan kegiatan
seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
• Selain itu masyarakat Portugal juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara
sungai. Sebagai contohnya, pelabuhan Lisbon dan Antwerp yang menjadi
tumpuan masyarakat Portugal telah muncul sebagai pusat pengumpulan dan
pengedaran barang dagangan Portugal.
• Jelaslah petempatan yang berhampiran dengan laut dan pelabuhan telah
menyumbang kepada pembentukan masyarakat maritime di Portugal.
3. Di samping itu, penguasaan terhadap teknologi perkapalan juga merupakan
ciri masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat Portugal berkemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu.
Sebagai contohnya mereka mahir membina kapal jenis Caravel yang seberat 2
ribu tan, berteknologi tinggi dan mampu melakukan pelayaran jarak jauh seperti
ke Timur.
• Jelaslah bahawa teknologi perkapalan telah merancakkan lagi kegiatan kelautan
dan perdagangan.
3. Teknologi pelayaran juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat maritim Portugal berkemahiran dalam teknologi pelayaran.
15
• Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam teknolagi pelayaran ialah
Putera Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres.
• Sekolah pelayaran ini berfungsi memberi latihan kepada ahli pelayaran dan juru
mudi di samping mencipta pelbagai jenis peralatan yang memudahkan
pelayaran, contohnya seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran.
• Selain itu, kewujudan sekolah ini membolehkan masyarakat terdedah kepada
ilmu nautika.
• Jelaslah bahawa teknologi pelayaran merupakan satu ciri penting masyarakat
maritim di Portugal.
4. Masyarakat Portugal juga merupakan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan.
• Masyarakat Portugal merupakan perintis dan telah melancarkan beberapa
ekspedisi untuk mencari jalan laut ke Timur.
• Antara contoh tokoh yang terlibat dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
ialah Batholomew Diaz, yang telah belayar ke Tanjung Pengharapan; bahagian
selatan Afrika pada tahun 1487.
• Vasco Da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan sampai di
Malindi pd tahun 1497 dan seterusnya meneruskan pelayaran ke Calicat pada
tahun 1498.
• Jelaslah kegiatan penerokaan dan penjelajahan melengkapkan lagi ciri
masyarakat maritim di Portugal.
Kesimpulan
1. Masyarakat Portugal berkembang maju dalam kegiatan perdagangan, berjaya
menguasai laluan perdagangan Timur serta mengasaskan koloni di Timur.
2. Portugal menjadi kaya- raya dan kekayaan Portugal telah menyebabkan kuasa
Eropah lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekpedisi ke Timur.
16
SOALAN 6: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT MARITIM
JEPUN PADA ABAD KE 16 DAN 17 MASIHI.
Pendahuluan
1. Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan
laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan dan penjelajahan.
2. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan pada abad ke-3 Masihi.
3. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan
China, Vietnam dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan
kegiatan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
4. Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan
menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut. Hal ini menyebabkan
Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.
5. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kemunculan masyarakat maritim di
Jepun.
Isi Utama:
1. Kedudukan Geografi
• Dari segi geografi, Jepun terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi oleh
laut. Antara pulau yang menjadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah
Kusyu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu.
• Memandangkan bentuk muka bumi Jepun yang bergunung-ganang, maka
kawasan pesisir pantai ini dijadikan petempatan. Lokasi petempatan yang
berhampiran dengan laut, menyebabkan penduduk terdedah dengan
kegiatan berasaskan laut.
• Jelaslah, perkembangan ini telah meletakkan asas kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun.
2. Teknologi Pelayaran
• Kemajuan pesat dalam teknologi pelayaran telah menyebabkan mayarakat
maritim di Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia
Tenggara.
17
• Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
juga menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim.
• Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu
pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
• Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal kapal
di Jepun. Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan
kapal-kapal besar yang sesuai dengan pelayaran jarak jauh.
• Buktinya, kapal Shuinsen merupakan kapal layar bersenjata yang digunakan
oleh pedagang Jepun untuk belayar ke Asia Tenggara.
• Jelaslah, dengan adanya pelbagai kemahiran dalam segala bidang
menyebabkan masyarakat Jepun muncul sebagai kuasa maritim yang
unggul.
3. Galakan Pemerintah
• Pemerintah juga memankan perana penting dalam kemunculan masyarakat
maritim Jepun.
• Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan.
Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa
pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China
dan Korea. Beliau juga mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-
negara asing di Pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
• Shogun Tokugawa juga memberi galakan kepada rakyat untuk melibatkan diri
dalam perdagangan maritim.
• Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen
diperkenalkan. Mengikut dasar ini, kapal dagang yang menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki mohor merah. Ini
menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam
perdagangan maritim.
• Pada abad ke-17, banyak kapal dagang Shuinsen terlibat dalam
perdagangan dengan Vietnam. Ini menjadi asas kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun.
4. Dasar Kerajaan Jepun.
• Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Jepun menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga menyebabkan
masyarakat terdedah kepada pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat.
18
• Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Jepun.
• Selain pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam
menyebarkan dakwah di kalangan penduduk Jepun.
• Hubungan baik dengan Portugal juga menyebabkan masyarakat maritim
Jepun menerima teknologi baharu dari Barat iaitu teknologi perkapalan.
• Perkembangan ini telah memainkan peranan yang besar dalam merancakkan
lagi kegiatan maritim Jepun.
5. Pengaruh Luar
• Kemunculan masyarakat maritime disebabkan oleh hubngan Jepun dengan
negara-negara lain.
• Menjelang abad ke-16, Jepun telah menjalinka hubungan perdagangan
dengan Portugal. Pada akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal
melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan. Shogun Ashikaga membenarkan
pedagang Portugal berdgang di pelabuhan Nagasaki.
• Menjelang abad ke-17 pula, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol
menjalankan perdagangan dengan Jepun.
• Jelaslah, kedatangan pedagang-pedagang Barat ini telah menyebabkan
perkembangan yang pesat seterusnya Jepun telah muncul sebagai kuasa
maritim yang terkenal di Asia.
Kesimpulan:
1. Kesimpulannya, keterbukaan pemerintah Jepun yang mengalakkan kedatangan
pedagang-pedagang asing telah memberikan gambaran bahawa masyarakat maritim
di Jepun bukan lah masyarakat yang statik, sebaliknya mereka telah menerima
unsur-unsur yang psitif sehingga mampu menyesuaikan diri dengan bangsa asing.
2. Namun, disebabkan ia tidak dapat dikawal telah memaksa pemerintah Kesyogunan
Tokugawa mengisytiharkan dasar tutup pintu sehingga aktiviti perdagangan luar
dihadkan hanya di Pulau Deshima yang terletak di pelabuhan Nagasaki.
19
SOALAN 7: BINCANGKAN CIRI-CIRI KEMAJUAN MASYARAKAT INDUSTRI DI
JERMAN PADA ABADKE-18 HINGGA ABAD KE-19.
Pendahuluan
1. Menjelang abad ke-18 hingga abad ke-19, tercetus revolusi yang dikenali sebagai
Revolusi Perindustrian di Jerman.
2. Revolusi Perindustrian menyebabkan Jerman mengalami perubahan daripada
negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian.
3. Revolusi ini menyebabkan jentera digunakan secara meluas dalam sektor
perkilangan.
4. Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran
dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Isi- isi utama
1. Pengkhususan kerja
• Pekerja melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu
barangan.
• Majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih.
• Mengurangkan kos operasi dalam melakukan pengeluaran secara besar-besaran.
• Pekerja dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam
bidang tersebut
• Jelaslah keadaan ini dapat mempercepatkan proses menjadikan Jerman sebuah
Negara perindustrian.
2. Kemajuan Sistem Kewangan
• Pada tahun1880an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai
joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
• Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah
bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart
(1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank
(1872).
20
• Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-
18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli,
kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
• Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat
penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi
barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara
keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan
perkhidmatan perindustrian.
• Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
• Kemajuan sistem kewangan jelas menjadi dorongan negara Jerman berjaya muncul
sebagai negara perindustrian.
3. Perkembangan Sains dan Teknologi
• Perkembangan sains dan teknologi berjaya meningkatkan kuantiti dan kualiti
barangan, mendorong kepada berlakunya inovasi dan menggalakkan aktiviti
penyelidikan.
• Inovasi turut berlaku termasuk penggunaan tenaga elektrik dan petroleum di kilang-
kilang.
• Ini menyebabkan tercipta produk-produk baharu seperti kereta, basikal, kereta api
atau lokomotif dan sebagainya.
• Penyelidikan yang dijalankan juga membawa kepada ciptaan baharu seperti baja
tiruan, baja kimia dan racun serangga.
• Kemajuan sains dan teknologi telah menjadikan Jerman sebuah negara yang sangat
aktif dalam bidang perindustrian.
4. Dasar Kerajaan Jerman
• Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai
tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
• Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga
kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
• Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh
satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
• Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
21
• Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-
bank Jerman.
• Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.
• Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan
guild melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah menjadi asas bagi pertumbuhan
sektor perindustrian di Jerman.
• Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan kerajaan Jerman
mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun
1879.
• Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat industri antara tahun 1872
hingga 1910 dan sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di
Jerman meningkat.
• Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi meransang
pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil
pengeluaran industri dapat di eksport ke negara-negara lain di Eropah.
• Jelaslah di sini kerajaan Jerman memainkan peranan yang besar dalam
merealisasikan Jerman menjadi negara perindustrian
5. Perluasan Perdagangan Antarabangsa
• pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman
yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah
dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan
mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga
tahun1912.
• Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil
bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman
menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
• Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian
New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
• Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut
China.
22
6. Urbanisasi
• Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu
perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga
perempat daripada penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar.
• Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk
seramai 100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran
berkembang dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh
negara seperti kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.
• Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri
berkembang pesat di Jerman.
Kesimpulan
• Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat
industri.
• Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.
SOALAN 8: BINCANGKAN KESAN KEMAJUAN PERINDUSTRIAN KEPADA
MASYARAKAT ENGLAND PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19
MASIHI.
1. Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sector
perindustrian.
2. Mereka terlibat secara langsung dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin.
3. Revolusi Perindustrian yang berlaku di England pada abad ke-18 telah meninggalkan
pelbagai kesan kepada masyarakat England pada abad ke-18 sehingga abad ke-19 masihi.
Isi- isi utama
1. Dari segi politik, kesan kemajuan perindustrian telah membawa perkembangan idea
politik baru.
• Akibat daripada Revolusi perindustrian muncul beberapa golongan baru, iaitu
golongan pertengahan atau borjuis dan golongan pekerja atau proletariat pada
zaman industri.
23
• Sehubungan itu, pemikiran masyarakat Eropah menjadi lebih terbuka yang
akhirnya telah mencambahkan idea-idea politik yang baru.
• Pada waktu itu juga, muncul tokoh yang memimpin golongan sosialisme untuk
membela nasib pekerja, seperti Saint Simon, Cabet dan Fourier.
• Dasar kerajaan England juga berubah, iaitu menitikberatkan sebuah masyarakat
literasi dan berpengetahuan untuk memudahkan mereka dilatih dan pandai
menggunakan mesin.
• Masyarakat industri England juga terdedah kepada unsur-unsur demokrasi
dalam kehidupan mereka. Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan
kebajikan golongan pekerja yang berkerja di sektor perkilangan, seperti David
Ricardo yang memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England.
• Jelaslah pemikiran politik masyarakat England berubah kesan daripada
kemajuan perindustrian.
2. Dari segi ekonomi pula, kesan kemajuan perindustrian telah mempelbagaikan kegiatan
ekonomi.
• Salah satu kegiatan ekonomi yang mengalami perubahan ialah kegiatan
pertanian, yang berkembang pesat dari segi teknologi pertanian.
• Akta Pemagaran Tanah yang diperkenalkan menyebabkan golongan kaya
memagari tanah yang luas dan memperkenalkan teknologi pertanian.
• Pelbagai teknologi telah diperkenalkan dalam bidang pertanian, contohnya
sistem tanaman bergilir, sistem pengurusan Ladang oleh Coke of Holkham,
kaedah penternakan baharu oleh Robert Bakewell dan banyak lagi alatan yang
memudahkan kerja-kerja pertanian.
• Dari aspek perkilangan pula, selepas Revolusi Perindustrian, masyarakat
England bekerja di kilang-kilang tekstil. Mereka bergantung kepada sektor
perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara
hidup. Dalam industri tekstil juga terciptanya banyak ciptaan yang memudahkan
pemprosesan kain, contohnya John Kay dengan Flying Shuttle dan John
Hagreaves dengan Spinning Jenny.Ciptaan-ciptaan ini telah mempercepatkan
dan memudahkan proses penghasilan kain sekaligus meningkatkan
pengeluarannya.
• Jelaslah kegiatan ekonomi telah dipelbagaikan kesan kemajuan perindustrian di
England.
24
3. Salah satu kesan kemajuan perindustrian di England ialah kemunculan bandar
perusahaan.
• Perkembangan sektor perkilangan telah menyebabkan penghijrahan penduduk
luar bandar ke kawasan perindustrian untuk bekerja dan seterusnya membawa
kepada kemunculan bandar perusahaan seperti Manchester, Birmingham dan
Liverpool.
• Walau bagaimanapun, pertambahan penduduk yang mendadak menyebabkan
keadaan hidup di bandar-bandar perusahaan menjadi teruk kerana berlaku
kesesakan dan masalah perparitan dan kumbahan.
• Jelaslah kemajuan perindustrian telah membawa kepada kemunculan bandar
perusahaan dan pada masa yang sama meninggalkan kesan negetif akibat
kesesakan penduduk.
4. Kemajuan sektor perindustrian turut meninggalkan kesan sosial.
• Mobiliti sosial berlaku akibat perkembangan pesat dalam bidang perindustrian.
• Peningkatan pengeluaran menyebabkan pendapatan pekerja turut meningkat dan
seterusnya taraf hidup golongan pekerja juga meningkat.
• Kemajuan perindustrian juga telah membawa kepada kemunculan kelas
pertengahan akibat peningkatan pendapatan yang diterima. Contoh kelas
pertengahan ialah seperti pemilik kilang, peniaga, ahli bank, peguam dan jurutera.
• Pada masa yang sama, muncul dua kelas iaitu kelas kapitalis dan pekerja dalam
masyarakat England. Sebelum Revolusi perindustrian, masyarakat di Eropah terdiri
daripada petani tradisional yang meliputi golongan bangsawan dan pemilik tanah,
sekumpulan kecil pedagang dan tukang dan sekumpulan besar petani. Golongan
kelas pertengahan baru merupakan kelompok penting dalam struktur sosial di
Eropah menjelang abad ke-18 dan kemunculan mereka adalah disebabkan oleh
perkembangan revolusi perindustrian.
• Pelbagai akta digubal oleh Parlimen England bagi membela nasib pekerja di sektor
perindustrian seperti Akta Kilang (1833), Akta Lombong (1842) dan Akta Sepuluh
Jam (1847).
Kesimpulan
1. Kemajuan perindustrian telah memberi kesan politik, ekonomi dan sosial kepada
masyarakat England.
2. Revolusi Perindustrian yang berlaku telah menyebabkan England muncul sebagai sebuah
negara yang paling maju di Eropah pada abad ke-18 dan 19 Masihi.
25
TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
NO SOALAN M/S
1 BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR
PETER AGUNG UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI 27
DI RUSIA
2 BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR CHINA PADA ABAD 16 HINGGA 30
ABAD 20.
3 BINCANGKAN SUMBANGAN CARDINAL DUC DE RICHELIEU 33
DALAM MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI DI
PERANCIS SEMASA PEMERINTAHAN RAJA LOUIS XIII
4 HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN OLEH RAJA
LOUIS XIV UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA 35
MUTLAK DI PERANCIS DARI TAHUN 1643-1715.
5 GALURKAN PERISTIWA YANG MENDORONG KEMUNCULAN 38
PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND PADA
ABAD KE-17 M.
6 BINCANGKAN STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN KERAJAAN
REPUBLIK KETIGA (1875-1945) DI PERANCIS.
atau 41
HURAIKAN STRUKTUR ORGANISASI PEMERINTAHAN KERAJAAN
REPUBLIK KETIGA (1875-1945) DI PERANCIS.
7 HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH OTTO VON BISMARK 43
UNTUK MENYATUKAN JERMAN PADA TAHAP PERTAMA (1864 –1870).
26
TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
SOALAN 1: BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR PETER
AGUNG UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI DI RUSIA
Pendahuluan
6. Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 selama
36 tahun.
7. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial dan keagamaan
8. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti
Jerman, Belanda, Austria, Britain dan Perancis
9. Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut mendorong Tsar Peter Agung
untuk melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia
10. Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak di Rusia.
Isi- isi utama
7. Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.
• Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pemerintahan Rusia telah
disusun semula.
• Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
• Selain itu, beliau melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti
Duma, Zemski Sobor dan Prikazi.
• Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis Senat.
• Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk
mengurangkan beban tugas anggota senat.
• Jelas, pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan lagi
kedudukannya sebagai pemerintah berkuasa mutlak di Rusia.
8. Langkah seterusnya yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
pemerintahan monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor
perindustrian.
27
• Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri
berat dan industri pembuatan.
• Kerajaan pusat memberikan pelbagai insentif dan subsidi untuk
membangunakan sektor perindustrian.
• Tsar Peter Agung turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan
kilang di Rusia.
• Di samping industri berat seperti besi dan keluli, industri kaca dan barangan kulit
turut dimajukan.
• Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk
menambahkan perbendaharaan negara.
• Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalambentuk
tunai pada tahun 1718 dan cukai tidak langsung.
• Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara
meningkat.
• Tuntasnya, perubahan yang beliau lakukan dalam bidang ekonomi telah dapat
meningkatkan ekonomi dan mengukuhkan kedudukannnya di Rusia.
9. Langkah lain yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah dalam bidang
pendidikan.
• Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan
dalam bidang pendidikan.
• Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
• Semasa pemerintahan beliau, sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia.
• Antara sekolah-sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Nagivator School
dan Naval Academy.
• Sekolah -sekolah ini menekankan bidang aritmetik, geometri, geografi dan
pelayaran.
• Beliau merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The
Imperial Academy of Science.
• Justeru itu pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan
pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
10. Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan
pembaharuan dalam bidang keagamaan.
28
• Tsar Peter Agung telah bertindak menyusus semula pentadbiran gereja untuk
mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja.
• Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
• Beliau juga memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk
mengambilalih peranan ketua gereja kristian Ortodoks.
• Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan
kedudukannya dalam badan tersebut.
• Tuntasnya, pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan kedudukan Tsar
daripada penguasaan institusi gereja.
11. Pembaharuan dalam bidang ketenteraan juga dilakukan oleh Tsar Peter Agung
untuk mengukuhkan monarki.
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera
yang kuat untuk menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan
dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk.
• Pada tahun 1695, Tsar Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai
kubu tartar di Azov.
• Tsar Peter Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di
Poltova.
• Beliau berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden
melalui Perjanjian Nystadt.
• Kesannya, kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai
sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke 18.
Kesimpulan
4. Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelabagai bidang termasuk
politik, ekonomi, dan sosial.
5. Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan kedudukan beliau
sebagai pemerintah mutlak di Rusia.
6. Pemerintahan Tsar Peter Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan
monarki di Rusia.
7. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau menyebabkan Rusia muncul sebagai negara
yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Ini menjadi asas kepada kemajuan Rusia
seterusnya.
29
SOALAN 2: BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR CHINA PADA ABAD 16 HINGGA
ABAD 20.
Pendahuluan
1. Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pentadbir yang berperanan dalam
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh maharaja.
2. Kebiasaanya individu yang dilantik sebagai pembesar merupakan individu yang
mendapat
kepercayaan pemerintah dan sentiasa memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
3. Pembesar juga merupakan tulang belakang kepada maharaja dalam mempertahankan
pemerintahannya.
4. Peranan pembesar di China merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi.
Isi- isi utama
1. Bidang Pentadbiran
a. Pentadbiran Peringkat Pusat
• Pembesar membantu Maharaja China menjalankan pentadbiran di peringkat pusat.
Maharaja memecahkan pemerintahan dan pentadbiran pusat kepada beberapa unit
atau institusi, Antaranya Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis.
• Sekretariat Agung berperanan membantu Maharaja dalam menyelia dan
menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Setiausaha juga
perlu memaklumkan kepada maharaja perjalanan enam kementerian itu.
• Majlis Tertinggi dan Censorate atau Lembaga Penapis pula menjadi badan
penasihat terpenting kepada maharaja.
• Majlis Tertinggi dibahagikan kepada enam kementerian iaitu Kementerian Personal,
Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian
Keadilan dan Kementerian Kerja Raya. Setiap kementerian dikawal oleh seorang
pegawai kanan yang dikenali Shangschu. Shangschu akan dibantu oleh beberapa
pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.
• Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja.
Fungsi Censorate adalah memaklumkan segala aktiviti pembesar-pembesar China
kepada maharaja supaya maharaja dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Lembaga Penapis mempunyai dua orang censor, beberapa timbalan dan empat
pegawai rendah yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran dan surat
30
menyurat. Seramai 110 orang pegawai penyiasat di bawah kuasa Censorate akan
ditugaskan membendung amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
• Jelaslah, peranan pembesar di peringkat pusat ini amat penting bagi memastikan
pentadbiran China berjalan lancar. Kewujudan Lembaga Penapis pula bukan sahaja
bertujuan membendung amalan rasuah, malah mereka turut diberi kuasa untuk
mengkritik tindakan atau salah laku
b. Pentadbiran peringkat Wilayah
• Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry
yang menjaga wilayahnya.
• Golongan Gentry membantu secara sukarela sebagai orang perantaraan antara
pembesar dengan rakyat jelata di kawasan mereka. Mereka turut memiliki tentera
sendiri dan bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada
pemerintah pusat.
• Terdapat juga pegawai- pegawai pengawas kerajaan yang membantu menguruskan
pentadbiran wilayah. Tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat
pentadbiran dan mendakwa pegawai-pegawai yang menyeleweng serta
mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
• Pada zaman Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah.
• Gabenor berfungsi untuk menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan
dan ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.
Namun kuasa Gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah
ditetapkan dalam dikri diraja.
• Pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja iaitu Bendahari dan Hakim
akan membantu Gabenor dalam menjalankan tugasnya.
• Oleh sebab China adalah sebuah negara yang besar, maka golongan gentry
memainkan peranan penting dalam memastikan kelicinan pentadbiran di peringkat
wilayah. Hal ini kerana, pembesar peringkat wilayah inilah yang bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas kutipan cukai dan menyediakan ketenteraan kepada maharaja.
2. Bidang Perundangan
• Pembesar memainkan peranan dalam menguatkuasakan arahan dan titah perintah
Maharaja.
• Mereka turut membantu Maharaja menggubal undang-undang dan menetapkan
dasar negara
31
• Mereka juga membantu Maharaja menyediakan draf undang-undang edit dan
warkah Raja
• Justeru, pembesar memainkan peranan membantu Maharaja menegakkan undang-
undang serta memelihara keamanan dalam negara.
3. Bidang Kehakiman
• Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah
• Mereka menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal-
ehwal kehakiman.
• Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan
dan membicarakan kes-kes rayuan.
• Terdapat pembesar yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman yang
menguruskan kehakiman di provinsi.
• Tegasnya, pembesar membantu Maharaja dalam menguruskan hal ehwal
kehakiman bagi memelihara kesejahteraan rakyat.
4. Bidang Ketenteraan
• Pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan
wilayah.
• Pembesar pusat dilantik sebagai anggota Lembaga Peperangan yang menguruskan
perlantikan dan pemecatan pegawai tentera.
• Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera
• Mereka berperanan memulihkan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-
masing
• Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja
• Justeru pembesar bertanggungjawab dalam mempertahankan negara daripada
ancaman dari luar dan dalam negara.
5. Bidang Ekonomi
• Pembesar memberi nasihat kepada Maharaja dalam aspek kewangan dan
percukaian.
• Mereka berperanan mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan
pendaftaran tanah
• Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada Maharaja.
32
• Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan
daerah
• Tuntasnya pembesar berperanan membantu Maharaja dalam melicinkan
pengurusan ekonomi serta mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.
6. Bidang Agama
• Mereka mengetuai upacara-upacara ritual dan kerohanian yang diadakan di
peringkat pusat dan wilayah
• Pembesar-pembesar pusat mengetuai Lembaga Upacara yang mengendalikan
upacara diraja dan upacara korban
• Tegasnya, pembesar membantu Maharaja mengukuhkan kedudukannya melalui
upacara ritual dan keagamaan
Kesimpulan
• Kesimpulannya, Revolusi 1911 di China telah menggulingkan pemerintahan Dinasti
Ching dan menamatkan kuasa maharaja serta kerajaan feudal.
• Secara tidak langsung, penamatan pemerintahan beraja juga turut menghapuskan
sistem pembesar di China dan digantikan dengan sistem pemerintahan Republik.
SOALAN 3: BINCANGKAN SUMBANGAN CARDINAL DUC DE RICHELIEU DALAM
MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN MONARKI DI PERANCIS SEMASA
PEMERINTAHAN RAJA LOUIS XIII
Pendahuluan
• Richelieu merupakan paderi besar gereja Katolik di Perancis.
• Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Perancis. Karya terkenal beliau adalah Wasiat
Politik yang mengemukakan pandangan tentang keperluan mengekalkan kuasa dan
kemutlakan negara.
• Beliau turut berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk mengukuhkan
pentadbiran. Idea yang dikemukakan oleh Cardinal telah berjaya mengukuhkan
pemerintahan monarki di Perancis semasa Raja Louis ke 13.
Isi- Isi utama
1. Mewujudkan kerajaan Pusat yang kukuh
33
• Richelieu mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat di Perancis di bawah
kawalan dan penguasaan penuh maharaja. Beliau berpendapat kerajaan pusat yang
kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai
pihak.
• Contohnya untuk mengukuhkan pentadbiran, pegawai-pegawai kerajaan yang setia
perlu dilantik untuk membantu maharaja menjalankan pentadbiran
• Dengan adanya kerajaan pusat yang kuat Maharaja dapat menghadapi sebarang
ancaman dan sistem pemerintahan monarki mutlak dapat diperkukuhkan.
2. Menolak Pendidikan Rakyat
• Richelieu menolak pendidikan yang diberikan kepada rakyat jelata kerana bimbang
golongan berpendidikan menjadi ancaman kepada kedudukan raja mutlak.
• Contohnya golongan berpendidikan akan mempertikaikan segala dasar dan
rancangan kerajaan. Kesannya rakyat tidak setia kepada kerajaan dan kedudukan
raja sebagai pemerintah mutlak akan terjejas.
• Tindakan Richelieu ini telah berjaya memperkukuhkan pemerintah monarki di
Perancis dan kepentingan negara mutlak dapat dibentuk.
3. Menolak peranan gereja
• Cardinal menolak peranan gereja dalam politik yang mengancam kuasa mutlak yang
dimiliki oleh raja. Beliau telah menghapuskan kekacauan yang berlaku dalam Gereja
Katolik.
• Contohnya beliau mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan peranan gereja
dalam politik. Usaha Cardinal ini telah berjaya menyekat kemaraan kuasa gereja
dalam pentadbiran negara.
4. Mengukuhkan pertahanan negara.
• Cardinal mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan Raja Louis ke 13
dengan mewujudkan pasukan tentera laut yang kuat di Perancis.
• Contohnya beliau melengkapkan pasukan tentera dengan kapal-kapal perang dan
peralatan moden agar raja dapat menghadapi sebarang ancaman baik dari dalam
atau luar negara.
• Tegasnya usaha beliau telah berjaya memperkukuhkan pemerintahan monarki
mutlak di Perancis.
34
5. Menghapuskan sentimen wilayah
• Cardinal berpendapat pemerintah harus mengambil langkah yang tegas bagi
membendung sentimen kewilayahan yang akan menjejaskan kestabilan politik dalam
negara.
• Contohnya raja harus mengambil langkah bagi memastikan penduduk dan
pemerintah di wilayah dan jajahan takluk setia kepada kerajaan pusat.
• Langkah dan keperihatinan pemerintah terhadap wilayah ini akan dapat
memperkukuhkan kuasa mutlak kerajaan pusat.
Kesimpulan
• Cardinal Richelieu merupakan pemikir politik terunggul di Eropah pada abad ke 17.
• Idea beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sistem pemerintahan
beraja mutlak di negara Perancis. Pengukuhan kuasa raja ini diteruskan lagi oleh
kebijaksanaan Raja Louis ke XIV sehingga Perancis menjadi sebuah negara
empayar yang amat kuat di Eropah.
SOALAN 4: HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN OLEH RAJA
LOUIS XIV UNTUK MENGUKUHKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI
PERANCIS DARI TAHUN 1643-1715.
Pendahuluan
• Raja Louis XIV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643.
• Beliau terkenal dengan gelaran “Grand Monarch”. Beliau memerintah selama 72
tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
• Sewaktu memerintah beliau telah banyak membuat reformasi dalam dasar negara
sehingga Perancis muncul sebagai kuasa yang kuat pada masa itu. Beliau mendapat
sokongan padu daripada golongan Bangsawan, Huguenot dan instutusi kerajaan.
• Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan
pemerintahan beraja mutlak meliputi dasar ekonomi, ketenteraan, agama dan luar
negara.
Isi-isi Utama:
35
1. Langkah mengukuhkan dasar dalam negara
• Raja Louis XIV menyusun semula pentadbiran negara.
• Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis utama iaitu Majlis Negara
menguruskan hal ehwal luar negara, Majlis Despatches menguruskan semua hal
ehwal tempatan kecuali kewangan, Majlis Kewangan menguruskan percukaian, tarif,
perbelanjaan dan pendapatan negara dan Majlis Privy menguruskan pentadbiran
keadilan.
• Beliau juga melantik menteri- menteri yang berkebolehan di peringkat pusat dan
provinci untuk membantu melaksanakan dasar-dasar diraja.
• Beliau melantik Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai Menteri
Peperangan dan Vauban sebagai Menteri Ketenteraan.
• Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi negara industri dan kuasa
ketenteraan yang kuat di Eropah. Zaman Louis XIV juga merupakan zaman
keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor
seperti Racine dan Moliere.
• Ini jelas menunjukkan bahawa dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XIV telah
berjaya mengukuhkan kekuasaan monarki di Perancis sehingga 1715.
2. Langkah ketenteraan
• Raja Louis XIV menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan dan meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.
• Beliau melakukan reformasi dalam bidang kenteteraan ini dengan bantuan Menteri
Peperangan iaitu Louvois.
• Beliau melantik pegawai-pegawai berasaskan merit. Bagi menarik kesetiaan
golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera dan menyediakan
kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan.
• Kesannya Perancis muncul pasukan tentera terkuat di Eropah pada masa itu dan
kedudukan raja semakin kukuh.
3. Langkah mengukuhkan dasar luar negara
• Raja Louis XIV telah melancarkan dasar perluasan kuasa dan berjaya meluaskan
kuasa Perancis sehingga ke sempadan Sungai Rhine.
36
• Baginda menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman,
negara Spanish, Netherlands dan United Province (Belanda).
• Usaha Raja Louis XIV ini telah meningkatkan kekuatan dan sokongan rakyat
terhadap pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
4. Langkah dalam bidang ekonomi
• Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan
negaranya.
• Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industri baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,
mengawal upah dan mengawal harga pasaran.
• Colbert juga membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di
India, Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar.
• Raja Louis XIV juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri
tempatan seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang
menggunakan Pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada
industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.
• Langkah ekonomi yang diambil sewaktu zaman Raja Louis XIV telah berjaya
mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai raja yang berdaulat.
5. Langkah bidang keagamaan
• Raja Louis XIV memaksa golongan bukan Katolik (Huguenot) menerima agama
Katolik.
• Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan Huguenot. Kesannya seramai 200,000
Huguenot tinggalkan Perancis dan berpindah ke England, Holand dan Amerika.
• Langkah Raja Louis ini telah mendapat sokongan daripada rakyat dan seterusnya
mengukuhkan kedudukannya.
Kesimpulan
• Kesimpulannya, Raja Louis XIV berjaya mengukuhkan kedudukan beliau di Perancis
sebagai raja berkuasa mutlak selama 72 tahun dengan pelbagai langkah.
37
• Dengan pemerintahan beliau, wujud keamanan dan kemakmuran malah Perancis
terkenal sebagai pemimpin untuk beberapa seni seperti seni halus, drama, pakaian
dan bahasa di Eropah.
• Raja Louis XIV meletakkan asas yang kukuh dan mengubah corak pemerintahan
yang cekap sehingga Perancis terkenal.
SOALAN 5: GALURKAN PERISTIWA YANG MENDORONG KEMUNCULAN
PEMERINTAHAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI ENGLAND PADA ABAD KE-17 M.
Pendahuluan
1. Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak di England diasaskan oleh Raja Henry VII dari
Dinasti Tudor.
2. Walaupun mengamalkan pemerintahan beraja mutlak, namun mereka berpegang
dan menghormati Magna Carta iaitu Prinsip Perbatasan Kuasa.
3. Kebijaksanaan raja-raja Tudor dapat meredakan penentangan daripada ahli-ahli
parlimen dan golongan Puritan.
4. Namun begitu, menjelang pemerintahan raja-raja daripada Dinasti Stuart, berlaku
ketegangan antara pemerintahan dan parlimen.
5. Perkembangan ini, meletakkan asas bagi kemunculan Raja Berperlembangan di
England.
Isi- isi utama
1.Tindakan Raja James I Menaikkan Cukai
• Semasa pemerintahan Raja James I, Parlimen England bertindak menghadkan
bidang kuasa raja.
• Apabila James I menghadapi masalah kewangan, beliau menghadapi
kesukaran untuk memujuk parlimen meluluskan peruntukan tambahan.
• Perkembangan ini menyebabkan baginda bertindak menaikkan cukai ke atas
rakyat dengan sesuka hati.
2. Hubungan Tegang Antara Parlimen dan Raja Charles I
• Semasa pemerintahan Raja Charles I, hubungan Parlimen dengan raja semakin
tegang.
• Raja Charles I menghadapi kesukaran untuk mendapatkan peruntukan darpada
Parlimen.
38
• Perkembangan ini menyebabkan beliau memaksa rakyat memberikan saguhati
kepada beliau.
• Malah beliau bertindak memenjarakan sesiapa yang enggan memberi sagu hati.
3. Pengisytiharan Hak
• Tindakan Raja Charles I yang bertentangan dengan hasrat Parlimen
menyebabkan Parlimen membuat keputusan untuk menghadkan kuasa raja.
• Parlimen memaksa Raja Charles I menandatangani “Pengisytiharan Hak” pada
tahun 1628.
• Syarat-syarat Pengisytiharan Hak adalah seperti berikut:
➢ Raja tidak akan menggunakan angkatan tentera diraja untuk
kepentingan sendiri
➢ Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab
➢ Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaran Parlimen
4. Perang Saudara
• Ketegangan dengan Parlimen menyebabkan Raja Charles I ingin menangkap
pemimpin-pemimpin Parlimen,
• Perkembangan ini mencetuskan Perang Saudara antara puak raja dengan puak
Parlimen
• Perang Saudara berlangsung antara tahun 1642 -1649 dengan kemenangan
berpihak kepada pihak Parlimen di bawah pimpinan Oliver Cromwell.
• Oliver Cromwell menubuhkan pemerintahan Republik dan menjalankan
pemerintahan bercorak diktator.
• Namun pemerintahan sebegini gagal menarik sokongan rakyat England
menyebabkan ahli Parlimen bersepakat menghidupkan semula pemerintahan
monarki dengan Raja Charles II ditabal sebagai raja.
• Pada tahun 1679, Parlimen meluluskan undang-undang berhubung dengan
Hak Asasi Manusia iaitu Habeas Corpus Act.
• Undang-undang ini mensyaratkan seseorang yang ditahan mesti di bawa ke
muka pengadilan.
8. Masalah Pewarisan Takhta
• Raja James II menggantikan Raja Charles II merupakan seorang pemerintah
yang kurang cekap
39
• Baginda beragama Katolik tetapi isteri pertamanya beragama Protestan. Mereka
dikurniakan seorang puteri bernama Mary yang dikahwinkan dengan Raja
William dari Holand.
• Raja James II berkahwin dengan isteri kedua yang beragama Katolik. Anak lelaki
dengan isteri kedua ingin dimahkotakan sebagai pemerintah England tetapi
ditentang oleh rakyat.
9. Revolusi Cemerlang
• Rakyat England memohon William Of Orange kembali ke England dan
mengambil alih takhta.
• Pada tahun 1688, Raja William dan Mary bersama angkatan tentera seramai
15,000 mendarat di England.
• Raja James II melarikan diri ke Perancis.
• Insiden ini dikenali sebagai Revolusi Cemerlang kerana tidak menumpahkan
darah.
10. Pengisytiharan Hak
• Revolusi Cemerlang membawa kepada pengisytiharan beberapa undang-undang
oleh Parlimen.
• Undang-undang Pengisytiharan Hak dan Undang-undang Toleransi yang
memberi kebebasan beragama kepada golongan puritan diperkenalkan.
• Undang-undang Pengisytiharan Hak menetapkan:
➢ Parlimen mesti mengadakan persidangan dari semasa ke semasa.
➢ Rakyat mempunyai hak untuk menghadap raja ke muka pengadilan.
➢ Orang yang berbangsa Katolik Rom sama sekali tidak boleh menjadi raja
England.
➢ Parlimen mengenakan cukai dan bukan raja.
Kesimpulan
2. Implikasi utama Revolusi Cemerlang 1688 ialah berjaya menjatuhkan kerajaan
beraja mutlak di England.
3. Revolusi ini meletakkan asas bagi Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan di
England.
4. Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan masih diamalkan di England sehingga
hari ini.
40
SOALAN 6: BINCANGKAN STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN KERAJAAN
REPUBLIK KETIGA (1875-1945) DI PERANCIS.
@
HURAIKAN STRUKTUR ORGANISASI PEMERINTAHAN KERAJAAN REPUBLIK
KETIGA (1875-1945) DI PERANCIS.
Pendahuluan
1. Kerajaan Republik Ketiga ditubuhkan di Perancis pada tahun 1875.
2. Pemerintahan kerajaan Republik Ketiga berlanjutan hingga Perang Dunia Kedua
tamat pada tahun 1945.
3. Struktur pemerintahan Republik Ketiga terdiri daripada Parlimen dan Kabinet.
4. Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
5. Setiap badan mempunyai tugas dan peranan masing-masing.
Isi- isi utama
1. Parlimen
• Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi dalam pemerintahan republik
di Perancis.
• Parlimen terdiri daripada dua badan iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Parlimen mempunyai kuasa mutlak untuk membincang dan mengemukakan
resolusi berhubung dengan sebarang masalah
• Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-
undang.
• Anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan terlibat dalam pemilihan
presiden.
2. Dewan Senat
• Dewan Senat merupakan badan penting dalam parlimen.
• Dewan Senat mempunyai anggota seramai 300 orang.
• Seramai 75 anggota dewan ini dilantik oleh Perhimpunan Kebangsaan
• Anggota Dewan Senat akan memegang jawatan bagi tempoh sembilan tahun.
• Seramai 100 anggota Dewan Senat akan ditukar tiga tahun sekali.
3. Dewan Perwakilan
• Dewan Perwakilan juga merupakan badan penting dalam Parlimen.
41
• Dewan Perwakilan terdiri daripada 584 perwakilan.
• Anggota Dewan Perwakilan akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.
• Pemilihan anggota Dewan Perwakilan dilakukan oleh orang dewasa sahaja.
4.Presiden
• Presiden akan dipilih oleh anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Presiden dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh 7 tahun.
• Presiden bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan
menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain.
• Presiden juga mempunyai kuasa membubarkan Parlimen dan mengarahkan
pilihanraya diadakan semula.
5.Kabinet
• Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.
• Perdana Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan.
• Kabinet berfungsi merangka dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan
dalam isu-isu penting.
• Kabinet mempunyai kuasa memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan
negara-negara lain.
• Kabinet juga melantik pegawai-pegawai kerajaan dan menguatkuasakan
undang-undang negara.
• Selain itu, kabinet juga mengawal dan mengawasi pasukan tentera laut, tentera
darat dan tentera udara.
Kesimpulan
1. Kesimpulannya, struktur organisasi pemerintahan kerajaan republik ketiga Perancis
merupakan satu struktur organisasi pentadbiran yang teratur dan sistematik.
2. Oleh itu, sistem pemerintahan republik yang diamalkan oleh kerajaan Perancis ini
telah menjadi ikutan negara-negara lain di dunia sehingga kini.
42
SOALAN 7: HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH OTTO VON BISMARK
UNTUK MENYATUKAN JERMAN PADA TAHAP PERTAMA (1864-1870).
Pendahuluan
1. Otto Von Bismark merupakan negarawan yang berjaya menyatukan negara bangsa
Jerman.
2. Beliau menyatukan negara bangsa Jerman melalui 2 peringkat iaitu peringkat
pertama melalui peperangan manakala peringkat kedua melalui program
pembangunan.
3. Pendekatan yang menjadi asas kepada kejayaan beliau untuk menyatukan Jerman
adalah pendekatan Realpolitic darah dan besi.
4. Beliau menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, dasar pemencilan musuh dan
peperangan bagi merealisasikan impiannya.
Isi- isi utama
1.Mengukuhkan pasukan tentera
• Strategi tentera diguna kerana Bismark berpendapat bahawa penyatuan Jerman
hanya boleh dibuat melalui peperangan. Oleh itu, beliau membentuk pasukan
tentera yang kuat sebelum berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis.
• Bismark memberi latihan ketenteraan serta lengkapkan pasukan tentera dengan
senjaya moden.
• Tegasnya, pengukuhan pasukan tentera telah mencetuskan peperangan yang
membawa kepada penyatuan negara bangsa Jerman.
2. Dasar memencilkan musuh
• Strategi ini dibuat dengan kebijaksanaan Bismark sebelum melancarkan
peperangan.
• Beliau mengambil langkah bagi memastikan Austria (1866) dan Perancis (1870)
tidak mempunyai rakan sekutu kepada musuhnya.
• Dasar memencilkan musuh ini dibuat supaya musuh Jerman tidak mendapat
bantuan daripada negara-negara lain.
3. Mengekang pengaruh Austria
43
• Pada tahun 1863, beliau memujuk raja Prussia agar tidak menghadiri
persidangan raja yang dianjurkan oleh raja Austria ( Francis Joseph ).
• Beliau memperbaharui perjanjian antara Zollverein dengan Austria tetapi tidak
membenarkan Austria menganggotai pertubuhan tersebut.
• Tegasnya, pengaruh Austria dilemahkan supaya usaha penyatuan Jerman
menjadi kenyataan.
4. Menggunakan tipu helah
• Strategi tipu helah diguna untuk menyatukan wilayah negeri Jerman Selatan
dengan Prussia.
• Beliau mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan
terhadap negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri tersebut.
• Tegasnya, tindakan Bismark telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan
membuat keputusan untuk bergabung dengan Prussia.
5. Melancarkan peperangan
• Langkah terakhir yang diambil oleh Bismark bagi menyatukan Jerman.
• Bismark melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 bagi
menguasai wilayah Holstein dan Schleswig.
• Selepas kalahkan Denmark, Jerman berperang dengan Austria pada 1866.
• Selepas menewaskan Austria, Bismark mengatur langkah untuk melancarkan
peperangan terhadap Perancis pada tahun 1870
• Tegasnya, kejayaan Bismark mengalahkan Denmark, Austria dan Perancis
telah menyebabkan negeri-negeri Jerman dapat disatukan.
Kesimpulan
1. Bismark merupakan negarawan yang berjaya dalam menyatukan negara bangsa
Jerman.
2. Semasa pemerintahan Maharaja William II, Bismarks telah dipecat kerana Maharaja
berasa kuasa Bismark lebih berbanding kuasa Maharaja.
3. Oleh itu, Otto Von Bismark telah dipecat pada tahun 1890.
4. Walaubagaimanapun, usaha-usaha Bismark tidak dapat dilupakan dalam proses
penyatuan negara bangsa Jerman.
44
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
NO SOALAN M/S
1 HURAIKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI
FEUDALISME DI JERMAN PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE- 46
18M.
2 HURAIKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI
FEUDALISME DI PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD 50
KE-18M.
3 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG
PERKEMBANGAN EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND 52
SELEPAS REVOLUSI PERINDUSTRIAN PADA ABAD KE-18
HINGGA ABAD KE 19M.
4 BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI
KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-18 55
HINGGA ABAD KE-19M.
5 HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG
PERKEMBANGAN AKTIVITI PERDAGANGAN BELANDA PADA 58
ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE 18M.
6 BINCANGKAN FATOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AKTIVITI
PERDAGANGAN PORTUGAL PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD 61
KE-18M.
7 SEJAUHMANAKAH PENYATUAN JERMAN MENJADI FAKTOR
KEPADA PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN 63
EROPAH ABAD KE-19 DAN 20M.
8 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEMUNCULAN ZAMANPENCERAHANN DI EROPAH PADA ABAD 68
KE-18M
9 HURAIKAN KESAN ZAMAN PENCERAHAN DALAM BIDANG
POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DI EROPAH PADA ABAD KE – 70
18M.
10 NILAIKAN SUMBANGAN ADAM SMITH KEPADA
PERKEMBANGAN EKONOMI DI EROPAH PADA ABAD KE-18 73
DAN 19 M.
11 BINCANGKAN IDEA-IDEA UTAMA YANG DISUMBANGKAN OLEH
CHARLES LOUIS MONTESQUIEU DALAM KARYANYA THE 76
SPIRIT OF THE LAWS.
12 HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN 78
PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19M.
13 HURAIKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI
PERANCIS PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19 MASIHI. 81
45
TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN
SOALAN 1: HURAIKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI
JERMAN PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18M
Pendahuluan
1. Sistem feudalisme mula berkembang di Jerman selepas tamatnya Perang 30 tahun
(1618-1648) yang berpunca daripada pergeseran dan perbalahan di antara
puak Katolik dan Protestan.
2. Era selepas perang ini mula menyaksikan kebangkitan Jerman sebagai kuasa politik dan
ekonomi yang kuat.
3. Salah satu faktor yang berperanan dalam kebangkitan Jerman adalah perkembangan
sistem ekonomi feudalisme.
4. Ekonomi feudalisme berkembang semasa pemerintahan Raja Ferderick William (1640-
1682), Frederick I (1688-1713) dan Frederick William I (1713-1740).
5. Golongan bangsawan (Junkers) memainkan peranan dalam perkembangan sistem
ekonomi feudalisme di Jerman. Penguasaan tanah serta sumber kewangan
menyebabkan golongan ini mendominasi kegiatan ekonomi feudalisme.
6. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam bidang
pertanian, perdagangan, perindustrian, institusi kewangan dan pertukangan.
Isi-isi Penting
Perkembangan Ekonomi Feudalisme
a) Ekonomi Pertanian
• Pada abad ke-16-18m, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi
Jerman. Kira-kira 90% penduduk Jerman terdiri daripada petani dan tinggal di
kawasan kampung.
• Petani di Jerman ini masih bergantung kepada tuan tanah dan terikat dengan
sistem perhambaan. Kegiatan pertanian yang dijalankan masih menggunakan
kaedah primitif.
• Tuan-tuan tanah diberikan keistimewaan kerana mereka memiliki tanah yang luas.
• Kegiatan pertanian di Jerman menggunakan sistem tiga bidang pertanian iaitu
tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin (gandum, oat, barli dan
kekacang).
46
• Peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu dan
menggunakan binatang menggemburkan tanah.
• Petani Jerman juga dibebani dengan masalah cukai tanah di mana mereka perlu
menyerahkan sebahagian hasil tanaman mereka sebagai cukai.
• Mereka juga tidak bebas melakukan kerja lain seperti memburu, menangkap ikan
dan memotong rumput. Mereka dikawal dan ditindas oleh golongan tuan-tuan
tanah.
• Mereka hanya menurut perintah tuan-tuan tanah. Malahan, kemiskinan petani pada
abad ke-16 dapat digambarkan apabila seseorang petani meninggal dunia, tuan
tanah akan menyediakan keranda untuk petani.
• Mereka bangkit menentang golongan bangsawan dan menuntut hak serta
kebebasan daripada tuan tanah
• Kerajaan Jerman juga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran
mengikut wilayah seperti wilayah Necker dengan penanaman anggur dan wilayah
Pomerania khusus untuk pengeluaran pertukangan.
• Walaupun pembaharuan telah dilaksanakan dan meningkatnya hasil pengeluaran di
Jerman, namum golongan petani tetap tidak berubah. Mereka masih terikat dengan
golongan tuan-tuan tanah dan masih menjadi golongan serf seperti di Sungai Elbe.
• Pada akhir abad ke-18M, kerajaan Jerman telah menghapuskan sistem serf dan
golongan petani telah dibebaskan sepenuhnya.
• Jelasnya, aktiviti pertanian mengukuhkan hubungan antara tuan tanah dan petani
serta perkembangan ekonomi feudalisme.
b) Perdagangan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman juga dapat dikesan daripada
kemajuan yang berlaku dalam kegiatan perdagangan.
• Kegiatan perdagangan dijalankan di bandar-bandar seperti Luberk, Hamburg dan
Bremen.
• Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu
membawa masuk barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu.
• Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera,
barangan kaca, senjata dan kertas.
• Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi
barangan penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
• Menjelang abad ke-18, Jerman menjadi pusat pemasaran ternakan dan bijirin.
47
• Bandar-bandar di Jerman telah mengalami perkembangan yang pesat pada tahun
1740, iaitu menjadi pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan
penempatan pedagang serta tukang-tukang
• Jerman menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara di Eropah
seperti Sepanyol, Portugal dan Belanda.
• Perkembangan perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi
menyelaraskan aktiviti perdagangan.
• Industri perkapalan turut berkembang pesat di Jerman menjelang abad ke-18 Masihi.
• Bank-bank memberi bantuan modal kepada pedagang-pedagang yang terlibat dalam
urusan perdagangan dan mengukuhkan lagi kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman.
c) Ekonomi Perindustrian
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman juga dapat dikesan melalui kemajuan
dalam bidang perindustrian.
• Contohnya, pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di
Jerman untuk pasaran dalaman dan untuk eksport.
• Jerman telah mengusahakan perusahaan sutera dan masyarakat desanya
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat
bandarnya pula menggunakan mesin untuk mewarnakan, memutihkan kain dan
memasarkannya.
• Industri tekstil terdiri daripada pengeluaran kain bulu, linen, kain kapas dan sutera.
• Perkembangan industri tekstil di Jerman disebabkan oleh sokongan daripada
pemerintah.
• Terdapat juga kerjasama antara kerajaan dan syarikat persendirian dalam
memajukan sektor perindustrian.
• Contohnya, kilang cermin di Neuhaus yang ditubuhkan pada tahun 1720 serta kilang
senjata di Berlin (1722) merupakan hasil kerjasama antara kerajaan dan swasta.
• Tuntasnya, kemajuan dalam sektor perindustrian turut memainkan peranan dalam
perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman.
d) Pertukangan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman juga boleh dilihat dalam industri
kraftangan
• Industri kraf tangan berkembang di kawasan pedalaman Jerman di mana terdapat
lebih 200,000 pekerja domestik yang dimonopoli golongan wanita terlibat dalam
bidang penenunan kain.
48
• Pusat pengeluaran hasil kraf tangan terkenal terletak di Bohemia.
• Hasil kraf tangan ini dieksport ke Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
• Industri ini juga berkembang di Chemnitz berhampiran Saxony di mana satu pertiga
daripada penduduknya bekerja sebagai pemintal benang di rumah.
• Perkembangan dalam industri kraftangan dan penenunan ini telah menggalakkan
perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga 18 masihi.
e) Insitusi Kewangan
• Institusi kewangan seperti bank telah ditubuhkan di Jerman yang banyak memberi
bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman.
• Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah
dengan Sepanyol dan Portugal.
• Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-
18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi
perbankan dan perdagangan.
• Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya
di Jerman dan Eropah dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah
meningkat kepada 4 juta gulden pada tahun 1546.
• Mereka telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan
perkapalan serta memberi pinjaman kepada Maharaja Rom Suci.
• Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan seterusnya
memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman.
Kesimpulan
• Menjelang abad ke-16 hingga 18 masihi, sistem ekonomi feudalisme mulai
berkembang di Jerman.
• Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh
peranan yang dimainkan oleh golongan petani.
• Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah pembaharuan yang
dilaksanakan oleh kerajaan juga telah membawa kepada berkembangnya industri
dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar.
• Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman bangkit sebagai sebuah kuasa politik
yang unggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.
49
SOALAN 2: HURAIKAN PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI
PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18.
Pendahuluan
1. Menjelang abad ke-16 hingga abad ke-18, sistem feudalisme di Perancis dapat dikesan
dalam bidang politik dan ekonomi.
2. Sistem ekonomi feudalisme ini sangat jelas peranannya semasa pemerintahan Raja
Louis XIV hingga Raja Louis XVI.
3. Sepanjang abad tersebut, golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang dominan
dalam sistem ekonomi di Perancis.
4. Bidang pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat di Perancis pada
abad ke-16, di samping kegiatan perdagangan, perindustrian dan pertukangan.
.
Isi- isi utama
1. Pertanian
• Pada abad ke-16, Perancis masih lagi bergantung dengan pertanian yang
diusahakan oleh petani di desa-desa.
• Petani masih terikat dengan tuan tanah dan mereka mengusahakan tanah
yang dipajak atau disewa mengikut sistem manor. Walau bagaimanapun
terdapat sedikit perubahan apabila petani di Selatan Perancis sudah tidak lagi
menjadi serf sebaliknya menyewa tanah secara bebas.
• Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah lapang iaitu tanah
dibahagikan kepada 3 bahagian atau pusingan tanaman. Pusingan pertama
menanam bijirin seperti oat dan barli diikuti gandum pada musim luruh dan
diakhiri dengan dibiarkan kosong sementara menunggu musim tanaman baru.
• Raja Henrry IV telah membangunkan pertanian dengan, mengedar biji benih,
membiayai penternakan dan membina sistem pengairan.
• Perkembangan pertanian diteruskan lagi dengan sokongan Raja Louis XIV,
menerusi menteri kewangannya Colbert telah menyelaraskan sistem cukai,
pembinaan terusan dan menggalakkan penternakan.
• Walaupun kegiatan pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal miskin
dan ditindas oleh golongan tuah tanah. Petani masih dibebani oleh pelbagai
jenis cukai langsung dan tidak langsung.
2. Perdagangan
50