The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhanani2903, 2021-06-27 03:40:27

MODUL SEJARAH PULAU PINANG

MODUL SEJARAH PULAU PINANG

• Perkembangan sektor perdagangan di Perancis didorong dengan pencapaian
perdagangan Sepanyol dan Portugal di seberang laut. Perancis telah
membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara

• Selain itu, pusat perdagangan yang wujud di Perancis ialah Lyon, Champange
dan Beaucaire.

• Perkembangan perdagangan di Perancis juga turut dibantu oleh pemerintah.
Raja Henry IV telah menubuhkan angkatan laut bagi melindungi pedagang-
pedagang Perancis di lautan.

• Raja Louis XIV telah memberikan bantuan kewangan dalam industry
perkapalan yang sangat membantu perkembangan sektor ini. Baginda juga
telah mengenakan cukai yang tinggi kepada barang import dan kapal-kapal
asing yang berlabuh di Perancis.

• Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Colbert juga telah memainkan
peranan penting dalam sektor perdagangan Perancis. Beliau telah
menyediakan kemudahan seperti membina gudang di Toulan, tempat
membina kapal di Rochefort dan Calaeis serta menubuhkan perhentian
dagang di India, Senegal dan Madagascar.

• Segala pembaharuan yang dibuat dan peranan pemerintah sangat memberi
kesan terhadap perkembangan ekonomi feudalisme Perancis terutamanya
sektor perdagangan.

3. Perindustrian
• Industri tekstil dan sutera sangat terkenal di Perancis pada abad ke-16.
Perancis telah mengeluarkan kain sendiri di Tuscany, utara Perancis.
• Industri kain telah berkembang di desa dan mereka Berjaya Berjaya
menghasilkan kain berasaskan bulu dan linen. Masyarakat bandat pula telah
menggunakan mesin untuk mewarna danmemutihkan kain.
• Kewujudan kesatuan tukang di Perancis adalah untuk menyelaras pemasaran
hasil tekstil dan menjaga kualiti kain.

4. Pertukangan
• Pertukangan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang dilaksanakan
dalam sistem ekonomi feudalisme. Pertukangan kraf tangan mengalami
perkembangan yang baik semasa pemerintahan Raja Louis XIV.
• Industri berkaitan penghasilan gelas, sutera dan pakaian bersulam turut
berkembang

51

• Tukang-tukang mahir menubuhkan bagi mengawal kualiti barang yang
dihasilkan.

5. Insitusi kewangan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis turut didorong oleh kewujudan
institusi kewangan. Penubuhan institusi kewangan memudahkan aktiviti
perdagangan dan pengutipan cukai.
• Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 contohnya
kewujudan Paris Bourse (1724) dan Caisse Escompte (1776)

Kesimpulan

1. Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis dapat dilihat dengan kemajuan dan
pembaharuan yang berlaku dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan
pertukangan.

2. Perkembangan ini juga memberikan kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat
Perancis. Muncul golongan kaya yang menyaingi kedudukan golongan aristokrat.

SOALAN 3: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PERKEMBANGAN
EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND SELEPAS REVOLUSI PERINDUSTRIAN PADA
ABAD KE-18 DAN 19M.

Pendahuluan

1. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan
kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan bertujuan untuk memperolehi
keuntungan.

2. Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian terhadap
harta benda atau alat pengeluaran seperti kilang, tanah, lombong yang dikategorikan
sebagai modal.

3. Kegiatan ekonomi kapitalisme berkembang pesat selepas tercetusnya Revolusi
Perindustrian pada abad ke-18 yang menyebabkan perubahan yang ketara dalam
bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan.

52

4. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme di
England.

Isi- isi utama

1. Kemajuan Sistem Pengangkutan
• Kemunculan industri menyebabkan kepesatan pembinaan jalan raya, terusan,
landasan kereta api dan perkapalan.
• Kemajuan dalam teknologi lokomotif dan pembinaan jalan raya menyebabkan
kemajuan sistem pengangkutan
• Sistem pengangkutan yang disediakan memudahkan penghantaran barangan
dan pemasaran barangan dilakukan.
• Justeru, sistem ekonomi kapitalisme di England semakin berkembang dengan
adanya kemajuan sistem pengangkutan.

2. Penggunaan Teknologi Moden
• Penggunaan teknologi moden juga menyumbang kepada perkembangan
kapitalisme.
• Teknologi moden telah digunakan secara meluas di dalam perindustrian.
• Pelbagai jentera dan alatan baru dicipta untuk meningkatkan pengeluaran
hasil tanaman dan perindustrian.
• Contohnya mesin Flying Shuttle dan Spinning Jenny yang digunakan untuk
menenun dan memintal kain kapas
• Pertanian pula menggunakan mesin penggali jethro Tull, mesin menuai dan
mesin pembajak.
• Oleh itu pertumbuhan ekonomi kapitalisme di England semakin rancak dengan
penggunaan teknologi moden ini.

3. Kemajuan Sektor Perindustrian
• Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan ekonomi kapitalisme ialah
kemajuan dalam sektor perindustrian.
• Industri tekstil berkembang pesat dengan penciptaan mesin Flying Shuttle dan
Spinning Jenny.
• Kemunculan kilang-kilang perindustrian menyebabkan industri arang batu,
besi dan keluli turut berkembang.

53

• Kemajuan perindustrian yang mengeluarkan barangan secara besar-besaran
telah merancakkan perkembangan ekonomi kapitalisme.

4. Kemunculan Bandar perusahaan
• Selepas Revolusi Perindustrian, munculnya bandar-bandar perusahaan di
England.
• Bandar-bandar perusahaan muncul setelah berlakunya penghijrahan
penduduk luar bandar ke kawasan-kawasan perindustrian untuk bekerja di
kilang.
• Antara bandar-bandar perusahaan ialah Manchester, Liverpool, York,
Birmingham dan lain-lain.
• Jelaslah bahawa kemunculan bandar perusahaan telah mendorong
perkembangan ekonomi kapitalisme di England.

5. Perdagangan antarabangsa
• Faktor yang terakhir ialah perkembangan perdagangan antarabangsa
• Perdagangan antarabangsa melibatkan industri arang batu, jentera, tekstil,
besi dan tembaga.
• Pengeluaran secara besar-besaran telah dilakukan.
• Bagi meningkatkatkan perdagangan antarabangsa, England telah
melaksanakan dasar perdagangan bebas.
• Dengan itu, perdagangan antarabangsa England telah bertambah 20 kali
ganda dari segi nilai dan perdagangan.
• Tuntasnya, perkembangan perdagangan antarabangsa yang berasaskan
perdagangan bebas telah mendorong kemajuan ekonomi kapitalisme.

Kesimpulan

1. Perkembangan ekonomi kapitalisme di England selepas Revolusi Perindustrian
menyebabkan berlaku perubahan secara besar-besaran dalam bidang ekonomi.

2. Pada era Revolusi Perindustrian Kedua, sistem ekonomi kapitalisme dicirikan oleh
pelaburan bank, syarikat insurans, dan perkembangan syarikat berhad.

3. Ekonomi kapitalisme meletakkan asas bagi kebangkitan England sebagai negara
industri termaju di Eropah pada abad ke-18.

54

SOALAN 4: BINCANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME DI
AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-18 HINGGA ke-19 MASIHI

Pendahuluan

1. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran,
kebebasan ekonomi, dan perniagaan untuk keuntungan.

2. Peperangan Amerika dengan Britain yang berakhir pada tahun 1812 membuka era baru
bagi Amerika.

3. Rakyat Amerika berusaha gigih agar dapat berdikari dari segi ekonomi dan tidak
dibelenggu oleh Britain.

4. Selepas tahun 1812, Amerika mula mengalihkan perhatian kepada dasar dalam negeri.
Ekonomi masyarakat Amerika beralih daripada mengusahakan perladangan kepada
perkilangan.

5. Pada abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kepada perkembangan industri
baru seperti industri kereta api, pemprosesan makanan, besi keluli, dan perlombongan
selari dengan industri lama seperti industri tekstil dan pembungkusan daging.

6. Menjelang pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di
Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku
pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian.

Isi- isi utama

1. Kemunculan Industri Kereta Api
• Menjelang tahun 1850-an, muncul peniaga-peniaga besar yang melabur
modal dalam industri kereta api.
• Perkembangan industri kereta api menyebabkan muncul syarikat-syarikat
kereta api di Amerika Syarikat.
• Syarikat-syarikat ini melahirkan golongan kapitalis yang terkenal seperti
Danial Drew, Jay Gould dan lain-lain.
• Pada tahun 1860-an, panjang landasan kereta api telah meningkat dari 31
ribu batu kepada 53 ribu batu dan menjelang tahun 1880-an perluasan
landasan
• kereta api berada pada kemuncaknya apabila jumlah perbatuan meningkat
sehingga 165 ribu batu.

55

• Kerajaan Persekutuan memberikan 131 000 ekar tanah awam kepada sektor
swasta bagi membangunkan industri kereta api.

• Selain itu, berlaku pencantuman landasan kereta api yang pendek dengan
rangkaian yang panjang.

• Landasan kereta api merentas benua yang pertama di barat siap dibina pada
tahun1869.

• Landasan kereta api Union Pasifik yang dibina di sebelah barat sungai
Missouri bercantum dengan landasan kereta api Central Pasifik yang dibina
di sebelah timur Sacramento, California telah bertemu di Promontory Point
Utah

• Sistem kereta api berjaya merangsang pertumbuhan industri asas seperti
besi keluli, pembinaan, dan pembuatan mesin.

• Oleh itu, kesan pembinaan jaringan landasan kereta api telah menjadi satu
cara pengiklanan untuk menggalakkan kedatangan imigran dari dalam dan
luar ke tempat baharu itu.

2. Perkembangan Industri Minyak
• Industri minyak di Amerika Syarikat bermula dengan pengenalan minyak
tanah semasa tercetus Perang Saudara (1861-1865).
• Minyak tanah digunakan untuk tujuan pemantauan dan sumber cahaya
kepada penduduk Amerika Syarikat.
• Telaga minyak yang pertama di Amerika Syarikat digerudi di Pennsylvania
pda thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad ke-19, industri minyak
tertumpu di Cleveland, pittburg, Philadelphia.
• Individu penting yang terlibat dalam industri ini ialah John D. Rockfeller pada
thun 1863. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat minyak yang dikenali
sebagai Standard Oil of New Jersey bersama rakan-rakannya.
• Syarikat minyak yang lain ialah Standard Oil Company of Ohio yang
ditubuhkan pada tahun 1870.
• Syarikat ini merupakan pengeluar minyak terbesar di Cleveland, Ohio.
• Syarikat minyak Ohio mengeluarkan 90 peratus daripada bekalan minyak di
Amerika Syarikat dan menjadi pengeluar utama minyak pada tahun 1880.
• John D. Rockefeller teleh menggunaken pelbagai kaedah untuk memonopoli
industri minyak. Antaranya, membeli syarikat pesaing secara terbuka atau
secara senyap, memulau, dan memufliskan syarikat lain melalui perang
harga.

56

• Kejayaan memonopoli perniagaan ini teleh berkembang kepada bidang lain
dengan kewujudan syarikat-syarikat lain.

• Misalnya, persyarikatan gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini
memperlihatkan perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika.

• Oleh itu kejayaan syarikat-syarikat tersebut memonopoli perniagaan
petroleum telah mendorong kewujudan syarikat lain untuk turut menguasai
industri tersebut.

3. Kemajuan Industri Besi Dan Keluli
• Antara tokoh utama yang terlibat dalam industri besi dan keluli ialah Andrew
Carnegie.
• Pada tahun 1894, firma beliau mengeluarkan 25 peratus daripada
pengeluaran besi dan keluli negara.
• Pada tahun 1901, J. Pierpont Morgan telah membeli firma Andrew Carnegie
dan menyatukannya atas nama US Steel Corporaton.
• US Steel Corporation menjadi syarikat pengeluar besi dan keluli terbesar di
Amerika Syarikat.
• Syarikat ini telah berjaya mengatasi pesaingnya dan menguasai industri keluli
di Amerika.
• Tuntasnya, syarikat-syarikat yang mempunyai jumlah modal dan pelaburan
yang besar mampu memenuhi permintaan dan pasaran yang lebih luas.

4. Kemunculan Perniagaan Besar
• Perkembangan Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat menyebabkan
syarikat-syarikat disatukan bagi membentuk Kartel.
• Perkembangan ini meyebabkan berlaku gelombang penyatuan besar di
Amerika Syarikat pada tahun 1895-1905.
• Antara tahun 1895-1902 lebih daripada 26 000 syarikat telah lenyap ditelan
arus penyatuan.
• Perniagaan berskala besar yang muncul di Amerika Syarikat ialah United
States Rubber, Goodyear, American Smelting and Refining, General Electrc
dan Eastman Kodak.
• Ciri-ciri perniagaan besar adalah seperti mempunyai modal yang besar,
pelantikan pengarah syarikat untuk mengawal operasi syarikat, perubahan
dalam struktur organisasi iaitu perniagaan dijalankan oleh organisasi dan

57

bukan individu atau keluarga dan tidak wujud persaingan kerana syarikat-
syarikat kecil tidak dapat menyaingi kaedah berniaga syarikat-syarikat besar.
• Kesan dari perubahan dasar ini membolehkan barangan Amerika Syarikat
dipasarkan secara lebih meluas dan pelabur tempatan dapat melabur di
dalam dan luar negara.

Kesimpulan

1. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat
perang Amerika dengan England dan Perang Saudara.

2. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor
perindustrian dan perniagaan besar.

3. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776.

SOALAN 5: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG AKTIVITI
PERDAGANGAN DI BELANDA PADA ABAD KE-16 HINGGA 18.

Pendahuluan
1. Menjelang abad ke-16 hingga 18 M, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat

di Belanda.
2. Terdapat tiga jenis aktiviti perdagangan dijalankan di Belanda, iaitu:

➢ Perdagangan dalam negara
➢ Perdagangan luar negara
➢ Perdagangan maritim
3. Perdagangan dalam negara melibatkan perdagangan antara wilayah, provinsi dan
Bandar-bandar.
4. Selain perdagangan dalam negara, perdagangan dengan Negara-negara Eropah turut
berkembang.
5. Belanda telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan England, Jerman, Perancis,
Sepanyol dan Itali.
6. Di samping itu, Belanda turut terlibat dalam perdagangan maritim dengan negara-negara
di rantau timur.
7. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda
pada abad ke-16 hingga 18 Masihi.

58

Isi- isi utama

1. Kekurangan Sumber Alam.
• Antara faktor yang mendorong perkembangan perdagangan adalah
kekurangan sumber alam.
• Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan
barang keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu.
• Jadi, Belanda terpaksa mengimport barang keperluan penduduknya dari
negara lain.
• Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam aktiviti
perdagangan di Belanda.
• Kekurangan sumber alam juga menyebabkan kemunculan industri-industri
pembuatan.
• Industri- industri ini menghasilkan produk daripada barang yang diimport
seperti tekstil dan kertas dan kemudiannya dieksport.
• Contoh: Bahan mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England.
Kain biasanya diproses dan dicelup dengan pewarna sebelum dieksport
semula ke negara lain.
• Kekurangan sumber alam ini secara tidak langsung menyebabkan Belanda
terlibat dalam aktiviti perdagangan import bagi memenuhi keperluan Negara.
Kemunculan industri pembuatan pula merancakkan lagi aktiviti perdagangan
di Belanda pada abad ke 16 sehingga 18 M.

2. Kedudukan Yang Strategik
• Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda di
pertengahan laluan perdagangan.
• Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan
yang menghubungkan bahagain Timur Laut dan Barat Daya Eropah.
• Menjadi pusat pengedaran barang dagangan di Eropah.
• Belanda juga memiliki industri pembinaan kapal. Kapal-kapal ini membawa
barang keperluan Negara-negara Eropah.
• Contohnya: gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia.
• Ia juga mengangkut hamper keseluruhan pengeluaran logam besi dari
Sweeden.

59

• Kedudukan yang strategik ini telah membolehkan Belanda memainkan
peranan penting sebagai pusat pengedaran barang dagangan di Eropah. Hal
ini menyebabkan berlakunya kepesatan perdagangan di Belanda.

3. Kemudahan Kewangan / Sistem Perbankan
• Kemunculan instituisi perbankan merangsang pertumbuhan sektor
perdagangan di Belanda.
• Instituisi perbankan telah ditubuhkan di negara Belanda pada awal abad ke 17
Masihi. Instituisi ini menyediakan kemudahan pinjaman dan menyediakan
modal bagi peniagaan.
• Instutuisi ini juga memainkan peranan dalam menyelaraskan pinjaman dan
memperkenalkan pembayaran melalui cek.
• Contohnya, pada tahun 1609, sebuah instituisi pertukaran wang yang dikenali
sebagai Wisselbank telah ditubuhkan di Amsterdam.
• Tuntasnya, bantuan modal yang disediakan oleh bank-bank ini membantu
perkembangan perdagangan di Belanda.

4. Insuran Maritim
• Pengenalan insurans maritim mendorong perkembangan perdagangan di
Negara Belanda. Insurans ini diperkenalkan bagi pedagang-pedagang yang
terlibat dalam perdagangan menggunakan laluan laut.
• Insurans ini diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai langkah
manggunakan risiko yang dihadapi oleh pedagang semasa barang-barang
diangkut menggunakan jalan laut.
• Premium bagi insurans berbeza dari semasa ke semasa berdasarkan harga
belian barang yang diangkut.
• Kadar premium insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara
5% hingga 11% daripada harga barangan.
• Pengenalan insurans maritim memberi dorongan kepada pedagang untuk
berani menggunakan jalan laut bagi kegiatan import dan eksport yang telah
membawa kepada perkembagan perdagangan di Belanda.

5. Kemunculan Syarikat Dagangan
• Penggunaan mata wang juga memainkan peranan dalam peningkatan
perdagangan. Contohnya, pada tahun 1594 pedagang-pedagang dari
Amsterdam telah menubuhkan Society of Distant Land. Persatuan ini

60

menyediakan dana bagi membantu pedagang-pedagang dan membiayai kos
pembinaan kapal-kapal dagang. Hal ini turut mempengaruhi kemunculan lebih
banyak syarikat yang ditubuhkan bagi membiayai kegiatan penjelahjahan dan
penerokaan.
• Pada 20 Mac 1602- Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan. Syarikat ini
diberi hak monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan penjajahan di
Asia. Syarikat ini muncul sebagai syarikat perdagangan yang terbesar di
dunia. Komoditi utama syarikat ini ialah teh, kopi dan rempah ratus.
• Pedagang Belanda membuat perjanjian dengan pemerinah tempatan untuk
mendapatkan konsesi perdagangan. Syarikat ini berjaya mengawal monopoli
perdagangan rempah di Timur.
• Justeru, kemunculan syarikat-syarikat dagang turut memainkan peranan
dalam peningkatan perdagangan di Belanda.

Kesimpulan

1. Terdapat beberapa faktor yang merangsang pertumbuhan pesat kegiatan perdagangan
di belanda pada abad ke-16 hinggan 18 M.

2. Selain kekurangan sumber alam, perkembangan perdagangan juga disebabkan oleh
kedudukan strategik, kemudahan perbankan, pengenalan insurans Maritim dan
kemunculan syarikat dagang.

3. Perkembangan pesat kegiatan perdagangan meyebabkan Belanda muncul sebagai
pusat perdagangan penting di Eropah pada abad ke-16 hingga 18 M.

SOALAN 6: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AKTIVITI
PERDAGANGAN PORTUGAL PADA ABAD KE 16 HINGGA ABAD KE-18 M.

Pendahuluan

1. Sejarah Portugal sebagai sebuah negara Eropah telah bermula sejak awal zaman
pertengahan.

2. Pada abad ke-15 dan 16, Portugal telah mencapai status kuasa maritim dunia semasa
Zaman Penerokaan di Eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar di
Amerika Selatan, Afrika, Asia, dan Australia.

61

3. Terdapat beberapa faktor yang membantu perkembangan perdagangan maritim
Portugal pada abad ke-16 hingga 18M.

Isi- isi utama

1. Galakan Putera Henry
• Hal ini kerana Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakan
misi perdagangan hamba yang mendatangkan keuntungan.
• Hasilnya, menjelang tahun1460, Portugis berjaya menguasai rangkaian
pelabuhan dari Madeira dan Cape Verda di pantai barat Afrika.Putera Henry juga
telah mendorong perkembangan pelayaran dengan membuka kawasan baru dan
membina empayar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
• Tegasnya, tindakan Putera Henry telah membawa kepada perkembangan
perdagangan Portugal.

2. Politik yang Stabil
• Situasi politik dan kuasa raja Portugal turut membantu kepada perkembangan
perdagangan maritime Portugal.
• Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti
Avis (1383-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang
memberikan dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi bidang perdagangan
dan perkapalan.
• Tegasnya, situasi politik yang stabil dengan adanya pemimpin yang unggul
telah memberi kesan kepada perkembangan perdagangan Portugal.

3. Perang Salib
• Perang Salib antara Islam dan Kristian menjadikan Portugal berusaha untuk
mendapatkan bahan mentahnya sendiri. Selepas Perang Salib, Paus merestui
usaha membanteras kekuasaan semenanjung Iberia yang sekaligus melahirkan
masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka.
• Penaklukan wilayah Islam telah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai
kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka untuk menjelajah negara luar
sekaligus membawa kesan kepada Portugal muncul sebagai kuasa besar dalam
perdagangan.

4. Kemajuan dalam Penemuan Baharu

62

• Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal, dan
sebagainya.

• Contohnya, dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran
dalam membina kapal jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu
mengharungi lautan luas.

• Tegasnya, penciptaan baru juga telah memberi kesan kepada perkembangan
perdagangan Portugal.

5. Kemunculan Tokoh Pelayar Portugal
• Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz juga telah
menggalakkan kegiatan perdagangan Portugal.
• Contohnya, Diego Cam telah berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai
barat Afrika antara tahun 1482-1484.
• Bartholomew pula telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan
mengelilingi Tanjung Pengharapan.
• Manakala Vasco da Gama berjaya belayar mengelilingi Tanjung Pengharapan,
dan belayar sepanjang pantai timur Afrika hingga ke Malindi.
• Tegasnya, kelahiran tokoh pelayar telah menyebabkan banyak kapal Portugis
belayar ke Timur untuk memperoleh lada hitam, batu permata, dan rempah-ratus
yang membawa kepada kepesatan perdagangan Portugal.

Kesimpulan

1. Kesimpulannya, aktiviti penjelajahan dan pelayaran serta keupayaan untuk menguasai laluan
laut telah memberi impak yang besar kepada Portugal untuk berkembang sebagai kuasa
perdagangan terunggul di Eropah pada abad ke-16 hingga 18M.

SOALAN 7: SEJAUH MANAKAH PENYATUAN JERMAN MENJADI FAKTOR KEPADA
PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN PADA ABAD KE-19 DAN ABAD KE-
20.

Pendahuluan
1. Jerman merupakan negara yang mempelopori Revolusi Perindustrian tahap kedua di

Eropah dan perkembangan sektor ini dapat dikesan di Jerman pada akhir abad ke-19.
2. Kemajuan dalam bidang perindustrian di Jerman telah didorong oleh kemunculan

Revolusi Perindustrian.

63

3. Revolusi perindustrian yang berlaku di Jerman bercirikan kemajuan dalam teknologi,
kemajuan dalam bidang kewangan dan juga pembangunan kejuruteraan manusia.

4. Keadaan ini memungkinkan kemunculan industri baharu seperti industri elektrik, kimia,
petroleum dan logam ringan.

5. Penyatuan Jerman pada tahun 1871 oleh Bismark telah membawa kepada kepesatan
perkembangan perindustrian di Jerman.

Isi- isi utama

1. Penyatuan Jerman 1871
• Penyatuan Jerman pada tahun 1871 merupakan faktor utama yang
membolehkan Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang unggul di
Eropah
• Melalui penyatuan ini, telah wujud keseragaman dari segi penggunaan mata
wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan juga sistem perundangan.
• Keadaan ini juga membolehkan perkhidmatan pengangkutan dan juga
telekomunikasi seperti jalan kereta api, jalan raya, telegraf dan pos yang
diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dapat dimajukan.
• Perpaduan dalam politik yang muncul selepas penyatuan Jerman turut
merangsang perkembangan sektor perindustrian di Jerman.
• Perkembangan ini telah mewujudkan suasana yang sangat kondusif untuk
merangsang perkembangan sektor perindustrian di Jerman.
• Jelaslah bahawa penyatuan Jerman pada tahun 1871 merupakan faktor yang
mendorong perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Namun begitu,
terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman.

2. Penubuhan Kesatuan Kredit
• Penubuhan Kesatuan Kredit turut merangsang perkembangan sektor
perindustrian di Jerman.
• Kesatuan ini berperanan sebagai badan yang memberikan bantuan kewangan
kepada mereka yang terlibat dalam bidang perindustrian.
• Persatuan Kredit Schulze Delitzsch ialah antara kesatuan kredit yang
menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha industri di Jerman.
• Sehingga tahun 1911, terdapat 25000 kesatuan kredit di seluruh Jerman.

64

3. Penghapusan Sistem Guild
• Penghapusan sistem guild turut menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman.
• Hal ini demikian kerana sistem guild menjadi halangan kepada perkembangan
perindustrian di Jerman sebelum tahun 1871.
• Mengikut sistem ini seseorang perlu mendapatkan pengalaman selama
beberapa tahun dalam guild sebelum terlibat dalam kegiatan perindustrian.
• Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib yang perlu dipatuhi dan hal
ini menjadi penghalang dan menyekat kebebasan penduduk untuk terlibat
dalam kegiatan perindustrian.
• Jelaslah dengan penghapusan sistem guild di Jerman penduduk lebih bebas
dan berpeluang untuk terlibat dalan perindustrian dan ini turut membantu
dalam meningkatkan sektor perindustrian di Jerman.

4. Kekayaan bahan mentah
• Jerman merupakan negara yang kaya dengan hasil bumi seperti arang batu
dan bijih besi.
• Bekalan arang batu dan bijih besi yang banyak telah merangsang dan
menggerakkan perkembangan perindustrian di Jerman.
• Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi di Jerman ialah di lembah
Ruhr, Lorainne dan Silesia.
• Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan
pengeluaran ini terus meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913.
• Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bijih besi ke Eropah sebanyak
1.92 juta tan dan pengeluaran bijih besi terus meningkat sehingga mencecah
14.7 juta tan pada tahun 1910.
• Pada tahun 1913 kerajaan Jerman memperoleh pendapatan sebanyak 100
juta Pound Sterling hasil daripada eksport besi dan keluli.

5. Campur tangan kerajaan dalam industri
• Mulai tahun 1879 kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian.
• Dasar yang dilaksanakan ini telah membantu meningkatkan pengeluaran
dalam sektor perindustrian di Jerman.
• Selain itu, kadar pengangkutan kereta api yang murah yang diperkenalkan
oleh kerajaan turut merangsang perkembangan perindustrian di Jerman.

65

• Memang tidak dapat dinafikan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan telah
menyebabkan berlaku perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian
di Jerman antara tahun 1872 hingga tahun 1910.

6. Pertambahan penduduk
• Pertambahan penduduk juga merupakan faktor yang mendorong
perkembangan perindustrian di Jerman.
• Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat penduduk Jerman tinggal di
kawasan luar bandar. Selepas penyatuan Jerman, penduduk mula berpindah
ke kawasan bandar dan terlibat dalam kegiatan perindustrian.
• Selain itu, proses perbandaran turut berkembang dengan pesat dan muncul
bandar-bandar perusahaan baharu seperti di kawasan Ruhr, Berlin, Silesia
dan juga Saxony untuk menampung jumlah penduduk yang berhijrah ke
kawasan bandar.
• Jelaslah bahawa pertambahan penduduk di kawasan bandar turut membantu
dalam perkembangan perindustrian di Jerman.

7. Perkembangan industri perkapalan
• Perkembangan sektor perindustrian turut dibantu oleh pembangunan dalam
industri perkapalan.
• Industri perkapalan di Jerman berpusat di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig
dan Elby.
• Selepas tahun 1880 berlaku peningkatan dalam pembinaan kapal berkuasa
wap dan pembinaan kapal-kapal ini telah berjaya meningkatkan
perkembangan perindustrian di Jerman.
• Hal ini demikian kerana barang-barang yang dikeluarkan oleh sektor
perindustrian dapat dihantar dengan cepat dan jumlah muatan yang dapat
diangkut turut meningkat.

8. Penubuhan kartel
• Penubuhan kartel turut memainkan peranan dalam perkembangan sektor
perindustrian di Jerman.
• Kartel ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan industri di Jerman iaitu
berperanan penting dalam mengawal kewangan dan pasaran barangan.
• Selain itu, anggota kartel juga mempunyai kesepakatan dalam menentukan
harga barangan yang berada di pasaran.

66

• Antara peranan dan matlamat utama kartel ialah mengawal bekalan barangan
dan mengawal harga barangan bagi menjamin keuntungan dalam industri.

• Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan kartel telah berjaya
memastikan perindustrian di Jerman terus berkembang dan penawaran
barangan di pasaran tidak melebihi permintaan untuk mempastikan industri
terus mendapat keuntungan.

9. Kemunculan bank
• Kemunculan industri perbankan turut berperanan dalam perkembangan
perindustrian di Jerman.
• Bank-bank yang ditubuhkan oleh kerajaan membantu merangsang
perkembangan industri dengan memberikan bantuan modal kepada
pengusaha industri dan menyediakan pinjaman dalam bentuk jangka panjang.
• Selain itu, bank juga menggalakkan penggabungan perniagaan dan juga
membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.
• Jelaslah bahawa kemunculan bank telah membuka peluang yang lebih besar
kepada penduduk Jerman untuk terlibat dalam bidang perindustrian melalui
pelbagai bantuan yang disediakan.

Kesimpulan

1. Kemunculan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah telah
berjaya meningkatkan kemajuan negara dalam pelbagai bidang dan berjaya mengubah
taraf hidup masyarakat.

2. Pihak kerajaan memainkan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
perindustrian di Jerman dengan memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada
pengusaha industri dan juga menjaga kebajikan tenaga pekerja yang terlibat dalam
sektor perindustrian.

67

SOALAN 8: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN
ZAMAN PENCERAHAN DI EROPAH PADA ABAD KE 18 MASIHI.

Pendahuluan
1. Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Zaman Enlightenment atau

Zaman Pencerahan.
2. Zaman ini menyaksikan kemunculan revolusi intelektual yang melahirkan pemikiran

moden dan liberal.
3. Masyarakat pada zaman ini memiliki ciri-ciri seperti berfikiran terbuka, mengutamakan

sains dan pemikiran rasional.
4. Kemunculan gerakan intelektual melahirkan pemikir-pemikir politik, ekonomi dan sosial

seperti John Locke, Voltaire, Montesquieu, Rousseau dan Adam Smith.
5. Kelahirkan tokoh-tokoh pemikir menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam

pelbagai cabang ilmu pengetahuan.
6. Terdapat beberapa faktor yang meletakkan asas bagi kelahiran zaman pencerahan di

Eropah pada abad ke-18.

Isi- isi utama

1. Pengaruh Renaisans
• Gerakan Renaisans melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal
dalam kalangan masyarakat.
• Secara tidak langsung, perkembangan ini mendorong manusia menolak
sistem yang sedia ada. Malah ia turut mendorong masyarakat untuk
mengkritik sistem lama yang tidak sesuai dengan peredaran zaman.
• Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang ilmu pengetahuan iaitu
sains, seni lukis, seni bina dan lain-lain.
• Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang bersedia untuk
menghadapi perubahan yang lebih besar.

2. Pengaruh Reformasi
• Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam kelahiran zaman
pencerahan di Eropah.
• Gerakan ini melahirkan aliran pemikiran baru seperti Protestan, Anglican dan
Presbyterianism.

68

• Gerakan ini menyebabkan muncul institusi yang mempunyai kuasa autonomi
dan bebas daripada kongkongan gereja.

• Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus
meletakkan asas bagi kelahiran revolusi intelektual Eropah.

3. Pengaruh Ahli Falsafah
• Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan zaman
pencerahan di Eropah.
• Golongan ini terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin
tahu yang kuat.
• Mereka memberi penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan
saintifik
• Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang
ilmu pengetahuan.
• Antara ahli falsafah yang mempengaruhi perkembangan zaman pencerahan
adalah Voltaire, Rousseau dan Montesquieu.
• Oleh itu, peranan ahli falsafah dalam menjana pemikiran rasionalistik dan
saintifik telah memberi penagaruh besar terhadap perkembangan zaman
pencerahan di Eropah.

4. Revolusi Sains
• Revolusi Sains pada abad ke-17 juga memainkan peranan dalam kalangan
kebangkitan zaman pencerahan.
• Revolusi Sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang
membawa kepada kemunculan idea-idea baru dan penyelidikan bercorak
saintifik.
• Kesannya, lahir tokoh-tokoh sains terkenal seperti Francis Bacon, Spinoza,
John Locke dan Isaac Newton.
• Perkembangan ini merancakkan perkembangan ilmu dan menjadi asas
kelahiran zaman pencerahan.

5. Peranan Kelas Pertengahan
• Golongan terpelajar daripada kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat
lama yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
• Golongan ini terdiri daripada golongan berpendidikan, professional, dan
borjuis yang peka terhadap perkembangan luar.

69

• Merekan terdedah kepada perkembangan semasa menerusi surat khabar dan
majalah yang diterbitkan.

• Perkembangan ini menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi untuk kamus,
ensiklopedia dan karya-karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

• Kemunculan golongan pertengahan meletakkan asas bagi kelahiran Zaman
Pencerahan di Eropah.

Kesimpulan
1. Dengan latar belakang seperti ini, Eropah menjadi tempat yang subur untuk idea-idea

baru pada abad ke-17 dan 18 M.
2. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kelahiran Zaman Pencerahan di Eropah pada

abad ke-18.

SOALAN 9: HURAIKAN KESAN ZAMAN PENCERAHAN DALAM BIDANG POLITIK,
EKONOMI DAN SOSIAL DI EROPAH PADA ABAD KE-18M.

Pendahuluan

1. Zaman Pencerahan bermula antara 1650-1800 Masihi dan ia adalah era di mana
semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan sebab
musabab, dan kaedah-kaedah saintifik.

2. Zaman ini berusaha untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur,
menekankan kebahagiaan individu dan berasaskan undang-undang serta
perlembagaan.

3. Pada zaman ini lahir pemikir terkenal seperti Voltaire, John Locke, Montesquieu, Adam
Smith, Rousseau dan ramai lagi.

4. Idea-idea pemikiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut pada Zaman Pencerahan
telah meninggalkan kesan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Eropah.

Isi- isi utama

1. Politik

70

a. Antara kesan zaman Pencerahan dalam bidang politik ialah munculnya raja-raja yang
dikenali sebagai Enlightened despot seperti Peter the Great di Rusia dan Frederick the
Great di Prussia.
• Raja-raja tersebut percaya bahawa perangai manusia juga mengikut undang-undang
dan menjadi kewajipan pemerintah untuk mempraktikkannya dengan tegas.
• Oleh itu raja-raja ini memerintah dengan penuh kesedaran dan menggunakan kuasa
politik untuk membaiki taraf hidup manusia.

b. Pemusatan kuasa juga telah berlaku kerana raja-raja telah melaksanakan pemusatan

kuasa dengan menghapuskan keistimewaan yang dinikmati oleh provinsi.

• Dalam teori politik, mereka percaya bahawa kuasa ialah satu kepercayaan dari

masyarakat.

• Pemerintah melihat negara sebagai satu entiti suci dan dan raja memajukan negara

tanpa batas. Maka berlakulah pengukuhan kuasa raja. Kesan yang lain ialah

berlakunya pembaharuan dalam pentadbiran.

• Raja-raja berusaha untuk menggantikan pegawai-pegawai tradisi di peringkat pusat,

provinsi dan tempatan dengan birokrat yang terlatih.

• Mereka dilantik dan dinaikkan pangkat mengikut teori-teori politik dan ekonomi yang

disarankan oleh pemikir Zaman Pencerahan.

• Contohnya Raja Frederick the Great mewujudkan perkhidmatan awam yang cekap

dan menyeragamkan undang-undang.

• Raja Joseph II membebaskan golongan serf yang terikat di bawah sistem

feudalisme.

d. Seterusnya berlaku perubahan dalam bidang kehakiman.
• Kod undang-undang yang seragam diperkenalkan di seluruh provinsi berasaskan
prinsip yang rasional dan berperikemanusian.
• Pemerintah menolak hukuman berat dan penyeksaan terhadap pesalah.
• Mahkamah dikendalikan oleh juri-juri terlatih. Semua warganegara diadili dengan adil
tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

2. Ekonomi
• Kegiatan pertanian telah dimajukan apabila kerajaan mengambil langkah
meluaskan kawasan pertanian, memajukan tanaman baharu dan mengajar kaedah
pertanian baharu.

71

• Sistem serfdom telah dihapuskan oleh kerajaan kerana dianggap tidak
berperikemanusiaan dan tidak ekonomik.

• Petani dibenarkan meninggalkan manor dan berhijrah ke bandar untuk terlibat dalam
bidang perindustrian.

• Raja telah menghapuskan imuniti golongan bangsawan di dalam pembayaran cukai.
Cukai ditaksir dan dibayar mengikut kemampuan pembayar.

• Raja-raja telah membangunkan perindustrian dengan menghapuskan sekatan
terhadap perkembangan ekonomi seperti persatuan monopoli, keistimewaan
provinsi, imuniti bandar dan ekonomi merkantilisme.

• Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sungai, terusan, pelabuhan dan kapal-
kapal dagang telah dibina.

• Perdagangan bebas semakin berkembang apabila pemerintah mengambil
tindakan mengurangkan sekatan kastam dalam negeri bagi merangsang
pertumbuhan perdagangan.

• Hubungan perdagangan dengan negara-negara lain meningkatkan apabila
perjanjian-perjanjian perdagangan ditanda tangani.

3. Sosial
• Dalam bidang sosial pula, kesan yang seterusnya ialah perkembangan idea
progresif
• Idea progresif merujuk kepada kepercayaan bahawa keadaan hidup mereka akan
menjadi lebih baik berbanding dari zaman nenek moyang mereka.
• Falsafah idea ini amat berpengaruh pada Zaman Pencerahan dan menyumbang
kepada kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Kesan lain ialah kuasa institusi gereja telah dikurangkan.
• Raja-raja telah mengurangkan kuasa Pope dalam hal pelantikan pegawai-
pegawaigereja. Agen-agen dari Rom hilang kuasa untuk melawat monastri.
• Golongan paderi dijadikan sebagai agen dalam bidang pendidikan, kesihatan dan
kebajikan.
• Institusi monastri telah dimansuhkan dan harta milik institusi ini telah dirampas.
Kesan seterusnya ialah sistem pendidikan telah dimodenkan.
• Pendidikan di peringkat universiti, sekolah rendah dan menengah telah diperluas dan
diperbaiki.
• Mata pelajaran praktikal dan kaedah moden disatukan untuk melatih pegawai-
pegawai awam juru teknik dan buruh biasa.

72

Kesimpulan

1. Jelaslah Zaman Pencerahan meninggalkan kesan yang besar dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial.

2. Berlakunya perkembangan intelektual yang pesat di Eropah Barat.
3. Perubahan–perubahan yang dilakukan meletakkan asas bagi kemunculan Eropah yang

lebih progresif.

SOALAN 10: NILAIKAN SUMBANGAN ADAM SMITH KEPADA PERKEMBANGAN
EKONOMI DI EROPAH PADA ABAD KE-18 DAN KE-19 MASIHI

Pendahuluan
1. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam

terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi Moden.
2. Pada tahun 1751, Adam Smith dianugerahkan gelaran professor oleh Universiti
Glasgow. Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau
gelaran Doktor Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga 1789, beliau memegang
jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow.
3. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau
memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan
berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara

Isi- isi utama

1. Pelopor Kepada Ekonomi Moden
• Adam Smith merupakan pelopor kepada pemikiran ekonomi moden. Melalui
buku The Wealth of Nations, Adam Smith memperkenalkan teori bahawa
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan
dan arahan daripada kerajaan.
• Tambahan lagi, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas.
Beliau juga menyatakan bahawa pasaran di bawah satu syarat akan mengatur
sistemnya sendiri dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada
pasaran terkawal.

73

• Oleh itu, kerajaan dibenarkan memegang tanggungjawab yang tidak dapat
dilakukan oleh badan yang hanya bergantung kepada keuntungan sahaja

• Maka, pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh
masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.

2. Teori Percukaian
• Beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan
cara tidak mengugat kesejahteraan ekonomi setiap rakyat sesebuah negara.
Rakyat patut menyokong negara mengikut kebolehan sendiri.
• Malahan menurut Adam Smith, kekayaan negara dinilai dari segi simpanan
emas dan perak yang ada. Beliau menyatakan kerajaan yang mengimport
barangan dari luar negara akan dianggap merosakkan kerana kekayaan mesti
dilepaskan untuk membayar untuk barangan tersebut. Oleh itu, mengeksport
barangan dianggap baik kerana kekayaan akan kembali kepada negara.
• Oleh sebab itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan
perak serta mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi
kepada pengeksport dan melindungi pekerja domestik.
• Pekerja-pekerja mahir pula tidak dibenarkan bergerak bebas ke bandar-
bandar lain untuk memasarkan barangan.
• Sumbangan Adam Smith dalam hal ini, jelas menunjukkan teori percukaian
ekonomi memberi kesan kepada negara dan juga rakyat.

3. Memperkenalkan Teori Ekonomi Yang Sistematik
• Beliau menentang teori ekonomi lama yang mana negara perlu memiliki
jongkong emas yang banyak dan menolak pandangan bahawa tanah
merupakan sumber utama.
• Beliau turut menekankan kepada tenaga buruh bahawa peningkatan
pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja
• Beliau turut menentang campur tangan pemerintah yang menghalang
perkembangan dan perluasan industri.
• Adam Smith menyatakan proses pertumbuhan ekonomi bersifat kumulatif. Ini
bermakna apabila wujud kemakmuran kesan daripada kemajuan dalam
bidang pertanian, industri pengeluaran dan perniagaan akan menarik
pelaburan modal, kemajuan teknologi, meningkatkan jumlah penduduk,
perluasan pasaran pembahagian kerja dan peningkatan keuntungan secara
berterusan.

74

• Ini jelas menunjukkan sumbangan idea beliau dalam ekonomi sangat
berkesan

4. Teori Ekonomi Pasaran Bebas.
• Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik yang mana
pengeluar akan mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat
dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat
• Oleh itu, harga barangan akan meningkat sekiranya barang tersebut kurang
dalam pasaran dan akan menguntungkan pihak pengeluar. Peningkatan
kepada pengeluaran akan menghapuskan keadaan kekurangan barangan.
• Oleh itu harga barangan akan menjadi normal dengan sendirinya.

5. Proses Pengumpulan Modal
• Adam Smith menyatakan bahawa pengumpulan modal harus dilakukan terlebih
dahulu daripada pembahagian kerja yang mana modal merupakan syarat utama
terjadinya proses pembangunan ekonomi.
• Maka pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan.
Justeru tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat
kerugian. Ini kerana pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat
keuntungan. Bukan itu sahaja, modal juga boleh digunakan untuk perdagangan
kelak.
• Pertumbuhan simpanan dalam modal pula akan membawa kepada persaingan
antara pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah
peningkatan dalam kemakmuran

Kesimpulan
4. Kesimpulannya, cetusan idea Adam Smith telah banyak mempengaruhi pemikiran ahli-

ahli ekonomi di Eropah.
5. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden dan perdagangan

bebas.
6. Malahan, pandangan dan pemikiran Adam Smith telah mempercepatkan pertumbuhan

revolusi industri di Eropah.

75

SOALAN 11: BINCANGKAN IDEA-IDEA UTAMA CHARLES LOUIS MONTESQUIEU
DALAM KARYANYA ‘THE SPIRIT OF THE LAWS’.

Pendahuluan
1. Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Cheateu de la Brede, barat daya Perancis pada

18 Januari 1689.
2. Beliau mendapat lulusan undang- undang dari Universiti Bordeaux dan berjaya menjadi

peguam pada 1708.
3. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan

semasa zaman pencerahan (Enlightment).
4. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sebagai presiden parlimen Bordeaux

menggantikan bapa saudaranya
5. Idea beliau melalui karyanya yang terkenal The Spirit Of Laws yang diterbitkan pada

tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada
abad ke 19.

Isi- isi utama

1. Doktrin Pengasingan Kuasa
• Antara idea-idea Charles Louis Montesquieu dalam bidang politik berdasarkan
buku The Spirit of Law ialah doktrin pembahagian kuasa.
• Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan
gereja.
• Beliau menegaskan perlu ada pemisahan antara 3 badan bebas iaitu
perundangan, eksekutif dan kehakiman.
• Jika ketiga-tiga kuasa tersebut tidak dipisahkan, penyelewengan akan berlaku
dan kebebasan tidak wujud
• Beliau berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang (legistatif) dan
kuasa memerintah (eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan
tidak akan wujud kerana pihak pemerintah akan menggubal undang-undang
yang zalim supaya mereka terus berkuasa.
• Kebebasan juga tidak akan berlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan
untuk melaksanakan tugasnya.
• Menurutnya pengasingan kuasa ini perlu, supaya penyalahgunaan kuasa
dapat dielakkan.

76

• Melaui doktrin pembahagian kuasa beliau berpendapat undang-undang
kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal, berperikemanusiaan dan
menggelakkan penyelewengan kuasa.

• Oleh itu, penganiayaan agama dan perhambaan boleh dihapuskan dan
perdagangan boleh digalakkan.

2. Doktrin Pembahagian dan Imbangan Kuasa
• Seterusnya, beliau mengemukakan tentang doktrin pembahagian dan
imbangan kuasa.
• Doktrin ini dikemukakan oleh beliau ketika menentang pemerintahan mutlak
Perancis.
• Montesquieu percaya bahawa kuasa harus dibahagikan antara raja dan
badan-badan perantaraan seperti parlimen, estet-estet, provinsi, golongan
bangsawan, bandar dan gereja.
• Oleh itu, beliau menyatakan pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh
Perancis telah menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

3. Membentuk Kerajaan yang Berbeza- beza Mengikut Iklim
• Di samping itu, The Spirit of Laws mengetengahkan 2 idea utama iaitu
pertama membentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan
tertentu.
• Contohnya despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar
yang besar dalam iklim panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam
negara kota kecil.
• Oleh itu, sistem pemerintahan akan menjadi lebih berkesan.

Kesimpulan
1. Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan

kepada Perancis khususnya, dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi
Perancis dan mengubah secara drastik lanskap poilitik, ekonomi dan sosial di Eropah
apabila idea beliau tersebar ke negara-negara lain di benua Eropah.
2. Idea dan doktrin belia mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia
hari ini termasuklah dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun
1787.

77

SOALAN 12: HURAIKAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI JERMAN PADA
ABAD KE-18 HINGGA 19 MASIHI

Pendahuluan
1. Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah

selaras dengan perkembangan politik semasa ketika itu.
2. Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba

membangunkan negaranya melalui pendidikan.
3. Perkembangan sistem pendidikan di Jerman melibatkan pelbagai aspek bagi

mengutamakan kepentingan negara.

Isi- isi utama

1. Perkembangan Dari Aspek Dasar Pendidikan
• Menjelang abad ke-18, pendidikan terletak di bawah penguasaan gereja.
• Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih
pentadbiran sekolah.
• Pada tahun 1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk
semua kanak-kanak antara usia 5 hingga 14 tahun.
• Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan
pusat terhadap sekolah-sekolah menengah tinggi di Prusia.
• Abad ke-19, sistem pendidikan berada di bawah kawalan dan penguasaan
kerajaan sepenuhnya.
• Menteri Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan dan
dibantu lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan daerah.
• Perkembangan dasar pendidikan kerajaan Jerman ini telah membentuk
sistem pendidikan kebangsaan menjelang abad ke-18.

2. Perkembangan Dari Aspek Institusi Pendidikan
• Sekolah rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada semua
lapisan penduduk Jeman. Knak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan
mendaftardan mengikut pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun.
• Sekolah menengah

78

Dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium
keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan bertujuan menyediakan
pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman, matematik, Sains Tabii
dan Bahasa-bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran sebanyak
lima hingga 27 dollar.
• Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan. Penekanan kepada mata pelajaran teknikal
menyebabkan lebih banyak politeknik dan sekolah perdagangan ditubuhkan.
• Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti iaitu Teologi, Undang-
undang, Perubatan dan Falsafah. Pentadbiran universiti dikendalikan oleh
Rector. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di
Jerman dengan 200 professor dan 5000 pelajar.
• Perkembangan institusi pendidikan ini dapat memenuhi aspirasi negara
Jerman dalam memantapkan sistem pendidikan.

3. Perkembangan Dari Aspek Latihan Perguruan
• Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik
bagi membekalkan tenaga pengajar pelatih.
• Raja Frederick turut merekrut guru-guru yang berwibawa untuk berkhidmat di
sekolah.
• Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin.
• Pusat latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti Austria,
Sae-Weimer dan Saxony.
• Latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga pengajar
yang mahir.

4. Bantuan Kewangan kewangan untuk menyediakan
• Kerajaan memperuntukkan bantuan
kemudahan dan prasarana di sekolah.

79

• Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk prasarana
dan peralatan di sekolah.

• 50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan sekolah serta
membaiki bangunan usang. Baginda turut mengurniakan tanah yang luas
untuk pembinaan sekolah.

• Bantuan yang disalurkan dapat memajukan sistem pendidikan di Jerman.

5. Perkembangan Dari Aspek Kurikulum
• Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah, Geografi dan
Bahasa Jerman.
• Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
• Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang seperti
Psikologi, Sejarah, FalsafahUndang-undang, Anatomi, Kimia dan Fizik.
• Perkembangan bidang kurikulumdalam sistem pendidikan di Jerman
memenuhi dapat keperluan negara serta peningkatan ilmu pengetahuan.

Kesimpulan

1. Pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang kepada individu mendapatkan
pendidikan.

2. Bidang ini berkembang disebabkan bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung
bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard kualiti yang
tinggi.

3. Sistem pendidikan di Jerman juga menjadi wadah penting pembinaan negara bangsa
serta penyatuan Jerman.

80

SOALAN 13: HURAIKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI PERANCIS
PADA ABAD KE-18 HINGGA ABAD KE-19 MASIHI.

Pendahuluan
1. Perkembangan sistem pendidikan awam di Perancis mula dikesan sejak kebangkitan

Revolusi 1789.
2. Selepas Revolusi 1830, sistem pendidikan di Perancis diletakkan di bawah penguasaan

kerajaan dan bebas daripada kongkongan gereja. Keadaan ini membolehkan wujudnya
satu pendidikan kebangsaan di seluruh Perancis.
3. Semasa pemerintahan Napoleon, beliau telah berjaya menyatukan pendidikan di
Perancis di bawah satu badan induk yang dikenali sebagai Universiti Perancis.
4. Dalam Universiti Perancis terdapat tiga pecahan utama pendidikan iaitu pendidikan
rendah, pendidikan menengah dan juga pendidikan tinggi. Setiap jenis pendidikan ini
mempunyai institusi yang tersendiri.
5. Terdapat perkembangan dalam institusi pendidikan di Perancis pada abad ke-18 hingga
abad ke-19 Masihi.

Isi- isi utama

1. Institusi Pendidikan Rendah
• Institusi pendidikan rendah dikendalikan oleh sekolah-sekolah rendah sendiri
dan tidak mendapat sebarang dana atau bantuan daripada kerajaan.
• Kebanyakan sekolah rendah di Perancis dikendalikan oleh guru-guru dan
pihak gereja.
• Peraturan berkaitan penubuhan dan pengurusan sekolah rendah terkandung
dalam undang-undang 1795.
• Menurut undang-undang tersebut, setiap komuniti perlu menyediakan
kemudahan bangunan dan kemudahan fizikal untuk pendidikan rendah.
• Selain itu, pihak komuniti juga perlu menyediakan rumah guru.
• Guru-guru yang dilantik bertanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan.
• Gaji yang dibayar kepada guru diperoleh daripada kutipan yuran daripada
pelajar.
• Sekolah-sekolah rendah ini akan diselia oleh ketua-ketua jabatan.
• Pada tahun 1833, pendidikan sekolah rendah dimantapkan dengan
penggubalan Undang-undang 1833.

81

• Undang-undang ini memberikan penekanan tentang kepentingan sekolah
rendah dan beberapa peraturan telah ditetapkan.

• Antara peraturan tersebut ialah setiap komuniti diwajibkan untuk menguruskan
pentadbiran sekolah rendah.

• Sekolah rendah tinggi juga perlu didirikan di bandar-bandar. Selain itu,
pasukan pegawai pemeriksa sekolah-sekolah rendah juga wajib ditubuhkan

• Undang-undang ini juga mewajibkan guru-guru yang mengajar di sekolah
rendah memperoleh sijil latihan perguruan.

2. Institusi Pendidikan Menengah
• Institusi pendidikan menengah di Perancis terdiri daripada Lyceum dan Kolej
Awam
• Sekolah-sekolah menengah tersebut ditubuhkan berdasarkan Undang-undang
1802 bagi menggantikan sekolah tinggi pusat yang ditubuhkan pada tahun
1795.
• Semua sekolah menengah akan diselia oleh tiga orang pesuruhjaya sekolah
menengah.
• Pengarah Pendidikan bertanggungjawab dalam menentukan dasar sekolah
yang meliputi perkara seperti mata pelajaran yang diajar, peraturan
pentadbiran, penyediaan buku teks dan pelantikan profesor.
• Menjelang tahun 1804, terdapat 46 Lyceum, 378 sekolah menengah dan 361
sekolah menengah swasta.

i. Lyceum
• Segala kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan seperti bangunan sekolah.
• Majlis Perbandaran menyediakan peralatan untuk mengajar dan juga perabot.
• Dana untuk pengurusan sekolah diperoleh daripada kutipan yuran pelajar.
• Lyceum ditadbir oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh penyelia
pengajian dan mempunyai sekurang-kurangnya lapan orang profesor.
• Pengajian di Lyceum dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian
elementori, bahagiian nahu dan bahagian tertinggi.
• Mata pelajaran yang diajar di Lyceum ialah bahasa-bahasa kuno, retorik, logik,
etika, matematik, lukisan dan sains,
• Menjelang tahun 1866 terdapat 74 buah Lyceum di Perancis

ii. Kolej Awam

82

• Ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran.
• Pengurusan Kolej Awam perlu mendapat lesen daripada pihak kerajaan
• Mata pelajaran yang diajar di Kolej-kolej Awam ialah Bahasa Latin, Bahasa

Perancis, Sejarah, Geografi dan Matematik.

3. Sekolah Tinggi
• Sekolah-sekolah tinggi atau sekolah-sekolah khas ditubuhkan berasaskan
peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang 1802.
• Sebuah sekolah sastera dan perdagangan telah ditubuhkan menjelang tahun
1803 dan pada tahun 1804 sekolah teologi yang menekankan pengajian
agama Katolik telah didirikan.
• Selain itu, terdapat juga sekolah perubatan, sekolah undang-undang, sekolah
sejarah, sekolah falsafah, sekolah matematik dan lain-lain.

4. Universiti
• Undang-undang Imperial yang dikeluarkan oleh Napoleon pada tahun 1808
telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan sebuah
universiti dan universiti ini dinamakan Universiti Perancis.
• Berdasarkan Undang-undang 1808, pendidikan di Perancis terletak di bawah
pengawasan Universiti Perancis dan berperanan sebagai badan pentadbir dan
pemeriksa.
• Pentadbiran universiti ini diketuai oleh seorang ketua pentadbir dan beliau
dibantu oleh sebuah majlis yang terdiri daripada 26 orang anggota.
• Ketua pentadbir dan Majlis Universiti turut dibantu oleh rektor, 10 orang
anggota majlis dan inspektor. Pegawai-pegawai ini dilantik oleh ketua
pentadbir universiti dan mereka akan mentadbir daerah pentadbiran yang
dikenali sebagai Academies.
• Anggota Majlis Universiti Perancis dilantik oleh maharaja dan mempunyai
kuasa membuat keputusan berhubung hal-hal penting.
• Majlis juga berkuasa dalam menyelia dan mengawal sistem pendidikan di
seluruh Perancis.
• Majlis Universiti ini dibantu oleh inspektor bagi perubatan, undang-undang,
teologi, persuratan dan sains.
• Antara bidang tugas Majlis Universiti ialah melawat ke pusat-pusat pengajian,
memeriksa pengajaran dan pembelajaran di pusat-pusat pengajian,

83

memantau keadaan disiplin di pusat-pusat pengajian, mengadakan
peperiksaan untuk menguji kemahiran pelajar dan menjalankan kajian lengkap
tentang pusat-pusat pengajian.

5. Sekolah Perguruan
• Telah ditubuhkan oleh Napoleon pada tahun 1808 dan dikenali sebagai
Seperior Normal School untuk melatih pelajar-pelajar lepasan Lyceum dalam
bidang perguruan
• Pada tahun 1810, seramai 37 orang guru pelatih telah mendapat latihan di
sekolah ini dan tempoh pengajian ialah selama dua tahun.
• Tempoh pengajian di sekolah ini telah dinaikkan kepada tiga tahun pada tahun
1915. Pada tahun ketiga pengajian mereka akan mempelajari kaedah dan
menjalani latihan praktikal sebelum dilantik sebagai guru sekolah.

Kesimpulan
1. Kerajaan Perancis menitikberatkan pendidikan dalam kalangan penduduknya kerana

percaya bahawa pendidikan dapat menentukan kelangsungan pemerintahan negara.
2. Sehubungan itu, institusi pendidikan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke

peringkat yang paling tinggi telah diwujudkan di seluruh Perancis dan semua kanak-
kanak di Perancis yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun diwajibkan mendapat
pendidikan.

84

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

NO SOALAN M/S

1 SEJAUHMANAKAH CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT

TEMPATAN TELAH MENCETUSKAN PERISTIWA DAHAGI 1857. 85

2 BINCANGKAN KONFLIK-KONFLIK YANG BERLAKU ANTARA

KUASA BARAT DENGAN PEMERINTAH CHINA MENYEBABKAN 90

TERCETUSNYA PERANG CANDU PERTAMA (1839 - 1842)

3 BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN

GERAKAN MENGUATKAN DIRI (1861-1895) MENEMUI 94
KEGAGALAN

4 SEJAUH MANAKAH KRISIS BALKAN MENJADI FAKTOR UTAMA

YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA PERANG DUNIA 97

PERTAMA (1914-1918)

5 PERANG DUNIA PERTAMA TELAH MENINGGALKAN KESAN

DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL KEPADA 100
DUNIA. BINCANGKAN.

6 SEJAUMANAKAH KEBANGKITAN FAHAMAN KETENTERAAN

MENJADI PENYEBAB KEPADA PENGLIBATAN NEGARA JEPUN 105
DALAM PERANG DUNIA KEDUA.

7 HURAIKAN KESAN PERANG DINGIN KE ATAS NEGARA

AMERIKA SYARIKAT DAN RUSIA. 108

8 SEJAUH MANAKAH FAKTOR POLITIK MENJADI PEMANGKIN

KEPADA PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI 110
INDIA PADA ABAD KE-20?

9 HURAIKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED

KINGDOM DALAM PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK 113
UTARA (NATO)

85

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

SOALAN 1: SEJAUHMANAKAH CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT
TEMPATAN TELAH MENCETUSKAN PERISTIWA DAHAGI 1857.

Pendahuluan
1. Dahagi merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi menentang

pemerintah British di India. Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan
membebaskan negara daripada pemerintahan British.
2. Campurtangan British dalam adat tempatan/resam merupakan faktor yang
menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi pada tahun 1857.
3. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang mencetuskan Dahagi 1857.

Isi- isi utama

A) Faktor Campur Tangan Dalam Adat

1. Campur tangan dalam adat tempatan – Penghapusan Amalan Suttee.
• Amalan Suttee merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu
sejak turun temurun.
• Mengikut adat ini, balu yang kehilangan suami dikehendaki mengorbankan diri
dengan dibakar bersama-sama mayat suami semasa upacara pengebumian.
• Tindakan British melalui Lord William Bentick menentang adat resam yang telah
diamalkan sejak turun temurun telah menimbulkan kemarahan masyarakat
tempatan.
• Pada tahun 1828, William Bentick yang merupakan Gabenor Jeneral British di
India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.

2. Campur tangan dalam adat tempatan - Amalan Thugee
• Faktor seterusnya yang mencetuskan peristiwa Dahagi India ialah tindakan
British menghapuskan amalan Thugee
• Amalan Thugee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan
oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan
pengembara.
• Kumpualan ini menjalankan kegiatan mereka iaitu menyamar dan melakukan
pembunuhan atas nama Dewi Kali.

86

• Walaupun amalan ini menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan
penduduk tetapi amalan ini mendapat sokongan daripada golongan agama.

• Tindakan Lord William Bentick mengharamkan amalan ini telah menimbulkan
kemarahan golongan agama yang menyokong amalan ini.

3. Campur tangan dalam adat tempatan – Penghapusan Amalan Membunuh Bayi
Perempuan
• Amalan membunuh bayi perempuan diamalkan oleh masyarakat India sejak
turun-temurun.
• Masyarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban kepada
keluarga mereka apabila mereka membesar kelak.
• Hal ini adalah disebabkan oleh keluarga perempuan terpaksa membayar
dowry (mas kahwin) yang tinggi kepada bakal suami mereka.
• Lord Bentick turut menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan.
• Pihak British melihat adat ini sebagai tidak berperikemanusiaan lalu
menggubal undang-undang pada tahun 1928 bagi menghapuskan amalan ini.

4. Campur tangan adat tempatan – Pengenalan Akta Kahwin Semula
• Lord Dalhousie telah memperkenalkan dan meluluskan Akta Kahwin Semula
bagi balu-balu Hindu.
• Akta ini mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana
perkahwinan semula balu-balu tidak dibenarkan sama sekali dalam masyarakat
Hindu.
• Malah tindakan pemerintah British memperkenalkan akta ini telah menyebabkan
penduduk tempatan menganggap British telah menghina amalan tradisi mereka.

B) Faktor Lain

5. Pengenalan Sistem Pendidikan Barat
• Tindakan British memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan turut
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan
terhadap penjajah
• British telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah
dan kolej.
• Malah Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam bidang
pentadbiran serta kehakiman.

87

• Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan
yang berpendidikan Inggeris.

• Perubahan ini juga tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan
tinggi dalam kerajaan dan tentera tidak diberikan kepada penduduk tempatan

• Malah perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam bidang pendidikan
dianggap sebagai percubaan British untuk menyebarkan agama Kristian dalam
kalangan masyarakat India.

6. Pengenalan Teknologi Barat
• Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan
moden seperti pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf yang telah
mengancam amalan tradisi masyarakat India.
• Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang
diwarisi sejak turun-temurun oleh masyarakat India.
• Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3 manakala kelas-1
dan kelas-2 pula untuk pegawai-pegawai Inggeris.
• Perkembangan ini menjejaskan masyarakat India daripada kasta tinggi kerana
mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ke-3 bersama-sama dengan
penduduk kasta rendah.
• Pengenalan teknolog ibarat juga dianggap sebagai satu langkah oleh British
untuk mencemarkan adat tempatan/resam dan agama Hindu

7. Faktor Politik – Dasar Pengilhakan
• Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie merupakan faktor yang terpenting. Beliau
mengilhakan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang-orang India.
• Dasar pengilhakan berlandaskan kepada tiga kaedah iaitu hak menakluk kuasa
agung; undang-undang warisan; dan melanjutkan faedah-faedah pemerintahan
Inggeris ke atas wiiayah-wilayah yang salah tadbir oleh pemerintah India.
Beberapa wilayah telah diilhakan melalui doktrin ini. Antaranya ialah Punjab,
Karnatik, Oudh dan Tanjor serta Satera, Jhani, Baghat, Jaipur dan Sambalpur.
• Doktrin ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemerintah
India. Sesetengah putera raja dan pemerintah India seperti seperti Nawab dari
Karnatik, Raja Tanjor dan Nana Sahib mengambil bahagian dalam Dahagi ini
akibat dari syak wasangka yang ditimbulkan oleh doktrin tersebut.

88

• Pembatalan bayaran pencen Nana Sahib, seorang anak angkat Baji Rao telah
menyebabkan beliau menyertai Dahagi. Golongan pemerintah yang tidak berpuas
hati dengan Pemerintahan Inggeris telah menyokong Dahagi.

• Contohnya, Nana Sahib telah mengetuai dahagi di Kanpur dan dikatakan
bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai orang Inggeris di situ.

8. Akta pengambilan khidmat awam
• Semasa pentadbiran Lord Canning, Akta Pengambilan Khidmat Awam
memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat
dalam dan luar Negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka
tidak mendapat elaun tambahan.
• Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh
pentadbiran British dalam soal kenaikkan pangkat dan jawatan.
• Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.

9. Kes senapang Riffle Royal Enfield
• Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi
India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan
senapang Riffle Royal Enfield mengandungi lemak babi dan lemak lembu.
• Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan
senapang tersebut perlu menggigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak
babi dan lemak lembu.
• Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam
merasakan bahawa pentadbiran British segaja melakukan hal-hal yang demikian
untuk menghina kedua-dua agama.

Kesimpulan
• Selepas menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalan sistem

pentadbiran di India. British membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India
di bawah mahkota British.
• Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila
Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

89

SOALAN 2: BINCANGKAN KONFLIK-KONFLIK YANG BERLAKU ANTARA KUASA
BARAT DENGAN PEMERINTAH CHINA MENYEBABKAN TERCETUSNYA PERANG
CANDU PERTAMA (1839 - 1842).

Pendahuluan

4. Pada pertegahan abad ke-19, imperialisme Barat mula mengasak China yang
membuatkan era baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh
kuasa barat.

5. Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak apabila kerajaan
China mengenakan pelbagai sekatan terhadap mereka.

6. British dan kuasa-kuasa barat berusaha memujuk kerajaan China agar mengubah dasar
perdagangan mereka tetapi gagal menyebabkan British terpaksa menggunakan
kekerasaan dengan mengisytiharkan perang terhadap kerajaan China pada tahun 1839.

7. Tercetusnya peperangan ini disebabkan oleh pelbagai konflik di antara kedua belah
pihak.

Isi- isi utama

1. Konflik berkaitan dengan konsep perdagangan yang bertentangan
• Bagi kuasa-kuasa barat, perdagangan yang dijalankan adalah berdasarkan
ekonomi perdagangan bebas dan mementingkan keuntungan.
• China pula lebih bersifat ekonomi sara diri. Bagi kerajaan China, mereka
mampu menyara hidup rakyatnya tanpa perdagangan dengan pihak luar. Oleh
itu, China mengamalkan dasar tutup pintu dalam kegiatan perdagangan dengan
kuasa-kuasa barat.
• Tambahan pula, masyarakat Cina menganggap aktiviti perdagangan sebagai
kegiatan yang hina.
• Sebaliknya, negara-negara barat berminat untuk menjalinkan hubungan
perdagangan dengan China kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk
barangan China seperti teh dan sutera.
• Jelaslah, konflik berkaitan dengan konsep perdagangan yang bertentangan
merupakan salah satu punca Perang Candu Pertama tercetus.

2. Konflik berlaku akibat pelbagai sekatan terhadap pedagang asing

90

• Konflik berlaku apabila Pedagang asing hanya dibenarkan berurusan dengan
pihak Co-Hong sahaja dalam kegiatan perdagangan dan mereka tidak
dibenarkan sama sekali berhubung secara terus dengan masyarakat Cina tanpa
perantaraan Co-Hong.

• Pedagang-pedagang asing juga tidak dibenarkan membawa anggota keluarga
mereka dan pedagang tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan

• Konflik juga berlaku apabila kerajaan China semasa pemerintahan Maharaja
Chien Lung telah mengeluarkan perintah hanya Pelabuhan Canton sahaja
dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan.

• Pedagang juga tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun dan hanya dibenarkan
tinggal pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja.

• Pedagang dibenarkan bergerak dalam kumpulan tetapi tidak melebihi 10 orang
dan tidak boleh mempelajari bahasa China.

• Tuntasnya, pelbagai sekatan oleh pemerintah China terhadap pedagang asing
mendorong kuasa-kuasa barat melancarkan Perang Candu Pertama.

3. Konflik berlaku disebabkan konsep undang-undang yang berbeza
• Konsep undang-undang yang berbeza juga telah menimbulkan konflik antara
kedua-dua pihak
• Mengikut konsep undang-undang China, seseorang itu dianggap bersalah
sehingga ia dapat membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
• Manakala konsep undang-undang barat pula menekankan bahawa seseorang
itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
• Selain itu, undang-undang barat adalah berdasarkan konsep tanggungjawab
individu iaitu hukuman akan dijatuhkan kepda individu yang melakukan
kesalahan
• Sebaliknya, undang-undang China pula bersandarkan kepada prinsip
tanggungjawab berkumpulan yang bermaksud sekiranya individu yang
melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan maka kumpulannya akan
bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang daripada ahli kumpulan
mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan oleh ahli kumpulan itu.
• Pertentangan perundangan antara negara China dan barat dapat dilihat dalam
beberapa peristiwa yang tercetus contohnya peristiwa Lady Hughes pada 24
November 1784. Seorang kelasi kapal tersebut dituduh menyebabkan kematian

91

dua orang dan mencederakan seorang Cina telah dicekik sampai mati tanpa
perbicaraan setelah diserahkan oleh kerajaan British.
• Peristiwa Lin Wei His pada 12 Julai 1839 seorang penjual buah-buahan di
bandar Kowloon telah dipukul sehingga mati oleh kelasi kapal British yang
sedang mabuk. Pihak China telah meminta pesalah tersebut diserahkan kepada
mereka. Pihak British enggan, sebaliknya ketiga-tiga anak kapal tersebut telah
dibicarakan di Mahkamah tentera mengikut undang-undang British. Mereka
dijatuhkan hukuman denda f50 dan tiga bulan penjara. Peristiwa ini
meyebabkan hubungan antara pihak China dan British tegang.
• Perbezaan undang-undang ini juga menyebabkan konflik semakin hebat antara
kedua-dua pihak sehingga akhirnya tercetus peperangan.

4. Konflik berkaitan sistem hubungan antarabangsa
• Negara China menganggap negaranya sebagai Chung Kuo atau pusat tamadun
dunia yang termakmur dan maju. Oleh itu, orang Cina menggelar negara
mereka sebagai Middle Kingdom atau Kerajaan Tengah. Maharaja China pula
menganggap dirinya sebagai anak syurga dan mendapat mandat memerintah
dari syurga serta pemerintah universal.
• Sementara itu, negara-negara lain di dunia dianggap mempunyai kedudukan
yang lebih rendah daripada negara China. Negara asing diwajibkan membayar
ufti kepada negara China tiga tahun sekali. Orang Cina juga menganggap orang
barat sebagai orang gasar (fanlen) atau barbarian dan hantu-hantu asing (fan
kwae).
• Oleh itu, negara China tidak ingin mengadakan hubungan diplomatik atas dasar
persamaan taraf. Negara China menganggap semua duta barat sebagai
pembawa ufti yang harus Koowtow di hadapan Maharaja China.
• Sebaliknya, negara-negara barat seperti Britain mengamalkan konsep
masyarakat antarabangsa iaitu semua negara yang berdaulat mempunyai taraf
yang sama. Oleh itu, dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara China, kerajaan Britain telah menghantar beberapa utusan ke negara
China untuk mendapat layanan yang sama berdasarkan prinsip persamaan
taraf. Antara tahun 1793 - 1834, Britain telah menghantar tiga utusan ke Peking
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara
China. Utusan ini diketuai oleh George Macartney (1793), ort Amhest (1796)
dan John Napier (1834) tetapi semuanya gagal kerana mereka enggan
melakukan adat koowtow sebab bertentangan dengan adat Inggeris.

92

• Keengganan China untuk mengadakan hubungan diplomatik atas dasar
persamaan taraf memaksa British menggunakan kekerasan.

5. Konflik mengenai perdagangan Candu
• Konflik mengenai perdagangan candu menjadi faktor serta merta tercetusnya
Perang Candu Pertama akibat tindakan Inggeris membawa masuk bekalan
candu ke negara China.
• Orang Inggeris membawa masuk candu bagi mengimbangkan perdagangan teh
dengan China.
• Perkembangaaan ini menyebabkan berlaku imbangan perdagangan yang tidak
menguntungkan negara China.
• Kegiatan import candu menyebabkan pengaliran keluar mata wang perak yang
menjejaskan ekonomi negara China.
• Selain itu, kerajaan China menentang pengimportan candu kerana menjejaskan
kesihatan penduduk China.
• Justeru itu, pada 10 Mac 1839, Maharaja China telah melantik Lin Tse Hsu
sebagai pesuruhjaya ke Canton untuk menghapuskan perdagangan candu.
Pada 18 Mac 1839, Lin Tse Hsu telah mengeluarkan satu titah perintah yang
meminta semua orang asing menyerahkan candu kepada kerajaan China dan
menandatangani surat akuan untuk tidak membawa masuk candu lagi ke
Negara China.
• Tetapi Kapten Elliot enggan menandatangani surat akaun untuk tidak membawa
candu ke negara China lagi. Akibat daripada itu, pertempuran telah meletus
pada 3 November 1839 apabila kapten Elliot menyerang Chuenpi. Setiausaha
luar Britain Lord Palmerstone telah menggunakan peristiwa candu sebagai
alasan untuk mengisytiharkan perang ke atas Negara China pada 31 Januari
1840.

Kesimpulan

1. Perang Candu Pertama menyebabkan kuasa-kuasa barat mula bertapat dan meluaskan
pengaruh di negara China.

2. Perang ini menjejaskan maruah dan kedaulatan negara China apabila kerajaan China
terpaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat.

3. Perang ini menandakan kelemahan Dinasti Manchu dan meletakkan asas bagi tercetus
pemberontakan Taiping.

93

SOALAN 3: BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN GERAKAN
MENGUATKAN DIRI (1861-1895) MENEMUI KEGAGALAN.

Pendahuluan

1. Pada peertengahan abad ke-19, terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan
Manchu.

2. China begitu mudah dikalahkan oleh British khususnya dalam Perang Candu Pertama
(1839-1842).

3. Kerajaan Manchu juga tidak dapat mematahkan Pemberontakan Taiping (1851-1864)
dan Pemberontakan Nien (1853-1868).

4. Kelemahan ini menyedarkan pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah
untuk melaksanakan rancangan bagi memoden dan menguatkan China.

5. Atas kesedaran ini lahirlah rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan
Menguatkan Diri(GMD) atau Restorasi Tong Chih.

6. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri adalah Feng Kuei-fen,
seorang sarjana dari Soo Chow.

7. Namun begitu Gerakan Menguatkan Diri ini menemui kegagalan.
8. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kegagalannya.

Isi- isi utama:

1. Faktor - Ketiadaan pemimpin yang cekap
• Gerakan Menguatkan Diri telah gagal kerana tiada pemimpin yang cekap
dan dinamik bagi menerajui gerakan.
• Kerajaan Manchu gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber bagi
memimpin gerakan ini.
• Pemimpin yang berkaliber seperti Putera Kung pula telah disingkirkan dari
istana pada tahun 1875.
• Kerajaan pusat juga tidak memberi bantuan dan kerjasama kepada gabenor-
gabenor wilayah yang menjalankan rancangan pemodenan.
• Pegawai-pegawai kerajaan tidak cekap dan korup.
• Usaha untuk memodenkan China tidak dititikberatkan.
• Mereka lebih berminat mencari keuntungan sendiri.
• Justeru itu, Gerakan Menguatkan Diri telah menemui kegagalan.

2. Faktor- Tentangan daripada golongan konservatif

94

• Kegagalan gerakan ini disebabkan oleh penentangan daripada golongan
konservatif di istana kerajaan Ching.

• Golongan konservatif menentang usaha untuk memodenkan China terutama
selepas maharani Dowager Tzu Hsi mengambil alih pentadbiran pada 1875 dan
Putera Kung disingkirkan dari istana.

• Maharani Dowager seorang yang anti pemodenan.
• Golongan sarjana dan pegawai-pegawai kerajaan China yang dikongkong oleh

adat resam tradisional dan ajaran Confucius menentang program pemodenan.
• Mereka juga menganggap rancangan ini hanya menguntungkan orang Cina dan

bukannya orang Manchu.
• Selain itu, mereka mendakwa tindakan meniru idea Barat boleh menjatuhkan

maruah serta menghancurkan Tamadun China.
• Mereka telah mempengaruhi orang ramai supaya menentang rancangan itu,

contohnya mereka telah mempengaruhi ibu bapa supaya tidak menghantar
anak mereka ke seberang laut kerana bimbangkan pengaruh Barat terutamanya
agama Kristian.
• Akibatnya usaha menghantar pelajar China ke seberang laut terjejas selepas
tahun 1881.
• Tentangan daripada golongan konservatif juga merupakan antara faktor yang
membawa kegagalan kepada Gerakan Menguatkan Diri.

3. Faktor – Masalah kewangan
• Gerakan Menguatkan Diri gagal mencapai kejayaan kerana masalah kewangan
yang dihadapi oleh China.
• Di samping itu, negara China turut terbeban dengan bencana alam seperti banjir
dan kemarau yang berlaku pada tahun 1840-an.
• Perbelanjaan untuk menghadapi peperangan dan pemberontakan menambah
lagi bebanan kewangan kerajaan China.
• Kerajaan China juga terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat
selepas mereka kalah dalam Perang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua.
• Hal ini menyebabkan program pemodenan di negara China tidak dapat
dijalankan.

4. Faktor – Kelemahan kerajaan Manchu
• Kelemahan kerajaan Manchu juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan gerakan ini gagal.
• Kerajaan Manchu tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan
sistematik.

95

• Kerajaan gagal mengawal amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa
dalam kalangan pegawai kerajaan.

• Maharaja Kuang Hsu pula adalah kurang cekap dan tidak mempunyai
pengalaman serta berperwatakan lemah.

• Selain itu, kerajaan pusat juga menyalahgunakan dana yang diperuntukkan bagi
melaksanakan program-program gerakan ini.

• Perkembangan yang berlaku ini menyebabkan gerakan ini tidak mencapai
kejayaan yang diharapkan.

5. Faktor – Ketiadaan penyelarasan
• Gerakan Menguatkan Diri gagal kerana tiada kerjasama antara kerajaan pusat
dan kerajaan di peringkat wilayah.
• Rancangan pemodenan di peringkat wilayah tidak mendapat kerjasama dan
sokongan daripada kerajaan pusat.
• Pemimpin-pemimpin wilayah seperti Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan dan Tso
Tsung-tang juga tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat.
• Oleh itu, usaha-usaha pemodenan yang dirancang gagal dilaksanakan.

6. Faktor – Kesan imperialisme Barat dan Jepun
• Dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China menyebabkan
gerakan ini gagal.
• Peperangan yang dilancarkan oleh kuasa-kuasa Barat menyebabkan keadaan
politik di China tidak stabil.
• Kerajaan China terpaksa menanggung kos perbelanjaan perang yang tinggi.
• Kerajaan China juga terpaksa membayar ganti rugi yang tinggi kepada kuasa-
kuasa Barat.
• Perkembangan in menyekat usaha pemimpin untuk menjalankan rancangan
pembaharuan bagi memodenkan China.

7. Faktor – Pemodenan terhad
• Gerakan ini gagal kerana kerajaan tidak bersedia untuk melakukan pembaharuan
radikal bagi memodenkan negara.
• Kerajaan juga tidak bersedia untuk melakukan rombakan terhadap institusi
pemerintahan tradisional.
• Mereka hanya meminjam teknologi Barat untuk memodenkan negara
berasaskan institusi-institusi tradisional yang sedia ada.

96

• Sikap kerajaan China yang tidak sanggup mengorbankan nilai-nilai serta institusi
tradisional telah menjejaskan pencapaian gerakan ini.

• Perkembangan ini menyebabkan kejayaan yang dicapai oleh China dalam
pemodenan amat terhad.

Kesimpulan

1. Gerakan Menguatkan Diri tidak berjaya dilaksanakan kerana pelbagai faktor.
2. Gerakan ini akhirnya dimansuhkan pada 21 September 1898 ekoran tentangan daripada

golongan konservatif yang dipimpin oleh Maharani Dowager.
3. Gerakan ini gagal mencapai matlamat untuk menguatkan dan memodenkan China

apabila kalah kepada Negara Jepun pada tahun 1895.

SOALAN 4: SEJAUH MANAKAH KRISIS BALKAN MENJADI FAKTOR UTAMA YANG
MENYEBABKAN TERCETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918).

Pendahuluan

1. Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1914.
2. Perang ini berakhir apabila Jerman dan sekutunya ditewaskan oleh pasukan tentera

Bersekutu.
3. Memang tidak dapat dinafikan bahawa krisis Balkan menjadi satu faktor penting yang

menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama.
4. Namun krisis Balkan bukan menjadi faktor utama kerana terdapat faktor-faktor lain yang

turut menyumbang kepada tercetusnya peperangan ini.

Isi- isi utama:

1. Krisis Balkan
● Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan ketegangan di
rantau Balkan. Penaklukan Bosnia Herzegovina oleh Austria- Hungary
membangkitkan kemarahan Serbia dan Rusia. Walau bagaimanapun, tindakan
Austria- Hungary ini disokong oleh Jerman.

97

● Faktor serta-merta yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah peristiwa
pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang pemuda Serb

● Oleh itu, insiden ini menjadi sebab untuk Austria mengisytiharkan perang
terhadap Serbia.

2. Perlumbaan senjata
● Negara-negara Barat berlumba-lumba menyediakan peruntukan yang besar
untuk mengukuhkan kekuatan tentera. Persaingan ini melahirkan perasaan syak
wasangka dalam negara negara Barat.
● Contohnya, Jerman dan Britain bersaing untuk menambah kekuatan tentera
laut. Perancis dan Rusia berlumba-lumba meningkatkan kekuatan tentera
masing-masing.
● Kecenderungan kuasa-kuasa Barat untuk mengukuhkan kekuatan tentera
menjadi asas yang kukuh bagi mencetuskan Perang Dunia Pertama.

1. Imperialisme kuasa-kuasa Barat
● Revolusi Perindustrian mendorong kuasa - kuasa Barat saling berlumba untuk
menguasai tanah jajahan. Contohnya Jerman dan Perancis bertelingkah untuk
menguasai Maghribi. Britain juga berasa bimbang dengan usaha Jerman untuk
mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika.
● Persaingan untuk menguasai tanah jajahan mewujudkan permusuhan dalam
kalangan kuasa Barat.
● Dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat ini menjadi pemangkin untuk berlakunya
Perang Dunia Pertama.

2. Kebangkitan nasionalisme

● Kemunculan nasionalisme melampau di Jerman, Perancis, dan Britain
meningkatkan permusuhan dalam negara negara Barat.

● Contohnya orang Jerman menganggap mereka sebagai bangsa tuan yang
paling berkuasa di dunia

● Sikap ini menyebabkan Jerman tidak dapat menerima kebangkitan negara lain
khas Perancis.

● Implikasinya, negara-negara Barat cuba mengamalkan sikap memandang
rendah kedaulatan negara lain mengakibatkan berlakunya Perang Dunia
Pertama.

98

3. Pengaruh autokrasi
● Pemerintahan golongan aristokrat di Jerman, Rusia, dan Austria-Hungary
memainkan peranan dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama.
● Golongan ini menggunakan perang sebagai alat untuk mengukuhkan pengaruh
mereka. Contohnya Maharaja Jerman, Kaiser Wilhem II berazam untuk
membentuk empayar Jerman yang kuat dengan menambah bilangan kapal
kapal perang dan peluru berpandu.
● Tindakan baginda kerana perasaan curiga dan bimbang dengan kekuatan
tentera kuasa- kuasa Barat yang lain.
● Oleh itu, tindakan golongan aristokrat yang menguasai pemerintahan kuasa-
kuasa Barat telah mempercepatkan berlakunya Perang Dunia Pertama.

4. Pakatan tentera
● Kemunculan pakatan tentera ini menyebabkan negara-negara Barat terbahagi
kepada dua buah blok yang saling bermusuhan.
● Tujuan pakatan ini adalah untuk memberi bantuan ketenteraan di waktu mana-
mana negara anggotanya diserang oleh kuasa lain
● Contohnya pada tahun 1907, Britain menyertai Perancis dan Rusia untuk
menubuhkan Pakatan Bertiga bagi menghadapi ancaman Jerman
● Tegasnya, penwujudan pakatan tentera tersebut mempercepatkan tercetusnya
Perang Dunia Pertama kerana kekuatan tentera masing-masing akan
dipertingkatkan.

Kesimpulan

1. Tidak dapat dinafikan bahawa krisis Balkan telah menjadi pemangkin yang mencetuskan
Perang Dunia Pertama.

2. Perkembangan di rantau ini telah menjadi pencetus serta merta Perang Dunia Pertama.
3. Namun begitu, pembangunan senjata api oleh negara-negara Barat dan faktor-faktor lain

turut menjadi pemangkin berlakunya peperangan ini

99

SOALAN 5: PERANG DUNIA PERTAMA TELAH MENINGGALKAN KESAN DALAM
BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL KEPADA DUNIA. BINCANGKAN.

Pengenalan
• Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya
melibatkan negara-negara Eropah.Perang ini juga melibatkan dua kuasa atau dua
blok yang berkepentingan.
• Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah)
yang dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan
Bertiga) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Dalam peperangan ini
Jerman telah berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima syarat-syarat Perjanjian
Versailles yang telah ditandatangani.
• Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya terhadap negara – negara
yang terlibat.

Isi-Isi Penting

KESAN POLITIK

1. Keruntuhan pemerintahan monarki/ sistem beraja.
• Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia
dan Turki.
• Tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun takhta selepas kepimpinan diambil
alih Turki Muda ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia
Pertama.Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian
daripada Eropah seperti Bulgaria.
• Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat. Dalam keadaan
ekonomi dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser
William II di turunkan takhta dan dilaporkan dibuang ke Belanda serta mendapat
suaka politik di Belanda. Ekoran ini kerajaan Republik telah didirikan di Jerman oleh
Pemimpin parti Sosialis Demokrat, Friedrick Elbert, dengan sokongan tentera dan
pentadbir yang sedia ada. Sehinggalah munculnya Adolf Hitler yang memerintah
Jerman secara mutlak dan kuku besi.
• Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg
tamat. Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah
dikuasai seperti Pole, Slovak, Czech dan Finn.

100


Click to View FlipBook Version