The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhanani2903, 2021-06-27 03:40:27

MODUL SEJARAH PULAU PINANG

MODUL SEJARAH PULAU PINANG

• Di Russia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia
selama 400 tahun. Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh
Jerman yang membuktikan kelemahan kerajaan Tsar. Malahan golongan tentera,
kelas menengah, buruh dan petani turut memandang rendah kepada Tsar. Mereka
kemudian menyokong Vladimir Lenin yang berhasrat membentuk kerajaan Komunis
dan menyertai revolusi yang diadakan, ekoran daripada rasa tidak puas hati rakyat
atas kegagalan Tsar memulihkan ekonomi selepas tamat perang. Sehubungan itu
rakyat telah bangun sehingga mencetuskan Revolusi Bolshevik di bawah pimpinan
Lenin. Tsar Nicolas II terpaksa turun takhta dan menyerah kuasa kepada kerajaan
sementara. Malangnya beliau dan keluarganya telah dibunuh dengan kejam oleh
golongan pemberontak.

• Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani
Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui Perjanjian Brest Litovsk, Rusia
hilang suku (¼) wilayahnya di Eropah kepada Jerman dan tiga suku sumber arang
batu dan besi turut diserah. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen
perisikan Jerman.

2. Kemunculan negara-negara baharu.
• Kesan perang dunia pertama telah menyebabkan Jerman telah kehilangan kuasa,
pengaruh dan sebilangan besar wilayahnya. Kekuatan Jerman semakin lumpuh.
Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan banyak negara-negara
baharu muncul.
• Keruntuhan empayar Rusia membentuk Poland, Finland, Estonia, Latvia dan
Lithuania.
• Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary,
Romania dan Yugoslavia.
• Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.

3. Kebangkitan ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.
• Di Turki, sebuah kerajaan republik diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal
Ataturk pada tahun 1923.
• Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik
tetapi masih menggunakan khidmat golongan tentera.

101

• Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia,
Poland, Latvia dan sebagainya.

• Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
• Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan. Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh

Demokratik Sosial yang kemudian dikenali sebagai Parti Komunis.Parti ini kemudian
berpecah kepada dua. Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin
mencetuskan revolusi yang mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.

4. Kehilangan kekuasaan Jerman.
• Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya. Wilayah Alsace dan Lorainne
diserah kepada Perancis.Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada
Belgium.Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu di serah kepada Perancis.
• Wilayah ini (Saar) diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15
tahun.
Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini. Keadaan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
• Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
Cameron dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.
• Jerman juga dilarang membesarkan pasukan tenteranya. Hanya 100 000 tentera
sahaja yang dibenarkan. Pengkalan tentera laut Jerman di Heligoland dan Dane
dihapuskan. Tentera juga dilarang berada di Rhine yang bersempadan dengan
Peranchis. Jerman juga dilarang membeli senjata seperti meriam dan kereta kebal.
Tindakan ini menyebabkan rakyat Jerman merasa marah dan berasa terhina dan
mula memandang rendah kepada Kaiser William II.

5. Penubuhan Liga Bangsa.
• Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1919 yang berpusat di Geneva.Tujuan
penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada
berlakunya peperangan. Pertubuhan ini disertai oleh kebanyakan negara Eropah
kecuali Rusia dan Amerika Syarikat tidak menyertainya dan taraf kuasa besar
diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan
ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece
pada tahun 1926.

• Penubuhan Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara
melalui mesyuarat dan perundingan. Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat

102

peperangan. Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan
pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada
tahun 1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke
atas Manchuria. Liga ini akhirnya telah dibubarkan pada bulan April 1945

KESAN SOSIAL

6. Korban nyawa dan kecederaan.
• Perang ini mengorbankan banyak nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan
12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini
mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS $36 760 juta.
• Britain kehilangan 750 000 rakyatnya iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya
yang berumur 45 tahun ke bawah. Bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2
juta orang.
• Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta orang cedera. Angka ini
melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu
kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula, Perancis mengalami kadar
pertumbuhan penduduk yang rendah.

7. Pencemaran udara / bumi.
• Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.

KESAN EKONOMI

8. Kejatuhan mata wang
• Jerman dibelenggu masalah kewangan dengan menanggung beban hutang
sebagaimana yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles. Dipaksa membayar
US$53 billion. Nilai mata wang Jerman mark telah menjunam, yang menyebabkan
berlakunya inflasi. Pada tahun 1942, nilai mata wang Jerman telah berkurang
sebanyak 1% berbanding tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas.
Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah
pengeluaran sebelum perang
• Di Peranchis, Pertempuran yang berlaku di utara Perancis, menyebabkan
keupayaan pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi
keluli dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung

103

hutang luar/ beban hutang yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam
Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap
Jerman.

9. Berlakunya inflasi dan kekurangan makanan
• Peperangan juga telah menyebabkan pengeluaran arang batu dan besi di Jerman
turut terjejas. Jerman juga mengalami kekurangan makanan yang menyebabkan
kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap makanan penting seperti roti,
daging, susu yang menyebabkan berlakunya rusuhan terhadap kerajaan di Berlin
dan Leipzip yang melibatkan hampir 300 000 orang pekerja.
• Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana
4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut
menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
• Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan
3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat
melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

10. Penutupan kilang dan kekurangan bahan bakar
• Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana
terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan
kepada bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang
yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Russia
menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.

11. Sistem pengangkutan terganggu
• Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem
pengangkutan memberi kesan kepada tentera Russia yang berada di medan
peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan
bantuan.

12. Amerika Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dunia
• Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini
amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara
industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.

104

Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan luarnya.

Kesimpulan:
• Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Ini kerana hubungan antarabangsa masih renggang selepas
perang dunia pertama tamat.
• Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini
dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
• Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berda dalam
kumpulan menang.
• Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke
atas China dan Itali ke atas Abyssina.
• Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Contoh soalan lain;

1. Huraikan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman dan Russia.
2. Huraikan kesan politik Perang Dunia Pertama terhadap Jerman dan Russia.

SOALAN 6: SEJAUMANAKAH KEBANGKITAN FAHAMAN KETENTERAAN MENJADI
PENYEBAB KEPADA PENGLIBATAN NEGARA JEPUN DALAM PERANG DUNIA
KEDUA.

Pendahuluan
1. Perang Dunia Kedua berlaku melibatkan hampir semua negara di dunia.
2. Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 selepas Jerman Menyerang

Poland
3. Di Asia pula Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1941 selepas Jepun menyerang

Pearl Habour
4. Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua mempunyai kaitan dengan kebangkitan

fahaman ketenteraan di Jepun.
5. Namun begitu terdapat juga faktor lain yang menyebabkan Jepun terlibat dalam Perang

Dunia Kedua.

105

Isi- isi utama:

1. Kebangkitan Fahaman Ketenteraan
• Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme

Jepun. Beliau mencadangkan pembentukan semula negara Jepun oleh tentera dan
dilakukan atas nama Maharaja.
• Kemunculan fahaman ketenteran ini bepunca dari kemerosotan politik berparti dan
masalah kemelesetan ekonomi di Jepun
• Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan demokasi Barat kerana gejala
rasuah dalam kalangan ahli parlimen Jepun.
• Pada masa yang sama kemelesetan ekonomi dunia 1929 telah membei kesan
kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani.
• Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika Syarikat jatuh
mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima
kesan yang amat besar.
• Keenganan kerajaan menurunkan cukai ditambah pula dengan pendapatan petani
yang jatuh 50%, berserta hutang yang semakin banyak telah menambahkan
penderitaan petani Jepun.
• Teras anggota tentera berasal dari keluarga petani dan ramai pegawai tentera
berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka
teharu dengan penderitaan petani.
• Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang merosakkan Jepun.
Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan tentera sahaja negara
Jepun dapat diselamatkan.
• Tentera bertindak merampas kuasa, golongan tentera mendominasi kerajaan
selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Febuari 1936. Seramai 1400 tentera
yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu
Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang dan Bangunan Diet.
• Pada tahun 1940 parti-parti politik telah dimansuhkan. Sehubungan itu kerajaan mula
menyediakan Jepun ke arah peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah
sebanyak 50% daipada belanjawan negara setiap tahun.

Faktor lain
2. Desakan ekonomi
• Kesan Pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada industi merupakan salah
satu faktor Jepun melakukan impeialisme dan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

106

Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi dari luar
negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad.
• Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun.
• Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrah Jepun kerana menjadi
pelabur kedua terbesar selepas Britain.
• Antara tahun 1932 hingga 1937 Jepun mendapatkan arang batu dan besi untuk
industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga berpotensi menjadi pusat
penghasilan makanan.
• Jepun dan China pula beselisih faham tentang isu pekhidmatan Kereta Api
Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun. Kerajaan China menentang
monopoli kereta api tesebut dengan membina landasan kereta api baru yang selari
dengan landasan kereta api tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak
Jepun.
• Ini membawa kepada meletus Perang China-Jepun Kedua 1937 yang berakhir
dengan kemenangan pihak Jepun.
• Sebaliknya kuasa besar seperti Amerika Syarikat berasa bimbang dengan
kebangkitan negara Jepun di China.
• Amerika Syarikat berazam untuk menghentikan pendudukan Jepun di China dengan
mengenakan beberapa sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua
ekspot ke Jepun serta membekukan harta Jepun di Amerika Syarikat.
• Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak dan bijih besi yang amat penting bagi
tujuan menjalankan dasar imperialisme.
• Akibatnya Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk mendapatkan logam dan
minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari Amerika Syarikat.

3. Keselamatan negara
• Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia Kedua di Asia. Isu

keselamatan negara bukan muncul secara mendadak, tetapi telah diutarakan sejak
pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.
• Pada tahun 1880-an dan 1890-an Jepun masih diancam oleh Rusia dan Britain,
Yamata Aritomo (beliau ialah pemimpin kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden)
berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara.
• Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan
berhampiran Jepun yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.
• Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan untuk mengukuhkan garis
kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia.

107

• Garis kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-
Jepun pada tahun 1937.

• Kawasan Asia Tenggra yang yang dikuasai oleh penjajah barat telah termasuk
dalam garis kepentingan negara Jepun.

• Oleh itu tumpuan Gerakan kententeraan Jepun ialah di Asia Tenggara semasa
Perang Dunia Kedua.

Kesimpulan

1. Oleh itu kebangkitan fahaman ketenteraan Jepun sejak 1930an telah menjadi asas
kepada penglibatan negara Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

2. Seterusnya gerakan ketenteraan menjadi satu jalan penyelesaian ke atas semua
masalah yang dihadapi oleh negara Jepun.

SOALAN 7: HURAIKAN KESAN PERANG DINGIN KE ATAS NEGARA AMERIKA
SYARIKAT DAN RUSIA.

Pendahuluan
1. Perang Dingin telah berlaku sejak tahun 1947 di antara dua kuasa besar dunia iaitu

Amerika Syarikat dan Rusia.
2. Konflik antara dua kuasa ini telah melibatkan negara-negara di seluruh dunia.
3. Perang Dingin telah menimbulkan pelbagai kesan ke atas dua kuasa besar ini.

Isi- isi utama

1. Pembentukan Pakatan Tentera
• Amerika Syarikat telah membentuk pakatan tentera yang dinamakan Pertubuhan

Perjanjian Atlantik Utara atau NATO (North Atlantic Treaty Organization pada tahun
1949. Di antara negara Eropah yang menyertai NATO ialah Britain, Perancis,
Jerman Barat dan Itali.
• Sementara itu, Rusia pula menubuhkan Pakatan Warsaw (Warsaw ialah ibunegara
bagi Poland). Pakatan ini sertai oleh semua negara di Eropah Timur. Di antaranya
ialah Poland, Hungary dan Jerman Timur.
2. Perlumbaan dalam bidang peralatan ketenteraan

108

• Kedua-dua negara tersebut telah bersaing menghasilkan peralatan senjata. Misalnya
dalam menghasilkan bom hidrogen. Pada tahun 1950, Presiden Amerika Syarikat
Harry Truman mengumumkan bahawa Amerika Syarikat sedang menghasilkan bom
hidrogen.

• Amerika Syarikat telah berjaya dalam ujian meletupkan bom hidrogen di Kepulauan
Mashall padan tahun 1952.

• Sebagai tindakbalas Rusia telah mengumumkan negara mereka telah berjaya
melakukan ujian bom hidrogen pada tahun 1953.

3. Penubuhan badan perisik
• Badan perisik telah ditubuhkan oleh kedua-dua negara tersebut untuk

mengumpulkan
• Maklumat tentang musuh mereka. merika Syarikat telah menubuhkan agensi CIA

(Central Intelligence Agency) merupakan salah satu agensi keselamatan bagi negara
• Amerika Syarikat yang bertanggung jawab untuk mendapatkan dan menganalisa

maklumat berkenaan kerajaan negara-negara luar.
• Sebagai tindakbalas Rusia telah menubuhkan agensi kesalamatan KGB pada tahun

1954.

4. Campurtangan dalam masalah politik negara lain.
• Tindakan ini adalah bertujuan untuk menyekat perkembangan pengaruh sesama

sendiri di dunia.
• Amerika Syarikat telah melibatkan diri dalam perkembangan politk di China selepas

Perang Dunia kedua dengan membantu kerajaan Nasionalis China pimpinan Chiang
Khai Shek bagi menghadapi ancaman Parti Komunis China yang dipimpin oleh Mao
Tze Tung.
• Kedua-dua negara juga melibatkan diri Perang Korea yang berlaku dari tahun 1950
hingga 1953. Amerika Syarikat telah menyokong Korea Selatan dan Rusia
menyokong Kore Utara.

Kesimpulan
1. Kedua-dua kuasa besar ini telah menjadi dua buah kuasa dunia yang kuat dalam era
selepas Perang Dingin.
2. Persaingan di antara Amerika Syarikat dan Rusia juga memberi kesan kepada
negara lain di dunia.

109

SOALAN 8: SEJAUH MANAKAH FAKTOR POLITIK MENJADI PEMANGKIN KEPADA
PERKEMBANGAN KESEDARAN KEBANGSAAN DI INDIA PADA ABAD KE-20?

Pendahuluan
1. Kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India sejak tahun 1857
lagi.
2. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosio-agama sebelum 1857, menandakan
semangat kebangsaan bermula di India.
3. Tidak dapat dinafikan faktor politik iaitu dasar pentadbiran British yang bercorak
penindasan telah menjadi faktor penting kemunculan gerakan kebangsaan yang
teratur di India pada awal abad ke-20 M.
4. Namun begitu terdapat juga faktor lain yang mendorong kepada perkembangan
kesedaran kebangsaan di India.

Isi- isi utama
1. Faktor politik (Dasar pentadbiran British)

• Dasar pentadbiran British yang bercorak penindasan mencetuskan gerakan
kesedaran kebangsaan di India.

• Contohnya, pelbagai akta yang diperkenalkan oleh Lord Lytton seperti Akta Senjata
dan Akta Akhbar Vernakular.

• Pengenalan akta-akta ini telah membangkitkan sentimen anti-Inggeris dalam
kalangan penduduk tempatan.

• Akta Akhbar Vernakular melarang penerbitan rencana dan artikel yang
membangkitkan sentimen anti-Inggeris.

• Tindakan kerajaan mengenakan sekatan terhadap akhbar vernakular menyekat
kebebasan bersuara rakyat.

• Dalam pada itu, akhbar-akhbar Inggeris tidak dikenakan sebarang sekatan oleh
kerajaan British.

• Perubahan dalam akta perundangan seperti Akta Ilbert yang diperkenalkan pada
tahun 1883 telah merancakkan lagi sentimen anti-British.

• Akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan
menjatuhkan hukuman ke atas orang Inggeris.

• Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga British menarik
balik akta tersebut.

• Tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang
terpendam dalam hati orang Inggeris.

110

• Surendranah Banerjee mengambil langkah-langkah untuk mengadakan

Persidangan Kebangsaan bagi golongan British.

• Selain daripada akta-akta tersebut, Lord Lytton mengambil beberapa langkah yang

membangkitkan kemarahan rakyat, iaitu menggalakkan import kain kapas British dan

menghadkan umur penyertaan perkhimatan awam kepasa 18 tahun.

• Tegasnya, pelbagai dasar yang membangkitkan kemarahan rakyat menyumbang

kepada kelahiran semangat kesedaran kebangsaan di India.

2. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam
• Kerajaan Inggeris mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan orang India untuk
memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.
• Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
terpelajar di India.
• Contohnya, kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam
perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan perkhidmatan awam di
Britain.
• Tambahan pula, kerajaan bertindak mengurangkan had umur untuk menyertai
perkhidmatan awam daripada 22 tahun kepada 19 tahun.
• Langkah-langkah tersebut bertujuan menghalang pelajar-pelajar yang menuntut di
universiti daripada menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
• Justeru, dasar diskriminasi British dalam pengambilan perkhidmatan awam turut
mempengaruhi kebangkitan kesedaran kebangsaan di India.

3. Dasar ekonomi British
• Dasar ekonomi kerajaan British adalah bagi memenuhi kepentingan sektor
perindustrian di England.
• Kerajaan Inggeris tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan
mengawal perusahaan-perusahaan tempatan.
• Tindakan kerajaan Inggeris memonopoli perdagangan garam menjejaskan
pendapatan penduduk penduduk yang terlibat dalam industri tersebut.
• Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci penduduk tempatan terhadap
pemerintahan Inggeris di India.
• Justeru, dasar ekonomi British membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan penduduk di India.

111

4. Pendidikan barat
• Pendidikan Barat telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan
rakyat India seperti doktor, peguam dan kerani.
• Pendidikan barat menyebabkan rakyat terdedah kepada pandangan pemikir-pemikir
Barat seperti John Locke, Rousseau, Voltaire dan Thomas Paine.
• Golongan berpendidikan di India terdedah kepada konsep kebebasan, demokrasi,
persamaan dan hak asasi manusia.
• Malah pendidikan barat memberi kesedaran tentang penindasan yang dilakukan oleh
pemerintah British di India.
• Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis terulung seperti Raja Ram
Mohan Roy, W.C. Banerjee dan G.K. Gokhale.
• Tokoh-tokoh ini memainkan peranan sebagai pelopor dalam membangkitkan
semangat kesedaran kebangsaan dalam masyarakat India.
• Tegasnya, pendidikan barat telah meletakkan asas untuk perkembangan kesedaran
kebangsaan di India.

5. Gerakan reformasi sosio-agama.
• Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosio-agama melahirkan semangat
kebangsaan dalam masyarakat masyarakat India.
• Antara pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan membangkitkan
semangat kebangsaan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj dan
Pertubuhan Ramakrishna.
• Persatuan yang menjalankan reformasi untuk menghapuskan penyelewengan
dalam kalangan penganut agama Hindu.
• Persatuan ini juga ada mendesak kerajaan meluluskan akta untuk mengiktiraf
perkahwinan semula janda beragama Hindu.
• Tegasnya, pertubuhan-pertubuhan ini juga meletakkan asas bagi kebangkitan
semangat kesedaran kebangsaan dalam masyarakat masyarakat India.

Kesimpulan

1. Kesimpulanya, jelas bahawa faktor politik menjadi pemangkin kepada kebangkitan
kesedaran kebangsaan di India kesan dasar pentadbiran dan perundangan yang
mengutamakan kepentingan British dengan menggunakan India sebagai tanah jajahan
British.

112

SOALAN 9: HURAIKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
DALAM PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)

Pendahuluan
1. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan padsa tahun 1949 sebagai

tindak balas terhadap ancaman pencerobohan Soviet Union ke atas Eropah Barat
selepas Perang Dunia Kedua.
2. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara merupakan sebuah gabungan pertahanan negara-
negara Eropah.
3. Anggotanya hingga hari ini bergabung dan berjanji untuk memastikan keselamatan dan
kebebasan negara-negara anggotanya.
4. Amerika Syarikat, United Kingdom dan sekutunya di Eropah bimbang Kesatuan Soviet
akan meluaskan pengaruhnya di Eropah timur dan seluruh dunia jika sesuatu tidak
dibuat untuk membendungnya.

Isi- isi utama
1. United Kingdom sebagai perancang utama pembentukan NATO
• United Kingdom merupakan negara yang menyusun strategi dengan melibatkan
Amerika Syarikat dalam proses pembentukan NATO.
• Hal ini dapat dibuktikan dengan koleksi surat-surat Ernest Bevin, Setiausaha
Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951.
• Dokumen Foreign Office yang diterajui oleh Parti Buruh di British
sememangnmya menyusun strategi supaya pertubuhan eropah itu disertai oleh
Amerika Syarikat.
• Tambahan pula kegagalan Liga Bangsa yang tidak disertai oleh Amerika
Syarikat menyebabkan United Kingdom berusaha keras untuk membawa masuk
Amerika Syarikat ke dalam NATO.
• Tegasnya, rancangan United Kingdom ini berjaya menyembunyikan peranan
mereka sebagai perancang utama penubuhan NATO.

2. United Kingdom tidak mampu menghadapi ancaman kuasa Soviet Union
secara bersendirian.
• Presiden Hurry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union.
Beliau mengharapkan bantuan Amerika Syarikat untuk lebih bersedia
menghadapi ancaman Soviet Union.

113

• United Kingdom menggunakan krisis antarabangsa antara Soviet Union dengan
Amerika Syarikat sebagai sandaran penglibatan Amerika Syarikat dalam
penubuhan NATO.

• Rancangan Rusia untuk mengukuhkan kekuatan tentera di negara-negara
Eropah Timur yang pro komunis telah menimbulkan kebimbangan Amerika
Syarikat

• Tuntasnya, penyertaan Amerika Syarikat ke dalam NATO boleh menjamin
keberkesanan usaha mengekang kemaraan ideologi komunis di Eropah

3. Penglibatan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kuasa besar yang
memainkan peranan utama dalam soal pertahanan dan keselamatan di Eropah
Barat.
• Tujuan penubuhan NATO adalah untuk menghalang kebangkitan semula
ketenteraan Jerman di Eropah dan menghalang penyebaran ideologi komunis
dan ketenteraan Rusia di Eropah.
• NATO melibatkan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat dilihat sebagai
sebuah kuasa besar yang mempunyai keupayaan untuk mengekang kemaraan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
• Keupayaan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dapat mengatasi ketidakyakinan
Eropah terhadap kemampuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dalam menangani konflik dunia kerana PBB itu sendiri tidak memiliki pasukan
tentera sendiri.
• Tegasnya, penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk
memastikan pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan
berkesan.

4. Penglibatan Amerika Syarikat adalah sinonim kepada NATO dan NATO adalah
Amerika Syarikat.
• NATO yang didominasi oleh Amerika Syarikat menyebabkan Soviet Union
memandang pertubuhan itu sebagai Amerika Syarikat dan bukan sebagai
kesatuan negara-negara Eropah Barat.
• Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam NATO sewaktu terlibat
dalam Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.
• Amerika Syarikat menggunakan negara-negara anggota NATO sebagai
penampan kepada penularan kuasa Soviet Union di Eropah Barat.

114

• Tegasnya, dominasi Amerika Syarikat jelas diperlihatkan dalam NATO terutama
dalam setiap operasi ketenteraan yang mereka jalankan.

Kesimpulan
1. Rancangan United Kingdom membawa masuk Amerika Syarikat ke dalam NATO telah

berjaya dan hasilnya NATO dilihat berkesan mengekang penularan ideologi komunis
dan ketenteraan Rusia.
2. United Kingdom dan Amerika Syarikat menunjukkan komitmen yang sangat kuat untuk
memastikan kesinambungan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai sebauh institusi
pertahanan di Eropah.
3. Peranan yang dimainkan kedua-duanya berhasil memastikan keamanan dan
keselamatan di Eropah dan NATO dilihat menjadi sebuah perjanjian pertubuhan
keselamatan yang berjaya bukan sahaja di Eropah tetapi juga di peringkat dunia.

-TAMAT-

115


Click to View FlipBook Version