The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tahnushri30, 2021-09-08 09:14:50

BUKU LOG PANDU PUTERI MALAYSIA

BUKU LOG PANDU PUTERI

Keywords: BUKU LOG,P

ATURCARA PERGERAKAN KAWAD

• Melapor

• Bergerak ke kanan ketiga-tiga, ke kanan pusing
• Bergerak ke kiri ketiga-tiga, ke belakang pusing
• Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing
• Empat langkah ke kiri, gerak
• Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
• Hentak kaki
• Maju
• Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
• Skuad henti
• Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing

TAJUK 2.8:

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

KONSEP PERTOLONGAN CEMAS

• Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu

Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami
kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba
dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor
atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

1.Selamatkan nyawa

• Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang

mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,
terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2.Mengelakkan dari bertambah buruk

• Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan

kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan

• Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan

kepada pesakit

PRINSIP- PRINSIP PERTONGAN CEMAS

• Menyelamatkan nyawa
• Mengurangkan kesakitan
• Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
• Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

JENIS ANDUH

1. PEMBALUT CINCIN
• Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam.
• Diperbuat daripada pembalut tirus.
• Digunakan untuk menutup luka.

ANDUH KECIL/ ANDUH
PERGELANGAN TANGAN

• Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas

kain anduh , kemudian tarik dan letakkan

• bucu atas kain anduh di atas tangan.
• Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh

di atas dan bawah.

• Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas

pergelangan tangan.

ANDUH BESAR/ ANDUH LENGAN

- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku
lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya
nampak lebih kemas.

Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

BALUTAN DADA

BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA SIKU

BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA KEPALA

MERAWAT LUKA
MELECUR, PITAM DAN

PATAH

CARA MERAWAT MELECUR

• Letakkan bahagian terbakar di bawah air paip yang

mengalir perlahan/rendamkan dalam air sejuk selama 10
minit, jgang gunakan ais.

• Keluarkan cincin, gelang atau pakaian ketat daripada

bahagian terbakar sebelum bahagian ini mula bengkak

• Jangan pecahkan bisul air atau keluarkan kulit terkupas.
• Keringkan dan letak dresing yang kering dan tidak

berbulu. Jangan letak losyen, krim ubat sapu atau lemak.

• Angkat bahagian terbakar untuk mengurangkan bengkak

BANTUAN KECEMASAN PITAM

• Suruh pesakit duduk dengan kepalanya terletak antara kedua-dua lutut. Ataupun,

baringkan dia dan angkat kakinya pada aras yang lebih tinggi daripada jantung, dan
ampu kaki itu di atas susunan kusyen, bantal atau lipatan selimut.

• Pastikan tiada pakaian yang ketat di sekeliling leher, dada dan pinggang. Beri dia

banyak udara segar.

• Jika anak anda tidak pulih daripada pengsan, pastikan keadaannya. Bersedialah untuk

memberi pernafasan bantuan. Jika kanak-kanak itu bernafas, letakkan dia dalam
kedudukan pemulihan.

RAWATAN AM PATAH

• Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian

kecuali keadaan bahaya di situ.

• Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
• Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.
• Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.
• Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
• Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
• Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan

tempat yang patah.

• Dapatkan bantuan perubatan segeraa

MERAWAT
KERACUNAN DAN

TERSELIUH

CARA RAWATAN KERACUNAN

• Racun
• Kenal pasti jenis racun – korosif , kaustik
• Nilai keadaan pesakit sedar / tidak
• Tindakan khusus
• 1)Cairkan racun dgn memberi minum air/susu/memberi makan arang yang diaktivasi
• 2)Memuntahkan pesakit dgn menggeletek anak lidah kecuali tidak sedarkan diri dantertelan

racun kaustik

• 3)Rawat renjatan
• 4)Membawa pesakit ke hospital

CARA RAWATAN TERSELIUH

• Rehatkan kawasan yang cedera
• Letakkan ais yang telah dibungkus pada bahagian yang

terseliuh

• Balut tempat yang terseliuh
• Tinggikan tempat terseliuh dari paras jantung
• Hantar ke hospital

PEMULIHAN
PERNAFASAN

PEMULIHAN PERNAFASAN

• Terdapat 3 teknik pernafasan pemulihan iaitu:
• a)Secara hembusan(mulut ke mulut)
• b)Secara tekanan(kardio-pulmonari)
• c)Holger Nielson





BAHAGIAN C

Lagu Pandu Puteri

Versi Bahasa Melayu
Arah kita jelas ke depan,

Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia

Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,

Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,

Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,

setia abadi;
Kebebasan kita tepati,

Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,

kita beri, yang terdaya.



BAHAGIAN D

SEBELUM PERKHEMAHAN

• Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah,

dan sebagainya.

• Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam

sesuatu perkhemahan

• Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara

mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.

• Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
• Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas,

jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

SEBELUM PERKHEMAHAN

• Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas,

jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.

• Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang,

cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.

• Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan

SEMASA PERKHEMAHAN

• lak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan

dahannya akan patah dan menimpa khemah.

• Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan

tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.

• Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau

lain-lain serangga yang merbahaya.

• Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau

rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.

• Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-

eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.

SEMASA PERKHEMAHAN

• Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan

cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah
cahaya matahari.

• Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin

dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam
khemah sangat panas.

• Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah

boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di
kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat
menstabilkan peredaran darah.

• Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana

keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.

SELEPAS PERKHEMAHAN

• Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan

seperti keadaan sebelum datang berkhemah.

• Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak

meninggalkan kesan berkhemah.

• Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.

BAHAGIAN E

LAPORAN
AKTIVITI














Click to View FlipBook Version