The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tahnushri30, 2021-09-08 09:14:50

BUKU LOG PANDU PUTERI MALAYSIA

BUKU LOG PANDU PUTERI

Keywords: BUKU LOG,P

SIMPULAN MANUK

• Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau

pancang.

• Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan

ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang
nombor lapan.

• Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi

ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).

SIMPULAN BUKU SILA

• Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.
• Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.
• Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat

layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan
mengikat khemah yang dilipat.

SIMPULAN TINDIH KASIH

• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.
• Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara

mengikatkan tali pada pinggang.

• Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam

silibus ikatan 7 simpulan tali, tetapi adalah di antaranya yang paling
asas, dan biasa dipelajari dalam KRS.

BUNGA GETI

• Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang

berlainan jenisnya.

• Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung

bendera dalam flag break.

SIMPUL BALAK

• Untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya

mudah ditarik.

• Permulaan kepada ikatan serong.
• Ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain

ikatan manuk.

SIMPUL BELIT

• Untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang

kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal

IKATAN SERAYA

• Ikatan seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua batang biluh

yang bersilang.

IKATAN SERONG

• Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, meneara dan sebagainya.

IKATAN LILIT KACANG

• Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan

papan seperti pemuka meja.

TAJUK 2.7:

ASAS KAWAD KAKI

KAWAD
STATIK

KAWAD STATIK

DEFINISI JENIS- JENIS PERGERAKAN
• Asas kepada pergerakan kawad KAWAD STATIK

• Hanya melibatkan pergerakan statik Pergerakan kawad statik

• Perkara asas pembentukan disiplin • Sedia
• Senang diri
kawad • Rehatkan diri
• Membetulkan barisan
• Nombor
• Buka/Tutup barisan
• Berpusing kiri/kanan/belakang
• Bersurai dan keluar baris
• Paras

SEDIA

• Hukuman:

• “ Skuad...Sedia!”

• Perkara penting:

• Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar

satu bunyi sahaja.

• Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris
• Hujung kaki terbuka 30 darjah
• Kedua-dua lutut bertahan lurus
• Badan tegak
• Timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit

SEDIA

• Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang sama rata
• Kedua-dua tangan lurus ke bawah, siku rapat ke badan
• Pergelangan tangan lurus, jari-jari genggam
• Belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat

kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar

• Langut kepala memandang terus ke hadapan.

SENANG DIRI

• Hukuman:

• “ Senang…… Diri”

• Perkara penting:

• Dengan pantas angkat kaki kanan, paha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12

inci.

• Dalam masa yang sama, kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan

rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke
bumi, siku lurus dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki.

• Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak

REHATKAN DIRI

• Hukuman:

• “ Rehatkan…… Diri”

• Perkara penting:

• Dengan kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan

rehatkan semua anggota badan (1,2, rehat)

• Kedudukan kaki tidak berubah



Ingatan:

• Dalam keadaan “Rehatkan...Diri”, skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang

ke atas sahaja

• Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan senang dirI

MEMBETULKAN BARISAN

• Hukuman:

• “ Ke Kanan….. Lurus!”

• Penanda kanan hendaklah diam.
• Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat

tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya.

• Anggota akan hentak kaki kanan dan kiri, seterusnya memperbetulkan barisan dalam

langkah yang sangat kecil

• Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota-anggota di hadapan.
• Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

MEMBETULKAN BARISAN

• “ Ke Kiri….. Lurus!”

• Diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan skuad berada di sebelah kiri.
• Sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat

tangan kiri.

• Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.



“ Pandang…..Depan!”
• Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

MEMBETULKAN BARISAN

• “ Luruskan…… Barisan!”

• Tidak perlu melangkah ke hadapan
• Hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan
• Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa

sendiri

• Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.

NOMBOR

• “ Dari Kanan….. Nombor”

• Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri.
• Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang “satu”, yang lain mengikut bilang “dua” dan

seterusnya sehingga habis.

• Ingatan:

• Sebelum bermula, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil

anggota.

• Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor…… barisan……”
• Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman “semula”, kemudian ulang

balik daripada anggota pertama.

BUKA BARISAN

• “ Buka Barisan….. Gerak!”

• Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah

kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada
kedudukan sedia.

• Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki

kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak
di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia

• Masa bergerak bilang (1-2-1)

TUTUP BARISAN

• “ Tutup Barisan…. Gerak!”

• Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke

hadapan.

• Pergerakannya adalah serupa seperti “Buka Barisan...Gerak!”

Ingatan:
• Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan/ ke belakang (melintang) ketika hukuman

buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua
kali manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju

• Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya

TUTUP BARISAN

BERPUSING KE KANAN/ KIRI/
BELAKANG

• Berpusing ke kanan

• Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas

tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri

• Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan

dan tumit kaki kiri terangkat

• Kedua-dua kaki lurus
• Badan tegak seperti kedudukan sedia
• Keberatan badan di atas kaki kanan
• Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia

BERPUSING KE KANAN/ KIRI/
BELAKANG

Hukuman menghadap ke hadapan/ belakang
• “Menghadap ke belakang, Belakang…...Pusing”
• “Menghadap ke hadapan. Belakang…...Pusing”

• Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut

bahu kanan), di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan
dan tumit kaki kiri

• Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan

tumit kaki kiri terangkat

• Keberatan badan di atas kaki kanan
• Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia

BERSURAI DAN KELUAR BARIS

• “ Ber…..surai!”

• Skuad hendaklah dalam keadaan tutup barisan, pusing ke kanan, hentak kaki kiri di

sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga
langkah dalam masa cepat; terus bersurai

• Perhatian:

• Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada

pegawai.

• Jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna

BERSURAI DAN KELUAR BARIS

• “ Keluar…… Baris!”

• Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai

sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki

• Anggota tidak boleh beredar dari padang kawad/ kawasan latihan

PARAS

• Hukuman apabila anggota rendah di tengah-tengah:

• “ Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan paras!”

• Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan

mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia

• “ Dari kanan….. Nombor!”

• Menghitung nombor dari kanan ke kiri

• “ Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang…. Gerak!”

• Memeriksa pergerakan

PARAS

• “ Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri,

barisan kanan dan kiri…. Pusing!”
• Anggota nombor satu tidak bergerak, yang lain hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan

• “ Jadikan tiga barisan…. Cepat Jalan!”

• Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah.
• Anggota nombor tiga jadi nombor satu barisan belakang
• Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya
• Apabila berhenti di tempat masing-masing, berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat

isyarat ‘up’ dari anggota barisan belakang

• Isyarat ‘up’ diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri

PARAS

KAWAD
DINAMIK

KAWAD DINAMIK

• Pergerakan Kawad Dinamik

• Berjalan dan berhenti dalam masa cepat jalan
• Berjalan dan berhenti dalam perlahan jalan
• Langkah ke hadapan/ ke belakang
• Langkah merusuk
• Belok
• Berpusing semasa cepat jalan
• Berpusing semasa perlahan jalan
• Hentak kaki, maju dan berhenti dalam perlahan dan cepat jalan
• Tukar langkah perlahan dan cepat jalan

BERJALAN DALAM MASA CEPAT

• Hukuman Cepat Jalan

• “ Dari Kanan/Kiri, Cepat Jalan!”

• Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke

bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam,
ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan, kedua-dua lengan lurus

• Masa berjalan badan tegak, buka dada serta pandang ke hadapan 200 meter

• Ingatan:

• Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan separas

dengan bahu

• Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut.

BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN

• “ Skuad……..Henti!”

• Bahasa “skuad” untuk memberi bahasa amaran dan “henti”, semasa beri tumit kaki

kanan mencecah bumi di hadapan kaki kiri.

• Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua-dua tangan dibawa

ke sisi dalam kedudukan sedia

BERJALAN DAN BERHENTI DALAM
PERLAHAN JALAN

• Hukuman perlahan jalan:

• “Dari kanan/kiri, perlahan…….. Jalan”

• Langkah pertama:

• Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari

dengan bumi

• Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk
• Ibu jari rapat pada penjahit seluar
• Berat badan di atas kaki kiri
• Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke

tanah

BERJALAN DAN BERHENTI DALAM
PERLAHAN JALAN

• Langkah kedua:

• Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung
• Lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi
• Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk.
• Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses

seperti itu dibuat berterusan

• Ingatan :
• 1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang tangan.
• 2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.


Berhenti Semasa Perlahan Jalan

• Hukuman “ Henti ” diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak kaki kiri dan seterusnya kaki kanan.

LANGKAH KE HADAPAN/ KE
BELAKANG

• Hukuman :

• "1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"

• Perbuatan:

• Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya) ke hadapan atau ke

belakang mengikut bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki kiri dan diakhiri dengan sekali
hentak (kaki kanan jika bilangan langkah ganjil dan kaki kiri jika bilangan langkah genap)

• Rapat kedua-dua tumit, Badan tegak
• Kedua - dua tangan rapat ke rusuk
• Jari genggam, Ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.

LANGKAH MERUSUK

• Hukuman :

• "1/2/3/4/5/6/7/8 ........ langkah ke kiri/kanan ...... gerak".

• Perbuatan merusuk ke kanan:

• Angkat paha kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke sebelah kanan sehingga habis bilangan langkah yang

diperintahkan.

• Hentak padat di sebelah kaki kanan.
• Tumit dirapatkan.
• Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)

• Ingatan :

• Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan
• Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah.

BELOK

• Hukuman :

• "Kanan/kiri ......... Belok"



Perbuatan :
• Sama ada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-tiga, maka orang yang di sebelah

dalam hendaklah membelok seperti satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 darjah .

• Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan.
• Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan

langkah.

BELOK

BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN

• Hukuman Ke Kanan/Kiri Pusing

• “ Menghadap ke hadapan/ belakang, kanan/kiri….. Pusing!”
• “ Bergerak ke kanan/ kiri, kanan/kiri…. Pusing!”

• Perbuatan:

• Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi
• ‘ Check’ kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan
• Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berjalan

BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN

• Hukuman Ke Kanan/Kiri Pusing

• “ Menghadap ke hadapan/ belakang, kanan/kiri… Pusing!”
• “ Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri… Pusing!”

• Perbuatan:

• Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi
• Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan.
• Dalam masa yang sama halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan

BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN

• Hukuman Ke Belakang Pusing

• “ Bergerak ke kanan/ kiri, belakang…. Pusing!”

• Perbuatan:

• Hukuman ‘pusing’ diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi
• Angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan
• Angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri
• Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan
• Dengan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan

HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI
DALAM PERLAHAN/ CEPAT JALAN

• Semasa Cepat Jalan

• “ Hentak…. Kaki!”

• Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi
• ‘Check’ kaki kanan dan mula hentak kaki dengan kaki kiri

• “ Maju!”

• Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan maju mulai

kaki kanan

HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI
DALAM PERLAHAN/ CEPAT JALAN

• Semasa Perlahan Jalan

• “ Hentak…. Kaki!”

• Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang
• Semasa kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri

• “ Maju!”

• Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki kiri dan tendang

kaki kanan ke hadapan untuk berjalan

HENTAK KAKI CEPAT SEMASA
BERHENTI

• “ Hentak Kaki…. Cepat!”

• Mula hentak kaki dengan kaki kanan



“ Skuad….. Henti!”
• Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi
• Hentak kaki kiri dan kanan
• Terus berhenti

TUKAR LANGKAH DALAM MASA
PERLHAN/ CEPAT JALAN

• Semasa perlahan jalan • Semasa cepat jalan

• “ Tukar langkah masa berjalan, Tukar…. • “ Tukar langkah masa berjalan,

Langkah!” Tukar…...Langkah!”

• Hukuman diberi masa kaki kanan jejak • Hukuman “Tukar” diberi semasa kaki

ke bumi kanan jejak ke tanah

• Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan • Hukuman “langkah” diberi atas kaki kiri

• Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri • Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri

• Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus • Hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan

perlahan jalan • Langkah kaki kanan ke hadapan dan

terus cepat jalan

KAWAD
FORMASI

KAWAD FORMASI

• Juga dikenali sebagai kawad persembahan
• Melibatkan asas-asas kawad statik dan kawad dinamik tetapi diolah

menjadi beberapa bentuk formasi

• Ini dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerakan kawad yang unik
• Melibatkan pergerakan asas dan juga pergerakan bukan kawad asas yang

diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik

ATURCARA PERGERAKAN KAWAD

• Sebelum masuk padang

• Dari kanan cepat jalan
• Skuad henti
• Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing
• Buka barisan gerak
• Ke kanan lurus/ pandang hadapan
• Nombor


Click to View FlipBook Version