TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID BUKAN
PENUTUR NATIF TAHUN 3: KAJIAN KES
NURUL QURATUL AIN BINTI SABLI
PISMP Bahasa Melayu SJKC
Ambilan Jun 2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA
2022
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID BUKAN
PENUTUR NATIF TAHUN 3: KAJIAN KES
NURUL QURATUL AIN BINTI SABLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
2022
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)”
Tandatangan : .....................................
Nama Penyelia : Encik Yahya bin Yassin
Tarikh : .....................................
i
PENGAKUAN PENGKAJI
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ............................................
Nama Pengkaji : Nurul Quratul Ain binti Sabli
Tarikh : ............................................
ii
DEDIKASI
Alhamdulillah ‘ala kulli haal,
Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.
Teristimewa buat ibu dan arwah ayah yang disayangi serta sentiasa dirindui,
Ibu, Armiah binti Drahman dan allahyarham ayah, Sabli bin Hj Jabir,
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala doa, sokongan dan nasihat
yang tidak pernah putus buat diriku ini.
Tidak lupa juga kepada adik-beradik yang dikasihi,
Bang Qim (Muhammad Haqimi) dan Jara (Nurul Safiah Zahra),
Yang menjadi penghibur setiap masa dan inspirasi untuk kakak meneruskan
perjuangan.
Begitu juga dengan seluruh ahli keluarga; Mesrapurians,
Terima kasih tidak terhingga atas segala sokongan dan bantuan yang
diberikan sepanjang perjalanan yang berliku ini.
Khas buat insan yang bertakhta di hati; AIH,
Terima kasih atas segala sokongan dan nasihat yang tidak pernah putus,
Sabar dan cekal menghadapi gelora emosi seorang Quratul sejak 2020.
Untuk para pensyarah dan pembimbing khasnya,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar sepanjang 5 tahun ini,
Hanya Allah dapat membalas segala jasa yang dicurahkan.
Doakan diri ini menjadi guru yang sebenar guru.
NQA, 2022.
iii
PENGHARGAAN
ِ اﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﻦ اﻟ ﱠﺮ ِﺣ ْﯿﻢ-ِﺑ ْﺴ ِﻢ ﱠ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana kurniaan dan rahmatNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan
kajian ini. Dengan seikhlas hati saya rakamkan jutaan terima kasih buat
pensyarah penyelia kajian iaitu Encik Yahya bin Yassin atas segala bimbingan
dan tunjuk ajar sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Semoga Allah
mengurniakan Encik kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan dunia dan
akhirat hendaknya.
Terima kasih juga diucapkan kepada sebuah sekolah SJK (C) di daerah
Papar, yang banyak membantu dalam proses kutipan data sepanjang kajian.
Tidak lupa juga buat warga IPG Kampus Gaya, khususnya pensyarah Jabatan
Pengajian Melayu serta mentor yang banyak menjadi pendorong dan
pembakar semangat selain memberi bimbingan yang berterusan.
Penghargaan juga ditujukan buat insan-insan yang sangat disayangi,
ibu; Puan Armiah binti Drahman dan arwah ayah; Encik Sabli bin Hj Jabir, adik-
adik; Muhammad Haqimi dan Nurul Safiah Zahra, ahli keluarga dan sahabat
handal atas sokongan yang tidak pernah putus. Akhir kata, terima kasih buat
individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
kajian ini.
Tulus ikhlas,
NQA, 2022.
iv
ABSTRAK
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
murid-murid di sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan kemahiran membaca serta mengetahui faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca murid bukan penutur
natif Tahun 3 di sebuah SJK (C) daerah Papar, Sabah. 9 orang peserta kajian
terdiri daripada kaum Dusun, Kadazan, Cina dan Sino-Native. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes; satu kes
satu tempat. Data dikutip menggunakan beberapa instrumen kajian seperti
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Menerusi dapatan kajian,
murid bukan penutur natif Tahun 3 masih belum menguasai kemahiran
membaca Bahasa Melayu sepenuhnya terutamanya dari aspek sebutan,
kelancaran dan pemahaman membaca. 44.4% peserta kajian mencapai
Tahap Penguasaan 2 manakala 22.2% mencapai Tahap Penguasaan 4.
33.3% selebihnya mencapai Tahap Penguasaan 5. Faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu
murid bukan penutur natif ialah persekitaran sekolah, bahasa komunikasi
seharian serta taraf sosioekonomi keluarga. Implikasi kajian menunjukkan
persekitaran sekeliling murid mempengaruhi sebahagian besar penguasaan
murid dalam pendidikan. Maka, guru serta ibu bapa haruslah bekerjasama
untuk memastikan murid bukan penutur natif dapat menguasai kemahiran
membaca Bahasa Melayu agar dapat memahami serta menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih cekap dan efisien.
Kata Kunci: Kemahiran membaca; tahap penguasaan; Bahasa Melayu; murid
bukan penutur natif; faktor mempengaruhi
v
ABSTRACT
Reading skill is the basic skill in Malay Language that must be mastered by all
school children in Malaysia. The purpose of this study is to identify the level of
mastery reading skill and to find out the influencing factors of the mastery
reading skill of Year 3 non-native speaker students in a SJK (C), Papar, Sabah.
9 respondents consist of Dusun, Kadazan, Chinese and Sino-Native speakers.
This study applies a qualitative approach through a case study method; single
case-single site. Data were collected by using several study instruments such
as document analysis, observation, and interviews. Research findings showed
that there were problems of Year 3 non-native speakers in mastering the
reading skill which are wrong pronunciation of certain words; less fluent and
not mastering the reading comprehension. 44.4% of respondents achieved
Band 2 while 22.2% of the respondents achieved Band 4 and 33.3% achieved
Band 5. Factors that influence the stage of mastery reading skill of Year 3 non-
native speakers are the school environment, language of the daily speech and
the socioeconomic background of the family. The implication of the study show
that the surrounding highly affecting the stage of mastery reading skill in Malay
Language. Therefore, teachers and parents must cooperate to ensure that
non-native speakers’ students can master the reading skills in Malay
Language so they can understand and apply Malay Language as their second
language efficiently.
Key Words: Reading skill; level of mastery; Malay Language; non-native
speaker students; influencing factors
vi
KANDUNGAN
ISI KANDUNG HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI GAMBAR xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
xv
BAB 1: PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Pernyataan Masalah 2
1.2 Tujuan, Objektif Dan Persoalan Kajian 4
1.2.1 Tujuan 4
1.2.2 Objektif 4
1.2.3 Persoalan 5
1.3 Kerangka Konseptual Kajian 5
1.4 Skop Kajian Dan Batasan Kajian 7
1.4.1 Skop Kajian 7
1.4.2 Batasan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Definisi Operasional 10
1.7 Rumusan 12
vii
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 13
2.0 Pengenalan 13
2.1 Teori Kajian 15
2.2 Dapatan Kajian Lalu 17
2.3 Fokus Kajian 17
2.4 Rumusan
19
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 19
3.0 Pengenalan 21
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Persampelan 22
3.3 Instrumen Kajian 23
3.3.1 Analisis Dokumen 23
3.3.2 Pemerhatian 24
3.3.3 Temu Bual 26
3.4 Prosedur Kajian 27
3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 30
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 30
3.7 Prosedur Penganalisisan Data
3.8 Rumusan 31
31
BAB 4: DAPATAN DAN PERBINCANGAN 33
4.0 Pengenalan 34
4.1 Analisis Data
4.1.1 Demografi Peserta Kajian 34
4.1.2 Tahap Penguasaan Kemahiran 37
Membaca Bahasa Melayu 38
4.1.2.1 Analisis Dokumen
4.1.2.2 Pemerhatian
4.1.2.3 Temu Bual Separa
viii
Berstruktur 41
4.1.3 Faktor Yang Mempengaruhi
41
Tahap Penguasaan 42
4.1.3.1 Analisis Dokumen
4.1.3.2 Analisis Temu Bual 52
Separa Berstruktur
4.1.3.3 Senarai Semak 56
Pemerhatian 56
4.2 Dapatan Kajian 58
4.2.1 Demografi Peserta Kajian 65
4.2.2 Persoalan Kajian Pertama 73
4.2.3 Persoalan Kajian Kedua 82
4.3 Perbincangan
4.4 Rumusan 83
83
BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI 84
5.0 Pendahuluan 86
5.1 Kesimpulan 88
5.2 Cadangan
5.3 Implikasi 89
5.4 Rumusan 96
RUJUKAN
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN
1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran 3
2 Teori Perkembangan Havighurst 13
3 Reka Bentuk Kajian 19
4 Carta Gantt Kajian Kes 29
5 Matriks Pengumpulan Data 32
6 Murid Tahun 3 33
7 Murid Bukan Penutur Natif Tahun 3 33
8 Standard Prestasi 35
9 Analisis PBD Kemahiran Membaca 36
10 Analisis Pemerhatian 37
11 Analisis Temu Bual 38
12 Analisis Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga 41
13 Tema Status Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga 42
14 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan 42
(S1)
15 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan 45
(S2)
16 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan 46
(S3)
17 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan 48
(S4)
18 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan 50
(S5)
19 Analisis Senarai Semak Pemerhatian 52
20 Standard Prestasi 58
21 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca 59
Bahasa Melayu
x
22 Kod Tema Kesalahan Sebutan Peserta Kajian 60
23 Analisis Kesalahan Sebutan Peserta Kajian 61
xi
SENARAI RAJAH
RAJAH HALAMAN
1 Kerangka Konsep Kajian 5
2 Pensampelan 21
3 Triangulasi Kaedah 31
4 Murid Bukan Penutur Natif Tahun 3 56
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN HALAMAN
A Surat Kebenaran Penyelidikan KPM 96
B Surat Kebenaran Penyelidikan IPGM 97
C Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga 98
D Kesahan Kajian 99
E Instrumen Analisis Dokumen 100
F Instrumen Borang Senarai Semak 101
Pemerhatian
G Instrumen Pemerhatian 102
H Borang Penilaian Tahap Kemahiran Membaca 103
I Instrumen Temu Bual Separa Berstruktur 104
J Teks Biar Lambat, Asal Selamat 105
K Teks Beriadah Bersama Keluarga 106
L Transkripsi Temu Bual Separa Berstruktur 107
xiii
SENARAI GAMBAR HALAMAN
66
GAMBAR 67
1 Tingkah Laku Positif PK1 70
2 Tingkah Laku Positif PK2 70
3 PK5 Berbincang dalam Bahasa Ibunda
4 PK9 Berbincang dalam Bahasa Ibunda
xiv
SINGKATAN SENARAI SINGKATAN
BB
BC MAKSUD
BBM Bahagian B
DSKP Bahagian C
KPM Bahan bantu mengajar
LCD Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
NILAM Kementerian Pendidikan Malaysia
PBD Liquid Crystal Display
PdP Nadi Ilmu Amalan Membaca
PK1 Pentaksiran Bilik Darjah
PK2 Pengajaran dan Pembelajaran
PK3 Peserta Kajian 1
PK4 Peserta Kajian 2
PK5 Peserta Kajian 3
PK6 Peserta Kajian 4
PK7 Peserta Kajian 5
PK8 Peserta Kajian 6
PK9 Peserta Kajian 7
S1 Peserta Kajian 8
S2 Peserta Kajian 9
S3 Soalan 1
S4 Soalan 2
S5 Soalan 3
SJKC Soalan 4
TP Soalan 5
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Tahap Penguasaan
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
murid-murid di seluruh Malaysia. Seseorang murid dikatakan telah menguasai
kemahiran membaca jika dapat membunyikan perkataan, menggunakan
intonasi serta jeda yang betul dan lancar membaca. Membaca bertujuan untuk
memahami teks dan memberi makna kepada pembaca (Yahya Othman, 2005)
serta meningkatkan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
bacaan dalam diri seseorang murid (Abdul Rasid Jamian, 2011). Namun,
masalah penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu semakin
berleluasa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana murid-murid
bukan penutur natif masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda.
Isu penguasaan kemahiran membaca ini turut dikesan semasa
Praktikum Fasa I yang lalu di sebuah SJKC di daerah Papar. Murid bukan
penutur natif dilihat masih lagi lemah dalam menguasai kemahiran membaca
berdasarkan analisis dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD telah
menjadi kayu ukur kemenjadian murid sejak diperkenalkan pada tahun 2017
(Arumugham, 2019). Asyikin Asmin (2022) menyatakan bahawa negeri Sabah
merupakan negeri tertinggi murid gagal kuasai 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Kajian lalu juga mendapati bahawa murid bukan penutur natif
masih mengalami masalah dalam menguasai kemahiran membaca dalam
bahasa Melayu. Hal ini kerana mereka dipengaruhi oleh faktor persekitaran
yang menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
adalah terhad. Perkara ini turut disokong oleh Indam (2015) yang menyatakan
1
bahawa persekitaran murid iaitu ibu bapa, guru dan pihak sekolah merupakan
faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu terutamanya
kemahiran membaca murid bukan penutur natif.
Masalah yang timbul ini perlu dipandang serius dan dikaji degan lebih
terperinci agar murid bukan penutur natif mendapat peluang pendidikan sama
rata seperti murid-murid yang lain. Keupayaan murid dalam menguasai
kemahiran membaca amat penting agar mereka dapat menguasai ilmu dan
kemahiran seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Yueh, Lambri dan Kiting, 2020). Maka, sebuah kajian kes dilaksanakan di
sebuah SJKC yang dipilih untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
membaca murid bukan penutur natif Tahun 3 serta faktor yang
mempengaruhinya.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Hasil pemerhatian dan penelitian sepanjang Praktikum Fasa I yang lalu,
didapati bahawa murid bukan penutur natif masih belum menguasai
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Mereka masih dipengaruhi oleh
bahasa ibunda yang dapat dilihat dari segi sebutan, bacaan dan pemahaman
dalam Bahasa Melayu. Persekitaran bahasa seseorang kanak-kanak masih
didominasi oleh bahasa ibunda mereka (Zamri Mahmood et al., 2016).
Penguasaan Bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan murid bukan
penutur natif ini telah menyukarkan guru dalam mencapai objektif sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dirancang. Murid bukan penutur
natif masih belum menguasai kemahiran membaca dalam bahasa Melayu
sepenuhnya kerana belum lancar membaca, kurang faham istilah serta
2
beberapa perkataan asas dalam Bahasa Melayu. Perkara ini turut disokong
oleh Mohamad Hafiz Mohamad Tarmizi (2016) yang menyatakan bahawa
tahap penguasaan dalam kemahiran membaca murid bukan penutur natif
masih pada tahap yang rendah meskipun mereka mampu mengenali serta
membunyikan sesebuah perkataan dalam ayat atau teks yang dibaca.
Sebuah sekolah SJKC di daerah Papar, Sabah telah dipilih untuk
melaksanakan kajian kes ini. Hal ini untuk mengenal pasti tahap penguasaan
serta faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu murid bukan penutur natif Tahun 3 di sekolah
tersebut. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dirujuk
dalam melaksanakan kajian adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran iaitu seperti dalam Jadual 1 berikut.
Jadual 1
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.1 Asas membaca dan 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul,
memahami intonasi yang sesuai dan memahami; iii)
teks
Dapatan kajian akan dianalisis dengan terperinci bagi menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan. Seterusnya cadangan akan dikemukakan hasil
daripada dapatan kajian untuk membantu penguasaan kemahiran membaca
dalam kalangan murid bukan penutur natif.
3
1.2 TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
1.2.1 TUJUAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran membaca serta mengetahui faktor yang mempengaruhi
tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu murid
bukan penutur natif Tahun 3 di sebuah SJKC di daerah Papar, Sabah.
1.2.2 OBJEKTIF
Berdasarkan kajian ini, objektif utama penyelidikan adalah untuk
mengetahui tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa
Melayu murid bukan penutur natif di sebuah SJKC di daerah Papar,
Sabah. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca dalam
Bahasa Melayu murid bukan penutur natif Tahun 3 di sebuah
SJKC di daerah Papar, Sabah.
ii. Mengetahui faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca murid bukan penutur natif
Tahun 3 di sebuah SJKC di daerah Papar, Sabah.
4
1.2.3 PERSOALAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa
Melayu murid bukan penutur natif di sebuah SJK (C) di daerah
Papar, Sabah?
ii. Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu murid
bukan penutur natif di sebuah SJK (C) di daerah Papar, Sabah?
1.3 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 1
Kerangka Konsep Kajian
Tahap Penguasaan Kemahiran
Membaca dalam Bahasa
Melayu
Murid Bukan • Analisis Mempengaruhi
Penutur Natif Dokumen
Faktor Persekitaran
Tahun 3 • Pemerhatian (Teori Perkembangan
• Temu Bual
Havighurst)
5
Kerangka konseptual merupakan suatu bentuk kerangka konsep yang
menerangkan secara ringkas tentang bentuk kajian, hala tuju serta perjalanan
kajian yang dilaksanakan. Kerangka konseptual ini menjadi panduan kepada
kajian yang dilaksanakan (Wilkinson, 1991:96).
Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual yang digunakan dalam
kajian kes ini. Kajian bertumpu kepada tahap penguasaan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu serta faktor persekitaran yang
mempengaruhinya. Faktor persekitaran turut dikenal pasti dalam kajian untuk
melihat sejauh mana faktor tersebut mempengaruhi penguasaan kemahiran
membaca murid bukan penutur natif.
Strategi triangulasi kaedah diaplikasikan dalam kajian agar pengkaji
dapat menjelaskan dapatan kajian kualitatif berbentuk deskriptif dengan lebih
jelas dan kukuh. Data kajian kualitatif berbentuk deskriptif merupakan kata-
kata atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang diamati (Taylor dan
Bogdan, 1984). Di samping itu, kesahan dan kebolehpercayaan dapatan
kajian juga dapat dipertingkatkan kerana pelbagai instrumen digunakan dalam
membuktikan masalah yang dikaji menerusi sebuah kajian kes.
Kesimpulannya, kerangka konseptual kajian merupakan gambaran
perjalanan kajian. Pengkaji boleh merujuk kerangka konseptual kajian untuk
memastikan kajian yang dilaksanakan berada pada landasan yang tepat dan
selari dengan objektif kajian.
6
1.4 SKOP KAJIAN DAN BATASAN KAJIAN
Skop kajian dan batasan kajian perlu diteliti dengan baik agar memudahkan
pengkaji melaksanakan kajian ke atas peserta kajian yang memiliki ciri-ciri
yang dipilih.
1.4.1 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini berfokus kepada tahap penguasaan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu serta faktor persekitaran yang
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca murid bukan
penutur natif di sebuah SJK (C) di daerah Papar, Sabah.
1.4.2 BATASAN KAJIAN
Berikut merupakan batasan kajian:
i. Dapatan kajian kes ini terbatas kepada sebuah sekolah SJKC di
daerah Papar, Sabah sahaja.
ii. Kajian kes dilaksanakan ke atas murid Tahun 3 sahaja.
iii. Peserta kajian terdiri daripada 9 orang murid bukan penutur natif
Tahun 3 sahaja.
iv. Tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu
diuji berdasarkan teks yang disediakan sahaja.
v. Tempoh kajian adalah sepanjang waktu yang diperuntukkan
oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.
7
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian kes yang dilaksanakan ini mendatangkan manfaat kepada beberapa
pihak. Kepentingan kajian kes ini dapat dilihat dalam konteks murid, guru,
pihak sekolah dan pengkaji lain.
Pertama sekali iaitu dalam konteks murid, kajian ini membolehkan
murid bukan penutur natif mengetahui dan peka akan tahap penguasaan
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu yang sedia ada. Justeru, dapatan
kajian akan dapat memotivasikan mereka untuk memperbaiki tahap
penguasaan dari semasa ke semasa. Tahap motivasi murid seringkali menjadi
faktor yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam pembelajaran (Lily
Hanefarezan et al,. 2018; Muhammad Ikmal et al., 2018). Jika memiliki tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu yang sangat rendah,
murid boleh berusaha dengan lebih baik dengan bimbingan rakan, guru
mahupun ibu bapa untuk menguasai kemahiran membaca yang lebih baik.
Bagi murid yang telah mencapai tahap penguasaan yang baik, mereka juga
diberi galakkan untuk meningkatkan penguasaan ke tahap yang lebih baik
agar semakin fasih membaca dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya, guru juga dapat memanfaat hasil kajian kes yang
dilaksanakan dengan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca murid dalam Bahasa Melayu. Sebagai
seorang guru yang kreatif dan inovatif, sebuah sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang menarik perlulah dirancang dengan rapi dan teliti
untuk mengatasi masalah yang mempengaruhi tahap penguasaan sedia ada
murid dalam kemahiran membaca. Guru yang kreatif dalam mendidik akan
memudahkan murid untuk memahami seterusnya mempelajari sesebuah
8
kemahiran (Abdul Rasid Jamian et al., 2012). Dalam memantapkan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu bagi murid bukan penutur natif, guru boleh
mengaplikasikan strategi pengajaran terbeza mengikut kemampuan dan
tahap penguasaan murid. Strategi terbeza ini merupakan kaedah pendekatan
pengajaran yang memenuhi keperluan pembelajaran setiap murid yang
berbeza aras kognitif agar mampu belajar secara optimum (Zamri Mahamod,
2014).
Selain itu, pihak sekolah juga dapat membantu guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengatasi masalah yang dihadapi dan
membuka ruang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antara penyelesaian
yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah mengadakan kempen
membaca dalam Bahasa Melayu dan amalan membaca buku Bahasa Melayu
untuk murid-murid di sekolah. Amalan membaca ini dapat membantu murid
meningkatkan pengetahuan serta penguasaan dalam sesebuah bidang
(Chettri dan Rout, 2013). Pihak sekolah juga digalakkan untuk menyediakan
bahan bantu mengajar (BBM) tambahan kepada guru Bahasa Melayu untuk
memudahkan proses PdP berlangsung. BBM dari segi peralatan elektronik
seperti paparan LCD atau smart whiteboard juga boleh disediakan agar guru
dapat mengimplementasikan bahan berasaskan teknologi yang lebih interaktif
dalam sesi PdP. PdP yang interaktif akan mudah menarik minat murid untuk
belajar. Pernyataan ini turut disokong oleh Jamalluddin Harun dan Zaidatun
Tasir (2000) yang menyatakan penggunaan multimedia interaktif mampu
memberi kesan positif terhadap penglibatan pelajar.
Di samping itu, kajian kes yang dilaksanakan ini turut dapat memberi
manfaat kepada pengkaji-pengkaji lain. Dapatan kajian seperti tahap
9
penguasaan membaca, isu-isu, pendapat-pendapat, faktor serta cara
pengolahan kajian boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan untuk
memantapkan kajian yang dilaksanakan. Malah, fokus utama persoalan kajian
yang dijawab secara deskriptif boleh dijadikan sebagai panduan penyelidikan
yang berkait dengan kemahiran membaca dalam kalangan murid bukan
penutur natif. Pengkaji lain juga boleh memahami idea asas dalam
melaksanakan kajian kes terutamanya berkaitan murid bukan penutur natif di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Secara keseluruhannya, kajian kes ini sangat penting dan bermanfaat
buat para murid, guru, pihak sekolah serta pengkaji-pengkaji lain yang bakal
melaksanakan kajian dalam konteks yang sama pada masa akan datang.
Malah, hasil dapatan kajian boleh dijadikan sebagai rujukan serta asas untuk
para murid lebih menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu serta
menjadi penanda aras buat guru-guru yang berfungsi sebagai individu yang
membantu dalam membentuk kemenjadian murid di sekolah.
1.6 DEFINISI OPERASIONAL
Definisi operasional merupakan sebuah pernyataan secara jelas tentang
definisi sesebuah istilah yang diguna pakai dalam kajian yang dilaksanakan.
Fungsi definisi operasional adalah untuk menjadikan kajian lebih berfokus dan
jelas (Mazlan Ismail, 2016). Dalam kajian kes ini, terdapat beberapa istilah
yang digunakan iaitu tahap penguasaan, kemahiran membaca dan murid
bukan penutur natif.
10
Tahap penguasaan merujuk kepada kecekapan seseorang dalam
melakukan sesuatu. Pernyataan ini disokong oleh Mahamod et al., (2021)
yang mendefinisikan tahap penguasaan sebagai satu bentuk pernyataan
pencapaian yang menunjukkan perkembangan murid. Dalam konteks kajian
kes ini, tahap penguasaan merupakan tahap kemahiran membaca murid yang
diukur berdasarkan Tahap Penguasaan 1 sehingga 6 seperti yang termaktub
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Pelbagai spesifikasi dinyatakan untuk menilai tahap
penguasaan murid antaranya ialah mampu membaca dengan sebutan yang
betul dan intonasi yang sesuai pada tahap sangat terhad, terhad, memuaskan,
kukuh, terperinci atau sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.
Tahap penguasaan kemahiran membaca murid bukan penutur natif akan diuji
berdasarkan pembacaan teks, penggunaan instrumen pemerhatian serta
analisis dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Kemahiran membaca pula merupakan antara 3 kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid. Kemahiran membaca merupakan sumber
pengetahuan serta asas pembentukan diri murid ke arah memperoleh ilmu
pengetahuan. Menerusi kemahiran membaca, murid akan dapat menimba
ilmu pengetahuan baharu seterusnya memperluaskan idea serta jaringan
pemikiran yang sedia ada. Di samping itu, kemahiran membaca juga dapat
membantu dalam memperluaskan kosa kata terutamanya dalam Bahasa
Melayu. Dalam kajian kes yang dilaksanakan ini, tahap penguasaan
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu diuji berdasarkan teks yang
disediakan oleh pengkaji. Aspek-aspek yang diuji ialah kelancaran, kefasihan
dan kefahaman dalam membaca teks yang disediakan.
11
Definisi operasional yang seterusnya ialah murid bukan penutur natif.
Asmah Omar (1987) mendefinisikan bukan penutur natif sebagai bangsa yang
mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan menggunakan bahasa kedua
yang berbeza. Maksudnya, bahasa utama bagi murid bukan penutur natif ialah
bahasa ibunda mereka sendiri. Contohnya, bahasa ibunda bagi murid kaum
Cina ialah bahasa Cina yang digunakan dalam berkomunikasi dalam
kehidupan seharian. Dalam konteks kajian kes ini, murid bukan penutur natif
merupakan murid yang selain dari kaum Melayu iaitu kaum Cina, Kadazan,
Dusun dan Sino-Native di sebuah SJKC di daerah Papar, Sabah.
1.7 RUMUSAN
Tuntasnya, pernyataan masalah, tujuan, objektif, persoalan kajian, skop dan
batasan kajian, kepentingan serta definisi operasional merupakan elemen
penting dalam menjalankan sebuah kajian kes. Menurut konteks kajian, kajian
kes yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu murid bukan penutur natif serta
faktor persekitaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran tersebut di
sebuah SJKC di daerah Papar, Sabah.
12
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
Dalam bab ini, perbincangan adalah berfokus kepada kajian lampau berkaitan
dengan tahap penguasaan kemahiran berbahasa Melayu serta faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap penguasaan tersebut terutamanya dalam
kalangan murid bukan penutur natif Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
2.1 TEORI KAJIAN
Jadual 2
Teori Perkembangan Havighurst
Peringkat Umur Perkembangan Tugasan
Lahir hingga awal 0 – 6 tahun • Belajar makan makanan
kanak-kanak pepejal
• Berjalan, bercakap
• Belajar perbezaan jantina
• Membentuk konsep ‘betul’
dan ‘salah’
Kanak-kanak 6 – 12 tahun • Belajar kemahiran fizikal
untuk bermain
• Membentuk konsep diri yang
sihat
13
• Menguasai kemahiran 3M –
membaca, menulis dan
mengira
Awal remaja dan remaja 12 – 18 tahun • Menggunakan fungsi badan
dan deria dengan berkesan
• Belajar tanpa bantuan
• Mengurus kewangan peribadi
Robert Havighurst merupakan pengasas kepada Teori Perkembangan
Havighurst yang menyatakan persekitaran mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak secara berterusan. Interaksi seseorang individu dengan
persekitaran berlaku secara perlahan dan berterusan (Ahmad Rizal et al.,
2015). Havighurst (1967) berpendapat bahawa perkembangan manusia
adalah menerusi tiga tahap utama iaitu tahap kanak-kanak, remaja dan
dewasa seperti yang dimuatkan dalam Jadual 2.
Dalam kajian ini, perkembangan pada tahap kanak-kanak merupakan
fokus utama. Kajian kes ini melihat perkaitan antara tahap penguasaan
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu dan faktor persekitaran yang
memberi impak kepada tahap penguasaan kemahiran membaca para peserta
kajian yang terdiri daripada murid bukan penutur natif Tahun 3.
14
2.2 DAPATAN KAJIAN LALU
Berdasarkan kajian lalu, didapati bahawa murid bukan penutur natif masih lagi
lemah dalam kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Kecekapan
berbahasa murid bukan penutur natif lazimnya dikuasai menerusi
pembelajaran formal di sekolah (Zulkifley Hamid, 2014). Mereka mempelajari
bahasa kedua selain bahasa ibunda menerusi pengajaran guru serta
berkomunikasi secara informal di sekolah. Penguasaan kemahiran dalam
Bahasa Melayu hanya dicapai jika dipraktikkan sejak awal perkembangan
kanak-kanak bagi membentuk kebiasaan dalam kehidupan seharian. Sejak
kebelakangan ini, pencapaian Bahasa Melayu di SJK dilihat kian merosot
kerana kelunturan penguasaan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu.
Buktinya, menurut Nora’Azian Nahar (2020), sebanyak 39.6% murid bukan
penutur natif di SJK yang dipilih masih kurang lancar dalam kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu.
Murid penutur natif sememangnya menghadapi masalah untuk
menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan
masyarakat peribumi mempunyai pelbagai latar belakang, corak kehidupan,
bentuk kebudayaan, adat resam dan gaya hidup yang mempengaruhi
penguasaan berbahasa Melayu. Maka penggunaan bahasa Melayu secara
tidak langsung tidak dititikberatkan dalam kehidupan seharian mereka.
Rentetan daripada perkara ini, penguasaan murid dalam kemahiran membaca
dalam Bahasa Melayu telah terjejas dan merudum. Perkara ini turut disokong
oleh Tay dan Wong (2016) yang menyatakan murid bukan penutur natif tidak
meminati Bahasa Melayu kerana tidak menarik, bosan dan tidak faham.
15
Kemahiran berbahasa Melayu juga merupakan kemahiran penting
yang perlu dikuasai oleh murid bukan penutur natif untuk kelangsungan hidup
pada masa hadapan terutamanya apabila telah menginjak dewasa kelak.
Perkara ini turut disokong oleh Fa’izah et al. (2009) yang berpendapat bahawa
kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu wajib dikuasai oleh seluruh murid
untuk kelangsungan hidup dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
Namun, trend terkini dilihat semakin banyak generasi muda terutamanya
murid sekolah bukan penutur natif kurang fasih bertutur dan membaca dalam
Bahasa Melayu. Teo (2014) mendapati generasi muda terutamanya bukan
Melayu masih kurang menguasai Bahasa Melayu dan tidak boleh bertutur
dalam Bahasa Melayu. Keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan murid
bukan penutur natif masih lagi lemah dalam kemahiran bertutur kerana masih
kurang petah, kurang fasih dan tidak lancar bertutur dalam Bahasa Melayu.
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam menarik minat
murid bukan penutur natif untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Di sekolah, guru-guru Bahasa Melayu perlu menerapkan pelbagai
kaedah pengajaran untuk mengelak murid terutamanya murid bukan penutur
natif berasa bosan kerana kurang penglibatan semasa sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Kaedah pengajaran guru yang tidak berpusatkan murid
bukan sahaja mengakibatkan masalah murid pasif tetapi juga menyebabkan
murid bosan dan tidak mengingati apa yang telah dipelajari (Ngui dan
Nurfaradilla, 2021; Nur Shahirah dan Zamri, 2021). Maka, guru perlu
membentuk pengajaran berpusatkan murid yang berkesan dalam
meningkatkan kemahiran membaca dan memotivasikan murid mempelajari
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
16
2.3 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah tentang tahap penguasaan kemahiran membaca murid
bukan penutur natif dalam Bahasa Melayu serta faktor yang
mempengaruhinya. Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) yang dipilih di daerah Papar, Sabah. Sebuah teori diaplikasikan
semasa pelaksanaan kajian iaitu Teori Perkembangan Havighurst yang
diasaskan oleh Robert Havighurst. Teori tersebut menekankan pengaruh
persekitaran ke atas perkembangan kanak-kanak yang terbahagi kepada tiga
iaitu Peringkat Bayi dan Awal Kanak-Kanak (0 sehingga 6 tahun), Peringkat
Pertengahan Kanak-Kanak (6 sehingga 12 tahun) dan Peringkat Awal Remaja
dan Remaja (12 sehingga 18 tahun). Dalam konteks kajian ini, perkembangan
kanak-kanak dilihat dari segi Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak (6
sehingga 12 tahun). Berdasarkan teori, kanak-kanak mula menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahap ini.
Namun, tahap penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut dipengaruhi oleh
persekitaran kanak-kanak.
2.4 RUMUSAN
Tuntasnya, Bab 2 ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang teori kajian
serta fokus kajian yang dilaksanakan. Teori kajian yang digunakan ialah Teori
Perkembangan Havighurst yang menyatakan perkembangan kanak-kanak
turut dipengaruhi oleh faktor persekitarannya. Fokus kajian pula adalah
berkaitan tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu serta faktor
persekitaran yang mempengaruhi dalam kalangan murid bukan penutur natif
17
Tahun 3. Teori kajian dan fokus kajian saling berkait rapat dalam menjawab
persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam kajian.
18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan secara lebih terperinci tentang reka bentuk
kajian dan pensampelan. Selain itu, pengkaji turut membincangkan tentang
instrumen kajian, prosedur kajian serta penganalisisan data kajian secara
lebih terperinci.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Jadual 3
Reka Bentuk Kajian
Reka Bentuk Kajian Strategi Kajian Instrumen Kajian
• Analisis Dokumen
Kualitatif Kajian Kes • Pemerhatian
• Temu bual
Reka bentuk kajian yang dilaksanakan ini merupakan sebuah kajian kualitatif
yang berasaskan kajian kes seperti yang dimuatkan dalam Jadual 3. Robson
(2011) mendapati kajian kualitatif mula mendapat tempat dan digemari oleh
pengkaji sejak awal 1990-an. Pengkaji lebih mudah untuk membuat perkaitan
dan kesimpulan berdasarkan data yang telah dikutip. Perkara ini disokong oleh
Merriam (2002) dan Creswell (2007) dengan menyatakan kajian kes
digunakan untuk mengumpul data kualitatif agar lebih memahami fenomena
yang dikaji. Jenis kajian kes yang dilaksanakan ialah kajian kes, satu kes satu
19
tempat (single case single site). Dalam konteks kajian ini, penyelidik dapat
merungkai faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu murid bukan penutur natif Tahun 3 di sebuah
sekolah yang dikaji.
Kajian ini menggunakan tiga instrumen kajian iaitu analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Analisis dokumen merupakan
instrumen yang membolehkan pengkaji menganalisis dokumen bercetak yang
mengandungi pelbagai mesej dan maklumat. Mesej tersebut merujuk kepada
kandungan teks pada perkataan, idea, tema atau apa-apa mesej yang telah
dicetak (Sabitha, 2009; Babbie, 2010). Dokumen-dokumen yang dianalisis
adalah data maklumat murid dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk
mendapat maklumat-maklumat berkaitan dengan kaum, pekerjaan ibu bapa,
tahap penguasaan dalam Bahasa Melayu serta faktor yang mempengaruhi
penguasaan kemahiran membaca murid bukan penutur natif. Instrumen yang
kedua ialah pemerhatian yang dilaksanakan ke atas peserta kajian yang
dipilih. Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas sesi PdP guru Bahasa
Melayu serta semasa peserta kajian membaca teks yang disediakan.
Instrumen yang ketiga ialah temu bual separa berstruktur di mana pengkaji
akan menemu bual peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang diingini
untuk menjawab persoalan kajian.
Secara keseluruhannya, reka bentuk kajian yang digunakan ialah
kajian kualitatif berasaskan kajian kes, satu kes satu tempat (single case
single site). Triagulasi kaedah digunakan untuk menilai dapatan kajian dengan
lebih terperinci dan mengukuhkan hasil dapatan kajian. Perkara ini turut
disokong oleh Jasmi (2012) yang menyatakan lagi banyak data
20
ditriangulasikan maka lagi tinggi ketepatan data dan keesahan maklumat yang
didapati.
3.2 PENSAMPELAN
Rajah 2
Pensampelan
Populasi
Sampel
Kaedah pensampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari
suatu populasi atau juzuk (Marshall, 1996). Pensampelan bagi kajian kualitatif
adalah berdasarkan perkaitannya kepada kajian yang dijalankan. Bilangan
peserta kajian tidak ditetapkan secara khusus dalam kajian kes. Merujuk
Rajah 2 bagi kajian kes ini, populasi mewakili murid yang bersekolah di sebuah
SJKC di daerah Papar, Sabah secara keseluruhan. Sampel pula merupakan
9 orang murid bukan penutur natif Tahun 3 di sebuah SJKC di daerah Papar,
Sabah. Sampel dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan
dalam batasan kajian.
21
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian merupakan aspek yang penting dalam usaha menjawab
persoalan kajian yang dikemukakan. Pengkaji perlu membuat pilihan yang
tepat dan terperinci dalam memilih instrumen kajian agar dapat mengumpul
data yang diinginkan bagi mencapai objektif kajian. Terdapat beberapa
instrumen yang digunakan dalam kajian kes ini iaitu analisis dokumen,
pemerhatian serta temu bual ke atas peserta kajian iaitu murid bukan penutur
natif Tahun 3.
3.3.1 ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen merupakan suatu bentuk analisis terhadap bahan
bercetak atau bahan elektronik yang memerlukan pembacaan dan
penelitian yang mendalam untuk mendapatkan data sebagai sokongan
tambahan. Perkara ini turut dinyatakan oleh Yin (2003) bahawa analisis
dokumen merupakan suatu instrumen sebagai sokongan dan bukti
tambahan daripada sumber lain seperti bahan bercetak.
Dalam kajian kes ini, dokumen yang dianalisis ialah data
maklumat murid yang mengandungi nama murid, kaum, maklumat ibu
bapa atau penjaga serta pekerjaan ibu bapa atau penjaga. Selain itu,
dokumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga turut dianalisis bagi
melihat sejauh mana tahap penguasaan murid bukan penutur natif
Tahun 3 dalam Bahasa Melayu. Sebelum membuat analisis, pengkaji
terlebih dahulu meminta izin pihak sekolah untuk menganalisis
dokumen yang dinyatakan.
22
3.3.2 PEMERHATIAN
Kidder (1981) menyatakan pemerhatian dianggap sebagai alat kajian
apabila digunakan untuk mencapai objektif kajian, dirancang dengan
rapi dan direkod secara sistematik. Kebiasaannya, ciri-ciri yang
diperhatikan adalah sangat terperinci untuk mendapat keputusan yang
lebih tepat.
Bagi kajian kes ini, pemerhatian dijalankan ke atas sebuah sesi
PdP Bahasa Melayu Tahun 3. Pengkaji melihat tingkah laku peserta
kajian yang dikaji semasa PdP dilaksanakan dari segi interaksi antara
guru dan murid serta minat murid dalam PdP yang dilaksanakan.
Pemerhatian kemahiran membaca turut dijalankan ke atas peserta
kajian. Pengkaji akan memberi teks untuk dibaca oleh peserta kajian.
Aspek-aspek yang diberi penelitian semasa melakukan pemerhatian
ialah sebutan, kelancaran serta kefahaman terhadap teks yang dibaca.
Menerusi pemerhatian, tahap penguasaan kemahiran membaca dalam
Bahasa Melayu dapat dikelaskan berdasarkan Tahap Penguasaan 1
sehingga 6. Tahap Penguasaan 1 sehingga 6 adalah berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
3.3.3 TEMU BUAL
Temu bual merupakan perbualan antara dua orang atau lebih untuk
mendapatkan maklumat yang diinginkan. Dalam kajian kualitatif, temu
bual merupakan proses pengumpulan data yang tidak dapat
diperhatikan. Bentuk temu bual yang diaplikasikan ialah temu bual
23
separa berstruktur. Pengkaji menyoal beberapa soalan formal yang
dibina sebelum sesi temu bual dijalankan dan turut diberi kebebasan
untuk menyoal dan menjelajah dengan lebih mendalam tentang
jawapan yang diberikan oleh peserta kajian. Temu bual haruslah
dilakukan secara bersemuka agar lebih berkesan. Rohana Yusof
(2003;152) turut menyatakan bahawa pengkaji perlu menemu bual
peserta kajian secara bersemuka agar dapat penjelasan yang lebih
terperinci. Untuk menyimpan data hasil temu bual yang dijalankan,
pengkaji merakam temu bual yang dilaksanakan seterusnya membuat
transkripsi temu bual sebagai bahan bukti kajian.
3.4 PROSEDUR KAJIAN
Sebelum kajian dilaksanakan, terdapat beberapa langkah telah dirancang iaitu
dari awal sehingga akhir penulisan kajian yang lengkap. Berikut merupakan
prosedur kajian:
a) Membuat rujukan dan pembacaan untuk menentukan bidang yang
hendak dikaji.
b) Menyediakan kertas cadangan penyelidikan dan dibentangkan
seterusnya diluluskan oleh penyelia.
c) Mengemukakan permohonan kebenaran melakukan kajian di tempat
kajian berserta dengan contoh instrumen kajian kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia menerusi Institut Pendidikan Guru.
d) Membuat tinjauan awal di tempat kajian iaitu di sebuah sekolah yang
dipilih.
24
e) Membuat permohonan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
untuk melakukan kajian di sekolah yang dipilih setelah mendapat
kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
f) Selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah, penyelidik memohon kebenaran daripada pihak pentadbir
sekolah yang dipilih untuk menjalankan kajian dan menerangkan tujuan
kajian.
g) Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga bagi peserta kajian
yang dipilih kepada pihak pentadbir sekolah.
h) Menyediakan instrumen kajian seperti soalan-soalan temu bual separa
berstruktur, borang pemerhatian dan teks untuk menguji kemahiran
membaca peserta kajian yang dipilih.
i) Menyampaikan taklimat kajian dan mendapatkan persetujuan peserta
kajian.
j) Melaksanakan kajian.
k) Membuat sesi pemerhatian terhadap peserta kajian untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu menerusi
teks yang disediakan.
l) Menjalankan temu bual separa berstruktur terhadap peserta kajian
untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan
kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu.
m) Membuat transkripsi rakaman temu bual untuk menganalisis data.
25
n) Data diinterpretasi secara kualitatif untuk mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu serta faktor
yang mempengaruhinya.
o) Menyatakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu bagi murid
bukan penutur natif.
p) Menyimpulkan hasil kajian dan seterusnya menulis laporan akhir kajian.
q) Membentang hasil kajian seterusnya memurnikan laporan akhir kajian.
r) Menjilid laporan akhir kajian.
3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan elemen penting dalam kajian ini.
Elemen ini membantu pengkaji meyakinkan pembaca serta pengkaji-pengkaji
seterusnya untuk meyakini bahawa kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan
yang sah. Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan dan kebolehgunaan
(Lowe dan Abbuhl, 2001; Babin et al., 2004) manakala kebolehpercayaan
ialah konsep yang merujuk kepada ketekalan yang digunakan oleh pengkaji
dalam kajian kualitatif yang melibatkan beberapa langkah utama.
Dalam kajian kes ini, kesahan instrumen kajian dilakukan oleh penyelia
penyelidikan serta seorang pensyarah yang berpengalaman. Kedua-dua
individu tersebut menyemak semua instrumen serta memberi cadangan untuk
menambah baik instrumen sedia ada. Tindakan susulan telah dibuat oleh
pengkaji untuk menambahbaik instrumen sedia ada selari dengan komen
serta cadangan hasil perjumpaan bersama penyelia dan pensyarah yang
berpengalaman.
26
Bagi instrumen temu bual separa berstruktur, pengkaji menggunakan
pengesahan inventori untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen yang dibina. Pengesahan inventori juga digunakan bagi soalan
temu bual separa berstruktur (Mohamad Izham dan Mohamad Hamzah,
2009). Beberapa soalan temu bual telah diubahsuai dan ditambah mengikut
kesesuaian peserta kajian.
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Cara pengumpulan data bagi kajian kes ini ialah secara analisis dokumen,
pemerhatian dan temu bual separa berstruktur ke atas peserta kajian.
Pengumpulan data juga bertunjangkan objektif serta persoalan kajian yang
telah ditetapkan.
Analisis dokumen adalah berdasarkan dokumen yang dibenarkan oleh
pihak sekolah iaitu data maklumat murid serta dokumen Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD). Bagi pemerhatian pula, sebuah borang pemerhatian digunakan
bagi mengenal pasti aspek-aspek yang penting untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu berdasarkan teks
ringkas bagi murid bukan penutur natif yang dipilih. Untuk temu bual separa
berstruktur, rakaman suara atau video bergambar digunakan bagi
memudahkan penganalisisan data.
Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt) boleh dirujuk dalam Jadual 4
berikut untuk melihat pelaksanaan prosedur pengumpulan data secara lebih
terperinci dari Minggu 1 sehingga Minggu 15 pelaksanaan kajian. Jadual
Pelaksanaan Kajian ini merupakan perancangan perjalanan keseluruhan
27
kajian berdasarkan minggu. Setiap minggu pengkaji akan melakukan tugasan
berdasarkan aktiviti berdasarkan jadual yang ditetapkan.
28
Jadual 4
Carta Gantt Kajian Kes
Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Murid Bukan Penutur Natif
Tahun 3
Aktiviti Ogos 2022 September 2022 Oktober 2022 November 2022
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15
Menulis
draf
laporan
Menulis
draf laporan
Menulis
draf laporan
Mengutip data
Analisis data
Perbincangan
dapatan kajian
-Dapatan
kajian
Perbincangan
dapatan kajian
-Rumusan
Penulisan
laporan kajian
Semakan
laporan kajian
Pembentangan
laporan kajian
Pemurnian
laporan kajian
Penjilidan
Penyerahan
laporan penuh
kajian
Petunjuk:
Perancangan dan pelaksanaan
29
3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Dalam kajian kes, penganalisisan data merupakan salah satu elemen
terpenting bagi pengkaji. Data perlu dianalisis secara terperinci agar
memudahkan pengkaji untuk membuat huraian hasil dapatan kajian bagi
memenuhi objektif kajian.
Data akan dianalisis secara kualitatif yang terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu demografi murid, tahap penguasaan kemahiran membaca
dalam Bahasa Melayu serta faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca murid bukan penutur natif. Kesemua data
akan dianalisis secara deskriptif untuk menerangkan fakta serta bukti yang
diperoleh semasa mengumpul data kajian.
3.8 RUMUSAN
Kesimpulannya, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif
berasaskan kajian kes yang menggunakan beberapa instrumen seperti
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen kajian juga dititikberatkan menerusi
semakan pensyarah penyelia berdasarkan perbincangan pengkaji dan
penyelia yang diadakan secara berkala. Prosedur menjalankan kajian dan
menganalisis data kajian pula berdasarkan carta Gantt yang dibina agar
perancangan dan pelaksanaan kajian lebih teratur dan sistematik.
30
BAB 4
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.0 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang dapatan kajian serta perbincangan bagi
menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Perbincangan data kajian
dilaksanakan secara kualitatif berbentuk deskripsi untuk mengenal pasti tahap
penguasaan serta faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca murid bukan penutur natif Tahun 3 di sebuah SJKC di daerah
Papar, Sabah.
4.1 ANALISIS DATA
Pelbagai kaedah digunakan untuk mengumpul data kajian antaranya ialah
analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual separa berstruktur.
Triangulasi kaedah digunakan agar data yang dikumpul adalah lebih tepat dan
memiliki kebolehpercayaan yang tinggi. Rajah 3 memuatkan triangulasi
kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Jadual 5 pula menunjukkan analisis
ringkas dapatan kajian berserta kaedah pengumpulan data.
Rajah 3
Triangulasi Kaedah
Analisis Dokumen
Pemerhatian Temu bual
31
Jadual 5
Matriks Pengumpulan Data
Soalan Kajian Kaedah Pengumpulan Data Catatan
Analisis Pemerhat Temu
Dokumen ian Bual
Apakah tahap / / / 9 orang
penguasaan peserta
kemahiran membaca kajian
dalam Bahasa
Melayu murid bukan
penutur natif di
sebuah SJK (C) di
daerah Papar,
Sabah?
Apakah faktor yang / / / 9 orang
mempengaruhi tahap peserta
penguasaan kajian
kemahiran membaca
dalam Bahasa
Melayu murid bukan
penutur natif di
sebuah SJK (C) di
daerah Papar,
Sabah?
32
4.1.1 DEMOGRAFI PESERTA KAJIAN
Data maklumat murid telah dianalisis secara analisis dokumen untuk
mendapatkan maklumat tentang murid Tahun 3. Analisis dapatan kajian
mendapati jumlah murid Tahun 3 di sekolah kajian adalah seramai 12 orang.
75% murid Tahun 3 terdiri daripada murid bukan penutur natif manakala 25%
adalah murid penutur natif. Jadual 6 memuatkan jumlah keseluruhan murid
Tahun 3 manakala Jadual 7 memuatkan demografi peserta kajian yang terdiri
daripada kod, jantina berserta kaum.
Jadual 6
Murid Tahun 3
Murid Tahun 3
Murid Bukan Penutur Natif 9 orang
Murid Penutur Natif 3 orang
Jumlah 12 orang
Jadual 7 Kaum
Murid Bukan Penutur Natif Tahun 3 Dusun
Kod Jantina Kadazan
PK1 Lelaki Dusun
PK2 Lelaki Kadazan
PK3 Lelaki Cina
PK4 Lelaki Sino-Native
PK5 Perempuan
PK6 Perempuan
33