The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inurulquratulain, 2022-11-22 20:14:46

Nurul Quratul Ain (Kajian Kes)

PK7 Perempuan Kadazan

PK8 Perempuan Kadazan

PK9 Perempuan Cina

4.1.2 TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA
MELAYU
Kita sedia maklum bahawa murid bukan penutur natif masih kurang
menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu. Dalam konteks kajian,
pengkaji telah mendapatkan data bagi tahap penguasaan kemahiran
membaca Bahasa Melayu seterusnya ditriangulasikan bagi mendapatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data yang tinggi.

4.1.2.1 ANALISIS DOKUMEN
Analisis dokumen dijalankan agar pengkaji dapat memahami kajian dan
menganalisis dapatan kajian dengan lebih mendalam. Tujuan analisis
dokumen adalah untuk meningkatkan kefahaman pengkaji berkaitan
fenomena yang dikaji (Basri, 2012). Pihak sekolah telah memberi kebenaran
kepada pengkaji untuk meneliti dokumen berkaitan untuk menjawab persoalan
kajian iaitu dokumen Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 3. Tahap penguasaan
diukur berdasarkan standard yang ditetapkan dalam DSKP Bahasa Melayu
Sekolah Jenis Kebangsaan seperti yang dimuatkan dalam Jadual 7. Jadual 8
memuatkan tahap penguasaan kemahiran membaca peserta kajian
berdasarkan dokumen Pentaksiran Bilik Darjah.

34

Jadual 8
Standard Prestasi

TP PENYATAAN
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

1 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
yang sangat terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

2 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

3 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
memuaskan.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

4 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
kukuh.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

5 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
terperinci.

35

Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta
6 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti

dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.

Jadual 9 Catatan
Analisis PBD Kemahiran Membaca Tahun 3 Tahap terperinci
Kod Tahap Penguasaan Tahap kukuh
PK1 5 Tahap terperinci
PK2 4 Tahap kukuh
PK3 5 Tahap terhad
PK4 4 Tahap terhad
PK5 2 Tahap terhad
PK6 2 Tahap terperinci
PK7 2 Tahap terhad
PK8 5
PK9 2

Sumber: DSKP Bahasa Melayu SJK Tahun 3 (2017)

36

4.1.2.2 PEMERHATIAN

Pemerhatian telah dilaksanakan ke atas peserta kajian secara individu.

Aspek-aspek yang diberi perhatian ialah sebutan, kelancaran serta

kefahaman membaca. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapat menilai

sejauh mana tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu

murid bukan penutur natif. Semasa pemerhatian dijalankan, peserta kajian

diminta untuk membaca teks yang disediakan oleh pengkaji seterusnya

pengkaji akan menilai beberapa aspek untuk dianalisis. Pengkaji akan

merumuskan tahap penguasaan kemahiran membaca bagi menjawab

persoalan kajian. Jadual 10 memuatkan hasil pemerhatian yang dijalankan

oleh pengkaji bagi menilai tahap penguasaan kemahiran membaca peserta

kajian.

Jadual 10

Analisis Pemerhatian

Kod Jantina Kaum Aspek Pemerhatian Catatan

Sebutan Kelancaran

PK1 Lelaki Dusun 5 5 TP5

PK2 Lelaki Kadazan 4 4 TP4

PK3 Lelaki Dusun 5 5 TP5

PK4 Lelaki Kadazan 4 4 TP4

PK5 Perempuan Cina 2 2 TP2

PK6 Perempuan Sino- 2 2 TP2

Native

PK7 Perempuan Kadazan 2 2 TP2

37

PK8 Perempuan Kadazan 5 5 TP5
3 TP2
PK9 Perempuan Cina 2

4.1.2.3 TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR

Temu bual yang digunakan dalam kajian ialah temu bual separa berstruktur.

Jenis temu bual ini membolehkan pengkaji bertanya beberapa soalan lain dan

tidak terlalu mengikut skema soalan temu bual yang disediakan. Jadual 11

memuatkan analisis temu bual separa berstruktur bagi menjawab soalan

pertama. Pengkaji menilai tahap pemahaman membaca berdasarkan tahap

penguasaan ditetapkan dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Jenis

Kebangsaan seperti yang dimuatkan dalam Jadual 8.

Jadual 11

Analisis Temu Bual

Bahagian B: Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Berdasarkan

Teks

Soalan Kod Peserta Jawapan Catatan

1. PK1 Biar Lambat Asal Selamat PK1, PK2, PK3,

TB/PK1/BB/S1/120922 PK4, PK8 dan

PK2 Beriadah Bersama Keluarga PK9 dapat

TB/PK2/BB/S1/120922 menyatakan

PK3 Beriadah Bersama Keluarga tajuk teks

TB/PK3/BB/S1/120922 dengan sebutan

PK4 Biar Lambat Asal Selamat yang tepat.

38

TB/PK4/BB/S1/120922 PK5, PK6 dan

PK5 Be-ri-adah Bersama PK7

Keluarga menyatakan

TB/PK5/BB/S1/120922 jawapan yang

PK6 Bi-ra Lambat A-sal Selamat betul namun

TB/PK6/BB/S1/120922 sebutan kurang

PK7 Biar La-bat Asal Selamat tepat.

TB/PK7/BB/S1/120922

PK8 Beriadah Bersama Keluarga

TB/PK8/BB/S1/120922

PK9 Beriadah Bersama Keluarga

TB/PK9/BB/S1/120922

2. PK1 Abu pergi ke sekolah / PK1, PK3 dan

ayahnya / lambat / bersabar PK8 mencapai

agar selamat sampai. TP5 manakala

TB/PK1/BB/S2/120922 PK2 dan PK4

PK2 Ali dan keluarganya ke mencapai TP4.

Taman Rimba untuk PK7 pula

beriadah. mencapai TP3

TB/PK2/BB/S2/120922 manakala PK5,

PK3 Beriadah / keluarga Ali / PK6 dan PK9

supaya badan mereka sihat mencapai TP2.

TB/PK3/BB/S2/120922

PK4 Abu / dengan ayahnya /

terlambat

39

TB/PK4/BB/S2/120922
PK5 Saya tak tahu (berbisik)

TB/PK5/BB/S2/120922
PK6 (menggeleng kepala)

TB/PK6/BB/S2/120922
PK7 Tidak tahu..

TB/PK7/BB/S2/120922
PK8 Beriadah / Ali dan

keluarganya / supaya badan
sihat dan cergas

TB/PK8/BB/S2/120922
PK9 (menggeleng kepala)

TB/PK9/BB/S2/120922

40

4.1.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN
Faktor persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan
murid bukan penutur natif dalam menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua. Buktinya, mereka masih belum mencapai tahap penguasaan yang
memuaskan dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu.

4.1.3.1 ANALISIS DOKUMEN
Pengkaji telah mengenal pasti pekerjaan ibu bapa atau penjaga peserta kajian
menerusi dokumen data maklumat murid yang diberi oleh pihak sekolah.

Jadual 12

Analisis Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga

Kod Peserta Pekerjaan Ibu Bapa / Penjaga Catatan
Bekerja tetap
PK1 Penyelia Keselamatan (Bapa) Bekerja sendiri
Bekerja sendiri
PK2 Bekerja sendiri (Bapa) Tidak bekerja
Tidak bekerja
PK3 Bekerja sendiri (Bapa) Bekerja sendiri
Bekerja sendiri
PK4 Tidak bekerja (Ibu) Bekerja tetap
Bekerja sendiri
PK5 Tidak bekerja (Ibu)

PK6 Pemandu lori (Bapa)

PK7 Pemandu e-hailing (Bapa)

PK8 Penjawat awam (Bapa)

PK9 Mekanik (Ibu)

41

Jadual 13

Kod Tema Status Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga Peserta Kajian

Kod Tema Kod Peserta Bilangan

BT PK1, PK8 2

BS PK2, PK3, PK6, PK7, PK9 5

TB PK4, PK5 2

Jumlah 9

Berdasarkan data yang dimuatkan dalam Jadual 13, status pekerjaan
ibu bapa atau penjaga dibahagi kepada beberapa tema iaitu BT, BS dan TB.
BT bermaksud, Bekerja Tetap, BS pula Bekerja Sendiri dan TB ialah Tidak
Bekerja. Status pekerjaan ibu bapa atau penjaga bagi PK1 dan PK8 ialah
Bekerja Tetap. Status pekerjaan ibu bapa atau penjaga untuk PK2, PK3, PK6,
PK7 dan PK9 pula ialah Bekerja Sendiri manakala PK4 dan PK5 adalah Tidak
Bekerja.

4.1.3.2 ANALISIS TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR

Jadual 14

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan (S1)

Bahagian C: Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan

Bil. Soalan Kod Peserta Jawapan

1. Adakah kamu PK1 Minat / Cara guru mengajar

meminati mata TB/PK1/BC/S1/120922

pelajaran Bahasa PK2 Minat cara guru mengajar /

Melayu? kerana saya minat Bahasa

42

Nyatakan sebab Melayu, senang mahu
berdasarkan membaca, tidak susah
jawapan kamu. mendengar.

PK3 TB/PK2/BC/S1/120922
Ya / kalau Bahasa Melayu,
PK4 senang mahu faham dan tidak
PK5 susah.
PK6
PK7 TB/PK3/BC/S1/120922
Ya / sebab best... cikgu
PK8 seronok.

TB/PK4/BC/S1/120922
Tidak minat / sebab tidak tahu
Bahasa Melayu.

TB/PK5/BC/S1/120922
(geleng kepala) / saya tidak
faham Bahasa Melayu.

TB/PK6/BC/S1/120922
Suka / mahu pandai Bahasa
Melayu sebab belum berapa
faham.

TB/PK7/BC/S1/120922
Minat cara guru mengajar..
senang untuk buat dan seronok.

TB/PK8/BC/S1/120922

43

PK9 Tidak minat / Senang sikit mahu
baca tetapi saya tidak faham..
kalau translate ke Bahasa
Inggeris baru saya faham.
TB/PK9/BC/S1/120922

Tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu bagi
murid bukan penutur natif juga dipengaruhi oleh beberapa faktor persekitaran.
Beberapa soalan juga diajukan kepada peserta kajian untuk mengenal pasti
faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca dalam
Bahasa Melayu. Berdasarkan analisis dapatan data temu bual dalam Jadual
14, peserta kajian memberi pelbagai respons tentang minat mereka terhadap
mata pelajaran Bahasa Melayu. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih
mendalam dalam bahagian perbincangan.

44

Jadual 15

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan (S2)

Bahagian C: Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan

Bil. Soalan Kod Peserta Jawapan

2. Bagaimanakah PK1 Dari rumah dan sekolah.

kamu mempelajari TB/PK1/BC/S2/120922

Bahasa Melayu? PK2 Dari rumah.

TB/PK2/BC/S2/120922

PK3 Dari rumah.

TB/PK3/BC/S2/120922

PK4 Dari sekolah dan di rumah.

TB/PK4/BC/S2/120922

PK5 Dari sekolah sahaja.

TB/PK5/BC/S2/120922

PK6 Sekolah.

TB/RPK6/BC/S2/120922

PK7 Sekolah.

TB/PK7/BC/S2/120922

PK8 Rumah.

TB/PK8/BC/S2/120922

PK9 Sekolah / rumah (menggeleng

kepala)

TB/PK9/BC/S2/120922

45

Menerusi temu bual separa berstruktur yang dilaksanakan, peserta
kajian menunjukkan mereka mempelajari Bahasa Melayu dari rumah dan
sekolah. Analisis data temu bual dalam Jadual 15 menunjukkan PK1 dan PK4
mempelajari Bahasa Melayu sejak dari rumah dan di sekolah. PK2, PK3 dan
PK8 pula memang diajar Bahasa Melayu sejak dari rumah. Bagi PK5, PK6,
PK7 dan PK9, mereka hanya mempelajari Bahasa Melayu menerusi
pembelajaran di sekolah.

Jadual 16

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan (S3)

Bahagian C: Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan

Bil. Soalan Kod Peserta Jawapan

3. Apakah bahasa PK1 Bahasa Melayu / saya belum

komunikasi kamu tahu Bahasa Dusun.

di rumah? TB/PK1/BC/S3/120922

PK2 Bahasa Melayu / kalau Bahasa

Kadazan saya tahu nombor

sahaja.

TB/PK2/BC/S3/120922

PK3 Bahasa Melayu / tiada guna

Bahasa Dusun di rumah.

TB/PK3/BC/S3/120922

PK4 Bahasa Melayu

TB/PK4/BC/S3/120922

46

PK5 Bahasa Cina / di sekolah sahaja
bercakap Bahasa Melayu.
TB/PK5/BC/S3/120922

PK6 Bahasa Cina
TB/PK6/BC/S3/120922

PK7 Bahasa Melayu dan Bahasa
Cina
TB/PK7/BC/S3/120922

PK8 Bahasa Melayu / tidak bercakap
dalam Bahasa Kadazan kerana
kurang faham.
TB/PK8/BC/S3/120922

PK9 Campuran bahasa iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Cina dan
Bahasa Inggeris.
TB/PK9/BC/S3/120922

Analisis dapatan temu bual untuk soalan ketiga dimuatkan dalam
Jadual 16 menunjukkan bahasa komunikasi peserta kajian di rumah. PK1,
PK2, PK3, PK4 dan PK8 memang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi di rumah kerana mereka belum menguasai bahasa ibunda
tersendiri seperti Bahasa Dusun dan Bahasa Kadazan serta bahasa tersebut
tidak dituturkan di rumah. PK5 dan PK6 pula, mereka menggunakan Bahasa
Cina sepenuhnya untuk berkomunikasi di rumah. PK7 dan PK9 pula
menggunakan campuran bahasa untuk berkomunikasi di rumah iaitu Bahasa

47

Melayu dan Bahasa Cina bagi PK7 dan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan
Bahasa Inggeris bagi PK9.

Jadual 17

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan (S4)

Bahagian C: Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan

Bil. Soalan Kod Peserta Jawapan

4. Apakah PK1 Ibu kerani di Anti-Drugs (Anti-

pekerjaan ibu Dadah) dan abah sekuriti di

bapa / penjaga Petronas.

kamu? TB/PK1/BC/S4/120922

PK2 Ibu bapa bekerja sebagai

peniaga.

TB/PK2/BC/S4/120922

PK3 Bapa peniaga, ibu tidak bekerja.

TB/PK3/BC/S4/120922

PK4 Ibu tidak bekerja, bapa

peladang.

TB/PK4/BC/S4/120922

PK5 Ibu di rumah saja, bapa tidak

tahu.

TB/PK5/BC/S4/120922

PK6 Ibu tiada kerja, bapa kerja baiki

aircond dan bawa lori.

TB/PK6/BC/S4/120922

48

PK7 Ibu bekerja, bapa buat grab.
TB/PK7/BC/S4/120922

PK8 Ibu suri rumah, ayah bekerja di
Majlis Daerah.
TB/PK8/BC/S4/120922

PK9 Moing (nenek) saya tidak
bekerja, ibu sebagai mekanik di
Kota Kinabalu.
TB/PK9/BC/S4/120922

Faktor persekitaran seperti sosioekonomi keluarga juga memberi impak
dalam tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan
penutur natif. Sosioekonomi dapat dilihat dari segi pekerjaan ibu bapa atau
penjaga peserta kajian. Analisis data temu bual berkaitan pekerjaan ibu bapa
atau penjaga dimuatkan dalam Jadual 17. Hasil analisis temu bual
menunjukkan ibu bapa atau penjaga PK1 dan PK8 memiliki kerja tetap. Ibu
bapa atau penjaga bagi PK2, PK3, PK6, PK7 dan PK9 pula bekerja sendiri
manakala PK4 dan PK5 tidak bekerja.

49

Jadual 18

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan (S5)

Bahagian C: Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan

Bil. Soalan Kod Peserta Jawapan

5. Adakah PK1 Ada buku cerita Bahasa Melayu

disediakan bahan / ada baca di rumah.

bacaan Bahasa TB/PK1/BC/S5/120922

Melayu di rumah? PK2 Tiada.

TB/PK2/BC/S5/120922

PK3 Tiada.

TB/PK3/BC/S5/120922

PK4 Tiada.

TB/PK4/BC/S5/120922

PK5 Sikit saja / tidak pernah baca.

TB/PK5/BC/S5/120922

PK6 Tiada.

TB/PK6/BC/S5/120922

PK7 Buku cerita Bahasa Cina saja

yang ada.

TB/PK7/BC/S5/120922

PK8 Ada / sikit sahaja / selalu baca

TB/PK8/BC/S5/120922

PK9 No.. no / ada dua itu kamus lah.

TB/PK9/BC/S5/120922

50

Jadual 18 memuatkan analisis dapatan temu bual berkaitan
penyediaan bahan bacaan Bahasa Melayu di rumah. PK1 dan PK8 memiliki
bahan bacaan iaitu buku cerita Bahasa Melayu di rumah dan sering dibaca di
rumah. PK5 juga memiliki bahan bacaan Bahasa Melayu di rumah tapi tidak
pernah dibaca manakala PK7 hanya memiliki buku cerita dalam Bahasa Cina
di rumah. PK2, PK3, PK4, PK6 dan PK9 pula tidak memiliki dan tidak
disediakan bahan bacaan Bahasa Melayu di rumah.

51

4.1.2.3 SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
Pengkaji telah melakukan pemerhatian sesi PdP Bahasa Melayu di sekolah
yang dikaji. Antara aspek yang diperhatikan ke atas peserta kajian ialah dari
segi minat, penglibatan dalam kelas dan bahasa komunikasi.

Jadual 19

Analisis Senarai Semak Pemerhatian

Aspek Kod Peserta Catatan

PK PK PK PK PK PK PK PK PK

123456789

1. Minat

• Memberi / / / / X / / / / PK1, PK2,

tumpuan PK3, PK4,

semasa PK6, PK7,

guru PK8 dan

mengajar PK9

memberi

tumpuan

semasa

guru

mengajar.

• Seronok / / / / X X / / X PK1, PK2,

semasa PK3, PK4,

sesi PdP PK7 dan

PK8

52

seronok

semasa

sesi PdP.

• Bersoal / / / / X X / / X PK1, PK2,

jawab PK3, PK4,

dengan PK7 dan

guru PK8

bersoal

jawab

dengan

guru

semasa

PdP.

2. Penglibatan dalam kelas

• Aktif / / / / X X / / X PK1, PK2,

semasa PK3, PK4,

sesi PdP PK7 dan

PK8 aktif

semasa

PdP.

• Melakuka / / / / / / / / / Semua

n tugasan peserta

kajian

melakukan

tugasan.

53

• Memberi / X X / X X / / X PK1, PK4,

sumbanga PK7 dan

n idea PK8

memberi

sumbanga

n idea

semasa

PdP.

3. Bahasa Komunikasi

• Bertutur / / / / X X / / X PK1, PK2,

dalam PK3, PK4,

Bahasa PK7 dan

Melayu PK8

dengan bertutur

guru / dalam

rakan. Bahasa

Melayu

dengan

guru /

rakan.

• Bertutur X X X X / / X X / PK5, PK6

dalam dan PK9

bahasa bertutur

ibunda dalam

dengan bahasa

54

guru / ibunda
rakan.
dengan

guru /

rakan.

55

4.2 DAPATAN KAJIAN
Hasil kutipan data kajian dibincangkan dengan lebih terperinci untuk
menjawab persoalan kajian. Perbincangan adalah berkaitan murid bukan
penutur natif Tahun 3, tahap penguasaan kemahiran membaca serta faktor
yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu
murid bukan penutur natif Tahun 3

4.2.1 DEMOGRAFI PESERTA KAJIAN

Murid Penutur Natif Tahun 3
Rajah 4
Murid Bukan Penutur Natif Tahun 3

Murid Bukan Penutur Natif Tahun 3

Sino-Native
11%

Cina Kadazan
22% 45%

Dusun
22%

Kadazan Dusun Cina Sino-Native

Berdasarkan data maklumat murid, 95% populasi di kawasan kajian terdiri
daripada murid penutur natif iaitu berjumlah 147 orang. Dalam Tahun 3, 9
daripada 12 orang murid merupakan bukan penutur natif yang melambangkan
75% murid Tahun 3. 3 orang yang selebihnya iaitu 25% murid Tahun 3
merupakan penutur natif.

56

Rajah 4 memuatkan bilangan murid bukan penutur natif Tahun 3 secara
lebih terperinci mengikut kaum masing-masing. Analisis maklumat data murid
secara terperinci mendapati 45% peserta kajian adalah kaum Kadazan yang
terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kaum
Dusun pula melambangkan 22% peserta kajian iaitu sebanyak dua orang yang
terdiri daripada murid lelaki. Seterusnya, kaum Cina juga merupakan 22%
peserta kajian yang terdiri daripada murid perempuan. Sino-Native pula
mewakili 11% peserta kajian iaitu hanya seorang dan merupakan murid
perempuan.

57

4.2.2 PERSOALAN KAJIAN PERTAMA
Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Dalam kajian yang dilaksanakan, pengkaji menilai tahap penguasaan
kemahiran membaca peserta kajian berdasarkan Standard Prestasi yang
termaktub dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 3 SJK (C). Jadual 20
memuatkan spesifikasi Standard Prestasi yang menjadi kayu ukur tahap
penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur natif
Tahun 3.

Jadual 20
Standard Prestasi

TP PENYATAAN
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

1 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
yang sangat terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

2 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
terhad.
Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta

3 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti
dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
memuaskan.

58

Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta
4 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti

dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
kukuh.

Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta
5 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti

dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
terperinci.

Membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta
6 memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti

dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap
sangat terperinci, konsisten dan menjadi model teladan.

Jadual 21 memuatkan hasil dapatan kajian berkaitan persoalan pertama iaitu
tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu bagi peserta kajian.

Jadual 21

Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu

Kod Kaum Jantina Tahap Catatan

Peserta Penguasaan

PK1 Dusun Lelaki 5 Terperinci

PK2 Kadazan Lelaki 4 Kukuh

PK3 Dusun Lelaki 5 Terperinci

PK4 Kadazan Lelaki 4 Kukuh

59

PK5 Cina Perempuan 2 Terhad
Terhad
PK6 Sino- Perempuan 2
Terhad
Native Terperinci
Terhad
PK7 Kadazan Perempuan 2

PK8 Kadazan Perempuan 5

PK9 Cina Perempuan 2

Pengkaji turut menganalisis kesalahan sebutan peserta kajian. Kod
tema yang digunakan bagi menganalisis kesalahan sebutan ialah TKS iaitu
Tiada Kesalahan Sebutan dan AKS iaitu Ada Kesalahan Sebutan seperti yang
dimuatkan dalam Jadual 22.

Jadual 22

Analisis Kesalahan Sebutan Peserta Kajian

Kod Tema Kod Peserta Kekerapan

TKS PK1, PK3, PK8 3

AKS PK2. PK4, PK5, PK6, PK7, PK9 6

Jumlah 12

60

Jadual 23 berikut memuatkan contoh-contoh kesalahan sebutan yang
dilakukan oleh peserta kajian.

Jadual 23

Analisis Kesalahan Sebutan Peserta Kajian

Kod Peserta Kod Tema Salah Betul
-
PK1 TKS - [be.ria.dah]
-
PK2 AKS [be.ri.adah] [lo.roŋ]
[be.ria.dah]
PK3 TKS - [tem.pat]
[ber.ham.pi.ran]
PK4 AKS [ro.roŋ] [?e.lu.ar.ga.ɲa]
[me.ne.ma.ni]
PK5 AKS [ba.ra.dah] [tai.ci]
[me.rə.?a]
[tem.pan] [bi.ar]
[ber.sa.bar]
[ber.ham.pir.an] [me.nai.?i]
[ter.lam.bat]
[?e.lu.gar. ɲa] [bim.baŋ]
[lam.bat]
[ma.na.main] [ke.rə.ta]
[lo.roŋ]
[tai.cin]

[me.ra.ka]

PK6 AKS [bi.ra]

[ber.sam.bar]

[me.na.?i]

[ter.lam.pat]

[bi.baŋ]

PK7 AKS [la.bat]

[ke.le.ta]

[lo.loŋ]

61

PK8 TKS - -
[rim.ba]
PK9 AKS [rin.da] [be.ria.dah]
[pe.ŋun.juŋ]
[be.ri.adah] [tai.ci]
[ba.dan]
[peŋ.un.ju?]

[ta.ci]

[ban.da]

Berdasarkan data yang telah dianalisis, beberapa orang peserta kajian
iaitu murid bukan penutur natif Tahun 3 masih belum menguasai kemahiran
membaca seperti yang dimuatkan dalam Jadual 23. Empat orang peserta
kajian iaitu PK5, PK6, PK7 dan PK9 adalah pada tahap terhad iaitu Tahap
Penguasaan 2. Dari segi sebutan perkataan, pengkaji mendapati PK5
melakukan tujuh kesalahan sebutan manakala PK6 dan PK9 masing-masing
melakukan lima kesalahan sebutan seperti yang dimuatkan dalam Jadual 23.
PK7 pula melakukan tiga kesalahan sebutan. Dari segi kefahaman teks pula,
PK5, PK6, PK7 dan PK9 masing-masing tidak memahami teks yang dibaca.
Dalam temu bual, PK5 dan PK7 menyatakan dia tidak memahami teks
manakala PK6 dan PK9 masing-masing memberi isyarat badan dengan
menggelengkan kepala tanda mereka tidak memahami teks yang dibaca.

§ Tahap Penguasaan 2
PK5: Saya tak tahu (berbisik) (TB/PK5/BB/S2/120922)

PK6: (menggeleng kepala) (TB/PK6/BB/S2/120922)

PK7: Tidak tahu (TB/PK7/BB/S2/120922)
62

PK9: (menggeleng kepala) (TB/PK9/BB/S2/120922

Menerusi pemerhatian, PK2 dan PK4 pula mencapai tahap kukuh iaitu
Tahap Penguasaan 4. Kedua-dua peserta kajian dapat membaca dengan
sebutan yang betul dan lancar serta memahami teks dengan menerangkan
idea, mengenal pasti dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada
tahap kukuh. Kesalahan sebutan bagi kedua-dua peserta kajian adalah paling
minima iaitu satu kesalahan sebutan sahaja. Untuk pemahaman teks, PK2 dan
PK4 menyatakan kefahaman mereka tentang teks yang dibaca.

§ Tahap Penguasaan 4
PK2: Ali dan keluarganya ke Taman Rimba untuk beriadah.
(TB/PK2/BB/S2/120922)

PK4: Abu / dengan ayahnya / terlambat (TB/PK4/BB/S2/120922)

Tiga orang peserta kajian iaitu PK1, PK3 dan PK8 mencapai tahap
terperinci iaitu Tahap Penguasaan 5. Mereka dapat membaca dengan
sebutan yang betul dan lancar serta memahami teks dengan menerangkan
idea, mengenal pasti dan menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada
tahap terperinci. Tiada kesalahan sebutan dikenal pasti semasa ketiga-tiga
peserta kajian membaca teks yang disediakan oleh pengkaji. Dari segi
pemahaman teks, PK1, PK3 dan PK8 dapat menyatakan kesan aktiviti yang
dilaksanakan berdasarkan bahan bacaan.

63

§ Tahap Penguasaan 5
PK1: Abu pergi ke sekolah / ayahnya / lambat / bersabar agar selamat sampai.
(TB/PK1/BB/S2/120922)
PK3: Beriadah / keluarga Ali / supaya badan mereka sihat
(TB/PK3/BB/S2/120922)
PK8: Beriadah / Ali dan keluarganya / supaya badan sihat dan cergas
(TB/PK8/BB/S2/120922)

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati murid bukan penutur natif
masih lagi lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa
Melayu. Hal ini kerana, 44.4% peserta kajian, PK5, PK6, PK7 dan PK9 masih
berada pada Tahap Penguasaan 2 iaitu terhad dan tidak memahami teks yang
dibaca. 22.2% peserta kajian iaitu PK2 dan PK4 mencapai tahap kukuh iaitu
Tahap Penguasaan 4. 33.3% iaitu PK1, PK3 dan PK8 mencapai tahap
terperinci iaitu Tahap Penguasaan 5.

64

4.2.3 PERSOALAN KAJIAN KEDUA

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca
Bahasa Melayu
Terdapat beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur natif
Tahun 3 berdasarkan analisis dapatan kajian.

I. Cara Guru Mengajar
Cara guru mengajar merupakan faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu murid bukan penutur
natif Tahun 3. Menerusi temu bual, PK1, PK2, PK4 dan PK8 menyatakan
mereka meminati mata pelajaran Bahasa Melayu kerana sesi PdP Bahasa
Melayu menarik dan menyeronokkan. Malah, mereka dilihat sangat
bersemangat semasa PdP Bahasa Melayu berlangsung.

PK1: Minat / cara guru mengajar. (TB/PK1/BC/S1/120922)

PK2: Minat cara guru mengajar / kerana saya minat Bahasa Melayu, senang
mahu membaca, tidak susah mendengar. (TB/PK2/BC/S1/120922)

PK4: Ya / sebab best... cikgu seronok. (TB/PK4/BC/S1/120922)

PK8: Minat cara guru mengajar / senang untuk buat dan seronok.
(TB/PK8/BC/S1/120922)

65

Faktor ini turut disokong oleh senarai semak pemerhatian PdP yang
dijalankan oleh guru Bahasa Melayu Tahun 3. Berdasarkan pemerhatian,
pengkaji mendapati PK1 dan PK4 meminati cara guru mengajar kerana
memaparkan tingkah laku yang positif semasa guru mengajar. Dari segi
penglibatan dalam kelas, PK1 dan PK4 sangat aktif dan seronok dengan
aktiviti PdP yang berlangsung. Di samping itu, mereka juga melakukan
tugasan serta menyumbangkan idea dalam sesi PdP. Bukti disokong oleh
Gambar 1 (G1/SSP/PDK/PK1/120922) dan Gambar 2
(G2/SSP/PDK/PK4/120922) yang diambil semasa melakukan pemerhatian ke
atas sesi PdP Bahasa Melayu pada 12 September 2022. PK1 dan PK4
masing-masing memberi idea serta pendapat mereka semasa kelas
berlangsung.
Gambar 1
Tingkah Laku Positif PK1

G1/SSP/PDK/PK1/120922

66

Gambar 2
Tingkah Laku Positif PK4

G2/SSP/PDK/PK4/120922

PK5, PK6 dan PK9 masing-masing menyatakan mereka tidak meminati
Bahasa Melayu kerana kurang faham Bahasa Melayu semasa temu bual
dijalankan. Perkara ini menyebabkan mereka kurang faham PdP yang
dilaksanakan oleh guru. Pendapat ini turut disokong oleh Norlela Ahmad et al.
(2021) yang menyatakan kebanyakan murid bukan penutur natif merasakan
Bahasa Melayu sebagai sebuah mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari.
PK5: Tidak minat / sebab tidak tahu Bahasa Melayu. (TB/PK5/BC/S1/120922)
PK6: (geleng kepala) / saya tidak faham Bahasa Melayu.
(TB/PK6/BC/S1/120922)
PK9: Tidak minat / Senang sikit mahu baca tetapi saya tidak faham / kalau
translate ke Bahasa Inggeris baru saya faham. (TB/PK9/BC/S1/120922)

67

II. Bahasa Pertuturan
Bahasa pertuturan juga merupakan faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan murid penutur natif dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan temu
bual separa berstruktur, beberapa orang peserta kajian menuturkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa utama sejak kecil. Masyarakat di sekeliling mereka
terutamanya ahli keluarga bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di
rumah dan tidak menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi.

PK1: Bahasa Melayu / saya belum tahu Bahasa Dusun.
(TB/PK1/BC/S3/120922)

PK2: Bahasa Melayu / kalau Bahasa Kadazan saya tahu nombor sahaja.
(TB/PK2/BC/S3/120922)

PK3: Bahasa Melayu / tiada guna Bahasa Dusun di rumah.
(TB/PK3/BC/S3/120922)

PK4: Bahasa Melayu (TB/PK4/BC/S3/120922)

PK8: Bahasa Melayu / tidak bercakap dalam Bahasa Kadazan kerana kurang
faham. (TB/PK8/BC/S3/120922)

68

Namun, terdapat juga peserta kajian yang menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pertuturan seharian iaitu di sekolah dan di rumah. Semasa
temu bual dijalankan, pengkaji mendapati PK5 dan PK6 menggunakan
bahasa ibunda dalam komunikasi seharian manakala PK9 menggunakan
campuran bahasa ibunda dan bahasa asing iaitu Bahasa Cina dan Bahasa
Inggeris. Hasilnya, mereka lebih menguasai bahasa ibunda dan bahasa asing
berbanding Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

PK5: Bahasa Cina / di sekolah dan di rumah. (TB/PK5/BC/S3/120922)

PK6: Bahasa Cina (TB/PK6/BC/S3/120922)

PK7: Bahasa Melayu dan Bahasa Cina (TB/PK7/BC/S3/120922)

PK9: Campuran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
(TB/PK9/BC/S3/120922)

Bukti turut disokong dengan gambar (G3/SSP/BK/PK5/120922) dan
(G4/SSP/BK/PK9/120922) yang diambil semasa pengkaji menjalankan
pemerhatian sesi PdP Bahasa Melayu. PK5 dan PK9 berkomunikasi dalam
bahasa ibunda semasa kelas berlangsung.

69

Gambar 3
PK5 Berbincang dalam Bahasa Ibunda

G3/SSP/BK/PK5/120922
Gambar 4
PK9 Berbincang dalam Bahasa Ibunda

G4/SSP/BK/PK9/120922

70

III. Taraf Sosioekonomi Keluarga
Adenan Ayob (2011) mendapati kecekapan menguasai Bahasa Melayu
berkait rapat dengan status sosioekonomi keluarga kerana taraf sosioekonomi
dan perhubungan keluarga turut mempengaruhi penguasaan bahasa kanak-
kanak. Data temu bual bersama peserta kajian menunjukkan faktor
sosioekonomi turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam
menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. PK1 dan PK8 berasal
dari keluarga yang memiliki status sosioekonomi yang tinggi. Perkara ini turut
dibuktikan menerusi data maklumat murid dalam Jadual 13 berkenaan status
pekerjaan ibu bapa para peserta kajian.

PK1: Ibu kerani di Anti-Drugs (Anti-Dadah) dan abah sekuriti di Petronas.
(TB/PK1/BC/S4/120922)

PK8: Ibu suri rumah, ayah bekerja di Majlis Daerah. (TB/PK8/BC/S4/120922)

Status sosioekonomi yang tinggi menyebabkan ibu bapa PK1 dan PK8 dapat
menyediakan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu di rumah untuk anak-anak
mereka. Perkara ini disokong oleh bukti temu bual bersama PK1 dan PK8.

PK1: Ada buku cerita Bahasa Melayu / ada baca di rumah.
(TB/PK1/BC/S5/120922)

PK8: Ada.. sikit sahaja / selalu baca. (TB/PK8/BC/S5/120922)

71

PK6 dan PK9 pula berasal dari keluarga yang memiliki status sosioekonomi
rendah yang dibuktikan berdasarkan sesi temu bual.
PK6: Ibu tiada kerja, bapa kerja baiki aircond dan bawa lori.
(TB/PK6/BC/S4/120922)
PK9: Moing (nenek) saya tidak bekerja, ibu sebagai mekanik di Kota Kinabalu.
(TB/PK9/BC/S4/120922)
Maka, status sosioekonomi yang rendah ini menyebabkan ibu bapa atau
penjaga mereka tidak mampu menyediakan bahan bacaan dalam Bahasa
Melayu untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Pendedahan bahasa Melayu yang terhad telah menyebabkan murid
mengalami masalah dalam proses pembelajaran bahasa kedua (Lee dan
Faridah, 2022).
PK6: Tiada. (TB/PK6/BC/S5/120922)
PK9: No.. no / ada dua itu kamus lah. (TB/PK9/BC/S5/120922)

72

4.3 PERBINCANGAN

Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Murid Bukan Penutur Natif
Secara keseluruhannya, murid bukan penutur natif di sebuah SJK (C) yang
dikaji masih belum menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu
sepenuhnya. Pengkaji mendapati peserta kajian masih melakukan kesalahan
dari aspek sebutan, kelancaran serta kefahaman teks yang dibaca.

44.4% peserta kajian iaitu PK5, PK6, PK7 dan PK9 masih berada pada
Tahap Penguasaan 2. Mereka membaca dengan sebutan yang betul dan
lancar serta memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti dan
menjelaskan kandungan teks dengan tepat pada tahap terhad. Dari aspek
kesalahan sebutan, PK5, PK6, PK7 dan PK9 masih melakukan kesalahan
sebutan beberapa perkataan terutamanya bagi konsonan ‘m’, ‘n’ dan ‘t’ seperti
yang dimuatkan dalam Jadual 22 Analisis Kesalahan Sebutan Peserta Kajian.
Contoh kesalahan sebutan yang dilakukan oleh PK5 ialah [tem.pan] dan
sebutan yang betul ialah [tem.pat]. Kesalahan sebutan bagi PK6 pula ialah
[bi.baŋ] dan sebutan yang betul ialah [bim.baŋ]. Chew (2016) menerusi
kajiannya menyatakan murid bukan Melayu memiliki kesukaran dalam
menyebut fonem ‘m’, ‘n’, ‘l’, ‘d’ serta ‘t’ dengan bunyi yang lancar. Perkara ini
berlaku kerana mereka dipengaruhi oleh bahasa ibunda yang digunakan
dalam komunikasi seharian. Dari aspek pemahaman teks, PK5, PK6, PK7 dan
PK9 tidak memahami teks yang dibaca. PK5 dan PK7 menyatakan tidak tahu
manakala PK6 dan PK9 memberi isyarat badan menandakan mereka tidak
memahami teks yang dibaca. Perkara ini dibuktikan menerusi temu bual
pengkaji bersama peserta kajian.

73

§ Tahap Penguasaan 2
PK5: Saya tak tahu (berbisik) (TB/PK5/BB/S2/120922)

PK6: (menggeleng kepala) (TB/PK6/BB/S2/120922)

PK7: Tidak tahu.. (TB/PK7/BB/S2/120922)

PK9: (menggeleng kepala) (TB/PK9/BB/S2/120922)

22.2% peserta kajian iaitu PK2 dan PK4 mencapai Tahap Penguasaan
4. PK2 dan PK4 dapat membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta
memahami teks dengan menerangkan idea, mengenal pasti dan menjelaskan
kandungan teks dengan tepat pada tahap kukuh. Kesalahan sebutan juga
adalah paling minima iaitu satu kesalahan sebutan sahaja yang boleh dirujuk
dalam Jadual 21. Contoh kesalahan sebutan bagi PK2 ialah [be.ri.adah] dan
sebutan yang sepatutnya ialah [be.ria.dah]. Kesalahan sebutan bagi PK4 pula
ialah [ro.roŋ] dan sebutan yang betul ialah [lo.roŋ]. Dari aspek pemahaman
teks, PK2 dan PK4 dapat menyatakan pemahaman teks yang dibaca
berdasarkan temu bual bersama pengkaji.

§ Tahap Penguasaan 4
PK2: Ali dan keluarganya ke Taman Rimba untuk beriadah.
(TB/PK2/BB/S2/120922)

PK4: Abu / dengan ayahnya / terlambat (TB/PK4/BB/S2/120922)

74

Di samping itu, 33.3% peserta kajian iaitu PK1, PK3 dan PK8 mencapai
Tahap Penguasaan 5 dalam kemahiran membaca. PK1, PK3 dan PK8 dapat
membaca dengan sebutan yang betul dan lancar serta memahami teks
dengan menerangkan idea, mengenal pasti dan menjelaskan kandungan teks
dengan tepat pada tahap terperinci. Pengkaji mendapati tiada kesalahan
sebutan dilakukan oleh PK1, PK3 dan PK8 semasa pemerhatian
dilaksanakan. Dari aspek pemahaman teks, PK1, PK3 dan PK8 dapat
menyatakan impak sesebuah aktiviti yang dilakukan menerusi teks yang
dibaca.

§ Tahap Penguasaan 5
PK1: Abu pergi ke sekolah / ayahnya / lambat / bersabar agar selamat sampai.
(TB/PK1/BB/S2/120922)

PK3: Beriadah / keluarga Ali / supaya badan mereka sihat
(TB/PK3/BB/S2/120922)

PK8: Beriadah / Ali dan keluarganya / supaya badan sihat dan cergas
(TB/PK8/BB/S2/120922)

Secara keseluruhannya, murid bukan penutur natif Tahun 3 masih
belum menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Hal ini kerana masih terdapat masalah dari segi sebutan, kelancaran serta
pemahaman membaca berdasarkan dapatan kajian pengkaji. Masalah
penguasaan kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid bukan penutur

75

natif termasuklah mengenal huruf, membatangkan suku kata serta kesukaran
dalam menyebut sesebuah perkataan (Nor Qadariah dan Wan Muna, 2020).

Faktor yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca
Murid Bukan Penutur Natif
Berdasarkan dapat kajian, didapati bahawa tahap penguasaan kemahiran
membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur natif Tahun 3 di sekolah yang
dikaji dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi
ialah cara guru mengajar, bahasa pertuturan seharian dan sosioekonomi
keluarga.

Faktor pertama yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca peserta kajian ialah dari segi cara guru mengajar. Zakaria et al.,
(2012) menyatakan persekitaran sekolah serta guru memainkan peranan
penting dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Hal
ini kerana murid banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding
di rumah. PK1, PK2 dan PK8 menyatakan mereka meminati cara guru
mengajar. PK4 turut bersetuju dengan menyatakan ‘cikgu seronok’ semasa
ditemu bual. Perkara ini dibuktikan berdasarkan jawapan temu bual peserta
kajian berikut.

PK1: Minat / cara guru mengajar. (TB/PK1/BC/S1/120922)

PK2: Minat cara guru mengajar / kerana saya minat Bahasa Melayu, senang
mahu membaca, tidak susah mendengar. (TB/PK2/BC/S1/120922)

PK4: Ya / sebab best... cikgu seronok. (TB/PK4/BC/S1/120922)

76

PK8: Minat cara guru mengajar / senang untuk buat dan seronok.
(TB/PK8/BC/S1/120922)

Senarai semak pemerhatian PdP Bahasa Melayu juga menyokong faktor cara
guru mengajar mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran membaca para
peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian, didapati PK1 dan PK4
menunjukkan respons positif semasa guru mengajar. PK1 dan PK4 masing-
masing memberi respons serta pendapat mereka semasa bersoal jawab
dengan guru yang dibuktikan menerusi gambar yang diambil semasa
menjalankan pemerhatian (G1/SSP/PDK/PK1/120922). Untuk PK5, PK6 dan
PK9 pula, mereka tidak meminati kelas Bahasa Melayu kerana tidak minat
cara guru mengajar serta tidak memahami Bahasa Melayu. Bukti dinyatakan
semasa sesi temu bual antara pengkaji bersama PK5, PK6 dan PK9.

PK5: Tidak minat / sebab tidak tahu Bahasa Melayu. (TB/PK5/BC/S1/120922)

PK6: (geleng kepala) / saya tidak faham Bahasa Melayu.
(TB/PK6/BC/S1/120922)

PK9: Tidak minat / Senang sikit mahu baca tetapi saya tidak faham / kalau
translate ke Bahasa Inggeris baru saya faham. (TB/PK9/BC/S1/120922)

77

Faktor seterusnya ialah bahasa pertuturan yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca peserta kajian. Berdasarkan dapatan
kajian, pengkaji mendapati beberapa peserta kajian bertutur dalam Bahasa
Melayu sejak dari kecil lagi. Mereka dikelilingi oleh masyarakat seperti ahli
keluarga yang bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan tidak
menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian. Perkara ini telah
menyebabkan mereka terbiasa menggunakan Bahasa Melayu dan tidak
dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka sendiri. Bukti boleh dilihat dalam hasil
temu bual antara pengkaji dengan peserta kajian iaitu PK1, PK2, PK3, PK4
dan PK8 berikut.

PK1: Bahasa Melayu / saya belum tahu Bahasa Dusun.
(TB/PK1/BC/S3/120922)

PK2: Bahasa Melayu / kalau Bahasa Kadazan saya tahu nombor sahaja.
(TB/PK2/BC/S3/120922)

PK3: Bahasa Melayu / tiada guna Bahasa Dusun di rumah.
(TB/PK3/BC/S3/120922)

PK4: Bahasa Melayu (TB/PK4/BC/S3/120922)

PK8: Bahasa Melayu / tidak bercakap dalam Bahasa Kadazan kerana kurang
faham. (TB/PK8/BC/S3/120922)

78

Namun, terdapat juga peserta kajian yang menggunakan bahasa ibunda
sepenuhnya untuk komunikasi seharian. Persekitaran bahasa seseorang
kanak-kanak masih didominasi oleh bahasa ibunda mereka (Zamri Mahmood
et al., 2016). Dalam temu bual, pengkaji mendapati PK5 dan PK6
menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi di rumah dan di sekolah
manakala PK9 pula menggunakan bahasa campuran iaitu Bahasa Inggeris
dan Bahasa Cina untuk berkomunikasi.

PK5: Bahasa Cina / di sekolah dan di rumah. (TB/PK5/BC/S3/120922)

PK6: Bahasa Cina (TB/PK6/BC/S3/120922)

PK9: Campuran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
(TB/PK9/BC/S3/120922)

Hasil temu bual turut disokong dengan bukti bergambar
(G3/SSP/BK/PK5/120922) dan (G4/SSP/BK/PK9/120922) yang diambil
semasa pengkaji melaksanakan pemerhatian PdP Bahasa Melayu Tahun 3
PK5 dan PK9 dilihat berkomunikasi dalam bahasa ibunda semasa kelas
berlangsung.

79

Faktor ketiga ialah taraf sosioekonomi keluarga yang turut memberi
pengaruh terhadap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu
bagi murid bukan penutur natif. Hasnalee Tubah dan Zulkifli Hamid (2011)
menyatakan faktor sosioekonomi memberi pengaruh kepada perkembangan
pendidikan murid. Dapatan temu bual bersama peserta kajian menunjukkan
taraf sosioekonomi turut mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca para peserta kajian. PK1 dan PK8 berasal dari keluarga yang
memiliki taraf sosioekonomi yang tinggi dan dibuktikan menerusi temu bual
bersama pengkaji.

PK1: Ibu kerani di Anti-Drugs (Anti-Dadah) dan abah sekuriti di Petronas.
(TB/PK1/BC/S4/120922)

PK8: Ibu suri rumah, ayah bekerja di Majlis Daerah. (TB/PK8/BC/S4/120922)

Maka, taraf sosioekonomi yang tinggi ini menyebabkan ibu bapa PK1 dan PK8
mampu menyediakan bahan bacaan dalam Bahasa Melayu di rumah.

PK1: Ada buku cerita Bahasa Melayu / ada baca di rumah.
(TB/PK1/BC/S5/120922)

PK8: Ada.. sikit sahaja / selalu baca. (TB/PK8/BC/S5/120922)

80

PK6 dan PK9 pula berasal dari keluarga yang memiliki taraf sosioekonomi
yang rendah kerana ibu bapa mereka berstatus bekerja sendiri. Data ini
dibuktikan menerusi temu bual bersama PK6 dan PK9. Data sokongan bagi
pernyataan ini juga boleh dirujuk dalam Jadual 11 yang memaparkan status
pekerjaan ibu bapa atau penjaga peserta kajian berdasarkan analisis data
maklumat murid.

PK6: Ibu tiada kerja, bapa kerja baiki aircond dan bawa lori.
(TB/PK6/BC/S4/120922)

PK9: Moing (nenek) saya tidak bekerja, ibu sebagai mekanik di Kota Kinabalu.
(TB/PK9/BC/S4/120922)

PK6 dan PK9 masing-masing hanya bergantung kepada sesi persekolahan
untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini kerana, taraf
sosioekonomi keluarga yang rendah menyebabkan ibu bapa atau penjaga
mereka tidak mampu menyediakan bahan bacaan tambahan dalam Bahasa
Melayu di rumah. Perkara ini turut disokong oleh Ganesan (2013) yang
menyatakan faktor sosioekonomi keluarga yang rendah menyebabkan
sebahagian ibu bapa tidak dapat menyediakan kemudahan pembelajaran
untuk anak-anak mereka.

PK6: Tiada. (TB/PK6/BC/S5/120922)

PK9: No.. no / ada dua itu kamus lah. (TB/PK9/BC/S5/120922)

81

4.4 RUMUSAN
Menerusi dapatan kajian, pengkaji dapat mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran membaca murid bukan penutur natif serta faktor yang
mempengaruhinya. Instrumen yang digunakan untuk mengutip data kajian
ialah analisis dokumen, pemerhatian serta temu bual separa berstruktur ke
atas 9 orang peserta kajian. Kesimpulannya, pengkaji mendapati masih
terdapat segelintir murid bukan penutur natif belum menguasai kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu. Faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur natif
ialah cara guru mengajar, bahasa pertuturan seharian serta sosioekonomi
keluarga.

82

BAB 5
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

5.0 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan tentang kesimpulan, cadangan dan implikasi
kajian yang telah dilaksanakan.

5.1 KESIMPULAN
Dapatan kajian membuktikan masih terdapat 44.4% muird bukan penutur natif
Tahun 3 belum menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu
sepenuhnya kerana masih pada Tahap Penguasaan 2 iaitu Tahap Terhad.
Tahap penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu murid bukan
penutur natif ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Jika persekitaran
memberi rangsangan yang positif, murid bukan penutur natif akan dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sebaliknya, faktor persekitaran
yang lebih cenderung kepada bahasa ibunda akan memberi impak dari segi
penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu. Menerusi dapatan
kajian, antara faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu bagi murid bukan penutur natif ialah faktor
persekitaran sekolah iaitu cara pengajaran guru, bahasa pertuturan dalam
seharian serta taraf sosioekonomi keluarga. Oleh itu, persekitaran murid
bukan penutur natif perlu membantu mereka dalam menguasai kemahiran
membaca dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, guru perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat
murid bukan penutur natif dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua.

83


Click to View FlipBook Version