The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Inspirasi Koleksi Artikel dan Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Bentong adalah hasil cetusan idea oleh para pensyarah Kolej Komuniti Bentuk dan dizahirkan dalam bentuk penulisan. Buku ini mengandungi 20 artikel penulisan dalam tiga bidang utama iaitu Pengajaran & Pembelajaran (PdP), Sains Sosial dan Teknologi. Semoga penjilidan setiap karya yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada banyak pihak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yat Kkbt, 2022-10-14 02:52:30

INSPIRASI Koleksi Artikel dan Penulisan Ilmiah

Inspirasi Koleksi Artikel dan Penulisan Ilmiah Kolej Komuniti Bentong adalah hasil cetusan idea oleh para pensyarah Kolej Komuniti Bentuk dan dizahirkan dalam bentuk penulisan. Buku ini mengandungi 20 artikel penulisan dalam tiga bidang utama iaitu Pengajaran & Pembelajaran (PdP), Sains Sosial dan Teknologi. Semoga penjilidan setiap karya yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada banyak pihak.

Keywords: penulisan

Mooney, E. S. (2015). Two sides of the same coin: matter and embodiment in metaphors of money. On
the Horizon, pp. 202 - 215.

Mugarura, N. (2011). The institutional framework against money laundering and its underlying predicate
crimes. Journal of Financial Regulation and Compliance, pp. 174 - 194.

Naheem, M. A. (2015). "Money laundering using investment companies. Journal of Money Laundering
Control, 4 pp. 438 - 446.

Nicholas Gilmour, N. R. (2015). Everyday vulnerabilities-money laundering through cash intensive
businesses. Journal of Money Laundering, pp. 293-303.

Oliveira, C. M. (2012). Money laundering and corrupt officials: a dynamic model. Journal of Money
Laundering Control, pp. 55 - 61.

Schlenther, B. (2013). The taxing business of money laundering: South Africa. Journal of Money
Laundering Control, pp. 126 - 141.

Shust, V. D. (2014). Customer loyalty programs: money laundering and terrorism financing risk. Journal
of Money Laundering Control, pp. 385 - 394.

Simser, J. (2012). Money laundering: emerging threats and trends. Journal of Money Laundering
Control, pp. 41 - 54.

Tamer Hossam Moustafa, M. Z.-M. (2015). Anti money laundering using a two-phase system. Journal
of Money Laundering Control, pp. 304-329.

Young, M. A. (2013). The exploitation of offshore financial centres. Journal of Money Laundering
Control, pp. 198 - 208.

Young, M. A. (2014). Dirty money in Jamaica. Journal of Money Laundering Control, pp. 355-366.

91

Zabyelina, Y. G. (2015). Reverse money laundering in Russia: clean cash for dirty ends. Journal of
Money Laundering Control, pp. 202 - 219.

92

KEPENTINGAN DAN JENIS-JENIS UJIAN PEMILIHAN YANG DIGUNAKAN
DALAM PROSES PENGAMBILAN KAKITANGAN DI ORGANISASI
(KOLEJ KOMUNITI BENTONG)

Noorhidayah binti Mohd Jaafar @ Abd Rahman
[email protected]

Abstrak. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai

tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan
individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan
sumber manusia. Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi
yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi
pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. (Huselid,
1994) serta (Stewart dan Knowles, 2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan
pekerja memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum
pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan
yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan
harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi,
matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan
dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. (Gatewood dan Field, 1994) serta
(Scholarios, Lockyer dan Johnson, 2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai
proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.
Bagi menyempurnakan tugasan ini institusi yang dipilih ialah Kolej Komuniti Bentong.

Kata Kunci: Sumber manusia, pemilihan pekerja, pengambilan pekerja

1.0 PENGENALAN

1.1 Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kolej Komuniti merupakan institut pengajian yang menawarkan latihan teknikal dan vokasional

(TVET). Kolej Komuniti yang dinaungi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mempunyai sebanyak 102 buah institusi di seluruh

93

Malaysia yang menawarkan kursus bagi program diploma dan sijil kepada pelajar lepasan SPM. Kolej
Komuniti menerapkan tiga unsur dalam pembelajaran iaitu soft skill, hard skill dan keusahawanan.
Konsep pembelajaran di Kolej Komuniti adalah secara hands-on di mana pengajaran dan pembelajaran
(PdP) bukan sahaja tertumpu semata-mata di dalam kelas tetapi juga pelajar diberi pendedahan di luar
kelas.

Sebarang permohonan boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui laman web politeknik atau
secara walk-in iaitu dengan mengunjungi kolej berhampiran untuk mengisi borang permohonan. Selain
menawarkan sijil kolej komuniti, kolej juga menawarkan kursus-kursus pendek yang dikenali sebagai
kursus sepanjang hayat. Kursus ini dibuka kepada semua komuniti dan kebiasaannya dijalankan pada
hujung minggu. Kursus ini dikendalikan oleh para pensyarah kolej komuniti sendiri yang mempunyai
kepakaran dalam bidang masing-masing.

Contoh kursus yang telah dijayakan adalah kursus jahitan, kursus pembuatan makanan, kursus
IT, kursus penyelengaraan bangunan dan sebagainya. Malaysia merupakan negara yang banyak
memberi peluang kepada rakyatnya untuk menimba ilmu. Universiti, politeknik dan kolej komuniti telah
banyak diwujudkan dan berada di setiap pelusuk negeri. Kolej komuniti menawarkan 41 bidang
kemahiran di lebih 100 buah Kolej Komuniti. Pelajar yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang sah
serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada
jumlah tanggungan isi rumah layak untuk menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti
(BKPKK).

1.2 Kolej Komuniti Bentong
Kolej Komuniti Bentong terletak di KM 6, Jalan Karak Setia, 28600 Karak, Pahang. Kolej Kolej

Komuniti Bentong diterajui oleh pengarahnya iaitu Encik Ahmad Muzaffar Bin Abd Aziz, En Mohd Farid
Bin Zubir selaku Timbalan Akademik, Puan Wan Azimas binti Wan Mahmod, Timbalan Pengarah
Pengurusan dan 37 orang staf akademik beserta 20 orang staf pelaksana. Kolej Komuniti Bentong
merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

94

Kolej Komuniti Bentong ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga
manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi
golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-
kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan kolej komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga
kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Tawaran kemasukan ke kolej komuniti adalah tiga kali setahun iaitu sesi Mac, Julai dan
November bagi setiap tahun. Program ini ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan syarakat kemasukan yang sangat minima iaitu hanya dengan lulus SPM sahaja. Kolej
komuniti membuka peluang yang luas kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM bagi
meneruskan pengajian. Para pelajar ini berpeluang mempelajari pelbagai kemahiran dan bidang yang
ditawarkan di kolej komuniti. Selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti Bentong selama dua tahun
para pelajar boleh terus bekerja dalam bidang yang diceburi atau berpeluang menyambung di peringkat
diploma politeknik dan seterusnya boleh meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Laluan pelajar agak
panjang tetapi mereka berpeluang juga untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi selepas
SPM.

Kolej Komuniti Bentong mempunyai suasana pembelajaran yang kondusif dengan pelbagai
kemudahan disediakan seperti bangunan kampus yang luas dan selesa, kemudahan bengkel dan
makmal yang dilengkapi kemudahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, dilengkapi
perpusatakaan bagi memudahkan pelajar membuat ulang kaji pelajaran, kemudahan surau, kantin,
koperasi, serta pelbagai kemudahan sukan yang sangat selesa bagi pelajar seperti gelanggang futsal,
gelanggang wood ball, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar dan
dewan badminton. Dengan pelbagai kemudaham seperti ini para pelajar boleh beriadah di waktu
petang selepas waktu kelas. Ramai graduan Kolej Komuniti Bentong yang telah berjaya dalam
pelajaran dan kerjaya yang dipilih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi
mereka.

95

Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang, para pensyarah juga memainkan peranan penting.
Pensyarah Kolej Komuniti Bentong mempunyai taraf kelayakan akademik yang tinggi. Selain itu juga
para pensyarah mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang khusus. Pensyarah sering mengikuti
dan menyertai kursus-kursus kemahiran bagi menambahkan dan meningkatkan pengetahuan. Kini
graduan kolej komuniti mendapat permintaan yang tinggi dari pihak industri.

2.0 KEPENTINGAN UJIAN-UJIAN PEMILIHAN DALAM PROSES PEMGAMBILAN

Pengambilan adalah proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon pekerjaan
dalam organisasi (Flynn, 1994; Farnham & Stevens, 2000; Min & Kleiner, 2001; Scholarios et al., 2003;
Fish & Macklin, 2004). Pengambilan pada hari ini semakin mencabar kerana terdapat ramai calon yang
berkelayakan memohon sesuatu kekosongan jawatan. Pada kebiasaannya proses pengambilan
bermula apabila seseorang pengurus mengisi borang khas untuk memohon pekerja. Ia adalah satu
dokumen lengkap yang mengandungi nama jawatan, jabatan yang memohon, tarikh pekerja diperlukan
dan pengesahan daripada pengurus besar syarikat. Berdasarkan maklumat tersebut, seseorang
pengurus sumber manusia akan merujuk kepada diskripsi tugas untuk mengenal pasti kelayakan yang
diperlukan bagi memenuhi keperluan pengambilan organisasi.

2.1 Keadilan kepada semua pihak menggelakkan kesilapan dalam pemilihan calon
semasa temuduga.
Kaedah pemilihan kepada semua pihak dapat menggelakkan kesilapan dalam pemilihan calon

semasa temuduga. Perkara asas dalam pemilihan pekerja ini dalah meminimakan kesilapan dalam
proses pemilihan calon bagi temuduga. Kesilapan ini perlu diatasi sebelum iklan jawatan di tawarkan
kepada umum. Pihak pengurusan sumber manusia haruslah menetapkan ciri-ciri calon mengikut
jawatan yang ditawarkan dengan menggambil pekerja yang mempunyai kelayakan yang setaraf
dengan jawatan tersebut. Selain itu juga memberi keadilan kepada semua pihak dan calon yang dipilih
adalah tepat bagi mengurangkan risiko pekerja yang tidak produktif dalam sesebuah organisasi.

96

Justeru itu, sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat meminimumkan diskriminasi
dan memberi peluang kepada organisasi untuk membuat keputusan yang tepat. Bagi organisasi yang
di pilih iaitu Kolej Komuniti Bentong, pengambilan pensyarah adalah mengikut bidang, justeru itu
pengambilan pensyarah di Kolej Komuniti Bentong adalah melalui Short-Term Employment Programme
(MySTEP).

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan
dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan
strategiknya. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu Penempatan di
Sektor Awam dan Penempatan di GLC and rakan strategiknya. Tempoh Kontrak Perkhidmatan
MySTEP adalah 1 hingga 12 bulan bagi sektor awam dan 6 hingga 12 bulan bagi selain sektor awam.
Kolej Komuniti Bentong juga menawarkan peluang pekerjaan menerusi MySTEP.

Melalui pengambilan MySTEP ini organisasi dapat mengurangkan kesilapan dalam pemilihan
pensyarah mengikut program yang di tawarkan di Kolej Komuniti Bentong. Pengambilan pensyarah
adalah selaras dengan Program Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Teknologi Pembinaan, Sijil Teknologi
Elektrik dan Sijil Pengoperasian Perniagaan. Calon yang dipilih benar-benar mengikut keperluan
program, yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang. Keadilan pengambilan boleh dibuat
dengan baik tanpa mengira hubungan seseorang, pengambilan secara dalaman atau luaran. Adil
kepada semua calon semasa membuat pemilihan jika ujian-ujian dijalankan sebelum mengambil
pekerja di samping menggelakkan daripada berlakunya kesilapan dan masalah disiplin di tempat kerja.
Jika kesalahan dalam pemilihan pekerja, kemungkinan akan berlaku masalah displin di tempat kerja,
dan akan menyebabkan beberapa tindakan perlu dilakukan.

2.2 Memaksimakan ketepatan memilih pekerja yang berkelayakan dan mengelakkan
mengambil pekerja yang tidak layak
Pemilihan adalah satu proses yang berterusan dan melibatkan individu yang mempunyai

kelayakan yang sesuai bagi mengisi kekosongan sesuatu jawatan yang sedia ada ataupun yang akan

97

datang. Pemilihan dibuat berdasarkan jawatan yang diperlukan, mestilah mengikut kelayakan
akademik serta pengalaman. Ujian-ujian yang dijalankan adalah untuk memaksimakan ketepatan
dalam pemilihan calon dan mengenal pasti sama ada senarai calon yang ada tepat atau tidak dengan
jawatan yang ditawarkan. Ujian dibuat bagi mengurangkan kadar penggambilan baru dan bagi
memastikan pekerja yang diambil boleh bekerja denga produktif dan menguntungkan semua pihak.
Memilih pensyarah yang betul-betul mengikut bidang yang ditawarkan dan setaraf bidang kelayakan
serta diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Memastikan kelayakan akademik pensyarah
kolej komuniti yang ditawarkan kerja adalah bertepatan bagi mengelakkan pemilihan pekerja yang tidak
berkelayakan.

2.2.1 Menjimatkan kos, mengurangkan kos pengambilan dan pemilihan pekerja
Strategi pengambilan yang digariskan oleh (Ramsey, 1994) serta (Ahmad dan Schroeder,

2002) boleh memberikan kesan positif kepada organisasi dan masalah-masalah sumber manusia
seperti pusingganti pekerja yang tinggi, ketidakhadiran dan ketidakpuasan kerja dapat diminimumkan.
Masalah-masalah yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia merupakan cabaran kepada
amalan pengambilan dan pemilihan pekerja. (Herriot, 1989) mendapati bahawa amalan tersebut
semakin kritikal kerana walaupun firma berjaya memilih pekerja yang berkualiti, mereka akhirnya akan
meninggalkan organisasi. Sebarang kesilapan yang berlaku dalam pengambilan dan pemilihan pekerja
boleh mengakibatkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, operasi tergendala dan moral
pekerja menjadi rendah. Kos pengambilan dan pemilihan pekerja ni merupakan kos yang tinggi,
meliputi kos pengiklanan jawatan, proses temuduga dan segala usaha yang diambil oleh organisasi
sehingga pemilihan pekerja dilakukan. Bagi mengatasi masalah sedemikian ujian-ujian perlu dilakukan
dalam sesebuah organisasi.

98

2.3 Masalah ketidakhadiran pekerja dan ketidakpuasan kerja
Pekerja yang mempunyai masalah ketidakhadiran dan ketidakpuasan kerja kerana mereka

merasakan kerja yang tersebut tidak sesuai dengan kelayakan, kemahiran dan pengelaman yang
mereka miliki. Selain itu, mungkin terdapat masalah lain seperti tekanan di tempat kerja, bebanan kerja
yang tidak seimbang serta hubungan antara rakan sekerja. Firma perlulah melakukan perubahan
terhadap fungsi dan pengambilan pekerja memandangkan tugas ini semakin rumit dan banyak cabaran.
Menurut (Dale, dan Drew, 1995), kejayaan strategik pengurusan sumber manusia bergantung kepada
pengambilan dan pemilihan pekerja yang berkesan. Pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebagai
seorang pengurus sumber manusia dan perlu sentiasa peka dengan persekitaran kerana ia berhubung
kait dengan pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, menjadi
masalah jika pensyarah yang diambil tidak berminat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
bersama pelajar di dalam kelas. Ujian pemilihan yang dibuat dapat mengurangkan kesilapan dalam
pemilihan pekerja yang salah, pekerja yang tidak berminat dengan jawatan yang dtawarkan, tidak
mempunyai motivasi dalam melaksanakan tugas dan tidak bertanggungjawab semasa di tempat kerja.
Selain itu juga dapat mengelakkan masalah pekerja yang tidak hadir ke tempat kerja. Jika berlaku
masalah seperti ini di Kolej Komuniti Bentong, ianya akan memberi impak dan kesan kepada
pengurusan dan para pelajar.

3.0 JENIS UJIAN PEMILIHAN YANG DIGUNAKAN DI KOLEJ KOMUNITI BENTONG

Penilaian terhadap pemohon merupakan satu proses yang paling subjektif. Oleh itu pengujian
merupakan satu usaha untuk mewujudkan sedikit keobjektifan dalam proses penilaian. Walaupun ujian
ialah satu teknik bernilai kepada seorang pengrekrut yang mahir, ujian mesti dilakukan dengan berhati-
hati. Suatu ujian yang sahih dapat mengukur apa yang diukur, misalnya dalam proses pengambilan,
ujian yang dijalankan mesti dapat menguji kebolehan calon untuk melaksanakan sesuatu kerja. Markah
ujian yang tinggi semestinya bermaksud bahawa pemohon akan dapat melakukan kerja tersebut
dengan baik.

99

3.1 Temuduga
Temuduga merupakan satu kaedah yang paling popular dan sering digunakan untuk

mengumpul maklumat mengenai permohon pekerjaan. Teknik ini terus popular walaupun terdapat hasil
penyelidikan yang menunjukkan temu duga tidak boleh dipercayai dan tidak sahih digunakan sebagi
teknik untuk menilai pemohon-pemohon dan meramal prestasi masa depan mereka.
Walaubagaimanapun, hanya seorang majikan yang luar biasa sahaja boleh mengambil seorang calon
untuk bekerja tanpa menemu duga calon tersebut terlebih dahulu. Oleh itu, tujuan temu duga dijalankan
bukan untuk mendapat data berfakta mengenai seseorang calon (pengumpulan data lebih baik dibuat
melalui borang permohonan atau teknik ujian) tetapi untuk menilai kebolehan calon seperti kemahiran
berkomunikasi, menerokai latar belakang calon dari segi pengalaman bekerja dan pengetahuan yang
mungkin dapat membantu calon untuk melakukan kerja yang akan dipertanggungjawabkan, dan
mengenal pasti ciri-ciri perwatakan dan personaliti calon yang mungkin dapat menyumbang kepada
kejayaan kerjaya calon. Di Kolej Komuniti Bentong, apabila permohonan telah dibuat melalui sistem
MySTEP, calon akan dipanggil bagi sesi temuduga.

Amalan temuduga sebelum pandemik yang melanda negara, kebiasaannya dijalankan secara
fizikal dan bersemuka, namun keadaan kini berubah dan temuduga secara atas talian diperluaskan.
Temuduga secara atas talian menerusi panggilan video kini lebih sesuai dengan keadaan semasa.
Banyak syarikat telah mengambil cara dan pendekatan dengan mengadakan temuduga secara atas
talian, lebih-lebih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan
oleh kerajaan baru-baru ini. Kolej Komunti Bentong juga membuat kaedah yang sama iaitu temuduga
secara atas talian. Calon akan diberi tarikh melalui panggilan diemel bagi menghadiri temu duga secara
atas talian. Kolej Komuniti Bentong menggunakan pelbagai aplikasi panggilan video yang sering
digunakan utnuk proses temuduga yang akan dijalankan seperti aplikasi Zoom, Skype, Google Meet
dan Microsoft Teams. Kebiasaannya, masa yang diperuntukkan untuk setiap temuduga secara atas
talian adalah bawah 30 minit, antara 30 minit hingga 1 jam dan lebih dari 1 jam.

100

Temu duga seharusnya memerlukan persediaan yang teliti sama ada secara fizikal atau atas
talian. Persediaan ini termasuklah persediaan secara fizikal atau mental, kerana inginkan jawapan yang
terbaik semasa soalan temu duga diberi oleh penemu duga. Sebelum temuduga dijalankan calon
dikehendaki menghantar video pengajaran. Video pengajaran ini adalah sebagai mock teaching.
Melihat awal pengalaman calon mengajar, teknik dan gaya pengajaran sebelum diambil bekerja
sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Bentong. Video ini bertujuan untuk melihat kebolehan calon
sebelum temu duga berlangsung. Jika temu duga dijalankan secara bersemuka calon akan diminta
oleh penemu duga untuk menjalankan mock teaching. Lakonan dijalankan bagi melihat kebolehan,
keyakinan dan pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.

3.2 Ujian Profesional dan Pengetahuan
Ujian profesional mensimulasikan keadaan dan keadaan sebenar yang berlaku dalam

pekerjaan tertentu. Oleh itu, ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan pemohon untuk
melaksanakan tugas dan digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai latihan, pengalaman dan
pengetahuan khusus pemohon. Terdapat dua jenis ujian profesional, ujian pengetahuan, yang menilai
kandungan yang berkaitan dengan pendidikan. Antara ujian ini, kita dapat mencari ujian bahasa, ujian
menaip, ujian domino alat komputer, ujian untuk membaiki atau memasang peranti dan sebagainya.
Sebagai contoh di Kolej Komuniti Bentong, calon yang ditawarkan kerja adalah pensyarah dalam
bidang teknologi elektrik. Bagi jawatan ini seorang pensyarah elektrik haruslah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang elektrik.

Di peringkat awal, calon diuji dengan kad rabun warna. Hal ini bertujuan untuk menapis calon
yang mempunyai masalah rabun warna di mana akan menyukarkan pelaksanaan pengajaran di dalam
kelas contohnya dalam membezakan warna yang terdapat dalam kabel wayar bagi kursu eletrik. Selain
itu juga, pengetahuan asas bidang elektrik juga perlu diuji, seperti pengujian terhadap peralatan-
peralatan yang terdapat di bengkel elektrik. Ujian ini boleh dilakukan semasa panggilan temuduga di
Kolej Komuniti Bentong atau temuduga secara atas talian dimana penemuduga akan menunjukkan

101

jenis-jenis peralatan serta perlu menerangkan setiap jenis fungsi dan kegunaan peralatan eletrik yang
dinyatakan.

3.3 Ujian Pengetahuan Kerja
Ujian pengetahuan kerja ialah satu ujian yang mengukur pengetahuan dan pemahaman

individu terhadap sesuatu pekerjaan. Contoh ujian kerja adalah ujian yang memerlukan pemohon untuk
melaksanakan tugas yang terdapat di dalam skop bagi jawatan yang dipohon. Sebagai contoh
pemasangan suis lampu di bengkel Kolej Komuniti Bentong. Calon dibekalkan bahan dan peralatan
bagi menyiapkan pemasangan yang mudah bagi suis lampu. Tempoh masa akan diberikan, selepas
itu penilaian dan pembuat keputusan akan dimaklumkan semasa dalam jawapan permohonan ini sama
ada berjaya atau tidak bagi permohonan sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Bentong. Melalui ujian
pengetahun kerja ini, kemahiran dan pengalaman calondapat dinilai dalam bidang elektrik.
Pembelajaran di Kolej Komuniti Bentong adalah berdasarkann kepada tujuh puluh peratus amali dan
tiga puluh peratus adalah teori.

Oleh itu, pensyarah haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang dipohon.
Selain menguji pengetahuan kerja secara bersemuka pihak pengurusan juga boleh menilai calon
secara atas talian memandangkan pandemik Covid-19 masih melanda dunia. Soalan penilaian
pengetahuan kerja juga boleh dibuat berdasarkan bidang yang berkaitan, pengujian alatan elektrik atau
mengenal pasti perkakasan elektrik. Dengan menjalankan ujian pengetahuan kerja ini, dapat
membantu penilai memilih dan menilai calon yang betul-betul berpengetahuan dan berkemahiran
dalam bidang serta betul-betul layak menjawat jawatan yang ditawarkan.

3.3.1 Ujian Keupayaan Fizikal dan Kecerdasan
Ujian keupayaan fizikal seseorang pemohon boleh diukur untuk melakukan tugas tertentu atau

kekuatan kumpulan otot tertentu, serta kekuatan dan stamina secara umum. Kecerdasan merupakan
suatu kelebihan yang harus dimiliki setiap pekerja pada masa kini. Kebanyakan orang mengandaikan

102

pekerja yang cerdas akan menunjukkan prestasi kerja yang baik. Jika pekerja yang mempunyai
kecerdasan luar biasa mungkin dapat melakukan pekerjaan yang mencabar dan sukar jika berhadapan
dengan situasi yang tertentu. Persekitaran pekerjaan di Kolej Komuniti Bentong juga melibatkan
pelbagai aktiviti pelajar. Unit Hal Ehwal pelajar telah merancang pelbagai aktiviti indoor dan outdoor.

Bagi melaksanakan pelbagai aktivti yang telah dirancang, para pelajar perlu dipantau oleh
pensyarah pengiring. Sebagai contoh aktiviti perkhemahan, mendaki bukit, gunung atau pertandingan
sukan, maka pensyarah perlu mempunyai fizikal dan kecerdasan yang baik. Jika mengambil pekerja
atau pensyarah yang mempunyai masalah kesihatan ini akan menyukarkan proses kerja serta
menyukarkan pihak pengurusan dalam mengendalikan aktiviti yang telah dirancang.

3.3.2 Ujian Kebolehan Kognitif
Ujian Kebolehan Kognitif adalah sangat penting di mana ia menguji dan megukur kekuatan

mentel seseorang merangkumi kebolehan mental dalam pengiraan, membandingkan dan
membezakan, kemahiran mencari sebab dan jawapan serta kebolehan dalam membuat kesimpulan.
Ujian ini dapat membantu organisasi menilai tahap kepintaran seseorang individu. Ujian kognitif
digunakan untuk mengukur pemikiran, memori, kelajuan dan ketetapan persepsi calon, dan kemahiran
dalam aritmetik dan pemahaman bacaan, serta pengetahuan fungsi atau pekerjaan tertentu. Fungsi
kognitif sering dikaitkan dengan kecerdasan walaupun kepintaran yang sebenar juga mempunyai kaitan
dengan aspek-aspek yang lain. Untuk menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di kolej komuniti,
calon yang memohon jawatan haruslah mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif. Boleh
menjadi pakar rujuk kepada pelajar serta menjadi pensyarah pembimbing jika memasuki sesuatu
pertadingan seperti pertandingan inovasi di pelbagai peringkat.

103

4.0 CADANGAN UJIAN PEMILIHAN YANG TERBAIK BAGI JAWATAN SEORANG
EKSEKUTIF DI KOLEJ KOMUNITI BENTONG

Peranan seorang eksekutif dalam organisasi adalah sangat luas dan pelbagai. Terdapat
beberapa ujian yang boleh dijalankan pada seorang eksekutif. Ujian pekerjaan boleh melihat siapa
calon pekerjaan, apa yang boleh mereka lakukan, atau sama ada mereka dapat melaksanakan tugas
fizikal dengan selamat. Pelbagai kaedah digunakan untuk memilih calon daripada senarai kumpulan
rekrut atau senarai terpilih. Kaedah pemilihan yang baik berupaya membuat ramalan dengan tepat,
bermakna berjaya memilih calon yang paling sesuai mengikut keperluan kerja. Setiap kaedah pemilihan
yang baik mestilah mempunyai empat kriteria utama, iaitu kesahan, kebolehpercayaan, keberkesanan
kos dan kebolehterimaan (Cowling dan Mailer, 1922). Kesahan ialah satu pengukuhan atau
pertimbangan yang menentukan setakat mana alat pengukuran yang digunakan untuk memilih calon
dapat meramalkan prestasi kerja calon.

4.1 Ujian Penilaian Bakat
Seseorang individu pastinya mempunyai bakat yang tertentu. Ujian penilaian bakat juga boleh
dijadikan ujian penilaian semasa proses pengambilan pekerja. Ini juga boleh menilai bakat dan
kemahiran yang dimiliki oleh seseorang untuk diketengahkan di tempat kerja. Ujian penilaian bakat
adalah mengenai kemahiran dan kebolehan yang berpotensi, berbeza dari personaliti atau kemahiran
maju yang diungkap oleh sejarah kerja pemohon. Ujan penilaian bakat ini boleh dijalankan di Kolej
Komuniti Bentong kerana penilaian mencari bakat pemohon yang sepadan dengan kriteria
pengambilan pekerja dan boleh memudahkan organisasi mengenal pasti calon yang betul-betul layak
untuk jawatan yang ditawarkan. Kelayakan dari segi akademik calon, peringkat kelulusan, bidang
kelayakan dan pengalaman kerja di tempat lama. Penilaian bakat digunakan sebagai sebahagian
daripada proses pemeriksaan dalam talian yang membantu majikan membuat keputusan dan
menentukan siapa calon temu. Kebanyakan penilaian bakat diberikan secara dalam talian. Ini sangat
sesuai digunapakai dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia.

104

Kesukaran membuat penilaian secara bersemuka boleh diatasi. Antara jenis penilaian yang
dibuat adalah seperti menggunakan soal selidik dalam talian (google form) untuk menilai sama ada
personaliti, gaya kerja, pengetahuan atau kemahiran calon sesuai dengan pekerjaan yang di tawarkan.
Keseluruhan proses pengambilan yang berkaitan wawancara ditangani melalui internet. Sebelum ujian
dibuat, pihak pengurusan Kolej Komuniti Bentong telah menyediakan soalan-soalan yang lengkap.
Soalan tersebut merangkumi isu-isu semasa, bidang pengkhususan, bidang yang ditawarkan dan
soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang diiklankan atau ditawarkan.

4.2 Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris
Ujian kemahiran Bahasa Inggeris menentukan kelayakan Bahasa Inggeris calon dan biasanya

diberikan kepada calon yang bahasa ibundanya selain daripada Bahasa Inggeris. Kolej Komuniti boleh
melaksanakan ujian ini bagi mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan
pensyarah-pensyarah. Kaedah pengajaran dan pengajaran boleh diperluaskan dengan Bahasa
Inggeris. Mencari bakat seorang staf yang mempunyai penguasaan yang bagus dalam berbahasa
Inggeris dapat meyakinkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menyambung
pengajian di kolej komuniti.

4.3 Ujian Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi (EI) adalah keupayaan individu untuk memahami emosi dan emosinya

sendiri. Kecerdasan emosi yang kuat adalah penting untuk kebanyakan pekerja dan kritikal untuk
sesetengah individu. Hal ini kerana, individu yang mempunyai emosi secara intelek berupaya untuk
bekerja dengan baik bersama rakan sekerja, berinteraksi dengan orang awam, dan menangani
kekecewaan dengan cara yang matang dan professional. Ujian ini membolehkan calon dapat
bekerjasama atau boleh bekerja dalam satu pasukan. Emosi seseorang juga akan mempengaruhi gaya
kehidupan harian, bidang kerja yang diceburi dan keadaan semasa. Jawatan yang ditawarkan di kolej
komuniti ini juga melibatkan hubungan antara pelajar dengan pensyarah, pensyarah dengan

105

kakitangan serta pengarah. Jika mempunyai emosi yang tidak boleh dikawal akan menjadi masalah
pada masa akan datang. Tempoh bekerja dalam satu organisasi ini mungkin menggambil masa yang
lama, oleh itu jika mempunyai masalah emosi bakal membebankan pihak pengurusan. Ujian ini boleh
dijalankan secara atas talian seperti menjawab soalan borang soal selidik atau beberapa jenis ujian
yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.

4.4 Ujian Perwatakan
Kebanyakan spesifikasi individu memerlukan seseorang calon memiliki ciri-ciri perwatakan

tertentu seperti peramah atau boleh bersosial, saling membawa atau mampu bekerja dalam satu
pasukan dan tegas atau mantap. Bukti atau maklumat yang diperoleh melalui system temuduga
mungkin dikaburi tangapan pemohon terhadap kebolehan diri sendiri. Oleh itu, sesetengah organisasi
yang menginginkan data yang jitu boleh menggunakan ujian perwatakan. Pembentukan ujian
perwatakan memakan kos yang tinggi dan lazimnya hanya diberi oleh penguji-penguji yang layak. Ujian
ini sering kali dikhaskan untuk jawatan-jawatan peringkat pengurusan memandangkan perwatakan
memainkan peranan utama dalam menentukan kebolehan seseorang individu untuk melakukan
sesuatu tugas pada tahap yang memuaskan. Hasil ujian perwatakan mesti dinilai secara teliti. Ujian
perwatakan harus dibentuk dengan teliti serta berlandaskan sistem tersendiri yang teratur bagi
menghalang pemohon-pemohon daripada melakukan penipuan. Walaubagaimanapun, sesetengah
calon yang berpengalaman berupaya meneka jenis jawapan yang menunjukkan ciri-ciri perwatakan
yang boleh diterima oleh organisasi. Perwatakan sebagai seorang pensyarah di kolej komuniti juga
amat penting seperti mempunyai keterampilan yang baik, gaya dan personaliti yang unggul serta
mampu menarik minat umum. Perwatakan penting dalam proses kerja yang harmoni. Ujian perwatakan
ini menggunakan grafologi atau kajian ke atas tulisan tangan. Dalam ujian ini juga, tenaga professional
yang berkelayakan diperlukan untuk mengenal pasti ciri-ciri perwatakan pemohon kerja melalui gaya
tulisan tangannya.

106

5.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusan, proses pengambilan pekerja merupakan elemen yang penting bagi
memastikan pekerja-pekerja yang dipilih betul-betul layak dengan jawatan yang ditawarkan. Kesilapan
dalam pemilihan akan menyebabkan produktiviti kerja tidak akan tercapai dengan baik. Ujian-ujian yang
dibuat dapat menyokong serta membantu pihak pengurusan sumber manusia membuat pilihan yang
tepat. Ujian-ujian yang dijalankan memberi keadilan kepada semua pihak dan menggelakkan kesilapan
dalam pemilihan calon semasa proses temu duga. Pemilihan pekerja melibatkan pelbagai kos. Justeru
itu, untuk menggelakkan kos yang tinggi, ujian yang dijalankan dapat membantu dalam membuat
keputusan yang tepat. Selain itu, jika calon berjaya menjawat jawatan tersebut, individu tersebut akan
terus bekerja dengan cemerlang dan masalah disiplin di tempat kerja dapat dielakkan. Ini menunjukkan
dengan sangat jelas bahawa ujian-ujian pemilihan dalam organisasi adalah sangat penting.

Pekerja-pekerja yang berpuas hati akan menjadi lebih produktif dan menjadi aset berguna
kepada sesebuah majikan. Bagi membolehkan sumber manusia melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan, pemilihan untuk pekerjaan perlu dititik beratkan bagi memastikan hasil yang dikeluarkan
adalah semaksimum yang mungkin. Tedapat pelbagai cara dan kaedah dalam proses pemilihan
pekerja. Kaedah dan tujuan pemilihan ini penting bagi mengelakkan atau mengurangkan kesilapan
dalam memilih pekerja. Pemilihan pekerja merupakan perkara utama dalam pengurusan sumber
manusia serta perlu menjalani beberapa proses sehinggalah pekerja tersebut diterima bekerja dalam
sesuatu organisasi. Banyak faktor yang mempengaruhi tujuan dan kepentingan dalam ujian pemilihan.

Jenis-jenis ujian dalam sesebuah organisasi adalah berubah mengikut jenis dan sektor pekerjaan,
organisasi dan pengkhususan bidang. Selain itu juga, jika di peringkat pemilihan telah berjaya dilakukan
dengan baik, ia mampu menjamin dan memaksimakan produktiviti dalam sesebuah organisasi,
meminamakan kos pengeluaran dan secara tidak langsung melancarkan proses pengurusan
organisasi.

107

RUJUKAN

Ahmad dan Schroeder, 2002, Perhubungan Perusahaan di Malaysia Singapura
Cowling dan Mailer, 1922 Managing Human Resources. Edisi ke – 2. New York, USA: McGraw-Hill
Flynn, 1994, Min & Kleiner, 2001, Scholarios et al., 2003 D. Uman Resourse Champions (Bostan:

Harvard Business Scholl Press.
Farnham & Stevens, 2000, Reshaping Human Resources for Next Century: Lessons from a High-Flying

Airline. Human Resourse Management.
Hussain, A. A. (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
Fish & Macklin, 2004, Human Resourse Information Systems
Huselid, (1994) Ramsey, 1994, Building Human Capital and Organizational Capability, Laporan

Teknikal. Cornell University, Ithaca, NY
Stewart dan Knowles, 2000 Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya, Selangor: Prentice

Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd Selangor.
Ibrahim Mamat Zaiton Hassan, (2008). Pengurusan Sumber Manusa Perspektif Modal Insan. Dewan

Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Maimunah Aminuddin (2003). Asas Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd
Mohammad Ashadi Mohd. Zaini (2003). Tip-tip Pngurusan Terbaru. Kuala Lumpur: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd
Mohamad Yazam Sharif (2001). Asas Pengurusan Sumber Manusia: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd
Raymond A. Neo, John R. Hollenbeck, Barry Gerhart, Patrick M. Wright, Maimunah Aminuddin, Fauziah

Noordin (2002). Pengurusan Sumber Manusia: Mc Graw Hill, Kuala Lumpur

108

KESEPADUAN SOSIAL DALAM MEWUJUDKAN KESTABILAN DALAM
KONTEKS MALAYSIA

Noorhidayah binti Mohd Jaafar @ Abd Rahman
[email protected]

Abstrak. Malaysia sangat dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama.
Malaysia merupakan contoh terbaik bagi negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Justeru
itu, hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan bersama di
Malaysia. Namun sejauh mana kukuh dan eratnya hubungan tersebut ia perlu dinilai dalam konteks
yang pelbagai. Hubungan etnik di Malaysia contohnya boleh dinilai dalam bentuk perpaduan dan
integrasi. Antara langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam usaha
untuk mengeratkan ikatan hubungan etnik adalah menerusi pengalaman sejarah dan penghasilan
pelbagai dasar untuk mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu juga, pelbagai usaha lain
dilakukan oleh pelbagai pihak dalam mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Contohnya dari bidang
penerbitan drama animasi Malaysia, dengan terbitnya sebuah drama animasi yang sangat dikenali
ramai yang berjudul ‘Upin & Ipin’. Bahan rujukan yang digunakan untuk penulisan ini adalah melalui
pembacaan laporan-laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh para penyelidik terdahulu,
pembacaan nota-nota yang diberikan pensyarah kursus dan dengan menonton drama animasi Upin
dan Upin untuk memahami watak, dan konteks penceritaan drama animasi tersebut dengan lebih
mendalam di laman Youtube.
Kata Kunci: Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi, Tamadun India

1.0 PENDAHULUAN

‘Upin & Ipin’ adalah siri televisyen animasi komputer Malaysia yang dihasilkan oleh Les’
Copaque Production yang berkisarkan kehidupan saudara kembar dalam suasana kampung atau desa
di Malaysia. ‘Upin & Ipin’ merupakan sebuah siri kartun yang telah memasuki era edutainment baru, di
mana ia menerapkan nilai interaksi yang ideal melibatkan banyak kumpulan etnik atau budaya untuk
meningkatkan keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini.

109

Keunikan animasi ‘Upin & Upin’ ini telah menarik ramai penonton daripada pelbagai peringkat
umur. Siri animasi ‘Upin & Ipin’ bukan sahaja berjaya menarik minat kanak-kanak, malah orang dewasa
juga boleh bersama-sama menghayati mesej penceritaan yang ingin disampaikan. Justeru dengan itu,
siri ‘Upin & Ipin’ secara tidak langsung berperanan dalam menjadi salah satu medium untuk menyatu
padukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

1.1 Peranan animasi ‘Upin & Ipin’ dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

i. Menerapkan sifat toleransi dalam kepelbagaian kaum menerusi watak-watak animasi
Penceritaan naratif, visual, dan sifat watak-watak yang terdapat dalam siri ‘Upin & Ipin’

melambangkan perpaduan atau identiti khas Malaysia, di mana ia menunjukkan perpaduan
yang terjalin di antara kumpulan bangsa berbeza yang tinggal di kawasan luar bandar. Ini
menggambarkan hubungan erat pelbagai bangsa contohnya, bangsa Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Ia menunjukkan gaya hidup harian rakyat Malaysia yang memperlihatkan kewujudan
jambatan toleransi, kepekaan, keharmonian dan keunikan yang boleh dikongsi bersama
walaupun berbeza bangsa dan budaya. Terdapat beberapa watak yang mewakili budaya yang
pelbagai atau kumpulan etnik yang ditunjukkan dalam siri animasi ini. Watak animasi Melayu
seperti Opah, Kak Ros, Fizi, Ehsan, Upin, Ipin, Cikgu Jasmin, dan Tok Dalang. Mutu, Jarjit, dan
Raju adalah watak yang mewakili orang India, sementara kumpulan etnik Cina diwakili oleh
Mei Mei dan Ah Tong.

ii. Memelihara identiti budaya Melayu
Aspek pendekatan naratif dalam siri ‘Upin & Ipin’ menerapkan konsep mitos dan

legenda sebagai pendekatan dalam memelihara identiti budaya Melayu. Mitos bermaksud
kisah tradisional mengenai peristiwa bersejarah yang melihat fungsi bahagian dunia atau
menjelaskan suatu amalan, kepercayaan atau fenomena alam yang berlaku pada masa lalu.
Contohnya, ‘Upin dan Ipin: Pengembaraan Ke Pulau Harta Karun’ menggambarkan

110

perjalanannya kembar (Upin dan Ipin) dan rakan mereka Fizi, Ehsan, Mei-Mei, Jarjit dan Mail
ketika mereka menjalani kehidupan seharian penuh dengan aktiviti menarik serta khayalan
kreatif yang diilhamkan dari mitos terkenal dan pahlawan legenda Melayu Hang Tuah dan Hang
Jebat, termasuk pelayaran mereka ke tujuh laut sebagai lanun dan juga semasa
pengembaraan dalam kenderaan berlegar futuristik. Siri ini sesuai dengan agenda
pendidikannya yang kerana ia mempunyai jalan cerita yang menyeronokkan. Ia disemai
dengan nilai-nilai moral dan budaya yang diterapkan dengan humor dan ini menjadikannya satu
siri supaya seluruh keluarga dapat belajar dan menghayati mesej yang disampaikan.

iii. Memelihara estetika nilai budaya Malaysia.
Refleksi budaya Melayu ditekankan dalam animasi ‘Upin & Ipin’. Dalam episod ‘Piala Dunia di
Afrika’, beberapa gaya visual Malaysia ada ditunjukkan. Contohnya kedai makan ‘Warung
Uncle Muthu’. Adegan ini menerangkan perwakilan sederhana masyarakat Malaysia yang
digambarkan oleh watak Uncle Muthu yang berbangsa India dalam menghidangkan makanan
(mi goreng mamak) kepada Upin dan Ipin dan watak sokongan yang berlatar belakangkan
Kampung Durian Kampung Runtuh. Oleh itu, siri ‘Upin & Ipin’ berjaya menggambarkan
suasana 'mesra' dan mengalu-alukan identiti latar belakang dan penempatan watak serta
budaya estetika Melayu di kawasan kampung yang wujud secara harmoni dengan pelbagai
bangsa lain di Malaysia.

iv. Menyatukan nilai moral dalam kehidupan
Siri ‘Upin & Ipin’ menjunjung tinggi tanggungjawab sosial dan tidak pernah gagal

mengintegrasikan pelbagai nilai moral dalam setiap episod mereka. Nilai-nilai moral seperti
kejujuran, kerja berpasukan, ketaatan, rasa hormat, toleransi dan keikhlasan adalah asas-asas
ke arah mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat di Malaysia. Nilai moral
ini sesuai dengan nilai Islam dan nilai baik sejagat. Seterusnya, siri ‘Upin & Ipin’ juga

111

menunjukkan cara hidup umat Islam melalui beberapa babak yang menceritakan perihal ibadah
puasa di bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya atau lebaran dengan orang bukan Islam,
mempelajari al-Quran dan banyak lagi. Corak watak dalam ‘Upin & Ipin’ menerapkan tema dan
memberi gambaran budaya yang menunjukkan keprihatinan manusia yang penting
terutamanya dalam masyarakat di Malaysia seperti tanggungjawab, rasa cinta, persahabatan,
keluarga, agama, budaya dan kelangsungan hidup.

Kesimpulannya, siri animasi ‘Upin & Ipin’ ini bukan sahaja berperanan dalam memberi
hiburan kepada penonton, malah ia juga berperanan dalam menerapkan nilai-nilai murni
kepada penonton supaya tidak lupa akan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia dan
seterusnya memartabatkan Malaysia yang terkenal dengan keunikan bangsa dan budayanya
di mata dunia.

2.0 USAHA PEMBENTUKAN KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT UPIN IPIN

Istilah ‘kesepaduan sosial’ merujuk kepada ikatan erat yang membolehkan masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia tetap aman, stabil, dan damai (Nurhafilah et al, 2013). Ini disebabkan oleh
adanya perjanjian sosial, atau pengembangan ikatan sosial yang kuat dalam jangka panjang. Untuk
membuka jalan menuju ke puncak tujuan perpaduan dan integrasi nasional, kesepaduan sosial
merupakan syarat utama yang perlu dipatuhi. Rakyat Malaysia telah lama menyedari bahawa kita hidup
dalam masyarakat berbilang budaya dan pluralistik. Oleh kerana kepelbagaian dan perbezaan yang
terdapat di Malaysia, usaha untuk menyatukan pelbagai bangsa mesti dirancang dan didasarkan pada
usaha integrasi yang berterusan.

Antara usaha-usaha yang dilakukan dalam pembentukan kesepaduan sosial dalam
masyarakat Malaysia adalah seperti berikut. Pertama, membina kepakaran dalam bidang perpaduan
demi untuk meningkatkan literasi, pemahaman, dan penghayatan Persekutuan Perlembagaan dan
Rukun Negara, pembangunan lebih banyak modal insan yang mampu menangani masalah perpaduan

112

dengan berkesan serta mengesan pengaruh negatif di peringkat akar umbi yang boleh mengancam
perpaduan dan keharmonian negara adalah wajar. Kebolehan dan bakat pegawai perpaduan mesti
ditingkatkan secara konsisten untuk merealisasikan agenda perpaduan dengan lebih berkesan dan
efisien. Selain itu, para pendidik mestilah diakui sebagai agen penting penyatuan, dengan sumbangan
mereka terhadap pembangunan rakyat yang harmoni dan bersyukur adalah sangat kritikal. Ia adalah
sangat penting untuk memupuk kesedaran dan mengasah kemampuan pendidik agar mereka dapat
melaksanakan tugas dengan lebih berjaya. Contohnya seperti menggalakkan pakar-pakar akademik
dalam menghasilkan solidariti penulisan dan artikel sebagai cara untuk memperoleh pendedahan dan
berkongsi maklumat dalam bidang hubungan sosial.

Kedua, memantapkan Modul Silang Budaya. Usaha mengukuhkan kefahaman agama, budaya
dan adat resam pelbagai etnik dilakukan menerusi pemantapan Modul Silang Budaya. Kanak-kanak
harus didedahkan dengan kepelbagaian yang Malaysia miliki, baik dari segi kepelbagaian agama,
warna kulit, etnik, budaya, dan adat istiadat bermula daripada usia muda seawal di peringkat
prasekolah lagi dan perlu diteruskan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Ini sangat penting agar kita
dapat menghasilkan individu yang menyedari dan menghargai kepelbagaian, akhirnya bakal
menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai toleransi yang tinggi terhadap
kepelbagaian tersebut. Contohnya, Modul Merentas Budaya KPN harus diperkukuhkan lagi, Ini
memberi tumpuan kepada identiti budaya, konvensyen berbilang kaum, nasionalisme, moral, dan sivik,
serta pemahaman mengenai amalan budaya dan etnik masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Ketiga, memperkukuhkan integrasi nasional dengan membina integrasi melalui aktiviti sosial
termasuk budaya, muzik dan sukan serta penghasilan kandungan kreatif perpaduan. Kegiatan sosial
adalah kaedah yang paling berkesan untuk memupuk dan memperkukuhkan integrasi di antara
masyarakat dari pelbagai bangsa dan budaya di seluruh Malaysia. Kebudayaan, kesukanan, dan muzik
adalah contoh aktiviti sosial yang penting. Sukan dan budaya adalah alat terbaik untuk menyatukan
masyarakat yang pelbagai. Hubungan antara generasi dan pelbagai etnik dapat digalakkan melalui
penganjuran acara sukan dan rekreasi di setiap komuniti. Contohya apabila terdapat hasil kreativiti

113

yang disebarkan melalui media sosial seperti Facebook dan YouTube menceritakan kebersamaan di
antara banyak etnik di Malaysia, ia juga merupakan saluran untuk mengintegrasikan masyarakat dan
justeru mendorong semangat untuk bersatu (KPN,2021).

3.0 SATU WATAK DRAMA DAN FILEM ANIMASI ‘UPIN & IPIN’ BAGI MEMBENTUK
KESEPADUAN SOSIAL MASYARAKAT

Watak pilihan yang dapat dilihat boleh membentuk kesepaduan sosial masyarakat dalam
animasi ‘Upin & Ipin’ adalah watak Tok Dalang. Tok Dalang atau nama sebenarnya Isnin bin Khamis
ialah penghulu Kampung Durian Runtuh. Beliau merupakan seorang yang amat disegani oleh orang
kampung kerana beliau pernah dinobatkan sebagai juara wayang kulit, seperti yang boleh diperlihatkan
dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula. Disebabkan ketangkasannya dalam mengendalikan
wayang kulit, beliau diberi gelaran Tok Dalang. Tok Dalang tinggal di rumah yang bewarna biru dan
merupakan jiran Upin dan Ipin. Beliau tinggal sendirian di rumah tersebut kerana anak dan cucunya
menetap di bandar.

Watak Tok Dalang memberi gambaran cara hidup orang-orang yang tinggal di kampung. Selain
itu juga, Tok dalang merupakan ketua kampung yang bertanggungjawab dan juga seorang Amil yang
mengumpul zakat fitrah daripada penduduk kampung yang beragama Islam pada bulan Ramadan.

Tok Dalang digambarkan sebagai seorang yang sangat berkemahiran. Beliau mahir dalam
bidang pertanian di mana di halaman rumahnya terdapat sebilangan pokok rambutan dan reban ayam
yang dijadikan sumber makanan dan pendapatan. Dia juga mempunyai sebuah dusun durian dan
kelapa di pinggiran kampung yang ditujuinya dengan menunggang basikal atau motosikal. Beliau juga
mahir dalam bidang penternakan. Tok Dalang mengusahakan penternakan ayam di kawasan
rumahnya. Ayam-ayamnya dijaga sebelum dijual kepada orang lain seperti Mail. Tok Dalang juga mahir
dalam bidang pertukangan Tok Dalang mempunyai sebuah bengkel di bawah rumahnya di mana beliau
membuat bermacam-macam benda, dan sering membantu dalam membuat sesuatu yang diingini oleh
Upin dan Ipin. Tok Dalang juga menceburkan diri dalam bidang pelancongan kerana beliau memiliki

114

sebuah inap desa di kawasan dusun yang dinamakan Inap Desa Tok Dalang. Selain itu juga, beliau
aktif dan mahir dalam bidang kesenian. Tok Dalang digelar sedemikian kerana mahir dalam wayang
kulit, bahkan banyak memenangi pertandingan wayang kulit. Selain itu, beliau mahir membuat kraf
tangan, mainan dan hasil seni seperti wau dan gasing. Beliau juga merupakan juara kompang Kampung
Durian Runtuh dan bertanggungjawab melatih Upin dan Ipin serta kawan-kawan mereka berkaitan
cara-cara bermain kompang (UpinIpin.fandom.com, ND).

Melihat dari watak Tok Dalang ini, Tok Dalang sangat sesuai dijadikan ikon dalam membentuk
kesepaduan masyarakat kerana walaupun beliau sudah tua, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki
oleh Tok Dalang adalah umpama emas. Ini kerana segala kemahiran yang dimiliki Tok Dalang boleh
diturunkan kepada generasi muda menerusi tunjuk ajar seperti apa dilakukan oleh Tok Dalang yang
bertanggungjawab mengajar Upin dan Ipin serta kawan-kawannya cara untuk bermain kompang.
Kompang merupakan salah satu alat musik tradisional yang patut diketahui cara permainannya oleh
generasi muda. Justeru, kemahiran untuk bermain kompang tidak akan lapuk dek zaman dan dapat
diwarisi oleh generasi baru yang akan datang, tidak kira apa jua bangsa.

Kemahiran bermain kompang boleh meningkatkan kesepaduan sesama orang kampung
khususnya ketika sambutan keraian. Paluan kompang oleh anak-anak kampung boleh menjadi
pembuka majlis keraian tersebut dan seterusnya meningkatkan kemeriahan dan keserian suasana
kampung. Permainan kompang ini juga tidak hanya diwarisi oleh masyarakat Melayu khususnya malah
boleh diwarisi juga oleh bangsa lain. Perkara ini akan dapat mengikat tali persaudaraaan sesama
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan ukhuwah yang kuat yang akan terbentuk di dalam
masyarakat Malaysia khususnya.

4.0 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN PERPADUAN SOSIAL

Perpaduan adalah proses menghubungkan individu, masyarakat dan negara secara
keseluruhan melalui ideologi nasional agar setiap anggota masyarakat dapat mengembangkan identiti,
nilai, dan sentimen nasional yang sama. Kepentingan perpaduan masyarakat dalam perpaduan

115

nasional tidak boleh dipandang enteng. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menyelidiki sejarah
dan ciri-ciri masyarakat majmuk negara kita. Pelbagai faktor menyumbang kepada keruntuhan
perpaduan sosial di Malaysia. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu difikirkan.

i. Isu sensitiviti berkaitan agama
Beberapa topik berkaitan keagamaan sengaja dipermainkan dan diperlekehkan secara

umum. Contohnya seperti isu murtad dan penukaran agama, isu penggunaan kalimah Allah
oleh agama lain selain agama Islam, perarakan kepala lembu, isu babi dan sebagainya.
Perlakuaan tidak bertanggungjawab ini boleh mengakibatkan pertelingkahan sesama rakyat.
Sekiranya cabaran yang ada tidak ditangani dengan berkesan, keharmonian masyarakat di
Malaysia mungkin tergugat.
ii. Isu berkenaan pengagihan ekonomi

Subjek pengagihan ekuiti ekonomi dan perbezaan antara kaum masih ada hingga ke
hari ini dan mungkin berterusan hingga masa depan. Sekiranya masalah ekonomi diuruskan
dengan betul, beberapa cabaran negara akan berjaya diselesaikan dan ini memastikan
perpaduan sosial Malaysia kekal utuh. Dalam hal ini, daripada memusatkan perhatian pada
etnik, kerajaan harus mempertimbangkan pendekatan yang wajar untuk masyarakat secara
keseluruhan supaya tindakan kerajaan itu tidak memberi kesan kepada orang Melayu dan
Bumiputera.
iii. Ancaman media massa

Berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan media sosial
untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu keharmonian, pengaruh media
sosial telah menjadi ancaman baru terhadap perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara
ini (Mohd,2016). Berita-berita palsu yang disampaikan di platform media massa boleh
mengakibatkan kepincangan dalam masyarakat dan seterusnya meretakkan hubungan
perpaduan masyarakat di Malaysia. Pengguna media sosial harus menahan diri dari
menyiarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dahulu kerana berpotensi memecah

116

belahkan masyarakat. Tindakan tidak bertanggungjawab itu membazirkan pengorbanan nenek
moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Masyarakat umum
seharusnya dengan mudah dipengaruhi oleh ideologi yang berusaha membangkitkan api
permusuhan dan kecurigaan terhadap bangsa dan budaya di negara kita.
iv. Kegagalan institusi dan organisasi dalam penggunaan bahasa kebangsaan, Bahasa

Malaysia.

Dalam hal Malaysia, Bahasa Malaysia adalah bahasa utama kita dan merupakan kunci
penting untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak institusi dan
organisasi telah gagal menggunakan Bahasa Malaysia secara meluas menyebabkan
sebilangan rakyat Malaysia tidak diterapkan rasa pemilikan atau bangga terhadap bahasa
kebangsaan. Golongan elit Melayu perlu lebih yakin bahawa Bahasa Malaysia mempunyai
kemampuan untuk menyatukan komuniti kita yang terdiri dari pelbagai bangsa demi mencapai
kesepaduan menyeluruh (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 2018).

5.0 KESIMPULAN

Drama dan filem animasi ‘Upin & Ipin’ telah dengan jelas berjaya menyatakan serta
menunjukkan kemampuan animasi dalam mempromosikan budaya masyarakat Malaysia hingga ke
peringkat antarabangsa. Dengan memperincikan seni sebagaimana ia mampu untuk berkomunikasi
dengan penonton dan kebolehannya untuk menjadi hiburan berunsurkan pendidikan. Melalui plot,
watak dan latar belakang, tujuan atau metafora, animasi ‘Upin & Ipin’ telah berjaya menghantar mesej
yang kuat mengenai nilai budaya dan perpaduan di negara ini. Kejayaan animasi seperti Upin dan Ipin
menarik lebih ramai penonton untuk menontonnya sedang dan kini semakin meningkat naik dan
diharapkan akan akan terus berjaya dalam masa terdekat.

117

Adalah menjadi tren global di mana jika difahami dengan lebih baik, semakin banyak faedah
yang kita dapat daripada identiti animasi Malaysia. Animasi ‘Upin & Ipin’ berkemampuan untuk menjadi
alat pengaruh sosial yang hebat kerana kenyataan daripada budaya dan identiti sesuatu bangsa di
Malaysia dapat dikongsi bersama melalui lensanya. Melalai lensanya, perpaduan dapat disemai
dengan mencari jalan persamaan di antara bangsa yang berlainan kepercayaan dan latar belakang.
Tumpuan untuk mewujudkan keharmonian dalam menyatukan setiap orang dan bukannya memecah
belahkan mereka sama ada dibezakan oleh agama, bangsa, budaya, kepercayaan politik atau
perbezaan lain. Justeru animasi ‘Upin & Ipin’ mampu menjadi platform atau medium penyatuan dengan
menyatukan rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang pelbagai bangsa atau agama di samping
memotivasikan penonton untuk memupuk elemen perpaduan dalam diri mereka setiap hari.

6.0 JURNAL REFLEKSI

Hubungan Etnik dalam realiti masyarakat Malaysia ini telah membuka mata saya untuk
memahami dengan lebih lanjut berkenaan keadaan sebenar yang berlaku di Malaysia. Saya
berpeluang untuk melihat keunikan negara kita Malaysia yang selama ini saya sedari tapi kini dengan
lebih mendalam mengenai kepelbagaian budaya dari masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam memahami keunikan negara kita Malaysia, dimana terdapatnya perbezaan budaya,
adat resam dan kepelbagaian bahasa di negara kita. Ini berlaku kerana negara kita terdiri daripada
etnik yang pelbagai seperti Melayu, India, Cina, Iban, Melanau, Kadazan, dusun, dan lain-lain lagi.
Daripada kepelbagaian ini, kita juga menyambut perayaan yang berbeza, sambutan perayaan bersama
ini menjadi satu platform untuk merapatkan jurang antara kaum yang berbeza. Justeru, pada pendapat
saya, jika berlakunya huru-hara dan konflik antara kaum negara kita, bukan sahaja akan memberi
impak buruk kepada negara malah kita sebagai rakyat juga akan berada dalam kerugian kerana
keunikan yang kita rasai di Malaysia ini tidak dapat dirasai di negara lain. Maka adalah penting untuk
semua etnik untuk hidup bersatu padu dalam keharmonian untuk membina negara yang aman damai.

118

Selain itu, perpaduan etnik juga akan tercapai sekiranya tiada berlakunya sifat prejudis antara
satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berganding bahu untuk terus memupuk
keharmonian dan perpaduan kerana unsur-unsur tersebut amat penting untuk kejayaan negara kita.
Keharmonian antara kaum harus dijaga oleh setiap kaum dan oleh setiap orang. Dimana setiap kaum
harus menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah mempromosikan keharmonian dan
perpaduan kaum boleh menerangkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam
kehidupan amat wajar dalam proses membangunkan negara. Di samping itu, menyedari bahawa Rukun
Negara adalah satu panduan untuk kita rakyat Malaysia untuk menghormati dan membina hubungan
yang baik antara rakyat. Ini kerana melalui pembacaan dan pemahaman mengenai rukun negara oleh
rakyat Malaysia, akan sekaligus dapat menanam jati diri dalam diri setiap rakyat itu sendiri dan
seterusnya dapat menyemai perasaan kasih dan sayang terhadap negara kita Malaysia.

Akhir sekali, harapan saya sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersyukur dan berasa bangga
menjadi rakyat Malaysia. Kita mestilah mengamalkan ramah mesra and saling berkenalan antara satu
sama lain. Jangan jadikan perbezaan itu jurang kepada perpaduan kita kerana perbezaan itu adalah
sesuatu yang harus dihormati, dihargai dan dipelajari. Apabila kita mempunyai hubungan yang baik
antara kaum dan hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya kita dapat
mencapai perpaduan yang utuh yang diimpikan. Melalui cara ini, kesepakatan dan muafakat antara
kaum dapat diteruskan dan seterusnya dapat membantu sama-sama dalam membangunkan negara
kita tercinta, Malaysia.

119

RUJUKAN

Kementerian Perpaduan Negara. (2021, Febuari). Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara
2021-2030.
https://www.perpaduan.gov.my/admin/files/perpaduan/dpn/FINAL%20BLUEPRINT%2013%0
FEB%20PDF.pdf

Mohd, I. U.A. (2016, Disember). Pengaruh media sosial ancaman baharu perpaduan – Musa.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosial-
ancaman-baharu-perpaduan-musa

Nurhafilah, M., Faridah, J. (2013, Mei). Social Cohesion in Malaysia – A Preliminary Overview of Its
Challenges from Legal Perspective Conference: ASLI Conference 2013At: Bangalore, India.
https://www.researchgate.net/publication/281545416_Social_Cohesion_in_Malaysia_-
_A_Preliminary_Overview_of_Its_Challenges_from_Legal_Perspective

Razaleigh, M. K., Abdul, G.D. Salasiah, H.H. & Fariza, M.S. (2012, Januari). The history of ethnic
relationship in Malaysia Advances in Natural and Applied Sciences.
https://www.researchgate.net/publication/288657119_The_history_of_ethnic_relationship_in_
Malaysia

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. (2018, Ogos). MySay: Malaysian unity and its challenges Edge
Weekly. https://www.theedgemarkets.com/article/mysay-malaysian-unity-and-its-challenges
UpinIpin.fandom.com. (ND). Upin dan Ipin Wiki: Tok Dalang. Dicapai dari
https://upinipin.fandom.com/ms/wiki/Tok_Dalang#Perwatakan

120

KECERDASAN EMOSI (EQ) DALAM KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA

Norliana binti Ali
[email protected]

Abstrak. Pengurusan organisasi sentiasa menghadapi cabaran dan memerlukan mekasnisme yang
sesuai agar sentiasa selari dengan perubahan dan keperluan semasa. Kemahiran kepimpinan
ditempat kerja adalah satu proses mempengaruhi subordinat bersama dengan kualiti kepimpinan yang
lain dalam mencapai matlamat organisasi. Manakala kecerdasan emosi EQ adalah satu kemahiran
yang membolehkan seseorang untuk menghargai emosi individu yang lain. Kemahiran EQ ini adalah
sangat penting dalam proses kepimpinan oleh seorang pemimpin dalam mengurus sesebuah
organisasi demi mencapai objektif organisasi. Pemimpin yang mempunyai kadar EQ yang tinggi adalah
lebih berjaya apabila mampu membina jaringan perhubungan yang lebih positif dengan subordinat dan
rakan sekerja. Manakala pemimpin yang mempunyai kadar EQ yang rendah, akan mewujudkan konflik
dan menyebabkan subordinat tidak bermotivasi dan suka bekerja sebagai satu pasukan kerja yang
hebat. Bagi pekerja yang memiliki EQ yang tinggi pula, mereka dapat bersama menyokong ketua, dan
dapat mengurangkan konflik ditempat kerja. Tip-tip meningkatkan EQ ditempat kerja seperti menerima
keadaan diri, amalkan peraturan emosi dan meningkatkan kemahiran sosial adalah cara yang sesuai
bagi mengembangkan kualiti EQ dalam diri setiap individu. Kemahiran EQ perlulah dibina semenjak
kanak-kanak, kerana ia menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan dan kegembiraan diri.

Kata Kunci: Kecerdasan Emosi, Kemahiran Emosi dan Emosi.

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini, mengurus sesebuah organisasi bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai
cabaran dan rintangan perlu diharungi oleh pengurus dan pemimpin dalam menjayakan dan
menggerakkan organisasi bagi mencapai objektif. Ilmu di bidang pengurusan yang telah diperkenalkan
dan dipraktikkan dengan meluas, perlu sentiasa diubahsuai, ditambahbaik dan dikemaskinikan agar
sejajar keadaan dan keperluan semasa.

121

Kepimpinan merupakan proses untuk mempengaruhi sesuatu kelompok untuk mencapai
tujuan. (Gribben, 1972) dan penyataan ini disokong oleh Hersey dan Blancard (1982) yang menyatakan
kepimpinan merupakan satu proses yang dilakukan bagi mempengaruhi individu atau kelompok dalam
mencapai suatu tujuan. Menurut Stoner & Wankel (1989), kepimpinan didalam sesebuah organisasi
adalah sangat penting dan memainkan peranan yang sangat penting.

Kemahiran kepimpinan ditempat kerja atau organisasi adalah perkara yang sangat kritikal
kerana kepimpinan atasan akan mempengaruhi sikap staf bawahannya. Terdapat beberapa ciri
kemahiran kepimpinan yang diperlukan di tempat kerja seperti menjadi pendengar yang baik, empati,
keupayaan untuk berkongsi mesej dan matlamat yang jelas dengan subordinat dan rakan sekerja,
kemahiran berfikir yang strategik, kreatif, yakin untuk memberi insipirasi, dan menyakinkan orang lain,
kemahiran berkomunikasi yang baik, positif, mempunyai karisma yang kuat dan lain-lain lagi.

Kebiasaanya, seorang pemimpin memiliki sifat seperti berkarisma, berpandangan jauh,
berinisiatif, kreatif, tegas dan memiliki kemahiran analitikal dan teknikal. Persoalannya, adakah
memadai jika seorang pemimpin yang memiliki sifat-sifat tersebut digelar sebagai pemimpin yang hebat
dan berjaya?. Kadangkala terdengar juga isu yang pemimpin hebat yang mencapai matlamat
organisasi, namun kurang mendapat kerjasama, sokongan dan disenangi oleh pekerja bawahan.
Antara faktor yang dikenalpasti adalah dikatakan pemimpin jenis ini memiliki tahap Kemahiran Emosi
(EQ) yang rendah dan kualiti ini menjadi perbezaan diantara pemimpin yang hanya berjaya mencapai
objektif dan matlamat perniagaan atau pemimpin yang berjaya mencapai matlamat dan dalam masa
yang sama, disenangi oleh rakan sekerja dan pekerja.

Kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk mengenalpasti dan mengesan perasaan orang
lain, empati, dan mempunyai motivasi kendiri dalam menghadapi permasalahan, konflik dan
berkebolehan untuk berinteraksi dengan berkesan. (Goleman, 1995). Menurut beliau juga, kejayaan
seseorang dalam alam pekerjaan perlu diimbangi dengan aspek emosi, kekurangan aspek emosi akan
mendorong kepada perhubungan kerja yang tidak mesra dan produktif.

122

Menurut Salovey dan Mayer (1990), proses EQ meliputi merasai emosi, berakal dengan emosi,
memahami emosi dan menguruskan emosi. Mempunyai kemahiran mengurus emosi (EQ) akan
membantu pekerja dan pemimpin dalam mengurus tekanan dan emosi dengan lebih baik.

2.0 KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI (EQ) DI TEMPAT KERJA.

Pemimpin perlulah mengambil berat akan perasaan dan emosi pekerjanya. Organisasi yang
dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai Kecerdasan Emosi (EQ) yang tinggi, adalah lebih berjaya
berbanding pemimpin yang tiada atau kurang nilai tahap Kecerdasan Emosi (EQ). Pemimpin yang
mempunya tahap Kecerdasan Emosi (EQ) yang tinggi boleh membina dan menjalinkan hubungan yang
baik dengan rakan sekerja, pekerja bawahan dan pihak berkepentingan yang lain. Kecerdasan Emosi
(EQ) bukan sahaja membantu membina dan menjalinkan hubungan malahan mewujudkan sikap
bekerjasama antara rakan sekerja, pekerja bawahan dan pihak lain.

Masalah dan konflik ditempat kerja boleh berlaku seandainya isu berkaitan keperluan perasaan
dan emosi rakan sekerja dan pekerja bawahan tidak diambil berat. Pemimpin atau pengurus harus
tahu untuk mengenalpasti dan mengurus keperluan emosi pekerja agar pekerja rasa dihargai,
disokong, di hormati, dipercayai dan bernilai kepada organisasi. Apabila keperluan emosi serta
perasaan pekerja dan rakan sekerja telah diisi, pekerja akan menjadi lebih positif, bermotivasi, kreatif
dan saling memahami antara satu sama lain, disebabkan tangki emosi mereka telah diisi dan diambil
berat oleh majikan. Menurut Kirch dan Tucker (2001), 80% kejayaan di tempat kerja adalah bergantung
kepada Kecerdasan Emosi (EQ) dan hanya 20 % bergantung kepada Kecerdasan Kognitif (IQ). Ini
menunjukkan, mereka yang mempunyai tahap Kecerdasan Emosi (EQ) yang tinggi, mampu
menyesuaikan diri dengan persekitan kerja yang berbeza. Adalah penting, untuk seorang pemimpin
apabila berinteraksi memahami dan menjadikan peranan emosi dalam persekitaran organisasi kerana
Kecerdasan Emosi (EQ) atau kemahiran emosi dan perasaan menjadi faktor penentu gelagat dan sikap
disesebuah organisasi. Ia disebabkan, Kecerdasan Emosi (EQ) membina hubungan perorangan

123

(interpersonal) seterusnya mempengaruhi prestasi dan organisasi. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Murray (1998), kemahiran emosi (EQ) ini, adalah dua kali ganda lebih penting berbanding kemahiran
dalam analitikal dan teknikal. Gabungan dua jenis kemahiran dan kecerdasan ini akan membentuk dan
menyumbang kejayaan seseorang ditempat kerja dengan lebih positif.

Seorang pemimpin yang mempunyai tahap Kecerdasan Emosi (EQ) yang tinggi, boleh
memotivasikan, mengkoordinasikan dan mengawal pekerja dan dalam masa yang sama boleh
membawa pekerja bersama dalam proses membuat keputusan dan kesannya pekerja lebih bersedia,
dan berlapang dada untuk menerima tugasan serta tangungjawab, serta berkongsi maklumat,
mencurahkan tenaga dan usaha kepada tugasan yang diberikan.

3.0 KELEBIHAN MEMILIKI TAHAP KECERDASAN EMOSI (EQ)

Kecerdasan Emosi (EQ) membantu pasukan dalam berkongsi visi, matlamat, dan objektif
dalam mencapai matlamat organisasi. Juga, Kecerdasan Emosi (EQ) membantu seseorang individu
bekerjasama dengan orang lain dengan lebih baik seperti berkomunikasi, membina kepercayaan dan
cekap mempengaruhi orang lain. Bagi pekerja yang mempunyai kemahiran EQ yang tinggi pula,
mereka kebiasaanya berupaya untuk bekerja dengan lebih baik dengan ketuanya dan rakan sekerja,
dan pakerja ini mampu mengurangkan konflik ditempat kerja.

Kelebihan lain bagi mereka yang mempunyai EQ yang tinggi adalah mereka ini boleh membuat
keputusan yang lebih baik dan menyelesaikan sesuatu masalah, tetap tenang apabila berhadapan
dengan tekanan, mampu menyelesaikan konflik, mempunyai empati dan sikap meletakkan diri didalam
kasut orang lain yang lebih mendalam, dan boleh mendengar, berfikir serta membalas kritikan dengan
lebih baik. Namun begitu, disisi lain, bagi pekerja atau pemimpin yang mempunyai kadar EQ yang
rendah, keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya antaranya gaya komunikasi yang agresif dan
pasif, sukar memberikan kerjasama apabila bekerja dalam satu kumpulan, suka mengkritik dan

124

menolak pendapat orang lain dan memainkan atau mempamerkan watak seperti mangsa dan
mengelakkan daripada bertangungjawab atas kesalahan diri sendiri.

Berikut adalah tip yang diberikan oleh Golemen (1995), bagi meningkatkan tahap kecerdasan
emosi di tempat kerja iaitu:

i. Menjadi lebih diri sendiri dengan melihat perasaan sendiri, melihat kekuatan dan
kelemahan emosi diri serta ingat bahawa emosi adalah sementara.

ii. Amalkan peraturan atau cara mengurus emosi yang betul seperti mencari teknik yang
sesuai untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, memastikan kesegaran emosi
seperti menerima keadaan seadanya diri kita dan berfikir sebelum membuat
keputusan.

iii. Meningkatkan kemahiran sosial seperti mendengar secara aktif dan memberikan
pandangan terhadap pandangan orang lain, memerhatikan komunikasi bukan lisan
yang berada disekitar kita, asah kemahiran memujuk dan elakkan drama, konflik atau
politik ditempat kerja.

iv. Latih diri untuk menjadi lebih empati antaranya dengan melihat sesuatu perkara dari
sudut pandangan orang lain juga dan perhatikan bagaimana kita berinteraksi dan
bertindak balas dengan orang lain.

v. Tingkatkan emosi diri. Kejayaan EQ adalah bergantung juga kepada motivasi dalaman
seseorang individu. Orang yang bermotivasi adalah cenderung kepada tujuan dan
matlamat diri. Justeru itu, fokus kepada perkara yang digemari dalam pekerjaan kita
dan cuba untuk mengekalkan sifat positif.

4.0 KESIMPULAN

Kecerdasan Emosi (EQ) memainkan peranan penting bukan sahaja bagi kesejahteraan hidup
bahkan kejayaan di tempat kerja. Kecerdasan Emosi (EQ) menjadi alat yang mengukur kejayaan
seseorang didalam organisasi. Menguasai Kecerdasan Emosi (EQ) adalah penting didalam

125

kepimpinan seterusnya digunakan dalam pengurusan bagi mencapai matlamat organisasi.
Kecerdasan Emosi (EQ) perlu dipelajari daripada kanak-kanak dan ibu bapa perlu membangunkan
kualiti ini didalam diri anak anak semenjak kecil kerana kualiti ini akan dibawa hingga dewasa,
diperlukan di alam pekerjaan dan keperluan dalam bersosial. Kemahiran ini menyumbang kepada
kegembiraan diri, kejayaan ditempat kerja dan hidup serta membawa kehidupan yang lebih baik kepada
individu yang mempunyai kemahiran ini.

RUJUKAN

Gribben, J. J. (1972). Effective managerial leadership. New York: American Management Association.
James A. F. Stoner, C. Wankel (1989). How Business, Resources, and People Fit Together in a

Sustainability Model. Global Sustainability as a Business Imperative. Pages 3-15.
Kirch, D.P., Tucker, M.L. & Kirch, C.E. (2001). The benefits of emotional intelligence in accounting firms.

CPA Journal, 70,6,60.
Murray, B. (1998). Does emotional intelligence matter in the workplace? APA 's Annual Convention, 29,

7. [On-line]. Available: http://www.apa.or~~nonitor/jul98/emot.html [200 1, Feb. 191.
Ooi Y.K. (2002). Kepentingan Kecerdasan Emosi (EQ) dalam organisasi masa kini. Jelapang, 3 (1). pp.

45-53. http://repo.uum.edu.my/id/eprint/384.
Salovey, P. & Mayer, J.D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, cognition, and personality, 9,

185-2 1 1.
Smigla, J.E. & Pastoria, G. (2000). Emotional intelligence: Some have it, others can learn. CPA Journal,

70,6,60.

126

PEMASARAN TRADISIONAL VS PEMASARAN MODEN

Nur Syahira Mohd Salleh

[email protected]

Abstrak. Wabak Covid’19 yang menular Malaysia sejak Mac 2020 telah merubah trend pengguna
dalam pembelian barang yang mendorong peniaga untuk menyusun strategi baru dalam memasarkan
produk masing-masing mengikut peredaran masa sekarang. Strategi yang dilihat dalam perniagaan
sekarang adalah menggunakan e-dagang atau dalam talian berbanding perniagaan secara
konvensional sebelum ini. Peniaga perlu merubah cara perniagaan mereka secara tradisonal dengan
membuka gerai ditepi jalan berbanding mempromosikan menggunakan platform Marketplace yang ada
seperti Facebook Page, Instagram, SHOPEE, laman web dan whatsap Business. Peniaga yang
tergolong dalam kumpulan berumur agak terkesan dalam memasarkan produk mereka di mana mereka
tiada peranti yang canggih,liputan internet yang agak rendah dan tiada pengetahuan dalam bagaimana
untuk memasarakan secara atas talian.Ini menyebabkan golongan yang tiada pengetahuan ini terkesan
secara tidak langsung dan memerlukan bantuan dari anak- anak mereka dalam memasarkan produk
mereka agar mereka tidak kehilangan punca pendapatan semasa musim pandemik ini. Secara tidak
langsung ramai peniaga baru muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan mencuba berniaga
menggunakan platfor yang baru dengan kerajaan memberikan beberapa insentif dalam menggalakkan
peniaga ini merubah ke atas talian.Melihat keadaan pada masa ini, peniaga juga perlu menghadapi
cabaran dari memastikan jualan produk kekal releven dari pembungkusan yang lebih baik bagi
memastikan pembeli tertarik dan kualiti makanan itu sendiri penting sekiranya berlaku penghantaran
menggunakan servis penghantaran di samping memikirkan kos-kos yang terlibat semasa perletakan

harga tersebut.

Kata Kunci: Produk, perniagaan, pemasaran

1.0 PENGENALAN

Pada hari ini, Cara pembayaran juga turut berubah semasa berlakunya urusniaga ini dari
pembayaran secara tunai ke “cashless” yang mana peniaga perlu menggalakkan penggunaan

127

pembayaran secara digital bagi mengurangkan penggunaan tunai secara tidak langsung
menggelakkan jangkitan COVID’19. Secara tidak langsung pemasaran secara tradisonal merubah 360
darjah cara perniagaan di Malaysia apabila covid’19 ini melanda negara kita dari segi cara
memasarkan, pembungkusan, pembayaran dan penghantaran barang ke pengguna bagi mengelakkan
jangkitan virus ini di samping dapat membantu pekerja lain seperti syarikat penghantaran yang banyak
mengambil pekerja sambilan bagi mereka yang terjejas akibat Covid’19 ini. Dalam keadaan krisis
Covid’19 ini, usahawan perlu melakukan perubahan dari segi aspek pemasaran dalam perniagaan
mereka dari secara tradisional iaitu dengan membuka gerai atau kedai. Perubahan dalam aspek
pemasaran dan gaya hidup pengguna mempengaruhi usahawan agar lebih proaktif dalam merangcang
strategi perniagaan mereka seiring dengan perkembangan semasa.

Ini dapat dilihat dari Rajah 1.1 yang menunjukkan perbezaan yang kita dapat lihat dari
pemasaran secara moden dari segi liputan pelanggan yang meluas dengan dapat terus berinteraksi
dengan pelanggan apabila posting di media sosial dan dapat target pelanggan yang kita mahu.
Contohnya produk kita adalah makanan sejuk beku yang mana kita boleh mengtarget pelanggan kita
pada orang yang bekerja agar memudahkan mereka menyediakan makanan bagi kelurga mereka untuk
sarapan pagi sebagai contoh.

128

Rajah 1.1: Perbezaan antara pemasaran tradisonal dengan moden.

2.0 KEBAIKAN PEMASARAN MODEN

Pada waktu sekarang, peniaga perlu bersaing dalam dunia perniagaan dengan menjual barang
yang sama dan perlu bersaing sesama mereka tetapi yang membezakan sesuatu perniagaan itu dari
segi perkhidmatan yang di tawarkan dari segi penghantaran yang cepat, harga yang berpatutan, kualiti
produk yang bagus , produk yang dijual adalah produk yang di cari oleh pengguna disebabkan
kekangan untuk keluar membeli barang keperluan seperti yang disarankan oleh kerajaan “ Stay At
Home” bagi mengelakkan penularan virus COVID’19.

Peniaga juga perlu meluangkan masa dengan media sosial yang dipilih contoh melalui
Instagram 2 jam hingga ke 5 jam sehari bagi membuat posting di Ig agar enjin pencarian di Google
agar nama perniagaan akan berada di kedudukan teratas. Platform ini juga membantu memastikan

129

nama perniagaan akan muncul di halaman pertama carian Google. Ini adalah salah satu cara
pemasaran secara percuma bagi peniaga dalam membantu menaikkan platform perniagaan secara
atas talian berbanding dengan perniagaan secara tradisional yang hanya menunggu pelanggan datang
ke gerai atau kedai untuk membeli barangan mereka. Peniaga perlu mengikut trend peredaran global
dengan mengubah strategi bagi memastikan mereka dapat kekal di dalam dunia perniagaan bagi
meneruskan kehidupan mereka.

Perubahan dalam gaya hidup di sebabkan PKP memerlukan usahawan untuk melakukan
sesuatu perubahan dalam strategi pemasaran mereka melalui platform e-dagang yang bertepatan
dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggalakkan peralihan PKS dan PKS mikro kepada platform e-dagang
bagi memperluaskan akses pasaran. Perubahan gaya hidup pengguna dengan norma baharu juga
akan berlaku secara drastik apabila kerajaan mengumumkan akan ada kerjasama dengan syarikat
swasta dalam menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja
secara atas talian dengan memberi kod promosi dan pelbagai baucar diskaun melalui platform e-
dagang shopee. Sebagai permulaan, sejumlah RM70 juta diperuntukkan dengan jumlah yang sama
oleh platform e-dagang. Kerajaan juga memberikan PENJANA berjumlah RM50 yang dikreditkan ke
akaun e-dompet bagi golongan muda yang berumur 18 tahun ke atas serta pendapatan bawah
RM100,000 di mana bagi menggalakkan lagi penggunaan e-dagang dan transaksi secara dalam talian
bagi pembelian menggunakan ‘e-dompet’, ‘telefon pintar’ dan ‘perbankan dalam talian’.

Mengikut trend sekarang, pemasaran menggunakan video secara langsung dan berinteraksi
dengan pelanggan mengenai produk yang di jual melalui Instagram, Facebook dan Shopee Live dapat
meluaskan usaha dalam mencari prospek untuk produk kita. Penggunaan saluran “Youtube”
merupakan perubahan dalam dunia video di era norma baru walaupun penggunaan saluran ini telah
mendapat perhatian lagi sebelum Covid’19 melanda Negara, namun ianya menjadi tumpuan penonton
di kalangan rakyat Malaysia yang mana peniaga harus merebut peluang dan ruang yang ada bagi
memanfaatkan pemasaran secara video menggunakan saluran Youtube.Pelanggan lebih tertarik

130

melihat iklan sebegini berbanding pengiklanan yang berunsurkan penulisan yang panjang lebar agak
membohsankan di samping rakyat Malaysia yang terkenal dengan malas membaca menyebabkan
posting berunsurkan penulisan tidak releven lagi pada masa kini.

3.0 PENUTUP

Peniaga perlu mengubah minda bahawa kelangsungan pasca pandemik tidak semestinya
memerlukan modal yang besar dan tidak memerlukan kedai fizkal yang dapat menjimatkan lagi kos
jualan pada masa sekarang disamping banyak ruang serta peluang dapat diteroka di dalam dunia digital
ini dengan menambah kemahiran berniaga serta kemahiran digital bakal memberi ruang untuk
usahawan menerokai lebih jauh berbanding berniaga secara tradisonal. Peniaga dan pengguna perlu
mengubah cara penjualan dan pembelian dalam talian bersesuaian dengan normal baharu pasca
pandemik.

Landskap pemasaran turut berubah daripada tradisional kepada digital setelah pandemik
COVID-19 melanda secara global dan dijangka akan berterusan dalam jangka masa panjang. Setiap
peniaga harus buat penambahbaikan dari segi menyediakan platform sistem pemasaran digital yang
jitu dan perlu bertindak dengan pantas serta berubah mengikut trend perubahan dalam gaya hidup
pengguna. Peniaga akan ketinggalan apabila tidak melakukan perubahan yang besar dalam landskap
pemasaran mereka.

131

Rajah 3.1: Platform medium pemasaran
Rajah 3.1 menunjukkan platform yang digunakan melalui dua medium pemasaran yang berbeza yang
mana kita harus merubah bagi memastikan produk kita akan lebih di kenali berbanding secara

tradisional yang hanya penduduk sekitar yang mengenali produk yang dijual.

132

RUJUKAN

Asyraf Muhammad. (2020, April 6). PKP: Peniaga perlu ubah kaedah pemasaran, jualan. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/77550/KHAS/Covid-19/PKP-Peniaga-perlu-ubah-
kaedah-pemasaran-jualan

Hazwan Faisal Mohamad (2020, Mei 17). COVID-19, lonjak penggunaan e-dagang. BH Online.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1841777
https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2020/05/689812/covid-19-lonjak-penggunaan-
e-dagang

Noor Azuan Hashim. (2020, Julai 24). Manfaat ekonomi digital jadi usahawan alaf baharu. BH Online.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/714259/manfaatkan-ekonomi-digital-
jadi-usahawan-alaf-baharu

Nyambar, N. (2021, Januari 12). PKP 2.0. Bagaimana peniaga teruskan perniagaan. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/pkp-20-bagaimana-peniaga-teruskan-perniagaan-
277235

W.A. Amir Zal. (2020, Mei 15). Malaysia perlu bersedia hadapi kemiskinan situasi. Bernama.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1841777

133

AMALAN PENGGUNAAN STANDARD DALAM PENDIDIKAN TINGGI:
PENINGKATAN SISTEM KUALITI

Sharmili Mohamed Rafi
[email protected]

Abstrak. Amalan penggunaan standard dalam institusi pendidikan di Malaysia amat menggalakkan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan kerja lebih mudah, lebih baik, cepat dan memudahkan proses
pengurusan berkualiti di sesebuah institusi. Pengurusan standard yang baik dapat memudahkan
organisasi dalam melancarkan proses dalaman unit, mempercepatkan masa dan memudahkan kawalan
dalaman sistematik. Biasanya faktor hubungan manusia adalah elemen penting yang dikaitkan dalam
perlaksanaan amalan standard berkualiti seperti kepimpinan, penglibatan pekerja, latihan dan pendidikan,
fokus pelanggan, kerja berpasukan, komunikasi, hubungan pembekal, dan ganjaran dan pengiktirafan.
Pemakaian Standard ISO menggalakkan pendekatan proses di dalam membangun, melaksana dan
menambahbaik keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti. Oleh itu, dengan faedah- faedah yang
disarankan, amat digalakkan untuk menjalankan prosedur standard di institusi bagi penambahbaikan
berterusan agar proses pengurusan dan sistem kualiti dapat ditingkatkan.

Kata Kunci: Standard, sistem kualiti, institusi pendidikan

1.0 DEFINISI STANDARD

Liker, 2008 mentakrifkan penyeragaman kerja standard sebagai satu proses penambahbaikan
sistematik atau lebih dikenali sebagai standard tunggal (Kucheryavenko et al., 2019), lengkap secara
konsisten, tepat pada masanya dan boleh dijalankan secara berulang bagi motif penjanaan pengetahuan
(Solaimani et al., 2019). Sementara itu, Spear dan Bowen (1999), menyatakan (1) penyeragaman itu
adalah proses, urutan aktiviti, masa pelaksanaan dan spesifikasi produk, yang memudahkan pengesanan
masalah. (2) penyeragaman dilaksanakan melalui kerjasama antara pihak pengurusan atasan dengan

134

pekerja di institusi untuk pelaksanaan proses, yang mesti diseragamkan, secara langsung, dan mencapai
kehendak pelanggan (Toledo et al, 2019).

Dari sudut MS ISO 9000, kualiti ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan
perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan atau yang tersirat. Antara
piawaian yang digunakan oleh IPTA adalah Quality Assurance (QA) dan International Organisation of
Standard (ISO) Standard dalam konteks penilaian HEI seperti ISO14001, ISO91000, ISO21001 di
Malaysia. Sementara badan akreditasi program adalah terdiri daripada Malaysia Qualification
Accreditation (MQA).

Tujuan standard adalah untuk menjadikan kerja lebih mudah, lebih baik, cepat dan memudahkan
proses pengurusan berkualiti di institusi. Untuk mengelakkan proses yang tidak stabil, standard ini
sentiasa dipertingkatkan oleh kakitangan dan pelanggan dan digalakkan oleh pemimpin kanan. Biasanya
faktor hubungan manusia adalah elemen penting yang dikaitkan dalam perlaksanaan amalan standard
berkualiti seperti kepimpinan, penglibatan pekerja, latihan dan pendidikan, fokus pelanggan, kerja
berpasukan, komunikasi, hubungan pembekal, dan ganjaran dan pengiktirafan (Habtoor & Habtoor,
2016).

2.0 PERKAITAN ISO 9001 DAN KUALITI

ISO 9001 ialah piawai antarabangsa yang menjelaskan keperluan di dalam Sistem Pengurusan
Kualiti. Ia diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi bagi menunjukkan kemampuan untuk menghasilkan
produk dan penyediaan perkhidmatan yang konsisten bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan
keperluan perundangan yang digunapakai. Pemakaian Standard ISO menggalakkan pendekatan proses
di dalam membangun, melaksana dan menambahbaik keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

2.1 Perkaitan ISO dengan TQM
ISO menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total

Management Quality (TQM). TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada

135

falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan semua aspek
organisasi dan memberi penekanan kepada kerja berpasukan. Aspek utama organisasi yang menjadi
tumpuan TQM ialah sokongan pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan proses. Sistem
kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan melalui pelaksanaan ISO akan meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang diberi tumpuan oleh TQM. Dengan demikian,
pelaksanaan ISO boleh memantapkan usaha ke arah pelaksanaan TQM.

3.0 PERLAKSANAAN STANDARD DI INSTITUSI PENDIDIKAN

Konteks kualiti diperkenalkan di sektor kerajaan bermula tahun 1992 bermula dengan Pekeliling
Kemajuan Perkhidmatan Awam, Bilangan 1: Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi
perkhidmatan Awam, Bilangan 1: Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi perkhidmatan
awam telah dikeluarkan. Selang setahun, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 3:
Panduan Mengenai Piagam Pelanggan pula diterbitkan. Kemudian, pada Januari, 1995 Panduan
Pelaksanaan Sistem Pemulihan Perkhidmatan pula dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (SKPKPA) Bil. 1 Tahun 1995 yang bertujuan memberi penjelasan lanjut tentang
konsep pemulihan perkhidmatan serta tindakan-tindakan pelaksanaan yang bersepadu. Pada tahun 1996
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996: Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000
Dalam Perkhidmatan Awam, pula diterbitkan. ISO 9000 adalah satu salah satu daripada alat dalam
pengurusan kualiti.

Kini SIRIM Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Standard dan
Perindustrian Malaysia (SIRIM), merupakan sebuah organisasi korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh
Kerajaan Malaysia, di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Ia telah diamanahkan oleh Kerajaan
Malaysia untuk menjadi organisasi kebangsaan bagi piawaian dan kualiti, dan sebagai penggalak
kecemerlangan teknologi dalam industri dan institusi pendidikan Malaysia.

136

3.1 FAKTOR- FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA KEJAYAAN PERJALANAN STANDARD DI
INSTITUSI

(i) Kepimpinan
Kepimpinan adalah tanggungjawab utama yang digambarkan dalam klausa ISO hendaklah

mewujudkan dasar kualiti, merancang aktiviti utama dan menentukan matlamat untuk menjaga dan
memperbaiki semua aspek Pengurusan Kualiti Menyeluruh dalam organisasi (Arribas Díaz & Martínez-
Mediano, 2018; Yu et al., 2012). Kumpulan fokus menegaskan bahawa standard ini mempunyai kesan
positif terhadap kepimpinan (Gamboa & Melão, 2012)

Gaya kepimpinan yang diguna pakai mempengaruhi proses perancangan dan kawalan,
menentukan kandungan dan hubungan antara peranan, prosedur operasi dan sistem komunikasi dan
dinyatakan sebagai keupayaan untuk memberi inspirasi kepada perasaan masyarakat dan kerjasama
(Oricchio et al., 2020). Pemimpin-pemimpin di semua peringkat menubuhkan perpaduan tujuan dan
memberi hala tuju, dengan itu mewujudkan keadaan di mana pekerja terlibat dalam mencapai objektif
kualiti organisasi. Mereka mendapati kepimpinan pengurusan tertinggi dan penajaan diketengahkan
sebagai pemacu utama untuk mencetuskan kejayaan pelaksanaan sokongan inisiatif kualiti (Ab Wahid,
2019).

(ii) Standard
Pertama sekali, Standard sudah biasa dalam industri lain dengan prosedur pengendalian

peralatan untuk pengeluaran tinggi oleh pekerja dengan gaya sistem kerja yang sama dan mengekalkan
produktiviti (Dresch et al, 2019) sebelum mula diperkenalkan dalam sektor pendidikan. Prosedur
penambahbaikan yang diseragamkan menggunakan alat kejuruteraan berkualiti dan aplikasi teknik
seperti yang diatur dalam setiap langkah prosedur berstruktur disifatkan penting dalam merancang dan
meningkatkan reka bentuk dan proses produk (Habidin & Yusof, 2013). Penyeragaman dalam
pengurusan lean untuk mengurangkan tahap pulangan, kecekapan masa dan inventori dalam syarikat
pengedaran (Bonilla-Ramirez et al, 2019).

137

Kerja standard mengurangkan variasi kerja awal dengan alat pengurusan visual dalam enam
sigma dan menubuhkan prosedur standard untuk kecekapan masa dalam organisasi (Antony et al, 2012).
Contoh Pelaksanaan Standard dalam institusi pendidikan menjadi penting dengan perlaksanaan standard
seperti ISO 14001, Inisiatif Bangunan Hijau atau Standard EMAS di negara lain (Roos & Guenther, 2020).
Penyeragaman Standard juga distiharkan sebagai panduan yang mewujudkan penambahbaikan
keseluruhan proses misalnya penghantaran projek pelajar di universiti, bahagian yang sangat penting
dalam mengisytiharkan dan melicinkan proses akreditasi program pendidikan di institusi itu oleh badan
kerajaan pendidikan (Al-Amri et al., 2020; Zighan & EL-Qasem, 2020).

Biasanya, terdapat perbezaan dalam piawaian ini mengikut institusi, dan selalunya piawaian ini
tidak mengambil kira perbezaan budaya atau persekitaran sosial di sekelilingnya. Penilaian audit akan
diadakan untuk mengesahkan pelaksanaan standard kualiti yang ditetapkan bagi operasi institusi
pengajian tinggi bagi tujuan akreditasi (Bejan et al., 2015). Oleh itu, sistem audit membangunkan semangat
perpaduan organisasi berdasarkan perpaduan kepentingan, objektif dan piawaian (Al-Amri et al., 2020).

4.0 FAEDAH PERLAKSANAAN STANDARD ISO DAN PENGIKTIRAFAN LAIN

Antara faedah yang diberikan kepada organisasi merangkumi:
i. Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah.
ii. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas yang dijalankan serta memerincikan

tindakan yang perlu diambil.
iii. Menunjukkan sistem perekodan dokumen yang tersusun berdasarkan amalan

pengurusan dan kaedah bekerja.
iv. Mengelakkan institusi dari kesilapan berulang.
v. Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan setiap

kali (right at the first and everytime).
vi. Membolehkan organisasi membuktikan kepada pihak yang ingin menjalankan penilaian

terhadap perkhidmatan yang diberi secara terkawal.

138

vii. Membolehkan organisasi membuat keputusan secara sistematik bagi pengurusan yang
dijalankan.

5.0 KESIMPULAN

Standard merupakan amalan baik yang amat digalakkan dalam sesebuah institusi. Pengurusan
standard yang baik dapat memudahkan organisasi dalam melancarkan proses dalaman unit,
mempercepatkan masa, memudahkan kawalan dalaman sistematik. Terdapat sorotan penulisan yang
menyokong perlaksanaan standard di organisasi dan kajian yang pelbagai dicadangkan bagi melihat
keberkesanan perlaksanaan. Dengan faedah- faedah yang disarankan, amat digalakkan untuk
menjalankan prosedur standard di institusi. Oleh itu dengan menjalankan penambahbaikan berterusan
maka pengurusan proses dapat dijalankan dengan baik.

139

RUJUKAN

Antony, J., Krishan, N., Cullen, D. and Kumar, M. (2012). Lean Six Sigma for Higher Education Institutions
(HEIs). Challenges, Barriers, Success Factors, Tools/Techniques. International Journal of
Productivity and Performance Management, 61, 940-948.
https://doi.org/10.1108/17410401211277165

Arribas Diaz, J.A, Martinez-Mediano, C. (2018). The impact of ISO quality management systems on primary
and secondary schools in Spain. Quality Assurance in Education, 26 (1), 2-
24. https://doi.org/10.1108/QAE-06-2016-0028

Bonilla-Ramirez, K.A., Marcos-Palacios, P., Quiroz-Flores, J.C., Ramos-Palomino, E.D., Alvarez-Merino,
J.C. (2019). Implementation of Lean Warehousing to Reduce the Level of Returns in a Distribution
Company. IEEE International Conference on Industrial Engineering and Engineering
Management.http:// 10.1109/IEEM44572.2019.8978755

Dresh, A., Veit, D.A, Lima, P.N., Lacerda, D. P. & Collatto, D.C. (2019). Inducing Brazilian manufacturing
SMEs productivity with Lean tools. International Journal of Productivity and Performance
Management, 68 (1), 69-87

Gamboa, A.J & Melao, N. (2012). The impacts and success factors of ISO 9001 in education: Experiences
from Portuguese vocational schools. International Journal of Quality & Reliability Management, 29
(4):384-401.http://doi. 10.1108/02656711211224848

Kucheryavenko.S.A, Chistnikova I.V, Thorikov B.A, Nazarova. A.N. (2019). Adaptation of lean production
tools to educational activities of universities. Revista Práxis Educacional, Vol 15, No 36.
http://dx.doi.org/10.22481/praxisedu.v15i36.5956.

Liker, J.K (2008). Toyota Culture . The heart and soul of Toyota way. New York. Mc graw Hill.

140


Click to View FlipBook Version