The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by effa2201, 2023-11-07 02:47:25

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

Inisiatif 108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu 2016 – 2025


Cetakan Kedua 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 Nombor ISBN 978 - 983 - 9425 - 23 - 9 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (370.9595) PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 Disediakan oleh: Dicetak oleh: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Aras B-4, Blok E8, Presint 1 Kompleks Kerajaan Putrajaya Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel.: +603-88846000 Faks.: +603-88846439 Laman sesawang: www.moe.gov.my/bppdp Firdaus Press Sdn. Bhd. No.28, Jalan PBS 14/4 Taman Perindustrian Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan


VISI Pendidikan Bahasa Melayu Berkualiti, Warga Citra Unggul, Negara Sejahtera Keterangan Visi Pendidikan bahasa Melayu berkualiti merujuk standard bahasa Melayu yang tinggi dari segi kurikulum, kokurikulum, pentaksiran, kompetensi guru, jalinan dengan pihak luar, bidang penyelidikan dan penghasilan khazanah ilmu serta diterima pada peringkat global. Negara sejahtera merujuk fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi yang membentuk negara bangsa. Warga Citra Unggul merujuk rakyat yang mempunyai imej dan jati diri bahasa Melayu. III


MISI Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Kelestarian Pendidikan Berkualiti Demi Mencapai Aspirasi Negara Keterangan Misi Memartabatkan bahasa Melayu merujuk usaha untuk memantapkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan serta meningkatkan penguasaan berbahasa dan peluasan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Aspirasi negara merujuk matlamat melahirkan modal insan yang berketerampilan serta berupaya menghadapi saingan dan kemajuan masa hadapan. Wadah kelestarian merujuk penggemblengan usaha secara berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan bahasa Melayu. IV


Isi Kandungan INTI PATI HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pengenalan Bahasa Melayu dari Sudut Perundangan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris Objektif Memartabatkan Bahasa Melayu Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu 2010 - 2013 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Strategi Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Rumusan 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 1.0 1.1 1.2 15 16 17 18 18 19 20 20 21 BAB2 VIII 2 Pengenalan Sejarah Perkembangan Pendidikan Bahasa Melayu Perkembangan Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu 7 7 9 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 6 BAB1 MANDAT DAN STATUS 14 KATA ALU-ALUAN V


Isi Kandungan MATLAMAT DAN RASIONAL PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB4 Pengenalan Perincian Bidang dan Keberhasilan Makmal Bahasa Melayu 2016 Pernyataan Hala Tuju Rumusan PERNYATAAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 Pengenalan Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Minat Murid Terhadap Bahasa Melayu Guru Pengkhususan Bahasa Melayu Minat dan Sikap Guru Terhadap Bahasa Melayu Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Peranan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Peranan Ibu Bapa Tahap Penggunaan Bahasa Melayu di Tempat Awam Penerbitan Bahan Ilmiah dalam Bahasa Melayu Rumusan 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 25 25 27 29 30 31 33 33 34 36 36 Pengenalan Tujuan Matlamat Objektif Rasional Rumusan 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 5.1 5.2 5.3 41 43 43 43 52 52 53 69 24 40 50 BAB3 ISU DAN CABARAN VI 47 43


Isi Kandungan STRATEGI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BAB6 Pengenalan Strategi 1 : Memperkukuh Penggunaan Bahasa Melayu Standard Strategi 2: Memperkasakan Kurikulum Bahasa Melayu Strategi 3: Memperkasakan Kesusasteraan Melayu Strategi 4: Memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu Strategi 5: Memperkukuh Bahasa Melayu dalam Kokurikulum Strategi 6: Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Strategi 7: Menaik Taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Sebagai Peneraju Kecemerlangan Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu Strategi 8: Memperluas Jalinan dan Jaringan Memartabatkan Bahasa Melayu Strategi 9: Memperkaya Khazanah Ilmu dalam Bahasa Melayu Rumusan 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 6.10 73 73 74 75 75 76 77 78 78 80 80 85 85 89 99 100 102 104 72 BAB7 PENUTUP Harapan Rumusan 7.0 7.1 Pelan Tindakan Glosari Senarai Singkatan Bibliografi Senarai Ahli Jawatankuasa 84 88 LAMPIRAN VII


VIII


IX Assalamualaikum WBT dan Salam Negaraku Malaysia Malaysia telah melangkah ke abad 21 dengan matlamat menjadi sebuah negara maju berdaya saing dan berdiri teguh pada tahun 2020 bertunjangkan tamadun negara bangsa yang mantap. Dalam menempuh cabaran era globalisasi, negara perlu bersedia dan mampu menghadapi perubahan demi perubahan tanpa mengorbankan jati diri bangsa Malaysia. Kerajaan memainkan peranan penting bagi melahirkan warganegara yang menjunjung prinsip ketamadunan dan mempunyai identiti bangsa Malaysia. Pembentukan negara bangsa Malaysia meliputi semua kaum dengan bertunjangkan beberapa dasar utama seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Peranan bahasa dalam pembinaan tamadun bermula pada tahap asas jati diri sebagai individu. Dengan bahasalah manusia memperoleh dan mengembangkan ilmu, dan ilmu merupakan prasyarat terbinanya tamadun. Mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia ini merencanakan garis panduan yang lebih jelas dan terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun negara. Saya yakin pendekatan komprehensif yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia ini mampu memberi manfaat kepada warga pendidikan, masyarakat dan negara seterusnya melonjakkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Diharapkan pendekatan baharu, semangat baharu dan tekad baharu yang didorong oleh semangat 1Malaysia mampu merealisasikan kedaulatan bahasa Melayu pada peringkat serantau mahupun antarabangsa. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia terutama kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pihak badan bukan kerajaan, pihak swasta dan tokoh bahasa. DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID SEKAPUR SIRIH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya, Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia ini dapat dihasilkan. Penghasilan pelan ini selaras dengan aspirasi dan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu daya usaha besar ke arah memartabatkan pendidikan bahasa Melayu perlu dilaksanakan. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia ini ialah dokumen yang menterjemahkan hala tuju pendidikan Bahasa Melayu pada masa hadapan. Pelan ini digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahasa Melayu. Penghasilan pelan ini bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya merupakan titik permulaan bagi satu perjalanan jauh yang perlu diharungi bersama-sama oleh semua pihak bagi menjayakan wawasan yang lebih besar demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang cukup penting ini. Sesungguhnya, dalam misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, kita perlu memastikan tamadun dan jati diri bangsa berada pada landasan yang kukuh dan mantap. Proses mentransformasikan pendidikan bahasa Melayu di Malaysia menuntut kita bekerja keras untuk terus mara ke hadapan bagi menjayakan agenda perdana memartabatkan bahasa Melayu. Akhir kata, saya menyeru kerjasama semua pihak agar bersama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati bagi menjayakan pelan hala tuju ini. DATO’ SRI ALIAS BIN AHMAD KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEULAS PINANG X


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia berjaya diterbitkan. Usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang di negara ini merupakan langkah yang menepati semangat undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Hal ini merupakan satu jihad untuk memperkukuh jati diri dan cinta akan negara bagi mendidik anak bangsa. Langkah ini dapat menyedarkan mereka tentang pentingnya satu bahasa yang dapat dijadikan tonggak untuk membina sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Oleh yang demikian, usaha memartabatkan pendidikan bahasa Melayu perlulah diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak agar pendidikan bahasa Melayu dapat mengikuti perubahan, seiring hasrat kerajaan menjadikan bahasa sebagai wadah perpaduan dan pembangunan bangsa dan negara. Pelan ini mengandungi strategi pelaksanaan bagi pendidikan bahasa Melayu. Pernyataan dan strategi ini menterjemahkan hasrat pendidikan negara yang dinyatakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Pelan hala tuju ini amat relevan dijadikan rujukan utama setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada pada peringkat penggubal atau pelaksana dasar. Anjakan paradigma untuk memartabatkan bahasa Melayu hanya dapat dilakukan melalui penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu itu sendiri. Penggemblengan idea dan tenaga semua pihak amat diperlukan untuk membantu kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sekali gus mewujudkan rakyat Malaysia yang memiliki jati diri teguh, progresif dan dinamik ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Penerbitan buku ini diharap dapat menjadi garis panduan kepada setiap individu yang terlibat sebagai agen yang akan menggerakkan jentera pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan bahasa Melayu di negara ini. Secara tidak langsung, buku ini juga dapat memberi gambaran kepada setiap warganegara tentang hala tuju pendidikan bahasa Melayu agar dapat sama-sama bergerak seiring memacu ke arah negara maju. Sebagai mengakhiri prakata ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penerbitan buku ini. Semoga komitmen serta kesungguhan ini dapat diteruskan dan menjadi satu sumbangan yang amat bermakna untuk negara. SEJAMBAK BUDI TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA XI


C (tS C (tS ttS .c a, g> � C � ta --' ta C c'i E Keberhasilan ca �Perkembangan ·ffl E ---'Pendidikan"ffi'Penyelidikan .... � MandatProfesionalisme C)Kerjasama Pintar ·- PenJenamaan p t k . C Kerangka lmpak i� Fokus Keterampilan en , a Slran Cl) . . Murida.Kritis PembelaJaran c.Hol1st1k ) Inti Pati HALA TUJU Pendidikan Bahasa Melayu Pemantapanr Pemantapan c Kemahiran Standard Kreatifui.Pembudayaan� Pemerkasaan � Penerbitan o, ,-:: Kual· 1t·1 '° Kesusasteraan � Kecekapan:::::s O .:Bersepadu CJ Kepakaran Munsyi 3 Sistematik·C)...,Guru CTPenterjemahan s:: BahasaPengantar a,� CJ �- ..., ·a, Pengupayaan i @ � C Penambahbaikan (/) (/) ..., a, CJ -· (/) a.


INTI PATI HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016-2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi menjayakan aspirasi Transformasi Nasional 2050, Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting bagi pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Satu usaha besar ke arah memartabatkan pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan melalui Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025. Pelan ini merupakan dokumen yang menterjemahkan hala tuju pendidikan bahasa Melayu pada masa hadapan. Pelan ini juga digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam pendidikan bahasa Melayu. Satu garis panduan yang lebih jelas dan terperinci telah disediakan agar semua pihak berkepentingan dapat menyumbang secara bersepadu untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun negara serta mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Antara inisiatif hala tuju pendidikan bahasa Melayu adalah untuk menyediakan: i. Kerangka Standard Bahasa Melayu; ii. Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu; iii. Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu; iv. Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu; v. Pemerkasaan Kemahiran Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Semua Jenis Sekolah, vi. Pemerkasaan Ujian Lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah; vii. Format Baharu Pentaksiran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia; viii. Penjenamaan Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif di Sekolah Menengah; ix. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Syarat Mengikuti Program di Universiti; x. Pemilihan Bakal Guru Bahasa Melayu yang Memberi Keutamaan kepada Calon yang Memiliki Kepujian Kesusasteraan Melayu Komunikatif; dan xi. Pembudayaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi dan Perdagangan. Selain itu, hubungan kolaboratif dengan agensi luar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga dilaksanakan untuk mengupayakan impak yang positif kepada pemartabatan bahasa Melayu. INTI PATI HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 - 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INTI PATI HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2


Pemerkasaan Kemahiran Lisan dalam PdP Bahasa Melayu di Semua Jenis Sekolah Pemerkasaan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sekolah Rendah dan Menengah Format Baharu Pentaksiran BM dan KMK SPM Penjenamaan Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif di Sekolah Menengah Ujian Penguasaan Bahasa Melayu sebagai syarat mengikuti program di universiti Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) Peluasan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka Pembudayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan Pemilihan bakal guru Bahasa Melayu yang memberi keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam KMK Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) untuk semua guru bahasa Melayu Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru dan Pensyarah BM Penjajaran pensyarah kampus ke IPGKBM untuk memantapkan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu (LPPBM) PENGUKUHAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU PENYELIDIKAN DAN INOVASI SERTA HUBUNGAN LUAR Permerkasaan kurikulum BM Permerkasaan pentaksiran lisan BM Permerkasaan kurikulum KM Pengukuhan BM dalam kokurikulum Pemantapan keterampilan berbahasa Guru-guru BM Penaiktarafan IPGKBM Peluasan jaringan Pengayaan khazanah ilmu Peluasan penggunaan BM standard KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU MURID BERKETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU Bahasa Jiwa Bangsa Bahasa Melayu Standard KERANGKA HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INTI PATI 3


SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BAB1


SEJARAH PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Pendidikan asas Bahasa Melayu di Sekolah Melayu 1962 1884 2013-2025 Wajib lulus Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1961 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah 1951 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - memartabatkan pendidikan bahasa Melayu Akta Pendidikan - wajib lulus bahasa kebangsaan untuk masuk ke sekolah menengah 1956 Laporan Razak mencadangkan Bahasa Melayu dipelajari oleh murid di semua sekolah 1982 Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan Laporan Rahman Talib mencadangkan pengantar bahasa Inggeris di sekolah rendah ditukar kepada bahasa Melayu 1960 1996 Akta Pendidikan - bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6


Sejarah perkembangan bahasa Melayu dibahagikan kepada lima tahap, iaitu bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu peralihan, dan bahasa Melayu baharu. Tahap pertama wujud sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tahap kedua dikatakan bermula pada abad ke-7 Masihi apabila ditemukan batu bersurat atau inskripsi seperti di Kedukan Bukit dan di Talang Tuwo, Palembang, di Kota Kapur, Pulau Bangka, dan di Karang Brahi, Jambi. Tahap ketiga bermula pada sekitar abad ke-12 Masihi, serentak dengan kedatangan Islam dan dianggap sebagai tahap pembentukan sifat bahasa Melayu yang baharu. Tahap keempat menunjukkan peralihan daripada gaya bahasa Melayu klasik kepada gaya bahasa Melayu kini, iaitu pada abad ke-19. Setelah itu, tahap ini dikategorikan sebagai tahap bahasa Melayu baharu. Semasa zaman kegemilangan Srivijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13, bahasa Melayu menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerajaan. Bahasa Melayu dipelajari oleh saudagar dari pelbagai daerah dan rakyat negeri yang ditakluk oleh Srivijaya. Penguasaan bahasa Melayu terlaksana melalui interaksi sosial harian. Bahasa Melayu digunakan untuk memancarkan nilai estetika melalui karya kesusasteraan, menjadi wahana ilmu dan pemikiran saintifik. Penjajahan Inggeris mewujudkan pertumbuhan dan perkembangan sekolah Melayu dan sekolah vernakular yang direncanakan oleh Inggeris untuk pendidikan anak Melayu. Apabila kerajaan Negeri-negeri Selat ditubuhkan pada tahun 1872, pertumbuhan sekolah Melayu di negeri tersebut kian pesat. Sekolah ini dibuka untuk kanak-kanak lelaki Melayu dan sekolah untuk murid perempuan. Bagi Negerinegeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang), Perak merupakan negeri yang pertama mendirikan sekolah Melayu pada tahun 1884, sebuah di Kuala Kangsar dan sebuah lagi di Batu Gajah. Sebaliknya di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, dan Perlis adalah yang lewat menubuhkan sekolah Melayu. Pada masa itu, Sekolah Melayu didirikan untuk memberikan pendidikan asas selama enam tahun kepada anak-anak Melayu dalam bahasa Melayu, tetapi kemudian tempoh itu disingkatkan menjadi empat tahun sahaja pada tahun 1885. Pada umumnya, penjajah Inggeris mewujudkan pendidikan untuk anak Melayu hanya sekadar menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum. Kesannya, pendidikan bahasa Melayu diajarkan semata-mata sebagai prasyarat bagi membolehkan anak Melayu menjalani Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada 1956 PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 1 7 Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sebagaimana diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan pindaan tahun 1967 menzahirkan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bertitik tolak daripada tindakan itu, bahasa Melayu menjadi lambang kewujudan bangsa dan berfungsi sebagai bahasa perpaduan rakyat serta wasilah pembangunan negara apabila berperanan sebagai sarana komunikasi pentadbiran dan pengurusan dalam pelbagai urusan rasmi di Malaysia. Melalui Akta Pendidikan 1961 dan Pindaan 1996, bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa pengantar ilmu dan pendidikan. Bahasa Melayu juga dijadikan pemangkin pembinaan jati diri rakyat Malaysia dan perpaduan semua kaum. Hal ini jelas mencerminkan bahawa bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebangsaan sendiri. Bahasa Melayu menjadi wahana penyebaran ilmu bagi membina keintelektualan bangsa kerana penuturnya berupaya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Melalui bahasalah, terpancar akal dan kebijaksanaan, sejarah dan warisan, hasrat dan aspirasi, serta perasaan atau pengungkapan segala bentuk kejayaan dan pencapaian bangsa dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, sewajarnya bahasa Melayu terus dimartabatkan dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi wahana penyebaran ilmu bagi membina keintelektualan bangsa kerana penuturnya berupaya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu


sekolah mewajibkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Seterusnya Laporan Rahman Talib 1960 mencadangkan usul menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu. Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja, iaitu bahasa Melayu. Berdasarkan kedua-dua laporan tersebut, Akta Pendidikan 1961 telah digubal. Melalui akta tersebut, peperiksaan naik tingkatan bagi sekolah menengah Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Sijil Akhir Sekolah Menengah Cina dimansuhkan juga pada tahun 1963. Setiap calon diwajibkan lulus dalam bahasa kebangsaan bagi peperiksaan masuk sekolah menengah. Kelulusan dalam bahasa kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun 1962. Pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah menengah kebangsaan dan guru khas bahasa kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan sekolah menengah kebangsaan dibuka dengan begitu pesat di seluruh negara. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata pelajaran jurusan sastera di Tingkatan Satu diajarkan dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua murid. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan murid ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1992. Pada zaman Dasar Ekonomi Baharu (1971-1990), sistem pendidikan mengalami banyak perubahan. Pada tahun 1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaan di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Seterusnya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baharu untuk memantapkan sistem pendidikan. Laporan ini telah memberikan penegasan antaranya kepada pendidikan asas membaca, menulis dan mengira (3M) dan pembangunan kurikulum ala Malaysia. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Di peringkat pendidikan tinggi, penggunaan bahasa Melayu di universiti awam merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. kehidupan yang cukup sederhana apabila dewasa. Penjajah Inggeris tidak pernah merancang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah menengah. Pada tahun 1949, Dasar Pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Jawatankuasa Barnes 1951 mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan di samping terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris. Laporan Barnes telah menjadikan bahasa Melayu sebagai landasan perpaduan melalui pendidikan. Namun begitu, peranan bahasa Melayu tetap terbatas pada peringkat sekolah rendah; dan apabila ke sekolah menengah murid melalui sistem pendidikan yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris. Jawatankuasa Barnes 1951 mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam pembinaan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan di samping terus mempertahankan taraf bahasa Inggeris Kerajaan Inggeris pada tahun 1951 membentuk Jawatankuasa Fenn-Wu yang mengkaji kepentingan pendidikan kaum Cina dan menyelaraskan usul Laporan Barnes. Antara usul jawatankuasa itu termasuklah penubuhan dua jenis aliran sekolah, iaitu aliran bahasa Melayu dan aliran bahasa Inggeris, kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil; jika ada permintaan sekurang-kurangnya daripada 15 orang murid dalam kelas dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di sekolah. Salah satu keputusannya ialah penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan di sekolah Tamil supaya akhirnya dapat diserapkan ke dalam sistem persekolahan. Usul itu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan September 1951 dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan tersebut menetapkan sekolah kebangsaan sebagai sistem persekolahan, dengan bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa ketiga tetapi tidak merupakan sebahagian sistem persekolahan kebangsaan. Walau bagaimanapun, usul itu tidak dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan, kekurangan guru terlatih, malah mendapat bantahan masyarakat Cina dan India. Selepas merdeka, bidang pendidikan merupakan sarana yang paling berkesan dalam usaha pembinaan bangsa dan negara. Laporan Razak 1956 telah diterima oleh Majlis Perundangan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Laporan tersebut mencadangkan bahasa Melayu mesti dipelajari oleh murid di semua sekolah. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajarkan di sekolah menengah jenis kebangsaan. Bahasa Melayu juga dicadangkan menjadi mata pelajaran yang penting pada peringkat Sijil Rendah dan Sijil Pelajaran Kebangsaan. Laporan Razak berkait secara langsung dengan pendidikan bahasa Melayu untuk membentuk suatu sistem pendidikan kebangsaan yang dapat memupuk perpaduan rakyat pelbagai keturunan. Natijahnya sistem persekolahan telah mewujudkan dua jenis sekolah, iaitu sekolah umum yang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan sekolah jenis umum yang terdiri daripada sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan sekolah Tamil. Semua HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 8


Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajarkan dalam bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajarkan dalam bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan dilaksanakan dengan baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti. Namun begitu, perkembangan dalam sistem pendidikan selepas tempoh tersebut, tidak lagi meletakkan pendidikan bahasa Melayu di tempat yang selesa seperti yang pernah dinikmati sebelum ini. Kedudukan bahasa Melayu daripada pelbagai sudut, baik dari segi ekonomi, sains, teknologi, malah dari sudut sosial, spiritual, dan kebudayaan juga didapati berat sebelah. Jika masyarakat terus leka dan selesa pada takuk lama dalam pendekatan dan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa Melayu, dibimbangi pendidikan bahasa Melayu mengalami zaman suram yang akhirnya menjejaskan martabat bahasa Melayu. Menengah mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bermula pada tahun 1993. Kedua-dua kurikulum tersebut memberi perhatian utama kepada aspek kecekapan berbahasa merangkumi pemahaman ilmu tatabahasa dan juga nilai murni dalam berkomunikasi. Kurikulum ini juga mementingkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, termasuk penyerapan ilmu pengetahuan, unsur kewarganegaraan serta nilai murni bagi membentuk peribadi yang seimbang dan harmonis. Selain itu, sukatan pelajaran Bahasa Melayu turut memberi pemahaman tentang sistem bahasa dan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tidak rasmi dan kreatif melalui lisan dan penulisan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memasuki fasa kedua setelah semakan dibuat pada tahun 2002. Kurikulum Bahasa Melayu (Semakan 2002) ini masih mengekalkan matlamat yang sama, tetapi kandungannya lebih menyeluruh meliputi aspek penggunaan bahasa, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Perubahan kandungan kurikulum pendidikan bahasa Melayu bertujuan membolehkan murid menguasai bukan sahaja aspek tatabahasa tetapi juga aspek kecekapan berbahasa selaras dengan saranan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang menyatakan bahawa matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk menyediakan murid dengan keupayaan linguistik dan keupayaan berkomunikasi. Melalui kurikulum ini juga diharapkan murid mampu mengungkapkan segala bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi mencapai matlamat tersebut, murid harus boleh menguasai objektif yang ditetapkan seperti pelibatan dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, perundingan dan penulisan untuk menjalinkan hubungan, berurus niaga bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan; mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat; menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; memberi respons kepada pelbagai Rajah 1.1 : Perkembangan Kurikulum Sekolah Rendah Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah mula diperkenalkan di negara ini. Seterusnya, kurikulum tersebut ditambah baik dan dibentuk secara bersepadu dengan matlamat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah memenuhi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Bagi mencapai matlamat tersebut, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Rajah 1.2 : Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 1 9


bahan sastera dan bukan sastera; melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif; serta menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara. Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran bahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan modular merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan aspek tatabahasa dan seni bahasa. Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah memberi penekanan terhadap pendekatan didik hibur dan penghayatan bahasa manakala kurikulum sekolah menengah memberi penekanan lanjut terhadap penghayatan dan penghargaan elemen kesusasteraan Melayu. Penekanan terhadap elemen kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkaya kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai dan budaya masyarakat Malaysia. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 10


�EMINAR ,ANDAR AHASA h


MANDAT DAN STATUS PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BAB2


Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Perlembagaan Perkara 152(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Akta Pendidikan 1996 Dasar Bahasa Kebangsaan Dasar MBMMBI PPPM Memartabatkan 2013-2025 Bahasa Melayu Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu MANDAT DAN STATUS HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 14


PENGENALAN Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi dalam pelbagai bidang. Selain itu, bahasa juga berperanan sebagai wadah pembentukan akal dan fikiran, pembangunan ekonomi dan politik sesebuah negara, serta perkembangan agama dan kesusasteraan. Malaysia harus berbangga kerana negara ini mempunyai sejarah peradaban bahasa Melayu yang terkenal seantero dunia. Usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan sangat penting sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa. Keyakinan ini telah terbukti bahawa bahasa Melayu menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar ilmu, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa ketenteraan, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Menurut Pegg (2012), terdapat 6,000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia. Namun begitu, hanya 25 bahasa sangat berpengaruh di dunia dan bahasa Melayu menduduki tangga ke-10. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berkeupayaan menjadi antara bahasa komunikasi utama di peringkat antarabangsa. Dari aspek tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengungkapkan pemikiran yang tinggi. Bahasa Jiwa Bangsa menjadi aspirasi negara, melalui ketetapan Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan berkait rapat dengan Dasar Bahasa Kebangsaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu, menitikberatkan jati diri dan citra kebangsaan. Bahasa juga berperanan sebagai wadah pembentukan akal dan fikiran, pembangunan ekonomi dan politik sesebuah negara, serta perkembangan agama dan kesusasteraan BAHASA JIWA BANGSA Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, Marilah amalkan ramai-ramai, Bahasalah menyatukan kita semua, Yakinlah bahasa jiwa bangsa. Marilah mari rakyat semua, Buktikan taat setia dengan satu bahasa, Maju bangsa dan maju negara, Megahkan bahasa kita, Bahasa jiwa bangsa. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 2 15


BAHASA MELAYU DARI SUDUT PERUNDANGAN Setelah negara mencapai kemerdekaan, darjat bahasa Melayu dimartabatkan melalui penggubalan akta bagi memastikan penggunaannya berterusan dalam segala urusan rasmi negara. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan: “Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”. Namun begitu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu adalah selaras dengan peruntukan Perkara 152 (1), Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak kedudukan bahasa lain. Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar pendidikan selari dengan peruntukan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Peruntukan ini terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], yang merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Akta 550 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Mengikut Seksyen 17 (1) Akta 550, “bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 atau manamana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subsekyen ini”. Seksyen 17 (2) menyatakan, “jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan tersebut”. Perkara ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah diberi taraf yang tinggi semenjak negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab warganegara untuk memartabatkan bahasa Melayu supaya terus berada di puncak dengan sentiasa menggunakan bahasa yang gramatis dan santun. Sebagai bahasa kebangsaan yang digunakan oleh semua warganegara Malaysia, bahasa Melayu menjadi bahasa berstatus tinggi yang perlu digunakan dalam sebarang urusan rasmi bagi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa awam. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011, Jabatan Perkhidmatan Awam turut menguatkuasakan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam bagi urusan rasmi di dalam negara dan antarabangsa kepada semua pegawai awam, ketua jabatan, dan anggota pentadbiran kerajaan. Berdasarkan mandat yang telah diberikan, Dewan Bahasa dan Pustaka merancang untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama pendidikan. Perancangan bahasa Melayu melibatkan dua aspek utama, iaitu taraf bahasa dan korpus bahasa. Dalam perancangan korpus bahasa Melayu, usaha dilaksanakan dalam dua strategi, iaitu pembinaan dan pengembangan bahasa. Pembinaan bahasa merujuk usaha melengkapkan bahasa Melayu dari sudut korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, Seksyen 9 Akta 32 menjelaskan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi tetapi tidak melarang penggunaan tulisan jawi. Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu Bahasa Rasmi Negara Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara yang diperakukan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan pindaan tahun 1967 [Akta 32]. Akta ini digubal bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan dan berkuat kuasa pada 1 Julai 1971. Akta 32 ini telah dipinda pada tahun 1983 selaras dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Selain digunakan bagi maksud-maksud rasmi, bahasa Melayu juga digunakan dalam segala urusan mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 Akta 32. Seksyen 8 Akta 32: Segala prosiding (melainkan keterangan yang diberi oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris atau sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris Seksyen 9 Akta 32: Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 16


tatabahasa, ejaan, sebutan dan laras bahasa untuk memungkinkan bahasa itu dapat memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. Taraf bahasa ditingkatkan melalui usaha pengembangan bahasa dengan memasyarakatkan bahasa kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan, sektor swasta hingga di peringkat antarabangsa. Dasar Pendidikan Kebangsaan menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai badan yang mendukung dasar kerajaan bertanggungjawab melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan semua pihak mematuhi Dasar Bahasa Kebangsaan termasuklah memberikan arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan dan pengawasan kepada seluruh warga sektor pendidikan. Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia diterjemahkan melalui pembinaan kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukun Negara. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kuasa kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu”. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Salah satu perkara yang termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Dalam konteks ini, setiap warganegara sewajarnya akur kepada arahan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Hal ini selari dengan prinsip ketiga Rukun Negara dan harus dilihat sebagai kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Walau bagaimanapun, mana-mana bahasa lain juga boleh digunakan. Bahasa Melayu dalam Kurikulum Kebangsaan Prinsip Rukun Negara DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Dasar dan pelan pendidikan meletakkan peranan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara. Langkah ini selari dengan matlamat pendidikan dan kepentingan melahirkan murid berwibawa serta mempunyai kemahiran bahasa yang baik. Kerajaan berhasrat memfokuskan usaha melahirkan masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatu padu serta dapat menjana daya saing hingga ke peringkat antarabangsa. Selaras dengan itulah, kerajaan mengumumkan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris pada 8 Julai 2009 yang dilaksanakan mulai 1 Januari 2011, bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin. Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengangkat martabat bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 (1), Perlembagaan Persekutuan. Tujuan utama memartabatkan bahasa Melayu adalah untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa. Penguasaan bahasa ialah penguasaan secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara keseluruhan bukannya setakat penguasaan lisan sahaja. Selain itu, tujuan memartabatkan bahasa Melayu adalah untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi masing-masing mempunyai dasar dan pelan untuk menyemarakkan pelaksanaan bahasa kebangsaan, iaitu Dasar MBMMBI bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa global setanding dengan bahasa utama yang lain. Kerajaan memperkenalkan Dasar MBMMBI pada 8 Julai 2009 yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan yakin HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 2 17


OBJEKTIF MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU Objektif utama kerajaan memperkenalkan program memartabatkan bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyediakan guru bahasa Melayu mengikut pengkhususan yang mencukupi dan meningkatkan kompetensi guru bahasa Melayu selain meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru dan murid juga perlu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti luar bilik darjah. Strategi memartabatkan pendidikan bahasa Melayu di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti yang berikut: STRATEGI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2010 - 2013 HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 18


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Kelangsungan kedudukan istimewa bahasa Melayu dalam bidang pendidikan terus diperkukuh melalui program dan inisiatif baharu serta tindakan yang lebih menyeluruh seperti yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 menerusi Anjakan Kedua. Tidak dinafikan bahawa keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai wahana peradaban melalui pendidikan ini dapat membuahkan idea kreatif yang boleh mencorakkan identiti bangsa Malaysia untuk menghasilkan modal insan cemerlang mengikut acuan sendiri. Dalam konteks ini, elemen bahasa merupakan faktor utama bagi pembentukan nilai jati diri negara bangsa. Oleh itu, aspek penguasaan bahasa menjadi tumpuan penting dalam proses perubahan sistem pendidikan negara kerana pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam pasaran global. Inisiatif yang dilaksanakan ini memberi impak positif ke arah keberhasilan murid bagi melahirkan masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatu padu serta berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Dalam usaha memperkukuh keberhasilan pembelajaran bahasa Melayu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 meletakkan usaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa tersebut melalui Anjakan Kedua, iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta digalakkan juga mempelajari bahasa tambahan. Pelan ini menyasarkan selepas tiga tahun persekolahan peringkat sekolah rendah, 100 peratus literasi asas dalam bahasa Melayu dapat dicapai, manakala pada akhir tingkatan lima, 90 peratus murid dijangka memperoleh skor minimum kepujian dalam kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025. Kumpulan pelaksana khususnya peringkat sekolah dan guru perlulah menjiwai kepentingan bahasa Melayu supaya dapat memberikan kesan kepada penguasaan dan kemahiran dalam kalangan murid secara holistik dan bersepadu. Anjakan kedua pelan ini perlu dijayakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah bukan sahaja demi kecemerlangan akademik, malah turut melibatkan pembangunan bangsa berteraskan bahasa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa Melayu bagi setiap murid. Anjakan Kedua turut menekankan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Keperluan murid menguasai bahasa Melayu adalah sangat kritikal kerana faktor yang berikut: 1. 2. 4. 5. kepelbagaian budaya masyarakat mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran lebih daripada satu bahasa; sistem pendidikan semasa dapat menyediakan keberhasilan pembelajaran yang membanggakan bagi bahasa Melayu; penguasaan kemahiran berbahasa Melayu murid meluas dengan 75 peratus murid mencapai tahap minimum kepujian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010; Bahasa Melayu secara tekal mencapai kadar lulus paling tinggi daripada mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia; peningkatan kemahiran penguasaan bahasa Melayu semua murid menjadi keutamaan; 6. setiap murid akan mencapai 100 peratus literasi asas bahasa Melayu selepas tiga tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah; dan 7. kurikulum baharu Bahasa Melayu dirangka untuk mengajar murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan murid yang waktu pengajaran Bahasa Melayu kurang berbanding murid di sekolah kebangsaan. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 2 19 3.


Strategi yang diatur adalah dengan memastikan bahasa Melayu diajarkan oleh guru pengkhususan bahasa Melayu, sementara guru yang bukan pengkhususan bahasa Melayu hendaklah ditempatkan semula mengikut keperluan pengkhususan di sekolah. Usaha juga dibuat untuk memperluas perkongsian dan jaringan guru hingga ke peringkat global sebagai satu mekanisme yang membolehkan guru berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesan melalui forum, seminar dan persidangan antarabangsa di samping memperluas integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kerajaan juga memastikan proses menaik taraf makmal komputer sekolah dilengkapi dengan perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya boleh berfungsi sebagai makmal bahasa. Selain itu, strategi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid diberi penekanan melalui program peningkatan minat dan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa, penyertaan menyeluruh murid dalam aktiviti pengucapan awam seperti ucapan, syarahan, pidato, ucapan berirama, perbahasan dan kepengacaraan. Kementerian Pendidikan Malaysia turut berusaha memartabatkan institut pendidikan guru sedia ada sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu bagi latihan dan kursus praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Ekoran itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dimartabatkan. Seterusnya, langkah yang diambil adalah untuk memantapkan kerjasama pintar dengan agensi luar bagi meningkatkan bilangan program atau aktiviti bahasa yang menarik. Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendukung semua dasar kerajaan demi memartabatkan bahasa Melayu turut berusaha memastikan setiap urusan rasmi menggunakan bahasa kebangsaan seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011, iaitu Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Seluruh anggota pentadbiran perkhidmatan awam hendaklah menggunakan dan mengutamakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul serta meluas dalam setiap urusan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Dalam konteks ini, sektor pendidikan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan lebih proaktif dengan memberi tumpuan kepada aspek penataran, pemantauan, perkhidmatan, pemupukan dan pengiktirafan. Selaras dengan itu juga, sektor pendidikan turut mengambil perhatian serius tentang pengauditan bahasa Melayu yang giat dilaksanakan di sektor awam pada ketika ini. PEKELILING JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MAJU BANGSA MAJULAH BAHASA Strategi pelaksanaan bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 adalah seperti yang berikut: STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025 HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 20


Setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peranan bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa yang menunjangi setiap lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Malaysia telah sekian lama memiliki mandat dari segi perundangan, dan pentadbiran kerajaan yang menzahirkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan untuk memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. Inisiatif pemartabatan pendidikan bahasa Melayu seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 amat bertepatan dengan mandat yang ada. Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia membina Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 merupakan kesinambungan kepada usaha berterusan kerajaan, selaras dengan mandat dan kedudukan bahasa kebangsaan negara. Pelbagai inisiatif dan strategi dalam pelan hala tuju ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang berkepentingan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru dan murid di sekolah khususnya dan masyarakat amnya. RUMUSAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 2 21


ISU DAN CABARAN BAB3


ISU DAN CABARAN MURID PENGUASAAN BAHASA MELAYU MINAT GURU PENGKHUSUSAN MINAT DAN SIKAP PERANAN IPGK BAHASA MELAYU PERANAN IBU BAPA PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI TEMPAT AWAM PENERBITAN BAHAN ILMIAH DALAM BAHASA MELAYU HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 24


PENGENALAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID Abad ke-21 menyaksikan perkembangan ilmu pengetahuan yang sangat pesat. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat memberi impak kepada sistem pendidikan khususnya cabaran terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu kerana bahasa Inggeris menjadi bahasa utama teknologi maklumat dan komunikasi. Tambahan pula masyarakat dilihat mementingkan bahasa Inggeris yang menyebabkan penggunaan bahasa Melayu semakin dipinggirkan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu, namun terdapat isu dan cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan tertinggi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara isu yang dikenal pasti termasuklah aspek penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid, minat murid terhadap bahasa Melayu, kompetensi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, ketiadaan institusi khusus untuk penyelarasan pendidikan bahasa Melayu, dan peranan masyarakat. Keputusan gred kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2013 hingga 2015 menunjukkan aliran penurunan bagi tempoh tiga tahun, iaitu 70.8 peratus pada tahun 2013 kepada 68.9 peratus pada tahun 2015 (Rajah 3.1). Pencapaian ini menunjukkan kedudukan Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia masih belum mencapai sasaran seperti yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dapatan ini tidak menggambarkan tahap kecekapan berbahasa yang tinggi dalam bahasa Melayu. Kajian Impak MBMMBI 2015–2016 telah dilaksanakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kompetensi murid sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Bahasa Melayu dengan skala Cemerlang (90% hingga 100%), Baik (80% hingga 89%), Harapan (60% hingga 79%), Memuaskan (40% hingga 59%), Lemah (20% hingga 39%) dan Sangat Lemah (0% hingga 19%). Tahap kompetensi diukur mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Tahun 2010. Berdasarkan Jadual 3.1 pencapaian dan penguasaan bahasa Melayu sekolah rendah dalam aspek pembelajaran murid berada pada tahap Harapan (65.3%), penulisan pada tahap Lemah (38.4%) manakala lisan pula berada pada tahap Memuaskan (57.9%). Cabaran utama yang perlu dihadapi dalam kalangan murid ialah penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu standard masih kurang memuaskan. Hal ini dapat dilihat melalui pencapaian bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang masih jauh daripada sasaran dan belum mencapai tahap kecekapan berbahasa. Rajah 3.1 : Pencapaian Gred Kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (2013-2015) Peringkat Sekolah Rendah Sekolah Menengah Keseluruhan Pembelajaran 65.3% 71.6% 68.4% Ujian Bertulis 38.4% 65.8% 53.2% Ujian Lisan 57.9% 68.9% 63.7% Kompetensi Murid 55.4% 69.8% 63.2% Jadual 3.1 : Perbandingan Kompetensi Murid Kajian Impak MBMMBI 2015-2016 oleh UPSI mendapati kaedah dan corak pembelajaran murid sekolah menengah masih tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan. Kebanyakan murid kurang aktif berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dengan guru dan rakan sebaya Pencapaian dan penguasaan bahasa Melayu sekolah menengah dalam aspek pembelajaran murid berada pada tahap Harapan (71.6%), penulisan pada tahap Harapan (65.8%) dan lisan juga pada tahap Harapan (68.9%). Walaupun aspek pembelajaran murid sekolah rendah dan menengah berada pada tahap Harapan (68.4%), namun kajian mendapati kaedah dan corak pembelajaran murid sekolah menengah masih belum mencapai tahap Baik dan Cemerlang. Kebanyakan murid kurang aktif berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dengan guru dan rakan sebaya. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 25


Secara perbandingan, kompetensi murid di sekolah menengah adalah pada tahap Harapan (69.8%), iaitu lebih baik berbanding murid di sekolah rendah yang berada pada tahap Memuaskan (55.4%). Daripada aspek ujian bertulis, pencapaian murid sekolah rendah berada pada tahap Lemah (38.4%), berbanding murid sekolah menengah pada tahap harapan (65.8%). Hal ini menunjukkan bahawa murid sekolah rendah perlu diberi pendedahan asas tentang teknik penulisan yang sistematik sejak awal persekolahan. Keputusan gred kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2013 hingga 2015 selari dengan hasil kajian Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mendapati kompetensi murid sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Bahasa Melayu belum mencapai tahap cemerlang. Oleh itu, sasaran untuk mencapai 90.0 peratus kepujian dalam Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025 masih agak jauh memandangkan jurang pencapaian yang besar, iaitu melebihi 20.0 peratus. Cabaran seterusnya dapat dilihat kepada pencapaian murid tingkatan peralihan dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Negeri Perak. Dalam tempoh tiga tahun dari 2013 hingga 2015 lebih 40.0 peratus murid kelas peralihan tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (Rajah 3.3). Rajah 3.2 : Pencapaian Kemahiran Lisan Murid Tingkatan 4 Tahun 2015 Berdasarkan penaziran yang telah dilakukan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dalam aspek kemahiran lisan murid Tingkatan Empat pada tahun 2015, hanya tiga peratus murid mencapai prestasi Sangat Baik, 21.6 peratus Baik, 32.0 peratus Memuaskan, 31.6 peratus Kurang Memuaskan dan 11.8 peratus Lemah (Rajah 3.2). Dapatan ini merupakan cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan strategi memperkukuh penguasaan asas kemahiran berbahasa Melayu murid dapat dicapai selaras dengan matlamat Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kemahiran lisan merupakan elemen penting bagi menentukan keupayaan berkomunikasi. Namun begitu, pada keseluruhannya pencapaian murid masih lemah dalam kemahiran lisan bahasa Melayu dan berterusan hingga ke peringkat lepasan menengah. Rajah 3.3 : Pencapaian Bahasa Melayu Tingkatan Peralihan Peperiksaan Akhir Tahun 2013-2015 di Negeri Perak BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 26


Minat terhadap sesuatu mata pelajaran mempengaruhi motivasi untuk belajar dan seterusnya memberikan hubungan positif terhadap pencapaian. Minat murid terhadap bahasa Melayu yang tinggi juga mempunyai korelasi terhadap kemahiran berbahasa Melayu yang mempengaruhi pencapaian murid. Dayang Fatimah (2009) menyatakan bahawa sikap terhadap bahasa merupakan aspek yang sangat signifikan dalam memperkasakan, melestarikan, dan merancang sesuatu bahasa dan dalam konteks ini bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu. Sikap terhadap bahasa juga sangat relevan dengan sistem pendidikan dan identiti masyarakat penutur bahasa tersebut, iaitu penutur bahasa Melayu. Rajah 3.4 : Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu Rajah 3.5 : Minat Murid Terhadap Karya Bahasa Melayu MINAT MURID TERHADAP BAHASA MELAYU Kajian berkaitan minat dan sikap murid sekolah menengah dan sekolah rendah terhadap bahasa Melayu telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 2016 untuk mengkaji minat murid daripada aspek mata pelajaran Bahasa Melayu, karya bahasa Melayu, pembacaan karya bahasa Melayu, dan siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Sebanyak 48.2 peratus murid sekolah kebangsaan Sangat Minat manakala 57.7 peratus murid sekolah menengah kebangsaan Minat mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi murid sekolah jenis kebangsaan, didapati 4.8 peratus Sangat Tidak Minat, 19.1 peratus Tidak Minat dan 23.8 peratus Kurang Minat mata pelajaran Bahasa Melayu (Rajah 3.4). Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu digembleng untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah jenis kebangsaan. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 27


Rajah 3.5 menunjukkan statistik minat murid terhadap karya bahasa Melayu. Sebanyak 41.1 peratus murid sekolah kebangsaan Minat dan 26.8 peratus Sangat Minat akan karya dalam bahasa Melayu. Sementara 36.5 peratus murid sekolah menengah kebangsaan pula Minat dan 10.2 peratus Sangat Minat karya dalam bahasa Melayu. Sebaliknya sekolah jenis kebangsaan menunjukkan sebanyak 28.6 peratus Aspek pembacaan karya bahasa Melayu seperti dalam Rajah 3.6 menunjukkan 42.9 peratus murid sekolah kebangsaan menyatakan Sangat Minat dan 26.8 peratus Minat membaca karya bahasa Melayu. Bagi sekolah jenis kebangsaan pula, 14.3 peratus Sangat Minat dan tiada seorang pun Minat membaca karya bahasa Melayu. Namun demikian, dapatan sebaliknya ditunjukkan oleh murid sekolah menengah kebangsaan apabila sebanyak 35.8 peratus Tidak Minat, 30.7 peratus Sangat Tidak Minat dan 22.6 peratus Kurang Minat membaca karya bahasa Melayu. Tidak Minat dan 9.5 peratus Sangat Tidak Minat akan karya dalam bahasa Melayu. Tidak meminati karya bahasa Melayu merupakan antara faktor pencapaian yang rendah dalam ujian dan peperiksaan bahasa Melayu. Oleh itu, pelbagai program yang menarik seperti yang telah direncana dalam hala tuju ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Berdasarkan kajian, corak membaca karya bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah menengah berbeza dengan sekolah rendah. Skop pembacaan murid di sekolah rendah masih terhad kerana terikat dengan pembacaan buku teks. Sebaliknya di sekolah menengah, budaya membaca dalam kalangan murid lebih luas dan tidak terikat dengan karya bahasa Melayu sahaja memandangkan banyak bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pembacaan karya dalam bahasa Melayu masih boleh dipertingkatkan dengan memperbanyak karya bahasa Melayu. Rajah 3.6 : Bacaan Karya Bahasa Melayu Rajah 3.7 : Minat Murid Terhadap Siaran Televisyen dalam Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 28


Rajah 3.7 menunjukkan dapatan berkaitan minat murid terhadap siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Sebanyak 53.6 peratus murid di sekolah kebangsaan Sangat Minat dan 17.9 peratus Minat menonton siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Di sekolah menengah kebangsaan, 27.7 peratus Minat dan 22.6 peratus Sangat Minat menonton siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Bagi murid di sekolah jenis kebangsaan pula, sebanyak 23.8 peratus Sangat Tidak Minat dan 23.8 peratus juga Tidak Minat menonton siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa tahap minat murid Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan 100 peratus guru pengkhususan Bahasa Melayu mengajar Bahasa Melayu di sekolah. sekolah jenis kebangsaan terhadap siaran televisyen dalam bahasa Melayu adalah sangat rendah. Kajian juga menunjukkan 51.6 peratus murid sekolah menengah Sangat Tidak Minat, Tidak Minat dan Kurang Minat dengan siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran, karya, pembacaan karya bahasa Melayu dan siaran televisyen dalam bahasa Melayu. Rajah 3.8 : Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Melayu GURU PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU Namun begitu, realitinya masih ramai guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu mengajarkan mata pelajaran tersebut. Rajah 3.8 menunjukkan bahawa guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu di sekolah menengah adalah antara 17.3 peratus hingga 51.6 peratus sementara sekolah rendah adalah antara 22.5 peratus hingga 53.2 peratus di seluruh negara pada tahun 2016. Pada peringkat sekolah rendah, negeri yang menunjukkan peratusan paling tinggi menerima guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu ialah Pulau Pinang (53.2%) diikuti Johor (51.5%) dan Negeri Sembilan (48.4%). Pada peringkat sekolah menengah pula, Johor mencatatkan peratusan paling tinggi, iaitu 51.6 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Labuan (50.9%) dan Pahang (44.7%). HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 29


Rajah 3.11 : Minat Guru Mengajar Bahasa Melayu Jadual 3.2 : Status Guru Bahasa Melayu Bukan Pengkhususan Berdasarkan Pencapaian Ujian Kelayakan Bahasa Melayu (2015) Rajah 3.9 : Pencapaian Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Melayu dalam Ujian Kecekapan Bahasa Melayu, 2016 Guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu yang kurang kompeten merupakan isu yang perlu diatasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan pada tahun 2016, 40.9 peratus guru bukan pengkhususan tidak sesuai mengajarkan Bahasa Melayu manakala 37.8 peratus sesuai mengajarkannya tetapi masih perlu mengikuti kursus Bahasa Melayu. Sebanyak 21.4 peratus sahaja guru bukan pengkhususan sesuai mengajarkan Bahasa Melayu (Rajah 3.9). Isu ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada prestasi Bahasa Melayu murid yang belum mencapai tahap cemerlang. Di samping itu, peratusan guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan lebih tinggi iaitu 82.7 peratus di sekolah jenis kebangsaan Cina dan 80.3 peratus di sekolah jenis kebangsaan Tamil (Rajah 3.10). Perkara yang menyumbang kepada senario ini ialah kriteria penempatan guru Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan adalah dalam kalangan guru yang boleh bertutur bahasa pengantar sekolah tersebut. Rajah 3.10 : Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Bagi menangani isu peratusan guru bukan pengkhususan yang tinggi, Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Melayu (PITO) telah dilaksanakan. Guru yang dipilih mengikuti program ini perlu menduduki Ujian Kecekapan Bahasa Melayu untuk menentukan aras kecekapan berbahasa. Berdasarkan hasil Ujian Kecekapan Bahasa Melayu, guru Bahasa Melayu bukan pengkhususan pada tahun 2015 (Jadual 3.2), didapati bahawa tahap pencapaian guru bukan pengkhususan kebanyakan berada pada Aras 5. Tahap ini menunjukkan bahawa mereka layak untuk mengajar tetapi perlu menjalani kursus berkaitan bahasa Melayu. Kajian berkaitan sikap dan minat guru terhadap Bahasa Melayu telah dilaksanakan pada tahun 2016. Bil. Tahap Pencapaian Status Bilangan / Peratus 1 Calon Tahap 1 - 4 Sangat tidak sesuai mengajar 1,682 (17.4%) 2 Calon Tahap 5 – 8 yang mendapat Tahap 1 – 3 dalam mana-mana kemahiran berbahasa Tidak sesuai mengajar 2,272 (23.5%) 3 Calon Tahap 5 yang tidak mendapat Tahap 1 – 3 dalam mana-mana kemahiran berbahasa Sesuai mengajar tetapi perlu mengikuti kursus 3,653 (37.8%) 4 Calon Tahap 6 – 8 yang tidak mendapat Tahap 1 – 3 dalam mana-mana kemahiran berbahasa Sesuai mengajar 2,065 (21.3%) JUMLAH 9,672 Rubirk Tahap Pencapaian 1 2 3 4 5 6 7 8 Sangat Terbatas Terbatas Hampir Terbatas Memadai Hampir Cekap Cekap Lebih Cekap Paling Cekap MINAT DAN SIKAP GURU TERHADAP BAHASA MELAYU HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 30


Dapatan kajian menunjukkan 73.3 peratus guru Sangat Minat mengajar Bahasa Melayu dan tiada guru yang Sangat Tidak Minat mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu (Rajah 3.11). Cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk meningkatkan minat guru terhadap pengajaran Bahasa Melayu untuk memastikan prestasi bahasa Melayu murid pada tahap yang tinggi. Rajah 3.14 : Sikap Guru Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu Sikap terhadap Bahasa Melayu juga memberi sumbangan yang ketara semasa berkomunikasi. Berdasarkan Rajah 3.14, sebanyak 83.4 peratus guru menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya semasa berkomunikasi. Namun komunikasi harian sering dilakukan dalam dwibahasa. Keadaan ini mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan guru yang memberi kesan langsung terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kesusasteraan Melayu berperanan dalam pembentukan jati diri yang memberi fokus kepada identiti negara bangsa, nilai estetika dan budaya. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas. Berdasarkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia selama lima tahun dari 2011 hingga 2015 menunjukkan peratus lulus A+ hingga E yang tinggi iaitu 86.1 peratus hingga 88.1 peratus (Rajah 3.15). Pencapaian yang baik ini seharusnya menjadi penanda aras agar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ditawarkan di lebih banyak sekolah. Rajah 3.12 : Minat Guru Terhadap Pelbagai Karya Sastera Bahasa Melayu Berdasarkan Rajah 3.12, 46.7 peratus guru Bahasa Melayu Sangat Minat dan 26.7 peratus Minat terhadap pelbagai karya sastera Bahasa Melayu. Minat terhadap karya sastera dapat membantu memperkaya ilmu, nilai estetika, budaya dan kesantunan berbahasa yang seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih menarik. Rajah 3.13 : Sikap Guru Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kajian ini juga melihat aspek sikap guru terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Rajah 3.13 menunjukkan 90.0 peratus guru menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian juga menunjukkan masih terdapat 10.0 peratus guru yang tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. MATA PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU BUDI BAHASA BUDAYA KITA HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 31


Rajah 3.15 : Aliran Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (2011 - 2015) Rajah 3.16 : Guru Pengkhususan dan Bukan Pengkhususan Kesusasteraan Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadapi cabaran untuk menyediakan guru pengkhususan Kesusasteraan Melayu yang mencukupi bagi memastikan aliran pencapaian lima tahun dikekalkan. Pada masa ini, sebahagian besar guru yang mengajarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah terdiri daripada guru bukan pengkhususan berbanding guru pengkhususan. Berdasarkan Rajah 3.16, guru pengkhususan Kesusasteraan Melayu di negara ini sebanyak 229 orang berbanding guru bukan pengkhususan sebanyak 465 orang. Perbezaan ini amat ketara di negeri Sabah, Sarawak dan Perak. Jumlah guru pengkhususan di Sabah ialah 48 orang berbanding 109 orang guru bukan pengkhususan Kesusasteraan Melayu, manakala di negeri Sarawak, hanya seramai 36 orang guru pengkhususan berbanding 79 orang guru bukan pengkhususan Kesusasteraan Melayu. Keadaan yang sama berlaku di negeri Perak, iaitu hanya 17 orang guru pengkhususan berbanding 45 orang guru bukan pengkhususan yang mengajarkan Kesusasteraan Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan jumlah guru pengkhususan Kesusasteraan Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat agar guru pengkhususan Bahasa Melayu wajib mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai pengkhususan kedua. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 32


Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menambah bilangan graduan bahasa Melayu yang berminat dalam pengkhususan Kesusasteraan Melayu daripada universiti awam. Pada peringkat sekolah, perancangan rapi perlu dijalankan untuk menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu lebih menarik sebagai usaha menggalakkan lebih ramai murid mengambil jurusan tersebut dan mendapat pencapaian cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia harus menggembleng tenaga dengan kementerian dan agensi lain bagi mempromosi bidang Kesusasteraan Melayu, mengadakan dan mengembangkan peluang pekerjaan berasaskan Kesusasteraan Melayu serta membuka dan mengubah minda masyarakat Malaysia agar positif terhadap Kesusasteraan Melayu. PERANAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU PERANAN IBU BAPA dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 29/2015. Mesyuarat tersebut juga memutuskan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu memberi tumpuan sebanyak 70.0 peratus kepada latihan dalam perkhidmatan dan 30.0 peratus latihan praperkhidmatan bermula pada 1 Januari 2016. Perubahan perlu dilakukan terhadap dasar pengambilan pelajar ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bagi memenuhi sasaran terkini. Pengurangan pengambilan pelajar kursus praperkhidmatan sebanyak 54.0 peratus harus dilakukan kerana Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu melaksanakan latihan praperkhidmatan yang berskala kecil. Peningkatan penawaran kursus dalam perkhidmatan sebanyak 52.0 peratus amat perlu bagi mencapai sasaran 70.0 peratus. Dalam hal ini, rombakan perlu dijalankan terhadap penawaran kursus dan kesediaan para pensyarah agar lebih kompeten mengajar guru dalam perkhidmatan. Dorongan ibu bapa merupakan faktor penting bagi memastikan peningkatan pemerolehan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2016 mendapati bahawa 76.8 peratus murid di sekolah kebangsaan diberi dorongan oleh ibu bapa untuk mempelajari bahasa Melayu (Rajah 3.17), manakala di sekolah jenis kebangsaan sebanyak 38.0 peratus murid diberi dorongan oleh ibu bapa untuk mempelajari bahasa Melayu (Rajah 3.18). Sementara itu, di sekolah menengah didapati 59.1 peratus murid diberi dorongan oleh ibu bapa untuk mempelajari bahasa Melayu (Rajah 3.19). Kajian menunjukkan bahawa faktor dorongan ibu bapa penting untuk menggalakkan murid mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hakikatnya, isu dorongan ibu bapa bagi mempelajari bahasa Melayu berlaku di semua sekolah tetapi lebih rendah di sekolah jenis kebangsaan. Keadaan ini sangat berkait rapat dengan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi utama di rumah. Perkara ini menjadi cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa akan kepentingan mendorong anak-anak mempelajari bahasa Melayu di semua sekolah. Rajah 3.17 : Dorongan Ibu Bapa untuk Murid Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sehingga kini, masih belum terdapat sebuah institusi yang berperanan sebagai pusat rujukan kecemerlangan pendidikan pedagogi bahasa Melayu dan pusat latihan lanjutan pendidikan bahasa Melayu. Institusi yang dimaksudkan seharusnya memberikan khidmat kepakaran dalam pendidikan bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan serta inovasi pendidikan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk menaik taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pedagogi bahasa Melayu. Penstrukturan semula fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu perlu dilaksanakan untuk memastikan institut pendidikan ini memberi fokus kepada fungsi melaksanakan kursus dalam perkhidmatan dan menyediakan khidmat kepakaran dalam ilmu pedagogi pendidikan bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk menaik taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pedagogi Bahasa Melayu Fungsi sedia ada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu memberi tumpuan kepada latihan praperkhidmatan, iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sebanyak 84.0 peratus. Namun begitu, kertas cadangan menaik taraf fungsi dan struktur baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah dibentangkan dan diluluskan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 33


Rajah 3.18 : Dorongan Ibu Bapa untuk Murid Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Rajah 3.19 : Dorongan Ibu Bapa untuk Murid Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jadual 3.3 : Tahap dan Mutu Penggunaan Bahasa Melayu TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI TEMPAT AWAM Bahasa rasmi berfungsi sebagai alat komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan dalam semua urusan pentadbiran kerajaan, termasuk kerajaan persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan, dan badan berkanun. Banyak urusan rasmi kerajaan masih menggunakan bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain, dan terdapat juga urusan rasmi dijalankan tanpa menggunakan bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu masih berdepan dengan cabaran untuk dilaksanakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi seperti yang dihasratkan dalam akta dan perundangan negara. Tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dikelompokkan berdasarkan aras penilaian seperti Jadual 3.3 yang berikut: ARAS TAHAP/ MUTU Aras 5 (91-100) Sangat Baik Aras 4 (71-90) Baik Aras 3 (51-70) Memuaskan Aras 2 (31-50) Lemah Aras 1 (0-30) Sangat Lemah Banyak urusan rasmi kerajaan masih menggunakan bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain, dan terdapat juga urusan rasmi dijalankan tanpa menggunakan bahasa kebangsaan. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 34


Rajah 3.20 : Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Empat Pihak Berkuasa Tempatan Rajah 3.21 : Mutu Penggunaan Bahasa Kebangsaan Pemantauan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menunjukkan bahawa tahap penggunaan bahasa Melayu dalam agensi kerajaan masih rendah. Berdasarkan Rajah 3.20, tahap penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di sekitar Majlis Perbandaran Alor Gajah, iaitu 55.2 peratus, Majlis Daerah Gua Musang 52.3 peratus, 43.4 peratus di Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan 29.4 peratus di Majlis Perbandaran Muar. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Daerah Gua Musang berada Selain itu, pemantauan terhadap iklan, sepanduk dan gegantung di kawasan berkenaan juga mendapati terdapat kesalahan daripada aspek tatabahasa, pemilihan kata, istilah dan terjemahan, serta ejaan yang belum mencapai mutu yang sepatutnya (Rajah 3.21). Laporan kajian tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2015) yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menunjukkan bahawa tahap penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya paling tinggi digunakan dalam penulisan surat rasmi iaitu 93.2 peratus, diikuti penulisan memo 86.2 peratus, buletin 76.6 peratus, minit mesyuarat 76.0 peratus, borang 76.0 peratus, risalah 63.3 peratus, dan laporan tahunan 57.8 peratus. Dapatan ini memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pada tahap Memuaskan. Kecenderungan pihak berkuasa tempatan yang membenarkan penggunaan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa lain atau langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan menyebabkan tahap Baik dan Sangat Baik belum dicapai. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya perlu diberi penekanan yang berterusan demi memartabatkan bahasa Melayu. rasmi dalam urusan kerajaan masih lagi belum mencapai tahap optimum, terutamanya dalam penulisan laporan tahunan dan risalah. Selain itu, tahap penggunaan bahasa Melayu standard di media elektronik bagi siaran berita dan rencana yang masih rendah menggambarkan cabaran persekitaran yang kurang menyokong pemartabatan bahasa Melayu (Rajah 3.22). Pemantauan penggunaan bahasa Melayu di stesen Televisyen A dan stesen Televisyen B bagi siaran berita dan rencana yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menunjukkan aspek kesalahan penggunaan tatabahasa adalah paling tinggi, iaitu masingmasing 60.0 peratus dan 47.0 peratus manakala penggunaan bahasa ‘rojak’ telah dikesan sebanyak 17.0 peratus dan 30.0 peratus. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 35


Rajah 3.22 : Pemantauan Bahasa Melayu Siaran Televisyen Mengikut Jenis Kesalahan Jumlah dokumen bahasa Melayu yang diindeks dalam pangkalan data tempatan seperti dalam Journal of Business and Social Development Vol. 3, No. 1, March 2015 masih terlalu rendah, iaitu hanya 15.8 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2015. Penerbitan ilmiah bahasa Melayu dalam kalangan ilmuan negara pada tahun 2015 menunjukkan hanya sebanyak lapan peratus penerbitan jurnal bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris sebanyak 92.0 peratus. Bagi buku bahasa Melayu hanya terdapat 34.0 peratus penerbitan berbanding buku bahasa Inggeris sebanyak 66.0 peratus. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya bahasa ilmu dalam kalangan ilmuan negara didominasi oleh bahasa Inggeris, iaitu sebanyak 86.0 peratus berbanding 14.0 peratus bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan kajian dan penaziran, Kementerian Pendidikan Malaysia berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan sasaran 90.0 peratus murid mendapat kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025 seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadapi cabaran untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang bermutu tinggi dalam aspek ejaan, tanda baca, kosa kata, binaan ayat, sebutan, kesantunan dan adab berbahasa. Namun begitu, dalam usaha mencapai hasrat tesebut, kompetensi guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, pelbagai usaha dan strategi perlu dilaksanakan untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersatu padu melalui penggunaan bahasa Melayu standard. Semua pihak perlu berganding bahu dan bertanggungjawab mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam PENERBITAN BAHAN ILMIAH DALAM BAHASA MELAYU RUMUSAN urusan rasmi kerajaan, media massa, penerbitan buku dan penulisan ilmiah. Demi memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan, semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi menjulang bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Keutuhan bahasa Melayu boleh diperhebat melalui penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu standard, memartabatkan Kesusasteraan Melayu, penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Usaha ini sangat penting bagi memapankan bahasa Melayu yang mampu menjadi bahasa komunikasi utama menjelang tahun 2025. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 36


HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 3 37


Click to View FlipBook Version