The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by effa2201, 2023-11-07 02:47:25

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan-Bahasa-Melayu-2016-2025

MATLAMAT DAN RASIONAL BAB4


MATLAMAT DAN RASIONAL Melonjakkan pemerolehan dan kecekapan bahasa Melayu Memastikan penggunaan bahasa Melayu standard dalam pendidikan bahasa Melayu pada semua peringkat Meningkatkan jalinan kerjasama dan pelibatan pelbagai sektor dalam penyelidikan, penterjemahan dalam bahasa Melayu, penerbitan, pengkaryaan bagi memperkaya khazanah ilmu bahasa Melayu Memperkukuh pendidikan bahasa Melayu dengan meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu melalui kurikulum, kokurikulum dan penaksiran pada semua peringkat Memastikan kualiti guru sentiasa ditingkatkan melalui saringan dan latihan untuk menjamin kecekapan kemahiran berbahasa Melayu Memperluas peranan pihak luar bagi menjamin persekitaran dan penggunaan bahasa Melayu standard HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 40


Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 telah memutuskan pelaksanaan Makmal Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia. Makmal tersebut bertujuan untuk memperincikan sembilan strategi Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu dan menyediakan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu serta Kerangka Standard Bahasa Melayu. Makmal Bahasa Melayu tahun 2016 Fasa 1 yang telah diadakan pada 4 April hingga 15 April 2016 dan Fasa 2 pada 9 Mei hingga 20 Mei 2016 diterajui oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Education Performance and Delivery Unit, PADU) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Makmal Bahasa Melayu tersebut telah dihadiri oleh pegawai dari bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches+, SISC +). Peserta makmal juga terdiri daripada guru dan pentadbir sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta dan pensyarah institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi. Bagi Makmal Fasa 1, perbincangan tertumpu pada isu dan cadangan penyelesaian serta perkongsian amalan terbaik yang dijalankan pada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Selain itu, peserta makmal juga membincangkan usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh institut pendidikan guru dan institut pengajian tinggi bagi memartabatkan bahasa Melayu. Pada akhir Fasa 1, sebanyak 19 cadangan dikemukakan. Bagi Makmal Bahasa Melayu Fasa 2, sesi permuafakatan telah diadakan dengan agensi luar, iaitu Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (Performance Management and Delivery Unit, PEMANDU), Kementerian Pendidikan Tinggi, universiti awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bahasa Melayu Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Persatuan Penterjemah Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Psikolinguistik Malaysia, Persatuan Cina dan Yayasan Karyawan. Perbincangan makmal Bahasa Melayu Fasa 2 berkaitan dengan hasil makmal Fasa 1 yang telah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui perbincangan tersebut, sembilan strategi termasuk tiga dokumen tambahan, iaitu Kerangka Standard Bahasa Melayu, Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu dan Kerangka Holistik Program Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu telah dipersetujui untuk dibangunkan bagi memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. Jerayawara Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk mendapatkan pandangan, maklum balas, atau cadangan daripada guru bahasa Melayu, pentadbir sekolah, pegawai jabatan pendidikan negeri dan daerah, pakar bahasa, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam berkaitan hala tuju pendidikan bahasa Melayu. Selain itu, jerayawara ini bertujuan untuk menambah baik pelan hala tuju tersebut berdasarkan pandangan dan cadangan yang diperoleh untuk mencapai objektif memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. Jerayawara dilaksanakan di enam zon seluruh Malaysia bermula di Zon Utara dan Zon Selatan secara serentak pada 11 Mac 2017, diikuti Zon Tengah dan Zon Timur pada 8 April 2017, serta Zon Sabah dan Zon Sarawak pada 29 April 2017 seperti dalam Rajah 4.1. PENGENALAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 4 41


Rajah 4.1 : Enam Lokasi Jerayawara Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia Rajah 4.2 : Input Jerayawara Penambahbaikan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia Jerayawara tersebut telah menerima maklum balas yang dikelompokkan kepada tujuh tema (rujuk Rajah 4.2), iaitu: 1. memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu; 2. kurikulum dan penaksiran bahasa Melayu; 3. pembangunan profesionalisme keguruan atau perjawatan guru; 4. halangan dan cabaran pelaksanaan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 – 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia; 5. bimbingan dan sokongan kepada sekolah dan guru; 6. sokongan kepakaran luar atau pelibatan ibu bapa; dan 7. perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 – 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 42


TUJUAN MATLAMAT Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengorak langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu, iaitu meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu dibangunkan bagi menyediakan kerangka kerja untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan melaksanakan program memartabatkan pendidikan bahasa Melayu dalam tempoh 2016 - 2025 secara sistematik, bersepadu dan terancang. Pelan ini juga menyediakan mekanisme untuk menggariskan dan menyelaraskan pelan tindakan memartabatkan bahasa Melayu ke arah merealisasikan keberhasilan pendidikan yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Bahasa Melayu merupakan identiti nasional dan wadah perpaduan bangsa Malaysia. Bagi memperkukuh kedudukan bahasa Melayu di persada dunia, usaha untuk memartabatkan bahasa ini perlu dilaksanakan melalui usaha membina standard bahasa Melayu. Kerangka Standard Bahasa Melayu dapat dijadikan piawai untuk menentukan penguasaan bahasa Melayu warganegara dan warga asing yang berkhidmat di negara ini pada tahap yang tepat dan sesuai. Standard ini dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu di seluruh dunia. Kerangka Standard Bahasa Melayu dibangunkan bagi tujuan piawaian bahasa Melayu untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu sama ada penutur jati bahasa Melayu atau penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Piawaian tersebut dijadikan rujukan standard penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang seperti bidang pendidikan, perkhidmatan dan lain-lain. Matlamat memartabatkan pendidikan bahasa Melayu adalah untuk melonjakkan pemerolehan dan kecekapan berbahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan bagi memperkasakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa perpaduan ke arah melahirkan warga citra unggul yang mempunyai rasa bangga terhadap bahasa Melayu serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan negara. Objektif Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. memastikan penggunaan bahasa Melayu standard dalam pendidikan bahasa Melayu pada semua peringkat; 2. memperluas peranan pihak luar bagi menjamin persekitaran dan penggunaan bahasa Melayu standard; OBJEKTIF 3. 4. memperkukuh pendidikan bahasa Melayu dengan meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu melalui kurikulum, kokurikulum dan penaksiran pada semua peringkat; memastikan kualiti guru sentiasa ditingkatkan melalui saringan dan latihan untuk menjamin kecekapan kemahiran berbahasa Melayu; dan meningkatkan jalinan kerjasama dan pelibatan pelbagai sektor dalam penyelidikan, penterjemahan dalam bahasa Melayu, penerbitan dan pengkaryaan bagi memperkaya khazanah ilmu bahasa Melayu. RASIONAL Ketidakselarasan ukuran standard dari segi pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam pendidikan bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 4 43 5.


Pencapaian bahasa Melayu murid dalam penaksiran kurang menunjukkan penguasaan kemahiran berbahasa yang menyeluruh PPPM 2013 – 2025 meletakkan sasaran pencapaian sekurangkurangnya 90% murid mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan sasaran pencapaian 90 peratus murid mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025. Sasaran tersebut dibuat berdasarkan penguasaan kemahiran berbahasa Melayu murid pada tahap yang boleh ditingkatkan, dengan 75 peratus murid mencapai tahap minimum kepujian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010. Data pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 hingga tahun 2015 menunjukkan bahawa peratus murid yang mencapai kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia berada pada tahap kurang daripada 73 peratus, masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan. Bagi tahun 2013 hingga tahun 2015, peratusan murid yang mendapat kepujian semakin menurun, iaitu daripada 70.9 peratus tahun 2013 kepada 70.2 peratus tahun 2014 dan 68.9 peratus pada tahun 2015. Pencapaian bahasa Melayu murid pada semua peringkat persekolahan masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Pada peringkat sekolah rendah, pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di sesetengah sekolah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan termasuk sekolah jenis kebangsaan. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2011 hingga tahun 2015 menunjukkan bahawa lebih 22 peratus murid sekolah jenis kebangsaan berada pada tahap pencapaian minimum dalam penulisan bahasa Melayu dan lebih 24 peratus pada tahap pencapaian minimum dalam pemahaman bahasa Melayu. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu murid Kelas Peralihan dalam peperiksaan akhir tahun juga tidak berupaya membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Rekod Sistem Aplikasi Pentaksiran Sekolah tahun 2013 hingga tahun 2015 menunjukkan bahawa lebih 40 peratus murid Kelas Peralihan masih belum mencapai tahap minimum dalam bahasa Melayu. Kemahiran bahasa merupakan salah satu faktor utama yang menentukan tahap penguasaan bahasa. Kemahiran bahasa telah dijadikan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sepatutnya murid yang mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu dapat menguasai semua kemahiran bahasa untuk menjadi pengguna bahasa yang baik. Kajian Kebolehlaksanaan Penggunaan Buku Teks dan Pentaksiran Bahasa Melayu yang Sama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (2015) oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa majoriti murid berupaya menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca serta menulis pada tahap penguasaan baik seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Namun masih terdapat sebahagian murid yang hanya menguasai kemahiran tersebut pada tahap memuaskan dan terhad sahaja. Dapatan Kajian Kebolehlaksanaan Penggunaan Buku Teks dan Pentaksiran Bahasa Melayu yang Sama di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (2015) menunjukkan bahawa murid di sekolah kebangsaan lebih menguasai kemahiran bahasa berbanding murid di sekolah jenis kebangsaan Kajian tersebut menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis murid di sekolah jenis kebangsaan berada pada tahap terhad. Hal ini disebabkan murid sekolah jenis kebangsaan tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di luar sekolah. Mereka hanya menggunakan bahasa Melayu sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah sahaja. Namun begitu, murid di sekolah jenis kebangsaan menguasai kemahiran menulis kerana menggunakan teknik hafalan. Berdasarkan dapatan tersebut, murid yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di sekolah rendah atau menengah masih belum boleh menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutamanya untuk berkomunikasi. Tahap penguasaan kemahiran lisan bahasa Melayu murid Cina dan India berada pada tahap kurang memuaskan berbanding dengan pencapaian peperiksaan mereka. Keadaan ini disebabkan sebahagian besar murid sekolah jenis kebangsaan perlu memberikan lebih penumpuan kepada bahasa ibunda masingmasing. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 44


Guru bahasa Melayu bukan pengkhususan bahasa Melayu kurang kompeten dalam bidang bahasa Guru bahasa Melayu kurang kompeten dalam bidang bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru dikehendaki mengajarkan kemahiran lisan, membaca, menulis, dan menaakul daripada pelbagai jenis genre, estetika, nilai, tatabahasa dan elemen sastera. Untuk mengajar kesemua komponen ini, guru memerlukan ilmu dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan Melayu, di samping mempunyai keyakinan mengajar dan sikap yang positif. Bagi melaksanakan pengajaran, guru bahasa Melayu dikehendaki merancang serta mengurus pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Kelemahan aspek kemahiran lisan turut ketara dalam kalangan murid sekolah menengah walaupun mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu. Permasalahan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu mendapat banyak perhatian dan pandangan daripada para pengkaji. Antaranya Zulkifley Hamid (1996) berpandangan bahawa murid bukan Melayu sukar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu. Abdul Hamid Mahmood (1990) dalam kajiannya mendapati bahawa kesalahan penggunaan perkataan atau istilah banyak dilakukan oleh murid bukan bumiputera terutamanya murid Cina. Menurut beliau lagi, kurangnya pendedahan terhadap bahasa Melayu merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan keadaan sedemikian. Kajian Nursidah Ab. Hamid (2010) pula menyatakan bahawa 89 peratus murid bukan Melayu lemah dalam penguasaan tatabahasa. Chew dan Lee (2009) mendapati murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina gagal menguasai sebutan dan penulisan bahasa Melayu. Jelaslah bahawa murid Cina memang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Keperluan untuk melihat masalah pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang berkaitan dengan sikap dan motivasi lebih jelas kerana secara umumnya, pencapaian murid bukan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masih kurang memuaskan (Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin, 2008). Pada dasarnya, murid bukan Melayu telah mempelajari bahasa Melayu di sekolah sekurang-kurangnya selama enam tahun, iaitu ketika berada pada peringkat sekolah rendah. Namun begitu, kecemerlangan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu belum dapat dibanggakan. Permasalahan ini ada kaitannya dengan masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Masalah ini berlaku pada semua peringkat persekolahan. Dapatan ini disokong oleh Nurul Huda Ong Abdullah (2010), iaitu guru perlu memainkan peranan bagi meningkatkan motivasi murid ke tahap yang maksimum. Oleh itu, tahap penguasaan bahasa Melayu murid di sekolah khususnya dalam aspek kemahiran lisan perlu diperbaiki agar masalah ini tidak berlarutan hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya merebak dalam kelompok masyarakat. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, guru bahasa Melayu dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan. Oleh itu, guru yang dilatih dalam pengkhususan bahasa Melayu dilihat lebih sesuai menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Mereka mempunyai kelayakan ikhtisas pada peringkat ijazah, diploma atau sijil dalam bahasa Melayu. Isu pengajaran bahasa Melayu sering dikaitkan dengan kekurangan guru pengkhususan bahasa Melayu menyebabkan kekosongan tersebut diisi oleh guru bukan pengkhususan bahasa Melayu. Hal ini menimbulkan cabaran untuk melahirkan murid yang benar-benar berketerampilan daripada aspek penguasaan bahasanya. Murid tidak berminat belajar bahasa Melayu disebabkan guru yang kurang kompeten dalam penguasaan bahasa dan pedagogi. Masalah ini bertambah rumit jika guru yang mengajar bahasa Melayu bukan dalam kalangan guru pengkhususan bahasa Melayu. Guru mengajar mengikut kemampuan yang ada dan memberi kesan terhadap penguasaan bahasa murid. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 April 2016, jumlah guru bukan pengkhususan yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu ialah 67.5 peratus. Seramai 31,265 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang terdapat dalam sistem pengurusan maklumat guru merupakan guru yang bukan pengkhususan bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu yang kompeten perlu menggabungkan aspek teori dan amalan yang melibatkan bidang pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Penguasaan guru dalam bidang tersebut menghasilkan sesi pembelajaran yang lebih kreatif serta mematuhi penggunaan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mendapati bahawa sesetengah guru menghadapi masalah untuk menyampaikan isi pelajaran bahasa Melayu yang menarik dan sesuai. Hal ini berpunca daripada guru yang masih kurang menguasai kaedah dan strategi pengajaran bahasa Melayu menyebabkan murid khususnya di sekolah jenis kebangsaan tidak berminat mempelajari bahasa Melayu. Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah bertujuan mendorong murid untuk membaca bahan sastera, menghayati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar belakang para penulis dan sumbangannya serta mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Namun begitu, pelaksanaan KOMSAS menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 4 45


murid apabila guru tidak menguasai ilmu kesusasteraan. Bagi melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-mana pihak. Perkara ini bergantung pada kreativiti guru dengan mempelbagaikan teknik mengajar sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan murid. Keadaan ini menjadi satu cabaran besar kepada guru yang bukan pengkhususan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Kajian menunjukkan bahawa permasalahan dalam pelaksanaan KOMSAS sejak tahun 2000 turut berpunca daripada faktor guru bukan pengkhususan kesusasteraan Melayu. Permasalahan tersebut kemudiannya telah bertukar menjadi isu dalam kalangan guru Bahasa Melayu (Rahman Ab Rashid, 2002). Terdapat isu guru yang tidak berminat mengajar KOMSAS, tetapi terpaksa mengajar kerana faktor kekurangan guru pengkhususan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu. Walaupun mereka diberi latihan dalam perkhidmatan, pengisian latihan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah minat dan kemahiran mengajar kerana tempoh latihan yang singkat. Pengkaryaan, penerbitan dan penyelidikan bahasa Melayu masih kurang diutamakan menyebabkan khazanah ilmu bahasa Melayu kurang Jalinan kerjasama dan pelibatan pelbagai sektor masih kurang dalam penyelidikan, penterjemahan dalam bahasa Melayu, penerbitan, pengkaryaan bagi memperkaya khazanah ilmu bahasa Melayu Pemartabatan bahasa Melayu hingga ke peringkat antarabangsa berkait rapat dengan kekayaan khazanah ilmu dalam pelbagai ranah yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, tamadun Melayu kaya dengan khazanah ilmu yang dirakamkan dalam manuskrip dan kesusasteraan Melayu meliputi bidang teknologi pelayaran, perkapalan, perubatan, pentadbiran, kejuruteraan, persenjataan, perdagangan dan seni bina. Namun begitu, tradisi menyebar dan menyampaikan warisan ilmu manuskrip Melayu menerusi kegiatan pengumpulan, penyelidikan, penerbitan, promosi, pembacaan, penterjemahan, penyiaran media massa sesuai dengan teknologi semasa semakin berkurangan. Penerbitan dalam bahasa Melayu juga semakin mencabar kerana penggunaan bahasa Inggeris semakin diutamakan. Kekurangan bahan rujukan dan bahan terjemahan dalam bahasa Melayu berlaku ekoran daripada kurangnya bilangan para ilmuwan, ahli sains dan teknologi tempatan yang mampu bergiat di barisan hadapan, dan juga kurangnya jumlah pakar, pensyarah dan profesor bertaraf dunia yang mahir dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu yang terkini Berdasarkan laporan Journal of Business and Social Development Volume 3, Number 1,March 2015, penerbitan ilmiah dalam kalangan ilmuan negara secara umum dikuasai oleh bahasa Inggeris, iaitu sebanyak 86 peratus berbanding 14 peratus dalam bahasa Melayu. Penerbitan buku dalam bahasa Melayu hanya 34 peratus berbanding 66 peratus dalam bahasa Inggeris. Sebanyak 92 peratus jurnal diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan hanya lapan peratus dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama, fokus penghasilan karya buku ilmiah dalam bahasa Melayu lebih kepada bidang sains sosial, iaitu sebanyak 88 peratus, berbanding bidang sains dan teknologi sebanyak lapan peratus dan bidang perubatan dan kejuruteraan sebanyak dua peratus. Keadaan ini tidak banyak membantu memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana bahasa ilmu tinggi dan memperkasakan bahasa dan persuratan Melayu di dalam dan di luar negara. Kerjasama pelbagai sektor dan semua pihak yang berkepentingan sangat mendesak untuk memperkaya khazanah ilmu bahasa Melayu khasnya dan memartabatkan bahasa amnya. Pada masa sekarang, pelibatan semua pihak yang berkaitan belum mencukupi untuk mengangkat nilai bahasa Melayu sebagai bahasa budaya tinggi melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang, contohnya mewujudkan kreativiti berbahasa dalam media massa seperti penulisan kreatif, bukan kreatif, komik, mengadakan pertandingan pidato, bercerita, mendeklamasi sajak dan perbahasan daripada peringkat sekolah, institut pendidikan tinggi awam, kampung, pihak berkuasa tempatan, daerah, negeri dan negara umumnya. Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu ini memerlukan dana serta wajar dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui belanjawan negara. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan Pihak kerajaan menerusi semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta perlu terlibat secara proaktif menyertai program kemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 46


Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan usaha penjajaran semula Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 mengambil kira pencapaian semasa dan cabaran yang dihadapi dalam pendidikan bahasa Melayu. Pelan ini telah menetapkan strategi masa ini dan masa hadapan serta pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak berdasarkan amalan berkesan, sumber dan rangkaian sedia ada. Keutamaan hala tuju adalah untuk membuat penambahbaikan dan inovasi terhadap pelaksanaan program untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru dan murid di sekolah. Hala tuju pendidikan bahasa Melayu juga membentuk sinergi dalam pelaksanaan program memartabatkan Bahasa Melayu yang memberikan impak tinggi, di samping menentukan bidang keberhasilan utama bahasa Melayu yang menyokong bidang keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. RUMUSAN bahasa Melayu dari semasa ke semasa dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir. Penerbitan bahan bercetak amat diperlukan melalui penerbitan ensiklopedia, majalah dan jurnal. Dewan Bahasa dan Pustaka mengawal selia mutu bahan oleh pihak swasta seperti buku sekolah, buku umum, dan penerbitan elektronik khususnya bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, istilah, biografi dan bahan pembelajaran untuk kanak-kanak. http://prpm.dbp.gov.my/ HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 4 47


PERNYATAAN HALA TUJU BAB5


HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 - 2025 ANJAKAN KE-2, PPPM 2013 - 2025 MBMMBI 2011 KEBERHASILAN MURID BERKETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU Guru Murid Syarat kepujian Kesusasteraan Melayu bagi guru BM Instrumen UPBMG Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru BM Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu Pengoperasian Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu (LPPBM) Pengukuhan kemahiran dan pentaksiran lisan BM (KESAN BM) Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) Pemerkasaan Pentaksiran BM Program PIKe BM SKOP UTAMA PEMERKASAAN BM: PENGUKUHAN PENDIDIKAN BM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU PENYELIDIKAN & INOVASI SERTA HUBUNGAN LUAR Terma rujukan & instrumen standard pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu 90% KREDIT BAHASA MELAYU SPM Gelombang 1 Gelombang 2 Gelombang 3 2016 2020 2025 KERANGKA BM STANDARD KURIKULUM BM SASTERA MELAYU PENTAKSIRAN LISAN BM DALAM KOKURIKULUM GURU BM PUSAT KECEMERLANGAN JALINAN DAN JARINGAN KHAZANAH ILMU STRATEGI M B M 2015- KAJIAN SEMULA Melantik Pegawai Perujuk Bahasa Melayu di jabatan kerajaan (awam) Munsyi Dewan di Pejabat Pendidikan Daerah (guru) penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan Bahasa Melayu (awam) Memartabatkan Bahasa Melayu di luar bidang pendidikan (awam) Melaksanakan Ujian Pencapaian Bahasa Melayu kepada pekerja baharu (awam) HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 50


Menubuhkan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu (awam) Menubuhkan pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu (guru) Mengadakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu ke Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru (pelajar) Menetapkan syarat kepujian Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia untuk kursus Bahasa Melayu di universiti awam (pelajar) Kerangka Standard Bahasa Melayu (awam) HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 - 2025 KLUSTER 1 KLUSTER 2 KLUSTER 3 Melantik Pegawai Perujuk Bahasa Melayu di jabatan kerajaan (awam) Menempatkan Munsyi Dewan di Pejabat Pendidikan Daerah (guru) Membudayakan penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan Bahasa Melayu (awam) Memartabatkan Bahasa Melayu di luar bidang pendidikan (awam) Melaksanakan Ujian Pencapaian Bahasa Melayu kepada pekerja baharu (awam) Memantapkan Penguasaan Lisan (murid) Melaksanakan Pentaksiran Lisan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (murid) Menawarkan Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (murid) Melaksanakan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (murid) HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 51


PENGENALAN Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris telah diumumkan pada tahun 2009 dan dilaksanakan mulai tahun 2011. Sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut, pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Pelaksanaan dasar tersebut diperkukuh melalui Anjakan Kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di samping memantapkan pengajaran dalam kalangan guru pengkhususan dan bukan pengkhususan mata pelajaran Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pencapaian murid masih pada tahap yang sama, iaitu bagi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, bilangan murid yang belum mencapai tahap minimum terutama di sekolah jenis kebangsaan melebihi 24 peratus. Pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015, peratusan murid yang mendapat kepujian ialah 68.4 peratus (Sumber: Lembaga Peperiksaan; 2016). Pencapaian ini masih jauh berbanding sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, iaitu 90 peratus murid mendapat kepujian dalam kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025. Pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak semula strategi memartabatkan bahasa Melayu di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris. Hasilnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan sembilan strategi utama untuk memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia telah dirangka berdasarkan hasil Makmal Bahasa Melayu Tahun 2016 untuk meningkatkan pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu yang disasarkan daripada peringkat prasekolah hingga institusi pendidikan tinggi. Hasil perbincangan dalam Makmal Bahasa Melayu Tahun 2016, lima bidang utama dalam Kerangka Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu ditetapkan seperti yang berikut: 1. Dokumen Kerangka Standard Bahasa Melayu; 2. Pengukuhan Pendidikan Bahasa Melayu; 3. Peningkatan Profesionalisme Keguruan Bahasa Melayu; 4. Penyelidikan dan Inovasi serta Hubungan Luar; dan 5. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan strategi dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan secara berkesan. Hala tuju ini memberi penerangan yang khusus tentang pelaksanaan program yang berimpak tinggi bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam menyokong bidang keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan ini membolehkan pihak yang terlibat dalam pendidikan bahasa Melayu membuat keputusan yang berkesan berkenaan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan latihan perguruan serta pelaksanaan program atau aktiviti peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu. Pelan hala tuju ini menjadi rujukan kepada warga pendidik khususnya dan orang awam amnya bagi melaksanakan dan menyokong pelan tindakan memartabatkan bahasa Melayu. PERINCIAN BIDANG DAN KEBERHASILAN MAKMAL BAHASA MELAYU 2016 BIL. BIDANG KEBERHASILAN 1 Kerangka Standard Bahasa Melayu Dokumen Kerangka Standard Bahasa Melayu. 2 Pengukuhan Pendidikan Bahasa Melayu i. Pemerkasaan kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di semua jenis sekolah. ii. Pemerkasaan ujian lisan bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah. iii. Format baharu pentaksiran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia. iv. Penjenamaan Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif di sekolah menengah. v. Ujian penguasaan bahasa Melayu sebagai syarat mengikuti program di universiti. vi. Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu. 3 Peningkatan Profesionalisme Keguruan Bahasa Melayu i. ii. Pemilihan bakal guru bahasa Melayu yang memberi keutamaan kepada calon yang memiliki Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Penjajaran pensyarah kampus ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk memantapkan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Melayu. iii. Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru dan Pensyarah Bahasa Melayu. 4 Penyelidikan dan Inovasi serta Hubungan Luar i. Peluasan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Pembudayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan. 5 Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu i. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Melayu. ii. Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 52


PERNYATAAN HALA TUJU 1. Kerangka Standard Bahasa Melayu sebagai asas pengukuran kemahiran berbahasa Melayu mulai tahun 2018. 2. Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu. 3. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu sebagai peneraju pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu. 4. Pendidikan bahasa Melayu yang mengutamakan kemahiran berbahasa dengan memberi fokus kepada penguasaan lisan dalam kalangan murid. 5. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif wajib ditawarkan pada peringkat menengah atas dan wajib diambil oleh semua murid sekolah seni. 6. Syarat kemasukan ke universiti awam dan institut pendidikan guru untuk program teras bahasa Melayu wajib kepujian mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. 7. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu murid untuk kemasukan ke universiti awam dan institut pendidikan guru. 8. Pentaksiran lisan dilaksanakan mulai tahun 2017 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia format baharu pada tahun 2018. 9. Bahasa Melayu dan Ujian Pencapaian Bahasa Melayu merupakan kursus dan ujian wajib dalam kalangan pekerja baharu sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan. 10. Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu sebagai wadah pengembangan bakat murid ke arah penghasilan pelbagai karya. 11. Pegawai Perujuk Bahasa Melayu diwujudkan dalam semua jabatan kerajaan. 12. Penempatan Munsyi Dewan di setiap pejabat pendidikan daerah. 13. Pemartabatan bahasa Melayu di luar bidang pendidikan bagi menyokong pendidikan bahasa Melayu. 14. Pembudayaan penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan dalam bahasa Melayu menjana khazanah ilmu dalam pelbagai bidang. Pernyataan Hala Tuju Pertama Kerangka Standard Bahasa Melayu Sebagai Asas Pengukur Kemahiran Berbahasa Melayu Mulai Tahun 2018 Sehingga kini, bahasa Melayu yang digunakan tidak mempunyai kerangka yang standard menyebabkan pengukuran bahasa Melayu antara institusi berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, satu kerangka standard bahasa Melayu perlu dibina sebagai rujukan standard penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang. Kerangka Standard Bahasa Melayu ini digunakan sebagai penentuan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu sama ada penutur jati atau penutur bahasa kedua. Kerangka Standard Bahasa Melayu dibina selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan dilaksanakan bermula pada Gelombang 2 (2016 – 2020). Kerangka standard ini dimuktamadkan pada akhir tahun 2017 dan digunakan pada tahun 2018. Kejayaan standard ini diukur dalam Gelombang 3 (2021 – 2025) melalui kajian impak, penyelarasan dan cadangan dasar pelaksanaan peringkat serantau serta peringkat antarabangsa. Kerangka Standard Bahasa Melayu merupakan satu piawaian bahasa yang digunakan dalam pendidikan, pekerjaan, orang awam dan warga asing. Kewujudan Kerangka Standard Bahasa Melayu di Malaysia dapat menyelesaikan masalah ketidakseragaman kompetensi bahasa Melayu yang pelbagai antara institusi. Terma rujukan Kerangka Standard Bahasa Melayu meliputi pemerolehan dan kompetensi aspek sintaksis, kosa kata, semantik, dan wacana aspek lisan serta penulisan. Penilaian pemerolehan dan kompetensi merujuk pembinaan penetapan matriks standard yang digunakan berdasarkan sosiolinguistik bahasa penutur berkenaan. Penyediaan Kerangka Standard Bahasa Melayu adalah penting sebagai dokumen rujukan utama bagi menetapkan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah, pelajar institusi pendidikan tinggi serta warga asing yang belajar, bekerja atau menetap di Malaysia. Kerangka Standard Bahasa Melayu ini diusahakan untuk menyetarakan pengiktirafan pada semua peringkat dan diterima untuk menilai tahap penguasaan kemahiran berbahasa oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam membangunkan kerangka ini, Common European Framework Reference (CEFR) dijadikan sebagai asas rujukan untuk menghasilkan satu Kerangka Standard Bahasa Melayu yang bukan sahaja diiktiraf pada peringkat nasional tetapi pada peringkat antarabangsa. Kerangka Standard Bahasa Melayu merupakan satu piawaian bahasa yang digunakan dalam pendidikan, pekerjaan, orang awam dan warga asing Pemetaan Kategori Penutur Dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu, setiap kategori penutur bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, dan masyarakat yang diukur tahap penguasaan kemahiran berbahasa Melayu meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pemetaan kategori setiap penutur diukur melalui Instrumen Pengukuran Tahap Pemerolehan dan Penguasaan Bahasa Melayu untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu. Huraian tahap penguasaan dan kemahiran dalam bahasa Melayu seperti dalam Kerangka Standard Bahasa Melayu dapat menjelaskan keupayaan seseorang penutur bahasa Melayu hasil daripada pengalaman berbahasa (Rajah 5.1 dan Rajah 5.2). HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 53


Rajah 5.1 : Hipotesis Standardisasi Bahasa Penutur Berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 54


Rajah 5.2 : Ringkasan Perincian Kerangka Standard Bahasa Melayu Nota : Buku standard mesti dibaca bersama-sama dengan Manual Kerangka Standard Bahasa Melayu. Pernyataan Hala Tuju Kedua Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu (Rajah 5.3) bertujuan untuk memartabatkan dan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar yang mantap, dan digunakan dalam semua peringkat pendidikan bahasa Melayu. Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu merupakan institusi yang memberikan pengiktirafan profesional, mengawal selia mutu pendidikan bahasa Melayu, mengiktiraf pendidikan bahasa Melayu daripada peringkat prasekolah hingga ijazah lanjutan. Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu merupakan satu entiti yang sangat penting untuk memastikan mutu pendidikan bahasa Melayu pada tahap yang ditetapkan. Pendidikan bahasa Melayu yang standard merupakan pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran berkualiti bersesuaian dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu memperakukan kelayakan pendidikan bahasa Melayu kepada pelbagai pihak berpandukan Kerangka Standard Bahasa Melayu. Selain itu, lembaga ini berperanan memberikan akreditasi dengan memantau program pendidikan bahasa Melayu di semua institusi pendidikan agar mematuhi kriteria dan standard yang ditetapkan. Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu juga mempunyai kuasa menamatkan perakuan bagi program yang tidak akur akan kriteria dan standard ditetapkan, dan mengendalikan Daftar Kelayakan Pendidikan Bahasa Melayu. a. Matlamat Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu Matlamat Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. menjamin pendidikan bahasa Melayu yang standard; 2. menjadikan Kerangka Standard Bahasa Melayu sebagai rujukan dalam pendidikan bahasa Melayu; 3. mengawal dan mengiktiraf pendidikan bahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan; 4. memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar dan bahasa rasmi; dan 5. menjadi rujukan pihak serantau dan antarabangsa untuk mendapatkan pengiktirafan pendidikan bahasa Melayu. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 55


Rajah 5.3 : Carta Organisasi Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu b. Fungsi Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu Fungsi Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. membangunkan kriteria dan standard pendidikan bahasa Melayu berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu; 2. memberikan perakuan kelayakan pendidikan bahasa Melayu kepada pelbagai pihak pemegang taruh; 3. memberikan akreditasi kepada program pendidikan bahasa Melayu yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan; 4. memantau program pendidikan bahasa Melayu di semua institusi pendidikan; 5. menamatkan perakuan bagi program yang tidak akur akan kriteria dan standard ditetapkan; dan 6. mengendalikan Daftar Kelayakan Pendidikan Bahasa Melayu. c. Keahlian Majlis Penasihat Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu Ahli Majlis Penasihat Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu terdiri daripada: 1. Menteri Pendidikan (Pengerusi); 2. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia; 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi; 4. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; 5. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan; 6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam; 7. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; 8. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; 9. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia; 10. seorang wakil universiti awam; 11. seorang wakil institusi pendidikan tinggi swasta; 12. lapan orang anggota lain yang pada pendapat Menteri Pendidikan mempunyai pengetahuan khas, pengalaman dan profesionalisme dalam perkara yang berhubung dengan pendidikan bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua orang daripadanya hendaklah daripada badan profesional; dan 13. Urus setia Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu. Nota : Ahli majlis dilantik oleh Menteri Pendidikan kecuali ahli di bawah perenggan (1) hingga (9). HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 56


Pernyataan Hala Tuju Ketiga Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu sebagai Peneraju Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu Pada masa ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjalankan fungsi sebagai pusat latihan praperkhidmatan bahasa Melayu, latihan lanjutan pendidikan bahasa Melayu, memberikan khidmat kepakaran dalam pendidikan bahasa Melayu, menjadi pusat rujukan pedagogi dan menjalankan penyelidikan dan inovasi pendidikan bahasa Melayu. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu berperanan sebagai pusat latihan lanjutan pendidikan bahasa Melayu, memberikan khidmat kepakaran kepada guru bahasa Melayu, menjadi pusat rujukan pedagogi tinggi bahasa Melayu, dan menjalankan penyelidikan dan rekayasa penemuan pendidikan bahasa Melayu. Sementara itu, fungsi sedia ada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, iaitu mengendalikan kursus praperkhidmatan dikekalkan seperti yang termaktub dalam Akta Institut-Institut Pendidikan Guru 2010. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sewajarnya dinaik taraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu berperanan sebagai: 1. pusat pembangunan profesionalisme pendidik bahasa Melayu yang berkualiti tinggi, khususnya dalam pedagogi pendidikan bahasa Melayu; 2. pusat rujukan dan kecemerlangan pendidikan pedagogi bahasa Melayu; 3. peneraju tindakan pemartabatan pendidikan bahasa Melayu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia; dan 4. penggerak jalinan dan jaringan pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu sebagai peneraju pemartabatan pendidikan bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada peranan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang diperluas fungsinya dengan menawarkan ijazah sarjana dan ijazah lanjutan. Pusat ini juga berperanan untuk melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan standard serta menjadi pusat rujukan pendidikan bahasa Melayu dan seterusnya memperkasakan jalinan serta jaringan pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. 1. membudayakan amalan terbaik dalam pendidikan bahasa Melayu dan pedagogi tinggi bahasa Melayu; 2. membentuk dan mempraktiskan aliran pemikiran untuk dijadikan landasan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; 3. merancang dan mengendalikan kursus pendidikan bahasa Melayu yang terkini, inovatif dan kreatif bersesuaian dengan keperluan pendidikan abad ke-21; 4. merancang dan berkolaboratif dengan rakan strategik di dalam negara atau di luar negara yang berkaitan dengan pedagogi bahasa Melayu dan ilmu kebahasaan bahasa Melayu; 5. merancang dan melaksanakan kursus ilmu bahasa, korpus bahasa Melayu, persuratan Melayu, kesenian dan peradaban Melayu untuk dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; 6. mempromosikan budaya dan kesenian Melayu serta kearifan tempatan ke persada antarabangsa; 7. memberikan perkhidmatan kepakaran dalam penyelidikan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjalankan fungsi sebagai pusat latihan praperkhidmatan bahasa Melayu, latihan lanjutan pendidikan bahasa Melayu, memberikan khidmat kepakaran dalam pendidikan bahasa Melayu, menjadi pusat rujukan pedagogi dan menjalankan penyelidikan dan inovasi pendidikan bahasa Melayu Peranan dan fungsi tersebut diumumkan secara rasmi pada 29 Januari 2015 dalam Majlis Perasmian Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan pemerkasaan dan naik taraf fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Langkah ini bertujuan untuk memacu pembangunan profesionalisme guru bahasa Melayu secara berterusan. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu telah dilantik sebagai Urus Setia Jawatankuasa Kerja Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia pada 19 Oktober 2015 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2015 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Oleh itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bertanggungjawab untuk melaksanakan kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah dan memberikan perkhidmatan konsultasi secara holistik kepada pihak sekolah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Tujuan menaik taraf fungsi dan struktur baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru bahasa Melayu secara berterusan dan malim dalam pedagogi tinggi bahasa. Oleh itu, matlamat menaik taraf fungsi dan struktur baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 57


Pendidikan Bahasa Melayu yang mengutamakan kemahiran berbahasa dengan memberi fokus kepada penguasaan lisan dalam kalangan murid Setiap warganegara Malaysia mesti menguasai bahasa kebangsaan dengan fasih dan lancar sebagai satu identiti nasional dan jati diri warga Malaysia. Walaupun sistem pendidikan masih mengekalkan sekolah jenis kebangsaan, namun setelah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan masih berada pada tahap sederhana. Penguasaan bahasa Melayu yang longgar dalam kalangan murid bukan penutur jati dilihat sebagai satu unsur yang melemahkan semangat cinta akan negara. Mereka juga terdedah kepada pengaruh bahasa asing yang dicampuradukkan dengan bahasa Melayu menyebabkan berlaku kerancuan bahasa Melayu. Oleh itu, suatu usaha yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan supaya bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan perlu selaras dan diajar dalam konteks yang sama untuk mengekalkan penggunaan bahasa Melayu standard dalam semua urusan. Penilaian program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu rekayasa penemuan pendidikan bahasa Melayu; dan 8. melaksanakan inisiatif Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia. Struktur Baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu memfokuskan kursus dalam perkhidmatan, iaitu Pembangunan Profesionalisme Berterusan sebanyak 70 peratus dan kursus praperkhidmatan sebanyak 30 peratus. Fungsi utama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu berdasarkan struktur baharu adalah seperti yang berikut: 1. memberikan perkhidmatan dalam penyelidikan dan rekayasa penemuan dalam pendidikan bahasa Melayu; 2. memberikan kursus yang berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat kepada guru bahasa Melayu; 3. memberikan khidmat kepakaran dalam bidang pedagogi tinggi bahasa Melayu; 4. memberikan perkhidmatan dalam bidang ilmu dan korpus bahasa Melayu, serta epistemologi dan pemikiran Melayu; 5. memberikan perkhidmatan melalui kursus persuratan Melayu, serta kesenian dan peradaban Melayu; 6. menjadi pusat latihan praperkhidmatan pendidikan bahasa Melayu sekolah rendah; 7. melaksanakan inisiatif Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia; dan 8. menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Memartabatkan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pernyataan Hala Tuju Keempat Memperkukuh Bahasa Inggeris telah dilakukan melalui analisis data sekunder yang dikumpulkan melalui hasil penyelidikan/kajian, pemeriksaan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, pencapaian pentaksiran awam dan sekolah serta pemantauan bahagian, jabatan pendidikan negeri, dan pejabat pendidikan daerah. Secara keseluruhan penguasaan bahasa Melayu murid berada pada tahap sederhana. Kelemahan murid sangat ketara dalam aspek kosa kata dan tatabahasa. Berdasarkan analisis data sekunder, lebih 20 peratus murid lemah aspek kosa kata dan aspek lisan. Lebih 50 peratus murid lemah dalam aspek tatabahasa. Pencapaian bahasa Melayu murid sekolah jenis kebangsaan lebih rendah berbanding dengan pencapaian bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya jurang pencapaian bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan mempengaruhi tahap pencapaian bahasa Melayu apabila murid memasuki sekolah menengah. a. Memperkasakan Kemahiran Lisan melalui Kurikulum Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan salah satu kemahiran asas berbahasa yang utama dalam Kurikukulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Kemahiran lisan merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk berinteraksi, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul, secara sopan dan bertatasusila. Penekanan turut diberi kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah Bahasa Melayu menekankan kemahiran mendengar dan bertutur dengan pemberatan 30 peratus kandungan kemahiran mendengar dan bertutur, 30 peratus kemahiran membaca, serta 40 peratus kemahiran menulis bagi Tahap Satu dan Tahap Dua. Jadual 5.1 : Pemberatan peratus kemahiran bahasa Kurikukulum Standard Sekolah Rendah (Semakan) Pelbagai kaedah dan pendekatan telah diperkenalkan bagi membolehkan guru melaksanakan kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih berkesan di dalam bilik darjah. Selain itu, aspek seni bahasa diperkenalkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu yang menekankan kemahiran lisan dalam pelaksanaan di dalam bilik darjah. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Menengah turut menekankan kemahiran mendengar dan bertutur dengan pemberatan 50 peratus kandungan kemahiran mendengar dan bertutur, 25 peratus kemahiran membaca dan 25 peratus kemahiran menulis. Kemahiran Peratus Pemberatan Kemahiran bahasa Mendengar dan Bertutur 30 Membaca 30 Menulis 40 HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 58


Kemahiran Peratus Pemberatan Kemahiran Berbahasa Mendengar dan Bertutur 50 Membaca 25 Menulis 25 Jadual 5.2 : Pemberatan peratus kemahiran bahasa Kurikukulum Standard Sekolah Menengah b. Memperkasakan Ujian Lisan Bahasa Melayu Kemahiran bahasa merupakan salah satu faktor utama yang menentukan tahap penguasaan bahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini merupakan elemen penting dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, murid yang mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu seharusnya menguasai semua kemahiran berbahasa tersebut untuk menjadi pengguna bahasa yang baik. Pada masa ini, tahap penguasaan lisan bahasa Melayu dalam kalangan murid kurang memuaskan berbanding dengan pencapaian peperiksaan mereka. Kelemahan aspek kemahiran lisan turut ketara dalam kalangan murid sekolah menengah walaupun mereka mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Pendidikan bahasa Melayu perlu mengutamakan penguasaan kemahiran lisan bermula daripada peringkat prasekolah, iaitu melalui pelaksanaan Program Asas Lisan Prasekolah. Program ini dicadangkan dengan memberi fokus sebanyak 80 peratus kepada kemahiran lisan mengikut kohort murid. Antara program yang dicadangkan ialah: i. Peringkat Sekolah Rendah Bagi tahap satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga), program Literasi dan Numerasi (LINUS), dengan penambahan konstruk lisan, penambahan instrumen saringan lisan, penyediaan Modul Lisan dan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Bagi tahap dua (Tahun Empat hingga Tahun Enam) dicadangkan pelaksanaan Program Lisan Membaca Menulis (ProL2M). ii. Peringkat Sekolah Menengah Pelaksanaan Program Lestari Dengar Tutur 1 (Lentur 1) bagi murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua, manakala Program Lestari Dengar Tutur 2 (Lentur 2) untuk murid Tingkatan Empat. Bagi murid Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas, program yang dicadangkan ialah Lisan Komunikatif (Liskom). Program pemerkasaan kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan di semua jenis sekolah bertujuan untuk memperkasakan Ujian Lisan Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah. c. Rasional Ujian Lisan Bahasa Melayu 1. Pentaksiran lisan dalam kalangan murid di sekolah rendah perlu dilaksanakan secara berkala (cadangan setelah tiga tahun berada di sekolah rendah dan ketika murid di Tahun Enam sebelum meneruskan pengajian di sekolah menengah). 2. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran lisan standard diharapkan dapat meningkatkan penguasaan berbahasa murid. Hal ini dapat dicapai melalui pembacaan yang meluas, kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, murid sentiasa bersedia serta menjana kaedah inkuiri bagi pentaksiran lisan. d. Strategi Ujian Lisan Bahasa Melayu Pemerkasaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dicadangkan mulai tahun 2017 selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan) dan Gelombang ke-2 (2016 - 2020) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Strategi yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. mengadakan Program Penutur Jati bahasa Melayu yang terdiri daripada tenaga pakar dalam kalangan pensyarah universiti awam dan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu; 2. melaksanakan program latihan untuk Pakar Rujuk Bahasa Melayu (Ketua Panitia Bahasa Melayu) di setiap sekolah; 3. mentransformasikan aktiviti kokurikulum yang menjadi penyokong kepada kurikulum sekolah; dan 4. meningkatkan kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka serta pihak berkepentingan dalam menyemarakkan bahasa Melayu. Aktiviti koakademik bahasa Melayu membantu memperkasakan lisan dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan pidato, berbalas pantun, perbahasan, syarahan, deklamasi puisi, permainan silang bahasa, forum, bicara berirama, bercerita, dan kem pemantapan bahasa. e. Impak Peningkatan Penguasaan Lisan Bahasa Melayu Melalui pelbagai program yang dicadangkan, impak yang diharapkan adalah seperti yang berikut: 1. peningkatan tahap penguasaan murid dalam bidang kognitif bahasa Melayu; 2. penguasaan kemahiran menulis karangan yang menarik dengan laras bahasa ilmu yang berkesan; 3. kefasihan dan kelancaran tahap kemahiran lisan dalam konteks kemahiran komunikasi bahasa Melayu; 4. kecemerlangan kompetensi guru dalam pengajaran bahasa Melayu; 5. peningkatan pencapaian murid dalam skor ujian formatif dan peperiksaan awam; HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 59


5.2.5 Pernyataan Hala Tuju Kelima Penggunaan bahan sastera bermatlamat ke arah membina perkembangan berbahasa murid. Interaksi murid dengan bahan sastera memberi ruang kepada murid mengasah kemahiran membaca dan menulis karya sastera. Murid juga dapat menguasai aspek penggunaan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam penulisan kreatif. Kemahiran berbahasa diperluas dengan interaksi murid dengan keindahan bahasa yang terpancar dalam karya sastera. Keindahan bahasa yang menjadi inti sari sesebuah karya sastera berupaya mendekatkan murid dengan keragaman dan kekayaan bahasa sastera. Secara tidak langsung hal ini memberi pendedahan kepada murid untuk menghasilkan penulisan kreatif, prosa atau puisi secara terancang, kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Penggunaan bahan sastera juga dapat membentuk kepekaan murid terhadap variasi bahasa yang wujud dalam teks sastera. Melalui penghayatan karya sastera, murid dapat mempelajari kekayaan bahasa masyarakat dan dapat meneladaninya untuk memperoleh kekuatan berbahasa. Penawaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu semakin berkurangan dan menjadi antara punca kesusasteraan Melayu pudar daripada jiwa anak bangsa. Hal ini disebabkan oleh segelintir murid sahaja berpeluang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut. Usaha menawarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif merupakan satu daripada kaedah untuk menarik lebih ramai murid meminati sastera. Strategi ini bertujuan untuk meletakkan nilai ekonomi kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif, justeru motivasi ke arah penerimaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Hasrat ini dapat dicapai apabila Kesusasteraan Melayu Komunikatif dijadikan mata pelajaran teras bermula dari tahap dua sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Secara tidak langsung dapat merealisasikan sasaran 40 peratus murid menengah atas mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif menjelang tahun 2025. Idea mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif diperkenalkan pada peringkat menengah atas dan diwajibkan di sekolah seni timbul berdasarkan kejayaan calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dalam mata pelajaran tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 2013. Rajah 5.4 menunjukkan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif tahun 2013 – 2015. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif perlu diperluas dengan mewajibkan penawarannya kepada semua murid pada peringkat menengah atas dan di sekolah seni. Langkah ini bertujuan meletakkan nilai estetika kepada bahasa Melayu dan memberi pengiktirafan kepada kesusasteraan Melayu sebagai usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu serta melahirkan masyarakat yang beridentiti nasional 6. peningkatan dalam penghasilan karya guru dan murid dalam penulisan kreatif dan ilmiah; 7. pemerkasaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM); 8. pemantapan nilai murni sejagat dan semangat patriotisme seiring dengan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”; dan 9. pembinaan satu dimensi baharu, “Bahasa Menyatupadukan Bangsa”. Kesusasteraan Melayu Komunikatif wajib ditawarkan pada peringkat menengah atas dan wajib diambil oleh semua murid sekolah seni Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957 yang bermatlamat untuk membolehkan murid atau rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni daripada segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta akan tanah air. Kesusasteraan Melayu Komunikatif mampu membina jati diri bangsa dan meningkatkan kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Kesusasteraan Melayu Komunikatif boleh mendukung penguasaan bahasa Melayu dan berperanan menerapkan nilai budaya, integriti, jati diri dan patriotisme dalam kalangan murid melalui penghayatan bahan sastera. Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanah ilmu dan persuratan bahasa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu wajar dikembangkan di peringkat sekolah menengah supaya proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negara dapat dibentuk secara berterusan. Keadaan ini selaras dengan dua aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, etika dan kerohanian serta identiti nasional bagi memenuhi keperluan modal insan abad ke-21. Walau bagaimanapun, selaras dengan penawaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif pada peringkat lepasan menengah, penjenamaan semula mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif perlu dilakukan di sekolah menengah. Keindahan bahasa yang menjadi inti sari sesebuah karya sastera berupaya mendekatkan murid dengan keragaman dan kekayaan bahasa sastera Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif perlu diperluas dengan mewajibkan penawarannya kepada semua murid pada peringkat menengah atas dan di sekolah seni. Langkah mewajibkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif di sekolah seni adalah atas rasional bidang seni merupakan salah satu cabang bidang kesusasteraan. Langkah ini bertujuan untuk meletakkan nilai estetika kepada bahasa Melayu dan memberi pengiktirafan kepada kesusasteraan Melayu sebagai usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu serta melahirkan masyarakat yang beridentiti nasional. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 60


Rajah 5.4 : Peratus Lulus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2013 – 2015 Kesusasteraan Melayu Komunikatif memberi penekanan kepada kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran ini dapat melahirkan murid yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif dilaksanakan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang berteraskan kerja kursus. Melalui kerja kursus, murid bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu malah dapat menerapkan kemahiran insaniah melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kerja kursus tersebut. Pengalaman ini juga dapat membantu murid melaksanakan kerja kursus pada peringkat pengajian yang lebih tinggi pada masa hadapan. Rasional Penawaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kesusasteraan Melayu Komunikatif wajib ditawarkan pada peringkat menengah atas dan wajib diambil oleh semua murid sekolah seni agar dapat: 1. memperkasakan Kesusasteraan Melayu Komunikatif sebagai mata pelajaran yang mendukung penguasaan bahasa Melayu; 2. mempertingkatkan pengetahuan murid tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui penghayatan karya, bina insan, dan pembangunan kreativiti berasaskan teks sastera terpilih; 3. merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah murid dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetika, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan melalui penghayatan bahan sastera; 4. memberi peluang kepada semua murid menguasai keterampilan berbahasa Melayu dengan menerokai disiplin, menyampaikan ilmu, menghasilkan penulisan kreatif, mempelajari prinsip pengurusan dan elemen multimedia dalam kesusasteraan; HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 61


5. mencapai dua aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu etika dan kerohanian serta identiti nasional bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21; dan 6. memelihara khazanah kesusasteraan Melayu. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Murid bagi Kemasukan ke Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru Ujian Penguasaan Bahasa Melayu merupakan jenis ujian yang menentukan tahap kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan murid. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu dicadangkan untuk diwajibkan kepada semua pemegang Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Matrikulasi, diploma dan prauniversiti yang ingin mengikuti program ijazah pertama di universiti awam dan institut pendidikan guru. Sehingga kini belum ada satu ujian yang menyeluruh merangkumi kemahiran Syarat kemasukan ke universiti awam dan institut pendidikan guru untuk program teras bahasa Melayu wajib kepujian mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Usaha mentransformasikan profesion keguruan berlaku secara berterusan untuk menjadikan profesion tersebut sebagai kerjaya pilihan. Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 menggariskan beberapa langkah untuk memastikan guru berkualiti. Antara langkah drastik adalah untuk meningkatkan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan. Pengambilan guru hanya dibuat dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara. Dalam konteks guru bahasa Melayu, kualiti mereka perlu disaring pada peringkat awal kemasukan ke institusi latihan guru termasuk universiti awam. Mereka bukan sahaja wajib mempunyai kepujian dalam bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Bagi calon guru bahasa Melayu, bidang pengkhususan Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu dicadangkan bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan menjadi mata pelajaran elektif atau minor. Di samping itu, kursus Bahasa Melayu diwajibkan bagi semua kursus di fakulti pendidikan. Calon guru bahasa Melayu, bidang pengkhususan Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu dicadangkan bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan menjadi mata pelajaran elektif atau minor Pernyataan Hala Tuju Keenam Pernyataan Hala Tuju Ketujuh Pernyataan Hala Tuju Kelapan mendengar, bertutur, membaca dan menulis untuk mengukur pencapaian bahasa Melayu bagi calon yang akan memasuki universiti awam dan institut pendidikan guru. Keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu disediakan secara berasingan daripada keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan matrikulasi. Selain itu, Ujian Penguasaan Bahasa Melayu akan diwajibkan kepada pelajar warganegara asing untuk melanjutkan pengajian mereka di Malaysia. Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting bagi mendukung usaha menerapkan bahasa Melayu dalam diri pelajar warganegara asing. Ini termaktub dalam Fasal 14 Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib diikuti oleh pelajar warganegara asing. Kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia telah mewajibkan pelajar warganegara asing mengikuti kursus bahasa Melayu bagi menambah baik tahap penguasaan bahasa Melayu. Secara tidak langsung perkara ini dapat menaikkan taraf bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa. Pentaksiran lisan dilaksanakan mulai tahun 2017 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia format baharu pada tahun 2018 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan mulai tahun 2003 bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan kawalan Lembaga Peperiksaan. Pentaksir ujian ini ialah guru yang mengajarkan bahasa Melayu dan dijalankan secara berterusan dari Tahun Empat hingga Tahun Enam (Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah), Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga (Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah), Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima (Ujian Lisan Berasaskan Sekolah) dan Ujian Lisan Kolej Vokasional untuk murid kolej vokasional pada semester empat. Kemahiran lisan murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan. Guru perlu berintegriti dalam melaksanakan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dijalankan melalui penilaian berdasarkan kriteria yang sesuai dengan keupayaan murid. Hal ini penting supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dan mencapai standard bahasa Melayu yang ditetapkan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah memerlukan penyelarasan dari segi kefahaman kriteria penskoran, penggunaan kriteria penskoran dan pemberian skor yang betul mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, format pentaksiran sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 2004 perlu disemak semula dengan memberi penekanan kepada aspek lisan bahasa Melayu sebagai syarat wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 62


Pentaksiran lisan menggunakan format baharu sepenuhnya bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bermula pada tahun 2018 dan Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2019. Langkah ini bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. a. Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah adalah seperti yang berikut: 1. dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan sama seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga; 2. format Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah mulai tahun 2017; 3. pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2018; dan 4. memperkasakan kemahiran lisan secara berkesan sebagai salah satu komponen pentaksiran berterusan di semua sekolah rendah. 1. pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sijil Pelajaran Malaysia secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan; 2. format Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2017; 3. pemerkasaan kemahiran lisan sebagai salah satu komponen pentaksiran di semua sekolah menengah; 4. program rintis dan penataran dilaksanakan mulai tahun 2017 yang melibatkan murid Tingkatan Lima; dan 5. pelaksanaan pentaksiran Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sijil Pelajaran Malaysia sepenuhnya mulai 2018. Pentaksiran lisan menggunakan format baharu sepenuhnya bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bermula pada tahun 2018 dan Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2019. Langkah ini bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan b. Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sijil Pelajaran Malaysia Pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu (ULBM) Sijil Pelajaran Malaysia adalah seperti yang berikut: c. Pemantapan Saringan Literasi dan Numerasi, LINUS2.0 dengan Memasukkan Elemen Lisan Saringan LINUS2.0: 1. mengambil kira kemahiran lisan selain kemahiran membaca, dan menulis; 2. dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2018; 3. pemerkasaan kemahiran lisan secara berkesan sebagai salah satu komponen pemantapan LINUS yang berterusan di semua sekolah rendah; 4. pemantauan keberhasilan mulai tahun 2018; dan 5. pelaporan pencapaian mulai tahun 2018. d. Format Baharu Peperiksaan Bagi meningkatkan kualiti penguasaan bahasa Melayu murid, format baharu Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif bagi Sijil Pelajaran Malaysia diperkenalkan pada tahun 2019. Pada tahun 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan: 1. 40 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia menduduki ujian Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan seramai 90 peratus calon tersebut mendapat kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia; dan 2. 90 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. i. Format Baharu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia Format baharu peperiksaan adalah seperti yang berikut: 1. format Kertas 2 diasingkan kepada dua bahagian, iaitu ilmu bahasa Melayu dan Komponen Sastera; 2. format baharu berserta item contoh termasuk item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mulai tahun 2018; dan 3. pelaksanaan pentaksiran bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia menggunakan format baharu sepenuhnya pada tahun 2019. ii. Format Baharu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia Format baharu peperiksaan adalah seperti yang berikut: 1. format baharu berserta item contoh termasuk item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mulai tahun 2018; 2. program rintis dan penataran bermula tahun 2018; 3. pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia format baharu sepenuhnya mulai tahun 2019; 4. pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia dengan format baharu bermula pada tahun 2020; dan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 63


5. format baharu mengambil kira penskoran 70 peratus peperiksaan pusat dan 30 peratus pentaksiran sekolah. iii. Format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Penulisan yang mengambil kira aspek Kesusasteraan Melayu Pelaksanaan format baharu adalah seperti yang berikut: 1. kajian semula format bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah secara menyeluruh mulai 2019; 2. reka bentuk dan pengkonsepsian satu instrumen pada tahun 2019 dengan elemen komponen sastera; 3. program rintis dan penataran mulai tahun 2019; dan 4. item komponen sastera dimasukkan ke dalam instrumen Kertas 1 – Pemahaman pada tahun 2021. iv. Penggunaan bahasa Melayu dalam semua instrumen mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik 1. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam instrumen dan item mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik; dan 2. Membina item dan instrumen dengan mendahulukan bahasa Melayu sebelum bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Ujian Pencapaian Bahasa Melayu merupakan kursus dan ujian wajib dalam kalangan pekerja baharu dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kebanyakan negara maju telah membangunkan instrumen penilaian bahasa rasmi masing-masing untuk menguji kecekapan bahasa bukan penutur jati yang berhasrat untuk belajar atau bekerja di negara tersebut. Selain itu, ujian tersebut digunakan oleh penutur jati yang ingin menguji kecekapan bahasa ibunda masing-masing. Atas kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara, instrumen menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik perlu dibangunkan khususnya bagi bukan penutur jati di Malaysia. Idea penyelidikan bagi pembangunan instrumen menguji kecekapan bahasa Melayu ini dicetuskan oleh Universiti Putra Malaysia sejak tahun 2011. Ujian ini dijadikan sebagai salah satu indikator sebuah negara maju menjelang tahun 2020 di samping merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, iaitu mencapai fokus Anjakan Kedua memartabatkan bahasa Melayu. Untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan, para pekerja baharu dalam sektor tersebut wajib mengambil kursus Bahasa Melayu dan lulus Ujian Pencapaian Pernyataan Hala Tuju Kesembilan Bahasa Melayu. Ujian ini dicadangkan menjadi satu kaedah piawaian untuk menilai kecekapan dan kelayakan bahasa Melayu pekerja baharu penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan. Dengan adanya ujian ini, mereka perlu mempelajari bahasa Melayu standard untuk membantu mereka berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan tugas. Secara tidak langsung langkah ini dapat menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu. Sejarah memperihalkan pegawai British yang berkhidmat di Negerinegeri Selat di Tanah Melayu dikehendaki lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan atau kenaikan pangkat mereka. Kewajiban menduduki ujian bahasa Melayu ini telah diwartakan dalam Straits Government Gazette bertarikh 4 November 1859, iaitu calon mestilah boleh membaca dan menterjemahkan satu petikan daripada buku Sejarah Melayu dan bertutur tentang sesuatu topik serta menulis dalam bahasa Melayu. Ujian Pencapaian Bahasa Melayu ini dapat mengukur tahap pengetahuan, keterampilan dan jati diri, serta memupuk perpaduan antara kaum. Ujian ini berasaskan perkara yang berikut: 1. pemilihan bahan dan item yang bertemakan kepelbagaian budaya dan cara hidup bermasyarakat di Malaysia; 2. pengenalan kepada bahasa Melayu dan promosi nilai serta budaya masyarakat majmuk Malaysia yang unik kepada warga antarabangsa; dan 3. potensinya sebagai alat pengujian kecekapan bahasa kebangsaan pelbagai tujuan seperti penarafan kerakyatan di Malaysia, menguji kecekapan berbahasa penjawat awam dan menguji pengetahuan berbahasa Melayu warga antarabangsa. Cadangan Pengoperasian Ujian Pencapaian Bahasa Melayu melibatkan: 1. semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta; 2. Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi; 3. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia; 4. Jabatan Pendaftaran Negara/Kementerian Dalam Negeri; 5. Jabatan Perkhidmatan Awam; dan 6. Pusat Pengujian Bahasa seluruh dunia. Kewajiban menduduki ujian bahasa Melayu bagi pegawai British yang berkhidmat di Negerinegeri Selat di Tanah Melayu telah diwartakan dalam Straits Government Gazette bertarikh 4 November 1859, iaitu calon mestilah boleh membaca dan menterjemahkan satu petikan dari buku Sejarah Melayu dan bertutur mengenai sesuatu topik serta menulis dalam bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 64


Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) sebagai wadah pengembangan bakat murid ke arah penghasilan pelbagai karya Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu bertujuan untuk memperluas dan mempertingkatkan kemahiran lisan bahasa Melayu melalui aktiviti kokurikulum. Program ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan keupayaan bertutur, berhujah, menyampaikan idea yang bernas menggunakan bahasa Melayu standard yang berterusan. Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat perpaduan, menerapkan semangat muhibah dan melestarikan penggunaan bahasa Melayu dalam pembinaan negara bangsa selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Antara program yang dilaksanakan: 1. Program Bicara Pintar (BITARA) Sekolah Rendah melalui aktiviti: a. Jom Bercerita b. Mari Berpantun c. Pidato Spontan 2. Program BITARA Sekolah Menengah melalui aktiviti: a. Radio Sekolah b. Sudut Pidato c. Kewartawanan Baharu d. Pencetus Minda e. Semarak Sastera/Seni Pentas 3. Anugerah BITARA sekolah rendah dan sekolah menengah diberikan kepada murid sebagai penghargaan menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan cemerlang. 4. Program Karya Penulis Malaysia (KARISMA) bertujuan untuk menggalakkan murid menghasilkan karya dengan “slogan 1Murid 1Karya”. Program ini memberi peluang kepada semua murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dan murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya. 5. Perkampungan Penulis Muda dan Remaja dilaksanakan bagi melahirkan penulis berbakat dalam kalangan murid sekolah untuk menghasilkan karya bermutu. 6. Anugerah Sasterawan Muda melibatkan murid sekolah rendah Tahun Tiga hingga Tahun Enam dan pernah mengikuti program Pernyataan Hala Tuju Kesepuluh Perkampungan Penulis Muda layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah BITARA Sekolah Rendah dan KARISMA. 7. Anugerah Sasterawan Remaja melibatkan murid sekolah menengah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan pernah mengikuti program Perkampungan Penulis Remaja layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah BITARA Sekolah Menengah dan KARISMA. Program KARISMA bertujuan untuk melahirkan Sasterawan Muda bagi sekolah rendah dan Sasterawan Remaja bagi sekolah menengah. KARISMA merupakan program penulisan kreatif yang memberi tumpuan kepada penulisan dalam genre. Program ini menjurus kepada “1Murid 1Karya” yang boleh direalisasikan dengan memperbanyak dan mempelbagaikan bengkel, perkampungan, festival dan aktiviti lain yang menyokong pelibatan murid dalam penghasilan karya sastera. Pegawai Perujuk Bahasa Melayu ditempatkan di semua jabatan kerajaan Kedudukan bahasa Melayu jelas sebagai bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan dalam segala urusan rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32). Dalam usaha untuk memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Perkara ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 bertarikh 28 Oktober 2011 bertajuk Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Sejajar dengan akta dan pekeliling tersebut, semua pegawai dikehendaki melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bahasa kebangsaan yang baik dari segi ejaan, sebutan, istilah Pernyataan Hala Tuju Kesebelas HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 65


dan tatabahasa, serta menghayati aspirasi penggunaannya semasa berkomunikasi bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Sehubungan dengan itu, semua agensi kerajaan bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu standard dalam semua urusan rasmi. Oleh yang demikian, tahap penggunaan dan mutu bahasa Melayu di pejabat kerajaan hendaklah yang terbaik. Pegawai Perujuk Bahasa Melayu perlu ditempatkan di semua jabatan kerajaan bagi memastikan peluasan penggunaan dan demi mengekalkan kedudukan bahasa Melayu yang standard. Pegawai Perujuk Bahasa Melayu juga berperanan memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam dokumen rasmi kerajaan dan memastikan mutu bahasa Melayu yang tinggi dalam urusan rasmi kerajaan. Selain itu, Pegawai Perujuk Bahasa Melayu juga membantu urusan semakan tatabahasa dan ejaan serta memberi khidmat nasihat dalam penulisan surat, memo, slaid dan papan tanda di semua agensi kerajaan, swasta dan kedutaan di luar negara. Usaha ini dapat membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang standard sebagai bahasa komunikasi bagi melahirkan rakyat yang mempunyai citra dan jati diri dalam membentuk negara bangsa. Langkah ini penting sebagai kesinambungan usaha dan peluasan pemartabatan bahasa Melayu standard melalui penggunaannya sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa pengantar, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi. Penempatan Pegawai Perujuk Bahasa Melayu di semua jabatan kerajaan selaras dengan program di bawah Strategi Lima: Menubuhkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa seperti yang dinyatakan dalam rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Tahun 2015 hingga Tahun 2017. Strategi ini bertujuan untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan berbudaya dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, strategi ini juga menjelaskan penyediaan latihan kebahasaan yang formal dan berperingkat-peringkat kepada pegawai yang dilantik khas di setiap kementerian. Munsyi Dewan yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan sebagai pakar rujuk bahasa, pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti kebahasaan dan sebagai pembimbing dalam hal kebahasaan di sektor awam dan swasta. Sebagai pakar rujuk bahasa Melayu, Munsyi membantu Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha menggalakkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Dalam bidang pendidikan bahasa Melayu, Munsyi Dewan sangat signifikan sebagai pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu dan mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain menjadi pembimbing guru dan murid di sekolah, mereka juga membimbing pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan. Pernyataan Hala Tuju Kedua Belas Pada masa sekarang, kebanyakan Munsyi Dewan yang bertugas sebagai guru di sekolah menghadapi kesukaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Munsyi kerana terikat dengan tugas hakiki di sekolah. Munsyi Dewan yang bertugas di sekolah, terikat dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Penempatan Munsyi Dewan di pejabat pendidikan daerah merupakan cadangan yang praktikal kerana Munsyi ini dapat berperanan sebagai pakar rujuk bahasa di setiap daerah dan tidak terikat dengan kerencaman tugas guru. Jadual 5.3 menunjukkan bilangan Munsyi Dewan mengikut negeri. Pemartabatan bahasa Melayu di luar bidang pendidikan menyokong Pendidikan Bahasa Melayu Pada masa ini, terdapat jalinan dan jaringan kerjasama yang terancang dengan semua kementerian melalui Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Jawatankuasa ini berperanan memantau dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang, serta menjamin kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 18 sektor tumpuan yang terdiri daripada 16 buah kementerian, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Jawatankuasa ini juga sudah berfungsi pada peringkat negeri dan daerah yang diurussetiakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Permuafatakan ini merupakan satu kelebihan untuk memanfaatkan mekanisme sedia ada pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, selari dengan fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. BIL. NEGERI BILANGAN MUNSYI 1 Selangor 27 2 WP Kuala Lumpur 15 3 WP Putrajaya 5 4 Negeri Sembilan 10 5 Pahang 14 6 Johor 19 7 Melaka 11 8 Terengganu 16 9 Kelantan 13 10 Perlis 6 11 Pulau Pinang 7 12 Kedah 16 13 Perak 25 14 Sabah 11 15 Sarawak 22 JUMLAH 217 Jadual 5.3 : Munsyi Dewan Mengikut Negeri Jun 2016 Pernyataan Hala Tuju Ketiga Belas HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 66


Pembudayaan penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan dalam bahasa Melayu menjana khazanah ilmu dalam pelbagai bidang Program menyemarakkan bahasa Melayu perlu mengutamakan aspek penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan. Penyelidikan yang terperinci dan terarah serta meluas merupakan nadi bagi transformasi pendidikan bahasa Melayu. Melalui penyelidikan, perekayasaan secara kritis dan kreatif dapat menyumbang ke arah pencetusan idea, inovasi dan pelaksanaan dasar bahasa yang mapan. Seterusnya, budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik bahasa Melayu juga menghasilkan khazanah ilmiah yang mampu memperkukuh sistem pendidikan bahasa Melayu. Setakat ini, penerbitan bahan ilmiah atau penulisan dalam bahasa Melayu tidak begitu memberangsangkan. Perkara ini perlu dipandang serius kerana data bagi jumlah dokumen bahasa Melayu yang diindeks sehingga Mac 2016 dalam pangkalan data antarabangsa Web of Science (WoS) dan Scopus, serta Pangkalan Data MyJurnal, dari tahun 2008 – 2015 menunjukkan bahawa penerbitan dokumen bahasa Melayu adalah kurang memuaskan seperti dalam paparan Rajah 5.5 dan Rajah 5.6. Usaha berterusan untuk terus memartabatkan bahasa Melayu serta memastikannya menjadi salah satu bahasa utama dunia dapat dilaksanakan dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Sedunia. Peranan utama Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Sedunia adalah sebagai hab yang menjadi rujukan dan pusat perkembangan dunia Melayu. Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Sedunia ini juga menyediakan Dana Kecemerlangan Bahasa Melayu bagi menerajui penyelidikan berkaitan dunia Melayu, Pusat Media Melayu Sedunia dan Puri Bahasa Melayu sebagai pusat repositori khazanah Melayu, bertujuan untuk memantapkan, memperkasakan dan mengangkat khazanah ilmu dalam dunia Melayu secara berterusan. Penubuhan Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Sedunia ini membuka laluan yang lebih luas bagi memperkukuh penggunaan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan antarabangsa. Sejajar dengan itu, nilai ekonomi bahasa Melayu meningkat dan membolehkan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan teknologi komunikasi. Dengan itu, iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan bahasa ASEAN menjelang 2025 serta bahasa utama dunia pada tahun 2030 dapat dicapai. Bahasa yang memiliki nilai ekonomi yang tinggi tentunya akan digunakan dengan meluas, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran, malah dalam bidang perniagaan dan pengiklanan. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca pada abad ke-15, digunakan dalam urusan perdagangan. Maka, tidak mustahil bahasa Melayu mampu menjadi bahasa antarabangsa dan bahasa perdagangan sebagaimana yang dihasratkan. Iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan bahasa ASEAN menjelang 2025 serta bahasa utama dunia pada tahun 2030 Bahasa Melayu juga ditawarkan pada peringkat universiti, kolej dan sekolah di Korea dan Jepun. Namun begitu, menurut pendapat James T. Collins yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 21 Disember 2012, masyarakat Amerika Syarikat dan Eropah semakin berminat untuk mempelajari bahasa Melayu. Kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Malaysia menjadi faktor utama yang menarik minat mereka mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Sehingga kini, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa komunikasi dan bahasa persuratan yang penting dalam perdagangan, diplomatik, pelancongan dan kebudayaan. Bagi memberikan nilai ekonomi yang tinggi kepada bahasa Melayu, penggunaan bahasa tersebut perlu dimantapkan dalam semua ranah dan bidang. Pernyataan Hala Tuju Keempat Belas HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 67


Rajah 5.5 : Jumlah Dokumen Bahasa Melayu yang Diindeks dalam Pangkalan Data Antarabangsa Web of Science (WoS), Scopus dan MyJurnal dari tahun 2008 – 2015 Rajah 5.6 : Jumlah Petikan Bahasa Melayu yang Diindeks dalam Pangkalan Data Antarabangsa Web of Science (WoS), Scopus dan MyJurnal dari tahun 2008 – 2015 HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 68


Penerokaan ilmu baharu melalui penyelidikan dan seterusnya penyebarannya melalui penerbitan merupakan satu kaedah untuk menyebar luas idea dan ilmu baharu agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua pihak. Penyelidikan dalam pendidikan bahasa Melayu penting untuk menambah pengetahuan tentang isu pendidikan bahasa Melayu dan membantu meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran serta pembelajaran bahasa Melayu. Penyelidikan dapat menjadi asas untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan sebagai satu kaedah menggalakkan inovasi bagi memperkaya khazanah bahasa Melayu. Kepentingan penyelidikan ini selaras dengan proses transformasi pendidikan negara. Penterjemahan dan penerbitan dalam bahasa Melayu berkaitan dunia persuratan Melayu penting untuk mengungkap khazanah ilmu bahasa Melayu dalam pelbagai bidang bagi memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Penterjemahan dapat memperluas khazanah ilmu bahasa Melayu dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, dan falsafah daripada pelbagai bangsa dan negara. Melalui penterjemahan, pemindahan dan perkongsian maklumat dan ilmu yang penting dapat dilakukan tanpa batasan. Usaha menterjemah dan menerbitkan sastera Melayu ke dalam bahasa asing perlu dilakukan dengan lebih meluas bagi memperkenalkan sastera Melayu kepada masyarakat dunia, khususnya penggemar sastera, sarjana dan pengkaji. Langkah ini dapat menarik minat mereka untuk mengkaji, menghayati persuratan Melayu serta mempromosikan sastera dan budaya Melayu ke peringkat antarabangsa. Program Pendigitalan Bahasa Melayu dalam Talian Program pendigitalan bahasa Melayu dalam talian seiring dengan perkembangan semasa generasi kini yang menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat. Bahan dalam bahasa Melayu perlu diperbanyak penerbitannya dalam talian yang secara tidak langsung memupuk minat terutama generasi muda untuk menguasai bahasa Melayu. Kerjasama dengan sektor swasta terutama syarikat telekomunikasi membantu pelaksanaan proses pendigitalan ini. Program pendigitalan bahasa Melayu menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul menerusi akses bahan dalam talian. Selain itu, langkah ini menggalakkan pelanggan untuk menggunakan pelbagai bahan digital bahasa Melayu tanpa had. Kerjasama kerajaan dan swasta diperlukan bagi memastikan usaha menyemarakkan bahasa Melayu berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui siaran televisyen, radio dan dalam talian dengan menyiarkan program kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan, dan kesenian Melayu. Empat belas pernyataan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu yang telah dirangka dalam pelan hala tuju ini merangkumi tiga skop utama pemerkasaan bahasa Melayu, iaitu pengukuhan pendidikan bahasa Melayu; pembangunan profesionalisme keguruan; dan penyelidikan dan inovasi, serta hubungan luar. Kejayaan pernyataan hala tuju ini dapat direalisasikan melalui dua inisiatif utama untuk memastikan murid berketerampilan berbahasa Melayu dan mencapai sasaran 90 peratus kepujian Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2025, iaitu: 1. Inisiatif Utama untuk Guru a. Syarat kepujian Kesusasteraan Melayu bagi guru Bahasa Melayu, b. Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu, c. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu, dan d. Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu. 2. Inisiatif Utama untuk Murid a. Pengukuhan kemahiran dan pentaksiran lisan Bahasa Melayu, b. Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif, c. Pemerkasaaan Pentaksiran Bahasa Melayu, d. Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu, dan e. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Murid. Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan usaha penjajaran semula Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dengan mengambil kira pencapaian semasa dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pemartabatan bahasa Melayu. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu menjadi sumber penyebaran maklumat dan sumber rujukan warga pendidik dan orang awam tentang pelaksanaan hala tuju memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat nasional dan hubungan serantau melalui pusat kecemerlangan pendidikan bahasa Melayu, serta jalinan dan jaringan antarabangsa dalam usaha menjana khazanah ilmu dalam pelbagai bidang melalui pembudayaan, penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan bahasa Melayu. RUMUSAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 5 69


STRATEGI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BAB6


STRATEGI MEMARTABATKAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Memperkukuh Penggunaan Bahasa Melayu Standard Memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu Memperkasakan Kurikulum Bahasa Melayu Memperkasakan Kesusasteraan Melayu Memperkukuh Bahasa Melayu dalam Kokurikulum Menaik Taraf IPGK Bahasa Melayu Memperkasakan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Memperkaya Khazanah Ilmu Bahasa Melayu Memperluas Jalinan dan Jaringan Memartabatkan Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 72


STRATEGI 1 - Memperkukuh Penggunaan Bahasa Melayu Standard 6.0 PENGENALAN Usaha pemartabatan bahasa Melayu, khususnya dalam bidang pendidikan bahasa Melayu, merupakan satu agenda nasional yang perlu digalas dan dijunjung oleh segenap lapisan warga negara ini. Aspirasi ini dizahirkan melalui Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. Sembilan strategi telah dirangka dan digariskan bagi mendukung usaha memperkasakan pendidikan bahasa Melayu seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di tanah air ini. Strategi merujuk ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan atau rancangan yang teratur, yang memperhitungkan pelbagai faktor, untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Sembilan strategi Memartabat Pendidikan Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: 1. Memperkukuh Penggunaan Bahasa Melayu Standard; 2. Memperkasakan Kurikulum Bahasa Melayu; 3. Memperkasakan Kesusasteraan Melayu; 4. Memperkasakan Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu; 5. Memperkukuh Bahasa Melayu dalam Kokurikulum; 6. Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu; 7. Menaik Taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu; 8. Memperluas Jalinan dan Jaringan; dan 9. Memperkaya Khazanah Ilmu Bahasa Melayu. Semua pihak perlu sedar tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan merupakan agenda yang penting dalam usaha memastikan semua rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik yang bermula di peringkat sekolah lagi. Semua golongan masyarakat haruslah mampu menggunakan dan membudayakan penggunaan bahasa Melayu standard dalam semua urusan terutama dalam urusan rasmi dan media. Bahasa Melayu standard merupakan bahasa baku yang boleh didefinisikan sebagai huruf atau perkataan yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya. Bahasa baku merupakan bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Profesor Dato’ Dr. Awang Sariyan, melalui bukunya Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Edisi Kedua (2006); memberi definisi yang berikut; “… pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah penetapan kod dan norma bahasa dari segala segi, iaitu ejaan, peristilahan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa”. Penggunaan bahasa standard berupaya mewujudkan keseragaman cara berbahasa dan bertutur, persuratan dan penulisan oleh penutur dan pengguna bahasa Melayu. Penggunaan bahasa standard juga dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan berbahasa Melayu dengan menggunakan hukum bahasa yang selaras dan disepakati serta difahami oleh semua lapisan masyarakat, mampu memantapkan sistem bahasa Melayu supaya sebutannya menjadi mantap dan baku sesuai dengan pembakuan tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa. Penggunaan bahasa Melayu standard dalam kalangan murid sekolah juga diharapkan dapat mengatasi masalah kerancuan bahasa dan mengurangkan perkembangan ‘bahasa rojak’ yang dipengaruhi antaranya oleh bahasa Inggeris, sistem pesanan ringkas dan aplikasi kiriman pesanan. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan strategi memperkukuh penggunaan bahasa Melayu standard melalui langkah-langkah sedia ada dan baharu berdasarkan pandangan semua pihak. Berikut adalah antara langkah yang dilaksanakan: 1. Melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan melalui inisiatif berikut: a. Audit Bahasa Melayu Penggunaan bahasa Melayu standard dapat diperkukuh melalui pelaksanaan Audit Bahasa Melayu yang diterajui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelaksanaan audit ini yang berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011: Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi kerajaan dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dijalankan secara berterusan melibatkan sektor awam dan sektor lain yang dikenal pasti. b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2000: Pelaksanaan Sebutan Baku dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah telah dikeluarkan bagi memaklumkan berkenaan pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Kerajaan memutuskan bahawa sebutan baku digunakan di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu manakala untuk ujian lisan dalam peperiksaan awam, sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 6 73


STRATEGI 2 - Memperkasakan Kurikulum Bahasa Melayu c. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011: Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk memberi panduan tentang penggunaan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi dalam perkhidmatan awam. Anggota perkhidmatan awam, termasuklah guru hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul secara menyeluruh bagi urusan rasmi di dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dan isu media massa. 2. Membangunkan Kerangka Standard Bahasa Melayu Kerangka Standard Bahasa Melayu dibangunkan bertujuan untuk mengadakan piawaian bahasa Melayu bagi menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu sama ada penutur jati bahasa Melayu atau penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Piawaian tersebut dijadikan rujukan standard penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang seperti pendidikan, perkhidmatan dan lain-lain. Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu melibatkan bengkel menyediakan draf, terma rujukan, instrumen penentuan tahap, kajian rintis, pemurnian, pencetakan dan penyebaran dokumen Kerangka Standard Bahasa Melayu. Kerangka Standard Bahasa Melayu perlu melalui beberapa fasa tindakan: a. b. penyediaan draf Kerangka Standard Bahasa Melayu melibatkan panel penggubal yang terdiri daripada pensyarah universiti awam, dan institut pendidikan guru, pegawai Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu; permuafakatan umum melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, agensi lain, pertubuhan bukan kerajaan, warga asing dan peringkat serantau; c. pelancaran Kerangka Standard Bahasa Melayu peringkat kebangsaan dalam sistem pendidikan; d. penyelarasan Kerangka Standard Bahasa Melayu dengan kurikulum dan pentaksiran; e. f. pemantauan pelaksanaan Kerangka Standard Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan; penilaian dan semakan semula serta pemantapan Kerangka Standard Bahasa Melayu; g. pelaksanaan Kerangka Standard Bahasa Melayu dalam semua peringkat sistem pendidikan; h. pelancaran pelaksanaan Kerangka Standard Bahasa Melayu peringkat pengguna awam; dan i. penarafan Kerangka Standard Bahasa Melayu peringkat serantau dan antarabangsa. 3. Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Melayu Peningkatan kapasiti guru bahasa Melayu untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu standard dilaksanakan melalui: a. latihan praperkhidmatan guru pelatih bahasa Melayu; b. latihan dan pembangunan sumber manusia bagi pensyarah bahasa Melayu; dan c. kursus dalam perkhidmatan guru bahasa Melayu. 4. Memperkukuh Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Kemahiran lisan bahasa Melayu murid di sekolah diperkukuh melalui: a. penyediaan Modul Pengukuhan Asas Lisan pada peringkat prasekolah; b. penambahbaikan program LINUS Bahasa Melayu 3; c. penyediaan Modul Program Lisan Membaca dan Menulis pada peringkat Tahap II sekolah rendah; dan d. penyediaan Modul Lestari dengar tutur pada peringkat sekolah menengah. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bersesuaian dengan fungsi bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian seperti berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan memahami bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran dan berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini pula digabungkan dengan peraturan sistem bahasa, dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum, seperti ilmu pengetahuan, nilai, sosiobudaya, semangat kewarganegaraan, patriotisme, dan kemahiran nilai tambah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah, manakala di peringkat sekolah menengah, penekanan lanjut diberi kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 74


STRATEGI 3 - Memperkasakan Kesusasteraan Melayu STRATEGI 4 - Memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu Strategi memperkasakan kurikulum bahasa Melayu dilaksanakan melalui langkah yang berikut: 1. memperkasakan kurikulum bahasa Melayu standard di semua jenis sekolah dan aliran; 2. menambah baik dan menyemak kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah dari semasa ke semasa; 3. memperkukuh kemahiran lisan bahasa Melayu di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah; 4. memantapkan Program LINUS Bahasa Melayu 3; dan 5. menambah baik aspek seni bahasa dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Peranan utama sastera adalah untuk membina nilai insaniah dalam kehidupan manusia. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera dengan penuh penghayatan. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1957. Matlamatnya adalah untuk membolehkan murid memupuk nilai murni, menyemai sifat kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, perasaan bangga dan cinta akan tanah air serta memperkukuh jati diri bangsa. Ketika tumpuan dunia semakin menjurus kepada cabang ilmu berteraskan sains dan teknologi, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu semakin terpinggir. Ini dibuktikan melalui dapatan kajian oleh Siti Khairiah dan Siti Saniah (UPSI, 2012) bahawa mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terus diabaikan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu perlu disuntik dengan elemen yang lebih segar dan dipertimbangkan sebagai mata pelajaran wajib pada peringkat menengah atas. Hal ini selaras dengan kepentingan Kesusasteraan Melayu sebagai asas utama bagi murid memahami masyarakat dan budaya di negara ini seterusnya menjadi tunjang kepada perpaduan bangsa dan negara. Kemampuan murid menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik dapat dikukuhkan melalui Kesusasteraan Melayu. Penghayatan nilai dan budaya Melayu dalam konteks sastera Melayu dapat memperkaya ilmu dan pengetahuan murid tentang bahasa serta menjadi pemangkin untuk murid menggunakan bahasa yang lebih standard dengan halus akal dan budinya dalam medan bicara mahu pun pena. Strategi memperkasakan Kesusasteraan Melayu dilaksanakan dengan menambah baik program sedia ada dan mencadangkan langkah-langkah baharu: 1. Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) menjadi komponen wajib dalam pengajaran bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah; dan 2. Menjenamakan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif pada peringkat sekolah menengah melalui: a. penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi Kesusasteraan Melayu Komunikatif; b. penghasilan buku panduan guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif; c. pemilihan bahan teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif; dan d. penataran kepada guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif. 3. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif wajib ditawarkan di semua sekolah menengah dan wajib diambil oleh murid Sekolah Seni Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Melaksanakan format baharu Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Pencapaian penguasaan bahasa Melayu bagi murid di semua jenis sekolah dihasratkan sekurang-kurangnya pada tahap baik, yang diukur melalui pentaksiran yang sama dan setara kecuali bagi murid berkeperluan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu dengan menambah baik aspek Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Matlamat Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan kecekapan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Objektif ujian lisan adalah untuk mendedahkan situasi berlisan yang sebenar kepada murid, membentuk kemahiran dan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi secara berkesan dan mendedahkan kemahiran berlisan dan memberikan pengalaman kepada murid untuk berkomunikasi dalam situasi formal dan tidak formal. Ujian ini memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur seterusnya meningkatkan kesantunan berbahasa. Strategi memperkasakan pentaksiran Bahasa Melayu dilaksanakan melalui: 1. sistem pentaksiran yang bersifat holistik dan seimbang, iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor, iaitu: a. pentaksiran Berasaskan Sekolah dilaksanakan secara berterusan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 6 75


Kegiatan kokurikulum membawa maksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum berupaya mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu kepada tahap yang lebih baik kerana murid boleh menggunakan kemahiran bahasa yang telah diperoleh dalam pembelajaran dan pengajaran serta menggunakannya secara lebih santai tetapi bermakna. Aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada bahasa Melayu perlu ditambah baik bagi memperkukuh penguasaan bahasa Melayu murid. Langkah ini wajar kerana aktiviti berbahasa menuntut kepelbagaian, sesuai dengan keperluan murid pelbagai jenis sekolah supaya murid lebih minat dan cenderung menggunakan bahasa Melayu standard. Strategi memperkukuh bahasa Melayu dalam kokurikulum dilaksanakan melalui: 1. memantapkan kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti kokurikulum bagi memantapkan STRATEGI 5 - Memperkukuh Bahasa Melayu dalam Kokurikulum proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. b. pentaksiran sumatif dilaksanakan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun. c. pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bertujuan meningkatkan penguasaan kefasihan dan keyakinan untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lebih baik. d. ujian psikometrik dilaksanakan untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. 2. memperkasakan Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 3. memperkasakan Ujian Lisan Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah. 4. melaksanakan format baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia. 5. melaksanakan Komponen Lisan Komunikatif di Tingkatan Enam. 6. melaksanakan instrumen penilaian peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) dalam bahasa Melayu. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 76


penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Antara program yang dijalankan ialah forum pelajar, kuiz, bengkel asas teater, seminar sastera, bengkel deklamasi puisi, festival bahasa dan sastera. 2. meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti kebahasaan di pelbagai peringkat bertujuan membina keyakinan dan kefasihan murid dalam penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. 3. menyemarakkan aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan. 4. melaksanakan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) melalui; a. Program Bicara Pintar (BITARA) sekolah rendah dan menengah; b. Anugerah BITARA sekolah rendah dan menengah; c. Program 1Murid 1Karya; d. Perkampungan Penulis Muda dan Remaja; dan e. Anugerah Tunas Muda sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu dapat dimartabatkan dengan melahirkan guru yang berketerampilan dalam menggunakan bahasa Melayu. Usaha ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kecekapan bahasa Melayu dalam kalangan guru, pensyarah, dan pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia. Langkah ini secara langsung dapat meningkatkan profesionalisme guru bahasa Melayu supaya mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Antara ciri yang perlu ada bagi memastikan guru bahasa Melayu mempunyai keterampilan adalah seperti yang berikut: 1. berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarkan; 2. berkebolehan mengurus, menghasilkan dan memanfaatkan pelbagai bentuk sumber; 3. berpengetahuan dalam prinsip pembelajaran dan pedagogi; dan 4. peka terhadap dasar dan isu pendidikan. Strategi meningkatkan keterampilan berbahasa guru Bahasa Melayu dilaksanakan melalui: 1. menambah baik proses pemilihan calon guru Bahasa Melayu; 2. menjadikan kepujian Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat wajib menjadi guru Bahasa Melayu; 3. melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan Garis Panduan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Bahasa Melayu; 4. memperluas fungsi Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu; 5. menubuhkan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu, badan yang boleh memberi pengiktirafan profesional pendidikan bahasa Melayu dan mengawal selia mutu pendidikan bahasa Melayu dari peringkat prasekolah hingga pascaijazah;. 6. melaksanakan Program Ujian Pencapaian Bahasa Melayu untuk guruguru mata pelajaran Bahasa Melayu; 7. meningkatkan kompetensi guru Bahasa Melayu berdasarkan standard penguasaan dan pengukuran Kerangka Standard Bahasa Melayu; dan 8. menyediakan guru Bahasa Melayu tahap satu sekolah rendah di sekolah jenis kebangsaan yang boleh menguasai bahasa komunikasi bahasa Cina atau bahasa Tamil bagi memudahkan komunikasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. STRATEGI 6 - Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 6 77


Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju untuk memperkasakan dan menaik taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Strategi ini bermatlamat untuk membangunkan profesionalisme pendidik bahasa Melayu yang berkualiti tinggi, khususnya dalam pedagogi bahasa Melayu dan menjadi pusat rujukan kecemerlangan pedagogi bahasa Melayu. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa berfungsi sebagai pusat latihan lanjutan pendidikan bahasa Melayu, memberikan khidmat kepakaran dalam pendidikan bahasa Melayu, menjadi pusat rujukan pedagogi bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan dan inovasi pendidikan bahasa Melayu. Fungsi utama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang dinaik taraf fungsi dengan menggunakan struktur baharu adalah seperti yang berikut: 1. memberikan perkhidmatan dalam penyelidikan dan rekayasa penemuan dalam pendidikan bahasa Melayu; 2. memberikan kursus yang berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat kepada guru Bahasa Melayu berkaitan dengan pengisian kurikulum Bahasa Melayu; 3. memberikan khidmat kepakaran dalam bidang pedagogi tinggi bahasa Melayu; 4. memberikan perkhidmatan dalam bidang ilmu dan korpus bahasa Melayu, serta falsafah dan pemikiran Melayu; 5. memberikan perkhidmatan melalui kursus persuratan Melayu, serta kesenian dan peradaban Melayu; dan 6. menjadi pusat latihan praperkhidmatan Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah. Strategi ini dilaksanakan melalui langkah-langkah yang berikut: 1. menginstitusikan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bahasa Melayu; 2. melaksanakan penjajaran pensyarah bahasa Melayu ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu; 3. menubuhkan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu; 4. membangunkan modul dan melaksanakan latihan Kaligrafi dan Ejaan Jawi; 5. melaksanakan latihan dalam perkhidmatan Berdasarkan Program Peningkatan Profesionalisme Berterusan Guru-guru Bahasa Melayu; 6. melaksanakan latihan dalam perkhidmatan secara kolaboratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, universiti awam dan pertubuhan bukan kerajaan bahasa Melayu; 7. mengawal selia mutu pendidikan bahasa Melayu daripada peringkat prasekolah hingga pascaijazah; 8. 9. memperkasakan jalinan dan jaringan pendidikan bahasa Melayu di dalam dan di luar negara; menjadi Pusat Rujukan Pendidikan Bahasa Melayu; dan 10. menawarkan program pascaijazah. Jalinan kerjasama semua agensi bagi memartabatkan bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dan masyarakat. Pelibatan agensi luar atau badan bukan kerajaan mengadakan pelbagai program bahasa Melayu dalam institusi pendidikan perlu diselaraskan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid yang berkebolehan dan berketerampilan dalam komunikasi bahasa Melayu. Dalam konteks yang lebih menyeluruh, jaringan yang mantap penting untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu boleh diperluas, dimajukan dan diperkembangkan di semua sektor awam dan swasta, juga dalam semua bidang tamadun, termasuk media massa (media cetak dan elektronik). Langkah ini boleh melonjakkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa yang benar-benar berwibawa, merentas keturunan, memupuk persefahaman dan perpaduan. Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai salah satu tonggak pembinaan bagi membangunkan negara bangsa. Pada masa yang sama, peranan bahasa Melayu perlu diangkat kembali menjadi bahasa serantau dan antarabangsa, seterusnya mencapai kedudukan tinggi sebagai salah satu bahasa penting di dunia. STRATEGI 7 - Menaik Taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Sebagai Peneraju Kecemerlangan Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu STRATEGI 8 - Memperluas Jalinan dan Jaringan Memartabatkan Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 78


Jalinan dan jaringan memartabatkan bahasa Melayu merangkumi bidang pendidikan, repositori, penerbitan dan penyebaran, penyelidikan dan pembangunan, pusat sumber, pusat pelancongan, pusat rujukan serta muzium berkaitan bahasa, sastera dan budaya Melayu, seterusnya menyediakan persekitaran kondusif, interaktif, informatif, yang merangsang aspek kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kebahasaan. Pelbagai badan dan agensi di dalam dan di luar negara memainkan peranan penting untuk membudayakan, memasyarakatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu. Perkongisan pintar mereka dapat memastikan khazanah persuratan bahasa, sastera dan budaya Melayu diiktiraf di peringkat dunia, disebarluaskan dan dimanfaatkan dalam pendidikan, di samping dapat memperluas penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu di dalam mahupun di luar negara melalui pelbagai inisiatif serta menggunakan pelbagai platform. Strategi memperluas jalinan dan jaringan memartabatkan bahasa Melayu dilaksanakan melalui: 1. penubuhan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, ahli akademik dan tokoh bahasa. Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; 2. pemanfaatkan Program Sarana Ibu Bapa dan Inisiatif Pelibatan Swasta dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016 – 2025 serta Strategi Lautan Biru Nasional untuk mengembleng sumber, tenaga dan kepakaran pelbagai pihak bagi menjayakan program memartabatkan pendidikan bahasa Melayu; 3. penubuhkan Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Dunia yang berperanan mengendalikan forum dan seminar antarabangsa dan menjadi atase bahasa, sastera, dan budaya; 4. penubuhkan pusat media dunia dan kerjasama strategik dengan badan penyiaran kerajaan dan swasta dan badan kreatif lain; 5. penubuhkan Puri Bahasa sebagai pusat repositori pendidikan bahasa Melayu; 6. penjalinan sinergi dengan wisma putra, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat Malaysia di dalam dan di luar; 7. penempatan munsyi bahasa di kementerian, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah; dan 8. penempatan pegawai bahasa sebagai perujuk di semua agensi awam, swasta, di dalam dan di luar negara. Jaringan Bahasa Melayu HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 6 79


Dalam dunia pendidikan dan era dunia tanpa sempadan, masyarakat perlu mendapatkan maklumat dan mendalami ilmu melalui pelbagai bahan rujukan. Sehubungan dengan itu, khazanah ilmu yang dihasilkan dalam persuratan bahasa Melayu perlu diperbanyak dan diperluas. Bahan-bahan rujukan dalam pelbagai bentuk yang bermutu dan berinovasi sewajarnya diterbitkan melalui hasil penyelidikan berfokus yang diselaraskan supaya diterima pakai oleh pelbagai golongan di dalam dan di luar negara. Bahan rujukan yang bermutu perlu dikumpul dan ditempatkan di pusat repositori bahasa Melayu yang berperanan mengawal mutu bahan agar mengikut standard kualiti antarabangsa. Bahan yang disimpan akan melalui proses saringan kawalan mutu agar menepati piawaian penyelidikan bertaraf antarabangsa. Hal ini penting kerana hasil penyelidikan pakar bahasa dan pusat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu perlu dipelihara dan disimpan sebagai khazanah ilmu bahasa Melayu. Strategi memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu dilaksanakan melalui: 1. melaksanakan strategi lautan biru untuk menjalin kerjasama mengoptimumkan sumber tenaga, kepakaran dan perbahanan bagi memperkaya khazanah persuratan dan kepustakaan Melayu antara organisasi di dalam dan di luar negara, mempromosi khazanah manuskrip Melayu dan menjana penyelidikan berkaitan pendidikan bahasa Melayu; 2. meningkatkan aktiviti pameran, seminar dan program kebahasaan dijadikan wadah untuk memperkaya lagi khazanah bahasa ini; 3. memperkasakan Muzium Pusat Persuratan Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka yang bertujuan memartabatkan persuratan Melayu dengan menjalankan fungsi mengumpul, mendokumen, memelihara, memulihara, mempamer serta menyebar maklumat dan artifek tentang sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu; 4. melaksanakan Program Karya Penulis Malaysia (KarisMa) sebagai wadah pengembangan bakat murid ke arah penghasilan karya bahasa Melayu dan Kesusteraan Melayu. Program ini bertujuan melahirkan Sasterawan Muda dan Sasterawan Remaja agar dapat menyumbang kepada penghasilan lebih banyak karya yang boleh menjadi sumber khazanah bahasa dan sastera; 5. mengalakkan aktiviti penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan bahasa Melayu untuk menjana khazanah ilmu dalam pelbagai bidang; 6. mengadakan anugerah berprestij dalam penyelidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu bagi mengalakkan lebih ramai lagi mereka yang berminat melibatkan diri dalam aktiviti ini; 7. mendapatkan pengiktirafan daripada badan dunia seperti UNESCO bagi meletakkan kedudukan bahasa Melayu di mata dunia; 8. menempatkan kios bahasa di tempat awam; 9. memohon geran penyelidikan dan inovasi; 10. menambah dan mengukuhkan Kursi Bahasa Melayu di luar negara; dan 11. memperhebat peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan perdagangan menjelang 2025. Hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat dicapai dengan melaksanakan strategi yang mantap dan berkesan. Strategi penggunaan bahasa Melayu standard dapat mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat terutama murid sekolah. Penguatkuasaan sebutan baku dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan murid dan guru menggunakan bahasa Melayu standard di sekolah. Pembangunan dan pelaksanaan Kerangka Standard Bahasa Melayu pula dapat memastikan tahap pemerolehan dan penguasaan kemahiran bahasa Melayu dapat diukur menggunakan standard yang sama. Bagi memastikan murid berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan dan menguasai bahasa Melayu pada tahap yang lebih baik, pengukuhan pendidikan bahasa Melayu dilaksanakan melalui strategi kurikulum, kokurikulum dan pentaksiran di samping memberi penekanan kepada aspek kesusasteraan. Pentaksiran lisan dilaksanakan secara lebih berformat dan berpusat bagi membentuk kemahiran dan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Strategi kokurikulum bahasa Melayu juga merupakan wahana perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik, latar belakang, agama dan budaya. Peningkatan keterampilan guru bahasa Melayu, penubuhan pusat kecemerlangan pendidikan bahasa Melayu dan pelaksanaan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Bahasa Melayu merupakan gabungan strategi untuk meningkatkan kompetensi guru bahasa Melayu. Pada masa yang sama, jalinan dan jaringan bahasa Melayu yang baik di peringkat sekolah, komuniti, daerah, nasional dan antarabangsa dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu di dalam dan luar negara. Selain itu, keutamaan kepada aktiviti penyelidikan, penterjemahan dan penerbitan bahasa Melayu dapat meningkatkan khazanah ilmu dalam pelbagai bidang dan memberi sumbangan kepada penyebaran ilmu dalam kalangan rakyat serta penzahiran peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, bahasa serantau dan antarabangsa. STRATEGI 9 - Memperkaya Khazanah Ilmu dalam Bahasa Melayu RUMUSAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 80


HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 6 81


PENUTUP BAB7


Kanada The University of British Columbia, Vancouver Jepun Tokyo University of Foreign Studies Center for Southeast Asian Studies, Kyoto University Australia Malay Australian Association of New South Wales University of New England Australian National University Rusia Institute of Asian Countries & A­ca, Moscow State University & Applied Oriental Studies Moscow Belanda Leiden University Jerman Gothe Universitat, Frankfurt United Kingdom School of Oriental and African Study Sri Lanka International Language Centre, Colombo Singapura Nanyang Technological University National University of Singapore Korea Selatan Hankuk University of Foreign Studies China Beijing Foreign University Guangxi University for Nationalities Perancis Des Languages et Civililizations Orientales Institute (INALCO) Ecole Francais d’Extreme Orient (EFEO) de le Peninsule Indochinoise Universite de la Rochelle, Centre d’Historie et Civilisations (CHCPI) Amerika Syarikat Northern Illinois University Centre for Southeast Asian Studies, University of Hawaii Centre for Southeast Asian Studies, University of Michigan KANADA Amerika Syarikat PENGAJIAN BAHASA MELAYU DITAWARKAN DI SELURUH DUNIA OLEH UNIVERSITI TERKEMUKA HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 84


Dalam dunia pendidikan, ilmu pengetahuan, dan bahasa yang bersifat dinamik, tanggungjawab progresif semua pihak merupakan faktor kritikal bagi melahirkan masyarakat yang kukuh jati diri dan cinta akan bahasa dalam sebuah negara yang berdaulat. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pendidikan bahasa Melayu dengan meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu bermula daripada peringkat prasekolah sehingga ke peringkat lepasan menengah. Perubahan persekitaran yang mencabar memerlukan anjakan baharu dalam pendidikan bahasa Melayu, khususnya dalam penekanan terhadap kecintaan kepada bahasa Melayu. Perancangan rapi dengan strategi pelaksanaan yang mantap dan bersepadu dapat memastikan aspirasi pendidikan bahasa Melayu tercapai. Aspirasi ini menekankan pembinaan jati diri dan pembentukan negara bangsa. Perkara ini dilaksanakan bermula daripada Kurikulum Baharu Sekolah Rendah yang menyentuh tentang pembentukan insan kamil, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah melalui penerapan nilai murni, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 yang menampilkan modal insan unggul hinggalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang mengutamakan enam aspirasi murid. Peranan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan perlu terus diperkasakan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi saluran utama pembinaan budaya kebangsaan serta membentuk pemikiran dan perlakuan jati diri rakyat Malaysia. Usaha bersepadu ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang berperanan untuk membantu sektor pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Impak akhir yang kita harapkan ialah bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa, bahasa Melayu standard dan murid berketerampilan berbahasa Melayu. Pendidikan bahasa Melayu yang ditunjangi bahasa, sastera dan budaya ialah warisan daripada dunia tamadun Melayu. Sebagai kesinambungan, bahasa Melayu diperluas dalam bidang pengajian Melayu pada peringkat pengajian tinggi. Bidang pengajian Melayu terus berkembang bukan dalam ruang kepompong alam Melayu sahaja malah ke seluruh dunia termasuklah negara Jepun, China, Korea Utara, Korea Selatan, Kemboja, Sri Lanka, India, Mesir, Jordan, Turki, Uzbekistan, Tanzania, Ukraine, Afrika Selatan, Denmark, Kanada, Rusia dan United Kingdom. Program Pengajian Melayu dan Kursi Pengajian Melayu telah ditawarkan di universiti di China, United Kingdom, Belanda, New Zealand dan Amerika Syarikat. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan menjadi rujukan pelbagai pihak, bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi kepada pihak yang mempunyai kaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk pihak berkepentingan, murid, ibu bapa, institusi di dalam negara dan di luar negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pencapaian pelan hala tuju ini bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan semua hierarki warga Kementerian Pendidikan Malaysia serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor kritikal bagi mencapai sasaran tersebut ialah komitmen dan tumpuan kepimpinan peringkat atasan, peranan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu, pengurusan program berimpak tinggi di peringkat pelaksana, pelibatan semua pihak yang berkepentingan, dan penerokaan khazanah ilmu melalui bahasa Melayu. Makmal Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2016 telah meneliti isu, cabaran dan status pencapaian pendidikan bahasa Melayu sebagai landasan untuk membuat perancangan masa hadapan pendidikan bahasa Melayu. Faktor kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh murid dan guru, menjadi sumber maklumat kepada panel Makmal Bahasa Melayu dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merangka hala tuju serta strategi memartabatkan pendidikan bahasa Melayu. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia ini dirangka dengan objektif untuk memastikan penggunaan bahasa Melayu standard pada semua peringkat. Peranan pihak luar yang lebih meluas dalam menjamin persekitaran dan penggunaan bahasa Melayu standard turut disenaraikan sebagai objektif pelan ini. Selain itu, kemahiran berbahasa Melayu murid dapat ditingkatkan melalui kurikulum, kokurikulum dan pentaksiran. Kementerian juga memastikan kualiti guru ditingkatkan melalui latihan untuk menjamin kemahiran berbahasa Melayu. Pelan ini juga dapat meningkatkan jalinan kerjasama pelbagai sektor dalam bidang penyelidikan, penterjemahan, penerbitan dan pengkaryaan bagi memperkaya khazanah ilmu bahasa Melayu. Matlamat untuk meningkatkan permerolehan dan kecekapan berbahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan dan menghasilkan murid yang berketerampilan berbahasa Melayu berupaya dicapai melalui pelaksanaan 14 inisiatif hala tuju pendidikan bahasa Melayu. Inisiatif tersebut adalah dengan menyediakan Kerangka Standard Bahasa Melayu, Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu, Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu, Penubuhan Lembaga Pengiktirafan Pendidikan Bahasa Melayu, Pemerkasaan Kemahiran Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di semua Jenis Sekolah, Pemerkasaan Ujian Lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah, Format Baharu Pentaksiran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Pelajaran Malaysia, Penjenamaan Kesusasteraan Melayu kepada Kesusasteraan Melayu Komunikatif di Sekolah Menengah, Ujian Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Syarat Mengikuti Program di universiti, Pemilihan Bakal Guru Bahasa Melayu yang Memberi Keutamaan kepada Calon yang Memiliki Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Pembudayaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi dan Perdagangan. Sembilan strategi telah dirangka dan digariskan bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025. Strategi tersebut adalah dengan Memperkukuh Penggunaan Bahasa Melayu Standard, Memperkasakan Kurikulum Bahasa Melayu, Memperkasakan Kesusasteraan HARAPAN RUMUSAN HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 7 85


Melayu, Memperkasakan Pentaksiran Lisan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Melayu dalam Kokurikulum, Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu, Menaik Taraf Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu, Memperluas Jalinan dan Jaringan dan Memperkaya Khazanah Ilmu Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia merencanakan pelan hala tuju ini sebagai pemacu kepada peningkatan pencapaian pendidikan bahasa Melayu dan menjadi teras kepada usaha peningkatan mutu pendidikan negara. Perkara ini selaras dengan usaha mencapai matlamat Misi Nasional dan Transformasi Nasional 2050, iaitu hasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri dan masyarakat yang mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Bahasa Melayu perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global. Bahasa Melayu sewajarnya diperkembang, diperkukuh serta diperluas penggunaannya menjadi bahasa perdagangan seperti zaman silam. Seterusnya bahasa Melayu akan dipertutur oleh golongan korporat dalam sektor swasta dan digunakan sepenuhnya dalam bidang kehakiman. Pencapaian tinggi bahasa Melayu pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa bergantung kepada kejayaan pendidikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pemangkin kepada bahasa Melayu yang memartabatkan tamadun bangsa dan penyebaran bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 BAB 7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 86


HALA TUJU PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 2016 – 2025 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAB 7 87


Click to View FlipBook Version