ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 19Drpd: 21 Express PCB dan Express Schematics Gambarajah 26: Perisian Express PCB Pakej perisian ini terdiri daripada perisian Express PCB dan perisian Express Schematics. Menepati namanya, kedua-dua perisian ini cukup berguna di dalam menghasilkan lakaran skematik dan tataletak papan litar bercetak dengan pantas. Ia sesuai untuk projek rekacipta elektronik peringkat asas (basic) sehingga ke peringkat pertengahan (intermediate). Lakaran skematik litar menggunakan Express Schematic i. Perisian ini berguna bila mana anda masih lagi diperingkat meneroka dan merangka litar anda, peringkat di mana anda sendiri tidak mahu meluangkan masa yang banyak memikirkan segala perincian yang terlibat. ii. Lakaran skematik dan tata letak dapat dihasilkan dalam tempoh sesingkat beberapa minit, bahkan bagi mereka yang tidak biasa menggunakannya. iii. Kelemahannya, perisian ini adalah terhad dari segi fungsi-fungsi lanjutan (seperti fungsi autorouter).
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 20Drpd: 21 Gambarajah 27 : Perisian Express Perisian lukisan elektronik skematik ini dapat memudahkan kerja kerja untuk melakar lukisan seperti ingin mengubahsuai lukisan skematik dan mereka bentuk litar komponen elektronik supaya ianya mudah difahami dari segi konsep dan lakarannya. Dalam penghasilan lukisan elektronik skematik, penggunaan perisian perisian komputer ini dapat membantu dari segi hasil karya dan kekemasan sesuatu lakaran komponen. Kebiasaannya, perisian juga dapat menunjukkan hasil daripada cantuman komponen komponen seperti IC, transistor, perintang, kapasitor dan pelbagai lagi komponen yang boleh dilakar dengan menggunakan pakej perisian elektronik skematik itu. Ia juga dapat menjimatkan masa dan kos kerana sebarang kesilapan lukisan di dalam komputer boleh dipadam dan lakukan yang baru mengikut spesifikasi lukisan. 1.1.3. MENYEDIAKAN KERTAS LUKISAN a. Menempatkan Kertas Lukisan Pada Papan Lukis Kedudukan yang sesuai bagi membolehkan kerja-kerja melukis dilakukan dengan mudah adalah dengan meletakkan kertas lukisan berhampiran kepada bahagian penjuru kiri sebelah bawah papan lukis seperti yang di tunjukkan di gambarajah 28. Letakkan sesiku T ke bahagian bawah papan lukis dan pastikan bahagian kepala rapat ke bahagian tepi
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 21Drpd: 21 papan. Kemudian letakkan kertas di atas sesiku T pada bahagian tepi bilah. Jarak di antara bahagian tepi kiri papan dengan kertas sekitar 8cm . Ketika ini, pastikan juga bahagian bawah kertas rapat kebahagian tepi bilah sesiku T dan juga pastikan bahagian tepi kertas dalam keadaan tegak seperti di rajah bawah. Gambarajah 28 : Menentukan kedudukan kertas lukisan b. Melukis Garisan Sempadan Garisan sempadan dilukis dengan jarak 10 mm dari bahagian tepi kertas dan ia merupakan bingkai kepada lukisan . Garisan ini dilukis menggunakan pensil gred kehitaman lembut.Melukis garisan sempadan ditunjukkan dalam gambarajah 29a dan 29b. Dengan menggunakan pembaris dan pensil, tandakan di atas kertas jarak 10 mm dari bahagian tepi dengan tanda titik. Tempat-tempat yang perlu ditanda ditunjukkan dengan Rajah 29a: Melukis garisan mendatar Rajah 29b: Melukis garisan menegak
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 22Drpd: 21 angka 1,2,3 dan 4. Setelah kedudukan garisan sempadan ditanda, letakkan sesiku T melintang di atas kertas dengan bahagian tepi bilah pada titik garisan sempadan bawah seperti dalam gambarajah di atas. Dengan kedudukan sesiku T seperti ini, letakkan sesiku segitiga disebelah kiri dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kiri.Lakar garisan halus untuk sempadan kiri. Kemudian alihkan sesiku segitiga ke bahagian kanan kertas dengan bahagian tegak menyentuh titik sempadan kanan. Lukiskan garisan lakar sempadan sebelah kanan. Setelah garisan lakar sempadan kiri dan kanan dilukis, alihkan sesiku segitiga. Kemudian alihkan sesiku T ke bahagian atas dengan tepi bilah menyentuh titik sempadan atas dan lukis garisan sempadan. Garisan sempadan kiri dan kanan dilukis dengan sempadan tegak seperti pada gambarajah 2. c. Melukis Blok Tajuk Setelah melukis garisan sempadan, berikutnya ditunjukkan pula bagaimana melukis blok tajuk. Blok tajuk ini gunanya unutk merakamkan maklumat lukisan. Ia dirakam secara tulisan lukisan teknik. Kedudukannya di atas kertas lukisan pada sebelah bawah berhampiran dengan garisan sempadan. Perkara-perkara yang perlu ditulis adalah seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 30. Untuk menghitamkan garisan sempadan blok tajuk mengufuk dan tegak yang sama gred kehitamannya dengan garisan sempadan lain,sila gunakan pensil jenis lembut bagi mendapatkan kehitaman yang sama. Gambarajah 30 : Melukis blok tajuk kedudukan maklumat
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 23Drpd: 21 SOALAN 1. Nyatakan peralatan peralatan lukisan kejuruteraan. 2. Nyatakan jenis lukis kejuruteraan.
ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-021-2:2012-C01/P(1/4) Muka: 24Drpd: 21 RUJUKAN : 1. http://www.rekacipta.net/2011/06/perisian-berguna-bagi-pembangunan.html. 2. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams 3. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X). Mcgraw-hill 4. Stephen S. Heineman, George W. Genevro. 1979. Machine Tools Process and Applications. Canfield Press 5. Cyril W. Lander. 1994. Power Electronics. McGraw-Hill
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME ETN 1014 LUKISAN SKEMA ELEKTRONIK EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT AND APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP / LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-021-2:2012-C01ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING REQUIREMENTS 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING REQUIREMENTS 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING. 4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING. NO. KOD / CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) ETN 1014/K01/(P2, P4, P5) Muka: 1 Drpd: 22
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 2Drpd: 22 PENERANGAN 1.2 Kaedah Melukis Garisan-Garisan (a)Kaedah Melukis Garisan Mengufuk (b) Kaedah Melukis Garisan Tegak (c) Melukis Garisan Condong 15°. (d) Melukis Garisan Condong 30°. (e) Melukis Garisan Condong 45°. (f) Melukis Garisan Condong 60°.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 3Drpd: 22 (g) Melukis Garisan Condong 75°. (h) Melukis garisan condong 75° Dengan Garisan AB Gambarajah1 :Kaedah Melukis Garisan-Garisan ombinasi sesiku set boleh juga digunakan untuk menghasilkan pelbagai kedudukan sudut seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 2.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 4Drpd: 22 Gambarajah 2 : Kaedah melukis garisan menggunakan sesiku set. 1.2.1 Melukis Garisan Selari Melukis garisan selari dengan garisan yang sedia ada boleh dilakukan melalui kombinasi sesiku set seperti ditunjukkan dalam gambarajah 8.Garisan selari adalah garisan-garisan yang mempunyai jarak yang sama antara satu sama lain. Gambarajah 8 :Kaedah melukis garisan selari. Langkah1 Laraskan sesiku set supaya kedudukannya selari dengan garisan condong Langkah3 Lukiskan garisan selari Langkah2 Gelangsarkan sesiku set ketempat yang hendak dilukis selari.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 5Drpd: 22 1.2.2 Melukis Garisan Serenjang Kaedah melukis garisan serenjang adalah seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 9. Garisan serenjang adalah garisan yang bersudut tepat (90o ) antara satu sama lain. Rajah 9 : Kaedah melukis garisan serenjang pada garisan yang diberi. 1.2.3. Kaedah Menghasilkan Garisan Yang Baik i. Pensil hendaklah sentiasa tajam. ii. Mata pensil hendaklah sentiasa rapat di atas kertas dan memberikan tekanan yang sekata semasa melukis garisan. iii. Untuk mendapatkan kehitaman yang seragam, putarkan sedikit (anggaran setengah putaran) batang pensil ketika melukis garisan. 1.2.4. Sudut Dua garisan yang bersilang akan membentuk sudut. Satu bulatan mempunyai sudut 360°, manakala satu garisan mempunyai sudut 180°. Nilai sudut dinyatakan dalam darjah dan dilabelkan dengan tanda °. Jenis jenis sudut ditunjukkan dalam Gambarajah 10. Langkah1 Laraskan sesiku set 45° supaya kedudukannya selari dengan garisan condong Lukiskan garisan serenjang Langkah2 Gelangsarkan sesiku 45° ketempat yang hendak dilukis garisan serenjang.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 6Drpd: 22 (a) SudutTirus (α < 90°) (b) SudutTepat (β = 90°) (c) SudutCakah (90° < θ < 180°) (d) Sudut Penggenap (° + ° = 180°) (e) Sudut Reflek (180° <° < 360°) (f) Sudut Pelengkap (° + ° + 90°) Gambarajah10 :Jenis-Jenis Sudut. 1.2.5 Segi Tiga Segi tiga merupakan rajah satah yang mempunyai tiga sisi lurus. Jumlah semua sudut dalam satu segi tiga ialah 180°. Ciri-ciri segi tiga ditunjukkan dalam Gambarajah 11a dan 11b. (a) (b) Gambarajah 11:Ciri-Ciri Segi Tiga.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 7Drpd: 22 Terdapat empat jenis segi tiga, iaitu segi tiga sisi sama, segi tiga tepat, segi tiga kaki sama dan segi tiga kaki tidak sama. Semua jenis segi tiga ini ditunjukkan dalam gambarajah 12. (a) SegiTigaSama (b) SegiTigaTepat (c) Segi Tiga Kaki Sama (d) SegiTiga Kaki TakSama Gambarajah 12:Jenis-Jenis Segi Tiga. 1.2.6. Segi Empat Segi empat ialah rajah satah yang mempunyai empat sisi yang lurus. Segi empat juga boleh terdiri daripada dua segi tiga yang bercantum pada satu sisi yang sama panjang. Jumlah sudut dalam satu segi empat ialah 360°. Jenis dan ciri-ciri segi empat ditunjukkan dalam Gambarajah 13. (a) Segi empat sama Ciri: Keempat-empat sisi sama panjang. Keempat-empat sisi bersudut tepat. (b) Segi empat tepat Ciri: Sisi bertentangan sama panjang. Keempat-empat sisi bersudut tepat. c) Segi empat selari Ciri: Sisi bertentangan adalah sama panjang dan selari antara satu sama lain.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 8Drpd: 22 (d) Lelayang Ciri: Dua sisinya sama panjang. Pepenjuru bersilang bersudut tepat. (e) Trapezium Ciri: Dua sisi bertentanganselari ) Rombus Ciri: Pepenjuru bersilang bersudut tepat. Keempat-empat sisi sama panjang. Gambarajah 13 :Jenis Dan Ciri-Ciri SegiEmpat.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 9Drpd: 22 1.2.7 Poligon Poligon ialah rajah satah yang mempunyai sisi lurus yang lebih daripada empat. Jika panjang sisinya sama, polygon itu dipanggil polygon sekata. Jenis-jenis polygon ditunjukkan dalam Gambarajah 14. Bagi satu poligon sekata magnitud sudut peluarannya adalah (360º/n), dimana n ialah bilangan sisi poligon. (a) Pentagon (Segi Lima) (b) Heksagon (SegiEnam) (c) Heptagon (SegiTujuh) (d) Oktagon (SegiLapan) (e) Nonagon (Segi Sembilan) (f) Dekagon (SegiSepuluh) (g) Pentagon TakSekata Gambarajah14 :Jenis-Jenis Poligon.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 10Drpd: 22 1.2.8. Bulatan Bulatan ialah lokus titik yang bergerak dengan jarak yang sama daripada satu titik. Titik yang bergerak menghasilkan lilitan bulatan, manakala titik tetap dipanggil sebagai pusat bulatan. Jarak titik yang bergerak dengan titik tetap pula dipanggil sebagai jejari. Istilah dan ciri bulatan ditunjukkan dalam Gambarajah 15. Gambarajah 15 :Istilah Dan Ciri Ciri Bulatan. 1.2.9. Elips Dan Parabola a Elips Elips ialah lokus satu titik yang bergerak supaya jumlah jarak titik dari dua titik tetap (fokus) adalah sama. Elips mempunyai paksi major dan minor seperti dalam Gambarajah 16 (a). Gambarajah 16 (b) pula menunjukkan kedudukan titik fokus (F), manakala Gambarajah 16 (c) menunjukkan hubung-kait titik fokus dan paksi minor. (a) Paksi Major Dan Paksi Minor (b) TitikFokus, F (a) Hubung-kaitTitikFokus Dan Paksi Minor Gambarajah 16 : Ciri-Ciri Elips.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 11Drpd: 22 b Parabola Parabola ialah lokus satu titik yang bergerak dengan jaraknya dari satu titik tetap sentiasa sama dengan jaraknya dari satu garisan lurus tetap. Parabola mengandungi mercu dan paksi simetri. Gambarajah 17(a) menunjukkan mercu dan paksi simetri, manakala Gambarajah 17(b) menunjukkan direktriks dan titik fokus (F). (a) Mercu, Titik Fokus Dan Paksi Simetri (b) Lokus satu titik bergerak supaya jaraknya dari focus dan direktriks sentiasa sama Gambarajah17 :Ciri- Ciri Parabola. 1.2.10 Ketangenan Garisan tangent ialah satu garis lurus yang bersentuhan dengan bulatan atau lengkok pada satu titik. Titik ini dipanggil titik tangen. Garisan yang menyambungkan pusat bulatan dengan titik tangen dipanggil garisan normal. Garisan normal berkeadaan serenjang dengan garisan tangen seperti dalam gambarajah 18(a). Ketangenan juga boleh berlaku antara dua bulatan yang bersentuh secara dalam atau luar. Dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah dalam pada titik T ditunjukkan dalam gambarajah 18 (b). Kedudukan titik ketangenan T, pusat bulatan P dan Q adalah sebaris. Manakala gambarajah 18 (c) pula menunjukkan dua bulatan berjejari J dan jejari j menyentuh di sebelah luar. Kedudukan titik ketangenan T, pusat bulatan R dan S adalah sebaris.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 12Drpd: 22 (a) BulatanMenyentuhGarisan (b) BulatanMenyentuhBulatan Di SebelahDalam. (c) Bulatan Menyentuh Bulatan Di Sebelah Luar. Gambarajah 18 :Konsep Dan Ciri Ciri Tangen. 1.2.11 Skala (Pembesaran Dan Pengecilan) Skala sangat penting pada lukisan kejuruteraan. Adakala objek perlu dilukis pada saiz sebenar atau dikecilkan atau diperbesarkan. Contoh nisbah skala yang biasa adalah seperti dalam gambarajah 19. Nisbah Skala Keterangan 10 : 1 5 : 1 2 : 1 PEMBESARAN Saiz yang dilukisadalahlebihbesardaripadasaizobjek ataugambar yang sebenar. 1 : 1 SAIZ PENUH Saiz yang dilukisadalahsamadengansaizobjekatauga mbar yang sebenar. 1 : 2 1 : 50 1 : 100 PENGECILAN Saiz yang dilukisadalahlebihkecildaripadasaizobjekat augambar yang sebenar.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 13Drpd: 22 ContohPengecilan Dan PembesaranMengikutNisbahSisi Gambarajah 19:Nisbah Pengecilan Dan Pembesaran. 1.3 SIMBOL LUKISAN Gambarajah 20 adalah sebahagian simbol -simbol bagi lukisan. Gambarajah 20 simbol lukisan
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 14Drpd: 22 1.4 Elemen Grafik Dalam mempelajari bidang geometri, elemen grafik memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Elemen grafik terdiri daripada titik, garisan dan satah. 1.4.1 Titik Titik dalam lukisan kejuruteraan ialah titik persilangan antara dua garisan atau lengkok. Contoh titik tersebut terdapat dalam gambarajah 20. Gambarajah 20: Titik-Titik dalam lukisan kejuruteraan
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 15Drpd: 22 1.4.2 Garisan Garisan terbentuk apabila satu titik bergerak mengikut satu arah yang tertentu. Garisan ini boleh berupa garisan lurus atau melengkung mengikut arah surihannya. Bentuk garisan ini boleh didapati dalam gambarajah 2(a) hingga (h) Gambarajah 21 :Bentuk-Bentuk Garisan 1.4.3 Satah Satah merupakan sesuatu permukaan yang ditunjukkan sebagai permukaan rata dan mempunyai bentuk tertentu seperti segitiga, segiempat, bulatan dan sebagainya seperti dalam Gambarajah 22(a) hingga (c). Gambarajah 22 :Bentuk-BentukSatah Sudutsatugarisanme ngufukialah 0°. berdiripadagarisanmen gufuk 90°. daripadagarisanrujuk an. satu sama lain pada sudut 90°. di sepanjanggarisan. tidaksama di sepanjanggarisan.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 16Drpd: 22 1.4.4 Jenis Garisan Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred Pensel / Saiz Mata Kegunaan Garisan Binaan Ringan Dan Halus 2H / 0.3 mm Membina sesuatu objek buat sementara waktu sahaja. Garisan Objek Hitam Dan Tebal HB / 0.5 – 0.7 mm Melukis garisan nyata sesuatu objek. Saiz yang biasa bagi garisan ini ialah 0.5 - 0.8 mm. Garisan Terlindung Hitam Dan Halus HB / 0.3 – 0.5 mm Menunjukkan bahagian-bahagian yang tersembunyi. Garisan Tengah Hitam Dan Halus H / 0.3 mm Menunjukkan pembahagian tengah sesuatu objek dan pusat bulatan. Garisan Satah Potong Hitam Dan Tebal HB / 0.5 – 0.7 mm Menunjukkan bahagian sesuatu objek yang hendak dipotong. Garisan Dimensi Hitam Dan Halus H / 0.25 mm Garisan ini tidak putus kecuali untuk meletakkan angka atau huruf dimensi itu. Garisan Pecah Pendek Hitam Dan Halus H / 0.3 mm Menunjukkan bahagian sesuatu objek yang dipecahkan. Garisan Pecah Panjang Hitam Dan Halus H / 0.3 mm Menunjukkanpecahansesuatubah agianataumenunjukkansesuatuba hagian yang tertentu. Garisan Fantom / Bayangan Hitam Dan Halus H / 0.3 mm Menunjukkan bayangan pergerakan sesuatu objek.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 17Drpd: 22 Nama Garisan Bentuk Ciri-Ciri Gred Pensel / Saiz Mata Kegunaan Garisan Unjuran / Tambahan Hitam Dan Halus H / 0.3 mm Garispanduan had dimensi yang dikehendaki. Gambarajah 23 : Jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan. Mengikut piawaian ANSI Y14, terdapat beberapa jenis abjad garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Diantaranya seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 4.Ciri-ciri abjad garisan adalah berdasarkan kepada kehitaman/ketebalan, rupa bentuk dan kegunaan garisan. Untuk membezakan kehitaman garisan, gred pensel dan juga saiz mata pensel yang berbeza perlu digunakan.Setiap garisan mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Garisan Binaan ialah garisan yang digunakan pada peringkat awal kerja melukis, manakala Garisan Objek adalah untuk menunjukkan bentuk terakhir sesuatu lukisan. Terdapat garisan yang dilukis mengikut keperluan, contohnya Garisan Terlindung dilukis bagi menunjukkan bahagian yang tidak kelihatan. Garisan Muka Keratan pula untuk menunjukkan sesuatu permukaan yang dipotong. Diantara fungsi abjad garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan adalah seperti dalam gambarajah 24.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 18Drpd: 22 Gambarajah 24: Fungsi Abjad Garisan
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 19Drpd: 22 1.5 BENTUK-BENTUK HURUF Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan sesuatu lukisan. Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai. 1.5.1 Huruf Tegak Piawai Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang ditulis dalam grid tegak piawai seperti ditunjukkan dalam gambarajah 25(a). Gambarajah 25(a): Huruf tegak piawai. Gambarajah 25(b): Huruf tegak piawai. 1.5.2 Huruf Condong Piawai Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75° pada garisan panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal garisan yang seragam. Huruf condong piawai yang ditulis dalam grid condong piawai ditunjukkan dalam Gambarajah 25(b). 1.5.3 Bentuk-Bentuk Tulisan Tulisan boleh ditulis secara rapat, jarang, halus atau tebal seperti dalam Gambarajah 26. Semua ini bergantung pada penggunaannya, misalnya kertas lukisan yang besar tentulah tidak jelas tulisannya jika dilukis dalam bentuk tulisan yang halus.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 20Drpd: 22 Gambarajah 26 : Bentuk-bentuk tulisan 1.5.4 Saiz-Saiz Tulisan Huruf boleh dibahagikan kepada beberapa-beberapa kumpulan saiz seperti ditunjukkan dalam gambarajah 27 dan gambarajah 28 di bawah. Gambarajah 27: Kumpulan untuk huruf besar
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 21Drpd: 22 Gambarajah 28: Kumpulan untuk huruf kecil 1.5.6 TEKNIK PENGHURUFAN Teknik penghurufan yang dicadangkan dalam lukisan kejuruteraan ialah teknik penghurufan lejang tunggal (satu arah pergerakan) seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 29. Anak panah menunjukkan gerakan pensil ketika menulis. Gunakan tekanan pensel yang sama ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Lakukan dengan teliti agar abjad yang ditulis menyentuh garisan panduan. Gambarajah 29 : Teknik penghurufan dengan lejang tunggal a Penggunaan Garis Panduan Garisan panduan digunakan bagi menetapkan ketinggian abjad seperti ditunjukkan dalam gambarajah 30. Amalkan penggunaannya dalam menulis huruf sama ada di atas kertas, dinding; tembok dan sebagainya. Gunakan gred pensel seperti 2H untuk melukis garisan panduan. Garisan panduan tidak perlu dipadam apabila penghurufan siap ditulis.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 22Drpd: 22 Gambarajah 30 : Teknik penghurufan menggunakan garisan panduan. b Saiz Huruf Dan Penggunaannya. Apabila huruf kecil digunakan bersama dengan huruf besar, tinggi huruf kecil ini hendaklah lebih kurang 0.6 tinggi huruf besar. Huruf besar biasanya digunakan untuk melabelkan bahagian-bahagian utama objek manakala huruf kecil digunakan untuk menulis keterangan lanjut mengenai bahagian objek tersebut. Jadual 1 di bawah menyenaraikan ketinggian huruf besar yang sesuai bagi setiap saiz kertas. Penggunaan Saiz Kertas Lukisan Tinggi Huruf Maximum (mm) Lebar Huruf Minimum (mm) Tajuk Utama Dan Nombor A0 9 7 A1, A2, A3, 7 5 A4 5 4 Tajuk Kecil (Sub-Title) A0 7 5 A1, A2, A3, 5 4 A4 3 3 Nota A0 3.5 3 A1, A2, A3, dan A4 2.5 2 Dimensi A0 3.5 3 A1, A2, A3 3 2.5 A4 3 2 Jadual 1: Tinggi Huruf Besar Berbanding Saiz Kertas
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 23Drpd: 22 c Jarak Antara Huruf dan Jarak Antara Perkataan Apabila menulis huruf-huruf untuk membentuk perkataan, jarak antara huruf-huruf hendaklah lebih kurang sama. Rajah 31(a) dan 31b) menunjukkan cara yang baik dan cara yang kurang baik ketika menentukan jarak huruf. Bagi jarak antara perkataan pula andaikan saiz 1 huruf seperti di gambarajah 32. Gambarajah 32: Jarak antara perkataan. Gambarajah 31(a) Cara yang baik: Luas antara huruf adalah sama. Gambarajah 31(b) Cara yang kurang baik: Jarak antara huruf adalah sama.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 24Drpd: 22 d Jarak Antara Baris Jarak antara baris yang sesuai adalah sperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 33. Gambarajah 33: Jarak antara baris. e Keseragaman Penghurufan Keseragaman amat penting dalam penghurufan supaya tulisan itu nampak lebih kemas dan menarik. Ketika penghurufan, anda perlu memastikan huruf yang ditulis adalah seragam sama ada dari segi gaya, saiz, kecondongan, ketebalan dan jarak. Kecuaian ketika penghurufan boleh menyebabkan beberapa kesilapan dilakukan. Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika penghurufan ditunjukkan dalam gambarajah 34. Lazimnya kesilapan ini dilakukan kerana sikap tergesa-gesa dan kurang berhati-hati.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 25Drpd: 22 Gambarajah 34: Beberapa kesilapan ketika penghurufan.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(2/4) Muka: 26Drpd: 22 RUJUKAN: 1. Mohd Noh Bin Sarip & MD. Nasir Bin Abd. Manan (2005),Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4,Dewan Bahasa dan Pustakan,Petaling Jaya; ms 50 – 109,ISBN NO 983- 62-7434-0; 2. http://www.rekacipta.net/2011/06/perisian-berguna-bagi-pembangunan.html. 3. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams 4. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X). Mcgraw-hill 5. Stephen S. Heineman, George W. Genevro. 1979. Machine Tools Process and Applications. Canfield Press
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME ETN 1014 LUKISAN SKEMA ELEKTRONIK EE-021-2:2012ELECTRONICEQUIPMMENT AND APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP / LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-021-2:2012-C01ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING REQUIREMENTS 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING REQUIREMENTS 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING 4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING. NO. KOD / CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) ETN 1014/K01/(P3, P6, P7, P8) Muka: 1 Drpd: 26
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 2Drpd: 26 PENERANGAN: 1.6 SIMBOL GRAFIK KOMPONEN ELEKTRONIK Mengikut perkembangan teknologi dalam bidang elektronik, terdapat komponenkomponen yang terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan bentuk, saiz dan fungsi serta perbezaan ciri -ciri yang menimbulkan kekeliruan. Oleh itu,simbol-simbol komponen elektronik dicipta untuk setiap jenis yang berbeza supaya mudah mengenalinya. Simbol grafik ini juga dilukis mengikut kepiawaian antarabangsa untuk keseragaman sesuatu litar. Ini membolehkan mereka yang mempelajari bidang elektronik boleh mengenali dan membaca simbol-simbol grafik ini dengan mudah. Simbol grafik merupakan gentian kepada alat komponen sebenar. Ia boleh dilukis dengan cara lakaran atau pun secara lukisan kejuruteraan elektronik. Dalam lukisan litar skema terdapat rangkaian simbol-simbol grafik yang mewakili rangkaian tersebut. Oleh itu, kendalian sebenar sesuatu alat itu dapat diketahui. Kaitan rapat antara pengenalan simbol grafik dengan komponen sebenar boleh membantu seseorang itu mengenal pasti kedudukan komponen di dalam sesuatu litar, terutamanya dalam kerja-kerja membaiki dan juga memasang alat elektronik. 1.6.1 KEPIAWAIAN SIMBOL GRAFIK ASA DAN DIN Simbol grafik elektronik dilukis mengikut persetujuan kepiawaian antarabangsa. Oleh yang demikian segala simbol yang dilukis dalm litar skema boleh dibaca dan difahami oleh setiap pembaca litar di negara mana sekali pun di dunia. Simbol grafik dalam rangkaian litar merupakan susunan perkataannya yang tersendiri. Dengan hanya melihat litar skema, seseorang dalam bidang kejuruteraaan elektronik boleh memahami maksud kandungan litar tersebut. Dengan demikian lukisan kejuruteraan elektronik merupakan bahasa perhubungan diantara mereka dalam bidang yang sama. Simbol grafik elektronik boleh dilukis mengikut kepiawaian antarabangsa yang telah ditetapkan dan diiktirafk oleh Pesuruhjaya Elektroteknik Antarabangsa. Kepiawaian yang dimaksudkan ialah; i. ASA atau ANSI - American National Standard Institute ii. DIN - Data International Standart. iii. BS - British Standart.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 3Drpd: 26 a. Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian ASA Gambarajah 1a: Contoh Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian ASA
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 4Drpd: 26 b Simbol grafik mengikut kepiawaian DIN Gambarajah 1b: Contoh Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian DIN
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 5Drpd: 26 Gambarajah 2:simbol simbol komponen elektronik 1.7 Kaedah Melukis Simbol Grafik Komponen Elektronik. Simbol grafik bagi komponen elektronik boleh dilukis dengan menggunakan: • Peralatan lukisan asas • Bantuan plat pencontoh simbol elektronik. 1.7.1 Melukis Menggunakan Peralatan Lukisan Asas Simbol grafik elektronik hendaklah dilukis dengan kaedah yang betul. Cara-cara melukis simbol grafik a. Melukis Simbol Transistor i .Lukis garisan binaan segiempat sama dan bahagikan kepada 4 bahagian yang sama.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 6Drpd: 26 ii. Lukiskan bulatan garisan condong secara lakar yang sudut bukanya 60o , seperti di gambarajah 3. Garisan ini ialah garisan panduan untuk menempatkan kaki pemungut dari pemancar. iii. Tandakan kaki asas dan pembahagi tengah mengikut langkah – langkah Gambarajah 4: Melukis Kaki Asas Dan Pembahagi Tengah Gambarajah 3: Melukis segi empat sama dan bulatan garisan condong
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 7Drpd: 26 b MelukisSimbol Perintang i. Lukis garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol perintang seperti di gambarajah 5. Gambarajah 5: Melukis Garisan Panduan Simbol Perintang ii. Lukis garisan condong untuk gerigi simbol dengan kecondongan buka sudut 60. Gunakan sesiku segitiga bagi melukis kecondongan garisan ini seperti di gambarajah 6. Gambarajah 6: Melukis Gerigi Simbol iii. Lukis garisan dengan kecondongan yang bertentangan garisan condong tadi dalam buka sudut 60. Lakukan begini untuk kesemua (3) garisan condong seperti di gambarajah 7.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 8Drpd: 26 Gambarajah 7: Melukis GerigiSimbol Yang Bertentangan iv. Setelah selesai melukis garisan condong, lukiskan pula garisan lurus untuk melengkapkan simbol perintang tersebut seperti di gambarajah 8. Gambarajah8: Melukis Garisan Lurus Simbol Perintang c. Melukis Simbol Diod Penerus i. Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol diod seperti di gambarah 9.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 9Drpd: 26 Gambarajah 9: Melukis Garisan Panduan Simbol Diod ii. Lukis garisan tegak untuk kedudukan elemen katod seperti di gambarajah 10. Gambarajah 10: Melukis Garisan Tegak Untuk Kedudukan Elemen Katod iii.Dengan menggunakan sesiku segitiga, lukis garisan condong sebelah bawah menyentuh elemen katod seperti di gambarajah 11.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 10Drpd: 26 Gambarajah 11: Melukis Garisan Condong Sebelah Bawah Menyentuh Elemen Katod iv. Lukis garisan condang sebelah atas dengan menggunakan sesiku segitiga menyentuh garisan condong yang pertama pada elemen katod seperti di gambarajah 12. Gambarajah 12: Melukis Garisan Condong Sebelah Atas v. Lukis garisan mengufuk untuk melengkapkan simbol diod seperti di gambarajah 13.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 11Drpd: 26 Gambarajah 13: Melukis Garisan Lurus Simbol Diod d Melukis Simbol Pemuat / Kapasitor i. Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol pemuat seperti di gambarajah 14. Gambarajah 14: Melukis Garisan Panduan Simbol Pemuat ii. Lukis garisan tegak selari dengan menggunakan sesiku segitiga seperti di gambarajah 15.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 12Drpd: 26 Gambarajah 15: Melukis Garisan Tegak Selari iii. Lukis garisan mengufuk selari dengan menggunakan sesiku segitiga. Gambarajah 16: Melukis Garisan Mengufuk Selari
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 13Drpd: 26 iv Simbol pemuat yang siap dilukis seperti di gambarajah 17. Gambarajah 17: Simbol Pemuat Yang Siap di Lukis e Melukis Simbol Cok (Choke) i Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol Cok seperti gambarajah 18. Gambarajah 18: Melukis Garisan Panduan Simbol Cok ii Lukiskan garisan panduan mengufuk seperti yang ditunjukkan di gambarajah 19. Gambarajah 19: Melukis Garisan Panduan Mengufuk
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 14Drpd: 26 iii Dengan menggunakan pencontoh bulatan, lukis lengkok dari bahagian tengah menyentuh garisan panduan ufuk seperti di gambarajah 20. Gambarajah 20: Melukis Lengkok Cok iv Lukiskan lengkok kedua hingga keempat dalam susunan yang menyentuh di antara satu dengan lain seperti di gambarajah 21. Gambarajah 21: Melukis Lengkok Ke Dua Hingga Ke Empat Cok v Lukis garisan mengufuk menyentuh lengkok yang diluar sekali seperti di gambarajah 22.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 15Drpd: 26 Gambarajah 22: Melukis Mengufuk MenyentuhLengkok vi .Simbol cok yang telah siap dilukis seperti gambarajah 23. Gambarajah 23: Simbol Cok Yang Siap di Lukis
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 16Drpd: 26 2.0 ALATAN UNTUK MELUKIS LUKISAN ELEKTRONIK 2.1 Melukis Dengan Bantuan Plat Pencontoh Simbol Elektronik. Pencontoh elektronik adalah satu alat yang boleh membantu dalam kerja-kerja melukis lukisan elektronik. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Gambarajah 24: Contoh plat pencontoh simbol elektronik Dengan penggunaan pencontoh elektronik kerja-kerja melukis symbol untuk litar elektronik menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan peralatan lukisan asas. Pada sekeping pencontoh elektronik,terdapat pelbagai simbol komponen elektronik yang kerap digunakan dalam lukisan. Jika hendak melukis simbol–simbol elektronik,pelukis bolehlah memilih simbol yang berkaitan yang terdapat pada plat pencontoh simbol.. Lazimnya, selain daripada simbol-simbol grafik disertakan juga simbol-simbol elemen bagi kegunaan melukis. MELUKIS GAMBARAJAH BLOK DARIPADA LITAR SKEMA Gambarajah 25 menunjukkan litar penguat yang terdiri daripada transistor TR1 dan transistor TR2. Selain daripada transistor, terdapat beberapa komponen lain seperti perintang dan pemuat. Pada punca kemasukan litar itu disambungkan dengan simbol mikrofon dan pada punca keluaran pula disambungkan kepada pembesar suara .
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 17Drpd: 26 Untuk meringkaskan kandungan litar peringkat penguat ini. Gambarajah litar ditukar kepada gambarajah blok seperti yang ditunjukkan, iaitu bentuk segiempat. Untuk simbol pembesar suara dan mikrofon disambungkan terus kepada punca keluaran yang ditunjukkan dengan anak panah arah keluar dari blok itu. Gambarajah 25: Litar skema penguat dan gambarajah blok MELUKIS GAMBARAJAH BLOK RADIO AM Gambarajah blok adalah mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu gambarajah litar skema. Selain daripada itu ia juga mengambarkan secara kasar isi kandungan dan keterangan bagi peringkat tersebut. Sesuatu litar skema yang lengkap mengandungi pelbagai simbol komponen mengikut bahagian-bahagiannya. Untuk memudahkan pembahagian litar dan penerangan mengikut bahagiannya maka satu lukisan gambarajah blok diperkenalkan. Litar skema diringkaskan mengikut bahagian dan kemudian dilukis dalam bentuk lukisan blok. Rajah blok ini dilukis dalam bentuk segi empat tepat, segi empat sama atau bentuk segitiga. Bentuk-bentuk ini dilukis mengikut kesesuaian jenis litar dan ruang melukis yang disediakan. Gambarajah 26 menunjukkan bentuk lukisan gamba rajah blok yang biasa digunakan apabila melukisnya. Gambarajah blok biasanya dilabel dengan nama mengikut peringkat sesuatu litar, bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan keluaran serta tanda-tanda lain diperlukan. 3 1 2
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 18Drpd: 26 Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu komponen bagi menguatkan atau menjelaskan lagi gambarajah blok tersebut. Jika bilangan rajah blok itu lebih daripada satu, blok-blok ini disusun sebelah menyebelah secara sesiri atau selari. Setiap blok disambungkan oleh garisan lurus mengikut sambungan litar. Untuk menunjukkan laluan isyarat pada setiap peringkat blok maka sambungan di antara blok dilabel dengan tanda anak panah pada punca-punca kemasukan dan keluarannya. Satu gambarajah blok boleh memberi keterangan serta maklumat kepada sistem kendalian dan operasi sesuatu alat yang dirujuk kepada rajah blok. Ia juga boleh dibaca dengan mengikut susunan setiap blok. Biasanya ia dibaca dari kiri ke kanan. Membacanya dilakukan dari satu peringkat ke peringkat blok yang lain dengan mengikut arah tanda. Gambarajah 26:Contoh Gambarajah Blok MELABEL GAMBARAJAH BLOK Setiap gambarajah blok yang siap dilukis hendaklah dilabel mengikut nama peringkat litar skemanya. Selain daripada melabel nama peringkat, tiap-tiap blok hendaklah juga dilabel bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan punca keluaran pada rajah blok tersebut. Melabel nama boleh dilakukan dengan melukis secara terus di dalam ruang kotak blok seperti yang di gambarajah 27. Dalam gambarajah tersebut bloknya dilabel dengan nama PENGUAT. Jika terdapat beberapa peringkat di dalam sesuatu gambarajah blok maka setiap peringkat hendaklah dilabel dengan nama peringkat mengikut susunannya. Sekiranya ruang untuk melabel nama setiap peringkat itu terhad maka terdapat satu cara pilihan lain untuk melabelnya . Caranya adalah dengan melabel setiap peringkat dengan tanda huruf atau angka dengan mengikut.susunan abjadnya. Pada ruangan lain disenaraikan label mengikut susunan nama peringkatnya dan contohnya diberikan seperti di gambarajah 27. Gambarajah Blok Gambarajah Blok Gambarajah Blok