Lampiran 3.0) Kaedah Penggunaan Kos pengangkutan dan penginapan sekretariat sekiranya mesyuarat diadakan di luar UA. Kos-kos lain yang berkaitan dengan mesyuarat 3.4) Perbelanjaan selain dari perkara di para 3.3 adalah dibenarkan dengan kelulusan Pengerusi atau setiausaha Mesyuarat MPLPU. 3.5) Setiausaha MPLPU hendaklah melaporkan kedudukan kewangan tabung MPLPU setiap kali Mesyuarat MPLPU. 3.6) Tabung kewangan MPLPU akan berpindah ke Universiti berikutnya selepas tamat tempoh lantikan Pengersui MPLPU. 3.7) Semua baki dalam tabung hendaklah dipindahkan kepada Universiti yang menjadi pengerusi baru MPLPU. 4.0) Penutup Semoga dengan adanya Tabung Yuran Tahunan MPLPU ianya akan dapat membantu melancarkan lagi perjalanan Mesyuarat MPLPU Universiti Awam Malaysia. 17
BIL. 4 Kali Ke 4 Bil 1/2018 07 Mac 2018 2 Add a few details describing the related activities TARIKH MESYUARAT MPLPU (SEHINGGA KINI) TEMPAT UUM Sintok EDC Hotel, Kuala Lumpur MESYUARAT TARIKH 5 Kali ke 5 Bil 1/2019 11 Mac 2019 6 Kali ke 6 Bil 2/2019 26 Ogos 2019 UMT, Terengganu 7 Kali ke 7 Bil 1/2020 28 Mei 2020 UUM (Secara Webex) 2 Add a few details describing the related activities 1 Kali ke 1 Bil 1/2013 17 Oktober 2013 UPM 2 Kali ke 2 Bil 1/2015 1 Disember 2015 - 3 Kali ke 3 Bil 1/2016 3 & 4 Ogos 2016 Shah Alam 8 Kali ke 8 Bil 2/2020 21 Disember 2020 UUM (Secara Webex) 9 Kali ke 9 Bil 1/2021 5 April 2021 Bilik Mesy Senat, UUM / Webex 18
BIL. TARIKH MESYUARAT MPLPU (SEHINGGA KINI) MESYUARAT TARIKH TEMPAT 10 Kali ke 10 Bil 2/2021 18 Oktober 2021 Bilik Mesy Senat, UUM / Webex 11 Kali ke 11 Bil 1/2022 25 Julai 2022 Bilik Mesy Senat, UUM / Webex 19
BULETIN MPLPU PENGERUSI LPU UUM DILANTIK SEMULA SEBAGAI PENGERUSI MPLPU 20
MESYUARAT MAJLIS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM (MPLPU) KALI KE-11 BIL.1/2022 BERLANGSUNG SECARA HIBRID BULETIN MPLPU 21
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar yang juga Pengerusi MPLPU. Beliau berkata, Majlis Pengerusi LPU ini merupakan saluran komunikasi di kalangan Pengerusi LPU Universiti Awam untuk berkongsi pandangan, cadangan, syor, saranan dan rangsangan demi kebaikan bersama untuk memacu kecemerlangan universiti. Beliau turut berkongsi kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang memperkenalkan Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT bagi tahun 2022 sebagai pelan jangka masa sederhana KPT untuk meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi yang terkesan akibat pandemik COVID-19. “Sejahtera IPT mengandungi tujuh strategi utama dalam usaha kita untuk memacu kecemerlangan universiti seperti mengukuhkan ekosistem kampus yang selamat, memperkukuhkan kebolehpasaran graduan, memperkasakan agenda pendigitalan, memantapkan jaringan kolaborasi strategik dan memacu kesejahteraan komuniti,” ucapnya. Beliau berharap semua dapat sama-sama memainkan peranan terbaik untuk meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi dan menjayakan agenda negara khususnya melalui Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha memperkasa universiti awam. Hadir sama, Pengerusi LPU UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi LPU UiTM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah, Pengerusi LPU UTHM, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi LPU UNISZA Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin, Pengerusi LPU UMP Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengerusi LPU UM, Tan Sri Zarinah Anwar. " MESYUARAT MAJLIS PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI AWAM (MPLPU) KALI KE-11 BIL.1/2022 BERLANGSUNG SECARA HIBRID 22
Struktur tadbir urus Majlis Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU) Universiti Utara Malaysia yang menyeluruh diterangkan dalam buku panduan ini. Ia akan berfungsi sebagai rujukan pengurusan dan pentadbiran universiti untuk setiap tugas, bidang kuasa serta sempadan telus kuasa untuk membuat keputusan. Setiap warga universiti akan terdorong untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan cekap oleh tadbir urus terbaik. Untuk menjamin keputusan yang dibuat di semua peringkat adalah telus, berkesan, bertanggungjawab dan berintegriti, tadbir urus sumber manusia mesti dilakukan mengikut amalan tadbir urus yang baik. Peningkatan dalam kepuasan pelanggan dan pihak berkepentingan boleh dicapai dengan memastikan institusi menggunakan sumber- sumber manusianya dengan berkesan, dinamik, cepat dan tepat. RUMUSAN 23
RUJUKAN Terma Rujukan Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU) Universiti Awam (UA) Malaysia Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftar Laman Web Rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM) 24
KLIK IMBAS Laman Web Rasmi Jabatan Pendaftar, UUM Laman Web Rasmi Universiti Utara Malaysia (UUM)
URUSETIA PENERBITAN Penasihat Yang Berusaha En. Ahmad Rasidi Abdullah Pendaftar Penyelaras En. Azahari Azmi Timbalan Pendaftar Ketua Editor En. Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Muhammad Suhaimi Ketua Bahagian Pengurusan dan Governan, Jabatan Pendaftar Editor Cik Nur Azyan Rasyiqah Abdul Hamid dan Puan Norazlina Mahmud
PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka dapatlah diterbitkan ebook ‘Tadbir Urus Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (MPLPU)’ ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada staf di Bahagian Pengurusan dan Governan dan semua staf Jabatan Pendaftar samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan ebook ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi dan jasa kalian semua. Sekian, terima kasih.
AUTOGRAF
+ 604 928 3199 + 604-928 3104 [email protected]