MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
2
SEKOLAH KEBANGSAAN BERAPIT/KBA3039
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
PENGURUSAN PENTADBIRAN 2
3
1. Maklumat Guru 4
2. Tinta Bicara Guru Besar 5–8
3. Surat Lantikan AJK 9 – 11
4. Profil Sekolah 12 –15
5. Carta Induk Organisasi Sekolah 16 – 32
6. Takwim Persekolahan dan Cuti Umum 33 – 51
7. Arahan Am Penjawat Awam 52 – 65
8. Maklumat / Arahan KPM 65 – 78
9. Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah
10. Carta Organisasi dan Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah 79
81 – 86
PENGURUSAN KURIKULUM 87 – 88
89
11. Sekapur Sireh 90
12. Dasar Kurikulum 91
13. Deskripsi Tugas PK Pentadbiran 92
14. Carta Organisasi Kurikulum 93 – 105
15. Takwim Kurikulum
16. OPPM Kurikulum 107
17. Hala Tuju dan Sasaran Unit 108 – 131
18. Jawatankuasa Kurikulum 2021 132 – 134
135
PENGURUSAN HEM 136
137
19. Sekapur Sireh 138 – 142
20. Dasar Pengurusan HEM 143 – 158
21. Deskripsi Tugas PK HEM
22. Carta Organisasi HEM
23. Takwim HEM
24. OPPM HEM
25. Hala Tuju dan Sasaran Unit
26. Jawatankuasa HEM 2021
3
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
PENGURUSAN KOKURIKULUM 160
161 – 162
27. Sekapur Sireh 163 – 164
28. Falsafah, Visi, Misi dan Moto Unit 165
29. Deskripsi Tugas 166
30. Hala Tuju Unit Kokurikulum 167
31. Carta Organisasi 168 – 170
32. Takwim Kokurikulum 171 – 178
33. OPPM Kokurikulum 179 – 186
34. Jawatankuasa Kokurikulum 2021
35. Perincian Aktiviti 188
189 – 193
PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS (PPKI) 194 – 206
207 - 209
36. Sekapur Sireh 210
37. Deskripsi Tugas 211 – 213
38. Takwim Tahunan 214 – 238
39. Hala Tuju PPKI 2021 - 2025 239 – 243
40. Hala Tuju PPKI 2021 244
41. OPPM Kurikulum, HEM, Kokurikulum PPKI 245
42. Dasar PPKI 246
43. Agihan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 247
44. Program Transisi Ke Kerjaya MBK di Sek Menengah 248
45. Pengenalan PPKI 249 – 285
46. Visi, Misi, Moto PPKI SKB
47. Maklumat Guru dan PPM
48. Carta Organisasi PPKI 2021
49. Jawatankuasa PPKI 2021
4
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Pengurusan
Pentadbiran
SK BERAPIT
5
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
SK BERAPIT, TIKAM BATU
NAMA:
NO K/P:
NO TEL: NAMA JAWATANKUASA JAWATAN YANG
DIPERTANGGUNJAWABKAN
BIDANG
PENGURUSAN &
PENTADBIRAN
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
Bahawasanya saya menerima pelantikan jawatan-jawatan diatas sebagaimana
yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2021 dengan penuh
tanggungjawab.
.................................... ...................................
6
Tandatangan MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Tarikh
TINTA BICARA GURU BESAR
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin—NYA Buku Pengurusan
SKB telah dapat disiapkan. Sekalung tahniah kepada jawatankuasa yang telah
menyediakan buku ini. Buku ini penting sebagai garis panduan dan rujukkan
kepada semua warga SKB untuk melaksanakan tugas dengan lebih konsisten dan
sistematik.
Semua warga sekolah khususnya para guru dan AKP perlu meneliti dan
memahami isi kandungannya agar dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi.
Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi semua sekolah di Malaysia
dengan penularan COVID-19, tidak terkecuali SKB.
Keadaan masa kini merupakan situasi yang sukar kepada kita semua dan
perlu kita harungi bersama. Semua sekolah menggunakan pendekatan yang
berbeza dari kebiasaan dalam melaksanakan PdP. Takwim persekolahan tahun
2020 dan 2021 juga turut disesuaikan mengikut keadaan semasa.
Dengan arahan penutupan sekolah, “Home-based Learning” diberi
keutamaan dengan menggunakan pelbagai cara dan aplikasi supaya murid-
murid terus kekal belajar. Penularan COVID-19 ini masih tidak menentu. Oleh itu
fokus SKB pada tahun 2021 adalah mendalami kemahiran pengajaran secara atas
talian. Proses pendigitilan dengan menggunakan platform dalam talian akan terus
diperkasakan.
Bertepatan dengan titipan Imam Al-Ghazali “ Pendidik mesti ada perasaan
tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan sanggup memperlakukan seperti
anak sendiri. Menurut beliau, hak seorang pendidik adalah lebih besar daripada
7
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
hak ibu bapa. Ibu bapa menjadi penyebab mereka lahir ke dunia sedangkan guru
menjadi sebab anak-anak ini memperolehi kehidupan yang kekal abadi. Guru
adalah ejen perubahan dalam membentuk generasi yang berintelek dan
berperibadi mulia yang tidak boleh diambil alih tugasan ini oleh sesiapa pun.
Akhir sekali saya merakamkan ucapan setulus penghargaan kepada semua
warga SKB yang telah memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan
harapan sekolah tahun 2020.
Sekian terima kasih.
8
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
9
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
PROFIL SEKOLAH
PROFIL SEKOLAH
GAMBAR SEKOLAH
10
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Berapit (SKB) adalah sebuah sekolah yang berada di dalam Daerah Kuala
Muda / Yan dan terletak kira-kira 15 Kilometer daribandar Sungai Petani Kedah. SK Berapit juga
turut dikategorikan sebagai sekolah luarbandar.
SK Berapit keseluruhannya mempunyai lima blok bangunan. Mempunyai 18 kelas ArusPerdana, 1
kelas Prasekolahdan 4 kelas PPKI.
Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Guru Besar dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan PPKI serta disokong
oleh Pegawai FA29, PembantuTadbir, Pembantu Operasi N11 dan empat orang Pembantu
Pengurusan Murid (PPM).
SEJARAH SEKOLAH
SK Berapit telah diasaskan pada tahun 1982 dengan nama SK Tikam Batu Cawangan dan
ditadbir oleh guru besar SK Tikam Batu induk iaitu Encik Shuib bin Shawal p.j.k. Tanggal 1 April
1984 SK Tikam Batu II telah ditubuhkan. Guru besar pertama ialah Tuan Haji Abu Bakar bin
Daud. Bilangan murid sulung pada masa itu hanya 106 orang iaitu terdiri daripada murid-murid
tahun 1,2 dan 3 yang dibimbing oleh 6 orang guru terlatih
Dengan berlandaskan kepada beberapa faktor tempatan, pada tahun 1887 Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) SK Tikam Batu II telah mengusulkan supaya nama sekolah ini ditukar kepada
SK Berapit.Usul telah diterima oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan pada 12
Disember 1987 SK Tikam Batu 11 telah dijenamakan semula dengan nama SK Berapi
LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN BERAPIT
11
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
ENROLMEN SEKOLAH BILANGAN GURU /AKP
BILANGAN KELAS 18 Lelaki 14
Kelas Perdana 4
Kelas PPKI 1 Perempuan 34
Prasekolah 23
Jumlah Kelas AKP 5
Jumlah 53
BILANGAN MURID
KELAS BIL KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
34 40 74
Tahun 1 3 21 28 49
34 24 58
Tahun 2 3 40 42 82
29 32 61
Tahun 3 3 33 35 68
13 6 19
Tahun 4 3 11 14 25
215 221 436
Tahun 5 3
Tahun 6 3
PPKI 4
Prasekolah 1
Jumlah 23
VISI SKB
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SKB
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Mematuhi Aspirasi Negara
12
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
MOTO SKB
Ilmu, Iman, Amal
Ilmu - melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan bersahsiah tinggi
Iman - beriman kepada Allah dan mengakui kebesaran dan keesaan Allah
Amal - mengamalkan ilmu pengetahuan yang dimiliki berlandaskankan keimanan untuk
kemajuan agama, bangsa dan negara.
MATLAMAT SEKOLAH
Mengoptimumkan sumber manusia dan kepakaran serta potensi individu glokal.
Mengutamakan kecemerlangan bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan berdaya saing tinggi.
Mewujudkan sIstem pengurusan yang efisien, efektif dan berkualiti.
Mewujudkan budaya sekolah yang cintakan ilmu.
Membina jalinan dan permaufakatan yang jitu bersama sekolah-sekolah& agensi-agensi lain dalam
dan luar komuniti.
OBJEKTIF SEKOLAH
Menyediakan kemudahan-kemudahan asas, peralatan dan pendidikan yang berkualiti supaya pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan berkesan.
Meneyediakan satu system pengurusan yang cekap dan efektif berlandaskan ciri-ciri kepimpinan yang dinamik,
moden, progresif, penyayang dan bertonggakkan keutuhan.
Melaksanakan kaedah pengajaran dan pengajaran berbantukan ‘ICT’.
Memastikan pengurusan kewangan yang sistematik berlandaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Menyediakan warga sekolah yang kompeten untuk menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Berapit dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Memastikan kanak-kanak mendapat tempat belajar mengikut umur yang ditetapkan dengan bekalan staf yang
mencukupi.
Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum pelajar ke tahap membanggakan di samping
memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Memastikan segala keperluan asas prasarana pendidkan disediakan dengan sempurna.
Memastikan segala urusan peperiksaan dan penilaian dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah.
Memastikan segala aduan serta rayuan kepada sekolah diberi jawapan dalam tempoh seminggu dari tarikh
penerimaan dan memproses sebarang permohonan serta tuntutan pelanggan dalam masa dua minggu.
Mewujudkan permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Sentiasa memberi layanan dan
perkhidmatan kaunter yang mesra
13
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
SLT SKB
BARISAN “SENIOR LEADERS”
14
SEKOLAH KEBANGSAAN BERAPIT/KBA3039
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
15
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
16
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
17
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
SURAT SIARAN KPM BIL 8 TAHUN 2020
18
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
19
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
20
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
21
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
1. FOKUS PEMBAHARUAN: STRUKTUR
Memfokuskan kepada kecekapan, keberkesanaan, professionalisme dan sifat demokratik Perkhidmatan Awam.
Usaha pembaharuan berkaitan struktur akan menggalakkan penyampaian perkhidmatan yang lebih
baik serta meningkatkan akuantabiliti.
Usaha-usaha ini termasuk:
Penstrukturan semula organisasi;
Meningkatkan pengurusan sumber manusia dan latihan;
Menambah baik faedah gaji dan kebajikan sambil memastikan kelestarian kekangan fiskal keseluruhan;
Memperkukuhkan langkah-langkah bagi pengurusan prestasi;
Penyertaan awam;
Ketelusan; dan
Usaha membanteras rasuah.
2. FOKUS PEMBAHARUAN: TADBIR URUS
Merujuk kepada Kementerian/Agensi yang bertanggungjawab dalam mentadbir entiti dengan cara:
Menggalakkan pengurusan dan penggunaan sumber awam yang betul bagi pihak berkuasa yang
bertanggungjawab;
Menggalakkan pencapaian tujuan sesuatu agensi; dan
Menggalakkan kemampanan kewangan agensi.
Mentadbir dan mengurus fungsi dan hal ehwal Kementerian/Agensi mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa serta arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam bentuk Akta, Pekeliling, prosedur dan lain-lain; dan
Memastikan penyampaian perkhidmatan dan kerjasama untuk mencapai outcome dengan agensi awam lain
bagi mencapai objektif keseluruhan Kerajaan yang ditetapkan kepada pihak awam.
3. FOKUS PEMBAHARUAN: SISTEM DAN PROSEDUR
Memfokuskan kepada mereka bentuk semula proses perniagaan teras untuk peningkatan dalam produktiviti,
kitaran masa dan kualiti. Perkhidmatan awam mungkin juga perlu mengkaji semula proses sedia ada untuk
menyampaikan perkhidmatan yang lebih memberi nilai kepada pelanggan.
Biasanya penggunaan sistem nilai baharu yang berfokuskan kepada keperluan pelanggan. Kementerian/Agensi
mengurangkan hirarki organisasi dan menghapuskan aktiviti yang tidak produktif.
Biasanya dikenali sebagai “Business Process Reengineering”- merupakan inisiatif perubahan yang dramatik dan
mengandungi lima langkah utama yang perlu diambil oleh Kementerian/Agensi:
Memfokus semula nilai-nilai organisasi terhadap keperluan pelanggan.
Mereka bentuk semula proses teras, biasanya menggunakan teknologi maklumat bagi membolehkan
penambahbaikan.
Menyusun semula organisasi menjadi pasukan rentas fungsi (with end-to-end responsibility for a process).
Mengkaji semula asas-asas organisasi dan isu berkaitan rakyat.
Meningkatkan proses perniagaan merentasi organisasi
22
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
4. TATAKELAKUAN DAN LARANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Punca Kuasa
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993 – P.U.(A) 395/1993)
PERATURAN-PERATURAN LRMBAGA TATATERTIN PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN AWAM 1993 –
P.U(A)396/1993)
PERATURAN 4, P.U(A)395/1993
(a) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang
di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.
(b) Seseorang pegawai tidak boleh:
(i) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
(ii) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;-
- dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
- dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
- berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan yang munasabah bahawa:-
- dia telah membiarkan kepentingan persendirianya bercanggah dengan tugas awamnya hingga
menjejaskan kegunaannya sebagi seorang pegawai awam; atau
- dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(c) berkelakauan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan
awam;
(d) kurang cekap atau kurang berusaha;
(e) tidak jujur atau tidak amanah;
(f) tidak bertanggungjawab;
(g) membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan;
(i) ingkar perintah; dan
(h) cuai dalam melaksanakan tugasnya
4.1 Peraturan
Peraturan-peraturan Lain Yang Dirujuk:
- Seksyen 18 – Akta Tatacara Kewangan 1957
- Arahan Perbendaharaan 1970
23
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
- Akta Rahsia Rasmi 1980
- Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2012- P.U(A) 1/2012
- Perintah-perintah Am Bab ‘B’, ‘C’, ‘E’, ‘F’ dan ‘G’
- Pekeliling / Surat Pekeliling / Surat Pekeliling Am/ PKPA / Surat Edaran dan Akta Berkaitan
- Arahan Dalaman
4.2 Tindakan Tatatertib
- Tindakan yang memberi kesan kepada perkhidmatan (Turun Pangkat/Turun Gaji/Penamatan
Pemangkuan)
- Tindakan yang memberi kesan kepada Rekod Perkhidmatan (Kenaikan Pangkat / Kemudahan)
- Tindakan yang memberi kesan kepada penempatan (Pertukaran).
- Tindakan yang memberi kesan kepada status kontrak perkhidmatan (Penamatan Kontrak)
4.3 Matlamat Pelaksanaan Tatatertib
- Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama
- Supaya pegawai awam memahami, menghayati dan membudayakan tatakelakuan penjawat awam.
- Memelihara Imej Perkhidmatan Awam
- Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan
4.3A/C Kewajipan Mematuhi Peraturan Tatatertib
PERATURAN 3A
3A1 Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
3A2 Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh
menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan ini,
3B1 Seseorang pegawai yang gagal memberi Aku Janji setelah dikehendaki berbuat demikian boleh
menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.
3B2 Gagal mematuhi terma-terma akunboleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 3C
3C1 Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke
24
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
atas pegawai bawahanny dan mengambil tindakan sesuai dengan seberapa segera yang mungkin
bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
3C2 Seseorang pegawai gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai
bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar
mana-mana Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan
tidak bertanggung, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
5. PERATURAN 5 - PEKERJAAN LUAR
Tidak Boleh Buat Kerja Luar, Kecuali:
(a) Dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi. Honorarium ditentukan oleh Perbendaharaan.
Contoh: Menyampaikan Ceramah – PP BIL. 2/2005
(i) Memastikan pekerjaan luar dilakukan Di Luar Waktu Pejabat / Tugas Rasmi.
(ii) Di Luar Waktu Pejabat / Tugas Rasm.i
(iii) Tidak menjejaskan Kebergunaannya Sebagai Penjawat Awam.
(iv) Tidak Bercanggah Dengan Kepentingan Perkhidmatan Awam.
(b) Bagi Faedah Dirinya / Saudara-Mara / Badan Yang Bukan Mencari Keuntungan Dengan Kebenaran Ketua
Jabatan.
6. ETIKA PEMAKAIAN PENJAWAT AWAM – PP BIL 2/1985
(a) Wajib Memakai Tanda Nama
(b) PAKAIAN YANG DILARANG
(i) Berpakaian Mencolok Mata (Jarang, nipis, singkat atau terlalu ketat)
(ii) Memakai Baju ‘T’, seluar pendek atau jeans semasa waktu pejabat.
(iii) Memakai selipar, kasut getah, sandal atau kasut sukan semasa waktu pejabat
(iii) Melipat lengan baju bagi kemeja berlengan panjang
(iv) Pakaian yang menutup muka
25
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
7. PERATURAN PAKAIAN GURU DI SEKOLAH (S.P.I Bil 6 / 1985)
(a) Pakaian Guru Lelaki Sewaktu di Bilik Darjah
(i) Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush-jacket atau lounge suit). Jika
berlengan panjang, lengan baju jangan dilipat, baju hendaklah dimasukkan ke dalam (tack in)
(ii) Baju melayu lenkap dengan samping atau pakaian yang mirip potongan baju melayu dan dipakai dengan
seluar panjang.
(iii) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Dilarang memakai kasut sukan, selipar, kasut
getah atau sandal.
(b) Pakaian Guru Perempuan Sewaktu di Bilik Darjah
(i) Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai.
(ii) Pakaian yang jarang, ketat, menutup muka atau menjolok mata tidak dibenarkan.
(iii) Kasut bertutup atau yang sejenis dengan nya yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
(c) Sewaktu Bertugas di Luar Bilik Darjah Lelaki dan Perempuan (Ketika Menjalankan Gerakkerja
Pendidikan Jasmani dan Sukan)
(i) ‘Track Suit’, seluar panjang yabg sesuai, kemeja sukan, jersi, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang
sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dan gerakkerja tersebut.
(ii) Kasut tumit tinggi, kasut kulit, pakaian ketat, jarang dan menjolok mata adalah tidak sesuai dipakai.
26
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
(d) Kebenaran Pakaian Sukan Waktu PJK Untuk Guru Dan Murid Sepanjang Hari
(i) Surat siaran KPPM bertarikh 26 Julai 2020 membenarkan semua guru dan murid yang melaksanakan
mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai
seperti berikut:
Guru - memakai tshirt berkolar, seluar sukan serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.
Murid - memakai tshirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan serta memakai kasut sekolah dan
bersetokin putih.
8. CUTI REHAT KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN – PP. BIL 8/2017
(a) Jumlah cuti – 10 hari setahun. Kemudahan untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja (isteri/suami,
anak, ibu, bapa dan mentua)
(b) Tujuan yang dibenarkan:
(i) Perayaan Agama
(ii) Kecemasan (contoh semasa banjir atau bencana)
(iii) Tambahan cuti haji
(iv) Kursus suai kenal (Luar Kampus)
(v) Majlis konvokesyen bagi guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
(vi) Temuduga kenaikan pangkat
(vii) Tujuan perkahwinan guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
(c) Kuasa Melulus Cuti Rehat Khas Ialah:
(i) Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah.
(ii) Ketua institusi pendidikan di mana pegawai bertugas atau
(iii) Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di perenggan C(i) atau C(ii)
(d) Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran tidak terjejas.
(e) Tidak dibenarkan untuk mengambil cuti rehat khas bagi urusan peribadi kecuali bagi urusan-urusan yang
tercatat di bahagian (b)
(f) Cuti isteri bersalin untuk lelaki selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod, 5 kali sepanjang perkhidmatan
27
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
SIMULASI KELAYAKAN CUTI PEGAWAI
AKP (25 hari) GURU (10 hari)
CRT = hari bertugas/365 x kelayakan CRT CRK = hari bertugas/365 x kelayakan CRK
(g) Permohonan cuti urusan sendiri tanpa gaji tidak digalakkan kecuali sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan sesuai dan tidak menganggu pentadbiran sekolah dan kepentingan murid tidak terkorban.
(h) Setiap guru boleh mendapatkan cuti tanpa rekod sekiranya mempunyai hal yang difikirkan penting dan
permohonan cuti tersebut bolehlah dibuat kepada Guru Besar.
(i) Sebarang cuti yang lain disebut di atas jika diperlukan hendaklah memohon dengan menggunakan borang
khas supaya dapat kelulusan daripada JPN (cuti menduduki peperiksaan dan lain-lain).
9. ARAHAN PENTADBIRAN
(a) Hadir Bertugas
Guru-guru adalah diminta punch kad perakam waktu apabila sampai ke pejabat sekolah dan sekali lagi
sebelum pulang ke rumah.
(i) Guru yang tidak mengetik kad perakam waktu dianggap sebagai tidak hadir bertugas.
(ii) Guru tidak boleh punch kad perakam waktu untuk rakan-rakan yang lain.
(iii) Untuk kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah, guru-guru diminta mencatat nama di dalam
buku kedatangan yang disediakan.
(b) Cuti Sakit
Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau kerana sebab-sebab kesihatan, guru
berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran/Penolong Kanan Petang/Penolong
Kanan Pendidikan Khas dan Ketua Pembantu Tadbir sebelum sekolah bermula atau selewat-lewatnya sebelum
waktu pertama belajar pada hari tersebut.
Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
28
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
“Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila seseorang pegawai itu
disahkan oleh seorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang
Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas
sijil sakit yang diterima seperti dalam Perintah Am (xi).
Ketua Jabatan boleh menerima mengikut budi bicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh
seorang doktor swasta tanpa sokongan seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti tidak
melebihi DUA hari yang berturut-turut sahaja.
Jumlah cuti sakit yang diberi Ketua Jabatan atau sijil-sijil demikian tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun”
Semua perkara yang berkaitan dengan cuti sakit adalah tertakluk kepada PERINTAH AM BAB C Perkara (iii) Cuti-
cuti atas sebab-sebab perubatan.
(c) Tugas/Kerja/Guru Ganti
Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana sebab-sebab kesihatan.
Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-mesyuarat/kursus bagi pihak
sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan
Pelajaran Kedah atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan
Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan.
Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah WAJIB
dilaksanakan
Guru wajib menyediakan bahan PdP untuk diberikan kepada murid semasa guru tiada di sekolah
(d) Guru Bertugas Harian
Beberapa orang guru Tahap (1) dan Tahap (2) akan ditugaskan mengawasi, memeriksa dan mengambil
tindakan-tindakan yang perlu serta melaporkan pada setiap hari persekolahan.
Guru bertugas diminta berada di sekolah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sekolah bermula dan balik
selepas semua murid selamat pulang. Jika ada sebarang kegiatan sekolah pagi atau petang guru bertugas
29
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
diwajibkan berada di sekolah pada hari tersebut.
Guru bertugas perlu menjalankan tugas tiap-tiap hari sekolah dan melaporkannya ke dalam BUKU LAPORAN
HARIAN.
Ringkasan ucapan khas pada hari Perhimpunan Mingguan hendaklah dicatatkan dalam buku Laporan
Perhimpunan dan dihantar kepada Guru Besar pada setiap hari khamis tanpa gagal.
Guru bertugas perlu membuat rondaan mengelilingi kawasan sekolah sebelum sekolah bermula, masa rehat dan
selepas sekolah ditutup untuk memeriksa dan membuat laporan tempat-tempat berikut:
- bilik-bilik khas
- bilik-bilik makmal sains dan bilik kemahiran hidup
- tandas murid dan guru
- kantin sekolah
- bilik-bilik khas seperti pusat sumber, pengawas, kaunseling dan lain-lain
- kawasan am dan lain-lain
Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis pada tia-tiap hari persekolahan kedua-dua sesi. Laporan hendaklah jelas,
tepat dan lengkap dengan menyatakan masa, tempat, jenis dan sebagainya.
Guru bertugas perlu merujuk kepada laporan dalam LAPORAN HARIAN apabila membuat laporan atau
pengumuman di perhimpunan atau apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tugasnya.
Guru bertugas adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menjaga dan mengawal disiplin pelajar-pelajar
dan perjalanan pembelajaran sekolah pada hari tersebut.
Guru bertugas bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti mengarahkan pelajar mengutip
sampah, mencuci kelas, memeriksa kebersihan kelas, memeriksa kebersihan diri pelajar dan lain-lain yang
difikirkan perlu.
Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bertindak apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kecemasan
yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.
30
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Bertindak dan mengambil langkah-langkah positif jika berlaku sesuatu keadaan yang kurang memuaskan seperti
kelas bising, kelas kotor, kelas tidak ada guru, murid lewat ke sekolah, tandas-tandas kotor dan sebagainya.
Menentukan perjalanan jadual waktu sekolah berjalan dengan lancar dan lonceng sekolah berbunyi pada waktu
yang betul.
Membantu / melaporkan kepada guru penyelia jadual waktu guru ganti jika ada guru yang tidak hadir bertugas
pada hari tersebut.
Guru bertugas memastikan pelajar berbaris sebelum masuk ke kelas dan berbaris sebelum pulang.
Guru bertugas bertanggungjawab menghantar pelajar ke klinik, hospital jika perlu dan ke rumah bagi kes
istimewa.
Guru bertugas hendaklah membantu pengawas-pengawas bersiap sedia untuk perhimpunan mingguan lengkap
dengan pembesar suara, bendera-bendera dan lain-lain keperluan.
Guru bertugas bertanggungjawab untuk mengawas kelas tambahan di sebelah petang atau pada hari Sabtu.
(e) Keluar Dari Kawasan Sekolah
Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada masa bertugas tanpa tujuan yang benar-benar
penting.
Guru yang keluar dari kawasan sekolah dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Guru Besar dengan
mengisi borang KEBENARAN KELUAR SEKOLAH menandatangani BUKU KELUAR SEKOLAH yang boleh
didapati di kaunter pejabat sekolah.
Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa
mereka berada di luar sekolah.
31
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Guru-guru tidak digalakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rasmi kerja.
(f) Perhimpunan Rasmi
Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari AHAD. Perhimpunan ringkas akan diadakan pada setiap hari selama
10 minit sebelum PdPc bermula.
Lagu Negaraku, Lagu Kebangsaan Negeri Kedah dan Lagu Sekolah akan dinanyikan dengan penuh semangat
oleh semua murid dan guru.
Guru-guru akan membawa masuk murid-murid ke kelas masing-masing selepas perhimpunan dalam keadaan
yang senyap dan teratur.
Semua guru adalah bertanggungjawab menentukan setiap murid faham dan mengikut peraturan perhimpunan. Ini
termasuklah murid berbaris dengan penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap ketika
perhimpunan.
Guru bertugas pada hari itu hendaklah memastikan aturcara dijalankan dengan licin dan disiplin pelajar terkawal.
Perkara-perkara yang harus menjadi pengumuman dalam perhimpunan itu ialah perkara yang tercatat dalam
BUKULAPORAN HARIAN guru bertugas dan tajuk-tajuk penting mengenai pembelajaran dan pendidikan.
Guru bertugas hendaklah menyampaikan satu ucapan ringkas (tidak melebihi 5 minit) atas tajuk-tajuk yang sesuai
dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar. Gunakan Buku Panduan Tatacara Perhimpunan Harian
Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bertali leher lelaki) semasa perhimpunan rasmi. Semua pelajar
diwajibkan memakai pakaian rasmi yang kemas, memakai tali leher rasmi sekolah bagi pengawas dan ketua kelas
kecuali murid yang memakai baju kurung.
Semua guru DIWAJIBKAN hadir di perhimpunan rasmi.
Segala arahan dan pengumuman mestilah dibuat dengan ringkas dan jelas.
32
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Guru Bertugas hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
- Datang terlebih awal dari biasa menentukan agar semua murid-murid berhimpun pada masa yang
ditetapkan.
- Menentukan agar semua murid telah berhimpun pada masa yang ditetapkan.
- Menentukan agar semua murid mematuhi peraturan sekolah seperti pakaian, lencana, rambut, kasut dan
berdiri dengan betul dan tertib.
- Alat-alat pembesar suara dalam keadaan siap sedia.
- Tempat duduk guru dan alatan lain disediakan
- Salah seorang daripada guru bertugas berada di belakang perhimpunan bagi tujuan mengawas.
- Orang yang paling akhir meninggalkan tempat perhimpunan setelah tamat dan menentukan agar semua
peralatan yang digunakan dikembalikan ke tempat asal.
Atur cara pada masa perhimpunan rasmi adalah seperti berikut:
- Bacaan doa oleh wakil pengawas
- Ikrar Rukun Negara
- Nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Sekolah SKB
- Laporan/ Keceriaan Kelas oleh guru bertugas.
- Penyampaian sijil / hadiah jika ada
- Ucapan bertema
- Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan
- Nyayian Lagu Pendidikan Negeri Kedah & Lagu Kebangsaan Negeri Kedah
- Masuk kelas.
Guru-guru tidak dibenarkan berucap selepas ucapan Guru Besar.
(g) Mengajar Dalam Bilik Darjah
Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran dan
membimbing murid dalam proses pembelajaran.
Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika mengajar
33
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
melainkan untuk memberI bimbingan dan perhatian individu murid.
Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak bising,
memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang berdisiplin dan berilmu.
Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan murid.
Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam satu-satu minggu.
Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat panitian mata pelajaran.
Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi perlu disemak dan
diperiksa. Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam buku rampaian murid bagi
setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat.
Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat pada jadual waktu
atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar. Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK digalakkan.
Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah. Guru yang
membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan
sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan untuk keluar kelas.
Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama dengan bilangan
yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan persediaan yang
cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi PdPc yang berkesan.
(h) Ketepatan Masa
Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-pelajar.
Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu. Guru adalah bertanggungjawab pada
waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; PdPc hendaklah diberi keutamaan Unsur-unsur lain bolehlah dibuat
34
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
pada masa yang lain.
Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar. Kalau terpaksa meninggalkan kelas
kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya
dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum meninggalkan kelas. Sila maklumkan kepada rakan guru
di kelas sebelah atau yang terhampir.
Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas sesuatu
waktu pembelajaran bermula belajar. Jika guru masih tidak dapat dicari, Penolong Kanan atau guru kanan
mestilah diberitahu.
Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapan-ucapan sekolah.
Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 1.30 petang misalnya, maka guru yang sepatutnya bertugas mestilah
berada 10 minit sebelum jam 1.30 petang.
Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pelajaran hendaklah diselesaikan dan di hantar
kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan.
(i) Disiplin
Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular di kalangan pelajar. Guru seumpama ini akan
menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru. Sebarang masalah yang berkaitan dengan
disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru. Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata
kepada guru disiplin sahaja.
Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau DERA kepada
murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar.
Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau denda kepada murid yang
melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.
35
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam sistem SSDM. Rekod ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil
berhenti dan surat akuan pelajar.
Guru-guru kelas serta guru-guru matapelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid dalam buku
persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin.
Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut:
- Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
- Mencuri, menipu atau bercakap bohong
- Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
- Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya
- Menipu tandatangan dan yang seumpamanya
- Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
- Meniru dalam perperiksaan (kecurangan akademik)
- Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan
- Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
- Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-lain.
- Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
- Merosakkan harta benda sekolah
- Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain
- Bergaduh dan bertumbuk
- Berambut panjang
- Pakaian yang tidak kemas
- Berjudi
- Terlibat dengan dadah
- Menghisap rokok
- Ponteng dan lewat datang sekolah
- Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran
- Sila rujuk buku peraturan sekolah
36
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan proses sosialisasi
dapat berjalan dengan lancar dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis panduan yang telah ada, sila rujuk
peraturan atau Pekeliling-pekeliling yang berikut :-
- School (General) Regulations 1951
- Assited School Institution (Management) Rules 1969
- Education Institution (Exemption Orders) 1959
- School (Course of Studies) Regulations 1959
- School Curriculum 1969
- Education (School Decipline) Regulations 1959
- School (Tour) Regulations 1958
- School (Magazines) Regulations 1968
- School (Societies) Regulations 1968
- Education Institutions (Instruments of Managements Government) Rule 1963
- Parent – Teacher Associations Rules 1973
Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003
Dengan adanya penentuan dan had hukuman disiplin yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 7/2003 tersebut, maka pihak berkuasa sekolah tidak boleh menjatuhkan hukuman
yang melebihi daripada apa yang diperuntukkan di atas.
(j) Mengisi Dan Menanda Kehadiran Murid
37
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
KPM telah memutuskan pada 2019 semua kehadiran murid hendaklah direkod oleh Guru Kelas dengan
menggunakan Sistem Kehadiran Murid.
Ini bermakna sekolah tidak perlu lagi merekod kehadiran murid di dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM)
Tarikh Kuat Kuasa: Surat Pekeliling Iktisas ini berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan. (14 Januari 2019)
Dengan berkuatkusanya surat pekeliling ikhtisas ini, maka surat arahan terdahulu adalah dibatalkan.
Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet kehadiran murid perlu dicatat menggunakan Borang
Kehadiran Sementara (Ada dalam Pekeliling, Lampiran B)
Guru Kelas hendaklah mengemaskini kehadiran murid sebelum jam 9 pagi pada sesi persekolahan hari
berkenaan.Sistem Kehadiran Murid boleh diskses melalui: https//apdm.moe.gov.my
Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difailkan pada hari terakhir bagi
setiap bulan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) pula hendaklah menyemak pelaksanaan perekodan
kehadiran murid di sekolah masing-masing.
Guru kelas perlu mengisi maklumat di dalam aplikasi SSDM terhadap murid yang ponteng mengikut
jumlah hari yang ditetapkan.
Setiap surat ponteng yang dijana melalui sistem SSDM perlu dihantar kepada ibubapa dan dicatatkan tarikhnya.
Salinan surat tersebut diserahkan untuk fail pejabat.
(k) Buku Rekod Mengajar
Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar.
Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah mengikuti
perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu.
Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai
dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah.
Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan rekod pengajaran
harian pada tiap-tiap hari.
Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod Mengajar:
- Takwim Sekolah
- Senarai Buku Teks
- Jadual waktu kelas dan persendirian guru
- DSKP
38
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
- Rancangan Pelajaran Tahunan
- Rancangan Pengajaran Harian
- Rekod Kerja Mingguan
- Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2I
- Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan
- Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid
- Butir-butir mengenai kutipan wang
- Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan
Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari KHAMIS atau selewat-lewatnya pada
hari pagi Ahad tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa.
Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut:
- Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas, waktu dan subjek, tajuk
pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan, objektif, criteria kejayaan, kemahiran, aktiviti dan nilai
murni.
- Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam Mesyuarat AJK Kurikulum
Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia matapelajaran.
Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak menyelia dan
mencerap sebelum P&P bermula.
Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian
prestasi guru dibuat.
(l) Penggunaan Waktu Tidak Mengajar (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)
Masa sangat berharga. Kita semua tahu tetapi tidak ramai yang tahu menghargai masa. Pembaziran masa
berlaku kerana:
- tidak ada matlamat
- tidak ada keutamaan
- tidak ada tarikh akhir
- sikap menangguh kerja
- tidak ada disiplin diri
39
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Waktu tidak mengajar (free period) adalah masa bekerja. Penggunaan waktu tidak mengajar (free period)
- Menggantikan guru yang tidak hadir
- Membuat persediaan mengajar
- Memeriksa buku latihan murid
- Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
- Penyediaan aktiviti gerakerja ko-kurikulum
- Lain-lain tugas yang perlu atau diarahkan oleh Guru Besar
(m) Buku Stok & Inventori
Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyimpan buku stok dan inventori-inventori hendaklah:
- Sentiasa mengemaskinikan buku Stok & Inventori sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal dan mestilah
disemak dan diperiksa oleh Guru Kanan.
- Merekod dan melaporkan kepada Guru Besar jika berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau kekurangan
barang-barang atau alatan dibawah jagaannya.
- Mengambil tindakan segera merekodkan semua barang, bahan atau alat-alat perkakas yang diterima atau
dibeli dengan segera dalam buku stok serta kad-kad Stok Inventori.
- Bersedia menyerahkan atau menunjukkan stok dan buku stok kepada Juru Audit Dalam atau sekolah yang
akan datang memeriksa dan menyemak pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
(n) Pembelian Pesanan Barang-Barang
Ketua Panitia hendaklah memohon secara rasmi menggunakan boring nota minta untuk membeli barang-barang
yang perlu. Selepas mendapat kebenaran Guru besar dikehendaki menggunakan borang pesanan khas yang
disokong dan ditandatangani oleh Guru Besar. Pesanan pembelian yang tidak disokong dan tidak ditandatangani
oleh Guru Besar tidak akan dibayar oleh sekolah. Guru yang berkenaan dikehendaki membayar sendiri barang
dipesan atau dibeli.
Senarai barang atau alatan yang digunakan atau diperlukan oleh sesuatu bahagian atau unit hendaklah
dikemukakan pada awal tiap-tiap penggal.
Hanya barang atau bahan kegunaan Sains dan Pejabat sahaja boleh dibeli pada bila-bila masa diperlukan.
Ketua Panitia Matapelajaran adalah bertanggungjawab menyemak sebarang pembelian dan menandatangani
borang pesanan disebelah kiri sebelum mendapat sokongan dan tandatangan Guru Besar.
40
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Elakkan dari membuat pesanan atau membeli barang-barang yang telah sedia ada atau barang yang tidak
diperlukan.
Ketua Panitia adalah tanggungjawab dalam hal-hal pembeli dan pendaftaran dalam buku stok dan kad-kad
inventori sekolah dengan kadar yang segera.
Ketua Panitia Matapelajaran juga bertanggungjawab menjamin penjagaan dan keselamatan alat-alat atau barang-
barang yang dibeli.
(o) Bilik Rehat Guru
Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru.
Jangan membenarkan murid-murid masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau bersama guru.
Guru-guru dinasihatkan supaya tidak menyimpan barang-barang bernilai dan berharga mahal di dalam bilik guru.
Sebarang kehilangan atau kerosakan adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Kelab guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik guru dan menentukan ianya kemas, bersih dan
teratur.
(p) Menghiap Rokok
Menghisap rokok adalah dilarang sama sekali di dalam bilik-bilik darjah, makmal sains, bilik KH, bengkel, kaki lima
sekolah dan di hadapan murid.
Guru-guru boleh menghisap rokok di bilik “khas” guru (sekiranya semua guru bersetuju)
atau di mana-mana kawasan sekolah yang sesuai dengan syarat ianya dapat menentukan dan mengawal supaya
tidak tercemar nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan yang formal.
(q) Pengeluaran Bahan/Aset/Harta Sekolah
Sebarang bahan-bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah yang dikeluarkan mestilah
juga sesuai tanpa berbau politik, sensitif atau subversif. Kebenaran dari Guru Besar hendaklah didapati terlebih
41
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
dahulu sebelum risalah dikeluarkan. Satu salinan hendaklah diberikan pada Guru Besar sebelum ianya diedarkan.
Begitu juga harta benda sekolah, tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa keluar dari sekolah. Jika ada
keperluan, sila membuat permohonan rasmi kepada Guru Besar dan melengkapkan rekod pergerakan asset/harta
sekolah.
(r) Laporan / Dokumentasi / One Page Report
Tiap-tiap Guru Penyelaras aktiviti/program mestilah melaporkan kegiatan-kegiatan setelah satu-satu
projek/mesyuarat/aktiviti yang telah diadakan dari masa ke semasa. Misalnya setelah mengadakan rombongan
lawatan, laporan serta merta dikehendaki. (One Page Report)
Apabila hendak menghadiri mesyuarat, perjumpaan, taklimat hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar dengan
menggunakan borang Minit Curai. Sila dapatkan di pejabat dan sediakan 3 salinan untuk Guru Besar, PK yang
berkenaan dan Fail Minit Curai.
(s) Mesyuarat Guru / Taklimat / Kursus / Ceramah / Bengkel dan Lain-Lain Aktiviti Sekolah
Tiap-tiap guru mesti hadir ke mesyuarat guru / taklimat Guru Besar. Mesyuarat guru / taklimat Guru Besar adalah
merupakan mesyuarat terpenting bagi melicinkan pentadbiran dan perjalanan sekolah. Jika terdapat sesuatu
masalah yang serius yang tidak membolehkan hadir ke mesyuarat itu guru hendaklah memberitahu Guru Besar
secara bertulis dan lisan sebelum mesyuarat/aktiviti dijalankan.
Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua panitia / unit/ bahagian dan
lain-lain.
Guru-guru hendaklah memberi keutamaan kepada mesyuarat, taklimat, kursus perkembangan staf serta kegiatan
lain sekolah tanpa mementingkan hal peribadi atau urusan lain. Sebarang keuzuran dan ketidak hadiran
hendaklah dengan memberi surat tunjuk sebab beserta dokumen sokongan kepada Guru Besar.
Guru-guru menghadiri mesyuarat/taklimat anjuran JPN, PPD atau agensi luar hendaklah menyediakan satu
laporan lengkap dalam dua salinan kepada Guru Penolong Kanan 1 dalam tempoh masa satu minggu selepas
balik ke sekolah.
42
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Guru-guru yang menghadiri sebarang kursus hendaklah bersedia mengadakan kursus perkembangan staf dan
kursus dalaman kepada guru-guru lain.
(t) Surat Arahan / Pekeliling
Tiap-tiap arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan sila
turunkan tandatangan selepas dibaca. Sekiranya pekeliling dan arahan diberi terus, hendaklah pekeliling itu
dikemukakan ke pejabat untuk difailkan.
Jika pekeliling datangnya dari Kementerian Pelajaran, Jabatan / PPD hendaklah dikembalikan dengan segera ke
Pejabat sekolah setelah diambil tindakan.
Apabila guru-guru menerima arahan pekeliling/edaran, guru adalah bertanggungjawab mengambil tindakan
segera sebelum tarikh akhir sesuatu arahan itu.
Sila pulangkan arahan itu ke pejabat dengan serta-merta selepas tindakan dibuat untuk difailkan.
(u) Gerak Kerja Luar / Kokurikulum
Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak Kerja Kokurikulum.
Gerak kerja luar atau kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan pengajaran dan kerja-kerja
Persekolahan. Guru-guru adalah diwajibkan melaksanakan dan kedatangan adalah wajib apabila ianya
dijalankan.
Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing
dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua pelajar.
Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar dalam bidang
kepimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam
bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan
sebagainya. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan berhasrat untuk
mewujudkan ‘School With Character’.
43
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru
Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.
Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar
semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.
(v) Melaksanakan Arahan / Tugas
Apabila arahan / ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan / tugas projek atau lain-lain misalnya: mewakili
mesyuarat, pergi ke pejabat kerajaan, mengiringi murid-murid, mematuhi kehendak pekeliling dan lain-lain
hendaklah diambil tindakan sendiri tidak boleh pihak yang ditugaskan itu mengarahkan pihak lain pula
melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dilaksanakan oleh pihak yang lain atau
persetujuan sesama sendiri, maka ianya mestilah sampaikan ke pengetahuan Guru Besar.
(w) Kelab Guru Dan Kakitangan Sokongan
Semua guru-guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah adalah secara automatik ahli kelab ini.
Jumlah yuran adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat agung kelab tersebut. Setiap ahli wajib membayar
yuran. Setiap ahli yang dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa hendaklah berkhidmat sepenuh hati seperti
mana prinsip perkhidmatan awam Malaysia.
9. HUKUMAN TATATERTIB - PP. BIL 3/2009
Implikasi Pegawai Menerima Hukuman Tatatertib
HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK
DINAIKKAN PANGKAT
1. Amaran 12 bulan
2. Denda 18 bulan
3. Lucut hak Emolument 24 bulan
4. Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan
5. Turun Gaji 36 bulan
6. Turun Pangkat 4484bulan
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
10. PENERAPAN NILAI, NORMA DAN ETIKA PERKHIDMATAN
Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi mencapai kecemerlangan.
Antara penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan yang diharapkan:
45
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
46
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
11. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan bentuk logo baharu kementerian yang lebih ringkas tetapi
bermakna. Setiap logonya mempunyai maksud dan mesej yang tersediri. Perubahannya pula bergantung kepada
keadaan dan keperluan semasa.
LOGO KPM
OBJEKTIF KPM
1. Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
2. Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
3. Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
4. Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
5. Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan
jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.
47
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersatu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga
negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru berpekrti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatumasyarakat yang bersepadu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
48
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
12. PERANAN DAN TANGUNGJAWAB GURU MENGIKUT GRED
49
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
13. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
(a) Matlamat
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh,
seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
(b) Objektif
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid murid:
- Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi
negara.
- Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pangantar
sekolah.
- Memguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan
masalah harian.
- Menguasai kemahiran belajar.
- Menguasai kemahiran berfikir.
- Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukuannya sebagai
bahasa kedua.
- Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya.
- Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri.
- Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
- Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
- Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan
kebudayaan nasional.
- Menjaga kebersihan, kesihatan dan kecergasan diri.
- Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran
bagi murid Islam.
- Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia.
- Membina semangat patriotisme.
- Mengembangkan bakat dan kreativiti.
- Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai-nilai dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
50
MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
14. BUDAYA KERJA SEKOLAH
- Memahami dan Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memahami dan Menghayati VISI, MISI dan Matlamat Sekolah
- Memelihara dan Mempertingkatkan Imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan Setiap Masa.
- Mementingkan Mutu dan Kesan Pendidikan.
- Menentukan Objektif SetiapTugas.
- Mengamalkan Kerja Secara Bermesyuarat dan Dalam Satu Pasukan.
- Sentiasa Bekerja Kearah Kecemerlangan Secara Bersih, Cekap dan Amanah.
- Mengamalkan Sikap Jujur, Ikhlas, Amanah serta Adil.
- Mengamalkan Perkhidmatan Penyayang.
- Kepimpinan Melalui Teladan.
- Sentiasa Memimpin dan Menilai Diri.
- Berusaha Mempertingkatkan Ilmu dan Kemahiran.
- Kerja Adalah Ibadah.
15. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia, berkebolehan yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi. Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan masyarakat dapat
membentuk anak mudanya memahami kebudayaan mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak
zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mendapat kemajuan sepenuhnya,
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang tinggi.
(a) Tanggungjawab Terhadap Pelajar
(i) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
(ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi sosial, keturunan atau agama.
(iii) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
51