The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorismail bin omar Ismail, 2021-01-13 01:43:59

MANUAL PENGURUSAN SKB 2021

MANUAL PENGURUSAN SKB 2021

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

MANAGER (OPPM)

Nama Program Tarikh:
TS25 : UNIT KURIKULUM PPKI SK BERAPIT

Tema :

TRANSFORMASI SEKOLAH ( TS25) KE ARAH KECEMERLANGAN

tus / Pencapaian Projek 20/01/2021-09/12/2021
Tanggungjawab

AB

AB
A BCC

AB C

S/U Kurikulum

Penolong S / U

S/U Panitia

Norizan

Mohd Zabidi
Nor Fadhila
MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV
Kos Catatan

RM300
n RM500 1. Dana Transformasi Sekolah (TS25)

RM500 2. Dana PIBG
RM800 3. Bengkel Google Classroom

4. Panitia Bahasa dan Asas 3M

dPc akan lebih menarik dan didik hibur
emahiran tersebut

16

ONE PAGE PROJECT
Ketua : ( PKPK PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS )

Objektif : MENINGKATKAN KEHADIRAN DAN MEMBENTUK
SAHSIAH DIRI DIKALANGAN MBK.

Objektif B6il Tugas Utama Sta
1 Program Ziarah Cakna

2 Program Ganjaran Kehadiran

3 Program Kenali Diri

4 Program Bacaan Doa - Doa Harian

Tugasan Utama
( Jenis aktiviti )

JAN FEB MAC APR

Objektif Tarikh Bil
Sasaran 1 Program Ziarah Cakna
2 Program Ganjaran Kehadiran
1. Memastikan Peratus Kehadiran 90 ke atas 3 Program Kenali Diri
2. Melahirkan Sahsiah Murid yang berkualiti 4 Program Bacaan Doa - Doa Har

Kos

Ringkasan dan
jangkaan

1. Memastikan kehadiran murid mencapai 90 % melalui program yang dijalankan
2. Memupuk kesedaran murid untuk hadir ke sekolah melalui program ganjaran keh
3 .Memastikan murid dapat menguasai aspek pengurusan diri, kerohanian, hormati
4. Memastikan murid menguasai doa - doa harian dan dapat mengamalkan mengiku

21

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

T MANAGER (OPPM)

Nama Program Tarikh:
TS25 : UNIT HAL EHWAL MURID PPKI SK BERAPIT

Tema :

TRANSFORMASI SEKOLAH ( TS25) KE ARAH KECEMERLANGAN

20/01/2021-09/12/2021

atus / Pencapaian Projek Tanggungjawab

ABC

ABC
ABC

A CB
S/U Hem
MEI JUN Penolong S/U
rian Guru Kelas
Guru Pendidikan Islam
JUL OGOS SEPT OKT NOV

Kos Catatan
RM400
RM300 1. Dana Transformasi Sekolah (TS25)
RM200 2. Dana PIBG
RM200 3. Dalam semua matapelajaran

4. Melibatkan semua murid
5. Melibatkan semua murid

hadiran
guru dan keluarga
ut tempat dan situasi

17

ONE PAGE PROJECT MAN

Ketua : ( PKPK PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS )

MENINGKATKAN MINAT DAN PENGLIBATAN YANG

Objektif : MENYELURUH DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM T

DIKALANGAN MBK

Objektif B6il Tugas Utama Status /

1 Latihan Asas Permainan
Petanque

Pertandingan Petanque Jemputan
2 (PPKI )

3 Latihan Mingguan Olahraga

4 Aktiviti Bulanan bersama Perdana

1 Penglibatan dalam Kejohanan Petanque peringkat daerah dan Negeri Tugasan Utama
( Jenis aktiviti )
2. Menetapkan sasaran mewakili daerah dalam Kejohanan Sukan Olahraga
JAN FEB MAC APR ME
3. Inklusif penglibatan Mbk bersama murid Perdana dalam Unit Beruniform Pengakap
Objektif Tarikh Bil
Sasaran 1 Latihan Asas Permainan Petanque
2 Petandingan Petanque Jemputan ( PP
3 Latihan Mingguan Olahraga
4 Aktiviti Bulanan bersama Perdana

Kos

Ringkasan dan
jangkaan

1. Memberi pendedahan kemahiran asas permainan dan peraturan dalam permainan peta
2 Memberi pendedahan suasana pertandingan sebenar kepada Mbk dan membina keyaki
3. Menyediakan program latihan olahraga untuk persediaan Mbk untuk bersaing semasa
4. Meningkatkan peratus penglibatan Mbk dalam Program Pendidikan Inklusif dalam bid

21

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

NAGER (OPPM)

Nama Program Tarikh:
TS25 : UNIT KOKURIKULUM PPKI SK BERAPIT

Tema :

TRANSFORMASI SEKOLAH ( TS25) KE ARAH KECEMERLANGAN

20/01/2021-09/12/2021

Pencapaian Projek Tanggungjawab

AB C

AB C
AB C

ABC

EI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV S/U Kokurikulum
PKI ) Penolong S/U
Ketua Pengakap
Ketua Sukan & Permainan
Ketua Petanque

Kos Catatan

RM250

RM500 1. Dana Transformasi Sekolah (TS25)

RM200 2. Dana PCG

RM200

anque
inan diri
a kejohanan daerah
dang Kokurikulum

18

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9. 1: PENTAKSIRAN ALTENATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

9.1.1 : Apakah syarat untuk menduduki PASR
• Mengikuti KSSR Pendidikan Khas Tahap 2
• Berada pada tahun akhir persekolahan
• Berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran
• MBK yang mempunyai Kad OKU
• Mendaftar untuk menduduki PASR sahaja
9.1.2 : Siapakah pentaksir PASR?
Pentaksir PASR adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dalam
program PPKI
9.1.3 : Apakah tujuan PASR dilaksanakan
PASR dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna
melalui beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid. PASR juga
bertujuan menyediakan pelaporan yang komprehensif untuk MBK.
9.1.4 : Apakah kurikulum yang digunakan untuk PASR?
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
9.1.5 : Apakah mata pelajaran yang diuji dalam PASR?
Mata pelajaran dalam KSSR PK Masalah Pembelajaran iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa
Inggeris (BI), Kemahiran Hidup Asas (KHA), Matematik dan Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar (PSSAS)
9.1.6 : Apakah instrumen yang digunakan dalam PASR
Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2
9.1.7 : Apakah Instrumen ProKhas 1?
Gabungjalin hasil pembelajaran 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan
Kemahiran Hidup Asas (komponen pilihan: masakan, jahitan, perkebunan, penternakan)
9.1.8 : Bolehkah calon mengambil kesemua komponen?
Calon hanya dibenarkan memilih satu komponen sahaja.

219

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
9.1.9 : Apakah Instrumen ProKhas 2?
Gabungjalin hasil pembelajaran 2 mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan
Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS)
9.1.10 : Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 1?
Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu), Kemahiran Numerasi (Matematik) dan Kemahiran
Hidup
9.1.11 : Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 2
Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris) dan Kemahiran Asas Sains
9.1.12: Surat Siaran

9. 2: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

9.2.1 : Objek Pelaksanaan PBD
 Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan MBK supaya tindakan susulan yang sesuai sama ada untuk
meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran MBK dapat diambil secara serta-
merta.

220

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.2.2 : Kaedah Pelaksanaan PBD

9.2.3 : Kaedah Pentaksiran
221

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.2.4 : Pelaksanaan Pemulihan ( Intervensi )

222

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.2.5 : Surat Siaran

9.3 : RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )

223

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.3.1 : Pengenalan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus
untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala
pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan
yang disediakan. Penyediaan RPI sangat penting demi memastikan keperluan murid
pendidikan khas menerima pendidikan dapat dicapai.

JPN Kedah telah menetapkan bahawa pelaksanaan RPI di semua sekolah di Negeri Kedah
adalah 2 kali setahun iaitu sesi pertama dan sesi kedua.

9.3.2 : Punca Kuasa

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Perkara 3.
Perkara 8(1) Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas :-

 mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas hendaklah
menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas;

 seseorang guru hendaklah menggunakan RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU; dan seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada :-
 kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
 masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
 susunan aktiviti; dan
 bahan bantu mengajar.

Perkara 8(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (i)(c)
hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.

9.3.3 : Proses Penyediaan RPI

Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai serta berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara proses RPI yang terlibat
adalah seperti berikut :

Pra Sidang
Sidang Pertama ( mesyuarat )
Penulisan RPI
Pelaksanaan
Perekodan
Sidang Kedua ( penilaian )

224

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.3.4 : Carta Alir Proses Penyediaan RPI

9.3.5 : Surat Siaran
225

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.3.6 : Lampiran Dokumen RPI
9.3.6.1 : Borang Manual RPI

9.3.6.2 : Borang Intervensi

226

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.4 : PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF HOLISTIK ( PPI HOLISTIK )

9.4.1 : Dasar Pendidikan Inklusif
Dasar pendidikan kebangsaan adalah untuk memastikan MBK yang berpotensi diberi
peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan
prinsip pendidikan untuk semua (EFA).
Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI adalah seperti yang berikut:
i) Akta Orang Kurang Upaya 2008:
Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya juga
termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah Seksyen 28(1), yang
menyatakan bahawa:

ii) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:

iii) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas:

iv) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
9.4.2 : Definisi Program Pendidikan Inklusif

227

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013, definisi PPI adalah seperti di bawah:

9.4.3 : Model Program Pendidikan Inklusif
PPI dilaksanakan secara holistik dengan pelibatan semua pihak pada peringkat sekolah
hingga ke peringkat komuniti. Pendidikan inklusif yang bersifat holistik atau menyeluruh
tidak menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi
perkembangan dan pencapaian potensi lain dalam diri setiap MBK. Model holistik yang
diguna pakai merangkumi pelaksanaan pendekatan inklusif separa dan inklusif penuh.
Inklusif separa mengambil kira pelibatan MBK dalam bidang akademik dan bukan
akademik. MBK mengikuti PPI sama ada dengan bantuan khidmat sokongan atau tanpa
sokongan bergantung kepada keperluan individu murid.

Pelaksanaan PPI menggunakan Model Holistik digambarkan seperti rajah di bawah :

228

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.4.4 : Definisi

i) Inklusif Penuh

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana secara sepenuh masa dan mengikuti
pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum kebangsaan
atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum
sebagaimana murid arus perdana yang lain.

ii) Inklusif Separa

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam inklusif separa bukan akademik
atau inklusif separa akademik.

iii) Inklusif Separa Akademik

MBK belajar di dalam kelas arus perdana bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran
seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik atau mana-mana mata pelajaran lain.

iv) Inklusif Separa Bukan Akademik

Inklusif separa bukan akademik mengambil kira pelibatan MBK dalam aktiviti kokurikulum
dan sosialisasi.

v) Kokurikulum

MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai pelibatan dalam
inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan dalam sistem Aplikasi
Pengurusan Data Murid (APDM).

vi) Sosialisasi

Merujuk kepada pelibatan MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat sekolah, sambutan Hari
Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin atau sebarang aktiviti ekstra kurikulum yang
memberikan peluang MBK berinteraksi dan bersosial dengan murid arus perdana. Walau
bagaimanapun, MBK yang terlibat dalam inklusif separa sosialisasi tidak direkodkan dalam
sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).

9.4.5 : PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODEL HOLISTIK) MBK

PPI dilaksanakan bagi menyediakan akses dan peluang pendidikan kepada MBK di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan dan boleh dilaksanakan secara inklusif
separa atau inklusif penuh. MBK yang mampu mengikuti kurikulum kebangsaan dan aktiviti
kokurikulum layak diinklusifkan. Semua sekolah yang mempunyai MBK perlu menubuhkan
Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) dan surat pelantikan sebagai JPKS
dikeluarkan oleh pentadbir sekolah.

229

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
9.4.6 : Pemilihan MBK ke PPI
Pemilihan MBK PPKI untuk ke PPI dilaksanakan berdasarkan carta alir dalam rajah di
bawah :

230

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.4.7 : Penempatan MBK ke Kelas Inklusif
Penetapan dan penempatan MBK ke kelas inklusif perlu mengambil kira perkara berikut:
A) Penetapan kelas inklusif mendapat persetujuan daripada Jawatankuasa Pendidikan
Khas Sekolah (JPKS).
B) Bagi inklusif penuh, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana atau
perbezaan satu tahun sahaja daripada umur murid arus perdana.
C) Bagi inklusif separa, umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid arus perdana
atau lebih daripada umur murid arus perdana.
D) Saiz kelas arus perdana yang menempatkan MBK hendaklah mempunyai bilangan
murid yang bersesuaian.
E) MBK yang ditempatkan di kelas inklusif tidak lebih daripada lima (5) orang di setiap kelas.
F) MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan keupayaan/ kemampuan mereka.
G) Kelas inklusif sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang
menggunakan kerusi roda.
I) Guru melengkapkan surat penempatan MBK di PPI untuk mendapat persetujuan ibu
bapa.
9.4.8 : Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga Murid
Persetujuan ibu bapa/ penjaga MBK perlu diperoleh sebelum MBK ditempatkan ke PPI atau
PPKI. Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan ialah:
i) Guru menetapkan perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga murid untuk mendapatkan
persetujuan;
ii) Ibu bapa/ penjaga menandatangani surat setuju terima penempatan MBK di PPI atau
PPKI; dan
iii) Surat berkenaan akan disimpan di dalam fail sekolah dan fail murid sebagai rekod.

231

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.4.9: Transisi MBK dari PPKI ke PPI

i) PKPK / JPKS mengadakan perbincangan dengan guru (guru kelas dan guru mata
pelajaran) yang terlibat dengan penempatan MBK ke kelas inklusif.

ii) Memastikan dokumen dan keperluan murid ke kelas inklusif disediakan (contoh: RPI,
buku teks, bahan PdP, kedudukan kelas, kedudukan MBK dan sebagainya).

9.4.10: Pengurusan MBK di PPI

i) PKPK / guru pendamping memperkenalkan murid ke kelas inklusif.

ii) Pemilihan “Rakan Inklusif” bagi MBK inklusif dibuat atas persetujuan guru kelas dan guru
mata pelajaran bersama-sama guru pendidikan khas.

iii) Surat persetujuan ibu bapa/ penjaga bagi pelantikan “Rakan Inklusif” disediakan oleh
PKPK.

iv) Pemantauan oleh PPD/ JPN/ PGB/ PK/ Penyelaras PPKI dilakukan secara berkala.

9.4.11: Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan

i) Perbincangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara berterusan
antara guru pendamping dengan guru arus perdana yang berkaitan secara mingguan/
bulanan mengikut keperluan MBK.

ii) MBK yang ditempatkan ke PPI perlu menjalani tempoh percubaan tidak melebihi tiga
(3) bulan. PKPK / guru pendamping menyediakan Laporan Penilaian Tempoh Percubaan
Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan dengan kerjasama guru arus perdana.

iii) Setelah MBK dinilai, JPKS akan memperaku dan mengesahkan Laporan Penilaian
Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga (3) Bulan bagi menentukan kesesuaian
penempatan MBK mengikuti pendidikan khas.

9.4.12 : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Kelas Inklusif

A) MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum kebangsaan.

B) Guru mengubah suai kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian
mengikut keperluan MBK.

C) Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi perlu diambil kira
dalam merancang PdP murid.

D) Guru arus perdana yang mengajar di PPI perlu diberikan pendedahan dalam
mengendali MBK.

E) Guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang
PdP yang sesuai mengikut keupayaan murid.

232

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

F) Guru arus perdana menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) seperti biasa dengan
memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK.

G) Guru pendamping akan menyediakan RPH berdasarkan RPH guru arus perdana
bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB
yang releven mengikut keupayaan MBK (bagi guru pendamping yang mempunyai jadual
waktu persendirian atau jadual waktu kelas PPI).

H) Guru pendamping yang waktu pendampingnya tiada dalam jadual waktu persendirian
atau dalam jadual waktu kelas PPI akan menyediakan laporan berdasarkan RPH guru arus
perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti pembelajaran dan
penyediaan BBB mengikut keupayaan MBK menggunakan Lampiran

i) Guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama untuk merancang
dan melaksanakan PdP (contoh: co-teaching, team teaching, collaborative teaching)
yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid (rujuk Panduan Pelaksanaan Pedagogi
Inklusif).

j) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dibuat bagi memastikan keperluan intervensi yang
bersesuaian dapat dilaksanakan.

k) MBK yang mengikuti inklusif penuh boleh dikecualikan daripada penyediaan RPI (Rujuk
Bab 5: Kod Amalan Pendidikan MBK).

l) MBK yang mengikuti inklusif separa perlu mempunyai dokumen RPI yang disediakan oleh
guru pendidikan khas (rujuk Garis Panduan Penyediaan RPI).

m) PKPK/ guru pendamping menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali.

9.4.13 : Laporan Perkembangan Prestasi MBK PPI

Perkembangan prestasi MBK dalam PPI perlu direkodkan bagi memastikan murid
mendapat manfaat yang optimum daripada PPI yang diikuti. Borang yang boleh
digunakan untuk menyediakan laporan adalah seperti yang berikut:

i) Borang Laporan Perkembangan Prestasi MBK yang boleh disediakan secara mingguan/
bulanan mengikut keperluan MBK dengan menggunakan borang Laporan
Perkembangan Prestasi MBK (PPI/MH/2018/LPPMBK/16).

ii) Borang Analisis Pencapaian MBK yang disediakan oleh guru pendamping enam (6)
bulan sekali bagi MBK PPKI yang mengikuti PPI. Borang Analisis Pencapaian Murid PPI
(PPI/MH/2018/APM/18)

iii) Laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada PKPK/ PKP sebagai rekod dan
disimpan di dalam fail sebagai rekod; dan

iv) Perkembangan prestasi MBK yang mengikuti PPI boleh dibincangkan dari semasa ke
semasa atau dibincangkan semasa mesyuarat JPKS.

233

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.4.14 : Perekodan Data MBK PPI

Data MBK PPI perlu direkodkan dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
supaya data MBK yang berada di PPI boleh diperoleh pada bila-bila masa secara dalam
talian.

MBK Inklusif Penuh

A) MBK mengikuti sepenuhnya PdP di kelas arus perdana bersama- sama murid arus
perdana di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

B) Nama MBK didaftar di kelas arus perdana (kelas inklusif) dalam APDM sebagai inklusif
penuh.

c) Guru perlu memastikan maklumat MBK dalam sistem APDM sentiasa dikemas kini.

MBK Inklusif Separa

A) Hanya MBK di PPKI sahaja yang mengikuti inklusif separa di sekolah- sekolah yang
mempunyai PPKI.

B) Nama MBK didaftar di kelas PPKI dan ditandakan sebagai inklusif separa dalam APDM.

C) Belajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran seperti bahasa Inggeris, bahasa
Malaysia atau mana-mana pelajaran lain.

D) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum bersama-sama murid arus perdana secara berjadual.

9.4.15 : Pentaksiran

MBK yang mengikuti PPI secara inklusif separa atau inklusif penuh juga perlu mengikuti
pentaksiran sama seperti murid arus perdana. Terdapat dua (2) komponen pentaksiran,
iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )

Pentaksiran yang dilakukan secara terus semasa di dalam bilik darjah dan boleh berlaku
dalam pelbagai bentuk seperti pemerhatian, lisan dan hasil kerja murid. Pentaksiran ini
boleh dimanfaatkan oleh pentadbir, guru, ibu bapa dan murid.

Prinsip pentaksiran adalah seperti yang berikut:

i) Dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);

ii) Dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah ditetapkan;

iii) Dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh persekolahan;

iv) Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan murid dan
berasaskan kaedah saintifik:

234

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
a) Berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid;
b) Kaedah pentaksiran merupakan pemerhatian secara berterusan dan penilaian hasil
kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan;
c) Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan yang dibuat sah dan sahih;
dan
d) Dokumentasi pentaksiran perlu dilaksanakan secara sistematik. Rekod pentaksiran
contohnya senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan, persampelan
masa dan persampelan peristiwa;
v) Dijalankan dengan penuh beretika dan mengambil kira hak asasi murid;
vi) Guru perlu merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan
melaporkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan
DSKP; dan
vii) Berikut adalah carta alir pelaksanaan PBD :

235

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

Pentaksiran Pusat ( PP)

MBK di kelas inklusif penuh layak mengikuti Pentaksiran Pusat (PP). MBK yang mengikuti
inklusif separa akan mengikuti Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Perkara ini
merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998: Kebenaran Murid-murid Menduduki
Peperiksaan Awam yang menyatakan bahawa:

MBK perlu didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) dalam peperiksaan awam
bagi mendapatkan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang diperuntukkan
oleh Lembaga Peperiksaan (LP) berdasarkan Panduan Pengurusan Peperiksaan bagi CBK.

MBK inklusif separa yang belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran
akademik atau aktiviti kokurikulum juga menjalani pentaksiran dan penilaian sama seperti
murid di arus perdana. MBK mengambil pentaksiran alternatif seperti yang sedia ada
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 Tahun 2016: Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) Murid Berkeperluan Khas Mulai Tahun 2016).

9.4.16 : Peranan dan Tanggungjawab

a) Guru Besar
 Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.
 Merancang, menubuhkan dan mempengerusikan JPKS.
 Mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti PPI secara
inklusif separa atau inklusif penuh mengikut peraturan kewangan dan kelulusan
kewangan semasa (berdasarkan peraturan kewangan yang berkuatkuasa).
 Melantik guru pendamping dalam kalangan guru pendidikan khas.
 Bagi sekolah yang tidak mempunyai PPKI, pentadbir sekolah boleh berbincang
untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada PPKI berhampiran/ PPD/ JPN/ 3PK
atau mendapatkan khidmat sokongan melalui SdK.

b) Penolong Kanan Pendidikan Khas

Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan Penyelia Petang
dalam melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan.
Membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan mesyuarat JPKS.
Mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI.
Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.
Mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan sebagai guru
pendamping.

236

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

Bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam merancang dan menyelaras LDP
kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas.
Merancang dan menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas yang
berperanan sebagai guru pendamping tanpa menambah bilangan waktu
pengajaran sedia ada (*mengikut peraturan semasa).
Bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam menjalankan bimbingan (coaching
and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam PPI.
Menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI yang berkaitan dengan PPI untuk
keperluan JPN/ PPD.
Menyedia dan membentangkan cadangan nama murid, maklumat murid dan
kelas yang terlibat untuk pelaksanaan PPI dalam Mesyuarat JPKS.
Memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan PPI di sekolah didokumenkan.
Memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan.
Melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas inklusif.
Menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan kerjasama guru
arus perdana.
Menyediakan analisis pencapaian MBK di PPI.

c) Setiausaha PPI

 Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, setiausaha PPI perlu dilantik dalam kalangan
guru pendidikan khas.

 Bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan guru
bimbingan dan kauseling atau guru yang menguruskan kebajikan murid.

 Menyediakan urusan surat menyurat JPKS.
 Membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.
 Membantu dokumentasi pelaksanaan PPI.

d) Guru Pendidikan Khas

i) Guru pendidikan khas di sekolah harian biasa yang mempunyai PPKI berperanan
sebagai guru pendamping kepada MBK di kelas inklusif. Guru pendidikan khas boleh
berperanan sebagai guru pendamping berdasarkan keperluan MBK di PPI yang mengikuti
inklusif separaatau penuh. Guru pendamping hendaklah dilantik oleh pentadbir sekolah.

ii) Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:

 Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-masing yang berpotensi untuk
diinklusifkan;

 Mentadbir SSKI berdasarkan panduan yang disediakan;
 Melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan SSKI dan menyediakan

senarai nama MBK yang ‘bersedia’, ‘kurang bersedia’ dan ‘tidak bersedia’ untuk
dinklusifkan;
 Melaksanakan PBS kepada MBK yang “bersedia”;
 Merujuk MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai disiplin (MDT);

237

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

 Melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi setiap MBK
yang bersedia; dan

 Guru melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan menetapkan
perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga;

 Mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh MBK di PPI.
 Membimbing dan membantu MBK semasa PdP.
 Menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan.
 Membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama menjayakan

PdP menggunakan pendekatan pengajaran bersama (team teaching/ co-
teaching dan lain-lain).
 Memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI.

e) Guru Arus Perdana

i) Guru Mata Pelajaran yang mengajar kelas inklusif

 Menjadi ahli JPKS;
 Menerima kehadiran MBK di kelas inklusif;
 Bekerjasama dengan guru yang diberi peranan sebagai guru pendamping dalam

merancang RPH berpandukan kurikulum kebangsaan;
 Melaksanakan PdP dengan menggunakan BBB atau mengubah suai BBB mengikut

keperluan MBK;
 Bekerjasama dengan guru yang diberikan peranan sebagai guru pendamping

untuk menjaga kebajikan MBK;
 Melaporkan perkembangan dan pencapaian MBK;
 Meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan; dan
 Bekerjasama dengan guru kelas dan guru pendidikan khas bagi membuat

pemilihan rakan inklusif untuk MBK di PPI.

ii) Guru Kelas

 Menjadi ahli JPKS;
 Mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti elaun MBK, Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) dan yang berkaitan;
 Merekod kehadiran MK di PPI;
 Memastikan kebajikan MBK dijaga;
 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi membantu MBK didaftarkan

sebagai calon berkeperluan khas (CBK);
 Menyediakan laporan prestasi MBK; dan bekerjasama dengan guru mata pelajaran

dan guru pendidikan khas bagi membuat pemilihan rakan inklusif untuk MBK di PPI.

iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling

Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan ibu bapa/
penjaga mereka;

238

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

Menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK;
Bekerjasama dengan guru arus perdana/ guru pendidikan khas untuk menjaga
kebajikan MBK;
Merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus perdana/ guru
pendidikan khas untuk MBK; dan
Merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus perdana/ guru
pendidikan khas untuk program kesedaran berkaitan pendidikan inklusif.

iv) Guru Disiplin

o Bekerjasama dengan guru pendidikan khas dan guru bimbingan dan kauseling
berkaitan masalah tingkah laku MBK; dan

o Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan disiplin bagi murid yang terlibat.

v) Guru Pemulihan Khas

 Mengenal pasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas bagi ditempatkan
dalam PPI.

 Sekiranya MBK ditempatkan dikelas pemulihan guru pemulihan khas perlu
mengenal pasti MBK yang bersedia ditempatkan ke PPI.

vi) Guru Penyelaras SPBT Sekolah

 Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT MBK.

9.4.17 : Pembantu Pengurusan Murid

 Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa mengikut
keperluan; dan

 membantu menyediakan keperluan MBK di inklusif penuh/ dan atau inklusif separa.

9.4.18 : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

 YDP PIBG menjadi ahli JPKS;
 meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang berkepentingan

dengan sekolah dalam pelaksanaan PPI;
 menyebar luas maklumat berkaitan PPI kepada masyarakat setempat;
 meningkatkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam PPI;
 membantu pihak sekolah merancang aktiviti PPI yang boleh melibatkan pihak-

pihak yang berkepentingan secara aktif dan berkesan; dan
 melaksanakan Sukarelawan dalam Kelas (SdK) khususnya untuk membantu MBK di

PPI.

9.4.19 : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)

239

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

i) JPKS ditubuhkan di semua sekolah yang mempunyai MBK.
ii) Fungsi JPKS adalah seperti yang berikut:

 mengurus dan menyediakan sokongan kepada MBK;
 merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI;
 mencadangkan kelas yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid;
 bertindak sebagai panel rayuan; dan
 melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat.
iii) JPKS hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun atau pada bila-
bila masa mengikut keperluan.
iv) Pengerusi jawatankuasa ialah PGB sekolah. Pentadbir sekolah dan Penyelaras PPI perlu
hadir bersama dan sekurang-kurangnya lima (5) daripada ahli-ahli yang lain, iaitu:
a) Penolong Kanan Pentadbiran
b) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c) Penolong Kanan Kokurikulum
d) Penolong Kanan Pendidikan Khas
e) Setiausaha PPI
f) Guru Disiplin
g) Guru Bimbingan dan Kaunseling
h) Guru Pemulihan Khas (bagi sekolah rendah)
i) Wakil Guru Arus Perdana
j) Wakil Guru Pendidikan Khas (bagi sekolah harian dengan PPKI)
k) Guru Pendamping
l) Pembantu Pengurusan Murid
m) Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (YDP PIBG)/ Wakil

240

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
241

AGIHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODEL HOL

BIL PERKARA JAN FEB MAC APR M

1 Pemilihan MBK

2 Pentaksiran PBS PPI

3 Penempatan MBK ke Kelas Inklusif

4 Persetujuan Ibu bapa

5 Program TransisidariPPKI ke PPI

6 Pengurusan MBK PPKI ke kelas
Inklusif

7 Tempoh percubaan 3 bulan

8 PDPC Kelas Inklusif

24

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

LISTIK) MBK

MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS

42

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
243

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
244

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
245

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
246

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

9.5 : PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA MBK DI SEKOLAH MENENGAH
Program Transisi ke Kerjaya MBK merupakan program pembangunan kemahiran dan
pembangunan sokongan MBK yang dilaksanakan dari tingkatan satu hingga tingkatana
lima. Program ini memberi sokongan psikologi, emosi dan minda untuk membantu MBK
menyesuaikan diri dengan persekitaran, individu dan komuniti di sekolah, keluarga, tempat
latihan dan tempat kerja. Program ini juga bertujuan menyedia dan menyokong proses
transisi MBK kea rah menempuh alam pekerjaan dan alam dewasa termasuklah aspek
kekeluargaan, sosial kemasyarakatan dan rekreasi berdasarkan keupayaan, kekuatan,
minat dan potensi MBK setelah tamat persekolahan.
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bilangan 3/2019 pada 20 Februari 2019, telah
meluluskan pelaksanaan Program Transisi Ke Kerjaya MBK di Sekolah Menengah KPM. Garis
Panduan Program Transisi ke Kerjaya MBK merupakan rujukan untuk pelaksanaan program
tersebut mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) dan peraturan – peraturan
pendidikan berkaitan serta Akta Kanak – kanak dan Orang Muda ( Pekerjaan ) 1996 ( Akta
350 ).
Garis panduan ini boleh dimuat turun menerusi laman sesawang KPM di www.moe.gov.my
Model transisi ke kerjaya MBK memberi penekanan kepada enam komponen iaitu :

 Kemahiran Kehidupan : Tingkatan satu
 Kemahiran Advokasi Diri : Tingkatan dua
 Kemahiran Membudayakan Kehidupan Kedewasaan : Tingkatan tiga dan lima
 Kemahiran Kerjaya : Tingkatan empat dan lima
 Kesediaan Kerjaya : Tingkatan tiga, empat dan lima
 Pembangunan sokongan di tempat kerja : Tingkatan empat dan lima
Objektif Transisi ke Kerjaya
Setelah mengikuti program transisi ke kerjaya , MBK dapat :
 Menguasai enam komponen model trasisi ke kerjaya yang diterapkan dalam

pengajaran dan pembelajarn.

247

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
 Membina keyakinan diri dan bersikap positif
 Memperoleh pengalaman sebenar bekerja
 Mempraktikkan kemahiran yang telah diperolehi

248

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

SEJARAH RINGKAS PPKI

PPKI SK Berapit dibuka pada tahun 2005. Penyelaras pertama bernama Puan Rohayati binti
Abd Malik. Jumlah guru adalah seramai 2 orang. Seorang pembantu pengurusan murid
telah melapor diri pada tahun 2007 untuk bertugas di PPKI. Jumlah murid yang mendaftar
adalah seramai 7 orang sahaja.
Program Pendidikan Khas telah mengambil alih kelas makmal sains untuk dijadikan kelas.
Hanya satu kelas pembelajaran beroperasi ketika itu. Namun sehingga kini, terdapat 4
kelas telah beroperasi di Program PPKI.
Tahun 2017, PPKI SK Berapit telah menerima seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas.
Perjawatan tersebut diluluskan kerana PPKI SK Berapit telah memenuhi syarat perjawatan
iaitu 4 kelas dan murid telah melebihi 24 orang ke atas.
Kini PPKI SK Berapit mempunyai 6 orang guru, 3 orang PPM. Jumlah murid adalah seramai
27 orang pada tahun 2020 yang mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran.

PPKI SK BERAPIT

249

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

VISI PPKI SK BERAPIT

PENDIDIKAN BERKUALITI MEMBENTUK INSAN ISTIMEWA KE ARAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK DAN SAHSIAH SEIRING DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI PPKI SK BERAPIT

MEMBENTUK MODAL INSAN BERKEPERLUAN KHAS YANG CEMERLANG DAN BERJAYA
DALAM HIDUP SERTA DAPAT MEMBERI SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN

NEGARA

MOTO PPKI SK BERAPIT

MENDIDIK DAN MEMBIMBING KE ARAH KECEMERLANGAN KERANA DIRIMU BEGITU
ISTIMEWA

PPKI SK BERAPIT

250

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

MAKLUMAT GURU DAN PPM

LELAKI PKPK GURU PPM JUMLAH
PEREMPUAN 1 1 3 2
5 8

SENARAI NAMA GURU DAN PPM

BIL NAMA GURU GRED
1. Rafiah binti Mohamed @ Mukhtar DG 44
2. Razita binti Husin DG 44
3. Mahani binti Mat Zain DG 34
4. Norizan binti Abdullah DG 42
5. Mohd Zabidi bin Manan DG 44
6. Nor Fadhila binti Ismail DG 44
Bil NAMA PPM GRED
1. Rosmeza binti Ismail N19
2. Norashikin binti Ramli N19
3. Izza Afifah binti Mohamad Jamel N 19

SENARAI NAMA GURU KELAS

KPKP 1 KPKP 2 KPKP 3 KPKP 4
Mahani binti Mat Norizan binti Razita binti Husin Nor Fadhila binti Ismail
Zain Abdullah

251

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021
252

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

JAWATANKUASA PENTADBIRAN & PENGURUSAN PPKI SK BERAPIT

SETIAUSAHA PPKI : Rafidah binti Mohamed & Mukhtar

PENYELARAS PROGRAM

1. JPPKS Rafidah binti Mohamed @ Mukhtar

2. Mesyuarat Guru Rafidah binti Mohamed @ Mukhtar
3. Mesyuarat Permuafakatan Guru & Waris Rafidah binti Mohamed @ Mukhtar

4. Pengurusan dan Akaun Razita binti Husin

5. Kurikulum Mahani binti Mat Zain

6. Hal Ehwal Murid Norizan binti Abdullah

7. Kokurikulum Mohd Zabidi bin Manan

8. Program / Aktiviti Nor Fadhila bin Ismail

9. SKPMg2 Razita binti Husin

10. Kemasukkan Murid Baru Rafidah binti Mohamed @ Mukhtar
11. Projek Kebitaraan Pertanian Bandar Mohd Zabidi bin Manan

12. Dokumentasi Izza Affifah binti Mohamad Jamel

13. Aset, Inventeri & Stok Rosmeza binti Ismail

14. Surat / Sijil / Fail Norasyikin binti Ramli

Pembantu SU PPKI : Norasyikin binti Ramli

253

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SETIAUSAHA PPKI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Menyediakan dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat bersama dengan
minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

2. Menjadi perantaraan antara Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dengan
guru – guru dan pembantu pengurusan murid

3. Menjalankan tanggungjawab sebagai ketua apabila Guru Penolong Kanan
tiada di sekolah.

4. Menyediakan surat – surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas dibantu oleh
pembantu pengurusan murid

5. Mendokumentasikan laporan segala aktiviti – aktiviti kelas pendidikan khas pada
akhir tahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing - masing dan Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

6. Mengemaskini fail minit mesyuarat iaitu minit mesyuarat JPPKS dan minit
mesyuarat guru PPKI dari semasa ke semasa.

7. Memaklumkan segala aktiviti dan perjalanan program serta lawatan daripada
pihak luar kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

8. Menyelaras carta organisasi program dan papan kenyataan program
pendidikan khas, dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

9. Menyelaras jadual guru bertugas mingguan dan memastikan buku bertugas
mingguan sentiasa dikemaskini setiap hari khamis dan diserahkan kepada GPK
Pendidikan Khas untuk disemak.

10. Menyelaras perjalanan relief di kelas pendidikan khas.

11. Menyelaras Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan Unit
Panitia Matapelaran dan serah kepada GPK Pendidikan Khas akhir bulan
Februari.

12. Menyelaras segala program di bawah tanggungjawab Setiausaha PPKI

13. Menyelaras kemasukkan murid baru ke Program Pendidikan Khas bersama
dengan Setiausaha HEM.

14. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti di
dalam unit pentadbiran dan pengurusan

15. Menyelaras perkara berkaitan dengan asset, inventori & stok, Surat, sijil dan fail.

16. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

254

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

BENDAHARI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa, penjaga atau penderma lain.

2. Menyemak dan menyediakan penyata kewangan pada penghujung setiap
bulan dan menyerahkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk di
semak dan disahkan.

3. Mengumpul dan menyediakan penyata kewangan duit jualan hasil pertanian
Rumah Hijau.

4. Membuat salinan penyata kewangan dan difailkan mengikut bulanan.

5. Menyediakan penyata kewangan untuk dibentangkan di dalam Perjumpaan
Majlis Permuafakatan Guru & Waris Pendidikan Khas dan JPPKS.

6. Wakil guru pendidikan khas dalam Unit Kewangan sekolah.

7. Membentang kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap
mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah, mesyuarat guru, dan
mesyuarat Majlis Permuafakatan Guru & Waris.

8. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

JAWATANKUASA KURIKULUM PPKI SK BERAPIT

SETIAUSAHA : Mahani binti Mat Zain

PENYELARAS PROGRAM

1. Jadual Waktu Mahani binti Mat Zain

2. Program Pendidikan Inklusif Rafidah binti Mohamed @ Mukhtar

3. PBS Nor Fadhila binti Ismail

4. Rancangan Pendidikan Individu Razita binti Husin

5. PASR Norizan binti Abdullah

6. Panitia Matapelajaran Mohd Zabidi bin Manan

255

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

7. PAK 21 Norizan binti Abdullah
8. PLC Mohd Zabidi bin Manan
9. Peperiksaan / ICT Nor Fadhila binti Ismail
10. TS25 Mahani binti Mat Zain
11. Google Classroom Razita binti Husin
12. Highly Immersive Programme ( HIP ) Nor Fadhila bin Ismail

Pembantu Kurikulum : Izza Afifah binti Mohammad Jamel

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SETIAUSAHA KURIKULUM

1. Tanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid
di sekolah supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua
bidang yang ada di sekolah.

2. Menyelaras buku diari kelas, dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

3. Memastikan Pdpc yang diajar mengikut dokumen standard.

4. Memastikan Jadual Waktu kelas, Jadual Peribadi guru dan Jadual Induk siap
dicetak dan disimpan di dalam fail dan dilekatkan di dalam kelas.

5. Memastikan semua program dan aktiviti di dalam OPPM dijalankan mengikut
masa yang ditetapkan.

6. Merancang dan memastikan perjalanan program panitia bersama setiausaha
panitia.

7. Ketua pelaksana Perancangan Strategik Pendidikan Khas bersama guru – guru di
bawah unit panitia pendidikan khas.

8. Membincang dan menilai prestasi murid dalam akademik dan langkah – langkah
untuk memperbaikinya.

9. Mengadakan kelas pemulihan dan bimbingan.

256

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

10. Merancang dan mengelolakan kursus – kursus in – house training untuk semua
guru.

11. Memastikan DSKP setiap matapelajaran telah diprint dan difailkan, dengan
bantuan pembantu pengurusan murid.

12. Berusaha untuk memperbanyakkan bahan – bahan sumber pendidikan di kelas
pendidikan khas.

13. Penyelaras latihan – latihan murid.
14. Memberi panduan kepada guru – guru mata pelajaran.
15. Wakil guru pendidikan khas dalam Unit Kurikulum sekolah.
16. Menyediakan senarai penghantaran buku latihan untuk disemak mengikut jadual

semakan.
17. Menjadi pembimbing kepada guru aliran perdana yang mengajar di kelas

pendidikan khas.
18. Membantu dan membimbing dalam latihan guru baru dan pelatih baru di kelas

pendidikan khas.
19. Memastikan semua modul pembelajaran dan BBM dan ABM disediakan dan

disimpan semula setelah digunakan. Membuat buku rekod kegunaan.
20. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti di

dalam unit kurikulum.
21. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PENYELARAS JADUAL WAKTU

1. Membantu dan berbincang dengan GPK dalam menyediakan jadual waktu
kelas

2. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru
3. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
4. Menyediakan jadual waktu persendirian dan jadual waktu induk.
5. Bersedia membuat pindaan dan jadual waktu baru mengikut keperluan semasa
6. Satu salinan perlu disediakan untuk pengesahan Guru Besar dan GPK Pendidikan

Khas.

257

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

7. Salinan yang telah disahkan perlu diserahkan kepada Guru Besar , GPK
Pentadbiran, GPK Pendidikan Khas, Guru Kelas, semua guru dan waris.

8. Salinan tersebut perlu diberikan kepada GPK, guru kelas, waris dan disimpan di
dalam fail.

9. Membuat agihan jadual waktu kelas, jadual waktu persendirin seminggu
sebelum kelas bermula.

10. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Membantu GPK memberi taklimat kepada warga sekolah, murid yang terlibat
dengan program inklusif tahun semasa, dan waris murid yang terlibat dengan PPI.

2. Mengemaskinikan fail – fail program inklusif / holistik sebelum program inklusif
berjalan pada bulan Februari dengan maklumat dan data terkini.

3. Menyediakan surat, pamplet, brosur yang berkaitan dengan program pendidikan
inklusif seperti surat JPKS, surat kebenaran waris dan lain – lain keperluan.

4. Membantu GPK menyediakan takwim tahunan PPI.

5. Membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang ditetapkan.

6. Memaklumkan kepada guru SPBT bilangan MBK PPI separa dan penuh agar
kemudahan asas dapat dijalankan.

7. Membuat unjuran kemasukan MBK ke program Pendidikan Inklusif.

8. Membuat borang kehadiran murid inklusif dan ditanda kehadiran setiap minggu.
Pastikan borang tersebut ditandatangani oleh GPK Pendidikan Khas pada akhir
setiap bulan dan disahkan oleh Tuan Guru Besar.

9. Memilih murid yang terlibat dengan PPI mengikut peratus KPI terkini yang telah
ditetapkan oleh JPN.

10. Membuat pelaporan terkini semasa mesyuarat JPPKS, mesyuarat guru sekolah
dan PPKI.

11. Memastikan nama – nama murid yang terpilih dilabelkan dalam sistem APDM
sebelum bulan Februari.

12. Menjadi pembimbing dan penasihat kepada guru aliran perdana yang terlibat
dengan program PPI.

258

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

13. Menyediakan jadual waktu PPI dan DSKP matapelajaran yang terpilih tahun
semasa.

14. Memastikan program pendidikan inklusif berjalan pada minggu ditetapkan di
dalam takwim hingga minggu akhir pdpc.

15. Pastikan kedudukan kelas inklusif sesuai dengan keadaan diri murid yang terlibat
dengan PPI.

16. Pastikan kelengkapan seperti meja dan kerusi di dalam kelas di sediakan
sepenuhnya sebelum kelas bermula.

17. Pastikan guru pendamping PPI menjalankan tugas pada setiap kelas.
18. Pastikan pembantu pembatu pengurusan murid menghantar dan mengambil

murid inklusif sebelum dan selepas kelas inklusif.
19. Menghadiri taklimat PPI tahun semasa dan membuat hebahan di sekolah.
20. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti.
21. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PENYELARAS RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

1. Menyediakan takwim tahunan RPI
2. Menyelaras segala kerja berkaitan dengan RPI.
3. Mengemaskini fail RPI dengan maklumat terkini mengikut tahun semasa.
4. Membuat pengagihan kumpulan guru dan murid bagi RPI tahun semasa sebelum

sesi pertama RPI tahun semasa.
5. Memastikan sidang RPI dan pelaksanaan RPI berjalan seperti yang dijadualkan

iaitu sesi 1: Mac – Jun, Sesi 2: Ogos – Oktober iaitu 2 kali setahun.
6. Menyediakan tarikh sidang 1 dan 2 dan persediaan untuk perjumpaan sidang.
7. Memastikan dokumen pelaporan RPI dikemaskini.
8. Memastikan RPI dijalankan mengikut topik dan isu yang telah dipersetujui oleh

pihak waris.
9. Menyediakan dokumen rpi dan intervensi untuk agihan kepada pencatat rpi.

259

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

10. Menghadiri taklimat RPI tahun semasa dan membuat hebahan di sekolah
11. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti.
12. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PENYELARAS PBS

1. Menyediakan takwim tahunan PBS.
2. Menyelaras Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah pada bulan Mei dan Oktober
3. Mengemaskini semua data yang berkaitan dengan PBS
4. Menyediakan template pentaksiran PBD yang terkini untuk diisi oleh guru.
5. Menetapkan tarikh 2 kali setahun untuk penyerahan pentaksiran PBD
6. Menyediakan laporan pentaksiran PBD 2 kali setahun untuk pengesahan GPK

Pendidikan Khas dan Guru Besar.
7. Menyediakan 2 analisi pentaksiran PBD untuk disemak oleh GPK Pendidikan Khas

dan Guru Besar.
8. Mengemaskini fail PBS dengan maklumat terkini mengikut tahun semasa.
9. Mengemaskini dan mengisi sistem PAJSK mengikut tarikh semasa melalui

makluman GPK Kokurikulum.
10. Menghadiri taklimat PBS tahun semasa dan membuat hebahan di sekolah
11. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti.
12. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PENYELARAS PASR

1. Menyediakan takwim tahunan PASR.
2. Menentukan jumlah murid yang layak menduduki PASR tahun semasa mengikut

syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

260

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

3. Bekerjasama dengan Setiausaha Kurikulum dan guru kelas dalam menyediakan
calon PASR.

4. Menghadiri taklimat PASR tahun semasa dan membuat hebahan di sekolah.
5. Menyediakan instrument PASR.
6. Menyediakan senarai nama guru yang dicalonkan untuk pelaksanaan PASR tahun

semasa mengikut matapelajaran.
7. Menyediakan pelaporan PASR mengikut format yang disediakan oleh LPM/ KPM
8. Membuat sesi perjumpaan dengan waris murid yang mengambil PASR tahun

semasa
.
9. Memaklumkan maklumat terkini kepada pihak sekolah dan waris.
10. Mengemaskini dan menyediakan salinan keputusan PASR untuk pihak sekolah dan
murid.
11. Memastikan one page report disediakan dalam semua program dan aktiviti
berkaitan PASR.
12. Dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

PENYELARAS PANITIA MATAPELAJARAN

1. Menyediakan takwim tahunan Panitia Matapelajaran
2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kurikulum dalam pelaksanaan program dan

aktiviti panitia.
3. Menyediakan jadual kumpulan matapelajaran mengikut kekuatan guru.
4. Menyelaras dan memastikan pelaksanakan program dan aktiviti dalam OPPM

Kurikulum.
5. Membantu guru – guru dalam menyediakan kertas kerja program panitia

matapelajaran.
6. Bekerjasama dengan guru – guru matapelajaran dalam menyediakan bajet

kewangan mengikut matapelajaran pada tahun semasa.
7. Mengemaskini fail – fail panitia matapelajaran.

261

MANUAL PENGURUSAN SK BERAPIT TAHUN 2021

8. Menyediakan one page report semua program dan aktiviti panitia
matapelajaran.

9. Dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

PENYELARAS PAK – 21

1. Pelaksanaan pembelajaran Abad ke 21
2. Penggunaan ICT dalam Pembelajaran dalam kelas.
3. Susun atur meja murid mengikut ciri pembelajaran Abad ke 21
4. Memastikan wujud sudut pembelajaran Abad ke 21
5. Pelaksanaan penulisan RPH Abad ke 21
6. Menyediakan one page report semua program dan aktiviti berkaitan PAK 21.
7. Dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

PENYELARAS PLC

1. Memastikan pelaksanaan PLC pada setiap hari selasa selepas kelas tamat
selamat sejam.

2. Menyediakan tajuk perbincangan PLC yang menjurus kepada penambahbaikan
pengajaran dan pembelajaran.

3. Melaksanakan PLC dalam 4 aktiviti iaitu lesson study, peer coaching, learning walk
dan teacher sharing sessions.

4. Menyediakan one page report perjumpaan PLC yang merangkumi pelan
tindakan, membuang perancangan, dan tindakan susulan.

5. Dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

262


Click to View FlipBook Version