2005 - 2015
The Journey – Life, Hope & Educatioan
Cari ikan sungainya bersih,
Anak keli main di jeti;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.
Di dalam puan si bunga raya,
Bersama selasih dibawa ke pekan;
Kunjungan puan besar maknanya,
Terima kasih kami ucapkan.
Sirih pinang di dalam hutan,
Untuk hidangan di tengah taman;
Tak akan hilang pesanmu puan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Anak Cina mengail ikan,
Mengail ikan di Tanjung Berangan;
Sekalung penghargaan kami berikan,
Amanat puan jadi pegangan.
Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup
pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah
panjangnya.
Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh
hidupku
betapa dalam kegelapan
maya
engkau perkenalkan daku
dengannya
suria dan bintang
cakerawala
sehingga seluruh jagatraya
ini
tiba-tiba menjadi milikku
Di sawah padi banyak ikan,
Ikan haruan ikan keli;
Sekalung budi kami ucapkan,
Jasa puan amat dihargai.
Kegagalan dalam kemuliaan adalah lebih
baik daripada kejayaan dalam kehinaan
Di dalam hutan ada berangan,
Diambil Rahim sama keladi;
Datangmu tuan merapatkan hubungan,
Moga silaturahim kekal abadi.
Kegagalan dalam kemuliaan adalah lebih
baik daripada kejayaan dalam kehinaan
Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan-kawan;
Berbuat baik walau sedikit,
Tetap dikenang jasa mu puan.
Guru pendidik bangsa
Membentuk nusa
Membela agama
Membangunankan negara
Anak ayam di padang rumput,
Di padang rumput disambar helang;
Sumbangan puan tak akan luput,
Di dalam hati tak akan hilang.
Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati puan kerana budi.
Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati puan kerana budi.
Tuk Batin mengait kelapa,
Hendak dijual bulan puasa;
Tuan miskin tidak mengapa,
Asalkan pandai berbudi bahasa.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
Itu nama kenang-kenangan.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Tabir-tabir kayu dilintang,
Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
Syukur mendapat orang berbudi
Sudah reka baru dikarang,
Ikan di laut ibarat bakorang;
Dari dulu hingga sekarang,
Budi puan diingatkan orang.
Sayang muara tidak berbukit,
Banyak bukit di batu karang;
Budimu puan bukan sedikit,
Dari dulu hingga sekarang.
Pokok pauh tepi permatang,
Pokok pandan di birai perigi;
Dari jauh hamba nan datang,
Mendengar puan yang baik budi.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Pasang air Tanjung Simasta,
Pasang tidak bertenang lagi;
Budi puan lekat di mata,
Makan tidak kenyang lagi.
Kembang di taman
Selain wangi yang dirasa
Subur memisteri sunyi.
Tak ada lain
Hanya ingin kuberimu
Sepi sutera dan indah desir.
Kasturi mewangi
Menjelaskan ruang sunyi
Tak ada lagi sendiri.
Jasamu tak akan luput
Dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di
sudut hati
Tiap sepatah katamu
mengisi erti
tiap madahmu
mengandungi hikmat
pembentuk peribadi
penegak kebenaran
pengatur hidup
sebagai petunjuk
kebahagiaan.
Pohon mawar subur di paya,
Ambil bunganya untuk disemat;
Sumbangan puan besar maknanya,
Semoga Allah limpahkan rahmat.
Ke Tanjung Katung mencari palas,
Palas hutan subur di titi;
Budi puan tidak terbalas,
Akan di bawa sehingga mati.
Padi ditabur ditepi hutan,
Warna kekuningan umpama emas;
Budi ditabur jadi sebutan,
Dalam kenangan tersimpan kemas.
Program
Gunung Kinabalu
Selama matahari bersinar,
Selama kita terus berjuang,
Selama kita bersatu padu,
Jayalah perjuangan bonda.
Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu
Ke pasar lama membeli serai,
Singgah bertanya datuk menteri;
Kalau kalian orang yang pandai,
Siapa yang wajib kita cintai.
Anaklah bilal dari mentakab,
Pergi ke Johor buat kenduri;
Soal kalian mudah dijawab,
Hajah Masni Madat sentiasa dicintai.
Majlis Makan Malam
Konveksyen 2007
Potret masa lalu
Hijab memudah payahku
Mencari formula diri
Masa lalu taman wangi
Bermain melerai helaian
Hijab yang mula tersingkap
Melihat sebuah malam
Menelajah sebuah
pengembaraan
Melayari sebuah perjalanan.
MAJLIS MAKAN MALAM 1001 KENANGAN
MALAM 1001
KENANGAN 2008
Ke Tanjung Katung mencari palas,
Palas hutan subur di titi;
Budi puan tidak terbalas,
Akan di bawa sehingga mati.
Meski alam kita berbeza
Tanggungjawab tak mungkin ratap
Atau mengharap ada ketawa
di wajah.
Ini kemerdekaan bersama
Demokrasi juga mengikat
wibawa
Menjanjikan jasa dan kelana
kedudukanmu.
ANUGERAH PERMATA
2011
MALAM MESRA KPLI 2010
Di tepi kali pokok delima,
Ambil buahnya di dalam raga,
Setahun sekali kita bersama,
Bergembira bersama tercinta.
MAJLIS PERASMIAN IPG KAMPUS TAWAU
Pohon pandan di tepi paya,
Banyak ditanam di tepi jalan;
Jasamu puan besar maknanya,
Buat sirna suluh berjalan.
Hanya bara mensalju
Santun zikir menghijab kalbu
Menyembunyikan segala haru
Dalam debar menangkap seru
Hampir diri kepadamu
Dekat diri mengenalmu
Pada diri memilihmu
PERTANDINGAN ABUSKUS & ARIMETRIK
ANTARA IPG
Pagi-pagi menanam selasih,
Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
Kerana puan baik budi.
Pasukan Koir IPG