The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2020-07-01 21:43:16

Biografi Hajah Masni - Life, Hope & Education

Satu Dekad Bersama IPGK Tawau
(2005 - 2015)

Pergi menjamu di pekan Nilai,
Sambil mata menjamu kain,

Kasih agungmu sangat bernilai,
Takkan sama kasih yang lain.

Padi perak berdaun suasa,
Buahnya mengurai emas merah;

Sudah berbudi lagi berbahasa,
Itulah tanda bistari bertuah.



Pisang berangan tumbuh sebatang,
Buahnya sarat masak setandan;

Budi puan kami tatang,
Selagi hayat dikandung badan.

Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;

Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya



Manis sungguh buah kelubi,
Mari dibungkus dengan kertas;

Pandai sungguh puan berbudi,
Garam tak masin, lada tak pedas.













Kapal berlayar sarat muatan,
Nelayan di laut sedang memukat;

Biar jauh seberang lautan,
Kerana budi terasa dekat.

Kait kelapa kukur kelapa,
Kupas ubi buat pengat;

Hendak kulupa tak terlupa,
Kerana budi sudah terpahat.









Kain pelipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan;

Sepatah nasihat ilmu berguna,
Secubit budi jadi kenangan.





Pondok tua di sawah padi,
Di tepinya subur pohon berangan;

Terima kasih daun keladi,
Bakti puan jadi kenangan.





Merah sungguh buah delima,
Rasanya manis bila dimakan;

Huluran puan kami terima,
Sekalung budi kami ucapkan.



Orang Kuantan menanam kelapa,
Tapi saying pucuknya mati;

Budi puan kami tak lupa,
Budi dikenang di dalam hati.

KEM BINA INSAN 2015
SK SERUDONG BARU, TAWAU

Jauh sungguh pergi mandi,
Setapak jalan lewatkan huma;

Berat sungguh menanggung budi,
Seribu tahun takkan lupa.



BICARA SEMARAK BAHASA

Di atas pedati si buah ceri,
Juga selasih telah dialas;

Seikhlas hati puan memberi,
Hanya terima kasih mampu dibalas.



ANNUAL DINNER STAF

Kain prai baju prai,
Pakaian anak raja Yamtuan;

Badan berkecai tulang bercerai,
Tiadalah lupa budimu tuan.

Ragi pulut dalam kati,
Tapai manis dalam kuali;

Selagi hidup dalam pekerti,
Sampailah mati dalam budi.

Burung merpati burung kenari,
Duduk mencelah di pohon palas;

Ikhkas hati puan memberi,
Hanya Allah dapat membalas.

Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang;

Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.



Anak rusa turun bersama,
Turun berenam mencari daun;

Ingatan puan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik keludi;

Dari jauh saya dah datang,
Bertemu tuan yang baik hati.

Bunga teratai ditepi titi,
Buahnya sedap jadi makanan;

Kata-kata puan kami ingati,
Jadi panduan suluh perjalanan.

Jeruk manis dimakan manis,
Manis sekali kulit bijinya;

Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.



Padi ditabur di tepi hutan,
Warna kuningan seperti emas;

Budi ditabur jadi sebutan,
Dalam kenangan tersimpan kemas.









Anak haruan mudik berenam,
Lumba-lumba menyusul tebing;

Sama memecah si hati kuman,
Susah senang sama membimbing.


Click to View FlipBook Version