Anak lembu ditambat orang,
Anak merbah terloncat-loncat;
Bawa ilmu padi di ladang,
Tambah berisi tunduk ke bawah.
Batang kelapa dipotong-potong,
Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat
KAGUM IPGM JUN
2012
KAGUM IPGM JUN
2012
Dua tiga bernama perigi
Batu berlonggak di tepi jalan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
MINGGU INTEGRITI
Guna apa senduduk sebatang,
Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
Bagaikan bulan dipagari bintang.
MAJLIS PENUTUPAN
KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN
MALAYSIA
Orang singgah Kuala Daik
Beli durian dalam perahu
Jikalau sudah emas yang baik
Tak payah diuji orang pun tahu
Orang Daik bertanam bayam
Baik lagi bertanam pegaga
Carik-carik bulu ayam
Lama-lama bercantum juga
PERASMIAN PENUTUPAN MAKROTON
Orang singgah Kuala Daik
Beli durian dalam perahu
Jikalau sudah emas yang baik
Tak payah diuji orang pun tahu
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua
Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenangkenangan
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Tinggi-tinggi pohon jati,
Tempat bermain di manja sayang;
Sungguh tinggi harga budi,
Budi dibalas kasih dan sayang.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
MEMORI TERCIPTA Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Bergetar jiwa dipersada bercahaya Mungkin di sini kita kan terpisah
Pertemuan harapan pertama kalinya Kenangan bersama tiada ku lupa
Bergetar jiwa menghadapi mimpi- Yang terpahit jua termanis
mimpi Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya
Sukar dipercaya pintunya terbuka
Di sini memori tercipta
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita
Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah
Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa
Kenangan bersama tiada ku lupa
Mungkin di sini kita kan terpisah
Mengalun suara sesuri bisikan hati Kenangan bersama (3 kali)
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi- Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Created by;
Dr. Ismail Husin
Mohd Amin Tan Tua