PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
51
52
PERINGKAT IPT (IPGK)
53
54
Memperkasa dan memartabatkan Menjalin hubungan dan kerjasama dengan
profesionalisme ahli di dalam bidangmasing- badan dan pertubuhan lain yang mempunyai
matlamat dan kepentingan yang serupa.
masing dan seterusnya menjadi
contoh/rujukan kepada semua pihak.
FUNGSI MAJLIS TADBIR
Menjadi salah satu institusi yang menggerak, Menjadi salursan rasmi kepada ahli untuk
mengeratkan dan mengukuhkan hubungan bertemu dan berbincang sesama ahli serta
kebajikan, kerjasama dan kesejahteraan dengan pihak pengurusan yang berkaitan.
bekerja sesama ahli.
LATIHAN
55
Sila isi tempat kosong tersebut.
Apakah fungsi majlis tadbir?
_________________________________________________________________________
56
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
Pendaftaran Ahli:
a) Borang Kebenaran Ibu bapa :
• Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi.
b) Borang Ahli
• Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan
kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk
mendapatkan Nombor Pendaftaran.
• Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
• Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang
hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke Ibu
Pejabat PPIM.
Pembahagian ahli Mengikut Pasukan dan Menamakan Kumpulan:
a) Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa
kumpulan.
b) Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c) Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d) Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut format
berikut:
• Pada tahun 1988 Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan ahlinya
seramai 85 orang.
57
LATIHAN
Sila bulatkan “YA“atau “TIDAK“ bagi soalan tersebut.
I. Sebelum mendaftar adakah borang kebenaran ibu bapa perlu di perolehi ?
(YA/TIDAK)
II. Keratan borang ahli perlu di edarkan kepada sekolah setelah di isi oleh pelajar.
(YA/TIDAK)
III. Guru – guru pemimpin dan ahli – ahli tidak beruniform tidak perlu mendaftar
menggunakan Borang Pemohonan Menjadi Ahli.
(YA/TIDAK)
58
KUASA PENGANJUR
Menyelia & Mengawal Kemajuan Unit Ppim Di
Tempatnya.
Salah Seorang Daripada Dua Penurun Tanda Tangan
Rasmi Bagi Akaun Simpanan Atau Semasa Untuk
Unit PPIM Itu.
Meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan
ibu pejabat beruniform Pergerakan Puteri Islam
Malaysia.
Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan
oleh pemimpin PPIM.
Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang
berkaitan dengan unit PPIM di mana perlu.
Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran.
59
LATIHAN
Sila isikan tempat kosong tersebut.
Apakah kuasa penganjur?
__________________________________________________________________
60
PENGERUSI STRUKTUR UNIT PPIM
NAIB Mempengerusikan setiap mesyuarat.
PENGERUSI Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat
SETIAUSAHA adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke
NAIB
SETIAUSAHA semasa.
Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari semasa ke
semasa.
Mengurus surat-menyurat.
Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan.
Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
Berkerjasama dengan Setiausaha.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan
Tahunan dan Penyata Kewangan.
BENDAHARI Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan.
AJK Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan
persatuan.
Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan
audit.
Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa mesyuarat
agung.
Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
61
LATIHAN
Sila isi tempat kosong tersebut.
Berapakah AJK yang terdapat di dalam struktur unit PPIM?
______________________________________________________
PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG
Menyediakan buku Log yang standard dan perlu dibawa pada setiap kali perjumpaan Unit
Beruniform.
(a) KANDUNGAN BUKU LOG/ FOLIO :
i. Biodata / Profil Diri viii. Doa
ii. Falsafah PPIM ix. Lagu Puteri
iii. Matlamat x. Ikrar Puteri
iv. Objektif xi. Suluh Kata
v. Logo xii. Struktur organisasi
vi. Bendera xiii. Catatan / laporan aktiviti
vii. Moto / Cogankata
Buku Penilaian Buku Log Lencana Tahap Sekolah
62
(b) LAPORAN AKTIVITI
Contoh Laporan :
IPG KAMPUS __________________
LAPORAN AKTIVITI GERKO (UNIT BERUNIFORM)
Jenis GERKO : PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Program : ____________
DPLI j-QAF Ambilan : ((Bulan) 20__)
Kumpulan/ Unit : _____
Semester : _____
Nama Pensyarah :
Bil. Tarikh Tajuk/ Kemahiran/ Aktiviti Catatan
1. -Pendaftaran Taklimat Umum telah
disampaikan oleh
-Taaruf Penyelaras Unit
Beruniform di Dataran
-Pelantikan AJK Kerja PPIM GERKO IPG KPI
• Ketua Puteri
• Setiausaha
• Bendahari
• AJK
- Perbincangan Kumpulan
• Nama Kumpulan
• Ketua Kumpulan
-Taklimat ringkas
Kurikulum
Uniform
Peralatan PPIM
Kursus Kepimpinan
Disediakan oleh :
_______________________
Nama : ( huruf besar )
Refleksi :
_________________________________________________________________________
___
_________________________________________________________________________
___
_________________________________________________________________________
___
63
LATIHAN
Terdapat pilihan jawapan A, B, C dan D, sila pilih satu sahaja daripada pilihan jawapan
tersebut.
1. Item yang perlu ada di dalam penulisan catatan / aktiviti adalah
I. Tarikh
II. Tempat
III. Masa
IV. Tahap
V. Aktiviti / catatan
A. I,II&III
B. II,III,IV&V
C. I & II
D. I,II,III,IV&V
64
PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
UNIFOM PUTERI SEKOLAH
MENENGAH
UNIFOM PUTERI PELATIH IPT
65
UNIFOM PEMIMPIN / JURULATIH
66
LATIHAN
Padankan gambar tersebut dengan jenis pakaian yang sesuai.
Baju Puteri
Baju Riadah
Baju Kawad
Baju Pemimpin
67
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN
JABATAN PJK DAN KOKURIKULUM
PANDU PUTERI KADET /PENGAKAP /PUTERI ISLAM/ PBSM/ APM/ KRS
(EKSTRA KOKURIKULUM)
PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PERSATUAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
SESI OGOS 2022 HINGGA DISEMBER 2022
KETUA PENASIHAT : PN ERANA JUMLAH AHLI
BINTI ABD SEMAN
PELAJAR : 39
ORG
PENSYARAH PENASIHAT: 1. PN JUMLAH AHLI
MANORIZA BINTI ABDUL MALEK
PENSYARAH: 2
ORG
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM :
PN AZIBAH BT BAHAROM
TAJUK AKTIVITI: SASARAN
P&P/ Pensyarah KATOGER CATAT
Pelajar I AN
BENGKEL/KURSUS/ TARI TEMPA
BI FORUM/KONFERENS/S KH T Pihak Luar PROGRA
L M
EMINAR
IPGKRM/L
UAR
1. Mesyuarat 10 .
Jawatankuasa Ogos
2022 BAIS XX
2. 12
Simpulan dan Ikatan Ogos BAIS X
BAIS
2022 BAIS X
3. 19 & X
X
Pembinaan Gajet 26
X
Perkhemahan Ogos
2022
4. Pertolongan Cemas 9
(Balutan Anduh) Sept
2022
5. Kawad Kaki Statik dan
Formasi
6. Pengurusan X
Perkhemahan
7. Perkhemahan Wajib 3-6 Kem
MPU3062: Okt PUSAK
KOKURIKULUM O,
2022 Negeri X XX
Sembila
n
8. Khidmat Sukarelawan XX
9. Masakan Rimba X
1 Jahitan dan Sulaman X
0.
1 Amalan Gaya Hidup XX
1. Sihat
68
1 Refleksi dan Penilaian XX
2.
Disediakan oleh :
Tandatangan :
......................................................
Nama : (AZIBAH BINTI
BAHAROM)
69
PERKHEMAHAN
KRAF PERKHEMAHAN
KONSEP KHEMAH
Khemah merupakan tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima. Tempat perlindungan merujuk kepada
sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan sama ada yang diperbuat
daripada kanvas, nilon, dedaun, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu.
Aspek yang penting bagi tempat perlindungan tersebut adalah mampu
memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan
Berkhemah pula ialah merupakan aktiviti menginap di luar bangunan, sama
ada di halaman atau belakang rumah, di dalam hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup pada
ketika suatu masa dahulu. Selain itu, berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup
sama ada secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bererti anda menerima
atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan,
makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan perkhemahan. Aktiviti ini merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad
dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah turut menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar dan
perkhemahan. Dalam kraf perkhemahan, pengetahuan yang baik amatlah penting
dan perlu digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau
pengembaraan.
RASIONAL
- Melatih diri untuk mejadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran
alam semula jadi dan habitatnya.
- Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaanNya.
70
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan alam flora dan fauna yang
terdapat di muka bumi ini.
OBJEKTIF
- Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan.
- Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan.
- Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
JENIS-JENIS KHEMAH
(i) Ridge tent:
- Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
- Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
(ii) Dome tent:
- Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
- Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan
seperti di sekolah dan sebagainya
71
(iii) Frame tent:
- Merupakan khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
- Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
(iv) Bell tent:
- Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. K
- Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
“DOME”.
(v) Shelter:
- Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
- Shelter boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk.
- Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
- Terdapat 3 jenis shelter:
= Phonco-Lean-To: mudah dan cepat dibina. Diikat pada 2 batang pokok.
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala
arah angin.
72
= phonco tent: mudah dibina. Diikat antara 2 batang pokok. Shelter tertutup
pada 2 bahagian kiri dan kanan.
= one man shelter: mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang
kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman
PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH
(vi) Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
(vii) Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian
(viii) Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
(ix) Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang
lain dari memasuki khemah
(x) Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
(xi) Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas
(xii) Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
(xiii) Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan
PENJAGAAN KHEMAH
73
(i) Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah
berada dalam keadaan baik. letakkan sedikit pelincir bagi memudahkan proses
memasukkan atau mengeluarkan tiang atau pancang.
(ii) Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.
(iii) Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan
tersebut.
(iv) Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip
atau setelah selesai menggunakannya dan pastikan anda memeriksa setiap
kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
(v) Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
(vi) Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik atau dengan apa
cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
(vii) Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.
(viii) Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam
khemah dalam usaha mengelak daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.
LATIHAN
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1) Konsep khemah ialah _____________sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
2) Kraf perkhemahan merupakan ______________ yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau
perkhemahan.
3) Antara objektif kraf perkhemahan ialah ___________ ahli ppim untuk
mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau
aktiviti perkhemahan.
4) __________ ialah khemah yang mempunyai tiang yang melintang di sepanjang
bumbung.
5) Antara penjagaan khemah yang mesti dilakukan oleh PPIM ialah __________
pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.
74
GAJET
KONSEP GAJET
(i) Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar,
pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah.
Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan
sebagainya supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi
tempat.
(ii) Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah
rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak
barang, rak dapur dan seumpamanya.
(iii) Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau
batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan
ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang
dibina menjadi kukuh dan selamat untuk digunakan. Gajet perkhemahan yang
terbaik ialah gajet yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
(iv) Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam
aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
= menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
= memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
= menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan
(v) Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
= mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara
teori dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan
= membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat
gotong-royong dalam kalangan ahli sekawan/patrol dalam suasana yang ceria
dan menyeronokkan
75
= mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan dijalankan.
= mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti, tenaga dan masa yang sesuai dan kondusif.
=menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan
mendirikan pagar mengelilingi tapak perkhemahan.
= meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas,
bersih, selesa dan menarik.
= dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan
perkakasan, peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya. =
melindungi bahan-bahan makanan sama ada bahan basah atau bahan kering
daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga dan
haiwan.
= memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan
tanpa sebarang masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan,
senang mencari maklumat serta barangan dan peralatan yang telah diletakkan
atau disimpan di tempat yang sesuai.
= menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan kenangan yang
tidak mudah dilupakan.
76
FAEDAH MENDIRIKAN GAJET
Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
= mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
= menjimatkan kos
= alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
= barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
= menambahkan pengetahuan dan pengalaman
= memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin
KAEDAH MENDIRIKAN GAJET:
= ringkas dan praktikal dengan penggunakan bahan dan peralatan yang
minimum
= senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna =
menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang dibekalkan
tanpa memerlukan kos yang tinggi
= menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
= susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan
= jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak
BAHAN-BAHAN UNTUK MENDIRIKAN GAJET
= sebelum sesebuah gajet dibina, beberapatan peralatan dan bahan perlu
disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada
jenisjenis gajet yang akan dibina
= antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah:
(i) Parang
(ii) Gergaji
(iii) Tali (tali rafia, rami, manila, rotan, dawai atau akar)
(iv) Buluh (sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah dibelah
atau boleh juga yang terpakai)
(v) Kayu yang berukuran diameter antara 10 hingga 18 cm
(vi) Kayu yang berukuran diameter antara 18 hingga 22 cm
(vii) Ranting dan dahan pokok (sama ada lurus atau bercabang)
77
(viii) Tin-tin kosong
(ix) Batu-bata
(x) Plastic
(xi) Zink
(xii) Papan
(xiii) Kad manila
(xiv) Dedaun
JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA.
= gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis
gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun,
gajet perlu didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu yang telah
ditetapkan di dalam jadual perkhemahan = antara gajet yang boleh dibina ialah:
(i) Tiang bendera
(ii) Pagar
(iii) Pintu gerbang
(iv) Papan kenyataan
(v) Ampaian
(vi) Pangkin, tempat duduk dan meja
(vii) Rak kasut
(viii) Rak dapur
(ix) Rak barang
(x) Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
(xi) Gajet dapur
(xii) Alas atau rak untuk meletak beg pakaian
(xiii) Menara kawalan
Tiang bendera :
78
= tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan
bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera.
Walau bagimanapun, penghasilannya adalah bergantung kepada sumber
bahan yang ada.
= terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan ppim.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang
atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Malaysia, bendera negeri dan bendera ppim, manakala satu lagi berupa tiang
bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di
dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
Pagar:
= gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah
kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar
= pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang
dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh,
jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agar rapat sekitar dua meter
antara satu pancangan.
= Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan
pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
79
Pintu gerbang:
= gajet pintu gerbang merupakan satu daripada geajet yang amat penting
dibina dalam aktiviti perkhemahan. selain sebagai pintu masuk ke dalam
kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akanberperanan sebagai
pusat kawalan disamping sebagai tempat untuk memasang bendera Sekawan
atau Patrol.
= pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan
bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk
mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang yang
didirikan agak besar dan cantik.
= Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu
gerbang ialah:
(i) Beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) Tali (sama ada rami, jut atau rafia)
(iii) Cangkul, parang dan gergaji
(iv) Tangga (jika ada)
80
Papan kenyataan:
= Gajet ini dibuat bagi mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat
berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau
gambar rajah kawasan perkhemahan Sekawan / Patrol dan
maklumatmaklumat lain yang berkaitan
= Saiz papan kenyatan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan
sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan
itu terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti ppim amat diperlukan
untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan
kenyataan berkenaan.
= Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan
bahanbahan lain yang bersesuaian.
Ampaian:
= Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada
kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapaun, gajet ampaian yang baik ialah
gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang
pokok yang hidup.
= Oleh itu, gajet ampaian digalakkan untuk didirikan di kawasan lapang
khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di
bahagian belakang kawasan khemah kumpulan.
= Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau
buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
Pangkin, tempat duduk dan meja:
81
= gajet ini dibuat untuk dua fungis. Pertama, sebagai meja makan dan kedua
sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan / Patrol
= kebiasaannya, gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang
membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah
kumpulan.
Rak kasut:
= gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam
kawasan perkhemahan tersebut. tempat yang paling sesuai untuk membina
rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan
dengan pintu khemah.
= gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu
berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan
simpulan dan ikatan yang sesuai.
Rak dapur atau tempat memasak:
= rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang
paling penting perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas,
yakni tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.
= gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya
digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet
yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan
batu atau tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet dapur
82
ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluh, batu bata, dawai, tanah
kering dan kawasan berbukit.
Rak barangan dapur
= gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet
atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang
dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun dan air. Untuk
menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.
Rak tempat menyimpan makanan:
= gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di
dalam kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai
digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet
jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
= Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan
bersama penutup yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang
dianyam. = Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang
83
dibelah dua atau empat, tali dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.
Tempat buangan sampah (sisa makanan) dan sampah kering:
= Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga kebersihan kawasan
khemah. Gajet buangan sampah basah atau sampah kering boleh dibina di
atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di
tanah.
= Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang
berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat
dan serangga lain mengerumuni atau berkumpul dalam tempat sampah.
84
LATIHAN
Tandakan (/) pada jawapan yang betul dan (x) pada jawapan yang salah.
1. Gajet ditarifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot , seperti pagar,
pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. ( )
2. Gajet tidak diperlukan dalam aktiviti perkhemahan kerana mendatangkan banyak
keburukan dan membahayakan ( )
3. Antara fungsi gajet kraf kayu atau wood craft ialah menggantikan perkakasan
perabot di rumah. ( )
4. Tujuan mendirikan gajet ialah untuk mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang
telah dipelajari. ( )
5. Alam sekitar akan menjadi tercemar dan kotor merupakan salah satu daripada
faedah mendirikan gajet. ( )
85
IKHTIAR HIDUP
• Ikhtiar hidup dikenali sebagai survival yang dimaksudkan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan
kehidupan, terutamanya semasa mengikut aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit
dan gunung.
• Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk
terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup.
Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus
dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman
semasa menjalani aktiviti luar seperti perkhemahan.
• Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
• Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada
peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti.Tambahan
pula, kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebakan
situasi ikhtiar hidup.
• Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko bakal ditempuhi sepanjang aktiviti luar
dilaksanakan.
• Prinsip ikhtiar hidup:
i. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan berkaitan soal nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh
86
membahayakan keselamatan. Misalnya, mengelakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup
akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan. ii.
Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa
ke semasa sebagal ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah
berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak
menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan
semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan
dan nisiko yang dihadapi.
iii. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa
berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap
masalah yang sedang dihadapi.
iv. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar
segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan
membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.
87
Masakan Solar:
Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga
pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan.
Antaranya ialah:
- mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam
- mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak
makanan
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam
- pelekat kertas/ paper binding tape
- plastik lut sinar tali rapia, dan
- tiga batu kecil diletak di bawah penuk semasa memasak
i
Masakan Rimba:
Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam
hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar
namun ianya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar
hidup semasa berkhemah.
c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh,
kerajang aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.
d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan
- bekas makanan/ minuman
- memasak makanan
e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
ii
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh seperti nasi atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak
dengan sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah
Rajah 1
Membuat perangkap:
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut; perangkap kurungan
b. Perangkap atau jerat pelanduk:
- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
Bahanbahan yang perlu disediakan ialah:
(i) kayu pelentik:
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai
(iii) kayu cabang berbentuk "Y" yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
(iv) kayu pesawat dan
(v) alas pemijak
- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun daun.
Daundaun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
c. Perangkap atau jerat ayam hutan;
- 9 jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak. Antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:
iii
(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
(ii) dua batang kayu yang bercabang
(iii) tali pesawat
(iv) dua batang kayu pelepas
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm, dan
(vi) beberapa batang kayu pemjak
- Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.
d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.
Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
(ii) umpan
(iii) tali pemberat tambahan
(iv) batang kayu penghempap
(v) dua batang kayu penghalang hadapan
(vi) dua batang kayu penghalang belakang
(vii) kayu pesawat
(viii) dua batang kayu pelepas, dan
(ix) beberapa balang kayu pemak
- Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk
mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung
berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.
e. Perangkap atau jerat kurungan:
- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-
hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak tenaga yang
digunakan. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:
(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dinding kayu alang tiang pintu
dan sebagainya
(ii) umpan
(iii) gelang rotan
(iv) kayu pesawat, dan
(v) tali pesawat
iv
- Tiang tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memasikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
v
LATIHAN
Padankan gambar dengan jawapan yang betul.
Proses
penyediaan dapur
solar
Proses
menyediakan
periuk
Proses
penyediaan menu
masakan
KEBUDAYAAN
Objektif:
Melahirkan generasi yang celik budaya
Menghidupkan semula semangat kebudayaan Malaysia di kalangan peserta
Mengenali dan mengukuhkan silaturahim antara kumpulan
Memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat serta kreativiti
Memperkukuhkan jati diri serta semangat cintakan tanah air
Peka terhadap isu-isu semasa
Nyanyian / Lagu perkhemahan
Lagu-Lagu dan Nyanyian Lagu Kebangsaan – Negaraku
7
Lagu Puteri Islam Malaysia
Permainan
Satu aktiviti yang penting dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan & perkhemahan
8
Kepentingan
1. Nilai psikomotor
• Membentuk & mengembangkan otot-otot kanak-kanak dengan kuat
2. Nilai pendidikan
• Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz, rasa sentuhan
3. Nilai pendidikan
• Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz, rasa sentuhan
Prinsip Asas
Penerangan
Tunjuk cara
Latihan & percubaan
Pembetulan
Penilaian
Objektif
Membentuk sifat organ yang sihat dan membentuk kekuatan fizikal
Menghilangkan ketegangan emosi terutama selepas belajar
Menimbulkan dan menanam nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur, simpati
dan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak
Kanak-kanak diajar supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dengan jujur, adil
dan dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka tanpa perasaan negatif
Membina kemahiran
Memupuk interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
9
Faedah
Nilai-nilai rohani dan sosial – kecergasan otak, menyertai semangat kekitaan, mematuhi
peraturan, berdisiplin, semangat kesukanan, keseronokkan, kepimpinan dan taat kepada
ketua, bijak menguruskan masa
Nilai jasmani – ketangkasan, kekuatan otot, kesihatan tubuh badan, ketahanan fizikal,
kemahiran asas
Contoh
i. Mengelak pukulan
ii. Daftar alat perkhemahan
iii. Bercerita
iv. Ibu ayam
v. Lembu kena tepung
vi. Lumba lari keldai ganti-ganti
vii. Elak bola dalam bulatan viii. Permainan kim (deria bau, rasa, pandang, dengar) Malam
Kebudayaan
a. Biasanya diadakan pada malam terakhir perkhemahan
b. Mengadakan persembahan kumpulan dan individu
c. Mengikat perbincangan kumpulan dan tema persembahan adalah mengikut minat dan
bakat ahli dalam kumpulan
d. Peserta dimaklumkan lebih awal berkenaan malam kebudayaan ini
e. Segala kastum dan pakaian yang digunakan harus bersesuaian dengan tema dan
diuruskan oleh ahli kumpulan sendiri
10
Tujuan
Memberi peluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehan dalam menghayati
kebudayaan setempat adat kebudayaan negara lain.
Memberi peluang kepada ahli mempamerkan unsur-unsur budaya dalam kehidupan
mereka
Bersuka ria secara sopan dan sederhana
Menghilangkan rasa penat
Mencungkil bakat dalam lapangan seni
Berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai
Meningkatkan semangat kerjasama
Mengembangkan kebudayaan setempat
Semangat setia kawan dan kesefahaman
Pelaksanaan Malam Kebudayaan
1. Tempat Malam Kebudayaan
• Jauh dari tempat orang ramai seperti masjid (elakkan gangguan)
• Perlu dirancang dan diatur terlebih dahulu – berjalan lancar
• Juru acara – menghidupkan malam kebudayaan
2. Peraturan
• Ketua kumpulan / pihak individu perlu mendaftar tajuk persembahan
• Masa persembahan lebih kurang 5 minit
• Lakonan memberi pengajaran dan tidak menyinggung perasaan orang lain
11
• Tidak menyentuh isu sensitif dan perkauman, tidak lucah, bahasa menunjuk
kesantunan
Atur cara disusun berselang-seli antara persembahan kumpulan dan individu
LATIHAN
1. Apakah objektif malam kebudayaan?
2. Nyatakan kepentingan permainan dari sudut psikomotor?
3. Senaraikan tiga peraturan malam kebudayaan?
12
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN & PERSEDIAAN
1. Kebenaran
• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting
sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga
adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada
mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan
➢ Titik kawalan (control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.
➢ Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
➢ Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat
masa penamat.
➢ Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
13