• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
➢ Keterangan Kawalan
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.
➢ Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama
dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
✓ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
✓ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
✓ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
✓ ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
KOMPAS
• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
Kompas bearing sudut:
14
Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah.
Kompas mata angin 16
Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau
gatu besar yang berada di persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta:
i. letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.
iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis
garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
15
• Aktiviti penggunaan kompas
I. mengenal arah mata angin.
II. mencari arah mata angin.
III. mencari arah kiblat.
IV. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
V. latihan di kawasan sekolah.
VI. menggunakan peta.
VII. merintis hutan menggunakan kompas.
VIII. pertandingan mencari bearing di hutan.
IX. mencari harta karun.
X. aktiviti orienteering atau pandu arah.
Peta topografi
Peta topografi dengan garisan kontur 16
Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan
muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan
garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik
pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik
persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi
yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala
begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas
Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi
memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta
rupa bumi.
Mengesan tanda dan simbol
▪ Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah,
lakaran atas pokok dsb.
▪ Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.
Laporan Pengembaraan
➢ Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
➢ Melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang
bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa aktiviti
perkhemahan akan dilakukan di dalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk
memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan
kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukanbantuan. Bukan itu sahaja,
mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai
keadaan kawasan tersebut.
➢ Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
➢ Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
➢ Catatan perjalanan.
➢ Pembahagian tugasan ahli.
➢ Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.
LATIHAN
1. Apakah tujuan jalan lasak dan pandu arah?
2. Apakah perkara-perkara penting semasa guna kompas
3. Senaraikan langkah-langkah mencari kedudukan di dalam peta?
17
Khidmat Kesukarelawan
Definisi
• Perkataan ‘kesukarelaan’ bermaksud ‘sikap sukarela’ ataupun dengan kehendak
sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.
• Mereka yang melakukan sesautu dengan sukarela dipanggil ‘sukarelawan’ bagi lelaki
dan ‘sukarelawati’ bagi perempuan.
• Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan
niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan kepada
diri sendiri.
• Biasanya berkonsepkan gotong-royong.
Matlamat
Melahirkan masyarakat yang sanggup berbakti, tolong-menolong dan berlumba-lumba
melakukan kerja.
Objektif
• Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif
dalam aktiviti kemasyarakatan.
• Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan
kemasyarakatam antara lapisan masyarakat.
• Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai anggota
masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan
seharian.
Khidmat
• Mengeraikan ikatan silaturahim sesama pelajar.
• Menanam sifat penyayang.
• Memupuk semangat bekerjasama.
• Hormat-menghormati antara pelajar dengan masyarakat.
• Menyediakan pelajar sebagai golongan yang aktif dalam masyarakat.
• Mengurangkan jurang perbezaan antara warga tua dan muda.
18
Minggu Kerja
BULAN MINGGU AKTIVITI RUJUKAN
Januari 1 Rujuk buku
1.0 Pengenalan KRS panduan PPIM
• Sejarah PPIM
• Bendera PPIM
• Logo PPIM
• Lagu PPIM
• Pakaian PPIM
1.1 Kawad
• Sedi
• Senang diri
• Rehatkan diri
September 2 1.2 Kerohanian / Moral (
Ketatanegaraan )
• Mengenal Maksud Lambang
Negara Malaysia
• Melukis Bendera Malaysia dan
maksud
• Menyanyikan Lagu
Kebangsaan dan Lagu Negeri
19
• Melukis Bendera Negeri tempat
tinggal
1.3 Kerohanian / Moral
• Menghafaz Asmaul Husna
• Menghafaz 5 surah Juz Amma
Moral: Pengucapan awam
1.4 Kawad
• Masuk baris
• Membetulkan barisan
• Nombor
• Buka / tutup barisan
Februari 3 1.5 Minggu Silaturrahim
(Orientasi) Pengisian :
• Pengenalan KRS
• Kawad Asas
• Kerohanian / Moral
• Lagu Sekolah,Misi dan Visi
• Akademik
( Aktiviti dijalankan secara stesen /
check point )
1.6 Kawad
• Berpusing ke kanan/kiri/belakang
• Bersurai dan keluar baris
• Paras
20
4 1.7 Ketahanan Diri ( Ikatan )
• Buku Sila
• Bunga Keti
• Ikatan Manok
• Tindih Kasih
• Simpul Belit
• Simpulan Pengail
1.8 Kawad
• Cepat jalan
• Berjalan dan berhenti masa
cepat jalan
• Berhenti
• Perlahan jalan
• Berjalan dan berhenti dalam
perlahan jalan
Mac 5 1.9 Ketahanan Diri ( Ikhtiar Hidup )
• Mengenali sumber-sumber ikhtiar
hidup
• Mengenali jejak atau tandatanda
1.10 Alam Sekitar
• Deklamasi sajak mengenai alam
sekitar
• Membuat taman,mengutip
sampah dan aktiviti-aktiviti lain-
lain yang bersesuaian.
1.11 Kawad
• Langkah ke hadapan / ke
belakang
21
• Langkah merusuk
• Belok
6 1.12 Ketahanan Diri ( Pertolongan
Cemas / Bantu Mula )
• Membuat anduh Tiga Segi,
Anduh Besar, Anduh Leher dan
Anduh Lengan
• Prinsip asas pertolongan cemas
• Tindakan semasa kecemasan
1.13 Asas Kebombaan
• Pengenalan mengenai kebakaran
• Cara-cara mengelak dan
mencegah kebakaran
1.14 Kawad
• Berpusing semasa perlahan jalan
• Berpusing semasa cepat jalan
• Hentak kaki,maju dan berhenti
dalam perlahan dan cepat jalan
April 7 1.15 Kebudayaan
• Nasyid, berzanji, bermain
kompang, bersajak, pentomin,
seni silat atau persembahan lain
yang sesuai
1.16 Khidmat Masyarakat
• Gotong-royong
• Lawatan dan ziarah
22
1.17 Kawad
• Tukar langkah dalam masa
perlahan jalan dan cepat jalan
• Berjalan,hentak kaki, berhenti
dalam masa berlari
• Tukar langkah perlahan,cepat
jalan dan berlari
8 1.18 Keusahawanan
• Reka cipta
• Jahitan
1.19 Kawad
• Buka dan tutup barisan ketika
berjalan
• Buka dan tutup barisan ketika
perlahan jalan
• Tukar haluan ketika berhenti dan
berjalan dalam cepat dan
perlahan
Mei 9 1.20 Ketahanan Diri
(Perkhemahan)
• Kraf perkhemahan
• Keselamatan asas semasa
berkhemah
1.21 Kawad
• Jadikan dua barisan daripada
tiga barisan
• Jadikan tiga barisan daripada
dua barisan
10 1.22 Ketahanan Diri ( Kompas )
23
Jun • Mengenal bahagian-bahagian
Julai kompas
• Mengenal arah mata angin
1.23 Kawad
• Hormat dalam masa berhenti
• Memberi hormat ketika berjalan
• Hormat selaku menerima sijil
11 1.24 Ketahanan Diri
• Perkhemahan
1.25 Kawad
• Menaik dan menurunkan
bendera
12 1.26 Ketahanan Diri ( Ikatan Tali )
• Ikatan balak
• Ikatan seraya
• Ikatan serong
• Ikatan silang gunting
• Mengemaskan tali
1.27 Kawad (Ulangkaji)
13 1.28 Ketahanan Diri (Kompas )
• Mencari arah mata angin
• Menentukan arah kiblat
• Pengenalan kompas
1.29 Kawad (Ulangkaji)
14 1.30 Ketahanan diri
• Ikhtiar hidup
• Komunikasi
24
Ogos • Iklim
• Teknik perjalanan
1.31 Kawad (Ulangkaji)
15 1.32 Ketahanan Diri ( Pertolongan
Cemas / Bantu Mula )
• Pembebatan dan pembalutan
• Pengangkutan dan pengusungan
Asas Kebombaan
• Alat-alat melawan kebakaran
1.33 Kawad (Ulangkaji)
16 1.34 Perkhemahan KRS
• Cadangan tempat yang sesuai
1.35 Kawad (Ulangkaji)
September 17 1.36 Alam Sekitar
• Mengenal dan mengkaji sebatang
pokok
• Mengenal dan mengelaskan
jenis-jenis hutan
• Mengenal haiwan liar dalam
hutan Malaysia
• Demontrasi proses pertanian
• Memahami proses pemeliharaan
dan pemuliharaan hutan
1.37 Kawad (Ulangkaji)
18 1.38 Keusahawanan
25
• Bengkel perkakas mudah
berdasarkan aktiviti
• Cetak baju
• Berkhidmat di koperasi sekolah
• Masakan
• Kraftangan
1.39 Kawad (Ulangkaji)
Oktober 19 1.40 Ketahanan Diri
• Seni mempertahankan diri
• Kecergasan Diri / Riadah
• Kebudayaan
1.41 Kawad (Ulangkaji)
20 1.42 Kerohanian ( Cadangan )
• Pengurusan jenazah
• Aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan Tahap 1
Disiplin ( Pengurusan dan Gaya Diri)
• Tanggungjawab terhadap diri dan
keluarga
• Mengurus tempat kediaman
• Adab bergaul
1.43 Kawad (Ulangkaji)
26
Bantuan Bencana
• Untuk membantu mangsa bencana alam, kemalangan dan mangsa
peperangan.
• Jenis bantuan adalah seperti menyediakan makanan, minuman, pakaian,
kewangan, kesihatan dan sebagainya.
Masyarakat Penyayang
• Bantu-membantu orang lain.
• Mengeratkan hubungan.
• Majis kenduri, memindahkan rumah.
Hari Peringatan
Sambutan Ulang Tahun Penubuhan PPIM
• Upacara pelancaran
• Memakai pakaian rasmi PPIM
• Aktiviti : Perbarisan Kehormatan, acara memotong kek, sukaneka dan
lain-lain.
• Objektif : Untuk mengingat balik jasa tokoh.
Sambutan Hari Kemerdekaan
• Objektif : Untuk memupuk dan menyemain semangat patriotism dan
cinta akan negara.
• Mengadakan perbarisan bersama-sama dengan unit beruniform yang
lain.
Pertandingan Kawad Kaki PPIM
• Pertandingan Kawad Kaki KRS : Platform bagi memilih pasukan kawad
kaki.
• Rasional : Berpeluang untuk menonjolkan minat terhadap aktiviti
kokurikulum.
• Matlamat : Memberi pendedahan.
• Objektif : Melahirkan semangat bekerjasama dan mencungkil
kemahiran.
27
Alam Sekitar
`` Objektif
• Melahirkan ahli PPIM yang menghayati alam sekitar.
• Memupuk sikap prihatin ahli PPIM terhadap sumbangan dan
kepentingan alam sekitar.
• Memupuk sikap ahli PPIM yang memelihara alam sekitar.
Contoh Aktiviti Alam Sekitar
• Aktiviti ‘Bersih dan Hijau’.
• Membersihkan pantai, sungai, taman dan hutan simpanan.
• Membersihkan jalan-jalan awam dan menjaga pokok-pokok.
• Menanam pokok dan penanaman semula hutan.
• Membina tanam, mengumpul dan menyemai benih serta merumput.
• Berkempen untuk alam sekitar.
• Menggalakkan kanak-kanak terlibat dan mendapat penerangan
tentang alam semula jadi dan alam sekitar.
LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan khidmat sukarelawan?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Berikan dua objektif khidmat sukarelawan?
3. Apakah jenis bantuan yang akan disediakan oleh PPIM?
28
SIMPULAN
1. TALI TEMALI
(i) Sejarah tali:
Orang Mesir merupakan individu pertama yang menggunakan tali dalam aktiviti harian
mereka. Mereka menggunakan tali yang diperbuat daripada rami yang halus, dahan
kurma, bulu unta dan akar kayu. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat kesan
penemuan di makam lama Mesir menunjukkan bahawa mereka telah menggunakan tali
lebih kurang 5000 tahun yang lalu.
Lagenda tali dan simpulan dihubungkaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Mekandonia. Beliau telah diuji kepintaraannya dengan diberikan satu longgokan tali.
Beliau gagal mencari hujung tali tersebut walaupun telah melakukan pelbagai cara.
Akhirnya, kerana terlalu marah, beliau telah hilang sabar dan memotong longgokan tali itu
dengan pedangnya sehingga terdapat beberapa hujung tali.
Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang sihir menerapkan jampi serapah
pada simpulan untuk digunakan sebagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi
terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Sesetengah tempat masyarakat
Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.
Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Contohnya, tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. Ini
menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. umpamanya,
tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
Berikut merupakan contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali iaitu:
- Aktiviti panjat-memanjat
- Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan
- Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikkan mangsa dari tebing yang
tinggi
- Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat
- Aktiviti memancing
(ii) Jenis-jenis tali dan penjagaannya
29
(a) Jenis-jenis tali: •
Tali fiber asli:
- merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan
dan haiwan.
- Contohnya: tali gentian manila, tali sabut, tali sas, tali kapas
• Tali fiber buatan manusia
- merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran
berunsurkan tumbuhan dan kimia.
- Contohnya: Tali nylon, tali hawser-laid, tali karamental, tali pollster, tali
wayar, tali drilena.
(b) Penjagaan tali:
Kebanyakan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila
mempunyai mutu yang baik. Harga tali terutamanya jenis ini agak mahal
khususnya barang yang digunakan iaitu rami mempunyai berbagai-bagai masalah.
Oleh itu, kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali
yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sekala.
Seterusnya, tali itu hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang
kering dan selamat selepas digunakan.
Tali tidak boleh dibasuh. Jika tali tersebut dibasuh, ianya tidak boleh disimpan.
Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan.
Tambahan pula, tali yang basah tidak boleh dijemur di bawah panas matahari atau
menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering
dalam suhu bilik. Tali hendaklah disimpan dan digantung di tempat yang sesuai.
Biasanya, tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang
digunakan untuk mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai
lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk
menarik mempunyai ketahannya 2.72 tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada
terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan, tali tidak tahan
lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan
menyelamat perlu diuji selalu supaya selamat semasa menggunakannya.
2. ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
30
Biasanya, simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya, ianya digunakan
untuk menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan
digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, hospital, mengikat kasut,
bungkusan dan memulakan jahitan.
Contoh enam jenis simpulan asas:
- Simpulan Manuk
- Simpulan Buku Sila
- Simpulan Tindih Kasih
- Simpulan Bunga Geti
- Simpulan Balak
- Simpulan Belit
31
Simpulan Manuk
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia
berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan
silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk
membuat gajet sebagai permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan tersebut.
Fungsi:
- Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
- Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
- Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik:
1. Mulakan simpul pada kayu.
2. Buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.
i
Simpulan Buku Sila
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat
bendabenda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada
anduh dan mengikat khemah yang dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula.
Fungsi:
- Menyambung dua tali yang sama saiz.
- Mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas.
Teknik:
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A di bawah B.
3. Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawahnya.
ii
Simpulan Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut, ia
juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada
pinggang.
Fungsi:
- Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu di keliling badan mangsa.
Teknik:
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
iii
Simpulan Bunga Geti
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.
Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag
break, atau menyambung tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi:
- Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
- Mengikat tali ke suatu tanjul.
Teknik:
1. Mulakan simpul.
2. Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul 3. Tarik
kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
iv
Simpulan Balak
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong.
Ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk.
Fungsi:
- Mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
- Mengelakkan kayu daripada licin dan mudah digerak-gerakkan
- Memulakan ikatan serong
- Memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak
Teknik:
1. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
2. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
v
Simpulan Belit / Lilit Dua Simpul
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau mengikat tali khemah pada psakanya, atau
untuk memastikan ikatan ke pokok / pancang kerana cara begini mudah dibuka semula
serta tidak mudah tertanggal.
Fungsi:
- Digunakan bagi mengikat tali pada tiang.
- Boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya.
Teknik:
1. Mulakan simpul seperti dalam rajah
2. Kemudian lakukan dua lengkungan
3. Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
vi
IKATAN
1. PENDAHULUAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya.
2. CONTOH TIGA JENIS IKATAN
JENIS IKATAN KEGUNAAN FUNGSI TEKNIK
Ikatan Seraya Digunakan untuk Digunakan apabila 1. Mulakan dengan
membuat Jambatan, dua batang kayu simpul manuk.
gajet, menara, tiang, atau buluh
bendera dan lainlain. bersilang dengan 2. Lilitkan dicelah kayu.
sudut tepat. 3. Matikan ikatan dengan
simpul manuk.
Ikatan Serong Digunakan untuk Merapatkan dan 1. Mulakan dengan lilit balak
membuat jambatan, mengikat dua pada kayu atau buluh yang
menara dan batang kayu yang
sebagainya. bersilang. 2. bersilang.
Belitkan membujur
dan melintang.
3. Dicelah-celah silang
supaya lebih kuat dan
kemas.
4. Matikan ikat serong
dengan menggunakan
simpulan manuk.
Ikatan Lilit Kacang Mengikat Mengikat kayu atau 1. Gunakan simpulan manuk
batangbatang kayu buluh bagi atau lilit balak.
dan buluh bagi membuat lantai 2. Ikat selang seli pada buluh
lantai dari atas ke bawah
membuat lantai untuk sesuatu gajet. tiang hingga selesai.
sesuatu gajet atau
binaan (Meja
makan).
vii
LATIHAN
Isikan tempat kosong dengan nama ikatan / simpulan yang betul.
Ikatan Balak Simpulan Buku Sila Simpulan Bunga
Geti
__________________ _________________ ___________________
viii
ASAS KAWAD KAKI & ISTIADAT
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan Puteri Islam Malaysia yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan
badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).
Berkawad ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris atau
mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan
yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di
samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas,
berdisiplin tinggi. berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a) Latihan bahasa hukuman/ perintah kawad;
dan
b) Latihan pergerakan iv. Objektif kawad kaki
adalah untuk:
a) membentuk peribadi individu
b) menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah
c) menanam perasaan yakin
d) membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib
e) menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f) menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan
berhemah tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a) Kawad Statik
b) Kawad Dinamik
c) Kawad Asas
d) Kawad Formasi
e) Kawalan Kehormatan
Bahasa Hukuman Kawad:
I. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a) Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/ kumpulan apa yang akan mereka buat.
b) Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan
dilakukan oleh skuad.
c) Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang
amat nyaring oleh komander/ pemimpin kawad.
II. Contoh bahasa hukuman kawad: Tindakan
Bahasa Hukuman Kawad
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA INGATAN
KE KANAN... HARKATAMARAN
PUSING PERBUATAN
III. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a) Masuk Baris
b) Sedia
c) Luruskan barisan
d) Paras
e) Senang Diri
f) Rehatkan Diri
g) Keluar Baris
h) Pusing ke Kanan
i) Pusing ke kiri
j) Pusing/ Menghadap ke Belakang
k) Pusing/Menghadap ke Hadapan
l) Kawad Jalan Kaki
m) Berhenti Semasa Berkawad/ Jalan Kaki; dan
n) Bersurai
10
Kawad Statik dan Dinamik:
I. Latihan kawad statik dan dinamik
a) Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/ perbarisan
kawalan hormat hendak dimulakan atau selepas skuad berada
dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii) Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT
HUKUMAN TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA
SKUAD HENDAKLAH SEDIA BERLARI BERBARIS DALAM
TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-
TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”
"FAHAM ITU SKUAD!"
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA……. GERAK! atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA…….. GERAK! atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA…… GERAKI atau
MASUK BARIS…… GERAK!
b) Paraskan Skuad:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM
SATU BARISAN……. GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku
KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di
hadapan pemimpin.) NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/
nyaring bermula dari sebelah kanan.)
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR
GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG……. GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali
sebagai PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI
BARISAN, KANAN DAN KIRI……. PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
11
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di
barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga
terbentuk tiga barisan.)
c) Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
KE KANAN……. LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan
kanan merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad
menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti
sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG…… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan
kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)
d) Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
Arahan:
SENANG…… DIRI!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
12
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
e) Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI.
(ii) Arahan:
REHATKAN……. DIRI!
f) Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS…….. SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS……. SEDIA!
g) Buka Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BUKA BARISAN……. GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
hadapan. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah
ke belakang.)
h) Tutup Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA
(ii) Arahan:
TUTUP BARISAN……. GERAK!
13
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
belakang. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah
ke hadapan.)
i) Pusing ke kanan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA TIGA KE
KANAN…… PUSING!
atau
KE KIRI……. PUSING!
atau
KE BELAKANG……. PUSING!
j) Pusing ke kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……. PUSING! atau
KE KANAN….. PUSING!
atau
KE BELAKANG….. PUSING!
k) Pusing/ Menghadap ke Belakang:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG KE
BELAKANG…….. PUSING!
atau
KE KANAN…….. PUSING!
atau
KE KIRI….. PUSING!
l) Kawad Jalan Kaki:
14
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan (bergantung kepada penanda) DARI KIRI,
CEPAT……. JALAN! atau
DARI KANAN CEPAT…… JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT……. JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m) Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada KAWAD JALAN KAKI
atau HENTAK KAKI.
(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN…….TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI
disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)
n) Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat
dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi
selepas itu.
(iii) Arahan
KELUAR……. BARIS!
o) Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan
SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan
hormat atau kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu
atau hari yang lain.
(iii) Arahan
BERSU... RAI!
15
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)
KAWAD FORMASI
PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI
A. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan
membentuk formasi mengikut kretiviti masing-masing. Kon akan dikeluarkan oleh
petugassebaik sahaja Kawad Dinamik selesai
B. Tidak dibenarkan memeberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki,
‘up’atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebutn
kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.
C. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat (ketika
platunberbaris bertiga-tiga mengadap hadapan sebelum melapor)
D. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak
menyertaikawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipiih sebagai ketua platun
terbaik
E. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang
berlainan.Formasi yang diulanng akan dikira sebagai satu formasi.
F. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan mengadap
kehadapan iaitu mengadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal
ketikahendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
CONTOH FORMASI
Arahan:
Pasukan, sedia!
Penanda masuk baris!
Dasukan. masuk haris!
Pasukan, sedia!
Pasukan, bilang!
Penan ke hadapan, baris belakang k belakana, pusing
Pasukan, ke bentuk V, gerak!
Pasukan panji-panji, jalankan tugas:
Pasukan panji-panji, cepat jalan
Berhentil
Pasukan panti-panji, hormat bendera, hormat
Ke belakang pusing
Cepat jalan!
Berhenti!
16
Ke belakang / dalam pusing!
Pasukan keluar baris
LATIHAN
Bulatkan pada jawapan yang betul.
1. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti ____________ dan berpasukan
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan.
a. Masakan
b. Senaman
c. Regangan
d. Kecergasan
2. Objektif kawad kaki adalah untuk ___________
a. Membentuk peribadi individu
b. Menyingkirkan rasa yakin
c. Menanam rasa takut
d. Membentuk sifat benci akan arahan
3. Kawad kaki mengandungi 5 elemen utama iaitu, kawad statik, kawad dinamik, kawad
asas, kawad formasi dan kawad ________.
a. Kawad reformasi
b. Kawad lari
c. Kawad kehormatan
d. Kawad jalan
17
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.
• Pertolongan Cemas ditakrikan sebagai bantuan pemulaan, bantu mula atau rawatan
awal yang diberkan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelumn
mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i) Tujuan pertolongan cemas:
(a) Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
(b) Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
(c) Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
(d) Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat
kejadian.
18
***Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.
ii) Prinsip pertolongan cemas:
(a) Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
(b) Dapatkan tindak balas mangsa.
(c) Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
(d) Periksa pernafasan mangsa.
(e) Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial – lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i) Anduh
(a) Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera
(b) Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam
pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.
(c) Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah
(ii) menghenti atau menahan pendarahan
(iii) menetapkan bahagian yang cedera
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas
(v) menutup tempat yang luka atau cedera dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
(d) Jenis-jenis anduh:
19
(i) Anduh besar (large arm sling):
a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John's (triangular):
a) menahan pendarahan anggota atas
b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iii) Anduh kedl (small sling):
a) mengampu kecederaan di bahagian bahu
b) mengampu tulang klavikal yang cedera
c) mengampu anggota atas yang cedera
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal
ii) Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
(a) Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan
luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
a) Mengurangkan kesakitan
b) Menggalakkan penyembuhan luka
c) Memperbaiki kosmetik kulit
d) Mengawal penyebaran mikroorganisme
e) Mengawal kontaminasi luka
f) Memberi tekanan pada tempat tercedera
g) Mengawal pendarahan
h) Mengawal kecederaan lanjut
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
a) Pembebatan medan - bagi kegunaaan pasukan keselamatan
b) Pembebatan luka - mengikut ukuran-ukuran luka; dan
c) Pembebatan hospital - jenis kain kasa berukuran 10 X 10
20
(b) Pembalut atau balutan:
a. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai
pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga
berfungsi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau
dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
b. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
1. Pembalut kain tiga segi - untuk menganduh, membalut, mengampu,
mengipas dan pengikat gelung cincin
2. Pembalut bergulung - untuk melakukan balutan lapan, balutan
circular atau spiral dan balutan padi
c. Tujuan dan Fungsi Pembalut
(i) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(ii) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh.
(iii) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
(iv) Mengurangkan kesakitan.
(v) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah
dan serum.
(c) Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan
dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
Merawat Luka dan Gigitan:
(i) Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
21
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
i. pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris - disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai,
(c) luka berdarah - kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus-luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum
dan tembakan
ii. pendarahan dalaman (internal):
(a) perut - muntah berdarah
(b) rahim - tumpah darah
(c) tali usus - darah pada dubur
(d) buah pinggang - kencing berdarah
(e) paru-paru/ saluran pernafasan - batuk berdarah; dan
(f) tengkorak - darah mengalir melalui telinga atau hidung iii.
pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan (b)
pendarahan dalam otak
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman. ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera
menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang
disteril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
22
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(d) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
i. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka
seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan
objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak
kerosakan pada tisu dan pendarahan.
ii. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan
menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas
keduadua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
(ii) Merawat gigitan:
i. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
ii. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
iii. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
23
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
iv. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
(i) Melecur dan terbakar:
a) Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b) Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba
kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas,
bahan kimia atau arus elektrik.
c) Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
24
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d) Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar - Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut
e) Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
• Bahan api atau api.
• Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
atau puntung rokok.
• Geseran.
Panas lembab • Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.
Bahan kimia
• Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Radiasi • Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
Elektrik alkali.
• Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet).
• Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
• Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
• Kilat dan petir.
** Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat luka sahaja.
f) Tahap kecederaan:
1) Tahap pertama (Seperficial burn):
25
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. la melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan 2)
Tahap kedua (Intermidiate burn):
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
3) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g) Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwama kemerah merahan pada
tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma (iv) Renjatan.
h) Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan 3B
(a) Burning stop - Padamkan.
(b) Breathing maintain - Periksa pernafasan.
(c) Body examine - Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan 3C:
(a) Cool - Sejukkan.
(b) Cover - Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry - Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama
20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
26
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan merebak supaya
tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.
(ii) Pitam
a) Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi
dengan betul.
b) Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak; ii. Kekurangan oksigen di dalam otak
apabila pernafasan terganggu; iii.Merasa sakit kepala yang teramat sangat
sehingga menyebabkan pengsan. c) Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakalan ketat
iii.Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia. iv.Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v.Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau
teh panas.
(iii) Patah:
(a) Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan
oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar
oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah
tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin
dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
(b) Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah
tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau
terkehel.
27
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda
kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang
paha atau pelvis.
(c) Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk
mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat.
(d) Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah
telah dicegah pergerakannya dengan sempurna.
Jika nyawa pesakit terancam,
barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut
atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah
pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh
menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi
di bahagian atas dan bawah anggota juga harus
dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang
banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. I
Keracunan dan Terseliuh:
1) Keracunan
(a) Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada
berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
(b) Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri (c) Arahan merawat:
28
(i) Pastikan saluran udara, pemafasan dan peredaran terbuka dan
dapatkan bantuan perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa
yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa
termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa
mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan
CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun
dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan
menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat
mata bagi setiap mata.
2) Terseliuh
(a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus .
(b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terselluh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel
dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
pede ligamen.
(c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
29
(d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
(e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
1. Sakit-sakit.
2. Bengkak.
3. Bertambah sakit apabila bergerak.
4. Pergerakan yang terhad.
(f) Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehaktan bahagian yang cedera dengan
kedudukanyang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengaalsn]pada
bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan o-ototot t yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan slaaptuisan tebal kapas
dan balut)
E - Elevate (Lipat atatiunggikan bahagia yang cedera)
iii. Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran
oksigen ke otaknya berterusan.
30
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengemb ungkan paru -parunya dan
mengoksigenkan darah.
P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampaikan dada.
iii. Cara-caranya:
S- Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit
hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung Jika pesakit adalah seorang bayi atau
kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan
mulutnya semasa menghembus.
31
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar hembus.
Kemudian ulang tindakan menghembus Jika
tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat
sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang
pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil
masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit
itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan
segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah
pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda
di atas rawan dengan tangan kini di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan…. Tekan…. Lepaskan.) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh
badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
32