The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Maklumat Diri, Maklumat Sekolah, Maklumat Tugas, Maklumat Kokurikulum, Jurnal dan Lain-lain bagi tujuan latihan praktikum yang saya jalani di Kolej Vokasional Lahad Datu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dila.bakri, 2021-07-24 01:32:41

PORTFOLIO PRAKTIKUM

E-book ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Maklumat Diri, Maklumat Sekolah, Maklumat Tugas, Maklumat Kokurikulum, Jurnal dan Lain-lain bagi tujuan latihan praktikum yang saya jalani di Kolej Vokasional Lahad Datu.

JURNAL REFLEKTIF

Minggu Praktikum : 5

Tarikh : 24 Mei 2021 – 28 Mei 2021

Tajuk Jurnal : Pelajar Gagal Menghantar Tugasan Yang Diberikan

1. Isu Yang Difokuskan:
Selaras saranan Hukum Latihan oleh Edward L. Thorndike, latih tubi akan diberikan
kepada pelajar sama ada kertas tugasan (latihan teori) atau kertas kerja (latihan amali).
Pelajar diberikan masa yang cukup untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dan
menghantar tugasan melalui medium Google Classroom. Walau bagaimanapun, terdapat
pelajar yang tidak menghantar tugasan yang diberikan walaupun telah berulang kali
diingatkan berkenaan waktu penghantaran tugasan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Berikut merupakan punca utama pelajar tidak menghantar tugasan tepat pada waktu
yang diberikan:

 Kurang sokongan daripada ibu bapa malah pelajar perlu berniaga bersama bapa
semasa sesi PdPR sedang dilaksanakan;

 Masalah capaian Internet terutama apabila terdapat gangguan bekalan elektrik.

Disebabkan alasan seperti di atas, pelajar gagal menghantar tugasan mengikut tempoh
masa yang diberikan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Menurut Edward L.Thorndike, hukum latihan ini sangat berkesan bagi latihan hafalan di
mana perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas (S-R) akan bertambah kukuh
melalui latihan yang berulang. Hukum latihan menyatakan bahawa tingkah laku akan
lebih teguh melalui aplikasi/latihan dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Maszlee Malik (2021) menyarankan beberapa cadangan iaitu guru dan ibu bapa harus
saling melengkapi untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berkesan bagi anak-
anak di rumah pada tempoh kritikal ini. Ibu bapa dan guru harus berkomunikasi secara
telus dan bekerjasama serta elakkan tuding menuding di antara mana-mana pihak.

1

JURNAL REFLEKTIF

Menurut Norsiah Abdul Hamid (2021), umum mengetahui berbagai cabaran dihadapi ibu
bapa dalam mendepani pandemik ini, baik dari segi kewangan, sosial, psikologi dan lain-
lain. Setiap individu dan keluarga ada kisah tersendiri, baik yang positif mahupun negatif.
Jadi, terpulang kepada kita bagaimana mahu menanganinya. Jika ada kekangan yang
tidak dapat diselesaikan berkaitan PdPR ini, adalah lebih baik ibu bapa memaklumkan
kepada guru atau pihak sekolah. Pihak yang berwajib tidak akan tahu kekangan dan
masalah jika kita tidak berkongsi dengan mereka. Jangan berdiam diri sahaja, menunggu
bantuan tiba tanpa diberitahu kekangan itu kepada pihak yang boleh membantu. Guru,
pihak sekolah dan PIBG amat prihatin dalam memastikan kebajikan murid dan sedaya
mungkin memberikan setiap murid akses sama rata kepada PdPR.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan bacaan bahan ilmiah dan keratan akhbar maya, berikut merupakan
cadangan bagi penyelesaian isu yang dibangkitkan:
 Guru perlu memberikan tempoh masa yang lebih panjang dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan. Namun, pelajar perlulah memaklumkan guru lebih awal
alasan kerana gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya.
 Guru juga perlu meminta kerjasama ibu bapa melalui WhatsApp Group yang
disertai oleh semua ibu bapa pelajar. Bermakna, ibu bapa perlu faham akan
komitmen yang diperlukan oleh anak masing-masing dalam setiap sesi PdPR.
 Guru juga perlu merekodkan video pengajaran untuk memudahkan pelajar
merujuk semula rakaman video sekiranya bekalan elektrik telah kembali pulih.

Secara tuntasnya, kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru, pelajar dan ibu
bapa pelajar sangat diperlukan bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai
dengan jayanya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu

6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
 Guru menasihatkan pelajar untuk berusaha menghantar tugasan dengan merujuk
rakaman video pengajaran disediakan guru dan perbincangan yang dilaksanakan
di dalam WhatsApp Group bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam
pelajaran; dan

2

JURNAL REFLEKTIF

 Nasihat ringkas kepada semua ibu bapa dihantar di dalam Whatsapp Group untuk
bekerjasama dalam memberi sokongan kepada anak mereka dalam cabaran
menghadapi pengajaran dan pembelajaran di rumah serta memaklumkan guru
sekiranya terdapat sebarang kekangan yang dihadapi.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
28 Mei 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan sangat membantu dalam penghantaran tugasan oleh
semua pelajar. Bermakna, semua pelajar menghantar kerja walaupun lewat kerana
pelbagai masalah yang mereka hadapi. Guru sentiasa menasihati pelajar untuk kekal
komited dalam setiap tugasan yang diberikan kerana ianya membantu dalam
penguasaan kompetensi yang telah ditetapkan. Nilai seperti ketepatan masa sentiasa
dipupuk dalam diri setiap pelajar dan hanya memberikan alasan yang munasabah
sekiranya lewat dalam penghantaran tugasan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Sebagai kesimpulannya, latih tubi yang diberikan kepada pelajar adalah sebagai latihan
pengukuhan kepada pelajar. Latihan juga mempengaruhi fokus setiap pelajar di dalam
kelas. Hal ini kerana, pelajar yang kurang latihan berulang dikesan tidak dapat menguasai
pembelajaran dan akhirnya, akan kurang bermotivasi di dalam kelas terutama sekali
dalam menyiapkan tugasan yang pelajar ini kurang faham.

Oleh yang demikian, guru perlu memastikan tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu
disiapkan oleh pelajar dengan apa cara sekalipun.

10. Rujukan
Hasniza Hussain. (18 Januari, 2021). PdPR: Ibu Bapa, Guru Perlu Sokong Antara Satu
Sama Lain. Sinar Harian Online. Bahan diakses pada 24 Mei 2021, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/119676/BERITA/Nasional/PdPR-Ibu-bapa-
guru-perlu-sokong-antara-satu-sama-lain
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

3

JURNAL REFLEKTIF
Norsiah Abdul Hamid. (27 Januari, 2021). PdPR: Apa Peranan Ibu Bapa. Harakah Daily.

Bahan diakses pada 24 Mei 2021, daripada
https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/27/pdpr-apa-peranan-ibu-bapa/
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan Dan Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational
Psychology & Counseling, Volume 5, Pages 30-57.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxfor Fajar Sdn Bhd.
11. Lampiran
Tangkap layar perbualan guru bersama pelajar yang meminta tambahan masa bagi
tugasan yang diberikan. Pelajar dinasihatkan untuk tetap menghantar tugasan namun
diberikan peneguhan negatif (penolakan markah untuk nilai – ketepatan masa) bagi
memastikan alasan yang tidak munasabah daripada berulang lagi:

4

Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran
No Kad Pengenalan 2020162420010
Kumpulan/Unit 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 6)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR

JURNAL REFLEKTIF

Minggu Praktikum : 6

Tarikh : 14 Jun 2021 – 18 Jun 2021

Tajuk Jurnal : Kekangan Mengadakan Aktiviti Kokurikulum Semasa Pandemik

1. Isu Yang Difokuskan:
Saya merupakan pensyarah penasihat sukan dan permainan bagi Softball Perempuan
(P). Berikutan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), pilihan
aktiviti kokurikulum adalah sangat terhad. Aktiviti kokurikulum ini sangat sinonim dengan
aktiviti yang dilaksanakan secara bersemuka, maka guru perlu lebih kreatif dalam
memikirkan senarai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar sepanjang jadual waktu
kokurikulum seperti ketetapan di bawah:
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi – 8.40 pagi

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Di antara punca utama kekangan mengadakan aktiviti kokurikulum bagi adalah:

 Softball (P) adalah sukan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan ianya agak
kurang sesuai dilaksanakan secara dalam talian berbeza dengan aktiviti kelab
seperti Kelab Bahasa Melayu yang boleh dilaksanakan secara individu.

Sebagai tuntutan PdPR, pemilihan aktiviti bagi Softball (P) agak terhad dan guru perlu
memastikan pelajar mendapat ‘sesuatu’ yang bermanfaat walaupun ianya dilaksanakan
secara dalam talian, iaitu tanpa sentuhan fizikal daripada rakan lain.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Peraturan 2 dalam Kegiatan Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan
1997 mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di bilik darjah.

Nurhidaya Mohamad Jan (2021) menyatakan bahawa kepentingan aktiviti-aktiviti
kokurikulum juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya
sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta

1

JURNAL REFLEKTIF

pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif
dan psikomotor.

Terkesan dengan sesi pembelajaran dalam mod PdPR, bagaimana aktiviti kokurikulum
dapat dilaksanakan dalam suasana yang penuh kekangan fizikal ini? Maka, kekangan
yang ada menuntut guru dan murid untuk lebih kreatif dan inovatif menggunakan platform
sedia ada bagi memenuhi objektif kegiatan kokurikulum ini (Nurhidaya Mohamad Jan,
2021).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan bacaan keratan akhbar maya, berikut merupakan cadangan bagi
penyelesaian isu yang dibangkitkan:
 Guru merancang aktiviti yang bersesuaian seperti mengadakan kelas teori
Softball (P) untuk menerangkan istilah-istilah yang terdapat dalam sukan ini,
sejarah Softball (P), cara permainan, alatan yang digunakan dan sebagainya;
 Guru boleh merancang aktiviti berkumpulan seperti pembentangan tentang
sejarah sukan, pasukan Softball (P) Malaysia, kejohanan yang diadakan dan
sebagainya;
 Guru mengintegrasikan aktiviti sukan dan teknologi sesuai dengan keadaan
normal baharu di mana pelajar perlu belajar cara belajar; dan
 Guru juga boleh menggalakkan pelajar mengikuti kuiz secara atas talian yang
dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah yang memberi peluang pelajar untuk
mengumpul sijil penyertaan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu

6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
 Perbincangan diadakan di kalangan pensyarah penasihat sukan dan permainan
bagi Softball (P) bagi menentukan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pelajar;
 Saya mencadangkan supaya pelajar diberikan masa untuk membuat tontonan
video melalui saluran YouTube berkenaan Softball (P) dan kemudian
menyediakan video pembelajaran berkaitan apa yang mereka faham tentang
video yang mereka tonton sebentar tadi;

2

JURNAL REFLEKTIF

 Bermakna, pelajar diberi ruang untuk mengintegrasikan pemahaman mereka
berkenaan sukan Softball (P) dengan teknologi melalui pembinaan video
pembelajaran. Pelajar bebas memilih aplikasi yang ingin digunakan untuk
membina video pembelajaran seperti TikTok, CapCut, Inshot dan sebagainya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
18 Jun 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan sangat membantu dalam mengisi aktiviti kokurikulum
yang boleh dilaksanakan sepanjang mod PdPR dilaksanakan dek kerana pandemik
Covid-19 yang melanda negara. Bermakna, kekangan mengadakan aktiviti kokurikulum
semasa pandemik ini tidak menghalang guru untuk lebih kreatif dan inovatif dalam
merancang aktiviti kokurikulum secara dalam talian.

Jelas bahawasanya aktiviti kokurikulum masih relevan dan perlu dilaksanaan ketika
penularan Covid-19 ini.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Guru perlu sedar untuk tidak menjadikan penularan Covid-19 ini sebagai batu penghalang
untuk membantu pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid-
murid.
Secara tuntasnya, kita sebagai pendidik perlu berfikiran terkehadapan untuk memastikan
perlaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dilakukan dengan jayanya selaras dengan misi
melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara.

10. Rujukan
Mohd Nasaruddin Parzi. (04 Jun, 2020). Semua AKtiviti Sekolah Dibenarkan, Kecuali
Sukan, Kokurikulum Bersemuka danPerhimpunan. Berita Harian Online. Bahan
diakses pada 12 Jun 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/696398/semua-aktiviti-
sekolah-dibenarkan-kecuali-sukan-kokurikulum-bersemuka

3

JURNAL REFLEKTIF

Muhamad Saufi Che Rusuli. (08 Januari, 2021). Mendepani Cabaran Aktiviti Kokurikulum
Alaf 21. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 12 Jun 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/773765/mendepani-
cabaran-aktiviti-kokurikulum-alaf-21

Nurhidaya Mohamad Jan. (05 Februari, 2021). Kegiatan Kokurikulum Sekolah Sepi dan
Terpinggir, Dr Nurhidaya Tampil Beri Pandangan Bernas. GPS Bestari, Komuniti
Pendidikan. Bahan diakses pada 12 Jun 2021, daripada
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kegiatan-kokurikulum-sekolah-sepi-
dan-terpinggir-dr-nurhidaya-tampil-beri-pandangan-bernas-1.937984

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Norsiah Abdul Hamid. (27 Januari, 2021). PdPR: Apa Peranan Ibu Bapa. Harakah Daily.
Bahan diakses pada 24 Mei 2021, daripada
https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/27/pdpr-apa-peranan-ibu-bapa/

11. Lampiran
Tangkap layar perbincangan di antara pensyarah penasihat sukan dan permainan bagi
Softball Perempuan (P):

4

Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / AKAUN
PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
Kod & Nama Kursus PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 7)
Tajuk Tugasan NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
Nama Pensyarah
Penyelia KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
Nama Kolej

JURNAL REFLEKTIF

Minggu Praktikum : 7

Tarikh : 21 Jun 2021 – 25 Jun 2021

Tajuk Jurnal : Meneroka Kaedah Penilaian Baharu Secara Atas Talian

1. Isu Yang Difokuskan:

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin telah mengumumkan bahawa sesi PdPR
akan disambung lagi sehingga 26 Julai 2021. Hal ini telah menimbulkan kerisauan di
kalangan guru kolej vokasional kerana penilaian akhir Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
akan diadakan pada 16 Ogos 2021. Maka, semua guru perlu memastikan penilaian
berterusan tetap dilaksanakan dan tidak ada pilihan selain melaksanakan penilaian
secara atas talian. Sebagai makluman, pelajar SVM dinilai berdasarkan penilaian
berterusan sebanyak 60% dan penilaian akhir sebanyak 40%. Oleh yang demikian,
sebelum penilaian akhir bermula, markah bagi penilaian berterusan perlu dihantar oleh
guru kepada Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP).

Berikutan itu, saya perlu mencari ikhtiar lain untuk memastikan penilaian berterusan
dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan. Namun, terdapat beberapa kekangan yang
perlu diperhalusi untuk memastikan penilaian berterusan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Di antara punca utama kekangan mengadakan penilaian berterusan secara atas talian di
pihak guru ialah:
 Saya memerlukan masa dan latihan yang secukupnya bagi mengendalikan
penilaian secara atas talian. Persediaan rapi perlu dilakukan memandangkan
kaedah penilaian ini untuk penilaian akhir belum pernah dilaksanakan dan sudah
tentu menuntut masa dan tenaga, apatah lagi bagi saya yang baru setahun jagung
dilantik menjadi Guru Interim malah perlu terus meneroka kecanggihan teknologi.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Adjah Naqkiah Mazlan (2021) menyatakan bahawa perubahan mendadak seakan
mendesak pendidik untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghadapi normal baharu

1

JURNAL REFLEKTIF

demi menangani perubahan secara berkesan dalam memastikan matlamat dan agenda
pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anjakan paradigma bukan sahaja tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP), bahkan memberikan cabaran kepada pendidik untuk mengukuhkan penstrukturan
proses penilaian dilaksanakan. Tambah beliau lagi, pelaksanaan penilaian secara dalam
talian ternyata bukanlah mudah, malah mengundang keresahan kepada pendidik.
Pendidik juga memerlukan masa dan latihan secukupnya bagi mengendalikan penilaian
seperti ini. Persediaan rapi perlu dilakukan memandangkan kaedah penilaian ini belum
pernah ataupun jarang dilaksanakan dan sudah tentu menuntut masa serta tenaga,
apatah lagi bagi mereka yang masih perlukan bimbingan dalam penerokaan teknologi
alaf baharu.

Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA telah mengeluarkan garis panduan bahawa
peperiksaan akhir (sumatif) boleh digantikan dengan penilaian berbentuk formatif secara
dalam talian.

Menurut Natasya Abdullah (2020), penilaian formatif adalah lebih senang untuk dilakukan
secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang sedia ada seperti
Kahoot, Quizziz, Google Form dan juga Learning Management System (LMS) yang
dibangunkan institusi masing-masing. Ia dapat dilakukan dengan pantas, dengan proses
permarkahan adalah secara automatik dan maklum balas masa nyata dapat diberikan
kepada pelajar. Penilaian formatif secara dalam talian ini ternyata dapat menjimatkan
masa dan wang di samping menyediakan satu platform interaktif untuk penilaian.

Ringkasnya, walaupun kaedah penilaian dalam talian tampak baru, namun dengan
adanya masalah pandemik COVID-19 ini, penilaian dalam talian akan menjadi sesuatu
yang mustahil untuk dielakkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Hasil daripada bacaan bahan ilmiah dan keratan akhbar, berikut merupakan antara
perkara dan kaedah yang boleh digunapakai oleh guru untuk melaksanakan penilaian
baharu yakni secara atas talian:

 Guru rajin meneroka aplikasi seperti Kahoot, Quizizz dan Google Form kerana
aplikasi ini membenarkan pelajar mendapat keputusan sesuatu penilaian atau
ujian dengan lebih cepat. Malah, penerangan bagi jawapan yang salah akan
diperoleh pelajar dengan lebih cepat dan tepat. Maklum balas yang cepat ini akan

2

JURNAL REFLEKTIF

memotivasikan murid untuk terus melibatkan diri dalam sesi PdPR. Selain itu juga,
guru dapat menjimatkan masa dalam aspek memberikan penerangan dan
pemeriksaan skrip jawapan.
 Walaupun begitu, aspek ketelusan pelajar juga perlu diambil kira ketika
melakukan penilaian berterusan. Antaranya ialah, para pelajar harus diingatkan
bahawa peraturan peperiksaan yang sedia ada masih terpakai dan tindakan
tatatertib boleh diambil jika didapati melanggar peraturan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu

6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
 Guru mengambil peluang meneroka Google Forms kerana ianya lebih mudah
untuk difahami dan banyak tutorial pembinaan kuiz melalui Google Form
ditayangkan di YouTube.
 Sebagai percubaan, guru memberikan latihan pengukuhan kertas tugasan
menggunakan Google Forms sebagai pendedahan kepada pelajar.
 Pelajar diingatkan untuk jujur dan tidak berbincang sesama rakan sekelas bagi
memastikan ketelusan penilaian berterusan yang dilaksanakan. Sebarang
penipuan dan peniruan yang dibuat oleh pelajar akan menyebabkan mereka gagal
dalam penilaian tersebut. Amaran ini juga akan dipaparkan di bahagian hadapan
Google Forms bagi membolehkan pelajar membaca arahan pelaksanaan
penilaian secara atas talian sebelum mula menjawab.
 Ibu bapa juga dimaklumkan menerusi WhatsApp Group berkenaan pelaksanaan
penilaian atas talian yang akan diadakan bagi memastikan pihak guru mendapat
kerjasama padu daripada ibu bapa dan penjaga.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
25 Jun 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan guru yang meneroka pembinaan soalan bagi penilaian secara berterusan
menggunakan aplikasi Google Forms telah menyediakan pelbagai kelebihan kepada
pelajar dan guru. Paling utama, guru dan pelajar dapat mengikut jadual pelaksanaan
penilaian berterusan seperti yang dijadualkan oleh pihak Kolej Vokasional Lahad Datu.

3

JURNAL REFLEKTIF

Sebagai percubaan, saya telah memindahkan soalan daripada kertas tugasan (teori)
sebagai latihan kepada pelajar bagi memantau keberkesanan kaedah penilaian secara
atas talian. Tuntasnya, kecanggihan teknologi yang sentiasa berevolusi telah membantu
saya sebagai guru kerana penilaian atas talian menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Pandemik Covid-19 ini telah membuka pelbagai ruang dan peluang kepada guru untuk
mencuba sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini termsuklah penilaian
secara atas talian. Bermakna, guru perlu lebih inovatif dan bersedia menghadapi pelbagai
cabaran dalam dunia pendidikan.
Ringkasnya, saya berasa puas hati dengan pelaksanaan secara atas talian bagi latihan
teori yang diberikan kepada pelajar. Semua pelajar berjaya menjawab soalan yang
digubal mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan dan menghantar jawapan tepat
pada masanya. Hal ini membuktikan bahawa penilaian berterusan bagi penilaian
pengetahuan (teori) bolehlah dilaksanakan secara atas talian bagi mengelakkan guru
sentiasa menunggu sesi PdP secara bersemuka, yang sehingga kini tidak ada kepastian
lagi. Insyaallah, dalam masa terdekat ini. Aamiin ya rabb.

10. Rujukan

Adjah Naqkiah Mazlan. (28 Januari, 2021). Cabaran Baharu Nilai, Taksir Pelajar Secara
Dalam Talian. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 21 Jun 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/780767/cabaran-baharu-
nilai-taksir-pelajar-secara-dalam-talian

Boon, P. Y. , Lee, L. H. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Pentaksiran Dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Natasya Abdullah. (10 Jun, 2020). Cabaran Pelaksanaan Penilaian Dalam Talian di IPT.
Bernama.com. Bahan diakses pada 21 Jun 2021, daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849732

4

JURNAL REFLEKTIF
Norsiah Abdul Hamid. (27 Januari, 2021). PdPR: Apa Peranan Ibu Bapa. Harakah Daily.

Bahan diakses pada 21 Jun 2021, daripada
https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/27/pdpr-apa-peranan-ibu-bapa/
11. Lampiran
Tangkap layar percubaan memberikan latihan pengukuhan bagi kertas tugasan kepada
pelajar menggunakan Google Forms:

5

Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
2020162420010
Angka Giliran 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
No Kad Pengenalan PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Kumpulan/Unit JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 8)
NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
Kod & Nama Kursus
DATU MOHD AKHRAM BIN DATU RAMLIE
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
Penyelia
Nama Guru
Pembimbing
Nama Kolej

JURNAL REFLEKTIF

Minggu Praktikum : 8

Tarikh : 28 Jun 2021 – 02 Julai 2021

Tajuk Jurnal : Murid Kurang Faham Terhadap Pengajaran Yang Disampaikan

1. Isu Yang Difokuskan:

Sesi PdPR yang dilaksanakan pada 28 Jun 2021 dilaksanakan secara segerak dan tidak
segerak. Topik yang diajar kepada murid ialah Kompetensi 4: Proses Lain-lain
Penerimaan. Topik ini secara dasarnya antara topik yang memerlukan penguasaan amali
oleh pelajar kerana mereka perlu menyediakan buku tunai penerimaan berdasarkan
dokumen sumber yang diberikan.
Sebagai penutup sesi PdPR secara segerak, beberapa soalan dilontarkan guru kepada
pelajar untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar. Namun, segelintir pelajar gagal
menjawab dengan baik walhal soalan diberikan adalah berkaitan dengan topik yang
baharu sahaja selesai diajarkan kepada mereka. Mengapa perkara ini berlaku?

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Berikut merupakan punca yang dapat dikenalpasti oleh guru:

 Kaedah penerangan yang digunakan oleh guru kurang memberi kesan kerana
topik yang diajar adalah lebih memfokuskan kepada penguasaan amali.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Muhd Khaizer Omar (2021) menyatakan bahawa dunia pendidikan diuji perubahan drastik
ekosistem PdP, termasuk TVET hingga menyebabkan ia memerlukan kebergantungan
sepenuhnya kepada teknologi komputer dan internet. Namun, pendidik TVET perlu cekal
menongkah cabaran dalam memberikan pendidikan berkualiti menerusi pengembangan
kemahiran diperlukan pelajar sebelum menempuhi sektor pekerjaan.

Keupayaan guru mempelbagaikan pendekatan, strategi dan kaedah pedagogi mampu
meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik pelajar, di samping sebagai
pemangkin kepada perubahan sikap dan minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran

1

JURNAL REFLEKTIF

jika diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Mohd Shafie, Bani
Hidayat & Talib, Nor Hayati Fatmi & Husain, Mohd & Zakaria, Hajarul & Kassim, Nabiroh
& Tamuri, Ab Halim. (2010).

Teknik demonstrasi adalah suatu teknik mengajar, iaitu seorang guru atau orang lain yang
sengaja diminta atau murid sendiri memperlihatkan pada seluruh kelas tentang suatu
proses atau cara melaksanakan sesuatu (Frieman 2002).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Hasil daripada bacaan bahan ilmiah dan keratan akhbar, berikut merupakan antara
langkah penyelesaian untuk membantu pelajar mudah membentuk kefahaman terhadap
pengajaran yang dilaksanakan oleh guru:

 Menggunakan kaedah domenstrasi atau tunjuk cara yang melibatkan aktiviti
penerangan dan demonstrasi oleh guru bersama pelajar dengan aktiviti
pendengaran dan penglihatan serta percubaan oleh pelajar termasuklah
melaksanakan langkah kerja seperti yang disyorkan di dalam Kertas Kerja. Antara
ciri istimewa teknik demonstrasi ialah mengutamakan aspek kemahiran,
menggalakkan penglibatan pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk
mendengar dan melihat dan ia mempunyai kaitan secara langsung antara teori
dan juga praktikal.

 Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar bagi memudahkan kaedah
tunjuk cara dilaksanakan walaupun ianya dilaksanakan secara dalam talian.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu

6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
 Guru menggunakan writing tablet semasa sesi PdPR untuk menunjuk cara
bagaimana penyediaan buku tunai penerimaan dibuat berdasarkan dokumen
sumber yang diberikan. Writing tablet ini membolehkan guru menerangkan sambil
menunjuk cara kepada pelajar dengan melakarkan buku tunai penerimaan pada
skrin komputer riba. Fungsi writing tablet ini sangat memudahkan sesi PdPR
dilaksanakan di mana guru boleh menulis, melakar, memadam dan mewarnakan

2

JURNAL REFLEKTIF

isi penting secara live dan ini memberikan pengalaman kepada pelajar seakan-
akan berada di dalam kelas fizikal di mana guru menconteng pada whiteboard.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
02 Julai 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Penggunaan writing tablet semasa sesi PdPR nyata membantu dalam membentuk
kefahaman mudah di kalangan pelajar. Guru juga mendapat maklum balas yang baik
daripada pelajar kerana mereka suka akan sesi PdPR di mana guru menerangkan sambil
menunjuk cara langkah kerja dibantu writing tablet sebagai bimbingan kepada mereka
dalam menyiapkan kertas kerja.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Inovasi dalam kaedah penyampaian pendidikan melalui pembelajaran digital diperlukan
untuk memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan. Khidmat sokongan dan
bantuan pembelajaran dikemas kini untuk memastikan proses pembelajaran bermakna
dapat disampaikan secara efektif.

Secara tuntasnya, guru perlu lebih fleksibel dalam menangani sebarang masalah yang
timbul semasa sesi PdPR meskipun wang ringgit sendiri yang perlu dikorbankan, kerana
objektif pembelajaran perlu dicapai walau apa sahaja cara dan usahanya.

10. Rujukan

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2020). Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna.
Bahan diakses pada 28 Jun 2021, daripada https://mynpdl.ipg.edu.my/

Mohd Khaizer Omar. (16 April 2021). Pandemik Tuntut Pengajaran, Pembelajaran TVET
Berubah. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 28 Jun 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/807378/pandemik-tuntut-
pengajaran-pembelajaran-tvet-berubah

3

JURNAL REFLEKTIF
Mohd Shafie, Bani Hidayat & Talib, Nor Hayati Fatmi & Husain, Mohd & Zakaria, Hajarul

& Kassim, Nabiroh & Tamuri, Ab Halim. (2010). Strategi Teknik Demonstrasi dan
Pemerhatian terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Ibadat
Pendidikan Islam KBSM di Surau Sekolah. Bahan diakses pada 28 Jun 2021,
daripada
https://www.researchgate.net/publication/285236819_Strategi_Teknik_Demonstra
si_dan_Pemerhatian_terhadap_Pelaksanaan_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Ib
adat_Pendidikan_Islam_KBSM_di_Surau_Sekolah
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.
11. Lampiran
Tangkap layar sesi PdPR menggunakan kaedah tunjuk cara dengan bantuan writing
tablet:

4

Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
2020162420010
Angka Giliran 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
No Kad Pengenalan PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Kumpulan/Unit JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 9)
NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
Kod & Nama Kursus
DATU MOHD AKHRAM BIN DATU RAMLIE
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
Penyelia
Nama Guru
Pembimbing
Nama Kolej

JURNAL REFLEKTIF

Minggu Praktikum : 9

Tarikh : 05 Julai 2021 – 09 Julai 2021

Tajuk Jurnal : Masalah Kekurangan Sumber Bahan Bantu Mengajar (BBM)

1. Isu Yang Difokuskan:

Modul BAK1042 Tunai Runcit merupakan modul yang menawarkan hanya satu
kompetensi pada semester 1. Oleh kerana kompetensi yang terhad, maka jadual
pengajaran akan difokuskan pada sesi latihan amali bersama pelajar.
Walaubagaimanapun, sumber BBM bagi modul ini agak terhad ditambah lagi dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran kini berlaku di rumah, guru perlu lebih kreatif dalam
membina dan menggunakan BBM untuk memberikan pengalaman sebenar yang boleh
merangsang aktiviti pelajar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

Berikut merupakan punca yang dapat dikenalpasti oleh guru:

 BBM bagi modul BAK1042 Tunai Runcit yang terdapat pada Google Drive
Perakaunan Kolej Vokasional agak terhad kerana hanya satu kompetensi yang
perlu dikuasai oleh pelajar bagi modul ini.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Che Harithun Abdullah & Mohd Amin Said menyatakan bahawa kemahiran penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) ialah kemahiran guru menggunakan segala bahan,
peralatan dan kelengkapan untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di
dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan putih dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala bahan yag digunakan dalam
pengajaran yang melibatkan semua pancaindera termasuk melihat, mendengar, merasa,
menghidu dan sebagainya. Ia merangkumi apa sahaja yang dialami oleh pelajar
termasuklah media elektronik dan media bukan elektronik.

1

JURNAL REFLEKTIF

Jasmi, Ilias, Tamuri, dan Mohd Hamzah (2011) serta Ilias, Ismail, dan Jasmi (2013) telah
mendapati penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan
pembelajaran yang cekap. Pelajar dapat mengingat melalui penggunaan bahan bantu
mengajar yang melibatkan gambar dan visual (Abdullah, Abdullah, Rosman, & Ilias, 2015).
Namun, kekurangan sumber dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar
menyebabkan guru sukar menjadi fasilitator yang berkesan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, (Jasmi, Illias, Tamuri, & Mohd Hamzah, 2011).

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

Berikut merupakan antara langkah penyelesaian bagi mengatasi kekurangan sumber
BBM:

 Berkolaborasi dengan guru yang mengajar modul BAK1042 Tunai Runcit di
semua Kolej Vokasional seluruh Malaysia untuk menghimpunkan BBM yang
digunakan untuk melancarkan lagi sesi PdPR;

 Inisiatif guru sendiri untuk komited dalam menyediakan bahan PdPR untuk
memastikan pencapaian objektif pembelajaran disokong oleh BBM yang menarik.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:
Sepanjang sesi pengajaran modul BAK1042 Tunai Runcit

6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang telah dilaksanakan:
 Group Telegram ditubuhkan oleh Penyelaras Modul Tunai Runcit sebagai
platform komunikasi bagi semua guru yang mengajar modul berkenaan dan juga
menjadi platform untuk guru-guru berkongsi BBM masing-masing;
 Guru berbincang dengan guru-guru lain untuk mengetahui aplikasi dan web
aplikasi yang menarik digunakan semasa sesi PdPR dilaksanakan;
 Membaca dan memahami topik Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
yang ditulis oleh bekas pensyarah saya iaitu Puan Che Harithun Abdullah dan
Encik Mohd Amin Said.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
Sepanjang sesi pengajaran modul BAK1042 Tunai Runcit

2

JURNAL REFLEKTIF

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Guru mendapat pelbagai maklumat dikongsikan oleh guru daripada Kolej Vokasional
yang lain. Pelbagai BBM dikongsikan serta perbincangan berkenaan topik yang diajar
menjadi panduan kepada guru baharu seperti saya. Selain daripada itu, saya juga dapat
menambah pengetahuan teknikal berkaitan pelbagai aplikasi dan web aplikasi yang
membantu dalam mengekalkan fokus dan minat pelajar untuk sentiasa hadir sesi PdPR
bagi modul yang saya ajarkan.

Selain itu, bacaan ilmiah yang dibuat oleh guru membantu guru memahami objektif
penggunaan BBM, kategori BBM, prinsip pembinaan BBM, prinsip penggunaan BBM,
startegi dan kepentingan penggunaan BBM. Topik di dalam buku ini juga menyediakan
borang bimbingan kemahiran penggunaan BBM yakni senarai semak yang memandu
penguasaan kemahiran penggunaan BBM seorang guru pelatih.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Masalah kekurangan sumber bahan bantu mengajar sudah pasti dapat diatasi sekiranya
kolaborasi atau kerjasama diwujudkan di kalangan guru yang mengajar. Ini merupakan
antara pengajaran yang bernilai saya perolehi sepanjang menjadi guru pelatih. Malah,
untuk modul BAK1013 Buku Tunai 1, semua guru dibahagikan mengikut kompetensi
untuk menyediakan bahan bantu mengajar bagi memudahkan lagi pelaksanaan sesi
PdPR.

Yang mengujakan, Group Telegram ini juga menjadi panduan kepada guru vokasional
khususnya guru pelatih dalam meneroka aplikasi dan web aplikasi yang sesuai digunakan
sebagai BBM bagi menarik minat dan fokus pelajar untuk kekal bersemangat menghadapi
sesi PdPR.

3

JURNAL REFLEKTIF

10. Rujukan

Berita Harian Online. (22 Januari, 2021). Pandemik Uji Kreativiti Pendidik. Bahan diakses
pada 06 Julai 2021, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/01/778763/pandemik-uji-kreativiti-pendidik

Berita Harian Online. (22 Januari, 2021). Bahan Pengajaran Efektif Pastikan
Keberkesanan PdPR diakses pada 06 Julai 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/778749/bahan-
pengajaran-efektif-pastikan-keberkesanan-pdpr

Che Harithun Abdullah & Mohd Amin Said (2020). Modul Praktikal Pengajaran Mikro
Kontemporari. Negeri Sembilan: IPG Kampus Pendidikan Teknik. Bahan diakses
pada 08 Julai 2021, daripada https://online.fliphtml5.com/ubukn/efqc/#p=2

Charles Muling Libau & Ying, L. L (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan
persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
Conference: National Research Innovation Conference, Kuching Sarawak. Bahan
diakses pada 06 Julai 2021, daripada
https://www.researchgate.net/publication/344781071_Peranan_bahan_bantu_me
ngajar_dan_persekitaran_maklum_balas_dalam_meningkatkan_kualiti_pembelaja
ran_pelajar

Institut Pendidikan Guru Malaysia (2020). Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna.
Bahan diakses pada 05 Julai 2021, daripada https://mynpdl.ipg.edu.my/

Mohd Khaizer Omar. (16 April 2021). Pandemik Tuntut Pengajaran, Pembelajaran TVET
Berubah. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 28 Jun 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/807378/pandemik-tuntut-
pengajaran-pembelajaran-tvet-berubah

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.

4

JURNAL REFLEKTIF
11. Lampiran

Tangkap layar perkongsian BBM di dalam Group Telegram:

5

BAHAGIAN F:

LAIN-LAIN

Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
2020162420010
Angka Giliran 880921-12-6272
PDPP AMBILAN JUN 2020 / AKAUN
No Kad Pengenalan PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Kumpulan/Unit NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR

Kod & Nama Kursus DATU MOHD AKHRAM BIN DATU RAMLIE

Nama Pensyarah KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
Penyelia
Nama Guru
Pembimbing
Nama Kolej

MAKLUMAT INOVASI PDP
1. Google Sites: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/noor-fadhila-bakri/home

2. YouTube Channel: https://www.youtube.com/user/missrknf/videos

3. Alat bantuan mengajar: Writing tablet

4. Penghasilan Video Pengajaran:
5. Tugasan lebih menarik kepada pelajar – penghasilan video pembelajaran:


Click to View FlipBook Version