Nama Pelajar Noor Fadhila Binti Bakri
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / Akaun
PRKA2045 / Praktikum Program Diploma
Kod & Nama Kursus Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Rancangan Aktiviti Kokurikulum
Tajuk Tugasan
Sofbol
Sukan dan
Permainan Nor’aini Binti Mohamed Nor
Nama Pensyarah
Penyelia Kolej Vokasional Lahad Datu
Nama Sekolah/Kolej
Vokasional
RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
TARIKH/HARI 16 Jun 2021 Rabu Bil
20 orang
MATA PELAJARAN
TEMPAT/MEDIUM pelajar
TAJUK Kokurikulum (Sukan dan Permainan) Masa 7.00 pagi – 8.40 pagi
TEMA – Sofbol (100 minit)
Google Classroom/Google Meet/WhatsApp
Sejarah Perkembangan Sofbol Dan Asas Permainan Sofbol
Menghasilkan video pembelajaran berkenaan tajuk yang dipelajari pada hari
ini
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
PEMBELAJARAN a) Psikomotor: Mahir dalam penggunaan peralatan komunikasi interaktif
seperti komputer, komputer riba dan telefon pintar dalam membina video
pembelajaran
b) Kognitif: Membina video pembelajaran yang mengintegrasikan pelbagai
elemen termsuklah audio, animasi, grafik, teks ke dalam video.
c) Afektif: Kreatif dan kritis dalam membina bahan multimedia yang mana
kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kelak.
PENGETAHUAN SEDIA
Pelajar pernah belajar pengetahuan asas sofbol
ADA
Kreatif dan Inovatif
PENERAPAN NILAI Teliti
Bersungguh-sungguh
KEMAHIRAN Pembelajaran sepanjang hayat
INSANIAH
KBAT Mengaplikasi dan menganalisis
1. Slaid Multimedia
BAHAN BANTU 2. Google Meet
MENGAJAR (BBM) 3. WhatsApp
4. Google Classroom – (kehadiran pelajar dan bahan rujukan)
5. Aplikasi Menghasilkan Video seperti TikTok,CapCut,InShot
6. YouTube
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHAGIAN/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN PENSYARAH
PEMBELAJARAN PENASIHAT
Set Induksi – 1. Kehadiran secara dalam talian 1. Pelajar diingatkan untuk mengisi PENERAPAN NILAI Noor Fadhila
segerak 2. Pelajar diberikan gambar pelbagai jenis bola kehadiran pada tapak ‘Kehadiran’ di Bersungguh-sungguh Binti Bakri
(5 minit)
dan memilih bola sofbol. dalam Google Classroom sebelum kelas
secara segerak melalui Google Meet KBAT
dimulakan. Menganalisis
2. Pelajar diminta untuk menghantar
‘message’ di dalam Google Meet bagi
bola pilihan mereka iaitu daripada 1 BBM Slaid multimedia;
hingga 9. Google
Soalan: Classroom
Berdasarkan gambar yang diberikan, Google Meet
pilih gambar bola yang digunakan untuk
permainan sofbol?
3. Guru menerangkan bahawa tidak ada
bola sofbol di dalam gambar. Namun,
bola sofbol seakan-akan bola baseball
kerana sejarah perkembangan sofbol
ada berkaitan dengan permainan
baseball.
2|Page
Langkah 1- 1. Sejarah Dan Perkembangan Sofbol 1. Pelajar diterangkan bagaimana sofbol PENERAPAN NILAI Noor Fadhila
segerak mula diperkenalkan dan perkaitannya Bersungguh-sungguh Binti Bakri
(10 minit) dengan baseball dengan bantuan slaid Teliti
multimedia disediakan oleh guru;
KBAT
2. Pelajar belajar siapa yang memberi Menganalisis
nama permainan ini sebagai sofbol;
BBM
3. Pelajar mengetahui sejarah dan Slaid multimedia
perkembangan sofbol melalui nota Google Meet
ringkas dan padat di dalam slaid
multimedia.
Langkah 2 - 1. Sejarah Dan Perkembangan Sofbol di 1. Pelajar diterangkan bagaimana sofbol PENERAPAN NILAI Sitti Raihana
segerak Malaysia mula diperkenalkan di Malaysia Bersungguh-sungguh Bazilah Binti
(10 minit) khususnya; Teliti Bacho
2. Pelajar mengetahui sejarah dan KBAT
perkembangan sofbol di Malaysia Menganalisis
melalui garis masa atau timeline di
dalam slaid multimedia. BBM
Slaid multimedia
Google Meet
3|Page
Langkah 3 - 1. Asas Permainan Sofbol 1. Pembelajaran pelajar dialihkan kepada PENERAPAN NILAI Noor Fadhila
segerak tontonan video yang dimuat turun Bersungguh-sungguh Binti Bakri
(7 minit) daripada YouTube; Teliti
2. Menerusi video YouTube ini, pelajar KEMAHIRAN INSANIAH
diterangkan secara ringkas berkenaan Pembelajaran
jumlah pemain dalam setiap pasukan,
pemain simpanan dan masa permainan sepanjang hayat
sofbol. (pelajar didedahkan
dengan asas
permainan sofbol)
BBM
Slaid multimedia;
YouTube
Google Meet
Penutup - segerak 1. Rumusan sebagai penutup. 1. Guru menerangkan secara ringkas isi PENERAPAN NILAI Sitti Raihana
(5 minit) penting bagi setiap sub-topik di bawah: Bersungguh-sungguh Bazilah Binti
Sejarah dan perkembangan Bacho
4|Page sofbol KBAT
Sejarah dan perkembangan Menganalisis
sofbol di Malaysia
Asas permainan sofbol BBM
Slaid multimedia;
Google Meet
Secara tidak 1. Pelajar diberikan tugasan membina video 1. Sebagai pengukuhan, pelajar diberikan PENERAPAN NILAI 1. Noor
segerak (63 minit)
pembelajaran yang mengintegrasikan pelbagai tugasan untuk membina video Bersungguh-sungguh Fadhila
elemen termasuklah audio, animasi, grafik, pembelajaran berkaitan topik yang Teliti Binti Bakri
teks ke dalam video menerusi aplikasi seperti Kreatif dan inovatif 2. Sitti
TikTok, InShot, CapCut dan sebagainya. dipelajari pada hari ini.
Raihana
2. Menerusi pembinaan video ini, pelajar
belajar cara belajar malah mendedahkan KEMAHIRAN INSANIAH Bazilah
pelajar kepada kemahiran menghasilkan Pembelajaran Binti Bacho
video yang bukan lagi kemahiran khusus
kepada sesuatu pekerjaan, ia perlu sepanjang hayat
dikuasai oleh setiap pelajar terutamanya (kemahiran
pada era digital masa kini. menghasilkan video)
3. Tugasan ini juga mendedahkan pelajar
kepada kemahiran dalam penggunaan KBAT
peralatan komunikasi interaktif seperti Mengaplikasi
komputer, komputer riba dan telefon
pintar semasa membina video
pembelajaran BBM
Slaid multimedia;
WhatsApp
Aplikasi
Menghasilkan Video
seperti
TikTok,CapCut,InShot
5|Page
REFLEKSI/IMPAK PdP ditangguhkan kerana:
Saya berasa puas hati dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum walaupun ianya masih dilaksanakan secara dalam ◻ Mesyuarat / Kursus
talian. Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai kerana pelajar yang hadir dapat ◻ Program Sekolah
menghasilkan video pembelajaran yang kreatif lagi menarik serta padat dengan maklumat penting bagi topik yang ◻ Guru Pengiring
dipelajari pada hari ini. Namun, masih terdapat pelajar yang gagal menghantar video pembelajaran dengan alasan ◻ Aktiviti Luar
masalah capaian Internet. ◻ Cuti Rehat / Cuti Sakit
Pensyarah dapat menerangkan secara jelas berkenaan topik dengan bantuan slaid multimedia yang menarik serta ◻ Cuti Peristiwa / Cuti Am
ringkas bagi memudahkan pelajar membentuk kefahaman mengenai sofbol. Walaubagaimanapun, guru perlu meneroka ◻ Cuti Bencana / Cuti Khas
lebih banyak bahan ilmiah dan video berkenaan sofbol bagi meningkatkan keyakinan guru semasa sesi aktiviti ◻ Lain-lain:
kokurikulum dilaksanakan.
_________________
__________________
12 /20 pelajar mencapai objektif
08 / 20 pelajar belum mencapai objektif
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan untuk mengatasi masalah pelajar:-
Guru menasihatkan pelajar untuk tetap menghantar video pembelajaran dan mencadangkan pelajar untuk merakamkan
video menggunakan aplikasi yang tidak memerlukan capaian Internet seperti X-Recorder. Pelajar turut diberikan masa
untuk menyelesaikan masalah capaian Internet yang berlaku.
6|Page
UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM
KOKURIKULUM TAHUN 2021
SUKAN DAN PERMAINAN
SOFBOL
KETUA:
SAHRIZAL BIN SAIPIN
AJK: KURSUS NO. K.PENGENALAN 12/5/2021 KEHADIRAN 16/6/2021
1. DENNY MASTIKA BIN ZAWAWI 19/5/2021 √
2. FATIMAH SAERAA BINTI MOHAMED 2 SVM BAK 041103-06-0702 CUTI HARI RAYA AIDILFITRI √ √
3. NURFAZLIANA BINTI MUSTAFAH 2 SVM GAR 040914-12-0380 √ √
4. NOOR FADHILA BINTI BAKRI 2 SVM GLK 040420-12-0110 √
5. SITTI RAIHANA BAZILAH 2 SVM GLK 040916-12-1010 X
6. MOHD AZRI BIN SAPRAN 2 SVM GHP 041026-12-0408 X
2 SVM BAK 040926-12-0054 √
BIL NAMA PELAJAR 2 SKM PAV 040601-12-0056 √
2 SVM BAK 040118-12-0064 X
1 RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDULLAH 2 SVM GTP 050101-12-0454 X
2 HARISYAH BINTI MOHD SURIANI 1 SVM BAK 050719-12-0130 X
3 MURNIRAH BINTI MUNIR 1 SVM BAK 050216-12-0024 X
4 NUR AIN ATHIERA BINTI BURHANUDDIN 1 SVM BAK 051031-12-1172 √
5 NURAISAFIKA 1 SVM BAK 050830-12-0112 √ √
6 RAVIA SUFIA 1 SVM BAK 050120-12-0062 √ √
7 PUTRI NURUL SHAHARA 1 SVM GAR 051225-12-1082 √ √
8 FATIN ARRYDAH BINTI JAMIL 1 SVM GAR 050828-12-1204 √
9 NUR ALISA BINTI MUHAMAD ALIAS JELIAN 1 SVM GHP 050808-12-1514 X √
10 FAITH JOVIANE BITUIN LOREZO 1 SVM GHP 051203-12-0716 √
11 LILY IRENE ARBIGEL FRANCIS 1 SVM GHP 051230-12-0172 √
12 NG WEN TSIN 1 SVM GHP 050131-12-1298 √ X
13 NUR AIN NAJWAH BINTI KASSING √
14 YAP JIA YI √
15 NUR HANISA BINTI SARI X
16 NUR SYAHIRAH BINTI SELIMIN X
17 ARA NADIRA BINTI AL - HAFIZ √
18 DAYANG HALIMAH BINTI SALIN X
19 NOR ZIELATUL ARIFFIN X
20 NURUL FAIDZAH BINTI TAUPIK X
X
X
X
X
Nama Pelajar Noor Fadhila Binti Bakri
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / Akaun
Kod & Nama Kursus
Tajuk Tugasan PRKA2045 / Praktikum Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Laporan Aktiviti Kokurikulum
Sukan dan Permainan Sofbol
Nor’aini Binti Mohamed Nor
Nama Pensyarah Kolej Vokasional Lahad Datu
Penyelia
Nama Sekolah/Kolej
Vokasional
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Sukan dan Permainan : Sofbol
Perjumpaan : Kali ke-2
Tarikh : 19 Mei 2021
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi – 8.40 pagi.
Medium : Google Classroom, Google Forms dan WhatsApp
1.0 Tentatif Perjumpaan
Masa Aktiviti
7.00 pagi – 7.05 pagi
7.06 pagi – 8.00 pagi Pelajar mengisi kehadiran di dalam Google Classroom
pada tapak ‘Kehadiran’
8.01 pagi – 8.40 pagi
Aktiviti kokurikulum secara segerak menggunakan
medium WhatsApp dibantu oleh BBM seperti video
pengajaran daripada saluran YouTube dan peta minda
Coggle.it.
Pelajar menjawab kuiz menggunakan Google Forms
https://forms.gle/9GciQZABS5yAM58e7
2.0 Laporan Aktiviti
Perjumpaan kokurikulum bermula pada pukul 7.00 pagi di mana pelajar diberikan ruang
untuk mengisi kehadiran pada tapak ‘Kehadiran’ dalam Google Classroom. Kehadiran
diambil bagi membuktikan aktiviti kokurikulum bagi sukan dan permainan sofbol
dilaksanakan seperti yang dijadualkan oleh pihak Kolej Vokasional Lahad Datu.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum diteruskan secara segerak menggunakan medium
WhatsApp Group. Aktiviti kokurikulum ini adalah berkenaan penerangan ringkas oleh
pensyarah penasihat iaitu Cikgu Noor Fadhila Binti Bakri (saya sendiri) dan juga Cikgu Sitti
Raihana Bazilah Binti Bacho. Topik yang diajarkan kepada pelajar ialah pengenalan
kepada peralatan sofbol.
Saya bertanggungjawab pada bahagian set induksi dan penerangan berkenaan peralatan
sofbol selama 20 minit. Sesi aktiviti kokurikulum dimulakan dengan tontonan video
permainan sofbol di mana pelajar perlu mengenal pasti berapa bilangan peralatan yang
digunakan, ciri-ciri peralatan dan fungsi peralatan. Memandangkan pelajar belum diajar
berkenaan peralatan sofbol, pelbagai jawapan yang diterima daripada pelajar dan
pensyarah penasihat meraikannya. Kemudian, saya memaklumkan kepada pelajar bahawa
sesi pengajaran seterusnya adalah untuk memperkenalkan peralatan sofbol kepada
mereka. Pelajar diperkenalkan dengan setiap peralatan menggunakan gambar yang
dilampirkan pada peta minda ringkas yang saya sediakan menggunakan web aplikasi
Coggle.it. Pelajar turut diberikan peluang untuk menghubungkaitkan peralatan yang dilihat
semasa tontonan video YouTube dengan peralatan yang ada dalam peta minda Coggle.it
Kemudian, Cikgu Sitti Raihana Bazilah mengambil alih tugas penerangan teori bagi ciri-ciri
peralatan sofbol dengan dibantu oleh video yang dimuat turun daripada saluran YouTube
CikguSafuan berdurasi lebih kurang 4 minit. Selesai tontonan video pengajaran YouTube,
Cikgu Sitti Raihana meneruskan sesi pengajaran dengan membuat kesimpulan maklumat
dan isi penting yang terdapat pada video berkenaan selama lebih kurang 11 minit.
Seterusnya, sebagai penutup, beliau merumuskan nama dan ciri-ciri peralatan sofbol
dengan bantuan gambar di dalam peta minda Coggle.it.
Sesi pengajaran kokurikulum disambung pula secara tidak segerak yang mana pelajar perlu
menjawab kuiz yang saya hasilkan menggunakan Google Forms. Kuiz ini adalah berkenaan
peralatan sofbol dan sekiranya pelajar menjawab semua soalan dengan betul, mereka
layak mendapat 10 markah. Pelajar boleh terus melihat markah yang mereka perolehi
sejurus selesai menjawab kuiz berkenaan bagi meraikan dan meningkatkan motivasi
intrinsik pelajar. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab kuiz berkenaan.
Pensyarah menasihatkan semua pelajar menjawab kuiz berkenaan dengan memantau
laporan yang boleh dilihat pada bahagian responses pada Google Forms.
3.0 Impak dan Refleksi
Impak yang dapat dilihat dengan jelas adalah keputusan pelajar dalam kuiz yang diberikan
dalam bentuk Google Forms. Bermakna, sesi pengajaran dilaksanakan secara segerak dan
ditutup dengan latihan pengukuhan bagi memastikan pelajar dapat mengenal nama dan
ciri-ciri setiap peralatan sofbol. Hal ini diharap dapat membantu kelancaran aktiviti
kokurikulum apabila dapat dilaksanakan secara bersemuka kelak. Walaubagaimana pun,
saya masih beranggapan bahawa peralatan sofbol ini lebih mudah dan sesuai diajar secara
bersemuka kerana pelajar dapat melihat dan menyentuh peralatan berkenaan sambil
mendengar penjelasan guru. Malah, komunikasi dua hala dan secara langsung dapat
berlaku dan memudahkan guru untuk menilai tahap kefahaman pelajar berkenaan teori
yang diajar kepada pelajar. Namun, kekangan mengadakan aktiviti kokurikulum semasa
pandemik ini tidak boleh menghalang saya untuk lebih kreatif dan inovatif dalam merancang
aktiviti kokurikulum secara dalam talian.
Secara ringkasnya, saya sangat berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang
diberikan oleh semua pensyarah penasihat dan juga pelajar yang terlibat bagi memastikan
kekangan yang dihadapi semasa sesi perjumpaan kokurikulum secara dalam talian dapat
diselesaikan dengan baik. Hal ini kerana, kami sebagai pendidik perlu berfikiran
terkehadapan untuk memastikan perlaksanaan aktiviti kokurikulum boleh dilakukan dengan
jayanya selaras dengan misi dalam melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Guru pelatih Pensyarah Penyelia
……………………………….. ………………………………..
(Noor Fadhila Binti Bakri ) (Nor’aini Binti Mohamed Nor)
Nama Pelajar Noor Fadhila Binti Bakri
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / Akaun
Kod & Nama Kursus
Tajuk Tugasan PRKA2045 / Praktikum Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Laporan Aktiviti Kokurikulum
Sukan dan Permainan Sofbol
Nor’aini Binti Mohamed Nor
Nama Pensyarah Kolej Vokasional Lahad Datu
Penyelia
Nama Sekolah/Kolej
Vokasional
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Sukan dan Permainan : Sofbol
Perjumpaan : Kali ke-3
Tarikh : 16 Jun 2021
Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi – 8.40 pagi.
Medium : Google Meet dan Google Classroom
1.0 Tentatif Perjumpaan
Masa Aktiviti
7.00 pagi – 7.05 pagi
7.06 pagi – 7.42 pagi Pelajar mengisi kehadiran di dalam Google Classroom
7.43 pagi – 8.35 pagi pada tapak ‘Kehadiran’
8.36 pagi – 8.40 pagi Aktiviti kokurikulum secara segerak menggunakan
medium Google Meet
Pelajar menghasilkan video pembelajaran berkenaan
topik pengajaran pada hari ini
Rumusan
2.0 Laporan Aktiviti
Perjumpaan kokurikulum bermula pada pukul 7.00 pagi di mana pelajar diberikan ruang
untuk mengisi kehadiran pada tapak ‘Kehadiran’ dalam Google Classroom. Kehadiran
diambil bagi membuktikan aktiviti kokurikulum bagi sukan dan permainan sofbol
dilaksanakan seperti yang dijadualkan oleh pihak Kolej Vokasional Lahad Datu.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum diteruskan secara segerak menggunakan medium Google
Meet. Aktiviti kokurikulum ini adalah berkenaan penerangan ringkas oleh pensyarah
penasihat iaitu Cikgu Noor Fadhila Binti Bakri (saya sendiri) dan juga Cikgu Sitti Raihana
Bazilah Binti Bacho. Topik yang diajarkan kepada pelajar ialah:
Sejarah dan perkembangan sofbol;
Sejarah dan perkembangan sofbol di Malaysia, dan
Asas permainan sofbol.
Saya bertanggungjawab pada bahagian pengenalan dan penerangan ringkas bagi topik
sejarah dan perkembangan sofbol yang memakan masa selama 15 minit. Menerusi set
induksi, pelajar diberikan gambar rajah untuk memilih jenis bola yang digunakan dalam
permainan sofbol. Pelajar diminta memberikan maklum balas melalui khidmat message di
dalam Google Meet. Semua pelajar menjawab bola yang dipilih adalah bola bernombor 2
yang merupakan bola baseball. Dengan itu, saya memaklumkan bahawa bola baseball dan
bola sofbol adalah seakan-akan sama kerana terdapat sejarah yang mengaitkan antara
kedua-dua jenis permainan berkenaan. Seterusnya, saya menerangkan isi penting bagi
sejarah dan perkembangan sofbol.
Kemudian, Cikgu Sitti Raihana Bazilah mengambil alih tugas penerangan teori bagi sejarah
dan perkembangan sofbol di Malaysia selama 10 minit. Bagi mempelbagaikan sesi
pengajaran dan menjadikan kelas segerak ini lebih menarik, sesi pengajaran bagi teori asas
permainan sofbol adalah menggunakan video melalui saluran YouTube. Video pengajaran
ini dipilih kerana guru yang membentang adalah merupakan guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) dan juga beliau menggunakan batting helmet semasa pembentangan
yang mana merupakan salah satu peralatan penting yang digunakan semasa bermain
sofbol. Pada bahagian penutup, Cikgu Sitti Raihana Bazilah meringkaskan isi penting yang
yang disampaikan oleh guru penasihat sebentar tadi.
Sesi pengajaran kokurikulum disambung pula secara tidak segerak di mana pelajar
diberikan tugasan untuk menghasilkan video pembelajaran yang mengintegrasikan
pelbagai elemen termasuklah audio, animasi, grafik, teks ke dalam video menerusi aplikasi
seperti TikTok, InShot, CapCut dan sebagainya. Menerusi penghasilan video ini, pelajar
belajar cara belajar malah mendedahkan pelajar kepada kemahiran menghasilkan video
yang bukan lagi kemahiran khusus kepada sesuatu pekerjaan, ia perlu dikuasai oleh setiap
pelajar terutamanya pada era digital masa kini. Selain daripada itu, tugasan ini juga
diharapkan dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran dalam penggunaan peralatan
komunikasi interaktif seperti komputer, komputer riba dan telefon pintar semasa membina
video pembelajaran. Pelajar diberikan masa selama 1 jam 3minit untuk menyiapkan video
pembelajaran yang berdurasi 1 sehingga 3 minit. Pelajar perlu berkongsi hasil video
pembelajaran melalui dua medium iaitu Whatsapp Group ataupun Google Classroom. Bagi
pelajar yang menghadapi masalah untuk memuat naik video berkenaan, pelajar juga boleh
berkongsi pautan video kepada pensyarah penasihat.
Bagi mengakhiri sesi perjumpaan kokurikulum pada hari ini, pensyarah penasihat memberi
maklum balas bagi setiap video pembelajaran yang dihasilkan dan dihantar pelajar.
Walaubagaimanapun, terdapat kekangan seperti masalah capaian Internet yang dihadapi
oleh pelajar dalam memuatnaik video yang mereka hasilkan. Maka, pensyarah penasihat
memberi ruang masa yang lebih fleksibel kepada pelajar bagi memastikan semua pelajar
dapat menghantar tugasan yang diberikan.
3.0 Impak dan Refleksi
Impak yang dapat dilihat dengan jelas adalah pelajar dapat menghasilkan video
pembelajaran pembelajaran yang kreatif lagi menarik serta padat dengan maklumat penting
bagi topik yang dipelajari pada hari ini. Hal ini membuktikan objektif pengajaran yang telah
ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya. Pelajar secara tidak langsung belajar berkenaan
teori dan fakta berkenaan permainan sofbol dan dalam masa yang sama menguasai
kemahiran penghasilan video serta kemahiran dalam penggunaan peralatan komunikasi
interaktif ibarat pepatah ‘kill two birds with one stone’. Jelaslah objektif pembelajaran yang
dicapai dengan jayanya oleh pelajar ini merupakan sebahagian inisiatif daripada pensyarah
penasihat bagi pendedahan pembelajaran secara berterusan. Hal ini juga membuktikan
bahawa aktiviti kokurikulum masih relevan dan perlu dilaksanakan ketika penularan Covid-
19 ini. Bermakna, pensyarah penasihat perlu sedar untuk tidak menjadikan penularan
Covid-19 ini sebagai batu penghalang untuk membantu pertumbuhan jasmani dan rohani
yang seimbang dalam diri murid-murid.
Secara tuntas, saya sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh rakan
sekerja saya dan juga pelajar yang terlibat dalam sukan dan permainan sofbol walaupun
sesi pengajaran kokurikulum di laksanakan secara dalam talian dan masih belum
berpeluang melaksanakannya secara bersemuka. Insyaallah, one fine day.
Guru pelatih Pensyarah Penyelia
……………………………….. ………………………………..
(Noor Fadhila Binti Bakri ) (Nor’aini Binti Mohamed Nor)
Nama Pelajar Noor Fadhila Binti Bakri
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / Akaun
PRKA2045 / Praktikum Program Diploma
Kod & Nama Kursus Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Rancangan Projek / Peranan-peranan Lain
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah Nor’aini Binti Mohamed Nor
Penyelia
Nama Guru Datu Mohd Akhram Bin Datu Ramlie
Pembimbing
Nama Kolej Kolej Vokasional Lahad Datu
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan .....................................................................................................................1
2.0 Rancangan Projek – Peranan-peranan Lain ..................................................................1
3.0 Rasional ..........................................................................................................................1
4.0 Jangkamasa.....................................................................................................................1
5.0 Kumpulan Sasaran .........................................................................................................2
6.0 Andaian Halangan ..........................................................................................................2
7.0 Andaian Belanjawan .......................................................................................................2
8.0 Penutup...........................................................................................................................2
1.0 Pengenalan
Umum maklum bahawa aktiviti kokurikulum adalah terbatas sepanjang sesi PdPR
dilaksanakan dek kerana wabak Covid-19 yang menyerang seluruh pelusuk dunia,
termasuklah negara kita. Berikutan hal ini, rancangan projek yang dirancangkan adalah
tertangguh sepanjang sesi PdPR ini. Oleh yang demikian, bagi tujuan tugasan ini, saya
memfokuskan kepada rancangan projek bagi peranan lain iaitu selaku Bendahari, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kolej Vokasional Lahad Datu.
2.0 Rancangan Projek – Peranan-peranan Lain
Selaku Bendari PIBG, saya telah merancang beberapa pembaharuan dan penambahbaikan
yang perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem perekodan dan pemfailan maklumat
kewangan PIBG KVLD lebih tersusun dan sistematik.
Berikut merupakan cadangan pembaharuan dan penambahbaikan yang akan dilaksanakan:
Mewujudkan carta alir proses kutipan PIBG bagi menjadikan sistem kutipan PIBG lebih
sistematik dan mengurangkan risiko kecuaian dan kehilangan pada hasil kutipan
sumbangan PIBG;
Mewujudkan satu platform komunikasi menerusi Telegram yang memudahkan semua
Koordinator berkongsi maklumat hasil kutipan dan sumbangan PIBG pelajar.
3.0 Rasional
Rasional bagi rancangan projek ini adalah:
Memastikan proses kutipan dan simpanan sumbangan lebih lancer, teliti dan selamat
kepada semua pihak;
Pemusatan platform komunikasi di antara pihak yang terlibat termasuklah koordinator,
bendahari PIBG, timbalan bendahari PIBG, TPSA dan juga Pengarah Kolej akan
memudahkan lagi urusan PIBG.
4.0 Jangkamasa
Selepas perbincangan bersama dengan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA)
dengan sokongan daripada Pengarah KVLD, rancangan projek di atas akan dilaksanakan
selama sebulan melibatkan kerjasama di antara Bendahari dan Timbalan Bendahari PIBG.
5.0 Kumpulan Sasaran
Rancangan penambahbaikan ini akan memberi faedah terutamanya kepada pihak yang
terlibat dengan urusan kutipan dan simpanan PIBG termasuklah:
Bendahari PIBG,
Timbalan Bendahari PIBG,
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik;
Pengarah Kolej.
6.0 Andaian Halangan
Antara andaian halangan yang mungkin dihadapi oleh bendahari dan timbalan bendahari
PIBG semasa melaksanakan rancangan ini ialah:
Keterbatasan untuk berbincang secara bersemuka kerana arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.
7.0 Andaian Belanjawan
Tidak ada kos yang dianggarkan kerana platform pemusatan komunikasi menggunakan
Telegram adalah percuma.
8.0 Penutup
Diharapkan rancangan projek dalam menambahbaik proses kutipan dan simpanan
sumbangan PIBG dapat menawarkan faedah yang lebih baik kepada pihak terlibat khususnya
dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan peranan Bendahari dan Timbalan
Bendahari PIBG.
Nama Pelajar Noor Fadhila Binti Bakri
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit PDPP / Akaun
PRKA2045 / Praktikum Program Diploma
Kod & Nama Kursus Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
Laporan Projek / Peranan-peranan Lain
Tajuk Tugasan
Nama Pensyarah Nor’aini Binti Mohamed Nor
Penyelia
Nama Guru Datu Mohd Akhram Bin Datu Ramlie
Pembimbing
Nama Kolej Kolej Vokasional Lahad Datu
ISI KANDUNGAN
1.0 Laporan Pelaksanaan Projek .........................................................................................1
1.1 Carta Alir Proses Kutipan dan Simpanan Sumbangan PIBG .........................................1
1.2 Platform Komunikasi - Telegram .....................................................................................3
2.0 Penutup...........................................................................................................................3
1.0 Laporan Pelaksanaan Projek
1.1 Carta Alir Proses Kutipan dan Simpanan Sumbangan PIBG
Perbincangan bagi menghasilkan carta alir ini memerlukan penelitian rapi bagi memastikan
segala risiko dapat dikurangkan dan sebaiknya dielakkan. Di antara risiko utama yang perlu
diambilkira ialah:
Sumbangan PIBG pada simpanan bendahari tercicir ataupun hilang. Proses sebelum
ini membolehkan semua koordinator menyerahkan wang kepada Bendahari secara
tunai. Bagi memastikan risiko di pihak Bendahari PIBG, semua coordinator
bertanggungjawab untuk memasukkan hasil sumbangan PIBG pelajar terus ke akaun
PIBG KVLD. Bermakna, Bendahari PIBG hanya menerima makluman amaun yang
telah dimasukkan ke dalam akaun berserta bukti resit perbankan diberikan oleh
coordinator;
Kekeliruan amaun yang diserahkan oleh korodinator kepada Bendahari. Sekiranya
amaun ini terus dimasukkan ke dalam akaun perniagaan, maka amaun yang diterima
adalah nyata dan jelas tanpa sebarang kecuaian sama ada di pihak koordinator
ataupun bendahari.
Lampiran: Carta alir yang telah dipersetujui oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
dan dipersetujui oleh Pengarah Kolej:
CARTA ALIR BAYARAN SUMBANGAN PIBG/YURA
Senarai kutipan Resit transaksibank,
s u mb angan Senarai kutipan
PIBG/yuran lain sumbangan PIBG/yuran
Mu l a Resit Mengemaskini Memasukkan wang ke Menyemak maklum
maklumat pelajar yang dalamakaun Tetuan kutipan sumbangan
Pe mb a yaran Penerimaan membuat pembayaran PIBG KVLD secara online PIBG/yuran lain
s u mb angan s u mb angan sumbangan PIBG/yuran banking @ cash deposit
PIBG/yuran lain- PI BG/yu ra n lain machine
lain l a in -lain
Tidak Maklumat
te p a t?
PELAJAR KOORDINATOR 1 B
2
AN LAIN DAN PENYEDIAAN LAPORAN BULANAN
Penyata aliran tunai,
Laporan kutipan sumbangan
PIBG/yuran lain
Menyemak Ta ma t
laporan bulanan
mat Menyediakan Menyemak Mengesahkan Perlukan Ti da k
n laporan bulanan l a p oran l a p oran p i ndaan? Mengesahkan
b u l anan l a p oran
Ya Ya Pe rl u kan
p i ndaan? Ti da k
Ya
BENDAHARI PIBG TPSA YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG)
2
1.2 Platform Komunikasi - Telegram
Surat rasmi telah dihantar kepada Pengarah Kolej untuk mendapatkan persetujuan beliau
bagi mewujudkan satu platform komunikasi rasmi menerusi Telegram yang memudahkan
semua Koordinator berkongsi maklumat hasil kutipan dan sumbangan PIBG pelajar.
Platform ini ditubuhkan secara rasmi hanya untuk membincangkan berkenaan hal kutipan dan
simpanan sumbangan PIBG yang mana pihak administration adalah saya sendiri selaku
Bendahari dan Timbalan Bendahari.
Lampiran: Tangkap layar Telegram – Sumbangan PIBG/Voktek/KV Skills KVLD Official.
2.0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, rancangan projek yang memfokuskan kepada peranan lain yakni
selaku Bendahari PIBG telah berjaya dilaksanakan dan kesannya, sangat memudahkan
proses kerja bendahari dan timbalan bendahari PIBG.
3
BAHAGIAN E:
JURNAL
Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran 2020162420010
No Kad Pengenalan 880921-12-6272
Kumpulan/Unit
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 1)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
Minggu Praktikum : 1
Tarikh : 26 April 2021 – 30 April 2021
Tajuk Jurnal : Murid Menghadapi Kekangan Capaian Internet Untuk Mengikuti
Sesi PdPR
1. Isu Yang Difokuskan:
Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada pelajar 1 SVM
Perakauan ambilan tahun 2021. Namun, belum pun sempat saya melaksanakan PdP
secara bersemuka, Majlis Keselematan Negara (MKN) telah mengumumkan bahawa
Lahad Datu adalah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 11 April 2021,
iaitu sehari sebelum minggu pertama takwim pengajian 1 SVM bermula. Maka, saya tidak
pernah bersua muka dan berkenalan dengan pelajar sendiri. Walaubagaimanapun, sesi
PdP tetap dilaksanakan secara dalam talian. Saya mendapati pelajar agak tidak bersedia
menghadapi sesi PdPR dan hal ini dibuktikan apabila hanya sebilangan sahaja pelajar
melibatkan diri semasa sesi PdPR.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Berikutan hal ini, saya telah berbincang secara terbuka bersama pelajar di dalam Group
Whatsapp untuk mengenalpasti punca pelajar tidak dapat melibatkan diri semasa PdPR
dilaksanakan. Di antara punca utama yang dapat dikenalpasti adalah:
Pelajar tidak mempunyai capaian Internet yang memuaskan untuk mengikuti sesi
PdPR yang terlalu panjang kerana jam pertemuan bersama pelajar adalah
sebanyak 9 jam bagi kedua-dua subjek (BAK1013 Buku Tunai 1 dan BAK1042
Buku Tunai Runcit).
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Briliannur, Aisyah, Uswatun, Abdy dan Hidayatur (2020) mendapati bahawa
pembelajaran secara dalam talian bagi pelajar sekolah adalah kurang berkesan kerana
wujudnya kekangan ekonomi dari segi sarana dan prasarana. Kajian ini juga turut
mendapati para pelajar tidak bersedia dari segi teknologi. Masalah teknologi ini
termasuklah dari segi akses pencapaian internet dan juga kekurangan sumber maklumat
mengenai penyediaan teknologi mudah alih pada masa kini. Menurut Sim (2013)
menyatakan bahawa pemahaman guru tentang halangan-halangan dalam pembelajaran
atas talian dapat memastikan pengekalan penglibatan pelajar dalam pembelajaran atas
talian pada masa-masa yang akan datang. Halangan-halangan seperti halangan
1
insfrastruktur, halangan motivasi dan halangan teknikal perlu diambil kira bagi
memastikan penglibatan aktif pelajar semasa sesi PdPR dilaksanakan. Ringkasnya, guru
perlu menjadi lebih peka dan prihatin akan keperluan pelajar semasa sesi PdPR
dilaksanakan.
Bermakna, sekiranya aplikasi Google Meet yang memerlukan capaian Internet yang laju
dan pelajar tidak mempunyai kemudahan tersebut, maka guru perlu mengambil alternatif
lain bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir dalam sesi PdPR. Hal ini disokong
oleh Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat (2020) yang berpendapat bahawa jika
pensyarah merasakan pengajaran secara terus, misalnya menggunakan Google Meet
tidak sesuai, pensyarah masih boleh meneruskan pengajaran dengan menghantar
rakaman video pengajaran melalui WhatsApp, Telegram atau Google Classroom.
Menurut Martina, Hendro dan Indra (2020), WhatsApp merupakan aplikasi yang lebih
sesuai digunakan semasa pengajaran jika dibandingkan dengan aplikasi Zoom, Google
Meet dan Facebook. Martina et al. (2020) turut menyatakan bahawa WhatsApp
merupakan suatu aplikasi komunikasi yang lebih ringkas dan mudah digunakan untuk
semua peringkat umur dan latar belakang.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan perbincangan bersama pelajar, pensyarah penyelia, bacaan artikel dan
keratan akhbar secara maya, berikut merupakan cadangan bagi penyelesaian masalah
yang dibangkitkan:
Jadual waktu pengajaran dibahagikan kepada secara segerak dan tidak segerak.
Saya akan melaksanakan kelas secara dalam talian majoriti melalui Group
Whatsapp untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan topik yang akan
dipelajari. Seterusnya, kelas secara tidak segerak dilaksanakan di mana pelajar
akan diberikan latihan seperti kertas tugasan (teori) atau kertas kerja (amali) yang
perlu disiapkan dalam jangka masa yang diperuntukkan. Saya akan memantau
perkembangan gerak kerja pelajar dan bersedia untuk membincangkan sebarang
persoalan yang timbul. Sebagai penutup, kelas secara segerak dilaksanakan lagi
untuk membincangkan latihan yang diberikan kepada pelajar. Oleh yang
demikian, kekangan capaian Internet dan waktu pengajaran yang berlarutan
panjang dapat diselesaikan.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
3 hari
2
6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
Sesi PdPR yang panjang (5 jam dan 4 jam) dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:
i. Secara segerak – penerangan ringkas bersama pelajar melalui Group
Whatsapp.
ii. Secara tidak segerak – aktiviti pembelajaran seperti menyiapkan kertas
kerja/kertas tugasan secara berkumpulan, pengumpulan maklumat topik
pembelajaran melalui enjin carian, menyiapkan video pembelajaran
iii. Secara segerak – perbincangan bersama berkenaan tugasan atau aktiviti
pembelajaran sama ada melalui Google Classroom, Group Whatsapp
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
30 April 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenalpasti memberikan impak yang besar kepada kehadiran penuh pelajar
semasa sesi PdPR. Malahan saya tidak lagi mendengar keluhan daripada pelajar yang
tidak dapat join sesi PdPR kerana masalah capaian Internet. Dari sudut pandangan guru
pula, ianya merupakan petanda baik bagi memastikan tidak ada pelajar yang tercicir
dalam pelajaran walaupun sesi pembelajaran tidak lagi dilaksanakan secara bersemuka.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap kehadiran pelajar semasa sesi
PdPR walaupun ianya dilaksanakan sehinga 4 atau 5 jam. Melalui ini, saya lebih
memahami kedudukan setiap pelajar saya yang datangnya daripada pelbagai latar
belakang dan sosio ekonomi keluarga.
10. Rujukan
Abdul Halim Masnan (01 Mac 2021). Pembelajaran Bersemuka, PdPR Perlu Seiring.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 27 April 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/03/791472/pembelajaran-
bersemuka-pdpr-perlu-seiring
Berita Harian Online. (24 Januari, 2021). Tiada Capaian Internet, Gajet Seperti Belajar Di
Sekolah Daif. Bahan diakses pada 28 April 2021, daripada
3
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779410/tiada-capaian-
internet-gajet-seperti-belajar-di-sekolah-daif
Mahdzir Khalid. (25 Januari, 2021). Atasi Halangan Keberkesanan Kaedah PdP Untuk
Semua Pelajar. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 27 April 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2021/01/779652/atasi-halangan-
keberkesanan-kaedah-pdp-untuk-semua-pelajar
Nur Syarafina Abdul Rahman, Zainal Fitri Mohd Zolkifli & YingLeh Ling. (2020).
Kepentingan Kemudahan Teknologi dan Motivasi Membentuk Kesedaran Pelajar
Dalam Pembelajaran Digital. Bahan diakses pada 27 April 2021, daripada
https://www.researchgate.net/publication/344781009
Sim, Pei Wah. (2013). Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak
Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia. Master
Dissertation, Universiti Sains Malaysia.
Siti Balqis Mahlan & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Bahan diakses pada 27 April 2021,
daripada https://appspenang.uitm.edu.my/buletin
11. Lampiran
Screenshot tinjauan dibuat bagi mengesan pelajar yang menghadapi masalah sekiranya
Google Meet digunakan sebagai medium utama sesi PdPR:
4
Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran
No Kad Pengenalan 2020162420010
Kumpulan/Unit 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 2)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
JURNAL REFLEKTIF
Minggu Praktikum : 2
Tarikh : 03 Mei 2021 – 07 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Pelajar Pasif Semasa PdPR
1. Isu Yang Difokuskan:
Majlis Keselematan Negara (MKN) telah mengumumkan bahawa Lahad Datu adalah
kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 11 April 2021, iaitu sehari
sebelum minggu pertama takwim pengajian 1 SVM bermula. Oleh yang demikian, kelas
secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan dan digantikan dengan sesi PdPR. Berikutan
ini, saya mendapati pelajar agak tidak bersedia dan bertindak pasif semasa sesi PdPR
dilaksanakan. Hanya sebilangan sahaja pelajar dapat menjawab dengan baik setiap kali
soalan diajukan oleh guru.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Berikutan hal ini, saya telah berbincang dengan beberapa orang pelajar untuk
mengenalpasti punca pelajar bertindak pasif semasa PdPR dilaksanakan. Di antara
punca yang dapat dikenalpasti adalah:
Pelajar kurang bermotivasi untuk menghadapi gelombang sesi PdPR untuk ke
sekian kalinya.
Maka, pelajar kurang mengambil perhatian seterusnya menjadi pasif semasa kelas
secara dalam talian dilaksanakan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Menurut Noels (2002), faktor yang membentuk motivasi terbahagi kepada dua kategori
iaitu yang pertama ialah orientasi dalaman (intrinsic orientations) yang merujuk kepada
kepuasan dan rasa seronok sama ada kerana pengembangan ilmu pengetahuan,
pencapaian diri atau memperoleh pengalaman yang menggembirakan. Kedua ialah
orientasi luaran (extrinsic orientations) yang berlaku disebabkan pulangan luaran seperti
mendapat ijazah, pekerjaan, hadiah dan sebagainya. Ellis (1985), Julkunen (1989) dan
Dornyei (1994) menegaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembelajaran, bahan pengajaran dan
tugasan individu boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Manakala, Alhaadi Ismail &
Norimah Zakaria (2019) menyatakan peneguhan positif memainkan peranan untuk
membentuk motivasi dan mampu untuk mendisiplinkan pelajar.
1
JURNAL REFLEKTIF
Tuntasnya, guru perlu bijak untuk memangkin motivasi pelajar terutama sekali apabila
kelas secara dalam talian dilaksanakan yang mana guru tidak mempunyai kawalan
khusus seperti di dalam bilik darjah. Saya perlu meneliti setiap aspek yang dapat
meningkatkan motivasi pelajar seterusnya menyumbang kepada penglibatan aktif pelajar
semasa sesi PdPR
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan perbincangan bersama pelajar, pensyarah penyelia dan bacaan artikel dan
keratan berita secara maya, berikut merupakan cadangan bagi penyelesaian masalah
yang dibangkitkan:
Berdasarkan bacaan buku ilmiah dan keratan berita secara maya, motivasi pelajar
terus ditingkatkan melalui penghargaan yang guru berikan seperti pujian dan kata-
kata semangat secara eksplisit iaitu secara terbuka kepada pelajar yang terlibat
secara aktif semasa sesi PdPR. Hal ini sudah pasti menyemai perasaan bangga
dan gembira dalam diri pelajar yang dipuji seterusnya memastikan mereka kekal
aktif di dalam kelas online.
Selain itu juga, saya juga perlu memastikan bahan bantu mengajar (BBM) yang
disediakan dapat menarik minat pelajar untuk terus kekal fokus dan bermotivasi
di dalam kelas. Saya tidak boleh bergantung hanya dengan kertas penerangan.
Inisiatif lain perlu diambil oleh guru seperti menyediakan slaid multimedia dan
video pembelajaran yang sudah pasti dapat membantu perjalanan sesi PdPR.
Tambahan juga, aktiviti-aktiviti pembelajaran perlu dirancang dengan lebih teliti
dengan penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sesuai
dengan keperluan generasi masa kini. Bermakna, saya perlu lebih kreatif dan
meletakkan diri dalam situasi pelajar semasa merancang setiap sesi PdPR. Saya
kena peka dengan teknologi semasa supaya pengetahuan dan kemahiran saya
sentiasa relevan dengan keperluan generasi pelajar masa kini.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu
6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
Peneguhan positif dipraktikkan semasa sesi PdPR bagi memastikan pelajar
bersemangat menghadiri kelas secara dalam talian. Penggunaan ayat seperti
2
JURNAL REFLEKTIF
‘bagus kerana mencuba’, ‘terbaik!’ dan ‘good job’ sentiasa digunapakai semasa
sesi PdPR berlangsung.
Penyediaan BBM dan BBB yang lebih menarik dengan mengintegrasikan elemen
TMK bagi memastikan pelajar kekal fokus dan dapat melibatkan diri secara aktif
di dalam kelas.
Penggunaan pelbagai aplikasi semasa sesi PdPR berlangsung seperti Google
Classroom, Google Meet, Wheel of Names, AnyFlip dan TikTok untuk
mengelakkan perasaan bosan dalam kalangan pelajar sekiranya hanya satu
medium pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai oleh guru dalam sesi
PdPR.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
07 Mei 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenalpasti memberikan impak yang besar kepada penglibatan aktif pelajar di
dalam kelas secara dalam talian. Sebagai contoh, aktiviti pembelajaran yang mana
pelajar membuat video pembelajaran dengan menggabungkan teks, grafik, audio dan
animasi menggunakan aplikasi seperti TikTok, FilmoraGo dan CapCut. Sangat
mengujakan! Pelajar kekal aktif di dalam kelas semasa PdPR dilaksanakan malahan
menyiapkan video pembelajaran tepat pada masanya untuk dibincangkan bersama di
dalam Group Whatsapp. Pelajar aktif bertanya soalan kepada guru dan berbincang
sesama mereka berkenaan tugasan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung,
pelajar juga terdedah dengan pembelajaran kendiri dan tahu belajar cara belajar yang
popular dalam strategi pemusatan murid.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap penglibatan aktif pelajar
terhadap sesi PdPR yang saya laksanakan bersama mereka. BBM dan BBB yang
menyeronokkan sudah pasti berjaya meningkatkan motivasi pelajar seterusnya
menyumbang kepada penglibatan aktif mereka semasa sesi PdPR. Pujian yang diberikan
kepada pelajar disambut baik oleh mereka dengan ucapan terima kasih, mungkin
bergembira kerana mendapat peneguhan positif daripada guru. Sekecil-kecil pujian yang
memberi impak kepada pengekalan penglibatan di dalam kelas adalah suatu yang perlu
diteruskan.
3
JURNAL REFLEKTIF
10. Rujukan
Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati Abdul Rashid & Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2019). Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019). Faktor yang Mempengaruhi Motivasi
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk
Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation 7(3), 2019: 23
– 30.
Mohd Zaki Ahmad & Muhammad Firdaus Abdul Manaf (2017). Penggunaan Motivasi
Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik Untuk Belajar Bahasa Arab. Persidangan
Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017), ms 655 – 666.
Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan Dan Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational
Psychology & Counseling, Volume 5, Pages 30-57
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxfor Fajar Sdn Bhd.
4
JURNAL REFLEKTIF
11. Lampiran
Tangkap layar bagi maklum balas diterima semasa sesi PdPR yang mengaplikasikan
teknologi terkini yang mendapat hati di kalangan pelajar seperti TikTok:
5
Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran
No Kad Pengenalan 2020162420010
Kumpulan/Unit 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 3)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
JURNAL REFLEKTIF
Minggu Praktikum : 3
Tarikh : 10 Mei 2021 – 14 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Semasa PdPR
1. Isu Yang Difokuskan:
Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan
tugasan guru semakin mencabar apabila perlu menyesuaikan diri dengan kebiasaan
baharu. Ianya menuntut proses PdP dilaksanakan secara dalam talian dengan
menggunakan pelbagai aplikasi tersedia. Contohnya WhatApps, Zoom dan Google Meet.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Sehubungan dengan itu, penggunaan TMK semasa sesi PdPR merupakan antara
cabaran utama bagi guru seperti saya yang baharu sahaja setahun jagung dalan bidang
pendidikan. Hal ini terjadi kerana:
Belum pun pedagogi secara bersemuka dikuasai, kini seni pengajaran dan
pembelajaran lain pula yang perlu diterokai termasuklah cybergogi untuk
mendepani cabaran dan menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu.
Maka, saya perlu memiliki tahap literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta
mendalami ilmu teknologi yang baharu dengan menggunakan cara lebih efektif untuk
berkomunikasi dengan pelajar.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Menurut Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988), teknologi dalam pengajaran
merupakan proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara
sistematik, saintifik dan rasional untuk menyepadukan idea, tenaga, sumber bahan serta
kaedah demi meningkatkan keberkesanan proses PdP.
Pelajar akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif dengan adanya integrasi
teknologi sebagai pendorong untuk membina ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bermakna apabila guru menggunakan teknologi khusunya TMK dalam
aktiviti PdP di dalam bilik darjah (Ghavifekr, S. & Rosdy, W.A.W., 2015).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
1
JURNAL REFLEKTIF
Berdasarkan perbincangan dengan rakan sekerja yang lain, berikut merupakan cadangan
bagi penyelesaian isu yang dibangkitkan:
Saya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan bagi menggalas tanggungjawab
baru dalam mengendalikan pembelajaran menggunakan teknologi dan dalam
mengendalikan serta menilai teknologi. Antara lainnya, saya boleh mencuba
aplikasi pengajaran menarik dan interaktif sesuai dengan kaedah Revolusi
Industri 4.0 (IR4.0);
Namun, saya juga perlu sedar bahawa terdapat kekangan di kalangan pelajar
saya, maka saya harus kreatif mengendalikan proses penyampaian ilmu supaya
tiada pelajar mahupun ibu bapa tertekan dan terbeban. Oleh yang demikian, saya
perlu mempraktikkan kaedah yang mudah, praktikal, ekonomikal dan selesa
bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar saya.
Ringkasnya, prinsip learning first, technology second perlulah diaplikasikan bagi
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai oleh semua murid walaupun dalam
pelbagai kekangan yang dihadapi.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu
6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
Saya perlu berusaha menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) dengan membuat bacaan ilmiah, menonton video guru lain
melaksanakan PdPR melalui saluran YouTube bagi mengaplikasikan cara yang
lebih efektif untuk berkomunikasi dengan pelajar;
Aplikasi pengajaran yang menarik dan interaktif boleh dipraktikkan guru dengan
mengambil kira kekangan pelajar bagi memastikan tiada keciciran berlaku di
kalangan pelajar. Antara sesi pengajaran mudah ialah dengan membuat rakaman
video. Ianya memberikan kelebihan apabila pelajar boleh melihat dan mengenali
wajah guru, manakala rakaman boleh diulang tayang untuk ulangkaji dan
pembelajaran kendiri.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
17 Mei 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
2
JURNAL REFLEKTIF
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenalpasti memberikan impak yang besar kepada pencapaian objektif
pembelajaran. Saya telah merakamkan video pembelajaran yang mengintegrasikan
audio, gambar dan animasi untuk sesi PdPR. Rakaman video ini juga memberikan pelajar
pengalaman seperti belajar di dalam bilik darjah yang mana guru menerangkan sambil
menulis dan menconteng pada whiteboard. Hanya berdasarkan video pembelajaran ini,
pelajar dapat menyiapkan latihan yang diberikan guru dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Secara keseluruhannya, penguasaan dalam TMK sangat membantu saya dalam
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Malah, ianya sangat membantu
dalam membentuk kefahaman mudah di kalangan pelajar malah terbukti apabila pelajar
dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Saya perlu sedar, TMK ini membantu dalam
sesi PdPR namun ianya hanyalah sokongan dalam sesi PdPR kerana yang utama sudah
pasti adalah semua pelajar mendapat peluang pembelajaran yang sama rata walau apa
pun halangan yang dihadapi pelajar.
10. Rujukan
Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati Abdul Rashid & Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2019). Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.
Berita Harian Online. (16 Mei, 2020). Covid-19: Pendidikan Menerusi Dunia Maya
Cabaran Baharu Buat Guru. Bahan diakses pada 11 Mei 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-pendidikan-
menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru
Berita Harian Online. (22 Januari, 2021). Pandemik Uji Kreativiti Pendidik. Bahan diakses
pada 11 Mei 2021, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/01/778763/pandemik-uji-kreativiti-pendidik
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ong Y. P. (24 Julai, 2020). Guru Perlu Kuasai Teknologi Digital Penuhi Tuntutan PdPP.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 11 Mei 2021, daripada
3
JURNAL REFLEKTIF
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/07/714249/guru-
perlu-kuasai-teknologi-digital-penuhi-tuntutan-pdp
11. Lampiran
Tangkap layar bagi video pembelajaran yang disediakan oleh guru:
4
Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran
No Kad Pengenalan 2020162420010
Kumpulan/Unit 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 4)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR
JURNAL REFLEKTIF
Minggu Praktikum : 4
Tarikh : 17 Mei 2021 – 21 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Pelajar Sukar Faham Pengajaran Bagi Latihan Amali Yang
Disampaikan Guru
1. Isu Yang Difokuskan:
Bagi pelajar di Kolej Vokasional, latihan diberikan dalam bentuk teori dan amali bagi
memudahkan mereka menguasai kompetensi bagi setiap kursus. Pengajaran dan
bimbingan bagi latihan amali agak sukar dilaksanakan secara dalam talian kerana
sebelum ini ianya dilaksanakan secara hands on untuk diajar kepada setiap pelajar. Oleh
kerana itu, pelajar kelihatan sukar untuk memahami pengajaran bagi latihan amali yang
disampaikan oleh guru.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Hal ini terjadi kerana:
Latihan amali memerlukan bimbingan penuh daripada seorang guru untuk
memudahkan pelajar membentuk kefahaman mudah bagi setiap kompetensi.
Penerangan melalui rakaman suara melalui medium WhatsApp adalah kurang
efektik bagi memberi bimbingan terutama untuk latihan berbentuk amali.
Penyediaan slaid multimedia dan rakaman suara sangat membantu dalam
pemahaman teori namun ianya masih kurang efektif untuk latihan berbentuk
amali.
Oleh kerana bimbingan yang kurang efektif diberikan guru bagi latihan amali, maka
pelajar sukar untuk menguasai kompetensi yang telah ditetapkan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Menurut Khaizer Omar (2021), komponen terpenting dalam proses pembelajaran TVET
ialah pembangunan kemahiran. Pelaksanaan PdPR dalam program TVET tidak dapat
menyokong sepenuhnya penguasaan kemahiran pelajar. Maka, pembelajaran dalam
talian boleh dipergiatkan dengan mempelbagaikan teknik pembelajaran untuk
meningkatkan kemahiran. Tambah beliau lagi, dunia pendidikan diuji perubahan drastik
ekosistem PdP, termasuk TVET hingga menyebabkan ia memerlukan kebergantungan
sepenuhnya kepada teknologi komputer dan internet. Namun, pendidik TVET perlu cekal
menongkah cabaran dalam memberikan pendidikan berkualiti menerusi pengembangan
kemahiran diperlukan pelajar sebelum menempuhi sektor pekerjaan.
1
JURNAL REFLEKTIF
Pelajar akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif dengan adanya integrasi
teknologi sebagai pendorong untuk membina ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bermakna apabila guru menggunakan teknologi khusunya TMK dalam
aktiviti PdP di dalam bilik darjah (Ghavifekr, S. & Rosdy, W.A.W., 2015).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan bacaan bahan ilmiah dan rujukan pada video pengajaran yang disediakan
oleh guru lain melalui saluran YouTube, berikut merupakan cadangan bagi penyelesaian
isu yang dibangkitkan:
Guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang lebih efektif dengan
mengintegrasikan audio, teks, gambar, animasi dalam video pembelajaran.
Malah, ianya akan lebih berkesan apabila guru menulis sambil menerangkan
dalam video berkenaan. Untuk mengelakkan masalah seperti capaian Internet
apabila menggunakan whiteboard seperti aplikasi Jamboard, guru telah merakam
video pengajaran menggunakan aplikasi XRecorder, iaitu aplikasi yang tidak
memerlukan capaian Internet untuk menulis pada skrin sambil membuat rakaman
video. Kemudian, guru berkongsi rakaman itu ke dalam WhatsApp untuk sebagai
bimbingan kepada pelajar dan memastikan mereka dapat mengikuti sesi PdPR
berkenaan.
Secara ringkas, video pembelajaran yang disediakan oleh guru perlulah
mengintegrasikan pelbagai elemen bagi memastikan semua pelajar dapat memahami
bimbingan amali walaupun dalam keadaan kelas secara dalam talian. Guru perlu lebih
kreatif untuk menyediakan bahan bantu mengajar selama sesi PdPR ini dilaksanakan.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu
6. Tindakan Susulan:
Berikut merupakan tindakan susulan yang diambil:
Guru memberikan bimbingan bagi latihan amali melalui rakaman video
pengajaran yang mana guru menerangkan setiap langkah kerja sambil menulis
pada perkara yang berkaitan. Bermakna, pelajar dapat mendengar dan melihat
perkara yang dijelaskan oleh guru dalam masa yang sama.
Sesi PdPR akan dilaksanakan secara segerak dan tidak segerak. Pelajar
dibimbing menerusi video pengajaran yang disediakan oleh guru dan
2
JURNAL REFLEKTIF
perbincangan segerak dilaksanakan untuk memastikan pelajar faham akan
langkah kerja yang perlu mereka laksanakan dalam latihan amali. Seterusnya,
pelajar menyiapkan latihan amali yang diberikan guru secara tidak segerak
dengan merujuk video pengajaran. Pada penutup sesi PdPR, guru bersama-sama
pelajar berbincang secara segerak berkenaan jawapan bagi latihan amali
sebentar tadi.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
21 Mei 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah dikenalpasti menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan. Guru tidak perlu
mengulang perkara yang sama berulang kali kerana pelajar hanya tekan butang play
sahaja pada video pengajaran yang disediakan oleh guru sekiranya ada perkara yang
mereka kurang faham. Malah, idea sesi PdPR yang dilaksanakan mengikut urutan
segerak tidak segerak segerak adalah sangat membantu dalam pengurusan masa
guru dan juga pelajar kerana sesi PdPR yang berpanjangan selama 4 hingga 5 jam. Hal
ini menyumbang dalam membentuk kefahaman pelajar dalam bimbingan latihan amali
yang diberikan oleh guru.
9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):
Secara keseluruhannya, kefahaman pelajar adalah tunjang bagi setiap sesi PdPR yang
dilaksanakan. Maka, guru perlu berusaha untuk memastikan pelajar dapat mencapai
objektif pembelajaran dengan menjadi lebih kreatif dalam penyediaan bahan bantu
mengajar terutama sekali bagi pengajaran yang berbentuk amali.
10. Rujukan
Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati Abdul Rashid & Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2019). Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.
Berita Harian Online. (22 Januari, 2021). Pandemik Uji Kreativiti Pendidik. Bahan diakses
pada 11 Mei 2021, daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/01/778763/pandemik-uji-kreativiti-pendidik
3
JURNAL REFLEKTIF
Khaizer Omar. (16 April, 2021). Pandemik Tuntut Pengajaran, Pembelajaran TVET
Berubah. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 18 Mei 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/807378/pandemik-tuntut-
pengajaran-pembelajaran-tvet-berubah
Khairulmizan Yahya. (24 Julai, 2020). Subjek Amali, Eksperimen Perlu Dibuat Melalui
PdP Secara Bersemuka. Berita Harian Online. Bahan diakses pada 18 Mei 2021,
daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/04/807378/pandemik-tuntut-
pengajaran-pembelajaran-tvet-berubah
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ong Y. P. (24 Julai, 2020). Guru Perlu Kuasai Teknologi Digital Penuhi Tuntutan PdPP.
Berita Harian Online. Bahan diakses pada 11 Mei 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/07/714249/guru-
perlu-kuasai-teknologi-digital-penuhi-tuntutan-pdp
11. Lampiran
Tangkap layar bagi sesi perbincangan guru bersama pelajar dibantu oleh video
pengajaran yang disediakan oleh guru:
4
Nama Pelajar NOOR FADHILA BINTI BAKRI
Angka Giliran
No Kad Pengenalan 2020162420010
Kumpulan/Unit 880921-12-6272
PDPP / AKAUN
Kod & Nama Kursus PRKA2045 / PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
Tajuk Tugasan JURNAL REFLEKTIF (MINGGU 5)
Nama Pensyarah
Penyelia NOR’AINI BINTI MOHAMED NOR