The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramze, 2020-05-16 10:48:37

BUKU TEKS PSV TINGKATAN 4 KSSM

TINGKATAN 4

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

4Tingkatan

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah

PENDIDIKAN
SENI VISUAL

Tingkatan 4

Penulis

Profesor Madya Dr. Md Nasir bin Ibrahim
Profesor Madya Dr. Muhammad Zaffwan bin Idris
Dr. Mazlan bin Haji A. Karim
Dr. Liza Marziana binti Mohammad Noh
Faridah binti Ibrahim

Editor

Suhana binti Ali
Nurulaini binti Abdullah

Pereka Bentuk

Tew Wan Yin

Ilustrator

Tew Wan Yin

PENERBIT BESTARI SDN. BHD.

2019

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

NO. SIRI BUKU:  0098 PENGHARGAAN

KPM2019 ISBN 978-983-092-445-8 Penerbit buku teks ini ingin merakamkan
sekalung penghargaan kepada organisasi dan
Cetakan Pertama 2019 individu yang telah membantu dalam proses
menerbitkan buku ini.
© Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jawatankuasa Kawalan Mutu Buku Teks,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
bahan dalam buku ini tidak dibenarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi, ataupun • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau Surat, Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, Pruf Muka Surat dan Jawatankuasa
penggambaran semula mahupun dengan Penyemakan Naskhah Sedia Kamera,
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
perkiraan royalti atau honorarium. Teknologi Pendidikan dan Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia.
Malaysia oleh:
Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P) • Pertubuhan Perekabentuk Dalaman
22-01, Jalan Molek 1/10, Malaysia (PPDM).
Taman Molek,
81100 Johor Bahru, • Jabatan Penerangan Malaysia.
Johor Darul Takzim.
Tel: 07-361 2868 • Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak,
Faks: 07-352 6292 Darul Ridzuan.
Laman Web: http://www.pbestarisb.com
• Pejabat D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar
Reka Letak dan Atur Huruf: Negeri Sembilan.
Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P)
Muka Taip Teks: STIXGeneral • Perbadanan Adat Melayu dan Warisan
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Negeri Selangor (PADAT).

Dicetak oleh: • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
KHL Printing Co. Sdn. Bhd. (235060-A) Selayang, Batu Caves, Selangor.
Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2,
Kawasan MIEL, Phase 8, • Kartunis Rambai dari Sead Studios Sdn. Bhd.
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. • Semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan buku ini.

KANDUNGAN

Tajuk 3  Seni Catan 52

Seni Catan Barat 68
Mengikut Abad Pilihan 69
dari Aspek Aliran, 70
Gaya, Pelukis dan Karya 72
Latihan Formatif 73
Kembara Minda 74
Minda Kreatif
Galeri Minda
Rumusan Grafik
Latihan Pengukuhan

Tajuk 4  Seni Cetakan

Bidang 1 23Bidang Seni Cetakan Barat 78
Mengikut Abad Pilihan
ASSeepjnraeirsVaiihassudiaaln Seni Halus dari Aspek Aliran, 86
Gaya, Pelukis dan Karya 87
Tajuk 1  Alat Kebesaran dan Latihan Formatif 89
Perhiasan Diraja Kembara Minda 95
Minda Kreatif 96
Jenis Alat Kebesaran 4 Tajuk 2  Seni Lukisan 26 Galeri Minda 97
dan Perhiasan Diraja Rumusan Grafik
Fungsi dan Peranan 9 Seni Lukisan Barat 42 Latihan Pengukuhan
Alat Kebesaran dan Mengikut Abad Pilihan 43
Perhiasan Diraja 12 dari Aspek Aliran, 44
Latihan Formatif 13 Gaya, Pelukis dan Karya 46
Kembara Minda 14 Latihan Formatif 47
Minda Kreatif 19 Kembara Minda 48
Galeri Minda 20 Minda Kreatif
Rumusan Grafik 21 Galeri Minda
Latihan Pengukuhan Rumusan Grafik
Latihan Pengukuhan

iii

Tajuk 8  Seni Reka Grafik
(Ilustrasi)

Bidang 99 137Bidang Definisi Ilustrasi 172
Jenis Ilustrasi 172
RBeeknatuk Seni Kraf Media dan Teknik 178
Tajuk 7  Seni Ukiran Penjanaan Idea 182
Tajuk 5  Reka Bentuk 140 Bergambar
Landskap Prinsip Asas Latihan Formatif 184
Seni Ukiran 142 Kembara Minda 185
Prospek dan Hala Alatan dan Bahan Minda Kreatif 187
Tuju Pereka Bentuk Seni Ukiran 144 Galeri Minda 190
Landskap Motif Ukiran Kayu 148 Rumusan Grafik 191
Latihan Formatif Jenis Ukiran Kayu 150 Latihan Pengukuhan 192
Kembara Minda Bentuk-bentuk Silat 152
Minda Kreatif 102 Proses Seni Ukiran 154 Tajuk 9  Seni Foto
Galeri Minda Seni Ukiran (Genre Fotografi)
Rumusan Grafik 107 Kaum-kaum Lain 157
Latihan Pengukuhan 108 Latihan Formatif 158 Definisi Genre 196
109 Kembara Minda 160 dalam Fotografi
114 Minda Kreatif 165
115 Galeri Minda 166 Jenis dan Fungsi 196
116 Rumusan Grafik 167 Komunikasi Visual
Latihan Pengukuhan dalam Genre Fotografi

Kepelbagaian 197
Genre Fotografi

Ikon Fotografi Malaysia 203

Tajuk 6  Reka Bentuk Latihan Formatif 206
Dalaman
Kembara Minda 207

Prospek dan Hala Tuju 120 Minda Kreatif 209
Pereka Bentuk Dalaman
Galeri Minda 212
Latihan Formatif 125
Rumusan Grafik 213
Kembara Minda 126
Latihan Pengukuhan 214
Minda Kreatif 128 Bidang

Galeri Minda 133 169 VKoismuaulnikasi Glosari 216
Senarai Rujukan 217
Rumusan Grafik 134 Indeks 218

Latihan Pengukuhan 135

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 ini disediakan
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Buku teks ini ditulis
berdasarkan empat komponen, iaitu Persepsi Seni, Eksplorasi
Seni, Ekspresi Seni dan Apresiasi Seni.
Strategi pengajaran mata pelajaran ini dilaksanakan secara
inkuiri berasaskan projek dan memberikan penekanan kepada
aktiviti yang berorientasikan murid sama ada dalam bentuk
perbincangan secara kolaboratif, penerokaan, eksperimentasi
dan apresiasi sesuai dengan keperluan Kemahiran Abad Ke-21.
Buku ini juga dilengkapi dengan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan murid
agar dapat menangani cabaran semasa. Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pemikiran Komputasional
(PK) boleh menggalakkan murid membuat penaakulan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencipta sesuatu
dan membuat penilaian secara kritis dan kreatif.
Buku ini juga mengandungi animasi tiga dimensi (3D)
yang interaktif. Panduan untuk mengakses animasi ini adalah
seperti berikut:

1. Muat turun aplikasi

AR buku teks dengan
mengimbas QR Code
di sebelah.

2. Gunakan aplikasi

tersebut untuk
mengimbas ikon 'AR'
yang terdapat dalam
buku teks ini.

3. Halaman yang mempunyai

ikon 'AR' ialah Tajuk 6
halaman 132.

v

Penerangan Ikon-ikon dalam Buku Teks
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4

KStandard Gerbang Seni i Seni dan Saya

Kandungan Maklumat tambahan Aplikasi PSV dalam
yang berkaitan dengan kehidupan harian murid,
Merangkumi aspek tajuk yang dibincangkan. kerjaya yang berkaitan dan
pengetahuan, kemahiran dan invensi serta inovasi PSV di
nilai yang perlu dipelajari. Malaysia.

Standard Akses QR EMK
Pembelajaran Elemen yang diterapkan
Sumber rujukan tambahan secara tersurat dan tersirat
Kemahiran yang akan dalam bentuk video, slaid untuk panduan murid.
dipelajari dalam setiap tajuk. dan dokumen.
KBAT
Kata Kunci A-Z Cabar Minda
Murid dirangsang
Kata kunci yang Menguji pengetahuan menerusi soalan berfikir
digunakan dalam seni. sedia ada. aras tinggi.

Kembara Minda Aktiviti

Mengukuhkan pengetahuan melalui Gerak kerja yang menggunakan pelbagai kaedah.
eksperimentasi dan penerokaan.
Latihan Formatif
Minda Kreatif
Latihan untuk menguji kefahaman konsep
Menguji kemahiran daya cipta murid setiap tajuk.
dalam menghasilkan karya.
Latihan Pengukuhan
Galeri Minda
Mengukur penguasaan murid terhadap isi
Mendedahkan murid membuat kandungan setiap tajuk.
penilaian secara kritis.
Rumusan Grafik Jenis RRuummuussaann GGrraaffiikk
QR pada kulit buku Tajuk
Industri Alam Proses
Mengandungi huraian tema Teknik
buku, biodata penulis dan Komik Fesyen Digital
maklumat yang dikemas kini.
vi Iklan Imaginasi Kolaj

Media Campuran

Ringkasan setiap tajuk melalui peta minda.

BIDANG

SEJARAH DAN
APRESIASI
SENI VISUAL

Istana Negara

1

Tajuk 1

ALAT
KEBESARAN
DAN PERHIASAN

1DIRAJA
Negara Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan
dalam demokrasi berparlimen. Berdasarkan sistem ini, Ketua
Persekutuan ialah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan ketua
negeri pula digelar sama ada Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar
atau Yang di-Pertua Negeri.
Institusi beraja ini merupakan kesinambungan daripada
warisan Kesultanan Melayu. Oleh itu, terdapat alat kebesaran
dan perhiasan Diraja yang masih diguna pakai dalam majlis atau
istiadat tertentu. Peralatan dan perhiasan ini merupakan warisan
bangsa yang perlu diketahui oleh generasi hari ini dan akan
datang agar mereka lebih menghormati institusi ini.

2

Kata Kunci A-Z

• Aiguillette • Mess Kit
• Awan larat • Muskat
• Epolet • Ragam hias
• Kain • Sampir
sakhlat • Solek

• Kerabu

KStandard

Kandungan

1.1 Pemahaman terhadap
Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja.

1.2 Eksplorasi maklumat
daripada pelbagai
sumber bagi
pengukuhan terhadap
Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja.

1.3 Penzahiran idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber
dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.

1.4 Penghayatan terhadap
model Alat Kebesaran
dan Perhiasan Diraja
dengan menggunakan
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

3

PERSEPSI SENI Video Standard
Pembelajaran
Institusi beraja di Malaysia mempunyai pelbagai jenis alat
kebesaran dan perhiasan Diraja yang menjadi simbol kedaulatan Murid boleh:
raja dan negeri yang diperintah. Setiap negeri mempunyai alat 1.1.1 Menyenaraikan jenis
kebesaran dan perhiasan Diraja yang berbeza. Alat kebesaran
dan perhiasan Diraja ini direka dengan keunikan tersendiri dan alat kebesaran dan
dijaga rapi sejak dahulu hingga ke hari ini. perhiasan Diraja.
1.1.2 Menjelaskan fungsi dan
Jenis Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja peranan alat kebesaran
dan perhiasan Diraja.
Alat Kebesaran Diraja
Akses QR
Alat kebesaran Diraja ada beberapa jenis. Peralatan ini menjadi
simbol dan keagungan warisan Kesultanan Melayu sejak Institusi
berkurun-kurun lamanya. Berikut ialah alat kebesaran Diraja Diraja di
yang digunakan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Malaysia
Raja Permaisuri Agong dalam upacara rasmi. (Dicapai pada 21 Mei 2019)
https://bit.ly/2CX2rOr

C  ogAalnam C  ogAagnama

Cogan Alam merupakan sebatang Cogan Agama merupakan
tongkat yang diperbuat daripada sebatang tongkat bulat berhulu
perak dan berukuran 162.66 besar yang diperbuat daripada
sentimeter. Alat kebesaran ini perak. Panjang tongkat ini ialah
mempunyai struktur bulatan pada 155.04 sentimeter. Di bahagian
bahagian hulu. Di atas bulatan hulu tongkat terdapat ukiran
tersebut terdapat ukiran anak anak bulan dengan bintang
bulan dan bintang daripada emas. pecah lima yang diperbuat
Di sekeliling bulatan itu pula daripada emas. Pada batang dan
terdapat lambang 11 buah negeri hulunya diukir dengan ayat-ayat
Tanah Melayu daripada emas. suci al-Quran.
Bulatan tersebut ditanggung oleh
empat ekor harimau yang berdiri.
Batang tongkat ini dihiasi dengan
motif enam tangkai padi yang
diperbuat daripada emas.

4

Cokmar Keris Panjang Diraja

Cokmar merupakan dua batang tongkat Keris Panjang Diraja merupakan keris utama
pendek yang diperbuat daripada perak. dalam istiadat pertabalan. Bahagian hulu hingga
Setiap satunya mempunyai ukuran ke sarung keris ini disalut dengan emas. Di atas
81.32 sentimeter. Pada bahagian hulu sampirnya diukir lambang Kerajaan Persekutuan
cokmar ini berbentuk kubah. Alat dan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu
kebesaran ini berfungsi sebagai alat untuk menunjukkan naungan dan kekuasaan
perang pada zaman dahulu. Yang di-Pertuan Agong ke atas negara Malaysia.
Mata keris ini ditempa daripada besi waja yang
Cabar diambil dari 11 bilah keris negeri di Tanah
Minda Melayu. Bahagian hulu atau kepala keris ini
berbentuk tapak kuda dengan motif buah jering.
Sejauh manakah alat
kebesaran Diraja ini menjadi Patriotisme
simbol perpaduan rakyat?
Alat kebesaran
Diraja ialah lambang
kedaulatan, keagungan,
kekuasaan dan kemegahan
negara kita. Melalui lambang
tersebut, kita dapat memupuk
semangat cinta akan
negara dan menghormati
raja-raja sebagai payung
pemerintahan negara.

Pedang, Keris
SPuanndjaannggdDaniraja

Alat kebesaran ini merupakan tiga
senjata Melayu lama yang diambil
daripada mata pedang, keris panjang dan
sundang zaman dahulu. Keris Panjang
dan Sundang Diraja disalut dengan perak.
Kedua-dua keris ini mempunyai ukiran
pada bahagian hulu dan sarungnya.

5

Payung Tombak
Ubur-ubur  Berambu
 Kuning
Terdapat dua puluh batang Tombak
Terdapat dua puluh kaki Payung Berambu. Mata tombak ini berlok tiga dan
Ubur-ubur Kuning yang diperbuat diperbuat daripada tombak-tombak pusaka
daripada kain sutera berwarna kuning dari 11 buah negeri di Tanah Melayu.
Diraja. Warna kuning ialah warna yang
dipandang mulia oleh orang Melayu dan i
menjadi lambang kebesaran raja-raja
Melayu. Di bahagian puncak payung ini
dipasangkan anak bulan dan bintang.

Gerbang
Seni

VideoAkses QR Solek Tengkolok Diraja
‘Dendam Tak Sudah’
Pertabalan Rajah 1.1 Alat kebesaran Diraja mempunyai lima ciri utama,
Yang di-Pertuan iaitu lambaian ibu, takuk,
Agong pertama simpul kasih, pucuk kasih
(Dicapai pada 21 Mei 2019) dan gelembung kasih. Setiap
ciri tersebut mempunyai
https://bit.ly/2SOj706 maksud tersendiri.

Perhiasan Diraja

Perhiasan Diraja dipakai semasa istiadat rasmi. Perhiasan ini dipakai sebagai pelengkap kepada
pakaian Diraja. Berikut ialah perhiasan Diraja yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dan
Raja Permaisuri Agong.

Tengkolok Diraja

Tengkolok Diraja ialah kain yang ditenun dengan sutera,
berwarna hitam dan bersulam benang emas. Bentuk solek
pada ulunya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal
dari Negeri Sembilan. Pada bahagian hadapan tengkolok
ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas
yang diperbuat daripada emas putih. Di tengah-tengah
bintang pecah empat belas ini terletak lambang Kerajaan
Persekutuan yang berwarna-warni.

6

Gerbang i
Seni

Muskat mula dipakai pada
tahun 1960 semasa pertabalan
Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang ketiga,
iaitu Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Ibni Al-Marhum Syed
Hassan Jamalullail.

Muskat Cabar
Minda
Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Baju ini mendapat inspirasi daripada Sejauh manakah warisan
pakaian tradisi Muskat, Oman dan pakaian rasmi pegawai budaya mampu mengekalkan
kerajaan negeri Kedah. Muskat diperbuat daripada benang identiti sesuatu bangsa?
bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang
emas. Pakaian rasmi ini bermotif ragam hias awan larat Nilai Murni
dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan
Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan Kita mesti menjaga
panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersama-sama warisan budaya bangsa agar
seluar panjang yang bersulam di kaki dan tengkolok. ‘Tak lapuk di hujan,
  tak lekang di panas’.
Epolet Mess Kit

Aiguillette Mess Kit merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong
semasa majlis santapan malam beristiadat. Reka bentuk dan
corak pakaian ini diolah berdasarkan muskat Yang di-Pertuan
Agong. Pada bahagian kolar dan lengan, terdapat motif ragam
hias awan larat, iaitu elemen seni reka yang signifikan dengan
istana yang mencerminkan identiti kebangsaan. Motif bunga raya
digunakan untuk melambangkan keberanian, perpaduan dan
lima kelopak pula menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.

Mess Kit ini dipakai bersama-sama vest, kemeja putih
dan seluar panjang hitam yang mempunyai jalur keemasan
pada bahagian tepinya. Aksesori tambahan ialah epolet, keris
bersilang dan lima bintang pecah lima yang disusun secara
bulatan untuk menggambarkan baginda sebagai pemerintah
tertinggi dalam angkatan tentera. Pada bahagian kanan dada
pula, dihiasi dengan aiguillette berwarna keemasan untuk
menambah kesegakan.

7

KPeeDnriirdsaejka Pending Diraja

Keris Pendek Diraja diperbuat Pending Diraja diperbuat daripada emas
daripada mata keris lama yang sepuluh mutu bertatahkan permata delima.
berhulu dan bersarungkan gading Di tengah-tengahnya pula tertera lambang
serta bertatahkan emas. Hulu Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya
keris ini dinamakan 'Hulu Pekaka' diperbuat daripada kain sakhlat bertekat
dan berbentuk kepala 'Geroda'. benang emas dengan corak bunga.
Pada bahagian sampir keris
ini diterapkan dengan lambang
Kerajaan Persekutuan. Keris ini
ialah salah satu pelengkap kepada
pakaian kebesaran Diraja.

Gandik Diraja

Gandik Diraja atau Pemeles ialah perhiasan Diraja
yang dipakai di ulu Raja Permaisuri Agong. Gandik ini
diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian bermotif awan larat. Pada bahagian
tengah, terdapat anak bulan dengan bintang yang diperbuat
daripada emas putih. Gandik ini boleh diceraikan menjadi
loket atau kerongsang.

Kalung Diraja Akses QR

Kalung Diraja ialah sejenis rantai leher Laman web Senarai
yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong. SPB Yang
Kalung ini diperbuat daripada emas putih di-Pertuan
bertatah penuh dengan permata berlian. Agong
Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi (Dicapai pada 10 Jun 2019)
sepasang subang, kerongsang dan kerabu.
https://bit.ly/2Wv2Az7

Rajah 1.2 Perhiasan Diraja
8

Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

Jadual 1.1 Fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja

Alat Kebesaran Fungsi Peranan
dan Perhiasan
Alat kebesaran negara yang utama dalam Simbol kebesaran
Keris Panjang Diraja istiadat pertabalan. dan kekuasaan.
Cogan Alam Simbol keteguhan dan keutuhan
Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu serta kesepaduan antara
Cogan Agama di negara ini. negeri di Malaysia.
Simbol kesepaduan antara
Cokmar Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu negeri di Malaysia yang
Pedang, Keris Panjang di negara ini. berteraskan Islam.
dan Sundang Diraja Simbol kekuasaan, kekuatan
Payung Ubur-ubur Alat perang pada zaman dahulu dan menjadi alat dan kebesaran.
Kuning kebesaran negara. Simbol kekuasaan, kekuatan
Tombak Berambu dan kebesaran.
Tengkolok Diraja Merupakan tiga senjata Melayu lama. Lambang kebesaran
raja-raja Melayu.
Muskat Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. Alat kebesaran Diraja.
Mess Kit Lambang kebesaran
Pending Diraja Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. raja-raja Melayu.
Keris Pendek Diraja
Dipakai pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari Lambang kebesaran
Gandik Diraja Ulang Tahun Keputeraan, lawatan rasmi ke raja-raja Melayu.
negeri-negeri di Malaysia dan semasa Perasmian Sebagai pakaian Diraja yang
Kalung Diraja Pembukaan Penggal Persidangan Parlimen. merupakan simbol kebesaran.
Sebagai pakaian Diraja yang
Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. merupakan simbol kebesaran.
Lambang kekuasaan baginda.
Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika
menghadiri majlis santapan malam beristiadat. Sebagai perhiasan Diraja dan
simbol kebesaran.
Sebagai pengancing tali pinggang atau kepala tali
pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai perhiasan Diraja dan
simbol kebesaran.
Salah satu pelengkap kepada pakaian kebesaran
Diraja dan hanya dipakai oleh Yang di-Pertuan
Agong untuk majlis istiadat Diraja.

Perhiasan ulu (kepala) bagi Raja Permaisuri Agong
yang dipakai dalam istiadat kebesaran Diraja dan
semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Sejenis rantai leher yang dipakai oleh Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat
kebesaran Diraja dan pada waktu pertabalan
Yang di-Pertuan Agong.

9

Selain itu, negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja juga memiliki alat kebesaran dan
perhiasan Diraja. Setiap alat kebesaran dan perhiasan Diraja ini mempunyai fungsi serta peranan
tertentu. Cara pemakaian peralatan ini juga berbeza untuk setiap negeri. Peralatan dan perhiasan
ini hanya digunakan dalam majlis dan istiadat tertentu.

Contoh Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja

Tengkolok Diraja Pahang Tengkolok Diraja Negeri Tengkolok Diraja Selangor
menggunakan solek Sembilan menggunakan solek menggunakan solek
‘Sekelongsong Bunga’. ‘Setanjak Balung Raja’.
‘Dendam Tak Sudah’.

Tengkolok Diraja Perlis menggunakan Tengkolok Diraja Kedah menggunakan Tengkolok Diraja Terengganu
solek ‘Dendam Tak Sudah’. solek ‘Dendam Tak Sudah’. menggunakan solek ‘Belalai Gajah’.

Tengkolok Diraja Kelantan Mahkota Kerajaan Johor Tanjak Diraja Perak menggunakan
menggunakan solek ‘Ketam Budu’. solek ‘Ayam Patah Kepak’.

Rajah 1.3 Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja
10

Contoh Keris Diraja

Laman webAkses QR

Keris Taming Sari Perak Keris Pendek Diraja Perlis Contoh alat
kebesaran
Laman web dan perhiasan
Diraja Perak
Video (Dicapai pada 21 Mei 2019)

Keris Darjah Mahkota Johor Keris Panjang Beruk Berayun Selangor https://bit.ly/2XC08Id

Rajah 1.4 Contoh keris Diraja Contoh alat
kebesaran dan
perhiasan Diraja
Terengganu
(Dicapai pada 21 Mei 2019)

https://bit.ly/2H0gwPg

Istiadat
pertabalan
Sultan Perak

(Dicapai pada 21 Mei 2019)

https://bit.ly/2TzGx9q

Contoh Mahkota Diraja/Tiara/Gandik

Mahkota Tengku Ampuan Selangor Mahkota Permaisuri Johor Tiara Raja Permaisuri Perak

Tiara Tengku Ampuan Pahang Gandik Permaisuri Terengganu Gandik Raja Perempuan Perlis

Rajah 1.5 Contoh Mahkota Diraja/tiara/gandik

11

Aktiviti
KUMPULAN
Tujuan: Mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam bidang Sejarah dan Apresiasi

Seni Visual.

Langkah:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja untuk:

(a) Yang di-Pertuan Agong.
(b) Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja.
3. Cari maklumat berkenaan alat kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut melalui pelbagai sumber
seperti buku rujukan, majalah, surat khabar, brosur dan Internet.

4. Kumpulkan semua maklumat dalam bentuk peta pemikiran atau jadual yang sesuai.
5. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan sama ada menggunakan peta pemikiran

atau multimedia.

Kerajaan/Negeri Alat Kebesaran Perhiasan Diraja

Yang di-Pertuan Agong

Soalan: Pada pendapat anda, bagaimanakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan
Diraja boleh menyemaikan semangat taat setia dan sayang akan negara? Jelaskan.

Latihan Formatif

Jawab semua soalan berikut.
1. Apakah nama hulu Keris Pendek Diraja?
2. Apakah perhiasan lain yang boleh dihasilkan daripada Gandik Diraja?
3. Bagaimanakah cara pemakaian Mess Kit?
4. Berikan tiga nama solek tengkolok yang anda tahu.
5. Mengapakah motif awan larat digunakan dalam penghasilan alat kebesaran dan

perhiasan Diraja?

6. Mengapakah alat kebesaran dan perhiasan Diraja digunakan dalam majlis-majlis tertentu?

12

EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Anda telah mengetahui tentang pelbagai jenis alat kebesaran dan
perhiasan Diraja di negara ini. Secara kolaboratif, hasilkan satu Murid boleh:
dokumentasi yang lengkap berkaitan fungsi dan peranan alat
kebesaran ini. 1.2.1 Mencirikan alat
kebesaran dan
Kembara Minda perhiasan Diraja
daripada aspek:

(i) Fungsi
(ii) Peranan

Tujuan: 1. Menjelaskan ciri-ciri alat kebesaran dan perhiasan Diraja. VideoAkses QR
2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk
Hari
membuat penerokaan bagi menghasilkan dokumentasi Kemahkotaan
fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Sultan Johor
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Langkah:

1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. https://bit.ly/2Rq1PK0

2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti Internet,
majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain.

3. Catatkan semua maklumat yang diperoleh dan buat perbincangan bersama-sama ahli kumpulan.

4. Klasifikasikan dan beri huraian yang sesuai daripada aspek ciri-ciri, fungsi serta peranan alat
kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut.

5. Dokumentasikan hasil eksplorasi dan dapatan anda dalam bentuk artist book atau buku skrap.

6. Kongsikan maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain.

Gandik Diraja Ciri-ciri



Fungsi

Peranan

Gambar foto 1.1 Contoh artist book

13

EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Pada bahagian Eksplorasi Seni, anda telah mengenal pasti ciri-ciri
dan mengetahui fungsi serta peranan alat kebesaran dan perhiasan Murid boleh:
Diraja. Berdasarkan pengetahuan tersebut, pilih dan hasilkan
model alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan 1.3.1 Menghasilkan model
bahan yang sesuai. alat kebesaran dan
perhiasan Diraja.
Minda Kreatif
Gerbang i
Tujuan: 1. Menganalisis hasil penerokaan terhadap alat kebesaran Seni
dan perhiasan Diraja dalam penghasilan dokumentasi.
Keris mempunyai lok, iaitu
2. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil liku-liku pada bilah mata
daripada penerokaan terhadap dokumentasi alat keris. Bilangan lok yang
kebesaran dan perhiasan Diraja dalam penghasilan terdapat pada keris biasanya
model secara sistematik. ganjil dan dikaitkan dengan
ciri-ciri keislaman:
3. Menghasilkan model alat kebesaran dan perhiasan
Diraja dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif • 5 lok ‒ jumlah Rukun Islam
dan inovatif. • 7 lok ‒ bilangan dalam tawaf
• 13 lok ‒ rukun sembahyang
Arahan: Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Berikut ialah • 17 lok ‒ jumlah rakaat dalam
contoh aktiviti yang dilakukan.
sembahyang lima waktu
Langkah-langkah Penghasilan Model Alat Kebesaran (Keris)
Alat: Pensel, French curve, pita pelekat, alatan mengukir, berus,

pisau, paku, pembaris, alas pemotong dan gambar rujukan.
Bahan: Kertas pasir, lidi, kayu, syelek, mounting board,

penyembur warna (colour spray) dan gam.

VideoAkses QR

Warisan 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
keris dalam
Rumpun Melayu
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
https://bit.ly/2ZrpdHE

14

Menghasilkan
Mata Keris

2. Lukis bentuk keris berdasarkan sumber 3. Buat dua salinan bahagian mata keris
idea atau daya imaginasi sendiri di atas tersebut dan lekatkan dengan gam. Lakukan
mounting board. Potong dengan cermat kemasan pada bahagian tepi dengan pisau
menggunakan pisau. dan kertas pasir.

Pita pelekat

4. Tebuk lubang dengan cermat dan lekatkan 5. Lekatkan pita pelekat dengan kemas
lidi dengan gam. Kemudian, tampal lubang dan kreatif. Kemudian, sembur dengan
lidi tersebut dengan kepingan segi tiga. colour spray.
Menghasilkan
  Hulu Keris

6. Gunakan kayu yang sesuai dan potong 7. Bersihkan dan buat lakaran motif yang
mengikut bentuk hulu keris yang dipilih. sesuai pada hulu tersebut.

15

8. Ukir motif tersebut dengan cermat. 9. Lakukan kemasan pada hulu keris dengan
menggunakan kertas pasir.

10. Gunakan paku untuk membuat lubang. 11. Sapukan syelek pada hulu tersebut dan
biarkan kering.

12. Sapukan gam pada lidi mata keris dan cantumkan dengan 13. Hasil akhir
bahagian hulu. Tanggalkan pita pelekat dengan cermat. model keris
yang telah siap.

16

Langkah-langkah Penghasilan Tanjak
Alat: Gunting, jarum, benang, jarum peniti dan pita pengukur.
Bahan: Kain songket atau kain kapas dan pengeras

kain bergam.

1. Gunting kain songket atau kain kapas
kepada bentuk segi empat sama.
Pengeras kain pula digunting secara
segi tiga mengikut ukuran kain
yang dilipat segi tiga.

2. Masukkan pengeras kain ke dalam kain songket atau kain 3. Jahit bahagian tengah,
kapas. Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan kain kiri dan kanan kain untuk
songket atau kain kapas dengan pengeras kain bergam. memastikan lipatan kain
Jahit di sekeliling lipatan tersebut dengan kemas. tersebut sekata.

4. Lipat pada bahagian bawah kain songket 5. Lipat bawah kain songket atau kain kapas
atau kain kapas untuk membuat tapak. sekali lagi dengan kelebaran lima sentimeter
Ukuran lebar lipatan ialah lima sentimeter. untuk membuat bengkung. Kemudian, tekan
Gunakan kedua-dua belah lutut untuk menggunakan kedua-dua belah lutut agar
menekan lipatan tersebut agar sekata. sekata. Tinggalkan baki kain dalam ukuran
antara 25-30 sentimeter atau 10-11 inci.

17

6. Letakkan lipatan pada lutut untuk membuat 7. Masukkan lebihan baki hujung kain ke
ikatan atau simpul. Naikkan satu bahagian dalam simpulan. Gunakan jarum peniti
ke atas, kemudian ke bawah dan tarik untuk mengelakkan simpulan terbuka dan
simpulan hingga ketat. buat kemasan.

8. Gunakan sebelah
lutut untuk menekan
bahagian bengkung
semasa menarik kain
bagi mengelakkan
daripada terlepas.

9. Kemudian, buat kemasan pada
keseluruhan tanjak tersebut.
Laraskan simpulan mengikut
saiz kepala si pemakai.

Slaid Akses QR

Penghasilan 10. Tanjak yang
tanjak telah siap.

(Dicapai pada 21 Mei 2019)
https://bit.ly/2U0WzcZ

18

APRESIASI SENI Slaid Standard
Pembelajaran
Anda dan pasangan telah berjaya menghasilkan model alat
kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan kreativiti Murid boleh:
sendiri. Pamerkan hasil karya anda dan kongsikan pengalaman 1.4.1 Mempamerkan model
semasa menghasilkan karya tersebut dengan rakan-rakan.
alat kebesaran dan
Galeri Minda perhiasan Diraja
yang dihasilkan.
Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni. 1.4.2 Menghayati dan
2. Menghayati dan menjelaskan model alat kebesaran dan menjelaskan model
alat kebesaran dan
perhiasan Diraja berdasarkan idea sendiri secara kreatif perhiasan Diraja sendiri
dan inovatif. dan rakan dengan
3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan menumpukan aspek
Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan. Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.
Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni. 1.4.3 Menjelaskan
Langkah: pengalaman sendiri
1. Pamerkan semua hasil karya di stesen berdasarkan kategori. dalam penghasilan
2. Murid dan guru akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen model alat kebesaran
dan perhiasan Diraja.
untuk melihat dan memerhati hasil karya yang dipamerkan.
3. Pemilik karya akan menjelaskan hasil karya masing-masing Akses QR

selama lima minit. Panduan
4. Gunakan nota berperekat (sticky note) untuk memberikan komen Apresiasi
Seni
atau cadangan penambahbaikan pada karya yang dipamerkan. (Dicapai pada 15 Jun 2019)

https://bit.ly/2FaoIZP

Nota Guru

Guru perlu membuat penilaian
dan memberikan maklum
balas daripada aspek:

• Alat kebesaran atau
perhiasan yang dipilih.

• Prinsip dan elemen yang
digunakan.

• Kemasan hasil karya.
• Kreativiti dan inovatif.

Gambar foto 1.2
Sesi Apresiasi Seni

19

Rumusan Grafik Jenis RRuummuussaann GGrraaffiikk
Tajuk
Industri Alam Proses
Teknik
Komik Fesyen Digital

Iklan Imaginasi Kolaj

Media Campuran

Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Alat Kebesaran Diraja Perhiasan Diraja

Cogan Alam Keris Panjang Diraja Tengkolok Diraja Keris Pendek Diraja

• Dihiasi dengan • Matanya ditempa • Menggunakan • Hulu keris bernama
motif enam daripada besi waja. solek 'Dendam 'Hulu Pekaka'.
tangkai padi. Tak Sudah'.
• Keris utama dalam • Dipakai hanya
• Simbol keteguhan, istiadat pertabalan. • Simbol kebesaran untuk majlis
keutuhan dan raja-raja Melayu. istiadat Diraja.
kesepaduan • Simbol kebesaran
antara negeri. dan kekuasaan • Simbol kekuasaan.
negara.
Pending Diraja Mess Kit
Cogan Agama Cokmar
• Kepala atau • Dipakai dengan
• Diukir dengan • Kepala berbentuk pengancing vest, kemeja putih
ayat al-Quran kubah. tali pinggang. dan seluar hitam.
pada hulunya.
• Simbol kekuatan, • Diperbuat daripada • Pakaian rasmi majlis
• Simbol kesepaduan kekuasaan dan emas sepuluh. santapan istiadat.
negeri berteraskan kebesaran.
agama Islam. • Simbol kebesaran. • Simbol kebesaran.

Pedang, Keris Panjang Payung Ubur-ubur Muskat Gandik Diraja
dan Sundang Diraja Kuning
• Bermotif awan larat • Perhiasan ulu yang
• Senjata Melayu lama. • Diperbuat daripada dan bunga raya. dipakai oleh Raja
• Simbol kekuasaan, kain sutera. Permaisuri Agong.
• Pakaian rasmi
kekuatan dan • Simbol kebesaran Yang di-Pertuan • Boleh diceraikan
kebesaran. raja-raja Melayu. Agong. menjadi loket
dan kerongsang.
• Simbol kebesaran
raja-raja Melayu. • Simbol kebesaran.

Tombak Berambu Kalung Diraja

• Matanya berlok tiga. • Rantai leher yang dipakai oleh
• Alat kebesaran Diraja Raja Permaisuri Agong.

dalam istiadat rasmi. • Boleh diceraikan menjadi
subang, kerongsang dan kerabu.

• Simbol kebesaran.

20

Latihan Pengukuhan

Soalan Objektif 6. Apakah bahan yang digunakan untuk
membuat hulu dan sarung alat perhiasan
Pilih satu jawapan yang tepat. Diraja di bawah?

1. Manakah antara alat kebesaran Diraja
berikut mengandungi ayat al-Quran?
A Cokmar
B Cogan Alam
C Cogan Agama
D Keris Panjang Diraja

2. Apakah istilah khusus yang digunakan Gambar foto 1
bagi teknik lipatan sesebuah tengkolok?
A Emas C Gading
A Solek C Sampir B Perak D Tembaga putih

B Epolet D Kerabu

3. Manakah antara alat kebesaran dan 7. Perhiasan Diraja di bawah boleh diceraikan
perhiasan Diraja berikut mempunyai menjadi .
hulu yang diperbuat daripada gading?
A Pedang
B Sundang
C Keris Pendek Diraja
D Keris Panjang Diraja

4. Motif bunga raya yang terdapat pada Mess Gambar foto 2
Kit melambangkan . A gelang dan subang
B gelang dan kerongsang
A prinsip Rukun Negara C subang dan kerongsang
D subang dan gelang kaki
B keindahan dan artistik

C keberanian dan perpaduan

D bunga kebangsaan Malaysia

5. Manakah antara alat kebesaran berikut 8. Manakah antara alat kebesaran dan
mempunyai kepala berbentuk kubah? perhiasan Diraja berikut mempunyai
A Cokmar motif awan larat?
B Sundang
C Cogan Alam I Muskat III Kalung Diraja
D Cogan Agama II Mess Kit IV Pending Diraja

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

21

Soalan Subjektif

Jawab semua soalan berikut.

1. Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

(a) Motif yang terdapat pada Muskat ialah dan .

(b) Hulu Keris Panjang berbentuk dengan motif buah .

(c) Gandik Diraja mempunyai motif dan boleh diceraikan menjadi
atau .

(d) Tengkolok Diraja negeri Terengganu dibuat daripada kain songket dengan solek .

(e) Keris merupakan keris Diraja Perak.

(f) ialah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diperbuat daripada benang
bulu berwarna .

2. Jawab soalan-soalan berikut.
(a) Apakah perbezaan antara Keris Panjang Diraja dengan Keris Pendek Diraja?
(b) Mengapakah Payung Ubur-ubur Kuning dihasilkan menggunakan kain sutera
berwarna kuning?
(c) Apakah fungsi dan peranan Pending Diraja?
(d) Nyatakan tiga persamaan antara Cogan Alam dengan Cogan Agama.
(e) Bincangkan lima ciri utama solek Tengkolok Diraja ‘Dendam Tak Sudah’.

(f) Sejauh manakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja boleh dikaitkan
dengan warisan budaya bangsa?

(g) Bagaimanakah institusi Diraja dapat menyatupadukan rakyat di negara ini?

3. Berdasarkan gambar foto 1 di bawah, jawab soalan-soalan berikut.
(a) Bincangkan ciri-ciri dan peranan perhiasan
Diraja tersebut dalam konteks negara kita.
(b) Bagaimanakah Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual diaplikasikan dalam
penghasilan perhiasan Diraja tersebut?

(c) Pada pendapat anda, mengapakah tengkolok Gambar foto 1
mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia
dalam institusi Diraja?

22

BIDANG

SENI
HALUS

23

Tajuk 2

SENI

2LUKISAN
Sejarah seni lukisan merangkumi semua budaya yang
mewakili tradisi seni visual. Sehingga awal abad ke-14,
seni lukisan tertumpu pada hal-hal berkaitan representasi,
keagamaan, mitologi dan kehidupan harian. Namun, gaya
abstrak dan konseptual kini lebih diterima secara umum.
Seni lukisan pada peringkat awal bukan produk akhir
sesebuah karya, tetapi sebagai asas kepada penghasilan karya
lain seperti catan, cetakan, arca dan reka bentuk. Oleh sebab
sejarah seni lukisan yang panjang, fokus tajuk Seni Lukisan
Tingkatan 4 ini hanya merangkumi seni lukisan dari abad
ke-14 hingga abad ke-19. Era ini merangkumi seni zaman
Renaissance (1350-1600), Baroque (1600-1750), Rococo
(1710-1790), Neoklasisisme (1740-1835), Romantisisme
(1782-1830), Naturalisme (1820-1880), Realisme (1840-1870)
dan Impresionisme (1860-1895).

24

Kata Kunci A-Z

• Abstrak
• Alegori • Imitasi
• En plein air • Mitologi

KStandard

Kandungan

2.1 Pemahaman terhadap
konsep Seni Lukisan.

2.2 Eksplorasi dan
aplikasi pengetahuan
dalam penghasilan
Seni Lukisan.

2.3 Menzahirkan idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber dalam
penjanaan tugasan.

2.4 Penghayatan terhadap
hasil karya Seni
Lukisan dengan
menggunakan Bahasa
Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

Mary Cassatt,
Mother Combing Her
Child's Hair, 1879, pastel

25

PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Perkembangan pesat seni lukisan di Barat dari abad ke-14 hingga
abad ke-19 telah mewujudkan pelbagai aliran dan gaya dalam Murid boleh:
bidang ini. Perkembangan ini juga telah melahirkan pelukis-pelukis
terkenal dengan karya yang hebat. Berikut adalah antara aliran, 2.1.1 Menjelaskan seni
gaya, pelukis dan karya yang merangkumi zaman Renaissance, lukisan Barat mengikut
Baroque, Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme, Naturalisme, abad pilihan dari aspek:
Realisme dan Impresionisme.
(i) Aliran dan gaya.
Seni Lukisan Barat Mengikut Abad Pilihan dari (ii) Pelukis dan karya.
Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya
Gerbang i
1350 Renaissance Seni

Era seni zaman Renaissance
di Itali berjaya menghasilkan
karya-karya lukisan yang
dianggap terbaik dalam
sejarah seni.

Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Istilah Renaissance bermaksud 'Kelahiran Semula', Raphael (1483-1520)
iaitu mengembalikan kegemilangan zaman klasik
terutama dalam bidang seni. Aliran Renaissance • Dilahirkan pada 26 Mac 1483 di Urbino, Itali.
ini bermula di Florence, Itali pada abad ke-14 • Nama penuh beliau ialah Raffaello Sanzio
dan berakhir pada abad ke-17. Kebanyakan karya
lukisan yang dihasilkan menggunakan media pen, da Urbino.
dakwat, kapur, arang dan pastel atau gabungan berus • Karya beliau dikagumi kerana kejelasan
dengan pen. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah
Raphael, Titian, Giorgio Vasari, Massachio, Giotto, bentuk dan gambaran tentang idealisme.
Sandro Botticelli dan Michelangelo Buonarroti. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Pelbagai teknik digunakan dalam penghasilan
karya aliran ini seperti garisan selari (hatching), Head of an Apostle (1519) dan Madonna
silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. with Child (1518-1520).
Pelukis menggunakan satah yang jelas pada latar
belakang dan garisan menegak. Setiap figura Raphael, Head of
diletakkan secara berasingan dengan menggunakan an Apostle, 1519,
komposisi yang bersifat dinamik. kapur hitam
Kebanyakan karya aliran ini menggambarkan
potret dan figura manusia serta latar belakang
berbentuk realistik. Tema yang menjadi pilihan
ialah keagamaan, mitologi dan sejarah.

26

Titian

(1488-1576)

• Dilahirkan pada tahun 1488 di Venice, Itali.
• Nama penuh beliau ialah Tiziano Vecellio.
• Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah

Portrait of a Young Woman (1515), Landscape
with St. Theodore Overcoming the Dragon
(1550) dan Tobias and the Angel (1508-1576).

Titian, Tobias and the 1600
Angel, 1508-1576, pen
dan dakwat hitam

 Gio rgio(15V11a-1s5a74r)i

• Dilahirkan pada 30 Julai 1511 di Arezzo,
Florence, Itali.

• Selain menjadi penulis, pelukis dan arkitek
yang terkenal, beliau juga dikenali sebagai
'Sejarawan Seni yang Pertama'.

• Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Concordia (1544-1545), The Annunciation
(1545) dan Man Seated in Profile to Right
(1526-1574).

Akses QR Giorgio Vasari,
The Annunciation,
Pameran 1545, pen, dakwat,
lukisan kapur dan wash
Renaissance
Video
(Dicapai pada 30 Mei 2019)
https://bit.ly/2cWkIiY

27

1600 Baroque Bar

Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Karya lukisan aliran Baroque mempunyai P  etReurbPeanusl (1577-1640)
hubungan rapat antara pelukis dengan
hal benda yang dilukis. Hal benda atau • Dilahirkan pada 28 Jun 1577 di Siegen, Jerman.
potret menampilkan pengalaman dan • Karya beliau banyak menggambarkan hal benda
membangkitkan emosi serta keterujaan
pelukis. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini berkaitan kanak-kanak, potret, haiwan dan
ialah Peter Paul Rubens, Diego Velázquez, landskap yang indah.
Rembrandt van Rijn, François Mansart, • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Nicolaas
Artemisia Gentileschi, Ottavio Leoni dan Rubens Wearing a Coral Neckless (1619).
Pietro da Cortona. • Lukisan beliau yang lain ialah Young Woman
Lukisan aliran ini berbentuk realistik with Folded Hands (1629-1630) dan Isabella
dan memberikan penekanan kepada bentuk Brandt (1621).
semula jadi, jalinan, warna, cahaya serta
ruang. Imej-imej yang jelas dan dramatik
digunakan tetapi tidak terlalu terperinci.
Media yang biasa digunakan ialah kapur
merah, kapur hitam, pen dan dakwat.
Tema yang kerap ditonjolkan berkait
rapat dengan keagamaan, sejarah, alegori
dan potret tokoh-tokoh dalam kehidupan
mereka. Selain itu, pemandangan landskap
dan kehidupan juga menjadi pilihan pelukis.

Akses QRSlaid

Karya Peter Peter Paul Rubens, Nicolaas Rubens Wearing a
Paul Rubens Coral Neckless, 1619, kapur hitam dan putih
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
https://bit.ly/2DlIlOn

28

aroque 1750

 DieVgeolázquez (1599-1660) R  emvabnraRnidjnt (1606-1669)

• Dilahirkan pada tahun 1599 di Seville, Sepanyol. • Dilahirkan pada 15 Julai 1606 di Leiden, Belanda.
• Dianggap pelukis terpenting semasa Zaman • Salah seorang pelukis yang lahir semasa Zaman

Keemasan Sepanyol. Keemasan Belanda.
• Kebanyakan lukisan yang beliau hasilkan • Keagamaan menjadi tema utama lukisan beliau

adalah berbentuk potret. di samping potret, landskap dan lukisan naratif.
• Contoh lukisan beliau ialah Portrait of Gaspar • Contoh lukisan yang dihasilkan ialah Jacobs

de Borja y Velasco (1643- 1645) dan Head of a and his Sons (1641) dan Old Man Reading a
Girl (1618). Book (1628).

Diego Velázquez, Head of a Girl, 1618, kapur Rembrandt van Rijn, Old Man Reading a Book, 1628,
pen dan dakwat coklat dengan putih legap (opaque)

29

1710 Rococo Roc

Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Aliran Rococo muncul di Perancis pada awal F  raBnoçuocisher (1703-1770)
abad ke-18. Saiz karya yang dihasilkan pada
zaman ini lebih kecil. Pelukis-pelukis terkenal • Dilahirkan pada 29 September 1703 di
aliran ini ialah François Boucher, Louis-Jean- Paris, Perancis.
François Lagrenée, Thomas Gainsborough,
Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard, • Dianggap pelukis paling terkenal pada
Giovanni Battista Tiepolo, Jean-Baptiste van abad ke-18 yang banyak menghasilkan
Loo, Jean François de Troy dan Nicolas Lancret. lukisan idealistik dan dekoratif.
Karya lukisan ini menggunakan unsur
seni yang bertindih-tindih. Penekanan dibuat • Contoh lukisannya yang terkenal ialah
untuk menyeimbangkan antara bentuk, garisan, Young Country Girl Dancing (1765-1770).
jalinan dengan cahaya dan warna. Media yang
digunakan adalah seperti pastel, kapur dan • Lukisan beliau yang lain ialah Head of
arang. Teknik yang digunakan pula ialah a Woman Seen from Behind (1740) dan
garisan selari (hatching), silang pangkah Winged Putti with Flowers (1750).
(crosshatching) dan gosokan. Pelukis gemar
menggunakan warna yang lembut dan kurang
memberikan tumpuan kepada aspek latar
belakang karya.
Tema yang digunakan lebih ringan
berbanding dengan aliran sebelumnya. Lukisan
potret, pemandangan dan kehidupan harian
khususnya berkaitan golongan bangsawan
menjadi tumpuan pelukis pada era ini.

Nilai Murni

Kita mesti
menghormati dan menghargai
minat, bakat dan kebolehan
orang lain.

François Boucher, Young
Country Girl Dancing, 1765 – 1770,
kapur hitam, merah dan putih

30

coco 1790

FLroaunisç-oJiseaLna-grenée (1725-1805) ThGoaminassborough (1727-1788)

• Dilahirkan pada 21 Januari 1725 di Paris, • Dilahirkan pada 14 Mei 1727 di Sudbury,
Perancis. Suffolk, England.

• Beliau juga dikenali dengan nama Lagrenée • Merupakan salah seorang pengasas Royal
the Elder. Academy di London.

• Pernah memenangi anugerah The Grand Prix • Contoh lukisannya yang terkenal ialah A Lady
de Rome untuk karya catan pada tahun 1749. Walking in a Garden with a Child (1785).

• Contoh lukisannya yang terkenal ialah Portrait • Lukisan beliau yang lain ialah Study of a
of Princess Ekaterina Trubetskoy as a Child Woman Holding a Shawl (1765-70) dan Hilly
Landscape with Cows on the Road (1780).
(1760-1762) dan The Resurrection (1760).

Louis-Jean-François Lagrenée, Portrait of Princess
Ekaterina Trubetskoy as a Child, 1760-1762, pastel

Thomas Gainsborough, A Lady Walking in a
Garden with a Child, 1785, kapur hitam dan pastel

31

Neoklas1740 Neoklasisisme
Aliran dan Gaya
SlaidCabar
Neoklasisisme ialah aliran utama seni visual di Eropah pada Minda
pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini mendasari
usaha untuk mempertingkatkan moral dan menyemarakkan sikap Mengapakah bakat dan
patriotik dalam kalangan rakyat. Mereka cuba menghidupkan kembali kreativiti pelukis sebelum
kegemilangan era klasik melalui mata pelajaran Sejarah, hikayat Rom abad ke-19 disanjung tinggi
dan hikayat Yunani. Pelukis-pelukis aliran ini yang terkenal ialah oleh masyarakat?
Anton Raphael Mengs, Joseph Wright dan Antoine-Jean Gros.
Karya aliran ini mempunyai komposisi yang diasaskan oleh Akses QR
pelbagai garisan. Garisan tersebut dihasilkan secara terperinci atau
secara kasar yang menampakkan garis-garis bersih, jelas dan tepat. Karya
Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan Joseph
dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), Wright
silang pangkah (crosshatching), gurisan dan gosokan. (Dicapai pada 24 Mei 2019)
Kandungan karya aliran ini lebih memberikan tumpuan kepada https://bit.ly/2DmHrRm
bentuk figura manusia yang ideal. Pelukis gemar menggambarkan
sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka
berada pada abad ke-18.

Pelukis dan Karya

AnMteonngRsap(h17a2e8-l1799)

• Dilahirkan pada 22 Mac 1728 di Aussig, Bohemia.
• Beliau terkenal sebagai pelukis dan aktif berkarya

di Dresden, Rom dan Madrid.
• Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah

Self-potrait (1744), Portrait of William Burton
Conyngham (1754-1755), Male Nude Study (1778)
dan The Ascension (1755-1766).

Anton Raphael Mengs,
The Ascension, 1755-1766, pensel
hitam dan pensel putih (albayalde)

32

sisisme1835

J  os(1e7p34h-1W79r7i)ght

• Dilahirkan pada 3 September 1734
di Derby, England.

• Beliau terkenal sebagai pelukis
potret dan landskap.

• Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Self-portrait (1765), Part of the
Colosseum Seen in Sunlight (1774)
dan Landscape Study Development
from a Blot (1770).

Joseph Wright, Part of the Collosseum Seen in Sunlight, 1774, pen, wash dan dakwat

 An toiGnreo-sJea(17n41-1807)

• Dilahirkan pada 16 Mac 1771
di Paris, Perancis.

• Karyanya banyak bertemakan
tentang sejarah.

• Contoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Napoleon at the
Battlefield of Eylau (1807),
The Death of Timophanes

(1798), Portrait of a Man
(1793-1800) dan Portrait of a
Woman (1793-1800).

Antoine-Jean Gros, Portrait of Antoine-Jean Gros, Portrait of a
a Man, 1793-1800, kapur hitam Woman, 1793-1800, kapur hitam

33

Roman1782 Romantisisme
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Aliran Romantisisme ini muncul di Eropah  Fran(1c74is6c-1o82G8o) ya
pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad
ke-19. Karya aliran ini menampilkan lukisan • Dilahirkan pada 30 Mac 1746 di Aragon, Sepanyol.
yang bersifat romantik seperti sebuah tragedi, • Dianggap sebagai pelukis penting aliran ini pada
sejarah dan pemandangan alam semula jadi.
Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Francisco Goya, William Blake dan Caspar • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
David Friedrich.
Aliran seni Romantisisme ini memberi Girl Listening to a Guitar (1797-1799), Portrait
tumpuan kepada emosi dan suasana of Javier Goya, the Artist's Son (1824) dan Josefa
termasuk kerohanian, imaginasi, misteri Bayeu (1805).
dan semangat. Hal bendanya berbeza-beza
termasuk landskap, agama, revolusi dan
keindahan yang tenang serta damai. Media
yang digunakan adalah seperti pastel,
kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang
digunakan ialah garisan selari (hatching),
silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
Kebanyakan bentuk lukisan aliran ini
dihasilkan melalui idea dalaman. Pelukis
lebih cenderung kepada sesuatu yang
ideal, bukannya nyata. Tema karya yang
dihasilkan lebih fokus kepada kesengsaraan,
pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja.

Slaid Akses QR

Karya
Francisco
Goya
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
https://bit.ly/2SZFjV3

Francisco Goya, Girl Listening to a
Guitar, 1797-1799, dakwat dan wash

34

ntisism183e0

 Wil lia(1m757B-1l8a2k7e) William Blake, Job’s Complaint, 1786, dakwat India

• Dilahirkan pada 28 November 1757 Caspar David Friedrich, View of Arkona with Moon Rising,
di London, England. 1805-1806, pensel, berus dan dakwat sepia (sepia ink)

• Diakui sebagai penyumbang dalam 35
bidang sastera dan seni.

• Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Job’s Complaint (1786), The
Breach in a City (1784) dan Elishaln
the Chamber on the Wall (1820).

CFarsipedarriDchav(1i7d74-1840)

• Dilahirkan pada 5 September 1774
di Greifswald, Jerman.

• Dianggap sebagai salah seorang
pelukis Jerman yang paling penting
dalam generasinya.

• Contoh lukisannya yang terkenal
ialah Self-portrait as a Young Man
(1800), Ruins with the Roof of a
Farmhouse (1799), Aldolf Gottlieb
Friedrich, Reading (1802) dan
View of Arkona with Moon Rising
(1805-1806).

Natu1820 Naturalisme
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Aliran ini bermula pada awal abad ke-19. Jo hn(1C77o6n-s18t3a7b) le
Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap.
Walaupun karya tersebut menggambarkan figura • Dilahirkan pada 11 Jun 1776 di Suffolk,
manusia, namun fokusnya ialah pemandangan England.
semula jadi yang mengelilingi figura tersebut.
Contoh pelukis aliran ini ialah John Constable, Jules • Pelukis landskap yang terkenal.
Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Gaya aliran ini lebih menekankan seni
lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam Beached Fishing Boats with Fishermen
semula jadi dan manusia setepat yang mungkin. Mending Nets on the Beach at Brighton,
Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar Looking West.
foto. Media yang digunakan ialah pensel, pastel, • Contoh lukisan yang lain ialah The Quarters,
kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa Alresford Hall (1816), The Cottage in the
digunakan ialah garisan selari (hatching), silang Lane (1827), Fir Trees at Hampstead (1820),
pangkah (crosshatching) dan gosokan. View on the River Severn at Worcester
Kebanyakan lukisan ini bertemakan alam (1835) dan Stonehenge, Wiltshire (1820).
semula jadi. Pelukis lebih mementingkan teknik
dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding
hal benda yang dilukis.

VideoAkses QR

Christian John Constable, The Cottage in the Lane, 1827, pen, dakwat dan wash
Wilhelm
Allers
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
https://bit.ly/2E3JxHx

36

uralism188e0

J  uLleepsaBgaes(t18ie4n8--1884)

• Dilahirkan pada 1 November 1848 di Meuse, Perancis.
• Kemunculan beliau dikaitkan dengan permulaan

aliran Naturalisme.
• Pada tahun 1879, beliau menerima anugerah Legion

of Honour dan pada tahun 1883, menerima anugerah
Knight in the Order of Leopold.
• Contoh lukisan beliau ialah Study for Les Foins
(1878), Girl Seated in the Grass, Retour des Champs
(1878-1879), Self-Portrait (1877) dan Study for La
Communiante (1875).

Jules Bastien-Lepage, Self-Potrait,
1877, kapur hitam dan putih

ChArlilsetrasin(18W57i-lh19e15lm) Christian Wilhelm Allers, Christian Wilhelm
Allers in his Villa at Capri, 1898, pensel
• Dilahirkan pada 6 Ogos 1857 di
Hamburg, Jerman. 37

• Gemar menggunakan pensel untuk
menghasilkan karyanya.

• Kebanyakan lukisannya bertemakan
potret, peristiwa seharian dan catatan
tentang perjalanannya.

• Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Bildnis Klaus Groth (1888),
Christian Wilhelm Allers in his Villa

at Capri (1898), Harbour of Lacco
Ameno (1893) dan Santa Lucia (1893).

1840 Realisme Re

Aliran dan Gaya SlaidAkses QR

Aliran Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Karya
Perancis pada pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19, Édouard
selepas Revolusi 1848. Aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap Manet
prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme. Contoh
pelukis aliran ini ialah Jean-Baptiste-Camille Corot, Édouard (Dicapai pada 24 Mei 2019)
Manet, James Jacques Joseph Tissot dan Honorē Daumier. https://bit.ly/2CyhrkF
Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar
alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah. Media
yang sering digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen
dan dakwat. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari
(hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
Kebanyakan pelukis aliran ini menampilkan lukisan
bentuk representasi landskap dan kehidupan sebenar. Mereka
menggambarkan hal benda yang wujud dalam kehidupan.
Terdapat juga hasil karya yang berbentuk sindiran untuk
memberikan kesedaran politik dan sosial kepada masyarakat.

Pelukis dan Karya Jean-Baptiste-Camille
Corot, Study of Saint
J  eCaanm-BilaleptCisotreo-t (1796-1875) Sebastian, 1852, arang

• Dilahirkan pada 16 Julai 1796 di Jean-Baptiste-Camille Corot, Willow and
Montauban, Perancis. White Poplars, 1865-1872, pensel dan krayon

• Beliau pernah memenangi Prix de
Rome untuk lukisan beliau bertajuk
Study of a Beech Tree.

• Lukisan yang lain ialah Paysage avec
une Femme Agenouillée, Study of Saint
Sebastian (1852), Willow and White
Poplars (1865-1872) dan Marino Vallée
avec un Cavalier et une Italienne (1827).

38

ealisme1870

É do ua(r18d3M2-a18n8e3t) J  aJmoseespJhaTciqsuseost (1836-1902)

• Dilahirkan pada 23 Januari 1832 di Paris, • Dilahirkan pada 15 Oktober 1836 di Nantes,
Perancis. Perancis.

• Memilih hal benda berdasarkan peristiwa dan • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
keadaan semasa untuk karyanya. An Old Cistern (1886-1889) dan Portrait of
Marie-Héloise Jeanne Ferré May (1855).
• Terlibat dalam pameran yang dianjurkan oleh
Galeri Martinet. • Lukisan beliau yang lain ialah Transept
of the Mosque of El Aksa (1886-1889),
• Contoh lukisan yang dihasilkan ialah On the The Bridge of Kedron from Gethsemane
Bench (1879), Portrait of Julien de la Rochenoire
(1882) dan Le Fiacre vu de Dos (1877-1878). (1886-1894) dan Valley of Hinnom (1886-1894).

Édouard Manet, On the Bench, 1879, pastel

James Tissot, An Old Cistern, 1886-1889, grafit dan dakwat

39

Impres1860 Impresionisme
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya

Aliran Impresionisme ialah salah satu aliran seni  Cam ill(e18P30is-1s9a0r3r) o
terpenting menjelang abad ke-19. Impresionisme lahir
daripada sekumpulan pelukis muda di Paris pada tahun • Dilahirkan pada 10 Julai 1830 di
1860-an. Pada pertengahan abad ke-19, easel yang lebih Pulau Saint Thomas (Virgin Islands),
dikenali sebagai ‘French box easel’ telah dicipta. Oleh itu, Amerika Syarikat.
kebanyakan karya aliran ini dihasilkan di luar bangunan
atau di kawasan terbuka (en plein air). Pelukis-pelukis • Kaedah dan gaya lukisan yang
penting aliran ini ialah Camille Pissarro, Edgar Degas dihasilkan sentiasa berubah.
dan Mary Cassatt.
Pelukis aliran ini memberi fokus kepada cahaya • Bakat beliau lebih terserlah dalam
dan kesan objek yang dilihat. Mereka sangat teliti penghasilan lukisan bentuk landskap.
berkaitan dengan pantulan cahaya untuk diterapkan di
dalam lukisan. Media yang digunakan seperti pensel, • Contoh lukisan beliau yang terkenal
pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang sering ialah Landscape at Pontois (1882),
digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah La Guaira (1852-1854), The Harvest
(crosshatching) dan gosokan. (1882), Landscape at Louveciennes
Hasil karya lukisan aliran ini umumnya menekankan (1869), A Street in l'Hermitage,
hal benda yang melibatkan landskap dan figura manusia. Pontoise (1874), Portrait of Eugenie
Landskap Impresionisme banyak menggambarkan gaya Estruc (1878) dan Haymaker (1880).
hidup moden seharian.

SlaidAkses QR

Karya
Camille
Pissarro

(Dicapai pada 24 Mei 2019)
https://bit.ly/2W5z7wT

Camille Pissarro, La Guaira, 1852-1854, grafit dan dakwat

40

sionism189e5

E  dgar(18D3e4g-1a9s17)  Mar y C a(1s8s4a4-t1t926)

• Dilahirkan pada 19 Julai 1834 di • Dilahirkan pada 22 Mei 1844 di
Paris, Perancis. Pennsylvania, Amerika Syarikat.

• Nama penuh beliau ialah Hilaire-Germain- • Hal benda yang menjadi pilihannya ialah
Edgar De Gas. ibu dan anak serta wanita.

• Terkenal dalam bidang lukisan, catan, • Pelukis wanita yang menonjol pada
cetakan dan arca. akhir abad ke-19.

• Tema lukisannya lebih kepada tarian. • Contoh lukisan beliau yang terkenal
• Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah ialah Young Woman in a Black and
Green Bonnet, Looking Down (1890),
Two Dancers in the Studio (Dance School) Young Girls (1897), Maternite (1890) dan
Nurse Reading to a Little Girl (1895).
(1875), Dancer Resting (1879-1880), Madame
Loubens (1869), Two Dancers (1898) dan
Ballet Dancers in the Wings (1900).

Edgar Degas, Two Dancers in the Mary Cassatt, Nurse Reading to a Little Girl, 1895, pastel
Studio (Dance School), 1875, pastel
41

Aktiviti
KUMPULAN

Tujuan: 1. Mengenal pasti seni lukisan Barat mengikut abad pilihan. Akses QR
2. Menjelaskan aliran, gaya, pelukis dan karya seni lukisan
Laman web
Barat berdasarkan abad pilihan.

Aliran seni

Langkah:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. (Dicapai pada 24 Mei 2019)

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu aliran seni lukisan https://bit.ly/2QssSTR
antara abad ke-14 hingga abad ke-19.

3. Berdasarkan pilihan tersebut, anda perlu membuat sinopsis tentang perkara-perkara berikut:

(a) Aliran (c) Tokoh
(b) Gaya (d) Karya

4. Kemudian, buat analisis ringkas dengan menggunakan Bahasa Seni Visual satu karya tokoh
yang dipilih daripada aspek:

(a) Hal benda
(b) Mesej

5. Hasilkan dokumentasi kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran atau multimedia dan
bentangkan kepada kumpulan lain.

Soalan: Sejauh manakah seni lukisan mampu memberikan kesan sosial dalam sesebuah masyarakat?

Latihan Formatif

Buat perbandingan antara dua aliran seni lukisan ini menggunakan peta pemikiran berikut.

Aliran Aliran
Rococo Romantisisme

42


Click to View FlipBook Version