The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramze, 2020-05-16 10:48:37

BUKU TEKS PSV TINGKATAN 4 KSSM

TINGKATAN 4

Bahan Gerbang i
Seni
Bahan utama dalam menghasilkan seni ukiran ialah kayu.
Pemilihan kayu sangat penting dalam proses ukiran. Kayu yang Ukiran kayu dapat bertahan
sesuai dijadikan bahan ukiran ialah kayu yang halus, liat uratnya selama beratus-ratus tahun
dan kayu yang tua serta benar-benar kering. Contoh kayu yang sekiranya ukiran tersebut
baik ialah kayu jelutung, kayu cengal, kayu merbau dan kayu menggunakan kayu yang
meranti merah. berkualiti seperti cengal,
merbau, kempas dan
bacang hutan.

Kayu meranti Kayu Kayu Kayu
merah cengal merbau jelutung

Rajah 7.3 Contoh bahan seni ukiran

Bahan Kemasan

Bahan kemasan digunakan untuk menjadikan hasil seni ukiran kayu lebih menarik dan tahan lama.
Terdapat perbezaan antara varnis dan syelek. Varnis menghasilkan satu lapisan yang keras, kuat
dan lut sinar untuk melindungi permukaan kayu. Varnis juga bersifat berkilat, tahan lama, kalis
air serta tidak memberi sebarang warna kepada kayu. Contohnya varnis biasa digunakan pada
permukaan lantai kayu.
Syelek pula menghasilkan permukaan yang cantik, berwarna, mudah digunakan dan
mempunyai lapisan perlindungan yang kuat. Syelek juga bersifat kalis air tetapi tidak tahan lama
sekiranya terdedah kepada pencair syelek atau alkohol. Contohnya syelek digunakan pada barangan
antik dan bingkai.

Berus Varnis Syelek
Rajah 7.4 Contoh bahan kemasan dan berus 143

Motif Ukiran Kayu

Definisi Motif

Motif yang terhasil dalam seni ukiran ialah awan larat atau ragam hias yang diilhamkan daripada
beberapa unsur. Awan larat terbahagi kepada dua jenis, iaitu awan larat Melayu Asli (awan larat
jawi) dan awan larat Jawa. Pengukir akan menggunakan sumber alam semula jadi yang terdapat
di sekeliling mereka untuk menghasilkan motif. Daya kreativiti pengukir mampu menghasilkan
beberapa variasi motif dalam seni ukiran. Motif ukiran yang sering dihasilkan iaitu, motif flora,
fauna, kosmos, geometri dan kaligrafi.

Flora Seni ukiran Melayu lebih banyak menggunakan unsur flora sama ada jenis menjalar
ataupun yang berbunga. Penghasilan motif-motif flora dikaitkan dengan kedatangan agama
Islam. Motif akan diolah berdasarkan keupayaan dan kreativiti pengukir. Contoh motif
yang menjadi pilihan ialah Motif Bunga Matahari, Bunga Kiambang, Bunga Melur, Bunga
Kerak Nasi dan lain-lain.

Motif Bunga Ketumbit Motif Bunga Cempaka Tanjung Motif Bunga Matahari

Motif Bunga Kerubung Motif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Melur

Motif Bunga Kiambang Motif Bunga Jejari Buaya Motif Daun Sulur Kacang
144

Motif Bunga Raya

Motif Bunga Ketam Guri

Fauna Motif Bunga Cempaka SlaidAkses QR

Motif berunsurkan fauna juga menjadi pilihan pengukir. Motif-motif
Pengukir menghasilkan motif yang menggambarkan ukiran kayu
fauna yang telah diabstrakkan. Contohnya Ayam Berlaga,
Badar Mudik, Itik Pulang Petang, Lebah Bergantung, (Dicapai pada 9 Mei 2019)
Unduk-unduk atau Kuda Laut. https://bit.ly/2JvbaLp

Motif Itik Pulang Petang Motif Kepala Cicak Motif Lebah Bergantung
Motif Kuda Laut

Motif Ayam Berlaga Motif Kelingai Ikan

145

Kosmos Terdapat juga motif kosmos yang menggunakan unsur alam seperti Matahari, Bulan,
Bintang, Awan bergerak, Bukit-bukau, Ombak dan sebagainya. Motif Matahari dan
Bintang ialah contoh motif yang selalu digunakan di tebar layar bumbung rumah.

Motif Awan Boyan

Motif Matahari

Motif Awan Semayang Motif Awan Telepok

Geometri Penggunaan motif geometri diambil daripada rupa bulatan dan segi
tiga yang disusun secara selari dan berulang bagi menampakkan hasil
yang kemas. Penghasilan bentuk geometri ini dikatakan selari dengan
unsur geometri Islam. Motif-motif ini biasanya dipasang di masjid,
surau, istana dan rumah.

Cabar
Minda

Mengapakah dalam perspektif
Islam, kita lebih digalakkan
mengukir gambar makhluk
tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, awan,
bintang, matahari dan bulan?

Kaligrafi Motif kaligrafi yang bercirikan Islam menggunakan tulisan Arab dan tulisan Jawi
daripada al-Quran. Kedatangan Islam menjadi asas perkembangan seni ukiran
kaligrafi. Seni ukiran bermotif kaligrafi diolah bersama-sama dengan motif flora
dan geometri. Kaligrafi ini mempunyai makna tertentu dan tidak melibatkan unsur
fauna tetapi hanya melibatkan unsur flora. Seni ukiran motif kaligrafi biasanya
diletakkan di tempat tertentu seperti di masjid, surau, pintu rumah dan juga rehal.

Rajah 7.5 Contoh motif ukiran kayu
146

Pola Corak Ukiran

Pola ialah bentuk, diagram atau model yang digunakan
apabila menghasilkan sesuatu ukiran. Terdapat tiga jenis
pola yang dihasilkan, iaitu pola bujang, pola pemidang dan
pola pelengkap.

Pola bujang juga dikenali sebagai pola

putu. Pola bujang menunjukkan pola yang
menggunakan motif tunggal. Selalunya
pola bujang ini diambil daripada motif
tumbuhan, kosmos atau objek lain.

Pola pemidang ialah pola bingkai.

Penggunaan pola pemidang ini selalunya
pada bahagian-bahagian dan peralatan di
dalam rumah. Contohnya pada almari,
tepak sirih, cucur atap, penutup bendul
dan dulang kayu. Pola ini menggunakan
unsur yang sederhana.

Pola pelengkap disebut juga sebagai Laman webAkses QR

pola induk merupakan bentuk ukiran yang Jenis pola
lengkap dari segi motif dan gubahan yang ukiran
hendak dihasilkan. Contoh gubahan lengkap
ialah motif yang berunsurkan tumbuhan (Dicapai pada 3 Mei 2019)
meliputi akar, batang, buah, dahan, daun, https://bit.ly/2Ezgye7
putik dan sulur.

Rajah 7.6 Pola corak ukiran

147

Jenis Ukiran Kayu

Terdapat beberapa jenis ukiran
kayu. Jenis-jenis seni ukiran
kayu ditentukan oleh ukiran
tersebut. Contohnya ialah
ukiran layang, ukiran tebuk
timbul bersilat, ukiran tebuk
timbul tanpa silat, ukiran
tebuk tembus bersilat dan
ukiran tebuk tembus tanpa
silat. Perbezaan setiap jenis
ukiran terdapat pada ukiran
itu sendiri.

Gerbang i
Seni

Ukiran larik ialah ukiran
yang diukir pada batas kayu
untuk menghasilkan bentuk.
Biasanya diukir pada hulu
senjata seperti parang, keris
dan badik.

LUakyiraanng Ukiran
TTBeiembrsubikulalt

Akses QRLaman web Ukiran ini tidak tembus dan Ukiran tebuk timbul bersilat ialah
tidak mempunyai corak timbul ukiran yang tidak ditebuk tembus.
Jenis seni pada permukaannya. Bahagian Bahagian motif yang diukir
ukiran latar tidak ditebuk dan hanya akan timbul dan mempunyai
(Dicapai pada 7 Mei 2019) menggunakan teknik guris pada silat. Kebiasaannya, jenis ukiran
https://bit.ly/2GyIAJo permukaan dengan motif yang ini terdapat pada peti kayu, daun
ringkas. Jenis ukiran ini selalu pintu dan tiang-tiang rumah
148 digunakan pada perabot seperti Melayu tradisional.
almari dan katil.

Ukiran Ukiran Ukiran
TTTeaimbnupbkaulSilat TTBeeebmrsubikluast TTTeeabmnupbkauSsilat

Jenis ukiran ini sama dengan Ukiran ini mempunyai silat pada Ukiran tebuk tembus tanpa silat ini
ukiran tebuk timbul bersilat, iaitu motif ukirannya. Motif pada ukiran pada bahagian dasar permukaannya
ukiran yang tidak ditebuk tembus tebuk tembus biasanya diukir balas ditebuk menjadi lubang, manakala
tetapi motif-motif yang dihasilkan pada bahagian belakangnya dan motif dan coraknya dibiarkan
tidak mempunyai silat. Contohnya hasilnya akan lebih menarik. Jenis rata tanpa silat. Jenis ukiran ini
ukiran pada perabot, senjata ukiran ini digunakan pada kekisi, biasanya terdapat pada kekisi,
dan barang hiasan. sekatan ruang rehat dan perabot. pagar musang, sekatan ruang,
perabot dan cucur atap.

Rajah 7.7 Jenis seni ukiran

149

Bentuk-bentuk Silat SiLlaetper Corak silat ini
menyerupai silat
Terdapat lima bentuk silat belah rotan tetapi
dalam seni ukiran. Contoh silat sifatnya lebih
yang biasa dihasilkan ialah silat leper dan rendah.
leper, silat belah rotan, silat
dada tuma, silat serong dan
silat Minangkabau. Silat-silat
ini menjadikan hasil ukiran
lebih cantik dan menarik.

Cabar
Minda

Mengapakah corak ukiran
dipanggil dengan pelbagai
nama silat?

Gerbang i
Seni

Ukiran yang rumit dan tinggi SiSlaetrong
nilainya ialah ukiran yang
terdapat pada hulu keris Corak dihasilkan secara menyerong,
atau badik. melengkung atau mencuram dan
menimbulkan bentuk di bahagian tepi.

Akses QRVideo

Contoh
proses
menyilat
(Dicapai pada 22 Julai 2019)
https://bit.ly/2XXiVSY

150

SiRlaot tBaenlah

Silat jenis ini
berbentuk separuh
bulatan seperti rotan
yang dibelah dua.

SiTlautmDaada

Diukir lengkung di tengah bunga.
Bentuknya seperti silat belah
rotan tetapi bentuk pada bahagian
cembung dipelbagaikan.

SiMlaitnangkabau

Berasaskan bentuk atap rumah orang Minangkabau, iaitu
mempunyai batas (bumbung) di tengahnya dan serong di
kedua-dua tepinya. Bahagian tepi ukiran ini menyerong dan
lebih rendah. Bahagian tengahnya pula lebih tinggi dan tajam.

Rajah 7.8 Bentuk-bentuk Ssilat

151

Proses Seni Ukiran

1. Penyediaan kayu

Pilih jenis kayu yang
sesuai. Permukaan kayu
hendaklah diratakan dengan
menggunakan ketam kayu.

VideoAkses QR 2. Melukis
corak motif
Proses pada kertas
seni ukiran
Lakar motif yang
(Dicapai pada 17 April 2019) dipilih di atas kertas.
https://bit.ly/2FKUDSv

3. Menyurih
motif rekaan
pada kayu

Surihkan motif di atas
permukaan kayu.

152

4. Mengukir

Proses mengukir
mengikut jenis
ukiran pilihan.

5. Menyilat

Hasilkan jenis silat
yang dipilih dan
sesuai dengan
jenis ukiran.

Ukiran yang telah siap.

6. Kemasan B. Proses mengilatkan ukiran boleh
dilakukan dengan menggunakan
Proses terakhir bertujuan untuk mencantikkan syelek, varnis, pengilat kayu dan
ukiran. Selepas proses menyilat, kemasan pewarna kayu.
dilakukan dengan dua cara, iaitu:

A. Gunakan kertas
pasir atau daun
mempelas untuk
melicinkan corak
pada ukiran.

Rajah 7.9 Proses seni ukiran

153

Seni Ukiran Kaum-kaum lain Laman webAkses QR

Selain orang Melayu, seni ukiran juga terkenal dalam kalangan Seni ukiran
kaum-kaum lain di negara ini. Hasil seni ukiran ini dapat dilihat pada kaum Cina
produk-produk hiasan yang mereka hasilkan. Seni ukiran tersebut
mempunyai makna dan keistimewaan tersendiri. (Dicapai pada 24 Julai 2019)
https://bit.ly/32MlENQ
Laman web
Seni ukiran
kaum India

(Dicapai pada 7 Mei 2019)
https://bit.ly/2Ya0QwK

Bagi kaum Cina, kebanyakan ukiran
yang digunakan dalam seni bina bertujuan
untuk menyerikan ruang bangunan dan
menimbulkan ciri-ciri seni pertukangan
yang mengagumkan. Contoh-contoh motif
yang digunakan ialah Naga yang bererti
keuntungan dan motif Kacang Tanah yang
melambangkan kehidupan serta kekekalan.
Seni ukiran bagi kaum India lebih
kepada berunsurkan ketuhanan. Contohnya,
ukiran bentuk Gajah yang melambangkan
kekuatan. Ukiran ini dapat dilihat pada
pintu, dinding, tiang rumah dan kuil.

Gambar foto 7.1 Contoh ukiran Cina Gambar foto 7.2 Contoh ukiran India
154

Gambar foto 7.3 Di Sabah, seni ukiran wujud dalam kalangan orang
Parang Bajau Suluk sejak zaman prakolonial. Seni ukiran ini dikenali
sebagai 'kahuy ukkil', iaitu 'kahuy' bermaksud kayu dan
pokok manakala 'ukkil' merujuk kepada ukiran. Suku
kaum Bajau juga mempunyai warisan seni ukiran. Seni
ukiran kaum Bajau ditunjukkan pada sarung dan hulu
parang. Motif ukiran melambangkan budaya dan corak
kehidupan mereka. Contohnya motif Serimpak, Cili dan
Paku Pakis.

Di Sarawak pula, seni ukiran dapat dilihat pada terabai
ataupun perisai, iaitu peralatan perang milik kaum Iban. Kini,
terabai telah menjadi barang perhiasan di rumah atau sebagai
cenderamata kerana keunikannya. Terabai dibuat daripada kayu
keras yang dihiasi dengan ukiran. Terdapat pelbagai bentuk ukiran
dengan motif tertentu seperti Naga, Harimau dan Pacat. Ukiran
dalam masyarakat Iban melambangkan status sosial. Contohnya,
motif Pacat hanya diukir pada senjata yang digunakan untuk
melawan musuh. Seni ukiran juga terdapat pada tiang keliring di
Sarawak. Tiang keliring membawa maksud tempayan yang berisi
abu mayat dan tulang-tulang yang digunakan oleh kaum Sekapan
dan Punan Bah.
Masyarakat orang asli seperti suku Jah Hut
dan Mah Meri juga terkenal dengan seni ukiran.
Mereka terkenal dengan ukiran berbentuk arca,
patung dan topeng yang diperbuat daripada
kayu. Penghasilan karya seni yang diwarisi
ini menggambarkan kehidupan dan budaya
masyarakat orang asli.

Gambar foto 7.4 Terabai

Gambar foto 7.5
Contoh ukiran suku Mah Meri

Kehidupan kaum Jah Hut dan hasil seni ukirnya berkait
rapat dengan kepercayaan dan pandangan mereka terhadap
alam ghaib. Kepercayaan tentang wajah-wajah Tuhan dan hantu
digambarkan dalam ukiran mereka.
Kebanyakan ukiran kaum Mah Meri dihasilkan daripada
pelbagai jenis kayu keras yang dipanggil sebagai Nyireh
Batu. Kebanyakan hasil ukiran kayu mereka dipengaruhi oleh
kepercayaan dan tahyul. Arca patung berukir kaum Mah Meri
berasaskan mitos dan mewakili moyang mereka.

Gambar foto 7.6 Contoh ukiran tiang keliring
155

Produk

Seni ukir dihasilkan untuk menghiasi dan melengkapkan sesuatu reka bentuk.
Barangan perhiasan seperti hiasan dinding, kekisi, tiang larik dan juga alat permainan
seperti congkak adalah antara produk yang selalu dihiasi dengan seni ukiran.
Ukiran kayu juga terdapat pada rumah, istana, masjid, surau, wakaf, pintu
gerbang, senjata-senjata pendek dan juga pada kenderaan seperti perahu tradisional,
kereta kuda dan kereta lembu.

Gambar foto 7.7 Ukiran kaligrafi Gambar foto 7.8 Ukiran pada perabot

Gambar foto 7.9
Ukiran pada senjata

Gambar foto 7.10 Ukiran pada ruang rehat Gambar foto 7.11 Gambar foto 7.12
156 Ukiran pada alat muzik Ukiran pada alat domestik

Aktiviti VideoAkses QR
PASANGAN
Tujuan: 1. Mengenal pasti seni ukiran dalam bidang Seni Kraf. Pameran
2. Menjelaskan prinsip asas, jenis, alatan, bahan, motif ukiran kayu
Melayu
dan proses seni ukiran. (Dicapai pada 15 April 2019)

Langkah: https://bit.ly/2FKV3IL
1. Lakukan aktiviti pembelajaran secara berpasangan.
2. Guru memaparkan tayangan video tentang seni ukiran.

Contoh Motif Ukiran

3. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru, bincangkan prinsip asas, jenis seni ukiran,
alat dan bahan ukiran kayu.

4. Murid dikehendaki mencari maklumat tambahan tentang koleksi bentuk-bentuk silat, motif
dan proses menghasilkan seni ukiran.

5. Kongsikan maklumat dengan pasangan lain. Catatkan hasil perbincangan dan bentangkan di
hadapan kelas.

Latihan Formatif

1. Apakah yang anda faham tentang seni ukiran? Jelaskan.
2. Lengkapkan peta pemikiran berikut dengan proses ukiran kayu.

3. Apakah aktiviti kemasan yang perlu dilakukan pada bahan ukiran?
4. Mengapakah penggunaan bahan gantian semakin meluas dalam penghasilan produk ukiran?

157

EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Anda telah memahami tentang prinsip, jenis, alatan dan bahan,
motif serta proses penghasilan seni ukiran. Dalam aktiviti ini, Murid boleh:
anda perlu meneroka penggunaan alatan dan bahan dalam seni
ukiran melalui proses yang sesuai. Anda boleh berkerjasama 7.2.1 Mengolah motif
dengan rakan supaya aktiviti yang dilakukan akan lebih mudah. seni ukiran.

7.2.2 Meneroka jenis
seni ukiran.

Kembara Minda

Tujuan: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan terhadap
seni ukiran melalui pengolahan motif, penggunaan alat, bahan dan proses.

2. Menganalisis hasil penerokaan terhadap jenis Seni Ukiran dalam penghasilan
produk seni.

Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Berpandukan bahan seperti majalah, risalah, buku dan lain-lain, murid dikehendaki:

(a) Mengolah motif secara kreatif.
(b) Meneroka jenis seni ukiran dengan menggunakan bahan yang diberikan.
(c) Setiap kumpulan boleh menggunakan bahan seperti lilin, sabun buku, buah-buahan,

Plaster of Paris dan kayu bagi tujuan tersebut.
3. Pilih satu motif yang sesuai dengan bahan. Olahan motif yang dipilih dilakar di atas kertas

secara kreatif.

Contoh

Olahan Rajah 7.10 Contoh olahan motif
158

Jadual 7.1 Meneroka jenis-jenis seni ukiran

Jenis-jenis Seni Ukiran Ciri-ciri

1.  Ukiran Layang

2.  Ukiran Tebuk Timbul Bersilat

3.  Ukiran Tebuk Timbul Tanpa Silat

4.  Ukiran Tebuk Tembus Bersilat

5.  Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat

Plaster of Paris Sabun Epal Kayu

Gambar foto 7.13 Contoh-contoh bahan untuk ukiran

4. Ukirkan motif pada bahan yang dipilih dengan menggunakan alatan ukiran.
5. Catatkan maklumat yang diperoleh semasa membuat penerokaan dalam satu kertas.

Jadual 7.2 Eksplorasi seni ukiran daripada pelbagai bahan

Jenis Seni Ukiran Olahan Motif Hasil

Ukiran Tebuk
Timbul Bersilat

6. Kumpulkan semua bahan yang dihasilkan. Pamerkan mengikut kumpulan masing-masing. Jalankan
aktiviti pembelajaran dengan berkongsi maklumat hasil penerokaan dengan kumpulan lain.

7. Catatkan dalam buku nota hasil dapatan kumpulan anda.

159

EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Anda telah memahami dan mempelajari tentang prinsip, fungsi dan
proses untuk menghasilkan seni ukiran. Berdasarkan pengalaman Murid boleh:
daripada eksplorasi yang lalu, anda dikehendaki menghasilkan
produk seni ukiran yang menarik, kreatif dan inovatif. 7.3.1 Menghasilkan produk
seni ukiran secara
kreatif dan inovatif.

Minda Kreatif

Tujuan: 1. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada penerokaan terhadap seni
ukiran dalam penghasilan produk seni secara sistematik.

2. Menghasilkan produk seni ukiran secara kreatif dan inovatif.

Projek 1:  Kotak Hiasan

Alat: Alatan mengukir dan pensel.
Bahan: Lima keping papan, gam, kertas, kertas surih, kertas karbon, kertas pasir dan syelek.

1. Sediakan lima keping
papan, pensel, pemadam
dan kertas.

2. Lukiskan motif ukiran pilihan di atas 3. Sediakan alat-alat mengukir dan papan
kertas, kemudian lakarkan di atas papan. yang telah dilakar.

160

4. Mulakan mengukir motif 5. Lakukan proses kemasan dengan
pada papan sehingga siap. menggosok ukiran dan papan
menggunakan kertas pasir.

6. Sediakan lima keping papan dan gam. 7. Jadikan papan yang lebih lebar sebagai
tapak. Gamkan papan di atasnya untuk
membentuk segi empat.

8. Setelah gam kering, sapukan 9. Hasil akhir
syelek untuk kemasan akhir. kotak hiasan.

161

Projek 2:  Bekas Serbaguna

Alat: Pensel dan alatan mengukir.
Bahan: Papan, kertas, kertas pasir, gam, engsel dan syelek.

1. Sediakan papan, pensel, 2. Lukiskan motif ukiran pilihan di atas
pemadam dan kertas. kertas. Kemudian, lakarkan di atas papan.

3. Sediakan alat-alat mengukir dan 4. Mulakan mengukir motif pada
papan yang telah dilakar. papan sehingga siap.

5. Lakukan proses kemasan dengan menggosok
ukiran dan papan menggunakan kertas pasir.

162

6. Gunakan enam keping papan dan gam. 7. Sekeping papan dijadikan sebagai tapak.
Papan yang telah diukir akan berfungsi Gamkan empat keping papan untuk
sebagai penutup dan dinding. membentuk kotak.

8. Lakukan proses kemasan dengan 9. Setelah syelek kering, pasangkan engsel
menyapu syelek. pada papan penutup.

10. Hasil akhir
bekas serbaguna.

163

Projek 3:  Penyangkut Kunci
Alat: Pensel, alatan mengukir dan skru penyangkut.
Bahan: Papan, kertas, kertas pasir, syelek dan tali.
1. Sediakan sekeping papan,

pensel, pemadam dan
kertas. Lukiskan motif
ukiran pilihan di atas
kertas, kemudian
lakarkan di atas papan.

2. Sediakan alat-alat
mengukir. Ukirkan
motif di atas papan
tersebut sehingga siap.

3. Kemudian, lakukan proses
kemasan dengan menggosok
ukiran dan papan
menggunakan kertas
pasir. Sapukan syelek
untuk mengilatkan kayu.

4. Pasangkan skru penyangkut
kunci di bahagian bawah
dan di bahagian atas
untuk menggantung.

5. Hasil akhir
penyangkut kunci.

164

APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran

Dalam Apresiasi Seni, anda dikehendaki mempamerkan hasil Murid boleh:
produk ukiran. Anda juga perlu membuat pembentangan untuk
menjelaskan produk ukiran anda serta pengalaman dalam 7.4.1 Mempamerkan hasil
penghasilan produk tersebut. Penerangan anda mestilah tepat produk seni ukiran.
menggunakan Bahasa Seni Visual yang sesuai.
7.4.2 Menghayati dan
Galeri Minda menjelaskan produk
seni ukiran sendiri
dan rakan dengan
menumpukan aspek
Bahasa Seni Visual.

Tujuan: 1. Mempamerkan hasil produk seni ukiran. 7.4.3 Menjelaskan
2. Menghayati dan menjelaskan hasil produk seni ukiran pengalaman sendiri
dalam penghasilan
yang dihasilkan berdasarkan idea sendiri secara produk seni ukiran.
kreatif dan inovatif.

3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual,
seterusnya menjadi model teladan.

Bahan: Hasil karya murid dalam aktiviti Ekspresi Seni.

Langkah:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut jenis produk.

2. Pamerkan produk di ruang yang disediakan.

3. Lakukan aktiviti Bual TV. Seorang murid akan bertindak sebagai pengacara TV. Wakil
kumpulan akan ditemu ramah serta memberikan penerangan dan menjawab soalan-soalan ahli
kumpulan lain.

4. Murid-murid lain akan bergerak ke ruang pameran secara Nota Guru
bergilir-gilir.
Guru perlu membuat
5. Catatkan penerangan yang diberikan di dalam buku nota. penilaian dan memberikan
maklum balas daripada
aspek berikut:

• Alat dan bahan
yang digunakan.

• Proses penghasilan produk.
• Pengalaman semasa

aktiviti menghasilkan
produk dijalankan.

Gambar foto 7.14

Sesi Apresiasi
menggunakan
kaedah Bual TV

165

Rumusan Grafik Jenis RRuummuussaann GGrraaffiikk
Tajuk
Industri Alam Proses
Teknik
Komik Fesyen Digital

Iklan Imaginasi Kolaj

Media Campuran

Seni Ukiran

Prinsip Asas Alatan Bahan Motif

Aspek Bahasa Seni Alatan yang digunakan Contoh-contoh bahan Motif seni ukiran ialah
Visual yang terdapat untuk menghasilkan atau kayu yang awan larat atau ragam
dalam prinsip asas ukiran seperti berikut: digunakan untuk hias yang diilhamkan
seni ukiran: membuat ukiran: daripada beberapa
• Pahat • Kayu jelutung unsur seperti berikut:
• Garisan • Mesin Jigsaw • Kayu nyatuh
• Rupa • Pisau wali • Kayu cengal • Motif flora
• Bentuk • Kikir pari • Kayu merbau • Motif fauna
• Ruang • Ketam kayu • Kayu meranti merah • Motif kosmos
• Jalinan • Gandin kayu • Motif geometri
• Harmoni • Gergaji kecil Bahan Kemasan • Motif kaligrafi
• Irama dan • Getar/Cetar
• Kertas pasir dan daun • Berus Pola
pergerakan • Syelek
• Kesatuan mempelas digunakan • Varnis Terdapat tiga jenis pola
untuk melicinkan • Pewarna yang dihasilkan, iaitu
permukaan ukiran
kayu • Pola bujang
• Pola lengkap
• Pola pemidang

Jenis Ukiran Jenis Silat Penyediaan Kayu

Jenis-jenis seni Terdapat lima bentuk Proses ukiran kayu
ukiran ditentukan silat dalam seni ukiran melibatkan beberapa
oleh ukiran tersebut. yang menjadikan hasil aturan, iaitu
Perbezaan setiap jenis ukiran lebih cantik dan
ukiran terdapat pada menarik. Jenis-jenis • Melukis corak motif
ukiran tersebut. silat seperti berikut: pada kertas

• Ukiran layang • Silat Belah Rotan • Menyurih motif
• Ukiran tebuk • Silat Serong rekaan pada kayu
• Silat Leper
timbul bersilat • Silat Dada Tuma • Mengukir
• Ukiran tebuk • Silat Minangkabau • Menyilat
• Kemasan
timbul tanpa silat
• Ukiran tebuk

tembus bersilat
• Ukiran tebuk tembus

tanpa bersilat

166

Latihan Pengukuhan

Soalan Objektif 5. Bahan daripada sumber alam ini selalu
digunakan untuk melicinkan permukaan
Pilih satu jawapan yang tepat. corak ukiran kayu. Apakah bahan tersebut?
1. Apakah fungsi alat di bawah? A Daun nipah C Rebung buluh
B Daun mempelas D Mengkuang

6. Manakah antara berikut, pernyataan yang
berkaitan dengan pola pemidang?

Gambar foto 1 I Disebut sebagai pola bingkai
A Membentuk kayu II Motif disusun di dalam bingkai
B Melicinkan corak III Berfungsi sebagai gubahan lengkap
C Membentuk lengkungan IV Biasanya menunjukkan pola dengan
D Melicinkan permukaan kayu
motif tunggal

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

2. Manakah antara berikut merupakan kayu 7. Ukiran kayu tradisional terdapat pada masjid,
yang sesuai untuk menghasilkan ukiran? bangunan dan rumah tradisional Melayu.
Apakah fungsi ukiran kayu tersebut?
I Kayu jelutung III Kayu getah
II Kayu cengal IV Kayu ara I Sebagai ragam hias
II Pengudaraan yang baik
A I dan II C II dan III III Melambangkan status pemilik
IV Menguatkan lagi struktur bangunan
B I dan IV D III dan IV

Membuat dan melicinkan silat. A I dan II C II dan III

3. Alatan yang manakah sesuai untuk aktiviti B I dan IV D III dan IV
di atas?
8. Cecair syelek perlu disapu di atas
A Pahat C Kikir pari permukaan ukiran kayu yang telah
siap diukir. Mengapakah langkah
B Pisau wali D Tukul kayu tersebut perlu dilakukan?

4. Manakah antara berikut pernyataan yang I Supaya kayu lebih gelap
berkaitan dengan pola bujang? II Ukiran akan lebih halus
A Disebut sebagai pola putu III Ukiran menampakkan kekemasan
B Bentuk ukiran yang lengkap IV Mengelakkan daripada mudah rosak
C Corak tersusun dalam bingkai
D Digunakan pada peralatan rumah A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

167

Soalan Subjektif

Jawab semua soalan berikut.
1. Namakan motif ukiran di bawah.

Motif 1 Motif 2
(a)  (b) 

2. Berikan lima jenis motif ukiran kayu dan jelaskan motif-motif tersebut.
3. Apakah prinsip asas yang perlu anda ketahui untuk menghasilkan ukiran kayu?
4. Jelaskan maksud ukiran tebuk tembus bersilat.
5. Salah satu motif seni ukiran ialah motif kosmos. Apakah yang anda faham tentang motif

tersebut? Berikan contoh.
6. Berdasarkan ilustrasi motif ukiran di bawah, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh

motif tersebut?

Motif 3
7. Mengapakah permintaan seni ukiran kini semakin berkurangan?
8. Pucuk rebung merupakan salah satu motif ukiran kayu dan juga motif bagi kebanyakan kraf

yang lain. Pada pendapat anda, mengapakah motif ini sangat digemari oleh masyarakat pada
zaman dahulu?
9. Penggunaan alat moden untuk menghasilkan ukiran semakin digemari. Bincangkan.
10. Bahan-bahan gantian ukiran telah menggantikan bahan utama kayu. Huraikan.
11. Pada pendapat anda, mengapakah ukiran jenis tebuk tembus sangat sesuai dipasang pada
tingkap rumah tradisional?
12. Fungsi ukiran kayu tradisional untuk pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan semakin
berkurangan. Bincangkan.

168

BIDANG

KOMUNIKASI
VISUAL

169

Tajuk 8

SENI REKA
GRAFIK

8(Ilustrasi)
Selain daripada logo dan tipografi, ilustrasi juga merupakan
elemen yang penting dalam bidang komunikasi visual. Murid
sering terdedah dengan karya-karya ilustrasi melalui bahan
bacaan seperti buku teks, buku cerita kanak-kanak dan komik.
Ilustrasi mampu mengolah informasi yang ingin disampaikan
agar lebih jelas, menjadikan fantasi seakan-akan alam realiti,
serta menghidupkan watak dan jalan cerita melalui karakter
yang menarik. Aspek kemahiran asas seperti lukisan, komposisi,
penceritaan, imaginasi dan kreativiti menjadi elemen utama
dalam penghasilan karya ilustrasi yang kreatif.
170

Kata Kunci A-Z

• Animasi
• Ekspresi • Karakter
• Interpretasi • Representasi

KStandard

Kandungan

8.1 Pemahaman terhadap
Seni Reka Grafik.

8.2 Eksplorasi dan aplikasi
rekaan Ilustrasi
bagi pengukuhan
pemahaman terhadap
Seni Reka Grafik.

8.3 Penzahiran idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber
dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.

8.4 Penghayatan terhadap
hasil karya Seni
Reka Grafik dengan
menggunakan Bahasa
Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

171

PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Ilustrasi boleh dihasilkan secara manual, digital sepenuhnya
atau secara gabungan manual dan digital menggunakan pelbagai Murid boleh:
aplikasi dan perisian komputer. Ilustrasi dapat menyampaikan
mesej, idea dan pemikiran. 8.1.1 Menjelaskan definisi
ilustrasi.
Definisi Ilustrasi
8.1.2 Memerihalkan ilustrasi
Ilustrasi adalah penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, dari aspek:
interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks, proses
idea ataupun konsep. Oleh yang demikian, ilustrasi bukan sahaja (i) Jenis, media dan
merujuk kepada karya akhir yang dipersembahkan, tetapi juga teknik ilustrasi.
lakaran visual yang dihasilkan melalui proses penjanaan idea
bergambar. Ilustrasi boleh dihasilkan dalam pelbagai media, (ii) Penjanaan idea
medium dan teknik selagi karya ini menunjukkan representasi bergambar.
visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan.
Gerbang i
Jenis Seni

Karya ilustrasi juga amnya dikaitkan dengan seni komersial kerana Dato’ Mohammad Nor bin
ilustrator ‘dibayar’ oleh pelanggan bagi menghasilkan karya visual Mohammad Khalid atau lebih
dan mencari penyelesaian kepada isu yang berkaitan komunikasi dikenali sebagai Lat, ialah
visual. Contoh jenis ilustrasi yang biasa dihasilkan ialah: ikon komik tanah air. Beliau
• Ilustrasi Industri dan Teknikal menghasilkan lebih daripada
• Ilustrasi Sains dan Perubatan 20 edisi komik yang telah
• Ilustrasi Dekoratif diterjemah ke dalam pelbagai
• Ilustrasi Imaginasi bahasa serta diadaptasi ke
• Ilustrasi Ekspresi dalam animasi dan filem.
• Ilustrasi Pengiklanan Contoh karya komik beliau
• Ilustrasi Fesyen yang terkenal ialah, ‘The
• Ilustrasi Penerbitan (Editorial) Kampung Boy’ dan Mat Som.
• Ilustrasi Flora dan Fauna (Alam)
• Ilustrasi Komik dan Animasi

172

dIluasntTraeskinIinkdaul stri

• Ilustrasi ini digunakan untuk mengkaji
dan menghasilkan reka bentuk hasil
ciptaan industri.

• Lakaran teknikal, lukisan mekanikal
dan reka bentuk berkomputer merupakan
bahagian penting dalam ilustrasi teknikal.

• Ilustrasi ini juga dapat mempromosi dan
memberikan maklumat produk dengan
lebih terperinci.

Rajah 8.1 Contoh ilustrasi industri dan teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal

dIluasntPraesriuSbaaitnasn A G
B H
I
• Ilustrasi ini digunakan dalam kajian C
anatomi tubuh manusia dan sains D J
perubatan dengan meluas. K
E
• Membantu memudahkan kefahaman 173
dan kerjasama dalam bidang perubatan
dan bidang lain yang berkaitan.

• Biasanya menggambarkan organ-organ
dalaman badan dengan lebih terperinci.

F

Rajah 8.2 Contoh ilustrasi sains dan perubatan bagi menunjukkan fungsi jantung

DIluesktorraastiif IImlusatgriansaisi

• Ilustrasi dekoratif berfungsi menghiasi • Ilustrasi imaginasi ini dikenali
objek dengan suatu reka bentuk yang juga sebagai ilustrasi khayalan.
disederhanakan atau dilebih-lebihkan
dengan gaya tertentu. • Ilustrasi ini dihasilkan daripada
pengolahan daya cipta secara
• Semasa menghasilkan ilustrasi imaginatif (khayalan).
dekoratif, ilustrator biasanya
akan mengaplikasikan ciri khas • Sering digunakan dalam ilustrasi
objek. Contohnya bentuk kelopak cerita, novel dan komik.
bunga dan daun yang digayakan
serta dihasilkan secara berulang. Rajah 8.4 Contoh ilustrasi imaginasi
oleh ilustrator Riharu
Rajah 8.3 Contoh ilustrasi dekoratif yang boleh digunakan
pada kertas pembalut hadiah

174

EIlukssptrraessii

• Ekspresi bererti pengungkapan
atau proses memperlihatkan
atau menyatakan maksud,
perasaan dan sebagainya.

• Ilustrasi ekspresi juga bererti
air muka pada wajah yang
memperlihatkan perasaan
seseorang itu.

Gerbang i
Seni

Rajah 8.5 Contoh ilustrasi ekspresi wajah yang menunjukkan pelbagai Kawaii ialah satu konsep
emosi misalnya gembira, malu, terkejut dan marah yang diperkenalkan oleh
budaya Jepun yang merujuk
kepada penghasilan sesuatu
karya yang bersifat comel
dan menawan. Dalam
konteks ilustrasi, khususnya
pada komik dan animasi,
konsep kawaii ini boleh
dilihat pada karya misalnya
‘Hello Kitty’ dan siri animasi
‘Powerpuff Girls’.

PIluesnterrabsiitan

• Ilustrasi penerbitan digunakan pada
kulit buku, buku cerita kanak-kanak,
risalah, surat khabar, kulit novel,
kartun, dan ilustrasi cerpen.

• Ilustrasi ini dapat menyampaikan
maklumat dan juga menggambarkan
tentang penceritaan bahan tersebut.

• Ilustrator veteran seperti Jaafar Taib
dan ilustrator kontemporari seperti
Mohd Khairul Azman adalah antara
ilustrator buku cerita kanak-kanak
tanah air yang terkenal.

Rajah 8.6 Contoh ilustrasi penerbitan pada
buku cerita kanak-kanak oleh
ilustrator Mohd Khairul Azman

175

FIleussytreansi

• Ilustrasi fesyen ini memaparkan
rekaan pakaian dan mempamerkan
gaya rekaan pereka fesyen.

• Ilustrasi ini menunjukkan ketelitian
pereka terhadap rekaannya.

VideoAkses QR

Ilustrasi Rajah 8.7 Contoh ilustrasi fesyen yang
fesyen menggunakan teknik digital

(Dicapai pada 31 Mei 2019) dIluasntAransimi Kaosmi ik
https://bit.ly/2FvjvOm
• Ilustrasi dan animasi komik dikaitkan dengan penceritaan
berbentuk ilustrasi.

• Ilustrasi ini juga menggunakan satu atau lebih panel yang
dihasilkan secara berturutan (sequential art).

• Komik dan animasi dikaitkan dengan sesuatu cerita yang lucu,
novel grafik dan adiwira.

• Terdapat banyak karya animasi dan filem yang diadaptasi
daripada komik atau sebaliknya.

Rajah 8.8 Contoh ilustrasi komik dan animasi bagi watak The Amazing Awang Khenit oleh kartunis Rambai
176

IPluesntgriakslai nan ----- The Royal Selangor Klang Heritage -----

• Ilustrasi pengiklanan ini dikenali juga The Oldest Double-Decker Bridge in Malaysia
sebagai ilustrasi produk. - 1957 -

• Digunakan untuk mempromosikan produk, The first double-decker bridge in Malaysia with the constructive in 500 meter long
perkhidmatan dan menyampaikan maklumat. double decker truss girder. The upper decker was used for heavy vehicles, while
lower decker used for bicycle, tricycle and pedestrian walkways. It was built across
• Ilustrasi ini digunakan untuk menonjolkan
karakter produk dan mampu menimbulkan the Klang River and it was the main connection of the two side of Klang Cities.
kesan emosi kepada pengguna. www.mpklang.gov.my

• Terdapat pada majalah, poster, surat khabar,
risalah dan televisyen.

Rajah 8.9 Contoh ilustrasi pengiklanan
bagi promosi, perkhidmatan
dan menyampaikan maklumat

IdluasntFraasuinFalo(Aralam)

• Ilustrasi ini menggambarkan alam
sebenar secara lukisan atau catan
yang merujuk kepada alam semula
jadi seperti tumbuhan dan haiwan.

• Ilustrasi alam turut memaparkan
gambaran alam fantasi.

• Ramai pelukis yang berminat
dalam menghasilkan ilustrasi flora
dan fauna ini.

Rajah 8.10 Contoh ilustrasi flora dan fauna yang merujuk kepada alam semula jadi

177

Media dan Teknik

Media

Definisi media ialah alat atau perantara dalam komunikasi dan perhubungan. Media cetak pula
ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Karya ilustrasi boleh
didapati melalui pelbagai media secara bercetak mahupun
digital, seperti poster, pengiklanan, pembungkusan, buku cerita,
buku teks, buku manual, komik, surat khabar, setem, poskad,
mural dan banyak lagi.

Seiring dengan perkembangan teknologi digital masa Komik
kini, medium dan teknik penghasilan ilustrasi turut mengalami
perubahan. Ilustrator menggunakan pelbagai medium dan teknik
bagi menghasilkan karya ilustrasi yang menarik. Karya ilustrasi
juga boleh menjadi asas kepada penghasilan karya kreatif yang
lain, misalnya animasi dan permainan digital.

Buku cerita Setem

Mural

Rajah 8.11 Contoh ilustrasi dalam pelbagai media
178

Medium merupakan Cat air
bahan dan alatan
yang digunakan dalam
penghasilan karya ilustrasi.
Contoh medium yang digunakan:
• Dakwat dan cat air
• Gouache dan akrilik
• Pensel dan pensel warna
• Pen dan marker pen
• Peranti digital dan perisian CGI

(Computer-generated imagery)

Pen dan marker pen Pensel dan pensel warna

Rajah 8.12 Contoh medium seperti pensel, pen,
marker pen, cat air dan lain-lain

179

Teknik

Teknik penghasilan karya ilustrasi sering berubah mengikut peredaran
zaman dan kemajuan teknologi dalam menghasilkan bahan dan alatan.
Teknik atau stail ialah cara sesuatu medium diaplikasikan dalam
penghasilan ilustrasi. Teknik boleh dikategorikan sebagai tradisional
dan moden. Teknik tradisional ialah aplikasi bahan dan alatan
secara manual, manakala teknik moden menggunakan
peranti dan perisian digital ataupun
gabungan kedua-dua teknik.

Contoh teknik tradisional:
• Sapuan berus kering atas basah ‒ cat air
• Garisan selari (hatching) ‒ marker pen
• Potongan kayu dan gurisan besi
• Tampal dan kolaj kertas
• Air brush

Contoh teknik moden:
• Digital vektor
• Digital fotomontaj
• Digital model 3D

Sapuan berus kering atas basah - cat air (campuran media)

Teknik tampal dan kolaj kertas Teknik digital vektor

Rajah 8.13 Contoh teknik dan karya ilustrasi

180

Ilustrator ialah orang yang bertanggungjawab menghasilkan Gerbang i
ilustrasi. Mereka perlu memahami mesej atau jalan cerita Seni
yang ingin disampaikan kepada penonton. Ilustrator juga perlu
menguasai medium dan teknik dalam penghasilan ilustrasi bagi Leonardo da Vinci ialah
memastikan hasil karya mereka lebih cantik dan menarik. seorang artis dan ilmuan
yang terkenal pada zaman
Renaissance pada abad ke-14
di Eropah. Beliau banyak
menggunakan ilustrasi
bagi merekod kajian dan
proses penjanaan idea yang
dilakukan oleh beliau.

Laman webAkses QR

Mohd Khairul
Azman Ismail

(Dicapai pada 15 Mei 2019)
https://bit.ly/2vP6nMR

Gambar ilustrasi 8.1
Contoh karya ilustrasi menggunakan marker pen

181

Penjanaan Idea Bergambar

Karya ilustrasi memerlukan proses penjanaan idea agar dapat diolah, diuji nilai dan ditambah baik
sebelum sampai kepada karya akhir. Proses ini dapat membantu ilustrator menguji beberapa konsep
secara kasar dengan cepat serta mengurangkan risiko karya tersebut ditolak atau tidak mencapai
objektif yang diinginkan. Proses ini boleh mengurangkan kos produksi sekiranya dijalankan
dengan baik. Terdapat tiga fasa bagi proses penjanaan idea bergambar, iaitu Thumbnail, Rough
dan Comprehensive. Umumnya, ketiga-tiga fasa ini membantu ilustrator merancang dalam proses
lakaran akhir bagi menentukan kualiti garisan atau stroke, warna, komposisi, penegasan, latar
belakang dan teks sekiranya diperlukan.

Proses Penjanaan Idea

Fasa penjanaan idea bergambar ini juga membantu ilustrator
untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan dan
melakukan penambahbaikan sebelum karya akhir dihasilkan.

1. Thumbnail

Fasa ini merupakan eksplorasi awal
penjanaan idea bergambar dalam
saiz yang kecil dan banyak. Proses
ini menekankan penggunaan teknik
lakaran pensel atau pen secara
ringkas dan pantas.

Proses Thumbnail Sketch (Lakaran kenit)
182

2. Rough

Fasa kedua ini ialah pemilihan
bagi satu atau beberapa lakaran
daripada fasa Thumbnail. Lakaran
yang dihasilkan dalam fasa ini lebih
jelas menunjukkan bentuk dan rupa
kepada idea yang ingin disampaikan.

Proses Rough
(Lakaran kasar)

3. Comprehensive

Fasa ini ialah proses terakhir
dalam proses penjanaan idea
bergambar yang lengkap. Proses
ini menunjukkan idea yang ingin
disampaikan dan teknik ilustrasi
yang digunakan.

Proses Comprehensive
(Karya terakhir/ terperinci)

Rajah 8.14 Proses penjanaan idea bergambar

183

Aktiviti
KUMPULAN

Tujuan: 1. Mengenal pasti ilustrasi dalam Seni Reka Grafik. Laman webAkses QR
2. Menjelaskan definisi, jenis, media dan teknik ilustrasi
Maklumat
dalam Seni Reka Grafik. ilustrasi

Langkah: (Dicapai pada 23 April 2019)
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. https://bit.ly/2stxThe
2. Cari bahan di Internet, surat khabar, majalah atau risalah.

3. Tentukan bahan-bahan tersebut mengikut jenis-jenis ilustrasi.

4. Senaraikan media dan teknik ilustrasi pada bahan-bahan tersebut.

5. Tuliskan dalam kertas sebak maklumat yang diperoleh berserta definisi ilustrasi.

6. Bentangkan hasil dapatan anda dan bandingkan maklumat setiap kumpulan.

Soalan: Bagaimanakah karya ilustrasi dapat mempengaruhi emosi penonton?

Latihan Formatif

Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Ilustrasi umumnya adalah penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, dan
secara visual kepada teks, proses idea ataupun konsep.

2. Karya ilustrasi juga amnya dikaitkan dengan kerana ilustrator dibayar oleh pelanggan
bagi menghasilkan karya visual dan mencari penyelesaian kepada isu yang berkaitan .

3. Terdapat tiga fasa bagi proses penjanaan idea bergambar yang boleh digunakan oleh ilustrator,
iaitu Thumbnail Sketch, dan Comprehensive.

4. Tuliskan jenis-jenis ilustrasi di bawah.

(a)  (b)  (c) 
184

EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Pada bahagian ini, murid akan menjalankan aktiviti bagi
meneroka media dan teknik yang bersesuaian bagi menghasilkan Murid boleh:
karya ilustrasi. Murid dikehendaki menggunakan kreativiti
masing-masing dalam membuat penerokaan. 8.2.1 Membuat penerokaan
ilustrasi dengan
Kembara Minda pelbagai media
dan teknik.

Tujuan: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan terhadap
ilustrasi dalam Seni Reka Grafik melalui penggunaan pelbagai media dan teknik.

2. Menganalisis hasil penerokaan terhadap ilustrasi dalam penghasilan karya Seni
Reka Grafik.

Langkah:

1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Jalankan proses penjanaan idea bergambar bagi menghasilkan satu karya ilustrasi imaginasi

atau satu watak bagi ilustrasi buku cerita kanak-kanak.
3. Buatkan lakaran ilustrasi tersebut. Kemudian, lengkapkan karya ilustrasi tersebut dengan

memilih media dan teknik yang sesuai.
4. Kumpulkan semua karya yang dihasilkan. Ilustrasi yang lengkap adalah daripada media

campuran dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga media dan teknik ilustrasi.
5. Pamerkan mengikut kumpulan masing-masing. Seterusnya, jalankan aktiviti pembelajaran.
6. Catatkan hasil dapatan dalam buku nota kumpulan anda.

Ilustrasi Ekspresi Menggunakan Pelbagai Media dan Teknik

1. Mulakan lakaran melalui 2. Setelah selesai melakar, setiap ahli
proses penjanaan idea. kumpulan memilih satu media dan
teknik yang ingin digunakan.

185

3. Aplikasikan beberapa media dan teknik 4. Kemudian, gunakan pensel warna untuk
pada ilustrasi. Mulakan dengan cat air dan mewarnakan bahagian-bahagian tertentu.
teknik sapuan berus kering atas basah.

5. Tambahkan cat air atau pastel untuk 6. Gunakan pen untuk membuat kemasan.
melengkapkan karya.
SBuenlRgauakmiaanhg
Ilustrasi oleh Ekram Alhafis

7. Tambahkan teknik kolaj agar 8. Akhir sekali, dengan
karya lebih menarik. teknik digital masukkan
tajuk buku cerita.
186

EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Pada bahagian ini murid menghasilkan karya ilustrasi berdasarkan
cadangan tema yang diberikan. Murid bebas memilih untuk Murid boleh:
menjalankan tugasan ini secara individu mahupun kolaboratif.
Murid perlu menggunakan media dan teknik yang sesuai bagi 8.3.1 Menghasilkan karya
menghasilkan karya ilustrasi yang kreatif. Karya ilustrasi tersebut dengan menggunakan
kemudiannya disesuaikan dengan reka bentuk komunikasi visual, imaginasi dan idea
misalnya poskad, kulit buku cerita atau mural. secara kreatif dan
inovatif hasil
Minda Kreatif daripada penerokaan
ilustrasi ekspresi:
Tujuan: 1. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil
daripada penerokaan terhadap ilustrasi dalam (i) Reka bentuk
penghasilan karya Seni Reka Grafik secara sistematik. ilustrasi untuk
menggambarkan
2. Menghasilkan karya ilustrasi berdasarkan ilustrasi ekspresi.
ekspresi dengan pelbagai media secara kreatif
dan inovatif. (ii) Reka bentuk
ilustrasi yang
terhasil dan
disesuaikan dengan
reka bentuk dalam
pelbagai media.

Projek 1:  Adiwira Alat: Gunting, gam, pensel, pen, cat air, berus dan lain-lain
mengikut keperluan.

Bahan: Kertas berwarna/kertas bercorak, keratan majalah,
kertas lukisan dan lain-lain mengikut keperluan.

1. Sediakan alat dan bahan untuk 2. Lakarkan watak adiwira
menghasilkan karya. mengikut kreativiti anda.

187

3. Lakukan proses mendakwat 4. Warnakan karya ilustrasi
pada ilustrasi yang dilakar. dengan media campuran.

5. Ilustrasi yang telah 6. Sediakan latar belakang dengan
siap diwarnakan. menggunakan teknik kolaj.

P Haitnagmlima 7. Hasil akhir karya
The King of the Sea ilustrasi. Ilustrasi
adiwira dijadikan
sebagai reka bentuk
penerbitan, buku
cerita atau komik.

Ilustrasi oleh Ekram Alhafis

188

Projek 2:  Doodle Art Alat: Pensel, pen, pembaris dan pemadam.
Bahan: Kertas kad, kertas surih, kertas dan pita pelekat.

1. Sediakan alat dan bahan untuk 2. Mulakan melakar dengan pensel
menghasilkan karya. pada kertas.

3. Surihkan lakaran pada kertas 4. Mulakan proses mendakwat dan
surih. Kemudian, lakar di atas tambahkan hiasan pada poskad.
kertas kad.

VideoAkses QR

5. Hasil akhir Penghasilan
poskad. Doodle Art
(Dicapai pada 11 Mei 2019)
https://bit.ly/2RNibvY

189

APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran

Pada sesi Apresiasi Seni ini penumpuan akan diberikan dalam Murid boleh:
aspek kesesuaian media dan teknik ilustrasi yang dipilih
dan kelancaran penyampaian. Penerangan anda mestilah 8.4.1 Mempamerkan hasil
mengaplikasikan Bahasa dan Pemikiran Seni Visual yang tepat. karya ilustrasi.
Proses penjanaan idea bergambar juga dinilai bagi melihat
keaslian karya ilustrasi. Anda perlu menjelaskan pengalaman 8.4.2 Menghayati dan
sendiri dalam menghasilkan karya. menjelaskan karya
ilustrasi sendiri
Galeri Minda dan rakan dengan
menumpukan aspek
Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni. Bahasa Seni Visual.

8.4.3 Menjelaskan
pengalaman sendiri
dalam penghasilan
karya ilustrasi.

2. Menghayati dan menjelaskan karya seni grafik yang
dihasilkan berdasarkan idea sendiri secara kreatif dan inovatif.

3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual
seterusnya menjadi model teladan.

Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni.

Langkah:

1. Hasil karya murid dipersembahkan di ruang pameran.

2. Jelaskan mengenai karya yang dihasilkan. Masa diberikan selama tiga hingga lima minit.

3. Senarai dan terangkan jenis ilustrasi, media serta teknik yang digunakan.

4. Ceritakan pengalaman semasa menyiapkan hasil karya tersebut menggunakan bahasa yang
sesuai dan mudah difahami.
5. Catatkan hasil dapatan di dalam buku nota. Nota Guru

Guru perlu membuat penilaian

dan memberikan maklum

balas daripada aspek:

• Kesesuaian jenis, teknik,
media dan medium
yang dipilih.

• Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual
yang digunakan.

• Keaslian hasil karya.
• Pembentangan semasa

sesi apresiasi.

Gambar foto 8.2
Sesi Apresiasi Seni

190

Rumusan Grafik Jenis RRuummuussaann GGrraaffiikk
Tajuk
Industri Alam Proses
Teknik
Komik Fesyen Digital

Iklan Imaginasi Kolaj

Media Campuran

Seni Reka Grafik (Ilustrasi)

Definisi

Ilustrasi bermaksud penghasilan sesuatu imej bagi tujuan dekorasi, interpretasi,
komunikasi secara visual kepada teks serta proses idea dan konsep.

Jenis-jenis

Industri dan Teknikal Pengiklanan Fesyen

• Bertujuan untuk • Digunakan untuk • Memaparkan rekaan
mempromosikan produk mempromosikan produk, pakaian dan mempamerkan
dengan memberikan perkhidmatan dan gaya rekaan pereka fesyen.
maklumat terperinci. menyampaikan maklumat.
Penerbitan
Sains dan Perubatan Dekoratif
• Digunakan pada kulit buku,
• Menggambarkan • Bertujuan menghiasi atau risalah, surat khabar, novel
organ-organ dalaman mendekorasi objek dengan dan kartun.
dengan terperinci. suatu reka bentuk.

Imaginasi Ekspresi Flora dan Fauna (Alam)

• Gambar hasil • Air muka pada wajah • Menggambarkan alam
pengolahan daya cipta yang memperlihatkan sebenar secara lukisan
secara imaginatif. perasaan seseorang. atau catan.

Komik dan Animasi

• Dikaitkan dengan penceritaan berbentuk ilustrasi.

Media Teknik Proses

• Media ialah alat atau Pelbagai teknik yang • Proses penjanaan idea bergambar
perantara dalam komunikasi digunakan ialah air dilakukan untuk mengolah, menguji
atau perhubungan. brush, kolaj, gurisan nilai dan menambah baik karya.
besi, potongan kayu,
• Contoh media ialah poster, seni digital, seni foto • Proses ini membantu ilustrator
pengiklanan, pembungkusan, dan cetakan serta merancang dalam proses lakaran akhir.
buku cerita, buku teks, buku campuran media.
manual, komik, setem, poskad, • Proses ini menentukan kualiti garisan
mural dan surat khabar. atau stroke, warna, komposisi,
penegasan, latar belakang dan teks.
• Contoh medium yang digunakan
ialah pen, pensel, cat air, dakwat, • Berikut ialah fasa proses penjanaan
gouache, cat akrilik, marker pen idea bergambar:
dan pensel warna. ‒ Thumbnail, sketch ‒ garisan, bentuk
yang mudah dan bersaiz kecil.
‒ Rough ‒ bentuk yang lebih kompleks.
‒ Comprehensive ‒ karya akhir.

191

Latihan Pengukuhan

Soalan Objektif

Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Apakah definisi umum ilustrasi?
A Ekspresi diri oleh pelukis.
B Sebarang lukisan yang dihasilkan
menggunakan perisian komputer.
C Penghasilan sesuatu imej bagi tujuan
dekorasi, interpretasi dan komunikasi
secara visual kepada teks, proses idea
ataupun konsep.
D Imej yang dihasilkan dalam pelbagai
media atau medium dan teknik serta
merupakan lukisan secara manual
sesuatu yang ingin digambarkan.

Umumnya dikaitkan dengan Ilustrasi 1 .
penceritaan yang disampaikan
berbentuk ilustrasi dalam satu 4. Karya ilustrasi di atas ialah jenis
atau lebih panel yang dihasilkan A Ilustrasi Pengiklanan
secara berturutan (juga dikenali B Ilustrasi Sains dan Perubatan
sebagai sequential art). C Ilustrasi Industri dan Teknikal
D Ilustrasi Buku Cerita Kanak-kanak
2. Pernyataan di atas merujuk kepada jenis
ilustrasi .

A Fesyen 5. Kawaii merujuk kepada .

B Dekoratif A jenis ilustrasi

C Komik dan Animasi B karya yang bersifat comel dan menawan

D Buku Cerita Kanak-kanak C media dan teknik bagi ilustrasi

D ilustrator yang menghasilkan komik

3. Manakah antara berikut, media dan teknik 6. Manakah antara berikut, susunan yang
yang sering digunakan dalam penghasilan tepat bagi menunjukkan proses penjanaan
karya ilustrasi? idea bergambar?
A Thumbnail dan Rough
I Pen B Thumbnail dan Comprehensive
II Pensel warna C Thumbnail, Rough dan Comprehensive
III Batik canting D Thumbprint, Rough dan Comprehensive
IV Cetakan sutera saring

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

192


Click to View FlipBook Version