The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramze, 2020-05-16 10:48:37

BUKU TEKS PSV TINGKATAN 4 KSSM

TINGKATAN 4

Soalan Subjektif

Jawab semua soalan berikut.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilustrasi?
2. Berdasarkan ilustrasi di bawah, terangkan ciri-ciri dan fungsi ilustrasi fesyen.

Ilustrasi 2
3. Apakah ciri-ciri utama yang terdapat pada jenis ilustrasi dekoratif?
4. Siapakah ikon komik tanah air yang terkenal dengan karya bertajuk ‘Kampung Boy’? Apakah

keunikan yang terdapat pada karya beliau?
5. Senaraikan contoh media dan teknik yang sering digunakan oleh ilustrator bagi menghasilkan

karya mereka.
6. Berdasarkan gambar ilustrasi di bawah, bincangkan jenis, media dan teknik yang sesuai bagi

karya tersebut.

SeKluamalaat LDaiptaisn,gPkae hang

Destinasi percutian yang
menarik dengan pelbagai
tempat bersejarah.

Ilustrasi 3
7. Mengapakah ilustrasi komik sering menjadi pilihan remaja berbanding dengan jenis ilustrasi

yang lain?
8. Apakah peranan seorang ilustrator? Bincangkan.
9. Bincangkan kelebihan mengaplikasikan proses penjanaan idea bergambar dalam penghasilan

karya ilustrasi.
10. Pada pandangan anda, bagaimanakah sesuatu karya ilustrasi yang dihasilkan boleh mempunyai

ciri-ciri budaya Malaysia?
193

Tajuk 9

SENI FOTO

9(Genre
Fotografi)

Kita sering berkongsi imej foto di media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Whatsapp. Tahukah anda, setiap hari
berbilion foto dikongsikan di media sosial? Imej foto sangat
penting untuk menjadikan sesuatu cerita atau maklumat yang
ingin disampaikan lebih jelas dan menarik. Jika kita ingin
menghasilkan imej foto yang menarik, kita perlu mengetahui
teknik-teknik fotografi yang kreatif. Apakah imej foto yang
sesuai dikongsikan di media sosial?
194

Kata Kunci A-Z

• Fotomontaj
• Impak • Stail
• Rambang • Suntingan

KStandard

Kandungan

9.1 Pemahaman terhadap
Seni Foto.

9.2 Eksplorasi dan
aplikasi penghasilan
Genre Fotografi
bagi pengukuhan
pemahaman terhadap
Seni Foto.

9.3 Penzahiran idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber
dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.

9.4 Penghayatan terhadap
hasil karya Seni Foto
dengan menggunakan
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.

195

PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Seni foto telah menjadi satu bidang ilmu dan kerjaya yang
diperlukan pada masa kini. Teknologi penghasilan kamera, Murid boleh:
lensa dan perkakasan serta peranti pengimejan semakin canggih
sejajar dengan keperluan fotografi dalam pengiklanan, surat 9.1.1 Menjelaskan definisi
khabar, majalah, fesyen, ketenteraan dan aeronautik (angkasa). genre dalam fotografi.

Definisi Genre dalam Fotografi 9.1.2 Memerihalkan jenis
dan fungsi komunikasi
Pada amnya, genre fotografi dikaitkan dengan kategori atau visual dalam
stail bagi membezakan sesuatu karya seni foto. Kebanyakan genre fotografi.
fotografer menghasilkan pelbagai stail foto berdasarkan minat,
kepakaran serta bidang kerjaya masing-masing. 9.1.3 Membincangkan
kepelbagaian
genre fotografi.

Jenis dan Fungsi Komunikasi Visual dalam Genre Fotografi

Fotografer menggunakan teknik dalam fotografi bagi merakam foto untuk tujuan tertentu.
Contohnya, fotografi potret digunakan untuk dokumen penerbitan rasmi atau majalah. Fotografer
juga boleh mengaplikasikan beberapa teknik fotografi bagi satu-satu tujuan. Misalnya, bagi tujuan
pengiklanan, fotografer boleh menggabungkan teknik tangkap dekat dan fesyen untuk mendapatkan
hasil yang menarik. Genre ini diklasifikasikan berdasarkan hal benda atau bentuknya.

Contoh genre fotografi: Kepelbagaian genre fotografi sangat penting
• Fotografi Dokumentari bagi membolehkan bidang ini berkembang dengan
lebih luas dan membantu fotografer mengenal pasti
dan Kewartawanan bakat serta minat yang khusus dalam seni foto.
• Fotografi Jalanan Genre ini membantu penonton untuk memahami
• Fotografi Potret atau kandungan (content) dan konteks (context) foto yang
dirakam serta memenuhi keperluan pelanggan.
Portraiture Genre fotografi juga mampu meningkatkan
• Fotografi Fesyen profesionalisme, nilai sesuatu imej dan juga
• Fotografi Alam dan memaksimumkan impak foto yang dihasilkan.
Selain itu, genre ini dapat membantu fotografer
Landskap menguasai teknik-teknik fotografi dengan lebih
• Fotografi Produk dan mendalam dan menentukan jenis kamera serta
perkakasan yang sesuai. Hasilnya, foto yang
Pengiklanan dirakam menjadi lebih berkualiti dan mampu
• Fotografi Seni Halus menjadi medium untuk berekspresi serta
• Fotografi Mikro dan menyampaikan mesej dalam komunikasi visual.

Tangkap Dekat (Close-up) Rajah 9.1 Jenis-jenis genre fotografi

196

Kepelbagaian Genre Fotografi

D okKFuoetomwgraaefi rnttaawriadnanan • Genre ini adalah stail fotografi yang
merakam gambaran kejadian sebenar
Genre fotografi kewartawanan sukan permotoran mengenai manusia, tempat, objek dan
juga peristiwa.

• Umumnya, foto yang dihasilkan akan
menjadi rekod kepada peristiwa penting
dan bersejarah.

• Wujud banyak persamaan antara genre
fotografi dokumentari dengan genre
fotografi kewartawanan.

• Fotografi kewartawanan ini juga dapat
memberikan gambaran yang jelas kepada
pembaca tentang perkara yang ingin
disampaikan oleh penulis.

• Mesej yang ingin disampaikan oleh
seseorang wartawan akan lebih kukuh
dengan sokongan secara visual, iaitu foto.

• Foto genre ini berfokus kepada subjek
berita yang dapat menyampaikan maksud
sesuatu peristiwa atau berita.

• Magnum ialah salah satu agensi foto
antarabangsa yang sangat berpengaruh
dalam fotografi dokumentari.

Genre fotografi
dokumentari kehidupan
etnik Bajau Laut di Sabah

Rajah 9.2 Fotografi Dokumentari
dan Kewartawanan

197

JalaFontogaranfi Genre fotografi jalanan,
pemain catur jalanan

• Stail fotografi ini memfokuskan kepada rakaman
kehidupan harian di kawasan awam.

• Umumnya, foto-foto dirakam secara spontan,
natural dan rambang.

• Penekanan terhadap ketepatan masa dan juga
teknik pembingkaian adalah antara aspek
penting bagi genre ini.

• Kebanyakan foto dalam genre ini dihasilkan
dalam warna hitam putih.

• Genre ini merupakan salah satu aliran yang lebih
mengutamakan objek dalam pengambilan foto.

Rajah 9.3 Fotografi Jalanan

FeFostoygreafin

Genre fotografi jalanan, bengkel alat ganti kenderaan Genre fotografi
198 fesyen, lokasi
di luar studio

Genre fotografi
potret, gadis desa

Genre fotografi
potret, sesi

foto pengantin

PFoottorgreafit Gerbang i
Seni
• Fotografi potret merakam foto seseorang sama ada individu mahupun
berkumpulan untuk menampilkan rupa, keperibadian dan hal benda. Selfie atau swafoto ialah
fotografi potret-kendiri (self-
• Penekanan diberikan terhadap personaliti hal benda yang ingin potrait) yang kebiasaannya
dirakam melalui teknik pencahayaan, latar belakang dan gaya (pose). dirakam sendiri. Pada tahun
2013, ‘selfie’ telah diiktiraf
• Sekiranya fokus imej adalah pada wajah, fotografer perlu memastikan sebagai istilah baharu dan
bahagian mata perlu jelas dan tidak kabur. dimasukkan dalam kamus
Oxford English. Apakah gambar
• Lensa prima 50 milimeter (mm) dan 85mm atau telefoto 70 hingga swafoto kegemaran anda?
200mm merupakan antara lensa yang menjadi pilihan fotografer
dalam genre ini.

Rajah 9.4 Fotografi Potret

• Fotografi genre fesyen sering digunakan pada produk,
contohnya pakaian.

• Fotografi ini bertujuan untuk pengiklanan dan sering dilihat
pada majalah-majalah fesyen.

• Kreativiti diperlukan untuk menghasilkan foto fesyen yang
dapat mempengaruhi pelanggan.

• Genre ini menjadikan sesuatu fesyen itu kelihatan lebih
menarik dengan bantuan aksesori, pencahayaan, model dan
solekan serta gaya yang sesuai.

• Selain itu, faktor lokasi penggambaran yang menarik seperti
di dalam atau di luar studio turut memainkan peranan penting.

Genre fotografi fesyen,
lokasi di dalam studio

Rajah 9.5 Fotografi Fesyen

199

FLotoagrnafidAslakmapdan

Genre fotografi alam dan
landskap, suasana senja di pulau

ProFodtogurakfi danPengiklanan

Genre fotografi pengiklanan bertujuan • Fotografi produk dan pengiklanan ini umumnya
untuk mempromosikan produk digunakan untuk tujuan mempromosi atau
mengiklankan sesuatu produk.
Cabar
Minda • Fotografi genre ini banyak melibatkan
bantuan suntingan dan seni grafik untuk
Fotografi pengiklanan sering mendapatkan hasil yang menarik.
memaparkan imej yang kreatif.
Apakah teknik yang sesuai • Fotografer perlu menjadi seorang yang mahir
digunakan untuk menghasilkan dan kreatif dalam beberapa genre fotografi
imej yang kreatif? untuk menghasilkan fotografi produk dan
pengiklanan yang menarik.

• Mereka perlu menghasilkan karya foto yang
berupaya menyampaikan mesej kepada
pelanggan serta menarik minat mereka.

Genre fotografi produk
merakam kesegaran
produk makanan

Rajah 9.6 Fotografi Produk
dan Pengiklanan

200

• Genre ini merakam ruang alam semula Genre fotografi landskap
jadi mahupun buatan manusia yang bandar, sudut pandangan
terdapat di sekeliling kita. atas kotaraya Kuala Lumpur

• Penggunaan sumber pencahayaan asli
ketika merakam foto bagi mendapatkan
suasana dan warna yang natural.

• Kerap menggunakan saiz bukaan
(aperture) yang kecil pada lensa, antara
ƒ16 – ƒ22 agar objek pada latar hadapan
dan latar belakang menjadi jelas.

• Penggunaan tripod, filter dan beberapa
peralatan tambahan lain kebiasaannya
diperlukan dalam genre ini.

Rajah 9.7 Fotografi Alam dan Landskap

Laman webAkses QR Genre fotografi
tangkap dekat,
Komposisi kucing peliharaan
fotografi
Genre fotografi
(Dicapai pada 13 Mei 2019) mikro, fokus
https://bit.ly/2uX8YFC terhadap objek
yang sangat kecil
TDFaoteonMgkrgaiafkki traodpan
201
• Fotografi tangkap dekat atau close-up
ialah genre yang memfokuskan hal benda.

• Karya-karya fotografi genre ini juga
turut mengaplikasikan teknik komposisi
pemangkasan dan pembingkaian.

• Genre ini sesuai digunakan untuk foto
yang memerlukan perincian.

Rajah 9.8 Fotografi Tangkap
Dekat dan Mikro

SFeotnogirafHi alus Genre fotografi seni
halus abstrak pada
• Genre fotografi ini lebih bertumpu kepada nilai estetik karya foto tersebut.
• Karya-karya foto genre ini mengandungi makna yang tersirat serta imej ranting

memerlukan penelitian yang mendalam. Gerbang i
• Foto-foto yang dihasilkan berkait dengan emosi, idea dan juga mesej yang Seni

ingin disampaikan oleh jurufoto. Artis pada era Bauhaus
• Karya fotografi ini turut dijadikan bahan pameran. (1919-1933) telah mempelopori
teknik fotomontaj bagi
Genre fotografi seni halus, teknik imej bertindih atau double exposure menghasilkan poster yang
Genre fotografi seni halus, menarik. Kini, teknik yang
komposisi lingkaran sama boleh dihasilkan dengan
pada anak tangga mudah melalui teknologi
digital seperti perisian
komputer dan aplikasi mudah
alih, Adobe Photoshop.

Laman webAkses QR

Maklumat
Fotografi
Seni Halus
(Dicapai pada 6 Mei 2019)

https://bit.ly/2QZHiuT

Rajah 9.9 Contoh Fotografi
Seni Halus

202

Ikon Fotografi Malaysia

Negara kita memiliki fotografer yang berbakat besar dan telah menempa nama di dalam mahupun
di luar negara. Terdapat beberapa orang tokoh fotografer yang dikenali berdasarkan genre fotografi.
Misalnya fotografer Amri Ginang bagi genre fotografi potret, Che’ Ahmad Azahar bagi genre
fotografi jalanan dan Wazari Wazir bagi genre fotografi dokumentari.

AGminrani g Amri Ginang ialah fotografer kelahiran negeri Sabah
dan mendapat pendidikan formal di Isle of Ely College
Wisbech, Cambridgeshire, United Kingdom. Beliau
telah memulakan kerjaya dalam bidang fotografi secara
profesional semenjak pertengahan tahun 1980-an di
London dan Stockholm sebelum kembali ke Kuala
Lumpur pada hujung tahun 1990-an. Kini, selain menjadi
pengarah kreatif, beliau juga aktif mengadakan bengkel
dan seminar bagi berkongsi ilmu serta pengalaman
bersama fotografer muda.

Bagi penghasilan genre fotografi potret, beliau
banyak menekankan penggunaan teknik pencahayaan
studio dan latar belakang yang minimal serta gaya
penampilan atau personaliti mereka yang hendak
dirakam. Beliau menggunakan teknik bukaan (aperture)
yang besar bagi menghasilkan depth-of-field yang
rendah, teknik ini dapat memberi kesan fokus yang jelas
khususnya pada bahagian mata dan muka serta kabur
(bokeh) pada bahagian latar belakang.

Rajah 9.10 Karya fotografi Amri Ginang

203

AAhCzmhaeh'aadr Che' Ahmad Azahar juga dikenali sebagai Chemat. Seorang fotografer
yang terkenal dalam genre fotografi jalanan. Beliau bertugas sebagai
pensyarah di Universiti Multimedia (MMU) dalam bidang komunikasi
visual dan fotografi selama lebih 20 tahun. Karya foto beliau bukan sahaja
dipamerkan di Malaysia, malah di luar negara termasuk Singapura dan
Amerika Syarikat. Pameran solo beliau di Galeri Leica telah mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat seni foto.

Keunikan foto yang dirakam oleh beliau dapat dilihat melalui
gabungan aksi spontan dan teknik komposisi yang menarik seperti
teknik imbangan (balance), sudut pandangan (point of view) serta
kedalaman (depth). Dengan penggunaan teknik komposisi tersebut,
foto yang dihasilkan bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton
tetapi juga mampu menyampaikan cerita yang tidak dapat diungkap
dengan tulisan semata-mata.

Rajah 9.11 Karya fotografi Che' Ahmad Azahar
204

W aWzazairri Seorang fotografer sepenuh masa dan sering diberikan tanggungjawab
untuk merakam foto majlis-majlis rasmi di dalam dan di luar negara.
Wazari juga sangat gemar melancong dan berkongsi foto serta tip
fotografi dalam blog dan laman sosialnya.

Sebagai seorang fotografer dalam genre fotografi dokumentari,
foto yang dirakam oleh beliau sering menceritakan gambaran sebenar
mengenai tempat, orang dan peristiwa, sama ada ketika sedang bertugas
ataupun melancong.

Tugasan beliau untuk merakam foto majlis-majlis rasmi
menuntut persediaan rapi. Oleh sebab jarak fotografer
dengan pemimpin agak jauh, beliau sering
menggunakan lensa telefoto 70-200 mm
atau 300 mm.

Rajah 9.12 Karya fotografi Wazari Wazir

205

Aktiviti
KUMPULAN
Tujuan: 1. Mengenal pasti genre fotografi dalam Seni Foto.
2. Menjelaskan definisi, jenis, fungsi dan kepelbagaian genre fotografi dalam Seni Foto.
Langkah
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut pembahagian tajuk untuk melakukan

aktiviti. Gunakan kaedah carta KWL (Know, What, Learn) untuk menyenaraikan maklumat
yang ingin diperoleh.
2. Dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang perkara di bawah secara berkumpulan:
(a) Jenis dan fungsi komunikasi visual.
(b) Kepelbagaian genre fotografi.
3. Lakukan aktiviti sumbangsaran. Buat hubung kait pengetahuan sedia ada dengan maklumat
yang diperoleh.
4. Buat pembentangan secara berkumpulan. Murid lain akan mengemukakan soalan. Buat
kesimpulan dengan memberikan justifikasi dan refleksi.
Soalan: Apakah kepentingan mempelajari genre dalam fotografi?

Latihan Formatif

Namakan genre fotografi berdasarkan pernyataan yang diberikan.

1. Penekanan terhadap personaliti hal
benda yang ingin dirakam melalui teknik
pencahayaan, latar belakang dan pose.

2. Foto yang dihasilkan menjadi rekod kepada
peristiwa penting dan bersejarah.

3. Kerap menggunakan saiz bukaan (aperture)
yang kecil pada lensa, agar objek pada latar
hadapan dan latar belakang menjadi jelas.

4. Kebanyakan foto dalam genre ini dihasilkan
dalam warna hitam putih.

206

EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Pada bahagian ini, murid akan menjalankan aktiviti bagi
mengenali ciri utama beberapa genre fotografi dan meneroka Murid boleh:
teknik yang bersesuaian dengan genre fotografi yang dipilih.
Murid boleh mengimbas kembali teknik fotografi dalam 9.2.1 Membuat penerokaan
komposisi kreatif yang dipelajari semasa Tingkatan 3 untuk tentang genre fotografi
membuat penerokaan genre fotografi daripada aspek teknik. daripada aspek:

(i) Media
(ii) Teknik

Kembara Minda

Tujuan: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan genre
fotografi dalam Seni Foto melalui penggunaan pelbagai media dan teknik.

2. Menganalisis hasil penerokaan terhadap genre fotografi dalam penghasilan karya
Seni Foto.

Langkah:
1. Lakukan aktiviti secara kolaboratif dalam beberapa kumpulan kecil.
2. Sediakan beberapa kad imej foto yang berlainan genre.

Gambar foto 9.1 Contoh-contoh imej foto

207

3. Edarkan kad imej foto kepada setiap kumpulan. Kenal pasti Laman webAkses QR
genre fotografi pada imej foto tersebut.
Genre
4. Senaraikan ciri-ciri utama yang terdapat pada foto tersebut. dalam
5. Kemudian, tuliskan maklumat yang diperoleh dalam kad fotografi
(Dicapai pada 30 April 2019)
imej foto tersebut. https://bit.ly/2Lnvspj
6. Rakamkan foto berdasarkan imej foto yang diberikan.
Keusahawanan
Aplikasikan ciri-ciri utama genre fotografi yang diberikan.
Masa yang diberikan adalah antara 10 hingga 15 minit. Foto genre produk
7. Pamerkan hasil foto secara digital atau cetak foto yang atau fesyen mempunyai nilai
telah dirakam. komersial. Hasil foto yang
8. Buat pembentangan hasil karya kumpulan anda. Catatkan menarik digunakan untuk
hasil dapatan daripada kumpulan anda dan kumpulan lain tujuan pengiklanan.
dalam buku nota.

Ciri-ciri Genre









Rajah 9.13 Contoh karya

Jadual 9.1 Hasil dapatan pembentangan kumpulan

Kumpulan Genre foto Ciri-ciri
A
B Fotografi Landskap • Menggunakan saiz bukaan yang kecil pada lensa.
C • Biasanya menggunakan tripod dan filter.

208

EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Pada bahagian ini, anda dikehendaki menghasilkan karya seni
foto berdasarkan satu daripada genre fotografi yang dipelajari Murid boleh:
berserta tajuk yang dicadangkan. Anda juga boleh menggunakan
pelbagai jenis kamera atau peranti pengimejan untuk merakam 9.3.1 Menghasilkan karya
foto. Gunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu anda seni foto berdasarkan
menghasilkan karya seni foto yang baik dan menarik. tema melalui genre
fotografi pilihan.

Minda Kreatif

Tujuan: 1. Menzahir idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada penerokaan terhadap genre
fotografi dalam penghasilan karya seni foto secara sistematik.

2. Menghasilkan karya seni foto berdasarkan tema melalui genre fotografi yang dipilih
secara kreatif dan inovatif.

Alat: Kamera atau peranti pengimejan.
Arahan: Lakukan aktiviti secara individu atau berpasangan.
Langkah:

1. Pilih kamera dan peranti 2. Sebelum merakam foto, seting kamera dan peranti
pengimejan yang sesuai. pengimejan mengikut kesesuaian tema.

209

Projek 1:
Fotografi Potret -
Wajah Kawan-Kawanku

1. Pilih lokasi atau tempat
yang bersesuaian
untuk merakamkan
foto genre potret.

2. Pilih komposisi kreatif
pilihan. Pastikan
komposisi yang dipilih
bersesuaian dengan genre.

3. Rakamkan beberapa keping
foto dengan asas komposisi
kreatif yang berbeza.
4. Hasil akhir fotografi
genre potret. Pastikan
foto yang dirakam
menepati ciri-ciri genre.

210

Projek 2:
Fotografi Landskap/Jalanan -
Program Lawatan sambil Belajar

1. Pilih lokasi
yang sesuai
untuk merakam
foto mengikut
genre pilihan.

2. Pilih komposisi
kreatif yang
sesuai dengan
genre pilihan.

3. Rakamkan beberapa keping
foto dengan asas komposisi
kreatif yang berbeza.

4. Hasil akhir fotografi
genre landskap.
Pastikan foto yang
dirakam menepati
ciri-ciri genre.

211

APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran

Pada bahagian Apresiasi Seni ini, tumpuan akan diberikan dalam Murid boleh:
aspek keaslian karya foto, kesesuaian genre fotografi yang dipilih
dan kelancaran penyampaian dengan mengaplikasikan Bahasa 9.4.1 Mempamerkan hasil
Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. Karya seni foto yang karya seni foto.
dihasilkan oleh murid akan dipamerkan dan dipersembahkan
di hadapan guru dan rakan kelas. Murid perlu menjelaskan 9.4.2 Menghayati dan
pengalaman sendiri dalam penghasilan karya. menjelaskan hasil
karya seni foto sendiri
Galeri Minda dan rakan dengan
menumpukan aspek
Bahasa Seni Visual.

9.4.3 Menjelaskan pengalaman
sendiri dalam hasil karya
seni foto.

Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni foto.

2. Menghayati dan menjelaskan karya seni foto yang dihasilkan berdasarkan idea sendiri
secara kreatif dan inovatif.

3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual
seterusnya menjadi model teladan.

Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni.

Langkah:

1. Hasil karya foto dipersembahkan secara digital pada skrin dengan menggunakan projektor
ataupun dicetak.

2. Pemilik karya diberikan masa selama tiga hingga lima minit untuk memberikan penjelasan
mengenai hasil karyanya. Murid-murid lain boleh bertanyakan soalan.

3. Senarai dan jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada genre fotografi yang dipilih berserta teknik
yang digunakan.

4. Ceritakan pengalaman proses menghasilkan karya tersebut Nota Guru
dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami.
Guru perlu membuat
5. Murid-murid lain mencatat penerangan dalam buku nota. penilaian dan memberikan
maklum balas daripada
aspek berikut:

• Jenis genre fotografi
yang dipilih.

• Ciri-ciri genre fotografi
karya seni foto tersebut.

• Kelebihan genre fotografi
bagi karya tersebut.

Gambar foto 9.2
Sesi Apresiasi Seni

212

Rumusan Grafik Jenis RRuummuussaann GGrraaffiikk
Tajuk
Industri Alam Proses
Teknik
Komik Fesyen Digital

Iklan Imaginasi Kolaj

Media Campuran

Seni Foto

Definisi Genre

• Kategori atau stail bagi membezakan sesuatu karya seni foto.

Jenis Genre Foto

Fotografi Dokumentari dan Kewartawanan Fotografi Jalanan

• Genre yang merakamkan kejadian sebenar, • Lebih berfokus kepada kehidupan harian
merekodkan peristiwa penting dan bersejarah. masyarakat awam dan diambil secara spontan.

Fotografi Potret atau Portraiture Fotografi Fesyen

• Merakam foto sama ada individu atau • Menjadikan sesuatu fesyen itu kelihatan
berkumpulan untuk menampilkan rupa, lebih menarik dengan bantuan aksesori,
keperibadian dan hal benda. pencahayaan, model serta solekan dan gaya
yang sesuai.

Fotografi Alam dan Landskap Fotografi Seni Halus

• Merakamkan foto alam sekitar, menggunakan • Foto yang dihasilkan berkait dengan emosi,
sumber pencahayaan asli bagi mendapatkan idea dan mesej yang ingin disampaikan oleh
suasana dan warna yang natural. fotografer.

Fotografi Produk dan Pengiklanan Fotografi Mikro dan Tangkap Dekat (Close-up)

• Dilakukan bertujuan untuk mempromosi atau • Memfokuskan hal benda, mengaplikasikan
mengiklankan sesuatu produk. teknik pemangkasan dan pembingkaian.

Fungsi Genre Fotografi Ikon Fotografer Malaysia

• Lebih memahami kandungan dan konteks foto yang • Negara kita mempunyai ramai fotografer berbakat
dirakam serta memenuhi keperluan pelanggan. berdasarkan genre tertentu. Mereka ini memainkan
peranan yang penting dalam bidang fotografi.
• Mengenal pasti bakat dan minat.
• Memaksimumkan impak dan nilai sesuatu foto. • Che’ Ahmad Azahar ‒ genre fotografi jalanan.
• Menguasai teknik fotografi dan jenis kamera dan • Amri Ginang ‒ genre fotografi potret dan

perkakasan yang bersesuaian. pengiklanan.
• Foto yang dihasilkan akan lebih bermutu dan • Wazari Wazir ‒ genre fotografi dokumentari dan

mampu berekspresi serta menyampaikan mesej kewartawanan.
dalam komunikasi visual.

213

Latihan Pengukuhan

Soalan Objektif 5. Manakah antara pernyataan berikut
menerangkan kepentingan genre fotografi?
Pilih satu jawapan yang tepat. I Memaksimumkan impak dan nilai
sesuatu imej dalam setiap foto
1. Apakah genre fotografi yang akan yang dihasilkan
dihasilkan oleh fotografer yang II Keperluan menghasilkan foto yang
bertugas di agensi berita? mempunyai resolusi yang tinggi
A Fotografi Mikro III Mengurangkan kebergantungan
B Fotografi Jalanan kepada perkakasan kamera dan
C Fotografi Landskap mengoptimakan penggunaan
D Fotografi Kewartawanan teknologi digital
IV Membantu penonton untuk memahami
Stail fotografi yang memfokuskan kandungan (content) dan konteks
rakaman kehidupan harian di (context) foto yang dirakam serta
memenuhi keperluan pelanggan
kawasan awam. A I dan II
2. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah B I dan IV
C II dan III
genre fotografi yang dimaksudkan? D III dan IV
A Fotografi Potret
B Fotografi Jalanan
C Fotografi Dokumentari

dan Kewartawanan
D Fotografi Produk dan Pengiklanan

3. Apakah teknik fotografi yang dipelopori
oleh artis pada era Bauhaus pada awal
abad ke-20 bagi mengasingkan dan
menggabungkan imej atau beberapa imej
daripada foto dan elemen grafik?

A Fotostat C Fotomontaj

B Photoshop D Fotosintesis Gambar foto 1

4. Apakah genre fotografi yang mempunyai 6. Genre fotografi yang sesuai bagi foto di
ciri seperti fotografi fesyen? atas ialah .
A Fotografi Seni Halus
B Fotografi Dokumentari A Fotografi Potret
dan Kewartawanan
C Fotografi Alam dan Landskap B Fotografi Dokumentari
D Fotografi Produk dan Pengiklanan dan Kewartawanan

214 C Fotografi Alam dan Landskap

D Fotografi Produk dan Pengiklanan

Soalan Subjektif

Jawab semua soalan berikut.
1. Terangkan maksud genre dalam fotografi.
2. Pilih dua genre dan bandingkan. Senaraikan persamaan dan perbezaannya.
3. Apakah faktor yang mempengaruhi penghasilan fotografi potret?
4. Fotografi fesyen dan fotografi pengiklanan mempunyai nilai komersial. Apakah kepentingan

genre tersebut?
5. Nyatakan teknik asas yang digunakan dalam genre fotografi landskap.
6. Jika anda gemar merakam foto pengalaman dan suasana kawasan yang dilawati, apakah genre

fotografi yang sesuai bagi foto yang dihasilkan?
7. Anda seorang ahli jawatankuasa (AJK) Kelab Fotografi. Anda dan rakan anda diminta oleh

Pengetua untuk menghasilkan pameran foto sempena Hari Terbuka Sekolah. Berdasarkan
genre fotografi yang telah anda pelajari, cadangkan foto yang akan dipamerkan.
8. Mengapakah seseorang fotografer perlu menguasai genre fotografi dengan teknik-teknik
yang tertentu?
9. Nyatakan genre fotografi Gambar foto 2. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh fotografer
melalui foto tersebut? Berikan alasan anda.

Gambar foto 2
10. Berdasarkan Gambar foto 3 adakah teknik yang sama digunakan dalam menghasilkan fotografi

jalanan dan fotografi landskap? Berikan alasan anda.

Gambar foto 3

215

GLOSARI

A biotik – berkaitan dengan sesuatu yang Kerabu – sejenis perhiasan yang dipakai di telinga
atau subang nipis.
bukan hidup.
Komersial – berkaitan dengan perdagangan atau
Abstrak – tidak dapat dilihat atau dirasa oleh nilai-nilai ekonomi.
pancaindera tetapi ada dalam fikiran.
Komposisi – teknik menyusun dan menjalin sesuatu
Aiguillette – hiasan bahu daripada tali keemasan ciptaan hingga menjadi karya seni yang sempurna.
yang dianyam kemili.
Kontemporari – elemen yang lebih kreatif
Alegori – sesuatu karya yang menggunakan dan inovatif.
watak atau peristiwa sebagai lambang untuk
menyampaikan sesuatu dengan lebih mendalam. KMaonsmuaols––daillaamkuskeamneasttaau. dikendalikan

Animasi – seni atau proses menyediakan dengan tangan.
gambar-gambar kartun yang kelihatan hidup.
Mess Kit – pakaian rasmi Yang di-Pertuan
Antropometrik – sains berkaitan pelbagai ukuran Agong semasa menghadiri majlis santapan
tubuh manusia seperti berat badan, posisi berdiri, malam beristiadat.
duduk, berjalan dan sebagainya.
Mitologi – kajian tentang sesuatu mitos.
Aristokrat – golongan bangsawan.
Muskat – pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong
Artistik – sesuatu yang dihasilkan berasaskan berbentuk labuh hingga ke paras paha, berlengan
nilai-nilai seni. panjang dan terbuka di bahagian hadapan.

Awan larat – ukiran atau motif yang coraknya P rofesional – golongan yang berkemampuan atau
CB abionetrgikkiaa–int-btkeear–ikt.saaitlaanh
dengan hidupan. semasa berkemahiran khusus dalam sesuatu bidang.
satu teknik seni catan
Prototaip – model yang dibina bagi menghasilkan
zaman Renaissance. sesuatu yang boleh dijadikan asas untuk

Chiaroscuro – kesan cahaya yang jatuh dari arah Rmageanmghhaisaislk–ahniamsoandedlaylaamngsleenbiikhrbafaiakta. u karya seni.

E aktsapurseusim–baeirrtmunugkgaalp.ada wajah seseorang yang Rambang – rawak.
menunjukkan perasaan hatinya.
Realis – orang yang berpegang pada realisme.
En plein air – satu kaedah menghasilkan lukisan
Representasi – sesuatu yang melambangkan
yang berkait dengan kesan cahaya dan dilakukan
S aatmaupimre–nbgaghaamgbiaanrksaanr.ung keris yang paling atas.
di kawasan terbuka.
Satah – permukaan yang rata.
Epolet – tanda pangkat yang dipakai di bahagian
FH boortaothimukuopnaltktuaarjia––nsksaoeilnraasjgyaaatmanug. sdeinbiupaet ndaanriapmadaan Satira – membicarakan sesuatu secara sindiran.
imej foto.
bunga, Sfumato – sifat ton warna yang berubah secara
berperingkat-peringkat daripada gelap kepada
I msaiytausr-is–aypuernainruaatnaumbeunaehr-ubsui atahnagng. apan dan cerah dan memberikan gambaran lembut.
pengamatan pelukis terhadap sesuatu.
Silat – gaya ukiran sama ada mengukir mengikut
Impak – kesan yang ketara. gaya leper, melengkung atau membulat.

I Knatienrpsarekthalsait––tasefsjeirnains atau penjelasan. Solek – teknik lipatan untuk menghasilkan
kain yang diperbuat tengkolok atau tanjak.

daripada bulu domba (biri-biri). Stail – cara atau gaya melakukan sesuatu.

Kaligrafi – tulisan tangan yang menghasilkan Sulur – motif ukiran berunsur tumbuhan
huruf atau tulisan yang indah sebagai suatu seni. berbentuk pucuk.

Karakter – sifat perwatakan yang membezakan S Uunniotinneg–ansa–laphemsabtuettuelkannikatsaeunpi ecmatbaanikseamn.asa
seseorang daripada yang lain.
zaman Renaissance.

216

SENARAI RUJUKAN

Abdul Halim Nasir, 2016. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh, 1996. The Traditional Malay House. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Ahmad Rashidi Hasan, 2001. Sejarah Seni Lukis Sepintas Lalu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Anne-Marie Logan & Michiel C. Plomp, 2005. Peter Paul Rubens: The Drawings. New York: Metropolitan Museum of Art.
Bingham, J., 2011. Impresionisme. Terjemahan Norwati Mohd. Yusof. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Carl K. H. & Charles, V., 2009. Baroque Art. New York: Parkstone Press.
Charles V. 2005. Renaissance Art. New York: Parkstone Press International.
Charles V. & Carl K. H., 2010. Rococo. New York: Parkstone Press.
Concilio G. & Rizzo F., 2016. Human Smart Cities: Rethinking the Interplay between Design and Planning.

Milan, Italy: Springer.
Dawson, J., 2003. The complete guide to prints and printmaking techniques and materials. London:

Quantum Publishing Ltd.
Tangerman E.J., 1984. Complete Guide to Wood Carving. New York: Sterling Publishing Company.
Hayward A., 2008. Wood Engraving and Linocutting. British: The Crowood Press.
Hensey P., 2016. Construction Detailing for Landscape and Garden Design: Surface, Steps and Margins.

Abingdon, UK: Routledge.
Hepler D, Jensen, C, & Wallac P., 1983. Interior Design Fundamentals/Don Helper, Cecil Jensen, Paul Wallach.

New York: McGraw-Hill
Hugher A. & Vernon-Morris H., 2008. Printmaking Traditional and Contemporary Techniques.

United Kingdom: Rotovision.
Jabatan Penerangan Malaysia, 2017. Istiadat Pertabalan Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA XV.
Johan Iskandar, 2018. Destar Alam Melayu. Shah Alam: Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu.
Johnson D., 2011. David to Delacroix: The Rise of Romantic Mythology. Chapel Hill, NC: The University

of North Carolina Press.
Johnson G. A., 2005. Renaissance Art: A Very Short Introduction. Oxford, UK: Oxford University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998. Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Knackstedt M.V., 2008. Marketing and Client Relations for Interior Designers. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Loga, A. & Plomp, M.C., 2005. Peter Paul Rubens. The Drawings, New York: Metpublications.
Malpas J., 1997. Realism (Movements in Modern Art). London, UK: Tate Publishing.
Mitton M., 2012. Interior Design Visual Presentation. A Guide to Graphics, Models and Presentation Techniques.

Hoboken, N.J: John Wiley & Sons.
Moser J., 1995. Collaboration in American Printmaking Before 1960. Dalam Printmaking in Amerika.

New York: A Time Mirror Company.
Muhammad Fauzi Zainuddin, 2017. Reka Bentuk Perindustrian Ergonomik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Palmer A. L., 2011a. Historical Dictionary of Neoclassical Art and Architecture. Lanham, MY: Scarecrow Press.
Palmer A. L., 2011b. Historical Dictionary of Romantic Art and Architecture. Lanham, MY: Scarecrow Press.
Powell-Jones M., 1994. Impressionism. Ann Arbor, MI: Borders Press.
Russell P., 2016. Complete works of Diego Velasquez. East Sussex, UK: Delphi Classics.
Schneider R M., 1977. Interior Design Careers. Engle Wood Cliffs, N. J: Prentice-Hall.
Speltz A., 1989. The History of Ornament. London: Studio Edition.
Thomson R., 2012. Art of the Actual: Naturalism and Style in Early Third Republic France, 1880-1900.

New Haven, CT: Yale University Press.
Wedgwood C. V., 1968. World of Rubens 1577-1640. Worthing, UK: Littlehampton Book Services.
Workshop D., 2014. Drawing and Reinventing Landscape. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Workshop D., 2015. Landscape Architecture Documentation Standards: Principles, Guidelines,

and Best Practices. Hoboken, NJ: Wiley.
Zirpolo L. H., 2018. Historical Dictionary of Baroque Art and Architecture. Lanham, MY: Scarecrow Press.

217

INDEKS

Abiotik 100 Harmoni  58, 60, 140 O lahan  141
Hortikultur  100, 104
Abstrak 24 Pastel  26, 30, 34, 38
Aiguillette 7 I lustrasi 172-182
Alat kebesaran  4, 5, 9, 10, Pemandangan  28, 30, 34, 38
Imaginatif  61, 103, 174 Perspektif  52, 64, 111
11, 12 Imitasi  43, 88, 38 Potret  26, 30, 33, 196,
Alegori 28 Impak 196
Animasi  172, 176, 178 Informasi  79, 170 199, 213
Antropometrik 127 Interaksi 100 Profesional  102, 121
Artistik 102 Interpretasi 172 Prototaip 123
Awan larat  7, 8, 12, 20, 144 Istiadat  5, 6, 7, 8
R ambang 198
B intang  4, 6, 7, 8, 146, 148 J alinan  54, 140, 141
Realis 78
Biotik 100 Kaligrafi  140, 146 Representasi  24, 36, 64, 172
Revolusi  36, 40, 59, 62
C angiante 52 Karakter 170 Ruang  52, 54, 100, 110
Komersial  122, 172
Chiaroscuro 52 Komposisi  52, 54, 79, 84, 96, S atah 79

D ekorasi  81, 96, 120, 132, 87, 172, 182, 210, 211 Satira 62
Kosmos  144, 146 Sfumato 52
172, 174 Kreativiti  102, 107, 114, 170 Silat 140
Digital  172, 178, 179, 181, 202 Simbol  4, 5, 9, 53, 80
Dramatik  28, 54, 60, 82 L akaran  122, 123, 129, 172, Spesifikasi  104, 105, 122
Stail 198
E kologi 103 173, 182 Sulur 147
Landskap  60, 64, 65, 100-107, Suntingan 200
Ekspresi  34, 60, 64, 170, 175
Epolet 7 115, 211, 213 T ema  52, 54, 59
Ergonomik 108
Estetik  100, 141, 202 M anual  78 U nione 52

F igura  26, 32, 38, 40 Mess Kit  7, 9 Unsur  30, 52, 56, 64, 102,
Mesej  58, 60, 172, 179, 196, 115, 140, 144-147
Fotomontaj 202
Formal 203 197, 202, 200 V isual 172
Mitologi  24, 26
Geometri  144, 146 Multimedia 204 Warisan  4, 7, 10, 107
Muskat 9
Hal benda  28, 36-38, 40, 60,
N aturalisme  24, 26, 39, 52,
62, 196, 199, 201
64, 65

218

Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya,

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan

Skim Pinjaman Buku Teks

Sekolah

Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan:
Tarikh Penerimaan:

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

RM 9.50

ISBN 978-983-092-445-8

9 789830 924458

FT184001


Click to View FlipBook Version