66 Hadis Fadhilat Ramadhan
66 HADIS
FADHILAT
RAMADHAN
Susunan
USTAZ MUHADIR
BIN HAJI JOLL
0
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Kandungan
(A) FADHILAT BULAN RAMADHAN - 6
(B) FADHILAT PUASA RAMADHAN – 24
(i) FADHILAT PUASA SECARA UMUM - 24
(ii) FADHILAT PUASA RAMADHAN SECARA
KHUSUS - 55
(C) FADHILAT QIYAM RAMADHAN (SOLAT
TARAWIH) - 67
(D) FADHILAT MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG
YANG BERPUASA - 71
(E) FADHILAT MEMBACA AL-QUR’AN DALAM BULAN
RAMADHAN - 74
(F) FADHILAT BERSEDEKAH DALAM BULAN
RAMADHAN - 78
(G) FADHILAT SAHUR - 85
(H) FADHILAT IKTIKAF - 88
(I) FADHILAT LAILATUL QADAR - 89
1
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(J) FADHILAT UMRAH PADA BULAN RAMADHAN -
100
(K) FADHILAT MENERUSKAN PUASA 6 HARI DALAM
BULAN SYAWAL SELEPAS RAMADHAN - 102
(L) SEBAHAGIAN AMALAN RASULULLAH ﷺDALAM
BULAN RAMADHAN - 104
2
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafsh,
Sayyidina Umar bin Al-Khattab berkata:
وهَاْوِْجإمنَ َرَُتَرأم ٍُاهة ِِلإَلُكىِل،ِِاه ِ َأَتف.ُِِْجِإههَنِرُْإتَجَلمَُهارىُتِإاََُْلهم َاِىلل ْ ُعَادهَْلمناَِايلَاجَُلَُويَرِبر ِِاإُ َللسصِْْْنيي ُوِِيبلَهاه:نﷺا َنَََيفك ُِاَْقهنتْْوجِْ َُتهلرُت،لَِمَُلحوْ ََنهما َْك،لْنِ َهاِفك.َاس ْ ِمم ِ ْرعاٍئلُِلتَم ََارو ََُنرسَُوْسوْ ََىوِيل
“Aku mendengar Rasulullah ﷺbersabda,
“Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung dengan
niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)
berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang
hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan)
Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya
kerana inginkan kehidupan yang selesa di dunia atau
kerana perempuan yang dia ingin berkahwin
dengannya, maka hijrahnya (akan bernilai seperti mana)
apa yang dia niatkan.”
(Muttafaq ‘alaih)
3
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Muqaddimah ِب ْس ِم ال ِل الر ْحم ِن الر ِحي ِم
الث َنا ُء ،ل ِىن ْع َ َسم ِيُةِد ََنواَل َُهو َماْْلوَ َفلَنا ْض ُمُل َح َوَمل ٍُده،ال ََُبلم ُْعه َُعدَال،ي ََأنس َم،ْحَِِِبلوِاه َل َرأ ِ ْبجصَ َمالُِْلعة ْيَعََاوََناِلل،َْااآِْْللل ِ ََهحح َْ َموسُدَُنص ِل
َو َع َلى
Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta’ala, buku “66 Hadis
Fadhilat Ramadhan” ini dapat diselesaikan pada bulan
Sya’ban yang mulia.
Ia mengandungi 11 tajuk yang menghimpunkan 66 buah
hadis yang berkaitan dengan fadhilat-fadhilat bulan
Ramadhan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Satu tajuk khusus tentang amalan-amalan
Rasulullah ﷺdalam bulan Ramadhan beserta hadis-
hadisnya dimuatkan di akhir buku ini.
Semoga usaha kerdil ini diterima (maqbul) di sisi Allah
Ta’ala dan menjadi pemberat di timbangan hasanat
penyusunnya. Amin.
4
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َِلوَاوﷺلْ ُجلَِوهآَِِأله ِْهاسْلََأ َوكُلَِرْيص َِْوِحمبَِ.بن َِِبهوِي َِ َوهَصبالَأَ َرىت ََواكلَ ُسول َُلسَعلََلأَمْى،ن ََ َويساِْيْلجِ َدََحعن ْامَلَُدو ََِلهحِِِِبلذْيَِِهبرَنِاا ْبل َ ِاوْكَلَمت َْعا َوَاب َََِللَةْنياَنَُ.مخاَِلحم َ ٍصدًة
Al-Faqir ilallahil Qadir,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll,
غفر الل له وَلشايخه ولوالديه
20 Sya’ban 1441H/ 14 April 2020,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
5
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(A) FADHILAT BULAN RAMADHAN
(a) Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an
Allah Ta’ala berfirman:
ِم َن َوَبي َنا ٍت ِللنا ِس ا ْل ُق ْرآ ُن ُه ًدى ُأن ِزا َْللُه َِفدي ِىه ال ِذي َرَم َضا َن َش ْه ُر
َوا ْل ُف ْر َقا ِن
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi
petunjuk kepada sekelian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan
yang salah.”1
(b) Bulan yang berkat, (c) Dibuka pintu-pintu syurga,
(d) Ditutup pintu-pintu neraka, (e) Dibelenggu
syaitan-syaitan & (f) Dikurniakan Lailatul Qadar
Semua kurniaan ini disebutkan di dalam hadis berikut:
1 Surah Al-Baqarah: 185.
6
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(1) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, Nabi ﷺbersabda:
ا ْف َﺘ َﺮ َﺽ ال ُل َع َل ْي ُك ْم، َش ْﻬر ُم َبا َرك،َق ْد َجا َء ُﻛ ْم َرَم َضا ُن
،ا َْلم َْﺠن ِح ُيح ِ ِرم َم،َأِْفلي ِِهﻒ َأ ْبَ َشوْاﻬ ٍُرب َخ َْيوُﺗﺮ ْﻐَِمل ُْنﻖ،وا ِف ُيبِها َْلل ْيَ َجلنةِة،َ ي ُِهت ْفا َلت ُﺢش َيِفاي ِِﻃهي َُأ ْنب،َ ِوُﺗص ََﻐيا َلم ُِهف
. َف َق ْد ُح ِر َم،َخ ْي َﺮ َها
“Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu,
suatu bulan yang diberkati. Allah mewajibkan puasa ke
atas kamu dalamnya. Di dalamnya, dibuka pintu-pintu
syurga, ditutup pintu-pintu neraka Jahim dan dibelenggu
syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih
baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dihalang
daripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnya
dia memang terhalang.”2
Dalam riwayat yang lain, juga daripada Sayyidina Abu
Hurairah, Nabi ﷺbersabda:
، َو ُغِل َق ْت َأ ْب َوا ُب النا ِر، ُف ِت َح ْت َأ ْب َوا ُب ا ْل َجن ِة،ِإ َذا َد َخ َل َرَم َضا ُن
.َو ُص ِف َد ِت الش َيا ِﻃي ُن
2 Riwayat Imam Ahmad, Imam Ishaq bin Rahawaih (Rahuyah), Imam
An-Nasa’i, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Abd bin
Humaid dan Imam Ath-Thabrani.
7
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Apabila masuk Ramadhan, dibukakan pintu-pintu
syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu
syaitan-syaitan.”3
Keterangan:
Imam Al-Qadhi Iyadh mengatakan:
“Hadis di atas boleh difahami dengan pintu syurga
terbuka, pintu Jahannam tertutup dan syaitan-
syaitan terbelenggu untuk menunjukkan bulan
Ramadhan sudah datang dan ia juga menunjukkan
kemuliaan bulan tersebut.
Ia juga boleh difahami dengan pintu syurga terbuka
kerana Allah memudahkan hamba-Nya melakukan
ketaatan seperti puasa dan solat malam di dalam
bulan Ramadhan. Ia berbeza dengan bulan-bulan
yang lain.
Di dalam bulan Ramadhan, orang akan lebih sibuk
mengerjakan kebaikan daripada mengerjakan
maksiat yang membolehkan mereka masuk ke
dalam syurga melalui pintunya. Keadaan pintu
neraka yang tertutup dan syaitan yang terbelenggu
3 Muttafaq ‘alaih. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Malik, Imam
Ahmad, Imam An-Nasa’i, Imam Ad-Darimi, Imam Ibnu Abi Syaibah,
Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Abdur Razzaq,
Imam Abu Awanah, Imam Abd bin Humaid, Imam Al-Baihaqi dan
Imam Al-Baghawi.
8
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
pula membolehkan seseorang lebih mudah
menjauhkan diri daripada mengerjakan maksiat.”4
(g) Diampunkan dosa
(2) Daripada Sayyidina Abu Hurairah:
،ََومقآُايِاَِلأمَْْنيﻐَلدََِْفيلنُِْﻒيره.َْنم،غ:ََيِرَمَفَيََرلنﷺِك:آَلَْنِلدآم:دقُاااتََأ،آوََِ؟ُرمفثََيبمَُقفَُمْعلَن َقََض.ْا،َكَََذلأن:َََلععدآْْيبََِمٍخهيَﷺد:ُُْيمََوفَتَأُفَََْنبقتَصْلقُِعاُلَُْﻒصَدتَلَنع،َأ،َِلجَْابفَْنَنلٍَرُب َدﻛَِْةغْﺮمن:َدْ َُلهَاَلْمَع،ادََ ُلتثﷺَِأ ْخّنَْمِللعرُِلِْقنَهَاقََﻒياا.َُْاغادّ َآَللَمُِرلذِمْ ُايمِّﻛسَُليْنلرو:َََُُْلعرتَمي:لودْلََُُوبهأه:ٍِْأيﺮدَي َرَََفلحأُُُلََْسق،َ َََلأأََِفْعُجوِهْْببنق
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺmenaiki mimbar (pada
suatu hari), lalu Baginda berkata, “Amin
(perkenankanlah Ya Allah), amin, amin.” Ditanyakan
kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, apakah yang
membuatkan Tuan mengatakan kata-kata ini?” Lalu
Baginda menjawab, “Jibril berkata kepadaku, “Semoga
Allah menghina seorang hamba atau menjauhkannya
daripada rahmat-Nya, yang memasuki Ramadhan,
4 Lihat Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 7/188.
9
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
tetapi dia tidak diampunkan (dosa-dosanya).” Lalu aku
(Rasulullah )ﷺkatakan, “Amin.” Kemudian dia (Jibril)
berkata, “Terhinalah seorang hamba atau jauhlah dia
daripada rahmat-Nya, yang sempat bersama kedua
orang tuanya yang masih hidup atau salah seorang
daripada keduanya (masih hidup), tetapi ia tidak
memasukkannya ke syurga.” Lalu aku katakan, “Amin.”
Kemudian dia (Jibril) berkata, “Terhinalah seorang
hamba atau jauhlah dia daripada rahmat-Nya, ketika
namamu disebut di sisinya, dia tidak berselawat
kepadamu.” Lalu aku katakan, “Amin.”5
Dalam riwayat lain yang juga daripada Sayyidina Abu
Hurairah berkata, “Rasulullah ﷺbersabda:
َر ُج ٍل َأ ْن ُﻒ ََووََرر ِِغغ ََمم،،لليُه.َ َََأَردْ ِدغََخرَمََلكَأ ْنَِععَلْنُْيَﻒ ِدهَُهرَ َُرأَجَمبٍ َلو َاضُُهاذ ُِاﻛْنلْ ِرَكفَُباتَْنﺮ ََِعفسََْنلل ََْدمخ ُهُيَقَْْدفب َلَِلخَْمَأ ُليُْهن ُاَيْصلِْﻐَلَجفنَََرعة
َر ُج ٍل َأ ْن ُﻒ
“Hinalah seseorang yang apabila namaku disebut di
sisinya, lalu dia tidak berselawat kepadaku. Hinalah
seseorang yang apabila Ramadhan datang kepadanya,
lalu dia melaluinya begitu sahaja (menghabiskannya)
tanpa diberikan keampunan kepadanya. Hinalah
seseorang yang sempat bersama kedua orang tuanya
5 Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah.
10
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
yang sudah tua di sisinya, tetapi keberadaan keduanya
tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga (kerana
dia tidak melakukan kebaikan dan menyantuni
keduanya).”6
(h) Pembebasan daripada api neraka setiap hari
dan setiap malam bulan Ramadhan & (i)
Dimakbulkan doa
(3) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ
bersabda:
ِل ُك ِل َع ْب ٍد ِم ْنُه ْم َد ْع َوة،ِإن ِلِِل ُع َت َقا ُء ِفي ُك ِل َي ْوٍم َوَل ْي َل ٍة
.ُم ْس َت َجا َبة
“Sesungguhnya bagi Allah orang yang dilepaskan
daripada api neraka pada setiap hari dan setiap malam
(bulan Ramadhan). Setiap hamba (orang) daripada
mereka mempunyai doa yang mustajab.”7
Dalam riwayat lain, daripada Sayyidina Abu Hurairah
berkata, “Rasulullah ﷺbersabda:
6 Riwayat Imam Ahmad, Imam Muslim dan Imam At-Tirmizi.
7 Riwayat Imam Ahmad dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah. Imam Al-
Haitsami menyebutkan dalam Al-Majma’, “Rijalnya adalah rijal yang
sahih.”
11
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
اَيِوغََُذَنِويلُفَاَِوتَْكلم َََحُرخكَْيدْ ُِةتلﺮ،ِبﻃ،َبنشَاايَيِارا َب: ُوُُعييََتْنفَُاصَقِت ِادفُْءﺢَدي ِمُِِممَْتنََننهااالٍادل،َ ْلنم،َِِباَََوِضفلَالب،َنَا ْوَََيلأواَ ُوجغَِبُنللاََِِةقلغْيَََْيفلَتلٍاةْلَمأ ِْبمُيَشْوْنﻐِا َرل ََُْأبشﻖْقْه ِاِمِ ْلرنَصنهَْااررَِمَر،ب،كلُنا.ََََِِْإألاأ ْْْبَْيلقذََلِِابوٍجاة
“Apabila datang awal malam daripada bulan Ramadhan,
dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang ganas, ditutup
pintu-pintu neraka sehingga tidak dibuka satu pintupun
daripadanya dan dibuka pintu-pintu syurga sehingga
tidak ditutup satu pintupun daripadanya. Lalu penyeru
menyeru, “Wahai orang yang inginkan kebaikan,
lakukanlah. Wahai orang yang inginkan kejahatan,
kurangkanlah.” Di sisi Allah, ramai orang yang
dibebaskan daripada neraka dan begitulah terjadi pada
setiap malam (Ramadhan).”8
8 Riwayat Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan
Imam Al-Baihaqi. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Al-Hakim,
Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Al-Baghawi, Imam
Abdur Razzaq, Imam Al-Ajuri, Imam Abu Thahir dan Imam Ibnu
Syahin.
12
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(4) Daripada Sayyidina Jabir bin Abdullah, Rasulullah ﷺ
bersabda:
ِل ُك ِل َوِإن ،َن.َيِم ْدَنُعاْلونِباَهِرا ِفَفيَي َْسش َْته ِِرج َْيرَمُب ََلض ُاه ُك ِل َي ْوٍم ُع َت َقا َء ِفي ِلِِل ِإن
ُم ْسِل ٍم َد ْع َو ًة
“Sesungguhnya bagi Allah orang yang dilepaskan
daripada api neraka pada setiap hari dalam bulan
Ramadhan. Dan sesungguhnya setiap orang Islam
mempunyai doa yang jika dia berdoa dengannya, akan
diperkenankan untuknya.”9
(j) 5 kurniaan Allah kepada umat Nabi Muhammad
ﷺpada bulan Ramadhan: (i) Pandangan rahmat
Allah pada malam pertama Ramadhan, (ii) bau mulut
orang yang berpuasa lebih harum daripada kasturi,
(iii) keampunan untuk sesiapa yang didoakan oleh
Malaikat sepanjang bulan Ramadhan, (iv)
dikurniakan syurga dan (v) mendapat keampunan di
akhir malam Ramadhan
9 Riwayat Imam Al-Bazzar dan Imam Al-Haitsami dalan Majma’ az-
Zawa’id.
13
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(5) Daripada Sayyidina Abu Nadhrah berkata:
ََََُُِأااأأنلأَ ََفَولللَِِْجفإُمسعﻛَِثْجظََِنرِبتمَمااموَُِِراالباوريهيََََِْعِثتَرِِدًمعهعُإفَُِِهُُاةَترهايةذ:يتْ:،يْلامِمُإََ،.لَلََََففأكَشجِفَِْىاْإَِِاهقإوإحوََِبَاأيِلَنانرَْْنشََيملرَلأَنِاُْارَهعبَََْوُماكيرَلَاَُمَُْْلنللامجلَلََلَِِأَْضئلَُمخلْالْعَيسَاَْكنيَلبَُِِْأيَنٍمويمِةُةدََْمَََعيعنَنََُِسﺗِخامرْمَذُُأْاْلسلةْْْبمَِلﺘنسلَُْوﻃًََِه:قتﺮَجََييسيََْْننفاُﻐوَِشَُِأقإُ،تِْحََبمهفنلبُ:وهًُُِوَْهررداَُمفأِِلاإعَََُِِ:يْفإَ،رلهنَذََُِمْيَََمهعذايقُدَااْقَْولمَََنطَأَْضفايوَُلَهِاكَلمُلفاَرَِالَﺗُ ُلةريَننغَُنعََ،الِانسْوُمَِلَِاكلهنآبَِْوباثٌّقِي:نُلاَِْخظِلمندَََُِِاَقِْياررريراليْنبُِِْْةلَ؟والِلٍ:دﺢسَْألَْنلمييتَََُفْليال،عٍَََِْعاِفََلقِِةَإِومإأَاَلدلْاﷺِِْْمَي:إيلسَِنََللاِهلغيُهأٍَِىَْةفْمكْومَعَُا،،،ورخَُِتَِﷺلَُدََ:طحََووالَزووَََََيويِأُأفمِدهرنلَْممْةْوياي:امنافت،
14
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
“ﷺRasulullah bersabda, “Umatku telah diberikan 5
perkara pada bulan Ramadhan, yang tidak diberikan
kepada umat lain sebelumku.
Adapun yang pertama: Sesungguhnya apabila datang
malam pertama bulan Ramadhan, Allah melihat mereka
(dengan pandangan rahmat-Nya) dan sesiapa yang
dilihat oleh Allah, Dia tidak akan mengazabkannya
selama-lamanya.
Adapun yang kedua: Sesungguhnya bau mulut mereka
ketika waktu siang (berpuasa), lebih harum di sisi Allah
daripada bau kasturi.
Adapun yang ketiga: Sesungguhnya para Malaikat
memohon keampunan untuk mereka pada setiap hari
dan malam.
Adapun yang keempat: Sesungguhnya Allah
memerintahkan syurga-Nya, lalu berfirman kepadanya,
“Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku.
Aku mengharapkan mereka beristirehat daripada
kepenatan dunia menuju ke istana-istana (kurniaan)-Ku
dan kemuliaan-kemuliaan-Ku.
15
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Adapun yang kelima: Sesungguhnya apabila datang
akhir malam (bulan Ramadhan), Dia (Allah)
mengampunkan mereka semuanya.
Lalu seorang lelaki daripada mereka bertanya, “Apakah
ia malam Lailatul Qadar?” Lalu Baginda menjawab,
“Bukan. Tidakkah kamu melihat para pekerja yang
bekerja? Lalu apabila mereka telah selesai daripada
kerja-kerja mereka, mereka akan diberikan upah-upah
mereka.”10
(k) Kitab-kitab samawi diturunkan pada bulan
Ramadhan
(6) Daripada Sayyidina Watsilah bin Al-Asyqa’,
sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda:
تعن َِْزلِشم َِرَْتةن.َْضخََالثَ َوُْنأ،ََ ْْشوَُ ِوُِرمأرْينَِْلِنزَنثَ َل َمَخاشاَْْلْهَِلنِْْنرتِ ََجِعرمَيمْْ ُنشل َََِضرلرَََةاثمَ َنل، ِيام ََُْمنوُنأَِْنأَ َرلَِْوزمرَبٍََللعَضََلااْولي ََِلعنزٍُبة،ُمِ َصْسوُُنأحٍْنتَِزُرَََﻒممل ِاإََْْلبضضَُْايفراََْ ِنرنَهق،ِ ََُاأ ْرمَلنمتِ َزْلَضوََضْراْات ُتةَنِل
10 Riwayat Imam Al-Baihaqi dalam Syu’b al-Iman, Imam Ahmad dan
Imam Al-Bazzar. Imam Ibnu Hajar berkata di dalam Al-Mathalib al-
‘Aliyah, “Sanad hadis ini dhaif.” Imam Al-Haitsami mendhaifkannya
dalam Majma’ az-Zawa’id.
16
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Shuhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada malam pertama
bulan Ramadhan. Taurat diturunkan pada 6 hari
pertama bulan Ramadhan. Injil diturunkan pada hari ke-
13 Ramadhan. Zabur diturunkan pada hari-18
Ramadhan. Dan Al-Qur’an diturunkan pada hari ke 24
Ramadhan.”11
Keterangan:
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, yang
dipilih oleh Yang Maha Mulia (Allah) untuk diturunkan
kitab yang paling mulia (Al-Qur’an), pada malam yang
paling mulia (Lailatul Qadar), kepada makhluk yang
paling mulia (Nabi Muhammad )ﷺ, melalui Malaikat
yang paling mulia (Jibril), di tempat yang paling mulia
(Makkah), untuk umat yang paling mulia (umat Nabi
Muhammad )ﷺ.
Allah Ta’ala berfirman: ُأ ْن ِزا َْللُه َِفدي ِىه
ا ْل ُق ْرآ ُن ُه ًدى
ِم َن َوَب ِي َنا ٍت ِللنا ِس َوا ْل ُف ْر َقا ِن ال ِذي َرَم َضا َن َش ْه ُر
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia
11 Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ath-Thabrani. Hadis ini
diriwayatkan juga oleh Imam Al-Baihaqi, Imam Abu Ya’la, Imam Ibnu
Asakir dan Imam Al-Wahidi.
17
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
yang membezakan (antara yang hak dan yang batil).”12
Ketika menafsirkan ayat yang mulia ini, Imam Ibnu
Katsir mengatakan:
“(Dalam ayat ini) Allah Ta’ala memuji bulan
puasa – iaitu bulan Ramadhan – dibandingkan
dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan ini
telah dipilih oleh Allah untuk diturunkan Al-
Qur’an, tidak pada bulan-bulan yang lain.
Seperti pada bulan Ramadhan ini, Allah juga
telah menurunkan kitab-kitab ilahiyyah yang lain
(termasuklah kitab Zabur, Taurat dan Injil)
kepada para Anbiya’ ‘alaihimus salam.”13
(l) Bulan hari raya
(7) Daripada Sayyidina Abu Bakrah, Rasulullah ﷺ
bersabda:
. َرَم َضا ُن َو ُذو ا ْل َحج ِة: َش ْه َرا ِع ْي ٍد،َش ْه َرا ِن َل َي ْن ُق َصا ِن
“Dua bulan yang tidak akan berkurang, itulah dua bulan
hari raya iaitu bulan Ramadhan dan Zulhijjah.”14
12 Surah Al-Baqarah: 185
13 Lihat Tafsir Al-Qur’an al-‘Azhim, 2/179.
14 Riwayat Imam Bukhari.
18
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Mengikut riwayat Imam Muslim, Imam At-Tirmizi, Imam
Abu Daud, Imam Ibnu Majah dan Imam Ahmad:
. َرَم َضا ُن َو ُذو ا ْل َحج ِة:َش ْه َرا ِع ْي ٍد َل َي ْن ُق َصا ِن
“Dua bulan hari raya yang tidak akan berkurang, iaitu
bulan Ramadhan dan Zulhijjah.”15
Keterangan:
Para ulama’ khilaf tentang maksud hadis ini.
Imam Ishaq bin Rahawaih mengatakan bahawa
maksudnya ialah walaupun bilangan hari antara
keduanya ada perbezaan, kelebihan (fadhilat) kedua-
dua bulan ini tetap sempurna.
Imam Bukhari mengatakan tidak mungkin ada
kekurangan di antara kedua bulan ini.
Ada juga pendapat yang mengatakan kedua-dua bulan
ini tidak berkurangan dari segi hukum syariat iaitu pada
bulan Ramadhan difardhukan puasa sedangkan pada
bulan Zulhijjah difardhukan haji.
15 Ia diriwayatkan juga oleh Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Baihaqi,
Imam Abu Awanah, Imam Ath-Thayalisi, Imam Ath-Thahawi dan
Imam Al-Baghawi.
19
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(m) Rasulullah ﷺberdoa supaya sempat bersama
Ramadhan kerana kemuliaan dan keagungannya
(8) Daripada Sayyidina Anas bin Malik berkata:
ل ُهم َبا ِر ْك َل َنا ِفي. ََانل:ْﻐ ََنقاا ََرلَم َضﷺا،َج َوَبِبل،َكا َن َر ُسو ُل ّللِا َر َجﷺ ٍِإب َذَاو ََدش َْعخَب َال َ َنر
“Adalah Rasulullah ﷺapabila masuk bulan Rejab,
Baginda berdoa: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan
Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”16
(n) Rahmat di awal, keampunan di tengah dan
kelepasan daripada api neraka di akhir Ramadhan
(9) Daripada Sayyidina Salman al-Farisi dan Sayyidina
Abu Hurairah, Rasulullah ﷺbersabda:
16 Riwayat Imam Ath-Thabrani. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Al-Baihaqi, Imam Ibnu as-Sunni, Imam Ibnu an-Najjar, Imam Ibnu
Asakir, Imam Abu Nu’aim dan Imam Ibnu Abi ad-Dunya. Imam
Nawawi berkata, “Kami meriwayatkannya dalam Hilyah al-Auliya’
dengan sanad yang di dalamnya ada dhaif daripada Ziyad an-
Numairi daripada Sayyidina Anas.” (Lihat Al-Azkar, ms. 541.) Imam
Az-Zahabi mendhaifkannya dalam Mizan al-I’tidal, Imam Al-Munawi
dalam Faidh al-Qadir dan Imam Al-Haitsami dalam Majma’ az-
Zawa’id.
20
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َوآ ِخ ُرُه ِع ْتﻖ ِم َن، َوَأ ْو َس ُط ُه َم ْﻐ ِف َرة،َأو ُل َش ْه ِر َرَم َضا َن َر ْح َمة
.النا ِر
“Permulaan bulan Ramadhan adalah rahmat,
pertengahannya keampunan dan pengakhirannya
kelepasan daripada api neraka.”17
(o) Mengerjakan satu amalan sunat diberi pahala
seperti satu amalan wajib dan satu amalan wajib
diberi pahala seperti 70 amalan wajib
(10) Disebutkan di dalam hadis yang panjang daripada
Sayyidina Salman al-Farisi tentang kelebihan bulan
Ramadhan, sehingga Rasulullah ﷺbersabda:
َنَكاَﻛَ َنم َْﻛن َمَأ ْدن َأىد َسى ْب َفِع ِْيرْي َن َضَف ًةِرْي ِف ْيَ َضمًةا،خ ْي َِكﺮا،َ رَوَ َبم ِْفن ْيَأِهدبىَخ َف ِْرصْيَل ٍةَض ِ ًمة َنِف ْايْ ِله،َِمس َنواَتُهَق
.ِف ْي َما ِس َوا ُه
17 Riwayat Imam Ibnu Abi Dunya, Imam Ibnu Asakir, Imam Ibnu
Khuzaimah, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Shahin dan Imam Al-
Ashbahani. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mendhaifkannya dalam
Lisan al-Mizan dan Imam Az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal.
21
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah
dalamnya (bulan Ramadhan) dengan satu kebaikan,
adalah (pahalanya) seolah-olah menunaikan satu
kefardhuan dalam bulan selainnya (iaitu di luar
Ramadhan). Dan sesiapa yang menunaikan satu
kefardhuan dalamnya, adalah (pahalanya) seolah-olah
menunaikan 70 kefardhuan dalam bulan selainnya.”18
(Faedah): Keistimewaan bulan Ramadhan
Sebagai tambahan kepada fadhilat-fadhilat yang telah
disebutkan, bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan
yang tidak ada pada bulan lain termasuklah:
(a) Hanya bulan Ramadhan yang namanya disebut
dalam Al-Qur’an
Antara keistimewaan dan kemuliaan bulan Ramadhan
ialah hanya ia satu-satunya bulan dalam Islam yang
namanya disebutkan dengan jelas di dalam Al-Qur’an
seperti dalam firman Allah Ta’ala:
18 Riwayat Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Ibnu Abi
ad-Dunya, Imam Ibnu Abi Usamah dan Imam Ibnu Syahin. Imam
Suyuthi menyebutkan di dalam Ad-Dur al-Mantsur, “Ia ditakhrijkan
oleh Al-Uqaili dan dia mendhaifkannya.” Syaikh Al-Burhanfuri
mendhaifkannya dalam Kanz al-‘Ummal dan Imam Ar-Rafi’i dalam
Al-Talkhish al-Habir.
22
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
.َش ْه ُر َرَم َضا َن ال ِذي ُأن ِز َل ِفي ِه ا ْل ُق ْرآ ُن
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an…”19
Kemuliaan sebutan ini akan kekal dengan kekalnya Al-
Qur’an sebagai kitab suci yang terpelihara sehingga
bila-bila.
(b) Solat Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan
Inilah keistimewaan bulan Ramadhan di bandingkan
dengan bulan-bulan yang lain. Solat qiyam Ramadhan
atau Tarawih tidak terdapat pada bulan-bulan lain selain
Ramadhan.
19 Surah Al-Baqarah: 185.
23
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(B) FADHILAT PUASA RAMADHAN
(i) FADHILAT PUASA SECARA UMUM
(a) Keampunan dan pahala yang besar untuk orang
yang berpuasa
Allah Ta’ala berfirman:
ََِإوواا ْْنلل َ َقخا ِاانَْ َُِلتشاْ ِسِعِليت َِمنيَوَانل ََصوواااَِْْلُلد َِقْخيساِلَِنَشماََعوِااتلِت َصواا َِْلُد ََْقؤو ِاامَْ ُِلِن َيتت َنََصواِلدَوِقا َْيلُص َْانِؤب ِمِرَنياَنَِوتاََْوُلاَتَلوا ْلَصَصقِا ِدابَِنَقِرتااي َِِتنت
ّ ُلفلُُراو َلَ ُجهُهمْمم َ ْوﻐا ِْفل ََرحًةا ِفَوَأَظ ْاج ًِرات ّلَلوَاال َﻛ ِصثاي ًِئﺮَاماَوِاتلذ َاوِاﻛْلَرَاح ِا ِتف َِأظ َيع َند َوالصا ِئ ِمي َن
َوالذا ِﻛ ِري َن
َع ِظي ًما
Sesungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang
perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman
serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki
24
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
yang taat serta orang perempuan yang taat, dan orang
lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar,
dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan
yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri
(kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah
diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah
serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang
lelaki yang berpuasa serta orang perempuan yang
berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang perempuan yang
memelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang
menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang
perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar.”20
(b) Pahala puasa tidak terkira banyaknya
Allah Ta’ala berfirman:
.ِإن َما ُي َوفى ال ّٰص ِب ُﺮ ْو َن َأ ْج َر ُه ْم ِب َﻐ ْي ِﺮ ِح َسا ٍب
“Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang
disempurnakan pahalanya tanpa hisab (batas).”21
20 Surah Al-Ahzab: 35.
21 Surah Az-Zumar: 10.
25
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(c) Puasa untuk Allah kerana kemuliaannya, (d)
Puasa sebagai perisai, (e) Bau mulut orang yang
puasa lebih harum daripada bau kasturi & (f) 2
kegembiraan untuk orang yang berpuasa
Semua kurniaan ini disebutkan di dalam hadis berikut:
(11) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
،ربّاُفلَِ َفلوأِ ْاا ْلْثطجَِِِِذمرِزوَهْْْييلن.َِأِ ِْﻃدَْإففَُِِينﻛإ ْنَُْطيمُبَهر َِلفَََِْعصفيْانِلِرَئَََوَيدحأمَْن:،َئَمييُِِإاَقمأَ ُذمََْاألح:ِهلَصََمِْصف ْواالِص،ُك ََااأمَُِْفوَلنن ََََُهييقف ِْْاِ َفإوتمََُلمرلُاُهحلا.ُامهَْبََفصََِِلأإفْ ُنَْوَذخِرحُمالآَ ِْحَدهدََوت،ِ،ٍُُِإهِلمدلْ َلنِفَبُعَِجيرََنَمِصسحِداةِاِِئلهبب.صحَِيُركَبكامف،َ:ْذَﺢصلاَُ َاوَسَْلخّاِللِلقُْلُْمَِباسي.ََََِِِيبنَرقْوِِْيإافه
“Allah berfirman: “Setiap amalan anak Adam adalah
untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik-Ku
dan Akulah yang akan membalasnya.” Puasa itu perisai.
Apabila seseorang daripada kamu berpuasa pada suatu
hari, maka janganlah berkata perkataan yang kotor dan
menjerit-jerit. Sekiranya seseorang mencelanya atau
mengajaknya bergaduh, maka katakanlah:
“Sesungguhnya aku berpuasa.” Demi Zat yang jiwa
26
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya
bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah
daripada bau kasturi. Untuk orang yang berpuasa ada
dua kegembiraan yang dia bergembira dengan kedua-
duanya iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan
berbuka puasanya dan ketika bertemu dengan
Tuhannya, dia gembira dengan puasanya.”22
Dalam riwayat lain daripada Imam Bukhari, hadis
disambung lagi dengan:
ص َيا ُم ِل ْي َوَأ َنا َأ ْج ِز ْي.َث َااِلل َهِا،ُه َ َواو ْ َلشَ ْحه ََوَست َنُهُة ِِمب َْعن َْأش ِْجرِلَأيْم،َي ْﺘ ُﺮ ُك َﻃ َعا َم ُه َو َش َِبرِا َهب
“Dia (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya,
minumannya dan syahwatnya kerana Aku. Puasa
adalah milik-Ku dan Aku-lah yang akan membalasnya.
Setiap kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali
ganda kebaikan sepertinya.”
Dalam riwayat Imam Muslim pula disambungkan
dengan:
22 Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
27
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
ِإ َلى َن َُةف ِإنِبُهَعِل ْْيش َِورَأ َن َاأ َْأم َثْجاِلِ َزه ْاي،ﻒالا ْلص َ ْحو ََمس.ْ َجِِعإل ْيُل: ََدمَقَُمها َِلمُي ّْنل ََلضأُاا.َيُكَ َسد ْلب ُعِع ََِمعْشاََْئمه َِِةولَت ُِهاضَْبوِْعنَﻃ ٍ َعﻒآا
،ِب ِه
“Setiap amalan anak Adam digandakan kebaikannya
daripada 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah
berfirman: “Melainkan puasa. Sesungguhnya ia milik-Ku
dan Aku-lah yang akan membalasnya. Dia (orang yang
berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makanannya
kerana Aku.”
Keterangan:
Imam Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra
menyebutkan bahawa ada seorang lelaki bertanya
kepada Imam Sufyan bin Uyainah:
كل َع َم ِل.ُ ِه:رِبَ ِوَهأ َناَع َأز ْ َجو ِزَجي ِلب،َ َف ِإﷺن َُهع ِلْني، َد ِفَمي ََلم ُاه َِيإ ْرلِويا ِله الص ْن ِوبَمي،َيا َأ َبا ُم َاحْب ِمنٍدآ
“Wahai Abu Muhammad (kunyah untuk Imam Sufyan),
(terangkanlah kepadaku) tentang (hadis) yang
diriwayatkan oleh Nabi ﷺdaripada Tuhannya ‘azza wa
jalla: “Setiap amal anak Adam adalah untuknya
melainkan puasa. Sesungguhnya ia milik-Ku dan Aku-
lah yang akan membalasnya..”
28
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Lalu Imam Sufyan bin Uyainah menjawab:
حَل ْميَ ِك ُهال َ ِّنمل َلَُنيا ْاوََْعُلَمْن َُظهااِْلَلمِِقامَيَباَِِمقم َِْنية.ََفَمَجيِاإَنتَ َذةََاع.يْال،لوَلأ َ ْوُحيصصََْْكؤوِِو ِدُمممَها،اْولَََلَوُجييَ ْحبْاَلد ِق ِد َخيىعُلِْبِإُهَثدِلبُهاَا،َ َ ُيَََهع ََسلَحاْذيِائاِ ِِهرس ِِممَُعَْبَننمِّلا َِْلَألَهلُ ْاجََظ َحاَوِعِلتدِىزم
“Ini termasuk di dalam hadis yang paling baik dan penuh
hikmah kandungannya. Apabila berlaku hari kiamat,
Allah ‘azza wa jalla akan menghisab hamba-Nya. Akan
disempurnakan pembalasan atas kezaliman-kezaliman
dengan semua pahala amalannya (diberikan kepada
orang yang dizaliminya di dunia dahulu) sehingga tidak
ada lagi amalan yang tinggal melainkan puasa. Lalu
Allah menghapuskan dosa yang berbaki daripada
kezaliman tersebut. Lalu Dia (Allah) masukkannya ke
dalam syurga kerana pahala puasa tersebut.”
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam kitabnya Latha’if al-
Ma’arif berkata:
خ ِذ َأ ْج ِرِه ِم َن.ْ َأ َ ْف َج ُلرُه َ ُسم ِب ْدي ِ َخل ِر َلِلَح ٍَدص ِاإَِلحىِبَأِه، َ َجب ْلل،َأن ال ِص َيا َم ِاللِِل ِصَعَياز ِ َمو
“Sesungguhnya puasa adalah milik Allah ‘azza wa jalla.
Tidak ada jalan bagi sesiapapun untuk mengambil
29
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
pahala puasa tersebut. Bahkan, pahala puasa itu akan
disimpan untuk pemiliknya.”
(g) Puasa menghapuskan dosa
(12) Daripada Sayyidina Huzaifah bin Al-Yaman
berkata:
ني،:نلَِْﷺالُيه َََُجييك ُِِرقفﷺَُيورعَِفُءِهلا،ِوسّفَلِوجإلِِاناَلِروَِاهّكلل:ََُوَُلَلسَِْعَثدقوُِاهرََرلَول.ِْرُه َتَحأ ََِِنبدَواَاري:ُ ََْفحَوََُنَوقسفاْْْلفِمَلُُِْْظمعست:تُهَةي:َِأَيوَصَُقُقمَْكالداِْلََمقُل:هلل؟:َ اَﷺيَ َللف؟َُةَأق َْاهقَِلاَو ِلاﷺ،ناُملَدََقرﻛاََُُجموعَاِالَلمل َ َرقِفص.َاااُِْْفوَﻛللَُْلتنﻛَِْنفِْنايَْتُصكَةَنيَِِعِراﻒْة
“Kami pernah (duduk-duduk) bersama Umar, lalu dia
bertanya, “Siapakah di antara kamu yang hafal hadis
Rasulullah ﷺtentang fitnah seperti mana yang Baginda
katakan?” Dia (Huzaifah) berkata, “Lalu aku menjawab,
“Aku.” Dia (Umar) berkata, “Sesungguhnya kamu berani
bercakap. Lalu bagaimanakah yang Baginda katakan?”
Dia (Huzaifah) berkata, “Aku katakan, “Aku telah
30
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
mendengar Rasulullah ﷺbersabda, “Fitnah yang timbul
pada diri seseorang kerana keluarga, harta, jiwa, anak
dan jirannya, boleh dihapuskan (dosanya) oleh puasa,
solat, sedekah dan menyuruh kepada kebaikan serta
melarang daripada kemungkaran.”23
(h) Puasa sebagai perisai daripada godaan hawa
nafsu
(13) Daripada Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata:
ا ََوع َم ِمْْنن َُكل ُْمم، َ َصم ُِنن ِل ْال َْفس َْترِج َط،وَاأ ِْحب.اش ََءب،يا َف َِإمضن ْعُِهل َْلَلَشب َُهر َِصاولَِرج،م ََغ:ّبلا َللِف ِاإنصُهْوَِﷺأ،ِ َايَ ْقلاَْبسَاَلتَء ََِلةَطن ْاَعف َْلَرَفي َُﺘَعسََلز ْويو ُِْلهج
“Rasulullah ﷺtelah berpesan kepada kami: “Wahai para
pemuda, sesiapa di antara kamu yang ada kemampuan,
maka berkahwinlah kerana ia menundukkan pandangan
dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu
(berkahwin), maka hendaklah dia berpuasa kerana ia
(puasa) menjadi perisai baginya.”24
23 Riwayat Imam Muslim. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Ahmad, Imam Bukhari, Imam Ibnu Majah, Imam Al-Bazzar, Imam Abu
Awanah dan Imam Al-Baghawi.
24 Muttafaq ‘alaih. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad,
Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu
31
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(i) Puasa sebagai perisai daripada api neraka
(14) Daripada Sayyidina Sa’id bin Abu Hind:
نص َِإيِْبنا َُنمي:َِ ْثِرَاملاف: َيََلأُقنُوم ُ ُلَعط،د َث َُهقﷺا،يلَِِحاه.َدَِمحََِعِرساد ُِْبمﻛَلِْْعُنمه ُِِمتب ََلَصََبنرٍْعُانْسل ََِقصيو َتََْعلاسَِةِّلقل:َعَ ِنار ًَففا َالقِناصِام َِلْرانل َ ُثَﻛعب َِْثقُنجَِيمفناِيةَُعنَأا،ََأأ ُِبجَصننيا ِئُةما ِْملمَط
“Sesungguhnya Mutharrif - daripada Bani Amir bin
Sha’sha’ah – bercerita kepadanya bahawa Utsman bin
Abu al-Ash ats-Tsaqafi memanggilnya minum susu yang
dia tuangkan untuknya. Mutharrif berkata,
“Sesungguhnya aku berpuasa.” Lalu Utsman berkata,
“Aku mendengar Rasulullah ﷺbersabda, “Puasa adalah
perisai daripada api neraka seperti mana perisai salah
seorang daripada kamu dalam peperangan.”25
(15) Daripada Sayyidina Jabir, sesungguhnya
ﷺRasulullah bersabda:
. َال ِص َيا ُم ُجنة َي ْس َت ِجن ِبَها ا ْل َع ْب ُد ِم َن النا ِر:َقا َل َرب َنا
Majah, Imam Al-Baihaqi, Imam Ath-Thabrani, Imam Ad-Darimi, Imam
Ibnu Hibban, Imam Abdur Razzaq, Imam Abu Ya’la, Imam Al-Humaidi
dan Imam Abu Awanah.
25 Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah.
32
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Tuhan kita berfirman: “Puasa adalah perisai yang
hamba berlindung daripada api neraka dengannya.”26
(j) Syurga untuk orang yang meninggal dalam
keadaan berpuasa
(16) Daripada Sayyidina Huzaifah bin Al-Yaman,
Rasulullah ﷺbersabda:
. َد َخ َل ا ْل َجن َة،َم ْن ُخ ِت َم َل ُه ِب ِص َيا ِم َي ْوٍم
“Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan
berpuasa pada suatu hari, dia akan masuk syurga.”27
Keterangan:
Imam Al-Munawi menyebutkan di dalam kitabnya Faidh
al-Qadir tentang hadis ini:
أي من ختم عمره بصيام يوم بأن مات وهو صائم أو بعد
أو من، دخل الجنة مع السابقين الولين،فطره من صومه
.غيﺮ سبﻖ عذاب
26 Riwayat Imam Ahmad.
27 Riwayat Imam Al-Bazzar. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Ahmad, Imam Ath-Thabrani, Imam Abu Nu’aim, Imam Abu asy-
Syaikh al-Ashbahani dan Imam Ibnu Abi Usamah.
33
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Maksudnya sesiapa yang di akhir umurnya ditutup
dengan berpuasa sehari dan dia meninggal dunia dalam
keadaan berpuasa atau selepas berbuka puasa, dia
akan masuk syurga bersama dengan orang yang
terdahulu dan terawal, atau (masuk syurga) tanpa
didahului azab (terlebih dahulu).”
Dalam hadis yang hampir sama, daripada Sayyidina
Huzaifah bin Al-Yaman, Rasulullah ﷺbersabda:
. َد َخ َل ا ْل َجن َة،َو َم ْن َصا َم َي ْو ًما ا ْب ِت َﻐا َء َو ْج ِه ال ِل ُخ ِت َم َل ُه ِبَها
“Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari
keredhaan Allah, yang dia akhiri hidupnya dengan amal
tersebut, dia akan masuk syurga.”28
(k) Dijauhkan daripada api neraka
(17) Daripada Sayyidina Abu Sa’id al-Khudri berkata:
،ل ال ِل.ِ ك َ َموا ْ ِجمَهْ ُنه ََععْبِ ٍنداَيلن ُاصِ ْرو َُمسَيْب ْ ِوعًيماَ ِنفيَخ َِرسي ًِبفيا:ََس ِم ْع ِإُتلا َلبان ِ َبعيَد الﷺ ُلَي ُِبق َْذِول ُل
“Aku telah mendengar Nabi ﷺbersabda, “Tidaklah
seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah
28 Riwayat Imam Ahmad.
34
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
kecuali Allah akan menjauhkan dirinya daripada neraka
dengan sebab itu (puasa) sejauh 70 musim (tahun)
perjalanan.”29
Dalam riwayat lain, juga daripada Sayyidina Abu Sa’id
al-Khudri berkata, “Rasulullah ﷺbersabda:
َس ْب ِعي َن النا ِر َع ِن َو ْج َه ُه َبع َد ّللُا،ّللِا َس ِبي ِل ِفي َي ْو ًما َصا َم َم ْن
.َخ ِري ًفا
“Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan
menjauhkan dirinya daripada neraka sejauh 70 musim
(tahun) perjalanan.”30
(18) Daripada Sayyidina Uqbah bin Amir, sesungguhnya
Rasulullah ﷺbersabda:
َبا َع َد ّللُا ِم ْن ُه َج َهن َم َم ِسي َﺮَة ِم ْا َئ ِة،َم ْن َصا َم َي ْو ًما ِفي َس ِبي ِل ال ِل
.َعا ٍم
29 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
30 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Ahmad, At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu
Majah, Imam Ath-Thabrani, Imam Al-Baihaqi, Imam Abdur Razzaq,
Imam Ibnu Abi Ashim, Imam Abu Awanah, Imam Ibnu Bisyran dan
Imam Said bin Manshur.
35
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Sesiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, Allah
akan menjauhkan neraka jahanam daripadanya sejauh
perjalanan 100 tahun.”31
(19) Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili,
daripada Rasulullah ﷺbersabda:
َخ ْن َد ًقا النا ِر َوَب ْي َن ال ُل َب ْي َن ُه َسج َمَعا َِءل،َ َسﻛ ِبَمياِ َلب ْياَنل ِلال ِفي َي ْو ًما َصا َم َم ْن
.َواْ َلْر ِﺽ
“Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan
menjadikan parit (penghalang) antara dirinya dengan
neraka seperti jauhnya antara langit dan bumi.”32
(l) Puasa dan membaca Al-Qur’an memberi syafaat
pada hari kiamat
(20) Daripada Sayyidina Abdullah bin Amru,
sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda:
:َي ُقو ُل ال ِص َيا ُم ،ا ْل ِق َيا َم ِة ِل ْل َع ْب ِد َي ْو َم َي ْش َف َعا ِن َواَْمل َُنق ْْعرُآت ُُهن،ََاأل ْيِص ََيراِ ُبم
.َف َش ِف ْع ِني ِفي ِه ،ِبالنَها ِر َوالش َه َوا ِت الط َعا َم
31 Riwayat Imam An-Nasa’i.
32 Riwayat Imam At-Tirmizi.
36
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
:َقا َل .ِفي ِه َف َش ِف ْع ِني ،ِبالل ْي ِل الن ْو َم َم َن ْع ُت ُه :َوَي ُقو ُل ا ْل ُق ْرآ ُن
.َف ُي َشف َعا ِن
“Puasa dan Al-Qur’an akan memberikan syafaat kepada
seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata,
“Wahai Tuhanku, aku menghalangnya daripada makan
dan syahwat pada waktu siang, maka berikanlah syafaat
kepadaku untuknya.” Al-Qur’an pula berkata, “Aku telah
menghalangnya daripada tidur pada waktu malam,
maka berikanlah syafaat kepadaku untuknya. Maka
kedua-duanya pun memberikan syafaat (kepadanya).”33
(m) Pintu “Ar-Rayyan” untuk orang yang berpuasa
(21) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, sesungguhnya
Nabi ﷺbersabda:
دب،َِا ْ َْلي ِناج ََهبَعااِْبد:ْبن ُاَدْبِلاعَجَِينب ِةِم،ِ ِمالُْدنِ َعأصََْبي َلو ِاِةم،ا ْنُلن ِ َجأوَِْهدها َِِديل،ْ َنكاِفََفنيَم َِْمنس ِْبنيَكِاَأل َْنهاِللِِمل.ِذﻖا ََزوَْومَخَْْيجنْيﺮ،ََ أَ ْنلََِفهة،َاامللِْنل َص
33 Riwayat Imam Ahmad. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Al-
Hakim, Imam Al-Baihaqi dan Imam Abdullah bin Al-Mubarak.
37
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
نين،ِْْ ََنبنِبَعَِأِ ِممْبم::َأقُبكَاو َاَوْمل ََلْبْبنَْك َوكﷺاٍرا،ََ بيباَُِفملكَِلْقرَينهاااَِتِْلل؟ن.َِْان َُِدِعتِبَْللع َاىَيلك َِمماْ ْْص َننلَْبدَبََُداوقِاِ ِعة،دانِ َِمممَبا،ْ َلِِحصملَي.ِ نْهسدِ َُِومدلعِْنَُالهىعلََْيأما،َُْ ْننصيَفََِمََتيده ُْاَكقْنلََِوةرأُي،ََََأأ ْووَنَْأَهمضْ َِرُْ ُترلنجوَََاوكوُرأٍلاةَِأ َم
“Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya pada
jalan Allah, dia akan diseru daripada pintu-pintu syurga:
“Wahai hamba Allah, ini adalah suatu kebaikan.” Maka,
sesiapa yang termasuk daripada ahli solat, akan diseru
daripada pintu solat. Sesiapa yang termasuk daripada
ahli jihad, akan diseru daripada pintu jihad. Sesiapa
yang termasuk daripada ahli puasa, akan diseru
daripada pintu “Ar-Rayyan.” Sesiapa yang termasuk
daripada ahli sedekah, akan diseru daripada pintu
sedekah.” Lalu Abu Bakar berkata, “Aku menebusmu
dengan ayah dan ibuku ya Rasulullah. Tidaklah ada
sebarang darurat ke atas orang yang diseru daripada
pintu-pintu tersebut, lalu apakah ada orang yang akan
diseru daripada kesemua pintu itu?” Baginda menjawab,
“Ya dan aku berharap kamulah daripada mereka.”34
34 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
38
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(22) Daripada Sayyidina Sahl bin Sa’ad berkata,
“Daripada Nabi ﷺbersabda:
لا ُِئأ ُ ْمصغِالِوئ ََُنمﻖ ََويف ََْلنو َْمم؟، َ ُدَهأ َْيخا َُللنوااص:ُ ُخيَفَُِقلإاَذُِمالْن،، ُﺮ ُهَهي ْ ْْممد،ُداخ ُُُيخلَ ُقلاِم ُِْنمل ُْنهَلُهَُأهَأ َاحَلحدردياَغَُْغيْنيُ ُﺮ.نلََِأة َليََحبَْياد ًدْب،َْنَنجَُه،َِاإيَ ْفلَْيدِنقُ َقُِيفخاويَُْملم ِا ِْةومل
“Sesungguhnya di dalam syurga, ada sebuah pintu yang
dipanggil “Ar-Rayyan.” Orang yang berpuasa (di dunia)
akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada
seorangpun dapat memasukinya selain mereka. (Nanti)
akan diseru, “Di mana orang yang berpuasa?” Lalu
mereka (yang berpuasa) akan bangun. Tidak ada
sesiapapun dapat memasukinya selain mereka. Apabila
mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Tidak ada
seorangpun yang dapat memasukinya lagi.”35
35 Muttafaq ‘alaih. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad,
Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Majah, Imam Ath-
Thabrani, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Hibban, Imam Abu Awanah
dan Imam Abd bin Humaid.
39
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(n) Doa dikabulkan ketika berpuasa
(23) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
ب،ن َوَُتُو ْصا ْفََِْرتنلَُمﺢَاك َُمل ََهواَالْل ْ ََوأعْبا ََِبدواْعُلََد،َْل،ِِطمََر،ال َاولِصُعلا ِئزِﺗ َُفْميْو َََحقوتَجاَىْللَُِيﻐل َْْيفما:ََهبا:ا َُْلَت ََورَْظي ُدلُقْ ْوَِدومُْلع ََيوُْاترُلَهف ْرُمع،ََثا َولَدل َثْسع ََةمو ُاَةِءل
.ِح ْي ٍن
“Tiga orang yang tidak akan ditolak doa-doa mereka.
(Pertama), seorang yang berpuasa sehingga dia
berbuka, (kedua), seorang imam (pemerintah) yang adil
dan (ketiga), doa seorang yang dizalimi. Allah akan
mengangkat doanya ke atas awan, dibukakan pintu-
pintu langit untuknya (doa tadi) dan Allah berfirman:
“Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, pasti Aku akan
menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika.”36
Keterangan:
Mengenai hadis ini, Imam Nawawi menjelaskan:
“Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan
orang yang berpuasa untuk berdoa daripada
36 Riwayat Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah, Imam Al-Baihaqi dan
Imam Ibnu Khuzaimah.
40
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
awal hari dia berpuasa sehingga ke akhirnya
(waktu berbuka puasa) kerana dia termasuk
orang yang sedang berpuasa ketika itu.”37
“….. Disunatkan orang yang masih dalam
keadaan berpuasa berdoa untuk kebaikan akhirat
dan dunianya, termasuk juga dalam perkara yang
disukainya. Jangan lupa juga untuk mendoakan
orang Islam yang lain.”38
Dalam riwayat lain, daripada Sayyidina Abu Hurairah,
Rasulullah ﷺbersabda:
، َو َد ْع َو ُة ا َْ َل ْظ ُل ْوِم،ا ِئ ِم.َو َُدة ْاعَْ َُلو َُةساالِف ِرص:َث َل ُث َد َع َوا ٍت ُم ْس َت َجا ََبواَد ٍ ْتع
“Tiga doa yang mustajab (diperkenankan): Doa orang
yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang
yang musafir.”39
37 Lihat Al-Majmu’, 6/375.
38 ibid
39 Riwayat Imam Al-Baihaqi. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Ath-Thabrani dan Imam Ibnu Masi.
41
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(24) Daripada Sayyidina Abdullah bin Amru bin Al-Ash,
Rasulullah ﷺbersabda:
.ِإن ِللصا ِئ ِم ِع ْن َد ِف ْط ِرِه َل َد ْع َو ًة َما ُت َرد
“Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka
memiliki doa yang tidak akan ditolak.”40
(o) Puasa termasuk amalan yang terbaik di sisi Allah
dan penyebab dimasukkan ke dalam syurga
(25) Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili:
َع َل ْي َك:؟ َقا َل ﷺ. َيف ِإانْل ُهَع ََملِل ِعَأ ْْدف َل َ َضل ُُهل،م َأ:َِأن ُه َس َأ َل َر ُسو َل ِّبلالِلاص ْوﷺ
“Sesungguhnya dia (Abu Umamah) bertanya kepada
Rasulullah ﷺ, “Amalan apakah yang utama (afdhal)?”
Baginda menjawab, “Hendaklah kamu berpuasa kerana
sesungguhnya tidak ada amalan yang sebanding
dengannya.”41
40 Riwayat Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim, Imam Ibnu as-Sunni
dan Imam Ath-Thayalisi.
41 Riwayat Imam Ahmad, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Khuzaimah dan
Imam Ibnu Hibban.
42
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Ada beberapa riwayat lain yang juga daripadanya
termasuklah:
(i) Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili berkata:
َع َل ْي َك: َقا َل ﷺ، ِه. ْمَفٍِإرنَي ُْهن ََفلُع ِ ِنم ْيث َّلل َللُاُهِب،الُم ْرِنص ْويِ ِمب َأ، َيا َر ُسو َل ّللِاِب:ُق ْل ُت
“Aku berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah
kepadaku suatu perkara yang Allah akan memberikan
manfaat kepadaku dengannya.” Baginda menjawab,
“Hendaklah kamu berpuasa kerana sesungguhnya tidak
ada amalan yang sepertinya.”42
(ii) Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili berkata:
: َقا َل ﷺ. َع ْن َك.م َْرِفنِإني ُِهب َأَ ْمل ٍرِم ْآث َُخل َُلذ ُُهه،ُ م:ِِب َافل ُق ْلص ُْوت،َأ َت ْي ُت َر ُسو َل ّللِ َاع َل ْي َﷺك
“Aku pernah datang kepada Rasulullah ﷺ, lalu aku
berkata, “(Wahai Rasulullah), tunjukkanlah kepadaku
suatu amalan yang aku mengambilnya daripada Tuan.”
42 Riwayat Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Al-Hakim, Imam Ath-Thabrani, Imam Al-Baihaqi,
Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah,
Imam Abdur Razzaq dan Imam Al-Harits bin Abu Usamah.
43
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Baginda menjawab, “Hendaklah kamu berpuasa kerana
sesungguhnya tidak ada amalan yang sepertinya.”43
(iii) Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili berkata:
َع َل ْي َك: َف َقا َل ﷺ،. ُأ َ ْف ِدإ ِنخُه ُ َل ِلب ِ ِهم ْاث ْلَلَجَلن ُ َهة، َف ُم ْ ِرِبنالي ِب َصع َْومِ ٍمل،َيا َر ُسو َل ال ِل
“Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu
amalan yang dengannya aku dimasukkan ke dalam
syurga. Lalu Baginda menjawab, “Hendaklah kamu
berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada amalan yang
sepertinya.”44
َُُةيمل(ى2ََِْاينقل6ﺮومُِصتع)ََُِدقَقدعDَُبْثياaلَس،ي.ُوِاrَوتاiَئَيpًَ ْةَيلaَي،ََنبه ْشdنْجل ُةaََُِْججهولِإناSحِبا،aُكمم ُيyيوَِوٍُتنyصخظَُِرْْلiِ،dعدنْ ِشiََْnَُاايُﺗلaلْلَضن:Mرََْيممٍََِعﺮuل ََتََعخلaَُْاِبملzَأيْلواbﺮَِنُُبسصدiِْبnُ ْوودخَْتِاعبJََْقبَﺗaْأ،َََأ:لbهََة،ِاaى:زلَِْﷺكيلlاعع ََللbَا َلeكَيللrََُلkؤِاﺗلَوaد َْسلقاtُُُتaرو،رَََُهأ:َِر،يَلألََنَيةاسلا:َصتَا:ُ َاُِقمملْل َْﷺنن
43 Riwayat Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim.
44 Riwayat Imam Ibnu Hibban.
44
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َاوَْ َل َص َ َضلاُة ِجا ِلعر ُ)ج ِلَحِفتيى ََبجَل ْ َوغ ِ(ف ،ُت ْط ِف ُئ ا ْل َخ ِط ْي َئ َة َﻛ َما ُي ْط ِف ُئ ا َْلَا ُء النا َر
( َت َت َجا َفى ُج ُنوُبُه ْم َع ِن: َت َل. َنُث)م،َايلْعـل َْيم ُِللو
“Aku berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku
amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga
dan menjauhkan aku daripada neraka. Baginda
bersabda, “Sesungguhnya kamu telah bertanya sesuatu
yang besar dan ia mudah bagi mereka yang
dimudahkan Allah kepadanya. (Perkara itu ialah) kamu
beribadah kepada Allah, kamu tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu, kamu mendirikan solat, kamu
menunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadhan dan
kamu menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda
bersabda, “Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu
kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah
menghapuskan kesalahan seperti mana air
memadamkan api dan solat seseorang di tengah malam
(qiyamullail).” Kemudian Baginda membacakan ayat
(yang ertinya): “Lambung mereka jauh dari tempat
tidurnya….” sehingga sampai kepada (yang ertinya):
“mereka kerjakan.” (Surah As-Sajadah: 16-17)”45
45 Riwayat Imam At-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah.
45
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(p) Puasa adalah salah satu daripada 4 perbuatan
yang jika dikerjakan dalam sehari boleh
memasukkan seseorang ke dalam syurga
(27) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbertanya:
ننا:لُلََفف ََّممللِْْﷺ::ََر َُقساﷺﷺو.ق ََاققَأاَاَنل ََالل:َ.ر.ٍََأأََْكننَفاا.اَب::أٍوٍَررن.َ ْْبَةكك:ُ للَوقََأأااَُُْبببلَْلوَوكج ٍَََببنرأ:َ َي؟اًِنَإَزاصًَةقا؟لِائ؟ ًَََمدقلَقاا ََاأخ؟َُبل،ْعنَأََِممَمتاِْنْبِصمُاََْكبعن ْ َُُجِمﺢكَمت ُْنَامِمُْملكَْْانيعُْلُْمََكوينَُْامِْموفل َََيميماْْلاِِورَمَْييممِْْورسًٍََضمِجئكاَن:ََأََفمع َْاْﻃمﷺنَ َد
“Siapakah di antara kamu yang berpuasa pagi hari ini?”
Abu Bakar menjawab, “Aku.” Baginda bertanya lagi,
“Siapa di antara kamu yang menghantar jenazah hari
ini?” Abu Bakar menjawab, “Aku.” Baginda bertanya
lagi, “Siapa di antara kamu yang memberi makan
kepada orang miskin hari ini?” Abu Bakar menjawab,
“Aku.” Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu
yang telah menjenguk orang sakit hari ini?” Abu Bakar
menjawab, “Aku.” Lalu Rasulullah ﷺbersabda,
46
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Tiadalah (empat) amalan tersebut berkumpul pada diri
seseorang, melainkan dia akan masuk syurga.”46
(q) Menghilangkan sifat pemarah/ dendam/
permusuhan/ marah dalam hati
(28) Daripada Ibnu Syikhkhir, daripada seorang lelaki
daripada Bani Aqyasy, dikatakan dia memiliki tulisan
hadis, Rasulullah ﷺbersabda:
ُي ْذ ِه ْب َن َو َح َر،َص ْو ُم َش ْه ِر الص ْب ِﺮ َوَث َل َث ِة َأيا ٍم ِم ْن ُك ِل َش ْه ٍر
.الص ْد ِر
“Berpuasa pada bulan kesabaran (Ramadhan) dan 3
hari setiap bulan (hijriyyah), akan menghilangkan
kemarahan/ dendam/ permusuhan/ marah dalam
dada.”47
46 Riwayat Imam Muslim.
47 Riwayat Imam Ahmad, Imam Al-Bazzar, Imam Abu Ya’la, Imam Ath-
Thabrani dan Imam Al-Baihaqi. Imam Al-Haitsami mensahihkannya
dalam Majma’ az-Zawa’id.
47
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(29) Daripada Sayyidina Ali berkata, “Rasulullah ﷺ
bersabda:
ْد ِر؟ ِص َيا ُم َث َل َث ِة َأيا ٍم ِم ْن.َأ َل َأ ُدل ُك ْم َع َلى َما ُي ْذ ِه ُب َ ُوك َِغلَر َاشلْه ٍرص
“Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang boleh
menghilangkan penyakit marah/ dendam di dalam hati)?
(Itulah) berpuasa 3 hari setiap bulan.”48
(r) Selalu berada dalam kebaikan jika menyegerakan
berbuka puasa
(30) Daripada Sayyidina Sahl bin Sa’ad, sesungguhnya
Rasulullah ﷺbersabda:
.َل َي َزا ُل النا ُس ِب َخ ْي ٍﺮ َما َعج ُلوا ا ْل ِف ْط َر
“Manusia sentiasa berada di dalam kebaikan selama
mana mereka menyegerakan berbuka puasa.”49
48 Riwayat Imam Ath-Thabrani dalam Al-Awsath dan Imam An-Nasa’i.
49 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Malik, Imam Ahmad, Imam As-Syafi’i, Imam At-
Tirmizi, Imam Al-Hakim, Imam Ath-Thabrani, Imam Al-Baihaqi, Imam
Ad-Darimi, Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Abdur
Razzaq, Imam Abu Ya’la dan Imam Abu Awanah.
48
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Keterangan:
Imam Nawawi mengatakan hadis ini menjadi galakan
untuk menyegerakan berbuka puasa apabila sudah
masuk waktu Maghrib. Apa yang dimaksudkan hadis
ialah urusan umat ini akan sentiasa tersusun dan
berada di dalam keadaan yang baik jika mereka tidak
meninggalkan sunnah ini. Jika ia ditinggalkan, maka ia
akan berlaku sebaliknya50.
(s) Sentiasa dalam sunnah Nabi ﷺjika
menyegerakan berbuka puasa
(31) Daripada Sayyidina Sahl bin Sa’ad, Rasulullah ﷺ
bersabda:
.َل َي َزا ُل ُأم ِتي َع َلى ُسن ِت ْي َما َل ْم َت ْن َت ِظ ْر ِب ِف ْط ِر َها الن ُج ْو َم
“Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mereka
tidak menunggu bintang ketika berbuka puasa.”51
50 Lihat Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 7/28.
51 Riwayat Imam Ibnu Hibban dengan sanad yang sahih.
49