66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(t) Orang yang menyediakan makanan untuk orang
yang berpuasa mendapat doa rahmat daripada
Malaikat
(32) Daripada Sayyidina Anas bin Malik berkata:
م،ُ ُخ ْبَ ٍوَزأ َ َكو ََزْلي ٍ َتﻃ ََعفاَأَ َمك ُكَل،صَفا ِئَ ُجما َءو َِبن،ُﻛع َُبما َدا َلة.ُإَْلي َأُىكْف َُمسَطاََْْعرَل َِدلِِْعئب ْنَِكَندُة:ليَاولنَِصﷺبلي َْجتا َ َءعﷺَِل،َُأاثْ َلمنْب َاَرقلا ُانرِ َب
“Sesungguhnya Nabi ﷺdatang kepada Sa’ad bin
Ubadah, lalu dia (Sayyidina Sa’ad) menghidangkan roti
dan minyak, lalu Nabi ﷺmemakannya. Kemudian
(selepas makan), Baginda berdoa, “Semoga orang yang
berpuasa berbuka di rumah kamu, orang yang baik
makan makanan kamu dan para Malaikat merahmati
(mendoakan rahmat kepada) kamu.”52
52 Riwayat Imam Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Hadis ini
diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi, Imam An-
Nasa’i, Imam Ad-Darimi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Abi Syaibah,
Imam Ibnu Hibban, Imam Ath-Thabrani, Imam Al-Bazzar dan Imam
Ibnu as-Sunni.
50
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(u) Menggabungkan antara puasa dan sedekah
adalah sebab seseorang dimudahkan masuk ke
syurga
(33) Daripada Sayyidina Ali berkata, Nabi ﷺbersabda:
:؟َُطو َقوَُانصَهَللاى ِِملِِْﷺنل،ّال ََلمِوُاب،ِهَِمَوىَأْ ََنيداا ُبََمر ُُطاسلوِنوَِهَصلا َي،ط َِوَُعلَراَْهَنما:َ َرع َفَىمَقاالُظَ ُله،َبأ ٌّىُْتﻃ،فَراَا ِو،ًَلبََجفاَنْلقِاَةكََم ُلَغأَ َمْرع،ْ َِِإَل ُظ ُْنهن َِوفأ ِرىََﻃهااا
.ِبالل ْي ِل َوالنا ُس ِن َيام
“Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah bilik yang
luarnya boleh dilihat daripada dalamnya dan dalamnya
boleh dilihat daripada luarnya.” (Ketika mendengar
perkara itu), lalu seorang Arab Badwi berdiri dan
bertanya, “Untuk siapakah ia wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Untuk orang yang berkata yang
baik, memberi makan, sentiasa berpuasa dan solat
pada waktu malam di ketika manusia tidur.”53
Keterangan:
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali mengatakan sifat-sifat yang
disebutkan di atas semuanya terkumpul pada bulan
Ramadhan kerana orang yang beriman akan
mengumpulkan kebaikan-kebaikan tersebut dengan
53 Riwayat Imam Ahmad dan Imam At-Tirmizi.
51
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
berpuasa, solat malam, bersedekah dan berkata-kata
sesuatu yang baik di samping menjauhi kata-kata yang
tidak baik dan sia-sia54.
(v) Puasa zakat kepada badan
(34) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
. َو َزَكا ُة ا ْل َج َس ِد الص ْو ُم، َوِل ُك ِل َش ْي ٍء َزَكاة،َالص ْو ُم ِن ْص ُﻒ الص ْب ِﺮ
“Puasa adalah sebahagian daripada kesabaran. Setiap
sesuatu ada zakat dan zakat bagi badan ialah puasa.”55
(w) Tidur orang yang berpuasa dianggap ibadah
(35) Daripada Sayyidina Ibnu Abi Aufa, daripada Nabi
ﷺ, Baginda bersabda:
، َو ُد َعا ُؤ ُه ُم ْس َت َجاب،ﺢ. َ َووُ َسع َُكم ُلوُُته ُهُمَﺗَت َْقس ِببيل،َن ْو ُم الصا ِئ ِم ِع َبا َدة
54 Lihat Latha’if al-Ma’arif, ma. 298.
55 Riwayat Imam Ibnu Majah. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Al-Baihaqi, Imam Ath-Thabrani, Imam Abu Nu’aim, Imam Abd bin
Humaid dan Imam Ibnu Adi. Al-Hafizh Abu al-Fadhl al-Iraqi berkata,
“Diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada hadis Abu Hurairah dan
sanadnya dhaif.”
52
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya
adalah tasbih, doanya mustajab dan amalnya diterima
(Allah).”56
Dalam riwayat yang lain yang juga daripada Sayyidina
Ibnu Abi Aufa, sesungguhnya Nabi ﷺbersabda:
، ُم َضا َعﻒ. َ َمو ْﻐَعُ َفمُْلو ُره، َْوس َِذب ْني ُبﺢُه،م َْوس َتُص َْجماُت ُهب َﺗ،ُ َن ْو ُم الصا ِئ َِمو ُد ِعَعَبااُ َؤدُهة
“Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya
adalah tasbih, amalannya digandakan, doanya mustajab
dan dosanya diampunkan.”57
(36) Daripada Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
. َو ُد َعا ُؤ ُه ُم ْس َت َجاب، َوَن َف ُس ُه َﺗ ْس ِبيﺢ،َن ْو ُم الصا ِئ ِم ِع َبا َدة
“Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, nafasnya
adalah tasbih dan doanya mustajab.”58
56 Riwayat Imam Al-Baihaqi dalam Syu’b al-Iman, Imam Al-Wahidi
dalam Al-Wasith, Imam Ibnu Sha’id dalam Musnad Abdillah bin Abi
Aufa.
57 Riwayat Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Syahin dan Imam Abu
Nu’aim. Imam Al-Munawi mendhaifkannya dalam Faidh al-Qadir.
58 Riwayat Imam Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’.
53
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(37) Daripada Sayyidina Ali bin Abu Thalib berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
. َوَن َع ُس ُه َﺗ ْس ِبيﺢ،َن ْو ُم الصا ِئ ِم ِع َبا َدة
“Tidur orang yang berpuasa adalah ibadah dan
mengantuknya adalah tasbih.”59
Imam Ad-Dailami menyebutkan di dalam Musnad al-
Firdaus:
، َو ُد َعا ُؤ ُه ُم ْس َت َجاب،.َم َُلوَنُهْوُُمم ُه َض ِاع ََبعا َدﻒة،ُص ْم ُت الصا ِئ ِم َﺗ ْس ِب َيو َﺢع
“Diam orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya
adalah ibadah, doanya mustajab dan amal
perbuatannya dilipat gandakan.”
Catatan:
Hadis-hadis seperti ini diriwayatkan oleh sekumpulan
para sahabat secara marfu’ di antara mereka Sayyidina
Abdullah bin Abi Aufa, Sayyidina Abdullah bin Mas’ud,
Sayyidina Ali bin Abu Thalib dan Sayyidina Abdullah bin
Amru bin Al-Ash. Walau bagaimanapun, para
muhadditsin mengatakan ia adalah hadis dhaif.
59 Riwayat Imam Al-Jurjani dalam Tarikh Jurjan, 1/370.
54
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Semua kelebihan puasa yang telah disebutkan di dalam
hadis-hadis ini ada pada puasa di bulan Ramadhan.
(ii) FADHILAT PUASA RAMADHAN SECARA
KHUSUS
(a) Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun
Islam
(38) Daripada Sayyidina Umar bin Al-Khaththab berkata:
ََشوِإَ ْهياَتَاد ِِءة،:ل َُموِإ ََقع َالِمى ا َلخ ْمصَ ٍلسِة،ِلا ْل ِس َل.ََمر ُبُ ِسنَ َْضيوا َُالْن:ن َ ُومﷺ َََيحص ُْقموًِْومد ُاَلر،َلت ََوهَرَِإُح ِسلْجوااَْلللَبُلْاي َل ِِوَألت،َُأا َلْسنزَِمكاْعلِةِإ
“ﷺAku telah mendengar Rasulullah bersabda, “Islam
dibangunkan di atas lima perkara: bersaksi bahawa
tidak ada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan
solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke
Baitullah dan berpuasa Ramadhan.”60
60 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini juga
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i,
Imam Ath-Thabrani, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu
55
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Dalam riwayat lain yang juga daripada Sayyidina Umar
bin Al-Khaththab berkata:
يتاى،،:ِ إَََْللافجوََىلُعِ ِلالخلْلاَََعُبذلاَيْلْيينلَِْيِِرَبهلَنﷺ،دَُلِاشسََإعَْوََْْعتذلوَر ُِسىُُرلسَحِﻃ،ج،ًَاعرسََنفمََََوَقُتحاﻛمِاََتيضدفََْاىْحليوٍَاِمنَمهل َر،ََضَأذ،َِشاْلاِسَدََُألْصويَُْلَلُوِوحدﷺَمَمَود،ْإياَِِْماهلوََِنلتل،ل،ِسَتْأيََِِْأؤِِْهعﺗَوخﺽِْْبَننِلْيإََاﺮِلندَلايِىَثلليْرَعيُُِزإِاَرَسرَكْلُعْﻛافََِِوَهبُبةَِهنت،بَراََوتُد،َِوفدﻛََيه،مََلَنفأ َََُيثأماَْاُحلَْرشأُسُِنَْمدناْنصيلَََُدُحَجﺗدلُلَسمُةََْْرُبْش:،َ يسَلَهلا،َََََِابَْرووُْعيتََُِقَللجنِْﷺاقيَْْم
.ِإ ِن ا ْس َت َط ْع َت ِإ َل ْي ِه َس ِب ْي ًل
“Ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah ﷺpada
suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki kepada
kami, (yang mengenakan) baju yang sangat putih dan
berambut sangat hitam, tidak nampak tanda-tanda
perjalanan jauh padanya dan tidak seorangpun di antara
kami yang mengenalinya. Sehingga dia duduk di
hadapan Nabi ﷺ, lalu menemukan kedua lututnya
Khuzaimah, Imam Abu Ya’la, Imam Al-Humaidi, Imam Ibnu Baththah,
Imam Abd bin Humaid dan Imam Al-Baghawi.
56
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
kepada kedua lututnya (Rasulullah )ﷺdan meletakkan
kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya dan
berkata, “Wahai Muhammad, beritahukanlah kepadaku
tentang Islam.” Lalu Rasulullah ﷺmenjawab, “Islam
adalah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain
Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah
pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan
zakat, berpuasa Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Baitullah jika kamu mampu pergi ke sana.”61
(b) Rasulullah ﷺtidak pernah berpuasa sepenuh
bulan melainkan puasa Ramadhan
(39) Daripada Sayyidatina Aisyah berkata:
.َما َ َرأ ْي ُت َر ُس ْو َل ال ِل ﷺ ِا ْس َت ْك َم َل ِص َيا َم َش ْه ٍر َق ٌّط ِإل َرَم َضا َن
“Tidak pernah sekali-kali aku melihat Rasulullah ﷺ
menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan
puasa Ramadhan.”62
61 Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam An-
Nasa’i dan Imam Ibnu Majah.
62 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini juga
diriwayatkan oleh Imam Malik, Imam Ahmad, Imam An-Nasa’i, Imam
Al-Baihaqi, Imam Ibnu Hibban, Imam Abu Awanah dan Imam Al-
Baghawi.
57
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(c) Puasa Ramadhan ke Ramadhan seterusnya
seperti berpuasa setahun
(40) Daripada Sayyidina Abu Qatadah, daripada Nabi ﷺ
b.رeِ هrْsدaلbاdُمaْو: َص، َو َرَم َضا َن ِإَلى َرَم َضا َن،َص ْو ُم َث َل َث ٍة ِم ْن ُك ِل َش ْه ٍر
“Puasa 3 hari setiap bulan (hijriyyah) dan puasa
Ramadhan ke Ramadhan (seterusnya), adalah puasa
setahun.”63
(d) Jalan masuk ke syurga
(41) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
َكا َن،َم َرَم َضا َن.ا ْ َلو َج َنص َاة،َّلوَألِ َاق َاأ َْمناُيل ْد ِصَخ َلل َُةه،َم ْن آ َم َن ِبالِِل َوِبَحَرًّقُاس َوِعلَ ِلهى
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan kepada Rasul-
Nya, menunaikan solat dan berpuasa Ramadhan, maka
63 Riwayat Imam Muslim.
58
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
menjadi hak kepada Allah untuk memasukkannya ke
dalam syurga.”64
(42) Daripada Sayyidina Anas bin Malik:
َُيََنِفف ِه َجَيزجََنيعا َاَءَءم َاأ ََللْر َننُرجا َُنجَأل ُنْلسََِمأِكمَْنلَْتن َْأَزَأرُْعُْههِسُ ِملولَأَاالْْللنََببّااّلِِللدِدَلاَيَياِِةةَأْ ،ارْلﷺََفَسعََلقاَعاَِق َْكنلُ:لََ،،شَيق َااف َْييٍَُلمءْسََ ،حأ َلَمفﷺُ ُهَ:دك،اَََ ،وََنأصنَتَ ُْدايَحنَْاُقعنََِ،جرنُبَُقَْنساسا ََوُمللَأُ:عَْ،كن
َف َم ْن َخ َل َﻖ الس َما َء؟ َقا َل ﷺَّ :للُاَ ،قا َلَ :ف َم ْن َخ َل َﻖ اْ َلْر َﺽ؟
َََقرَوَنجَاُص َسَعَلَدصوَُللَ َق؟َب،ك َﷺقَََ:أقهااََِّنذلَلِلهلَُ:اعاََ،لْفْلﷺِيبََِ:ناقجاَّلابلِاَلذَُل َاخ:ل ْ،يمََ ،فَأقآَْ َامرلسََُِْلسنلَ:ل َََأنَصَْفَرلكِبَََ،اوصساَللآ ٍَِلذَبتِكُ ِليفَ؟هَأي َََِذقمَخيَِاَلهْروَََِلاﻖمْكَلناِِابلَجهَ،بﷺََ:ذاسواَََلَنملْ؟ياََعَل َءَِتْقومََانَو،جاَ َلَ،خَعَقل ََاقلَ َاﻖلﷺ:َِ:افلْيََََنهلوَْ َارزع َعْﷺَمَ:مَﺽما،
64 Riwayat Imam Bukhari. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Ahmad, Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Baihaqi, Imam Al-Baghawi dan
Imam Ibnu Bisyran.
59
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
،ََْلنكع:َ: ََعادََََقلطثَِئَاالﷺق:بَﷺصَتق،ََْياَسل،قتامَان:ِْذَلَماونَاَنِِ؟لبسَنَعِنيﷺَذ:َﷺياَل:قَبلَقْاكيناَقََِِِبلافَلهت،ََََفْالرا،َََِلىقمََنَااض،َبنهَيِهُاِثمآ ْرََنلأُذهْمِاََمُلرَحََ؟نوموَلأاج،ْ:َِونَمُ َزسقََمََكلرق َا َاعًََةلَكَُكِْشليصف،َلنذآََاَصعلَوََلَِيكُْديللَََأََنأَصَْأقاأرْْن.َُِ،َنيةو،سنالنْل:عانسََْلَللََْكيِفرَهَََِجُبأعﷺ َك: َِرُزَيوخيََََُققكلزُسَاأاَدعَْأوََرنُلَللََم،َ،لقوذَُدلأ:ِْزرببَاََُاَلدعي ًَلسَيَللَِم،ِق،ِمَ ََقَﻖوَفَسََص،َ::للمهدح:َََِِنبإََ َققولاَََْااعْزصيلَﷺَََِْع
“Kami dilarang untuk bertanya sesuatu kepada
Rasulullah ﷺ, lalu kami gembira apabila seorang lelaki
yang bijak daripada ahli pendalaman (Arab Badwi)
datang, lalu bertanya kepada Baginda. (Kerana itu) kami
juga boleh mendengar. Lalu seorang lelaki daripada ahli
pedalaman datang, lalu berkata, “Wahai Muhammad,
utusanmu telah datang kepada kami, lalu dia mendakwa
kepada kami bahawa kamu mendakwa Allah telah
mengutuskan kamu.” Baginda menjawab, “Dia benar.”
Dia bertanya, “Lalu siapakah yang menciptakan langit?”
Baginda menjawab, “Allah.” Dia bertanya lagi, “Siapakah
yang menciptakan bumi? Baginda menjawab, “Allah.”
60
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Dia terus bertanya, “Siapakah yang telah menegakkan
bukit-bukit ini dan menjadikan apa yang ada padanya
seperti yang Dia ingin jadikan?” Baginda menjawab,
“Allah.” Dia bertanya lagi, “Demi Zat yang telah
menciptakan langit, menciptakan bumi dan menegakkan
bukit-bukit ini, apakah (benar) Allah yang telah
mengutuskan kamu?” Baginda menjawab, “Ya.”
Dia berkata lagi, “Utusan kamu mendakwa bahawa kami
wajib solat lima kali solat pada hari kami dan malam
kami (iaitu sehari semalam).” Baginda menjawab, “Dia
benar.” Dia bertanya, “Demi Zat yang telah
mengutuskan kamu, apakah Allah yang telah menyuruh
kamu perkara ini?” Baginda menjawab, “Ya.”
Dia bertanya, “Utusan kamu mendakwa bahawa kami
wajib mengeluarkan zakat pada harta-harta kami.”
Baginda menjawab, “Dia benar.” Dia bertanya, “Demi
Zat yang telah mengutuskan kamu, apakah Allah yang
telah menyuruh kamu perkara ini?” Baginda menjawab,
“Ya.”
Dia bertanya, “Utusan kamu mendakwa bahawa kami
wajib berpuasa bulan Ramadhan dalam setahun kami.”
Baginda menjawab, “Dia benar.” Dia bertanya, “Demi
Zat yang telah mengutuskan kamu, apakah Allah yang
telah menyuruh kamu perkara ini?” Baginda menjawab,
“Ya.”
61
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Dia bertanya, “Utusan kamu mendakwa bahawa kami
wajib menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu
sampai kepadanya.” Baginda menjawab, “Dia benar.”
Dia bertanya, “Demi Zat yang telah mengutuskan kamu,
apakah Allah yang telah menyuruh kamu perkara ini?”
Baginda menjawab, “Ya.” Dia (Sayyidina Anas) berkata,
“Kemudian dia beredar.”
(Kemudian dia datang lagi), dia berkata, “Demi Zat yang
telah mengutuskan kamu dengan kebenaran. Aku tidak
akan menambahnya dan aku tidak akan mengurangkan
daripadanya. (Setelah dia pergi), lalu Nabi ﷺbersabda,
“Jika dia benar (seperti yang dikatakannya), pasti dia
akan masuk ke dalam syurga.”65
(e) Menghapuskan dosa-dosa kecil
(43) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, sesungguhnya
Rasulullah ﷺbersabda:
ن ِإَلى.ُب َاو َْلرََمك َب َا ِضئا َر،َ ِىإ َاذْال ُاج ُْمج ََتعَنِة، َتوا َْلم ُاج َبُمْي ََنعُه ُة ِنإَل،ل َُخم َْمك ِفُ َسرا،ْ َال َصرََلم َوا َض ُات َان
“Solat lima waktu, Jumaat hingga Jumaat (berikutnya)
dan Ramadhan ke Ramadhan (berikutnya) akan
65 Riwayat Imam Muslim.
62
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
menghapuskan (dosa-dosa kecil) di antara tempoh
tersebut apabila seseorang menjauhi dosa-dosa
besar.”66
(f) Menghapuskan dosa terdahulu
(44) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, daripada Nabi
ﷺ, Baginda bersabda:
. ُغ ِف َر َل ُه َما َت َقد َم ِمن َذ ْن ِب ِه،َم ْن َصا َم َرَم َضا َن ِإي َما ًنا َوا ْح ِت َسا ًبا
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan pengharapan67, diampunkan
kepadanya dosa-dosanya yang telah lalu.”68
66 Riwayat Imam Muslim dan Imam At-Tirmizi. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam Al-Baihaqi dan Imam
Abu Awanah.
67 Kalimah: ًإًيمًانًا ً ًواحًتً ًسابًاbermaksud yakin dengan kewajiban puasa
yang datang daripada Allah serta mengharapkan pahala hanya
daripada-Nya.
68 Muttafaq ‘alaih. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud,
Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Majah, Imam Al-
Baihaqi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Ath-Thabrani,
Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Abu Awanah, Imam
Abu Ya’la, Imam Al-Humaidi, Imam Ath-Thayalisi, Imam Ath-Thahawi
dan Imam Al-Baghawi.
63
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(45) Daripada Sayyidina Abu Sa’id al-Khudri,
sesungguhnya Nabi ﷺbersabda:
َوَت َحفظ ِمما َكا َن َي ْن َب ِغ ْي َأ ْن، َو َع َر َف ُح ُد ْو َد ُه،َم ْن َصا َم َرَم َضا َن
. َﻛف َر َما َق ْب َل ُه،َي َت َحف َظ ِم ْن ُه
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, tahu batasan-
batasannya dan menjaga diri daripada sesuatu yang
mesti dijaga daripadanya, akan diampunkan dosanya
yang sebelumnya.”69
(g) Seperti tidak berdosa kerana dosa diampunkan
(46) Daripada Sayyidina Abdur Rahman bin Auf,
sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda:
،َع َلى ا َْلُ ْسِل ِمي َن ِص َيا َم ُه ُله ُل.وِْهم َ َرفوََلم ََفْد ْنَتر ُه َُأَﺽصما َُهما،َِإ َوخ َنَسر ََنجْنَ ِشمُْهتَ َنر َلا ُلَكرَمذُْمن َوضِقِا َيبَان ََمﻛ َُيهَْش
،َو َقا َم ُه ِإي َما ًنا َوا ْح ِت َسا ًبا
“Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan di mana
Allah memfardhukan orang Islam untuk berpuasa
dalamnya. Aku sunnahkan kamu untuk melakukan
qiyam (solat Tarawih) padanya. Maka, sesiapa yang
69 Riwayat Imam Ahmad dan Imam Al-Baihaqi.
64
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
berpuasa dan melakukan qiyam padanya yang
dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan,
dia akan keluar daripada dosa-dosa seperti hari dia
dilahirkan oleh ibunya.”70
(h) Menghilangkan sifat pemarah/ dendam dalam
hati
(47) Daripada Ibnu Syikhkhir, daripada seorang lelaki
daripada Bani Aqyasy, dikatakan dia memiliki tulisan
hadis, Rasulullah ﷺbersabda:
ُي ْذ ِه ْب َن َو َح َر،َص ْو ُم َش ْه ِر الص ْب ِﺮ َوَث َل َث ِة َأيا ٍم ِم ْن ُك ِل َش ْه ٍر
.الص ْد ِر
“Puasa pada bulan kesabaran (Ramadhan) dan 3 hari
tiap bulan (hijriyyah), akan menghilangkan kemarahan/
dendam dalam dada.”71
70 Riwayat Imam Al-Hakim dan Imam At-Tirmizi.
71 Riwayat Imam Ahmad, Imam Al-Bazzar dan Imam Ibnu Abi Syaibah.
65
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(i) Termasuk golongan Ash-Shiddiqin dan Asy-
Syuhada’
(48) Daripada Sayyidina Isa bin Thalhah berkata:
،،ِِيلدَيوزََأِكقناي َﷺةََنك،لََهِوَمِأِإإَلَدنْيىلا ُاّلتلل ِلنُِاصبا:ِجإﷺَل،ُ ْ؟ُلت َََقَخجأاْامََْنءل َََسرل:اْ َنَِشقَِتأهاَنَْادلا،للَ ُتَجَفَِإِِصهَملْينَمو، َُْأرمَتَُةتَرأ ُْياه ْا،ََلصنلَِلاوُْيُمق،ََّرضواو ََلَوْبن،ل ُُ َيتتاَّ َلرََعرلمِ ُْامس:َََُ َفرو َُسقسُِامص ْوَْعمل
.َوالش َه َدا ِء
“Aku telah mendengar Amru bin Murrah al-Juhani
berkata, “Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu
bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah menurut
Tuan jika aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Tuan
adalah pesuruh Allah, aku bersolat solat yang lima
(waktu), aku menunaikan zakat, aku berpuasa
Ramadhan dan aku berqiyam di dalamnya (Ramadhan),
lalu daripada golongan yang manakah aku?” Baginda
menjawab, “Daripada golongan Ash-Shiddiqin (orang
yang benar) dan Asy-Syuhada’ (orang yang mati
syahid).”72
72 Riwayat Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Khuzaimah.
66
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(C) FADHILAT QIYAM RAMADHAN
(SOLAT TARAWIH)
(a) Seperti tidak berdosa kerana dosa diampunkan
Dalam hadis yang telah disebutkan sebelum ini,
daripada Sayyidina Abdur Rahman bin Auf,
sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda:
،َع َلى ا َْ ُل ْسِل ِمي َن ِص َيا َم ُه ُله ُل.وِْهم َرَفوََلم ََفْد ْنَتر ُه َُأَﺽصما َُهما،َِإ َوخ َنَسر ََنجْنَ ِشمُْهتَ َنر َلا ُلَكرَمذُْمن َوضِقِا َيبَان ََمﻛ َُيهَْش
،َو َقا َم ُه ِإي َما ًنا َوا ْح ِت َسا ًبا
“Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan di mana
Allah memfardhukan orang Islam untuk berpuasa
dalamnya. Aku sunnahkan kamu untuk melakukan
qiyam (solat Tarawih) pada malamnya. Sesiapa yang
berpuasa dan mendirikan qiyam dalamnya yang
dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan,
dia akan keluar daripada dosa-dosa (maksudnya
67
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
diampunkan dosa-dosanya) seperti hari ibunya
melahirkannya.”73
(b) Solat Tarawih menghapus dosa yang lalu
(49) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, daripada
Rasulullah ﷺbersabda:
. ُغ ِف َر َل ُه َما َت َقد َم ِم ْن َذ ْن ِب ِه،َم ْن َقا َم َرَم َضا َن ِإ ْي َما ًنا َوا ْح ِت َسا ًبا
“Sesiapa yang berqiyamullail (solat Tarawih) pada bulan
Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,
diampunkan kepadanya dosa-dosanya yang telah
lalu.”74
(c) Mendapat pahala seolah-olah berqiyamullail
sepanjang malam
Pahala seolah-olah berqiyamullail sepanjang malam
akan didapati jika mengerjakan solat Tarawih dan Witir
sehingga imam selesai mengimami keduanya.
73 Riwayat Imam Al-Hakim dan Imam At-Tirmizi.
74 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam At-
Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu Majah, Imam Ad-Darimi, Imam
Al-Baihaqi, Imam Ath-Thabrani, Imam Ibnu Hibban, Imam Abdur
Razzaq, Imam Abu Awanah dan Imam Al-Fakihi.
68
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(50) Daripada Sayyidina Abu Zar al-Ghifari berkata:
لرنميم،َََُْْمَاشِشََقَيْبَقهيَُِأاْقِقطار،َِّاذنَملتَُاثلهَََُاهنخمَََِحلذبواَلُِْلتهفهَْىن،ََلَمتىِِبتثلىَِبن.ْيثيمُُهَحةَََاثيََﻛلَُحوَلَُتقلْلرحتْيي،ىِامِاَُرَثلبَََُسبفلََِسالِقفقََُِءْةس،ِنصبن:ََع َحَليََِحلُفَُترأَحقْتميىْوْ؟ىهمََلَنَاََذيْقضُهَْلفااَنْهحلََََخَتتلنََاو،ِلَلَاوَِمبمََّﷺاَواَنلجْلِلِبِالََِفَمْمنافمََيا،اواقواَََْامم،ََسلبعِةفقَان:ََََِِرلَُّمَثفُلت،َِِل،اَهاَولسيَُِِرَقِثامصْلةلا،يْق:َُمِثبَُاهََاَْمنلفمنلَاََُعفقمََاْلِلسفلَْْلرانميُُُِتحدشُس،لنإاياِن،وَمةِِتَعفََنِم:ََِيلابَ َفَْلُينَُسفَلصلاقْْبﷺٍيْا
“Kami telah berpuasa bersama Rasulullah ﷺpada bulan
Ramadhan. Baginda tidak qiyam (iaitu solat Tarawih)
bersama kami sehingga berbaki 7 hari lagi daripada
bulan tersebut. Lalu Baginda qiyam bersama kami
sehingga berlalulah sepertiga malam. Kemudian
Baginda kembali tidak qiyam bersama kami pada hari
ke-6 (yang berbaki). Lalu Baginda qiyam bersama kami
pada hari ke-5 (yang berbaki) sehingga berlalu
setengah malam. Lalu aku (Sayyidina Abu Zar) berkata,
“Wahai Rasulullah, bagaimana sekiranya Tuan jadikan
nafilah pada malam yang berbaki ini (bersama kami)?”
69
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Baginda bersabda, “Sesungguhnya sesiapa yang solat
qiyam (iaitu Tarawih) bersama dengan imam sehingga
selesai, maka Allah akan menulis pahala kepadanya
seperti qiyam semalam penuh.” Kemudian Baginda
kembali tidak solat bersama kami dan tidak berqiyam
sehingga berbaki 3 hari daripada bulan tersebut. Lalu
Baginda qiyam bersama kami pada malam ke-3 (yang
berbaki). Baginda mengumpulkan keluarga dan isteri-
isteri Baginda sehingga kami takut kehilangan al-falah.
Aku (perawi) bertanya, “Apakah al-falah?” Dia
(Sayyidina Abu Zar) menjawab, “Makan sahur.”75
75 Riwayat Imam An-Nasa’i dan Imam Ibnu Khuzaimah.
70
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(D) FADHILAT MEMBERI MAKAN
KEPADA ORANG YANG
BERPUASA
(a) Mendapat 2 pahala; pahala dirinya yang
berpuasa dan pahala sesiapa sahaja yang berbuka
puasa dengan makanan yang diberikan olehnya
(51) Daripada Sayyidina Zaid bin Khalid al-Juhani,
bahawasanya Rasulullah ﷺbersabda:
ْي َﺮ َأن ُه َل َي ْن ُق ُص ِم ْن.ي ًئ َاغ،ْ َكاَأ َنْجَلِرُها ِلم ْث ُصلا َِئأ ِ ْمج ِ َرِهش،َمن َفط َر َصا ِئ ًما
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang
berpuasa, untuknya pahala seperti pahalanya (orang
yang berpuasa), tetapi tidak berkurang sedikitpun
pahala orang yang berpuasa.”76
Di dalam lafaz Imam Ibnu Khuzaimah dan Imam An-
Nasa’i:
76 Riwayat Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah, Imam
Ibnu Hibban dan Imam Al-Baihaqi. Hadis ini diriwayatkan juga oleh
Imam An-Nasa’i, Imam Ath-Thabrani, Imam Abdur Razzaq, Imam Ad-
Darimi, Imam Ibnu Hibban dan Imam Ibnu Bisyran.
71
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َأ ْو َفط َر ن،ْ َأ َْغوْي ِﺮ َ َخأَل َْنف َُيه ْنِ ُفقي َأَ ْصهِلِ ِمه ن،ْ ِمَأْثْوُل َُأج ُهج َزو ِر ِ َهح ْام ًّ ِجما، َزَكا ََغنا َِلزًي ُاه،َمجاه.ًََشم َ ْص ْنايِئء
ُأ ُجو ِر ِه ْم
“Sesiapa yang mempersiapkan orang yang berperang
atau mempersiapkan orang yang menunaikan haji atau
menggantikannya menguruskan keluarganya atau
memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala
seperti pahala mereka, tetapi tanpa dikurangi pahala
mereka sedikitpun.”
(b) Mendapat doa rahmat daripada Malaikat
(52) Daripada Sayyidatina Ummu Ammarah, Rasulullah
ﷺbersabda:
َحتى ا َْلَ َلِئ َك ُة َع َل ْي ِه ل َي.َِلِم ْمْنَت َزَﻃ ْلَع ُات ِم َِصه ِع ْن َد ُه َأ َك َل ِإ َذا الصا ِئ َم ِإن
َي ْف ُر َغ
“Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila orang
berpuasa yang lain makan bersama dengannya, para
Malaikat sentiasa berselawat (iaitu merahmati) ke
atasnya sehingga selesai daripada makannya.”77
77 Riwayat Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi dan Imam Al-Baihaqi.
72
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Jika memberi makan kepada orang yang berpuasa di
luar Ramadhan memiliki ganjaran pahala yang besar,
maka di dalam bulan Ramadhan pastilah ganjarannya
lebih besar.
Memberi makan kepada orang yang berpuasa termasuk
di dalam amalan sedekah dan sedekah adalah suatu
amalan yang sangat istimewa dari segi kedudukan dan
ganjaran pahalanya. Fadhilat sedekah ini akan
dibincangkan di bawah tajuk “Fadhilat Bersedekah
Dalam Bulan Ramadhan” sekejap lagi.
73
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(E) FADHILAT MEMBACA AL-
QUR’AN DALAM BULAN
RAMADHAN
Secara umumnya, membaca Al-Qur’an adalah amalan
yang sangat mulia dan memiliki ganjaran pahala yang
sangat besar antaranya:
(a) Ia adalah perdagangan yang tidak pernah rugi
Allah Ta’ala berfirman:
الصَل َة َوَأ ْن َف ُقوا ِمما َوَأ َقا ُموا
َرَز ْق َنا ُه ْم ِل ُي َو ِف َيُه ْم.َل ْن َت ُبو َر ِت َجا َرًة ال ِذي َن َي ْت ُلو َن ِﻛ َتا َب ّللِا
ُأ ُجوَر ُه ْم ِس ًّرا َو َع َلِن َي ًة َي ْر ُجو َن
.َوَي ِزي َد ُه ْم ِم ْن َف ْضِل ِه ِإن ُه َغ ُفور َش ُكور
“Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah
dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan
dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara
bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan
amalan yang demikian) mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan
menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya.
74
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa
membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang
bersyukur kepada-Nya).”78
(b) Membaca Al-Qur’an akan diberikan pahala
walaupun hanya satu huruf
Daripada Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
ِر، ََحوَ َلس َمن ُةَحِبْرَع ْفش،ر َوافْل،ْ ََف َوَلل ُِهك ِبْ ِنه َأِلَح َﻒس َن َحة،،َحَ ْرلًفَأا ُقِمو ُنل ِآﻛلَتام ِبَحّْرللِاف،َمَأ ْْمن َث َاقِلَ ََرهأا
.َو ِميم َح ْرف
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Qur’an,
maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut,
satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan
آلمsepertinya. Aku tidak mengatakan “ “ satu huruf,
tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf.”79
78 Surah Al-Fathir: 29-30.
79 Riwayat Imam At-Tirmizi.
75
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(c) Al-Qur’an akan memberi syafaat kepada orang
yang selalu membacanya
Daripada Sayyidina Abu Umamah al-Bahili berkata,
“Aku mendengar Rasulullah ﷺbersabda:
. َف ِإن ُه َي ْأ ِﺗى َي ْو َم ا ْل ِق َيا َم ِة َش ِفي ًعا ِ َل ْص َحا ِب ِه،ِا ْق َر ُءوا ا ْل ُق ْرآ َن
“Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat
kepada orang yang membacanya.”80
dan banyak lagi fadhilat (kelebihan) yang lain.
Untuk bulan Ramadhan secara khusus, antara
fadhilatnya ialah:
(a) Rasulullah ﷺbertadarus dengan Malaikat Jibril
pada bulan Ramadhan
(53) Daripada Sayyidina Ibnu Abbas berkata:
ي ْل ََوقَكااُه َ ِنفي ُكﷺِلَأ َلْ ْجي ََلوٍ ُةد،َ الَنو َاكا َِنس،َِأج ْْبجِﺮَيو َُدل
َما َي ُكو ُن ِفي َكا َن َر ُسو ُل ّللِا ﷺ
ِم ْن َرَم َضا َن َرَم َضا َن ِحي َن َي ْل َقا ُه
80 Riwayat Imam Muslim.
76
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َف َل َر ُسو ُل ّللِا ﷺ َأ ْج َو ُد ِبا ْل َخ ْي ِﺮ ِم َن ال ِري ِﺢ، ُه ا ْل ُق ْرآ َن.اَ ْفَ ُلُي ْ َرد َاسَِرل ُِةس
“Rasulullah ﷺadalah orang yang paling dermawan dan
Baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika
Jibril berjumpa dengannya. Dia (Jibril) berjumpa dengan
Baginda pada setiap malam bulan Ramadhan, lalu dia
(Jibril) bertadarus Al-Qur’an dengan Baginda. Rasulullah
ﷺlebih dermawan dengan kebaikan lebih daripada
angin yang berhembus.”81
81 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Ia juga diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Imam An-Nasa’i, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu
Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Ath-Thabari, Imam Abu Ya’la,
Imam Abd bin Humaid dan Imam Al-Baghawi.
77
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(F) FADHILAT BERSEDEKAH
DALAM BULAN RAMADHAN
Sedekah adalah antara amalan kebaikan yang utama.
Orang yang hampir meninggal dunia, jika diberi
kesempatan untuk hidup lagi, pasti mereka akan
memilih untuk bersedekah kerana ganjaran dan
manfaatnya yang sangat besar di dunia dan di akhirat.
Allah Ta’ala berfirman:
َف ََيوَأُْقن ِفو َُقل َورا ِ ِبم َْلنْوََملا َأَرَزخْقْ َرَنت ِانُﻛي ِْإمَل ِٰىم َْأن َجَقٍ ْبل ِ َلق َِأريْن ٍ َيب ْأ َِﺗف ََأي َأص َحد َ َدقُﻛ َ ُوَمأ ُاﻛَْلَْ ْنو ِ ُمتَن
الصاِل ِحي َن
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari
rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum
seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya,
(kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu
dengan katanya: “ Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya
kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke
suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat
78
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang
soleh.”82
Antara fadhilat-fadhilat sedekah secara umum
termasuklah:
(a) Memberi manfaat dan kebaikan yang meluas
Allah Ta’ala berfirman:
ََأَفونَِإمُفَثنِ ُلسل ِهْام ْلمُيِذ َِيﻛ َصَْنبمََهثُياِنَل ِوفا ُِبَقجلنو ٍَ َةنف َِبأَطَْمرٌّْبَلَوۗاو ٍََلة ُوها َألُملـ َُاهصْباَِِبتبََهَمﻐااا ََﺗَءوْاعَِبمَمُْرللوَ َضَفانآ َتَِبت ِْتاصليُألـ ُِﺮكهَل ََهوَات ْث ِبِيضًت ْعا َفِْمي ِْنن
“Dan perbandingan orang yang membelanjakan
hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana
meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul
dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat
yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan
hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan
lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk
menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat
akan apa yang kamu lakukan.”83
82 Surah Al-Munafiqun: 10.
83 Surah Al-Baqarah: 265.
79
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(b) Kebaikan yang berganda-ganda
(i) Allah Ta’ala berfirman:
ۗ ُِيفني ِفُكُقِلو َ ُنسَأن ُْبم َلَ ٍواةَل ُِهم ْاَْمئ ُِفةي َح َبس ٍِبة ۗي َِولّّلللُلِاا ُي َﻛ ََمض َاث ِِعل َُحﻒبَِ ٍلَة َنأنَيَب ََتش ْا ُتء م َث ُل ال ِذي َن
َوّللُا َوا ِسع َعِليم َس ْب َع َس َنا ِب َل
“Perumpamaan golongan yang membelanjakan harta
mereka di jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang
menumbuhkan tujuh batang tangkai. Dan di setiap satu
batang tangkai itu terdapatnya seratus biji benih. Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia
kehendaki dan Allah itu Maha Memberi Keluasan lagi
Maha Mengetahui.”84
(ii) Daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata,
“Rasulullah ﷺbersabda:
َﻛ َما.َت َ ِف ُيصَيِﺮبُيﺮَه ِام ِْث َلَ َلح ُأِد ُُحﻛ ٍ ْدم، َوََيحْأت ُىخ ُِإذ َنهاا ِلب َلي ْ ِقم َيم ِنَةِهَل،،ِإن ّ ُيللََرِاب َييْقَأَب َ ُحل ُدا ُلﻛ ْمص َُمدْهَق َ َرُةه
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan
mengambilnya dengan kekuasaan-Nya. Lalu Allah
mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari
kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak
84 Surah Al-Baqarah: 261.
80
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh
berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”85
(iii) Daripada Sayyidina Abu Mas’ud al-Anshari berkata:
ُ َكفل ََقهاا َل. ََمه ِ ِةذ ِهَ ِسف ْبى ُع َِمسِْابَئيِ ِةلَناّلِقلٍِاة.ةا:ْوخ ََمف َُطاقْلاو َِقَملَي،ْ م َلْخ َكُط ِبَوهَام ٍََمية:َ َج َار َ ُءس َروُ ُجللّلِبلَِناا َق ٍةﷺ
“Bahawa seorang lelaki telah menginfakkan seekor unta
yang bercucuk hidungnya (tali) pada jalan Allah, lalu
Rasulullah ﷺbersabda: “Bagi kamu dengannya pada
Hari Kiamat nanti 700 ekor unta yang telah diikat tali
pada hidungnya.”86
(c) Menghapuskan dosa
Daripada Sayyidina Muaz bin Jabal menyebutkan,
Rasulullah ﷺberkata:
.َوالص َد َق ُة ُت ْط ِف ُئ ا ْل َخ ِط ْي َئ َة َﻛ َما ُي ْط ِف ُئ ا َْ َلا ُء النا َر
85 Riwayat Imam At-Tirmizi dan dia mengatakan, “Hadis hasan
sahih.”
86 Riwayat Imam Muslim, Imam An-Nasa’i dalam As-Sunan al-Kubra,
Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban.
81
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“…Sedekah menghapuskan kesalahan seperti mana air
memadamkan api.”87
(d) Menutup 70 pintu keburukan
Daripada Sayyidina Rafi’ bin Khadij, Nabi ﷺbersabda:
.َالص َد َق ُة َﺗ ُسد َس ْب ِع ْي َن َبا ًبا ِم َن الس ْو ِء
“Sedekah menutup tujuh puluh pintu keburukan.”88
Banyak lagi fadhilat atau kelebihan sedekah secara
umum.
Fadhilat sedekah secara khusus pada bulan Ramadhan
termasuklah:
(a) Rasulullah ﷺlebih dermawan pada bulan
Ramadhan
Seperti yang disebutkan hadis sebentar tadi, daripada
Sayyidina Ibnu Abbas berkata:
ي ْل ََوقَكااُه َ ِنفي ُكﷺِلَأ َلْ ْجي ََلوٍ ُةد،َ الَنو َاكا َِنس،َِأج ْْبجِﺮَيو َُدل
َما َي ُكو ُن ِفي َكا َن َر ُسو ُل ّللِا ﷺ
ِم ْن َرَم َضا َن َرَم َضا َن ِحي َن َي ْل َقا ُه
87 Riwayat Imam At-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah.
88 Riwayat Imam Ath-Thabrani dalam Al-Kabir.
82
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
َف َل َر ُسو ُل ّللِا ﷺ َأ ْج َو ُد ِبا ْل َخ ْي ِﺮ ِم َن ال ِري ِﺢ، ُه ا ْل ُق ْرآ َن.اَ ْفَ ُلُي ْ َرد َاسَِرل ُِةس
“Rasulullah ﷺadalah orang yang paling dermawan dan
Baginda lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika
Jibril berjumpa dengannya. Dia (Jibril) berjumpa dengan
Baginda pada setiap malam bulan Ramadhan, lalu dia
(Jibril) bertadarus Al-Qur’an dengan Baginda. Rasulullah
ﷺlebih dermawan dengan kebaikan lebih daripada
angin yang berhembus.”89
Lebih banyak bersedekah pada bulan Ramadhan
bermaksud mencontohi akhlak sekaligus sunnah
Rasulullah ﷺyang sangat besar pahalanya.
Hakikatnya, Rasulullah ﷺmemang sudah terkenal
dengan kedermawanan Baginda hatta di luar
Ramadhan.
Daripada Sayyidina Anas bin Malik berkata:
.َكا َن الن ِبي ﷺ َأ ْش َج َع النا ِس َوَأ ْج َو َد النا ِس
89 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Ia juga diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, Imam An-Nasa’i, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu
Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Ath-Thabari, Imam Abu Ya’la,
Imam Abd bin Humaid dan Imam Al-Baghawi.
83
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Adalah Nabi ﷺorang yang paling berani dan paling
dermawan.”90
(b) Sedekah paling afdhal adalah pada bulan
Ramadhan
(54) Daripada Sayyidina Anas bin Malik, dia berkata:
Nabi ﷺ:
َص َد َقة ِف ْي: َأي الص َد َق ِة َأ ْف َض ُل؟ َقا َل ﷺ، َيا َر ُس ْو َل ال ِل:ِق ْي َل
.َرَم َضا َن
“Ditanya (kepada Rasulullah )ﷺ, “Wahai Rasulullah,
sedekah apakah yang paling afdhal?” Baginda
menjawab, “Sedekah pada bulan Ramadhan.”91
90 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
91 Riwayat Imam At-Tirmizi. Dia berkata, “Ini hadis gharib. Shadaqah
bin Musa bukanlah orang yang kuat hafalan menurut mereka (ahli
hadis).”
84
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(G) FADHILAT SAHUR
(Faedah):
“ = َس ُح ْورsahuur” ialah “ “ َما ُي ْؤ َك ُل ِفي َو ْق ِت الس َح ِرiaitu
apa yang dimakan (dan diminum) ketika waktu sahur.
Dalam erti kata lain “sahuur” ialah makanan yang
dimakan ketika bersahur.
“ = ُس ُح ْورsuhuur” pula ialah “ “ َا ْل ِف ْع ُل َو ُه َو َأ ْك ُل الس ُحو ِر
iaitu perbuatan iaitu makan makanan yang ada ketika
bersahur. Dalam erti kata lain “suhuur” ialah perbuatan
bersahur itu sendiri92.
(a) Keberkatan dalam sahur
(55) Daripada Sayyidina Anas bin Malik, sesungguhnya
Nabi ﷺbersabda:
.َﺗ َسح ُروا َف ِإن ِفي الس ُحو ِر َب َرَﻛ ًة
92 Lihat An-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Atsar, Imam Ibnu al-
Atsir, 2/347.
85
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Bersahurlah kerana di dalam sahur ada keberkatan.”93
(56) Daripada Sayyidina Salman al-Farisi, Rasulullah ﷺ
bersabda:
. ِفي ا ْل َج َما َع ِة َوالث ِﺮي ِد َوالس ُحو ِر:َا ْل َب َﺮَﻛ ُة ِفي َث َل َث ٍة
“Keberkatan itu ada pada 3 perkara: pada berjemaah,
tsarid94 dan makan sahur.”95
(57) Daripada Sayyidina Abdullah bin Al-Harits,
meriwayatkan daripada salah seorang sahabat Nabi ﷺ,
lalu dia berkata:
َب َرَﻛة ِإن َها :َف َقا َل ﷺ ،َو ُه َو َي َت َسح ُر َاأل ْعن ِب َطِيا ُﻛ ُمﷺ َع َلى َد َخ ْل ُت
.َت َد ُعو ُه َف َل،ّللُا ِإيا َها
“Aku telah berjumpa Nabi ﷺyang sedang bersahur, lalu
Baginda bersabda, “Sesungguhnya ia adalah suatu
93 Riwayat Imam Bukhari. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Ahmad, Imam Muslim, Imam At-Tirmizi, Imam An-Nasa’i, Imam Ibnu
Majah, Imam Al-Baihaqi, Imam Ath-Thabrani, Imam Ad-Darimi, Imam
Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam
Abdur Razzaq, Imam Abu Ya’la, Imam Abu Awanah dan Imam Ath-
Thayalisi.
94 “tsarid” ialah roti yang diremuk-remukkan, kemudian dicampur
dengan kuah daging
95 Riwayat Imam Ath-Thabrani dalam Al-Kabir.
86
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
keberkatan yang Allah berikan ia kepada kamu.
(Justeru), jangan tinggalkannya.”96
(b) Rahmat daripada Allah dan para Malaikat ke atas
orang yang bersahur
(58) Daripada Sayyidina Abu Sa’id al-Khudri,
sesungguhnya Nabi ﷺbersabda:
َوَل ْو َأ ْن َي ْج َر َع َأ َح ُد ُﻛ ْم ُج ْر َع ًة، َف َل َت َد ُعو ُه،َالس ُحو ُر َأ ْك ُل ُه َب َرَﻛة
. َف ِإن ّللَا َو َم َلِئ َك َت ُه ُي َصلو َن َع َلى ا َْ ُل َت َس ِح ِري َن،ِم ْن َما ٍء
“Makanan sahur, memakannya adalah satu keberkatan.
Maka, jangan tinggalkannya walaupun salah seorang
daripada kamu meneguk hanya seteguk air kerana
sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya merahmati
orang yang bersahur.”97
96 Riwayat Imam Ahmad dan Imam An-Nasa’i. Perawi-perawi
sanadnya tsiqah.
97 Riwayat Imam Ahmad.
87
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(H) FADHILAT IKTIKAF
(a) Mendapat pahala dua kali haji dan dua kali umrah
(59) Daripada Sayyidina Husain bin Ali berkata,
Rasulullah ﷺbersabda:
. َكا َن َﻛ َحج َت ْي ِن َو ُع ْم َرَت ْي ِن،َم ِن ا ْع َت َك َﻒ َع ْش ًرا ِفي َرَم َضا َن
“Sesiapa yang beriktikaf 10 hari pada bulan Ramadhan,
ia adalah seperti (mendapat pahala) dua kali haji dan
dua kali umrah.”98
98 Riwayat Imam Al-Baihaqi. Imam Al-Baihaqi mendhaifkannya dalam
Syu’b al-Iman dan Imam Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir.
88
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(I) FADHILAT LAILATUL QADAR
(a) Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan
Lailatul Qadar yang dianugerahkan Allah pada bulan
Ramadhan lebih baik daripada seribu bulan di bulan
lain.
Kelebihan Lailatul Qadar ini disebutkan dalam Al-
Qur’an.
Allah Ta’ala berfirman:
َل ْي َل ُة ا ْل َق ْد ِر. َل ُة ا ْل َق ْد ِر.ﺮ َوَِمم ْانَأَأْْدل َرا ِ َﻒك ََشم ْاه ٍَلرْي.ِإنا َأ ْن َ ْزل َنا ُه ِفي َل ْي َل ِة ا ْل َق ْ َدخِْير
”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran)
pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah
kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih
baik daripada seribu bulan.”99
Allah Ta’ala juga berfirman:
.ِإنا َأ ْن َ ْزل َنا ُه ِفي َل ْي َل ٍة ُم َبا َرَﻛ ٍة ِإنا ُﻛنا ُم ْن ِذ ِري َن
99 Surah Al-Qadr: 1-3.
89
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu
malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang
memberi peringatan.”100
Dalam hadis terdahulu, daripada Sayyidina Abu
Hurairah, Nabi ﷺbersabda:
ا ْف َﺘ َﺮ َﺽ ال ُل َع َل ْي ُك ْم، َش ْﻬر ُم َبا َرك،َق ْد َجا َء ُﻛ ْم َرَم َضا ُن
،ا َْلم َْﺠن ِح ُيح ِ ِرم َم،َأِْفلي ِِهﻒ َأ ْبَ َشوْاﻬ ٍُرب َخ َْيوُﺗﺮ ْﻐَِمل ُْنﻖ،وا ِف ُيبِها َْلل ْيَ َجلنةِة،َ ي ِ ُهت ْفا َلت ُﺢش َيِفاي ِ ِﻃهي َُأ ْنب،َ ِوُﺗص ََﻐيا َلم ُِهف
. َف َق ْد ُح ِر َم،َخ ْي َﺮ َها
“Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu,
suatu bulan yang diberkati. Allah mewajibkan puasa-
Nya ke atas kamu. Di dalamnya, dibuka pintu-pintu
syurga, ditutup pintu-pintu neraka Jahim dan dibelenggu
syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih
baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dihalang
daripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnya
dia memang terhalang.”101
100 Surah Ad-Dukhan: 3.
101 Riwayat Imam Ahmad, Imam Ishaq bin Rahawaih (Rahuyah),
Imam An-Nasa’i, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Abd
bin Humaid dan Imam Ath-Thabrani.
90
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
(60) Daripada Sayyidina Anas bin Malik berkata:
َه َذا الش ْه َر َق ْد ِإن ،: ٍﷺر.هي َلْ َْحيفََلَرقُةما َلََخخ ْْيي ََرﺮﺮ َُهِسما ِْوإنُلَلأ ْل َّملِ ْلِﻒحا ُرَوش ْمه،ُ ِ ََضوَاِوَف ُينل،،اَ َْدلح ََخخ َْيَضَل َﺮرُ ُﻛَكرَلْممُه
ُح ِرَم َها َف َق ْد ُح ِر َم َم ْن
“(Ketika) telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah
ﷺbersabda, “Sesungguhnya bulan ini telah hadir
kepada kamu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih
baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terhalang
daripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnya
dia telah terhalang daripada mendapat kebaikan
semuanya. Tidaklah dihalangi kebaikannya kecuali
kepada orang yang terhalang (daripada kebaikan).”102
(b) Diampunkan dosa jika membangunkan malam
Lailatul Qadar
(61) Daripada Sayyidina Abu Hurairah, sesungguhnya
Nabi ﷺbersabda:
ِم ْن َت َقد َم َما َل ُه ُغ ِف َر ،َوا ْح ِت َسا ًبا ِإ ْي َما ًنا ا ْل َق ْد ِر َل ْي َل َة َقا َم َم ْن
. َذ ْن ِب ِه
102 Riwayat Imam Ibnu Majah dan Imam Ath-Thabrani.
91
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Sesiapa yang berqiyamullail pada malam Lailatul Qadar
yang dilakukan penuh keimanan dan pengharapan,
diampunkan kepadanya dosa-dosanya yang telah
lalu.”103
Perbahasan tentang Lailatul Qadar
(a) Bila berlaku Lailatul Qadar?
Kebanyakan ulama’ mengatakan ia berlaku pada
sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan dan berlaku
pada malam yang ganjil.
(i) Daripada Sayyidatina Aisyah berkata:
.َن، َُلت َّحللِرْاوا َل ْيﷺَلُيَة َجا ْال َِوقُرْدِفِريِفا ْيل َاعْل َْعش ِْرشاِْر َلاَْواَل َِوخا ِِرخ ِِمر ْ ِنم َْرنَم َرَمَضا ََضنا:َوَي َُكقا َون ُلَر ُسﷺو
“Adalah Rasulullah ﷺberiktikaf pada sepuluh hari
terakhir daripada bulan Ramadhan dan Baginda
bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari
terakhir daripada bulan Ramadhan.”104
103 Riwayat Imam Bukhari.
104 Riwayat Imam Bukhari. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam
Malik, Imam Ahmad, Imam Muslim, Imam At-Tirmizi, Imam Al-
Baihaqi dan Imam Al-Marwazi.
92
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Catatan:
Kalimah “ “ َت َحرْواbermaksud “mencari dengan
bersungguh-sungguh dan semangat”.
(ii) Daripada Sayyidatina Aisyah:
ِفي ا ْل ِوْت ِر ِم َن ا ْل َع ْش ِر.َ َوتا َِحخ ِررْواِم َلْْينَل َ َرةَما ْل ََضقا ْ َد ِنر:َأن َر ُسو َل ّللِا ﷺ َقااَْلَل
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺbersabda, “Carilah
Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada
sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”105
(iii) Daripada Sayyidina Ibnu Abbas, sesungguhnya Nabi
ﷺberkata:
ِر ِفي.رَِفمي َضَاخاَ ِنم َلَْيسَلٍةَة َتاْبْل َ َقق ْىد،َ ِْفشيِر َاْس َلا َِبواَع ٍِخة َِتر ْب َِمق ْنى،ِا ْل َت ِمَتاُسِسو ََعه ٍاة ِفَت ْيب َاقْلىَع
“Carilah ia pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan
iaitu Lailatul Qadar, pada sembilan hari yang berbaki,
105 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. Hadis ini diriwayatkan
juga oleh Imam Ahmad, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Abi Syaibah,
Imam Ibnu Hibban, Imam Al-Humaidi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ath-
Thayalisi dan Imam Al-Baghawi.
93
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
pada tujuh hari yang berbaki, pada lima hari yang
berbaki.”106
Mengikut lafaz daripada Imam Ahmad:
ا ِس َع ٍة َت ْب َقى َأ ْو.ِا ْل َت ِم ُسوا َل ْي َل َة اَْخل َاقِمْد َِرس ٍِفةيَت ْاب ْلَق َعى ْ َأش ْ ِور اَس َلاَِبوا َعِ ٍخة َِرت ِْبف َقي َتى
“Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh yang akhir
(daripada Ramadhan), pada sembilan yang berbaki atau
pada lima yang berbaki atau pada tujuh hari yang
berbaki.”
(iv) Daripada Sayyidina Ubadah bin Ash-Shamit berkata:
ََفف ََتافَْلَتََتل َِلمح َُىحسىَرو َُُفجهََا ِللفِينن،،، َيَخَُكَسر ِوْب َجَلنْيَُلتَِخةِْي ًُلاﺮْاْلخََِلبق َُْﺮكُدﻛِْرمْم.نةنا:ِْ َاِوَللاوُْينلَِع َْب َخخسِيبا َِﺮمىاََألسﷺ.لرس ِلِفا ِاَبقَعاَع َِْلةتﷺ.ُعَُِْسسةِولِإَوِونمَُاهيللاَّن،ََاِمَولُخفَتََنار َلِجا َْسنَلُر
“Rasulullah ﷺkeluar untuk memberi tahu orang ramai
tentang Lailatul Qadar, tetapi, ada dua orang lelaki
daripada kaum muslimin bertengkar. Nabi ﷺbersabda,
“Aku keluar untuk memberitahu kamu (tentang Lailatul
106 Riwayat Imam Bukhari, Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.
94
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
Qadar), tetapi fulan dan fulan bertengkar. Ia (Lailatul
Qadar) sesungguhnya telah diangkat kembali. Semoga
ia lebih baik kepada kamu. Maka carilah ia pada malam
ke sembilan (yang berbaki), ke tujuh (yang berbaki) dan
ke lima (yang berbaki).”107
(v) Daripada Sayyidina Ibnu Umar berkata, “Rasulullah
ﷺbersabda:
،ح ُد ُﻛ ْم َأ ْو َع َج َز.َ ى اَفلِإ ْسن ْب ِعَضا ُْلع َب ََوﻒاِقَأي،ِا ْل َت ِم ُس ْو َها ِفي ا ْل ََعف َ ْشل ُِير ْاﻐَْل ََبل َوان ِ َخع َِلر
“Carilah ia (Lailatul Qadar) pada sepuluh hari terakhir
(bulan Ramadhan). Jika salah seorang daripada kamu
tidak mampu atau lemah, maka jangan sampai terluput
tujuh hari yang berbaki.”108
(vi) Daripada Sayyidina Abu Hurairah:
َل ِإَةنَِهفاي َلاْْي َلَلُْرة َِسﺽا َِأب َْﻛعَثٍ ُةﺮ َأ ِْمو ْن:لِ ْري. ِإﷺ َنقاا ََْ َللََعِفَلِدئيِ َدَكل ْاَيْةَلل ِِتَْةحلا ََْلصكَقا ْىلد،َتا َأِسن َعَ ٍرةُسَووِع َل ْشّلِرليِا َن
107 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad.
108 Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
95
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺberkata tentang Lailatul
Qadar: Sesungguh ia berlaku pada malam ke-27 atau
ke-29 (bulan Ramadhan). Sesungguhnya Malaikat pada
malam itu berada di bumi lebih banyak daripada
bilangan batu-batu kecil.”109
Pendapat jumhur
Jumhur ulama’ mengatakan ia berlaku pada malam
yang ke-27 berdasarkan beberapa hadis antaranya:
(i) Daripada Sayyidina Zir bin Hubaisy berkata:
عذنا:.ََواَقَوَمأَسا ِمْئنُبٍََهٍْسل:ُلْن،يَشنأََْأِبَسرَانأَُهلعناَْاهَايْوََاَلٍتلَُتدْوِنَاكَْليطِ ُِْذَيُل َلخقِلُرعُِاروة؟َلي،ِْْفلكَليَلأِياََاْْرباكاسََْلَتدَنَْيثعَِأاﷺَنم:ِووََأقوَُلخنَاَُهال َلالََّذ،نُقﻒََسَفأ،َُر،حءداَالَِِإرََنت:َلييِيََفُةثََُأرقََاْشمْْمللخ ََب ُْقََيتضﺮٍََْن.ت،ةِنَربهيٍاِاَبلَبلَِِأْنيف:عبُوَيِلقانِْْعلَِْ َملَْصﻛُيَشأتِْْع.ََََُِْوألعيدََْهوْلَباف.ٍَََََِْأليب َوَُْايلْمسقَِللَعاِأ َُُْلعمِْةَإششنُاَلِْعُتَرلهَميا َُسِأََحََْةعببقن
109 Riwayat Imam Ahmad.
96
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Aku telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab, lalu aku
berkata, “Sesungguhnya saudaramu, Ibnu Mas’ud
mengatakan, “Sesiapa yang qiyam selama setahun
penuh, maka dia akan mendapat Lailatul Qadar.” Dia
(Sayyidina Ubay) berkata, “Dia mahu supaya orang
ramai tidak bersandar (kepada malam tertentu untuk
mendapatkan malam tersebut) sedangkan dia
sesungguhnya benar-benar tahu bahawasanya ia
(Lailatul Qadar) berlaku dalam bulan Ramadhan. Ia
sesungguhnya berlaku pada sepuluh hari terakhir dan
sesungguhnya ia berlaku pada malam kedua puluh
tujuh.” Lalu aku bertanya, “Dengan apakah kamu
mengatakan perkara tersebut wahai Abu al-Munzir?” Dia
(Ubay) menjawab, “Dengan tanda atau petunjuk yang
telah diberitahu oleh Rasulullah ﷺkepada kami iaitu
sesungguhnya (matahari) pada (pagi) hari itu (setelah
berlaku Lailatul Qadar malam tadi), tidak banyak
sinarannya (iaitu tidak terik).”110
(ii) Daripada Sayyidina Ubay bin Ka’ab berkata:
بََهماا َرَُترَهُاس َأو ُْلن.َنل َاَهوَاِأ،َُةََوالِعل ِ ُْتششي َِعرَيأا ََمَنعَر،َيهاَِحَهبَِْيةي اََلضسلْابْيٍََءلع،َيِهَْصوَيِِبم َأي َل ْي َل ٍة ِإ ِني َ َل ْع َل ُم،َوّللِا
ِه َي َل ْي َل ُة ي،َتّللِْط ُال َع اﷺل ِبشِقْ َميا ُِم َسه ِاف
َص ِبي َح ِة
110 Riwayat Imam Muslim.
97
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Demi Allah, aku tahu malam apakah ia (berlaku). Ia
adalah malam yang Rasulullah ﷺmenyuruh kami
menghidupkannya dengan qiyamullail padanya iaitu
malam pagi 27 (Ramadhan). Tandanya ialah matahari
terbit pada pagi harinya dengan cahaya putih, tidak ada
sinaran yang terik.”111
(b) Tanda Lailatul Qadr
Tanda yang menjadi ittifaq ulama’ ialah jika malamnya
telah berlaku Lailatul Qadar, maka pagi esoknya cahaya
matahari tidak terlalu kuat atau terik seperti yang telah
disebutkan di dalam dua hadis tadi iaitu riwayat
Sayyidina Zir bin Hubaisy dan riwayat Sayyidina Ubay
bin Ka’ab.
(c) Doa dibaca pada malam Lailatul Qadar
Daripada Sayyidatina Aisyah berkata:
ْفَمَاو،كت َأُع ُيف ٌَّلو ْي ََلﻛٍةِريَل ْيمَل ُتُة ِحا ْل َقب ْادْلِر َع.َُات َاِْإعل ْل ُنُهﻒ َمعَِلِعإِْنمني:َ َأُقَ َرأوِْيل َيف،: َِفيياَه َار؟ُس َقوا َ َللّللِاﷺ:َأُقُْقلوُ ُتل
111 Riwayat Imam Muslim.
98
66 Hadis Fadhilat Ramadhan
“Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, menurutmu sekiranya
aku tahu (bertemu) dengan mana-mana malam Lailatul
Qadar, apakah yang aku akan baca dalamnya?”
Baginda menjawab, “Bacalah (ertinya): “Ya Allah,
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan
Maha Mulia, Engkau suka kepada pengampunan. Maka,
ampunkanlah diriku.”112
112 Riwayat Imam At-Tirmizi.
99