The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marajik lil talib, 2024-06-01 22:18:58

PAK21 & BBM

PAK21 & BBM

TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 AKTIVITI PEMBELAJARAN 07 AKTIVITI PEMBELAJARAN Exit Ticket Aktiviti penutup dalam PdPc adalah satu fasa yang mana guru akan meninggalkan murid dengan sesuatu XQWXNGLÀNLUNDQPHUDQFDQJXQWXNWLQGDNVXVXOGDQHPPEXDWUHÁHNVL3DGDSHULQJNDWLQLSHQLODLDQWLGDNODJL berlaku. Sebaliknya, murid hanya menilai diri sendiri sejauh mana mereka memahami tajuk dan mengenal kekuatan dan kelemahan dalam mempelajari tajuk atau topik pada hari tersebut. Apabila perlu membuat UHÁHNVLWLGDNODKEHUPDNVXGPXULGSHUOXEXDWNDUDQJDQ0XULGEROHKEXDWDNWLYLWLVHPXGDKPHODNDUWDKDS kefahaman mereka, meletakkan nombor nilai tahap kefahaman mereka atau sekadar menulis apa yang mereka faham atau tidak faham. Slot Exit Ticket dibuat pada fasa penutup PdPc lebih kurang antara 5-7 minit terakhir. Aktiviti sebegini dipanggil Exit Ticket. Exit Ticket adalah satu alat untuk murid mengukur kefahaman mereka. Guru boleh menetapkan bentuk maklum balas yang perlu murid buat. Mungkin soalan ringkas, ayat-ayat mudah atau nilai tahap kefahaman. Guru juga boleh buat kuiz mudah. Namun Pentaksiran Bilik Darjah guru tidak boleh bersumberkan ini. Sepatutnta Exit Ticket hanyalah bersifat retorik iaitu hanya untuk membangkitkan persoalan kendiri kepada murid itu sendiri. Guru-guru boleh cuba soalan seperti: 1. Kuiz. 2. Apakah yang paling kamu suka tentang topik hari ini? Apakah yang paling kamu tidak suka? 3. Nyatakan 3 perkara penting daripada topik ini? 4. Apakah satu perkara yang ingin kamu mahu tahu lebih lanjut? 5. Bagaimanakah kamu akan gunakan pelajaran hari ini dalam kehidupan seharian kamu? 6. Apakah yang kamu masih belum faham? ..dan bermacam-macam lagi. Bagi murid lemah, guru boleh buat soalan dengan memerlukan makluma balas dalam bentu seperti menanda pada emoji berkenaan, melakar graf dan sebagainya. 1. Murid lebih peka dengan cara mereka belajar. 2. Murid memberi perhatian kepada apa yang me reka perlu kuasai. 3. Murid mengambil penting apa yang mereka pela jari pada hari tersebut. 4. Membuka ruang kepada guru untuk mendapat kan maklum balas daripada murid dengan lebih terbuka. 5. Guru dapat mengenal cara murid belajar dengan lebih baik. 6. Memudahkan guru dalam menilai murid secara keseluruhannya. Membantu dalam pertimbangan profesional guru walaupun secara tidak langsung sebagai markah untuk Pentaksiran Bilik Darjah. 7. Memberi ruang kepada murid pendiam. 8. Melatih murid terbuka dalam memberi pendapat GDQPHPEXDWUHÁHNVLNHQGLUL 1. Guru boleh tampal di dinding jika nama tidak di minta untuk ditulis pada kertas. 2. Di simpan untuk rujukan. 3. Murid simpan sendiri tetapi guru perlu melihat satu persatu setiap murid. Begitulah sebenarnya buat Exit Ticket. Sangat membantu dan santai. Baik untuk murid dan baik untuk guru. Apakah itu Exit Ticket? Bentuk soalan-soalan Exit Tickets Kebaikan Exit Ticket Apa patut buat dengan kertas Exit Ticket Murid? 151


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 ict BAB 8


15 Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 ICT 08 ICT Penggunaan Peranti & Teknologi dalam PdPc Hasil daripada undian guru, rata-rata berpendapat bahawa sambungan internet merupakan cabaran utama bagi guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam PdPc. Internet adalah komponen utama utama dalam keperluan ICT kerana keperluan menggunakan media daripada sumber internet dan laman web. Hal ini juga penting untuk aktiviti kolaboratif secara digital semasa PdPc berjalan. Selain daripada itu, 21% menyatakan kecukupan peralatan ICT menjadi punca aktiviti ICT kurang berjalan lancar di sekolah. Ketiadaan alatan seperti projektor atau SMART TV menyukarkan guru untuk memaparkan bahan media. Jika murid perlu menggunakan bahan teknologi dan berinteraksi digital, bilangan PC, komputer riba ataupun tablet yang terhad menyebabkan murid perlu berkongsi dan penglibatan murid secara maksimum tidak dapat dijalankan. 153


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 09 ICT 08 ICT Penggunaan Peranti & Teknologi dalam PdPc Berikut ialah beberapa saranan untuk mengatasi 2 cabaran utama di atas: 1. Sambungan internet: Naik taraf kualiti dan kapasiti internet. Walaupun memakan kos tapi ia amat menjimatkan masa, mengurangkan beban guru menyediakan ABM dan BBM serta memudahkan pengumpulan data. PBD juga dapat dijalankan dengan lebih kemas dan ada evidens dengan penggunaan pelbagai apps dan laman web pentaksiran. 2. Kecukupan peralatan Keperluan guru Sediakan Smart TV atau projektor yang bersesuaian sekurang-kurangnya mengikut pantia atau bilik. SMART TV tahan lebih lama tetapi memakan kos tinggi. Namun ia lebih terang dan jelas. Projektor pula boleh diletakkan secara kekal atau mudah alih. ,D OHELK ÁHNVLEHO 1DPXQ GLVDUDQNDQ XQWXN meletakkan projektor secara kekal dalam bilik-bilik tertentu untuk kemudahan pergerakan guru. Sediakan juga 2 atau 3 projektor untuk mudah dialihkan. Nak tahu dan bincang lebih lanjut tentang ini, bincangkan di t.me/mudahmengajar Keperluan murid Sediakan komputer riba yang mudah dan ringan untuk digunakan dan rendah kos penyelenggaraan seperti Chromebook. Antara model yang sesuai ialah Lenovo N21 dan Lenovo N21. Penyediaan dengan nisbah 1 Chromebook untuk 3 orang murid (1:3) pun sudah memadai. Harga seunit lebih kurang RM300-400 sahaja (refurbished). Boleh dapatkan dalam Lazada. Nak tanya testimonial guru-guru, join t.me/chromebookmy 154


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 09 Bermula Dengan Teknologi ICT 08 ICT Kenapa orang guna teknologi? Bila sebut teknologi, kita terbayang gajet, apps, software dan laman web. Kenapa agaknya orang guna semua ini: Mudah menyampaikan mesej dan maklumat. Cepat menyudahkan urusan. Maklumat boleh diakses di mana-mana. Mudah memahami sesuatu konsep sbb ada video, audio dan mengkin imej 3D. Menyeronokkan sbb ada interaksi dua hala. Menjimatkan masa membina sesuatu. Bagaimana saya nak buat semua ini? 1. Simpan Nota di Digital Platform Simpan nota peribadi dengan aplikasi seperti Google Keep Notes, Microsoft One Note ataupun Evernote. Dengan username dan password, semua nota anda selari dalam semua platform. Cikgu boleh kemaskini nota dalam telefon dan kemaskini juga berlaku di laman web aplikasi-aplikasi tersebut. Dengan itu, cikgu lebih cekap dalam menguruskan kehidupan seharian. 2. Simpan password dan laman web penting Untuk menyimpan senarai password dan alamat URL cikgu ada 3 pilihan. Taip secara manual dalam Google Keep Notes Apabila cikgu melayari laman web, dengan pe layar web Chrome, bila mana cikgu masukkan password, akan muncul pop up meminta izin cik gu untuk ingat password. Tap Yes sahaja. Jadi next time, cikgu tidak perlua masukkan password lagi. Jika ada alamat URL yang cikgu nak simpan, cikgu bookmark kan. Gunakan aplikasi Last Pass yang boleh menyim pan semua password anda. 3. Simpan gambar jadual dan senarai nama murid. Untuk ini, anda ada 3 pilihan: Simpan gambar jadual dan senarai nama murid dalam Google Keep. Masukkan dalam app Google Docs Guna app Timetable 4. Simpan gambar yang mana boleh cikgu akses di mana-mana sahaja. Usah risau jika anda perlu selalu mengambil gambar. Ambl dan simpan sahaja dengan app Google Photos. Ia memudahkan carian juga. Semua gambar anda boleh disimpan secara Cloud tanpa had. Malah enjin cariannya juga sangat efektif. Taipkan sahaja perkataan dan ia boleh meneliti gambar-gambar yang ada, Yang paling best ialah anda boleh melihat semua gambar anda di laman web. Dengan itu, cikgu mudah mengakses gambar-gambar anda. 5. Uruskan apps dalam telefon dalam bentuk folder. Cantumkan semua apps yang untuk tujuan yang sama untuk membentuk folder. Jadi senang nak cari. 6. Pelajari cara jimat data dan bateri telefon. Rujuk: https://mudahmengajar.blogspot.com/2019/ 03/tips-jimat-data-battery-smartphone.html Apa pilihan yang saya ada kalau nak bermula dengan teknologi? Bila sebut teknologi, kita terbayang gajet, apps, software dan laman web. Kenapa agaknya orang guna semua ini: Simpan nota peribadi. Simpan password dan alamat laman web penting. Simpan gambar jadual dan senarai nama murid. Simpan gambar yang mana boleh cikgu akses di mana-mana sahaja. Uruskan apps dalam telefon dalam bentuk folder. Pelajari cara jimat data dan bateri telefon. Buat susunan video Youtube yang nak ditonton. Ramai guru bertanyakan. Bagaimana saya boleh bermula? Saya ada banyak kekangan. Di sekolah tiada internet, di makmal komputer tak cukup komputer. Saya dah tua? Saya tak ajar Sains Komputer. Saya bukan membesar di bandar utama dan bermacam-macam lagi. Hal ini bukanlah alasan semata-mata tetapi hakikat yang dihadapi oleh guru. Jika guru hendak bermula membiasakan diri dengan teknologi, ada banyak pilihan yang boleh diambil untuk bermula. Soalannya, kenapa saya perlu bermula????? 155


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 09 ICT 08 ICT Bermula Dengan Teknologi 1. Simpan Nota di Digital Platform Simpan nota peribadi dengan aplikasi seperti Google Keep Notes, Microsoft One Note ataupun Evernote. Dengan username dan password, semua nota anda selari dalam semua platform. Cikgu boleh kemaskini nota dalam telefon dan kemaskini juga berlaku di laman web aplikasi-aplikasi tersebut. Dengan itu, cikgu lebih cekap dalam menguruskan kehidupan seharian. 7. Buat susunan video Youtube yang nak ditonton. Hal ini sangat penting. Bukan sahaja menjimatkan masa malah memudahkan cikgu mencari video-video dalam topik yang sama. Buat playlist dalam app Youtube. Kemudian boleh download juga untuk tonWRQDQVHFDUDRIÁLQH Bagaimanakah menggunakan apps urusan dalam kehidupan seharian ini membantu saya memahami dan menggunakan teknologi yang akan digunakan dalam pdpc? 1. Cikgu akan dapat lihat bagaimana semua apps ini juga digunakan untuk pengurusan bahan pdpc. Jika cikgu ada laptop dan projektor. cikgu hanya papar sahaja bahan-bahan yang sudah tersedia tersimpan dengan kemas. 2. Cikgu mudah membuat perekodan dalam bentuk gambar dan juga video. Yang mudahnya cikgu juga boleh kongsikan apa yang berlaku dalam kelas kepada murid melalui Whatsapp Group, Telegram dan Frog VLE. 3. Layout dan desain aplikasi pdpc sebenarnya hampir sama. Semuanya dimulakan dengan Sign Up, kemudian masuk ke dashboard atau homepage dan mula untuk create. 4. Dalam membina Youtube Playlist, aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama dengan murid. Bukan sahaja murid sudah bantu cikgu bina koleksi BBM video malah murid sendiri belajar bahawa mereka sendiri pun boleh mengumpulkan bahan-bahan untuk mereka belajar. 5. Sesudah cikgu menggunakan semua apps ini, cikgu akan fokus kepada gajet yang dapat memenuhi semua keperluan apps ini. Adakah cikgu nak tablet sahaja, telefon sahaja, laptop biasa, laptop boleh lipat atau laptop ada kamera belakang. Tahukah anda bahawa semua apps untuk pengurusan aktiviti harian cikgu itu boleh juga menjadi aplikasi yang murid guna dalam pdpc? 6HQDUDLNDQVHPXDDSSVWDGLGDQÀNLUNDQEDJDLPDQD cikgu boleh gunakan bersama-sama dengan murid..... 156


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 09 ICT 08 ICT Memotivasikan Murid Menggunakan ICT Antara puncanya adalah: Murid tidak pernah menggunakan apps, perisian atau laman web yang digunakan Navigasi dan layout yang agak sukar difahami Masalah teknikal pada peranti Sambungan internet yang tidak stabil Penggunaan ICT secara pasif dna tiada komuni kasi Bilangan peranti yang terhad Semua yang dinyatakan di atas adalah secara umum. Tidak semua ini merupakan punca murid tidak mahu menggunakan ICT dalam kelas. Apa yang penting sekarang ialah, apakah peranan guru untuk mengatasi masalah ini. Guru hendaklah: Pada kebanyakan situasi, guru bersemangat untuk menggunakan ICT dalam PdPc. Malangnya, murid pula tidak bersedia untuk menggunakan ICT untuk belajar. Murid tidak memberikan kerjasama. Hal ini menyukarkan guru sehingga banyak mengambil masa dan merencatkan perjalanan PdPc. Apakah punca murid tidak selesa untuk menggunakan ICT? alamat url QR Code Kod akses pelayar internet GDQDSD VDKDMD\DQJGLÀNULNDQEHUVesuaian Menggunakan aplikasi, perisian atau apps yang mudah. Mulakan dengan aplikasi daripada laman web kerana antaramukanya lebih mudah difahami. Rujuk t.me/mudahmengajar untuk se narai aplikasi. Bagi murid yang kurang mahir atau tidak biasa, biasakan dengan cara navigasi yang mudah. Contohnya memasukka alamat pada alamat URL. Jika terlalu panjang, gunakan link shortener seperti gg.gg/ . Jika murid menggunakan telefon pintar, gunakan QR Kod. Jika mereka ada dalam Whatsapp group, berikan link sahaja. Ajar murid perkara asas seperti apa itu: Gunakan peranti yang berada dalam keadaan baik. Jika bilangannya tidak banyak, boleh cuba untuk mengamalkan Blended Learning yang mana murid boleh berkongsi peranti, contohnya 1 peranti 3 atau 4 orang murid. Pastikan murid ada interaksi dengan bahan ICT. Jika ianya adalah gambar, berikan tugasan speVLÀNDSD\DQJPXULGSHUOXEXDWGHQJDQJDPEDU itu. Mungkin membuat catatan, persepsi atau karangan. . Bantu murid menggunakan alatan dan peranti. Pantau dan selia. Jadikan amalan menggunakan ICT dalam PdPc seminggu sekali walaupun sekadar untuk bermain Quizizz dan menonton youtube. 157


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY BAB 9


15 Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Hari ini Mudah Mengajar ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu beberapa sumber untuk meningkatkan pengetahuan kandungan terutamanya untuk subjek yang anda ajar. Di samping itu, terdapat juga pelbagai sumber ilmu untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan sumber, alatan dan teknologi di dalam kelas. Kebanyakannya adalah adalah dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun terdapat sumber-sumber lain. 01 02 03 04 05 Ted ialah satu portal video yang menyediakan pelbagai ceramah dan bual bicara berkaitan pendidikan. Terdapat perbincangan isu, cabaran, aspirasi yang disediakan dalam portal tersebut. Layari: https://www.ted.com Nak tahu perkembangan tips&tricks teknologi terkini, layari How To Geek. Semestinya ada panduan dan ‘tweaks’ yang dapat anda pelajari setiap hari. https://www.howtogeek.com Edutopia ialah satu portal pendidikan pilihan Mudah Mengajar. Terdapat pelbagai tips dan panduan diberikan merangkumi pengurusan bilik darjah, ‘differentiated learning’, kurikulum, pengunnaan teknologi dalam PdPc serta banyak lagi. Navigasi juga mudah, senang untuk cikgu-cikgu melihat senarai topik yang ada. Portal ini adalah khas untuk sekolah rendah. https://www. edutopia.org/ Mahu kursus-kursus menarik tetapi tiada masa untuk menghadiri semua itu? Pergi sahaja ke Coursera. Anda boleh pilih kursus yang anda suka dan belajar secara online. Kebanyakan kursus ada tempoh masa dan juga ujian yang disediakan. Setelah selesai, cikgu-cikgu boleh dapat sijil. Bagaimanapun, kursus yang percuma tidak banyak dan terhad. Anda boleh cuba dahulu sebelum pergi kepada kursus-kursus yang lebih popular. Namun, harganya jauh lebih murah berbanding kursus di kampus. https://www.coursera.org/ Semua penjawat awam boleh memohon mengikuti kursus secara talian di EPSA. Hanya perlu masukkan no ic dan password, kemudian pilih kursus yang diminati. http://www.epsa.gov.my/ TED How To Geek Edutopia Coursera EPSA 15 Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi 1


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 06 07 08 09 10 11 Dalam Telegram Mudah Mengajar, terdapat pelbagai perkongsian ilmu khasnya dari segi pedagogi. Cikgu-cikgu boleh bertanyakan sebarang soalan dan inshaAllah ramai yang akan bantu. Malah ramai juga guru-guru yang berkongsi amalan terbaik mereka. Join di t.me/mudahmengajar Dalam Nota Digital Classroom, anda disajikan dengan dengan nota-nota penting tentang alatan teknologi serta penggunaannya di dalam kelas. Sangat membantu dan berinformasi. Join Chanbel Telegram ini di https://t.me/ notadigitalclassroom Siapa tidak kenal dengan Cikgu Hailmi, ikon PA21 kita. Beliau banyak berkongsikan amalan terbaik PdPc di blog beliau yang pengunjungnya telah mencecah 22 juta orang. www.cikguhailmi.com Seperti juga Edutopia, TES adalah portal sumber PdPc anda. Terdapat ruangan gallery dan media untuk anda tonton dan muat turun. https://www.tes. com/teaching-resources Mahu lebih ilmu tentang pencerapan dan PdPc, layari eguru. Banyak video yang disediakan sebagai panduan. Bagaimanapun, kebanyakannya masih mengikut konstruk SKPM2010 yang lama. Oleh itu, untuk panduan mengikut SKPMg2, layari http://www.mudahmengajar.com/2017/06/video-pdpc-mengikut-aspek-dalam-skpmg2.html Tak BEST kan bila kelas pasif dan tdiak aktif. Mari dapatkan idea bernas untuk menjadikan kelas anda happening dan aktif dengan Go Noodle. Idea-idea dan video-video sangat bermanfaat dan menyeronokkan. https://www.gonoodle.com Telegram Mudah Mengajar Nota Digital Classroom Cikguhailmi.com TES eGuru Go Noodle 15 Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 159


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 12 13 14 15 Tidak perlu pergi lebih jauh, gunakan YouTube sahaja. Dengan cabang YouTube Edu, anda dapat melanggan vide-video khas dan berfokus kepada pendidikan sahaja. https://www.youtube.com/education Sebagai sumber tambahan, Teacher Training Videos banyak berkongsi video-video untuk pembangunan guru dan CPD. Portal ini sangat sesuai untuk SISC+ Pegawai Akademik, barisan pentadbiran dan guru-guru sendiri. http://www.teachertrainingvideos.com Khan Academy menyediakan pelbagai kursus percuma yang bukan sahaja sesuai untuk guru tetapi juga murid. https://www.khanacademy.org/ Teach Thought juga adalah satu pilihan sumber pengetahuan kandungan dan pendidikan cikgu-cikgu. Ia mudah dilayari dan artikel yang ditulis lebih ringkas dan mudah difahami. http://www.teachthought.com/ YouTube Edu Teacher Training Videos Khan Academy Teach Thought 15 Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 160


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Apa Gunanya Analisis Skpmg2 Hari ini Mudah Mengajar ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu beberapa sumber untuk meningkatkan pengetahuan kandungan terutamanya untuk subjek yang anda ajar. Di samping itu, terdapat juga pelbagai sumber ilmu untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan sumber, alatan dan teknologi di dalam kelas. Kebanyakannya adalah adalah dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun terdapat sumber-sumber lain. Berdasarkan analisis aspek yang kurang dikuasai guru dapat memberikan petunjuk perkara apa yang perlu dibincangkan dalam PLC dan seterusnya menjadi topik utama perkongsian ilmu. Pihak pentadbir boleh membuat Learning Walk untuk memantau perkembangan semasa prestasi PdPc guru. Dengan adanya analisis SKPMg2, Learning Walk boleh diasaskan kepada aspek tertentu sahaja. Ia lebih mudah dan berfokus dan bukannya membuat pemerhatian dan catatan berdasarkan semua aspek dalam SKPMg2 Standard 4 guru. 7LGDN GLQDÀNDQ DGD VHVHWDQJDK JXUX PHQJKDGDpi kesukaran untuk mendapatkan skor yang tinggi pada aspek tertentu contohnya 4.6 Penglibatan Aktif Murid. Jika ia sukar untuk dikuasai, sekurang-kurangnya guru cuba mendapatkan skor penuh pada aspek-aspek mudah seperti 4.1, 4.2 dan seterusnya. LDP dapat dibina untuk pihak pentadbir merangka LDP peringkat sekolah dalam bentuk bengkel. Malah latihan juga boleh berdasarkan situasi di sekolah sendiri. 2. Asas untuk LDP 3. Asas untuk Learning Walk 4. Membina strategi pemarkahan PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 1. Asas untuk PLC 161


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Apa Gunanya Analisis Skpmg2 Dengan pencerapan guru, markah SKPMg2 Standard 4 yang dianalisis dapat menunjukkan kekuatan guru. Kapasiti dan bakat guru dapat dikenalpasti. Hal ini boleh membantu menentukan guru mana yang sangat berkebolehan mengurus murid lemah, guru yang mampu mengawal murid, guru yang mahir ICT, guru yang kreatif dan inovatif dan sebagainya. 5. Mencari kekuatan guru SKPMg2 juga mampu membentuk analisis keperluan bahan BBM. Hal ini dapat dlihat apabila guru menhadapi kesukaran semasa dalam kelas dalam menyediakan bahan BBM. Cara terbaik menyediakan bahan BBM ready to use agar guru dapat menjalankan 3G3FWDQSDEDQ\DNSHUVHGLDDQÀ]LNDO 6. Merancang penggunaan dan perolehan bahan BBM PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 162


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Pineapple Chart (Alat Pembangunan Professional Guru Hal ini kerana buah nenas dahulunya dikenali sebagai buah yang agak mahal untuk didapatkan. Oleh itu, apabila carta nanas ini dibuat, ia seolah-olah menunjukkan guru-guru menjemput guru-guru lain menikmati sesuatu yang penting dan bermakna dengan hati yang terbuka. Menarik kan? Ia sesuai diletakkan di kawasan utama dan mudah dilihat. Contohnya pintu depan masuk pejabat, lobi ataupun bilik guru. Guru-guru lain akan memilih kelas yang mereka mahu kunjungi. Guru yang dikunjungi mungkin akan menggunakan kaedah baru atau mendemostrasi sesuatu konsep dalam PdPc. Dalam erti kata lain, hal ini sudah jadi mcm PLC. Guru yang menjalankan PdPc tidak perlu menyediakan sebarang dokumen atau bahan bertulis untuk para pengunjung. Guru-guru yang bertandang pula hanya perlu hadir secara tidak formal. Malah mereka boleh buat apa sahaja seperti tulis nota, buat kerja masing-masing dan apa sahaja asalkan tidak menggangu guru yang mengajar.. Guru-guru boleh berkongsi pemerhatian mereka melalui PLC dan LDP. Malah ia boleh diteruskan sebagai kunjung balas yang mana guru yang telah berkunjung tadi pergi pula untuk membuat kaedah yang sama yang dipelajari daripada guru lain tadi. Dengan pencerapan guru, markah SKPMg2 Standard 4 yang dianalisis dapat menunjukkan kekuatan guru. Kapasiti dan bakat guru dapat dikenalpasti. Hal ini boleh membantu menentukan guru mana yang sangat berkebolehan mengurus murid lemah, guru yang mampu mengawal murid, guru yang mahir ICT, guru yang kreatif dan inovatif dan sebagainya. Mengapa Nenas? Di manakah letaknya carta ini? Apa yang akan berlaku? Apa persediaan yang perlu ada? Bagaimana dengan tindak susul seterusnya? Mengapa Pineapple Chart ini menjadi di kebanyakan sekolah? PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 1. Tidak Formal Hal ini menjadikan guru-guru kurang merasa terbeban dengan aktiviti ini. Ia bersifat lebih kepada ‘friendly visit’ sesama guru. 2. Ada perkongsian Dengan adanya perkongsian, apa yang dipelajari tidak sekadar untuk pemerhatian sahaja tetapi diamal dan dikongsikan. 3. Tiada dokumentasi Dokumentasi boleh menjadi beban. Guru-guru menjadi terpaksa untuk menyediakan laporan. 4. Bukan ‘observation’ Walaupun ia satu pemerhatian tetapi bukan ‘observation’ kerana tiada dokumen untu ditanda ataupun borang pemerhatian yang perlu diisi. Ia lebih kepada untuk guru lain belajar sesuatu melalui pemerhatian. 5. Sokongan pentadbir Pentadbir memberi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam proses ini. 6. Bermula dengan GC (Guru Cemerlang) Umum mengetahui, GC adalah guru-guru yang terbukti memlikik kemahiran tinggi dalam PdPc, oleh itu mereka boleh dijadikan barisan pertama yang akan menawarkan kelas mereka untuk dikunjungi. Lama-kelamaan guru-guru lain juga akan mengikut jejak langkah mereka. 163


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Pineapple Chart (Alat Pembangunan Professional Guru 7. Tiada penetapan masa Guru-guru yang datang tidak perlu duduk dalam kelas terlalu lama. Mereka boleh hanya duduk seringkas 5 minit atau 10 minit bergantung kepada aspek mana dalam PdPc itu yang ingin mereka lihat. Mungkin penggunaan sesuatu apps Edu, kaedah makmal, teknik penyoalan dan sebagainya. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 164


TEROKAI DUNIA BARU PAK 21 p r o f e s s i o n a l Learning community 09 Learning Walks: Satu Kaedah menambah Idea PdPc GDQ5HÁHNVL Kaedah : Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Guru-guru masuk ke dalam kelas dan berada di belakang. Tempoh masa : Tidak lebih dari 5 minit untuk satu keODV ÁHNVLEHO  Bahan : Borang pemerhatian (Boleh gunakan Google Form) Salah satu perkara dalam TS25 ialah pihak pentadbir sekolah menjalankan Learning Walks. Learning Walks membantu pihak pentadbir mengenal pasti punca bagi sesuatu isu dan datang dengan intervensi khusus. Pemimpin pertengahan atau middle leaders juga menjalankan Learning Walks untuk mengenal pasti punca dan inetrvensi isu dalam panitia. Dari manakah untuk pihak pentabir dan pemimpin pertengahan boleh mengetahui apakah isu yang berlaku? Ada 3 sumber isu dalam subjek atau panitia. Setelah 3 sumber ini dikenalpasti dan ada isu keputusan murid merudum, latihan yang kurang atau markah pencerapan guru yang rendah, maka Learning Walks dijalankan untuk mengenal pasti puncanya. Kelebihan Learning Walks ialah pemerhatian boleh dibuat secara terus dalam kelas. Learning Walks adalah salah satu cabang PLC. Aktiviti ini dijalankan dengan beberapa orang guru pergi ke beberapa buah kelas dan mencatat perkara baik dan langkah penambahbaikan. Catatan dibuat pada sehelai kertas dan biasanya mempunyai soalan fokus. Ia dijalankan pada satu waktu yang khas masa perseNRODKDQ6HWHODKVHOHVDLVDWXVHVLSHUELQFDQJDQGLEXDWEDJLEHUWXNDUWXNDULGHDGDQPHPEXDWUHÁHNVL Learning Walks Daripada Pentadbir Salah faham tentang Learning Walks: 1. Bertujuan mencari kesalahan guru. 2. Menyiasat gerak kerja guru. 3. Memakan masa dan menambah beban kerja Yang sebenar tentang Learning Walks: 1. Menjana idea bagi membantu guru. Boleh jadi isu berlaku atas hal logistik dan bukan kemahiran PdPc guru. 5HÁHNVLNHSDGDRUDQJ\DQJPHQMDODQNDQ/HDUQLQJ Walks. 3. Diadakan secara berkala dan tidak kerap. Data didapatkan dengan Google Form sahaja. PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY 1. Headcount murid 2. Buku latihan murid 3. SKPMg2 165


SEKIAN TERIMA KASIH Sertai Kami di www.mudahmengajar.com www.facebook.com/mudahmengajar t.me/mudahmengajar


MUDAH MENGAJAR DIGITAL RESOURCES Terbitan


B A N T U M E N G A J A R BAHAN PRINTABLES by Coach Herry


STEP 1 Layari toolsforeducators.com Semua aplikasi dan tools dalam ini adalah PERCUMA. STEP 2 Pilih Free Word Search Maker. Juga dikenali sebagai carian kata. Made with Tango 2 of 27


STEP 3 Klik pada word search maker: text only. STEP 4 Taipkan senarai perkataan yang diingini. Anda juga boleh copy paste daripada dokumen Microsoft Word atau Excel. Made with Tango 3 of 27


STEP 5 Pilih beberapa tetapan dan ubahsuai mengikut keperluan anda. Sebaiknya pilih Direction sehala. Ia lebih mudah untuk murid lemah dan sederhana. Saiz grid juga disarankan untuk memilih 18X15. STEP 6 Klik pada Make it!. Made with Tango 4 of 27


STEP 7 Word search sudah siap. Lihat secara keseluruhan. STEP 8 Klik Print untuk mencetak word search ini. Made with Tango 5 of 27


STEP 9 Buat dadu dengan klik pada The Dice Maker. STEP 10 Klik pada 'make one die per page'. Made with Tango 6 of 27


STEP 11 Taipkan beberapa unsur / elemen kimia (bagi subjek kimia). Aktiviti ini sesuai untuk kata kunci, istilah dan perbendaharaan kata (vocabulary). STEP 12 Setelah siap, perhatikan semula dan semak. Made with Tango 7 of 27


STEP 13 Pilih font yang diingini beserta saiznya. Digalakkan untuk memilih font yang lebih besar. STEP 14 Klik pada make it! Made with Tango 8 of 27


STEP 15 Lihat rangka dadu. STEP 16 Klik Print untuk mencetak. Anda boleh lipat dan gamkan bahagian bewarna kelabu. Sebaiknya gunakan kertas yang keras untuk membuat dadu. Hal ini memandangkan murid akan menggunakan dadu berulang kali dan dadu itu dibalik. Jadi ia mudah rosak dan perlu tahan lasak. Made with Tango 9 of 27


STEP 17 Klik pada Printable Board Games untuk membuat Board Game. Antara board games yang popular adalah dam ular, catur, Sahibba dan Monopoly. STEP 18 Tapkan kenyataan untuk setiap petak. Made with Tango 10 of 27


STEP 19 Lihat senarai. STEP 20 Klik pada make it! Made with Tango 11 of 27


STEP 21 Lihat bahan pdf. STEP 22 Klik pada Print. Apabila print nanti, boleh print pada kertas keras atau saiz yang jauh lebih besar. Gunakan dadu daripada The Dice Maker tadi untuk murid mendapatkan bilangan pergerakan yang mereka boleh lakukan. Made with Tango 12 of 27


STEP 23 Layari classtools.net. Klik pada Tarsia Puzzle Generator. STEP 24 Masukkan teks. Bezakan antara jawapan sebenar dengan kenyataan dengan *. Made with Tango 13 of 27


STEP 25 Klik pada Create printable puzzle. STEP 26 Tarsia tadi akan dimuat turun dalam format .docx. Format .docx adalah format Microsoft Word. Made with Tango 14 of 27


STEP 27 Klik dan buka fail Tarsia anda tadi. Ia adalah dalam format dokumen Microsoft Word. Muat turun template di: bit.ly/mmtarsia STEP 28 Masih dalam classtools.net, cari dan klik pada Crossword Generator. Crossword atau Crossword Puzzle juga dikenali sebagai teka silangkata. Made with Tango 15 of 27


STEP 29 Pada bahagian Title, taipkan tajuk Crossword Puzzle anda. STEP 30 Contohnya, PERIBAHASA. Made with Tango 16 of 27


STEP 31 Masukkan senarai kenyataan dengan jawapan sebenar. Formatnya adalah. Soalan*Jawapan. STEP 32 Klik pada Submit. Akan wujud satu url khusus untuk crossword puzzle anda. Salin alamat URLnya dan anda boleh simpan, ulang guna ataupun berkongsi kepada orang lain. Made with Tango 17 of 27


STEP 33 Ia akan meminta anda mencipta 1 password. Masukkan password anda. Password ini adalah untuk anda masukkan bila anda perlu edit isi kandungan Crossword Puzzle ini.Hanya yang memilik password ini sahaja yang boleh edit kandungan crossword puzzle ini. STEP 34 Contoh password: "COLEK" Made with Tango 18 of 27


STEP 35 Tekan OK. STEP 36 Lihat crossword anda. Crossword ini boleh dijalankan secara dalam talian atau secara bercetak. Made with Tango 19 of 27


STEP 37 Tekan pdf:puzzle untuk memuat turun crossword puzzle ini dalam bentuk .pdf. STEP 38 Lihat preview. Made with Tango 20 of 27


STEP 39 Lihat pembayangnya. STEP 40 Anda juga boleh mendapatkan pelbagai template bahan bantu mengajar dalam Canva. Layari Canva.com Made with Tango 21 of 27


STEP 41 Dalam kotak carian taipkan "Board Game". STEP 42 Lihat pelbagai template. Pilih saiz yang bersesuaian. Made with Tango 22 of 27


STEP 43 Ini adalah contoh. Scroll ke bawah untuk melihat ke semua muka dalam dokumen ini. STEP 44 Klik pada teks untuk edit. Made with Tango 23 of 27


STEP 45 Setelah berpuas hati, tekan Share. STEP 46 Boleh pilih format PNG atau PDF Print. PDF Print lebih sesuai kalau anda mahu gunakan untuk cetakan. PNG adalah format bergambar. Made with Tango 24 of 27


STEP 47 Klik Download. STEP 48 Anda boleh menghasilkan Flashcards dengan jauh lebih mudah menggunakan Canva. Taipkan kata kunci "Flashcards". Made with Tango 25 of 27


STEP 49 Pilih satu templat. STEP 50 Lihat dan buat pengubahsuaian mengikut keperluan anda. Untuk lebih templat bahan bantu mengajar dan lembaran kerja, log masuk dengan akaun DELIMA melalui Canva for Education. Anda juga boleh mendapatkan kebanyakan ?tur berbayar secara percuma sahaja. Made with Tango 26 of 27


Click to View FlipBook Version