The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM

SEMINAR PROFESION JURUUKUR DI MALAYSIA :
KEMANDIRIAN JURUUKUR DI ERA BARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haryati.ismail1202, 2024-02-22 01:27:36

BUKU PROGRAM RISM

BUKU PROGRAM

SEMINAR PROFESION JURUUKUR DI MALAYSIA :
KEMANDIRIAN JURUUKUR DI ERA BARU

Gambarajah 7 : Contoh Mizwalah jenis mendatar Waktu Piawai 4.4. Waktu Arab dan Waktu Perancis Terdapat beberapa jenis sistem pengukuran waktu yang asas digunakan oleh ahli-ahli falak Islam sebelum sistem waktu piawai dunia digunakan secara matang pada hari ini. Sistem jam ini dapat diperhatikan kepada garisan-garisan yang digunakan pada Mizwalah yang terdapat di seluruh dunia. Sebagai contohnya Mizwalah yang digunapakai di Masjid Besar Qayrowan (Masjid Sidi Uqba), Tunisia (Gambarajah 8) iaitu sebuah al-Mizwalah jenis mendatar dibuat oleh Ahmad bin Qasim Ammar al-Susi pada tahun 1842 M29. Terdapat garisan Zawal yang merujuk garisan Meridian untuk menandakan kedudukan Matahari pada waktu Zuhur. Garisan lengkung Asar yang dilabel sebagai Qaws Asr turut ditandakan pada Mizwalah ini bagi menandakan Matahari pada waktu Asar. Terdapat juga penandaan Kiblat pada Mizwalah ini. Manakala penadaan garisan jam adalah pada bahagian tepi atau bingkai Mizwalah bagi mewakili gerakan Matahari pada nisbah 15 darjah bersamaan 1 jam. Apa yang menarik untuk diperhatikan pada Mizwalah ini juga ialah garisan yang dilabel dengan istilah yang bermula sebagai al-Māḍī atau al-Bāqī pada sebelah kiri dan kanan Mizwalah iaitu merujuk kepada tempoh masa yang telah berlalu daripada Syuruk dan masa yang berbaki untuk tiba kepada waktu Maghrib. 29 Mizwalah ini dikatakan diilhamkan daripada Mizwalah yang dibina di Damsyik (Syria) pada tahun 1372 oleh Ibn Shatir. 149


Gambarajah 8 : Mizwalah Ahmad bin Qasim Ammar al-Susi di Masjid Besar Qayrowan (Masjid Sidi Uqba), Tunisia. Ciri-ciri yang ada pada Mizwalah ini juga hampir menyamai Mizwalah yang dibuat 1761 Masihi oleh Ahmad al-Harar (Gambarajah 9). Mizwalah ini diletakkan di Masjid Jami’ al-Kabir, Testour, Tunisia, yang pada awalnya telah rosak dan kemudiannya dipulihara sebagai khazanah berharga dalam sejarah Islam. Mizwalah ini turut meletakkan garisan Zawal, Qaws Asar, Arah Kiblat dan garisan-garisan jam mengikut nisbah 15 darjah bersamaan 1 jam. Garisan 2 jam, 3, jam dan 4 jam selepas Syuruq, serta 2 jam berbaki sebelum Maghrib juga ditandakan pada Mizwalah ini. Gambarajah 9 : Mizwalah Ahmad al-Harar di Masjid Jami’ al-Kabir, Testour 150


Sistem waktu yang merujuk kepada baki yang tinggal hingga ke waktu Maghrib dilihat signifikan dalam penandaan pada Mizwalah pada zaman Islam. Malah perbincangan sebelum munculnya sistem waktu yang merujuk kepada pukul 12 tengahari atau 12 tengah malam, sistem waktu Islam adalah merujuk kepada waktu Maghrib sebagai permulaan hari baharu dan bulan baharu. Dalam kitab yang dikarang oleh Ahmad Mukhtar Pasha juga turut mencatatkan dua sistem waktu yang digunapakai dalam membuat Mizwalah dengan penandaan jam pertama sebagai SāC at Arabiyyah dan SāC at Afrankiyyah atau ditanda sebagai SāC at Faḍl al-Dā-ir sebagaimana gambarajah-gambarajah di bawah :- Gambarajah 10 : Mizwalah jenis mendatar dengan sistem Waktu Hakiki yang dibina pada Latitud 30.8 darjah Utara yang menggabungkan Jam Arabiyyah dan Jam Fadl al-Dā-ir.30 Garisan pada Mizwalah dalam Gambarajah 8 adalah gabungan dua jenis sistem waktu jam yang biasa digunakan pada zaman dahulu. Apabila dicerakinkan dua sistem waktu jam ini, kita akan akan memperoleh sebagaimana di dalam Gambarajah 10(a) dan Gambarajah 10(b). 30 Lihat tulisan Mukhtar, A. P. (1889). Riyādh al-Mukhtār fī Mir’āt al-Mīqāt wa al-Adwār. Jilid 2 (terj. Shafiq Bek Mansur) Matbac ah Al-Kubra Al-Amiriyyah Bibolaq Misr. Rajah ini ditandakan dengan nombor 218 dengan tajuk Mizwalah Ufuqiyyah li CArdh al-Mahrusah. 151


Gambarajah 10(a) : Mizwalah jenis mendatar dengan sistem Waktu Hakiki yang dibina pada Latitud 30.8 darjah Utara yang menggabungkan Jam Arabiyyah dan Jam Fadl al-Dā-ir. Gambarajah 10(b) : Mizwalah jenis mendatar dengan yang telah dicerakinkan kepada sistem Waktu Arabiyyah sahaja. Gambarajah 8(a) adalah Mizwalah pada Gambarajah 8 yang telah dicerakinkan kepada jam Afrankiyyah iaitu merujuk kepada waktu gerakan Matahari Hakiki, atau true local time di Latitud 30.8 darjah Utara. Penandaan jam adalah berada di dalam semi bulatan di bahagian bawah tengah lakaran bermula jam 6 pagi selepas Syuruk sehingga ke tengahari jam 12 iaitu waktu Zuhur. Selepas Zuhur dikira sebagai jam 1 sehinggalah ke terbenam Matahari pada jam 6 petang. Sela masa yang digunakan antara garisan jam ialah setiap 30 minit. 152


Manakala Gambarajah 10(b) pula adalah Mizwalah pada Gambarajah 10 yang telah dicerakinkan kepada waktu CArabiyyah, yang merujuk kepada baki jam yang tinggal sebelum masuk waktu Maghrib. Jam ini ditandakan bermula pada jam 11 malam (hujung kotak sebelah kiri), dan mula terbit pada jam 12 pagi, sehinggalah Matahari berada 6 jam sebelum Maghrib ialah pada jam 6 tengahari. Garisan penandaan jam berakhir pada jam 11 petang oleh kerana sifat bayang yang dibaca pada permukaan mendatar tidak dapat membaca bayang Matahari ketika terbenam, iaitu jam 12 malam. Garisan jam CArabiyyah ni kelihatan seperti condong ke arah kiri dan seperti huruf Italic. Sesetengah ahli astronomi barat mencatatkan jam CArabiyyah garisan jam sebegini adalah jam italic.Titik merah yang ditandakan pada Mizwalah ini ialah paksi Mizwalah untuk diletakkan jarum jam yang akan menghasilkan bayang di atas permukaan Mizwalah yang dibuat. Penandaan Qaws bagi waktu Asar dan garisan arah kiblat tidak ada di dalam lakaran Mizwalah ini. Gambarajah 11 di bawah pula adalah Mizwalah jenis menegak yang dilakarkan oleh Ahmad Mukhtar Pasha dengan pesongan bearing azimut adalah 15 darjah kepada arah Tenggara. Mizwalah ini menggunakan kiraan pada Latitud 30 darjah 02 minit 04 saat Utara berkemungkinan merujuk kepada suatu lokasi di Kaherah, Mesir. Mizwalah ini juga menggabungkan dua sistem waktu iaitu sistem waktu CArabiyyah dan sistem waktu Afrankiyyah. Gambarajah 11 : Mizwalah jenis menegak pada sudut pesongan bearing Azimut 15 darjah ke arah Tenggara. 153


Sama seperti Gambarajah 10(a), Gambarajah 11(a) di bawah adalah Mizwalah pada Gambarajah 11 yang telah dicerakinkan kepada jam Afrankiyyah iaitu merujuk kepada waktu gerakan Matahari Hakiki, atau true local time di Latitud 30.03 darjah Utara. Penandaan jam adalah berada di bahagian tepi (bingkai) Mizwalah bermula di sebelah kiri, menurun hingga ke bahagian bawah dan berakhir pada hujung sebelah kanan. Mizwalah ini bermula pada jam 7 pagi sehinggalah pada waktu Zuhur pada jam 12 tengahari. Kemudiannya Matahari berada di langit Barat dan penandaan berakhir pada jam 6:30 petang. Sela masa yang digunakan antara garisan jam ini adalah setiap 30 minit. Gambarajah 11(a) : Mizwalah jenis menegak pada sudut pesongan bearing Azimut 15 darjah ke arah Tenggara dicerakinkan kepada Jam Afrankiyyah dan mengikut waktu Hakiki Matahari Gambarajah 11(b) di bawah pula adalah Mizwalah pada Gambarajah 11 yang telah dicerakinkan kepada jam CArabiyyah iaitu merujuk kepada waktu yang berbaki sebelum masuknya waktu Maghrib. Penandaan waktu jam ini dibaca pada bahagian atas tengah Mizwalah, di bawah tulisan SāC āt CArabiyyah. Jam ini bermula pada jam 3 pagi sehinggalah waktu tengahari pada jam 6. Penandaan garisan jam ini berakhir pada jam 12 malam. Kedudukan garisan jam ini pula tidak condong sebagaimana Gambarajah 10(b) yang dilihat lebih condong dan berbentuk italic. Garisan lurus berwarna merah pula adalah penandaan waktu Zuhur. Segitiga pada tengah Mizwalah ini ialah paksi Mizwalah untuk diletakkan jarum jam secara condong yang akan menghasilkan bayang di atas permukaan Mizwalah yang dibuat. Penandaan Qaws bagi waktu Asar dan garisan arah kiblat juga tidak ada di dalam lakaran Mizwalah ini sebagaimana Gambarajah 10. 154


Gambarajah 11(b) : Mizwalah jenis menegak pada sudut pesongan bearing Azimut 15 darjah ke arah Tenggara dicerakinkan kepada Jam CArabiyyah. Bagi menjelaskan lagi sistem-sistem waktu yang digunakan pada Mizwalah di atas adalah dibuat perbandingan antara jam sebagaimana di dalam Jadual di bawah :- JAM CARABIYYAH JAM AFRANKIYYAH CATATAN 11 11 5 5 12 12 6 6 Terbit Matahari 1 13 7 7 2 14 8 8 3 15 9 9 4 16 10 10 5 17 11 11 6 18 12 12 Gelincir Matahari / Zuhur 7 19 1 13 8 20 2 14 9 21 3 15 Anggaran permulaan waktu Asar 10 22 4 16 11 23 5 17 12 24 6 18 Terbenam Matahari/Permulaan hari Jadual : Jadual perbandingan sistem waktu CArabiyyah dan waktu Afrankiyyah. Tulisan tebal adalah catatan tambahan untuk sistem 24 jam. 155


Secara kesimpulannya, dua sistem waktu yang digunapakai pada Mizwalah yang ditunjukkan di atas merupakan identiti khas yang ada bagi umat Islam bagi menunjukkan Mizwalah adalah suatu peralatan khas untuk menentukan waktu ibadah umat Islam. Sistem waktu Arabiyyah adalah lambang kecaknaan kepada waktu Solat dan permulaan hari baharu dalam Islam. Manakala waktu Afrankiyyah pula ada sistem asas dalam pengukuran gerakan Matahari berdasarkan tempoh 24 jam dalam satu pusingan 360 darjah. 5.0.MIZWALAH DALAM VARIASI MODEN Teknologi pengukuran waktu pada zaman moden telahpun berkembang seiring dengan perkembangan teknologi mengikut zaman. Jam mekanikal digunakan, dan kemudiannya digantikan dengan jam digital bersilih ganti untuk mendapatkan nilai pengukuran yang lebih tepat. Jam atomik pula digunapakai dalam dunia moden dan diselaraskan melalui penggunaan internet, menjadikan pengukuran masa diukur tidak lagi hanya pada nilai saat, bahkan lebih kecil daripada itu. Pun begitu, Matahari masih lagi dijadikan rujukan gerakan masa, khususnya dalam menentukan waktu solat bagi umat Islam. Kadar pergerakan Matahari secara asasnya tidak mengubah hukum untuk mendirikan waktu solat pada kedudukan Matahari yang telah disebutkan. Persoalan masa yang disebabkan oleh kadar gerakan Matahari berubah-ubah hanyalah ukuran untuk mengetahui bilakah waktunya Matahari akan berada pada kedudukan tertentu tersebut. Mizwalah pula perlu dilihat masih releven untuk digunapakai bagi tujuan tersebut. Pemerhatian bayang dan pengukuran waktu khususnya untuk waktu-waktu ibadah, adalah lebih qatC i, atau lebih pasti dalam menentukan waktu tersebut. Namun, Mizwalah yang hendak dibina pada zaman moden ini mestilah tampil dengan ciri-ciri berikut :- (i) Senibina dan rekabentuk Mizwalah yang menarik. Rekabentuk yang mempunyai daya tarikan akan menjadikan kewujudan Mizwalah di sesuatu lokasi lebih dihargai dan dihayati sebagai satu instrument tradisional yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. 156


Gambarajah 12 : Mizwalah di Politeknik Kota Bharu dengan bentuk rehal (ii) Dijadikan sebahagian daripada komponen lanskap utama bagi masjid, pusat pendidikan dan pusat rekreasi awam. Hal ini bagi membolehkan penggunaan Mizwalah dapat dimaksimumkan khususnya untuk tujuan pembelajaran. Gambarajah 13 : Mizwalah jenis mendatar di PD Forest, Port Dickson dengan bentuk bulatan, diletakkan di Dataran Astronoimi dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Menyala. Kawasan ini adalah kawasan rekreasi hutan, berbasikal, perkhemahan dan cerapan astronomi. 157


(iii) Memasukkan identiti budaya tempatan seperti konsep rekabentuk dan motif bunga hiasan pada Mizwalah. Konsep rekabentuk dan motif bunga hiasan adalah merupakan lambang identiti budaya yang wajib ada di mana-mana tempat sekalipun. Adat pembinaan di alam Melayu ialah dengan menampilkan motif yang berasaskan flora dan fauna awan larak, bunga ketam guru, bunga tanjung, bunga lada dan lain-lain. Bunga-bunga ini bertepatan dengan kawasan alam Melayu yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Berbanding dengan kawasan-kawasan di Asia tengah dan Asia Barat yang menampilkan motif bunga geometri yang terhasil daripada kefahaman seni dan sains matematik. Gambarajah 14 : Motif bunga hiasan Ketam Guri, motif yang bunga yang sentiasa dijadikan motif ukiran-ukiran kayu di Kelantan. Diselitkan bersama nama Abdullah Hassan dengan tulisan khat kufi qahiri (menyerupai Quran lama Mushaf Utsmani) sempena nama pembuat Mizwalah. (iv) Menggunakan bahan tahan lama bagi mengekalkan rekabentuk pembuatan Mizwalah yang akan diletakkan di bawah cahaya Matahari untuk suatu tempoh masa yang lama. Sesetengah Mizwalah lama yang dibina pada zaman pemerintahan empayar Islamyang masih bertahan adalah disebabkan medium dan bahan yang digunakan daripada marmar (rukhamah), dan sesetengahnya yang lain yang menggunakan bahan tanah yang dibakar sehingga menjadi keras. Terdapat sesetengah Mizwalah pula yang menggunakan tembaga, yang lebih tahan panas dan karat untuk tempoh beratus tahun lamanya. 158


c Gambarajah 14 : Mizwalah jenis menegak di pintu gerbang di Masjidil Aqsa, Palestin. Masih bertahan sehingga ke hari ini. 6.0.KESIMPULAN Berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang telah dibentangkan di atas, adalah disimpulkan bahawa Mizwalah adalah peralatan fiqh falak yang masih releven sehingga ke hari ini. Walaupun ilmu perkembangan ilmu berkaitan pengukuran waktu telahpun dilakukan sebelum zaman Islam, namun peralatan ini sangat berharga dalam dunia Islam dengan pembangunan ilmu berkaitan Mizwalah dan pembinaan peralatan ini melibatkan pembangunan dan perbahasan ilmu-ilmu asas yang diperlukan pada zaman sekarang. Mizwalah masih kekal dan segar untuk dibangunkan dan dijadikan monumen yang berfungsi dan praktikal untuk dijadikan rujukan serta bahan pengajaran dan pembelajaran pada masa sekarang. 159


Click to View FlipBook Version