1 Draf: Bahan Bacaan Bergred Secara Bersiri Gred: Tahun 4 Siri: 3 Label/Band: 4C Tema: Nilai Murni Tajuk: Kebaikan Enam Sahabat Jumlah Patah Perkataan: 15, 000 – 20 000 Jenis Tulisan: Comic Sans MS Spacing: 1.5 Penulis: Marmi Mariana Ilustrator: Sera Edana
2
3 COVER DEPAN
4 ISSBN
5 BUKU INI MILIK?
6 PENGHARGAAN
7 SENARAI KANDUNGAN FARIS: Superhero Musim Tengkujuh..................................................................8 BRANDON: Larian Keberanian ........................................................................30 NINA: Cahaya di Hati Nina ..............................................................................48 MEI LING: Dermawan Digital Meringankan Beban ............................................68 AFIQAH: Kejujuran Merungkai Sebuah Kebenaran............................................85 VANESH: Tanggungjawab Seorang Abang. ..................................................... 103
8 Watak dan Perwatakan ILUSTRASI
9 Watak dan Perwatakan ILUSTRASI
10
11 FARIS: Superhero Musim Tengkujuh Faris termenung melihat ke luar jendela kelas mereka. Titisan air hujan yang membasahi seluruh sekolah mereka membuatkan Faris berasa tenang tetapi agak mengantuk. Walaupun kelasnya dihiasi penuh dengan aneka ragam gelagat rakan-rakannya. Suara gelak ketawa serta perbualan rakan-rakan sekelasnya jelas kedengaran dalam keriangan walaupun dalam hujan yang berterusan. Namun demikian, bilangan murid yang hadir di dalam kelas itu juga berkurang kerana keadaan hujan yang berterusan sudah tiga hari. Tiba-tiba Faris menoleh ke belakang apabila bahunya ditepuk oleh seseorang.
12 “Apa yang kau tengok dekat luar itu?” tanya Vanesh sambil meletakkan tangannya di bahu Faris. “Tak... aku tengah tengok hujan lebat itu.” Kata Faris. “Dah tiga hari dah hujan tak reda.” Celah Afiqah lalu duduk di hadapan Faris. “Itulah yang aku risaukan... semakin ramai kawan-kawan kira demam kerana cuaca yang agak teruk ini.” Kata Faris sedikit mengeluh. “Jalan raya pun kini bahaya untuk digunakan kerana licin.” Sambung Vanesh yang sedang termenung melihat titisan hujan di luar. Vanesh dan Faris berhenti termenung apabila Afiqah mengetuk meja Faris. “Sudah-sudahlah termenung itu.” Kata Afiqah lalu menyerahkan lembaran kerja rumah yang diberikan oleh cikgu mereka tadi. Faris dan Vanesh mengeluh lalu menyiapkan kerja rumah itu seperti yang diarahkan oleh Afiqah. Apabila tiba masa untuk murid-murid pulang ke rumah, berlaku kekecohan di tingkat satu bangunan yang sama dengan kelas mereka. Faris dan Vanesh yang masih berada di tingkat dua berasa hairan dengan situasi yang berlaku kerana mereka tidak dapat turut ke tingkat satu disebabkan laluan yang agak sesak.
13 ILUSTRASI
14 Brandon naik semula ke tingkat dua untuk melihat apa yang terjadi. Dia kembali semula kepada rakan-rakannya untuk melaporkan hal yang dilihatnya sebentar tadi. “Banjir!!!” kata Brandon dengan suara yang kuat supaya rakan-rakannya dapat mendengarnya dalam hujan yang lebat itu. “Banjir?!” tanya Mei Ling yang berada di sebelahnya. Brandon menganggukkan kepalanya. Faris, Afiqah, Nina dan Vanesh yang mendengar perbualan Brandon dan Mei Ling mengeluh hampa. “Tinggikah paras air itu?” Tanya Nina. “Tidaklah tinggi sangat. Dapat saja kita berjalan di atas air itu.” Jawab Brandon. “Kau ni! Berjalan dalam air banjir itu kan bahaya.” Kata Faris. “Lepas itu? Kau nak terbang?” Kata Brandon yang hendak bergurau. Faris hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar gurauan Brandon yang tidak lawak itu. “Kenapa pula sesak di bawah itu?” tanya Vanesh yang masih keliru. “BANJIR!” kata kesemua rakan-rakannya dengan serentak. Mereka berenam terpaksa pulang berjalan kaki dengan memakai pakaian hujan yang dibawa oleh ibu bapa mereka. Keadaan banjir di kampung mereka agak teruk kerana banjir tersebut menghanyutkan barang-barang serta sampah sarap ke merata tempat.
15 Semua kenderaan pula perlu dipindahkan ke tempat tinggi untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Mereka mengharungi hujan lebat yang mencurah ke muka dan air banjir yang dingin demi pulang ke rumah untuk bersama dengan orang yang mereka sayang. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka dapat melihat kekecohan yang terjadi di kampung mereka disebabkan oleh banjir tersebut. Terdapat penduduk kampung yang sibuk memindahkan barang-barang mereka. Ada juga yang terburu-buru menutup kedai. Mereka juga melihat ramai kanak-kanak digendong ibu bapa untuk menuju ke destinasi masing-masing. Kanak-kanak yang tidak diperhatikan oleh orang dewasa berseronok bermain di dalam air banjir di luar kawasan rumah mereka. Selepas beberapa minit, Faris tiba di rumahnya dengan selamat bersama ayahnya. Dia membuka baju hujannya lalu berlari ke bilik mandi untuk membersihkan badannya. Dia berasa bersyukur kerana rumahnya tinggi dan tidak dimasuki air banjir seperti rumah-rumah yang lain. Keesokan harinya, semua penduduk kampung berasa panik apabila mereka mendengar penggera amaran banjir berbunyi. Kemudian, mereka mendengar pengumuman daripada pihak berkuasa supaya segera berpindah ke pusat pemindahan banjir, iaitu di SMK Seri Mutiara.
16 Selepas mendengar perkara tersebut, Faris bergegas mengumpulkan segala barang penting miliknya dan disimpan ke dalam bekas plastik supaya tidak rosak disebabkan air banjir. Kemudian, dia mengambil beberapa helai pakaian dan barang keperluan untuk kegunaannya di pusat pemindahan nanti. ILUSTRASI
17 Dania pula sibuk meletakkan Oyen, Olaf dan Oreo ke dalam sangkar untuk dibawa ke pusat pemindahan banjir. Puan Anisha yang baru siap mengemas barangnya masuk ke bilik Dania untuk membantunya menyimpan barang-barang keperluan. Selepas selesai menyimpan barang-barang mereka, mereka pun bersiap sedia untuk pergi ke pusat pemindahan tersebut. ILUSTRASI
18 Puan Anisha sedia dan Dania membawa barang keperluan mereka manakala Encik Haziq menggendong Faris di belakangnya kerana paras air sangat tinggi dan bahaya untuk dilalui oleh Faris. Fakhrul yang datang membantu mereka selepas menghantar isterinya ke pusat pemindahan pula membawa sangkar-sangkar kucing mereka. Fakhrul bersyukur kerana Oyen, Oreo dan Olaf tidak nakal dan hanya duduk diam di sangkar mereka. Setibanya mereka di SMK Seri Mutiara, Tasya sedang menunggu mereka di depan pagar sekolah. Dia membantu untuk membawa barang-barang Puan Anisha dan Farhana. Apabila mereka masuk ke sekolah tersebut, Faris dapat melihat beratus-ratus khemah telah dipasang di tapak perhimpunan, padang bola sepak, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, padang bola baling dan gelanggang sepak takraw. Ini adalah pertama kali Faris berkunjung ke SMK Seri Mutiara. Faris tidak menyangka bahawa kawasan sekolah itu sangat besar sehingga mempunyai pelbagai padang dan kawasan untuk aktiviti ko-kurikulum. Bangunan sekolahnya juga dipisahkan mengikut tingkatan. Sekolah menengah tersebut terletak di kaki Bukit Seri. Disebabkan oleh lokasinya yang masih tinggi, sekolah tersebut terselamat daripada terkena banjir. Faris dan keluarganya berjalan di dalam kawasan sekolah tersebut sehinggalah mereka tiba di gelanggang bola jaring. Tasya menunjukkan khemah mereka di tepi padang tersebut.
19 Puan Anisha, Dania dan Tasnya tinggal dalam satu khemah. Manakala Encik Haziq, Faris dan Fakhrul pula tinggal dalam satu khemah yang lain. Selepas menyimpan dan mengemas barang-barang di khemah tersebut, Faris pergi untuk mencari rakan-rakannya. Pertama, dia berjumpa dengan Vanesh di padang yang sama. Seterusnya, Brandon dan Nina di gelanggang bola jaring, Afiqah di gelanggang sepak takraw dan akhir sekali, Mei Ling berada di tapak perhimpunan. Mereka duduk di tangga salah satu bangunan di dalam sekolah tersebut. “Besar betul tempat ini.” Kata Vanesh yang penat berjalan dengan Faris untuk mencari rakan-rakan mereka. “Ya, gelanggang bola jaring sungguh jauh dari pagar sekolah.” Kata Brandon. “Bangunannya pun sungguh banyak. Ada bangunan pentadbiran, bangunan kelas, dewan, kantin, gimnasium, dan sebagainya.” Kata Afiqah pula. “Tak sabar aku nak bersekolah di sini.” Kata Vanesh. “Tapi bila difikirkan semula, kenapa kita tidak gunakan saja dewa serba guna kampung kita?” tanya Faris. “Papa aku cakap, dewan itu kecil dan masih sedang dibaiki. Mereka tidak ingin membahayakan warga kampung.” Jawab Mei Ling.
20 “Kalau kita guna sekolah ini, maknanya kita tak sekolah lah kan kerana muridmurid SMK Seri Mutiara juga tidak dapat bersekolah.” Kata Vanesh dengan terujanya apabila memikirkan dirinya tidak perlu hadir ke sekolah. “Kalau kau nak berenang sewaktu belajar, pergilah ke sekolah.” Gurau Brandon. Lalu mereka semua ketawa terbahak-bahak. ILUSTRASI
21 “Tak lawak bagi aku.” Kata Vanesh sambil menjeling Brandon. “Tapi lawak bagi aku.” Jawab Brandon yang masih ketawa. Vanesh yang marah dengan gurauan Brandon memukul bahu Brandon. Brandon ketawa lagi tanpa menghiraukan pukulan Vanesh. Baru sahaja Vanesh hendak membuka mulutnya untuk bergaduh dengan Brandon. Nina menyuap sebiji anggur ke dalam mulut Vanesh untuk menghentikannya. “Sudah, sudah. Jangan gaduh.” Kata Nina selepas memaksa Vanesh untuk memakan buah anggur tersebut. Faris dan yang lain hanya ketawa melihat Vanesh yang dipaksa oleh Nina untuk menghabiskan buah anggur tersebut. “Nasib baik ada Nina, kalau tidak sudahlah sakit telinga kau mendengar leteran aku.” Kata Vanesh kepada Brandon. Tiba-tiba mereka dipanggil oleh ibu bapa mereka untuk membantu penduduk kampung yang baru tiba di situ. Mereka berenam sibuk menolong orang yang baru tiba di pusat tersebut dan membawa dan menghantar barang-barang mereka ke khemah yang kosong. Pada waktu petang, warga kampung bergotong-royong memasak makanan untuk semua orang. Kaum wanita sibuk memasak di dapur yang disediakan, manakala kaum lelaki pula sibuk membersihkan dan menyusun tempat makan mereka. Pada malam tersebut, semua penduduk kampung makan bersama-sama dengan gembira walaupun kampung mereka dilanda bencana banjir.
22 Dua hari kemudian, semua penduduk kampung telah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing selepas paras air telah menurun. Walaupun kampung mereka masih dibanjiri dengan sedikit air, tetapi ia selamat. Penduduk kampung bergegas pulang untuk memeriksa keadaan rumah masing-masing. Rumah-rumah yang berada di kawasan yang rendah masih dibanjiri air. Rumahrumah yang sederhana tinggi pula hanya dipenuhi lumpur manakala rumah-rumah yang tinggi pula tidak terjejas sama sekali. Faris berasa bersyukur kerana rumahnya yang tinggi dan tidak terjejas dengan banjir. Rumah Fakhrul dan Tasya dipenuhi dengan lumpur. Faris dan Tasya menyimpan barang-barang yang berselerakan di lantai rumah kerana dihanyutkan oleh air banjir. Manakala Encik Haziq dan Fakhrul pula membersihkan lumpur dengan air paip. Puan Anisha dan Dania pula masih berada di pusat pemindahan banjir untuk mengemas barang-barang mereka untuk dibawa pulang pada petang tersebut. Selepas membersihkan rumah masing-masing, semua penduduk kampung keluar bekerjasama membersihkan seluruh kawasan perkampungan mereka. Sampah sarap yang dihanyutkan oleh air dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. Jalan raya serta dinding-dinding rumah yang disaluti lumpur dibersihkan menggunakan air paip. Mereka menghabiskan masa selama beberapa jam untuk membersihkan kawasan kampung mereka secara bergotong royong.
23 Pada petang itu, Faris dan keluarganya serta semua penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing. Fakhrul dan isterinya, terpaksa tinggal di rumah Faris kerana rumah mereka belum dapat dibersihkan sepenuhnya. Faris berasa amat bersyukur kerana mereka sekeluarga dapat pulang ke rumah dengan sihat dan selamat walaupun Dania masih demam kerana cuaca yang sejuk sejak beberapa hari yang lepas. ILUSTRASI
24 Namun begitu, Faris masih keliru dengan punca terjadinya banjir di kampung mereka kerana kampung mereka tidak pernah dilanda banjir walaupun terjadi hujan lebat yang berterusan. Keesokan harinya, Faris dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah Pak Samad. Di sana, mereka melihat Pak Samad sedang berbincang tentang sesuatu dengan beberapa orang penduduk kampung. ILUSTRASI
25 Faris dan rakan-rakannya naik ke rumah Pak Samad dengan senyap untuk tidak mengganggu perbualan Pak Samad. Mereka menunggu bersama Mak Timah di beranda rumah. Apabila perbualan mereka telah tamat, pemuda-pemuda kampung itu pun segera pulang. “Kenapa dengan mereka abang?” tanya Mak Timah sebaik sahaja suaminya duduk di sebelahnya. “Tiada apa, mereka melaporkan kepada abang tentang punca berlakunya kejadian banjir ini.” Jawab Pak Samad. “Apa yang mereka cakap?” Tanya Vanesh sebelum menjerit kenara dipukul oleh Nina. “Menyampuk saja kau ini...” Kata Nina, menjeling ke arah Vanesh. “Aku tanya saja...” kata vanesh sambil mengusap bahunya yang baru dipukul oleh Nina itu. “Tidak mengapa... mereka Cuma beritahu Pak Samad yang banjir ini disebabkan oleh longkang yang tersumbat. Air hujan tersekat dan tidak dapat mengair keluar...” Kata Pak Samad. Faris dan rakan-rakanya mengangguk tanda faham. “Apa yang abang nak buat?” tanya Mak Timah kepada Pak Samad.
26 “Saya nak laporkan hal ini kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat menambah baik sistem saliran kampung kita.” Jawab Pak Samad. “Bukankah perkara itu memakan masa yang lama?” tanya Mak timah dengan wajah yang risau. “Apa boleh buat? Kita tunggu sajalah...” Kata Pak Samad. “Pak Samad... kita boleh bergotong-royong untuk membersihkan longkang yang tersumbat itu. Lagipun, kawasan kampung kita masih kotor dek kerana sampah sarap yang dihanyutkan oleh arus deras.” Cadang Faris. “Betul itu Pak Samad. Tambahan pula, gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung sekali gus menanam semangat kemasyarakatan dalam diri mereka.” Sambung Afiqah menyokong cadangan Faris. “Kita juga boleh bergotong-royong untuk membersihkan dan membaiki rumahrumah penduduk kampung yang musnah disebabkan banjir. Kasihan tengok mereka yang masih terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir.” Kata Nina. “Papa saya dapat baiki kenderaan-kenderaan yang rosak kalau ada orang untuk bantu dia. Kata Mei Ling pula. “Amma saya boleh tolong Mak Timah menyediakan makanan semasa gotongroyong.” Sambung Vanesh. “Saya pula, boleh tolong tengok saja.” Gurau Brandon sambil tersenyum lebar. Pak Samad dan Mak Timah tertawa mendengar gurauan Brandon itu.
27 ILUSTRASI
28 “Bagus sekali cadangan kamu semua.” Puji Pak Samad. Beberapa hari kemudian selepas mengadakan mesyuarat, Kampung Tanjung Cempaka mengadakan aktiviti gotong-royong besar-besaran. Warga kampung lain yang berdekatan juga turut datang membantu. Mereka memulakan aktiviti bergotong-royong dengan membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan membersihkan longkang yang tersumbat, ada kumpulan yang membaiki rumah-rumah yang dilanda banjir dan ada kumpulan yang membaiki kenderaankenderaan yang rosak. Murid-murid sekolah pula mengutip sampah dan membersihkan jalan raya manakala kaum wanita akan memasak untuk jamuan selepas gotong-royong. Faris dan rakan-rakannya sibuk mengutip sampah yang bersepah di atas jalan kampung mereka. Ayah Brandon dan beberapa orang kampung berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan sampah yang dibuang ke dalam longkang supaya ia tidak tersumbat lagi. Papa Mei Ling, pekerjanya dan beberapa orang mekanik dari kampung lain bekerja dengan giat untuk membaiki kenderaan-kenderaan yang rosak. Ayah Afiqah, Ayah Nina dan beberapa orang kampung yang mahir bertukang membawa sehala peralatan mereka untuk membaiki rumah-rumah yang musnah dan rosak.
29 Kaum wanita pula berkumpul di sebuah khemah besar di padang Pak Samad untuk merewang dan membuat air untuk diberikan kepada semua orang yang hadir dalam aktiviti gotong-royong tersebut. Selepas beberapa jam memerah keringat, akhirnya kampung mereka pun kelihatan bersih seperti sebelumnya. Orang-orang yang datang menolong pada hari itu berkumpul di khemah besar untuk menjamu selera dan berehat selepas bertungkus lumus dalam aktiviti gotong-royong tersebut. Faris berasa gembira kerana dapat melihat penduduk kampung bekerjasama demi mencapai satu matlamat yang sama. Hatinya berasa bahagia apabila melihat warga kampung berinteraksi dan bertegur sama dengan mesra. Benar kata orang, muafakat membawa berkat.
30 BRANDON: Larian Keberanian “Assalamualaikum... saya nak umumkan kepada kami semua tentang pertandingan merentas desa yang akan diadakan pada akhir bulan hadapan. Jadi, awak ada masa selama sebulan lebih untuk berlatih supaya awak dapat memenangi pertandingan itu. Sekian, terima kasih.” Kata Encik Hamid, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK Seri Mutiara dalam ucapan beliau semasa perhimpunan minggu dilaksanakan. ILUSTRASI
31 Selepas tamat perhimpunan, Faris dan rakan-rakannya pulang ke kelas mereka. Mereka berbual di meja Brandon sementara menunggu cikgu masa pertama masuk ke kelas mereka. “Kamu semua ikut serta dalam merentas desa itu?” tanya Afiqah. “Aku tak dapat ikut sebab aku ada asma.” Jawab Nina. Aku pun tak dapat sebab aku tolong cikgu jaga garisan penamat.” Jawab Faris pula. ILUSTRASI
32 “Kalau aku, memanglah aku sertai. Juara tahun lepas ini... Bukan calang-calang orang...” kata Brandon dengan bangganya. “Itu tahun lepas... kau belum jumpa lagi atlet Darjah Enam itu...” Kata Faris. “Tak apa... Nanti aku berlatihlah bersungguh-sungguh.” Kata Brandon dengan yakin. “Kau pula, Vanesh? Kau ikut?” tanya Mei ling. “Ikutlah. Tak apa kalau tak menang. Janji dah cuba.” Jawab Vanesh. “Kau pun perlu ikut, Mei Ling. Kau kan atlet harapan Rumah hijau.” Kata Afiqah kepada Mei Ling. “Alah... Kau pun atlet Rumah Biru.” Celah Brandon. Afiqah pun tersenyum malu. Tiada lama kemudian, cikgu mereka pun tiba lalu memulakan pembelajaran. Apabila waktu persekolahan tamat, mereka berenam pulan ke rumah masingmasing selepas berjanji untuk berkumpul di rumah Pak Samad pada pukul 5.00 petang. Mereka ingin berlatih berlari di padang Pak Samad untuk persediaan merentas desa kelas. Pada pukul 5.00 petang, mereka mengayuh basikal masing-masing lalu menuju ke rumah Pak Samad. Setibanya mereka di sana, Brandon, Mei Ling, Afiqah dan Vanesh duduk di kaki tangga rumah Pak Samad untuk memakaikan kasut sukan mereka.
33 Selepas itu, mereka melakukan regangan sebelum memulakan latihan larian mereka di padang Pak Samad. Faris dan Nina pula bermain badminton di halaman rumah Pak Samad. Mereka berdua tidak ingin mengganggu latihan rakan-rakan mereka. Mereka berdua tidak ingin menganggu latihan rakan-rakan mereka. Mereka berempat berlatih dengan cara masing-masing selama 30 minit sebelym dipanggil oleh Mak Timah untuk minum petang bersama-sama. “Brandon! Mei ling! Vanesh! Afiqah! Sudah-sudahla itu berlari! Mari minum petang!” jerit Mak Timah dari beranda rumahnya. Faris dan Nina yang sudah duduk di beranda rumah itu tidak sabar-sabar hendak makan cekodok pisang yang digoreng oleh Mak Timah. Apabila mereka berempat yang giat berlatih di padang itu mendengar panggilan Mak Timah, mereka bergegas berlari ke rumah Mak Timah. Mereka pun duduk bersama dengan Faris dan Nina. Nafas mereka tercungap-cungap kerana keletihan dan peluh mereka mencurahcurah kerana cuaca yang panas. Selepas merehatkan diri mereka seketika, mereka pun menjamu hidangan yang berada di hadapan mereka. “Dari tadi Mak Timah tengok kamu berempat ini berlari d padang itu. Ada apaapa ke?” tanya Mak Timah yang menuangkan teh ke dalam gelas-gelas mereka. “Kami sedang berlatih untuk pertandingan merentas desa pada bulan hadapan.” Jawab Brandon dengan cekodok pisang di dalam mulutnya. “ Awal kamu berlatih...” kata Mak Timah.
34 “Ya, kalau berlatih awal, lagi senang nak biasakan diri untuk lari jauh-jauh” Jawab Afiqah. “Faris dan Nina tak ikut?” tanya Mak Timah. “Tak. Saya tolong cikgu di garisan penamat. Nina pula ada asma. Bahaya untuk dia.” Jawab Faris. ILUSTRASI
35 “Oh, begitu... Makan puas-puas ya...” Kata Mak Timah. Mereka berenam apa lagi, hampir habis cekodok pisang yang dihidang Mak Timah dimakan oleh mereka. Tiba-tiba, Pak Samad tiba di ruamhnya dengan menaiki motosikal. Mak Timah dan Faris serta rakan-rakannya menunggu Pak Samad untuk naik ke rumah. “Assalamuaikum...” Ucap Pak Samad selepas duduk bersama dengan Mak Timah dengan yang lain-lain. “Waalaikumusalam...” Jawab Mak Timah dan yang lain-lain serentak. “Kenapa muka abang macam risau saja ni? Tanya Mak Timah kepada suamnya. Pak Samad mengeluh kecil selepas minum air ang dituang oleh Mak Timah tadi. “Tadi, kecoh satu pasar...” Jawab Pak Samad dengan menggeleng kepalanya. “Dah kenapa pula?” tanya Mak Timah lagi. “Kes ragut muncul lagi... Habis semua wang, kad-kad yang penting milik orang kampung sebelah diragut.” Jawab Pak Samad lagi. “Aduh kasihannya... Dah buat laporan polis ke belum?” tanya Mak Timah dengan wajah yang risau. “Dah... selepas diragut, dia terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan.” Kata Pak Samad.
36 “Baguslah kalau begitu...” Kata Mak Timah menarik nafas lega. Kamu berenam balik rumah nanti, beritahu dengan keluarga kamu untuk berwaspada apabila berada di luar. Pegang erat-erat beg yang dibawa. Kes ragut sekarang makin meningkat. Kamu semua hati-hati ya.” Kata Pak Samad memberikan amaran kepada Faris dan Rakanrakannya. Mereka mengangguk tanda faham. “Pak Samad, peragut itu sebenarnya menyasarkan orang seperti apa?” Tanya Mei Ling. “Selalunya peragut mencari mangsa yang leka dan tak waspada dengan persekitarannya.” Jawab Pak Samad. “Bagaimana pula kita boleh elakkan diri daripada diragut?” tanya Faris. “Mudah sahaja. Kamu perlu sentiasa menjaga barang-barang penting yang kamu selalu bawa seperti wang, kad pengenalan, kad kredit, kunci rumah dan sebagainya. Kalau boleh, simpan barang-barang yang kurang penting di dalam poket dan letak barang-barang yang kurang penting di dalam beg kamu sebagai samaran. Selain itu, kamu perlu elakkan diri daripada berjalan seorang diri. Ajaklah kawan-kawan kamu atau keluarga kamu untuk menemani kamu.” Jelas Pak Samad. “Oh, begitu! Terima kasih Pak Samad.” Ucap Faris lalu tersenyum lebar.
37 “Sama-sama. Jangan lupa untuk ingatkan keluarga kamu dan kawan-kawan kamu yang lain.” Kata Pak Samad. “Baik, Tuan!” jawab Faris dan rakan-rakannya sambil mendabikkan tangan tanda hormat. Mak Timah dan Pak Samad hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka berena yang tidak pernah gagal menghiburkan hati mereka berdua. ILUSTRASI
38 Selepas berbual sambil minum petang bersama Pak Samad dan Mak Timah, Faris dan rakan-rakannya berbasikal pulang ke rumah masing-masing. Apabila mereka tiba di rumah, mereka masing-masing sibuk mengingatkan keluarga mereka tentang pesanan Pak Samad itu tadi. Selama dua minggu Brandon, Vanesh, Mei Ling dan Afiqah tidak berputus asa untuk berlatih setiap kali mereka mempunyai masa lapang. ILUSTRASI
39 Faris dan Nina yang tidak mengikuti pertandingan itu hanya duduk bersama Mak Timah dan kadang-kadang bersama Pak Samad. Mereka bersorak dan memberi kata semangat kepada rakan-rakan mereka ketika mereka sedang bersungguh-sungguh berlatih. Nina terkadang berasa bosan dan letih bersorak untuk rakan-rakannya akan menolong Mak Timah untuk memasak makanan untuk minum petang mereka atau mengemas rumah Mak Timah. Faris pula akan menyapu daun-daun kering di halaman rumah Mak Timah sekiranya dia mengantuk. Walaupun Faris dan Nina berasa bosan melihat rakan-rakan mereka berlari setiap petang, mereka berdua tetap setia dan menyokong setiap kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan mereka apabila berlatih. Pada hari Ahad tersebut, Papa Mei Ling membawa Mei Ling dan rakan-rakannya ke pasar yang berdekatan kerana Mei Ling telah berjanji bahawa dia kan belanja rakanrakannya untuk membeli apa-apa sehingga jumlah barang tersebut mencapai RM20.00 sekiranya Brandon berjaya mengalahkannya dalam perlumbaan mereka semalam. Brandon berjaya dengan penuh semangat menyahut cabaran Mei Ling dan berjaya mengalahkannya dengan beza masa hanya 15 saat. Selepas selesai membeli segala jajan yang mereka suka, mereka keluar dari kedai itu. Apabila mereka melintas jalan untuk kembali ke bengkel papa Mei Ling, mereka melihat seorang wanita diragut. Tanpa berfikir panjang, Brandon mengejar peragut tersebut sambil membawa semua barang yang baru dibelinya.
40 Mei Ling, Afiqah dan Nina pergi untuk memeriksa keadaan wanita yang diragut itu sebelum mengikut jejak rakan-rakan mereka. Apabila mereka tiba di sebuah lorong kecil, mereka berdua melihat peragut tersebut mengacukan sebilah pisau ke arah Brandon., Mei Ling, Afiqah dan Vanesh. “Tolonglah puan, letakkan pisau itu.” Pinta Brandon dengan nada memujuk. “Tidak! Saya tidak akan meletakkan pisau ini atau memulangkan dompet ini!” tengking peragut wanita itu. Walaupun wajahnya kelihatan menakutnya, tangan juga menggeletar ketakutan memegang pisau itu. “Puan, kalau puan tak bagi balik beg itu, puan akan ditangkap oleh polis.” Kata Afiqah. “Betul. Kalau puan ditangkap, siapa yang akan menjaga anak puan yang sakit itu?” tanya Vanesh sambil melihat ke arah seorang budak lelaki yang sedang tertidur di atas lantai pintu kedai yang terbiar. Tubuhnya tidak bermaya, di dahinya diletakkan satu kain basah dan dia sesekali terbatuk-batuk. Melihat wajah budak kecil itu, peragut itu menangis teresak-esak lalu menjatuhnya pisau yang dipegangnya. Vanesh menghampiri wanita tersebut untuk mengambil beg di tangan peragut tersebut.
41 ILUSTRASI
42 Pada dia bergelut dengan wanita tersebut sebelum wanita tersebut melihat Brandon menghampiri budak kecil yang sedang tidur diselimuti dengan kotak di atas lantai yang sejuk itu. Dengan rasa takut akan keselamatan anaknya, wanita itu melepaskan beg di dalam genggamannya lalu berani ke arah Brandon. Dia berhenti secara tiba-tiba apabila Brandon mengusap kepala budak kecil itu lalu meletakkan makanan ringan miliknya di sebelah budak lelaki itu. Selepas mendapatkan semua beg yang diragut itu, Brandon dan rakan-rakannya kembali semula menemui wanita yang diragut tadi. “Terima kasih anak-anak.” Ucap wanita itu apabila Vanesh memulangkan semula begnya. Dia membuka begnya untuk memeriksa lalu mengeluarkan wang sebanyak RM100.00 dia menghulurkan wang tersebut kepada Brandon. “Ini untuk awak semua kerana telah menolong saya...” kata wanita tersebut. “Eh, tak mengapa! Kami semua ikhlas menolong puan.” Kata brandon menolak tawaran wanita tersebut. “Saya pun ikhlas bagi duit ini. Ambil lah.” Kata wanita itu. Selepas melihat wajah rakan-rakannya atas cadangannya, Brandon pun mengambil wang tersebut. “Terima kasih...” Ucap Brandon. Wanita tersebut menaiki keretanya lalu pergi.
43 Selepas wanita itu pergi, Brandon dan rakan-rakannya kembali ke tempat budak kecil itu terbaring tadi. Mereka berenam pun menghampiri wanita tersebut. “Puan... boleh saya tanya anak puan sakit apa?” tanya Nina dengan lembut. “Dia sudah beberapa hari tidak makan. Saya tidak tahu nak buat apa.” Jawab wanita itu dengan kecewa. “Puan boleh bawa dia ke klinik untuk memeriksa keadaan kesihatan dia.” Kata Nina. “Tetapi, saya tiada duit...” kata wanita itu dengan wajah yang sedih. Tanpa mengatakan apa-apa pun, Brandon menyerahkan wang RM100.00 di dalam tangannya kepada wanita tersebut dengan senyuman ikhlas di wajahnya. Apabila mereka berenam kembali ke bengkel papa Mei Ling, mereka masingmasing tidak mampu mengatakan apa-apa entang kejadian yang berlaku sebentar tadi. Mereka hanya menikmati makanan ringan yang dibeli tadi sementara menunggu papa Mei Ling selesai membaiki sebuah lori. “Brandon, kau nak?” tanya Nina sambil menyerahkan sebungkus keropok kentang kepada Brandon yang sudah memberikan kesemua makanan ringannya kepada budak kecil itu tadi. “Terima kasih...” Ucap Brandon lalu mengambil keropok itu.
44 “Jadi, wanita itu meragut untuk menampung anaknya?” tanya Faris yang masih terkejut. Brandon dan yang lain hanya mengangguk serentak. Seminggu kemudian, Larian Merentas Desa Peringkat SK Seri Mutiara pun berlangsung. Peserta-peserta acara larian itu telah pun bersiap sedia untuk memulakan larian mereka. Mereka akan bermula di pintu gerbang SK Seri Mutiara dan berakhir di Gerbang itu juga selepas melalui checkpoint yang ditetapkan. ILUSTRASI
45 Semua jalan yang akan dilalui mereka telah ditutup dan dikawal oleh pihak polis untuk memastikan keselamatan peserta. Murid perempuan akan memulakan larian terlebih dahulu diikuti oleh pelajar lelaki. Dengan kiraan hakim garisan pemula, murid perempuan pun memulakan larian mereka. ILUSTRASI
46 Faris dan Nina bersorak dengan penuh semangat apabila melihat Mei Ling dan Afiqah memulakan larian mereka. Tidak lama kemudian, murid lelaki pula dilepaskan. Sekali lagi, Faris dan Nina bersorak dengan penuh semangat menyokong Brandon dan Vanesh. Selepas sekian lama menunggu di garisan penamat, Faris dan Nina akhirnya dapat melihat seorang peserta sedang memasuki gerbang sekolah dan mereka menghampiri garisan penamat. Alangkah terkejut dan gembiranya Faris dan Nina apabila melihat peserta tersebut adalah Brandon. Mereka sungguh gembira sehingga melopat keriangan. Tidak lama kemudian, Mei Ling pun tiba di garisan penamat sebagai juara bagi kategori murid perempuan. Akhirnya Vanesh tiba di garisan penat dan mendapat Tempat Kelima bagi kategori murid lelaki. Brandon berasa sangat gembira kerana dia berjaya mengekalkan gelaran Juara bertahan selama tiga tahun berturut-turut. Mei Ling dan Afiqah juga berasa gembira kerana berjaya memenangi hadiah. Vanesh pula tersenyum lebar apabila mendapat hadiah saguhati dalam larian merentas desa itu buat kali pertamanya. Dengan bantuan dan latihan daripada rakan-rakannya, Vanesh berjaya mengharungi cabaran ini. Faris dan Nina yang tidak dapat menyertai acara tersebut berasa bangga dengan kejayaan rakan-rakan mereka yang gigih berlatih selama sebulan.
47 Selepas upacara penyampaian hadiah, mereka berenam berkongsi makanan yang dijadikan hadiah bersama-sama di rumah Sang Juara Tiga Tahun Berturut-turut. Brandon yang gagah berani! Tiba-tiba, seorang budak lelaki kecil mendatangi mereka. Budak lelaki itu tersenyum lalu memberikan sehelai kertas yang tertulis “Terima kasih, abang:)” kepada Brandon. Budak itu terus melarikan diri selepas memberikan surat tersebut. “Ya... dia sudah kembali ke sekolah...” Jawab Brandon yang masih terkejut apabila melihat budak lelaki itu memakai pakai seragam sekolah Tadika. Walaupun tulisan di atas kertas tersebut seperti cakar ayam, ia masih dapat difahami. “Comel kan dia?” tanya Nina sambil tersenyum lebar. Tanpa disedari, air mata bahagia jatuh ke pipi Brandon. “Terima kasih, Nina...” Ucap Brandon.
48 ILUSTRASI
49 NINA: Cahaya di Hati Nina Nina masih memikirkan tentang kejadian ragut yang terjadi dua hari yang lepas. Dia berasa hairan tentang sesuatu lalu mengambil keputusan untuk bercakap dengan ibu dan ayahnya. “Mak... Nina nak tanya satu benda.” Kata Nina selepas duduk bersama ibu dan ayahnya di ruang tamu. “Apa itu?” tanya ibunya yang sedang menonton drama Melayu di televisyen. “Mak ingat tak Puan Siti?” tanya Nina. “Puan Siti? Puan Siti yang pernah bekerja dengan mak dulu?” tanya ibunya semula. “Ya, Puan Siti yang selalu bagi gula-gula kepada Nina.” Jawab Nina. “Kenapa pula dengan dia?” tanya Ibu Nina. “Dia tinggal di mana sekarang?” tanya Nina pula. “Mak tak pasti pula, yang mak tahu dia berhenti kerja kerana suaminya selalu buat masalah di tempat kerja. Kenapa kamu tiba-tiba tanya tentang Pn. Siti?” Tanya ibunya yang tiba-tiba hairan dengan perangai anaknya itu.
50 “Nina rasa, Nina ada jumpa dia tempoh hari.” Kata Nina. “Betul ke? Kamu jumpa di mana?” tanya ibunya. Nina pun menceritakan segala apa yang terjadi dua hari yang lepas. “Peragut itu Puan Siti? Dia juga menjadi pengemis?” Tanya ibunya dengan terkejut selepas mendengar cerita Nina. Nina menganggukkan kepalanya. “Nina sebenarnya nak minta tolong” kata Nina dengan ekspresi yang sedih. “Apa itu? Tanya ibunya. “Kalau boleh, Mak dapat tak bagi Puan Siti bekerja di hospital semula? Kasihan dengan anaknya.” Pinta Nina memujuk ibunya. “Manalah mak dapat buat begitu. Hospital itu bukan mak punya.” Jawab Ibu Nina. Nina pun mengeluh hampa. “Sebelum ini, Siti kan jaga Mak awak?” tanya ayah Nina dengan tiba-tiba. “Ya, kenapa pula?” tanya Ibu Nina. “Awak boleh upah dia untuk upah jaga mak awak sepenuh masa di rumah ini.” Cadang ayah Nina. “Nina setuju dengan cadangan ayah, bagaimana ibu? Tanya Nina.