The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marmi_mariana, 2024-04-27 23:27:34

4c

4c

51 “Bukan saya tidak mahu. Cuma saya masih tidak percaya dengan orang zaman sekarang. Nina sendiri cerita yang Siti itu meragut orang. Bagaimana kalau dia mencuri nanti?” Kata ibu Nina. “Kalau begitu, mak boleh salahkan Nina.” Kata Nina. “Bolehlah mak... Bolehlah... Kasihan anaknya. Tidur beralaskan kotak.” Pujuk Nina kepada ibunya. ILUSTRASI


52 “Baiklah. Biar mak fikirkan dulu. Jumpa dengan Puan Siti pun tidak.” Kata ibunya yang dengan sedikit membebel. “Esok mak tak pergi kerja kan? Esok Nina bawa mak jumpa dia.” Kata Nina dengan penuh semangat. Ayah dan ibu Nina hanya tersenyum melihat ana mereka itu. Keesokan harinya, Nina membawa ibunya ke lorong di mana dia berjumpa dengan Puan Siti dua hari yang lepas. ILUSTRASI


53 Hatinya berasa lega apabila dia melihat Puan Siti dan anaknya masih di sana. Ibunya menghentikan kereta di hadapan kedai tempat Puan Siti dan anaknya berada. “Sini?” tanya ibu Nina sebaik sahaja dia keluar daripada keretanya. “Kak Haliza? Akak ke itu?” tanya wanita yang bersama anak kecilnya itu. Ibu Nina menganggukkan kepalanya. “Ya Allah... apa sudah jadi dengan awak Siti, sihat?” tanya Ibu Nina apabila dia melihat bekas rakan sekerjanya itu memakai pakaian yang kotor serta berpenampilan yang tidak terurus. Puan Siti menundukkan kepalanya kerana malu. Sebelum ini, dia adalah seorang yang sentiasa berpakaian kemas dan suka merapikan dirinya. “Ibu, siapa ini?” tanya anak Puan Siti yang sedang bersembunyi di belakang ibunya. “Saya kawan ibu awak.” Awak nak makan ayam goreng tak? Nanti mak cik masak untuk kamu. Nak tak?” tanya Ibu Nina kepada Puan Siti. “Nak! Nak!” jawab anak Puan Situ. “Jomlah Siti, balik rumah akak. Kasihan anak awak berpanas, berhujan di sini. Marilah...” Kata ibu Nina memujuk Puan Siti.


54 “Jom lah ibu! Aiman nak makan ayam goreng!” kata anak Puan Siti Pula. Selepas berfikir sejenak, akhirnya Puan Siti dan anaknya masuk ke dalam kereta Ibu Nina. Dia membawa Puan Siti dan anaknya pulang ke rumah. “Aiman, pergi ikut Kakak Nina. Aiman mandi dulu sebelum makan. Mak Cik nak masak makanan-makanan yang sedap untuk Aiman. Aiman mengangguk kepalanya lalu mengikut Nina. Ibu Nina juga memberikan beberapa pasang pakaian baharu yang belum dipakainya. Selepas mereka berdua mandi dan menukar pakaian, Ibu Nina menghidangkan nasi goreng bersama ayang goreng yang dijanjikan untuk Aiman tadi. Aiman dengan lahapnya makan makanan yang dihidangkan untuknya. “Makan perlahan-lahan, jangan laju sangat...” Kata Puan Siti kepada anaknya. “Dah lama dan kita tak makan begini kan Ibu?” kata Aiman dengan sangat gembira lalu menambah seketul lagi ayam goreng ke pinggannya. “Makan banyak-banyak Aiman.” Kata ibu Nina. Puan Siti tersenyum lalu makan makanannya. Air matanya berlinangan di kelopak matanya kerana sudah lama dia tidak menikmati makanan seperti ini walaupun ia hanya nasi dan ayam goreng. “Siti, akak nak tanya Siti sesuatu, boleh?” tanya ibu Nina. Puan Siti mengangguk kepalanya. “Kenapa sampai terjadi begini Siti?” Bukankah Siti ada suami? Di mana dia?” tanya Ibu Nina dengan lembut agar tidak menyinggung perasaan Puan Siti.


55 Air matanya yang berlinangan terus mengalir di pipinya apabila mendengar soalan Puan Haliza itu. Suami Siti dah meninggal tahun lepas. Siti berhenti kerja dulu pun nak jaga dia yang sakit.” Jawab Puan Siti sambil mengelap air matanya. ILUSTRASI


56 “Innalillah... di mana rumah awak?” tanya Puan Haliza lagi. “Siti dihalau keluar oleh pemilik rumah itu kerana tidak mampu membayar sewa. Itulah sebabnya kami dua beranak tidur di kedai terbiar itu.” Jawab Puan Siti. Puan Haliza berasa sangat simpati dengan nasib yang menimpa Puan Siti. “Siti, awak ingat tak dengan Mak akak?” tanya Puan Haliza. “Ingat, kenapa?” Tanya Puan Siti pula. “Akak ajak awak ke sini sebab akak nak minta tolong juga. Akak nak minta tolong dengan awak untuk jaga mak saya...” Kata Puan Haliza sambil tersenyum. “Jaga mak akak?” tanya Puan Siti yang masih keliru dengan permintaan Puan Haliza. “Begini, Siti dan Aiman boleh tinggal di sini, dalam masa yang sama akak nak ambil Siti untuk bekerja menjaga mak akak. Dalam masa yang sama, membantu saya membuat kerja-kerja rumah di rumah ini. Aiman pula boleh didaftarkan di Tadika supaya dia boleh belajar. Tentang upah, Siti jangan risau. Saya akan berikan setiap bulan untuk belanja Siti dan Aiman.” Terang Puan Haliza dengan jelasnya. Apabila mendengar kata-kata Puan Haliza menangis kerana terharu dengan pelawaan Puan Haliza.


57 “Betul ke ini?” Tanya Puan Siti sambil memegang tangan Puan Haliza. Puan Haliza tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. “Ya Allah, terima kasih sangat-sangat kerana telah menurunkan nikmat yang teramat indah ini kepada hamba-Mu ini ya Allah.” Doa Puan Siti sambil berguguran air matanya. Selepas makan, Nina membawa Aiman dan Puan Siti ke bilik tetamu di sebelah dapur. Bilik tersebut sedikit kecil daripada bilik-bilik yang lain namun saiznya cukup untuk memuatkan satu katil dan satu almari besar, satu meja belajar dan meja kecil di sebelah katil tersebut. “Ini bilik Puan Siti dengan Aiman...” Kata Nina. “Terima kasih, Nina...” Ucap Puan Siti kepada Nina. Keesokan harinya, Puan Siti bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi untuk Nina sekeluarga. Dia berasa sangat bahagia kerana akhirnya dia merasakan dirinya mempunyai hala tuju semula. Dia berjanji bahawa dia akan membalas jasa Puan Haliza sekeluarga dengan meringankan beban mereka sebanyak yang mungkin. Dia memulakan paginya dengan menyediakan sarapan pagi. Dia sudah bertanya kepada Nina tentang kebiasaan mereka untuk sarapan pagi. Berdasarkan tips yang Nina, dia menyediakan roti bakar, telur separuh masak dan air kopi susu.


58 Selepas selesai memasak, dia memastikan Aiman telah bangun dan mandi. Tidak lama kemudian, Encik Musa, Puan Haliza dan Nina turun ke ruang tamu untuk bersarapan. “Eh, awal betul kamu bangun, Siti!” kata Puan Haliza apabila dia masuk dan duduk di ruang makan. Nina dan ayahnya pun mengambil tempat duduk masing-masing. ILUSTRASI


59 “Wah, sedapnya bau roti bakar ini!” kata Nina lalu menjamu selera selepas membaca doa makan. Aiman yang baru selesai mandi bergegas untuk duduk bersama Nina. “Aiman, makan dengan ibu di dapur nanti.” Kata ibunya. ILUSTRASI


60 “Eh, tidak mengapa! Biarlah Aiman makan dengan Kak Nina dia tu. Siti pun duduklah sekali, makan bersama kami.” Kata Puan Haliza mempelawa Puan Siti. Aiman tersenyum lebar lalu duduk di sebelah Nina. Nina menolongnya menuang air ke dalam cawan. Puan Siti pula duduk di sebelah Haliza. “Siti, tengah hari nanti tidak perlu masak banyak ya. Masak untuk awak, Aiman dan Nina sahaja. Mak pula sediakan bubur sahaja. Tidak perlu masin, dan tidak tawar. Boleh?” Kata Encik Musa. “Boleh. Nina balik sekolah nanti pada jam berapa?” Tanya Puan Siti. “Nina balik pada pukul 01.00 tengah hari.” Jawab Nina. Puan Siti mengangguk kepalanya tanda faham. “Oh, ya. Saya sudah daftarkan nama Aiman di sekolah Tadika. Minggu hadapan dia boleh bersekolah.” Kata Encik Musa. “Terima kasih, Encik Musa.” Ucap Puan Siti. “Betul ke Aiman akan pergi ke sekolah?” Tanya Aiman dengan rasa teruja. Encik Musa, Puan Haliza, Puan Siti dan Nina mengangguk kepala serentak mengiyakan pertanyaan Aiman. Melihat jawapan mereka, Aiman tersenyum bahagia. Apabila Nina tiba di sekolah, Nina bergegas menemui rakan-rakannya yang sedang berbual tentang pertandingan merentas desa yang semakin dekat.


61 “Brandon! Faris! Vanesh! Afiqah! Mei Ling!” jeritnya dari jauh sebelum tiba di tempat duduk Brandon. “Kau dah kenapa menjerit-jerit?” tanya vanesh yang kerisauan melihat Nina kepenatan kerana berlari. Selepas duduk, Nina menarik nafas perlahan-lahan untuk merehatkan dirinya. Rakan-rakannya menunggu jawapan daripada Nina. “Kamu semua ingat tak perempuan yang meragut tempoh hari?” tanya Nina kepada rakan-rakannya selepas minum air. “Ya, kenapa dengan dia?” tanya Brandon kepada Nina pula. Nina pun menceritakan segalanya kepada rakan-rakannya dengan panjang lebar. “Jadi, dia tinggal di rumah kau sekarang?” tanya Faris kepada Nina. “Ya...” jawab Nina dengan tenang. “Wah, aku nak jumpa dengan Aiman!” kata Brandon dengan tidak sabarnya. “Nantilah, ibunya sedang sibuk menyediakan keperluan sekolahnya...” Kata Nina. “Aku boleh tolong beli juga. Eh, salah! Kita boleh tolong beli!” kata Brandon lagi. Faris, Afiqah, Mei Ling dan Vanesh mengangguk kepala serentak tandak menyokong idea bernas Brandon.


62 ILUSTRASI


63 Selepas pulang dari sekolah, Nina meminta izin kepada Puan Siti untuk membawa Aiman bersiar-siar sambil membeli barangan keperluan sekolahnya. Puan Siti dengan senyuman lebar mengizinkan Nina membawa Aiman bersamanya. Pada petang tersebut, Nina dan rakan-rakannya serta Aiman berbasikal menuju ke kedai runcit di hujung kampung yang ada menjual peralatan tulis dan kelengkapan sekolah. Nina menumpang basikal Vanesh, Afiqah menumpang basikal Mei Ling, Aiman menumpang basikal Brandon manakala Faris pula berbasikal sendirian. Sesampainya mereka di kedai tersebut, mereka mula memilih segala keperluan sekolah Aiman dengan menggunakan duit yang diberikan oleh Encik Musa, ayah Nina. Mereka berenam juga bertuah pada hari tersebut kerana Brandon membelanja mereka aiskrim. Selepas membeli barang-barang keperluan sekolah Aiman, mereka membawa Aiman bersiar-siar di kampung mereka. Walaupun cuaca agak panas, mereka tidak mengeluh kerana mereka berasa bahagia apabila dapat melihat senyuman indah terlukis di wajah Aiman. Mereka juga membawa Aiman untuk berjumpa dengan Pak Samad dan Mak Timah. Tanpa disedari Aiman tertidur di pangkuan Brandon. B Brandon tersenyum lalu menepuk bahu Mei Ling yang duduk di sebelahnya. Mei Ling tertawa kecil apabila melihat wajah Aiman yang comel dengan kepenatan itu.


64 “Boleh pula dia tertidur.” Kata Mei Ling dengan suara yang perlahan kerana takut akan mengejutkan Aiman dari tidurnya. “Bagaimana nak bawa dia pulang? Kalau aku kejutkan dia, kasihan pula tengok dia.” Kata Brandon. “Tidak mengapa, biar Pak Samad yang hantar Aiman dan Nina pulang ke rumah dengan menaiki kereta. Kamu semua boleh pulang berbasikal.” Kata Pak Samad. “Tidak menyusahkan Pak Samad ke?” tanya Nina dengan bimbang. “Eh, tidak mengapa! Lagipun Pak Samad hendak ke bandar untuk membeli sesuatu.” Jawab Pak Samad. “Beberapa hari kemudian, Aiman pun memulakan sekolahnya. Dia berasa sungguh teruja untuk bertemu dengan rakan baharunya, belajar menggunakan segala barang baharu yang dibelinya tempoh hari. Pada malam tersebut, dia membawa sekeping kertas lalu menemui Nina yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya. “Kakak!” jerit Aiman dari jauh. Dia berlari kegembiraan sambil membawa sekeping kertas. Dia memberikan kertas tersebut kepada Nina sambil tersengih-sengih. “Apa ini?” tanya Nina. “Aiman dah pandai tulis ABC! Nanti bolehlah kakak ajar Aiman membaca.” Kata Aiman dengan teruja.


65 Selepas tamat pertandingan merentas desa, Nina mengajak mereka ke taman untuk makan bersama-sama. Tiba-tiba, seorang budak lelaki kecil mendatangi mereka. Budak lelaki itu tersenyum lalu memberikan sehelai kertas yang bertulis ‘terima kasih, abang’” kepada Brandon. Budak itu kemudiannya melarikan diri selepas memberikan kertas tersebut. ILUSTRASI


66 “Bukankah itu Aiman?” tanya Mei Ling. “Ya, dia sudah ke sekolah.” Jawab Brandon yang masih terkejut apabila melihat Aiman memakai uniform tadika. Walaupun tulisannya seperti cakar ayam, ia masih dapat dibaca dan difahami. ILUSTRASI


67 “Comel kan dia?” dengan penuh semangat dia minta aku ajar dia menulis dan mengeja. Dia kata dia nak berterima kasih dengan kau kerana tidak menangkap ibunya apabila ibunya meragut dahulu. Dia sangka kau orang jahat tetapi sebenarnya kau baik, katanya...” kata Nina sambil tertawa. Tanpa disedari, air mata bahagia jatuh ke pipi Brandon. Dia berasa sangat terharu. “Terima kasih Nina kerana kau baik hati dan sanggup menolong Aiman. Kalau aku mampu, sudah lama aku jaga dia...” ucap Brandon lalu mengelap air matanya. Rakanrakannya tertawa kecil apabila melihat reaksi Brandon. Brandon kemudiannya menyimpan nota kecil itu di dalam dompetnya.


68 MEI LING: Dermawan Digital Meringankan Beban Faris, Vanesh, Brandon, Afiqah, Nina dan Meiling berbasikal menuju ke Pusat Komuniti di kampung mereka. Mereka berasa teruja kerana pusat tersebut akhirnya mempunyai komputer. Mereka tidak dapat menggunakannya sebelum ini kerana komputer-komputer tersebut digunakan oleh pelajar Tingkatan Lima SMK Seri Mutiara untuk mengulang kaji pelajaran mereka untuk SPM tahun lepas. “Aku tak sabar naik main permainan video di komputer itu.” Kata Brandon yang sedang mengayuh basikalnya yang berwarna hitam. “Aku pun sama...” Kata Nina yang sedang giat mengayuh basikalnya yang dibonceng oleh Afiqah. “Aku sebenarnya hendak mencari resipi baharu di Internet” kata Mei Ling yang sedang membonceng basikal Brandon. “Kau nak buat apa dengan resipi itu?” tanya Faris kepada Mei Ling. “Aku nak masaklah. Kalau masakan aku berjaya, nanti aku bagi lah dengan kamu semua.” Jawab Mei Ling.


69 “Inilah sebabnya aku suka berkawan dengan kawan yang suka memasak seperti Mei Ling dan Afiqah ini.” Gurau Nina. “Kau suka makan makanan yang dimasak oleh mereka. Kau tak nak masak sendiri ke?” sambung Vanesh. “Malas...” Jawab Nina yang mempercepatkan kayuhannya supaya dia dapat mengejek Vanesh yang mengayuh basikal di belakangnya. ILUSTRASI


70 “Amboi, kau ejek aku, ya? Sini kau!” kata Vanesh sambil mempercepatkan kayuhan basikalnya. Afiqah yang membonceng Nina memeluk Nina dari belakang dengan erat apabila Nina dan Vanesh mula berkejaran. “Jangan kayuh basikal laju sangat!” jerit Faris dari belakang. Basikal yang dikayuh Nina dan Vanesh terlampau laju sehingga Faris, Brandon dan Mei Ling ketinggalan jauh. Faris dan Brandon mula mengejar mereka namun tetap mengayuh dengan berhati-hati. Mereka tidak ingin berada di dalam bahaya apabila menggunakan jalan raya. Apabila Faris, Branodn dan Mei Ling tiba di simpang tiga, mereka melihat ramai orang sedang berkumpul di tepi simpang tersebut. Mereka terkejut melihat sebuah kereta yang telah remuk di bahagian hadapannya. Mereka dapat melihat pemandu dan penumpangnya cedera parah. Mereka bergegas menemui Vanesh, Nina dan Afiqah yang berada di tempat kajian. “Apa yang terjadi?” tanya Faris kepada rakan-rakannya. “Aku dengan Nina sedang berlumba basikal. Apabila kami melihat sebuah lori memecut dari simpang sebelah kiri kami. Kami pun berhenti. Lori itu sangatlah laju sehingga merempuh sebuah kereta dari simpang sebelah kanan kami. Sampai remuk kereta itu dibuatnya. Selepas itu, lori itu memecut pergi meninggalkan tempat kejadian.” Jelas Vanesh. Faris dan rakan yang lain terdiam. Keadaan di sekeliling mereka huru-hara. Ramai orang yang datang membantu untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta. Van


71 ambulans pun datang tidak lama selepas panggilan kecemasan dibuat. Kemudian mereka membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Faris dan rakan-rakannya meneruskan perjalanan mereka ke pusat komuniti dengan hati yang berdebar-debar dan rasa terkejut yang mendalam. Mereka tiba di pusat komuniti lalu mengambil tempat duduk masing-masing. “Aku terkejut betul tadi bila lori itu memecut dengan laju. Kata Vanesh memulakan perbualan. “Kalau lori itu pergi begitu sahaja, bukankah itu langgar lari?” tanya Afiqah. “Ya, tergamak sungguh pemandu lori itu...” sambung Faris. “Ada sesiapa tahu tantang mangsa yang dilanggar itu?” tanya Brandon. “Aku tak nampak sangat muka mereka tadi kerana aku berasa sangat terkejut...” Jawab Nina yang sibuk menonton video dalam YouTube. “Lagi pula, suasana di sana sangatlah huru-hara.” Kata Vanesh yang asyik bermain permainaan Video dalam komputernya. Afiqah menoleh ke sebelahnya dan perasan bahawa Mei Ling sedang asyik menaip di papan kekunci dan tekun melihat paparan skrin komputer di hadapannya. “Kau buat apa tu, Mei Ling?” tanya Afiqah.


72 “Aku sedang menulis blog peribadi dalam talian milik aku.” Jawab Mei Ling. Matanya tekun melihan paparan skrin di hadapannya. “Apa pula itu?” tanya Nina. “Blog peribadi ini seperti diari dalam talian. Kau boleh hantar atau tulis apa-apa saja. Ia seperti laman sesawang yang kita selalu layari. Ada yang tulis nasihat, informasi semasa dan banyak lagi dalam blog mereka.” Jawab Faris pula. ILUSTRASI


73 “Oh, begitu. Kau tulis apa Mei Ling?” tanya Nina lagi. “Aku sedang tulis resipi-resipi yang aku dah berjaya buat. Senang kalau letak dalam blog peribadi. Aku tak payah susah nak cari. Tak payah nak risau ia akan hilang dan sebagainya.” Jawab Mei Ling yang masih giat menaip. Nina mengangguk kepala tanda faham. ILUSTRASI


74 “Kau tulis resipi apa?” tanya Vanesh pula. “Aku tulis resipi biskut Almond London.” Jawab Mei Ling. “Almond London?” Biar betul?” celah Brandon yang terkejut. “Ya, Almond London...” Jawab Mei Ling lagi. “Kau dah berjaya buat? Mana? Kau ada bawa?” Tanya Nina dengan rasa teruja sehingga soalan yang keluar dari mulutnya bertubi-tubi. “Ada, tapi kita perlu kongsi. Jangan pula kau dengan Brandon saja yang makan.”Kata Mei Ling lalu mengeluarkan sebalang biskut Almond London dari begnya. Dia membuka penutup balang itu lalu memberinya kepada Nina. “Baik, cik!” jawab Nina lalu mengambil satu daripada biskut-biskut tersebut. Dia kemudiannya memberi balang tersebut kepada Afiqah dan seterusnya. Mereka menghabiskan masa lapang pada hari tersebut di Pusat Komuniti itu sambil menghabiskan biskut yang dihasilkan oleh Mei Ling. “Assalamualaikum...” ucap Faris apabila dia tiba di rumah selepas pulang dari pusat Komuniti. “Waalaikumuslam...” Jawab Dani ayang sedang bermain dengan Oyen, Olaf dan Oreo. “Mana ibu? Tanya Faris selepas dia mencari ibunya di dapur.


75 “Ibu pergi ziarah orang sakit” Jawab Dania yang sedang menonton televisyen selepas bermain dengan kucing-kucing kesayangan keluarga mereka. “Orang yang kena langgar tadi itu ke? Tanya Faris selepas duduk bersama Dania di atas sofa. “Ya, mana kau tahu ada orang kena langgar? Tanya Dania pula. “Adik pergi ke Pusat Komuniti tadi, kebetulan lalu di tempat kejaian.” Kata Faris. Dania yang ingin tahu menegakkan badannya lalu mendekati Faris. “Apa yang terjadi? Cuba cerita dengan kakak.” Tanya Dania ingin tahu. “Vanesh kata kereta itu dilanggar lari oleh sebuah lori.” Jawab Faris. “Langgar lari?! Ish..ish..ish..”Kata Dania sambil menggeleng kepalanya. “Ya, dahlah lori itu memecut dengan laju. Habis remuk bahagian hadapan kereta yang dilanggarnya itu” kata Faris lagi. “Ya Allah... orang dalam kereta itu macam mana? Cedera teruk ke?” tanya Dania lagi. “Tak tahu, waktu adik sampai, van ambulans dah bawa mangsa ke hospital.” Jawab Faris. “Kasihannya...” Kakak harap mangsa tersebut baik-baik sahaja.” Kafa Fania lalu menadah tangannya untuk berdoa.


76 ILUSTRASI


77 Faris pun ikut berdoa. Mereka berdoa agar mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut terselamat dan orang yang melanggarnya segera ditangkap. Manakala di rumah Mei Ling... “Papa! Papa!” Ucap Mei Ling yang sedang berlari ke arah Papanya yang sedang membaca surat khabar. “Ya, anak papa? Nak apa ni? Tanya Encik Lee sambil melihat ke arah wajah anak kesayangannya itu. “Tadi ada kemalangan jalan raya. Papa tahu?” tanya Mei Ling sambil menuangkan teh ke dalam cawan Encik Lee. “Sudah tentulah Papa Tahu. Papa kan mekanik terbaik dalam kampung ini. Kereta tang dilanggar tadi dihantar oleh orang ke bengkel Papa.” Jawab Encik Lee. “Oh baguslah kalau begitu. Bolehlah papa baiki kereta itu.” Kata Mei Ling pula. “Boleh sahaja tapi kosnya agak besar kalau kita lihat kepada kerosakan kereta itu.” Kata Encik Lee lagi. “Mei Ling sebenarnya kasihan dengan dengan mangsa itu.” Kata Mei Ling dengan wajah yang sedih. “Ya, Papa tahu. Kita semua di kampung ini sedang merasakan benda yang sama tentang Pak Ajis.” Kata Encik Lee lagi.


78 “Pak Ajis?!” Tanya Mei Ling dalam keadaan yang terkejut. “Ya, Pak Ajis. Kamu tak tahu ke?” tanya Encik Lee pula. Mei Ling yang masih terkejut hanya mampu terdiam. “Pak Ajis sebenarnya dalam perjalanan nak hantar anak dia, Ishak ke lapangan terbang. Tiba-tiba lori datang memandu dengan laju lalu melanggarnya. Sempat juga ayat dengar perkara ini daripada Pak Samad tadi.” Kata Encik Lee lagi. “Begitu rupanya. Mei Ling harap orang yang melanggar Pak Ajis itu dapat segera ditangkap kerana ini adalah kes langgar lari.” Kata Mei ling dengan tegas dan penuh harapan. “Amboi, dah seperti peguam yang tegas dah anak papa ini!” Puji Encik Lee terhadap anaknya. Mei Ling tersenyum malu lalu duduk bersama dengan ayahnya di ruang tamu. Mei Ling dan Afiqah yang sedang sibuk menjaga barisan kelas yang ditugaskan kepada mereka masing-masing sempat berbual tentang hal semalam. “Aku tak sangka betul yang itu Pak Ajis dan Abang Ishak.” Kata Afiqah berbisik kepada Mei Ling. “Ya, betul. Aku juga terkejut apabila papa aku beritahu aku semalam.” Kata Mei Ling pula.


79 “Ya, tak sangka...” Kata-kata Afiqah terhenti apabila pengacara majlis memulakan perhimpunan. Selepas setengah jam duduk di atas tapak perhimpunan sekolah mereka itu, akhirnya perhimpunan pun berakhir. Murid-murid yang bergegas hendak pulang ke kelas tiba-tiba menghentikan langkah mereka apabila mendengar satu pengumuman. ILUSTRASI


80 “Murid-murid, sebelum masuk ke kelas masing-masing, cikgu nak umumkan tentang kutipan derma yang akan dilakukan oleh AJK Kebajikan Lembaga Pengawas Sekolah pada hari ini untuk membantu mangsa kemalangan semalam. Kalau tiada duit lebih untuk didermakan, tidak mengapa. Kamu boleh sedekahkan doa supaya mereka cepat sembuh. Itu sahaja, anda semua boleh balik ke kelas masingmasing.” Umum Cikgu Hariza. ILUSTRASI


81 Murid-murid pun meneruskan perjalanan mereka ke kelas masing-masing. Mei Ling, Afiqah dan pengawas-pengawas lain tinggal di tapak perhimpunan untuk menyusun kerusi guru dan mengemas semula tapak perhimpunan. “Mereka berdua kemudiannya kembali ke kelas untuk mengikuti PdPc. Sejam kemudian, dua orang pengawas Darjah Enam datang ke kelas mereka untuk mengutip Derma. Semua murid 4 Berlian berbaris untuk meletakkan duit mereka ke dalam tabung derma yang dibawa oleh pengawas tersebut. Mei Ling membuka dompetnya lalu memasukkan RM2.00 ke dalam tabung derma tersebut. Selepas mengutip derma, kedua-dua pengawas itu mengucapkan terima kasih kepada cikgu lalu pergi ke kelas lain pula. Keesokan harinya, Mei Ling dan rakan-rakanya pergi ke rumah Pak Samad untuk bertanyakan khabar Pak Ajis dan anaknya. Mereka berenam berbasikal menuju ke rumah Pak Sama. “Assalamualaikum....” Ucap Faris, Afiqah dan Nina sebaik sahaja mereka tiba di rumah Pak Samad. “Waalaikumusalam..” Jawab Pak Samad yang sedang minum kopi di beranda rumahnya. “Pak Samad, boleh kami bertanya?” tanya Nina selepas dia duduk di atas lantai beranda rumah Pak Samad itu. “Boleh saja...” Jawab Pak Samad.


82 “Apa khabar Pak Ajis dan Abang Ishak?” Tanya Nina. “Abang Ishak kamu tercedera di kakinya, nasib baik tulang belakang tak patah. Pak Ajis kamu pula tercedera di bahagian kepalanya. Dia memerlukan wang yang banyak untuk menjalankan pembedahan secepat mungkin. Jawab Pak Samad. “Jangan risau, derma dari sekolah akan digunakan sepenuhnya untuk membayar semua kos perubatan Pak Ajis dan Abang Ishak kami. AJK surau kampung kita juga ada menyumbangkan sedikit wang.” Jelas Pak Samad. “Alhamdulillah...Baguslah kalau begitu.” Kata Faris. “Pak Samad, saya dengar dari Papa yang kereta yang dilanggar itu adalah hadiah Abang Ishak kepada Pak Ajis. Betul ke?” tanya Mei Ling pula. “Ya, betul tapi kereta itu sepertinya memerlukan kos yang tinggi untuk membaikinya.” Kata Pak Samad. “Mei Ling ada cadangan. Apa kata kita buat satu laman sesawang supaya orang luar boleh derma untuk Pak Ajis dan Abang Ishak. Wang itu boleh digunakan untuk membaiki kereta tersebut dan selebihnya kita boleh serahkan kepada Pak Ajis. Kalau Pak Ajis sudah sembuh nanti, dia tidak perlu lagi risau tentang keretanya.” Kata Mei Ling dengan panjang lebarnya. Pak Samad suka akan cadangan bernas Mei Ling itu lalu menyuruhnya untuk meneruskan rancangannya itu


83 Selepas seminggu mengumpul segala derma daripada laman sesawang itu, kereta Pak Ajis pun siap dibaiki dan ditambah baik oleh Encik Lee. Pak Ajis yang sudah sembuh sepenuhnya berterima kasih kepada semua orang yang telah membantunya. Dia juga berterima kasih kepada Mei Ling yang telah meringankan bebannya dia berasa sangat bersyukur kepada kereta yang dihadiahkan oleh anaknya itu masih dapat digunakan. ILUSTRASI


84 Ishak, anak Pak Ajis pula sedang belajar untuk berjalan semula selepas kakinya dihimpit oleh kereta itu. Dia terpaksa mengambil cuti yang lama daripada Universitinya untuk menjalankan terapi untuk kakinya. Ishak mendapat banyak bantuan daripada laman sesawang yang dibangunkan oleh Mei Liang kerana ramai doktor Pakar membantunya dengan memberikan rawatan dan khidmat nasihat. Dengan bantuan Mei Ling dan rakan-rakannya, Pak Ajis dan Ishak berjaya kembali kepada kehidupan mereka seperti dulu. Selepas sebulan menjalankan terapi, kaki Ishak sudah sembuh sepenuhnya dan dia kini telah kembali ke universitinya. Walaupun keadaan Pak Ajis semakin membaik, dirinya tetap ingin tahu tentang identiti yang melanggarnya pada hari itu. Walaupun Pak Ajis telah memaafkannya, tetapi jenayah, tetaplah jenayah. Dia berharap pihak polis datang memberkas penjenayah itu dengan segera. Dengan menggunakan saluran laman sesawang yang dibangunkan oleh Mei Ling, Pak Ajis meminta tolong daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk memberikan informasi berkaitan dengan penjenayah tersebut. Pak Ajirs tidak memperoleh sebarang informasi daripada orang ramai kerana yang yang berada di tempat kejian tidak sempat melihat wajah penjenayah itu dengan jelas sehinggalah satu hari, Pihak polis telah berjaya membaiki kamera litar tertutup dalam keretanya yang telah merakam wajah pemandu lori tersebut.


85 AFIQAH: Kejujuran Merungkai Sebuah Kebenaran Tragedi yang menimpa Pak Ajis dan anaknya pada dua minggu lalu masih berlegarlegar di fikiran Afiqah. Kecoh satu kampung mereka apabila berita kemalangan Pak Ajis tersebar. Afiqah, Nina dan Vanesh yang menyaksikan kemalangan antara sebuah lori yang memecut lagu dan kereta yang dipandu oleh Pak Ajis masih dapat merasakan kejutan persis apa yang mereka rasakan apabila mereka menyaksikan tragedi tersebut sebelum ini. Saksi-saksi yang berada di tempat kejadian tidak dapat mengenal pasti identiti pemandu lori yang melanggar kereta Pak Ajis kerana lori tersebut bergerak dengan sangat laju. Situasi yang berlaku di hadapan Afiqah dua minggu lali masih segar dalam fikirannya, Walupun keadaan di sekelilingnya sangat huru hara, dia berjaya melihat wajah pemandu lori itu dengan sangat jelas. Satu sosok badan yang dikenali oleh Afiqah duduk di tempat duduk pemandu lori tersebut. Sosok yang dikenalinya itu jelas dilihatnya memandu lori tersebut melebihi had laju yang ditetapkan lalu melanggar kereta Pak Ajis sehingga ia terpelanting ke tepi jalan. Wajah pemandu tersebut tidak asing dalam hidup Afiqah kerana sangat mengenalinya dengan rapat.


86 Apabila Afiqah melihat wajah pemandu itu, dia berasa ragu-ragu dengan penglihatannya namun apabila dia memainkan semula situasi tersebut dalam fikirannya, dia berasa sangat yakin bahawa pemandu lori yang melanggar kera Pak Ajis ialah Aabang Izzat. Abang Izzat merupakan sepupu Afiqah yang sedang bekerja di sebuah kilang di kampung sebelah. Abang Izzat ialah anak Mak Ngah Afiqah. ILUSTRASI


87 Afiqah masih ingat lagi semasa Abang Izzat sanggup meredah hujan lebat untuk menjemput dan menghantar Afiqah pulang ke rumahnya dari sekolah. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Afiqah bahawa Abang Izzat yang baik hati dan peramah tergamak melalukan jenayah berat seperti langgar lari itu. ILUSTRASI


88 Sejak kejadian itu, Afiqah berasa serba salah kerana dia menyembunyikan kebenaran daripada semua orang. Abang Izzat pulang hilang entah ke mana. Abang Izzat sudah seminggu lebih tidak pulang ke rumah Mak Ngahnya. Afiqah berjaya menyimpan rahsia itu tanpa memberitahu kepada sesiapa sehinggalah dua orang pegawai polis datang ke rumahnya untuk mendapatkan keterangan Afiqah sebagai salah seorang saksi di tempat kejadian. Afiqah memberikan keterangannya sehari selepas kejadian itu. Afiqah berfikir dengan panjang tentang apa yang patut dilakukannya. Akhirnya, lima hari selepas kejadian, Afiqah memberitahu segala-galanya kepada ayahnya. “Ayah, Iqah nak beritahu sesuatu boleh?” tanya Afiqah kepada ayahnya. Hatinya berdegup kencang dan tangannya digenggam erat. “Ya, kenapa?” tanya ayahnya yang sedang menonton televisyen. “Iqah nak cakap pasal Abang Izzat...” kata Afiqah dengan rasa takut. “Oh, ya? Di mana?” tanya ayahnya dengan senyuman yang manis. Afiqah berasa takut untuk mengeluarkan kata-kata dari mulutnya. Namun selepas beberapa saat terdiam, Afiqah akhirnya memberanikan diri. “Iqah tengok Abang Izzat pandu lori...lori...lori yang melanggar Pak Ajis tempoh hari...” Jawab Afiqah dengan ragu-ragu. Senyuman di wajah ayahnya pudar. Afiqah menundukkan kepalanya kerana takut pada ayahnya yang tegas itu.


89 “Betul apa yang kamu cakap ini? Yakin?” tanya ayahnya dengan serius. Afiqah mengangguk kepalanya. Ayahnya terdiam seketika selepas menerima jawapan anaknya itu. “Kamu ada cerita dengan orang lain?” tanya ayahnya, Afiqah menggelengkan kepala dan tidak mengatakan apa-apa. “Pergi tidur. Esok kita jumpa Mak Ngah.” Arah ayahnya. Afiqah pun meninggalkan ayahnya di ruang tau dan kembali ke biliknya. Keesokan harinya. Afiqah dibawa oleh ayahnya ke rumah Izzat. Apabila tiba di sana, Afiqah melihat Mak Ngahnya duduk di luar rumah. “Assalamualaikum Angah?” Ucap ayah Afiqah apabila mereka sampai di kaki tangga rumah Mak Ngahnya. “Waalaikumusalam Along...” sambut Mak Ngah. “Along nak tanya Angah tentang Izzat...” Kata ayah Afiqah. “Izzat? Izzat dah lama tak balik rumah. Angat pun tak tahu dan nak cari mana. Kenapa Along? Along tahu Izzat di mana?” tanya Mak Ngah. “Angah tahu tak yang Izzat lah yang melanggar Ajis tempoh hari?” tanya ayah Afiqah. Mak Ngah terdiam seketika.


90 “Apa yang Along cakap ini?” Anak Angah, Izzat itu budak baik. Mana mungkin Izzat melanggar orang?” Kat Mak Ngah yang masih tidak percaya. “Anak aku, Afiqah yang nampak sendiri yang si Izzat memandu lori itu.” Kata ayah Afiqah. Kata ayah Afiqah. Afiqah hanya terdiam berdiri di sebelah ayahnya. Mak Ngah tertawa kecil lalu mulai meninggikan suaranya. ILUSTRASI


91 “Tak payah nak percaya sangatlah dengan kata-kata anak kau tu! Dia saja nak menuduh anak aku! Tengking Mak Ngah kepada Afiqah dan ayahnya. “Suka hati kau lah Angah. Aku dan Afiqah dah buat laporan polis. Lagi pula, kereta yang dibelu Ishak untuk Ajiz itu ada kamera litar tertutup. Kalau betul itu bukan Izzat, aku suruh anak aku minta maaf dengan dia.” Kata ayah Afiqah lalu pulang ke rumah. Selepas mengambil keterangan daripada Afiqah, polis memulakan operasi mereka untuk mencari suspek utama mereka iaitu, Izzat. Selepas beberapa hari mencari, mereka tetap tidak menemukan Izzat. Saban hari, Afiqah semakin kerap mendiamkan diri. Dia berasa sangat takut sekiranya Izzat datang menemui dan memarahinya kerana dia yang melaporkan Izzat kepada pihak polis. Dirinya sering berasa cemas dan takut untuk bersendirian. Dia bersyukur kerana memiliki kawan-kawan ang sentiasa menjaganya pada setiap masa. Seminggu selepas laporan polis dibuat, Afiqah dan rakan-rakannya ingin pulang ke rumah selepas bermain bersama-sama. Apabila mereka didatangi olej satu sosok lelaku yang memakai topi hitam. Merela berhenti berjalan apabila lelaki itu berdiri di hadapan mereka. Ereka berasa hairan dan sedikit takut. “Afiqah, tolong abang... abang takut....” rayu Abang Izzat kepada Afiqah. Afiqah berasa keliru dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab rayuan sepupunya itu.


92 “Abang tak sengaja langgar Pak Ajis... Abang takut... abang juga takut abang akan dibunuh oleh Ah Long... Abang ada banyak hutan...Tolong abang, Afiqah...Rayu Izzat lagi. Matanya merah berlinangan dengan air mata. “Iqah tak tahu nak buat apa...” Kata Afiqah dengan ragu-ragu. “Begini...Afiqqah pergi jumpa ayah, suruh ayah bayar hutang abang...boleh?” Pak Long kan ada banyakk duit...” Kata Izzat dengan senyuman lebar untuk memujuk Afiqah. Afiqah terdiam seketika sebelum dia mendengar suara Faris yang berada di sebelahnya. “Boleh...tapi abang kena janji dengan kami semua yang abang akan serah diri ke balai polis selepas Ayah Afiqah lunaskan hutang abang.” Kata Faris dengan beraninya. Izzat tersenyum lalu mengangguk kepalanya tanda setuju. Dia kemudiannya bergegas dan bergegas dari tempat tersebut kerana dia berasa risau orang lain akan melihatnya. Afiqah yang berasa cemas dapat mendengar degupan jantungya yang kencang itu. Tanpa disedarinya, dia memegang tangan Mei Ling dengan kuat kerana dia berasa takut. Brandon dan Vanesh pula berdiri di hadapannya, manakala Nina memegang lengan baju Afiqah dengan kuat. Afiqah pulang ke rumahnya dengan perasaan gementar dan terkejut akan situasi yang baru sahaja dihadapinya. Apabila dia tiba di rumah, ayahnya perasan akan tingkah laku Afiqah yang berbeza daripada yang biasa itu.


93 “Kamu kenapa, Iqah?” macam takut-takut saja kamu ini.” Tegur ayahnya yang berada di ruang tamu. Afiqah mendiamkan diri dan hanya berdiri di depan ayahnya sambil menundukkan kepala, takut untuk memandang ayahnya. “Kenapa?” berutahu ayah cepat. Risaulah ayah dengan perangai kamu ini.” Kata ayahnya sambil merenung muka anaknya yang penuh kerisauan itu. Afiqah menarik nafas panjang lalu membuka mulutnya. ILUSTRASI


94 “Tadi, Abang Izzat datang jumpa Iqah...” katanya dengan suara perlahan. Matanya mengelak daripada melihat ayahnya. “Hah?! Izzat pergi jumpa kamu? Mana dia?” tanya ayahnya sedikit terkejut. “Dia dah lari... Iqah minta maaf...Iqah takut...” Kata Afiqah, menahan air matanya daripada jatuh ke pipinya. Tangannya bergetar tidak tertahan kerana berasa gementar. “Tak, ayah tak marah Iqah... Ayah berterima kasih sangat-sangat kepada anak ayah yang cantik bak bidadari ini kerana jujur dengan ayah. Ayah tahu kamu terkilan sebab kamu rapat dengan Abang Izzat. ILUSTRASI


95 Tidak mengapa, cerita dengan ayah. Apa yang dia cakap dengan kamu?” kata ayahnya dengan tenang lalu memegang tangan anaknya yang bergetar itu untuk menenangkannya. Afiqah menenangkan dirinya lalu melihat wajah ayahnya yang penyayang dan penuh kesabaran itu. “Abang Izzat suruh ayah bayar hutang dia dengan Ah Long. Dia janji yang dia akan serahkan diri selepas ayah bayar hutang dia itu...” kata Afiqah selepas mengumpul segala keberaniannya. “Dia ada beritahu dengan Afiqah tentang jumlah hutangnya itu?” tanya Afiqah lagi. Afiqah menggelengkan kepalanya lalu menangis kerana takut yang dipendamnya terlalu banyak sehingga dia tidak mampu nak tahan dirinya lagi. Ayahnya menarik tangan Afiqah lalu memeluk anaknya itu. Dua hari kemudian, Afiqah dan rakan-rakannya dibawa oleh ayah Afiqah ke bandar untuk bersiar-siar menggunakan kereta. Hati Afiqah berasa tenang apabila melihat pemandangan kampungnya yang penuh khijauan diiringi oleh suara rakan-rakannya yang tidak berhenti berbual dan bergelak ketawa. Tiba-tiba, ayah Afiqah menghentikan kereta apabila dia melihat sebuah kereta hitam di hadapan rumah Mak Ngah Afiqah. Dia berasa risau lalu mengarahkan Afiqah dan rakan-rakannya tinggal di dalam kereta sementara dia pergi memeriksa keadaan Mak Ngah Afiqah.


96 Apabila ayah Afiqah memasuki rumah adiknya itu, dia melihat dua orang lelaki sedang mengugut Mak Ngah Afiqah untuk membayar hutang anaknya, Izzat. Ayah Afiqah dapat mendengar rayuan daripada adiknya yang sedang ketakutan itu. “Hoi! Kamu siapa?!” tengking ayah Afiqah kepada dua orang lelaki itu. “Kau siapa?! Tak payah nak masuk campur urusan kami!” tengking salah seorang lelaki tersebut. “Aku tak peduli! Ini adik aku! Kau sentuh dia, kau siap!” ugut ayah Afiqah tanpa rasa takut. “Oh, jadi Si Izzat penipu itu anak saudara kau lah?!” kau cakap dengan dia, bayar hutang dia sekarang!” tengking lelaki itu lagi. “Berapa banyak hutang dia?” tanya ayah Afiqah. “Sekali dengan bunga, dia hutang dengan bos kami sebanyak RM10, 000.” Jawab lelaki itu. Ayah Afiqah berasa terkejut dan hanya mampu mengeluh. “Aku boleh bayar hutang dia. Kau jangan kacau adik aku lagi!” kata ayah Afiqah memberi amaran kepada mereka. Kedua-dua lelaki tersebut lalu mengangguk kepala mereka serentak. “Kan senang kalau mcam ni... Bila kau boleh bagi aku duit itu?” tanya lelaki itu lagi.


97 “Esok, kita jumpa di sini pada jam 06.00 petang.” Jawab Ayah Afiqah dengan penuh keberanian. “Baik...” Kata lelaki tersebut. “Aku nak tanya. Kau tahu tak apa yang Izzat buat dengan duit yang dia pinjam daripada bos kau itu? Tanya ayah Afiqah. ILUSTRASI


98 “Buat apa lagi? Judilah. Kalau kau nak tahu, Izzat itu gila judi.” Jawab lelaki itu. Ayah Afiqah hanya mampu menggelengkan kepala mengenangkan perangai anak saudaranya yang tidak disangka-sangka itu. Keesokan harinya, ayah Afiqah membayar lunas hutang Izzat kepada lelaki tersebut. Apabila semua ini berlaku, satu kampung mereka tahu akan berita Izzat yang melanggar Pak Ajis. Semua penduduk kampung mereka berharap bahawa Izzat akan segera diberkas oleh pihak polis. Mak Ngah Afiqah pula mengurungkan dirinya di dalam rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu. Afiqah sering berkunjung ke rumahnya untuk menghantar makanan namun dia dihalau dengan kasar. Afiqah tidak pernah menyerah kalah untuk memujuk Mak Ngahnya itu kerasa dia berasa bersalah. Akhirnya, selepas mencuba tanpa henti, dia berjaya memujuk Mak Ngahnya untuk menerimanya. Hati Afiqah berkecai setiap kali dia menyuap makanan untuk Mak Ngahnya yang seperti mayat hidup kerana kecewa dengan tingkah laku anaknya, Izzat. Wajahnya yang sentiasa murung dan badannya yan sentiasa lemah membuat Afiqah rasa bersalah. Namun begitu, Afiqah tahu bahawa tindakannya melaporkan Izzat kepada Polis adalah tindakan yang betul. Selepas dua minggu, Izzat akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis. Ruparupanya dia bersembunyi di rumah kawannya, dengan keterangan daripada Afiqah dan rakaman video daripada kamera tertutup kereta Pak Ajis, Izzat dimasukkan ke penjara untuk mendapatkan hukuman yang setimpal dengan tindakannya.


99 Apabila dia ditahan oleh polis, ayah ayah afiqah membawa ibu Izzat untuk bertemu dengannya di balai polos. Izzat yang berada di daam lokap menangis teresakesak apabila ibunya datang. “Ibu...Izzat minta maaf bu...Izzat b buat salah pada ibu... Izzat tipu ibu. Izzat minta maaf bu...” Rayu Izzat kepada ibunya sambil menangis teresak-esak. Air mata Mak Ngah bercucuran tak henti apabila melihat satu-satunya anaknya seperti itu. “Apa dah jad dengan kamu ini, Izzat? Mak ajar kam baik-baik sejak kecil lagi...”Kata Mak Ngah dengan tangisannya yang tidak henti.... Seminggu kemudian... “Afiqah, apa khabar Abang Izzat?” tanya Brandon secara tiba-tiba apabila mereka berehat di kantin. Rakan-rakannya yang lain terdiam lalu menjeling Brandin. “Apa?” tanya Brandon selepas melihat reaksi pelik daripada rakan-rakannya itu. Afiqah tergelak kecil selepas meminum air sirapnya. “Abang Izzat baik-baik saja. Dia sedang memfokuskan dirinya untuk beribdah dengan lebih banyak di dalam penjara.” Jawab Afiqah dengan tenang. “Bilakah dia akan keluar?” tanya Faris pula. “Entahlah. Aku tak pastti...” Jawab Afiqah lagi.


100 “Aku bangga betullah dengan kau, Afiqah. Kau berani untuk mengatakan kebenaran. Susah nak cari orang jujur seperti engkau.” Puji Faris sambil tersenyum lebar. “Betul apa yang Faris cakap itu!” kata Mei Ling menyokong Faris. ILUSTRASI


Click to View FlipBook Version