The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marmi_mariana, 2024-04-27 23:27:34

4c

4c

101 “Terima kasih juga kepada kamu semua kerana selalu menjaga aku waktu aku takut dan gementar. Aku tak tahulah apa yang nak buat kalau tak ada kamu semua...” Ucap Afiqah kepada rakan-rakannya. “Kalau begitu, belajalah kami makan...” gurau Vanesh. Mereka berenam terus tertawa. ILUSTRASI


102 “Belilah makanan. Nanti aku bayar.” Kata Afiqah dengan penuh yakin. Rakanrakannya saling bertukar pandangan. “Betul ini?!” tanya Nina dengan teruja. Afiqah tersenyum lalu menganggukan kepalanya. “Sayang Afiqah!” kata mereka berlima sebelum berlari ke kaunter untuk membeli makanan. Afiqah hanya mampu tertawa melihat telatah rakan-rakannya.


103 VANESH: Tanggungjawab Seorang Abang. Vanesh dengan terujanya berlari menemui ibunya yang sedang memasak di dapur. “Amma!” katanya memanggil ibunya itu. “Ya! Kenapa? Jawab ibunya dari dapur. “Amma masak nasi goreng kampung ikut resipi yang Mak Timah bagi. Harap-harap menjadilah.” Kata ibunya yang sibuk memotong sayur. “Wah, tak sabarnya Vanesh nak rasa!” kata Vanesh. Tiba-tiba, sebuah bantal kecil terbang ke arah mereka. Bantal itu hampir terkena kepala Puan Priya. Puan Priya mengeluh lalu meneruskan kerjanya.


104 Vanesh melihat wajah ibunya yang sedikit kecewa itu mengambil bantal tersebut lalu melemparkannya kembali kepada adik kembarnya yang berusia empat tahun itu. Vanesh memandang mereka berdua dengan wajah yang garang selepas melempar bantal tersebut yang terkena pada mainan mereka berdua. Kedua-dua adik kembarnya itu terkejut apabila melihat abang mereka sedang marah. ILUSTRASI


105 “Siapa yang lempar tadi?!” tanya Vanesh dengan meninggikan suara kepada kedua-dua adiknya yang nakal itu. Mereka saling berpandangan namun mendiamkan diri kerana takut akan dimarahi oleh Vanesh. “Pergi minta maaf dengan amma sekarang!” arah Vanesh dengan tegas. Sebaik sahaja Vanesh mengarahkan mereka berdua meminta maaf kepada ibu mereka lalu kembali ke ruang tamu untuk terus bermain. Sedikit demi sedikit, mereka menoleh ke arah Vanesh yang masih marah dengan mereka. Vanesh mengawasi mereja dengan wajah yang serius. Apabila Puan Priya selesai memasak, beliau meletakkan makanan di atas meja . Baru sahaja dua beradik kembar itu hendak duduk, Vanesh menghentikan langkah mereka. “Kamu berdua buat apa?” Tak payah makan dulu. Kemas mainan kamu, pergi bilik, mandi. Baru boleh makan malam. Faham?” arah Vanesh lagi. Adik-adiknya mengeluh namun tetap akur dengan arahan abang mereka itu. Mereka berdua mengutip dan menyimpan semua mainan yang bertaburan di atas lantai dan meletakkannya di tempat yang sepatunya. Kemudian, mereka masuk ke bilik mereka untuk mandi dan seterusnya keluar untuk makan.


106 Keesokan harinya, kelas Vanesh kecoh dengan cuti akhir tahun yang akan bermula pada minggu hadapan. Semua rakan sekelas Vanesh berbual dan berbincang tentang aktiviti dan tempat bercuti mereka kelak. “Aku dan keluarga aku akan bercuti di Langkawi pada hujung tahun ini.” Kata Faris. “Aku pula ingin ke Pahang untuk berjumpa dengan saudara mara aku di sana.” Kata Afiqah. “Aku dan keluarga akan pergi ke Sabah untuk bersiar-siar dan menikmati pemandangan yang indah.” Kata Mei Ling. “Aku akan pulang ke kampung aku di Sarawak untuk menziarahi nenek aku yang sedang sakit.” Kata Brandon. “Seronoknya kamu semua boleh pergi ke sana sini.” Kata Vanesh dengan sedikit mengeluh. “Kau tak pergi ke mana-mana ke?” tanya Nina kepada Vanesh. Vanesh menggelengkan kepalanya dan hanya tersenyum. “Aku pun sama, kami sekeluarga tidak pergi ke mana-mana cuti ini.” Kata Nina. “Kamu berdua jangan risau, nanti kami berempat akan ceritakan semuanya kepada kamu berdua.” Kata Faris. “Ya lah...” Jawab Vanesh lalu mengeluh.


107 “Janganlah sedih... nak aku bawakan kau makanan dari Sarawak? Kata Brandon. “Kau bawa pun, bukannya boleh aku makan semua. Paling banyak pun boleh masuk perut Nina.” Gurau Brandon. Rakan-rakannya tertawa. Vanesh menghabiskan masa cutinya dengan menjaga adik-adiknya kerana ibunya sedang sibuk bekerja di kedai makan. ILUSTRASI


108 Dia tidak suka membawa adik-adiknya ke sana kerana dia tidak mahu mereka mengganggu ibunya yang sedang bekerja. Walaupun Vanesh tidak suka dengan perangai adik-adiknya yang agak nakal itu, dia tetap menjaga dan mengawasi mereka berdua kerana dia tahu bahawa dirinya telah menggalas tanggungjawab yang besar sebagai abang selepas kematian ayahnya. ILUSTRASI


109 Apabila ibunya tidak bekerja, dia mengambil kesempatan tersebut untuk bermain dengan Nina. Mereka berdua selalu pergi ke Pusat Komuniti untuk bermain permainan video dalam talian. “Vanesh, aku jarang betul berjumpa dengan kau waktu cuti ini.” Kata Nina yang sedang sibuk menonton K-Drama. “Kau pun tahu kan yang adik-adik aku itu nakal tak tentu pasal.” Jawab Vanesh yang sedang menumpukan perhatian melawan musuhnya dalam permainan yang dimainnya itu. “Tahun depan mereka dah masuk tadika kan?” tanya Nina. “Ya, kenapa?” Tanya Vanesh semula. “Kalau begitu, bolehlah mereka berkawan dengan Aiman. Aiman kan tahun depan akan berumur enam tahun. Adik-adik kau pula baru berumur lima tahun.” Kata Nina. “Aku tak fahamlah kenapa Aiman boleh jadi budak yang amat baik dan berdisiplin sedangkan umurnya sekarang baru lima tahun. Adik-adik aku itu pula sudah dapat menghancurkan satu dunia bila umur mereka empat tahun.” Kata Vanesh mengadu kepada Nina. “Tak mengapa, budak-budak biasalah. Biarlah mereka menikmati zaman kanakkanak mereka sepuas-puasnya sebelum mereka berjumpa dengan mata pelajaran Matematik.” Kata Nina. “Matematik senanglah!” bantah Vanesh.


110 “Sudah tentu lah senang bagi kau. Kau itu pandai, cerdik, bijaksana dan... macammacam lagi lah.” Jawab Nina. “Terima kasih kerana telah memuji saya...” Kata Vanesh. “Ya lah, jarang betul kau nak puji aku...” sambungnya lagi. Pada suatu hari, Vanesh membawa adik-adiknya ke tempat makan ibunya bekerja. Dia ingin mengajar adik-adiknya berbasikal kerana di sana ada kawasan yang lapang untuk mereka gunakan. Dia mengajar adiknya bagaimana mengimbangkan badan dan mengayuh basikal. “Rajin betul si Vanesh mengajar adik-adiknya berbasikal.” Kata Pak Samad yang melihat mereka sambil minum kopi. “Ya, sudah beberapa minggu adik-adiknya memujuk dia.” Jawab Puan Priya. “Apabila aku tengok Vanesh itu, dia adalah seorang budak yang matang dan bertanggungjawab.” Kata Pak Samad lagi. “Betul itu, Samad. Untung kamu Priya, dapat anak seperti Vanesh.” Kata Pak Ajis pula. Ya Pak Samad, Pak Ajis. Sejak ayahnya meninggal dunia, Vanesh menjadi lebih matang dan bertanggungjawab. Sebelum ini, dia sering mengganggu adik-adiknya sehingga mereka menangis.


111 Kini, dia sungguh tegas sehingga adik-adiknya tidak berani melawan katakatanya.” Kata Puan Priya sebelum meneruskan pekerjaannya. Vanesh mengajar adik-adiknya berbasikal dengan lancar. Mereka berdua mendengar dan melaksanakan perintah Vanesh dengan sempurna. Tiba-tiba, Vanesh dipanggil oleh ibunya untuk membantunya membuang sampah. ILUSTRASI


112 “Ingat, jangan main basikal tanpa pengawasan abang.” Kata Vanesh memberi amaran kepada adik-adiknya. Apabila dia keluar semula, dia melihat basikalnya terjunam ke dalam longkang manakala kedua-dua adiknya jatuh di dalam longkang. Vanesh panik lalu melepaskan plastik sampah yang dibawanya tadi. Dia bergegas berlari untuk memeriksa keadaan adik-adiknya. Dia mengangkat basikalnya untuk melihat adik-adiknya yang menjerit kesakitan. Badan mereka berdarah dan penuh dengan luka. “Amma! Amma!” jerit Vanesh yang sedang panik. Ibunya keluar untuk memeriksa Vanesh. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak-anaknya berlumuran darah jatuh ke dalam longkang. Dia menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang berada di kedai makan tersebut. Mereka mengangkat keluar adik-adik Vanesh lalu menghantar mereka ke hospital. Apabila doktor sedang merawat adik-adiknya, Vanesh berjalan mundar-mandir dengan penuh keresahan. Ibunya pula tidak berhenti berdoa. Tidak lama kemudian, Nina dan keluarganya tiba untuk menemani Vanesh dan ibunya. “Nah...” Kata Nina sambil menghulurkan satu botol air kepada Vanesh yang sedang duduk di tangga hospital selepas diajak oleh Nina untuk keluar menghirup udara segar. Vanesh meminum air tersebut untuk menenangkan dirinya.


113 “Aku risaulah, Nina!” katanya sambil mengusap tangannya yang bergegas kerana masih terkejut dengan kejadian tersebut. “Jangan risau... Aku yakin adik-adik kau baik-baik saja.” Kata Nina untuk menenangkan Vanesh. “Semua salah aku...” kata Vanesh lalu menundukkan kepalanya. Dia menangis tersesak-esak apabila memikirkan keadaan adik-adiknya itu. “Sudah, tidak baik cakap macam itu. Semua terjadi adalah takdir. Apa yang kau boleh buat sekarang ialah berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan adik-adik kau. Faham?” kata Nina memujuk Vanesh yang sedang menangis. “Garang betul kau bagi nasihat dekat aku...” kata Vanesh yang masih menangis. Nina tertawa mendengar aduan kawannya itu. Selepas beberapa hari dirawat di hospital, akhirnya adik-adik Vanesh boleh pulang ke rumah. Ibunya memasak semua makanan kegemaran mereka adik-beradik untuk menyambut kepulangan anak-anaknya. Vanesh tersenyum bahagia apabila melihat adik-adiknya makan makanan kegemaran mereka. Vanesh berasa bersyukur kerana adik-adiknya selamat dan telah semuh sepenuhnya. Walaupun terkadang mereka berdua membuat Vanesh tertekan, namun Vanesh tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa adik-adiknya itu.


114 Setelah telah tamat cuti sekolah, Vanesh bangun awal pagi untuk membantu ibunya. Ketika ibunya sedang sibuk memasak, Vanesh pula mula mengemas rumah mereka yang bersepah. Dia menyapu sampah, menyimpan barang mainan adik-adiknya dan banyak lagi. Selepas dia selesai mengemas rumah, dia pergi ke bilik adik-adiknya untuk mengejutkan mereka. ILUSTRASI


115 Apabila adik-adiknya sedang mandi, dia menyimpang segala barang keperluan sekolah adik-adiknya. Selepas itu, dia pergi ke biliknya untuk mengemas barangbarangnya dan pergi ke ruang makan untuk bersarapan pagi. Dia duduk di kerusinya lalu menjamu selera. Tidak lama kemudian, kedua-dua adik kembarnya itu pun tiba di ruang makan dengan memakai uniform mereka. ILUSTRASI


116 “Amma! Abang! Comel tak?” tanya adik perempuannya. “Dua-dua pun comel...” Jawab ibunya lalu menghidangkan makanan untuk mereka berdua. “Dah sekolah ini, kamu berdua jangan nak nakal-nakal. Kalau abang dengar kamu berdua nakal dan kacau orang lagi, siaplah kamu berdua.” Kata Vanesh memperingatkan adik-adiknya. “Baik, bos!” kata adik-adiknya serentak dengan penuh semangat. Vanesh dan ibunya hanya tersenyum melihat gelagat dua orang kembar itu. Tidak lama selepas bersarapan, Encik Musa tiba di hadapan rumah Vanesh untuk menjemput adik-adiknya. Mereka akan ke sekolah bersama dengan Aiman. Nina pula turun dari kereta untuk menumpang Vanesh berbasikal. Apabila kereta Encik Musa pergi membawa adik-adiknya, Faris, Afiqah, Brandon dan Mei Ling pun tiba di rumah Vanesh. Mereka berenam berbasikal bersama-sama ke sekolah. “Adik-adik kau dah pergi tadika ke Vanesh?” Tanya Faris. “Ya, mereka didaftarkan oleh Amma aku di sekolah yang sama dengan Aiman.” Jawab Vanesh. “Baguslah kalau begitu. Bolehlah Aiman berkawan dengan mereka berdua.” Kata Brandon pula.


117 “Harap-harap dapatlah Aiman membawa mereka berdua itu ke jalan yang benar.” Gurau Vanesh. Mereka semua tertawa bahagia lalu meneruskan perjalanan mereka ke sekolah, kini sebagai pelajar Darjah Lima. Apabila Vanesh tiba di rumah selepas pulang dari sekolah, adik-adiknya terus berlari ke muka pintu untuk menyambut kepulannya abang mereka itu. “Abang!!! Abang!!!” jerit mereka berdua dari dalam rumah apabila mereka mendengar bunyi basikal Vanesh. Vanesh yang baru datang ke rumahnya terkejut melihat adik-adiknya. “Kenapa?” tanya Vanesh kepada adik-adiknya itu. “Abang, tengok ini!” kata adik perempuannya sambil menunjukkan kertas di tangannya. Di atas kertas tersebut, adiknya melukis satu gambar pantai menggunakan warna crayon. Dia melukis pantai, laut, awan, langit, gunung, burung-burung berterbangan dak kapal. Walaupun lukisannya tidak kemas, segala ciri-ciri yang digambarkan olehnya dapat dilihat dengan jelas. “Cantiknya kamu lukis...” Ucap Vanesh apabila melihat lukisan adiknya sambil tersenyum.


118 “Abang puji aku! Abang puji aku!” kata adik perempuannya itu mengejek saudara kembarnya. “Tepi lah! Abang tengok ini!” kata adik lelakinya pula. Lukisannya yang dilukisnya adalah zoo. Dia melukis pelbagai haiwan seperti zirafah, panda, monyet, harimau dan banyak lagi. ILUSTRASI


119 Sama seperti kembarnya, lukisannya tidak kemas namun masih dapat difahami. Dalam lukisan tersebut, Vanesh ternampak ada sesuatu. “Kenapa matahari ada muka? Ada misai pula itu?” tanya Vanesh kepada adik lelakinya. “Dulu, abang kata appa tengok kita dari atas sana. Tapi bila adik tengok di atas sana, adik tidak dapat tengok matahari kerana terlalu terang, sama seperti adik tidak dapat tengok appa. Jadi, muka di matahari ini adalah muka appa.” Jawab adiknya. Vanesh melutut di depan kedua-dua adiknya lalu mengusap kepala mereka sambil tersenyum. “Pandai, adik abang...” katanya lalu memeluk kedua-dua adik kembarnya itu. Dia menahan tangisannya apabila mendengar jawapan adiknya itu. “Appa pasti bangga dengan kamu berdua...” katanya dalam hati.


120 KUIZ/SOALAN KEFAHAMAN/SOALAN KBAT


121 KOSA KATA/PERBENDAHARAAN KATA/GLOSARI


122 NILAI DAN PENGAJARAN


123 SINOPSIS Satu demi satu rintangan dihadapi oleh Faris dan rakan-rakannya tetapi semua cabaran tersebut dihadapi dengan cekap kerana mereka tahu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan pengajarannya. Banjir yang melanda kampung halaman Faris menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Faris dan rakan-rakannya serta semua penduduk kampung bekerjasama dan berganding bahu untuk saling tolong menolong antara satu sama lain. Brandon yang tangkas berlari pula menjadi wira penyelamat dalam kes ragut yang semakin membimbangkan di kampung mereka. Nina, bidadari yang baik hati memutuskan untuk menolong seorang wanita yang dikenalinya dengan bantuan ibu dan ayahnya. Persis Brandon, Mei Ling menjadi penyelamat dan memberi sinar baharu buat Pak Ajis sekeluarga yang ditimpa musibah dalam kejadian kes langgar lari. Afiqah yang sentiasa jujur berasa serba salah apabila dirinya menyimpan sebuah rahsia yang besar tanpa diketahui oleh sesiapa. Namun, dia sedar bahawa kejujuran itu kunci kebenaran. Akhir sekali, Vanesh yang membesar tanpa sosok seorang ayah melakukan sehabis baiknya untuk mengisi kekosongan tersebut dengan menjadi anak dan abang yang bertanggungjawab.


124 COVER BELAKANG ILUSTRASI


Click to View FlipBook Version