The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

layout buku dokumentari PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahdan2021sgk, 2022-11-22 04:05:35

layout buku dokumentari PDF

Prakata

PENULIS BUKU DOKUMENTARI
(Keindahan reka bentuk seni bina negara)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan limpah ibooks-epub://3AA6D13F7501A99DC702845592B
258FC/image/MUKA_DEPAN_PS.jpg kurnia-Nya jua penulis dapat
menyelesaikan Buku Dokumentari yang bertajuk “Keindahan reka
bentuk seni bina negara” dilaksanakan dengan jayanya, sebagai dasar
untuk memperluaskan ilmu dan pandangan pada setiap individu.
Tujuan Buku ini adalah untuk memberikan penyajian secara santai
dan terbuka, sehingga diharapkan dapat mudah diterima dan
dimengerti bagi sesiapa saja yang ingin belajar alam semulajadi dan
budaya.
Alhamdulillah, Buku ini dapat digunakan oleh semua lapisan
masyarakat terumatamanya pada penggembara, individu yang gemar
melancong dan yang tertarik dengan alam semulajadi.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudah
membantu dalam penulisan makalah dari awal hingga akhir.Akhir
kata, saya mohon maaf apabila terdapat kesalahan dalam penulisan
makalah, dan saya juga mengharapkan kritik serta saran dari para
pembaca untuk bahan pertimbangan perbaikan makalah.

PENGENALAN

Bangunan-bangunan dan tempat-tempat bersejarah merupakanpeninggalan zaman dahulu.
Jika dilihat dengan teliti bangunan-bangunan inimempunyai nilai budaya dan kesenian yang
tersendiri. Hal ini kerana, kalau tidakdipecah ruyung manakan dapat sagunya. Bangunan
bersejarah ini juga mencirikanidentiti negara dan merakam sejarah penting negara. Tidak dapat
dinafikan, warisanNegara yang telah diabaikan dewasa ini ialah tempat dan bangunan bersejarah
yangbanyak terdapat di seantero Negara. Jika ditinjau secara umum, kebanyakanbangunan
dan tempat bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semulasebagai muzium, pejabat,
tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaanawam. Sejak UNESCO mengiktirafkan
bandar Melaka dan Geogetown sebagaibandar warisan bersejarah, baru timbullah kesedaran
tentang kepentinganbangunan-bangunan bersejarah. Pemuliharaan dan penjagaan bangunan-
bangunandan tempat-tempat bersejarah dapat memberikan banyak kepentingan kepadaNegara
kita.
Kepentingan bangunan dan tempat bersejarah kepada Negara kitaadalah
menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan Negara kita.
Halini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai nilai sejarahdan seni
bina yang unik dapat menjadi tarikan pelancong. Masyarakat asingsememangnya gemar melihat
kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini jugatidak memerlukan kos yang tinggi kerana
tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkansahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau
penduduk di negara ini.Tamsilnya, para pelancong yang berpendidikan akan terpesona oleh
zamankegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan ke-16 apabila melihat
Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul.
Pendek kata, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapatmembantu industri
pelancongan negara.

KANDUNGAN

PERLIS MUKA SURAT

Muzium Al-marhum kota layang 2
Gua kelam 4

KEDAH 6
7
Rumah kelahiran tun Mahathir Mohamad 9
Kompleks arkeologi sungai batu 10
Candi lembah bujang 12
Kota kuala kedah 13
Istana pelamin 14
Masjid zahir 16
Balai seni kedah 17
Sultan abdul hamid collage 18
Muzium padi 19
Makam mahsuri
Dataran helang

PULAU PINANG 22
23
Rumah kelahiran p ramlee 24
Muzium perang p.penang 25
Fort Cornwallis 26
St georges girl scholl 27
Convert light street school 28
St. xaviers institution 29
Penang free scholl 30
Wat chaiyamangkalaram 32
The Suffolk house
Penang time tunnel 35
37
PERAK 38
39
Galeri sultan azlan shah 41
Kota belanda , pulau pangkor 43
Muzium perak 45
Kompleks sejarah pasir salak 46
Kellies castle 48
Masjid ubudiah 50
Lembah lenggong
Menara condong teluk intan
Malay collage kuala Kangsar
Batu bersurat perak

SELANGOR 52
54
Istana bandar/Alaeddin 55
Rumah api jugra 56
Masjid bandar ( alaeddin ) 57
Rumah banglo ( hatter castle ) 59
Kota raja mahadi 60
Bangunan sultan suleiman shah 62
Batu caves 63
Bukit belanda 64
Perigi beracun 65
Bangunan tan boon chia
Bukit kepong 68
69
KUALA LUMPUR 70
72
Masjid jamek 73
Rumah penghulu abu seman 74
Masjid bandar ( alaeddin ) 75
Dataran merdeka 77
Muzium negara 78
Muzium diraja Malaysia
Muzium kesenian islam Malaysia
Muzium seni kraf orang asli
Muzium polis diraja Malaysia ( pdrm )

Muzium telekomunikasi negara 79
Stadium merdeka 81
Victoria institution 82
Penjara pudu 83

NEGERI SEMBILAN 85
87
Istana seri menanti 88
Rumah putih negeri Sembilan 89
Istana lama ampang tinggi n.sembilan
Masjid jamek di jalan dato bandar tunggal 91
92
MELAKA 93
94
Kota A famosa 95
Perigi hang tuah 96
Memorial pengisytiharan kemerdekaan 98
The stadthuys
Baba & nyonya heritage museum
Malacca high school
Muzium samudera

JOHOR 100
101
Muzium diraja abu bakar 103
Muzium kota tinggi johor 104
Bangunan sultan Ibrahim 106
Stesen keretapi lama johor bahru 107
Masjid sultan abu bakar johor
Galeri seni johor 110
111
PAHANG 112
113
Masjid negeri ( madrasatul Firdaus )
Bangunan bekas suk 116
Pahang club 118
Tanah tinggi cameraon 119

TERENGGANU 121
123
China town 124
Kota lama duyung 125
Masjid putih 126

KELANTAN

Makam tok janggut
Masjid kampung laut
Istana balai besar
Istana jahar ( muzium diraja negeri Kelantan )
Muzium perang Kelantan

SERAWAK 129
130
Kubu margherita 131
Gunung mulu national park 132
The old courthouse 134
Kubu alice 135
Smk st Teresa 137
Muzium petroleum 138
Muzium tekstil 139
Istana Kuching
Square tower 142
143
SABAH 144
145
Agnes keith house
Menara jam Atkinson
Bangunan pelancongan
Desa cattle dairy farm

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Perlis

1

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Muzium Al-marhum kota layang

Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan
sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat
bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya
seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan
muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka
untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu
Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.

2

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

3

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis,
Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33
km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula
jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan
gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang
yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
menyatakan Kementerian Pelancongan merancang
untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan
utama. Projek “Secret Garden of Perlis” ini akan
melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua
dari Perancis dan seorang dari London.

Gua kelam Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong
bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.
Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara
penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam
di namakan sempena dengan keadaannya di
mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana
kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih
kurang 400 meter mengalir melalui banjaran
batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua
ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena
kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan
untuk pelawat menikmati keindahan dalam
gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris
menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah
cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari
sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi
gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat
tempatan dan asing boleh berjalan menerusi
gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang
diterangi cahaya lampu.

4

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Kedah

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Rumah kelahiran tun
Mahathir Mohamad

Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di
rumah Nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah.
Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau,
Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa
itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli,
rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja
mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.
Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-
kanak Tun Dr. Mahathir.

INFO
Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin.
Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri
di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini
untuk menziarahi ibu bapa beliau.
Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir
Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium
Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos
1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib
Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih
dan memelihara rumah tersebut di bawah projek
Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium
Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis
daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan
saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun
1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan.
Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei
1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah
ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang
mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

6

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Kompleks arkeologi
sungai batu kedah

‘’’Sungai Batu’’’ terletak di Bukit Batu Pahat,Merbok,
Kedah. Sungai ini penting kerana adanya tapak
arkeologi pelabuhan kuno yang dipercayai di
Sungai Batu Dan dicatatkan sebagai tamadun
tertua di Asia Tenggara
Sungai Batu berfungsi sebagai peleburan
besi, pelabuhan kapal dagangan dan
juga pentadbiran pelabuhan kuno.Telah
dijumpai juga 4 hingga 7 buah kapal
dagang dengan anggaran sepanjang 100
kaki setiap kapal yang berusia kira-kira
2500 tahun yang masih tertanam dan
karam di dasar tasik di tengah hutan
kelapa sawit.
Sungai Batu terkenal sebagai tempat
peleburan bijih besi. Melebur bijih-
bijih besi sehingga menjadi besi yang
berkualiti tinggi sebelum ditempa dan
dieksport ke timur dan barat seluruh dunia.
Besi ini dinamakan Qalai secara umum
berwarna hitam dan sering digunakan untuk
pembuatan senjata kerana gred kualitinya
yang tinggi. Perdagangan ini telah wujud di
Sungai Batu seawal 3 M.

7

8

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali
sebagai Sungai Batu, dan tempat Tamadun Hindu awal
di Tanah Melayu, proses cari gali telah mendedahkan
sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata
yang bertarikh 110M, menjadikannya binaan manusia
tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi
hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai
perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti
perdagangan maritim di antara beberapa negara di
Asia, China, Asia Barat dan India.

Candi lembah
bujang kedah

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering
dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy
Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah
dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan
manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau
tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap
Buddha, struktur bandar atau pelabuhan yang
tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung
atau arca, batu bersurat dan peralatan yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah
menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah Tua.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah
kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima
puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya
masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

9

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Kota kuala kedah

Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah
yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeri Kedah, Malaysia. Kota Kuala Kedah yang
terletak di Alor Setar merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.
Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah
yang berkaitan dengan negeri Kedah.
Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifak sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota,
meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.

10

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Pintu besar kota Kuala Kedah ini dibina di atas perintah Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah II ibni Almarhum
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah (1778-1789) dan bermula dari 10 Safar 1185H (Mei 1771M) dan
siap pada tahun 1194H (1780M) sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II.
Baginda bersemayam di sini pada 1803. Setelah pihak Inggeris mengambil alih, pihak Inggeris membina sebuah pintu
gerbang empat segi yang mengadap ke arah jambatan Alor Melaka.
Kota Kuala Kedah merupakan salah sebuah daripada kota yang dibina oleh orang-orang Melayu di Malaysia.

11

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Istana pelamin

Istana Pelamin( atau Rumah Pelamin) telah dibina pada tahun
1732 semasa pemerintahan Y.A.M. Duli Yang Maha Mulia
Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah,
pemerintah Kedah yang ke-19 (1710-1778).
Istana ini mendapat nama “Istana Pelamin” setelah
berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah
pada tahun 1904, iaitu perkahwinan lima putera dan puteri
Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin
telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada
orang ramai pada tahun 1983.
Istana Pelamin telah menempuh pelbagai perubahan sejak ia
dirosakkan oleh Bugis pada tahun 1770 dan terbiar semasa
pendudukan Siam dari tahun 1821 hingga 1842. Pada tahun
1851, Istana Pelamin diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ahmad
Tajuddin Mukarram Shah.
Istana Pelamin terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu :
Ruang sebelah kanan yang dikenali sebagai “Rumah Pelamin”;
Ruang tengah sebagai kediaman kaum perempuan dan kanak-
kanak;
Ruang sebelah kiri yang pernah didiami oleh Sultan Abdul Hamid
Halim Shah. Selepas beberapa ketika, Sultan Abdul Hamid telah
berpindah ke bahagian belakang Istana Pelamin.
Istana ini telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Kedah
serta kerabat-kerabat DiRaja. Beberapa adat istiadat diraja
seperti kenduri kahwin dan upacara perkahwinan juga telah
diadakan di istana tersebut.

12

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Masjid zahir kedah

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan
Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa
mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di
Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid
Shah mengimamkan solat Jumaat.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran
62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat
sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.
Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.
Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu
tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.
Tidak jauh dari Masjid Zahir terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat,
Balai Besar, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.

13

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Balai seni kedah

Balai Seni Negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya, Alor Setar, Kedah, Malaysia. Senibina
bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang
terdapat di “Temple of Fortune Rivals”.
Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum
ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah
diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim
Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Pada tahun 1983, bangunan ini telah dirasmikan sebagai Balai Seni. Bangunan ini merupakan bangunan Pejabat
Kerajaan moden yang terawal dibina di Bandar Alor Star. Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Tambi,
arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893 (4 Rejab 1310).
Setelah siap pada tahun 1893, beliau dipertanggungjawabkan membaik-pulih bangunan Balai Besar.

14

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

15

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Sultan abdul
hamid collage

kedah

Kolej Sultan Abdul Hamid (kod: KEB2096) (KSAH,
bahasa Inggeris: Sultan Abdul Hamid College
(SAHC)) merupakan salah satu sekolah perdana di
Malaysia, yakni sekolah yang ditubuhkan sebelum
kemerdekaan. Sekolah lelaki ini terletak di Alor
Setar, Kedah. Kolej Sultan Abdul Hamid lebih
dikenali sebagai “Kolej” oleh penduduk tempatan,
pelajar dan guru-guru sekolah. Majalah tahunan
atau buku sekolah yang dipanggil “Darulaman”
(tempat tinggal yang aman), merujuk kepada
tajuk kehormatan negeri ini, Kedah. Dari awal,
sekolah ini telah berjaya mengekalkan status
elitnya dengan mempunyai misi dan visi serta
kekompetenan yang tinggi untuk mencerminkan
persaingan yang meningkat daripada sekolah
perdana lain di Malaysia, termasuk sekolah
perdana Kedah lain itu sendiri; Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan Keat Hwa dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultanah Asma.

16

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung
Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka
dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul
Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan
27 Syaaban 1435. Bangunan berbentuk Gemai Padi ini
mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah
bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang
berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini kelihatan
seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika
anda berkunjung pada musim menanam dan dalam
hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan
utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah
muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan
berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikaan
dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruahan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter
persegi dan mempunyai 3 aras.

Muzium padi kedah

17

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Makam
mahsuri

Mahsuri ialah anak perempuan kepada
pasangan yang berpindah dari Negeri Pulau
Bukit ke Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Dia
ialah perempuan yang paling cantik di seluruh
Langkawi dan berkahwin dengan seorang
tentera bernama Wan Darus (atau Wan Derus).
Namun begitu, suaminya terpaksa berperang
mewakili pihak Kedah dalam beberapa siri
pertempuran yang diketuai oleh Tunku kudin
melawan penjajah Thailand. Wan Darus
meninggalkan Mahsuri yang sedang hamil di
bawah jagaan ibu bapa Mahsuri. Pada masa ini,
Mahsuri berkawan dengan seorang pengembara
muda yang juga seorang seniman yang
bernama Deraman. Isteri pembesar Diraja Dato’
Kerma Jaya bernama Wan Mahura cemburu
dengan kecantikan Mahsuri. Dia menyebarkan
khabar angin bahawa Mahsuri tidak setia dan
mempunyai hubungan sulit dengan Deraman
semasa ketiadaan Wan Darus.

18

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Dataran helang kedah

Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelan-
cong yang terkemuka di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang
menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini
terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara men-
jadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah
sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana
malam sungguh mengasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

19

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

20

Pulau Pinang

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di Penang adalah sebuah
lokasi pelancongan yang mesti dilawati jika anda bercuti di negeri
ini. Rumah yang diperbuat dari kayu ini dipelihara dengan baik dan
terdapat berbagai barangan peninggalan Allahyarham dipamerkan
didalam rumah. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Galeri
P Ramlee di bangunan Arkib Negara Malaysia yang juga berada
didalam kawasan yang sama.
Rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh bapa P Ramlee dengan
bantuan bapa saudaranya Rejab Bin Husin. Ia pernah dibaiki
semasa zaman Jepun tetapi tidak melibatkan pengubahsuaian
pada rekabentuk asalnya.
Rumah kelahiran P Ramlee diperbuat daripada kayu dan beratapkan
rumbia. Rumah lama dengan rekabentuk senibina melayu ini kecil
sahaja dan mempunyai hanya sebuah bilik tidur. Pengunjung yang
ingin masuk kedalam rumah boleh menaiki tangga kayu untuk ke
beranda. Di beranda ada satu lagi tangga untuk masuk ke ruang
tamu rumah.

Rumah kelahiran
p ramlee

22

Keindahan reka bentuk Muzium perang
seni bina negara p.penang

Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung Bila Malaysia masih Tanah Melayu, Inggeris
merupakan salah satu tumpuan para pelancong di membina kubu ini untuk melindungi pulau
Pulau Pinang. ini dari penjajah yang menghampiri Selat
Muzium Perang ini seluas 20 ekar memiliki Melaka. Ketika Tentera Imperial
pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah Jepun menakluki Tanah Melayu
berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia II,
semasa Perang Dunia Kedua. mereka mengubah kubu ini
Ia menampilkan tempat kediaman tentera British menjadi tawanan perang.
yang biasa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Setelah Jepun
Barang-barang ini ditempatkan di beberapa tempat menarik diri, kubu
di atas dan di bawah peninggalan kubu lama ini kemudiannya
British. ditinggalkan
Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, selama hampir
rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan 60 tahun.
liang pengudaraan. Kemudian, Encik
Johari Shafie
mengubah kubu
terbengkalai
ini menjadi
muzium perang
hidup luar
pertama di Asia
Tenggara! Ini
adalah Sejarah
Malaysia pada
tahap paling luar
biasa!

23

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Fort Cornwallis

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 4 bucu yang
terletak di timur laut Pulau Pinang. Ia dibina pada tahun 1786, dan
dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Earl
Cornwallis. Ia didirikan di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau
Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.
Pembinaan
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya
dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal
yang melitupi kawasan seluas 416.6 kaki persegi.
Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan
batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa
perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau
Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810
semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor
Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi
mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.
Dinding-dinding kebunya,yang setinggi 10 kaki,dibina dalam
bentuk bintang.Pada hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu
luar tetapi di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur
asal yang dibina lebih seabad yang lalu,termasuk sebuah
gereja kecil ,sel-sel penjara ,bilik tahanan,kawasan storan
senjata dan peluru,tiang bendera asal dan kira-kira 17
meriam gangsa lama,salah satu daripada meriam Belanda ini
bernama Seri Rambai,yang bertarikh 1603. Meriam ini pada
asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor
sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada
kerajaan lain akibat peperangan. Sekarang, jata syarikat ‘VOC’
tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu.

24

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St.
George atau nama ringkasnya SMK (P)
St George, merupakan sebuah Sekolah

menengah kebangsaan yang terletak di
Jalan Macalister.
Pada 2009, Sekolah Menengah
Kebangsaan (P) St. George
memiliki 0 pelajar lelaki dan
1361 pelajar perempuan,
menjadikan jumlah
keseluruhan murid seramai
1361 orang. Ia mempunyai
seramai 112 orang guru.
Sekolah Menengah
Kebangsaan (P)
St.George (SMKPSG)
telah ditubuhkan pada
tahun 1884, bertempat
di verandah rumah Manse,
iaitu kediaman Puan Biggs,
isteri Reverend L. Courtier
Biggs, Chaplin, Kolonial
Gereja St.George, Pulau
Pinang. Sekolah ini dinamakan
sempenanya.
Pada tahun 1885, SMKPSG telah
dibina bertujuan untuk memberikan

pendidikan Inggeris kepada pelajar-
pelajar perempuan serta dilatih mengikut
sistem 3M. Para pelajar yang lebih tua pula
bersedia mengambil Peperiksaan Tempatan
Junior atau Senior Cambridge.

St georges girl scholl

25

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Convert
light
street
school

Convent Light Street, di Light Street, George Town, ialah sekolah
perempuan tertua di Asia Tenggara. Diasaskan oleh biarawati Katolik
Perancis pada 1852, ia adalah salah satu sekolah mubaligh yang paling
dihormati di Pulau Pinang; pada masa lalu, ia mendidik anak perempuan
orang kaya dan royalti dari luar negara.
hari ini, seperti sekolah mubaligh lain di Pulau Pinang, Convent Light
Street mengikuti sistem pendidikan Malaysia yang standard.
Biara itu diasaskan oleh tiga biarawati Katolik Perancis dari Misi Holy
Infant Jesus pada tahun 1852. Ketiga-tiga mereka adalah sebahagian
daripada kumpulan lima biarawati yang telah mengembara dari Perancis
ke Singapura untuk membentuk sebuah institusi Katolik di Singapura.
Atas permintaan Uskup Jean-Baptiste Boucho di George Town, ketiga-
tiga biarawati itu kemudiannya belayar dari Singapura ke Pulau Pinang.

26

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

St. xaviers
institution

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier atau
nama ringkasnya SMK St Xavier, merupakan sebuah
Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di
Lebuh Farquhar.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St.
Xavier memiliki 1509 pelajar lelaki dan 61 pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid
seramai 1570 orang. Ia mempunyai seramai 111
orang guru

27

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Penang free
scholl

Penang Free School atau nama ringkasnya PFS, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di
Jalan Masjid Negeri.
Pada tahun 1916, sambutan 100 tahun sekolah telah disambut.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memiliki 1077 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 124 orang guru.2009
Penang Free School ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Diasaskan
pada tahun 1816, ia ialah sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.
Pada tahun 2016, sambutan 200 tahun sekolah telah disambut . Dalam tahun itu juga Penang Free School telah
menerima Status Sekolah Warisan dan nama asalnya Penang Free School digunapakai secara rasmi.

28

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Wat chaiyamangkalaram

Wat Chayamangkalaram (Wat Chaiyamangkhalaram) (juga dipanggil Kuil Buddha Chayamangkalaram) ialah
kuil Thai di subbandar Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Jalan Kelawei, kuil ini
terletak berdekatan dengan Kuil Burma Dhammikarama.Ia merupakan kuil Siam Malaysia tertua di negeri itu.
Kuil ini menjadi tumpuan utama festival Songkran dan Loi Krathong di bandar dan untuk bandar Hari Wesak
setiap tahun.

29

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

The Suffolk
house

Rumah Suffolk merujuk kepada dua kediaman awal
yang dibina di tapak yang sama terletak kira-kira
empat batu di barat George Town, Pulau Pinang,
Malaysia. Terletak di tebing Sungai Air Itam (“Air
Hitam”), bangunan terawal daripada dua bangunan
itu terkenal kerana pernah berkhidmat sebagai
kediaman Francis Light, pengasas penempatan British
pertama di Pulau Pinang. Selepas kematian Light
pada tahun 1794, dan dengan Pulau Pinang menjadi
presiden keempat India pada tahun 1805, Rumah
Suffolk yang lebih baharu menggantikan rumah asal,
dengan mengambil alih pelbagai peranan sebelum ia
kemudiannya diabaikan dan kemudiannya dipulihkan.

30

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

31

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Penang
time tunnel

Muzium Terowong Pulau Pinang adalah tarikan dua bahagian, bahagian sejarah dan sebahagian galeri seni mural
3D.
Tingkat Bawah - Sejarah
Muzium ini dahulunya dikenali sebagai Muzium Sejarah dan direka bentuk sebagai ‘terowong masa’ yang membawa
pengunjung kembali melalui 400 tahun sejarah Pulau Pinang.
Tingkat bawah masih didedikasikan untuk sejarah Pulau Pinang dan memberikan gambaran yang munasabah
bermula pada tahun 1592 apabila seorang kapten tentera laut British bernama James Lancaster merekodkan
nama Pulau Pinang dalam lognya pada masa pulau itu adalah sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Panel
paparan menerangkan bagaimana, pada tahun 1786, Francis Light, mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris,
menandatangani perjanjian dengan Sultan Kedah untuk memajak pulau itu, sekali gus memulakan pertumbuhan
pulau itu sebagai pelabuhan perdagangan utama.

32



Perak

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Galeri sultan
azlan shah

Galeri Sultan Azlan Shah terletak
di bandar DiRaja Kuala Kangsar
dahulunya dikenali sebagai Istana
Hulu. Ia mempamerkan gabungan
senibina Asia dan Eropah. Galeri
itu memberi tumpuan kepada
sejarah dan pencapaian Sultan
Perak, Sultan Azlan Shah. Ia turut
memberikan maklumat mengenai
sejarah dan susur paur Kesultanan
Perak dan gambar dan kenderaan,
termasuk hadiah-hadiah yang
diberikan kepada Sultan dan
Sultanah oleh ketua negara dari
seluruh dunia.
Galeri Sultan Azlan Shah telah
dibuka secara rasmi oleh Duli Yang
Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada
9 Disember 2003. Ia terletak di
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, dan
telah dibina semula dari Istana Ulu
yang dibina pada tahun 1898. Ia
menempatkan dan memaparkan
sejarah dan peristiwa penting
kehidupan gemilang Duli Yang Maha
Mulia Sultan Azlan Shah.

35

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

36

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Kota belanda (pulau pangkor)

Pada tahun 1670, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah
yang diperolehi dari negeri Perak. Pada tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda
memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan kota ini . Selepas dimusnahkan, pada tahun 1749
Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini. Selepas tahun
1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku,
Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah . Pada 1824 Belanda dan Inggeris secara
rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda
1824.

37

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Muzium
perak

Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan
merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di
Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan
dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan
masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan
seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat
Eropah. Ia direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris
dari England. Idea penubuhan Muzium Perak dicetuskan
oleh Sir Hugh Low, Residen British Ketiga di negeri
Perak ketika itu. Beliau merasakan perlunya ditubuhkan
sebuah muzium di Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai
sebuah pusat penyelidikan dan pengumpulan bahan
sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara. Tujuannya
adalah untuk mengkaji budaya material masyarakat
tempatan sebagai salah satu usaha memahami
cara hidup budaya setempat. Beliau telah melantik
Leonard Wray Jr., seorang ahli botani dan geologi untuk
mengumpulkan spesimen-spesimen alam semulajadi
dan etnologi sebagai koleksi awal Muzium Perak.

38

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

Tragedi berdarah pembunuhan James Wheeler
Woodford Birch, Residen Inggeris pertama di
Perak (1874-1875) pada 2 November 1875
ketika umat Islam menyambut Aidilfitri kedua
telah melakar nama Pasir Salak di dalam
lipatan sejarah. Pembunuhan Birch merupakan
kemuncak kebangkitan dan penentangan
orang Melayu terhadap penjajahan Inggeris di
Perak.
Implikasi dari kebangkitan Pasir Salak ini telah
menyemai benih serta mencetuskan semangat
nasionalisme yang bangkit pada tahun
1946 untuk menentang Malayan Union dan
seterusnya meniup api perjuangan sehingga
tercapai kemerdekaan negara pada tanggal 31
Ogos 1957.

Kompleks
sejarah pasir salak

39

Keindahan reka bentuk
seni bina negara

40

Keindahan reka bentuk 41
seni bina negara

Istana Kellie atau Kellie’s Castle (kadang-kadang
digelar Kesilapan Kellie (Kellie’s Folly) ialah sebuah
istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke
Batu Gajah, Negeri Perak.
Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina
pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah
terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith.
Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk
sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-
tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari
Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di
Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun
1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum
Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau
bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma
Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah
negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.
Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada
perniagaan bersama (“bisnes venture”) dengan
Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan
menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu
dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas
dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kellies
castle


Click to View FlipBook Version