Kolej Vokasional Shah Alam
Senarai
KANDUNGAN
DARI MEJA PENGARAH 1
5
MAKLUMAT KORPORAT
9
• Visi, Misi, Matlamat dan Objektif 13
• Piagam Pelanggan, Brand Vision dan Brand Value 15
• Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti
25
SELAYANG PANDANG 31
• Pengenalan dan Latar Belakang Kolej Vokasional Shah Alam 45
59
PENGURUSAN TERTINGGI 61
STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN
• Carta Organisasi
• Pengurusan Akademik, Sokongan Akademik,
Jaminan Kualiti dan Pentadbiran
PROGRAM YANG DITAWARKAN
DATA PENSYARAH DAN ANGGOTA
KUMPULAN SOKONGAN (AKP)
ENROLMEN PELAJAR
PENCAPAIAN KPI
SUCCESS STORY
Senarai
KANDUNGAN
LAPORAN PENGURUSAN AKADEMIK 77
101
LAPORAN PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK
165
• Unit Hal Ehwal Pelajar
• Unit Perhubungan Awam 189
• Unit Psikologi dan Kerjaya 197
• Unit Pusat Sumber 198
• Unit Teknologi Maklumat
• Unit Kolej Kediaman
LAPORAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI
• Pembudayaan Kualiti & Inovasi
• Akreditasi MQA dan MBOT
• OSH In School
• Sistem Pengurusan Kualiti
LAPORAN KEWANGAN 2021
KRU PENERBITAN
MEDIA SOSIAL KVSA
Dari Meja
Assalamualaikum wbt dan Salam TVET….
Melewati tahun 2021 dengan sejuta harapan kerana harus
mendepani era pandemik yang penuh cabaran. PKP, PKPB, dan PKPD benar-
benar mencabar dunia pendidikan. Meski berdepan segala SOP Kementerian
Kesihatan, segala perancangan harus dikota mengikut kesesuaian.
Syukur alhamdulillah dengan kekuatan 101 pensyarah dan 16 orang
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), KVSA terus mengorak langkah
merealisasikan segala cabaran yang terkandung di dalam Buku Takwim 2021
dan kehendak serta keperluan TVET dalam usaha mengangkat Kolej
Vokasional Shah Alam sebagai satu institusi yang mendukung penuh
transformasi pendidikan teknik dan vokasional ini.
Dalam keterbatasan ruang dan waktu, KVSA memulakan tahun 2021
dengan menerima kehadiran pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan dan
Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lawatan Persediaan Pembukaan Kolej Vokasional ini bertujuan memantau
kesediaan pihak kolej untuk memulakan operasinya pada 20 Januari setelah
siri PKP yang panjang. Di samping itu juga, Pengarah BPLTV, Tuan Haji
Azman bin Haji Adnan turut mengadakan lawatan sulungnya ke KVSA
bertujuan meninjau prasarana yang ada dan melihat Projek ‘Auto
Disinfectant Tunnel’. Kehadiran beliau turut dimanfaatkan untuk
merasmikan Bilik MPP, Projek Fertigasi Koperasi dan Waqaf Rezeki.
Alhamdulillah, kedua-dua lawatan ini memberi impak positif dan menjadi
petanda kepada kecemerlangan KVSA pada hari-hari mendatang.
Kejayaan KVSA mendapat akreditasi penuh MBOT bagi program
Teknologi Kimpalan dan Pemesinan Industri pada tahun 2019 selama 5
tahun turut menjadi intipati hala tuju KVSA. Seawal tahun, persiapan demi
persiapan dilaksanakan untuk mendapatkan pengiktirafan MBOT dan MQA
bagi program ISK, IPD dan BPP. Jika tidak bersua di alam nyata, dunia maya
menjadi wajah perbincangan.
Dari Meja
Pelbagai mesyuarat dan bengkel kerja penyediaan dokumen
permohonan akreditasi penuh diadakan. Malah KVSA turut menjadi Urusetia
Semakan dan Penghantaran Dokumen bagi Program Teknologi Maklumat
dan Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web bagi KV
seluruh Malaysia. Sama-sama kita doakan agar hasilnya nanti
membahagiakan.
Walaupun sekejap bersemuka sekejap PdPR, KVSA tetap mengorak
usaha dalam beberapa lagi siri perjuangan demi TVET tercinta. Melalui
dalam talian, Program Pengantarabangsaan TVET Malaysia KVSA bersama
SMK Khusus Angkatan Laut-(SMK KAL-1), Surabaya, Indonesia diadakan.
Terhasilah NoU yang menjanjikan keuntungan kedua-dua institusi dua
negara. Tidak terhenti di situ sahaja, KVSA turut menyertai Forum SEAMEO
peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh SEA-Vocational Network.
Keterlibatan ini membolehkan kepimpinan sekolah luar dikenali, idea dalam
bidang rekacipta dan inovasi diperolehi dan banyak lagi ilmu dapat dikongsi.
Pelbagai SOP bagi mengekang penularan pandemik bukan
penghalang pasukan Inovasi KVSA untuk terus beraksi. Anugerah pingat
emas, perak dan gangsa semua dirasa. Bermula dengan Pertandingan Virtual
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2021 peringkat kebangsaan, anjuran
Malaysia Association of Research And Education For Educators (MasREE) &
Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) kategori guru, KVSA bangga
meraih pingat EMAS, PERAK dan GANGSA melalui Unit Bahasa (Bahasa
Melayu), Kemanusiaan (Pendidikan Islam) dan Matematik.
Berbangga juga dengan kejayaan anak-anak KVSA program
Teknologi Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web dengan pencapaian
Naib Juara dalam pertandingan Challenge on Innovation and Problem
Solving Through Technology Advancement (CHIPTA 2021). Sementara itu,
dalam International EUREKA INNOVATION EXIBITION 2021 (i-EIE 2021)
peringkat antarabangsa anjuran Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish
Institute (UniKL MSI), melalui penyertaan program Teknologi Pengurusan
Pangkalan Data dan Aplikasi Web dan Unit Matematik, 1 pingat PERAK dan 1
pingat GANGSA berjaya digenggam.
Dari Meja
Gabungan pensyarah dan pelajar menyemarakkan lagi dunia inovasi
di KVSA apabila berjaya meraih pingat Perak (kategori pelajar IPT) dalam
Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN2021) anjuran Universiti
Kebangsaan Malaysia dengan mempertaruhkan inovasi bertajuk Sistem E-
Vote MPP. Sementara itu, inovasi Dam Dhab Pintar Haji milik Puan
Rosmawati dan Suriani turut diangkat dengan pingat Perak kategori
pensyarah dalam pertandingan yang sama.
Dunia inovasi terus diterokai, pertandingan Rekacipta dan Inovasi
ILKBS (IDEA) pula diceburi. Syukur Alhamdulillah, mereka tidak pernah
pulang dengan tangan kosong. Melalui projek ‘Smart Lighting System’,
‘Cylinder Cart Lifter’ dan Sistem E-Vote MPP, masing-masing menjulang
pingat Gangsa, Perak dan Emas. Sememangnya Inovasi di KVSA mahu
dibudayakan, justeru banyak siri taklimat, seminar dan bengkel inovasi
diadakan sepanjang tahun dalam usaha menyuntik dan memotivasikan para
pensyarah dan pelajar untuk terus menjalankan inovasi dalam usaha
meningkatkan kemajuan diri dan KVSA.
Namun dalam kita tersenyum bangga merai kejayaan, ada juga
khabar duka yang melingkari kehidupan warga kolej tercinta. Ada yang
terkesan dengan pandemik melanda negara dan ada yang bersedih
kehilangan keluarga tercinta. ‘Ziarah Cakna’ antara program kami dalam
usaha menyantuni mereka, melahirkan simpati dan empati. Bukan kecil atau
besar sumbangan yang menjadi ukuran sebaliknya ukhuwah berpanjangan
yang diharapkan. Bersama-sama Unit UPK dan HEP, pelajar bermasalah
juga menjadi perhatian. Rumah mereka dikunjungi untuk bersua wajah
dengan ibu bapa bagi mencari punca masalah.
Dalam usaha memantapkan sahsiah anak-anak didik dan warga
pensyarah, aktiviti kerohanian yang menjadi wadah, turut mengisi ruang
waktu. Sepanjang tahun melalui aplikasi Google Meet, pelbagai program
dilaksana. MPP, UPK dan Unit Pendidikan Islam berkolaboratif menjadi
pemudah cara dalam melaksanakan program seperti motivasi diri, bacaan
yasin dan tahlil, majlis tahlil serta ceramah keagamaan.
Dari Meja
Demikianlah antara cebisan catatan perjalanan KVSA sepanjang
tahun 2021. Tahun yang penuh cabaran, menduga akal dan fikir, sabar serta
jati diri lantaran Covid-19 belum mahu pergi. Namun sebagai penjawat
awam, kita akan terus berdiri menabur bakti, senantiasa memasang azam
melonjakkan institusi yang mendukung TVET ini. Bezanya ialah
keterbatasan waktu dan peluang tapi bukanlah satu penghalang untuk terus
berjuang.
Marilah kita melafaz rasa syukur; udara masih dapat dihirup, bumi
masih menjadi tempat berpijak. Zahirkan dengan memasang cita-cita,
tahun 2022 mahu mencipta jaya. Jagalah diri dan keluarga. Jaga SOP agar
kita semua terpelihara daripada segala bencana yang boleh merencatkan
segala perancangan dan usaha.
Akhirulkalam, terimalah Laporan Tahunan 2021, tataplah gambar-
gambar kenangan dan peristiwa sepanjang jalan kenangan. Semoga kita
semua dirahmati Tuhan.
(NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN)
Pengarah
Kolej Vokasional Shah Alam
Maklumat
Kolej Vokasional Shah Alam
Visi
Peneraju Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Yang Unggul
Misi
Memperkasa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Melalui
Pelaksanaan Program Yang Berkualiti
Matlamat
Menghasilkan pelajar yang berkemahiran, berdaya saing dalam pasaran
kerja dan berupaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
Objektif
• Menghasilkan lepasan kolej vokasional yang memiliki diploma
vokasional yang diiktiraf.
• Melahirkan pelajar kolej yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan
berdaya saing dalam pasaran kerja.
• Membimbing setiap pelajar ke arah pembentukan sahsiah dan akhlak
yang mulia.
• Memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sukan dan
kokurikulum.
• Melahirkan pelajar kolej yang mempunyai kemahiran berkomunikasi
dan ‘Celik IT’.
• Memupuk dan mengamalkan sikap kekeluargaan, sepunya dan
penyayang dalam kalangan warga kolej.
Kolej Vokasional Shah Alam
Piagam Pelanggan
•
•
•
•
•
•
•
Brand Vision
Brand Value
Kolej Vokasional Shah Alam
Dasar Kualiti
Berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses
pembelajaran dan latihan kemahiran vokasional bagi memenuhi keperluan
pelanggan selaras dengan Dasar Transformasi Pendidikan Vokasional
Negara. Dasar Kualiti ini akan disebar luas kepada seluruh warga kolej dan
akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk
mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan
dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti berserta dengan
objektifnya disemak semula dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan
yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi
untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar
kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota KVSA melalui media cetak,
taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.
Objektif Kualiti
• Mencapai 100% prestasi akademik dengan PNGK minima 2.0, lulus
B.Melayu Kod 1104, kompeten semua modul vokasional dan kompeten
modul Employability Skills tahap 1 dan 2 untuk dianugerahkan Sijil
Vokasional Malaysia.
• Memastikan pelajar diploma kompeten semua kursus vokasional dengan
PNGV minima 2.67, telah melengkapkan projek semester pendek, lulus
semua kursus insaniah, menjalani dan lulus Kursus Kokurikulum (Jati
Diri) serta menjalani dan lulus Latihan Industri (OJT) untuk
dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia.
• Menghabiskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) untuk setiap
kursus yang diperuntukkan pada setiap semester mengikut struktur
program.
• Memastikan 100 peratus aduan pelanggan yang diterima diambil
tindakan dalam masa dua minggu.
• Mematuhi semua prosedur dan dilaksanakan dengan berkesan serta
mencapai petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan.
Pintu
Blok
Selayang
Kolej Vokasional Shah Alam
Pengenalan
Kolej Vokasional Shah Alam merupakan salah sebuah kolej rintis di bawah
Bahagian Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) yang memberi
fokus utama kepada pendidikan kemahiran. Kolej ini terdiri dari 101 orang
pensyarah dan 17 orang anggota kumpulan pelaksana. Sesi pembelajaran
bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sehingga bulan Disember 2021,
jumlah pelajar di kolej ini mencecah 567 orang pelajar, 92% daripadanya
menetap di kolej kediaman yang disediakan.
Latar Belakang
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam, terletak di Jalan Batu Tiga, Shah Alam, dibina
pada 26 Jun 1989 dengan keluasan 32 ekar di bawah projek ADB III, dan
siap sepenuhnya pada bulan September 1992. Kedudukannya adalah di
tengah-tengah kawasan perindustrian.
Pengambilan pelajar pertama adalah pada bulan Mac 1993 dan dikenali
sebagai Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam. Pada tahun 1997,
sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan
memperkenalkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera iaitu disamping
dua kursus aliran vokasional, kursus kemahiran dan kursus lanjutan masih
terus dijalankan. Mulai tahun 2005, kursus Pengaturcaraan Komputer telah
ditawarkan di sekolah ini dengan kapasiti 20 orang pelajar bagi tingkatan 4
dan 5.
Pada tahun 2010, sekolah ini telah ditukar semula kepada Sekolah
Menengah Vokasional Shah Alam dan menawarkan kursus tambahan iaitu
Pengurusan Perniagaan dengan kapasiti 30 orang pelajar bagi setiap kelas.
Pada tahun 2012, berlaku lagi perubahan tetapi sekolah ini telah dinaik taraf
menjadi Kolej Vokasional Shah Alam. Sehingga tahun 2020, lima program
telah ditawarkan untuk Diploma Vokasional iaitu Teknologi Pemesinan
Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian,
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web serta
Pengurusan Perniagaan.
Pengurusan
Kolej Vokasional Shah Alam
Struktur
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
KETUA JABATAN
TEKNOLOGI MEKANIKAL DAN
PEMBUATAN
En. Zainal bin Hussain
KETUA JABATAN KETUA JABATAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN PENDIDIKAN UMUM
En. Nazri Bin Maat Pn. Hjh. Jah binti Saie
KETUA JABATAN KETUA JABATAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT PENILAIAN & PENTAKSIRAN
Pn. Sarimah binti Dir Pn. Zahani binti Yakob
Kolej Vokasional Shah Alam
KETUA PROGRAM KETUA PROGRAM
TEKNOLOGI PEMESINAN TEKNOLOGI KIMPALAN
INDUSTRI En. Rafie bin Hassan
En. Azman bin Husin @ Hashim
KETUA PROGRAM KETUA PROGRAM
TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN
PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
DAN RANGKAIAN
Pn. Nurul Hafizah binti Zainudin
Pn. Dayangku Nurhayati binti
Awangku Morni
KETUA PROGRAM
PENGURUSAN PERNIAGAAN
En. Mohd Khairul Izman bin Ab. Rasid
Kolej Vokasional Shah Alam
KETUA UNIT BAHASA KETUA UNIT SAINS DAN
MATEMATIK
En. Mohassah bin Borhan
Pn. Mastura binti Yusoff
KETUA UNIT KEMANUSIAAN KETUA UNIT TERAS UMUM
Pn. Norriyah binti Abdul Rahman Pn. Shamsinar binti Aziz
KETUA UNIT PENTAKSIRAN KETUA UNIT PENSIJILAN
Pn. Noraziyah binti Husaini Pn. Habebah binti Abdul Wahab
Kolej Vokasional Shah Alam
KETUA BENGKEL KETUA BENGKEL
TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI TEKNOLOGI KIMPALAN
En. Rosli bin Rapep @ Abdul Patah En. Zainuddin bin Muda
KETUA BENGKEL KETUA BENGKEL
TEKNOLOGI MAKLUMAT TEKNOLOGI SISTEM
PANGKALAN DATA DAN
En. Muhammad Nashriq bin Azmi
APLIKASI WEB
Pn. Nurul Afiqah binti Zahuri
KETUA UNIT PERHUBUNGAN
DAN LAWATAN INDUSTRI
En. Syamsul Bahri bin Ramali
Kolej Vokasional Shah Alam
SETIAUSAHA PENGURUSAN KETUA UNIT
SOKONGAN AKADEMIK HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
Pn. Salina bt. Salim En. Prabanandan A/L Ramachanderan
KETUA UNIT KETUA UNIT
PSIKOLOGI DAN KERJAYA KOLEJ KEDIAMAN
En. Zulkhairil bin Roslan Tn. Hj. Mohd Syed bin Saleh
KETUA UNIT KETUA UNIT
PUSAT SUMBER PERHUBUNGAN AWAM
Pn. Maisarah Hajar Aisyah binti Esa Pn. Rohana binti Hashim
Kolej Vokasional Shah Alam
KETUA UNIT KETUA UNIT
TEKNOLOGI MAKLUMAT SUKAN DAN KOKURIKULUM
Pn. Roghdaryanti binti Hashim En. Mohd Azhar bin Kadir
KETUA UNIT PENYELIA ASRAMA
PEMBANGUNAN DAN
PENYELENGGARAAN Pn. Jahlelawaty binti Ahmad
En. Mohd Hanafi bin Junoh
Kolej Vokasional Shah Alam
SETIAUSAHA KESELAMATAN DAN
JAMINAN KUALITI KESIHATAN PEKERJAAN
Pn. Jasmit Kaur A/P Jasveer Singh (OSH)
En. Muhamad Aizat Bin Ismail
SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) AKREDITASI PROGRAM
Pn. Nik Azlina binti Nik Mahdi Pn. Hjh. Azlina Binti Ahamad
PERANCANGAN DAN TAKWIM PENJAMINAN KUALITI 4P
Pn. Zahani binti Yakob Pn. Salina binti Salim
Kolej Vokasional Shah Alam
PEMBUDAYAAN KUALITI
& INOVASI
Pn. Mastura binti Yusof
EKOSISTEM KONDUSIF
SEKTOR AWAM (EKSA)
Pn. Lee Wee Yin
Program Yang
Kolej Vokasional Shah Alam
•
Kolej Vokasional Shah Alam
▪
Kolej Vokasional Shah Alam
▪
Kolej Vokasional Shah Alam
▪
Kolej Vokasional Shah Alam
▪
Data
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Kolej Vokasional Shah Alam
Tugu
Enrolmen
Kolej Vokasional Shah Alam