Edisi Keluarga [2022]Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
BELANGSUNGKAWA 2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
AKI BURUT
Panel Penyemak Bahasa dan Ejaan :
Pn. Norhayati bint Mohd. Kurus
Penulis Bersama :
Cikgu Awang Damit bin Duraim @Durahim
Cikgu Abdul Raup bin Sapar @Maarof
PHanasileKlajiaPn deannpeynyeelidimkan :aCkikgu,APbduel Rnagup ebinsSaahpar daNn CaikrguaAtg.iDf amdit abinnDuRrahuim juka1 n :
Jusi bin Burut, Jusah bin Burut dan Musah bin Burut @Bahrim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
SENARAI ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 Sekapur Sirih, Sepatah kata daripada Penulis 03 - 06
Sepatah kata daripada Anak-Anak Aki Burut dan 07
Yodu’Rugiah
Pengenalan 08 - 14
Gambar Keluarga Aki Burut dan Yodu Rugiah 15
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof 16 - 41
2 Allahyarhamah Yodu’ Rugiah binti Lamat 42 - 51
3 Allahyarhamah Jananah binti Burut 52 - 75
4 Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah 76 - 92
5 En. Jusi bin Burut 93 - 105
6 Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah 106 - 117
7 En. Jusah bin Burut 118 - 127
8 En. Musah bin Burut @Bahrim 128 - 141
9 Allahyarhamah Rohana binti Burut 142 - 143
Penutup dan Rujukan 144
Penghargaan 145
Lampiran I 146
Lampiran II 147
Lampiran III 148 - 149
Lampiran IV 150
Lampiran V 151
Lampiran VI 152
Lampiran VII 153
Lampiran VIII 154 - 160
Gambar Keluarga Aki Burut dan Yodu’Rugiah 161 - 184
[Mengenali anak, menantu, cucu, dan cicit Aki Burut
dan Yodu Rugiah] 185
Sinopsis Cerita
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 2
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Sekapur Sirih,sepatah kata daripada Penulis.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada
semua ahli keluarga. Alhamdulillah hirrabbil‟alamin. Pertama sekali
ucapan syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya, saya dan Encik Awang Damit bin Durahim dapat menyelesaikan
penulisan Bibliografi tentang pengkisahan Aki dan Yodu‟ kita, iaitu Aki
Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat dengan jayanya.
Penulisan ini dibuat untuk pengkisahan serta menjejaki susur-galur salasilah
keturunan keluarga Aki dan Yodu‟ serta menjejaki waris-waris iaitu anak-
anak, anak menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit Aki Burut dan Yodu’ Rugiah
yang menetap atau berhijrah di beberapa daerah, tempat dan kampung.
Disamping itu, tujuan penulisan ialah untuk menyatukan dan merapatkan
lagi hubungan kekeluargaan supaya dapat mengenali lebih dekat setiap ahli
keluarga serta mengetahui pertalian perhubungan kekeluargaan.
Saya dan En. Ag. Damit selaku penulis dan juga cucu berkolaborasi
mencetus idea bersama-sama dalam usaha untuk menghasilkan penulisan
sebuah Buku Bibliografi Keluarga Aki Burut dan Yodu’ Rugiah ini. Kami
merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga kepada individu-individu yang terlibat iaitu Encik Jusi bin Burut,
Encik Jusah bin Burut dan Encik Musah bin Burut @Bahrim, serta Puan
Norhayati binti Mohd. Kurus atas kesediaan dan kometmen bersama-sama
membantu, menyokong dan menjadi tempat rujukan serta memberi
maklumat dalam penulisan pengkisahan ini.
Mereka merupakan penasihat, fasilitator, panel rujukan utama,
penyemak dan pengesah draf dan pengesah penulisan pengkisahan ini serta
menjadi penyokong kuat kepada usaha kami untuk menghasilkan penulisan
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 3
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
ini. Melalui penulisahan pengkisahan Aki Burut dan Yodu’ Rugiah, anak-
anak, anak-anak menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit dapat dilaksanakan
serta diterjemahkan dalam sebuah Buku Bibliografi untuk dibaca dan
disimpan sebagai satu khazanah keluarga kita serta generasi akan datang.
Tanpa sokongan dan kerjasama mereka tidak akan lengkap penulisan
pengkisahan ini.
Saya dan En. Ag. Damit juga mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Encik Kamus bin Dewa dan Encik Osman bin
Banson yang banyak membantu memberikan sumber maklumat mengenai
susur-galur keluarga Yodu’ Rugiah binti Lamat. Sumber maklumat ini
banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung dalam
penulisan ini. Mereka ini merupakan anak saudara kepada Allahyarhamah
Yodu‟ Rugiah binti Lamat.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Tn. Hj.
Ahmad Yasin bin Hj. Saruji atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu
Amit, yang turut membantu memberikan sumber maklumat mengenai
susur-galur keluarga Aki Burut. Sumber maklumat yang kami perolehi
daripada beliau juga banyak membantu dalam proses penulisan ini dan
digunapakai sebagai sumber yang sahih, benar dan tepat. Beliau merupakan
individu yang banyak mengetahui tentang susur-galur keluarga Aki Burut
dan adik-beradiknya. Tn. Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji adalah anak
saudara kepada Allahyarham Aki Burut. Ayah beliau, Allahyarham Aki Hj.
Saruji adalah merupakan adik kepada Allahyarham Aki Burut.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada anak-anak
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah iaitu Encik Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah
@Bahrim yang bertindak sebagai Panel Penyemak dan Pengesah Penulisan
Pengkisahan. Mereka bertiga memainkan peranan penting untuk
menjadikan penulisan pengkisahan ini sebuah kisah yang benar, telus dan
tepat. Sumber maklumat yang diperolehi ini bertujuan untuk diwariskan
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 4
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
sebagai bahan bacaan kepada anak, menantu, cucu dan cicit Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah pada masa kini dan generasi yang akan datang.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Norhayati binti Mohd.
Kurus, yang juga merupakan cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.
Beliau diberi tanggungjawab sebagai Panel Penyemak Bahasa dan Ejaan
untuk memastikan ayat dan bahasa serta ejaan perkataan yang digunakan
dalam penulisan ini tiada berlaku sebarang kesilapan atau kesalahan. Ini
bukan tugas yang mudah dan memerlukan kepakaran dan ketelitian.
Pelbagai kisah dan cerita yang dapat kami rungkai bersama
sepanjang menyusun dan menyiapkan penulisan ini. Banyak kisah dan
cerita yang mungkin tidak diketahui oleh sebahagian keluarga Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah, terutamanya generasi sekarang yang masih kecil dan
muda pada hari ini. Cabaran utama kami dalam penulisan ini ialah
mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih serta gambar-gambar
sebagai maklumat atau dokumen sokongan bagi memantapkan lagi
penulisan pengkisahan ini supaya cerita atau kisah sebenar sampai kepada
ahli keluarga yang membaca.
Syukur alhamdullah, misi mencari dan mendapatkan gambar Aki
Burut untuk tatapan ahli keluarga juga akhirnya telah berjaya ditemui. Ini
berkat hasil usaha bersungguh-sungguh Encik Jusi bin Burut dan ahli
keluarga. Bagi mendapatkan sumber maklumat yang tepat, sahih dan
benar, pelbagai kaedah telah digunakan oleh penulis, antaranya melalui
perbualan secara bersemuka, perbualan melalui telepon dan juga info-info
yang diperolehi melalui media social seperti kumpulan Whatsapps
KELUARGAKU CEMERLANG, Whatsapps YUSOP’s FAMILY serta whatsapps
dan SMS kepada individu-individu yang boleh menjadi sumber rujukan.
Kami mengakui banyak kekurangan dalam hasil penulisan ini dan
sangat mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang bernas daripada
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 5
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
semua ahli keluarga. Kalau bukan kita yang memulakannya, siapa lagi dan
bila lagi. Terima kasih sekali lagi kepada Encik Jusi, Encik. Jusah dan Encik
Musah @Bahrim, adik-beradik, sepupu-sepupu. anak buah dan semua ahli
keluarga serta individu-induvidu yang tidak dapat disebut namanya satu
persatu yang banyak membantu dan menyokong kami secara langsung atau
tidak langsung dalam penulisan ini. Kejayaan menghasilkan sebuah Buku
Bibliografi penulisan pengkisahan keluarga kita ini, kami dedikasikan sebagai
kejayaan semua ahli keluarga kita bersama dan untuk “Keluarga Besar Aki
Burut dan Yodu’ Rugiah.”
Bersama-sama kita menadah tangan dan panjatkan doa ke hadrat
Allah SWT, bacakan dan sedekahkan Al-fatihah (dibaca) kepada Aki2 dan
Yodu2 serta semua ahli keluarga kita yang telah pergi bertemu
Penciptanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama-sama orang yang beriman serta beramal soleh. Amiin…Yaa Rabbal
„Alamiin.
Akhir sekali, kami ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua
ahli keluarga, sekiranya terdapat kesilapan fakta dalam penulisan
pengkisahan ini. Hal ini kerana kekangan memperolehi sumber maklumat
atas faktor peredaran masa yang sudah lama berlalu dan individu-individu
yang mengetahui cerita sebenar ramai yang telah meninggal dunia. Kami
memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan dan kesilapan di dalam
menghasilkan pengkisahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari
Allah SWT dan yang buruk itu datangnya darpada kelemahan diri kami
selaku penulis bersama.
Sekian, dan terima kasih. 6
Penulis Bersama
ENCIK ABDUL RAUP BIN SAPAR @MAAROF
ENCIK AG. DAMIT BIN DURAIM @ DURAHIM
[ JUN – OGOS 2022 ]
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Sepatah kata daripada Anak-Anak Aki Burut danYodu’ Rujiah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
kepada semua. Alhamdulillahi rabbil‟ alamin. Pertama sekali ucapan syukur
kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, penulisan
pengkisahan allahyarham ayahanda dan allahyarhamah bonda kami yang
bertajuk “Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam
Kenangan, Menjejaki Waris-Waris (Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki
Burut” dapat disiapkan, walaupun ada beberapa rintangan, cabaran dan
kesukaran yang telah dilalui. Namun dengan izin Allah SWT semuanya
dapat di atasi dengan baik. Kami bertiga ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan ribuan terimakasih dan setinggi penghargaan kepada
usaha Encik Abdul Raup bin Sapar dan En. Ag. Damit bin Durahim selaku
penulis bersama yang juga merupakan cucu-cucu kepada Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah dalam usaha menghasilkan penulisan Buku Bibliografi
keluarga ini. Usaha penulisan ini sangat besar maknanya kepada keluarga
kita semua.
Syabas dan tahniah kepada penulis kerana berjaya menyelesaikan
penulisan Bibliografi tentang pengkisahan perjalanan kehidupan sebenar Aki
Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat dengan jayanya. Usaha
menjejaki susur-galur salasilah keturunan keluarga kita dan menjejaki
waris-waris iaitu anak-anak, anak menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit Aki
Burut dan Yodu’ Rugiah yang terpisah bagi menyatukan dan merapatkan
lagi hubungan kekeluargaan supaya keluarga kita mengenali setiap ahli
keluarga kita dan tahu pertalian perhubungan kekeluargaan ini.
Sekian. Terima kasih.
Anak-anak Aki Burut dan Yodu’ Rugiah
ENCIK JUSI BIN BURUT
ENCIK JUSAH BIN BURUT
ENCIK MUSAH BIN BURUT @BAHRIM
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 7
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
PENGENALAN
Di bahagian pengenalan ini, kami mulakan dengan memanjatkan doa kesyukuran kehadrat Allah
SWT kerana memberi ruang dan peluang serta situasi yang mengizinkan untuk kami berkarya
bagi menghasilkan penulisan Buku Bibliografi Pengkisahan Allahyarham Aki Burut dan
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah dengan lancar serta idea-idea yang tidak putus-putus sehingga
selesai menjadi satu kisah cerita benar. Satu soalan yang mungkin muncul dalam kalangan kita
dan bermain dibenak fikiran kita, “Bagaimana idea penulisan Pengkisahan Aki Burut bin Tusof
@Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris (Anak,
Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut” ini tercipta?
Sejarah bagaimana bermula cetusan idea penulisan?
Sebagai mukadimah kami berdua [ Abdul Raup bin Sapar dan Ag. Damit bin Durahim ]
sebagai Penulis Bersama, kami mulakan pengenalan bagaimana bermulanya cetusan idea
penulisan naratif Pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah ini. Cetusan idea penulisan ini
bermula dari bicara santai dan sembang-sembang dalam kalangan ahli-ahli keluarga dalam
kumpulan “Whatsapps YUSOP‟S FAMILY”.
Gambar 1 : Screen Sort Kumpulan Whatsapps YUSOP‟s FAMILY
Kumpulan ”Whatsapps YUSOP‟s FAMILY” adalah kumpulan „whatsapps‟ yang
dibuat dan dicetuskan ideanya pada peringkat awal oleh Encik Musah bin Burut @Bahrim dan
Encik Osman bin Pudin, bertujuan untuk menghimpunkan bersama semua waris-waris (Anak,
Cucu, Cicit, Piut) daripada legasi moyang kita, Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof dari
nasab keluarga semua anak-anaknya iaitu keluarga Allahyarham Aki Sarap, Allahyarham Aki
Burut, Allahyarham Aki Hj. Latam @Pudin, Allahyarhamah Yodu‟ Rupiah [Indu
Rumpung], Allahyarhamah Yodu‟ Luyat, Allahyarhamah Yodu‟ Jumlee [Indu Nisbah],
Allahyarham Aki Hj. Saruji, Allahyarham Aki Sarudin dan Allahyarham Aki Dullah dalam
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 8
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
satu kumpulan. Ini bertujuan untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan
tali sillahturahim dalam keluarga ini supaya tidak putus ditelan zaman mengikut peredaran
masa.1
Nama kumpulan “Whatsapps YUSOP‟s FAMILY‟‟ juga diambil sempena nama
moyang kita, Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof, iaitu bapa kepada Allahyarham Aki
Burut bin Tusof @Yusof sendiri dan adik-beradiknya. Manakala anak-anak Aki Burut iaitu
Encik Jusi, Encik Jusah, Encik Musah @Bahrim dan kedua-dua penulis juga adalah ahli
kumpulan whatsapps ini. Mereka juga adalah sebagai “Admin” di dalam kumpulan „whatsapps‟
ini.
Menerusi sembang santai keluarga dalam kumpulan ini, maka timbul idea dalam
kalangan cucu-cucu dan cicit-cicit Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof, antaranya Encik
Musah bin Burut @Bahrim, Tuan Hj. Mohd. Yasin bin Hj. Saruji, Encik Matlen bin Sarudin
dan Encik Osman bin Pudin, agar dibukukan kisah moyang kita iaitu Allahyarham Tusof bin
Maidin @Yusof dan anak-anaknya untuk tatapan generasi pada hari ini dan akan datang. Ini
bertujuan supaya mereka mengetahui sejarah, salahsilah dan susur-galur keluarga mereka kelak.
Apatah lagi situasi ketika ini dengan keadaan dan persekitaran yang berjauhan menyebabkan
ikatan kekeluargaan semakin renggang dan tidak dapat mengenali antara satu sama lain walau
pun masih mempunyai pertalian kekeluargaan.
Selaku penulis bersama pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah, kami melihat idea ini
suatu perkara yang sangat baik untuk diusahakan dan diteruskan. Namun memerlukan
perbincangan bersama, kajian yang menyeluruh, penelitian, kerjasama, kometmen dan
kesungguhan serta pengorbanan masa dari semua pihak sekiranya pengkisahan ini ingin
direalisasikan. Penulisan pengkisahan dalam bentuk bibliografi bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dihasilkan. Ia memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam dan khusus terhadap figura-
figura penting yang terlibat dalam pengkisahan penulisan yang hendak dihasilkan supaya dapat
menghasilkan cerita yang sahih, telus, benar, tepat dan berintegriti. Perkara utama dan lebih
penting lagi, penulisan ini dibuat adalah kisah benar kehidupan tersebut yang dilalui oleh figura-
figura tersebut semasa hayat mereka yang lalu. Namun disebabkan figura-figura atau individu-
individu tersebut telah meninggal dunia segala sumber rujukan terhad dan beberapa maklumat
juga sukar diperolehi daripada waris-waris mereka.
Pendapat peribadi kami berdua sebagai penulis bersama, menulis bibliografi pengkisahan
moyang kita, Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin dan anak-anaknya, skop naratif
penceritaannya sangat luas. Penulis perlu bersedia membuat kajian menyeluruh dan mendalam
tentang figura Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof dan 9 orang lagi anaknya, bagi
melengkapkan satu naratif pengkisahan yang sempurna. Namun perkara ini boleh dilakukan dan
tidak mustahil untuk direalisasikan, „Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih‟ tetapi
memerlukan pengorbanan masa, tenaga, dan usaha yang bersungguh-sungguh. Dalam hal ini
1 Musah bin Burut @Bahrim dan Osman bin Pudin 9
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
untuk mendapatkan sumber maklumat yang sahih dan tepat memerlukan kerjasama sepenuhnya
daripada waris-waris mereka yang lebih mengetahui perjalanan cerita supaya fakta cerita tidak
bercanggah, tidak menimbulkan konflik, bantahan dan perdebatan antara penulis dengan ahli
keluarga atau waris-waris mereka.
Bicara santai keluarga dalam kumpulan „whatsapps‟ ini akhirnya telah mencetuskan idea
kepada saya bersama Encik Ag. Damit bin Durahim @Cikgu Awang bagi menulis dalam skop
yang lebih kecil iaitu hanya memfokuskan naratif pengkisahan figura kita, iaitu Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah, anak-anaknya, menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit mereka sebagai satu
percubaan awal atau rintis. Sesuai dengan tajuk cerita pengkisahan ini, mudah-mudahan ia akan
menjadi inspirasi dan satu permulaan yang baik dan boleh dijadikan idea atau boleh diikuti oleh
mana-mana waris kepada adik-beradik Aki Burut kita. Pengkisahan ini menjadi titik permulaan
persepakatan saya dan Encik Ag. Damit memulakan proses penulisan pengkisahan Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah.
Proses penulisan bermula.............
Apabila cetusan idea tercipta, saya telah menghubungi Encik Ag. Damit melalui „whatsapps‟
pada 22 May 2022. Seterusnya kami membuat perbincangan dan berkolaborasi sebagai penulis
bersama dan memulakan penulisan pada awal bulan Jun sehinggalah siap sepenuhnya pada awal
bulan Ogos 2022. Sebagai penulis bersama, kami sentiasa berhubung dan berusaha
mendapatkan sumber maklumat dan gambar-gambar daripada individu-individu seperti yang
dinyatakan dalam nota kaki di setiap muka surat atau halaman untuk dimasukkan dalam
penulisan ini. Semasa dalam proses penulisan ini, selaku penulis sentiasa merujuk kepada anak-
anak Aki Burut iaitu Encik Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim bagi mendapatkan
maklumat yang sahih, benar, tepat dan berintegriti. Kami juga meminta mereka membuat
semakan setiap draf penulisan kami untuk menambahbaik segala kekurangan maklumat yang
kami perolehi.
Gambar 2 : Screen Sort kumpulan Whatsapps KELUARGAKU CEMERLANG
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 10
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Dalam proses menghasilkan penulisan ini juga, berlaku kolaraboratif dan kolaborasi
antara penulis dengan ahli keluarga melalui kumpulan Whatsapps KELUARGAKU
CEMERLANG, selain kumpulan Whatsapps YUSOP‟s FAMILY sebagai medium bagi
mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sahih bertujuan untuk saling lengkap melengkapi
suatu pengkisahan tentang perjalanan kisah hidup Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.
Proses penulisan pengkisahan ini berjalan dengan mudah dan lancar kerana adanya
sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat, khususnya Encik
Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim. Penulis juga mendapat kerjasama sepenuhnya
daripada Puan Norhayati binti Mohd. Kurus (sepupu sekali kepada kedua-dua penulis) yang juga
salah seorang cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah yang secara suka rela membantu dan
bekerjasama dalam kerja-kerja membuat semakan ejaan dan juga penggunaan laras bahasa yang
betul dan sesuai bagi memastikan hasil penulisan ini kemas, bahasa yang digunakan menarik ,
sesuai, mudah difahami dan juga ralat dari sebarang kesilapan ejaan.
Bagimana tajuk cerita “Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam
Kenangan, Menjejaki Waris-Waris (Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut “ tercipta?
Pada peringkat awal penulisan, langkah pertama saya ialah mencari tajuk yang sesuai bagi tajuk
penulisan ini . Saya telah meminta bantuan anak-anak saya untuk memberikan saya idea
mencari tajuk yang sesuai dan menarik untuk penulisan pengkisahan ini. Melalui kerjasama dan
perbincangan dengan mereka, maka terhasillah beberapa tajuk yang diberikan oleh mereka.
“Atuk Burut dan Nenek Rugiah” adalah salah satu tajuk yang dicadangkan oleh anak saya
yang menjadi pilihan dan menarik perhatian saya. Pada mulanya saya bersetuju dengan tajuk
tersebut. Namun mungkin kerana mencari sesuatu yang benar-benar menarik dan sesuai untuk
dijadikan tajuk utama untuk pengkisahan ini, saya perlu menambah baik lagi tajuk tersebut.
Saya terfikir, oleh kerana saya daripada bangsa etnik Bisaya, dan sebilangan besar cucu-
cucu dan cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah adalah hasil daripada perkahwinan campur,
termasuklah anak-anak saya dan anak-anak Encik Ag. Damit bukan penutur jati bahasa etnik
„Bisaya‟ di rumah, malah kurang mahir dan kurang memahami, tidak dapat berkomunikasi
dengan baik dalam bahasa etnik tersebut telah mencetuskan idea kepada saya untuk menyelitkan
sedikit bahasa ibunda etnik Bisaya dalam tajuk penulisan ini. Sekurang-kurangnya dengan
adanya penggunaan sepatah dua perkataan bangsa etnik Bisaya dalam penulisan ini dapat
memberi sedikit pendedahan kepada mereka bahasa ibunda keluarga Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah agar bahasa ini tidak pupus ditelan zaman mengikut masa dan mereka mengenali asal-
usul suku atau etnik moyang mereka adalah daripada bangsa etnik Bisaya.
Lantas saya memutuskan untuk menukar perkataan „Atuk‟ kepada „Aki‟ [sebutan ibunda
Bisaya] dan „Nenek‟ kepada „Yodu‟ [sebutan ibunda Bisaya] yang membawa maksud yang
sama. Perkataan „Aki‟ dan „Yodu‟ ditambahbaik dengan memasukkan nama penuh Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah sehingga terhasilnya tajuk “Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 11
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris (Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki
Burut”.
Sebutan „Aki‟ dan „Yodu‟ yang digunakan dalam penulisan dipermulaan nama Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah sebagai tajuk menjadikan ia satu tajuk yang unik kerana ia menggunakan
perkataan dari bahasa ibunda bangsa dari etnik Bisaya. Tambahan lagi jarang perkataan yang
menggunakan bahasa ibunda digunakan dalam tajuk sesebuah penulisan. Namun perkara ini
boleh menjadi satu tarikan dan fokus utama dalam penulisan ini untuk mengenali siapakah figura
atau individu yang bernama Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Mudah-mudahanan penggunaan
sebutan „Aki‟ dan „Yodu‟ ini akan terus kekal dan diteruskan oleh generasi-generasi Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah pada hari ini dan akan datang sebagai satu kebiasaan. Walaupun dalam
kalangan cucu-cucu dan cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah adalah hasil daripada perkahwinan
campur, namun asal-usul kita bermula dari bangsa etnik Bisaya. Tidak ada orang lain yang akan
memartabatkan suku atau bangsa etnik Bisaya melainkan dari suku itu sendiri. Kalau bukan kita
yang memulakan bagi memartabatkan bahasa suku atau etnik Bisaya, siapa lagi dan bila lagi.
Dan akhirnya................
Berkat kesungguhan, kegigihan, sokongan, kerjasama padu dan mantap dari ahli keluarga dan
individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam tempoh masa
hampir 3 bulan (Jun hingga Ogos 2022), maka terhasilah satu penulisan pengkisahan dalam
bentuk bibliografi naratif sejarah yang bertajuk “Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’
Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris (Anak, Menantu, Cucu dan
Cicit) Aki Burut” untuk simpanan dan bacaan seluruh keluarga kita.
Bagaimana dan dimana bermulanya nasab keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah?
Satu persoalan yang memerlukan jawapan berdasarkan kajian yang menyeluruh melibatkan
susur-galur dan salahsilah keluarga daripada keturunan dan nasab keluarga Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah sendiri. Kedua-dua penulis telah membuat kajian bagaimana dan dimana bermulanya
nasab keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah ini. Generasi cucu-cucu dan cicit-cicit Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah yang ada pada hari ini dan akan datang perlu mengetahui nasab keluarga
mereka.
Legasi keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah yang ada pada hari ini, bermula daripada
hasil perkahwinan anak dua moyang kita. Dua moyang kita yang dimaksudkan ialah
Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof dan juga Allahyarham Lamat bin Aji. Nasab
keluarga bermula apabila salah seorang anak lelaki Allahyarham Tusof bin Maidin @ Yusof
iaitu Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof telah berkahwin dengan Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah binti Lamat yang merupakan salah seorang anak perempuan kepada Allahyarham Lamat
bin Aji. Daripada perkahwinan mereka berdua telah berkembang menjadi „Keluarga Besar Aki
Burut dan Yodu‟ Rugiah‟ sehingga ke hari ini. Tanpa melalui perkahwinan anak kedua-dua
orang moyang kita, „Keluarga Besar Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah‟ tidak akan wujud pada
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 12
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
hari ini. Ini bermakna nasab keluarga kita bermula daripada kedua-dua moyang kita seperti yang
telah diterangkan secara ringkas di atas. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada anak-anak dan
cucu-cucu Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah menceritakan asal usul nasab keluarga kepada anak,
cucu-cucu dan cicit-cicit generasi baru agar mereka juga mengetahui nasab keluarga mereka
kelak.
Nama panggilan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.
Satu keunikan masyarakat etnik Bisaya pada suatu ketika dahulu dan kekal sehingga ke hari ini
sebagai satu warisan budaya bangsa etnik Bisaya iaitu seseorang akan mempunyai nama
panggilan dalam komuniti masyarakatnya apabila dia sudah berkahwin dan mempunyai anak,
panggilan kebiasaan tersebut akan berubah mengikut nama anak mereka bagi memudahkan
untuk dikenali dan diingati. Kebiasaannya seorang bapa atau ibu akan lebih dikenali atau
dipanggil berdasarkan nama anak sulung mereka. Sebagai contoh, sekiranya anak sulung mereka
bernama „Jijah‟, bapa akan di panggil nama “Majijah” dan manakala ibu pula akan di panggil
dengan panggilan „Indu Jijah‟.
Generasi muda hari ini khususnya cucu-cucu dan cicit-cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
tidak semua yang mengetahui nama panggilan atau „palagawan‟ (bahasa etnik Bisaya) Aki
Burut dan Yodu‟ Rugiah dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat pada ketika itu ( merujuk
dua figura yang sangat kita kagumi dan sayangi ini). Penulis telah mendapatkan maklumat
mengenai perkara ini daripada salah seorang anak Aki Burut iaitu Encik Jusi, anak lelaki sulung
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah yang lebih arif dan mengetahui perkara ini. Menurut Encik Jusi
terdapat beberapa panggilan ahli keluarga dan masyarakat pada ketika itu untuk ayahnya, Aki
Burut seperti „Yaka Megarubak‟, „Minang Megarubak‟, „Tangah Megarubak‟ atau „Aki
Megarubak‟. Panggilan ini berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan samada bapa saudara,
anak saudara atau ahli keluarga yang terdekat yang menyebutnya dan manakala ibunya, Yodu‟
Rugiah dikenali dengan panggilan „Indu Buyon‟.2
Misi dan harapan penulis terhadap penulisan pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.
Harapan dan misi kami sebagai penulis bersama dengan terhasilnya penulisan bibliografi
pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah ini adalah sebagai satu wadah atau cerminan
pengkisahan perjalanan kisah hidup sebenar kedua-duanya dimasa lalu sehingga mereka
mengembuskan nafas terakhir mereka sebagai satu lembaran sejarah yang perlu diketahui dan
dikenang oleh oleh anak-anak, menantu, cucu-cucu dan cicit-cicitnya dan generasi akan datang,
selagi hayat dikandung badan, tetap kekal dalam ingatan kita semua.
Disamping itu juga, misi seterusnya penulisan pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
ini, adalah untuk menjejaki siapa dan dimana keberadaan anak-anak, anak-anak menantu, cucu
dan cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah pada ketika ini agar kita semua merasai kebersamaan dan
2 Jusi bin Burut 13
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
keberadaan kita bersama-sama, walau dimana kita berada, kita semua sebagai legasi generasi
yang ditinggalkan oleh Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah perlu saling mengenali ahli keluarga kita.
Kami juga mengharapkan melalui penulisan ini, kita adalah generasi yang ditinggalkan
oleh Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah agar saling mengenali antara satu sama lain, anak-anak, anak-
anak menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah seperti mana yang
dirungkaikan, dipaparkan dan diterangkan dalam penulisan ini. Melalui penulisan ini, semoga
dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita semua, walau dimana
sahaja kita berada. Menjadi harapan kami juga, setiap ahli keluarga menyimpan dan membuat
salinan sendiri atau membukukan hasil penulisan ini sebagai simpanan dan dijadikan rujukan
untuk generasi hari ini dan akan datang.
Saya bersama Encik Ag. Damit selaku penulis bersama, sebagai pemudahcara dan
pencerita dan ini merupakan salah satu usaha yang termampu kami laksanakan untuk keluarga
kita agar „Keluarga Besar Aki Burut dan Yodu Rugiah‟ sentiasa bersatu, berusaha
merapatkan dan memperkukuhkan ikatan kekeluargaan. Bersama kita panjatkan doa kehadrat
Allah SWT agar ahli keluarga kita diberi perlindungan dan rahmat, sentiasa dimurahkan rezki
dan dipermudahkan segala apa jua urusan. Allahyarham Aki Burut dan Allahyarhamah
Yodu‟ Rugiah dalam kenangan, mereka sudah lama pergi dengan meninggalkan satu legasi
keluarga besar yang ada pada hari ini. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada mereka.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 14
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF
YODU’ RUGIAH BINTI LAMAT
DAN ANAK-ANAK
Gambar 3 : Gambar Keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
BARISAN HADAPAN
Dari kiri : Allahyarhamah Jananah [anak Sulong], Allahyarhamah Saramiah @Saunah [anak ke 4],
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof, Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat,
Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah [anak ke 2]
BARISAN BELAKANG
Dari kiri : En. Musah @Bahrim [anak ke 6], En. Jusi [anak ke 3] dan En. Jusah [Anak ke 5]
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Burut bin Tusof
@Yusof, Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat, dan kepada ibu dan juga ibu saudara
kita, Allahyarhamah Jananah binti Burut, Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah,
Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah dan Allahyarhamah Rohana binti Burut,
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan
beramal soleh................. ( ال فات حةDibaca ) dan disedekahkan kepada semua arwah.
Aamiin...Yaa Rabbal „Alamin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 15
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 1
ALLAHYARHAM AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF
(1926 – 04.05.1978)
Dalam bahasa bangsa etnik Bisaya, Aki atau Yaki merujuk maksud datuk atau atuk iaitu ayah
kepada ayah atau ayah kepada ibu kita. Biasanya panggilan ini digunapakai oleh cucu sebagai
kata ganti nama sapaan atau panggilan hormat apabila memanggil atau berkomunikasi dengan
datuk mereka.
Biodata dan kisah hidup Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof.
Nama penuh Aki Burut ialah Burut bin Tusof @Yusof bin Maidin. Aki Burut mempunyai 2
orang bapa saudara iaitu Encik Tasan @Hasan bin Maidin, dan Encik Siyu bin Maidin3.
Kesemua mereka sudah lama meninggal dunia menemui dan kembali kepada penciptanya dan
meninggalkan legasi waris-waris mereka yang ramai di merata tempat, kampung dan daerah.
Allahyarham Encik Tusof @Yusof bin Maidin meninggal dunia pada tahun 1946 dan
dimakamkan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Parit, Mentulud, Beaufort.4
Batu Nisan
[Kubur ayah Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof]
Gambar 4 : Makam Persemadian Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada semua moyang-moyang kita yang sudah
pergi meninggalkan kita, iaitu Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof, Allahyarham Tassan
bin Maidin @Hasan dan Allahyarham Siyu bin Maidin, semoga roh mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.Yaa Rabbal‟
Alamiin.
3 Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji 16
4 Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dilahirkan pada tahun 1926 di Kampung
Padas Damit, Beaufort dan berketurunan dari bangsa etnik Bisaya. Allahyarham Aki Burut
adalah anak kedua Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin dengan isteri pertamanya
berdasarkan susunan tarikh dan tahun lahir adik-beradiknya yang diperolehi oleh penulis
daripada waris-waris mereka. Beliau mempunyai 9 orang adik beradik hasil daripada dua
perkahwinan bapanya. Hasil perkahwinan pertama bapanya, lahir 5 orang anak iaitu Aki Sarap,
Aki Burut, Aki Latam @Pudin , Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] dan Yodu‟ Luyat.
Kemudian hasil daripada perkahwinan bapanya yang kedua pula, lahir 4 orang anak lagi iaitu
Yodu‟ Jumlee [Indu Nisbah], Aki Hj. Saruji, Aki Saruddin dan Aki Dullah.5
Bahagian depan kad pengenalan
Gambar 5 : Salinan kad pengenalan Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof
Bahagian belakang kad pengenalan
Gambar 6 : Salinan kad pengenalan Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof
5 Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji 17
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Diringkaskan cerita, salah seorang adik-beradik Aki Burut iaitu Aki Hj. Latam @Pudin
bin Tusof @Yusof telah merantau keluar dari Kampung Mentulud ke Kota Kinabalu, Tuaran
dan kemudian berhijrah ke Negara Brunei Darusalam, seterusnya memperolehi
kewarganegaraan Negara Brunei, berkahwin dengan orang Brunei dan dikurniakan beberapa
orang anak dan cucu-cucu bagi meneruskan legasi generasinya disana . Selepas berhijrah ke
Negara Brunei Darusalam, Aki Hj. Latam bin Tusof @Yusof tidak pernah kembali ke kampung
halamannya di Kampung Mentulud, Beaufort sehingga ke akhir hayatnya. Beliau meninggal
dunia di sana dan disemadikan di Kuala Belait, Negara Brunei Darusalam. Sebelum meninggal
dunia, Aki Hj. Latam @Pudin sempat menunaikan fardhu haji di Mekah6.
Semasa hayat Aki Hj. Latam @Pudin masih hidup, dua orang anak Aki Burut, iaitu Encik
Jusi dan Encik Jusah sempat berjumpa, melawat dan tinggal di rumah allahyarham di Kuala
Belait, Negara Brunei Darusalam. Aki Burut dan kesemua adik-beradiknya telah meninggal
dunia. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada mereka semua yang telah mendahului kita
kembali menemui maha penciptanya.
Menjejaki salasilah susur-galur keturunan Keluarga Allahyarham Aki Burut.
Menyusuri dan menjejaki salasilah susur-galur keturunan keluarga Aki Burut bin Tusof @ Yusof
bukanlah sesuatu yang mudah. Penulis terpaksa mencari sumber maklumat yang tepat dengan
merujuk dan bertanya kepada kesemua anak-anak Aki Burut yang masih hidup, menghubungi
dan berjumpa sendiri dengan individu-indvidu yang mempunyai perhubungan kekeluargaan dan
mengetahui naratif sebenar dimana bermulanya susur-galur nasab keluarga Aki Burut.
Salasilah Susur-Galur Keluarga Keturunan Allahyarhan Maidin
Maidin + (Nama isteri tidak diperolehi)
Tassan @Hassan bin Maidin Siyu bin Maidin
Isteri pertama + Tusof @Yusof bin Maidin + Janim binti Hj. Taib
(Nama tidak diperolehi) @Anim
[Anak-anak Tusof @Yusof bin Maidin dengan isteri pertama]
Sarap bin Tusof Burut bin Tusof Latam bin Tusof Rupiah binti Tusof Luyat bintiTusof
@Yusof @Yusof @Yusof @Yusof @Yusof
[Indu Rumpung]
[Anak-anak Tusof @Yusof bin Maidin dengan isteri kedua]
Jumlee binti Tusof Saruji bin Tusof Sarudin bin Tusof Dullah bin Tusof
@Yusof @Yusof @Yusof @Yusof
[Indu Nisbah]
Carta 1 : Salasilah susur-galur keluarga Keturunan Allahyarham Maidin
6 Musah bin Burut @Bahrim 18
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Berdasarkan sumber sahih yang telah diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam carta di
di atas, susur-galur keluarga Aki Burut yang dapat dikesan oleh penulis bermula dari datuk
kepada Aki Burut iaitu Allahyarham Maidin. Namun demikian, nama penuh Allahyarham
Maidin dan nama isterinya juga tidak dapat diperolehi kerana kekurangan sumber maklumat.
Hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki, iaitu Allahyarham Tassan
@Hassan, Allahyarham Tusof@Yusof dan Allahyarham Siyu. Daripada perkahwinan salah
seorang anak Allahyarham Maidin, iaitu Allahyarham Tusof @Yusof, lahirlah Aki Burut dan 4
orang lagi adik-beradiknya, iaitu Aki Sarap, Aki Latam @Pudin, Yodu‟ Rupiah yang dikenali
dengan panggilan Indu Rumpung dan Yodu‟ Luyat melalui perkahwinannya yang pertama.
Kemudian Allahyarham Tusof @ Yusof berkahwin lagi bagi kali kedua dengan Puan Janim binti
Hj. Taib @Anim, daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 4 orang anak iaitu
Yodu‟Jumlee yang dikenali dengan panggilan Indu Nisbah, Aki Hj. Saruji, Aki Sarudin dan Aki
Dullah.7
Semua anak Allahyarham Maidin telah berkahwin dan mereka telah dikurniakan anak,
cucu dan cicit. Menerusi perkahwinan anak-anak, cucu dan cicit Allahyarham Maidin, keluarga
ini telah berkembang dan mewujudkan Keluarga Besar Maidin gabungan nasab keluarga dari
keturunan Allahyarham Tassan @ Hassan, Allahyarham Siyu dan Allahyarham Tusof @Yusof.
Daripada keturunan Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin, anak mereka iaitu
Allahyarham Aki Sarap, Allahyarham Aki Burut, Allahyarham Aki Hj. Latam @Pudin,
Allahyarhamah Yodu‟ Rupiah @Indu Rumpung, Allahhyarhamah Luyat, Allahyarhamah
Yodu‟ Jumlee @Indu Nisbah, Allahyarham Aki Hj. Saruji, Allahyarham Aki Saruddin dan
Allahyarham Aki Dullah, mereka telah dikurniakan waris-waris yang ramai di merata tempat,
kampung dan daerah pada hari ini. Disebabkan peredaran masa, keberadaan keluarga yang
berjauhan dan kekangan perhubungan pada ketika itu dan hari ini, telah memberi impak yang
besar kepada perhubungan kekeluargaan menyebabkan ramai ahli keluarga dari keturunan
Allahyarham Maidin pada hari ini tidak mengenali dan mengetahui pertalian perhubungan
kekeluargaan.8
Menjejaki gambar Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dan adik-beradiknya.
Pada peringkat awal penulisan pengkisahan ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penulis dan
anak-anak Aki Burut, iaitu Encik Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim bagi misi
pencarian menjejaki dan mencari gambar Aki Burut dan adik-beradiknya untuk dimasukkan
dalam penulisan ini untuk rujukan dan tatapan generasi hari ini dan generasi akan datang.
Syukur alhamdulillah, dipenghujung penulisan pengkisahan ini, dengan izin dan kuasa Allah
SWT, misi pencarian gambar Allahyarham Aki Burut berjaya dijejaki dan diperolehi untuk
tatapan keluarga kita, khususnya cucu-cucu dan cicitnya yang tak sempat melihat dan bersama
Aki Burut semasa hayatnya masih hidup. Bagi gambar adik-beradik Aki Burut, syukur
alhamdulillah penulis berjaya mengesan dan memperolehi gambar 6 orang adik-beradiknya
melalui kerjasama waris-waris mereka yang dishare melalui group whatsapps keluarga.
7 Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji 19
8 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak-anak Moyang Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin
[ Anak-anak Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin dengan Isteri Pertama ]
Allahyarham Aki Sarap Allahyarham Aki Burut Allahyarham Aki Hj. Latam
binTusof@Yusof binTusof@Yusof @Pudin binTusof @Yusof
[T. Lahir : 1926]
[T. Lahir : 1920-an] [Hj. Ag. Payak bin Ag. Chuchu]
[T. Lahir : 05.12.1932]
Allahyarhamah Yodu‟ Allahyarhamah Yodu‟
Rupiah binti Tusof @Yusof Luyat binti Tusof@Yusof
[T. Lahir : 1933] [T. Lahir : 01.03.1934]
[ Anak-anak Moyang Allahyarham Tusof @Yusof bin Maidin dengan Isteri Kedua ]
Allahyarhamah Janim binti Mohd. Taib @Anim
Allahyarhamah Allahyarhamah Aki Hj. Allahyarhamah Aki Allahyarhamah Aki
Yodu‟ Jumlee binti Saruji binTusof Sarudin binTusof Dullah binTusof
@Yusof @Yusof
Tusof @Yusof @Yusof
[T. Lahir : 01.08.1936] [T. Lahir : 01.01.1939] [T. Lahir : 03.01.1940]
[T. Lahir : 1930]
Gambar 7 : Adik-beradik Allahyarham Aki Burut bin Tusof@Yusof 20
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia Allahyarham Aki Burut
dan adik-beradiknya
BIL. NAMA AKI DAN TARIKH / TARIKH
YODU‟ TAHUN MENINGGAL
LAHIR
01 Allahyarham Aki Sarap bin Tusof @Yusof 1920-an UMUR
[Anggaran] 1965
02 Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof
1926 04.05.1978
03 Allahyarhamah Jumlee binti Tusof @Yusof [52 Tahun]
[Indu Nisbah] 1930 04.10.19929
[62 Tahun]
04 Allahyarham Aki Hj. Latam @Pudin bin 05.12.1932 16.12.200610
Tusof @Yusof [Hj. Ag. Payak bin Chuchu] [74 Tahun]
1933
05 Allahyarhamah Yodu‟ Rupiah binti Tusof 197411
@Yusof [Indu Rumpung] 01.03.1934 [41 Tahun]
03.06.201312
06 Allahyarhamah Yodu‟ Luyat binti Tusof 01.08.1936 [79 Tahun]
@Yusof 14.11.201613
01.01.1939 [80 Tahun]
07 Allahyarham Aki Hj. Saruji bin Tusof
@Yusof 03.01. 1940 29.12.200414
[65 Tahun]
08 Allahyarham Aki Sarudin bin Tusof @Yusof 28.12.202115
[81 Tahun]
09 Allahyarham Aki Dullah bin Tusof @Yusof
Jadual 1 : Tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia adik-beradik Aki Burut bin Tusof
@Yusof
Alfatihah (dibaca) dan kita sedekahkan kepada semua Aki-Aki dan Yodu‟-Yodu‟ kita
yang sudah meninggal dunia , semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama
orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal‟Alamin
Syukur alhamdulillah atas usaha yang bersungguh-sungguh, gambar 6 orang adik-beradik
Aki Burut iaitu, Aki Hj. Latam @Pudin, Yodu‟ Luyat, Yodu‟ Jumlee [Indu Nisbah], Aki Hj.
Saruji, Aki Saruddin dan Aki Dullah telah diperolehi untuk dikongsi bersama dan dimasukkan
di dalam penulisan ini untuk tatapan kita semua kecuali 2 orang adik beradiknya iaitu
Allahyarham Aki Sarap dan Allahyarhamah Rupiah [Indu Rumpung]. Kita mempunyai pertalian
kekeluargaan yang sangat rapat dan tidak boleh dinafikan dengan semua Aki-Aki dan Yodu‟
Yodu‟ di atas kerana mereka adalah adik beradik dan sedarah sedaging dengan Aki Burut kita.
9 Hjh Zainah binti Moksin 21
10 Najib bin Hj. Latam @Pudin
11 Tawang bin Burut
12 Fatimah binti Ghani
13 Tuan Hj. Mohd. Yasin bin Hj. Saruji
14 Ajamain bin Sarudin
15 Mariana binti Dullah
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Perhubungan dan pertalian kekeluargaan kita dengan mereka adalah sama seperti mana pertalian
kita dengan Aki Burut. Gambar mereka dikongsi bersama dan dimasukkan di dalam penulisan
ini sebagai tatapan semua ahli keluarga. Gambar-gambar ini sebagai bukti kukuh pertalian
kekeluargaan adik-beradik Aki Burut. Usaha mencari gambar dua orang adik-beradik Aki Burut
lagi iaitu Allahyarham Aki Sarap dan Allahyarhamah Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] tetap akan
diteruskan walau pun proses penulisan buku ini telah selesai.
Penulis dan anak-anak Aki Burut telah berusaha bagi mendapatkan gambar Aki Sarap
dan Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] namun tidak dapat diperolehi daripada waris-warisnya
sehingga ke hari ini. Penulis telah berhubung dengan Puan Roslinawati binti Tawang, cucu
kepada Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung]. Puan Roslinawati adalah anak kepada Encik Tawang bin
Burut dan beliau adalah anak kepada Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung]. Menurut Puan
Roslinawati, dia telah merujuk dan bertanya kepada ayahnya. Namun ayah Puan Roslinawati
tidak memiliki gambar ibu beliau, iaitu Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung].
Manakala untuk pencarian gambar Allahyarham Aki Sarap bin Tusof @Yusof pula,
penulis telah berhubung dengan salah seorang warisnya, iaitu Encik Osman bin Pudin, cucu
kepada Allahyarham Aki Sarap. Ayah Encik Osman iaitu Allahyarham Pudin bin Sarap, adalah
anak kepada Aki Sarap. Maklum balas daripada Encik Osman, dia dan adik beradik serta ahli
keluarga beliau tidak memiliki gambar Allahyarham Aki Sarap.16
Oleh kerana gambar Aki Sarap dan Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] tidak dapat diperolehi
daripada waris-waris mereka, penulis berpendapat kemungkinan ketika hayat mereka masih
hidup Aki Sarap dan Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] tidak pernah bergambar atau mengambil
gambar. Hal yang demikian disebabkan pada ketika itu kemudahan untuk mengambil gambar
agak sukar diperolehi atau kemungkinan gambar-gambar mereka telah hilang dari simpanan
atau rosak akibat peredaran masa menyebabkan waris-waris mereka tidak mempunyai simpanan
gambar mereka untuk ditunjukkan kepada cucu dan cicitnya.
Gambar dan wajah Allahyarham Aki Burut.
Bayangan minda penulis semasa kecil mengenai wajah Aki Burut tidak jelas, kerana penulis
masih kecil semasa Aki Burut meninggal dunia. Bagi keluarga Aki Burut, dipenghujung
penulisan pengkisahan ini, gambar wajah Aki Burut telah berjaya diperolehi bagi melengkapkan
naratif pengkisahan perjalanan kehidupan dua figura penting iaitu Aki Burut bin Tusof @Yusof
dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Kisah kehidupan mereka yang penuh dengan kisah suka duka,
onak dan duri serta perit dan jerih ketika hayat mereka. Namun kehidupan perlu diteruskan pada
ketika itu oleh Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah untuk kesinambungan generasi hingga ke hari ini.
Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini dan tanpa mereka juga, kita tidak akan ada pada hari
ini. Adanya mereka pada suatu ketika dulu, wujudnya generasi Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
ketika ini. Bagi cucu dan cicit Aki Burut sendiri, tidak ramai yang berpeluang pernah melihat
wajah, apa lagi berjumpa secara bersemuka dan bersama dengan Aki Burut pada masa hayatnya
masih hidup. Semasa hayat Aki Burut masih hidup hinggalah di akhir hayatnya, cucu-cucunya
16 Osman bin Pudin 22
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
pada masa itu baru beberapa orang sahaja iaitu anak kepada Allahyarhamah Jananah dan
Allayarhamah Taunyi @Jubaidah dan ketika itu cucu-cucunya masih kecil dan belum dapat
mengingati kenangan bersama Aki Burut.17
Pada masa Aki Burut meninggal dunia, ada anak-anaknya yang belum berkahwin lagi
kerana mereka masih bersekolah. Dua orang anak Aki Burut, iaitu Encik Jusi dan Allahyarhamah
Saramiah @Saunah, kedua-duanya melangsungkan perkahwinan pada tahun 1977 dengan
pasangan masing-masing, beberapa bulan sebelum Aki Burut meninggal dunia pada tahun
berikutnya . Sebilangan besar cucu-cucu Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dilahirkan selepas kedua-
dua mereka sudah lama meninggal dunia.18
Dengan izin dan kuasa Allah SWT, misi mencari gambar Aki Burut bin Tusof @Yusof
oleh kedua-dua penulis, ahli keluarga dan anak-anak Aki Burut sendiri, iaitu Encik Jusi, Encik
Jusah dan Encik Musah @Bahrim akhirnya berjaya mengesan dan mendapatkan gambar Aki
Burut sebagai tatapan anak-anak, menantu, cucu dan cicit Aki Burut.
Gambar 8 : Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof 23
17 Abdul Raup bin Sapar
18 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Menurut Encik Jusi dengan kehendak dan petunjuk dari Allah SWT, dia teringat bahawa
dia pernah menyimpan gambar arwah ayahnya suatu ketika dulu di dalam sebuah beg supaya
gambar tersebut tidak tercicir atau hilang. Beliau nekad dan berusaha untuk mencari gambar
tersebut. Pada 06 Jun 2022 bersamaan hari ahad, misi pencarian gambar ayahnya berjaya
ditemui.19
Dengan terjumpanya gambar Aki Burut ini, cucu-cucu dan cicit serta generasi akan
datang Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat sangat beruntong dan
bertuah. Ini kerana gambar mereka berdua sudah berada dalam simpanan keluarga kita untuk
tatapan kita semua dan kita dapat melihat rupa paras wajahnya yang sebenar yang sebelum ini
menjadi misteri dan teka teki kepada kita semua. Lebih-lebih lagi dalam kalangan cucu-cucu
dan cicitnya yang memang belum lahir dan tidak hidup sezaman dengannya. Terima kasih
kepada Encik Jusi bin Burut yang berusaha dan berjaya mengesan dan memperolehi semula
gambar wajah Aki Burut kita yang sangat berharga dan bernilai bagi seluruh ahli keluarga kita.
Dalam tempoh gambar Aki Burut kita tidak ditemui dan diperolehi sebelum ini, ia seperti
satu kehilangan besar kepada ahli keluarga kita. Umpama „Permata yang hilang‟ kepada
keluarga kita dan syukur alhamdulilah permata yang hilang itu berjaya ditemui semula dan
kembali kepada keluarga kita dan wajah Aki Burut akan sentiasa kekal dalam ingatan sepanjang
zaman kepada kita semua, kerana kita semua adalah pewarisnya. Saranan kepada semua ahli
keluarga kita, supaya gambar Aki dan Yodu‟ ini tidak hilang ditelan zaman. Setiap ahli keluarga
perlu menyimpan gambar Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof yang sudah tiada ini
sebagai tanda ingatan kita kepadanya.
Perwatakan dan sifat Allahyarham Aki Burut.
Tidak banyak sumber maklumat yang dapat dikumpul oleh penulis mengenai personaliti, sifat
atau perwatakan figura Aki Burut ini. Bagi mendapatkan pengesahan mengenai perwatakan dan
sifat Aki Burut, penulis telah berhubung dengan ketiga-tiga orang anak Aki Burut yang masih
ada pada hari ini, bagi mendapatkan pencerahan yang sahih mereka bertiga kerana mereka lebih
mengenali dan mengetahui perwatakan dan sifat ayah mereka berbanding orang lain
Menurut Encik Jusi, anak lelaki sulung Aki Burut menyifatkan allahyarham ayahnya
mempunyai perwatakan dan sifat seorang yang penyayang, lebih-lebih lagi kepada cucu-
cucunya, tidak pemarah, tidak cerewat dan mudah mesra, terutamanya kepada penduduk
kampung atau masyarakat setempat.20
Menurut Encik Jusah pula menyifatkan ayahnya semasa hidup, sememangnya seorang
ayah yang sangat penyayang kepada anak-anaknya.21 Menurut Encik Musa @Bahrim pula,
menyifatkan ayahnya (Aki Burut) seorang yang lurus bendul, pengasih dan penyayang kepada
cucu-cucunya, anak-anaknya dan keluarganya serta suka berusaha dan berdikari. Ayahnya juga
mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga dan adik beradiknya, menghormati dan
19 Jusi bin Burut 24
20 Jusi bin Burut.
21 Jusah bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
sentiasa melawat adik-beradiknya, prihatin kepada keluarga, dan sentiasa mengingati dan
menyebut nama adik-beradiknya yang terpisah jauh seperti Aki Hj. Latam @Pudin yang
menetap di Brunei, Yodu‟ Luyat, Yodu‟ Rupiah [Indu Rumpung] dan adik-beradiknya yang
lain.22 Ini mengambarkan keakraban hubungan kekeluargaan Allahyarham Aki Burut dengan
adik beradiknya sangat rapat dan kuat.
Bagi penulis sendiri pula iaitu Encik Abdul Raup bin Sapar, cucu Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah yang pertama dan paling tua, tidak banyak kenangan bersama Aki Burut yang beliau
ingat. Hal ini kerana penulis sendiri pada masa hayat Aki Burut masih hidup sehingga Aki Burut
meninggal dunia pada tahun 1978, pada ketika itu penulis masih kecil dan tidak tinggal bersama
serta jarang berjumpa Aki Burut disebabkan lokasi tempat tinggal yang jauh. Aki Burut pada
masa itu tinggal dan menetap di Kampung Manggis, Menumbok dan penulis sendiri tinggal
bersama keluarga di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang. Namun mengikut ingatan penulis,
apabila Aki Burut datang melawat dan berjumpa dengan cucu-cucunya, termasuklah penulis
sendiri jelas terpancar diwajah dan terserlah sikap penyayang Aki Burut terhadap cucu-
cucunya.23
Bagi Encik Ag. Damit pula sebagai penulis bersama yang juga merupakan cucu kepada
Aki Burut menyifatkan Aki Burut seorang datuk yang baik hati dan penyayang. Walau pun
ketika itu dia masih kecil lagi, dia masih ingat Aki Burut pernah membelikan dia sepasang kasut
berwarna merah.24
Pekerjaan Allahyarham Aki Burut.
Semasa hayatnya, Aki Burut suka merantau dan melakukan pelbagai pekerjaan. Allahyarham
Aki Burut pernah bekerja sebagai nelayan dan penoreh getah di beberapa daerah dan kampung.
Antaranya di Kampung Suasa, Beaufort, dan Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang. Allahyarham
juga bekerja sebagai penebang, pemotong dan mengambil kayu bakau untuk tujuan kegunaan
pembinaan failing di Tanjung Lumut, Menumbok dan Kampung Gulong-Gulongan sebagai
pekerjaan bagi menyara keluarganya selepas menetap di Kampung Manggis, Menumbok.
Pekerjaan menebang, memotong dan mengambil kayu bakau dilakukan oleh Aki Burut sehingga
di penghujung hayatnya.
Sebelum menetap di Kampung Manggis, Menumbok, Aki Burut dan keluarganya pernah
tinggal dan menetap di Kampung Suasa, Beaufort dan Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang
kerana bekerja sebagai penoreh getah. Aki Burut dan keluarga juga sentiasa berpindah-randah
dari suatu tempat ketempat yang lain untuk mencari sumber pendapatan untuk menyara anak-
anak dan keluarganya. Oleh kerana acapkali berpindah-randah, penghujung kepada episod
kehidupan yang sentiasa berpindah rendah ini, berakhir apabila Aki Burut mengambil keputusan
nekad membawa anak-anak dan keluarganya berpindah dan terus menetap di Kampung Manggis,
Menumbok sehingga ke akhir hayatnya.
22 Musah bin Burut 25
23 Abdul Raup bin Sapar
24 Ag.Damit bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Perkahwinan Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dengan Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah binti Lamat.
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof telah berkahwin dengan Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah binti Lamat. Tarikh perkahwinan mereka tidak diperolehi, berkemungkinan besar mereka
berkahwin sekitar tahun 40-an, berdasarkan tahun lahir anak sulung mereka, Allahyarhamah
Jananah ialah pada tahun 1948. Daripada hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan 7
orang anak, 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan iaitu Jananah (sulung), Taunyi
@Jubaidah (kedua), Jusi (ketiga), Saramiah @Saunah (keempat), Jusah (kelima), Musah
@Bahrim (keenam) dan Rohana (ketujuh) anak bongsu dan meninggal dunia semasa kecil25.
Gambar 9 : Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dan isteri,
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat
25 Jusah bin Burut 26
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Migrasi rentas daerah dan kampung oleh Allahyarham Aki Burut dan Keluarga.
Berdasarkan kepada sumber maklumat yang diperolehi daripada anak-anak Aki Burut dan juga
individu-individu tertentu, kehidupan Aki Burut dan keluarganya sentiasa berpindah-randah dari
dari satu kampung ke kampung yang lain dan dari satu daerah ke daerah yang lain. Perpindahan
Aki Burut dan keluarganya disebabkan kerana keluar mencari sumber pendapatan untuk
menyara kehidupan keluarga.
Dalam erti kata yang lain, Aki Burut dan keluarganya, kerapkali bermigrasi rentas daerah
dan kampung bagi meneruskan kehidupan dan penghujung kepada episod migrasi ini, Aki Burut
akhirnya mengambil keputusan membawa anak-anak dan keluarganya berpindah dan terus
menetap di Kampung Manggis, Menumbok sehingga ke akhir hayatnya.
Semasa hayatnya masih hidup, Aki Burut melakukan pelbagai kerja bagi menyara
keluarganya seperti nelayan, menoreh getah dan menebang dan mengambil kayu bakau.
Menebang dan mengambil kayu bakau merupakan pekerjaan terakhirnya sebelum meninggal
dunia pada tahun 1978. Keadaan ini menyebabkan Aki Burut dan keluarganya pernah menetap
dan tinggal di beberapa daerah dan kampung.26
Dapatan dan analisis penulis sendiri berdasarkan fakta yang sahih dan boleh diterima ,
Aki Burut dan keluarganya pernah tinggal dan menetap sebelum ini di Kampung Manggis,
Menumbok, sebelum Aki Burut membawa keluarganya berpindah merentas daerah dan kampung
ke daerah Sipitang untuk bekerja bagi menyara keluarganya , sebelum kembali dan menetap
semula di Kampung Manggis, Menumbok dan menetap di sana sehingga ke akhir hayatnya.
Fakta ini disokong dengan kelahiran anak kelima Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah iaitu Encik
Jusah bin Burut yang dilahirkan di Kampung Manggis, Menumbok pada 05 Februari 1961.27
Ini menjelaskan bahawa Aki Burut dan keluarganya tinggal dan menetap di Kampung.
Manggis, Menumbok sekitar awal tahun 1960-an. Sebelum itu Aki Burut bersama keluarganya
tinggal dan menetap di Kampung Suasa, Beaufort, sekitar penghujung tahun 40-an hingga tahun
50-an. Ini kerana 3 orang anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah lahir di Kampung Suasa, Beaufort
iaitu Allahyarhamah Jananah yang lahir pada tahun 1948, Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
pada tahun 1950 dan Encik Jusi pada tahun 1951.
Menurut Encik Musah bin Burut @Bahrim, Aki Burut dan keluarganya pernah menetap
tinggal di Kampung Suasa, Beaufort. Ini diperkuatkan lagi dengan bukti yang kukuh, 2 orang
kakaknya dan seorang abangnya dilahirkan di Kampung Suasa, Beaufort seperti yang diceritakan
kepadanya oleh Tuan Hj. Ahmad. Yasin bin Hj. Saruji, sepupu sekali kepada Encik Musah
@Bahrim. Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji adalah anak kepada Allahyarham Aki Hj.
Saruji, iaitu adik kepada Allahyarham Aki Burut. Allahyarham Aki Hj. Saruji dan keluarganya
memang tinggal dan menetap dari dahulu lagi di Kampung Suasa, Beaufort. Tuan Hj. Ahmad
Yasin bin Hj. Saruji adalah seorang yang banyak mengetahui tentang salasilah dan susur-galur
26 Jusah bin Burut 27
27 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
keluarga Aki Burut dan adik beradiknya dan banyak membantu memberikan maklumat yang
sahih dalam penghasilan penulisan ini.28
Menurut Encik Musah bin Burut @Bahrim lagi, bekas tapak rumah mereka di Kampung
Suasa, Beaufort merupakan bukti yang kukuh dan sahih lagi bahawa ayahnya Aki Burut dan
keluarga pernah tinggal di Kampung Suasa, Beaufort. Allahyarham Aki Hj. Saruji pernah
membawanya ke lokasi bekas tapak rumah Aki Burut dan keluarga dan memberitahu kepadanya
ditapak tersebut suatu ketika dahulu adalah rumah Aki Burut dan tempat kelahiran dua orang
kakak dan seorang abangnya.29
Menurut Encik Musah @Bahrim lagi, berdasarkan yang diceritakan kepadanya oleh
Tuan. Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji, seperti yang diceritakan kepadanya oleh allahyarham
ayahnya, Aki Hj. Saruji , ayahnya bersama adik beradiknya iaitu Allahyarham Aki Sarap,
Allahyarham Aki Burut dan Allahyarham Aki Dullah bekerja sebagai penoreh getah di sebuah
estet getah di Kampung Suasa, Beaufort. Pada masa itu, sekitar tahun 50-an, selepas perang
dunia ke 2, Kampung Suasa dijadikan sebagai perkampungan estet ladang getah dan kelapa sawit
oleh pihak British yang mentadbir negeri Sabah yang dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika
itu. Ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung pada ketika itu.30
Selepas lama menetap di Kampung Suasa, Beaufort, Aki Burut berpindah dan merentas
kampong dengan membawa keluarganya berpindah pula sekejap ke Kampung Mentulud,
Beaufort di penghujung tahun 50-an. Di Kampung Mentulud, Beaufort lahir anak keempat Aki
Burut dan Yodu‟ Rugiah iaitu Allahyarhamah Saramiah @Saunah pada 25 November 1959.
Selepas itu, Aki Burut berpindah merentas daerah dengan membawa keluarganya berpindah ke
Kampung Manggis, Menumbok pada awal tahun 60-an. Di Kampong Manggis, Menumbok lahir
anak kelima mereka iaitu Encik Jusah yang dilahirkan pada 05 Februari 1961. Selepas itu Aki
Burut berpindah merentas daerah dengan membawa keluarganya berpindah ke daerah Sipitang
dan menetap serta tinggal di Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang. Aki Burut bekerja sebagai
penoreh getah, manakala isterinya, Yodu‟ Rugiah menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga
anak-anaknya. Di Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang lahir anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
yang keenam iaitu Encik Musah @Bahrim pada 19 Januari 1964.
Tidak dapat dipastikan dengan tepat, tarikh atau tahun sebenar Aki Burut membawa
keluarganya berpindah ke Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang daripada Kampung Manggis,
Menumbok. Bagi pandangan penulis, berdasarkan fakta yang diperolehi oleh penulis dari Encik
Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim, penulis menjangka peristiwa perpindahan Aki
Burut ini bermungkinan besar berlaku pada pertengahan tahun 1961 iaitu selepas kelahiran Encik
Jusah pada 05 Februari 1961.31 Encik Jusah bin Burut dilahirkan di Kampung Manggis,
Menumbok pada tahun 1961, lojiknya pasti Aki Burut dan keluarga masih menetap di Kampung
Manggis, Menumbok pada ketika itu.
28 Tuan Hj. Ahmad Yassin bin Hj. Saruji 28
29 Musah bin Burut @Bahrim
30 Tuan Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji
31 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Menurut Encik Jusi ketika mereka tinggal di Kampung Kesusu, Mesapol, dia bersekolah
di Sekolah Rendah Kebangsaan Mesapol, Sipitang dari darjah 1 pada tahun 1963 sehingga
darjah 4 pada tahun 1966. Kemudian mereka berpindah ke Kampung Manggis, Menumbok pada
tahun 1968, Encik Jusi meneruskan persekolahannya masuk dalam darjah 5 di Sekolah Rendah
Kebangsaan Melikai, Menumbok pada bulan Ogos1968.32
Encik Musah bin Burut @Bahrim dilahirkan di Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang
pada tahun 1964 dan Allayarhamah Jananah berkahwin dengan Encik Sapar bin Burut pada
tahun 1965 di kampung yang sama. Kalau ikut ilmu lojik dan berdasarkan maklumat sahih yang
diperolehi, tahun 1963 sehingga tahun awal tahun 1968 Aki Burut dan keluarga berada dan
menetap di Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang. Namun penulis percaya, Aki Burut telah
membawa keluarganya berpindah ke Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang lebih awal sama ada
dipertengahan tahun 1961 atau selewat-lewatnya pada awal tahun 1962.33
Kampung Kesusu, Mesapol pada satu ketika menjadi satu perkampungan tempat tinggal
pekerja penoreh getah. Pada masa itu, ramai orang datang dan tinggal di kampung tersebut
mencari sumber pendapatan dengan bekerja sebagai penoreh getah. Pekerjaan sebagai penoreh
getah pada masa itu merupakan satu pekerjaan yang sangat terkenal dan menjadi pilihan utama
selain menjadi nelayan dan petani. Aki Burut bersama-sama keluarga datang dan berpindah ke
Kampung Kesusu, Mesapol untuk bekerja sebagai penoreh getah. Pada ketika itu harga susu
getah sangat mahal dan memberikan pendapatan sangat lumayan kepada penduduk
menyebabkan penduduk di kampung tersebut memilih bekerja sebagai penoreh getah
berbanding sebagai nelayan atau petani. Antara keluarga Aki Burut yang datang bekerja sebagai
penoreh getah dan menetap di Kampung Kesusu, Mesapol ialah Allahyarham Aki Sarap dan
Allahyarham Aki Dullah. Allahyarham Aki Sarap adalah abang sulung, manakala Allahyarham
Aki Dullah adalah adik bongsu kepada Allahyarham Aki Burut.34 Aki Sarap menetap di
Kampung Kesusu, Mesapol dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1965 dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang.
Menurut Encik Sapar bin Burut, Allahyarham Aki Sarap sempat menghadiri Majlis
Perkahwinan beliau dengan Allahyarhamah Jananah binti Burut pada tahun 1965. Menurut Encik
Sapar lagi, selepas beberapa bulan beliau berkahwin, Allahyarham Aki Sarap telah jatuh sakit
dan selepas beberapa bulan menderita sakit, Aki Sarap telah menghembuskan nafas terakhirnya
pada tahun yang sama (1965) dengan meninggalkan seorang isteri iaitu Allahyarhamah Rupiah
binti Rawana dan 7 orang anak. Encik Sapar sendiri hadir semasa majlis pengebumian
Allahyarham Aki Sarap kerana pada masa itu mereka tinggal di kampung yang sama iaitu
Kampung Kesusu, Mesapol. Menurut Encik Sapar lagi, Allahyarham Aki Sarap mempunyai
iras wajah seperti adiknya iaitu Allahyarham Aki Burut, tetapi dari segi fizikal Allahyarham Aki
Sarap lebih tinggi daripada adiknya.35
32 Jusi bin Burut. 29
33 Abdul Raup bin Sapar
34 Jusi bin Burut
35 Sapar bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar 10 : Makam persemadian Allahyarham Aki Sarap bin Tusof @Yusof
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Sarap bin Tusof
@Yusof , semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal‟ Alamiin.
Ketika Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah serta keluarga menetap di Kampung Kesusu,
Mesapol, terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan nostalgia untuk ahli
keluarga Aki Burut. Peristiwa pertama iaitu kelahiran anak ke 7 Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
iaitu Encik Musah @Bahrim pada 19 Januari 1964.36
Peristiwa yang kedua, untuk kali pertama Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah mengahwinkan
anak sulungnya iaitu Allahyarhamah Jananah dengan Encik Sapar bin Burut pada tahun 1965
atas pilihan dan persetujuan bersama dua belah pihak keluarga. Pada ketika mereka diijabkabul,
Allahyarhamah Jananah baru berusia 18 tahun dan manakala suaminya Encik Sapar bin Burut
baru berumur 16 tahun. Sebelum berkahwin, Encik Sapar dan keluarga juga tinggal dan menetap
di kampung yang sama, kerana dia dan keluarganya juga bekerja sebagai penoreh getah.37
Manakala peristiwa ketiga pula sangat emosional, iaitu peristiwa perpisahan keluarga di
antara Allahyarham Aki Burut dan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah dengan salah seorang anaknya,
iaitu Allahyarhamah Jananah. Ini kerana Allahyarhamah Jananah tidak pernah berpisah dan
berjauhan dengan kedua orang tua dan adik beradiknya sebelum ini. Kampung Kesusu, Mesapol
menjadi lokasi terakhir yang menyaksikan perpisahan keluarga apabila Allahyarham Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah mengambil keputusan membawa keluarganya untuk berpindah dan menetap
semula di Kampung Manggis, Menumbok.
Oleh kerana pada ketika itu Allahyarhamah Jananah telahpun berkahwin dengan Encik
Sapar, dia tidak ikut bersama ibubapa dan keluarganya kembali menetap ke Kampung Manggis,
Menumbok. Allahyarhamah kemudiannya mengikuti suami dan keluarga mertua berpindah ke
Kampung Tungul Tinggi, Mesapol. Kemudian mereka berpindah lagi dan menetap di
Kampung Tanjung Pagar, Sipitang sehingga ke akhir hayat allahyarhamah. Walaupun
Allahyarhamah Jananah berjauhan dengan ibubapa dan keluarganya, hubungan kekeluargaan
36 Musah bin Burut @Musah. 30
37 Sapar bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
masih tetap kekal terjalin dan utuh. Apabila ada masa lapang, allahyarhamah, suami dan anak-
anak akan pergi melawat kedua orang tuanya di Kampung Manggis, Menumbok. Allahyarhamah
Jananah meninggal dunia pada 31 Oktober 1979.38
Allahyarham Aki Burut dan keluarga berpindah dan menetap semula di Kampung
Manggis, Menumbok.
Penulis tidak dapat memastikan maklumat yang tepat tarikh sebenar Allahyarham Aki Burut dan
keluarga berpindah daripada Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang ke Kampung Manggis,
Menumbok. Walau bagaimana pun, berdasarkan fakta yang diperolehi berkemungkinan
perpindahan Allahyarham Aki Burut dan keluarga berpindah ke Kampung Manggis, Menumbok
dari Kampung Kesusu, Mesapol berlaku pada sekitar tahun 1967 dan selewat-lewatnya sekitar
awal tahun 1968. Ini kerana perkahwinan Allahyarhamah Jananah berlaku pada tahun 1965 dan
di adakan di Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang. Ini bermakna pada tahun 1966, Allahyarham
Aki Burut dan keluarganya masih tinggal dan menetap di kampong tersebut. Maklumat
mengenai tahun perkahwinan Allahyarhamah Jananah diperolehi daripada suami allahyarhamah
sendiri iaitu Encik Sapar bin Burut yang juga bapa kepada penulis pengkisahan ini.39
Allahyarhamah Jananah dan suami balik ke Kampung Manggis, Menumbok pada tahun
1968 untuk melawat ibu bapa dan ahli keluarganya. Allahyarhamah juga balik kerana mahu
melahirkan anak sulungnya iaitu Encik Abdul Raup bin Sapar (penulis) di Kampung Manggis,
Menumbok dan juga mahu menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang kedua iaitu
Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dengan pasangannya iaitu Encik Durahim bin Duamat.
Seminggu selepas Allahyarhamah Jananah melahirkan anak sulungnya pada 07 Julai 1968,
Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah melangsungkan perkahwinannya pada 14 Julai 1968.
Dengan fakta ini jelas membuktikan bahawa pada tahun 1968, Aki Burut dan keluarganya telah
tinggal dan menetap di Kampung Manggis, Menumbok.40
Menurut Encik Jusi bin Burut, berkemungkinan besar Aki Burut membawa mereka
sekeluarga berpindah ke Kampung Manggis, Menumbok pada tahun 1967 selepas Aki Burut
mengahwinkan anak sulungnya, Allahyarhamah Jananah dengan En. Sapar bin Burut atau
selewat-lewatnya pertengahan tahun 1968.41 Berdasarkan fakta kukuh yang diperolehi daripada
Encik Jusi, Aki Burut dan keluarga sudah menetap dan tinggal di Kampung Manggis,
Menumbok pada tahun 1968. Menurut Encik Jusi, dia mula bersekolah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Melikai, Menumbok pada 16 Ogos 1968 dan berada dalam darjah 5. Menurutnya
lagi, sebelum berpindah ke sekolah baru ini, dia pernah bersekolah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Mesapol dari dari darjah 1 hingga darjah 4 pada tahun 1963 hingga 1966.42
38 Abdul Raup bin Sapar 31
39 Sapar bin Burut
40 Abdul Raup bin Sapar
41 Jusi bin Burut
42 Jusi bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Penulis sendiri dilahirkan di Kampung Manggis, Menumbok pada 07 Julai 1968 di rumah
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah boleh dijadikan fakta yang cukup kukuh, sahih dan tepat bagi
menyokong dan mengesahkan bahawa Aki Burut bersama keluarganya telah berada dan menetap
di kampung tersebut pada tahun 1968.43 Namun tarikh dan tahun yang tepat berlakunya peristiwa
perpindahan Aki Burut dan keluarganya dari Kampung Kesusu, Mesapol ke Kampung Manggis,
Menumbok tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga ke hari ini.
Tidak ramai ahli keluarga yang mengetahui kisah dan cerita perpindahan Aki Burut dan
keluarganya balik semula menetap ke Kampung Manggis, Menumbok. Bak kata peribahasa
melayu, „Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri‟ yang membawa maksud, walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri
sendiri lebih baik lagi. Begitu juga dengan Aki Burut lebih suka menetap di kampung asalnya
berbanding tinggal ditempat lain kerana Aki Burut lebih selesa dengan keadaan di Kampung
Manggis, Menumbok. Bak kata orang pasti suatu hari nanti akan kembali balik ke tempat
sendiri.
Penulis berusaha untuk mendapatkan cerita yang sebenar supaya diketahui oleh cucu dan
cicit Aki Burut dan generasi akan datang memahami dan mengetahui pengkisahan ini adalah satu
kisah atau cerita yang benar dan perlu diketahui oleh genarasi masa kini dan akan datang.
Menurut Encik Musah @Bahrim, figura yang memainkan peranan penting dan
bertanggungjawab membawa Aki Burut dan keluarga serta yang lainnya kembali dan menetap
semula ke Kampung Manggis, Menumbok ialah Allahyarham Aki Taning bin Rais yang lebih
dikenali dengan panggilan „Unsu Majuarah‟.44
Dipendekkan cerita, Aki Burut membawa keluarga serta saudara mara yang lain datang
ke Kampung Kesusu, Mesapol untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga dengan
bekerja sebagai penoreh getah. Pada ketika itu, kampung tersebut cukup terkenal dengan ladang
getah yang luas dan menjadi petempatan serta perkampungan orang dari bangsa etnik Bisaya
yang bekerja sebagai penoreh getah. Ini termasuklah Allahyaram Aki Burut dan keluarga serta
saudara mara yang datang dari kampung dengan membawa bersama keluarga masing-masing
untuk bekerja di estet bagi menyara keluarga mereka. Ini termasuklah Puan Juara binti Mijan,
anak angkat kepada Aki Taning bin Rais.
Sudah termaktub dalam takdir yang ditentukan oleh Allah SWT, Allahyarham Aki
Taning bin Rais tiba-tiba datang dari Kampung Manggis, Menumbok ke Kampung Kesusu,
Mesapol dengan tujuan untuk menjemput anak angkatnya, iaitu Puan Juara binti Mijan untuk
balik dan menetap semula di Kampung Manggis, Menumbok bersamanya dan keluarga. Namun
tarikh dan tahun Allahyarham Aki Taning bin Rais datang ke Kampung. Kesusu, Mesapol tidak
dapat dikesan dan diperolehi, berkemungkinan pada penghujung tahun 1967 atau pada awal
tahun 1968. 45
43 Abdul Raup bin Sapar 32
44 Musah bin Burut @Bahrim
45 Musah bin Burut @Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Semasa berada di kampung tersebut, Allahyarham Aki Taning bin Rais berjumpa dengan
Aki Burut dan ahli keluarga yang lain, memujuk serta menjemput mereka balik dan kembali
menetap di Kampung Manggis, Menumbok semula. Akhirnya Aki Burut dan keluarga yang lain
mengambil keputusan dan menerima jemputan Allahyarham Aki Taning untuk berpindah dan
kembali menetap di Kampung Manggis, Menumbok. Antara ahli keluarga yang lain yang turut
mengambil keputusan untuk berpindah ke Kampung Manggis, Menumbok ialah keluarga
Marajis [Tua Mekupli], Allahyarham Mijan dan keluarga dan Allahyarham Ibrahim bin
Abdul Rahman dan keluarga [Tua Melimah]. Setelah berpindah, Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah serta anak-anak memulakan kehidupan baru di Kampung Manggis, Menumbok,
sehingga ke akhir hayat mereka.46
Menurut penulis, dia mengenali Allahyarham Aki Taning bin Rais semasa hayatnya
masih hidup. Aki Taning seorang datuk atau aki yang penyayang, bertanggungjawab, prihatin,
menghormati keluarga, dan sangat dikenali di kalangan masyarakat kampung. Penulis juga
pernah beberapa kali bermalam di rumah Allahyarham Aki Taning, semasa hayatnya masih
hidup bersama-sama dengan Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim. Pada waktu itu, penulis
masih lagi bersekolah peringkat menengah, manakala Encik Jusah dan Encik Musah @ Bahrim
sudah mempunyai pekerjaan tetap dan masih belum berkahwin. Di rumah Allahyarham Aki
Taning, beliau telah menyediakan bilik khas untuk Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim
sebagai tempat tidur apabila mereka datang ke rumahnya, khususnya semasa perayaan hari raya.
Menjadi kebiasaan Encik Jusi sekeluarga, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim dan
Allahyarhamah Saramiah @Saunah dan keluarga serta penulis sendiri apabila balik ke Kampung
Manggis, Menumbok akan tinggal dan bermalam di rumah Allahyarham Aki Taning. Ini kerana
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah sudah lama meninggal dunia dan rumah peninggalan Aki Burut di
Kampung Manggis tidak berapa jauh daripada rumah Aki Taning sudah tiada, rosak dan roboh
disebab peredaran masa dan hanya tinggal tapak rumah yang sudah ditumbuhi rumput-rumput
dan belukar sebagai kenangan bahawa suatu ketika dahulu, di tapak tersebut berdiri megah
rumah Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Di rumah ini jugalah berlangsungnya majlis perkahwinan
Allahyarhamah Saramiah @Saunah dengan Encik Mohd. Kurus yang diadakan pada 27
September 1977.47
Namun tapak rumah peninggalan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah akan terus kekal menjadi
kenangan di kalangan anak-anak mereka dan cucu-cucunya yang sempat melihat dan
merasainya bahawa pernah wujud rumah Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah di tapak tanah tersebut
pada suatu ketika dahulu.
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Taning bin Rais ,
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan
beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal‟Alamiin.
46 Musah bin Burut @Bahrim 33
47 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak bongsu dan isteri Allahyarham Aki Burut meninggal dunia.
Anak bongsu Aki Burut iaitu Allahyarhamah Rohana telah meninggal dunia pada bulan
November 1972. Selepas itu, isteri Allahyarham Aki Burut iaitu Yodu‟ Rugiah binti Lamat
meninggal dunia pada 06 April 1973 selepas 5 bulan anak bongsunya meninggal dunia. Pada
hari ini, hanya tinggal 3 orang sahaja anak-anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah yang masih hidup,
iaitu Encik Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim dan anak-anaknya yang lain telah
meninggal dunia.48
Allahyarham Aki Burut meninggal dunia.
Berdasarkan sumber cerita yang diperolehi daripada anak-anak Aki Burut sendiri, iaitu Encik
Jusi, Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim, kronologi kejadiaan sebelum Aki Burut
meninggal dunia seperti yang yang diceritakan oleh individu yang bersama Aki Burut semasa
kejadian pada hari tersebut iaitu Allahyarham Rasma bin Ibrahim atau lebih dikenali dengan
panggilan „Masharif‟ dan juga oleh Allahyarhamah „Indu Sharif‟ iaitu isteri Allahyarham
Rasma kepada Encik Musah @Bahrim. Penceritaan kejadian tersebut digunakan sebagai sumber
cerita yang sahih untuk dimasukkan dalam penulisan pengkisahan ini.
Menurut Allahyarham Rasma bin Ibrahim pada hari kejadian berlaku, mereka berdua
bersama-sama pergi bekerja menebang, memotong dan mengambil kayu bakau di Kampung
Gulong-Gulongan. Menurutnya lagi, Aki Burut sering kali mengadu kepadanya, dia selalu
mengalami rasa pening kepala semasa bekerja dan beliau tidak mengetahu punca penyakit yang
dihidapi oleh Aki Burut. Ini kerana Aki Burut jarang pergi ke Klinik Kesihatan yang
berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Berkemungkinan juga Aki Burut
menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau high blood pressure tetapi tidak dapat dipastikan
dengan tepat kerana Aki Burut tidak pernah membuat pemeriksaan dan rawatan. Kebiasaan
warga emas yang pada ketika itu takut dan tidak suka ke klinik kesihatan atau hospital yang
berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Mereka lebih suka berubat dan
merawat penyakit mereka menggunakan kaedah tradisional, berjumpa bomoh sesuai dengan
keadaan pada zaman itu yang mana pemikiran masyarakat masih lagi belum terbuka untuk
menerima rawatan secara moden.
Menurut Encik Jusi iaitu anak lelaki sulong Aki Burut melalui penceritaan kepadanya
oleh Allahyarham Rasma bin Ibrahim, pada ketika itu Aki Burut bekerja menebang kayu bakau,
secara tiba-tiba ada sebatang ranting kayu patah menghembab kepala Aki Burut lalu
menyebabkan beliau rebah dan pengsan. Berkemungkinan juga pada waktu itu Aki Burut pening,
mungkin juga berpunca daripada tekanan darah tinggi ( high blood pressure ) dan terus jatuh di
air. Memandangkan Allahyarham Rasma berada tidak jauh daripada tempat Aki Burut terjatuh
dia terus bertindak dengan pantas menyelamatkan dan mengangkat Aki Burut ke dalam perahu
mereka dan membawa Aki Burut balik ke rumah pekerja tempat mereka tinggal di
Kampung Gulong-Gulongan. Setelah sampai ke rumah pekerja, Aki Burut disahkan meninggal
48 Abdul Raup bin Sapar 34
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
dunia. Pada sebelah petang jenazah Aki Burut di bawah balik ke Kampung Manggis ,
Menumbok dan dikebumikan pada keesokan harinya.49
Aki Burut bin Tusof @Yusof menghembuskan nafas terakhirnya pada 04 Mei 1978
ketika berusia 52 tahun di rumah pekerja tempat mereka tinggal di Kampung Gulong-Gulongan
dan disemadikan pada keesokan harinya di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung
Manggis, Menumbok.
Batu Nisan
Gambar 11 : Makam persemadian Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Burut bin Tusof
@Yusof semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal‟Alamiin
Anak-anak Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Burut bin Tusof @Yusof + Rugiah binti Lamat
Jananah Taunyi Jusi Saramiah Jusah Musah Rohana
@Jubaidah @Saunah @Bahrim
Carta 2 : Anak-anak Aki Burut bin Tusof @Yusop dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat
49 Jusi bin Burut 35
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak-anak Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Pn. Jananah Burut Pn. Taunyi Burut En. Jusi Burut Pn. Saramiah Burut
@Jubaidah @Saunah
En. Jusah Burut En. Musah Burut Cik. Rohana Burut
@Bahrim
Gambar 12 : Anak-anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 36
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak menantu Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat
En. Sapar bin Burut En. Durahim bin Duamat Pn. Asmahyati binti Abdullah
[Suami Allahyarhamah Jananah] [Suami Allahyarhamah Taunyi] [Isteri En. Jusi bin Burut]
binti Burut binti Burut @Jubaidah
En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim Pn. Mariana binti Hj. Mosli
[Suami Allahyarhamah Saramiah binti Burut] [Isteri En. Jusah bin Burut]
@Saunah
Gambar 13 : Anak Menantu Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟Rugiah binti Lamat
En. Musah @Bahrim, En. Jusi, Pn. Asmahyati, En. Jusah dan Pn. Mariana 37
Gambar 14 : Anak-anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah bersama isteri
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Peredaran masa dan melalui perkahwinan anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham Aki
Burut dan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah membolehkan keluarga ini berkembang menjadi
sebuah keluarga yang besar pada hari ini dengan di kurniakan 7 orang anak, 32 orang cucu
dan 53 orang cicit bagi meneruskan legasi keluarga besar Aki Burut bin Tusof @Yusof dan
Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Kepelbagaian legasi keluarga yang wujud pada hari ini adalah
keluarga hasil perkahwinan campur daripada bangsa pelbagai etnik iaitu Bisaya, Brunei,
Kedayan, Bugis, Jawa, Dusun, Kadazan, Bajau, Melayu, Kayan, Uresan, Rungus, Sungai dan
Banjar di kalangan anak-anak dan cucu-cucu Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Perkahwinan
campur ini mewujudkan keluarga besar daripada pelbagai etnik bangsa sejajar dengan konsep
„Keluarga Malaysia‟ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato' Sri Ismail
Sabri Bin Yaakob. Konsep Keluarga Malaysia ini telahpun wujud di dalam keluarga Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah sejak dahulu lagi.
Penulisan pengkisahan ini dibuat pada tahun 2022 (jun hingga ogos), setelah 44 tahun
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusuf meninggal dunia pada 04 Mei 1978 kembali kepada
penciptanya. Alfatihah (dibaca) dan sedekahkan kepada Allahyarham Aki Burut. bin Tusof
@Yusuf Amiin.....Yaa Rabbal ‟Alamiin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 38
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Ringkasan koronologi keberadaan dan perjalanan kehidupan Allahyarham Aki Burut
[ 1926 – 1978 ]
TAHUN PERKARA CATATAN / FAKTA /
1926 [KEBERADAAN DAN PERISTIWA BUKTI
1927 - 1947 PENTING] Berdasarkan pada maklumat
Aki Burut bin Tusof @Yusof dilahirkan di Kg. dalam kad Pengenalan
Padas Damit, Beaufort. Allahyarham Aki Burut.
Tidak dapat dipastikan
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ keberadaan dan tempat menetap
Rugiah binti Lamat berkahwin sekitar tahun dan tinggal Aki Burut dan
40-an. Yodu‟ Rugiah selepas mereka
berkahwin.
1948 -1951 Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dan keluarga Tarikh dan tahun perkahwinan
menetap dan tinggal di Kg. Suasa, Beaufort. juga tidak diketahui / diperolehi.
Aki Burut bekerja sebagai penoreh getah di Tiga orang anak Aki Burut dan
sebuah estet Kg. Suasa, Beaufort. Yodu‟ Rugiah [anak pertama,ke
dua dan ke tiga] di lahirkan di
Tiga (3) orang anak Aki Burut dilahirkan di Kg. Suasa, Beaufort iaitu
Kg. Suasa, Beaufort. allahyarhamah Jananah binti
Burut (1948), allahyarhamah
Taunyi binti Burut @Jubaidah
(1950) dan En. Jusi bin Burut
(1951).
1952 - 1958 Tiada rekod ditemui, penulis beranggapan Aki Pengesahan fakta oleh Tn. Hj.
1959 - 1960 Burut dan Yodu‟ Rugiah masih lagi tinggal dan Ahmad Yasin bin Hj. Saruji dan
menetap di Kg. Suasa, Beaufort. allahyarham Aki Hj. Saruji bin
1961 Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dan keluarga Burut @Tusof [Adik Aki Burut]
berkemungkinan menetap dan tinggal sekejap
1962 –1967 di Kg. Mentulud, Beaufort. Tiada rekod di temui.
Seorang anak Aki Burut lahir di Kg. Mentulud,
Beaufort. Anak ke 4 Aki Burut dan Yodu‟
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dan keluarga Rugiah iaitu allahyarhamah
berkemungkinan menetap dan tinggal sekejap Saramiah binti Burut @Saunah
di Kg. Manggis, Menumbok, Kuala Penyu. lahir di Kg. Mentulud, Beaufort
(1959).
Seorang anak Aki Burut dilahirkan di Kg. Anak ke 5 Aki Burut dan Yodu
Manggis, Menumbok. Rugiah di lahirkan di Kg.
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dan keluarga Manggis, Menumbok iaitu En.
menetap dan tinggal di Kg. Kesusu, Mesapol. Jusah bin Burut (1961)
Anak Aki Burut, En. Jusi bin
Burut bersekolah di SRK
Mesapol, Sipitang (1963 -1966)
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 39
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
1962 –1967 Aki Burut bekerja sebagai penoreh getah di Anak ke 6 Aki Burut, iaitu En.
sebuah estet Kg Kesusu, Mesapol, Sipitang. Musah bin Burut @Bahrim lahir
Seorang anak Aki Burut bersekolah di SRK di Kg. Kesusu, Mesapol,
Mesapol, Sipitang. Sipitang (1964).
1968 - 1978 Seorang anak Aki Burut di lahirkan di Kg. Perkahwinan anak sulong Aki
Kesusu, Mespol Sipitang. Burut dan Yodu‟ Rugiah iaitu
allahyarhamah Jananah dengan
Perkahwinan anak sulong Aki Burut di Kg. En. Sapar bin Burut di Kg.
Kesusu, Mesapol, Sipitang Kesusu, Mesapol, Sipitang
(1965).
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah bersama keluarga
tinggal dan menetap semula di Kg. Manggis, Anak Aki Burut, iaitu En. Jusi
Menumbok. bin Burut mula bersekolah di
SRK Melikai, Menumbok pada
tahun 1968 (Darjah 5).
Anak-anak Aki Burut mula bersekolah di SRK Anak Aki Burut, iaitu
Melikai dan menyambung ke sekolah allahyarhamah Saramiah binti
menengah di SMK Menumbok, Kuala Penyu. Burut @Saunah mula
bersekolah di SRK Melikai,
Menumbok pada tahun 1968
(Darjah 1).
Kelahiran cucu sulong Aki Burut dan Yodu‟ Cucu sulong / pertama Aki
Rugiah di Kg. Manggis, Menumbok. Burut dan Yodu‟ Rugiah iaitu
Abdul Raup bin Sapar [Anak
sulong allahyarhamah Jananah]
di lahirkan di Kg. Manggis,
Menumbok di rumah Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah pada
07.07.1968.
Perkahwinan anak kedua Aki Burut dan Yodu‟ Majlis Perkahwinan anak kedua
Rugiah di Kg. Manggis, Menumbok. Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
iaitu allahyarhamah Taunyi
Burut
@Jubaidah dengan En. Durahim
bin Duamat di Kg. Manggis,
Menumbok pada 14.07.1968.
Anak bongsu Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah Anak Aki Burut, iaitu En. Jusah
meninggal dunia. bin Burut mula bersekolah di
SRK Melikai, Menumbok pada
tahun 1969 (Darjah 1).
Anak Aki Burut, iaitu En.
Musah bin Burut @Bahrim
mula bersekolah di SRK
Melikai, Menumbok pada tahun
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 40
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
1968 - 1977 Isteri Aki Burut, Yodu‟ Rugiah meninggal 1971 (Darjah 1).
dunia.
Anak bongsu Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah iaitu
allahyarhamah Rohana binti
Burut telah meninggal dunia di
Klinik Kesihatan, Menumbok
pada bulan November 1972.
1978 Perkahwinan dua orang anak Aki Burut dan Isteri Aki Burut, Yodu‟ Rugiah
Yodu‟ Rugiah iaitu En. Jusi Burut dan meninggal dunia pada
allayarhamah Saramiah binti Burut @Saunah. 06.04.1973 di rumahnya di Kg.
Manggis, Menumbok.
Aki Burut bin Tusof @Yusof meninggal dunia
Majlis Perkahwinan anak ke 4
dan ke 5 Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah iaitu allahyarhamah
Saramiah @Saunah dengan En.
Mohd. Kurus bin Hj. Abdul
Rahim di Kg. Manggis,
Menumbok pada 27.09.1977 En.
Jusi dengan Pn. Samudah binti
Nari @Asmahyati binti
Abdullah di Kg. Tamu Darat,
Kota Belud pada 02.11.1977.
Aki Burut bin Tusof @Yusof
meninggal dunia pada
04.05.1978 pada usia 52 tahun
dan dimakamkan di Tanah
Perkuburan Orang Islam Kg.
Manggis, Menumbok, Kuala
Penyu.
Jadual 2 : Ringkasan Kronologi perjalanan hidup
Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof
[ 1926 – 1978 ]
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 41
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 2
ALLAHYARHAMAH YODU’ RUGIAH BINTI LAMAT
(1923 – 16.04.1973)
Dalam bahasa etnik Bisaya, Yodu‟ atau Odu‟ merujuk maksud nenek iaitu ibu kepada ayah atau
ibu kepada ibu kita dan biasanya panggilan ini digunapakai oleh cucu sebagai kata ganti nama
sapaan dan panggilan hormat apabila memanggil atau berkomunikasi dengan nenek mereka.
Tidak banyak sumber dan maklumat diperolehi dan berjaya dikumpul tentang Yodu‟
Rugiah binti Lamat kerana sumber yang diperolehi sangat terhad. Individu-individu tertentu
yang mengenali Yodu‟ Rugiah binti Lamat ramai yang telah meninggal dunia. Manakala sumber
maklumat daripada anak-anak Yodu‟ Rugiah juga tidak banyak kerana semasa hayatnya masih
hidup mereka masih kecil dan masih bersekolah menyebabkan ingatan terhadap ibu mereka tidak
jelas dan banyak.
Biodata dan kisah hidup Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat.
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat dilahirkan pada tahun 1923 di Kampung Masikuan,
Padas Damit, Beaufort daripada bangsa etnik Bisaya. Yodu‟ Rugiah mempunyai 5 orang adik-
beradik iaitu Allahyarham Aki Banson, Allahyarhamah Yodu‟ Saleha @Indu Murih,
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah, Allahyarham Aki Unji dan Allahyarhamah Yodu‟ Isang.50
Kesemua mereka sudah lama meninggal dunia menemui penciptanya.
Allahyarhamah Yodu‟ Saleha binti Lamat (Kakak), Allahyarham Aki Banson bin Lamat
(Abang) dan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Gambar 15 : Adik-beradik Yodu‟ Rugiah binti Lama
50 Kamus bin Dewa 42
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Alfatihah (dibaca) dan kita sedekahkan kepada semua Aki-Aki dan Yodu‟-Yodu‟ kita
yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Banson bin Lamat, Allahyarhamah Saleha
binti Lamat dan Allahyarhamah Rugiah binti Lamat, semoga roh mereka dicucuri rahmat
dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal
‟Alamin.
Menjejaki salasilah susur-galur keturunan keluarga Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah.
Menyusuri dan menjejaki salasilah susur-galur keturunan keluarga Yodu‟ Rugiah juga bukanlah
sesuatu yang mudah. Penulis perlu mencari sumber maklumat yang tepat dengan berhubung dan
berjumpa sendiri dengan individu-indvidu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan
mengetahu naratif atau cerita sebenar susur-galur nasab keluarga Yodu‟ Rugiah. Sumber sahih
susur-galur keluarga Yodu‟ Rugiah diperolehi daripada Encik Kamus bin Dewa, anak kepada
Allahyarhamah Yodu‟ Saleha yang juga kakak kepada Allayharhamah Yodu‟ Rugiah seperti
carta di bawah. Menurut Encik Kamus susur-galur bermula dengan Moyang Lamat bin Aji.
Moyang Lamat bin Aji telah berkahwin dengan Moyang Afsah binti Perak dan mereka
dikurniakan 5 orang anak, 2 orang anak lelaki iaitu Aki Banson dan Aki Unji dan 3 orang anak
perempuan iaitu Yodu‟ Saleha, Yodu‟ Rugiah, dan Yodu‟ Isang. Salah seorang anak perempuan
Moyang Lamat bin Aji iaitu Yodu‟ Rugiah telah berkahwin dengan Aki Burut dan mereka di
kurniakan 7 orang anak.51 Menurut Encik Osman bin Banson, ayahnya Allahyarham Banson
bin Lamat adalah abang sulung kepada Yodu‟ Saleha, Yodu‟ Rugiah, Aki Unji dan Yodu‟
Isang.52
Salasilah Susur-Galur Keluarga Keturunan Allahyarham Lamat bin Aji
Lamat bin Aji + Afsah binti Perak
Banson bin Lamat Rugiah binti Lamat Unji bin Lamat Isang binti Lamat
+ + + +
Jubi bin Kini Burut bin Tusof @Yusof (nama isteri (nama suami tidak
Tusof@Yusof @Yusof tidak diketahui) diketahui)
Saleha bin Lamat
+ Saleha bin Lamat [ Tiada Waris / Anak ]
+
Dewa [1]
Hj. Abdul Rahman [2]
[2]
Kamus bin Dewa Salamah binti Dewa Badik binti Hj. Abdul Rahman @Jikra
Jubaidah binti Banson Jidah binti Banson Osman bin Banson
Jananah Taunyi binti Jusi bin Saramiah binti Jusah bin Musah bin Rohana binti
binti Burut Burut @Jubaidah Burut Burut @Saunah Burut Burut Burut
Carta 3 : Salasilah susur-galur Keluarga Keturunan Moyang Allahyarham Lamat bin Aji.
51 Kamus bin Dewa 43
52 Osman Banson
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Walaupun di zaman Yodu‟ Rugiah kamera sangat sukar di dapati dan kemudahan
mengambil gambar juga sangat terbatas, namun kita sebagai cucu-cucu dan cicit-cicit Yodu‟
Rugiah sangat bertuah kerana dapat melihat wajah Yodu‟ Rugiah melalui gambar yang sempat
allahyarhamah titipkan untuk ditinggalkan kepada cucu dan cicitnya. Bukan semua cucunya
termasuk anak menantu yang sempat berpeluang berjumpa dengan Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah ketika hayatnya.
Keluarga kita sangat bertuah kerana Encik Ag. Damit bin Duamat, salah seorang cucu
Yodu‟ Rugiah masih menyimpan gambar Yodu‟ dengan baik. Kami kongsikan gambar Yodu‟
Rugiah di dalam penulisan pengkisahan ini sebagai tatapan anak-anak, menantu, cucu-cucu,
cicit-cicitnya dan piutnya pada masa ini dan dimasa akan datang. Saranan kepada semua
keluarga kita supaya setiap ahli keluarga menyimpan gambar Yodu‟ Rugiah agar tidak hilang
dari pandangan mata semua ahli keluarga.
Gambar 16 : Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Ramai cucu-cucu termasuk beberapa orang anak menantu Yodu‟ Rugiah sememangnya
tidak pernah berpeluang melihat wajah dan berjumpa yodu‟ secara bersemuka apatah lagi
bersama dengannya ketika hayatnya masih hidup. Ini kerana semasa Yodu‟ Rugiah meninggal
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 44
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
dunia beberapa orang anak-anaknya masih belum mendirikan rumah tangga kerana pada ketika
itu mereka masih bersekolah.
Ramai cucu-cucu Yodu‟ Rugiah masih belum lahir lagi semasa hayatnya masih hidup.
Hanya Encik Abdul Raup yang merupakan cucu sulung dan beberapa orang cucu lagi berpeluang
berjumpa dan bersama dengannya. Namun ketika itu beliau dan cucu-cucunya yang lain masih
kecil dan beliau berusia sekitar 4 tahun, mana mungkin dapat mengingati rupa paras dan wajah
Yodu‟ Rugiah. Oleh sebab itu penulis tidak dapat mengingati dengan jelas kenangan beliau
bersama dengan Yodu‟ apatah lagi penulis tidak tinggal bersama dengan Yodu‟ ketika hayat
hidup Yodu‟ Rugiah.53
Oleh sebab itu, cucu-cucu dan cicit-cicit generasi sekarang tidak dapat membayangkan
wajah Yodu‟ mereka. Namun drngan adanya gambar Yodu‟ dimasukkan dalam penulisan
pengkisahan ini dapat memberikan sedikit gambaran wajahnya untuk tatapan cucu-cucu dan
cicit-cicit pada hari ini dan di masa akan datang.
Perwatakan dan sifat Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah.
Tidak banyak sumber maklumat yang dapat dikumpul oleh penulis mengenai personaliti, sifat
atau perwatakan Yodu‟ Rugiah ini. Hal ini kerana, semasa hayatnya penulis selaku cucu sulung
pada ketika itu masih kecil dan tidak dapat mengenali dengan jelas perwatakan Allahyarhamah
Yodu Rugiah‟. Walau bagaimanapun penulis memperolehi maklumat sifat dan perwatakan
Yodu‟ Rugiah melalui anak-anaknya. Ini kerana mereka yang lebih arif dan mengenali dengan
lebih dekat ibu mereka.
Menurut Encik Jusi anak ke tiga dan juga anak lelaki sulung Yodu‟ Rugiah, beliau
menyifatkan allahyarhamah ibunya semasa hayatnya seorang ibu yang penyayang, lemah lembut
dan sentiasa menjaga hubungan sillahturahim di kalangan ahli keluarga serta masyarakat
kampung.54
Manakala bagi Encik Jusah pula, beliau menyifatkan allahyarhamah ibunya semasa
hayatnya sama seperti ayahnya, ibunya seorang yang sangat penyayang dan tegas kepada anak-
anaknya. Menurut Encik Jusah lagi ibunya akan merotan mereka sekiranya mereka nakal. Ini
bertujuan untuk mendidik anak-anaknya supaya sentiasa berdisiplin dan selalu mengingatkan
anak-anaknya supaya tidak melawan ibubapa.55
Menurut Encik Musah @Bahrim pula, beliau menyifatkan ibunya seorang ibu yang
sangat tegas, penyayang, prihatin kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya (ketika itu hanya
Encik Abdul Raup dan beberapa orang cucu Yodu‟ Rugiah yang telah lahir) serta ahli keluarga
yang lain. Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah juga suka menasihati anak-anaknya, menjaga hubungan
baik dengan anak-anak, cucu, ahli keluarga dan masyarakat. Malah Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah banyak mengajar mengenai kepercayaan dan pantang larang masyarakat zaman lampau
53 Abdul Raup bin Sapar 45
54 Jusi bin Burut
55 Jusah bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang kepada anak-anaknya dan generasi
muda bertujuan mendidik supaya mereka tidak melanggar pantang larang.56
Pekerjaan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah.
Semasa hayat hidupnya, Yodu‟ Rugiah menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga dan
mengurus anak-anak serta keluarganya. Menurut Encik Jusi, ibunya tidak bekerja dan hanya
menjadi suri rumah sepenuh masa. Ini kerana pada ketika itu para isteri tidak dibenarkan bekerja
dan hanya menjadi surirumah untuk mengurus anak-anak dan keluarga di rumah.57 Menurut
Encik Musah @Bahrim pula, selain menjadi surirumah sepenuh masa, ibunya juga mahir
menjadi jurucakap atau pengantara pemudahcara sekiranya ada majlis peminangan atau
pertunangan. Malah ibunya selalu dijemput untuk menjadi jurucakap pemudahcara apabila ada
majlis peminangan atau pertunangan.58
Perkahwinan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah dengan Allahyarham Aki Burut bin Tusof
@Yusof.
Perkahwinan Yodu‟ Rugiah binti Lamat dengan Aki Burut bin Tusop @Yusof ditetapkan oleh
kedua orang tua mereka. Namun tarikh dan tempat perkahwinan mereka diadakan tidak dapat
dipastikan kerana kekurangan sumber maklumat. Perkahwinan mereka pada ketika itu
sememangnya telah ditetapkan oleh kedua belah pihak keluarga. Ini kerana pada ketika itu,
perkahwinan anak-anak sememangnya telahpun ditetapkan oleh ibubapa mereka. Oleh sebab itu
anak-anak pada ketika itu tidak mempunyai pilihan selain menerima pilihan ibubapa mereka.
Melalui perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 7 orang anak, 3 orang anak lelaki dan 4
orang anak perempuan iaitu Jananah, Taunyi @Jubaidah, Jusi, Puan Saramiah @Saunah,
Jusah, Musah @Bahrim dan Rohana (meninggal dunia semasa kecil).59
Setelah berkahwin, Yodu‟ Rugiah berpindah mengikuti suaminya Aki Burut ke beberapa
buah daerah dan kampung. Ini kerana pekerjaan suaminya Aki Burut pada ketika itu sentiasa
berpindah-randah untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarganya. Antara daerah
dan kampung yang pernah mereka duduki dan tinggal seperti Kampung Manggis, Menumbok,
Kampung Mentulud, dan Kampung Suasa di daerah Beaufort dan juga Kampung Kesusu,
Mesapol di daerah Sipitang.
Setelah sekian lama hidup sentiasa berpindah-randah dari satu kampung ke kampung
yang lain merentas beberapa daerah, dihujung usianya Yodu‟Rugiah berpindah lagi mengikut
suaminya ke Kampung Manggis, Menumbok. Kampung Manggis, Menumbok adalah lokasi
terakhir mereka sekeluarga menetap sehingga ke akhir hayat Yodu‟ Rugiah. Ini kerana Aki Burut
telah mengambil keputusan untuk tinggal dan menetap terus di kampung tersebut bersama isteri
dan anak-anaknya. Namun anak sulungnya, Allahyarhamah Jananah sahaja tidak mengikut
mereka berpindah. Ini kerana Allahyarhamah Jananah telah pun berkahwin dengan Encik Sapar
56 Musah bin Burut @Bahrim 46
57 Jusi bin Burut
58 Musa bin Nurut@Bahrim
59 Jusi bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
bin Burut dan menetap di Kampung Tunggul Tinggi, Mesapol dan kemudiannya berpindah ke
Kampung Tanjung Pagar, Sipitang bersama suami dan anak-anaknya sehingga ke akhir
hayatnya.
Yodu‟ Rugiah meninggal dunia.
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah mengembuskan nafas terakhirnya dihadapan anak-anaknya di
rumah mereka di Kampung Manggis, Menumbok pada 16 April 1973 ketika berusia 55 tahun
disebabkan penyakit asma kronik yang dihidapinya sejak sekian lama.
Batu Nisan
Gambar 17 : Makam persemadian Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah dimakamkan di Tanah Perkuburan Orang Islam
Kampung Manggis, Menumbok. Turut disemadikan di tanah perkuburan ini ialah arwah
suaminya, Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dan tiga orang anaknya iaitu
Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah, Allahyarham Saramiah binti Burut @Saunah dan
Allahyarhamah Rohana binti Burut.60 Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat, Allahyarham Aki Burut bin Tusof @Yusof,
Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah, Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah dan Allahyarhamah Rohana binti Burut, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin......Yaa Rabbal‟
Alamin.
60 Jusi bin Burut 47
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah dikurniakan 7 orang anak, 32 orang cucu, dan 53 orang cicit
hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Aki Burut bagi meneruskan legasi keluarga besar
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Semasa penulisan pengkisahan
naratif keluarga ini dibuat pada tahun 2022 (jun hingga ogos), Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah
sudahpun meninggal dunia sejak 49 tahun yang lalu pada 06 April 1973 kembali kepada
penciptanya. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti
Lamat. Aamiin.....Yaa Rabbal‟Alamin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 48
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Ringkasan koronologi keberadaan dan perjalanan kehidupan Allahyarhamah Yodu‟
Rugiah binti Lamat [ 1923 – 1973 ]
Tidak banyak maklumat yang dapat dikumpul oleh penulis mengenai kisah perjalanan kehidupan
Yodu‟ Rugiah untuk diceritakan kepada generasi pada hari ini, khususnya kepada cucu-cucu dan
cicitnya, kerana dia meninggal dunia pada tahun 1973 dan individu-individu yang mengetahui
dan mengenalinya juga sudah ramai meninggal dunia untuk dirujuk.
TAHUN PERKARA CATATAN / FAKTA /
1923 [KEBERADAAN DAN PERISTIWA BUKTI
1923 - 1947 PENTING] Berdasarkan pada maklumat
Yodu‟ Rugiah binti Lamat dilahirkan di Kg. dalam kad Pengenalan
Masikuan, Padas Damit, Beaufort. allahyarhamah Yodu‟ Rugiah.
Tidak dapat dipastikan
Yodu‟ Rugiah binti Lamat berkahwin dengan keberadaan dan tempat menetap
Aki Burut bin Tusof @Yusof sekitar tahun 40- dan tinggal Yodu‟ Rugiah dan
an. Aki Burut selepas mereka
berkahwin.
Tarikh dan tahun perkahwinan
1948 -1951 Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut serta keluarga juga tidak diketahui / diperolehi.
menetap dan tinggal di Kg. Suasa, Beaufort. Tiga orang anak Yodu‟ Rugiah
1952 - 1958
1959 - 1960 Suami Yodu‟ Rugiah iaitu Aki Burut bekerja dan Aki Burut di lahirkan di Kg.
sebagai penoreh getah di sebuah estet Kg.
1961 Suasa, Beaufort. Suasa, Beaufort iaitu
Yodu‟ Rugiah melahirkan tiga (3) orang allahyarhamah Jananah binti
anaknya di Kg. Suasa, Beaufort.
Burut (1948), allahyarhamah
Tiada rekod ditemui, penulis beranggapan
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut masih lagi tinggal Taunyi Burut @Jubaidah (1950)
dan menetap di Kg. Suasa, Beaufort.
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut serta keluarga dan En. Jusi bin Burut (1951).
berkemungkinan menetap dan tinggal sekejap
di Kg. Mentulud, Beaufort. Yodu‟ Rugiah Pengesahan fakta oleh Tn. Hj.
melahirkan anaknya di Kg. Mentulud, Ahmad Yasin bin Hj. Saruji dan
Beaufort. allahyarham Aki Hj. Saruji bin
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut serta keluarga Tusof @Yusof [Adik Aki
berkemungkinan menetap dan tinggal sekejap Burut]
di Kg. Manggis, Menumbok, Kuala Penyu.
Yodu‟ Rugiah melahirkan anak di Kg. Tiada rekod di temui.
Manggis, Menumbok.
Anak ke 4 Yodu‟ Rugiah dan
Aki Burut iaitu allahyarhamah
Saramiah binti Burut @Saunah
lahir di Kg. Mentulud, Beaufort
(1959).
Anak ke 5 Yodu Rugiah dan
Aki Burut di lahirkan di Kg.
Manggis, Menumbok iaitu En.
Jusah bin Burut (1961)
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 49
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
1962 –1967 Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut serta keluarga Anak Yodu‟ Rugiah, En. Jusi
menetap dan tinggal di Kg. Kesusu, Mesapol. bin Burut bersekolah di SRK
Mesapol, Sipitang (1963 -1966)
Aki Burut bekerja sebagai penoreh getah di Anak ke 6 Yodu‟ Rugiah dan
sebuah estet Kg Kesusu, Mesapol, Sipitang. Aki Burut, iaitu En. Musah bin
Burut @Bahrim lahir di Kg.
Seorang anak Yodu‟ Rugiah mula bersekolah Kesusu, Mesapol, Sipitang
di SRK Mesapol, Sipitang. (1964).
1968 - 1972 Yodu‟ Rugiah melahirkan seorang anak di Kg. Perkahwinan anak sulong Yodu‟
Kesusu, Mesapol, Sipitang. Rugiah dan Aki Burut iaitu
allahyarhamah Jananah dengan
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut mengahwinkan En. Sapar bin Burut di Kg.
anak sulongnya di Kg. Kesusu, Mesapol, Kesusu, Mesapol, Sipitang
Sipitang, (1965).
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut bersama keluarga Anak Yodu‟ Rugiah, iaitu En.
berpindah dan menetap semula di Kg. Manggis, Jusi bin Burut mula bersekolah
Menumbok. di SRK Melikai, Menumbok
pada tahun 1968 (Darjah 5).
Anak-anak Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut mula Anak Yodu‟ Rugiah, iaitu
bersekolah di SRK Melikai, Menumbok dan Allahyarhamah Saramiah binti
seterusnya menyambung ke sekolah menengah Burut @Saunah mula
di SMK Menumbok, Kuala Penyu. bersekolah di SRK Melikai,
Menumbok pada tahun 1968
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut menerima (Darjah 1).
kelahiran sulong cucunya yang dilahirkan di
Kg. Manggis, Menumbok. Cucu sulong / pertama Yodu‟
Rugiah dan Aki Burut iaitu
Abdul Raup bin Sapar [Anak
sulong allahyarhamah Jananah]
di lahirkan di Kg. Manggis,
Menumbok di rumah Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah pada
07.07.1968.
Majlis Perkahwinan anak kedua
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut
dan iaitu allahyarhamah
Yodu‟ Rugiah dan Aki Burut mengahwinkan Taunyi Burut @Jubaidah
anak keduanya dan majlis perkahwinan
diadakan di Kg. Manggis, Menmbok. dengan En. Durahim bin
Duamat di Kg. Manggis,
Menumbok pada 14.07.1968.
Anak Yodu‟ Rugiah, iaitu En.
Jusah bin Burut mula bersekolah
di SRK Melikai, Menumbok
pada tahun 1969 (Darjah 1).
Anak Yodu‟ Rugiah, iaitu En.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 50