The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIBLIOGRAFI BURUT BIN TUSOF@YUSOF (Autosaved)_Edisi Terkini
Penulis Bersama : Cikgu Abdul Raup bin Sapar @Maarof dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Raup Sapar, 2022-08-16 06:07:15

BIBLIOGRAFI AKI BURUT BIN TUSOF@ YUSOF DAN YODU' RUGIAH (Autosaved)_Edisi Terkini

BIBLIOGRAFI BURUT BIN TUSOF@YUSOF (Autosaved)_Edisi Terkini
Penulis Bersama : Cikgu Abdul Raup bin Sapar @Maarof dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

1968 - 1972 Anak bongsu Yodu‟ Rugiah meninggal dunia. Musah bin Burut @Bahrim
1973 Yodu‟ Rugiah binti Lamat meninggal dunia mula bersekolah di SRK
Melikai, Menumbok pada tahun
1971 (Darjah 1).

Anak bongsu Yodu‟ Rugiah dan
Aki Burut iaitu allahyarhamah
Rohana binti Burut telah
meninggal dunia di Klinik
Kesihatan, Menumbok pada
bulan November 1972.

Yodu‟ Rugiah binti Lamat
meninggal dunia pada
06.04.1973 di rumahnya di Kg.
Manggis, Menumbok pada usia
50 tahun dan dimakamkan di
Tanah Perkuburan Orang Islam
Kg Manggis, Menumbok, Kuala
Penyu.

Jadual 3 : Ringkasan Kronologi perjalanan hidup
Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah binti Lamat
[ 1923 – 1973 ]

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 51

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

BAB 3

ALLAHYARHAMAH JANANAH BINTI BURUT
(ANAK SULUNG / PERTAMA)

Biodata dan kisah hidup Allahyarhamah Jananah.

Allahyarhamah Jananah binti Burut adalah anak sulung kepada Aki Burut bin Tusoff @Yusoff
dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Allahyarhamah dan adik-beradiknya menjadi yatim-piatu apabila
kedua ibubapa mereka meninggal dunia lebih awal. Ibu mereka meninggal pada tahun 1973 dan
bapa mereka pada tahun 1978. Tarikh lahir dan tempat lahir Allahyarhamah Jananah tidak dapat
diperolehi dengan tepat, kerana allahyarhamah adalah anak sulung dan tidak ditemui dokumen
sokongan bertulis bagi mengesahkan maklumat tersebut.

Gambar 18 : Allahyarhamah Jananah binti Burut

Walau bagaimanapun, berdasarkan perbualan penulis dengan Allahyarhamah Taunyi
@Jubaidah semasa hayatnya masih hidup pada tahun 2012, lebih kurang 10 tahun yang lalu
ketika penulis berkunjung ziarah sempena Hari Raya Aidil Fitri ke rumahnya di Kampung

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 52

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Melikai, Menumbok. Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah pernah menceritakan kepada penulis
bahawa jarak usia antara mereka berdua lebih kurang 2 tahun. Allahyarhamah Jananah adalah
anak sulung dan kakak kepada Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah. Menurutnya lagi, walaupun
mereka membesar bersama-sama, namun dia tidak dapat memastikan tahun dan tempat
kelahiran allahyarhamah kakaknya. Menurut Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah lagi,
kemungkinan juga kakaknya dilahirkan di Kampung Suasa, Beaufort. Ini kerana menurutnya, dia
juga dilahirkan di kampung tersebut dan jarak umur antara mereka berdua tidak jauh berbeza
hanya berselang 2 tahun sahaja. Tambahan lagi pada ketika itu ibubapa mereka sememangnya
tinggal dan menetap di kampung tersebut kerana ayahnya bekerja sebagai penoreh getah.61

Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dilahirkan pada 12 Januari 1950. Menurut
pemahaman dan pengiraan penulis sendiri [Abdul Raup bin Sapar] yang juga anak sulung
Allahyarhamah Jananah, dengan mengambil kira perbezaan jarak usia antara ibunya dengan
Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah hanya berselang dua tahun berkemungkinan arwah ibu
penulis dilahirkan sekitar tahun 1948. Penulis tidak memperolehi sebarang rekod dan dokumen
seperti kad pengenalan dan surat beranak Allahyarhamah Jananah selepas meninggal dunia pada
tahun 1979 untuk dijadikan sebagai bukti yang sahih bagi mengesahkan tahun dan tempat
kelahirannya. Ini kerana semasa allahyarhamah meninggal dunia, anak-anaknya termasuk
penulis masih kecil dan berkemungkinan dokumen-dokumen tersebut telah tercicir dan hilang
dari simpanan waris-waris allahyarhamah.62

Gambar 19 : Sijil Mati Allahyarhamah Jananah binti Burut 53

61 Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah
62 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat daripada Sijil Kematian Allahyarhamah
Jananah yang dikeluarkan oleh pihak Dispensary Sipitang, tercatat dalam sijil tersebut
allahyarhamah meninggal dunia pada 31 Oktober 1979 pada usia 31 tahun.63 Dengan mengambil
kira tahun meninggal dan usia allahyarhamah ketika meninggal dunia menunjukkan
allahyarhamah dilahirkan pada tahun 1948. Fakta ini boleh digunapakai sebagai bukti yang
kukuh dan sahih bagi mengesahkan tahun kelahiran allahyarhamah.64 Sijil tersebut disimpan
dengan baik oleh anak kedua allahyarhamah iaitu Puan Rukizah binti Sapar.

Persoalan bila Allahyarhamah Jananah dilahirkan sudah selesai dan terjawab. Satu
persoalan lagi timbul, dimanakah Allahyarhamah Jananah dilahirkan? Terdapat 2 versi sumber
yang penulis perolehi mengenai tempat kelahiran Allahyarhamah Jananah yang akan
dirungkaikan oleh penulis dalam penulisan pengkisahan ini.

Versi sumber pertama diperolehi daripada Encik Jusi bin Burut, adik lelaki kepada
allahyarhamah. Menurut Encik Jusi, sumber yang beliau perolehi daripada Encik Kamus bin
Dewa, yang juga merupakan sepupu beliau. Encik Kamus bin Dewa adalah anak Yodu‟ Saleha
dan juga anak saudara kepada Yodu‟ Rugiah. Yodu‟ Saleha adalah kakak kepada Yodu‟ Rugiah.
Menurut Encik Jusi berdasarkan maklumat daripada Encik Kamus bin Dewa, seperti yang pernah
diceritakan oleh arwah ibunya (Yodu‟ Saleha) suatu ketika dahulu yang masih dalam ingatan
beliau, Allahyarham Jananah mungkin di lahirkan di Kampung Bawang Laiyid, Padas Damit,
Beaufort. Namun beliau juga tidak dapat memastikan tarikh dan tahun Allahyarhamah Jananah
dilahirkan.65

Manakala versi sumber kedua pula diperolehi daripada Encik Musah bin Burut
@Bahrim yang juga merupakan adik lelaki Allahyarhamah Jananah. Menurut Encik Musah
@Bahrim, sumber yang dia perolehi daripada Allahyarham Aki Hj. Saruji bin Tusof @Yusof,
ketika beliau pergi berziarah ke rumah Aki Hj.Saruji di Kampung Suasa, Beaufort. Ketika itu
Aki Hj. Saruji masih sihat lagi. Aki Hj. Saruji adalah adik kepada ayahnya Aki Burut. Semasa
dalam kunjungan beliau ke rumah Aki Hj. Saruji mereka sempat bersembang mengenai kisah
ahli keluarga. Salah seorang anak Aki Hj. Saruji, iaitu Tuan Hj. Ahmad Yasin yang lebih
dikenali dengan panggilan „Cikgu Amit‟ ada menceritakan kepada beliau bahawa dua orang
kakak dan seorang abangnya iaitu Allahyarhamah Jananah, Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
dan Encik Jusi dilahirkan di Kampung Suasa, Beaufort. Menurut Encik Musah @Bahrim lagi,
bagi menguatkan fakta tempat kelahiran kakak dan abangnya, Aki Hj. Saruji telah membawa dan
menunjukkan kepada Encik Musah@Bahrim sendiri, lokasi bekas tapak rumah tempat kelahiran
Allahyarhamah Jananah, Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dan En. Jusi di Kampung Suasa,
Beaufort.66

Berdasarkan kepada fakta dari kedua-dua versi sumber dan juga disokong dengan
maklumat daripada Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah sendiri menyatakan beliau juga dilahirkan
di Kampung Suasa, Beaufort dan jarak usia antara dia dan kakaknya tidak jauh berbeza

63 Rukizah binti Sapar 54
64 Abdul Raup bin Sapar
65 Jusi bin Burut
66 En. Musa bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

menguatkan lagi keterangan tempat kelahiran Allahyarhamah Jananah. Dengan sumber tersebut
boleh dijadikan bukti yang kukuh, sahih dan lebih menyakinkan bahawa Allahyarhamah Jananah
dilahirkan pada tahun 1948 di Kampung Suasa, Beaufort untuk dimasukkan dalam penulisan
pengkisahan ini.

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Hj. Saruji bin Tusof
@Yusof , semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal ‟Alamin.

Apabila Aki Burut dan keluarganya berpindah untuk menetap di Kampung Manggis,
Menumbok, Allahyarhamah Jananah tidak ikut bersama mereka kerana sudah berkahwin.
Allahyarhamah Jananah kemudiannya mengikut suami dan keluarga mertuanya berpindah ke
Kampung Tunggul Tinggi, Mesapol, Sipitang dan kemudian berpindah ke Kampung
Tanjung Pagar, Sipitang dan terus menetap di sana sehingga ke akhir hayatnya.

Ayah dan ibu mertua Allahyarhamah Jananah binti Burut
Gambar 20 : Allahyarham Aki Burut bin Jambul dan isteri,

Allahyarhamah Runang binti Ganturun

Perpindahan Aki Burut bersama isteri dan anak-anaknya ke Kampung Manggis,
Menumbok merupakan titik permulaan perpisahan Allahyarhamah Jananah dengan ibubapa dan
adik-beradiknya. Pada ketika itu keadaan sistem perhubungan sangat terbatas dan sistem jalan
raya juga tidak ada. Pada ketika itu jalan air adalah kaedah perhubungan utama yang
menggunakan sungai atau laut untuk pergi ke suatu daerah ke daerah lain. Bot atau sampan atau
„gubang‟(dalam sebutan bahasa Bisaya) menjadi kenderaan utama menggunakan jalan air. Ini
kerana lebih murah dan sesuai di kawasan pendalaman. „Gubang‟ adalah kenderaan yang

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 55

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

digunakan oleh kebanyakan penduduk pada ketika itu untuk keluar menuju ke destinasi yang
dituju.

Maka pada ketika itu, keadaan ini menjadi kekangan kepada Allahyarhamah Jananah dan
keluarga untuk bergerak dan melawat keluarga serta adik-beradiknya di Kampung Manggis,
Menumbok dengan lebih kerap. Namun begitu, hubungan kekeluargaan masih kekal terjalin dan
utuh. Semasa hayat allahyarhamah, sejak dia berkahwin dan menetap di Kampung Tunggul
Tinggi, Mesapol dan kemudian berpindah dan menetap di Kampung Tanjung Pagar Sipitang
sehingga ke akhir hayatnya, Allahyarhamah Jananah, suami dan anak-anaknya juga banyak kali
melawat keluarganya di Kampung Manggis, Menumbok.

Allahyarhamah Jananah balik ke Kampung Manggis, Menumbok pada tahun 1968 dan
1970 untuk melahirkan anak pertama dan anak keduanya di sana. Setelah melahirkan anak-
anaknya, allahyarhamah dan anaknya akan kembali semula ke daerah Sipitang. Allahyarhamah
balik lagi beberapa kali melawat keluarga dan adik-beradiknya. Kali terakhir allahyarhamah
balik ke Kampung Manggis, Menumbok ialah pada tahun 1977 kerana menghadiri majlis
perkahwinan adik perempuannya, iaitu Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah dengan
Encik Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim.67 Dua tahun selepas itu Allahyarhamah Jananah
meninggal dunia pada tahun 1979.

Pada tahun 1978 Aki Burut meninggal dunia, namun Allahyarhamah Jananah tidak dapat
balik ke Kampung Manggis, Menumbok bagi menghadiri majlis pengebumian ayahnya kerana
pada masa itu sedang sarat menggandung dan menanti hari kelahiran anaknya yang ke 7. Pada
masa itu sistem pengangkutan jalan darat untuk keluar dari daerah Sipitang tidak ada dan satu-
satunya sistem pengangkutan yang ada ialah pengangkutan air menggunakan bot atau perahu.
Memikirkan risiko menaiki pengangkutan air melalui sungai dan laut dengan keadaan yang
berombak dan jarak perjalanan yang sangat jauh dari daerah Sipitang menuju ke Kampung
Manggis, Menumbok serta keadaan allahyarhamah yang sarat mengandung, allahyarhamah tidak
dapat menghadiri majlis pengebumian ayahnya.68 Penulis sendiri sebagai anak sulung
allahyarhamah pada ketika itu masih kecil, namun penulis telah menyaksikan sendiri kesedihan
ibunya yang sangat mendalam. Dia melihat ibunya terlalu sedih dan setiap hari menanggis
kerana pemergiaan ayahnya dan tidak dapat menghadiri majlis pengebumian ayahnya sendiri.69

Pendidikan Allahyarhamah Jananah.

Memandangkan allahyarhamah adalah anak sulung dan keadaan kehidupan Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah pada ketika itu sangat susah dan mereka kerap berpindah-randah merentas daerah dan
kampung menyebabkan allahyarhamah bersama adiknya iaitu Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
tidak mendapat pendidikan formal dan tidak pernah merasai alam persekolahan. Ini
menyebabkan mereka berdua buta huruf dan tidak boleh membaca sehingga ke akhir hayat

67 Sapar bin Burut 56
68 Sapar bin Burut
69 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

mereka. Tambahan lagi keadaan pada ketika itu yang sukar untuk memperolehi pendidikan untuk
anak-anak, lebih-lebih lagi anak perempuan menjadi faktor mengapa mereka berdua tidak tidak
bersekolah.

Perkahwinan Allahyarhamah Jananah dengan Encik Sapar bin Burut.

Allahyarhamah Jananah telah dijodohkan dengan Encik Sapar bin Burut atas pilihan dan
persetujuan bersama dari kedua belah pihak keluarga. Pada ketika itu, ibu-bapa dan ahli keluarga
berperanan dan bertanggunjawab memilih dalam menentukan jodoh anak-anak mereka.
Allahyarhamah Jananah berkahwin pada tahun 1965 dengan En. Sapar bin Burut , daripada
bangsa etnik Bisaya yang berasal daripada Kampung Padas Damit, Beaufort. Pada ketika itu
Encik Sapar dan keluarganya juga menetap dan tinggal di Kampung Kesusu, Mesapol bersama-
sama Aki Burut dan keluarganya kerana bekerja sebagai penoreh getah. Majlis perkahwinan
mereka dilangsungkan di Kampung Kesusu, Mesapol.70

Gambar 21 : Allahyarhamah Jananah binti Burut bersama suami, Encik Sapar bin Burut

Melalui perkahwinan allahyarhamah bersama suami, mereka telah dikurniakan 3 orang
anak lelaki dan 5 orang anak perempuan. Anak-anak allahyarhamah ialah En. Abdul Raup, Pn.
Rukizah, Pn. Noraini, Allahyarham Muhamad Ali (meninggal dunia semasa kecil), Pn.
Rosnani, Pn. Rusmah @Salha, Allahyarhamah Mariam dan En. Ismail. Kesemua anak-anak
allahyarhamah telahpun berkahwin.

70 Sapar bin Burut 57

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Perwatakan dan sifat Allahyarhamah Jananah.

Penulis masih mengingati sedikit perwatakan dan sifat allahyarhamah ibunya walaupun beliau
pada ketika itu masih kecil. Bagi penulis, allahyarhamah seorang ibu yang penyayang serta
prihatin kepada anak-anaknya, adik- beradiknya dan ahli keluarganya. Malah bagi beliau
allahyarhamah seorang ibu yang lemah lembut, penyabar, rajin, berkulit cerah, baik hati, ringan
tulang dan sentiasa menjaga hubungan di antara ahli keluarga, masyarakat kampung dan sesiapa
sahaja.71

Bagi Puan Rukizah anak kedua allahyarhamah, walaupun pada ketika ibunya masih hidup
dia dan adik-beradiknya masih kecil namun dia masih mengingati sifat ibunya. Bagi beliau
ibunya seorang yang penyayang serta tegas dalam mendidik anak-anak. Malah ibunya seorang
yang mudah didekati dan mesra apabila berada dalam kalangan anggota masyarakat setempat.72
Bagi Encik Musah @Bahrim yang merupakan adik kepada allahyarhamah pula, beliau juga
masih dapat mengingati sifat dan perwatakan kakaknya. Bagi beliau kakaknya seorang yang
bersifat penyayang, bertanggungjawab kepada keluarga dan sebagai kakak sulung, kakaknya
telah menggalas tanggungjawab sebagai ibu bagi menggantikan ibu mereka yang telah
meninggal dunia.73

Satu sifat Allahyarhamah Jananah, arwah seorang yang tidak suka bergambar. Keadaan
ini menyebabkan anak-anak atau waris-waris allahyarhamah tidak mempunyai banyak gambar
untuk disimpan sebagai kenang-kenangan dan tatapan cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Seminggu
sebelum allahyarhamah meninggal dunia, allahyarhamah terbuka hati untuk bergambar dan
meminta supaya mengambil gambarnya. Peristiwa ini berlaku pada 24 Oktober 1979. Namun
allahyarhamah tidak sempat melihat gambar tersebut, kerana seminggu selepas itu
allahyarhamah menghembuskan nafasnya pada 31 Oktober 1979. Pada ketika itu kamera masih
belum canggih dan menggunakan filem. Filem yang berada di dalam kamera perlu digunakan
sehingga habis sebelum dicuci atau diproses untuk dijadikan gambar yang sempurna. Manakala
proses mencuci dan mendapatkan semula gambar yang sempurna memerlukan masa yang agak
lama. Oleh sebab itu, menyebabkan allahyarhamah tidak sempat melihat gambarnya sendiri.74

Setelah allahyarhamah meninggal dunia barulah ahli keluarga dan waris-waris
allahyarhamah menyedari perubahan sikap allahyarhamah daripada tidak suka bergambar dan
tiba-tiba meminta untuk diambil gambar adalah petanda dia akan pergi meninggalkan
keluarganya buat selama-lamanya. Allahyarhamah sempat meninggalkan sekeping gambar wajah
terakhirnya, sebagai tanda nostalgia yang sangat berharga buat ahli keluarga penulis.75

71 Abdul Raup bin Sapar 58
72 Abdul Raup bin Sapar
73 Rukizah binti Sapar
74 Abdul Raup bin Sapar
75 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Allahyarhamah Jananah berdiri dibelakang
[Gambar diambil seminggu sebelum allahyarhamah meninggal dunia]

Gambar 22 : Allahyarhamah Bonda Jananah binti Burut

Allahyarhamah Jananah meninggal dunia.

Allahyarhamah Jananah meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pekan Sipitang pada 31 Oktober
1979 pada usia 31 tahun. Allahyarhamah meninggal dunia selepas mengadu rasa pening kepala
dan mahu pitam kepada ibu mertuanya iaitu Puan Runang binti Ganturun (ketika itu masih
hidup) dan mereka tinggal bersama di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang. Oleh kerana tidak
sedarkan diri (pengsan) suami allahyarhamah terus membawanya ke Klinik Kesihatan Pekan
Sipitang untuk mendapatkan rawatan.

Apabila sampai saja di Klinik Kesihatan Pekan Sipitang, pihak klinik telah membuat
pemeriksaan selanjutnya dan selepas pemeriksaan dibuat oleh pegawai kesihatan yang bertugas
pada ketika itu iaitu Encik Chew yang berasal dari daerah Kuala Penyu mengesahkan bahawa
allahyarhamah sudah meninggal dunia. Punca kematian allahyarhamah tidak diketahui seperti
mana yang tercatat dalam Sijil Kematian Allahyarhamah. Jenazah allahyarhamah kemudiannya
di bawah balik ke rumah untuk dimandikan, dikafan dan disembahyangkan. Setelah selesai
disembahyangkan, jenazah di bawa menggunakan perahu sebagai pengangkutan ke tanah
perkuburan. Allahyarhamah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Taman
Negara, Sipitang.

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 59

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Batu Nisan
Gambar 23 : Makam persemadian Allahyarhamah Jananah binti Burut

Turut disemadikan di tanah perkuburan ini ialah dua orang anak allahyarhamah iaitu
Allahyarham Muhamad Ali yang meninggal dunia pada tahun 1974 dan Allahyarhamah Mariam
yang meninggal dunia pada tahun 2011.76

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Bonda Jananah binti
Burut, Allahyarham Muhammad Ali bin Sapar dan Allahyarhamah Mariam binti Sapar,
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan
beramal soleh. Aminn....Yaa Rabbal‟Alamiin.

Semasa allahyarhamah meninggal dunia pada tahun 1979, ketika itu anak-anaknya masih
lagi kecil dan anaknya yang bongsu iaitu Encik Ismail baru saja berusia 6 bulan. Selepas
beberapa tahun Allahyarhamah Jananah meninggal, suami allahyarhamah iaitu Encik Sapar bin
Burut berkahwin untuk kali ke dua pada tahun 1981 dengan Puan Hasrah binti Asan daripada
bangsa etnik Bisaya-Banjar yang berasal daripada Kampung Bangkalalak, Beaufort dan kekal
sehingga hari ini. Perkahwinan kali ke 2 ini beliau dan isteri dikurniakan 3 orang anak
perempuan iaitu Puan Julianah, Puan Julina dan Puan Juliani. Ketiga-tiga anak beliau
telahpun berkahwin dan masing-masing telah dikurniakan anak. Kesemua anaknya tinggal dan
menetap di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang sehingga ke hari ini. Kini Encik Sapar bin Burut
berusia 72.77

76 Abdul Raup bin Sapar 60
77 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Allahyarhamah Jananah binti Burut

Sapar Bin Burut + Jananah binti Burut

Abdul Raup Rukizah Noraini Muhammad Ali Rosnani Rusmah Mariam Ismail
h

Carta 4 : Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Allahyarhamah Jananah binti Burut

Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan (Isteri ke 2)

Sapar Bin Burut + Hasrah binti Asan

Julianah Julina Juliani

[ Anak tiri Allahyarhamah Jananah binti Burut ]
Carta 5 : Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan

Gambar 24 : En. Sapar bin Burut bersama isteri, Pn. Hasrah binti Asan

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 61

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Allahyarhamah Jananah binti Burut

En. Abdul Raup bin Sapar Pn. Rukizah binti Sapar Pn. Noraini binti Sapar
Sapar @Maarof
@Kijah @Ros

Allahyarham Muhamad Ali Pn. Rosnani binti Sapar Pn. Rusmah binti Sapar
bin Sapar @Nani @Salha

Allahyarhamah Mariam binti Sapar En. Ismail bin Sapar @Mail
Gambar 25 : Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Allayarhamah Jananah binti Burut

Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan

Pn. Juliana binti Sapar Pn. Julina binti Sapar Pn. Juliani binti Sapar

@Dayang @Aming @Amit

[ Anak tiri Allahyarhamah Jananah binti Burut ]

Gambar 26 : Anak-anak En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 62

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Anak Menantu En. Sapar bin Burut dan Allahyarhamah Jananah binti Burut

Pn. Norhaizan binti Othman En. Abdul Samad bin Lumbi En. Jamalin bin Mahat
[Isteri En. Abdul Raup bin Sapar][Suami Pn.Rukizah binti Sapar][Suami Pn.Noraini binti Sapar]

En. Khalil bin Illias En. Arif bin Bagol En. Abdul Halim bin Osman

[Mantan suami Pn. Rosnani] [Suami Pn. Rusmah binti Sapar] [Suami Allahyarham Mariam]

binti Sapar @Salha binti Sapar

Pn. Nurhadijah binti Sul @Noey
[Isteri En. Ismail bin Sapar]

Gambar 27 : Anak menantu En. Sapar bin Burut dan Allayarhamah Jananah binti Burut

Anak Menantu En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan

En. Bakrin bin Hj. Puteh En. Majlon bin Majudin En. Abdul Ahmed bin Yusop
@Sazlan

[Suami Pn. Julianah binti Sapar] [Suami Pn. Julina binti Sapar] [Suami Pn. Juliani binti Sapar]
[ Menantu tiri Allahyarhamah Jananah binti Burut ]

Gambar 28 : Anak menantu En. Sapar bin Burut dan Puan Hasrah binti Asan

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 63

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

MENGENALI WARIS [ CUCU DAN CICIT ] AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF DAN
YODU‟ RUGIAH BINTI LAMAT DARI NASAB KELUARGA ENCIK SAPAR BIN
BURUT DAN ALLAHYARHAMAH JANANAH BINTI BURUT.

1. ABDUL RAUP BIN SAPAR @MAAROF.

Cucu sulung kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah, Encik Abdul Raup dilahirkan pada 07 Julai
1968 di Kampung Manggis, Menumbok. Beliau juga merupakan anak sulung Allahyarhamah
Jananah dan Encik Sapar. Encik Abdul Raup atau lebih dikenali dengan Panggilan „Maarof‟
bertugas sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Melamam, Sipitang. Encik Abdul
merupakan lulusan lepasan Maktab Perguruan Kent, Tuaran dan juga graduan lepasan Universiti
Malaysia Sabah (UMS), Asia e Universiti (AeU) dan Institut Aminuddin Baki (IAB), KPM,
Cawangan Sabah. Beliau telah berkahwin dengan Puan Norhaizan binti Othman, dari bangsa
etnik Brunei yang berasal dari Kampung Pasir, Sipitang.78

Nur Syahirah Natasha, Nur Azhirah Alleysa, Pn. Norhaizan binti Othman,
En. Abdul Raup bin Sapar, En. Sapar bin Burut Nur Athirah Alleya dan Muhamad Haziq Akmal

Gambar 29 : Keluarga En. Abdul Raup bin Sapar @Maarof

Daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 4 orang anak, seorang anak
lelaki dan 3 orang anak perempuan iaitu Muhamad Haziq Akmal, Nur Syahirah Natasha, dan
sepasang anak kembar, Nur Athirah Alleya dan Nur Azhirah Alleysa. Mereka adalah cicit
kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak sulung Encik Abdul Raup iaitu Muhammad Haziq
Akmal baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
Tanjung Malim, Negeri Perak Darul-Takzim. Anak ke dua, Nur Syahirah Natasha sedang
melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Negeri

78 Abdul Raup bin Sapar 64

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Perak Darul-Takzim. Manakala Nur Athirah Alleya dan Nur Azhirah Alleysa bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar Sipitang dan berada di tingkatan 4. Mereka
adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Abdul Raup dan keluarga kini tinggal
dan menetap di Kampung Pasir, Sipitang.79

2. RUKIZAH BINTI SAPAR @KIJAH.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke dua Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Puan Rukizah dilahirkan pada 05 Februari 1970 di Kampung Manggis, Menumbok.
Dia telah berkahwin dengan Encik Abdul Samat bin Lumbi dari bangsa etnik Bisaya yang
berasal dari Kampung Mentulud, Beaufort. Puan Rukizah tidak bekerja dan hanya menjadi suri
rumah sepenuh masa, manakala suaminya bekerja di Sabah Forest Industries (SFI) Sipitang.80

En. Abdul Samat bin Lumbi, Pn. Rukizah binti Sapar, Dayang Wasilah, Mohd Rafe‟e
Gambar 30 : Keluarga Pn. Rukizah binti Sapar

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Encik Mohd. Rafe‟e bin Abdul Samat iaitu
cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Mohd. Rafe‟e mendapat pendidikan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama, Johor Bahru atas tajaan Yayasan Sabah dari tingkatan 1
sehingga tingkatan 5. Dia merupakan graduan lulusan Institut Perguruan Guru (IPG) Sultan
Mizan, Besut, Kuala Terengganu dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perguruan dalam
Pengkhususan Bahasa Arab dan kini bertugas sebagai ustaz di Sekolah Kebangsaan Sindumin,
Sipitang. Puan Rukizah dan keluarga kini menetap di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang.81

79 Abdul Raup bin Sapar 65
80 Rukizah binti Sapar
81 Mohd. Rafe‟ebin Abdul Samat

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

3. NORAINI BINTI SAPAR @ROS.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke tiga Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Puan Noraini dilahirkan di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang pada tahun 20.01.1972.
Dia berkahwin dengan Encik Jamalin bin Mahat dari bangsa etnik Bisaya yang berasal dari
Kampung Mentulud, Beaufort. Puan Noraini bekerja sebagai Pekerja Am Kontrak Pembersihan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang. Mereka dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Nur Dhia Adriana @Dhia berumur 11 tahun dan bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Pekan Sipitang dan merupakan cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Puan Noraini dan
keluarga menetap di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang.82

Suami Puan Noraini iaitu Encik Jamalin bin Mahat dan keluarganya mempunyai
perkaitan hubungan kekeluargaan yang sangat dekat dengan Aki Burut. Ini kerana ibu mertua
Pn. Noraini iaitu Pn. Pini binti Syiu binti Maidin (ibu kepada Encik Jamalin bin Mahat) adalah
sepupu sekali dengan Aki Burut. Ayah Puan Pini iaitu Encik Syiu bin Maidin adalah adik
kepada Encik Tusof bin Maidin @Yusof iaitu bapa kepada Aki Burut.

Pn. Noraini binti Sapar, Nur Dhia Adriana, En. Jamalin bin Mahat
Gambar 31 : Keluarga Pn. Noraini binti Sapar

4. ALLAHYARHAM MUHAMMAD ALI BIN SAPAR.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak keempat Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Allahyarham Muhamad Ali dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung Tanjung Pagar,
Sipitang. Allahyarham Muhammad Ali meninggal dunia selepas satu minggu dilahirkan.83
Allahyarham Muhammad Ali disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Taman
Negara, Sipitang.

82 Noraini binti Sapar 66
83 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Muhammad Ali bin Sapar,
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan
beramal soleh. Aminn....Yaa Rabbal ‟Alamiin.

5. ROSNANI BINTI SAPAR @NANI.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke lima Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Puan Rosnani telah dilahirkan pada 23.07.1975 di Despensary [Klinik Kesihatan]
Sipitang. Dia telah berkahwin dengan Encik Khalil bin Illias, berbangsa Melayu yang berasal
dari Negeri Kedah. Namun perkahwinan mereka tidak lama, mereka bercerai pada tahun 2014.
Puan Rosnani bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Sekokah Kebangsaan Pantai Prai, Kedah.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Khairun Nisa binti Khalil @Nisa yang juga
merupakan cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini Khairun Nisa berumur 11 tahun dan
berada di tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pantai Prai, Kedah. Puan Rosnani dan keluarganya
tinggal di Kampung Pantai Prai, Padang Serai, Kedah.84

En. Khalil bin Illias, Khairun Nisa binti Khalil dan Pn. Rosnani binti Sapar
Gambar 32 : Keluarga Pn. Rosnani binti Sapar

6. RUSMAH BINTI SAPAR @SALHA.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke enam Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Puan Rusmah @Salha dilahirkan pada 23 Oktober 1976 di Despensary [Klinik
Kesihatan] Sipitang. Dia telah berkahwin dengan Encik Arif bin Bagol dari bangsa etnik Brunei-
Kedayan yang berasal dari Kampung Weston, Beaufort. Suami Puan Rusmah @Salha bertugas
sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Marintaman, Sipitang dan merupakan lulusan
lepasan Maktab Perguruan Kent, Tuaran, graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Tanjung Malim, Negeri Perak Darul-Takzim dan juga graduan Institut Aminuddin Baki
(IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Sabah.

84 Rosnani binti Sapar 67

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 5 orang anak, 2 orang anak lelaki
dan 3 orang anak perempuan iaitu Nurulain Nawwarah, Muhamad Marzuqi, Nur Fatin Farhanah,
Muhamad Ramdhan dan Noreen Nazurah. Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah. Anak sulung Puan Rusmah @Salha iaitu Nurulain Nawarah kini melanjutkan pelajaran
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sekudai, Johor. Anak ke dua iaitu Muhammad
Marzuqi pula bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Anak ketiga
iaitu Nur Fatin Farhanah sedang melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Mara (IKM), Kota
Kinabalu. Anak keempat iaitu Muhamad Ramdhan sedang melanjutkan pelajaran di Institut
Kemahiran Mara (IKM), Bintulu, Sarawak. Manakala anak bongsu mereka iaitu Noreen Nazurah
berumur 12 tahun dan berada di tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Mesapol, Sipitang. Mereka
adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini Puan Rusmah @Salha dan keluarga
tinggal dan menetap di Kampung Mesapol, Sipitang,85

Muhamad Marzuqi, Nurulain Nawarah, Pn. Rusmah binti Sapar@Rusmah,
Noren Nazurah, En. Arif bin Bagol, Nur Fatin Farhanah, Muhamad Ramdhan

Gambar 33 : Keluarga Pn. Rusmah binti Sapar @Salha

Puan Rusmah @Salha telah diserahkan dan dipelihara sebagai anak angkat selepas
beberapa hari dia dilahirkan kepada Allahyarham Matrin bin Ligak dan Puan Manah binti
Haji Ali yang tinggal di Kampung Mesapol, Sipitang. Allahyarham Matrin bin Ligak adalah
pesara polis berbangsa Bisaya yang berasal dari Kampung Padas Damit, Beaufort.86

Pada ketika itu, Allahyarham Matrin bin Ligak dan Puan Manah binti Haji Ali tidak
mempunyai anak perempuan dan mereka hanya mempunyai anak lelaki sahaja dan sangat
menginginkan anak perempuan. Diringkaskan cerita, Allahyarhamah Jananah sedang
mengandung anak ke 6 dan bidan yang mengurut allahyarhamah pada ketika itu ialah
Allahyarhamah Hajah Tiawa iaitu isteri kepada Allahyarham Haji Ali yang berasal dari
Kampung Padas Damit, Beaufort. Allahyarhamah Hajah Tiawa lebih dikenali dengan panggilan

85 Rusmah binti Sapar @Salha 68
86 Sapar bin Burut.

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

„Nenek Hajah Tiawa‟ merupakan ibu kepada Puan. Manah binti Haji Ali, ibu angkat yang
memelihara dan membesarkan Puan Rusmah @Salha. Allahyarhamah Nenek Hajah Tiawa
cukup terkenal di merata tempat dengan kemahiran dan kebolehahan dia mengurut dan juga
membidankan perempuan yang akan melahirkan anak. Allahyarhamah Jananah dan ahli
keluarga sangat rapat dan telah mengenali Allahyarhamah Hajah Tiawa dan keluarganya sejak
dahulu lagi.87

Ketika allahyarhamah mengandungkan Puan Rusmah @Salha, Allahyarhamah Nenek
Hajah Tiawa meminta persetujuan dan keizinan daripada allahyarhamah dan suami, sekiranya
bayi yang bakal dilahirkan kelak adalah perempuan, dia ingin mengambilnya untuk diserahkan
dan dijaga oleh anaknya iaitu Puan Manah dan suaminya untuk dipelihara dan dijadikan anak
angkatnya kerana Puan Manah sangat menginginkan anak perempuan.88

Sudah tercatat dalam takdir yang ditentukan oleh Allah SWT, allahyarhamah telah
melahirkan bayi perempuan. Selepas beberapa hari melahirkan, bayi tersebut diambil dan dijaga
serta dibesarkan oleh pasangan Allahyarham Matrin bin Ligak dan Puan Manah bint Haji Ali.
Bayi tersebut diberi nama Rusmah @Salha, dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang
sehingga dia dewasa dan berkahwin. Puan Rusmah @Salha mendirikan rumah tangga dengan
Encik Arif bin Bagol dan tinggal berdekatan dengan rumah ibu angkatnya. Walaupun Puan
Rusmah @Salha dipelihara dan menjadi anak angkat kepada pasangan Allahyarham Matrin bin
Ligak dan Puan Manah binti Haji Ali sejak dari bayi lagi, hubungan beliau dengan keluarga
kandung sangat rapat, mesra dan harmoni sehingga ke hari ini.89

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Tuan Haji Ali,
Allahyarham Matrin bin Ligak dan Allahyarhamah Hajah Tiawa, semoga roh mereka
dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Aminn....Yaa Rabbal „Alamiin.

7. ALLAHYARHAMAH MARIAM BINTI SAPAR @YAM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ketujuh Allahyarhamah Jananah dan Encik
Sapar iaitu Allahyarhamah Mariam dilahirkan pada 01 Mei 1978 di Kampung Tanjung Pagar,
Sipitang. Dia telah berkahwin dengan Encik Abdul Halim bin Osman dari bangsa etnik Brunei
yang berasal dari daerah Sandakan. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu
Dayang Wasilah @Shila dan kini berumur 11 tahun dan berada di tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Pekan Sipitang. Dayang Wasilah @Shila adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟
Rugiah. Suami Allahyarhamah Mariam bekerja sebagai Pengawal Keselamatan.

87 Sapar bin Burut 69
88 Sapar bin Burut
89 Sapar bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Gambar 34 : Allahyarhamah Mariam bersama anaknya semasa kecil

Gambar 35 : Allahyarhamah Mariam binti Sapar

Allahyarhamah Mariam meninggal dunia pada 22 Disember 2011 di Hospital
Keningau, Sabah ketika berusia 33 tahun. Ketika meninggal dunia, anaknya iaitu Dayang
Wasilah @Shila masih bayi pada ketika itu. Sebelum meninggal dunia allahyarhamah telah
dimasukkan dalam Wad ICU di Hospital Keningau, Sabah.90

90 Abdul Raup bin Sapar 70

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Batu Nisan
Gambar 36 : Makam persemadiaan Allahyarhamah Mariam binti Sapar

Allahyarhamah Mariam disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Taman
Negara, Sipitang. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Mariam binti
Sapar, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Aminn....Yaa Rabbal‟ Alamiin.

En. Abdul Halim bin Osman dan anaknya, Dayang Wasilah binti Abdul Halim @ Shila
Gambar 37 : Keluarga Allahyarhamah Mariam binti Sapar

Setelah Allahyarhamah Mariam meninggal dunia, anaknya iaitu Dayang Wasilah @Shila
telah dipelihara dan dibesarkan oleh Puan Rukizah (kakak kandung Allahyarhamah Mariam)
dan suaminya Encik Abdul Samat bin Lumbi. Mereka menjaga dan membesarkan Dayang
Wasilah @Shila dengan penuh kasih sayang seperti anak mereka sendiri sehingga ke hari ini.
Walaupun Allahyarhamah Mariam sudah lama meninggal dunia, namun suaminya Encik Abdul
Halim bin Osman (bapa kandung Dayang Wasilah @Shila) tidak berkahwin sehingga hari ini.
Kini Encik Abdul Halim menetap dan tinggal bersama keluarga Puan Rukizah di Kampung

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 71

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Tanjung Pagar, Sipitang. Encik Abdul Halim tidak mahu berpisah dan berjauhan dengan
anaknya yang dipelihara dan dijaga oleh Puan Rukizah.91

8. ISMAIL BIN SAPAR @MAIL

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Ismail dilahirkan pada tahun 1979 di
Kampung Tanjung Pagar, Sipitang dan merupakan anak bongsu kepada Allahyarhamah Jananah
dan Encik Sapar. Semasa allahyarhamah meninggal dunia pada 31 Oktober 1979, Encik Ismail
pada ketika itu baru sahaja berumur 6 bulan. Oleh kerana tiada yang menjaga Encik Ismail, dia
diserahkan untuk dipelihara dan dijaga oleh Allahyarhamah Hajah Mariam binti Burut
@Muharram dan suaminya, Tuan Haji Mamun bin Haji Shafie. Allahyarhamah Hajah
Mariam binti Burut @Muharram adalah adik ipar allahyarhamah dan juga adik kepada suami
allahyarhamah yang juga merupakan ibu saudara kepada Encik Ismail.92 Encik Ismail telah
berkahwin dengan Puan Nurhadijah binti Sul @Noey, daripada bangsa etnik Bugis yang berasal
daripada daerah Tawau.93

En. Ismail bin Sapar dan Pn. Nurhadijah binti Sul @Noey
Gambar 38 : Keluarga En. Ismail bin Sapar

Oleh kerana Encik Ismail dan isteri bekerja di daerah Beaufort, kini mereka tinggal di
Taman Arjuna, Beaufort. Namun sekiranya ada masa terluang setiap hujung minggu. Mereka kan
balik ke Sipitang dan tinggal bersama dengan kakaknya Puan Rukizah dan keluarga di Kampung
Tanjung Pagar, Sipitang. Puan Hajah Mariam binti Burut @Muharram dan Tuan Haji Mamun

91 Abdul Raup bin Sapar 72
92 Abdul Raup bin Sapar
93 Abdul Raup bin Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

bin Haji Shaffie yang memelihara dan membesarkan Encik Ismail, kedua-duanya sudah tiada dan
telah lama kembali kerahmatullah menemui penciptanya.94

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Haji Mamun bin Haji
Shaffie dan Allahyarhamah Hajah Mariam binti Burut @Muharram, semoga roh mereka
dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amiin....Yaa Rabbal ‟Alamiin.

MENGENALI ANAK TIRI ALLAHYARHAMAH JANANAH BINTI BURUT.

Allahyarhamah Jananah mempunyai 3 orang anak tiri hasil perkahwinan kali ke 2 suaminya,
Encik Sapar dengan Puan Hasrah binti Asan. Kesemua anak tiri allahyarhamah dilahirkan
selepas beberapa tahun allahyarhamah meninggal dunia. Ini kerana suami allahyarhamah hanya
berkahwin buat kali ke 2 selepas beberapa tahun allahyarhamah meninggal (1979) iaitu pada
tahun 1981.

Ketiga-tiga orang anak Encik Sapar melalui perkahwin kali ke 2 ini tidak mempunyai
sebarang hubungan kekeluargaan dari segi nasab keluarga dengan Allahyarhamah Jananah dan
juga Allahyarham Aki Burut dan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah. Namun dari segi hubungan
adik beradik, Puan Julianah, Puan Julina dan Puan Juliani adalah adik-beradik kandung
dengan Encik Abdul Raup @Maarof, Puan Rukizah, Puan Noraini, Allahyarham
Muhammad Ali, Puan Rosnani, Puan Rusmah @Salha, Allahyarhamah Mariam dan Encik
Ismail kerana ayah mereka adalah sama (Encik Sapar bin Burut) cuma berlainan ibu dan mereka
dari nasab keturunan keluarga Allahyarham Aki Burut bin Jambul dan Allahyarhamah
Yodu‟ Runang binti Ganturun dari nasab keluarga sebelah bapa. Allahyarham Aki Burut bin
Jambul dan Allahyarhamah Yodu‟ Runang binti Ganturun adalah ayah dan ibu kepada Encik
Sapar bin Burut dan juga ibu dan bapa mertua kepada Allahyarhamah Jananah binti Burut dan
Puan Hasrah binti Asan. . Kesemua anak Encik Sapar melalui perkahwinanya dengan
Allahyarhamah Jananah dan juga Puan Hasrah adalah cucu kepada Allahyarham Aki Burut bin
Jambul dan Allahyarhamah Yodu‟ Runang binti Ganturun

Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Burut bin Jambul dan
Allahyarhamah Yodu‟ Runang binti Ganturun, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin....Yaa Rabbal
‟Alamiin.

1. JULIANAH BINTI SAPAR @DAYANG.

Puan Julianah adalah anak perempuan sulung Encik Sapar hasil perkahwinan dengan isteri ke 2
iaitu Puan Hasrah binti Asan dan dilahirkan di Kampung Bangkalalak, Beaufort pada
22.08.1982. Dia berkahwin dengan Encik Bakrin bin Haji Puteh daripada bangsa etnik Brunei
yang berasal dari Kampung Menengah, Sipitang. Puan Julianah tidak bekerja dan menjadi suri
rumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan tiga orang anak, 2 orang anak perempuan dan
seorang anak lelaki iaitu Ery Erieanna @Kaci berumur 17 tahun dan Wilma Amyrozana Adriana

94 Ismail bin Sapar 73

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

@Adi berumur 13 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Pengiran Omar, Sipitang. Anak
bongsu mereka iaitu Zackhary Rycarl @Wawan berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Pekan Sipitang. Puan Julianah dan keluarga tinggal dan menetap di Kampung
Tanjung Pagar, Sipitang.95

Wilma Amyrozana Adriana @Adi, En. Bakrin, Zackhary Rycarl @Wawan
Ery Erieanna @Kaci,dan Pn. Julianah

Gambar 39 : Keluarga Pn. Julianah binti Sapar
2. JULINA BINTI SAPAR @AMING.
Puan Julina adalah anak ke 2 Encik Sapar hasil perkahwinannya dengan Puan Hasrah dan
dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada 05.02.1988. Dia berkahwin dengan Encik Majlon
bin Majudin @Sazlan daripada bangsa etnik Dusun yang berasal dari daerah Kota Merudu,
Sabah. Puan Julina bekerja sebagai Pekerja Am Kontrak Pembersihan di Sekolah Kebangsaan
Padang Berempah, Sipitang. Manakala suaminya berkerja di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA).

Pn. Julina, Ahmad Qarizh, En. Majlon @Sazlan dan Ahmad Quzaimi @Acai
Gambar 40 : Keluarga Pn. Julina binti Sapar

95 Julianah binti Sapar 74

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Ahmad Quzaimi @Acai berumur 9 tahun
dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang dan Ahmad Qarizh berumur 4 tahun dan
belum bersekolah. Puan Julina dan keluarga tinggal dan menetap di Kampung Tanjung Pagar,
Sipitang bersama kedua ibubapanya.96

3. JULIANI BINTI SAPAR @AMIT.

Puan Juliani adalah anak ke 3 dan bongsu Encik Sapar dan Puan Hasrah. Puan Juliani dilahirkan
di Kampung Bangkalalak, Sipitang pada 15.05.1989 dan berkahwin dengan Encik Abdul Ahmed
bin Yusop daripada bangsa etnik Bisaya yang berasal dari Kampung Bangkalalak, Beaufort.
Puan Juliani tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Manakala suaminya berkerja
sebagai anggota polis yang bertugas di Cawangan FRU (Pasukan Simpanan PersekutuanCheras),
Selangor . Mereka dikurniakan 2 orang anak perempuan iaitu Med Areejhanania @Nia berumur
7 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Ceupacs Cheras, Selangor dan Med
Khayla Irysha @Icha berumur 2 tahun dan belum bersekolah. Puan Juliani dan keluarga tinggal
di Kem Markas FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan). Cheras, Selangor .97

En. Abdul Ahmed, Med Areejhanania @Nia, Med Khayla Irysha @Icha, Pn. Juliani
Gambar 41 : Keluarga Pn. Juliani binti Sapar

Semasa penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat, Allahyarhamah Jananah binti Burut dan
suami, Encik Sapar bin Burut telah dikurniakan 13 orang cucu melalui perkahwinan anak-anak
mereka. Melalui perkahwinan Encik Sapar bin Burut kali ke 2 dengan Puan Hasrah binti Asan
mereka telah dikurniakan 7 orang cucu melalui perkahwinan anak-anak mereka. Semasa
penulisan ini dihasilkan pada tahun 2022 (Jun hingga Ogos), Allahyarhamah Jananah binti Burut
sudahpun meninggal dunia sejak 43 tahun yang lalu pada 31 Oktober 1979 kembali kepada
penciptanya. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Bonda Jananah
binti Burut. Amiin....Yaa Rabbal ‟Alamiin.

96 Julina binti Sapar 75
97 Juliani binti Sapar

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

BAB 4

ALLAHYARHAMAH TAUNYI BINTI BURUT @JUBAIDAH
(ANAK KE DUA)

Biodata dan kisah hidup Allahyarhamah Taunyi.

Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah adalah anak kedua kepada Aki Burut bin Tusoff
@Yusoff dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat dan dilahirkan pada 12 Januari 1950 di Kampung
Suasa, Beaufort. Allahyarhamah juga dikenali dengan nama „Jubaidah‟ di kalangan masyarakat
kampung.

Gambar 42 : Allahyarham Taunyi binti Burut @Jubaidah

Bagi menghargai jemputan Allahyarham Aki Taning atau dikenali juga ‟Unsu
Majuarah‟, Aki Burut membawa keluarganya termasuklah Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
berpindah dari Kampung Kesusu, Mesapol, Sipitang kembali berhijrah untuk menetap di
Kampung Manggis, Menumbok. Namun kakak sulung mereka iaitu Allahyarhamah Jananah
tidak mengikuti mereka berpindah. Ini kerana kakak mereka telahpun berkahwin pada ketika itu

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 76

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

dan tinggal bersama suami dan keluarga mertua di Kampung Tunggul Tinggi, Mesapol dan
kemudian berpindah dan menetap di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang sehingga ke akhir
hayatnya.98

Pendidikan Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah.

Kehidupan Allahyarham Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah pada ketika itu sangat susah dan mereka
kerap berpindah-randah merentas daerah dan kampung untuk bekerja bagi menyara keluarga,
menyebabkan Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah senasib dengan kakak sulungnya, mereka
berdua tidak mendapat pendidikan formal dan merasai alam persekolahan menyebabkan mereka
berdua buta huruf dan tidak boleh membaca sehingga ke akhir hayat mereka.

Perwatakan dan sifat Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah.

Menurut penulis bersama, Encik Ag. Damit anak kedua allahyarhamah, ketika hayatnya
ibu mereka seorang yang sangat prihatin kepada anak-anak, cucu-cucunya, serta adik-beradik
dan ahli keluarganya. Allahyarhamah seorang yang peramah, rajin, ringan tulang, penyayang,
suka membantu, penyabar dan seringkali menyertai setiap aktiviti-akitiviti yang diadakan di
kampung serta menghormati orang dan masyarakat sekeliling. Allahyarhamah juga sentiasa
menjaga hubungan baik dengan adik-beradiknya. Sekiranya tiada aral atau halangan,
allahyarhamah sentiasa menyantuni dan menghadiri setiap majlis perkahwinanan anak-anak
saudaranya dimana sahaja, walaupun berlainan kampung dan daerah.99

Majlis perkahwinan anak saudara (Penulis-Abdul Raup bin Sapar), anak kepada
Allahyarhamah Jananah binti Burut [kakak sulung] pada 12 Disember 1997

Gambar 43 : Menyantuni dan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara

98 Musah bin Burut @Bahrim 77
99 Ag.Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Perkahwinan Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dengan Encik Durahim bin Duamat.

Selepas berpindah dan menetap di Kampung Manggis, Menumbok, Allahyarhamah berkahwin
dengan Encik Durahim bin Duamat pada 14 Julai 1968 daripada bangsa etnik Bisaya yang
berasal daripada Kampung Padas Damit, Beaufort. Majlis perkahwinan mereka dibuat di
Kampung Manggis, Menumbok. Majlis perkahwinan ini dijalankan selepas satu minggu kakak
sulungnya, Allahyarhamah Jananah melahirkan anak pertamanya iaitu Encik Abdul Raup bin
Sapar atau lebih dikenali dengan panggilan „Maarof‟ yang lahir di Kampung Manggis,
Menumbok.100

Selepas berkahwin, Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah kemudiannya berpindah
mengikuti suaminya ke Kampung Melikai, Menumbok. Allahyarhamah menetap di sana
sehingga ke akhir hayatnya.101

En. Durahim bin Duamat Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah

Gambar 44 : En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi binti Burut

@Jubaidah

Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dan suami telah dikurniakan 3 orang anak lelaki dan 5
orang anak perempuan. Anak-anak allahyarhamah ialah Puan Jijah, Encik Ag. Damit, Puan
Kertini, Encik Mohamad @Sudin, Puan Raimie, Puan Ani, Encik Ag. Azmil dan Puan
Mimie. Kesemua anak-anak allahyarhamah telah berkahwin. Allahyarhamah juga dikenali
dengan panggilan „Indu Jijah‟, sempena nama anak sulungnya iaitu Jijah.

Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah meninggal dunia.

Allahyarhamah meninggal dunia pada 04 Mei 2021 hari selasa jam 9.35 malam di
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada usia 71 tahun. Sebelum meninggal,
allahyarhamah pernah beberapa kali dimasukkan di hospital kerana disebabkan penyakit yang
dihidapinya iaitu penyakit kanser tiroid @Orthostatic Pneumonia. Penyakit yang menjadi

100 Sapar bin Burut 78
101 Ag. Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

punca kematiannya seperti yang disahkan oleh doktor. Sebelum meninggal dunia, allahyarhamah
telah kehilangan suara untuk berkomunikasi kerana disebabkan peti suaranya telah rosak akibat
penyakit kanser tiroid. Oleh sebab itu dia terpaksa menggunakan isyarat tangan apabila
berkomunikasi dengan anak-anaknya dan ahli keluarga serta orang yang datang bertandang
melawat kerumahnya.102

Penyakit kanser tiroid @Orthostatic Pneumonia yang dihidapi oleh allahyarhamah
telah dikesan pada tahun 2017 tahap 3. Allahyarhamah bertarung nyawa melawan penyakit
tersebut selama 4 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Allahyarhamah juga telah melakukan
pembedahan menebuk lubang di lehernya sebagai alternatif pernafasan kedua selain hidung pada
17 Julai 2017 serta menjalani rawatan kimoterapi. Selepas menjalani pembedahan tersebut,
allahyarhamah tidak lagi boleh mengeluarkan suara sehingga ke akhir hayatnya.103

Gambar 45 : Sijil Mati Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah

Batu Nisan
Gambar 46 : Makam persemadiaan Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah

102 Ag. Damit bin Durahim 79
103 Ag. Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Allahyarhamah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Manggis,
Menumbok. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Taunyi binti Burut
@Jubaidah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Aminn....Yaa Rabbal‟Alamiin.

Keadaan kesihatan Encik Durahim bin Duamat.

Semasa penulisan pengkisahan ini dibuat, Encik Durahim bin Duamat suami allahyarhamah
terlantar sakit kerana diserang penyakit angin ahmar atau stroke dan beliau telah menjalani
pembedahan di kepala. Kini beliau tinggal bersama-sama anak lelakinya, Encik Ag. Damit.
Encik Ag. Damit dan ahli keluarga serta adik-beradiknya yang tinggal berhampiran dengan
rumahnya bersama-sama membantu menjaga, mengurus dan memantau setiap masa keadaan
kesihatan Encik Durahim.104

Encik Durahim kini berusia 71 tahun. Walaupun ada beberapa orang anak beliau tinggal
berjauhan dan menetap di daerah lain atas kometmen kerja dan tempat bekerja, namun apabila
masa cuti umum atau cuti setiap hujung minggu, mereka dan keluarga juga akan balik ke
kampung melawat ayah mereka yang sedang sakit.105

En. Bongsu bin Pungut, WKAN iaitu mantan Ketua Kg. Melikai, Menumbok
melawat dan menziarah En. Durahim bin Duamat yang terlantar sakit
Gambar 47 : Keadan En. Durahim bin Duamat

104 Ag. Damit bin Durahim 80
105 Ag. Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

En. Durahim bin Duamat sedang menjalani rawatan terapi dirumah
Gambar 48 : En. Durahim bin Duamat

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga keadaan kesihatan Encik Durahim bin
Duamat akan pulih dan beliau kembali sihat seperti dahulu dan dipermudahkan segala
urusannya. Amiin.....Yaa Rabbal „Alamin.

Anak-anak En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi binti
Burut @Jubaidah

Durahim bin Duamat + Taunyi binti Burut @Jubaidah

Jijah Ag. Damit Kertini Mohamad Raimie Ani Ag. Azmil Mimi

Carta 6 : Anak-anak En. Durahim bin Duamat dan allahyarhamah Taunyi binti Burut
@Jubaidah

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 81

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Anak-anak En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi binti
Burut @Jubaidah

Pn. Jijah binti Durahim En. Ag. Damit bin Durahim Pn. Kertini binti Durahim

En. Mohamad bin Durahim Pn. Raimie binti Durahim Pn. Ani binti Durahim
@Sudin

En. Ag.Azmil bin Durahim Pn. Mimie binti Durahim

Gambar 49 : Anak-anak En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi binti Burut
@Jubaidah

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 82

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Anak menantu En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi binti
Burut @Jubaidah

En. Mohd. Zamri bin Sulaiman En. Johny bin Esa Pn. Lorah binti Sakudat
[Bekas Suami pertama]
Pn. Jijah binti Durahim [Suami kedua] [Isteri En. Ag. Damit bin Durahim]

Pn. Jijah binti Durahim

En. Bongsu bin Abdullah En. Danniel Haffenden Pn. Nor Bayani binti Muhidin
[Bekas Suami pertama]
Pn. Kertini binti Durahim [Suami kedua] [Isteri En. Mohamad bin Durahim]

Pn. Kertini binti Durahim @Sudin

En. Matjin bin Tamin En. Mohd. Azman bin Gull Pn. Salinah binti Ahmad

[Suami Pn. Raimie binti Durahim] [Suami Pn.Ani binti Durahim] [Isteri EnAg Azmil Durahim]

En. Mohd. Firdaus bin Abdul Rahman
[Suami Pn. Mimie binti Durahim]

Gambar 50 : Anak-anak Menantu En. Durahim bin Duamat dan Allahyarhamah Taunyi
binti Burut @Jubaidah

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 83

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

MENGENALI WARIS [ CUCU DAN CICIT ] AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF DAN
YODU‟ RUGIAH BINTI LAMAT DARI NASAB KELUARGA ENCIK DURAHIM BIN
DUAMAT DAN ALLAHYARHAMAH TAUNYI BINTI BURUT @JUBAIDAH.

1. JIJAH BINTI DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Puan Jijah adalah anak sulung Allahyarhamah
Taunyi @Jubaidah dan Encik Durahim yang dilahirkan pada 14.07.1969 di Kampung Melikai,
Menumbok. Puan Jijah telah berkahwin sebanyak 2 kali. Suami pertamanya bernama Encik
Mohd. Zamri bin Sulaiman berbangsa dari etnik Brunei yang berasal dari Negara Brunei
Darusalam. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Nur
Masmunirah. Nur Masmunirah adalah cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Namun perkahwinan
Puan Jijah tidak kekal lama dan telah bercerai dengan suami pertamanya.106

Kemudian Puan Jijah berkahwin lagi kali kedua dengan En. Johny bin Esa berbangsa
dari etnik Kayan yang berasal daripada Negeri Sarawak. Daripada perkahwinan tersebut, mereka
telah dikurniakan 5 orang anak, 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan iaitu Muhamad
Kamaludin, Norliana, Muhamad Fazlay, Norhaslina, dan Normasjulina Sari. Mereka adalah cicit
kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal dan menetap di Kota Kinabalu.107

Norliana, Norhaslina, Mohd. Fazlay, Muhamad Kamaludin
Normasjulina, Pn. Jijah binti Durahim dan En. Johny bin Esa

Gambar 51 : Keluarga Pn. Jijah binti Durahim

2. AG. DAMIT BIN DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke dua Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dan
Encik Durahim iaitu Encik Ag. Damit dilahirkan pada tahun 1971 di Kampung Manggis,
Menumbok. Beliau berkahwin dengan Puan Lorah binti Sakudat dari etnik campuran Rungus
dan Dusun yang berasal dari Kampung Tagumamal Darat, Kudat. Encik Ag. Damit lebih

106 Jijah binti Durahim 84
107 Jijah binti Durahimr

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

dikenali dengan panggilan „Cikgu Awang‟ di kalangan kawan-kawan dan masyarakat kampung.
Dia bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Lambidan, Menumbok, Kuala Penyu
dan memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Encik Ag. Damit adalah
lulusan lepasan Maktab Perguruan Kent, Tuaran dan juga graduan lepasan Universiti Terbuka
Malaysia (OPEN University) . Sebelum bertugas di Sekolah Kebangsaan Lambidan, Menumbok
beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Kudat dan Tuaran.108

Isteri Encik Ag. Damit tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Mereka
dikurniakan 6 orang anak, 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan iaitu Muhamad
Syahrul Nizam, Muhd. Azrul, Nursyafigah, Nuryazafiqah, Nur Arrieana dan Reane Clarissa.
Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal dan menetap di
Kampung Melikai, Menumbok.109

Encik Ag. Damit memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Melikai,
Menumbok dari darjah 1 sehingga darjah 6 pada tahun 1978 sehingga tahun 1983. Kemudian
meneruskan persekolahan peringkat sekolah menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3
pada tahun 1984 sehingga tahun 1986 di Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok. Manakala
tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kayul, Kuala Penyu pada tahun 1987 sehingga 1988.
Selepas itu melanjutkan persekolahan ke Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Beaufort pada tahun 1989 sehingga 1990.110

Gambar kenangan Majlis Perkahwinan En. Ag. Damit bin Durahim dan Pn. Lorah Sakudat
Gambar 52 : En. Ag. Damit bin Durahim dan Pn. Lorah Sakudat

108 Ag. Damit bin Durahim 85
109 Ag. Damit bin Durahim
110 Ag. Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Pada tahun 1992 sehingga 1995 , Encik Ag. Damit mengikuti kursus perguruan di
Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah. Setelah tamat mengikuti kursus perguruan selama 3
tahun, Encik Ag. Damit diberi penempatan (posting) pertama tempat bertugas di Sekolah
Kebangsaan Lampaki, Kudat. Beliau bertugas di sekolah tersebut selama 5 tahun iaitu mulai
tahun 1995 sehingga tahun 2000. Encik Ag. Damit kemudian dilantik menjadi Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum pada tahun 1996 sehingga tahun 2000 di sekolah yang sama.111

Pada tahun 2000 Encik Ag. Damit berpindah bertugas ke daerah Tuaran iaitu di Sekolah
Kebangsaan Laya-laya, Tuaran sehingga tahun 2015. Selepas itu beliau berpindah lagi tempat
bertugas ke daerah Kuala Penyu iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Pekan Kuala
Penyu tahun 2015 sehingga tahun 2016. Mulai Tahun 2016 sehingga sekarang, Encik Ag. Damit
bertugas di Sekolah Kebangsaan Lambidan, Menumbok, Kuala Penyu. Beliau dilantik menjadi
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum pada tahun 2018 sehingga sekarang.112 Encik Ag. Damit
juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Terbuka
Malaysia (Open University) secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan dianugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Maklumat. 113

Mohd. Syahrul Nizam Mohd. Azrul

Reane Clarissa, Nursyafiqah, Nur Arieanna, Nursyazafiqah
Gambar 53 : Anak-anak En. Ag. Damit bin Durahim dan Pn. Lorah Sakudat

111 Ag. Damit bin Durahim 86
112 Ag. Damit bin Durahim
113 Ag. Damit bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Disamping menjadi guru, Encik Ag. Damit juga aktif dalam aktiviti luar sekolah. Malah
beliau telah diberi tugasan dan kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatan penting sama ada
di peringkat sekolah atau kampung. Antara beberapa jawatan yang disandang seperti Timbalan
Pengerusi Sekolah Agama KAFA Kampung Melikai, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Agama
Islam Negeri Sabah (USIA), Cawangan Kampung Melikai, Setiausaha KRT Kampung Melikai,
Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan
Menumbok bagi tahun 2018 sehingga tahun 2021, Ahli Seumur Hidup Persatuan Bisaya Bersatu
Sabah (PBBS), Setiausaha Masjid Nur Ikhwan, Kampung Melikai, Menumbok. Selain itu Encik
Ag. Damit juga pernah dilantik sebagai Kerani Pendaftaran Pengundi PRU ADUN dan Parlimen
semasa PRU ke 13 dan juga Timbalan Pegawai Pengiraan UNDI PRU ke 14 bagi Pusat Daerah
Mengundi Kampung Iranun, Kuala Penyu.114

3. KERTINI BINTI DURAHIM @TINI.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke tiga Allahyarhamah Taunyi @ Jubaidah dan
Encik Durahim iaitu Puan Kertini dilahirkan pada tahun 1972 di Kampung Melikai, Menumbok.
Puan Kertini telah berkahwin sebanyak 2 kali. Suami pertama Puan Kertini ialah Encik Bongsu
bin Abdullah, daripada bangsa etnik Bajau yang berasal dari daerah Tuaran. Mereka dikurniakan
seorang anak lelaki iaitu Abdul Sufiqri yang juga merupakan cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.
Namun perkahwinan tersebut tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai.115

En. Bongsu bin Abdullah dan Pn. Kerini binti Durahim
Gambar 54 : Pn. Kertini binti Durahim dan bekas suami pertamanya

Setelah beberapa tahun bercerai, Puan Kertini berkahwin lagi kali kedua dengan Encik
Danniel Haffenden, berbangsa Uresen yang berasal dari Kampung Bukit Kalam, Wilayah
Persekutuan Labuan. Perkahwinan kali kedua kekal sehingga ke hari ini dan mereka masih
belum dikurniakan anak. Puan Kertini bekerja sebagai Pekerja Pembersihan (Cleaner) di
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Manakala suami Puan Kertini bertugas sebagai Ketua

114 Ag.Damit bin Durahim 87
115 Kertini binti Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Pembersihan di hospital tersebut. Kini mereka tinggal dan menetap di Kampung Kopongit, Kota
Kinabalu.116

En. Daniel Haffenden dan Pn. Kertini binti Durahim
Gambar 55 : Pn. Kertini binti Durahim dan suami ke dua

Abdul Sufiqri bin Bongsu dan Pn. Kertini binti Durahim
[ Anak tiri En. Daniel Haffenden]

Gambar 56 : Pn. Kertini binti Durahim dan anaknya

4. MOHAMAD BIN DURAHIM @SUDIN.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak keempat Allahyarhamah Taunyi@Jubaidah
dan Encik Durahim iaitu Encik Mohamad atau dikenali juga dengan panggilan nama „Sudin‟
dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga. Beliau dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung
Manggis, Menumbok. Beliau telah berkahwin dengani Puan Nor Bayani binti Muhidin
berbangsa dari etnik Dusun yang berasal dari Kampung Kalangsad, Ranau. Encik Mohamad
@Sudin bekerja di Mercure, Kota Kinabalu, Sabah manakala isterinya surirumah sepenuh masa.

116 Kertini binti Durahim 88

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Mereka dikurniakan 4 orang anak perempuan iaitu Nur Qurtuin, Nur Hibah, Nur Repipah dan
Nur Suhadah. Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal
dan menetap di daerah Ranau. 117

En. Mohamad bin Durahim @Sudin, Nur Suhadah, Nur Repipah,
Nur Hibah dan Nur Quetuin

Gambar 57 : Keluarga En. Mohamad bin Durahim @Sudin

En. Muhamad bin Durahim @Sudin dan isteri, Pn. Nor Bayani binti Muhidin
Gambar 58 : En. Mohamad bin Durahim dan Pn. Nor Bayani binti Muhidin

5. RAIMIE BINTI DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke lima Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah dan
Encik Durahim iaitu Puan Raimie telah dilahirkan pada tahun 1976 di Kampung Melikai,
Menumbok. Dia telah berkahwin dengan Encik Matjin bin Tamin berbangsa dari etnik Bisaya
yang berasal dari Kampung Gerama, Beaufort. Puan Raimie tidak bekerja dan menjadi
surirumah sepenuh masa, manakala suaminya bekerja sebagai nelayan. Mereka dikurniakan 4
orang anak perempuan iaitu Nur Maizurah, Siti Nur Edorah, Noratikah dan Nur Najua Imani.

117 Mohamad bin Durahim@Suudin 89

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka menetap dan tinggal
berdekatan dengan rumah ayahnya di Kampung Melikai, Menumbok.118

Nur Najua Imani, Noratikah, Siti Nur Edorah, Nur Maizurah
En. Matjin bin Tamin dan Pn. Raimie binti Durahim
Gambar 59 : Keluarga Pn. Raimie binti Durahim

6. ANI BINTI DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟Rugiah. Anak ke enam Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
dan Encik Durahim iaitu Puan Ani dilahirkan pada tahun 1978 di Kampung Melikai,
Menumbok. Puan Ani telah berkahwin dengan Encik Mohd. Azman bin Gull, dari pada etnik
Dusun Tutong yang berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. Suami Puan Ani bekerja sebagai
IT Executive di salah sebuah syarikat di daerah Labuan, manakala Puan Ani hanya sebagai suri
rumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan 3 orang anak, 2 orang anak perempuan dan seorang
anak lelaki iaitu Nurmaisarah, Nurqaisarah dan Mohd. Yusof Rayan. Mereka adalah cicit kepada
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal dan menetap di Kampung Melikai,
Menumbok.119

Sebelum ini, Puan Ani pernah bekerja di Syarikat Lion Group iaitu Parkson Corporation
Sendirian Berhad, Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan. Semasa berkerja di syarikat
tersebut, Puan Ani pernah memegang jawatan sebagai salah seorang ahli eksekutif. Namun
setelah beberapa tahun bekerja, Puan Ani mengambilkeputusan untukberhenti bekerja kerana
ingin menumpukan perhatian dan komitmen sepenuhnya terhadap keluarga dan anak-anaknya.120

118 Raimie binti Durahim 90
119 Ani binti Durahim
120 Ani binti Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Nurmaisarah, Mohd. Yusof Rayan, Pn. Ani binti Durahim, Nurqaisarah dan
En. Mohd. Azman bin Gull

Gambar 60 : Keluarga Pn. Ani binti Durahim

7. AG. AZMIL BIN DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ketujuh Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
dan Encik Durahim iaitu Encik Ag. Azmil dilahirkan pada tahun 1987 di Kampung Melikai,
Menumbok. Beliau telah berkahwin dengan Puan Salinah binti Ahmad dari bangsa etnik Bajau
yang berasal dari Kampung Giling, Tuaran. Encik Ag. Azmil bekerja di salah sebuah sebuah
syarikat iaitu QSR Trading Sdn. Bhd (KFC Sabah) sebagai Senior Supervisior Warehouse.
Manakala isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki,
iaitu Muhammad Asraf dan Muhammad Haziq. Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah. Encik Ag. Azmil dan keluarga kini tinggal di Kampung Giling, Tuaran.121

Pn. Salinah binti Ahmad dan En. Ag. Azmil bin Durahim 91
Mohd. Haziq, Mohd. Asraf

Gambar 61 : Keluarga En. Ag. Azmil bin Durahim

121 Ag. Azmil bin Durahim

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

8. MIMIE BINTI DURAHIM.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak bongsu Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah
dan Encik Durahim iaitu Puan Mimie telah dilahirkan pada 07 Februari 1991 di Kampung
Melikai, Menumbok. Puan Mimie telah berkahwin dengan Encik Mohd. Firdaus bin Abdul
Rahman, berbangsa Melayu dan berasal dari Negeri Johor. Encik Mohd. Firdaus bekerja sebagai
Pembantu Tadbir manakala isterinya, Puan Mimie tidak berkerja dan menjadi suri rumah
sepenuh masa. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Medina. Nur Medina
adalah cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka menetap dan tinggal di Tongkang Pecah,
Johor Baharu.122

En. Mohd. Firdaus bin Abdul Rahman, Nur Medina dan Pn. Mimie binti Durahim
Gambar 62 : Keluarga Pn. Mimie binti Durahim

Ketika penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat, Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah
dan suaminya Encik Durahim bin Duamat telah dikurniakan 27 orang cucu melalui
perkahwinan anak-anak mereka. Penulisan ini dihasilkan pada tahun 2022 (Jun hingga Ogos),
setelah setahun allahyarhamah meninggal dunia pada 04 Mei 2021 kembali kepada penciptanya.
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Bonda Taunyi binti Burut
@Jubaidah. Amiin....Yaa Rabbal ‟Alamiin.

122 Mimie binti Durahim 92

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

BAB 5

ENCIK JUSI BIN BURUT
(ANAK KE TIGA)

Biodata dan Kisah hidup Encik Jusi.

Encik. Jusi bin Burut adalah anak ke tiga Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti
Lamat. Beliau dilahirkan pada 03 Mei 1951 di Kampung Suasa, Beaufort. Kini beliau berusia 71
tahun. Ibunya meninggal dunia pada 06 April 1973 semasa dia berumur 22 tahun. Manakala
ayahnya pula meninggal dunia pada 04 Mei 1978, ketika itu dia berusia 27 tahun. Sebelum itu
dia telah kehilangan adik bongsunya iaitu Allahyarhamah Rohana yang telah meninggal dunia
pada bulan November 1972 ketika masih kecil.

Bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan
Gambar 63 : Salinan Kad Pengenalan lama En. Jusi bin Burut

Semasa ayahnya meninggal dunia pada tahun 1978, ketika itu beliau bertugas sebagai
anggota polis berpangkat konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud, Sabah. Sebaik
sahaja menerima berita mengenai kematian ayahnya, beliau bergegas balik ke Kampung
Manggis, Menumbok. Apabila sahaja sampai di Kampung Manggis, Menumbok, jenazah
ayahnya ketika itu sedang dimandikan. Beliau sempat menyaksikan jenazah arwah ayahnya

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 93

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

dimandikan, dikafan dan disembahyangkan. Beliau juga ikut bersama menghantar jenazah ke
Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Manggis, Menumbok untuk dikebumikan.123

Pendidikan Encik Jusi.

Encik Jusi memulakan alam persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Mesapol, Sipitang
pada tahun 1963 sehingga tahun 1966 dari iaitu darjah 1 sehingga darjah 4. Apabila Aki Burut
mengambil keputusan membawa keluarganya berpindah balik dan menetap semula di Kampung
Manggis, Menumbok menyebabkan persekolahannya tertangguh setahun. Setelah berpindah di
Kampung Manggis, Menumbok, beliau menyambung semula persekolahannya di Sekolah
Rendah Kebangsaan Melikai, Menumbok pada tahun 1968 dalam darjah 5 sehingga tamat
darjah 6 pada tahun 1969. Selepas tamat persekolahan sekolah rendah, beliau menyambung
persekolahannya ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok pada tahun
1970.124

Sarjan Jusi bin Burut ketika bertugas dalam PDRM [15 Mei 1975 – 03 Mei 2007]
Gambar 64 : Sarjan Jusi bin Burut

123 Jusi bin Burut 94
124 Jusi bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Pekerjaan Encik Jusi.
Encik Jusi memulakan kerjaya sebagai penjawat awam dengan menyertai pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM). Beliau telah terpilih untuk mengikuti latihan polis di Pusat Latihan Polis
(PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 21 Mac 1974. 125 Selepas tamat latihan di
PULAPOL, beliau ditempatkan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud pada 15 Mei
1975 sehingga 31 Jun 1996. Selepas itu beliau ditukarkan ke Balai Polis Kota Kinabalu, Ibu
Pejabat Polis Daerah Karamunsing sehingga bersara wajib pada 03 Mei 2007. Beliau bertugas
sebagai konstabel dan dinaikan pangkat Kopral pada 1 April 1983. Selepas itu beliau dinaikan
pangkat Sarjan sebelum beliau bersara. Beliau telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 32
tahun.126

Gambar diambil semasa bertugas di Balai Polis, Kota Belud, dipostingkan selepas
tamat latihan asas polis di PULAPOL pada tahun 1975
Gambar 65 : Konstabel Jusi bin Burut

Gambar 66 : Kopral Jusi bin Burut 95

125 Jusi bin Burut
126 Jusi bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Encik Jusi menerima Pingat JASA PAHLAWAN NEGARA PDRM.

Atas kometmen, sumbangan dan bakti beliau kepada negara selama berkhidmat dalam
perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau telah dianugerahkan Pingat JASA
PAHLAWAN NEGARA yang disampaikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun
Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin pada 10 November
2019.127

En. Jusi bin Burut sedang disematkan Pingat JASA PAHLAWAN NEGARA
Gambar 67 : En. Jusi bin Burut menerima pingat JASA PAHLAWAN NEGARA

POLIS DIRAJA MALAYSIA, KONTINGEN SABAH
dari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.
Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin

Dewan Tun Sakaran, Tabung Haji Kota Kinabalu

19 November 2019

127 Jusi bin Burut 96

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Seluruh keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah sangat berbangga dengan penganugerahan Pingat
JASA PAHLAWAN NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA. Ucapan syabas dan tahniah
kepada mantan Sarjan Jusi bin Burut.

Kad Pesara PDRM
Gambar 68 : Kad Pesara PDRM En. Jusi bin Burut

En. Jusi bin Burut selepas menerima Pingat JASA PAHLAWAN NEGARA 97
Gambar 69 : En. Jusi bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Perkahwinan Encik Jusi dengan Puan Samudah binti Nari @Asmahyati binti Abdullah
.
Encik Jusi bin Burut telah bertemu jodoh dan berkahwin dengan Puan Samudah binti Nari
@Asmahyati binti Abdullah daripada bangsa etnik dusun yang berasal dari Kota Belud pada 02
November 1977. Majlis perkahwinan mereka diadakan di Kampung Tamu Darat, Kota
Belud, Sabah iaitu di kampung isteri beliau. Kini isterinya Puan Asmahyati binti Abdullah
berusia 62 tahun.128

MajlisPerkahwinan En. Jusi dan Pn. Asmahyanti pada 02 November 1977
Gambar 70 : Majlis Perkahwinan En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyanti binti Abdullah

Bergambar selepas selesai Majlis Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara
Gambar 71 : En. Jusi bin Burut dan isteri, Pn. Asmahyati binti Abdullah

128 Jusi bin Burut 98

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Encik Jusi bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan.

Selepas bersara dari kerjaya polis, beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Kota
Kinabalu. Kini beliau dan keluarga tinggal dan menetap di Resort Apartment Melinsung Summer
Bay, Papar.129 Hasil perkahwinan Encik Jusi bin Burut dengan Puan Asmahyati binti Abdullah,
mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan iaitu
Puan Chendramawarti, Puan Noor Ashikin, Encik Mohd. Khairul dan Encik Mohd. Alif.130

Anak-anak En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyati binti Abdullah

Jusi bin Burut + Asmahyati binti Abdullah

Chendramawarti Noor Ashikin Mohd Khairul Mohd Alif

Carta 7 : Anak-anak En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyati binti Abdullah

Anak-anak En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyanti binti Abdullah

Pn. Chendramawarti Pn. Noor Ashikin En. Mohd. Khairul En. Mohd. Alif

binti Jusi binti Jusi bin Jusi bin Jusi

Gambar 71 : Anak-anak En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyanti binti Abdullah

Anak menantu En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyanti binti Abdullah

En. Ali Hassan bin Kassim En. Adam Iskandar Kongi Abdullah @Rocky Kongi

[Suami Pn. Chendramawarti binti Jusi] [Suami Pn. Noor Ashikin binti Jusi]

Gambar 72 : Menantu En. Jusi bin Burut dan Pn. Asmahyanti binti Abdullah

129 Jusi bin Burut 99
130 Jusi bin Burut

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim

Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris

2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut

Perwatakan dan sifat Encik Jusi.

Penulis juga telah berusaha untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang perwatakan
Encik Jusi daripada keluarganya yang lebih mengenali beliau. Menurut anak sulungnya Puan
Chendramawarti, ayahnya seorang yang sentiasa berperwatakan serious dan kelihatan garang.
Ini disebabkan ayahnya pernah bertugas sebagai seorang anggota polis yang sentiasa patuh
kepada arahan dan penerapan disiplin yang kuat. Namun bagi Puan Chendramawarti, ayahnya
adalah seorang bapa yang sangat penyayang kepada anak-anak, cucu-cucu dan ahli keluarganya.
Malah ayahnya seorang yang suka memberi nasihat. Baginya ayahnya seorang yang sangat
mementingkan keluarga, bertanggungjawab, seorang yang berdisiplin, menepati masa, peramah,
pemurah dan suka belanja kawan.-kawannya. Mungkin ramai juga yang tidak mengetahui
ayahnya sememangnya suka berjenaka.131

MENGENALI WARIS–WARIS [ CUCU DAN CICIT ] AKI BURUT BIN TUSOF
@YUSOF DAN YODU‟ RUGIAH BINTI LAMAT DARI NASAB KELUARGA ENCIK
JUSI BIN BURUT DAN PUAN ASMAHYATI BINTI ABDULLAH.

Chendramawarti, Mohd. Alif, Mohd. Khairul. Noor Ashikin,
Pn. Asmahyati binti Abdullah dan En. Jusi bin Burut,
Gambar 73 : Keluarga En. Jusi bin Burut

1. CHENDRAMAWARTI BINTI JUSI.

Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Puan Chendramawarti adalah anak sulung kepada
Encik Jusi dan Puan Asmahyati dan dilahirkan pada 26 Mac 1978 di Hospital Besar, Kota Belud.
Puan Chendramawarti telah berkahwin dengan Encik Ali Hassan bin Kassim berbangsa dari
etnik Brunei yang berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Puan Chendramawarti tidak
berkerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.132

131 Chendramawarti binti Jusi 100
132 Chendramawarti binti Jusi

Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim


Click to View FlipBook Version