Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Muhammed Shafiq Hai‟Qal, Muhammed Syahqir Qhu‟Laif,Muhammed Areeq Uzair dan
Aryssa Alya Qaisara, Pn. Chendramawarti binti Jusi, En. Ali Hassan bin Kassim
Gambar 74 : Keluarga Pn. Chendramawarti binti Jusi
Suami Puan Chendramawarti bertugas sebagai seorang anggota polis dalam Pasukan
Polis Marin di daerah Kudat. Daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan 4 orang
anak, 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Muhammed Shafiq Hai‟Qal,
Muhammed Syahqir Qhu‟Laif, Muhammed Areeq Uzair dan Aryssa Alya Qaisara. Mereka
adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal dan menetap di Taman
Perumahan Pengalat Besar, Papar.133
2. NOOR ASHIKIN BINTI JUSI.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak kedua kepada Encik Jusi dan Puan. Asmahyati
dan dilahirkan pada 31 Disember 1981 di Hospital Besar, Kota Belud. Puan Noor Ashikin telah
berkahwin dengan Encik Adam Iskandar Kongi Abdullah @Rocky Kongi daripada bangsa etnik
Kadazan yang berasal daripada Kampung Nosob, Penampang. Puan Noor Ashikin bekerja di
salah sebuah syarikat swasta. Daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan 3 orang
anak lelaki iaitu Carliff Rayan Rocky dan sepasang kembar, Cardiff Micqaell Rocky dan Cardiff
Nicqaell Rocky. Mereka adalah cicit kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal
dan menetap di Kampung Nosob, Penampang.134
133 Jusi bin Burut 101
134 Jusi bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Cardiff Micqaell Rocky, En. Adam Iskandar Kongi Abdullah, Carliff Rayan Rocky ,
Pn. Noor Ashikin binti Jusi, Cardiff Nicqaell Rocky
Gambar 75: Keluarga Pn. Noor Ashikin binti Jusi
3. MOHD. KHAIRUL BIN JUSI.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ketiga kepada Encik Jusi dan Puan Asmahyati.
Beliau dilahirkan pada 18 September 1984 di Hospital Besar, Kota Belud. Encik Mohd. Khairul
berkerja di salah sebuah agensi swasta, masih bujang dan tinggal bersama dengan ibubapanya.
4. MOHD. ALIF BIN JUSI.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak keempat dan bongsu kepada Encik Jusi dan
Puan Asmahyati. Beliau dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 27 Julai
1993. Encik Mohd. Alif bekerja di salah sebuah agensi swasta, masih bujang dan tinggal
bersama dengan ibubapanya.
Gambar 76 : En. Mohd. Alif bin Jusi dan En. Mohd. Khairul bin Jusi
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 102
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
„Air dicincang tak akan putus‟ dan „Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum
juga‟, suatu keadaan yang mengambarkan perhubungan akrab, khususnya antara keluarga yang
terpisah jauh, walau dimana sahaja mereka berada, hubungan kekeluargaan tetap dipelihara.
Kita semua mengetahui, salah seorang adik Allahyarham Aki Burut iaitu Allahyarham
Aki Hj. Latam bin Tusof @Yusof yang juga dikenali dengan nama „Hj. Ag. Payak bin Ag.
Chuchu‟ telah berhijrah ke Negara Brunei Darussalam, berkahwin dan mempunyai keluarga di
sana. Bagi merapatkan dan mengeratkan perhubungan kekeluargaan ini supaya tidak terputus,
dua orang anak Allahyarham Aki Burut iaitu Encik Jusi dan Encik Jusah bersama keluarga
telah berkunjung ke Negara Brunei Darussalam bagi melawat dan menziarahi bapa saudara
mereka di sana iaitu Aki Hj. Latam @Pudin yang menetap di Kampung Momong, Kuala
Belait, Negara Brunei Darussalam. Mereka berada dan tinggal di Negara Brunei Darussalam
selama 2 minggu iaitu mulai 04 sehingga 18 November 1991 dan tinggal di rumah bapa
saudara mereka135
Kunjungan Encik Jusi dan Encik Jusah bersama keluarga ke Negara Brunei Darusalam
telah mengeratkan dan merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan antara mereka dengan bapa
saudara mereka sendiri yang sudah sekian lama terputus hubungan, bertanyakan khabar dan juga
dapat mengenali dengan lebih dekat anak-anak, cucu, cicit serta ahli keluarga Allahyarham Aki
Latam @Pudin di Negara Brunei Darussalam supaya hubungan kekeluargaan ini tidak terputus
ditelan zaman mengikut peredaran masa dan terus kekal sepanjang zaman.
Posisi duduk : Aki Hj. Latam @Pudin, Pn. Hajijah Binti Balak [Isteri] dan ibu mertua
Aki Hj. Latam @Pudin
Posisi berdiri : En. Jusah bin Burut, Mohd khairul bin Jusi, Chendramawarti binti Jusi, anak
angkat Aki Hj Latam @Pudin, Pn. Asmahyati binti Abdullah [Isteri En. Jusi]
Noor Ashikin binti Jusi dan Pn. Aminah binti Masi
Gambar 77 : En. Jusah, isteri dan anak-anak En. Jusi bersama Allahyarham Aki Hj.
Latam @Pudin dan keluarga
135 Jusi bin Burut 103
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Chendramawarti binti Jusi, Noor Ashikin binti Jusi, Mohd Khairul bin Jusi, Pn. Asmahyati
binti Abdullah [Isteri En. Jusi], Aki Hj. Latam @Pudin dan En. Jusi bin Burut
Gambar 78 : Kenangan En. Jusi bin Burut dan keluarga bersama allahyarham Aki Hj.
Latam bin Tusof @Yusof [Hj. Ag. Payak bin Ag. Chuchu] pada 06 November 1991
di Kg. Momong, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam
Aki Hj. Latam @Pudin bin Tusof @Yusof [Hj. Ag. Payak bin Ag.Chuchu] meninggal
dunia pada 16 Disember 2006 ketika berusia 74 tahun, di Suri Seri Begawan Hospital,
Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam dan di kebumikan di Kuala Belait, Negara Brunei
Darussalam. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarham Aki Hj. Latam bin
Tusof @Yusof [Hj. Ag. Payak bin Ag. Chuchu] , semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...Yaa
Rabbal‟Alamin.
En. Jusi bin Burut dan keluarga bersama En. Musah bin Burut @Bahrim berkunjung ke rumah
anak saudara, iaitu Pn. Rukizah binti Sapar (Anak Allahyarhamah Jananah binti Burut)
di Kg. Tanjung Pagar, Sipitang pada 03 Mei 2022 sempena Hari Raya Aidil Fitri. Turut bersama
dalam gambar ialah En. Ismail bin Sapar, anak bongsu Allahyarhamah Jananah binti Burut
(Berdiri paling tepi)
Gambar 79 : En. Jusi dan keluarga berziarah ke rumah keluarga di Sipitang
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 104
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Menyantuni dan berziarah ke rumah En. Jusi (Bapa Saudara) dan keluarga
di Melinsung Sumer Bay, Papar pada 17.07.2022
Gambar 80 : Rombongan keluarga dari Sipitang datang menziarahi En. Jusi dan Keluarga
Semasa penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat pada tahun 2022 (Jun hingga Ogos), Encik
Jusi bin Burut dan isterinya, Puan Asmahyati binti Abdullah telah dikurniakan 7 orang cucu
melalui perkahwinan 2 orang anak perempuan mereka. Sementara dua orang anak lelaki mereka
belum lagi berkahwin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 105
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 6
ALLAHYARHAMAH SARAMIAH BINTI BURUT @ SAUNAH
(ANAK KE EMPAT)
Biodata dan kisah hidup Allahyarhamah Saramiah @Saunah.
Allahyarhamah Saramiah binti Burut atau lebih dikenali dengan panggilan ‟Saunah‟ adalah anak
keempat kepada Aki Burut bin Tusoff @Yusoff dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Allahyarhamah
dilahirkan pada 25 November 1959 di Kampung Mentulud, Beaufort. Semasa bujang, selain
dipanggil ‟Saunah‟, allahyarhamah juga mempunyai nama panggilan kampong iaitu „Yumbat‟
oleh ahli keluarga dan kawan-kawan sekampungnya.136
Gambar 81 : Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah 106
136 Sapar bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Semasa allahyarhamah masih bujang, dia pernah tinggal bersama kakak sulungnya iaitu
Allahyarhamah Jananah di Kampung Tanjung Pagar, Sipitang. Atas permintaaan kakaknya, dia
datang ke daerah Sipitang untuk membantu menjaga anak-anak kakaknya yang masih kecil
ketika itu kerana keadaan kesihatan kakaknya yang kurang sihat dan sedang sarat mengandung.
Antara anak-anak kakaknya yang pernah dijaga oleh allahyarhamah ialah Encik Abdul Raup
atau „Maarof‟, Puan Rukizah, Puan Noraini dan Puan Rosnani.. Tidak lama selepas
kakaknya melahirkan anak, allahyaramah balik ke Kampung Manggis, Menumbok untuk
membuat persediaan majlis perkahwinannya yang telah ditentukan oleh keluarga dari kedua
belah pihak.137
Penulis [Abdul Raup bin Sapar], anak sulung Allahyarhamah Jananah yang juga
merupakan anak saudara kepada allahyarhamah, mempunyai kenangan tersendiri semasa kecil
bersama allahyarhamah. Pada sekitar tahun 1976 hingga awal tahun 1977, penulis ketika itu baru
berumur 7 tahun, kakak allahyarhamah (ibu penulis) meminta Allahyarhamah Saramiah
@Saunah yang yang pada masa itu tinggal bersama bapanya, Aki Burut di Kampung Manggis,
Menumbok untuk datang dan tinggal sementara di rumah kakaknya di Kampung Tanjung Pagar,
Siptang untuk membantu menjaga dan mengurus anak-anak kakaknya yang masih kecil pada
ketika itu iaitu Abdul Raup @Maarof, Rukizah, Noraini dan Rosnani. Pada masa itu,
allahyarhamah kakaknya sedang sarat mengandung. Seingat penulis, allahyarhamah seorang
yang baik hati, rajin, penyabar, periang serta penyayang. Pada ketika itu, allahyarhamah masih
muda dan baru berusia 17 tahun. Pada awal tahun 1977, selepas kakak allahyarhamah bersalin
dan habis tempoh berpantang, allahyarhamah balik semula ke Kampung Manggis, Menumbok
untuk membuat persiapan Majlis Perkahwinannya dengan Encik Mohd. Kurus bin. Hj. Abdul
Rahim yang telah ditetapkan pada 27 September 1977. 138
Pendidikan Allahyarhamah Saramiah @Saunah.
Allahyarhamah Saramiah @Saunah memulakan alam persekolahannya di Sekolah Rendah
Kebangsaan Melikai, Menumbok pada tahun 1968 hingga tamat darjah enam pada tahun 1973.
Allahyarhamah tidak menyambung persekolahannya di peringkat sekolah menengah seperti
abang dan dua orang adik beradiknya yang lain.
Menurut anak sulung allahyarhamah iaitu Puan Norhayati yang arwah ibunya pernah
menceritakan kepadanya, dia tidak menyambung ke sekolah menengah pada ketika itu kerana
ibu mereka iaitu Yodu‟ Rugiah baharu saja meninggal dunia pada tahun 1973 dan dia
mengambil alih dan menggalas tanggungjawab arwah ibunya sebelum ini bagi mengurus dan
menjaga dua orang adiknya yang masih bersekolah pada ketika itu. Ini kerana ayah mereka (Aki
Burut) pada ketika itu jarang berada di rumah kerana bekerja bagi menyara keluarga.139
Allahyarhamah walau pun tidak menyambung ke sekolah menengah, dia belajar kelas Al-
Quran dan merupakan seorang qariah dan selalu mengikuti pertandingan tilawah membaca Al-
Quran. Dia juga mempunyai ramai murid yang belajar membaca Al-Quran.
137 Sapar bin Burut 107
138 Abdul Raup bin Sapar
139 Norhayati binti Mohd. Kurus
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Perkahwinan Allahyarhamah Saramiah @Saunah dengan Encik Mohd. Kurus bin Hj.
Abdul Rahim.
Allahyarhamah telah berkahwin dengan Encik Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim pada 27
September 1977 daripada bangsa etnik Bisaya yang berasal daripada Kampung Padas Damit,
Beaufort. Majlis perkahwinan mereka di langsungkan di Kampung Manggis, Menumbok dengan
begitu meriah disaksikan oleh ahli keluarga dan masyakat setempat.
Selepas berkahwin, allahyarhamah memulakan hidup baru berumahtangga dan
mengikuti suaminya berpindah ke Kampung Padas Damit, Beaufort. Mereka membina rumah di
Kampung Teratak, Padas Damit, Beaufort dan menetap di sana sehingga ke akhir hayat
allahyarhamah. Selepas melahirkan anak pertama mereka iaitu Norhayati, Allahyarhamah
Saramiah @Saunah lebih dikenali dengan panggilan „Indu Nor‟. Panggilan itu sempena nama
anak pertama mereka.
Allahyarhamah Saramiah @Saunah bersama suami telah dikurniakan 2 orang anak lelaki
dan 5 orang anak perempuan. Anak-anak allahyarhamah ialah Puan Norhayati, Cik
Norasplelawati, Encik Mohd. Nazlan, Puan Norfasahwati, Encik Mohd. Nazli, Puan
Norsiah dan Nor Etirah. Enam orang anak allahyarhamah telahpun berumahtangga dan hanya
anak kedua mereka iaitu Cik Norasplelawati yang masih belum berumahtangga.
Gambar 82 : Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah bersama suami,
En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim
Perwatakan dan sifat Allahyarhamah Saramiah @Saunah.
Penulis juga sempat mendapatkan sudut pandang dari salah seorang anak allahyarhamah iaitu
Puan Norhayati anak sulung allahyarhamah mengenai ibu mereka. Menurut Puan Norhayati, ibu
mereka seorang yang penyayang, ringan tulang dan suka menolong orang, sentiasa bersama
dengan masyarakat kampung sekira ada sebarang aktiviti, pandai menjahit, menganyam tikar dan
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 108
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
mempunyai banyak kemahiran lain. Semasa hayatnya, allahyarhamah lebih banyak meluangkan
masa dengan Al-Quran dan mempelajari ilmu akhirat seperti marhaban dan suka mengikuti
program-program seperti kelas memasak dan menjahit yang dibuat di kampung. Allahyarhamah
juga merupakan seorang qariah, dia selalu mengikuti pertandingan mengaji dan sering mendapat
nombor atau tempat dalam pertandingan tersebut. Antara bekas murid allahyarhamah ialah ibu
mertua kepada anaknya Mohd. Nazli. Allahyarhamah juga semasa hayatnya masih hidup, dia
telah melatih dan memberi didikan kepada anak-anaknya, khususnya anak-anak perempuannya
supaya ringan tulang, menolong membuat kerja-kerja di dapur, sama ada dirumah sendiri atau
dirumah sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi dirumah saudara mara, khususnya apabila ada majlis
keramaian seperti kenduri, perkahwinan atau kematian. Memandangkan allahyarhamah adalah
kakak kepada Encik Jusah dan Encik Musah @Bahrim dan ibu mereka telah meninggal dunia
pada tahun 1973, allahyarhamah yang menjaga mereka dan mengurus adik-beradiknya
sepertimana yang pernah diceritakan oleh allahyarhamah kepada kepadanya.140 Seingat penulis,
allahyarhamah seorang yang baik hati, rajin, penyabar, periang serta penyayang. Ini kerana
allahyarhamah pernah menjaga dan memelihara penulis semasa masih kecil.141
Allahyarhamah Saramiah @Saunah meninggal dunia.
Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah Saramiah @Saunah telah menderita sakit dan pernah
dimasukkan dalam wad dihospital. Menurut laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pihak
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu seperti yang dicatat dalam Sijil Kematian, punca
kematian allahyarhamah ialah disebabkan Acute Myeloid Leukaemie With Sepsis And DIVC.
Allahyarhamah telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 13 Jun
2001 ketika berusia 41 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Kg.
Manggis, Menumbok.142.
Gambar 83 : Sijil Mati Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah
140 Norhayati binti Mohd. Kurus 109
141 Abdul Raup bin Sapar
142 Norhayati binti Mohd. Kurus
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabal‟Alamin.
Batu Nisan
Gambar 84 : Makam persemadian Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah
Semasa allahyarhamah meninggal dunia, ada anak-anaknya yang masih lagi kecil dan
bersekolah rendah. Selepas allahyarhamah meninggal dunia, Encik Mohd. Kurus kemudiannya
berkahwin buat kali kedua dengan Puan Jikra binti Hj. Ajau untuk menjaga dan mengurus
anak-anaknya yang masih kecil pada ketika itu bagi membolehkan dia keluar bekerja mencari
rezki bagi menyara kehidupan mereka. Perkahwinan kali ke dua ini, beliau tidak dikurniakan
cahayamata, namun berkekalan hingga ke hari ini dan cukup bahagia bersama anak dan cucu-
cucunya. Encik Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim kini berusia 66 tahun.143
Gambar 85 : En. Mohd. Kurus bersama isteri, Puan Jikra binti Hj. Ajau
143 Norhayati binti Mohd. Kurus 110
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak-anak En. Mohd. Kurus dan Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah
Mohd Kurus bin Hj Abd Rahim + Saramiah binti Burut
@Saunah
Norhayati Norasplelawati Mohd Nazlan Norfsahwati Mohd Nazli Norsiah Nur Etirah
Carta 8 : Anak-anak En. Mohd. Kurus dan Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah
Anak-anak En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim Allahyarhamah Saramiah
binti Burut @Saunah
Pn. Norhayati Cik. Norasplelawati En. Mohd. Nazlan
binti Mohd. Kurus binti Mohd. Kurus bin Mohd. Kurus
Pn. Norfasahwati En. Mohd. Nazli bin Mohd. Kurus Pn. Norsiah
binti Mohd. Kurus binti Mohd. Kurus
Pn. Nor Etirah binti Mohd Kurus 111
Gambar 86 : Anak-anak En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim dan
Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak menantu En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim dan Allahyarhamah
Saramiah binti Burut @Saunah
En. Hassan bin Baharun Pn. Siti Faeza binti Arbat En. Saiful bin Asis
[Suami Pn. Norhayati] [Isteri En. Mohd. Nazlan] [Suami Pn. Norfasahwati]
binti Mohd. Kurus
bin Mohd. Kurus binti Mohd. Kurus
Pn. Marlinah binti Nursidim En. Yusri bin Baya En. En. Jairin binRabani
[Isteri En. Mohd. Nazli] [Suami Pn. Norsiah] [Suami Pn. Nor Etirah]
bin Mohd. Kurus binti Mohd. Kurus binti Mohd. Kurus
Gambar 87 : Anak menantu En. Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim dan Allahyarhamah
Saramiah binti Burut @Saunah
MENGENALI WARIS [ CUCU DAN CICIT ] AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF DAN
YODU‟ RUGIAH BINTI LAMAT DARI NASAB KELUARGA ENCIK MOHD. KURUS
BIN HJ. ABDUL RAHIM DAN ALLAHYARHAMAH SARAMIAH BIN BURUT
@SAUNAH.
1. NORHAYATI BINTI MOHD. KURUS @NOR.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak sulung Allahyarhamah Saramiah @Saunah dan
Encik Mohd. Kurus iaitu Puan Norhayati telah dilahirkan pada 29 April 1979 di Kampung
Makarang, Padas Damit, Beaufort. Puan Norhayati bertugas sebagai Pembantu Pengurusan
Murid (PPM) Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama, Tuaran. Puan Norhayati telah
berkahwin dengan Encik Hassan bin Baharun daripada bangsa etnik Sungai yang berasal dari
daerah Sandakan dan mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Suami Puan Norhayati
bekerja sebagai Pegawai Hal-Ehwal Ekonomi di Jabatan Perhutanan Sandakan, Negeri Sabah.
Kini mereka tinggal dan menetap di Kota Kinabalu.144
144 Norhayati binti Mohd. Kurus 112
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
En. Hassan bin Baharun dan Pn. Norhayati binti Mohd. Kurus
Gambar 88 : Keluarga Pn. Norhayati binti Mohd. Kurus
2. NORASPLELAWATI BINTI MOHD. KURUS @ASPA.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke dua Allahyarhamah Saramiah @Saunah dan
Encik Mohd. Kurus iaitu Cik Norasplelawati atau lebih dikenali dengan panggilan „Aspa‟ dalam
kalangan keluarga. Dia dilahirkan di Kampung Masikuan, Padas Damit, Beaufort pada 25
Disember 1980. Cik Norasplelawati bekerja sebagai salah seorang Pegawai Exsekutif di Affin
Bank di Lahad Datu, Sabah dan masih belum berkahwin. Kini dia tinggal menetap di daerah
Lahad Datu.145
Gambar 89 : Cik. Norasplelawati binti Mohd. Kurus
3. MOHD. NADZLAN BIN MOHD. KURUS @ALAN.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke tiga Allahyarhamah Saramiah @Saunah dan
Encik Mohd. Kurus iaitu Encik Mohd. Nazlan atau dikenali juga dengan panggilan „Alan‟
dalam kalangan keluarga, dilahirkan di Kampung Teratak, Padas Damit, Beaufort pada 19
Januari 1985. Dia telah berkahwin dengan Puan Siti Faeza binti Arbat dari bangsa etnik Banjar
yang berasal dari daerah Sandakan.146
145 Norasplelawati binti Mohd. Kurus 113
146 Mohd. Nadzlan bin Mohd. Kurus
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
En. Mohd. Nadzlan bin Mohd. Kurus, Mohammad Nazhan Firdhan, Pn. Siti Faeza binti Arbat
Gambar 90 : Keluarga En. Mohd. Nazlan bin Mohd. Kurus
Encik Mohd. Nadzlan bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), daerah Sandakan
dan isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohammad
Nazhan Firdhan, iaitu cicit Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Mohd. Nadzlan dan keluarga
kini tinggal dan menetap di daerah Sandakan.147
4. NORFASAHWATI BINTI MOHD. KURUS @ICHA.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak keempat Allahyarhamah Saramiah@Saunah
dan Encik Mohd. Kurus iaitu Puan Norfasahwati telah dilahirkan di Kampung Teratak, Padas
Damit, Beaufort pada 26 Mei 1987. Dia bekerja sebagai Pembantu Makmal di Sekolah
Menengah Kebangsaan Perempuan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Puan Norfasahwati telah
berkahwin dengan Encik Saiful bin Asis, dari bangsa etnik Bugis yang berasal dari daerah Kota
Kinabalu.
En. Saiful bin Asis, Nur Sopia Issabella, Mohd. Wafiy Danish, Mohd. Wafiy Daniel.
Pn. Norfasahwati binti Mohd. Kurus
Gambar 91 : Keluarga Pn. Norfasahwati binti Mohd. Kurus
147 Mohd. Nadzlan bin Mohd. Kurus 114
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Puan Norfasahwati juga mempunyai nama timangan sejak kecil lagi iaitu „Icha‟. Mereka
dikurniakan 3 orang anak, seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki iaitu Nur Sophia
Issabella, Mohd. Wafiy Danish dan Mohd. Wafie Daniel. Mereka adalah cicit kepada Aki Burut
dan Yodu‟ Rugiah. Kini mereka tinggal dan menetap di Likas, Kota Kinabalu.148
5. MOHD. NADZLI BIN MOHD. KURUS.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ke lima Allahyarhamah Saramiah @Saunah
dan Encik Mohd. Kurus iaitu Encik Mohd. Nadzli telah dilahirkan di Kampung Teratak, Padas
Damit, Beaufort pada 10 September 1988. Beliau telah berkahwin dengan Puan Marlinah binti
Nursidim, berbangsa dari etnik Bisaya yang berasal dari Kampung Taguna, Padas Damit,
Beaufort. Encik Mohd. Nadzli bertugas sebagai askar di Kem Tentera Jeli, Kelantan. Mereka
belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kini tinggal di daerah Jeli, Kelantan.149
Mohd. Nadzli bin Mohd. Kurus dan Pn. Marlinah binti Nursidim
Gambar 21 : Keluarga En. Mohd. Nadzli bin Mohd. Kurus
6. NORSIAH BINTI MOHD. KURUS.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟Rugiah. Anak ke enam Allahyarhamah Saramiah@Saunah
dan Encik Mohd. Kurus iaitu Puan Norsiah telah dilahirkan di Kampung Teratak, Padas Damit,
Beaufort pada 19 Jun 1991. Dia telah berkahwin dengan Encik Yusri bin Baya, berbangsa dari
etnik Bisaya yang berasal dari Kampung Lago, Suasa, Beaufort.150
148 Norfasahwati binti Mohd. Kurus 115
149 Mohd. Nadzli bin Mohd. Kurus
150 Norsiah binti Mohd. Kurus
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
En. Yusri bin Baya, Nuha Haseena, Pn. Norsiah binti Mohd. Kurus
Gambar 93 : Keluarga Pn. Norsiah binti Mohd. Kurus
Suami Puan Norsiah bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Kampung Baru,
Subang, Selangor. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nuha Haseena, cicit
kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Puan Norsiah dan keluarga kini tinggal di Bandar Subang,
Selangor151
7. NOR ETIRAH BINTI MOHD. KURUS.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ketujuh dan juga anak bongsu Allahyarhamah
Saramiah @Saunah dan Encik Mohd. Kurus iaitu Puan Nor Etirah telah dilahirkan di Hospital
Beaufort, Beaufort pada 25 April 1993. Dia telah berkahwin dengan Encik Jairin bin Rabani,
berbangsa dari etnik Jawa yang berasal dari daerah Kota Marudu, Sabah. Mereka dikurniakan
seorang anak perempuan iaitu Nur Aiira Arrisa yang juga adalah cicit kepada Aki Burut dan
Yodu‟ Rugiah.152
Pn. Nor Etirah binti Mohd. Kurus, Nur Aiira Arrisa, En. Jairin bin Rabani
Gambar 94 : Keluarga Pn. Nor Etirah binti Mohd. Kurus
151 Norsiah binti Mohd. Kurus 116
152 Nor Ethirah binti Mohd. Kurus
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Suaminya bekerja sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital
Queen Eliza beth, Kota Kinabalu, manakala Nor Etirah adalah suri rumah sepenuh masa. Kini
mereka tinggal dan menetap di Kota Kinabalu.153
Semasa penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah dan Encik Mohd. Kurus bin Hj. Abdul Rahim telah dikurniakan 7 orang anak dan 6
orang cucu melalui perkahwinan anak-anak mereka. Semasa penulisan ini dihasilkan pada tahun
2022 (Jun hingga Ogos) Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah telahpun meninggal
dunia sejak 21 tahun yang lalu pada 12 Jun 2001 kembali kepada penciptanya. Alfatihah (dibaca)
dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Bonda Saramiah binti Burut @Saunah.
Amiin....Yaa Rabbal ‟Alamiin.
153 Nor Ethirah binti Mohd. Kurus 117
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 7
ENCIK JUSAH BIN BURUT
(ANAK KE LIMA)
Biodata dan kisah hidup Encik Jusah.
Encik Jusah bin Burut adalah anak ke lima kepada Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟
Rugiah binti Lamat. Beliau dilahirkan pada 05 Februari 1961 di Kampung Manggis, Menumbok
dan kini berusia 61 tahun. Beliau kehilangan kedua ibubapanya semasa umurnya masih muda
lagi. Ibunya meninggal dunia pada 06 April 1973, semasa dia berumur 12 tahun. Manakala
ayahnya pula meninggal dunia pada 04 Mei 1978 ketika dia berusia 16 tahun. Sebelum itu dia
telah kehilangan adik bongsunya, Allahyarhamah Rohana yang meninggal dunia pada bulan
November 1972.
Gambar 95 : En. Jusah bin Burut
Semasa ayahnya meninggal dunia pada tahun1978, Encik Jusah masih bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Menumbok, Kuala Penyu. Beliau sempat menyaksikan arwah
jenazah ayahnya dimandikan, dikafan dan disembahyangkan dan seterusnya menghantar jenazah
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 118
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
ke Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Manggis, Menumbok untuk dikebumikan.
Menurut Encik Jusah juga, dia juga berkesempatan bersama-sama adik-beradiknya menyaksikan
pengebumiaan ibunya pada tahun 1973 dan pada ketika itu beliau masih kecil dan berumur 12
tahun.154
Pendidikan Encik Jusah.
Encik Jusah memulakan alam persekolahan di peringkat rendah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Melikai, Menumbok pada tahun 1969 sehingga tamat darjah enam pada tahun
1974. Kemudian beliau menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Menumbok pada tahun 1975 sehingga tahun 1978. Setelah ayahnya (Aki Burut)
meninggal dunia pada tahun 1978, dia berpindah ke Sekolah Menengah Saint John, Beaufort
dan kemudiaan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang pada
tahun 1979 dan tinggal di asrama. Kebiasaanya pada hujung minggu atau cuti sekolah beliau
akan ke rumah kakak sulungnya iaitu Allahyarhamah Jananah yang menetap di Kampung
Tanjung Pagar, Sipitang. Ajal dan maut ketentuan Yang Maha Esa, setelah 1 tahun 5 bulan
ayahnya (Aki Burut) meninggal dunia, beliau dikejutkan dengan berita yang menyedihkan,
kakak sulungnya iaitu Puan Jananah meninggal dunia. Kakak tempat dia menumpang kasih dan
tinggal pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah telah meninggal dunia pada 31 Oktober 1979
secara mengejut. Ketika kakaknya meninggal dunia, beliau berumur 17 tahun, tinggal di asrama
dan hanya beberapa bulan lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).155
En. Jusah semasa bersekolah di SMK Pg. Omar, Sipitang, Sabah [1979]
Gambar 96 : En. Jusah bin Burut
Pekerjaan Encik Jusah.
Selepas tamat sahaja persekolahan beliau mencari peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Pada
01 Julai 1981 beliau memulakan kerjaya sebagai penjawat kakitangan kerajaan apabila dilantik
sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Penguasa) di Pejabat Ko-Nelayan. Sepanjang
154 Jusah bin Burut 119
155 Jusah bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
perkhidmatannya beliau pernah bertugas di beberapa buah daerah dan tempat seperti di Ibu
Pejabat Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Penyu, Sandakan, dan Beaufort.156
Encik Jusah bersara daripada perkhidmatan kerajaan.
Sebelum bersara beliau kembali bertugas di daerah Kuala Penyu sehingga bersara wajib
pada 05 Februari 2021. Beliau telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama 39 tahun 7
bulan.157
Gambar 97 : En. Jusah bin Burut
Perkahwinan Encik Jusah dengan Puan Mariana binti Hj. Mosli.
Encik Jusah bertemu jodoh dan berkahwin dengan Puan Mariana binti Hj. Mosli pada 22
November 1991. Isteri beliau berbangsa daripada etnik Brunei yang berasal dari Kampung
Palu-Palu, Kuala Penyu. Puan Mariana bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Daerah
Kuala Penyu dan kini beliau berusia 56 tahun.158
Gambar 98 : En. Jusah bin Burut bersama isteri, Pn. Mariana binti Hj. Mosli.
156 Jusah bin Burut 120
157 Jusah bin Burut
158 Jusah bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Melalui perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan 6 orang anak, 4 orang anak
lelaki dan 2 orang anak perempuan iaitu Encik Muhamad Amirrullah Izham, Encik
Muhammad Saifullah, Puan Nurizzah Najihah, Encik Muhammad Farhan, Encik
Muhammad Arfan dan Cik Nur Ishami Nasrin. Encik Jusah dan Puan Mariana baru selesai
mengadakan majlis perkahwinan anak ketiga mereka iaitu Puan Nurizzah Najihah yang
berkahwun dengan Alden Gray bin Samsudin pada 05 Mei 2022 pada sambutan hari ke 4 Hari
Raya Aidil-Fitri. Majlis perkahwinan anak mereka diraikan dengan meriah dan dihadiri ramai
kerabat ahli keluarga dari kedua belah pihak pengantin, rakan-rakan serta sahabat-handai
mereka. Encik. Jusah dan keluarga kini tinggal dan menetap di Kampung Iranun, Palu-Palu,
Kuala Penyu.159
Encik Jusah bersama abang sulungnya iaitu Encik Jusi dan keluarganya telah berkunjung
ke Negara Brunei Darussalam bagi melawat dan menziarahi bapa saudara mereka di sana iaitu
Allahyarham Aki Hj. Latam @Pudin yang menetap di Kampung Momong, Kuala Belait, Negara
Brunei Darussalam pada 06 November 1991. Pada masa itu, Allahyarham Aki Hj. Latam
@Pudin masih lagi hidup.160
Kunjungan ini telah dapat mengeratkan dan merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan
antara mereka dengan bapa saudara mereka sendiri yang sudah sekian lama terputus hubungan.
Disamping itu mereka dapat mengenali dengan lebih dekat anak-anak, cucu, cicit serta ahli
keluarga Allahyarham Aki Latam @Pudin supaya perhubungan kekeluargaan ini tidak terputus
ditelan zaman mengikut peredaran masa dan terus kekal sepanjang zaman.
En. Jusah bin Burut bersama allahyarham Aki Hj. Latam dan keluarganya
Gambar 99 : En. Jusah bin Burut bersama Allahyarham Aki Hj. Latam bin Tusof @Yusof
159 Jusah bin Burut 121
160 Jusi bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar 100 : En. Jusah bin Burut bersama Allahyarham Aki Hj. Latam bin Tusof
@Yusof
Perwatakan dan sifat Encik Jusah.
Penulis sendiri cukup mengenali perwatakan dan sifat Encik Jusah. Menurut penulis, beliau
seorang bapa saudara yang sangat prihatin, baik hati, penyayang, suka membantu ahli keluarga
dan tidak banyak bercakap (pendiam). Beliau juga cakna dan akan menyantuni ahli keluarga
sekiranya ada majlis seperti majlis kahwin, ada saudara mara yang sakit atau berlaku musibah
seperti kematian, beliau dan keluarga akan hadir sekiranya tiada halangan atau kekangan pada
masa kejadian. Beliau juga sangat menekankan hubungan kekeluargaan dalam Keluarga Besar
Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah supaya ahli keluarga dapat bersatu dan saling mengenali antara
satu sama lain. Sifat ini terserlah apabila beliau menjadi salah seorang penyokong kuat kepada
penulisan pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah.161
Anak-anak En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
Jusah bin Burut + Mariana binti Hj Mosli
Muhamad Amirrullah Izham Nurizzah Najihah Muhammad Arfan
Muhammad Saifullah Muhammad Farhan Nur Ishami Nasrin
Carta 9 : Anak-anak En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
161 Abdul Raup bin Sapar 122
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Anak-anak En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
En. Muhamad Amirrullah Izham En. Muhammad Saifullah Pn. Nurizzah Najihah
bin Jusah bin Jusah binti Jusah
En. Muhammad Farhan En. Muhammad Arfan Cik. Nur Ishami Nasrin
bin Jusah
bin Jusah binti Jusah
Gambar 101 : Anak-anak En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
Anak menantu En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
En. Alden Gray bin Samsudin
[Suami Pn. Nurizzah Najihah binti Jusah]
Gambar 102 : Anak menantu En. Jusah bin Burut dan Pn. Mariana binti Hj. Mosli
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 123
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
MENGENALI WARIS–WARIS [ CUCU ] AKI BURUT BIN TUSOF @YUSOF DAN
YODU‟ RUGIAH BINTI LAMAT DARI NASAB KELUARGA ENCIK JUSAH BIN
BURUT DAN PUAN MARIANAN BINTI HAJI MOSLI.
Mohd. Farhan, Mohd. Saifullah, Mohd. Amirul, Mohd. Arfan
Nurizzah Najihah, En. Jusah bin Burut, Pn. Marianah binti Hj. Mosli, Nur Ishami Nasrin
Gambar 103 : Keluarga En. Jusah bin Burut
1 MUHAMAD AMIRRULLAH IZHAM BIN JUSAH @AMIRUL.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Muhamad Ammirullah Izham adalah anak
sulung kepada Encik Jusah dan Puan Mariana. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort
pada 08 Oktober 1992. Beliau berkerja sendiri dan masih bujang.
Gambar 104 : En. Muhamad Amirrullah Izham bin Jusah 124
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
2 MUHAMMAD SAIFULLAH BIN JUSAH.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Encik Muhammad Saifullah merupakan anak kedua
kepada Encik Jusah dan Puan Mariana. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada 05
Februari 1994. Encik Muhammad Saifullah bekerja di syarikat swasta dan masih bujang.
Gambar 105 : En. Muhamad Saifullah bin Jusah
3. NURIZZAH NAJIHAH BINTI JUSAH.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak ketiga kepada Encik Jusah dan Puan Mariana
dan dilahirkan dilahirkan pada 05 Mei 1995 di Hospital Beaufort, Beaufort. Dia bekerja di
sebuah syarikat swasta. Puan Nurizzah Najihah baru saja melangsungkan perkahwinan dengan
Encik Alden Gray bin Samsudin pada 05 Mei 2022, berbangsa dari etnik dusun / kadazan yang
berasal dari daerah Ranau.162 Bersama-sama kita mendoakan semoga jodoh pasangan penggantin
baharu ini kekal hingga ke jannah dan akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amiin....
Pasangan Pengantin Baru
Gambar 106 : Pn. Nurizzah Najihah binti Jusah dan En. Alden Gray bin Shamsuddin
162 Jusah bin Burut 125
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar kenangan bersama sepupu-sepupu dan anak saudara dari daerah Sipitang
Gambar 107 : Majlis Persandingan Pn. Nurizzah Najihah binti Jusah
dan En. Alden Gray bin Samsuddin
4. MUHAMMAD FARHAN BIN JUSAH.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak keempat kepada Encik Jusah dan Puan
Mariana. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada 10 November 1998. Encik
Muhammad Farhan bekerja sendiri dan masih bujang.
Gambar 108 : En. Muhammad Farhan bin Jusah
5. MUHAMMAD ARFAN BIN JUSAH.
Cucu kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah. Anak kelima kepada Encik Jusah dan Puan Mariana.
Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada 20 November 1999. Encik Muhammad
Arfan bekerja sendiri dan masih bujang.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 126
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar 109 : En. Muhammad Arfan bin Jusah
6. NUR ISHAMI NASRIN BINTI JUSAH.
Cucu ke 32 kepada Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah dan merupakan cucu paling muda (bongsu)
dalam kalangan cucu-cucu Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah, Anak bongsu kepada Encik Jusah dan
Puan Mariana. Beliau dilahirkan di Hospital Beaufort, Beaufort pada 20 Julai 2001. Cik Nur
Ishami Nasrin kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota
Kinabalu dalam bidang pengkhususan Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan. Beliau juga masih
bujang.
Gambar 110 : Cik. Nur Ishami Nasrin binti Jusah
Semasa penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat pada tahun 2022 (Jun hingga Ogos), Encik
Jusah sudah bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada 05 Februari 2021. Encik Jusah
dan isterinya, Puan Mariana dikurniakan 6 orang anak dan belum lagi dikurniakan cucu. Anak
sulung perempuan mereka iaitu Puan Nurizzah Najihah baru sahaja melangsungkan perkahwinan
dengan Encik Alden Gray bin Samsudin pada 05 Mei 2022 (menantu pertama dalam keluarga).
Manakala anak-anak mereka yang lain belum lagi berkahwin. Sama-sama kita mendoakan
semoga Encik Jusah dan Puan Mariana segera mendapat cucu yang soleh dan solehah.
Aamiin....Yaa Rabbal‟Alamin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 127
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 8
ENCIK MUSAH BIN BURUT @BAHRIM
(ANAK KE ENAM)
Biodata dan kisah hidup Encik Musah @Bahrim.
Encik Musah bin Burut @Bahrim adalah anak ke enam kepada Aki Burut bin Tusof @Yusof dan
Yodu‟ Rugiah binti Lamat. Beliau dilahirkan pada 19 Januari 1964 di Kampung Kesusu,
Mesapol, Sipitang. Beliau terkenal dengan panggilan „Bahrim‟ di kalangan ahli keluarga dan
kawan-kawan sekampung. Panggilan „Bahrim‟ kekal sehingga ke hari ini di kalangan ahli
keluarganya. Kini beliau berusia 58 tahun dan telah bersara. Beliau telah kehilangan kedua
ibubapanya semasa umurnya masih muda lagi. Ketika Ibunya meninggal dunia pada 06 April
1973, beliau berumur 9 tahun. Selepas itu ayahnya pula meninggal dunia pada 04 Mei 1978,
beliau baru berusia 14 tahun dan sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan [Ugama]
Sabah, Mengatal, Kota Kinabalu . Sebelum itu ketika berumur 8 tahun dia juga telah kehilangan
adik bongsunya, Allahyarhamah Rohana yang meninggal dunia pada bulan November 1972.
Adik beliau meninggal dunia sebelum ayah dan ibunya meninggal dunia.163
Gambar 111 : En. Musah bin Burut @Bahrim 128
163 Musah bin Burut @Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Ketika ayahnya meninggal dunia pada tahun 1978, beliau tidak sempat melihat kali
terakhir jenazah ayahnya dan juga menghadiri pengebumiaan jenazah ayahnya. Ini kerana pada
ketika itu dia bersekolah dan tinggal di asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (Ugama)
Sabah, Menggatal, Kota Kinabalu. Sebaik saja menerima berita kematian ayahnya, dia
bergegas balik dan menaiki keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort. Namun apabila beliau tiba
saja di Beaufort pada ketika itu tidak ada kenderaan menuju ke Menumbok. Ini menyebabkan
beliau terpaksa bermalam di Beaufort di rumah keluarga iaitu rumah Encik Tuah bin Hassan
yang bekerja di Jabatan Keretapi Baeaufort.. Pada keesokan harinya, barulah Encik Musah
@Bahrim sampai ke Kampung Manggis, Menumbok dan seterusnya pergi menziarahi kuburan
ayahnya.164
Adik-beradik Encik Musah @Bahrim.
Encik Musah @Bahrim mempunyai 7 orang adik-beradik, 2 orang abang, 3 orang kakak dan
seorang adik perempuan iaitu Allahyarhamah Jananah (kakak sulung), Allahyarhamah
Taunyi @Jubaidah (Kakak), Encik Jusi (abang sulung), Allahyarhamah Saramiah@Saunah
(kakak), Encik Jusah (abang), Encik Musah @Bahrim dan Allahyarhamah Rohana (adik
bongsu).165
Kelihatan dalam gambar En. Jusi (Abang / Berbaju warna hitam), En. Jusah (Abang /
Berbaju merah), Allahyarhamah Taunyi @Jubaidah (Kakak / Bertudung putih dan duduk di
hadapan En. Jusah) semasa menghadiri malam berinai Majlis Perkahwinan En. Abdul Raup bin
Sapar (Penulis / Anak saudara) di Kg. Tanjung Pagar Sipitang pada 13 Disember 1997 bersama-
sama dengan anak-anak saudara.
Gambar 112 : En. Musah bersama adik-beradik dan anak Saudara
164 Musah bin Burut @Bahrim 129
165 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Pendidikan Encik Musah @Bahrim.
Encik Musah @Bahrim memulakan alam persekolahan di peringkat rendah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Melikai, Menumbok tahun 1971 sehingga tamat darjah 6 pada tahun 1976.
Kemudian meneruskan persekolahan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Menumbok pada tahun 1977 dan beliau hanya belajar di sekolah tersebut selama beberapa bulan
sahaja. Ini kerana pada tahun tersebut beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dan masuk
asrama ke Sekolah Menengah Kebangsaan [Ugama] Sabah, Mengatal, Kota Kinabalu pada tahun
1977 sehingga tahun 1980 iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Selepas itu pada tahun 1981
beliau bersekolah dan tinggal di asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan [Ugama] Sabah ,
Limauan, Kota Kinabalu. Pada masa itu, dia berada di tingkatan 5.166
En. Musah @Bahrim semasa bersekolahdi SMK [Ugama] Sabah, Limauan, KK
Gambar 113 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Encik Musah @Bahrim juga seorang yang sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian
kelayakan akademiknya. Beliau telah mengambil inisiatif belajar sambil bekerja dan belajar
secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi meningkatkan kelayakan akademik untuk kemajuan
kerjayanya. Beliau melanjutkan pelajaran peringkat diploma dan dianugerakan dengan Diploma
Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Menggatal, Kota Kinabalu,
Sabah. Setelah itu,beliau melanjutkan pelajaran lagi ke peringkat ijazah di Universiti Putera
Malaysia (UPM), Serdang, Negeri Selangor Darul-Ehsan dan dianugerahkan dengan Ijazah
Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusa (HRD).167
Pekerjaan Encik Musah @Bahrim.
Selepas sahaja tamat persekolahan dan setelah menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun 1981, beliau mula mencari pekerjaan. Setelah menghadiri banyak
166 Musah bin Burut @Bahrim 130
167 Musah bin Burut @Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
temuduga, akhirnya beliau berjaya mendapat peluang pekerjaan dalam bidang tugas
perkeraniaan. Beliau memulakan alam pekerjaan dan bertugas sebagai kerani bermula pada 27
Julai 1982. Pada ketika itu beliau baru berusia 18 tahun.168
En. Musah bin Burut @Bahrim semasa berumur dalam lingkungan lewat 30-an
Gambar 114 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Semasa beliau masih berada dalam perkhidmatan awam, Encik Musah @Bahrim adalah
seorang pejawat awam yang sangat berdedikasi dan komited dalam pekerjaannya. Beliau seorang
yang kuat dan rajin bekerja serta berdisiplin terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan
oleh majikan kepadanya. Malah beliau juga sentiasa berusaha meningkatkan tahap pendidikan
akademiknya untuk kemajuan dalam kerjaya yang diceburinya.
Oleh kerana Encik Musah @Bahrim seorang yang sangat komited dan bekerja dengan
cemerlang, beliau banyak kali dinaikan pangkat dan menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) sepanjang perkhidmatannya sebagai penjawat awam.. Bermula sebagai
seorang kerani biasa di Pejabat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1982, dia
dinaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir pada tahun 1991. Selepas itu beliau
dinaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir 2. Beliau memegang jawatan tersebut
pada tahun 2013 sehingga tahun 2016. Kemudian beliau diberi kepercayaan oleh pihak
Pengurusan Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk dinaikan pangkat ke jawatan
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah Wakaf Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Jawatan terebut adalah jawatan terakhir beliau sandang sebelum bersara pada tahun 2021.169
Disamping melaksanakan tugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah
Wakaf Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), beliau juga telah diberikan kepercayaan
melaksanakan dan menjalankan beberapa tugas-tugas khas. Antaranya dilantik sebagai Liaison
Officer (LO) iaitu sebagai pegawai pengiring kepada Yang Dipertua MUIS, Ybhg. Datuk
Seri Panglima Dr. Haji Hasbollah bin Haji Mohd. Taha dari tahun 2017 sehingga 2021 bagi
mengiringi kemana saja Ybhg. Yang Dipertua MUIS pergi membuat lawatan. Malah beliau juga
bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam kepada Ybhg. Yang Dipertua MUIS.170
168 Musah bin Burut @Bahrim 131
169 Musa bin Burut @Bahrim
170 Musa bin Burut @ Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
En. Musah bin Burut bertugas rasmi sebagai LO mengiring
Ybhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbollah bin Haji Mohd. Taha, Yang Diperua MUIS
semasa lawatan ke Pulau Banggi, Kudat pada 08 Februari 2018 diiring oleh PDRM
Gambar 115 : En. Musah bin Burut @Bahrim sebagai Liaison Officer (LO)
Kenangan terakhir berkhidmat di MUIS bersama Yang Dipertua MUIS sebelum bersara
Gambar 116 : En. Musah bin Burut bersama Yang Dipertua MUIS
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 132
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Hari terakhir bertugas sebelum bersara (pencen) pada 19 Januari 2021
Gambar 117 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Hari terakhir bertugas di MUIS, En. Musah dan „Punch Card‟ terakhir 133
disaksikan oleh rakan-rakan sekerja (Staff)
Gambar 118 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh
Yang Dipertua MUIS, Ybhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbollah bin Haji Mohd. Taha
Gambar 119 : En. Musah bin Burut @Bahrim semasa masih berkerja
Santai dan sarapan pagi bersama Ybhg. Datuk Hj. Matusin bin Hj. Ag. Damit,
Timbalan Yang Dipertua MUIS di Kelab Golf, Maggelan, Hotel Kota Kinabalu
Gambar 120 : En. Musah bin Burut @Bahrim semasa masih berkerja
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 134
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Bersama wakil dari Korea Selatan, Perancis dan Qzbakistan sempena
Persidangan Hab Halal Antarabangsa di Kuala Lumpur
Gambar 121 : En. Musah bin Burut semasa menghadiri Persidangan di Kuala Lumpur
Menyertai pertandingan permainan Loan Ball
Gambar 122 : Penyertaan En. Musah bin Burut @Bahrim dalam bidang Sukan
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 135
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Encik Musah @Bahrim bersara daripada perkhidmatan kerajaan.
Kini Encik Musah @Bahrim sudah bersara daripada perkhidmatan awam pada 19 Januari 2021.
Beliau telah berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan selama 38 tahun 6 bulan sejak
tahun 1982 sehinnga awal tahun 2021. Kini beliau tinggal dan menetap di Taman Kuala
Mengatal, Sepanggar, Kota Kinabalu.171
Selepas bersara beliau masih lagi aktif dalam beberapa aktiviti seperti melancong sama
ada dalam negara atau di luar negara, hobi beliau ketika masih berkhidmat sebagai penjawat
awam dahulu. Banyak negara yang telah beliau lawati, antaranya Negara Kemboja dan Vietnam.
Melancong menyusuri dan bersiar-siar di Sungai Hoi dan Sungai Mekong
Gambar 123 : En. Musah bin Burut melancong ke Negara Vietnam
Menyeberangi Sungai Mekong dari Negara Kemboja ke Negara Vietnam
menaiki feri dalam rangka lawatan dua negara Kembara Korban Kemboja-Vietnam
Gambar 124 : En. Musah bin Burut melancong ke Negara Kemboja dan Negara Vietnam
171 Musah bin Burut @Bahrim 136
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Melancong ke Negeri Melaka
Gambar 125 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Melancong ke Negeri Pahang selepas bersara (Pencen)
Gambar 126 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Bersama rakan-rakan sekerja semasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah
Gambar 127 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 137
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Bertugas mengiringi Ulama terkenal seantiro Nusantara dari Negara Indonesia
Prof. Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara
Gambar 128 : En. Musah bin Burut @Bahrim
Perwatakan dan sifat Encik Musah @Bahrim
Walaupun Encik Musah @Bahrim masih bujang, namun beliau sentiasa menyantuni,
menghormati, menyayangi dan prihatin kepada ahli keluarganya. Ini adalah satu sifat yang
diwarisi dari ayah dan ibunya. Rumah beliau sentiasa terbuka luas menerima kehadiran ahli
keluarga atau sesiapa saja pada bila-bila masa saja yang memerlukan pertolongannya.. Beliau
juga mempunyai hubungan yang baik dan erat dengan semua ahli keluarganya, terutama dengan
anak-anak saudaranya. Oleh kerana beliau masih bujang, pernah pada suatu ketika rumahnya
sentiasa menjadi tumpuan tempat tinggal dan berkumpul anak-anak saudara yang bekerja di Kota
Kinabalu. Ini kerana di bandar sangat sukar mendapatkan rumah sewa, malah harga sewa rumah
dan kos hidup sangat tinggi dan mahal. Oleh kerana kos hidup di bandar sangat tinggi, dia
menjemput dan mengajak mereka tinggal bersama dirumahnya.172
Beliau adalah merupakan antara individu yang berperanan penting dalam usaha menjejaki
susur-galur keluarga dan sentiasa memberikan sokongan kuat dalam usaha penulisan kisah
keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah ini. Beliau juga antara pencetus yang mewujudkan
kumpulan Whatsapps „KELUARGAKU CEMERLANG‟ dan kumpulan Whatsapps
“YUSOP‟s Family”. Beliau juga adalah salah seorang „Admin‟ di dalam kumpulan Whatsapps
tersebut bertujuan untuk merapatkan dan mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan
keluarga ini.. 173 Syabas dan tahniah atas usaha murni Encik Musah @Bahrim dalam perkara ini.
172 Abdul Raup bin Sapar 138
173 Abdul Raup bin Sapar
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar 129 : Admin Kumpulan Whatsapps KELUARGAKU CEMERLANG
dan Kumpulan Whatsapps YUSOP‟s Family
Apabila ada masa lapang, beliau akan pergi menyantuni, melawat dan menziarahi ahli
keluarganya terutama rumah adik-beradiknya samada majlis perkahwinan, pertunangan,
kematian atau ada keluarga yang sakit. Malah beliau seorang yang sangat mementingkan
hubungan kekeluargaan dan sentiasa berusaha menjaga ikatan kekeluargaan agar ikatan
persaudaraan „Keluarga Besar Allayarham Aki Burut bin Tusof @Yusof dan
Allahyarhamah Yodu Rugiah binti Lamat‟ ini akan kekal akrab dan harmoni. Beliau juga
berharap ahli keluarganya saling kenal mengenali diantara satu sama lain tanpa batasan mengikut
peredaran masa dan zaman.174
En. Musah menyantuni dan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara,
Pn. Nurizzah Najihah binti Jusah dan En. Alden Gray bin Shanmsuddin
pada 05 Mei 2022 di Kg. Iranun, Palu-Palu, Kuala Penyu, Sabah
Gambar 130 : Menghadiri Majlis Pekahwinan Anak Saudara
174 Abdul Raup bin Sapar 139
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
En. Musah berkunjung sempena Hari Raya Aidil Fitri 2018 ke rumah
En. Abdul Raup bin Sapar (Penulis / Anak Saudara) di Kg. Pasir, Sipitang
[ Anak sulung Allahyarhamah Jananah binti Burut ]
Gambar 131 : Berkunjung sempena Hari Raya Aidil Fitri 2018
En. Musah berkunjung sempena Hari Raya Aidil Fitri 2022di Kg. Melikai, Menumbok,
Gambar 132 : Bertandang ke rumah sempena Hari Raya Aidil Fitri 2022
En. Musah melawat abang sulungnya En. Jusi bin Burut yang ditahan
di wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 31 Mei 2022
Gambar 133 : Melawat En. Jusi bin Burut ( abang ) di Hospital Queen Elizabeth, KK
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 140
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Gambar 134 : Wajah terbaharu dan terkini En. Musah bin Burut @Bahrim
Semasa penulisan pengkisahan keluarga ini dibuat pada tahun 2022 (Jun hingga Ogos), beliau
sudah pun bersara dan masih berstatus bujang sehingga kini. Sama-sama kita mendoakan semoga
Encik Musah @Bahrim diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezki dan dipermudahkan
dalam apa jua urusan. Amiin.....Yaa Rabbal‟Alamin.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 141
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
BAB 9
ALLAHYARHAMAH ROHANA BINTI BURUT
(ANAK KE TUJUH [BONGSU])
Tidak banyak maklumat mengenai Allahyarhamah Rohana binti Burut kerana allahyarhamah
telah meninggal dunia semasa masih lagi kecil. Allahyarhamah Rohana adalah anak ke tujuh
dan anak bongsu kepada Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat.
Allahyarhamah dilahirkan di Hospital Labuan tetapi maklumat dan dokumen pengesahan tahun
kelahiran tidak diperolehi.175
Allahyarhamah Rohana meninggal dunia ketika masih kecil lagi pada bulan November
1972 dan disahkan meninggal dunia di Klink Kesihatan Pekan Menumbok. Punca kematian
allahyarhamah tidak dapat dipastikan kerana disebabkan pada ketika itu berlakunya wabak
penyakit merbahaya iaitu wabak malaria dan kolera yang teruk di seluruh dunia termasuklah di
Kampung Manggis, Menumbok. Menurut Encik Musah @Bahrim iaitu abang kepada
allahyarhamah, berkemungkinan penyakit malaria adalah satu punca menyebabkan kematian
allahyarhamah. Ini kerana pada ketika itu seluruh dunia sedang menghadapi wabak tersebut dan
penyakit malaria menjadi penyakit pandemik pada ketika itu.176 Menurut Encik Jusah pula, salah
seorang lagi abang kepada allahyarhamah, berkemungkinan kematian allahyarhamah disebabkan
oleh penyakit kolera yang sedang melanda di seluruh dunia pada ketika itu, termasuk juga di
Kampung Manggis, Menumbok.177
Manakala menurut Encik Jusi pula, iaitu abang sulung allahyarhamah, punca kematian
Allahyarhamah Rohana mungkin berpunca daripada penyakit bawaan daripada cacing. Ini kerana
ketika allahyarhamah meninggal dunia terdapat banyak cacing yang keluar dari mulut dan
telinga.178 Ajal dan maut itu ketentuan Yang Maha Esa. Kematian yang berpunca sama ada
daripada penyakit wabak malaria dan kolera serta penyakit bawaan cacing itu adalah asbab
kepada kematian.
Gambar 135 : Batu Nisan Persemadian Allahyarhamah Rohana binti Burut
175 Jusi bin Burut 142
176 Musah bin Burut @Bahrim
177 Jusah bin Burut
178 Jusi bin Burut
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Allahyarhamah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung
Manggis Menumbok. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada Allahyarhamah Rohana
binti Burut, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Aamiin...Yaa Rabbal‟Alamiin.
Semasa penulisan naratif pengkisahan ini dihasilkan pada tahun 2022 (jun hingga ogos),
Allahyarhamah Rohana binti Burut telah pergi meninggalkan kita 50 tahun yang lalu kembali
kepada penciptanya pada bulan November 1972. Alfatihah (dibaca) dan disedekahkan kepada
Allahyarhamah Rohana binti Burut,
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 143
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
PENUTUP
Dari sudut pandangan kami berdua selaku pencerita dan penulis bersama, saya dan En. Ag
Damit bin Durahim menyifatkan Encik Jusi, Encik Jusah, dan Encik Musah @Bahrim
adalah insan-insan yang sangat penting dalam penghasilan penulisan pengkisahan ini. Ini
kerana mereka adalah anak-anak Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah yang masih hidup sehingga
ke hari ini. Mereka bertiga adalah penyokong kuat serta menjadi tulang belakang dan inspirasi
kepada kami sebagai penulis untuk menyiapkan penulisan Pengkisahan Aki Burut bin Tusof
@Yusof dan Yodu‟ Rugiah binti Lamat ini. Ketiga-tiga insan ini merupakan permata yang
tidak ternilai dalam keluarga kita, kerana mereka adalah generasi kedua yang kita masih ada
dalam keturunan keluarga nasab Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah pada hari ini. Mereka adalah
penyumbang utama maklumat yang sahih dan benar dalam penulisan pengkisahan ini sebagai
rujukan keluarga kita. Tanpa sokongan mereka dan ahli keluarga yang lain sudah pasti
penulisan pengkisahan Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah ini tidak akan berjaya direalisasikan sebagai
sebuah cerita dan kisah benar untuk diwariskan kepada ahli keluarga generasi hari ini dan akan
datang. Kami berharap menerusi penulisan ini, kita dapat mengenali seluruh ahli keluarga Aki
Burut dan Yodu‟ Rugiah samada anak-anak, menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit mereka
walaupun kita berlainan bangsa dan etnik kesan daripada perkahwinan campur dan berada di
merata tempat, asal-usulnya keturunan kita adalah sama iaitu daripada bangsa dari etnik Bisaya.
Bak seperti kata peribahasa “air dicincang tidak akan putus”, dan “carik-carik bulu ayam,
akhirnya bertemu juga”. Semoga hubungan kekeluargaan yang sedia terbina ini semakin erat
dan kukuh terjalin. Semoga pengkisahan ini menjadi tatapan kepada generasi hari ini dan akan
datang agar mengenali Aki Burut dan Yodu Rugiah‟ kita. Syukur Alhamdulillah dan terima
kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penulisan pengkisahan ini. Akhir sekali
dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memudahkan urusan penulisan
pengkisahan ini sehingga ke penghujung cerita.
..................................TAMAT...........................
RUJUKAN :
Sumber rujukan yang digunakan dalam penulisan ini dinyatakan pada nota kaki pada setiap
halaman atau muka surat.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 144
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
PENGHARGAAN
Penulis Bersama
( En. Abdul Raup bin Sapar dan En. Ag. Damit bin Durahim )
mengucapkan sekalung penghargaan
dan
jutaan terima kasih kepada :
En. Jusi bin Burut dan keluarga
Encik Jusah bin Burut dan keluarga
En. Musah bin Burut @Bahrim
[Anak-anak Allahyarham Aki Burut dan Allahyarhamah Yodu‟ Rugiah]
Panel Penyemak dan Pengesah Naratif dan Rujukan
Pn. Norhayati binti Mohd. Kurus
[ Panel Penyemak Bahasa dan Ejaan ]
En. Sapar bin Burut dan keluarga
[ Suami Allahyarhamah Jananah binti Burut ]
En. Kamus bin Dewa dan keluarga
[ Anak Allahyarhamah Yodu‟ Saleha binti Lamat ]
En. Osman bin Banson dan keluarga
[ Anak Allahyarham Aki Banson bin Lamat ]
Tn. Hj. Ahmad Yasin bin Hj. Saruji dan keluarga
[ Anak Allahyarham Aki Hj. Saruji bin Tusof @Yusof ]
En. Matlen bin Sarudin dan keluarga
En. Ajamain bin Sarudin dan keluarga
[ Anak Allahyarham Aki Sarudin bin Tusof @Yusof ]
En. Osman bin Pudin dan keluarga
[ Cucu Allahyarham Aki Sarap bin Tusof @Yusof ]
En. Tawang bin Burut, Pn. Roslinawati binti Tawang dan keluarga
[ Anak dan Cucu Allahyarhamah Yodu‟ Rupiah binti Tusof @Yusof @Indu Rumpung]
Pn. Hjh Zainah binti Moksin dan keluarga
[ Anak Allahyarhamah Yodu‟ Jumlee binti Tusof @Yusof ]
Pn. Fatimah binti Ghani dan keluarga
[ Anak Allahyarhamah Yodu‟ Luyat binti Tusof@Yusof ]
Pn. Mariana binti Dullah dan Keluarga
[ Anak Allahyarham Aki Dullah bin Tusof @Yusof ]
Pn. Rukizah binti Sapar dan adik beradik serta keluarga
[ Mewakili keluarga Allahyarhamah Jananah binti Burut ]
En. Ag. Damit bin Durahim dan adik beradik serta keluarga
[ Mewakili keluarga Allahyarhamah Taunyi binti Burut @Jubaidah ]
Pn. Norhayati binti Mohd. Kurus dan adik beradik serta keluarga
[ Mewakili keluarga Allahyarhamah Saramiah binti Burut @Saunah ]
dan semua ahli keluarga Aki Burut dan Yodu‟ Rugiah
serta
individu- individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu menjayakan penulisan ini.
Terima Kasih Semua. 145
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
RUJUKAN 1 : Lampiran I
ANAK-ANAK DAN CUCU ALLAHYARHAM MAIDIN
BIL NAMA ANAK –ANAK NAMA CUCU-CUCU HUBUNGAN
ALLAHYARHAM MAIDIN ALLAHYARHAM MAIDIN
1. Allahyarham Tasan bin Maidin 1. Allahyarham Hj. Pila bin Tasan @Hasan
@Hasan [Majamal]
Tarikh Lahir : Tidak diperolehi dan 2. Allahyarham Hj. Kassim bin Tasan
diketahui. @Hasan
Tarikh dan umur semasa meninggal 3. Allahyarham Amit bin Tasan @Hasan
dunia : [Masani]
*Tarikh dan umur semasa meninggal 4. _______ binti Tasan @Hasan
dunia tidak diperolehi dan diketahui [Ibu Allahyarham Kurut bin Tussin] Anak-anak
5. En. Mokri bin Tasan @Hasan Kandung
[Makasman] dan
2. Allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof 1. Allahyarham Sarap bin Tusof @Yusof Cucu
Tarikh Lahir : Tidak diperolehi dan 2. Allahyarham Burut bin Tusof @Yusof Allahyarham
diketahui. 3. Allahyarhamah Jumlee binti Tusof Maidin
Tarikh dan umur semasa meninggal @Yusof [Indu Nisbah]
dunia : 4. Allahyarham Hj. Latam @Pudin bin
*Meninggal dunia pada tahun 1946 Tusof @Yusof [Hj. Ag. Payak bin Ag.
berdasarkan pada tarikh yang Chuchu] Sepupu
tercatat pada batu nisan 5. Allahyarhamah Rupiah binti Tusof sepupu
makamnya. @Yusof [Indu Rumpung] Cucu
Umur semasa meninggal dunia 6. Allahyarhamah Luyat binti Tusof Allahyarham
juga tidak diperolehi dan diketahui. @Yusof Maidin
7. Allahyarham Hj. Saruji bin Tusof @Yusof
8. Allahyarham Saruddin bin Tusof @Yusof
9. Allahyarham Dullah bin Tusof @Yusof
3. Allahyarham Siyu bin Maidin 1. Allahyarham Kicap bin Siyu @Lajim
Tarikh Lahir : Tidak diperolehi dan 2. Allahyarhamah Sarinah binti Siyu
diketahui. 3. Allahyarhamah Sariniah binti Siyu
Tarikh dan umur semasa meninggal 4. Allahyarhamah Setri binti Siyu
dunia : [Indu Gana]
*Tarikh dan umur semasa meninggal 5. Pn. Pini binti Siyu
dunia tidak diperolehi dan diketahui *Ibu mertua kepada Pn. Noraini binti
Sapar [Cucu Aki Burut dan Yodu’ Rugiah
Rugiah], anak ke 3 En. Sapar bin Burut
dan allahyarhamah Jananah binti Burut.
*Nama ayah dan nama isteri Allahyarham Maidin tidak diperolehi dan diketahui.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 146
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Lampiran II
RUJUKAN 2 :
ANAK-ANAK ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN @YUSOF
[Meninggal dunia pada tahun 1946]
BIL NAMA ANAK –ANAK CATATAN HUBUNGAN
ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN @ YUSOF
1. Allahyarham Sarap bin Tusof @Yusof Anak dengan isteri pertama
Tarikh Lahir : 1920-an [Anggaran]
Tarikh meninggal dunia : 1965
2. Allahyarham Burut bin Tusof @Yusof Anak dengan isteri pertama
Tarikh Lahir : 1926
Tarikh meninggal dunia : 04.05.1978 [52 Tahun]
3. Allahyarhamah Jumlee binti Tusof @Yusof Anak dengan isteri kedua
[Indu Nisbah] [Pn. Janim binti Hj. Taib @Anim]
Tarikh Lahir : 1930
Tarikh meninggal dunia : 04.10.1992 [62 Tahun]
4. Allahyarham Hj. Latam @Pudin bin Tusof Anak dengan isteri pertama
@Yusof [Hj. Ag. Payak bin Ag. Chuchu]
Adik beradik
Tarikh Lahir : 05.12.1932
Tarikh meninggal dunia : 16.12.2006 [74 Tahun]
5. Allahyarhamah Rupiah binti Tusof @Yusof Anak dengan isteri pertama Anak
Anak dengan isteri pertama Kandung
[Indu Rumpung] Allahyarham
Tusof bin
Tarikh Lahir : 1933 Maidin
@Yusof
Tarikh meninggal dunia : 1974 [41 Tahun]
6. Allahyarhamah Luyat binti Tusof @Yusof
Tarikh Lahir : 01.03.1934
Tarikh meninggal dunia : 03.06.2013 [79 Tahun]
7. Allahyarham Hj. Saruji bin Tusof @Yusof Anak dengan isteri kedua
Tarikh Lahir : 01.08.1936 [Pn. Janim binti Hj. Taib @Anim]
Tarikh meninggal dunia : 14.11.2016 [80Tahun]
8. Allahyarham Sarudin bin Tusof @Yusof Anak dengan isteri kedua
Tarikh Lahir : 01.01.1939 [Pn. Janim binti Hj. Taib @Anim]
Tarikh meninggal dunia : 29.12.2004 [65 Tahun]
9. Allahyarham Dullah bin Tusof @Yusof Anak dengan isteri kedua
Tarikh Lahir : 03.01.1940 [Pn. Janim binti Hj. Taib @Anim]
Tarikh meninggal dunia : 28.12.2021 [81 Tahun]
*Nama isteri pertama allahyarham Tusof bin Maidin @Yusof tidak diperolehi dan diketahui.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 147
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Lampiran III
RUJUKAN 3 :
ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN @YUSOF
ANAK –ANAK CUCU-CUCU
BIL ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN @ ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN @ HUBUNGAN
YUSOF YUSOF
1. Allahyarham Sarap bin Tusof @Yusof Allahyarham Nawang bin Sarap
Allahyarham Pudin bin Sarap
Allahyarhamah Rupiah binti Rawana Allahyarham Hj. Malik bin Sarap
[Isteri] Pn. Nisah binti Sarap
En. Sanoh bin Sarap Adik beradik
Pn. Jamah binti Sarap
Pn. Saranio binti Sarap
2. Allahyarham Burut bin Tusof @Yusof Allahyarhamah Jananah binti Burut Ipar
Allahyarhamah Taunyi binti Burut
Allahyarhamah Rugiah binti Lamat @Jubaidah
[Isteri] En. Jusi bin Burut Biras
Allahyarhamah Saramiah binti Burut
@Saunah
En. Jusah bin Burut Sepupu
En. Musah bin Burut @Bahrim
Allahyarhamah Rohana binti Burut
3. Allahyarhamah Jumlee binti Tusof Allahyarhamah Nisbah binti Moksin Anak
Kandung
@Yusof [Indu Nisbah] Allahyarhamah Saibah binti Moksin Allahyarham
Tusof bin
Pn. Habibah binti Moksin @Amit Maidin
@Yusof
Allahyarham Moksin bin Sarudin Allahyarham Jafar bin Moksin
[Suami] En. Abdul Razak bin Moksin
Pn. Normah binti Moksin
Pn. Hjh Zainah binti Moksin
Allahyarham Arbaha binti Moksin
Pn. Surayah binti Moksin Cucu
4. Allahyarham Hj. Latam @Pudin bin En. Amit bin Hj. Latam @Pudin bin Tusof Allahyarham
Tusof @Yusof @Hj. Ag. Payak bin Ag. @Yusof @Hj. Ag. Payak
Tusof bin
Chuchu [Anak dengan Isteri Pertama]
Maidin
Pn. Jamilah binti Hj. Latam @Pudin bin @Yusof
Nama isteri pertama tidak diperolehi / Tusof @Yusof @Hj. Ag. Payak
diketahui [Isteri Pertama] [Anak dengan isteri pertama]
Nama isteri kedua tidak diperolehi / En. Majin bin Hj. Ag. Payak
diketahui [Sudah meninggal dunia] [Anak dengan isteri kedua]
[Isteri kedua] En. Mohd. Nazif bin Hj. Ag. Payak
Allahyarhamah Hajijah binti Balak [Anak dengan isteri ketiga]
@Jijah [Isteri ketiga]
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 148
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
ANAK –ANAK CUCU-CUCU
BIL ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN ALLAHYARHAM TUSOF BIN MAIDIN HUBUNGAN
@YUSOF @YUSOF Adik beradik
5. Allahyarhamah Rupiah binti Tusof Allahyarhamah Janah binti Burut Ipar
@Yusof [Indu Rumpung] En. Tawang bin Burut Biras
Allahyarhamah Jaunah binti Burut Sepupu
Allahyarham Burut bin Anda Anak
Kandung
[Suami] Allahyarham
Tusof bin
6. Allahyarhamah Luyat binti Tusof Pn. Fatimah binti Ghani Maidin
@Yusof
@Yusof
Cucu
Allahyarham Ghani bin Semudin Allahyarham
[Suami] Tusof bin
Maidin
7. Allahyarham Hj. Saruji bin Tusof En. Ahmad Yassin bin Hj. Saruji @Yusof
@Yusof En. Miasin bin Hj Saruji
En. Hussin bin Hj. Saruji
Allahyarhamah Hjh Rini binti Ismail En. Rosnani binti Hj.Saruji
[Isteri] En. Normah binti Hj. Saruji
En. Adnan bin Hj.Saruji
8. Allahyarham Sarudin bin Tusof @Yusof En. Matlen bin Sarudin
En. Jamain bin Sarudin
Allahyarhamah Jaidah binti Hj. Mansor Pn. Jalita binti Sarudin
[Isteri]
9. Allahyarham Dullah bin Tusof @Yusof Pn. Mariam binti Dullah
[Anak dengan isteri pertama]
Hjh Simbon binti Bali Allahyarham Zakaria bin Dullah
[Isteri pertama / bercerai] [Anak dengan isteri pertama]
*Meninggal dunia semasa kecil
Allahyarhamah Sumah binti Usap Pn. Mariah binti Dullah
[Isteri Kedua] En. Saffar bin Dullah @Amit
Pn. Asnah binti Dullah
En. Sarak bin Dullah
Pn. Mardianah binti Dullah
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 149
Aki Burut bin Tusof @Yusof dan Yodu’ Rugiah binti Lamat Dalam Kenangan, Menjejaki Waris-Waris
2022(Anak, Menantu, Cucu dan Cicit) Aki Burut
Lampiran IV
RUJUKAN 4 :
ANAK-ANAK ALLAHYARHAM LAMAT BIN AJI DAN ALLAHYARHAMAH AFSAH
BINTI PERAK
NAMA ANAK –ANAK NAMA CUCU-CUCU
BIL ALLAHYARHAM LAMAT BIN AJI DAN ALLAHYARHAM LAMAT BIN AJI DAN HUBUNGAN
ALLAHYARHAMAH ALLAHYARHAMAH Anak
Kandung
AFSAH BINTI PERAK AFSAH BINTI PERAK
dan
1. Allahyarham Banson bin Lamat 1. Pn. Jubaidah binti Lamat Cucu
Allahyarham
Tarikh Lahir, tarikh dan usia semasa 2. Pn. Jidah binti Lamat Lamat bin Aji
dan
meninggal dunia : Tidak diperolehi. 3. En. Osman bin Banson Allahyarhamah
Afsah binti
Allahyarhamah Jubi binti Kini Perak
[Isteri] Sepupu
sepupu
2. Allahyarhamah Saleha binti Lamat 1. En. Kamus bin Dewa
Cucu
[Indu Murih] 2. Hajah Salamah binti Dewa Allahyarham
Lamat bin Aji
Tarikh Lahir, tarikh dan usia semasa 3. Pn. Badek bin Hj. Abdul Rahman
dan
meninggal dunia : Tidak diperolehi. @Jikra. Allahyarhamah
*Anak dengan suami kedua iaitu Tn. Afsah binti
Perak
Allahyarham Dewa Hj. Abdul Rahman
[Suami Pertama]
Allahyarham Hj. Abdul Rahman
[Suami kedua]
3. Allahyarhamah Rugiah binti 1. Allahyarhamah Jananah binti Burut
Lamat 2. Allahyarhamah Taunyi binti Burut
[Indu Buyon] @Jubaidah
Tarikh Lahir : 1923 3. En. Jusi bin Burut
Tarikh dan umur semasa meninggal 4. Allahyarhamah Saramiah binti Burut
dunia : @Saunah
*Meninggal dunia pada 06.04.1973 5. En. Jusah bin Burut
semasa berumur 50 tahun. 6. En. Musah bin Burut @Bahrim
7. Allahyarhamah Rohana binti Burut
Allahyarham Burut bin Tusof
@Yusof [Suami]
4. Allahyarham Unji bin Lamat
Tarikh Lahir, tarikh dan usia semasa *Tidak mempunyai anak dan waris
meninggal dunia : Tidak diperolehi.
Nama isteri : Tidak diperolehi.
5. Allahyarham Isang binti Lamat
Tarikh Lahir, tarikh dan usia semasa *Tidak mempunyai anak dan waris
meninggal dunia : Tidak diperolehi.
Nama suami : Tidak diperolehi.
Hasil Kajian dan penyelidikan : Cikgu Abdul Raup bin Sapar dan Cikgu Ag. Damit bin Durahim 150