The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-19 08:40:19

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA

Latar

Kuih

Juadah

CERITA

Rose dan ibunya berjalan-jalan ke pusat membeli belah yang berdekatan dengan rumah
mereka. Semasa membeli barang, Rose dan ibunya ternampak ibu dan anaknya duduk di
sudut kedai. Mereka menghampiri ibu dan anak tersebut. Ibu Rose menyapa ibu tersebut
dan bertanya mengapa mereka duduk di sudut tersebut. Ibu tersebut menyatakan
bahawa mereka sesat semasa mencari rumah anaknya yang berada di Kuala Lumpur itu.
Mereka datang dari kampung dan si ibu itu tidak pandai membaca sehingga
menyebabkan mereka sesat.

Ibu Rose menawarkan diri untuk membawa mereka ke perhentian bas untuk
memudahkan mereka bertemu dengan anak Ibu tersebut. Ibu Rose menelefon anak
perempuan ibu itu dan menyatakan bahawa ibunya sesat dan sekarang tengah berada di
perhentian bas. Tidak lama kemudian, anak perempuan itu datang mengambil ibu dan
adiknya. Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Rose dan ibunya kerana
menolong mereka.

Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, Rose ternampak seorang lelaki
tua tukang cuci di pusat membeli belah itu sedang rehat di tangga dan hanya minum air
kosong sahaja. Rose meminta izin ibunya untuk memberi roti yang dia beli kepada
lelaki tersebut. Melihat kelakuan Rose itu, ibunya tersenyum bangga kerana Rose sudah
mampu menolong orang yang memerlukan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berbuat baik dengan orang lain
2. Kita mestilah menjadi contoh yang baik untuk anak-anak
3. Kita mestilah menolong orang yang dalam kesusahan
4. Kita mestilah berterima kasih dengan orang yang telah

menolong kita.

Soalan

1. Berikan maksud pepatah “bagaimana acuan, begitulah
kuihnya”.

2. Apakah nilai yang terdapat dalam cerita tersebut?

MAKSUD pepatah

Harapkan pegar, pegar makan padi

Harapan diletakkan
pada bahu
seseorang tetapi
akhirnya orang itu
pula yang
merosakkannya

Latar

Pegar

Sejenis
burung

Latar

Padi

Sejenis tumbuhan
iaitu rumput yang
buahnya dijadikan
beras

CERITA

Sudah lima tahun Yati menjadi pembantu rumah Puan Naimah. Yati rajin bekerja. Segala
kerja rumah dilakukan dengan sempurna. Sikap yang ditunjukkan oleh Yati itu amat
menggembirakan Puan Naimah. Beliau sudah menganggap Yati sebahagian daripada
anggota keluarganya. Pada suatu hari, Puan Naimah, suami dan anak -anaknya hendak
bercuti di Pulau Langkawi. Beliau mengajak Yati bercuti bersama. Yati menolak pelawaan
Puan Naimah. Menurut Yati, dia tidak mahu menggangu percutian Puan Naimah
sekeluarga.

Sebelum bertolak, Puan Naimah berpesan kepada Yati supaya dia berhati -hati. Beliau
risau akan keselamatan Yati yang tinggal seorang diri di rumah. Setengah jam selepas
Puan Naimah bertolak, Yati bergegas ke biik majikannya itu. Bilik tidur itu habis
digeledahnya. Yati memasukkan barang -barang kemas Puan Naimah ke dalam beg
tangannya. Dia turut mencuri sejumlah wang tunai yang disorokkan di bawah lipatan
pakaian. Tanpa membuang masa, Yati menghubungi rakannya. Dia bercadang hendak
melarikan diri

Malang tidak berbau. Tiba -tiba Puan Naimah muncul di depan pintu. Beliau berpatah
balik kerana pasportnya tertinggal di atas meja. Puan Naimah hairan melihat muka Yati
yang agak cemas. Setelah disoal beberapa kali., akhirnya Yati terpaksa menceritakan
segala perbuatannya itu. Puan Naimah berasa sungguh kesal. Dia tidak menyangka sama
sekali Yati sanggup mengkhianati kepercayaannya selama ini. Perbuatan Yati itu tidak
ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi

Pengajaran

1. Kita janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan orang
2. Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sesuatu kerja
3. Kita mengkhianati orang yang telah menolong kita

Soalan

1. Apakah maksud pepatah “harapkan pegar, pegar makan
padi”.

2. Senaraikan dua pengajaran yang anda peroleh berdasarkan
cerita.

MAKSUD pepatah

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

Nasihat atau
pelajaran yang
tidak dimasukkan
ke dalam ingatan

Latar

Telinga

Telinga merupakan
sebuah organ badan yang
mampu mengesan bunyi
dan juga berperanan dalam
keseimbangan dan
kedudukan tubuh

SOALAN

Pada suatu petang, Amin dan kakaknya bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah
mereka. Amin sangat gembira kerana telah lama dia tidak keluar berjalan disebabkan
kakaknya selalu sibuk dengan pelajarannya. Di taman itu, terdapat seekor anjing liar
yang sedang berkeliaran. Amin mengganggu anjing itu dengan membuat bunyi anjing.
Melihat kelakuan Amin sebegitu, kakaknya memberitahu amin supaya tidak
mengganggu anjing itu kerana takut anjing itu menggigitnya. Namun, Amin tidak
menghiraukan nasihat kakaknya itu. Amin kemudian mula menikam batu-batu kecil
terhadap anjing tersebut. Kakaknya berkali-kali melarang Amin tapi dia degil.

Semasa Amin ingin menikam batu yang seterusnya, tiba-tiba anjing itu berlari ke arah
Amin dan mengejar mereka berdua. Kakak Amin berjaya menaiki ke atas meja di pondok
yang berdekatan manakala Amin terus berlari dikejar anjing tersebut. Amin menangis
meminta tolong. Amin bernasib baik kerana di taman pada masa itu ramai pengunjung
dan merekalah yang membantu amin daripada terus dikejar anjing. Amin menangis
teresak-esak semasa kakaknya pergi mendapatkannya. Kakaknya memarahi Amin
kerana degil mengganggu anjing tersebut. Amin meminta maaf kepada kakaknya dan
berjanji tidak akan melawan kakaknya lagi.

pengajaran

1. Kita mestilah mendengar nasihat orang yang lebih tua
2. Kita janganlah mengganggu haiwan liar supaya tidak

dikejarnya
3. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu kerja

Soalan

1. Mengapakah Amin dikejar anjing?
2. Berikan maksud pepatah “masuk telinga kanan, keluar

telinga kiri”.

MAKSUD pepatah

Baik membawa resmi padi. Semakin berisi
semakin menunduk

Tidak sombong
atau rendah diri

Latar

Resmi

Sifat semula
jadi bagi
sesuatu

Latar

Padi

Sejenis tumbuhan
iaitu rumput yang
buahnya dijadikan
beras

CERITA

Aizat merupakan satu-satunya cucu orang paling kaya di Kampung Bunga Raya
dan Aizat juga merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. .
Aizat sangat disenangi oleh penduduk kampung dengan sikapnya yang sentiasa
rendah diri walaupun keluarganya kaya. Aizat juga suka bergaul dengan
penduduk di kampung. Keramahan Aizat menyebabkan dia mempunyai ramai
kawan di kampung dan dia betah duduk di kampung.

Walaupun berasal dari keluarga yang kaya, Aizat suka bermain ke rumah kawan-
kawannya yang lain. Semua kawan Aizat sangat kagum dengannya kerana Aizat tidak
berkira dengan mereka walaupun taraf mereka jauh berbeza dengan Aizat. Pada suatu
petang, Aizat dan kawan-kawannya bermain bola di padang sekolah. Aizat menyedari
seorang kawannya termenung melihat mereka bermain. Aizat menghampiri kawannya
itu dan bertanya kepada kawannya itu masalah yang dihadapinya.

Kawannya itu menyatakan bahawa dia berasa susah hati disebabkan peperiksaan akan
datang dan dia masih kurang faham dengan apa yag diajar oleh guru di dalam kelas.
Melihat masalah kawannya itu, Aizat menawarkan diri untuk mengajar dan mengajar
kawannya itu mengulang kaji bersama-sama. Kawan Aizat sungguh gembira kerana
Aizat sanggup mengajarnya mengenai topik yang akan ditanyakan dalam peperiksaan
nanti. Kawannya bersyukur kerana Aizat sanggup mengajarnya walaupun dia seorang
pelajar yang cemerlang.

Pengajaran

1. Kita hendaklah merendah diri
2. Kita mestilah menolong orang yang mempunyai masalah
3. Kita mestilah pandai bergaul dengan penduduk kampung
4. Kita mestilah bersyukur dengan pertolongan yang diberikan

Soalan

1. Berikan maksud perkataan “resmi”.
2. Mengapakah kawan Aizat termenung?

KUIZ/LATIHAN

https://wordwall.net/play/9304/292
/518
https://wordwall.net/resource/93044
32


Click to View FlipBook Version