The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-19 08:40:19

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA

KIT PEMBELAJARAN PERIBAHASA

Perselisihan faham antara Raimah dan Ramlah terjadi apabila mereka memutuskan siapa
yang akan menjaga rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka. Disebabkan mereka
tidak mahu hanya menetap di kampung dan mencari kerja di bandar, mereka berdua
bergaduh sehingga tidak bertegur sapa selama dua tahun. Masing-masing mereka tidak
mahu mengalah untuk bertegur sapa. Pada hari raya yang lepas, Raimah pulang ke
kampung untuk menyambut di sana memandangkan sudah lama dia tidak pulang.

Tanpa sengaja ketika Raimah datang, dia melihat sebuah kereta masuk ke pekarangan
rumahnya. Raimah menunggu pemilik kereta itu keluar dari kereta. Alangkah
terkejutnya apabila pemilik kereta tersebut merupakan adiknya Ramlah. Raimah dan
Ramlah bertentang mata dan masing-masing mereka menangis terus berpelukan.
Raimah meminta maaf kepada adiknya kerana selama ini tidak berusaha menghubung
adiknya. Begitu juga Ramlah meminta maaf kerana egonya selama ini. Kedua beradik
itu menyambut hari raya bersama-sama di kampung dan mereka pun sudah berdamai
bak kata pepatah “air dicencang tiada putus”.

Pengajaran

1. Kita janganlah mementingkan diri sendiri
2. Kita mestilah saling bertegur sapa dengan adik beradik.
3. Kita hendaklah menyayangi adik-beradik.
4. Kita mestilah meminta maaf atas kesalahan kita

Soalan

1. Mengapakah Raimah dan Ramlah bergaduh?
2. Berikan pengajaran yang anda peroleh daripada cerita

tersebut

MAKSUD bidalan

Ada udang disebalik batu

Ada sesuatu
maksud yang
tersembunyi di
sebalik sesuatu
perbuatan

Latar

Udang

Binatang yang hidup
di air, berkulit keras,
berkaki sepuluh dan
berekor.

Latar

Batu

Benda keras yang
berasal dari bumi
tetapi bukan logam
dan terdiri daripada
pelbagai jenis

CERITA

Pada suatu petang, Larry dan kawan-kawannya dipanggil oleh guru pengakap. Mereka
telah terpilih untuk mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat negeri yang akan
diadakan di Sarawak. Perkhemahan itu berlangsung selama seminggu dan mereka
dikehendaki bermalam di hutan. Mendengar perkataan hutan, Larry sudah susah hati
kerana dia tahu ibu bapanya tentu tidak mengizinkannya pergi namun Larry berminat
untuk mengikuti perkhemahan tersebut. Cikgu Ali memberikan mereka borang
kebenaran ibu bapa dan perlu dihantar semula keesokkan harinya.

Sesampai di rumah, Larry berkali-kali cuba untuk memberitahu ibu bapanya tentang
perkhemahan tersebut, namun dia takut. Pada petang itu, Larry melihat ibu dan
ayahnya sedang berada di luar rumah. Larry menawarkan diri untuk menolong ibunya
menanam bunga yang terdapat di kebun bunga ibunya. Ibunya sangat pelik melihat
kelakuan Larry kerana sebelum ini kalau petang tentu Larry bermain bersama kawan-
kawannya. Setelah selesai menolong ibunya, Larry pula menawarkan diri untuk
membasuh kereta ayahnya. Ibu bapanya sangat pelik melihat kelakuan Larry pada
petang itu.

Ibunya bertanya kepada Larry. “mengapakah kamu tiba-tiba menolong ibu dan ayah ni
Larry?” lalu Larry menjawab ibunya, “tiada bu, Larry saja nak tolong.” Namun begitu,
ibunya masih pelik dengan sikap Larry. Ibunya bertanya lagi, “kenapa ni Larry macam
ada Udang disebalik batu je. Baik kamu cakap betul-betul apa niat kamu sebenarnya.”
Larry kemudian memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia ingin mengikut
perkhemahan di Sarawak itu. Ibu dan ayahnya serentak tertawa melihat sikap Larry
sebegitu. Pada akhirnya, Larry dibenarkan untuk mengikuti perkhemahan tersebut dan
dia berasa sangat gembira.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersikap terus terang
2. Kita mestilah sentiasa menolong ibu bapa

Soalan

1. Berikan maksud perkataan “udang”.
2. Dimanakah Larry dan kawan-kawannya berkhemah?

MAKSUD bidalan

Berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit

Berjimat-cermat
membawa
kesenangan

Latar

Berdikit-dikit

Sedikit demi
sedikit

Latar

Bukit

Bahagian bumi yang
tinggi tetapi tidak
mencapai 1,000 kaki
tingginya seperti
bukau bukit dan
lembah

CERITA

Azura mempunyai niat untuk membelikan ayahnya sebuah vespa sempena hari jadi
ayahnya yang ke – 65 pada tahun hadapan. Azura buntu memikirkan cara untuk dia
boleh menunaika hasratnya memberikan ayahnya vespa itu. Pada mulanya Azura ingin
meminta tolong ibunya tetapi dia juga tidak mahu menyusahkan ibunya dengan
meminta wang selalu. Setelah difikir-fikirkan, Azura mula menabung duit untuk
membeli vespa buat ayahnya.

Setiap hari Azura akan menyimpan duit lebihan dia membeli barangan di kedai. Jika
ada duit lebih, Azura juga akan menyimpannya di tabung. Tiba pada tarikh lahir
ayahnya, Azura teruja untuk mengira duit yang telah disimpannya selama ini. Setelah
dikira-kira, wang Azura melebihi harga vespa yang hendak dibelinya itu. Dia sangat
bersyukur kerana akhirnya hajat dia hendak menghadiahkan vespa buat ayahnya akan
tercapai tidak lama lagi. Tanpa membuang masa, Azura meminta abangnya
menemaninya untuk membeli vespa di kedai yang telah lama dia perhatikan.

Pada hari jadi ayahnya, Azura datang membawa vespa yang telah dibelinya itu.
Ayahnya sangat gembira dengan pemberian Azura itu. Ayahnya mengucapkan terima
kasih kepada Azura kerana memberikanya vespa sempena ulang tahunnya. Azura juga
gembira melihat ayahnya begitu teruja mendapat vespa itu. Azura juga sedar bahawa
betapa pentingnya dia meneruskan amalan menabung supaya sekiranya terdapat
masalah akan datang, dia sudah mempunyai simpanan untuk melalui masalah tersebut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengamalkan amalan menabung
2. Kita mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang

diimpikan
3. Kita mestilah sentiasa mengembirakan ibu bapa

Soalan

1. Apakah hadiah yang diberikan oleh Azura kepada ayahnya?
2. Apakah maksud bidalan “berdikit-dikit, lama-lama jadi

bukit”.

MAKSUD bidalan

Sediakan payung sebelum hujan

Berwaspada sebelum
ditimpa kesusahan

Latar

Payung

Alat yang dapat
dikembangkuncupkan,
biasanya dibuat daripada
kain atau kertas untuk
melindungi pemegangnya
daripada hujan atau panas

Latar

Hujan

Air yang turun (menitik
dengan banyaknya)
yang terpeluwap
daripada wap di
atmosfera

CERITA

Pada suatu petang, sekumpulan semut sedang mencari makanan untuk
persediaan musim tengkujuh. Semua semut bekerjasama mencari makanan di
seluruh pelusuk hutan. Semut jantan keluar mencari makanan manakala semut
betina menyusun makanan tersebut dalam sarang mereka. Semut-semut ini
mencari makanan awal kerana musim tengkujuh tahun lepas ramai antara
mereka mati kelaparan disebabkan tiada makanan.

Semasa semut mencari makanan, sekumpulan belalang sedang bersantai di
batu sambil menyanyi. Belalang-belalang itu mentertawakan semut mencari
makanan awal kerana musim tengkujuh lambat lagi. Semut tersebut tidak
memperdulikan belalang tersebut dan terus mencari makanan untuk dibawa
pulang.

Akhirnya musim tengkujuh pun tiba dan musim tengkujuh pada tahun ini
lebih awal daripada yang disangkakan. Semut-semut itu tidak berasa bimbang
kerana mereka telah melakukan persediaan menghadapi musim tengkujuh
lebih awal . Sekumpulan belalang gagal mencari makanan pada musim
tengkujuh dan merayu kepada semut untuk memberikan mereka sedikit
makanan. Semut-semut itu membawa sekumpulan belalang itu masuk ke
sarang mereka dan memberikan sedikit makanan. Belalang beterima kasih
dengan semut kerana memberikan mereka makanan.

Pengajaran

1. Kita mestilah bekerjasama melakukan pekerjaan
2. Kita janganlah malas bekerja
3. kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan orang lain
4. Kita mestilah sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling

Soalan

1. Mengapakah sekumpulan semut mencari makanan?
2. Cerita semut itu boleh dikaitan dengan bidalan

_______________.

MAKSUD bidalan

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Mengerjakan
sesuatu yang sukar
hendaklah sabar,
sehingga mencapai
kejayaan

Latar

Bara api

Api yang masih ada
pada arang atau pada
kayu tetapi tidak
bernyala

Latar

Arang

Benda hitam
yang rapuh,
sisa kayu yang
terbakar

CERITA

Ridzuwan, seorang mekanik muda yang baru mengenal alam pekerjaan selepas tamat alam
persekolahan. Ridzuwan tidak mempunyai pengalaman bekerja sebagai mekanik. Oleh itu, dia
dibayar dengan gaji yang rendah. Pada awalnya, dia agak kekok kerana banyak alat yang
digunakan tidak diketahui fungsinya. Justeru, dia bekerja dengan sungguh-sungguh untuk
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengendalian kereta. Kecetekan ilmu
menyebabkan Ridzuwan selalu ditegur oleh pengusaha bengkel dan rakan-rakan sekerjanya yang
lain. Namun, dia cekalkan hatinya. Ridzuwan banyak belajar daripada teguran tersebut dan setiap
hari adalah waktu untuknya belajar.

Ridzuwan menganggap bahawa pengalaman itu amat berharga bagi mempersiapkan
dirinya sebagai mekanik yang mahir. Ridzuwan tidak pernah ponteng bekerja malah
selalu bekerja lebih masa. Dia tidak pernah mengenal erti jemu dan penat,malah dia
semakin seronok bekerja di situ. Selain itu,dia bijak menabung dan tidak pernah boros
berbelanja apabila dia mendapat gaji. Sebahagian daripada wang gajinya disimpan untuk
keperluan masa depannya. Dia bercita-cita untuk membuka bengkel sendiri suatu masa
nanti.

Berkat ketekunannya itu,dia dilantik sebagai ketua mekanik di bengkel itu. Banyak
pelanggan yang telah mengenal Ridzuwan. Kini, dia dibayar dengan gaji yang lebih
tinggi setiap bulan. Setelah hampir sepuluh tahun Ridzuwan bekerja di bengkel itu,
akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan membuka perniagaan
sendiri. Kini, perniagaannya semakin maju. Sikap Ridzuwan yang tidak pernah jemu
itu adalah rahsia kejayaannya. Kejayaan Ridzuwan itu dapatlah dikaitkan dengan
peribahasa,”genggam bara api, biar sampai jadi arang”.

SOALAN

1. Kita mestilah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan
2. Kita janganlah mudah berputus asa
3. Kita mestilah bijak menabung untuk kependtingan masa

hadapan.

Soalan

1. Apakah maksud bidalan “genggam bara api biar sampai
jadi arang”.

2. Apakah pekerjaan Ridzuwan selepas tamat persekolahan.

KUIZ/LATIHAN

https://wordwall.net/play/9304/625/804

SOALAN

1. Apakah pengajaran yang anda dapat melalui cerita pada
bidalan “air dicencang tiada putus”?
2. Berikan maksud bidalan berdikit-dikit, lama-lama jadi
bukit
3.“Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,
sehingga mencapai kejayaan” merupakan maksud bidalan
apa?

Jawab soalan berdasarkan gambar

1.

2.

MAKSUD pepatah

Peribahasa yang berisi nasihat
ataupun kata-kata orang tua-tua
yang terdapat ajaran di dalamnya.

MAKSUD pepatah

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Saling menolong
ketika senang
atau susah

Latar

Dipikul

Membawa barang
di atas bahu;
mengandar;
menggalas

Latar

Dijinjing

Membawa sesuatu
dengan tangan
terhulur ke bawah;
membimbit

CERITA

Di sebuah kampung, terdapat sebuah keluarga yang kehidupannya sangat susah.
Keluarga tersebut terdiri daripada datuk, nenek dan cucu. Manakala ibu bapa budak
tersebut telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Jiran kepada
keluarga susah ini merupakan orang paling kaya dalam kampung tersebut. Walaupun
kaya, keluarga tersebut sangat baik dengan keluarga si susah ini. Cucu si susah dan cucu
si kaya ini merupakan kawan baik. Keluarga si kaya ini tidak menghindari keluarga si
susah walaupun semua penduduk kampung memulaukan mereka.

Pada suatu hari, keluarga si kaya ini menghadapi masalah paip bocor di tandas mereka. Kebocoran
paip ini menyebabkan dapur mereka habis dimasukki air. Keluarga si kaya itu meminta pertolongan
daripada datuk si suah untuk membaiki paip yang bocor itu. Selesai membaiki paip yang bocor,
datuk si susah ini diberikan sedikit makanan dan duit oleh keluarga si kaya, namun duit tersebut
ditolak oleh datuk si susah itu. Hanya makanan yang diambilnya kerana dia tidak mahu dikatakan
mengambil kesempatan atas kebaikan keluarga si kaya. Namun, keluarga si kaya ini berkeras ingin
memberikan wang tersebut kerana mereka dapat tahu daripada cucu si susah bahawa neneknya
sedang sakit dan mereka tiada duit untuk ke hospital.

Datuk si susah itu mengalirkan air mata apabila jiranya yang kaya itu sungguh
mengambil berat tentang mereka sekeluarga. Datuk si susah itu segera membawa
isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, keluarga si kaya itu
menawarkan diri untuk menjaga cucunya dan menyuruh pemandunya menghantar
mereka suami isteri ke hospital. Keesokan harinya, datuk si susah itu mengucapkan
terima kasih kepada keluarga si kaya kerana selalu menolong mereka dalam kesusahan
dan tidak jijik dengan keadaan mereka yang miskin. Keluarga si susah dan si kaya ini
seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Pengajaran

1. Kita janganlah memulaukan orang
2. Kita mestilah tolong-menolong antara satu sama lain
3. Kita mestilah baik dengan jiran tetangga

Soalan

1. Berikan maksud perkataan “dijinjing”.
2. Mengapakah datuk si susah mengucapkan terima kasih
kepada keluarga si kaya?

MAKSUD pepatah

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Seseorang anak itu
akan mengikut
perangai bapa atau
ibunya

Latar

Acuan

Bekas tempat
menuang bahan
sesuatu yang
hendak dibentuk


Click to View FlipBook Version