‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 1
Selamat Datang! Ebook “Cipta Mesin Buat Duit Niche Travel & Pelancongan” ini ditulis
oleh Wazeen Azizan (Founder of Shopievo). Ebook ini ditulis dalam tempoh seminggu
setelah Wazeen dapat idea untuk kongsikan sesuatu yang boleh dikatakan mudah jana
income online dalam bentuk matawang USD melalui industri Travel & Pelancongan.
Ebook ini sarat dengan “step by step” dari A hingga ke Z dan ditulis dalam bahasa mudah
difahami kerana Wazeen mengandaikan bahawa majoriti pembaca ebook ini adalah dari
kalangan newbie dalam internet marketing. Pihak kami ingin meminta maaf kerana
penulisan ebook ini bukan 100% Bahasa Melayu, tetapi ada juga campuran Bahasa
Inggeris pada perkataan-perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris supaya
pembaca ebook ini lebih faham.
Ebook setebal 119 muka surat ini diedarkan secara percuma bermula March 2017 kepada
orang ramai yang berminat untuk buat income sampingan dalam dunia bisnes online.
Walau bagaimana pun, pihak kami masih lagi belum buat keputusan untuk jual ebook ini
ataupun tidak pada masa hadapan. Jadi, kami ingin lakukan suatu kelainan dengan
berikan anda baca PERCUMA terlebih dahulu ebook ini dan kemudian pada akhir muka
surat ebook ini, kami sediakan butang “BillPlz” untuk anda buat pembayaran seikhlas hati
anda jika anda rasa ilmu yang dikongsi dalam ebook ini sepatutnya dikenakan caj atau
pun tidak.
Ini bermaksud, bila anda sudah selesai baca keseluruhan ebook ini, anda diberi pilihan
sama ada untuk buat bayaran seikhlas hati anda dengan ilmu yang anda dapat ini atau
pun ia kekal percuma. Jika anda rasa ebook ini “bernilai” percuma, anda tak perlu buat
pembayaran pun. Jangan risau okay :) Dengan cara ini, kami dapat tau berapa
sebenarnya “NILAI” kandungan ebook ini. Selamat Membaca! :) - SHOPIEVO.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya, Wazeen Azizan iaitu founder kepada SHOPIEVO!
Terima kasih sebab berminat dengan ebook “Cipta Mesin Buat Duit Niche Travel &
Pelancongan”.
Ebook ini ditulis pada bulan Mac 2017 dan telah diedarkan secara percuma untuk masa
yang terhad kepada orang ramai yang berminat untuk buat duit sampingan yang mudah
melalui internet.
Jika anda dapatkan ebook ini dengan bayaran, ia bermaksud kuota percuma untuk ebook
ini telah pun tamat. Tapi dengan bayaran anda itu, ia berbaloi dengan apa yang akan saya
ceritakan di dalam ebook ini nanti.
Jika anda dapatkan ebook ini secara percuma sahaja, tahniah saya ucapkan sebab anda
merupakan insan yang bertuah iaitu orang terawal yang dapat baca ebook ini.
Kenapa saya berikan percuma? Ya, ada yang tertanya-tanya kenapa saya bongkarkan
rahsia ini secara percuma sahaja sedangkan saya boleh je ‘makan sorang' supaya tak
ramai orang tahu.
“ Nie mesti ada udang di sebalik mee… ”, kata Ahmad (bukan nama sebenar) dalam hati.
Opps.. Sebelum anda fikir bukan-bukan, biar saya jelaskan kenapa. :)
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 3
Antara sebab utamanya kerana saya sudah lama dalam bidang internet marketing ni dan
banyak perkara yang berkaitan dengan bisnes internet & pemasaran telah saya belajar
dan praktikkan.
Macam-macam program saya join dulu termasuk jugak MLM. Yang kena tipu tak payah
cakaplah. Banyak kali saya kena tipu sebab join program yang bukan-bukan. :)
Untuk pengetahuan anda, life span seseorang internet marketer tu bukan hanya setakat
itu sahaja. Saya bermula dari bawah dan naik secara perlahan-lahan tahun demi tahun.
Dulu fasa “Buat Duit”, tapi sekarang saya dah pun berada di fasa “Buat Bisnes”.
Anda perlu tahu bezakan antara kedua-duanya tu. “Buat Duit” tak sama dengan “Buat
Bisnes”. Kalau bab buat duit ni, ramai orang boleh buat duit dengan mudah sekarang ni.
Tapi bila bercakap tentang “Buat Bisnes”. Ia tidak semudah itu.
Disebabkan saya sekarang dalam fasa buat bisnes, jadi saya tak mahu fasa buat duit tu
jadi penyebab saya tak dapat nak fokuskan kepada developing my business.
Jadi, apa yang saya akan kongsikan kepada anda ini adalah sesuatu yang boleh
dikatakan sebagai fasa “Buat Duit” sebab masih ramai rakyat Malaysia yang perlukan duit
extra untuk tampung hidup masing-masing. Tetapi, ia juga boleh dijadikan sebagai fasa
“Buat Bisnes”, anda akan tahu nanti bila dah baca keseluruhan kandungan dalam ebook
hensem ini.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 4
Ketika saya tulis ebook ini, saya tak buat pun cara yang akan dikongsikan nanti walaupun
saya tahu ia boleh hasilkan duit poket tambahan. Disebabkan fasa “Buat Bisnes” tadi,
saya tak mahu ia ganggu goal saya untuk bangunkan bisnes dengan lancar dan berjaya.
Tapi jangan risau, sebab saya sudah pun buat eksperimen ini kepada beberapa rakan IM
saya dan hasil yang mereka dapat adalah positif!
Kita akan buat sama-sama okay :)… Jom Kita Mulakan…!
Saya yakin pasti anda teruja nak tahu apakah ‘isi’ disebalik tajuk ebook ini kan?
Saranan saya, anda baca secara teliti apa yang akan saya kongsikan dalam ebook ini
pembacaan kali pertama sehingga habis, kemudian anda ambil peluang keemasan ini
dengan terus praktikkannya pada pembacaan kali ke-2.
Jangan risau..! Ia sebenarnya tersangat-sangat simple.
Kalau anda ni dah lama dalam Internet Marketing, anda akan dapati benda ni adalah
tersangat simple dan mudah.
Jadi, saya tak nak anda letak harapan yang tinggi dalam kandungan ebook ini. Apa yang
akan saya kongsikan sebenarnya adalah “lubuk” yang setahu saya tak ramai yang
ceritakan tentang tentang lubuk ini. ( Mungkin dah ramai yang tahu, tapi saya tak pasti )
Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya nak tanya anda, apakah bisnes paling senang
sekali nak buat dalam dunia internet ini?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 5
Jual produk fizikal?…
Jual produk digital?…
Sediakan servis?…
Kalau pendapat saya, saya akan cakap bisnes paling senang sekali nak buat kat internet
ni adalah Bisnes AFFILIATE!
Apa Itu Bisnes Affiliate atau Affiliate Marketing?
Saya perlu terangkan serba ringkas tentang affiliate di dalam ebook ini sebab saya
andaikan majoriti pembaca ebook ini adalah newbie yang tidak pernah tahu tentang
affiliate.
Maaf kepada yang bukan newbie. Izinkan saya terangkan tentang Affiliate secara ringkas
supaya newbie dapat faham dan boleh ikut apa yang saya kongsikan selepas ini.
Jika anda sudah tahu apa itu Affiliate, anda boleh skip topik ini dan terus baca pada tajuk
seterusnya supaya ia tidak buang masa anda untuk baca perkara yang anda dah sudah
tahu.
Tapi kalau rasa nak ulangkaji balik, tiada masalah sebab mungkin penerangan saya
buatkan anda rasa lebih “jatuh cinta” dengan bisnes affiliate..hehe.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 6
Sebenarnya anda boleh tahu apa itu affiliate dengan hanya search kat Google Search
sahaja. Ia boleh dikatakan sebagai “agen” atau “promoter” atau lebih dikenali sebagai
“orang tengah” untuk produk orang lain.
Sebagai agen affiliate ini, kebiasaannya anda akan dapat satu link khas yang diberikan
oleh pemilik program atau pemilik produk yang anjurkan program affiliate.
Link khas itu adalah kepunyaan anda sahaja yang diberikan selepas anda mendaftar
sebagai agen affiliate untuk sesuatu program. Kegunaannya adalah untuk track jualan
yang terhasil adalah dari agen mana.
Bila prospek klik link affiliate anda, dan prospek buat apa yang pemilik produk itu mahukan
seperti di surat jualan produk yang anda promot kan tu, anda akan dapat komisyen.
Dengar macam senang je kan?
Bisnes Affiliate atau Affiliate Marketing ni terbahagi kepada beberapa jenis,
antaranya:
• Pay Per Sale (PPS) - Iaitu anda akan dapat komisyen jika prospek buat pembelian
melalui link khas anda. Kebiasaannya, anda akan dapat dalam lingkungan 30%
hingga 80% komisyen daripada jumlah pembelian pelanggan tadi.
• Pay Per Lead (PPL) - iaitu anda akan dapat komisyen jika prospek isi maklumat
mereka seperti nama, emel dan no.phone pada borang yang disediakan oleh pihak
penganjur. Kebiasaannya, komisyen adalah 50sen - RM5 per lead.
• Pay Per View (PPV) - iaitu anda akan dapat komisyen jika prospek hanya melawat
page link khas anda sahaja. Walaupun prospek tu tak buat pembelian pun, anda tetap
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 7
akan dapat komisyen. Kebiasaannya komisyennya sangat kecil. Lebih kurang bawah
10 sen per view.
• Pay Per Click (PPC) - iaitu anda akan dapat komisyen bila prospek klik je link khas
anda. Ia lebih kurang macam PPV, tapi beza dia adalah klik dan yang tadi adalah view
(masuk dalam page). Komisyen untuk affiliate jenis ini pun kecil sahaja.
• Dan ada beberapa jenis affiliate lagi…
Okay, itu hanyalah sebahagian daripada jenis-jenis affiliate yang ada. Tapi empat jenis di
atas adalah antara yang popular di kalangan affiliate marketer terutamanya di Malaysia.
Ia bergantung kepada pemilik program atau produk juga jenis yang manakah yang mereka
mahu tawarkan untuk agen affiliate. Kadang-kadang ada yang offer hanya satu jenis je
iaitu yang paling femes adalah Pay Per Sale sahaja. Ada yang tawarkan 2 jenis sekaligus
iaitu PPS dan PPL.
Jadi, jika anda berminat nak jadi agen affiliate untuk sesuatu program, anda boleh semak
di website-website pemilik produk. Baca maklumat-maklumat yang mereka berikan
kemudian daftar sebagai agen affiliate mereka untuk dapatkan link khas (link affiliate)
anda untuk tujuan promosi.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 8
Agen Affiliate VS Agen Dropship
Ada orang yang masih tidak faham perbezaan antara agen affiliate dan juga agen
dropship. Biar saya terangkan serba ringkas tentang perbezaan ini.
Di Malaysia ni memang popular dengan agen Dropship berbanding agen Affiliate kan?
Sebenarnya ia lebih kurang sama, tapi bukang die… Haa..amacam? Pening baca? Haha.
Okay, dari segi persamaan adalah kedua-duanya bertindak sebagai “Orang Tengah” yang
mempromosikan produk orang lain. Dari segi perbezaannya pula, saya bandingkan dalam
table di bawah:
AGEN AFFILIATE AGEN DROPSHIP
Diberikan Link Khas untuk tujuan Tracking & Tiada. Biasanya secara manual sahaja
Promosi
Income dari segi komisyen. Keuntungan terhad. Income dari mark up harga. Keuntungan bebas
kerana agen dropship boleh mark up harga sesuka
Tak perlu hantar produk kepada pelanggan. hati dan beri harga diskaun kepada pelanggan
Semuanya dibuat oleh pemilik program/produk. sesuka hati juga :)
Supplier akan hantar produk kepada pelanggan
dengan nama agen dropship.
Tak perlu support pelanggan. Semuanya dihandle Perlu support pelanggan sendiri
oleh pemilik program/produk.
Pelanggan bayar kepada agen dropship, dan agen
Pelanggan bayar terus ke bank pemilik program/ dropship perlu bayar semula kepada supplier atau
produk, dan pemilik program/produk akan bayar pemilik produk dengan harga modal.
komisyen ikut peratusan. (Biasanya hujung bulan)
Ada percuma dan ada yang berbayar untuk tunjuk
Kebanyakannya percuma untuk join. Daftar melalui tanda kesungguhan dan serius ingin resell produk
internet dan boleh terus mula promosi link khas.
Kesimpulannya, pelanggan akan kenal agen
Kesimpulannya, tak perlu berhadapan dengan dropship tapi mereka tak tahu tentang kewujudan
pelanggan semasa promosi dan juga jika terdapat supplier. Agen dropship juga perlu handle sendiri
refund. Itu semua kerja pemilik program/produk. jika terdapat isu refund dan sebagainya.
Anda affiliate tak perlu pening kepala sebab
pelanggan tak tahu pun tentang kewujudan anda
sebagai orang yang tukang rekemen.
Dah habis baca perbezaan antara agen affiliate dan juga agen dropship? Apa pendapat
anda? Mana satu yang anda lebih suka? Bagi saya, kedua-duanya ada kebaikan dan
keburukan masing-masing. Page 9
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com
Ia terpulang kepada anda untuk memilih program apa yang anda rasa anda boleh buat
dan sesuai dengan anda. Anda juga perlu tahu bahawa, kebanyakan program affiliate
adalah dengan mempromosikan produk digital, atau servis manakala program dropship
adalah sinonim dengan produk fizikal. Tapi jika diluar negara, banyak juga program affiliate
untuk produk-produk fizikal. Di Malaysia juga ada seperti Lazada dan Zalora.
Saya akan bagi beberapa contoh program affiliate dan juga dropship yang ada di dalam
negara. Alang-alang saya dah tulis ebook ni, lebih baik saya rekemenkan jugak saya
sendiri punya program. Kita tengok dulu untuk program dropship, kemudian barulah
program affiliate.
PROGRAM DROPSHIP
1. dropship.net.my
2. handbagwholesale.my
3. majalah.com - kat Majalah ni, anda boleh cari supplier-supplier produk. Anda cuba
emel mereka sama ada mereka ada program dropship atau pun tidak.
4. Zawara - program dropship produk kecantikan ( Berbayar - RM200 yuran )
Sebenarnya anda boleh je Google cari dropship program dalam Malaysia ni. Tapi dalam
ebook ni saya bukan nak terangkan secara terperinci tentang dropship, tapi akan
terangkan berkenaan dengan buat duit dengan blog travel dan pelancongan, dan ia
adalah program affiliate. Jom saya senaraikan beberapa contoh program affiliate yang ada
kat Malaysia ni.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 10
PROGRAM AFFILIATE
1. Boleh join program affiliate untuk jual produk-produk digital kami. Daftar sebagai agen
affiliate kami kat sini: https://funemo.onpay.my/affiliate/register
2. KlikJer - lubuk program affiliate untuk produk digital
3. Lazada Affiliate Program (Affiliate Produk Fizikal)
4. Yang paling best anda boleh join program affiliate terbaru ni iaitu Formula Income
Seumur Hidup (FI$H). Saya sarankan anda daftar terlebih dahulu akaun affiliate anda
kat link ni, kemudian saya akan terangkan serba ringkas tentang FI$H ini kat bawah.
Daftar dulu sekarang ==> Register Affiliate FI$H
Saya nak anda daftar cepat-cepat program affiliate yang ke-4 tu iaitu program affiliate
FI$H kerana ianya masih lagi PERCUMA untuk sertai. Saya tak nak anda ketinggalan,
kot-kot pemilik program tu kenakan caj pendaftaran jika kuota percuma telah tamat. Daftar
sekarang kat link di atas atau link ini ==> https://wazeenazizan.com/go/fish-register/
Dah daftar? Okay, izinkan saya selitkan sikit tentang program Affiliate FI$H ini walaupun
tujuan utama saya tulis ebook ini bukan berkenaan dengan program ini, tapi alang-alang
dah tulis pasal affiliate ni, saya tak nak anda ketinggalan sesuatu yang sangat bagus
untuk anda sertai dan buat duit secara pasif bila anda daftar sebagai affiliate program
tersebut.
Saya bukan nak cerita panjang pasal FI$H dalam ebook ini, tapi saya ada tanya soalan-
soalan berkenaan dengan FI$H ni kepada salah seorang owner dia ( tuan Zamri Nanyan).
Anda boleh tengok video soal jawab ni pada page ini: Soal Jawab FI$SH bersama Zamri
Nanyan
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 11
Banyak lagi program dropship dan affiliate yang ada dalam Malaysia ni. Cuma anda perlu
luangkan sikit masa untuk search dekat Google,Yahoo atau lain-lain. Insyaallah lagi
banyak anda ‘korek’ lagi banyak info yang anda boleh dapat percuma je tau.
Dah selesai saya terangkan serba ringkas tentang dropship dan juga affiliate. Sekarang
kita akan ke perkara utama kita iaitu tentang Cipta Mesin Buat Duit Niche Travel.
Tak sabar nak tau?…Jom!
BUAT DUIT DENGAN NICHE TRAVEL & PELANCONGAN
Saya terangkan tentang affiliate sebelum ni sebab buat duit dengan niche travel ini adalah
dengan melalui suatu program affiliate. Jadi, sedikit sebanyak anda sudah faham apa itu
affiliate kan? Tak faham lagi, sila ulang sekali lagi bacaan anda pada penerangan saya
tentang affiliate marketing di atas.
Saya akan kongsikan anda secara praktikal apa yang perlu anda buat dari mula hingga
penghujung. Sebelum saya berniat untuk jadikan panduan ini dalam bentuk ebook, saya
sudah pun tanya beberapa orang kenalan Internet Marketer sama ada mereka dah tahu
atau belum tentang cara yang saya nak kongsikan nanti. Daripada 7 orang saya tanya, 6
yang respon mereka belum tahu dan mereka juga cakap ini adalah ‘first time’ mereka tahu
cara ini.
Tapi kalau anda dah tahu, saya minta maaf sebab bazirkan masa anda. Mungkin ia
berguna untuk anda bila saya kongsikan cara pemasaran untuk buat income jenis ini. Niat
saya hanyalah untuk kongsikan kepada mereka yang belum tahu supaya dapat buat duit
poket extra dalam ekonomi negara kita yang tidak stabil. BRIM dah dapat?… Hehe..
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 12
Apa Yang Perlu Anda Ada Sebelum Nak Mula Buat Duit Mudah Ini?
1. Wajib ada akaun bank tempatan untuk anda terima komisyen nanti. Saya yakin,
majoriti pembaca ebook ini mempunyai akaun bank tempatan. Ia benda wajib. Kalau
belum ada, atau masih pakai akaun bank mak ayah, lebih baik anda buka akaun bank
sendiri. Akaun yang disarankan adalah Maybank, CIMB atau RHB.
Program Affiliate Travel ==> Akaun PayPal Anda ==> Akaun Bank Tempatan
[Gambar diagram proses pembayaran komisyen]
2. Wajib ada akaun PAYPAL. Mungkin ramai lagi yang masih tidak tahu apa itu akaun
Paypal dan apa kegunaannya. Anda WAJIB ada akaun Paypal kerana anda akan
dapat komisyen nanti dalam matawang US Dollar, bukan Ringgit Malaysia. Jadi, fungsi
akaun Paypal ini adalah untuk anda terima duit komisyen USD anda nanti. Dan bila
duit tu sudah ada dalam akaun Paypal, anda boleh withdraw duit tersebut ke akaun
tempatan anda melalui online. Masa saya tulis ebook ini (Mac 2017), rate currency
sekarang adalah 1 US Dollar bersamaan dengan RM4.50.
Wow! Menarik tak? Makin jatuh nilai matawang Ringgit Malaysia, makin banyak duit
komisyen anda nanti. Makin jatuh nilai matawang Ringgit bermaksud ekonomi negara kita
makin teruk, tapi anda masih lagi senyum kambing sebab komisyen anda lagi berganda-
ganda. Anda boleh sentiasa semak dekat Currency Converter ni: www.XE.com
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 13
Tapi anda jangan pulak confuse dengan currency rate jatuh naik tu. Saya bagi contoh
dalam bentuk poin potensi situasi yang akan berlaku:
• Jika 1 USD = lebih daripada RM4.50, contohnya RM4.55, RM4.60 dan seterusnya, ia
bermaksud currency rate Ringgit Malaysia adalah semakin jatuh. Ia menunjukkan
ekonomi negara kita dalam bahaya. Tapi anda yang buat duit cara ni nanti akan lebih
untung sebab anda dapat komisyen dalam bentuk USD. Contohnya komisyen terkumpul
anda adalah 100USD. Dan masa tu nilai matawang kita bersamaan dengan RM4.60.
Jadi, keuntungan anda adalah 100USD x 4.6 = RM460 bila anda withdraw duit anda
nanti di bank tempatan.
• Jika 1 USD = kurang daripada RM4.50, contohnya RM4.40, RM4.30 dan seterusnya, ia
bermaksud currency rate Ringgit Malaysia adalah semakin tinggi. Ia menunjukkan
ekonomi negara kita semakin pulih. Tapi yang tak bestnya, komisyen anda nanti makin
menyusut bila anda withdraw komisyen USD anda nanti ke bank tempatan.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 14
Buka Akaun Paypal
Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Saya harap anda dah faham. Jadi,
sekarang ni langkah yang perlu anda buat adalah buka akaun PAYPAL. Boleh klik pada
gambar di bawah untuk Sign Up. (Kalau anda dah ada akaun Paypal, anda boleh skip
langkah ini)
Nota: Saya tulis ebook ni pada Mac 2017. Jika anda baca ebook ni pada bulan seterusnya
atau tahun yang berikutnya, kemungkinan langkah yang ditunjukkan berbeza sedikit,
mengikut kemas kini dari Paypal sendiri. Kebiasaannya, setiap kali mereka update, tak
banyak pun perbezaannya. Tapi yang penting anda akan tahu asas cara buka akaun
Paypal selepas ikut langkah-langkah di bawah.
1. Klik butang “Sign Up”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 15
2. Anda akan di bawa ke laman ini. Klik pada butang “Get Started” di bahagian kotak “Buy
with Paypal”.
Nota: Saya sudah ada akaun Paypal lebih kurang 5 tahun yang lepas dan saya tak pasti
adakah proses pendaftaran Paypal masih lagi sama ataupun tidak. Seingat saya dulu,
belum ada pilihan “Buy with Paypal” account atau “Receive Payments with Paypal”
account seperti screenshot di atas. Sepatutnya ada pilihan akaun PREMIER sebelum ni
untuk terima duit, tapi sekarang Paypal cuma bagi 2 pilihan utama iaitu Personal account
ataupun Business account.
Walaubagaimana pun, disebabkan anda mungkin bukan sebuah syarikat yang bukan
fokus kepada jual produk terutamanya e-commerce, saya rasa untuk anda terima duit
komisyen affiliate nanti, pilih akaun personal pun sudah cukup iaitu dengan klik pada
butang “Get Started” di bahagian Buy with Paypal yang akan di redirect ke borang
pendaftaran Personal account.
Anda juga boleh baca kat sini: What Features do Personal Accounts Offer?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 16
3. Isi maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut. Saya sangat sarankan anda
daftar pakai emel aktif anda sebab ia kepentingan akaun Paypal ni lebih kurang sangat
penting seperti anda mempunyai sebuah akaun bank. Dah selesai isi borang tersebut,
kemudian klik “Continue”.
4. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan dalam borang ini. Pastikan semua maklumat
adalah sahih dan tepat. Kesemua maklumat tu hendaklah ‘real’ mengikut kad pengenalan
anda termasuklah no. phone yang betul kerana Paypal sangat strict. Jika mereka dapati
maklumat yang anda berikan tidak betul atau ‘fake’, akaun anda akan dibanned. Setelah
selesai, tick pada kotak Agreement dan klik butang “Agree and Create Account”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 17
5. Isi maklumat Kad Bank anda. Pastikan Kad Bank anda adalah Kad Debit atau Kad
Kredit. Maklumat ini ada pada Kad bank anda. Cuba tengok kad bank anda. Ia diperlukan
jika anda ingin buat pembelian online dengan menggunakan Paypal. Sebagai contoh anda
boleh beli produk di Ebay luar negara dengan menggunakan Paypal walaupun dalam
akaun Paypal anda tiada duit. Ia akan tarik duit dari kad debit/credit anda yang anda isi di
sini untuk proses pembelian anda. Anda jangan risau, kad anda akan selamat.
Dalam demo langkah ini, saya akan klik “I’ll do it later” sebab saya hanya tunjuk demo
sahaja. Tapi untuk anda, saya sarankan anda masukkan maklumat kad debit/kredit anda
di sini, kemudian klik butang “Add Card” supaya anda boleh terus gunakan akaun Paypal
anda selepas ini.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 18
6. Seterusnya, anda WAJIB sahkan emel anda. Saya dapati, ramai yang tidak sahkan
emel. Tapi untuk anda terima duit komisyen, anda wajib sahkan emel akaun Paypal anda.
Anda buka emel yang anda daftarkan untuk akaun Paypal tadi, kemudian klik butang
“Confirm Email Address”. Tapi sebelum tu, pastikan alamat emel Paypal Service tu
adalah seperti yang tertera di atas sebab sekarang ni ramai scammer yang cuba untuk
scam pengguna Paypal dengan menyamar sebagai Paypal. Jadi, saya nak anda sentiasa
berhati-hati setiap kali terima emel dari Paypal. Anda perlu sentiasa tengok pada alamat
emel penghantar tersebut untuk pastikan emel itu adalah original dari Paypal.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 19
Anda pernah terima emel scammer yang menyamar sebagai Maybank, CIMB atau bank-
bank lain? Begitu juga Paypal. Ramai scammer yang menyamar sebagai Paypal untuk
dapatkan password akaun Paypal anda. Jadi, always be alert!
7. Setelah anda sahkan emel anda, anda akan di bawa ke akaun Paypal anda. Anda akan
nampak lebih kurang macam dalam screenshot di atas. Okay, jika tadi anda dah
masukkan maklumat Kad Debit/Kredit anda, ia bermaksud anda dah selesai proses “Link
a Card” dan anda dah boleh guna akaun Paypal anda ni untuk shopping, atau buat belian
di kedai-kedai online yang terima bayaran menggunakan Paypal. Itu hanyalah untuk anda
shopping. Tapi anda perlu selesaikan lagi satu langkah iaitu “Link a bank account” (Yang
saya bulatkan warna kuning) supaya anda boleh withdraw duit komisyen yang akan anda
dapat nanti ke bank tempatan anda untuk di cash out. Klik pada “Link a bank account”
tersebut.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 20
8. Anda akan di bawa ke laman ini untuk isi maklumat akaun bank tempatan anda. ( Saya
rasa laman ini akan diupgrade nanti sebab layoutnya macam yang lama punya. Tapi apa-
apa pun, ia adalah laman page untuk anda masukkan maklumat akaun bank tempatan
anda supaya anda boleh withdraw duit yang ada dalam akaun Paypal anda nanti ).
Surname itu adalah Last Name anda iaitu nama bapa anda. Ia sudah automatik akan ada
kat situ. Yang perlu anda masukkan adalah seperti contoh di bawah:
Name - Masukkan nama pemegang akaun bank tempatan, selalunya nama penuh anda
tanpa bin/binti.
Bank Name - Nama bank anda. Contohnya Maybank, CIMB, Bank Islam dll.
MEPS bank routing code - Anda boleh klik pada link Details seperti yang tertera di
sebelah kotak bahagian ini untuk ketahui kod apa untuk bank anda. Kalau Maybank
biasanya MBBEMYKL.
Account number - Masukkan no akaun bank tempatan anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 21
Re-enter account number - Masukkan lagi sekali no akaun bank tempatan anda seperti
kotak account number di atas untuk double-confirm.
Kemudian, klik butang “CONTINUE”.
Saya rasa cukup untuk setakat ni sahaja untuk langkah-langkah buka akaun Paypal dan
integratekan Kad Debit/Kredit dan juga Akaun Bank Tempatan anda. Walaupun Kad bank
dan juga Akaun Bank yang sama, ia tidak jadi masalah.
Disebabkan saya dah pun ada akaun Paypal, jadi saya hanya boleh tunjukkan setakat ini
sahaja. Selepas anda klik butang “Continue”, anda hanya perlu ikut apa yang pihak
Paypal minta. Saya dah lupa apa yang di minta selepas pada langkah ini. Kalau boleh,
saya nak minta jasa baik anda untuk berikan saya screenshot langkah-langkah seterusnya
selepas klik butang ‘Continue’ tu kat emel kami [email protected]. Kemudian, nanti
boleh saya ubah balik ebook ini dengan masukkan screenshot-screenshot tu supaya
orang lain yang baca selepas anda nanti akan dapat tau apa yang mereka perlu lakukan
untuk lengkapkan langkah tersebut.
Jadi, bila anda dah berjaya tamatkan langkah tersebut, anda dah boleh mula terima
komisyen dari program affiliate yang akan saya kongsikan selepas ini. Anda jangan risau,
untuk Paypal, ia tak perlukan no akaun Paypal untuk anda berikan kepada program
affiliate atau mana-mana individu atau syarikat untuk bayar kepada anda, anda hanya
perlu berikan mereka alamat emel Paypal anda sahaja. Bila mereka dah dapat alamat
emel Paypal anda, mereka dah boleh bayar komisyen kepada. Untuk program affiliate
travel nanti, saya akan tunjukkan kat mana nak masukkan alamat emel Paypal anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 22
Sekarang ni anda dah ada akaun Paypal yang aktif yang boleh shopping dan juga boleh
terima payment dari luar negara. Simpan password anda di tempat yang selamat!
Kemungkinan besar juga nanti, Paypal akan hubungi anda lagi untuk langkah pengesahan
tentang diri atau bisnes anda. Ada beberapa dokumen yang mereka perlukan dan anda
perlu ikut apa yang mereka mahukan untuk jadikan akaun anda VERIFIED. Jika akaun
Paypal anda sudah berstatus VERIFIED, ada beberapa had penggunaan akaun anda
akan direleasekan terutamanya jika akaun Paypal business. Yang itu, anda baca sendiri
nanti emel yang dihantar oleh Paypal.
TAHNIAH! Sekarang Anda Sudah Pun Ada Akaun Paypal Untuk Tujuan Terima
Komisyen!
Okay, seterusnya saya akan tunjukkan kat mana dan bagaimana cara untuk anda buat
komisyen secara mudah dengan niche Travel & Pelancongan. Anda mesti tak sabar nak
tau kan? Insyaallah saya akan cuba terangkan secara terperinci dalam topik yang
seterusnya dengan harapan pembaca ebook ini seperti anda mudah faham apa yang akan
saya sampaikan nanti.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 23
PROGRAM AFFILIATE TRAVEL & PELANCONGAN
Sebelum saya teruskan, adakah anda pernah dengar tentang booking.com, agoda.com,
expedia.com.my, hotels.com, dan lain-lain?
Kalau anda pernah dengar, baguslah.. :) Tapi kalau anda tak pernah dengar atau tak tahu,
mereka ini merupakan syarikat-syarikat travel gergasi yang ada di dalam dunia ini yang
mempunyai ramai pelanggan dan kebanyakkan bisnes daripada kelompok syarikat-
syarikat tersebut adalah dengan menyediakan servis-servis perbandingan harga yang
berkaitan dengan travel, leisure atau pelancongan.
Sebagai contoh, agoda.com, mereka sediakan satu platform iaitu Website untuk prospek
yang berminat ingin bercuti dapat buat perbandingan harga untuk pakej-pakej percutian
dari penyedia-penyedia servis yang berbeza. Contohnya pakej bilik hotel. Agoda akan
berikan prospek perbandingan harga antara hotel-hotel yang terdapat dalam destinasi
yang prospek mahu bercuti. Begitu juga dengan booking.com, servis mereka lebih kurang
sama sahaja. Jadi, prospek akan lebih suka buat research di website-website mereka
sebelum buat keputusan kerana mereka boleh buat perbandingan banyak-banyak hotel
dalam satu platform.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 24
Bagaimana Syarikat-syarikat Tersebut Buat Income?
Saya ada buat sedikit research bagaimana mereka ni jana pendapatan. Apa model bisnes
mereka sebenarnya. Saya belum dapat jawapan yang tepat untuk soalan tu sebenarnya
tapi kalau mengikut kajian singkat yang saya lakukan, apa yang saya faham, mereka jana
income melalui salah satu cara ini:
1. Agency Model - Partnership. Mereka akan berpartner dengan hotel-hotel dan syarikat
penerbangan yang ada di dunia ini, dan bisnes model mereka dipanggil Agency Model.
Anda bayangkan jika kita tanpa kemudahan internet pada suatu ketika dahulu. Kita akan
rujuk pada Travel Agency untuk dapatkan khidmat nasihat mereka tentang perancangan
percutian. Jadi, pada masa kini, website-website mereka ni dijadikan sebagai tempat
rujukan orang ramai untuk bandingkan pakej-pakej harga yang di sediakan oleh pihak
hotel-hotel dan airlines di seluruh dunia melalui satu platform. Jika prospek bersetuju
dengan pakej-pakej yang ditawarkan, syarikat tersebut akan terima komisyen dari partner
atau supplier mereka iaitu hotel-hotel dan syarikat penerbangan dengan mengikut
persetujuan antara kedua-dua belah pihak. Antara yang menggunakan bisnes model
“Agency” adalah booking.com.
2. Merchant Model - Kebanyakan website yang mengumpulkan info-info tentang pakej
hotel dan penerbangan, menggunakan model bisnes “Merchant”. Ia lebih kurang sama
sahaja dengan “Agency Model”, yang berbezanya adalah cara mereka kaut keuntungan.
Expedia antara salah satu website yang mengamalkan model bisnes “Merchant” di mana
mereka mengeluarkan modal yang besar untuk beli pakej-pakej penempatan seperti pakej
bilik hotel secara ‘borong’ untuk dapatkan harga yang sangat murah dan kemudian
mereka akan jual semula kepada prospek-prospek melalui website mereka. Mungkin ia
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 25
tidak secara keseluruhannya, tapi sebahagian daripada pendapatan mereka adalah
melalui model bisnes ini. Tapi modalnya sangat besar jika dibandingkan dengan model
bisnes Agency.
Dah faham bagaimana mereka buat duit? Saya pun sebelum ni masih kurang faham
bagaimana mereka ni semua buat duit jika mereka boleh berikan harga lebih murah di
website mereka berbanding pelanggan beli secara terus melalui hotel-hotel atau
penerbangan yang mereka mahukan. Syukur sebab saya tergerak hati untuk tulis ebook
ini, dapat juga saya ilmu bagus untuk disampaikan kepada anda. Setelah buat research,
baru lah lebih faham lagi mendalam. Konsepnya lebih kurang macam supplier dan
pemborong.
Mereka Anjurkan Program Affiliate Sendiri
Okay, yang menariknya kat sini kebanyakan daripada website-website tersebut
mempunyai program affiliate mereka sendiri. Faham kan apa itu affiliate? Kalau tak faham,
baca semula ebook ini dari mula hingga anda faham, barulah teruskan pembacaan anda
kat sini.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 26
Gambar di atas adalah contoh program affiliate Agoda. Komisyen yang anda boleh jana
adalah sehingga 60% daripada jumlah bayaran yang ditempah oleh pelanggan melalui link
affiliate anda.
Contohnya, Ahmad dan isterinya mahu pergi honeymoon sempena perkahwinan mereka.
Kemudian, Ahmad terjumpa website anda di mana anda merupakan agen affiliate kepada
syarikat-syarikat travel booking seperti Agoda.com, booking.com, expedia.com.my dan
lain-lain lagi.
Oleh kerana anda merupakan agen kepada penyedia servis di atas, anda akan diberikan
tool khas yang bolehkan anda masukkan kotak search pakej hotel-hotel ataupun banner
affiliate di blog atau website anda.
Sebagai contoh, Ahmad klik banner Agoda di dalam website/blog anda. (Jangan risau,
banner itu adalah banner khas untuk anda sebagai agen affiliate supaya sistem dapat
track pelanggan itu datangnya dari anda).
Kemudian, Ahmad di bawa ke website Agoda dan mula cari pakej-pakej hotel di dalam
website tersebut. Setelah Ahmad sudah jumpa dengan tawaran hotel yang menarik dan
berpuas hati, Ahmad terus buat pembayaran untuk tempah hotel melalui website Agoda
tersebut. Kemudian, sistem affiliate Agoda akan track dari mana datangnya Ahmad ini dan
jika ia dari blog/website anda, anda akan dapat komisyen sehingga 60% daripada jumlah
harga tempahan yang dibuat oleh Ahmad tadi.
Menarik tak? Tentulah menarik kan.. Dah ramai pemilik blog jana komisyen melalui
program affiliate syarikat-syarikat travel ini.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 27
Saya berikan 3 link program affiliate yang anda boleh join:
I. Program Affiliate Booking.com ( Hotels )
II. Program Affiliate Expedia.com.my ( Flights, Hotels, Holiday Packages )
III. Program Affiliate Agoda.com ( Hotels and Private Rentals )
Dan ada banyak lagi yang tawarkan program affiliate hotel and travel seperti Amoma.com,
dan lain-lain. Anda boleh cari sendiri di Google dan kebiasaannya, link pendaftaran agen
affiliate akan ada pada footer setiap website travel tersebut. Majoritinya adalah percuma
sahaja untuk join.
Sebelum anda daftar, saya nak anda baca dulu FAQ tentang affiliate dalam website
mereka.
TAMAT DAH?
Oh! ebook ini belum tamat lagi… :) Jangan daftar terlebih dahulu… teruskan lagi
pembacaan anda.. Masih panjang lagi perjalanan anda… :)
Okay.. ‘Da ta zzzabar’ nak jana komisyen affiliate travel dan hotel?
SEKEJAP! SEKEJAP!
Mungkin dari segi mata kasar anda, ia nampak mudah. Saya akui ia sangat mudah jika
anda mempunyai blog/website berkaitan dengan travel, percutian, dan hotel yang
mempunyai trafik/pelawat yang banyak setiap bulan.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 28
Anda perlu tahu bahawa untuk anda jana komisyen tersebut, prospek hendaklah buat
pembayaran untuk tempah hotel atau penerbangan atau pakej percutian yang ditawarkan
oleh website-website tersebut.
Saya dapati ia bukan suatu perkara yang mudah. Dan kemungkinan besar anda akan buat
separuh jalan sahaja sebab komisyen susah untuk anda dapat, dan ia akan beri kesan
kepada motivasi diri anda untuk tidak teruskan lagi buat komisyen melalui niche ini hingga
ke penghujungnya kan?
Tambahan pula, anda perlu ada sebuah website ataupun blog jika mahu sertai program
affiliate mereka. Tak kisah la website atau blog percuma ataupun yang jenis berbayar.
Disebabkan syarat perlu ada website ini, banyak permohonan untuk sertai program
affiliate ini tidak diterima dan sekaligus akan mematahkan semangat mereka yang ‘buta’
tentang pembinaan website ini untuk jana pendapatan melalui affiliate.
Okay! Jika saya nak kongsikan dengan anda suatu ‘lubuk’ di mana anda dah boleh buat
komisyen affiliate dalam tempoh beberapa minit sahaja walaupun anda tiada website, nak
tahu tak?
Tapi kalau ada website tu, ia suatu bonus untuk anda buat lagi banyak komisyen affiliate.
Jom sambung baca lagi….
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 29
Anda pernah dengar tentang TRIVAGO?
Saya rasa kalau anda selalu tengok TV terutamanya siaran Astro, anda akan perasan
dengan iklan Trivago. Ia merupakan satu aplikasi Android dan juga iOS yang mempunyai
tujuan yang sama dengan website-website yang telah kita bincangkan sebelum ini iaitu
search engine untuk buat perbandingan harga di antara pakej-pakej hotel yang ada
melalui 1 platform.
HOTEL? TRIVAGO… ini antara tagline Trivago yang bermain di bibir-bibir setiap dari kita.
Tapi adakah ia pun sama seperti dengan Agoda, Booking, Expedia dan lain-lain yang
menyediakan servis perbandingan pakej dalam 1 platform?
Secara umumnya, saya boleh katakan ia adalah sama sahaja. Tapi yang berbezanya
mungkin ramai yang tidak tahu bahawa TRIVAGO ini sebenarnya boleh dikategorikan
sebagai “Agen Affiliate” untuk beberapa syarikat seperti Booking, Agoda, Expedia,
Hotels, Amoma, AirAsiaGo dan lain-lain.
Ya! Trivago akan dapat komisyen jika pelanggan tempah pakej-pakej yang ada pada
website-website travel yang saya sebutkan di atas melalui aplikasi Trivago tersebut.
Okay, bila bercakap tentang Trivago ni, izinkan saya selit sikit tentang model bisnes
Trivago.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 30
Saya beberapa kali jugak lepak dengan C.E.O Zawara iaitu Kapten Kamarul Karim.
Kami banyak borak dan sharing berkenaan dengan bisnes. Dalam kami duduk borak tu,
topik Trivago juga pernah ada dalam perbualan kami.
Kapten tanya saya, “ Tahu tak apa model bisnes Trivago, dan macam mana mereka buat
duit?”…
Saya jawab, “Yes, saya tau. Mereka buat duit adalah hasil daripada mereka jadi affiliate
kepada syarikat-syarikat booking terbesar di dunia seperti Booking, Agoda, Expedia dan
lain-lain, betul tak? ”.
Kapten jawab, “ Itu adalah salah satunya tapi ia bukan the main reason. Matlamat utama
mereka ada satu sahaja. Sebab apa Trivago spent advertising kaw-kaw punya? Sebab
mereka nak cepat achieve their goal, iaitu untuk brandingkan brand Trivago sebesar yang
mungkin dan dapatkan database sebanyak yang mungkin. Kemudian, bila dah tiba
masanya, mereka akan jual Trivago itu kepada pemilik baru yang sanggup bayar dengan
nilai jutaan ringgit nanti..”.
Wow! This is oseemmmmmmmm! Ini game syarikat-syarikat besar. Teruja saya bila
dengar model bisnes Trivago ni.
Jadi, apa kaitan Trivago dengan topik kita dalam ebook ini?
Sabarrr..hahaha..
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 31
Orait.. apa yang saya nak kongsi kat sini adalah ada beberapa syarikat lain yang lebih
kurang sama dengan Trivago ( Iaitu agen affiliate kepada beberapa booking sites yang
ada kat dunia ini ). Tapi ia tidaklah sepopular macam Trivago sebab model bisnes mereka
bukan bermatlamatkan untuk dijual kepada sesiapa.
Wego Affiliate Network (WAN Travel)
WAN Travel atau nama program affiliatenya adalah Wego Affiliate Network merupakan
website travel search engine seperti Trivago. Ia merupakan syarikat dari Singapura.
Bagaimana ia boleh bantu anda jana komisyen yang sangat mudah? Nanti saya
terangkan secara terperinci dan saya akan tunjukkan langkah-langkah yang perlu anda
buat untuk mula buat duit komisyen affiliate niche Travel ini.
Saya nak anda baca sehingga habis dulu ebook ini, barulah praktikkan apa yang saya
kongsikan. Boleh?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 32
WAN Travel ni sama sahaja dengan Trivago. Mereka juga adalah agen affiliate kepada
Agoda, Booking, Expedia, AirAsia, Malaysia Airlines dan macam-macam lagi. Yang
berbezanya adalah Trivago tiada program affiliate, tetapi WAN Travel ada sediakan
program affiliate untuk orang ramai.
Yang penting sekali, walaupun anda tidak mempunyai blog atau website, anda masih lagi
boleh jana komisyen dan pendaftarannya sangat mudah tanpa direview.
Seperti yang anda sedia maklum, jika anda jadi agen affiliate Agoda, Booking, Expedia
dan lain-lain tu, anda perlukan website dan komisyen hanya akan dikira jika pelanggan
booking hotel atau flights melalui website anda. Ini bermaksud Trivago & WAN Travel akan
dapat komisyen daripada syarikat-syarikat besar tersebut sehingga 60% setiap kali ada
pelanggan yang buat tempahan/booking melalui search engine mereka.
( Ini yang saya maksudkan dengan Search Engine )
Yang bestnya sekarang ni, WAN Travel juga sediakan program affiliate untuk kita yang
‘bilis’ ni supaya kita dapat bantu mereka buat komisyen dan jika anda jadi agen affiliate
WAN Travel, anda akan dapat komisyen bukan melalui prospek buat tempahan, tapi
melalui aktiviti search yang dilakukan oleh prospek melalui link affiliate atau blog/website
anda. Wah! Ini bermaksud, walaupun prospek tidak buat tempahan/booking pun, anda
tetap akan dapat komisyen!
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 33
Menarik? Teruskan pembacaan anda…
Anda boleh tengok aliran proses bagaimana komisyen tersebut dikira dalam program
affiliate WAN.Travel atau Wego Affiliate Network. Jadi, setiap kali ada prospek pergi ke link
affiliate anda, dan kemudian prospek tersebut akan search destinasi atau hotel-hotel yang
prospek tu mahukan.
Setelah prospek tersebut sudah berpuas hati, sama ada dia buat tempahan ataupun tidak,
bila masa prospek itu keluar dari website tersebut, sistem tracking affiliate WAN Travel
akan track link anda, dan anda akan dapat komisyen!
Selain dari link affiliate, anda juga boleh gunakan cara ‘whitelabel’ blog/website. Tapi anda
perlu tahu untuk buat blog dan integratekan sistem affiliate WAN Travel ini ke website
anda. Anda boleh baca kat website mereka, langkah untuk ‘whitelabel’ kan blog/website
anda untuk tujuan integration. ( Ini ilmu advance )
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 34
Ini pula adalah salah satu contoh blog yang menggunakan cara Whitelabel integration
Wego Network Affiliate: http://booking.gomelaka.my/hotels
Kalau anda dapat tengok kat dalam blog tu, ada kotak search untuk buat perbandingan
harga-harga hotel di dunia. Jika prospek masuk ke blog tersebut, dan pilih destinasi, tarikh
dan lain-lain yang mereka mahukan, kemudian prospek klik butang “Search” yang
disediakan. Selepas itu, prospek tersebut akan diberi senarai perbandingan harga hotel
oleh setiap syarikat yang berbeza seperti Agoda, Hotels, Booking, Kaligo dan lain-lain.
Prospek akan nampak seperti gambar di bawah selepas klik butang Search:
Kemudian, bila prospek tersebut klik pada mana-mana pilihan harga ( anak panah warna
merah ), oleh salah satu syarikat (website), contohnya kat harga Agoda, prospek akan
nampak loading page seperti gambar di bawah:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 35
Selepas loading page tersebut, prospek tersebut akan di bawa ke Agoda (Sebab pilih
harga Agoda tadi). Barulah anda dapat komisyen dari WAN Travel (Wego Affiliate
Network).
Itu kalau anda ada website. Tapi kalau anda tiada website, anda boleh terus promosikan
link affiliate anda tanpa website. Sebagai contoh ini link affiliate Wego saya:
http://www.wego.com/hotels?
ts_code=3f07a&sub_id=&locale=en&utm_source=3f07a&utm_campaign=WAN_Affiliate&u
tm_content=text_link
Yang no id ( 3f07a ) adalah id affiliate saya. Jadi, kalau anda punya, anda boleh gantikan
id saya kepada id anda.
Nak lagi cun, pendekkan link affiliate anda itu dengan menggunakan servis Bitly, atau
Google Shortener.
Anda boleh dapatkan id affiliate setelah anda sudah selesai daftar sebagai agen affiliate
dan id affiliate anda akan berada di bahagian kanan atas dashboard akaun affiliate anda
seperti gambar di bawah:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 36
(Paparan dashboard akaun affiliate anda setelah login)
Nak tau berapa komisyen yang anda dapat per prospek search tu?
Anda akan dapat 0.05 USD - 0.40 USD per exit click untuk penerbangan/flights dan 0.20
USD - 0.80 USD per exit click untuk Hotel. Banyak tu.. sebab ia dalam matawang USD.
Cuba buat kira-kira macam saya dah tunjukkan pada bahagian permulaan ebook ini.
Bab komisyen ni, anda boleh baca kat FAQ website WAN Travel ni. Ia dikira mengikut “Per
Exit Click”. Boleh juga klik link ini jika nak terus baca tentang Commission and
Payment: http://support.wan.travel/hc/en-us/articles/200300485-Commission-Payment
Kenapa komisyen yang dikira tidak tetap dan bagaimana ia akan tentukan berapa nilai
komisyen yang anda dapat per Exit Click tu?
Jawapannya: Ia bergantung kepada beberapa faktor. Saya akan letakkan screenshotnya
pada muka surat seterusnya:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 37
Mungkin anda masih lagi kurang jelas bagaimana mereka boleh bayar agen affiliate
dengan hanya search macam tu?
Seperti yang saya dah terangkan sebelum ini, Trivago ataupun WAN Travel (Wego Affiliate
Network) merupakan agen affiliate kepada website-website seperti Agoda, Booking,
Expedia dan lain-lain. Jadi, jika dalam pemasaran, lagi banyak ‘kualiti trafik’ iaitu potensi
prospek masuk ke sesuatu website, lagi tinggi potensi mereka akan dapat prospek yang
akan buat tempahan/booking dalam website-website tersebut. Ini bermakna makin tinggi
potensi Trivago atau WAN Travel akan dapat komisyen dari website-website ‘gergasi’
tersebut.
Anda perlu ingat mereka akan terima komisyen sehingga 60% (mungkin lebih) dari Agoda,
Booking, Expedia dan lain-lain setiap kali ada pelanggan buat tempahan melalui website
mereka. Jadi, risiko WAN Travel tanggung adalah sangat tinggi kerana mereka perlu bayar
anda komisyen sehingga 0.80 usd dari setiap pelawat yang anda (sebagai agen affiliate
WAN Travel) bawa ke link affiliate anda walaupun prospek tersebut tidak melakukan
tempahan/booking. Sangat senang untuk anda jana komisyen kan?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 38
Wan Travel @ Wego Affiliate Network - Scam atau Tidak?
Secara terus terang, memandangkan saya sendiri belum jana income melalui program
affiliate mereka ( Ya, kalau saya cakap saya tak buat, saya akan mengaku saya tak buat ),
disebabkan kekangan masa dengan bisnes lain, tapi saya boleh katakan yang 85% ia
bukan scam kalau dilihat dari segi beberapa ciri yang saya tengok program mereka.
Yang pertama, bila saya tengok kepada footer website Wan Travel, ia menunjukkan
websitenya dibangunkan dan dioperasi sejak tahun 2014 lagi. Sekarang sudah pun tahun
2017 kan? Ini bermaksud ia masih lagi beroperasi walaupun sudah 3 tahun. Kalau kita
tengok kepada kebanyakan website scam, kebiasaannya 1 tahun pun dah lingkup. :)
Jadi, kalau dah 3 tahun beroperasi ni, bermaksud mereka mampu bayar affiliate yang jana
komisyen melalui program affiliate mereka.
Yang kedua pula, saya tengok pada Facebook page Wan Travel ni sudah mempunyai
lebih satu juta fans. Anda boleh lihatnya sendiri kat sini: https://facebook.com/wego . Tapi
sejuta fans sekarang ni bukan susah pun nak dapat, jadi ia masih belum boleh kuatkan
lagi bahawa ia bukan scammer. Walaubagaimana pun, fanpage tersebut kekal aktif post di
wall sehingga ke hari ini (27 March 2017).
Yang ketiga, disebabkan saya rasa ingin tahu sama ada ia masih beroperasi ke tidak,
saya minta salah seorang team saya emel support mereka. Dalam tempoh 24 jam hari
berkerja support mereka reply:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 39
Abaikan broken English kami…haha.. Takpe asalkan mereka faham sebab mereka dari
Singapura, dia fahamla tu Manglish..hehe.. Okayla tu kan sebab dalam tempoh 24 jam
mereka terus reply tapi dengan jawapan yang kurang memuaskan sebab kita tanya
panjang, dia jawab macam tu je.. alahai..
Dan poin yang terakhir yang buatkan saya rasa lebih yakin bahawa mereka ini bukan
scammer adalah sebab apa yang mereka tunjukkan cara setup website untuk yang ada
nak buat website search engine percutiaan tu diberikan secara terperinci.
Kenapa saya bagitau jugak pasal scam atau tidak scam ni?
Sebab masa saya cuba berjinak dalam niche buat duit di internet masa awal-awal dulu
( Dalam 10 tahun yang lepas ), saya juga pernah tertipu dengan beberapa program buat
duit di internet. Tapi jenis lain, bukan jenis yang macam ni. Yang saya kena tipu tu mudah
sangat nak buat income. Saya ni punyalah excited nak tunggu withdraw duit. Sekali, hamik
kau jah… satu sen pun tak dapat. Penat dapat, buang duit pun dapat sebab duk pegi
cybercafe je dulu sebab nak buat duit mudah kononnya. Hahaha..Padan muka
Wazeeeeenn! ( Jilat screen jela kat nombor-nombor kat screen pc tu..hampeh ).
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 40
Sebab tu saya sangat berhati-hati kalau ada program buat duit mudah yang tak perlu
modal ni sebab ikut pengalaman saya, tiada benda yang mudah untuk kalau nak buat duit
atas muka bumi ini selain dari kita kena berusaha keras jugak untuk dapatkannya.
Faham? Hehe..
Okay, sebab lain pula, anda pun tahu, saya sendiri pun tak buat lagi income melalui
program mereka. Jadi, tiada bukti kukuh sama ada mereka buat bayaran ataupun tidak
dan saya tak mahu nanti kalau mereka tidak bayar duit komisyen anda, saya pula
dipersalahkan :( Niat saya hanya ingin kongsikan benda baik sahaja.
Jika anda berjaya buat income melalui program ini, Alhamdulillah, tu rezeki anda. Saya
pun cukup gembira dapat kongsikan info ini kepada anda dan Insyaallah semoga tuhan
lipat gandakan lagi rezeki saya satu family pula nanti. Aminnnn! :)
Tapi jika ia satu penipuan, itu urusan dia dengan tuhan. Kita anggap rezeki kita belum
sampai lagi.
Jadi, sekarang saya nak anda Tawakkal dan terus buat okay :)
OPPPPSSSS… tapi sekejap.. Biar saya tunjukkan lagi satu yang best.. Jom sambung
baca.
Tengah syok saya duk buat research pasal buat duit dalam travel niche ni, datang seorang
hamba Allah bagitau saya yang dia jumpa yang lagi best daripada Wan Travel - Wego
Affiliate Network.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 41
Bila ada perkataan “lagi best” tu mestilah dari segi komisyen kan.. :)
Apa tu?
HotelsCombined nama diberi!
HotelsCombined dikendalikan oleh sebuah syarikat dari Australia. Ia sama sahaja dengan
Wan Travel, iaitu merupakan agen affiliate kepada website-website travel gergasi yang kita
sudah bincangkan sebelum ini. Cuma apa yang menariknya adalah dari segi komisyennya
agak tinggi berbanding Wego Affiliate Network, dan ia juga realtime data ( bermaksud
bacaan data atau statistik yang anda dapat adalah secara live, tidak perlu tunggu 24 jam
untuk dapat tau data yang terkumpul hasil promosi link affiliate anda ).
Jika tengok pada namanya pun anda sudah boleh agak bahawa ia kemungkinan besar
hanya memfokuskan pada penginapan dan perhotelan sahaja kan?
Jika anda nak buat income melalui HotelsCombined, website/blog tidak diwajibkan sebab
anda akan diberikan link affiliate anda sendiri untuk dipromosikan kepada orang awam.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 42
Tetapi, ia akan jadi satu perkara wajib nanti apabila saya sudah terangkan secara
terperinci untuk bab HotelsCombined ini.
Pendaftaran program affiliate HotelsCombined boleh di buat kat link ini:
https://affiliates.hotelscombined.com/
Saya sarankan anda baca terlebih dahulu FAQ pada laman tersebut supaya anda lebih
faham dan ketahui apa yang bakal anda sertai nanti. Kemudian, boleh mula daftar dengan
mengisi maklumat seperti borang di atas. Baca terlebih dahulu Affiliate Agreement yang
disediakan oleh pihak HotelsCombined. Jika bersetuju, anda boleh ‘tick’ pada kotak
tersebut dan klik butang hijau “Join Now”. **Anda boleh sahaja abaikan pada ruangan
“Website URL” jika anda belum lagi mempunyai website/blog.
Bila anda dah selesai proses pendaftaran, anda akan di bawa ke portal ruangan affiliate
anda seperti gambar di bawah:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 43
Anda juga akan terima emel “Welcome” dari program affiliate HotelsCombined.
Seterusnya saya akan terangkan serba ringkas tentang setiap pilihan menu yang terdapat
dalam dashboard ruangan affiliate anda. Saya hanya terangkan yang penting sahaja.
Yang pertama, anda klik pada menu Home.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 44
Gambar di atas adalah paparan yang akan anda nampak pada menu Home. Di sini anda
boleh tengok “Summary Report” untuk anda track income yang terkumpul dalam tempoh
7 hari yang lalu. Jika anda mahu lihat report untuk sehari atau tempoh hari yang anda
mahukan, anda boleh klik pada pilihan menu “Reports” untuk dapatkannya dengan lebih
terperinci. Saya akan tunjuk nanti data apa yang disediakan oleh pihak program affiliate
HotelsCombined untuk anda perolehi. Anda juga boleh klik pilihan pada Quick Links
untuk lihat prestasi income anda sudah jana ikut tempoh masa yang anda tentukan. Selain
daripada tu, anda juga boleh la sentiasa keep updated dengan berita-berita yang
dikeluarkan oleh program ini pada News List. Manakala, yang saya bulatkan warna
merah tu adalah penting juga sebab kat situ anda boleh tengok apa nombor ID affiliate
anda, berapa lagi pendapatan yang terkumpul belum di bayar oleh program ini, berapa
yang sudah dibayar, penukaran bahasa, dan berapa komisyen yang akan di bayar untuk
bulan seterusnya.
Jika anda lihat pada “Next Payment Amount”, ada satu notis yang penting yang perlu
anda tahu iaitu “Below minimum threshold”. Untuk pengetahuan anda, pihak
HotelsCombined akan buat pembayaran ke akaun Paypal anda jika pendapatan anda
cecah $100 USD dan ke atas bagi sesuatu bulan. Ia bermaksud, jika di bahagian Next
Payment Amount anda kurang dari $100 USD ketika tiba masa kitaran pembayaran
earning/pendapatan, ia tidak akan di bayar ke akaun Paypal untuk bulan tersebut, tetapi ia
akan di bawa ke bulan hadapan sehinggalah jumlah terkumpul tersebut sudah capai
minimum $100 USD.
Faham kan maksud saya? Anda tak perlu risau jika earning/pendapatan anda tidak capai
$100 USD pada sesuatu bulan tersebut. Duit pendapatan anda tidak akan lesap, cuma ia
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 45
hanya di bawa ke bulan hadapan sahaja untuk dikira sekali dengan pendapatan baru yang
anda dapat. Selagi tak cecah $100 USD tu, selagi tu lah earning anda terkumpul dalam
akaun affiliate anda. WAN Affiliate Network yang kita bincangkan sebelum ni pun
menggunakan pendekatan yang sama dalam pembayaran pendapatan ke akaun Paypal.
Sebelum tu, ada satu perkara lagi tentang had minimum Threshold yang perlu anda tahu
iaitu minimum $100 USD jika anda mahu terima bayaran melalui Paypal, tetapi kalau anda
pilih untuk terima bayaran dengan melalui Bank Transfer, had minimum Threshold yang
ditetapkan adalah $500 USD. Haaa, nampak tak sebab apa saya sarankan anda buka
akaun Paypal di awal ebook ini? Jadi, keputusan di tangan anda. Kalau malas buka akaun
Paypal, anda jugak yang rugi nanti :)
Apa-apa pun, jom setup kaedah pembayaran terlebih dahulu. Orang nak bayar kita kot,
jadi mestilah setting kat pembayaran dulu yang penting kan?..hehe. Okay, klik pada notis
“please update your payment details” yang dalam kotak warna kuning. Tapi kalau anda
tak nampak kotak kuning tu tiada masalah sebab anda boleh terus klik pada menu “My
Account”, kemudian pilih “Update Profile”. Kat situ lah tempat anda kemas kini maklumat
peribadi anda dan juga setup untuk pembayaran komisyen/earnings.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 46
Mula-mula, anda isi semua maklumat yang diperlukan seperti alamat rumah, nombor
telefon anda dan lain-lain dengan lengkap dan betul. Anda juga diwajibkan isi Website
URL kat proses ni. Kalau anda tiada website, anda boleh masukkan URL fanpage
Facebook anda atau Instagram dan lain-lain. Bila dah selesai isi maklumat yang
diperlukan, di bahagian bawahnya ada kotak untuk setup “Payment Details” seperti
gambar di bawah:
Pilih Paypal dan masukkan alamat emel Paypal anda. Semak balik betul ke tak emel tu
okay. Nanti tak pasal-pasal pulak komisyen tak masuk ke akaun Paypal anda. Kemudian,
di ruangan Payment threshold tu, anda boleh tetapkan sendiri berapa had minimum yang
anda mahukan. Anda tak boleh set kan bawah pada $100 USD sebab minimumnya adalah
$100 USD. Anda boleh tetapkan lebih pada $100 USD. Sebagai contoh, saya nak set kan
jadi $300 USD. Jadi, selagi Next Payment Amount saya tidak cecah $300, selagi tu lah
saya tidak dibayar bila tiba tarikh pembayaran. Mungkin anda terfikir “Ada ke orang nak
buat minimum lebih pada $100?”.
Jawapannya ADA..iaitu saya sendiri..haha. Sebab kadang-kadang ada orang tak suka di
bayar sikit-sikit sebab nanti dia jadi boros. Jadi, lebih baik tunggu biar terkumpul banyak
sikit, baru terima pembayaran.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 47
Contohnya, jika saya tetapkan Threshold $100 USD, jadi bulan pertama saya berjaya buat
$130 dan terima pembayaran dari pihak HotelsCombined ke dalam akaun Paypal saya.
Tak sampai 1 jam duit tu dah habis saya buat joli. Hahaha. Sebab tu saya pilih atas pada
$100 USD untuk Threshold sebab saya jenis boros..hehe.
Tapi jika anda masih newbie, dan belum tahu lagi sama ada anda boleh buat ke tidak
untuk jana pendapatan dalam program ni, saya amat sarankan anda tetapkan minimum
$100 USD sahaja buat permulaan ni. Jangan letak lebih pada tu. Bila dah beberapa kali
terima bayaran nanti, barulah anda boleh fikir semula nak tetapkannya jadi minimum
berapa. Itu pun kalau anda jenis boros macam saya. Kalau anda tak boros, mungkin ia tak
jadi masalah pun walaupun $100 USD minimum :)
Kadang-kadang bila duit tu ada dalam bank pun ada masalah jugak kan, sebab tangan ni
asyik ‘gatal-gatal’ je nak pakai duit tu.. :P
Alright, bila dah selesai, klik butang “Save Changes”.
Seterusnya, anda boleh klik pada pilihan menu Affiliate Links.
Di sini saya akan tunjukkan anda di Link Affiliate yang anda
perlukan untuk buat promosi dan jana income dalam program
affiliate HotelsCombined ini. Antara Search boxes, Text Links,
dan Banners, saya nak anda klik pada Text Links terlebih
dahulu.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 48
Pilih “Home page” seperti yang saya bulatkan di atas.
Kemudian, anda akan nampak paparan seperti gambar di atas. Yang saya mahu anda
simpan sekarang adalah Your partner link URL iaitu link affiliate asas anda untuk
program affiliate HotelsCombined. Copy dan pendekkan link tersebut dengan
menggunakan bitly.com pun dah cukup. Sekarang anda dah ada Link Affiliate untuk
dipromosikan! Hoyeah!
Situasi yang akan berlaku adalah, jika prospek klik pada link affiliate anda di atas atau
yang sudah dipendekkan dengan bitly, mereka akan di bawa ke homepage website
HotelsCombined. Anda akan nampak data Visit untuk kepastian sama ada tracking
berfungsi dengan baik atau pun tidak. Kemudian, jika prospek tersebut search hotel-hotel
yang mereka mahu survey atau booking, anda akan terus akan hasilkan komisyen walau
tanpa ada transaksi wang pun berlaku ketika proses tersebut. Ini dinamakan “Pay per
Lead”. Data komisyen/earnings/income anda akan terpapar secara real time di dashboard
akaun portal affiliate anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 49
Tapi yang bestnya HotelsCombined berbanding Wan Travel adalah, daripada SEORANG
pelawat yang melawat link affiliate anda, ia berpotensi dapat hasilkan beberapa/multiple
lead. Lead ini lah yang akan dikira untuk anda hasilkan komisyen. Tak faham? Jangan
risau, saya akan terangkan lebih lanjut nanti di bahagian pengiraan komisyen untuk
HotelsCombined affiliate program ini.
Bagaimana Proses “Lead” Itu Berlaku?
Anda perlu tahu bahawa pelawat/visitor tu bukan Lead. Anda akan terima komisyen jika
berlakunya Lead. Setiap pelawat/visitor berpotensi menghasilkan banyak Lead.
Ia lebih kurang macam ni, ia sama sahaja dengan proses yang saya tunjukkan untuk
Wego Affiliate Network sebelum ini. Anda cuba bayangkan seorang prospek yang tinggal
di London bernama Albert klik pada link affiliate anda dan dia akan terus di bawa ke
homepage HotelsCombined. Kemudian, Albert berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang
harga-harga hotel yang terdapat dalam HotelsCombined. Jadi, Albert search destinasi
mana yang dia mahu tengok melalui kotak search HotelsCombined seperti gambar di
bawah iaitu Albert cari destinasi kat Melaka dan kemudian klik butang “Search”:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 50