Bila dah klik butang “Search” tu, Albert akan di bawa ke laman pilihan hotel-hotel yang
ada di Melaka mengikut pakej-pakej yang disediakan oleh beberapa supplier
HotelsCombined seperti booking.com, otel.com, amoma.com, expedia.com.my dan lain.
Tengok pada gambar di bawah di mana saya ada bulatkan nama-nama supplier
HotelsCombined ini:
Sebagai contoh, Albert berminat nak tengok lebih lanjut tentang Hotel Puri iaitu yang
disediakan oleh supplier amoma.com. Albert akan klik pada butang “View Deal” dan dia
akan dibawa ke laman loading terlebih dahulu sebelum ke website amoma.com. Laman
loading tersebut adalah seperti di bawah:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 51
Albert akan nampak laman loading di atas sebelum ia ke website penyedia pakej hotel
Puri tadi iaitu Amoma tersebut. Maka, terhasil lah 1 LEAD. Lead ini lah yang akan dikira
sebagai komisyen. Pihak HotelsCombined akan bayar anda $0.50usd - $2.00usd
bersamaan RM2.25 - RM9.00 per lead (bergantung kepada lokasi) yang terhasil walaupun
Albert tidak buat tempahan hotel tersebut. Kemungkinan komisyen hotel di negara maju
seperti United States lebih tinggi daripada komisyen hotel di negara Malaysia.
Dalam situasi yang seterusnya, andai kata Albert masih mahu “survey” hotel-hotel lain, dia
akan pergi semula pada laman pilihan hotel-hotel yang terdapat dalam HotelsCombined
sebelum ini, dan dia klik kali kedua dan ketiga pada butang “View Deal” untuk hotel yang
disediakan oleh supplier booking.com dan juga otel.com untuk dia buat perbandingan
secara terperinci hotel-hotel yang dipilih tersebut. Maka, terhasil lah penambahan 2 lagi
LEAD apabila berlakunya situasi ini.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 52
Jadi, berapa LEAD yang anda perolehi sekarang daripada seorang pelawat iaitu
Albert? Jumlah lead yang terkumpul anda dapat daripada Albert adalah sebanyak 3
LEAD.
Kemudian, komisyen anda akan dikira seperti ini jika kita ambil contoh 1 lead bersamaan
$2.00:
$2.00 (per lead) x 3 lead = $6.00 iaitu bersamaan dengan RM27.00.
Wow! Ini ohsem… Anda berjaya buat komisyen/earning sebanyak RM27.00 daripada
seorang pelawat/visitor walaupun pelawat tersebut tidak membuat tempahan hotel
tersebut!
Menarik kan? Senang tak nak buat komisyen? Konsepnya adalah sama dengan WAN
Travel/Wego Affiliate Network. Yang bezanya, di Wego Affiliate Network menggunakan
term “Per Exit Click”, manakala di HotelsCombined ia dipanggil “Per Lead”. Kemudian,
dari segi pengiraan komisyen pula, saya kurang pasti sama ada komisyen dikira atau pun
tidak di Wego Affiliate Network jika berlaku “multiple exit click” seperti yang ditawarkan
oleh HotelsCombined iaitu “multiple lead”.
Walaubagaimana pun, ada satu berita yang kurang enak bagi mereka yang tidak
mempunyai website atau blog. Anda perlu tahu juga apa peraturan yang ditetapkan oleh
HotelsCombined. Anda boleh baca kat FAQ affiliate program atau terus ke sini: Important
Policies
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 53
Yang tak bestnya dalam salah satu polisi atau peraturan tersebut, mereka tidak benarkan
affiliate promosikan link affiliate terus melalui Facebook, Twitter, Youtube, atau
platform 3rd party yang lain. Ia bermaksud dalam kata mudahnya, anda tak boleh
promot link affiliate anda tu post kat media sosial disebabkan mereka ingin menjaga nama
baik nama mereka dan juga partner/supplier mereka.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 54
Sebagai contoh, kalau anda buat SPAM kat group Facebook, jadi kalau lah orang lain
tengok post link yang tertera nama HotelsCombined, jadi ia akan burukkan nama mereka
sekaligus sebab SPAM adalah aktiviti yang SALAH dalam polisi pengiklanan. Jadi, dengan
adanya polisi ini, anda tak boleh promot sesuka hati. Walaupun anda gunakan shorten
URL, Bitly atau Shortener lain pun, ia masih lagi tidak dibenarkan. Anda boleh baca kat
polisi “Can I redirect to HotelsCombined from my domain or external links?”
Ia berbeza sedikit dengan polisi yang ditetapkan oleh Wan Travel atau Wego Affiliate
Network yang benarkan link direct affiliate dibenarkan di promosikan di media sosial.
Yang jadi tak best sekarang ni, saya tulis ebook ini dengan niat untuk ajar anda buat duit
dengan promosikan link affiliate ke media sosial. Jadi, macam mana cara jika anda nak
juga promosikan link affiliate anda kat media sosial? Apa-apa pun anda kena ikut
peraturan yang ditetapkan. Kalau tak, kerja anda sia-sia nanti sebab kalau mereka dapati
anda langgar peraturan, komisyen anda akan dibekukan!
Anda boleh promosikan Link Direct Affiliate anda di tempat lain selain media sosial atau
melalui emel, mobile app, dan seterusnya melalui website/blog anda sendiri. Pada awal
topik HotelsCombined ini saya beritahu bahawa anda tidak diwajibkan mempunyai
website/blog jika mahu buat duit affiliate melalui program ini, tetapi ia akan bertukar
menjadi ‘wajib ada’ jika anda ingin gunakan trafik media sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram, Youtube, Pinterest, Tumblr dan lain-lain lagi yang sesuai. Ini kerana trafik-trafik
di platform tersebut mudah untuk anda perolehi dan kebanyakannya adalah percuma
sahaja.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 55
Bina Landing Page Simple Percuma
Saya sangat berharap, jika anda serius mahu buat duit melalui cara ini, anda buat satu
website khas untuk anda. Sekarang ni ada banyak platform yang anda boleh buat website
sendiri sama ada yang berbayar mahupun yang percuma. Dalam topik ini, saya akan
tunjukkan cara buat blog percuma dan juga website Whitelabel HotelsCombined iaitu cara
berbayar supaya anda boleh promosikan link affiliate anda di media sosial.
Tapi kepada yang tak pernah buat website, jangan pula takut kalau saya minta anda buat
website. Haha. Jangan risau, jangan fikir yang anda perlu buat website yang rumit-rumit
yang perlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Yang saya maksudkan adalah untuk buat
1 landing page yang simple sahaja supaya anda dapat masukkan link affiliate
HotelsCombined anda ke dalam laman tersebut supaya ia tidak melanggar polisi dan
peraturan yang ditetapkan oleh penganjur program affiliate tersebut.
Okay, cara nak buat landing page percuma ni saya rasa semua orang dah tau. Anda boleh
guna platform Wordpress, Blogspot, WiX, Weebly dan lain-lain. Jika anda dah ada blog
percuma di Wordpress atau Blogspot, anda boleh terus gunakan blog anda tersebut. Buat
satu page baru, dan buat sedikit artikel berkaitan dengan hotel atau travel, kemudian
masukkan Link Affiliate anda di dalam page tersebut. Untuk jadikannya lebih menarik,
anda boleh masukkan Banner Ads yang terdapat dalam dashboard akaun affiliate
HotelsCombined anda.
Manakala, jika anda belum mempunyai sebarang website atau blog, saya akan tunjukkan
serba ringkas cara untuk anda buat satu landing page simple dengan menggunakan
platform WIX secara percuma. Klik pada link ini ==> www.WIX.com
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 56
Anda perlu daftar akaun WIX anda secara percuma dengan klik butang “Start Now”.
Sedikit peringatan, mungkin pihak WIX akan ada kemaskini pada masa hadapan dan
mungkin mereka akan tukar butang “Start Now” itu jadi perkataan lain.. Asalkan ia
bertujuan untuk pendaftaran, anda cuma klik sahaja untuk terus ke bahagian pendaftaran.
Klik pada “Sign Up”. Page 57
Kemudian, isi maklumat yang
diperlukan untuk pendaftaran,
dan klik butang “Sign Up”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com
Selepas itu, anda akan di minta
supaya pilih kategori website/page
yang anda mahukan. Anda boleh
pilih mana-mana sahaja. Tapi
dalam contoh ini, saya pilih kategori
Accommodation memandangkan
ia bersesuaian dengan niche travel.
Anda akan di bawa ke paparan seperti di atas iaitu terdapat banyak pilihan template yang
berkaitan dengan Accommodation (di sebelah kanan). Manakala di sebelah kiri gambar
pula adalah kategori-kategori yang terdapat dalam template WIX. Anda akan dapat lihat
banyak template yang menarik dan cun mengikut industri/niche masing-masing. Template
tersebut juga mempunyai banyak jenis seperti blog, landing page, booking, portfolio,
online business card dan lain-lain lagi. Sila ‘cuci mata’ terlebih dahulu supaya anda dapat
mengenali platform ini dengan lebih dekat apabila anda tengok pada template-template
yang ada.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 58
Okay, kita teruskan lagi. Memandangkan tujuan kita adalah untuk buat 1 landing page
simple supaya anda dapat memasukkan link affiliate HotelsCombined anda nanti, maka
saya akan pilih template yang saya pilih adalah template ‘Travel Deals’. Anda pilih
kategori “Landing Page”, kemudian klik pada “Campaign”. Anda akan jumpa template
Travel Deals di situ.
Di sebelah kiri adalah template Travel Deals. Halakan mouse anda ke template tersebut,
kemudian anda boleh view preview template tersebut ataupun anda boleh terus klik
butang ‘edit’ untuk mula design landing page anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 59
Anda tidak semestinya pilih template ini sebab ia terpulang kepada anda sendiri. Template
mana yang anda selesa, dan rasa cantik, jadi anda boleh pilih template kegemaran anda.
Tapi biarlah template tersebut berkaitan dengan tujuan kita pada hari ini iaitu template
dalam niche travel/hotel/percutiaan dan sebagainya.
Jika ini merupakan kali pertama anda buat website/blog/page dengan menggunakan WIX,
video ini akan terpapar. Saya sarankan anda tonton dulu video tersebut dan kemudian klik
pada butang “Start Now” untuk mula design.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 60
Jadi, dalam gambar di atas ini lah editor platform yang anda boleh gunakan untuk edit dan
design template-template yang ada di dalam WIX. Bagi yang tak biasa buat website atau
blog, mungkin anda akan rasa sedikit pening dan takut untuk edit template ini. Jangan
risau, saya nak anda tengok video step by step yang disediakan oleh WIX pada tab Help
di bahagian atas. Boleh tengok gambar di bawah:
Saya nak anda tengok juga pada “Keyboard Shortcuts” supaya ia dapat memudahkan
anda belajar cara nak edit template. Dan “Step-by-Step Videos” tu sangat penting untuk
anda jika anda memang tak tahu tentang pembinaan blog/page/website. Jangan risau, ia
sangat mudah sebab ia tak perlukan pengetahuan tentang coding dan sebagainya :)
Kalau diikutkan memang saya nak tunjuk anda setiap satu fungsi yang ada dalam WIX ni,
tapi saya tak mampu nak lakukannya memandangkan ini adalah ebook. Jadi, banyak kerja
yang perlu saya buat jika nak tunjukkan satu persatu dalam ebook ini. Hehe.
Anda boleh cuba-cuba dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam WIX ini terutama pada
bahagian seperti dalam gambar di bawah:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 61
Ia berada di sebelah kiri screen anda. Ia merupakan feature-feature yang ada di dalam
WIX. Jadi, saya nak anda godek-godek sendiri kat situ. Pelbagai feature yang anda boleh
masukkan seperti video, gambar, background, blog dan sebagainya. Yang paling banyak
anda boleh tengok adalah pada icon “+” dan ia dinamakan sebagai “Add” (Gambar
tengah). Kat situ, banyak benda yang anda boleh masukkan ke dalam page anda.
Mana-mana feature yang anda berminat, anda cuma perlu pilih fungsi apa yang anda
mahukan, klik pada fungsi yang ada tersebut, dan ia akan berada dalam page Wix anda.
Cara lain adalah adalah dengan hanya “Drag” iaitu tarik fungsi yang anda mahukan itu
dengan mouse anda dan “Drop” kannya pada lokasi dalam page anda yang anda
mahukan untuk fungsi tersebut berada. Gambar yang ketiga di sebelah kanan sekali tu
pula adalah tempat untuk anda edit feature yang anda masukkan ke dalam page. Simple
editor sahaja seperti, copy, duplicate,delete,size dan lain-lain.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 62
Anda tak perlu takut pun, sebab tujuan utama kita sekarang ni nak buat satu landing page
yang simple sahaja. Jadi, jika di tengok pada template Travel Deals ni, saya mungkin
hanya perlu tukar nama dan logo kepada saya punya sendiri. Saya juga akan ‘delete’
kandungan yang tidak diperlukan. Mungkin saya akan ubah sikit ayat-ayat yang ada dalam
template tersebut ikut kesesuaian. Pada bahagian gambar pula, saya akan kekalkan jika
ia bersesuaian dengan travel/pelancongan/percutiaan dan saya akan linkkan gambar-
gambar tersebut kepada link affiliate saya. Contohnya:
Pertama, anda klik pada gambar yang anda mahu link kan affiliate anda. Kemudian, klik
simbol link seperti di anak panah kuning tersebut.
Selepas itu, pilih “Web Address” dan masukkan link affiliate HotelsCombined anda pada
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 63
ruangan kotak yang disediakan. Seterusnya disarankan pilih “Current Window”. Akhir
sekali, klik butang “Done”. Jadi, nanti jika prospek klik pada gambar tersebut, mereka
sebenarnya klik link affiliate anda.
Alright, seterusnya, anda nampak tak pada kotak merah yang bertulis “Search for a
holiday”? Di situ juga nanti saya akan masukkan link affiliate HotelsCombined saya
dengan cara Hyperlink iaitu dengan cara yang sama saya tunjukkan pada bahagian
gambar tadi. Jadi, kalau prospek klik pada kotak itu, mereka akan di bawa ke homepage
HotelsCombined dengan melalui link affiliate saya.
Anda juga boleh masukkan banner affiliate anda ke dalam website WIX anda. Caranya
sangat mudah dan saya pasti ramai orang dah tahu. Tapi saya andaikan majoriti yang
baca ebook ini adalah dari kalangan newbie, yang mungkin tidak tahu sangat tentang
code banner dan sebagainya, jadi saya tunjukkan cara-cara nak masukkan banner affiliate
ke dalam website WIX anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 64
Pertama sekali rujuk kepada gambar di atas, anda klik pada butang feature “+” atau
“Add”, pilih “More” dan kemudian, tarik atau “Drag” kan HTML Code masuk ke page anda,
di mana-mana sahaja yang anda mahu banner anda berada.
Kemudian, anda pergi semula ke dashboard affiliate HotelsCombined anda untuk anda
dapatkan HTML Code banner affiliate anda untuk di masukkan ke dalam kotak HTML
Code di page WIX.
Sama seperti anda dapatkan link affiliate anda sebelum ini.
Pada dashboard affiliate HotelsCombined, anda klik pada
“Affiliate Links” dan pilih “Banners”.
Seterusnya, anda akan nampak
paparan seperti gambar di sebelah.
Pilih Size Banner yang anda mahu
masukkan ke dalam page WIX.
Dalam contoh ini, saya pilih size
“300 x 250“.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 65
Kemudian, anda boleh pilih gambar yang manakah yang anda mahukan ia terpapar dalam
page WIX anda nanti. Anda boleh pilih lagi dengan klik pada icon “Next” seperti yang saya
bulatkan merah pada gambar di atas untuk lebih banyak pilihan gambar. Dalam contoh ini,
saya pilih gambar seperti di atas dan klik pada gambar yang ingin dipilih, ia akan keluar
icon ✅ menunjukkan anda telah pun sahkan gambar tersebut yang dipilih.
Di bahagian bawah pada gambar banner di dalam page yang sama, anda akan dapat lihat
paparan “Customise Your Banner”. Namakan apa-apa sahaja yang anda mahukan di
ruangan “Label”. Ia penting untuk rujukan anda pada masa hadapan supaya anda dapat
track dari mana datangnya prospek yang klik pada banner anda. Mungkin anda letak juga
banner affiliate anda nanti di tempat yang lain selain WIX. Jadi, label ni sangat membantu.
Bila dah siap tulis label, klik pada butang “Update HTML Code”. Kemudian, anda dah
boleh copy code banner affiliate anda seperti gambar di atas untuk di masukkan ke dalam
kotak HTML Code di page WIX anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 66
Klik pada butang “Edit Code”, kemudian
tick pada Code dan paste kan code
banner yang telah anda copy di
dashboard HotelsCombined ke dalam
kotak yang disediakan oleh WIX ini.
Dah selesai, klik butang UPDATE.
Anda akan nampak banner affiliate anda akan terpapar
pada page WIX anda. Anda perlu betulkan size kotak
HTML Code WIX tersebut dengan menggunakan fungsi
yang saya bulatkan merah pada gambar ini.
Akhirnya, banner telah pun berjaya di masukkan.
Setiap kali pelawat klik banner ini, ia akan ke
homepageHotelsCombined dengan melalui link affiliate
anda. Jika pelawat itu bertukar jadi Lead, anda akan
dapat komisyen!
Sebenarnya ada satu lagi cara untuk anda buat komisyen dengan website ni iaitu dengan
memasukkan Kotak Search HotelsCombined terus ke website anda. Anda boleh tengok
pada tab Affiliate dalam dashboard affiliate HotelsCombined, ada satu lagi pilihan iaitu
“Search Boxes”. Tapi code untuk search boxes yang disediakan oleh pihak
HotelsCombined tak dapat digunakan dalam ruangan HTML Code di WIX. Jika ia dapat
digunakan, website anda akan jadi lebih cun di mana pelawat hanya terus search
destinasi yang mereka mahukan melalui website anda tanpa perlu ke homepage
HotelsCombined.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 67
Alright, bila anda dah siap edit semua yang ada pada page WIX anda, tiba masanya untuk
anda Save terlebih dahulu. Klik butang Save yang ada pada kanan atas page WIX yang
tertera seperti gambar di bawah ini:
Bila anda klik “Save”, suatu paparan lain akan muncul iaitu anda akan diminta untuk
tetapkan nama page tersebut. Rujuk kepada gambar di bawah.
Paparan ini lah yang saya maksud kan. Sebagai contoh, saya tetapkan nama untuk page
ini adalah Travelution. Jadi linknya akan jadi seperti di atas. ***Anda boleh buat pilihan
“Connect your own customized domain” jika anda mempunyai domain name berbayar
sendiri. Tapi buat masa sekarang ni, saya sarankan anda teruskan dengan Free wix.com
domain, memandangkan untuk topik ini, saya hanya mahu terangkan benda-benda yang
percuma sahaja. Bila dah selesai, klik butang “Save & Continue”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 68
Akhir sekali, bila anda sudah selesai kesemuanya, dan dah bersedia untuk mula promosi
link page anda, anda klik pada butang “Publish” yang sebaris dengan butang Save dan
Preview sebelum ini. Klik butang Publish dan anda dah pun berjaya buat satu landing
page simple untuk di promosikan di media sosial untuk dapatkan pelawat ke link affiliate
anda nanti. TAHNIAH!
Anda boleh simpan link yang diberikan untuk anda. Link itu nanti, anda boleh terus post ke
Facebook dan lain-lain tempat. Anda juga boleh klik pada butang “View Site” di sebelah
link URL page anda dalam gambar di atas untuk melihat sendiri apakah hasilnya setelah
anda dah bersusah payah ubah dengan menggunakan editor tadi :)
Nak tengok contoh yang saya punya? Ini link saya: https://teamjomwifi.wixsite.com/
travelution. Saya siapkan page ini bersama-sama dengan anda tadi.. haha.. Saya tukar
logo, nama logo, dan lain-lain. Kalau anda tengok saya punya, setiap gambar, setiap link
yang ada dalam page tu, saya sudah linkkan dengan link affiliate HotelsCombined saya.
Dan benda-benda yang tak penting saya dah ‘delete’ sebab tak nak bagi page saya tu
nampak serabut.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 69
Walaubagaimana pun, page saya tu saya buat khas sebagai demo untuk dijadikan rujukan
dalam ebook ini sahaja kan? Jadi, jika anda punyai masa terluang, saya nak anda
tambahkan lagi feature-feature yang terdapat dalam page anda tu. Mungkin anda nak
masukkan link Facebook Page travel anda, mungkin anda nak tulis sedikit artikel tentang
pelancongan, dan apa-apa sahaja yang anda boleh fikir supaya page anda tu nampak
lebih professional dan lebih kemas.
Dengan cara tu, pelawat yang masuk ke page anda pun rasa teruja dan mereka lebih
yakin bahawa web anda ni legit dan bukan scam. Itu yang kita mahukan. Biar pelawat rasa
selesa dengan page anda. Kenapa sebelum ni saya ada tunjuk tentang beberapa template
yang berkaitan dengan travel? Sebab saya nak anda gunakan template-template yang
ada kat situ, supaya anda boleh pelbagaikan lagi page travel anda untuk dijadikan lebih
unik berbanding orang lain.
Amanat penting dari saya, jika anda ubah apa-apa dalam page tu, jangan lupa klik Save
dan kemudian PUBLISH! Dengan hanya klik Save sahaja, ia tidak akan berubah selagi
anda tidak klik pada butang PUBLISH! Ramai orang lupa pasal ni.
Orait..dah faham? Sekarang ni anda dah ada satu “Mesin Buat Duit” iaitu sebuah
Landing Page simple yang mempunyai Link Affiliate HotelsCombined anda di dalam
page tersebut. Simpan link URL page anda tu supaya tak lupa.
Seterusnya, saya akan tunjukkan cara bagi mereka yang ingin gunakan cara website/
landing page/blog berbayar. Cara ini lebih bagus jika nak dibandingkan dengan cara
percuma yang sebelum ini. Jika anda tak mahu tahu tentang cara ini, anda boleh skip
topik ini dan teruskan kepada topik pemasaran.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 70
Bina Website Private Branding HotelsCombined ( Cara Berbayar )
Dalam topik ni, saya anggap anda dah tau serba sedikit tentang perkara yang berkaitan
dengan website sebab anda mungkin dah pernah ada domain dan juga hosting sendiri.
Jadi, saya anggap anda bukan newbie okay. Namun, newbie pun tetap boleh ikut apa
yang bakal saya kongsikan dalam topik ini sebab ia tidak lah sesukar mana untuk anda
ikut.
Mungkin disebabkan anda sudah ada pengetahuan tentang website, anda tak perlu buat
cara percuma kerana lebih baik anda gunakan cara berbayar untuk maksimumkan
cara promosi link affiliate anda dan anda wajib buat cara ini jika nak dapatkan trafik/
pelawat dari media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, Pinterest, Tumblr
dan lain-lain. Polisi yang disediakan oleh pihak penganjur program affiliate yang buatkan
kita perlu luangkan masa lebih jika mahu terus mempromosikan link affiliate kita ke sosial
media dengan lebih bebas dan berkesan.
Apa yang perlu anda buat sekarang ini adalah yang dinamakan sebagai “Private
Branding”. Anda boleh ke dashboard affiliate HotelsCombined anda, kemudian klik pada
tab “Private Branding”. Ia sama juga yang disediakan oleh Wego Affiliate Network iaitu
“Whitelabel”. Tapi dalam panduan atau topik ini, saya hanya akan fokuskan kepada
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 71
Private Branding HotelsCombined sahaja memandangkan komisyennya lebih tinggi
berbanding komisyen yang diberikan oleh Wego Affiliate Network. Alang-alang dah buat
cara berbayar ni, baik anda fokus terus kepada program yang berikan komisyen yang
lebih tinggi. Tak gitu???
Private Branding atau Whitelabel ini dalam kata mudah anda mempromosikan produk/
servis dari HotelsCombined atau Wego Affiliate Network dengan menggunakan brand
anda sendiri tanpa pengetahuan pelawat bahawa servis perbandingan harga hotel itu
sebenarnya datang dari pihak HotelsCombined atau Wego Affiliate Network.
Ini adalah peluang terbaik anda untuk jadikan bisnes HotelsCombined ini seperti
bisnes anda sendiri. Buat pengetahuan anda, saya sendiri pun sudah lama terjebak
dalam model bisnes Whitelabel ini ( bukan niche travel ) dan saya akui model bisnes ini
tersangat bagus terutamanya dari segi risiko modal yang sangat minimum.
Melalui private branding ini, anda boleh tentukan sendiri apakah rupa website anda yang
anda mahu pelawat tengok. Dan mereka tidak akan tahu bahawa servis tersebut
sebenarnya disediakan oleh pihak HotelsCombined. Yang mereka tahu dan nampak
adalah brand anda. Jika mereka suka dengan brand anda, mereka akan kembali lagi ke
website anda untuk buat perbandingan harga-harga hotel di seluruh dunia. Menarik tak?
Caranya mudah sahaja dan dengan pengetahuan sedia ada anda tentang website, ia lagi
memudahkan dan melancarkan proses untuk buat private branding HotelsCombined ini.
Jom kita sambung…
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 72
Saya andaikan anda sudah pun ada 1 domain contohnya travelkakiku.com, travellah.com
dan apa-apa sahaja domain yang bukan kepunyaan orang lain lagi. Kat mana nak
dapatkan domain? Kena langgan tahunan kat Godaddy, NameCheap, dan lain-lain lagi.
Yuran setahun untuk 1 domain lebih kurang RM50/year. Contoh domain yang saya punya
untuk saya tunjukkan dalam panduan ini adalah roketee.com ( kalau boleh domain anda
biarlah ada perkataan travel atau hotel ).
Walaupun anda belum ada lagi domain, anda boleh tengok terlebih dahulu cara yang saya
tunjukkan di bawah ini untuk anda buat keputusan sama ada mahu langgan domain
ataupun tidak.
Jadi, jangan buang masa, jom kita teruskan dengan langkah untuk buat private brand.
Anda sudah pun berada di laman private branding yang saya tunjukkan sebelum ini,
sekarang klik pada butang hijau “Create a new private brand”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 73
Walaupun mereka rekemenkan pilihan pertama iaitu “Create a co-brand”, tetapi ia masih
lagi melanggar polisi jika anda promosikan link Co-brand di media sosial. Jadi, untuk elak
kan daripada anda terjerumus dalam isu polisi dan komisyen tidak akan dibayar, sila pilih
pilihan kedua iaitu “Create a simple private brand”.
( Sekali lagi saya nak ingatkan anda, jangan takut. Walaupun ia melibatkan domain,
sebenarnya setupnya tersangat simple dan saya rasa ia lebih mudah berbanding dengan
buat website percuma di WIX ).
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 74
Kemudian, anda akan di bawa ke borang seperti gambar di atas. Saya akan terangkan
satu persatu ruangan yang perlu anda isi pada borang tersebut.
1. Brand name: Masukkan nama brand anda. Contoh dalam demo ini, brand saya
adalah YouHotel. Kalau boleh buat nama brand yang berkaitan dengan travel atau
hotel dan juga domain anda. Contohnya Discount Hotel, Cheap Hotel. Nama-nama
macam ni lebih bagus sebab nanti bila prospek dari seluruh dunia search di Google,
website anda nanti mungkin berpeluang berada di carian engine Google.
2. Display name: Yang ini pun sama. Masukkan nama brand anda seperti di no.1
3. Brand Logo: Logo pun anda buat simple-simple je. Jangan rumitkan sangat proses.
Hehe. Tak perlu upah orang pun. Cuba design sendiri. Saya selalu design sendiri logo
produk-produk saya kat sini: https://logomakr.com. Percuma je. Tapi kalau anda betul-
betul serius untuk fokus kepada bisnes ni, logo anda biarlah professional dan cun dari
segi bentuk dan warna sebab logo ini akan melambangkan identiti bisnes travel anda.
Boleh upah designer jika perlu. Size yang disarankan adalah 350px lebar x 200px
tinggi. Cara nak masukkan logo dalam borang tersebut, anda klik dulu pada “Manage
images” untuk anda upload gambar ke ‘Library’.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 75
Klik pada “Choose File”, pilih gambar logo yang hendak diupload dari pc/laptop anda,
kemudian klik butang “Upload”. Dan kembali semula kepada borang private branding tadi
dengan klik pada pautan “Back”.
Bila dah kembali ke borang tadi, rujuk kepada gambar di atas, di ruangan Brand logo,
anda pilih gambar logo yang telah anda upload, kemudian akhir sekali klik pada butang
“Select”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 76
4. Private Branding (Sub) Domain: Ruangan ini anda boleh abaikan terlebih dahulu.
Saya akan terangkan selepas anda selesai isi ruangan-ruangan lain sebab di ruangan ini
lah yang berkaitan dengan domain. Jadi, abaikan dulu, teruskan ke langkah yang
seterusnya.
5. Default Site Language: Saya sarankan anda pilih English. Sebab anda mahu
promosi link anda nanti ke seluruh dunia dan jumlah komisyen pun berbeza bergantung
kepada sesuatu lokasi & demografik. Jadi, dengan website yang berbahasa Inggeris, ia
lebih bagus supaya potensi website anda dapat di baca oleh semua orang di seluruh
dunia lebih tinggi. Anda cuba bayangkan jika website anda nanti dalam Bahasa Melayu.
Suatu hari, Michael dari Ireland terjumpa website travel anda. Bila dia masuk ke website
anda dan dapati ia dalam bahasa Melayu, sudah semestinya dia akan tutup website anda
dan cari website yang lain yang dia boleh faham. Jadi, anda terlepas komisyen dari
Michael jika dia bertukar jadi lead. :) Lain lah kalau Mat Dan yang baca..haha.
6. Template: Anda boleh pilih pilihan template yang disediakan. Tapi apa yang
direkemenkan adalah “Standard Site - Recommended Template” yang terbukti lebih
efektif dan kecenderungan untuk jadikan pelawat bertukar menjadi lead lebih tinggi jika
ikut kajian dari pihak HotelsCombined sendiri.
7. Colour Theme: Untuk jadikan website anda lebih unik berbanding website orang lain,
anda boleh gunakan kelebihan colour theme ni. Anda boleh customize atau edit color
theme ini ikut citarasa anda. Yang penting, jangan syok sendiri. Bila anda dah edit theme
anda nanti, cuba tanya pendapat orang lain ( suami, isteri, adik-beradik, mak, ayah dan
kawan-kawan ) sama ada theme yang telah anda ubah atau customize tu menarik atau
tidak.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 77
Kalau mereka kata tak menarik (pastikan mereka jujur..haha), jadi, edit la lagi hingga ia
nampak menarik dari segi pandangan orang lain. Ingat tu, dalam bisnes, jangan ada
perangai “Syok sendiri”. Sesuaikan juga dengan warna logo anda supaya logo anda
nampak lebih jelas.
8. Custom Homepage Link: Ruangan ini adalah berkenaan dengan “Home” link. Anda
mesti pernah tengok di website-website atau blog-blog yang anda lawati, kebanyakkannya
ada link “Home” kan? Jadi, anda boleh tentukan sama ada nak jadikan “Home” link dalam
website anda nanti ubah kepada link url lain atau nak biarkan default macam tu sahaja.
Mungkin anda nak pelawa pelawat website anda nanti pergi ke fanpage travel anda jika
mereka klik “Home” atau mungkin anda ada blog anda sendiri. So, anda boleh masukkan
link url tersebut ke dalam ruangan ini. Jika anda nak biarkan ia default ( bermaksud bila
pelawat klik ‘home’, mereka akan tetap berada dalam homepage Private Branding
HotelsCombined anda ), anda boleh tinggalkan ruangan ini kosong sahaja tanpa letak
apa-apa link.
9. Ada 3 kotak yang perlu anda tick kat sini. Anda tick kan sahaja ketiga-tiga kotak
tersebut. Ia adalah berkaitan dengan pilihan pelawat anda sama ada nak tukar matawang
lain, atau bahasa lain. Nanti mereka boleh pilih di site anda.
Akhir sekali, anda boleh klik butang “Save Changes” atau pun klik butang “Preview
Changes” terlebih dahulu untuk lihat preview bagaimana rupa website anda, kemudian
barulah klik “Save Changes”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 78
Bila anda dah siap save, anda akan diberikan satu link khas untuk private branding yang
telah anda setup tadi iaitu Standard URL. Contohnya: https://brands.datahc.com/?
a_aid=174496&brandid=519920&languageCode=EN
Ya, anda boleh promosikan link di atas ni kat media sosial.
Sebelum tu, saya nak tanya pendapat anda. Jika anda sebagai prospek/pelawat, apa
anda akan fikir kalau anda nampak link panjang macam ni lalu kat newsfeed Facebook
anda? Cuba bayangkan, anda tengah scroll newsfeed, tiba-tiba anda ternampak ada salah
seorang affiliate HotelsCombined atau program affiliate lain post link panjang macam tu
kat wall post dia. Apa agaknya ada dalam fikiran anda kalau ternampak link macam tu?
Secara jujurnya, pada pendapat saya sendiri, saya tak berminat nak klik link tersebut.
Secara jujurnya lagi, ramai yang akan fikir link panjang macam tu adalah link SPAM atau
SCAM terutama orang yang tak biasa dengan link affiliate dan sebagainya. Pendapat saya
yang lain pulak, link tersebut tak nampak pro, ia seolah-olah seperti link suatu bisnes yang
tidak professional dan tidak serius dalam mempromosikan produk mereka. Akhir sekali,
link tersebut takkan melekat kat minda saya, jika saya mahu kembali semula untuk buat
perbandingan harga hotel di dalam website tersebut. Betul tak?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 79
Walaupun anda sudah pendekkan URL tersebut dengan menggunakan Bitly atau Google
Shortener sekali pun, kebanyakan prospek tidak akan pandang sama sekali link affiliate
anda tersebut atau dalam makna kata lain, website tersebut tiada identiti sendiri yang
buatkan orang mudah lupa.
Anda perlu tahu bahawa anda buat Private Branding ni adalah untuk brandingkan bisnes
travel atau hotel anda ini. Matlamat anda mahukan pelawat/prospek terus masuk dan
masuk ke website anda. Anda nak prospek/pelawat mudah ingat brand anda dan domain
anda supaya jika mereka mahu buat perbandingan harga nanti, mereka akan ingat brand
anda. Mereka akan cari semula website anda. Jika link tersebut sangat unik dan mudah
diingat, ia berpotensi untuk pelawat/prospek untuk terus datang dan kembali lagi pada
masa hadapan.
Ini yang saya selalu maksudkan “Nampak Bangang Tapi Padu”. Sekecil-kecil brand dan
logo pun, ia memainkan peranan penting dalam anda membangunkan bisnes yang stabil.
Kalau boleh, kita mahu jika seseorang prospek tu terfikir tentang hotel, mereka akan ingat
brand anda dan mereka juga akan rekemenkan website anda kepada keluarga dan
kenalan mereka. Brand anda akan viral dan dapat trafik percuma hasil dari mereka
kongsikan link website anda kepada orang lain. Andai kata link anda panjang dan rumit
macam link di atas, senang tak prospek nak ingat kat pemikiran atau mulut mereka?
Senang tak prospek nak rekemenkan kepada kenalan mereka?
Sudah tentu susah kan?
Sebab itu lah anda perlukan brand yang unik dan domain yang senang nak ingat supaya
ia melekat di pemikiran prospek anda nanti. Jadi, bagaimana caranya nak setup?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 80
Cara Setup Sub-Domain Private Branding Anda
Anda boleh baca kat sini langkah-langkah yang disediakan oleh pihak HotelsCombined:
How to setup sub-domain using CNAME?
Kemungkinan ramai yang tak dapat nak buat walaupun dah baca langkah yang diberikan
sebab ia tidak lah lengkap untuk newbie faham. Jangan risau, biar abam tunjukkan secara
step by step melalui gambar supaya anda lagi mudah faham nak setup sub-domain anda.
( Contoh subdomain go.youhotel.com )
Pertama sekali, anda perlu langgan domain di salah satu penyedia domain seperti
Godaddy, NameCheap, dan lain-lain. Syarikat di Malaysia pun ada contohnya, Exabytes,
Yeahhost, DomainPlus dan banyak lagi penyedia domain di Malaysia. Tapi dalam panduan
ini, saya akan tunjukkan dengan menggunakan GoDaddy.com iaitu syarikat terbesar
penyedia domain di dunia sebab saya ada kod diskaun untuk diberikan nanti.
Alright, sekarang anda boleh klik pada godaddy.com, dan anda akan nampak kotak
search domain. Di ruangan ini anda boleh semak dulu nama domain yang anda mahukan
sama ada sudah dimiliki orang lain atau pun tidak. Saya lebih suka jika anda
gunakan .com berbanding dot yang lain sebab anda nak buat bisnes affiliate niche travel
ini adalah fokuskan kepada pasaran seluruh dunia. Contohnya jika anda pakai .com.my
atau .my, kemungkinan besar prospek tidak akan berminat untuk klik sebab mereka fikir ia
bukan worldwide, ia kepunyaan orang Malaysia. Jadi, .com is the best. Paling tidak pun,
anda boleh pilih .biz atau .io atau .co. sudah memadai jika nama yang anda mahukan
untuk .com tidak available ( bermaksud nama domain tu sudah dimiliki oleh orang lain ).
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 81
Anda perlu tahu, jika nama tersebut nama yang common iaitu yang biasa orang sebut dan
orang nampak seperti Hotel atau Hotels dan ianya .com, ia bukan mudah untuk anda
dapatkannya. Kebiasaannya ia sudah pun milik orang lain dan jika tidak pun, harganya
sangat-sangat premium. Jangan terkejut kalau anda jumpa nama domain yang berharga
RM1 Juta.
Sebagai contoh, cuba anda taip YouHotel.com, anda akan dapati harganya sangat
premium. Jadi, abaikan, cari nama lain.
Contoh nama domain .com yang sudah dimiliki oleh orang lain seperti gambar di bawah:
Bila dia tulis is taken tu bermaksud, domain tu sudah ada orang lain langgan. Tapi cuba
anda tengok di sebelah kanan, ada beberapa senarai yang belum lagi bertuan
seperti .co, .discount, .live. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, .co tu pun anda dah
boleh dipertimbangkan. Kebiasaannya anda pilih yang harga RM9.99/year tu.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 82
Yang di bawah ni pula saya tunjukkan contoh yang belum lagi ada pemiliknya:
Jika ia tulis available bermaksud, anda boleh langgan domain ini. Pastikan harga RM9.99/
year. Nanti saya akan berikan Kod Kupon yang anda boleh gunakan untuk dapatkan
harga diskaun tahun pertama untuk nama domain yang anda mahukan ( tapi kod diskaun
tu sah hanya untuk nama domain .com sahaja ). Jika anda dah puas hati dengan nama
yang anda mahukan untuk dijadikan sebagai domain dan brand anda, klik terus butang
warna oren “Continue to Cart”.
Lepas tu, nanti anda akan lalui beberapa upsell dari pihak GoDaddy. Anda hanya pilih
“No,Thanks” je okay. Pastikan baca dengan teliti apa yang di offer kan tu. Pastikan yang
anda bayar tu nanti hanya nama domain sahaja. Add On lain tidak diperlukan.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 83
Bila anda dah proceed, anda akan di bawa ke Cart Page seperti gambar di bawah:
Tengok dengan teliti sebab dorang ni licik sikit kalau bab-bab upsell dan add on ni. Yang
pertama, saya nak anda pilih 1 year sahaja pada Term tu sebab anda belum pasti lagi
sama ada anda akan buat bisnes ni untuk jangka masa yang panjang atau hanya 1 tahun
sahaja kan? So, pilih 1 year. Anda akan dapati jumlah yang perlu anda bayar untuk tahun
pertama adalah RM44.99. Bukan bulanan tau, tapi tahunan. “Aik! tadi dia tulis RM9.99,
kenapa pulak sekarang RM44.99?”.. suara hati kecik anda bertanya..
Haa..sebab saya cakap tadi, hati-hati, dorang ni licik sikit..haha. Cuba tengok balik dekat
screenshot yang domain available yang tulis RM9.99 tadi. Tengok ayat kat bawah harga
RM9.99 tu. Bukan main kecik dia tulis. Dia bagitau kat situ, RM9.99 ni untuk tahun
pertama jika anda order untuk 2 tahun sekaligus.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 84
Jadi, tahun pertama anda kena bayar lebih kurang RM9.00 dan tahun kedua pula anda
kena bayar RM64.00. Jadi jumlah untuk 2 tahun sekaligus tu bersamaan dengan RM73.00
setiap 2 tahun untuk nama domain tu.
Sebenarnya benda lebih kurang je. Dorang main psikologi harga. Kalau ikutkan
diskaunnya sikit sahaja kalau anda dapatkan 2 tahun sekaligus. Contohnya jika anda pilih
1 tahun sahaja, anda perlu bayar RM45 lebih kurang. Nanti anda renew domain anda
tahun hadapan, anda kena bayar RM45. Jadi, jumlahnya RM45 + RM45 = RM90.
Bermaksud potongan diskaun jika anda pilih 2 tahun sekaligus adalah RM90 - RM73 =
RM17 sahaja. Pandai kan trick dorang? Alright, walaupun anda dapat diskaun macam tu,
saya sarankan anda pilih yang 1 tahun sahaja sebab anda belum pasti lagi sama ada
anda boleh jana komisyen ke tak dengan bisnes affiliate travel anda tu. Jom teruskan
lagi…
Anda nampak tak ada Add On yang dorang tambah kat situ, FREE Website Builder
Business? Saya nak anda klik “Remove”. Jangan terpengaruh dengan perkataan Free
kat situ..haha. Memang ia percuma, tapi percuma untuk bulan pertama sahaja ( Lebih
kurang macam Free Trial ), dan untuk bulan kedua dan seterusnya, anda perlu bayar lebih
kurang RM50 sebulan kalau tak silap saya kalau anda tak batalkan langganan Website
Builder tu. Jadi, lebih elok, anda remove awal-awal sebab anda tak perlukan benda tu.
Yang anda nak sekarang hanyalah nama domain sahaja.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 85
Tapi yang menariknya, kalau beli kat Godaddy ni, anda boleh langgan domain dengan
harga serendah RM3.17 untuk tahun pertama ( Jika anda pelanggan baru mereka ). Jika
anda langgan 2 tahun terus, anda hanya perlu bayar RM3.17 untuk tahun pertama,
kemudian RM37.00 untuk tahun kedua. Jumlahnya lebih kurang RM41 berbanding RM73
sebelum ini. ( Kalau anda tak kisah nak dapatkan untuk 2 tahun sekaligus, tidak jadi
masalah ).
Walau bagaimana pun, it’s up to you. Kalau ikut pendapat saya, saya akan langgan hanya
1 tahun je dahulu iaitu dengan melanggan tahun pertama RM3.17 sebab saya belum pasti
lagi sama ada saya dapat buat duit banyak ke tak dengan domain yang saya langgan. Nak
dapat harga tu, anda boleh gunakan kod ini ( CJC99COM ) atau ( CJC99CA ) dan
masukkan kat bahagian +Add seperti dalam gambar Cart Page yang saya tunjukkan di
atas. Biasanya kupon tu hanya sah untuk pelanggan yang baru daftar GoDaddy sahaja.
Anda mungkin juga boleh cuba kupon ni ( CJCSIGLERC ).
Kupon-kupon yang saya berikan ni sebenarnya banyak yang anda boleh dapat jika anda
search kat Google. Tetapi, anda kena luangkan masa sedikit untuk cuba dan test sama
ada kupon-kupon yang anda jumpa tu masih sah atau pun tidak sebab kadang-kadang
kupon tersebut mempunyai tempoh sah yang tertentu. Jadi, kalau kod-kod yang saya
berikan kat atas tidak sah, anda cuba search kat Google pula ya. Kalau gagal jumpa kod
diskaun yang sah, saya rasa dengan harga RM40 lebih setahun tu dah cukup bagus
sebab ia bukan bulanan, tapi tahunan. Kiranya, sebulan hanya RM3.00 lebih sahaja :)
Sekarang bila dah selesai dan puas hati, klik butang oren “Proceed to Checkout”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 86
Kemudian, anda dikehendaki Sign In terlebih dahulu
akaun anda di GoDaddy. Tapi kalau anda belum ada
lagi akaun GoDaddy, anda boleh daftar satu akaun
GoDaddy dengan klik pada “Create an account” di
bahagian yang saya dah letak kolum merah di bawah
sekali dalam gambar di sebelah.
Bila anda dah selesai daftar akaun GoDaddy, anda akan di bawa ke laman yang terakhir
sebelum anda sahkan langganan domain anda. Pastikan semua maklumat yang tertera di
laman ini adalah tepat dan betul. Jangan lupa masukkan juga info tentang Pembayaran.
Anda boleh gunakan kad kredit atau pun kad debit untuk buat pembayaran. Saya rasa
sekarang ni kebanyakkan daripada rakyat Malaysia sudah ada kad debit terutamanya
pengguna Maybank, CIMB dan Bank Islam. Jadi, gunakan kad tersebut untuk mula buat
jual beli online. :)
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 87
Akhir sekali, klik butang “Place Your Order” setelah kesemuanya sudah lengkap.
TAHNIAH! Anda sudah mempunyai satu nama domain anda sendiri.
Contohnya: http://namadomainanda.com. Jangan lupa semak emel anda dari GoDaddy,
dan simpan baik-baik emel tersebut untuk rujukan masa hadapan.
Anda belum selesai lagi tau…Itu baru tamat proses melanggan domain. Sekarang tiba
masanya untuk kita setup “Sub-domain” seperti yang HotelsCombined rekemenkan.
Dalam proses ini, saya akan gunakan nama domain roketee.com iaitu domain yang telah
saya langgan di Godaddy. Saya akan gunakannya untuk setup subdomain Private
Branding. Contoh subdomain yang saya boleh buat: go.roketee.com, atau
book.roketee.com, jom.roketee.com, dan lain-lain lagi. Subnya adalah perkataan
sebelum .namadomainanda.com.
Mungkin anda tertanya-tanya, bila ada domain ni, hosting kena ada jugak ke? Jawapan
saya, kalau hanya untuk buat Private Branding HotelsCombined ni, anda tak perlu pun
hosting. Hanya domain sahaja sebab subdomain anda nanti akan ditumpangkan di
hosting/server pihak HotelsCombined.
Jangan buang masa lagi, yang pertama, anda perlu sign in dulu ke akaun GoDaddy anda
dan cari Manage Domain. Ada beberapa cara untuk anda pergi ke Manage Domain.
Seperti gambar di bawah, anda boleh melalui butang “Visit my account” terlebih dahulu,
ataupun boleh terus klik “Manage My Domains”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 88
Kesimpulannya, dari arah mana pun, asalkan anda jumpa link Manage Domain atau
Manage My Domains, jadi di situlah tempat untuk setup dan manage domain yang anda
langgan. Sebagai contoh, saya terus klik link “Manage My Domains” seperti gambar di
atas dan anda akan di bawa ke paparan senarai domain yang anda sedang langgani.
Langkah seterusnya, anda pilih domain yang anda baru langgan tadi ( contoh saya punya
roketee.com), dan klik pada butang dropdown kecil yang saya tunjukkan dengan anak
panah di atas. Kemudian, klik pada “Manage DNS”.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 89
Anda akan nampak di bahagian “Records” seperti gambar di atas. Di sini lah tempat untuk
anda setup subdomain Private Branding anda. Next, klik pada butang ADD ( warna
hijau ).
Bila anda dah klik ADD, akan keluar paparan seperti di atas untuk anda masuk kan
beberapa maklumat yang diperlukan supaya subdomain anda nanti akan redirect ke
website Private Branding anda.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 90
Type: Pilih CNAME
Host: Masukkan sub-domain yang anda mahukan. Contoh yang saya buat, saya tulis
“go”. Jadi, ia akan jadi macam ni nanti: http://go.roketee.com. Oleh itu, saya akan
promosikan link ini di media sosial nanti. Jika prospek klik link di atas, mereka akan di
bawa ke site private branding saya.
Anda boleh letak apa-apa nama sahaja kat situ seperti hotel, jom, package, cheap,
travel dan lain-lain lagi yang sesuai. Tapi, hanya dibenarkan 1 perkataan sahaja okay. Jika
anda tulis cheap kat situ, subdomain private branding anda akan jadi macam ni:
http://cheap.domainanda.com. Dah faham kan?
Points to: Copy yang saya berikan ni dan paste kan ke ruangan di points to:
brands.datahc.com Pastikan jangan salah. Semak betul-betul.
TTL: Anda boleh biarkan ia 1 hour atau 1/2 hour. Ia merupakan tempoh masa proses
subdomain anda akan selesai untuk di LIVE kan.
Bila dah lengkap semuanya, klik butang “Save” dan pastikan ia tersenarai dalam list
seperti dalam gambar di bawah.
Nota: Jika anda gunakan hosting sendiri dan domain anda park di hosting anda, anda
boleh buat proses di atas melalui cara “Zone File Editor”. Cari Zone File Editor di dalam
Cpanel hosting anda. Prosesnya lebih kurang sama sahaja.
Kemudian, anda perlu tunggu 1 jam atau 1/2 jam bergantung kepada apa yang anda pilih
pada ruangan TTL tadi untuk subdomain anda LIVE. Kadang-kadang ada juga yang
sampai 24 jam baru lah subdomain itu LIVE. Bergantung kepada hosting/server yang
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 91
digunakan. By the way, jika domain tersebut park di GoDaddy, biasanya dalam tempoh 15
minit ia sudah pun di LIVE kan.
Alhamdulillah, dah selesai pun langkah subdomain private branding ini….
Opps… Anda belum selesai lagi tau. Anda belum boleh promosikan link tersebut lagi
sebab jika prospek klik link subdomain anda sekarang, mereka akan di bawa ke default
site HotelsCombined iaitu site yang tanpa id affiliate anda. Sia-sialah kerja anda tadi. Ia
bermaksud, sistem belum dapat lagi dapat track id affiliate anda jika anda tak buat proses
terakhir ini iaitu dengan memasukkan subdomain anda ke dalam borang Private
Branding di dashboard affiliate anda. Jom saya tunjukkan kat mana anda perlu
masukkan subdomain tersebut.
Login semula ke dashboard affiliate HotelsCombined anda. Boleh klik kat sini untuk Login
ke Akaun Affiliate. Kemudian, klik pada pilihan menu “Private Branding” dan klik butang
“Edit” pada site Private Brand yang telah anda siapkan sebelum ni.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 92
Ingat lagi tak ada satu ruangan yang kita tinggalkan kosong sebelum ni pada borang
Private Brand? Jadi, kali ni anda sudah boleh masukkan subdomain yang telah anda
setupkan di GoDaddy tadi di dalam ruangan “Private branding (Sub)domain” seperti
gambar di atas.
Contoh yang saya setup tadi adalah http://go.roketee.com. Yang perlu di masukkan dalam
ruangan tersebut hanyalah go.roketee.com. Yang http:// tu tak perlu. Boleh tengok
contoh dalam gambar. Kemudian, klik “Click to Validate” untuk semak sama ada
subdomain anda itu sah/valid ataupun tidak. Jika keluar notis berwarna hijau iaitu
“(Sub)Domain is valid”, ia bermaksud subdomain anda telah disetup dengan betul tanpa
ada masalah.
Tetapi, jika ia keluar notis bahawa ia tidak valid ( mungkin berwarna merah ), anda perlu
semak semula langkah-langkah yang telah saya terangkan dalam ebook ini mengenai
proses setup subdomain. Pastikan semuanya betul dan tepat seperti yang saya tunjukkan
secara terperinci sekali. Anda juga boleh contact pihak support HotelsCombined untuk
minta bantuan dari mereka supaya setupkannya untuk anda. Insyaallah, mereka akan
tolong anda nanti.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 93
Akhir sekali, bila semuanya dah berjaya dan sudah disahkan, jangan lupa klik butang
SAVE yang berada di bahagian bawah sekali pada borang private branding tersebut.
Kalau anda tak save, subdomain anda tidak akan berfungsi. Bila anda klik Save, anda
akan di bawa ke paparan seperti di bawah:
Anda nampak tak sekarang? Ada 2 link yang anda boleh promosikan iaitu Standard URL
dan juga Custom URL. Yang terbaik adalah anda promosikan Custom URL. Contoh saya
punya http://go.roketee.com. ( mungkin saya akan buat link baru nanti sebab yang ini
hanyalah sebagai demo sahaja untuk jadikan panduan dalam ebook ini )
Cer try klik link saya kat atas tu.. Anda akan tengok ianya adalah website Private Branding
saya telah siap disetup dengan logo dan sebagainya. Sambil-sambil tu, kalau nak sedekah
kat saya pun boleh..Anda klik link saya dan cuba buat perbandingan harga hotel-hotel
yang ada kat negara-negara di seluruh dunia.. Nanti saya dapatlah komisyen :P
( Gurauuuu jerrrr…haha ).
Alright, seterusnya, kalau anda nak buat banner, text links atau kotak search untuk site
private brand anda untuk diletakkan di dalam website anda yang lain, mungkin blog
peribadi anda, blog bisnes anda, anda boleh buat pada link-link yang mereka sediakan di
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 94
bahagian “What would you like to do next?” tu. Langkahnya sama sahaja dengan yang
sebelum ini.
Akhirnyaaaaaa…TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Anda sudah pun mempuyai Site Private Branding anda sendiri. Pastikan nama
domain dan nama brand anda adalah sama. Jangan tiru macam saya buat dalam ebook
ini. Yang saya buat nama brand YouHotel, tapi domain saya go.roketee.com. Jangan buat
macam ni okay. Ini hanyalah demo sahaja. Biarlah domain anda itu melambangkan identiti
nama brand anda. Bila orang ingat tentang percutian, mereka akan ingat brand anda. Jika
anda masuk ke dalam website private branding saya ni http://go.roketee.com, anda akan
dapati, tiada pun logo, atau nama brand HotelsCombined. Ini lah yang dinamakan White
labeling atau Private Branding.
Dengan adanya Custom URL ini, anda sudah tidak terikat lagi dengan polisi yang tidak
benarkan anda promosikan link affiliate ke media sosial. Anda sekarang sudah bebas
untuk promosikannya di media sosial dengan menggunakan Custom URL anda.
Cuba anda tengok bagaimana cara TRIVAGO mempromosikan brand mereka sedangkan
TRIVAGO hanyalah agen affiliate/partner kepada website-website travel seperti
expedia.com.my, booking.com dan lain-lain. Tapi, disebabkan promosi kaw-kaw yang
dibuat oleh TRIVAGO, secara automatiknya, orang akan sentiasa ingat TRIVAGO jika
mereka mahu bandingkan harga-harga hotel yang terdapat di seluruh dunia. Saya sendiri
pun terpengaruh dengan TRIVAGO dan aplikasi TRIVAGO sudah pun ‘selamat' berada
dalam phone saya..hahaha..
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 95
Kesimpulannya, Tiruvasi lah mereka yang sudah berjaya untuk dijadikan sumber inspirasi
bisnes anda.
Nampak susah? Nampak susah sebab anda belum buat lagi dan kalau saya tunjukkan
langkah-langkah melalui video, ia mungkin nampak lebih mudah dan simple. Disebabkan
permintaan yang ramai minta saya tuliskan ebook daripada rakam guna video, jadi saya
buat keputusan untuk tulis ebook secara terperinci walaupun ia tersangat penat untuk
saya tulis sebanyak ini untuk diedarkan secara percuma.
CARA PROMOSI SECARA BERKESAN
Sekarang anda sudah pun ada ‘Mesin Buat Duit Online’ di tangan anda iaitu sebuah
website affiliate private branding HotelsCombined, tapi adakah ‘mesin’ itu berguna jika
tiadanya trafik? Adakah income akan terhasil tanpa adanya trafik? Jika anda tak pernah
tau apa yang dimaksudkan dengan ‘trafik’, ia adalah term yang digunakan dalam online
marketing yang bermaksud pelawat ke website. Nanti mungkin anda akan jumpa banyak
kali perkataan trafik dalam topik cara promosi ini sebab ia sangat berkait rapat. Anda
jangan pula konfius trafik itu apa yer? Bukan trafik light atau trafik jalan raya. Ia adalah
pelawat website :)
Bila kita di dalam dunia bisnes ini khususnya bisnes online, trafik adalah sangat penting.
Walaupun bisnes offline sekalipun, anda juga perlukan ‘trafik’ iaitu pelawat kedai anda tapi
dalam ebook ini kita fokuskan kepada trafik ke website affiliate anda. Jadi, bagaimana
caranya untuk anda dapatkan trafik supaya website affiliate anda boleh hasilkan
komisyen?
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 96
Sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan trafik dan anda perlu gunakan cara yang
bersesuaian dengan model bisnes affiliate niche pelancongan ini. Objektifnya adalah tetap
sama iaitu mahu dapatkan trafik masuk ke website supaya mereka dapat ditukarkan untuk
menjadi “Lead” di mana anda akan dapat komisyen daripada setiap Lead yang terhasil.
Kaedah untuk dapatkan trafik ni ada dua cara utama iaitu cara percuma dan juga cara
berbayar. Tetapi dalam panduan ini, saya sarankan anda gunakan cara percuma sahaja
memandangkan komisyen yang anda dapat tidak lah begitu besar. Pada pendapat saya,
ia tidak berbaloi jika anda gunakan cara berbayar contohnya bayar iklan kat Facebook
iaitu Facebook Ads, ataupun Google Ads, atau pun Bing Ads dan lain-lain penyedia
pengiklanan berbayar. Biasanya jika saya nak promosikan sesuatu produk dengan
menggunakan Facebook Ads, minimum untung saya perlulah RM30 per unit atau per sale
untuk cover balik modal atau kos iklan yang dikeluarkan. Apa pun, jika anda gunakan cara
promosi berbayar dengan betul, Insyaallah ia akan berbaloi.
Dalam topik ini, saya bukan nak cerita tentang strategi atau teknik-teknik advance untuk
dapatkan trafik. Saya hanya akan terangkan secara ringkas sahaja cara-cara yang anda
boleh dapatkan trafik ke website anda. Saya nak anda sentiasa ingat bahawa, prospek
anda bukan hanya hadkan kepada rakyat Malaysia sahaja, tapi ia adalah bisnes
antarabangsa anda. Prospek anda berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Kerlasss gituuu…
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 97
Promosi Melalui Facebook
Cara pertama yang anda boleh promosikan link Private Branding anda adalah melalui
Facebook. Anda perlu ingat, anda hanya dibenarkan promosikan link Private Branding
sahaja jika mahu promosikan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.
Link Affiliate tidak dibenarkan.
Apabila ingin gunakan Facebook sebagai tempat dapatkan trafik, yang paling sesuai,
adalah melalui Facebook Page. Anda kena buat Facebook Page brand anda sendiri yang
selari dengan brand yang telah anda buat sebelum ini dalam proses Private Branding.
Anda boleh klik kat sini jika nak buat Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/
create.
Dah siap Facebook page, invitelah kenalan anda supaya mereka jadi Fans Facebook
page anda. Minta mereka support dengan jadi Fans anda. Dan anda postkan link private
branding anda pada setiap post yang anda buat di Facebook page dan juga Facebook
Profile anda. Hanya copy Custom URL anda, dan paste ke wallpost.
Idea saya jika anda nak promosikan brand anda di Facebook ni, anda perlu dapatkan
ramai Fans di Facebook Page anda. Anda boleh buat blog tentang travel. Kongsikan
artikel-artikel yang berkaitan dengan travel dan pelancongan. Anda perlu konsisten update
artikel di blog, atau pun anda boleh kongsikan penulisan anda hanya di Facebook Page
sahaja. Kongsikan gambar-gambar percutian yang menarik di seluruh dunia. Di setiap
gambar atau post anda, jangan lupa selitkan sekali link private branding anda itu.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 98
Prospek anda perlu ada sebab kenapa mereka perlu jadi Fans Facebook Page anda?
Kenapa mereka perlu follow anda?
Jadi anda perlu sentiasa engage dengan Fans dan Followers anda. Anda perlu konsisten
kongsikan benda-benda yang menarik berkaitan dengan niche travel dan pelancongan. Ia
akan menjadi ‘penyebab’ brand anda akan dikenali di Facebook.
Dalam masa yang sama, jika anda mempunyai bisnes utama yang berkaitan dengan
travel contohnya Travel Agency, saya sarankan anda gunakan Facebook Ads untuk
dapatkan trafik ke website anda. Kumpul database prospek melalui emel/sms marketing
dan anda berpeluang untuk promosikan link affiliate anda secara berulang kepada
prospek yang sama. Saya ada tulis satu ebook percuma berkenaan dengan Facebook Ads
dan sedikit ilmu tentang emel marketing. Anda boleh dapatkannya percuma di sini:
==> Download eBook Fesbuk Ads
Selain dari Facebook, anda juga boleh join group-group di Facebook yang berkenaan
dengan niche travel sama ada dalam atau luar negara. Dan anda boleh promosikan link
private branding anda di dalam group-group percuma yang benarkan anda buat promosi.
Anda kena pastikan dulu polisi atau syarat yang disediakan oleh group-group tersebut.
Tengok dulu sama ada group tersebut benarkan ahlinya iklan produk/servis ke tidak di
group tersebut. Mungkin juga ada syarat-syarat yang tertentu anda perlu buat sebelum
dapat buat iklan di group-group Facebook tersebut.
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 99
Kalau pemilik group tidak benarkan, anda kena hormat polisi mereka sebab mereka
adalah ‘tuan rumah’. Jangan pula anda buat SPAM. Ada banyak jenis SPAM activity ni.
Jika anda terlibat dalam aktiviti SPAM, pihak penganjur program affiliate pun tidak akan
bayar anda komisyen.
Selain dari iklankan link anda di group-group di Facebook, anda juga boleh dapatkan trafik
percuma dengan menyertai forum-forum yang mempunyai topik Travel ataupun forum-
forum yang di khaskan untuk niche travel dan pelancongan sahaja di seluruh dunia.
Jangan pandang rendah pada Forum marketing sebab ianya terbukti berkesan untuk
dapatkan trafik percuma. Cuba anda baca screenshot di bawah iaitu mesej dari salah
seorang agen affiliate HotelsCombined:
‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 100