The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cipta-Mesin-Buat-Duit-Niche-Travel-Download-XXakk1aaXzii

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-06-14 01:58:08

Cipta-Mesin-Buat-Duit-Niche-Travel-Download-XXakk1aaXzii

Cipta-Mesin-Buat-Duit-Niche-Travel-Download-XXakk1aaXzii

Kalau baca apa yang brader ni tulis kat atas, tak sampai 10 kali pun dia promosikan link
affiliate HotelsCombined dia kat forum secara percuma. Bukan berbayar tau, percuma
sahaja. Jom kita tengok berapa earning/komisyen yang terkumpul dia dah dapat:

Jumlah komisyen terkumpul yang dia dapat melalui trafik percuma di forum adalah $57.81
USD bersamaan dengan lebih kurang RM260. Okay ke tak okay?

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 101

Cuba anda perhatikan pada kolum “Lead Value”, ia adalah nilai komisyen per lead yang
dia dapat. Bagi saya ia sangat lumayan. Saya yakin bila anda dah lama buat duit melalui
program affiliate HotelsCombined ini, anda akan dapat tahu nilai Lead negara manakah
yang dapat berikan anda $2.00 USD per lead. Ingat yer, bukan per visitor, tapi per lead
dan dari seorang pelawat boleh hasilkan lebih daripada 1 lead.

Tak tau nak join forum mana? Haaa.. cuba usaha sikit. Pakcik Google kan hadooo… :)

Promosi Link di Media Sosial Yang Lain

Selain daripada Facebook, banyak lagi platform media sosial yang anda boleh jadikan
sebagai tempat promosi atau dapatkan trafik ke website anda termasuklah Youtube,
Instagram, Pinterest, Twitter, Tumblr, Google+, dan lain-lain lagi. Disebabkan audience
atau prospek anda bukan hanya hadkan dalam Malaysia sahaja, maka media sosial yang
saya sebutkan itu sangat sesuai untuk anda tarik trafik masuk ke website travel anda.

Saya tak nak terangkan panjang lebar tentang langkah-langkah yang perlu anda buat
untuk promosikan link website travel anda dalam ebook ini, sebab saya dah bagitau
sebelum ni, semua tu anda boleh dapatkan hanya dengan search di Google sahaja. Anda
perlu berusaha untuk cari source-source berkenaan dengan promosi di media sosial jika
anda ingin berjaya dalam bisnes online. Saya yakin anda boleh buat sebab semua bahan
marketing affiliate pun telah disediakan termasuklah kod-kod banner link affiliate anda.

Salah satu social network yang saya paling nak rekemenkan anda buat promosi link

affiliate secara agresif adalah INSTAGRAM! Kalau anda tak pernah ada pun akaun

Instagram, saya sangat sarankan buka 1 akaun khusus untuk buat bisnes affiliate hotel ini.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 102

Instagram digelar sebagai “King of Social Engagement”. Walaupun bisnes dan brand
anda masih baru, Instagram boleh bantu bisnes anda naik dengan cepat jika betul cara
penggunaannya dari segi alat pemasaran. Makin banyak anda engage melalui akaun
Instagram anda, makin mudah untuk brand anda dikenali di seluruh dunia.

Ini adalah private message Facebook
antara saya dengan seorang rakan
Internet Marketer. Saya minta dia test
promosikan link affiliate dia kat akaun
Instagram dia ( Kebetulan memang dia ada
akaun Instagram niche Travel ). Yang dia
cuba tu adalah program affiliate Wego
Affiliate Network atau WAN Travel.
Dia promosikan terus link affiliate Wego dia
kat akaun Instagram dia memandangkan
polisi Wego Affiliate Network (WAN Travel) berbeza dengan polisi HotelsCombined.
Berdasarkan apa yang saya baca di FAQ Wego Affiliate Network, ia menyatakan
“Allowed” jika promosikannya di Media Sosial. Boleh tengok screenshot di bawah di
bahagian Social Media.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 103

Kita sambung semula kisah rakan IM saya tadi. Dia hanya nak cuba promosikan link
affiliate dia main-main sahaja sebab nak tau sama ada Wego Affiliate Network (WAN
Travel) tu scam ke tidak dan betul ke senang nak dapat komisyen. Lepas dia dah mula
promot link affiliate dia kat akaun Instagram niche travel dia, dia pun nak tengok la analytic
kat dashboard affiliate sebab nak track ada ke tak orang klik link affiliate dia, ada masuk
komisyen ke tak. Seharian dia duk refresh sambil login logout akaun affiliate Wego dia.
Mula-mula tu dia frust la juga sebab kat dashboard affiliate masih lagi Zero. Bukan setakat
komisyen je zero, tapi tiada orang klik pun link affiliate dia.

Lepas 24 jam, saya pun PM dia balik nak tau perkembangan data affiliate yang dia dapat

hasil dari promot link affiliate kat Instagram. Sekali dia tengok dah ada USD0.61

bersamaan RM2.75 dalam akaun affiliate dia hasil dari 6 “Exit Clicks”. Rupanya-rupanya,

data analytic yang ada pada dashboard program affiliate Wego (WAN Travel) ni tidak real-

time. Mereka akan update data tersebut setiap 24 jam. Ini berbeza dengan

HotelsCombined di mana data analytic yang disediakan di dalam dashboard affiliate

HotelsCombined akan diupdate secara real-time.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 104

Screenshot di sebelah adalah komisyen
hari pertama yang diperolehi olehnya.
Sepatutnya dia boleh dapat lebih banyak
lagi jika dia teruskan promosi link affiliate
secara bersungguh-sungguh. Trafik yang
dia dapat pula adalah trafik dari Malaysia,
dan search pakej hotel di Malaysia sebab
akaun Instagram travel dia fokuskan kepada
prospek di Malaysia. Kalau lah dia fokus
kepada trafik dari negara-negara maju yang
lain, komisyen “Per Exit Clicks” nya pasti lebih
masyuk berganda-ganda berbanding trafik di Malaysia.

Sebab itulah saya lebih sarankan anda join program affiliate HotelsCombined
berbanding Wego Affiliate Network (WAN Travel) sebab komisyen “Per Lead” yang
ditawarakan oleh pihak HotelsCombined lagi tinggi. Jurang perbezaan komisyen antara
kedua-dua program tu juga sangat besar. Walaupun anda terpaksa buat kerja renyah sikit
iaitu diwajibkan untuk buat Private Branding jika mahu promosi link ke media sosial, tetapi
bagi pendapat saya ia sangat berbaloi. Anda akan perolehi lebih banyak manfaat
daripada kerugian jika anda buat Private Branding untuk promosikan id affiliate anda.

Berbalik semula kepada Instagram, dalam ebook ini saya akan tunjukkan serba ringkas di
mana anda perlu letak link affiliate atau Custom URL (private branding) anda pada akaun
Instagram bisnes travel anda.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 105

Jika anda belum pernah ada akaun Instagram, di sinilah (seperti gambar di atas) satu-
satunya tempat yang anda dibenarkan letak link URL di Instagram iaitu selepas Bio anda.
Sebagai contoh, di bahagian bio saya tulis “Visit this site……….” dan selepas pada itu
anda boleh nampak yang saya letak link Custom URL private branding (go.roketee.com)
yang telah kita sama-sama buat dalam proses sebelum ini.

Jadi, cara nak letak link anda kat situ mudah sahaja. Klik pada butang “Edit Profile” yang
saya buat anak panah merah dalam gambar di atas. Anda akan di bawa ke laman edit
profile seperti gambar di bawah.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 106

Anda isi maklumat yang diperlukan seperti nama brand anda, username, bio bisnes anda,
emel, phone number, gender. Yang paling penting adalah di bahagian “Website”. Pada
ruangan itulah anda perlu masukkan link penuh Custom URL anda atau link affiliate
anda. Kemudian, saya nak anda pastikan pada bahagian “Similar Account Suggestions”
sebelum butang Submit tu hendaklah di tick. Jangan untick! Pastikannya di tick sebab ia
boleh bantu anda dapatkan followers yang targeted. Bila dah selesai isi semua maklumat
yang diperlukan, klik butang “Submit”.

Jadi, cara promosinya adalah dengan upload gambar yang menarik berkaitan dengan
Pelancongan dan Travel, kemudian anda perlu selitkan ayat yang lebih kurang macam ni
pada setiap caption gambar atau video yang anda upload. Contohnya anda upload
gambar menarik di Paris dan ayat caption yang anda boleh tulis:

“The romantic view of Paris. You should experience it with your lovely one.
p.s. Please checkout the link at our Bio to compare the list of best price for hotels in Paris!”

Biasanya, ayat di p.s. tu lah yang anda perlukan masukkan elemen Call to Action supaya
followers anda tahu bahawa ada link harga hotel yang diletakkan di bahagian Bio akaun
Instagram anda. Pastikan setiap post anda perlu diselitkan dengan ayat p.s. tersebut.
Tidak semestinya sebijik ayat tersebut. Anda boleh ubah ikut kesesuaian anda dan juga
situasi. Yang penting perlu ada elemen Call to Action seperti “Please checkout”,
“Watchout”, “Go”, “Visit”, “Click on link” dan lain-lain lagi.

Untuk konsisten dapatkan trafik percuma melalui Instagram, anda juga perlu konsisten

untuk follow pengguna Instagram lain yang mempunyai kaitan dengan travel,

pelancongan, hotel, honeymoon dan sebagainya. Anda perlu konsisten engage dengan

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 107

pengguna lain seperti komen dan juga like gambar/video prospek anda, dan konsisten
dalam upload gambar/video ke akaun Instagram anda supaya akaun Instagram anda
kekal aktif. Untuk pengetahuan anda, #Hashtag merupakan tunjang utama jika anda
berada dalam pemasaran Instagram.

Saya akan berhenti kat sini sahaja topik berkenaan dengan Instagram sebab seperti yang
telah saya beritahu, saya bukan nak ajar anda tentang pemasaran dalam ebook ini.

Walaupun demikian, bagi memantapkan lagi ilmu anda tentang Instagram, saya nak
berikan anda video kursus tentang pemasaran Instagram iaitu JomInsta yang telah saya
lancarkan 2 tahun lepas. Anda boleh daftar percuma sahaja ( bernilai RM227 ) melalui
link ini sahaja: Klik Sini Daftar Akaun JomInsta

Hanya daftar melalui link khas di atas sahaja jika anda mahu jadi ahli VIP JomInsta.
Akaun anda akan diupgrade menjadi akaun VIP secara automatik.

Saya juga nak ingatkan anda bahawa video-video tutorial yang terdapat dalam kursus
JomInsta itu adalah content 2 tahun lepas dan tidak dikemas kini. Jadi, mungkin ada isi
yang sudah tidak relevan untuk digunakan pada masa kini, tetapi ada banyak juga yang
masih relevan yang anda boleh ikut apa yang dikongsikan dalam JomInsta untuk
pemasaran Instagram hari ini terutamanya Case Study Bisnes Affiliate yang sesuai
untuk anda praktikkan dalam pemasaran website affiliate travel anda.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 108

Tambahan pula, dalam salah satu cara pemasaran Instagram yang saya kongsikan dalam
kursus JomInsta adalah suatu cara pemasaran berbayar yang berbaloi iaitu dengan cara
dapatkan servis Shout Out atau Review daripada akaun Instagram orang lain yang
berkaitan dengan niche travel dan pelancongan. Saya nak rekemenkan 2 profile Instagram
niche travel yang sediakan servis review ini iaitu @destinasipercutian dan juga
@jomvacation. Saya kenal pemilik 2 akaun Instagram ini. Anda cuba emel ( ada kat bio
akaun IG mereka ) bertanyakan tentang servis review yang mereka sediakan. Jika anda
rasa ia berbaloi, saya sarankan anda dapatkan servis tersebut. Cuma satu sahaja yang
tak best, kalau dilihat pada mata kasar saya, followers kedua-dua akaun itu majoritinya
orang Malaysia. Jadi, kemungkinan besar anda akan dapat komisyen yang rendah
daripada Wego Affiliate Network atau HotelsCombined.

Jika anda nak cuba servis Shout Out untuk trafik international, saya rekemenkan anda
cuba servis yang disediakan di sini: PlugHype ( Travel Niche Influencers ). Walaupun ia
kaedah pemasaran berbayar, tetapi bagi pendapat saya, ia berbaloi kerana anda akan
dapat bina raving fans anda sendiri terlebih dahulu yang jadi followers akaun bisnes
anda di Instagram dan dalam masa yang sama mereka akan klik link private branding
anda di Bio setiap kali anda post gambar/video. Fans atau Followers akan sentiasa
nampak link anda tersebut. Banyak lagi sebenarnya website-website yang sediakan servis
seperti ini.

Insyaallah ia cara ‘short cut’ terbaik yang boleh bantu anda sebagai ‘Jump-start traffic’ di
akaun Instagram jika bisnes anda baru bermula. Gunakan sebaik mungkin peluang yang
ada di depan mata ini. Sebelum anda dapatkan servis dari website tersebut, luangkan
sedikit masa untuk buat analisa tentang Influencers yang sesuai dengan bisnes anda.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 109

Mungkin anda boleh tengok sama ada followers mereka adalah majoritinya robot semata-
mata atau followers yang real. Banyak faktor yang perlu diteliti sebelum order servis
‘ShoutOut’ dari website tersebut. Jadi, inilah yang dinamakan sebagai “Influencer
Marketing” iaitu antara pemasaran yang popular dan makin digemari oleh usahawan
internet di seluruh dunia bermula tahun 2017 ini. Dapat belajar sesuatu? :)

Jadi, nak jalan short cut? Praktikkan “Influencer Marketing”. Belajar dulu video-video
tutorial yang ada dalam kursus JomInsta sebab saya nak anda faham terlebih dahulu
perkara-perkara asas tentang Instagram dan cara pemasarannya. Kemudian, barulah
anda faham betapa untungnya anda dapat baca kandungan ilmu yang terdapat dalam
ebook ini :)

Alright, selesai bab Instagram. Saya juga nak anda cuba belajar cara promosikan link
affiliate atau private branding anda di Pinterest dan juga Twitter okay. Kedua-dua sosial
network ini adalah salah satu tempat yang ramai orang luar negara ‘lepak’. :)

Alang-alang saya tulis lubuk mesin duit affiliate niche travel melalui panduan ebook ini
yang diberikan secara percuma sahaja, izinkan saya promosikan produk terbaru saya
yang dapat bantu anda automasikan kerja-kerja pemasaran media sosial yang saya
kongsikan sebelum ini iaitu SOCIPILOT!

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 110

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, jika anda mahu konsisten berjaya buat
komisyen melalui program affiliate ini, anda perlulah konsisten aktif di media sosial.
Sebenarnya, bukan sahaja program affiliate, tapi boleh dikatakan kesemua jenis bisnes
online, wajib kekal aktif di media sosial jika mahu bertahan lama dalam sesuatu bisnes.

Contoh cara untuk anda kekal aktif ini adalah dengan upload gambar, post status, upload
video, komen, like, share post pengguna lain, selalu berinteraksi dengan followers atau
fans anda, dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Engagement. Anda perlu buat
semua aktiviti yang saya sebutkan di atas secara konsisten setiap hari di setiap akaun
media sosial yang anda ada.

Saya tahu, ia bukan kerja yang mudah sebab ia perlukan masa yang cukup untuk buat
semua tu. Sebagai usahawan, anda tak boleh buat semua kerja tu dalam satu masa
sebab banyak perkara lain yang perlu anda buat selain dari buat kerja-kerja macam tu
kan? Jadi, penyelesaiannya adalah sama ada dengan cara gajikan staff untuk buat kerja-
kerja tu ataupun anda boleh gunakan app terbaru dari kami iaitu SOCIPILOT. Kerja
manual anda atau staff anda, boleh dicepatkan dengan jadikan kerja-kerja pemasaran
media sosial bisnes anda menjadi automatik dan berjalan setiap masa. SOCIPILOT
merupakan Social Media All in One Marketing Suite yang akan ‘ikut arahan’ anda tanpa
banyak songeh 24/7 jam.

Untuk keterangan lanjut tentang app SOCIPILOT, saya sarankan anda baca dengan teliti
apa yang kami terangkan dalam surat jualan SOCIPILOT di sini: https://socipilot.com

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 111

Kembangkan Bisnes Travel Anda

Jika anda serius dan ingin fokus kepada bisnes travel anda, anda boleh cuba bisnes
affiliate Travel yang sudah saya terangkan dalam panduan ebook ini, dan jika anda rasa
anda boleh dapatkan banyak trafik masuk ke website anda ( terutamanya anda berjaya
buat komisyen yang banyak ), saya sarankan anda kembangkan lagi bisnes anda itu
menjadi lebih besar dan dapatkan revenue yang lebih tinggi iaitu dengan masukkan
beberapa jenis produk lain yang berkaitan dengan travel.

Anda tentu pernah dengar tentang “Start small and then go big”. Itulah yang saya cuba
terapkan dalam ebook ini. Anda boleh berada pada “Fasa Buat Duit” dengan hanya
jadikan bisnes affiliate anda sebagai duit poket tambahan, tapi jika anda sudah nampak
potensi bisnes affiliate anda itu boleh pergi lagi jauh, maka saya mahu anda
pertimbangkan tentang “Fasa Buat Bisnes” dalam niche Travel.

Ada pelbagai produk atau jenis bisnes yang anda boleh gabungkan dengan bisnes affiliate

travel anda seperti:

1. Travel Agency - Anda sediakan servis pakej travel termasuk servis tourist guide ke

seluruh dunia termasuk pakej haji dan umrah.

2. Bisnes e-Commerce Travel - Jual produk fizikal yang berkaitan dengan travel,

pelancongan atau percutian. Anda boleh belajar cara ini melalui course kami iaitu

SHOPIEVO.COM

3. Jadi Affiliate Untuk Komisyen (Pay Per Sale) - Anda upgradekan bisnes affiliate travel

anda dari program “Pay Per Lead” kepada “Pay Per Sale”.

4. Buat aplikasi mobile banding harga travel seperti TRIVAGO!

5. Mula monetise website/mobile app anda dengan Google Adsense/Admob dan lain-lain.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 112

Untuk yang ke-3 iaitu program Pay Per Sale, komisyen yang anda dapat lebih lumayan
berbanding Pay Per Lead. Sebab itulah saya nak anda tengok dulu potensi anda sama
ada boleh buat tak komisyen untuk program Pay Per Lead melalui HotelsCombined, dan
jika anda rasa anda boleh buat ‘lebih jauh’ daripada itu, saya nak anda ‘upgrade’kan
bisnes affiliate anda ke level yang seterusnya iaitu dengan menyertai program affiliate
Travel yang menawarkan komisyen “Pay Per Sale”.

Contoh terdekat program affiliate yang menawarkan “Pay Per Sale” ini adalah program
affiliate Agoda, Booking, Expedia dan lain-lain. Kali ni anda pula yang naik taraf jadi
seperti Wego Affiliate Network, HotelsCombined, Trivago dan lain-lain. Nampak tak?

Daftar program affiliate Agoda kat link ini: Program Affiliate Agoda
Daftar program affiliate Booking kat link ini: Program Affiliate Booking
Daftar program affiliate Expedia kat link ini: Program Affiliate Expedia

Anda berpotensi untuk dapat komisyen sehingga 60% jika pelanggan buat tempahan
melalui link affiliate/website affiliate anda.

Yang paling saya nak rekemen kepada anda adalah anda join program affiliate terbaru

dalam niche travel untuk Pay Per Sale iaitu TravelPayouts. Komisyen yang lumayan

sehingga 80% per sale dan yang paling terbaik, ia juga sediakan WhiteLabel atau Private

Branding seperti yang anda sudah tahu. Inilah masanya untuk anda upgrade kan BRAND

travel anda jadi lebih hebat dan buat keuntungan yang banyak. Dan anda juga bakal dapat

beberapa faedah lain jika anda join program affiliate TravelPayouts contohnya anda akan

dapat harga diskaun untuk percutiaan anda atau kenalan anda dengan melalui website

mereka. Haa..best kan?

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 113

Sebab anda diberi kebenaran untuk tempah melalui website mereka (iaitu link affiliate
anda) jika anda atau keluarga atau kenalan anda nak buat tempahan.

Okay dari segi komisyen pula, Tips untuk anda dapatkan komisyen yang lebih banyak
dengan program affiliate ini adalah, anda hanya perlu fokuskan pada jualan tempahan
HOTEL sahaja berbanding PENERBANGAN sebab komisyennya lebih tinggi :)

Daftar Program Affiliate TravelPayouts kat link ini: Program Affiliate TravelPayouts

Insyaallah, jika saya ada masa lapang lagi nanti, saya akan guide anda lebih terperinci
bagaimana cara untuk anda buat income yang lumayan melalui program affiliate
TravelPayouts. Doa-doakanlah supaya saya diberi kekuatan atau pun motivasi yang
tinggi untuk tulis lagi tentang niche travel ini.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 114

Fakta Menarik
Saya beria sangat rekemen anda buat bisnes dalam industry travel dan pelancongan ini
disebabkan oleh fakta. Masa saya belajar kursus Urban & Regional Town Planning di UIA
masa degree, saya suka sangat dengan subjek Tourism. Sampai projek akhir saya untuk
degree tu pun saya pilih tajuk yang berkaitan dengan Tourism.

Fakta menarik yang saya maksudkan adalah industri travel dan pelancongan ini adalah
salah satu industri yang terbesar di dunia yang menyumbang kepada ekonomi global
sehingga lebih kurang $7.6 Trillion USD dalam tahun 2014. Sumber: Statista

“The statistic shows the worldwide revenue from online travel bookings of 2011 to 2015. In
2014, the revenue generated through online gross travel bookings was at about 450 billion
U.S. dollars”. - Statista - Baca di sini untuk lebih lanjut

Graf di atas adalah kenaikan revenue dari online travel booking dalam tempoh 5 tahun.
Dan anda boleh tengok dan baca di link di bawah ini antara yang berkaitan dengan apa
yang telah kita bincangkan dalam ebook ini:

Percentage of travel bookings made online ==> Baca di sini

Online Travel agencies’ share of total hotel industry revenue ==> Baca di sini

Anda akan dapati, trend graf tentang niche travel ini menaik saban tahun dan akan terus
naik dan naik.

Jadi, kenapa anda tak nak ambil peluang ini untuk jadikannya salah satu bisnes anda?

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 115

AMARAN

Sebelum saya tamatkan ebook ini dengan kata-kata penutup, saya cuma nak ingatkan
anda supaya jangan ‘menipu’ bila anda nak buat komisyen untuk program affiliate Pay Per
Exict Click atau Pay Per Lead.

Okay lah, macam ni… kita buat deal..hehe.. Anda dapat baca ebook ini secara percuma je
kan? Saya tak minta apa-apa bayaran pun, boleh tak kalau anda janji dengan saya
yang anda jangan “mengelat” untuk dapatkan komisyen? Antara aktiviti penipuan
utama yang anda boleh buat adalah dengan Klik pada link affiliate anda sendiri, kemudian
buat search perbandingan harga sendiri atau suruh kenalan buat macam tu! Ini satu
penipuan dan saya berharap sangat anda jangan terjebak dalam penipuan macam tu.
Memang sistem teknologi website-website tersebut boleh detect penipuan, tapi
kemungkinan ada juga yang ‘terlepas’ kan? Jadi, hindarkan dari buat aktiviti kotor macam
tu. Cuba dapatkan komisyen dengan cara halal dan sentiasa ikut polisi yang pihak
penganjur tetapkan. Kalau tak, komisyen anda pun tidak akan dibayar dan sia-sialah kerja
setup anda dan sebagainya. Yang penting anda tahu ada “Yang Sedang Perhatikan
Anda” dari langit.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 116

PENUTUP

Alhamdulillah, selesai sudah penulisan ebook saya ini tentang “Cipta Mesin Buat Duit
Niche Travel & Pelancongan”. Objektif saya adalah untuk kongsikan lubuk-lubuk buat
duit secara mudah yang ada di internet ini dan juga beberapa cara pemasaran yang dapat
bantu pembaca ebook ini buat income dengan cepat. Manakala matlamat saya pula
adalah supaya dapat buka mata ramai rakyat Malaysia supaya buat bisnes apa-apa pun
tiada yang mudah sebenarnya, yang akan jadikannya mudah adalah usaha anda sendiri.
Tiada orang boleh bantu anda selain diri anda sendiri. Jadi ebook ini ditulis supaya dapat
beri manfaat kepada orang ramai dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia secara
khususnya buat pendapatan tambahan ( mungkin boleh jadi fulltime ) dengan cara buat
bisnes affiliate niche travel ini dengan modal yang tersangat-sangat rendah untuk anda
mulakan.

Tiada lagi alasan anda. Orang yang penuh dengan alasan adalah orang yang paling
susah untuk berjaya. Anda nak tau apa yang memotivasikan saya menulis ebook
sebanyak 119 muka surat ini untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai?
Jawapannya adalah ANDA!

Anda boleh nilai sendiri sama ada apa yang saya kongsikan ini adalah dalam kategori

“Fasa Buat Duit” atau “Fasa Buat Bisnes”. Setelah saya bersama dengan anda dari awal

penulisan ebook ini hingga ke penghujungnya, saya rasa saya sendiri macam ada

perasaan ‘jatuh cinta’ dengan niche travel ini dan saya tukar persepsi saya tentang “Mesin

Cipta Buat Duit Niche Travel & Pelancongan” ini dari anggapan saya ia merupakan

“Fasa Buat Duit” kepada “Fasa Buat Bisnes” kerana anda sendiri pun tahu apa yang

telah saya terangkan kepada anda pada bab-bab terakhir dalam panduan ini.

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 117

Jika anda rasa anda tak mahu buat bisnes ini, saya minta jasa baik anda supaya
kongsikan ebook ini kepada kenalan anda supaya mereka juga dapat ‘sesuatu’ dalam
ebook ini. Kongsikan ebook ini dengan hanya klik butang SHARE di bawah ini sahaja ke
wall Facebook anda.

Terima kasih saya ucapkan dan saya sangat hargainya. Jumpa lagi dalam emel.

Ikhlas,

Wazeen Azizan
(Founder of Shopievo)
www.WazeenAzizan.com
email: [email protected]
Jadi Fans di Facebook Page Wazeen Azizan ==> Klik Sini
Download imlu PREMIUM ebook percuma Fesbuk Ads ==> Download

P.S. Klik butang SHARE di bawah dan kongsikan pendapat anda tentang ebook ini di post
Share tersebut.

####################
####################

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com Page 118

Seperti yang anda telah ketahui pada pengenalan ebook ini, kami ingin tahu “Nilai” ebook
ini mengikut pendapat masing-masing setiap pembaca ebook ini sebab kami tahu
pembaca ebook ini adalah dari kalangan level yang berbeza dari segi ilmu tentang online
marketing ini. Ada yang newbie dan ada juga yang advance. Sebab itulah kami berikan
anda baca terlebih dahulu ebook ini, dan anda sendiri buat keputusan berapa “Nilai”
kandungan dalam ebook ini yang anda rasa setelah anda selesai baca ebook ini dan juga
praktikkan apa yang telah Wazeen Azizan kongsikan secara begitu mendalam sekali.

Oleh itu, kami sediakan butang “BillPlz” di bawah ini dan anda boleh buat pembayaran
seikhlas hati anda melalui Billplz apabila klik pada butang tersebut. Ini adalah pilihan anda
sendiri. Jika anda rasa ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini tidak berbaloi untuk
dikenakan caj dan anda rasakannya ia memang patut Percuma, jadi anda tak perlu buat
apa-apa. Yang penting anda praktikkan apa yang telah anda belajar dalam ebook ini.
Walaupun anda rasa ‘nilai’nya hanya RM1 pun dan anda boleh buat bayaran RM1 dengan
klik butang di bawah. Kami tak kisah sebab memang kami sedang berkesperimen untuk
mencari ‘nilai’ sebenar ebook ini.

Jangan rasa pelik, jangan rasa konfius, jangan rasa serba salah, jangan rasa apa-apa..
haha.. Ya, ebook ini memang ditulis khas secara ikhlas untuk diberikan secara percuma
oleh Wazeen Azizan, cuma untuk pengetahuan anda, KAMI SEDANG
BEREKSPERIMEN.. Hehe.. :)

Jumpa lagi di ebook-ebook atau emel-emel dari Wazeen Azizan@SHOPIEVO. Thanks :)

############ Page 119

############

‘CIPTA MESIN BUAT DUIT’ NICHE TRAVEL 2017 Oleh: Wazeen Azizan - Shopievo.com


Click to View FlipBook Version