The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stkptss, 2022-06-08 22:17:24

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Keywords: Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Prakata

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga baginda dan para sahabat.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya buku ini
dapat disusun dengan sempurna. Sekalung penghargaan diucapkan
kepada Ketua Jabatan Pengajian Am atas sokongan yang diberikan
serta semua yang terlibat khususnya Ketua Kursus Unit Pendidikan
Islam dan Moral di atas kerjasama yang diberikan.

Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan ini pada mulanya merupakan
nota yang disediakan kepada pelajar-pelajar politeknik yang
mengambil kursus DUA2012 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
Dalam Islam. Buku ini disusun berdasarkan kurikulum Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Buku ini mengandungi lima bab utama di samping soalan
latihan dan perbincangan berdasarkan hasil pembelajaran.

Akhir kata, diharapkan buku ini sesuai dijadikan panduan dan
rujukan kepada pensyarah dan para pelajar di politeknik khususnya
dan masyarakat amnya yang ingin menerokai bidang sains teknologi
dan kejuruteraan dalam Islam.

Penyusun,

Solhal Huda Binti Sahidan
Suhaila Binti Mustaffa

iv

SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DISUSUN OLEH:
SOLHAL HUDA BINTI SAHIDAN

SUHAILA BINTI MUSTAFFA

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
JABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

ISI KANDUNGAN

Abstrak…………………………………………………………………………….iii
Prakata…………………………………………….………..…..…………………iv

Bab 1 Konsep Asas Islam

1.1 Islam Sebagai Cara Hidup (al-Din)…………….………....1
1.2 Ibadah Solat dan Bacaannya……………………..……...25
1.3 Implikasi Cara Hidup Islam…………...…………………39
1.4 Salah Faham Terhadap Islam…………………………….47

Soalan Perbincangan……………………………………………...58

Bab 2 Konsep Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
2.1 Pengertian Sains Teknologi dan Kejuruteraan……..…60
2.2 Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan…….…..…67
2.3 Impak Sains Teknologi dan Kejuruteraan………………70
2.4 Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi

Dan Kejuruteraan..……….………………………………..72

Soalan Perbincangan……………………………………………...84

Bab 3 Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan

3.1 Pengertian dan Peranan Wahyu…………………………86
3.2 Fakta-Fakta Saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith…..96
Soalan Perbincangan…………………………………………....115

Bab 4 Prinsip Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi
Dan Kejuruteraan
4.1 Prinsip Syariah dalam Sains, Teknologi

Dan Kejuruteraan………...………………………………117

4.2 Etika Islam dalam Sains, Teknologi
dan Kejuruteraan…………………………………………128

Soalan Perbincangan…………………………………………….134

Bab 5 Kaedah Fiqh Dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
5.1 Pengertian dan Peranan Kaedah Fiqh…………..…….135
5.2 Konsep Asas Kaedah Fiqh dan Aplikasinya…………..137
Soalan Perbincangan…………………………………………….150

Bibliografi……………………………………………………………………….151

TOPIK 1

KONSEP ASAS ISLAM

Topik ini membincangkan Islam sebagai al- Din, meliputi aspek pengertian Islam, konsep
asas akidah, syariah, akhlak dan Islam sebagai agama yang syumul serta salah faham
terhadap Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

1. Memahami Islam sebagai cara hidup ( al- Din ).
1.1 menjelaskan konsep akidah.
1.2 Menjelaskan konsep syariat.
1.3 Menjelaskan konsep akhlak.

2. Menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya.
2.1 melaksanakan rukun- rukun solat.
2.2 membaca surah- surah pilihan dalam solat.

3. Membincangkan implikasi cara hidup Islam.
3.1 menjelaskan implikasi kepada individu.
3.2 Menjelaskan implikasi kepada keluarga.
3.3 Menjelaskan implikasi kepada masyarakat.
3.4 Menjelaskan implikasi kepada negara.

4. Menjelaskan salah faham terhadap Islam.
4.1 menerangkan konsep sekularisme.
4.2 Menerangkan konsep Pluralisme.
4.3 Menerangkan konsep Liberalisme.
4.4 Menerangkan fahaman ajaran sesat.

1

1

ISLAM
(AL-DIN)

AKIDAH SYARIAT AKHLAK

2
IBADAH SOLAT

RUKUN- BACAAN
RUKUN SOLAT SURAH

3

IMPLIKASI CARA HIDUP
ISLAM

IMPLIKASI IMPLIKASI IMPLIKASI IMPLIKASI
INDIVIDU KELUARGA MASYARAKAT NEGARA

4

SALAH FAHAM TERHADAP
ISLAM

SEKULARISME PLURALISME LIBERALISME AJARAN SESAT

2

1.0 Memahami Islam sebagai cara hidup (al- Din)
1.1 Konsep Akidah

 Pengertian Akidah

Akidah dari segi Bahasa : bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

Akidah dari sudut istilah : ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat
tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada
akidah yang betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta
beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya
malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada
baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan
taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan
keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan
dilaksanakan dalam kehidupan.

 Kepentingan Mempelajari Ilmu Akidah
 Pengertian Akidah

 Supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakan akidah
seseorang terhadap Allah swt.

 Meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.
 Memantapkan akidah seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan

amalan-amalan yang boleh merosakan akidah.
 Audit dan timbangan Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di

akhirat ialah hisab dan timbangan amalan.
 Balasan syurga dan neraka. Berdasarkan nas-nas al-Quran menunjukkan bahawa

orang yang mempunyai amalan baiknya banyak sehingga memberatkan timbangan
amalan baik ia akan dimasukan ke dalam syurga, manakala mereka yang sebaliknya
akan dimasukan ke dalam neraka.
 Dapat mengeluarkan hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak
lawan yang cuba memesongkan akidah seseorang

3

 Perkara- Perkara Yang Merosakkan Akidah

 Pengertian Akidah

 Melalui Percakapan Atau Ucapan
 Menghina Islam seperti mencela Allah.Al Quran dan Hadis
 Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu dan
menolak kewajipan menutup aurat
 Bersumpah dengan selain nama Allah seperti demi bulan matahari
 Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah

 Melalui Perbuatan
 Menyembah selain daripada Allah seperti berhala , pokok,syaitan dan lain-lain.
 Memakai lambing mana-mana agama seperti salib dan tattoo.
 Menghina Al Quran seperti mengoyak,memijak,mencampak.
 Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan
penyucian dosa (babtis) di gereja
 Sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia , batu binatang dan lain-
lain.

 Melalui Iktikad dalam hati
 Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
 Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
 Ragu-ragu dengan rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
 Berniat keluar daripada Islam

AKIDAH IMAN

Hubungkait Akidah dan Iman

4

 Konsep Iman

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di
dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang
dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan
pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:-
“Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab
Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada
kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan
dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt,
maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

 Pengertian Iman
 Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi

Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang
benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
 Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan
membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
 Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah
(lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan
rukun-rukun (anggota-anggota)."
 Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan
lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah
orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu
belumlah dikatakan beriman dengan iman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja
dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu,
iaitu fasik, munafik atau kafir.

5

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara
iaitu:

Percaya kepada Percaya kepada Percaya kepada
Allah Malaikat Kitab

Percaya kepada Percaya kepada Percaya kepada
Rasul Hari Kiamat Qada’ & Qadar

 Huraian Rukun Iman

i) Percaya Kepada Allah Swt

 Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan
perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi
Allah Ta’ala.

 Beriman dengan Allah juga bermaksud:
 Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
 Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya
menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat
setiap makhluk
 Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai
segala yang baharu

ii) Percaya kepada Malaikat

 Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan
asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa
taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh
Allah daripada cahaya. Sabda Rasulullah saw (terjemahannya):

6

”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap
& dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah”
(Hadith riwayat Muslim)

NAMA TUGAS
MALAIKAT
Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi & rasul-
Jibril rasulNya untuk disampaikan kepada manusia
Mengawal cekerawala termasuk matahari, bulan, bintang-bintang,
Mikail hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah
Mencabut nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah
Izrail sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah
Meniup sengkekala apabila tiba masanya
Israfil Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia
Raqib Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
Atid Menyoal manusia di dalam kubur
Mungkar Menyoal manusia di dalam kubur
Nakir Mengawal syurga
Ridhwan Mengawal neraka
Malik

iii) Percaya Kepada Kitab

 Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah swt telah menurunkan beberapa buah
kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-
ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk
memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

7

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:

NAMA KITAB NABI BAHASA
Qibti
Zabur Nabi Daud a.s Ibrani

Taurat Nabi Musa a.s Suryani
Arab
Injil Nabi Isa a.s

Al-Quran Nabi Muhammad s.a.w

iv) Percaya Kepada Rasul

 Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang
rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka
membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan
akhirat

 Erti Rasul dari segi bahasa : Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang
kepada orang lain

 Erti Rasul dari segi istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya
yang wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang
lurus dan diredhai Allah.

 Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:

SIFAT MAKSUD
Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran &
perbuatan
Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan
Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia
Fathonah Bijaksana

v) Percaya Kepada Hari Akhirat

 Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam
akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang
manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fakir selalu menempatkan

8

persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan
membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan
manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah
menerangkan kedudukan hari akhirat.

 Kepentingan beriman dengan hari akhirat:
 Memperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan
tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua
manusia .
 Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin
selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya Alam, pencipta dan pemilikan
hari Akhirat dan segala isi kandungannya
 Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan Hari Akhirat
 Mengalakkan orang Islam melakukan ma’ruf (kebaikan) dan meninggalkan
kejahatan

vi) Beriman Kepada Qada Dan Qadar'

 Maksud takdir:
 Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat
dibahagikan kepada dua:
 Ketentuan tentang keadaan semulajadi yang mengandungi sebab musabab
 Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia

 Sikap orang Islam dalam menerima takdir Allah:
 Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha
Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah
tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan
keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita
rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha
Mengetahui apa yang tidak kita ketahui
 Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke
atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang
Allah akan anugerahkan kepada kita .

9

 Iman Bertambah Dan Iman Berkurang
 Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang mengikut amalan. Perkara-perkara

yang perlu dilakukan untuk meneguhkan iman:
Melawan hawa nafsu .
Mengosongkan hati daripada sifat-sifat tercela .
Membiasakan diri dengan sifat-sifat terpuji .
Melahirkan keikhlasan berbakti & berkorban semata-mata kerana Allah .
Memperbanyakkan amalan-amalan sunat .
Bertafakur, iaitu memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah .

10

1.2 Konsep Syariah

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat
manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'. Selain hukum dan aturan, Syariat Islam juga
berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut
Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna bagi seluruh
permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau)

menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan

jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui

(perkara yang benar)”. (Al-Jaathiah: 18)

 Pengertian Syariah

Secara etimologi : syariah bermaksud pandangan dan jalan yan lurus. Ia juga berkongsi
kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air yang digunakan
untuk minuman. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“….untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau jalan
yang terang….” (Surah Al-Maidah:48)

Dari segi istilah : syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan
oleh Allah ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak.
Namun dalam pengertian yang khusus : syariah merujuk kepada perintah Allah dari segi
amaliyyah sahaja. Aspek amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir manusia.

Syariah dalam pengertian yang khusus ini boleh dipecahkan kepada 4 unsur utama iaitu:

IBADAT

MUAMALAT SYARIAH MUNAKAHAT

JINAYAT

11

a. Ibadat
Aspek yang mengatur hubungan manusia dengan Allah. Contoh solat.

b. Munakahat
Aspek yang mengatur urusan kekeluargaan

c. Jinayat
Aspek yang mengatur tentang kesalahan jenayah, hukuman dan kaedah
perbicaraan

d. Muamalat
Aspek yang mengatur aktiviti kehidupan manusia dan hubungan sesama manusia
dan alam sekitar

 Pelaksanaan Syariah Islam
Pengertian Syariah

Syariat Islam mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh masyarakat yang
dikuasainya dan mampu mengatasi segala masalah dalam semua keadaan dengan
penyelesaian yang paling adil dan terbaik. Ini adalah kerana Allah SWT telah menciptakan
syariat Islam dengan sifat murunah (flexibiliti) yang menakjubkan sehingga memungkinkan
ia mampu memberi jawapan ke atas setiap masalah yang jarang berlaku dan mampu
mengatasi setiap sesuatu yang baru tanpa mengalami kesulitan (Al-Qaradawi, 1985).

Dalam syariat Islam pasti akan menemui suatu perkara atau masalah yang tidak dinyatakan
oleh nas secara jelas. Ini bagi memberi ruang kepada para mujtahid memenuhinya dengan
sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan yang lebih sesuai dengan zaman dan
keadaan mereka (Md. Saleh, 1996). Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Salman bermaksud:

“Apa yang dihalalkan Allah di dalam KitabNya maka itulah yang halal dan apa yang
diharamkanNya maka itulah yang haram. Mana-mana yang didiamkan Allah maka itu
suatu kemaafan atau kemudahan, terimalah dari Allah kemaafanNya, kerana Allah sama

sekali tidak lupa sesuatu pun”.

12

Aspek pelaksanaan perintah-perintah Allah dibahagikan kepada tiga :

kewajipan kewajipan kewajipan
individu masyarakat pemerintah

 Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan
peringkat individu iaitu perintah khusus dalam konteks hubungan manusia dengan
Allah seperti solat, puasa dan lain-lain.

 Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara berjamaah seperti melakukan
dakwah, jihad, amar ma'ruf nahi mungkar dan lain-lain.

 Pelaksanaan yang menjadi kewajipan kepada pemerintah seperti melaksanakan
hudud, qisas dan takzir.

 Kesimpulan

 Syariah adalah salah satu dalam bidang Dinul Islam yang berkaitan dengan undang-
undang, hukum hakam ketentuan Allah untuk dilaksanakan bagi menjamin
kemaslahatan umat manusia.

 Syariah Allah meliputi segala aspek iaitu bermula dari pembentukan peribadi
muslim, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia keseluruhannya yang
diamanahkan oleh Allah kepada manusia agar ditegakkan dengan syariah Islam.

 Oleh itu, Allah telah mensyariatkan solat, puasa, zakat, haji sebagai asas-asas
penting dalam syariah Islam. Di atas asas-asas inilah manusia juga hendaklah
melaksanakan segala aktiviti kehidupan mereka berdasarkan undang-undang Allah
seperti dalam bidang kehidupan mereka berlandaskan undang-undang Allah seperti
dalam bidang perundangan, ekonomi, sosial, moral dan sebagainya. Ini semua
mestilah berpandukan syariat yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T.

13

1.3 Konsep Akhlak
Akhlak merupakan salah satu cabang ajaran Islam. Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai
modelnya. Beliau diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sejak awal
dakwah lagi Rasulullah s.a.w menyeru kepada pembentukkan akhlak yang mulia.
Rasulullah sendiri sebelum dilantik sebagai Rasul adalah seorang yang terkenal dengan
akhlak yang baik sehingga baginda digelar al-Amin. Apabila Siti Aisyah r.a ditanya
mengenai akhlak baginda, maka jawabnya : Maksudnya: “Rasulullah s.a.w memiliki budi
pekerti al-Quran”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Akhlak mulia merupakan tanda dan
natijah iman yang sebenar. Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai intipati segala
ibadat.

 Pengertian Akhlak

Akhlak dari segi Bahasa : diambil dari perkataan Arab iaitu kata jamak dari perkataan khuluk
yang bermaksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.
Maksud ini terkandung dalam kata-kata saidatina Aisyah r.a tentang akhlak Rasulullah
yang bermaksud : “akhlak (iaitu Rasulullah SAW) adalah al-Quran.” (Riwayat Muslim)

Akhlak dari segi istilah: bermaksud : “ Segala laku perbuatan yang telah menjadi adat
kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang”.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’Ulumuddin mentakrifkan “akhlak sebagai sifat jiwa
yang tertanam di dalam jiwa seseorang, yang dengnnya lahir perbuatan hasil dari pancaran
hati sanubari dalamnya”.

Dengan perkataan lain : akhlak adalah perbuatan atau tingkah laku manusia sama ada baik
atau buruk yang berlaku secara spontan tanpa perlu berfikir natijah dari sifat yang ada
dalam jiwa dan sanubarinya. (Che Haslina Abdullah, 2010).

Menurut Kamus Dewan : akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak,
pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkahlaku manusia dan sebagainya sama ada
baik atau jahat. (Kamus Dewan)

14

 Pengertian Etika

Etika : berasal daripada perkataan Inggeris “ethic” . Perkataan ini dikatakan berasal
daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud nilai-nilai, atau perkara yang berkaitan
dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan (Mustafa Daud ,1991).

 Pengertian Moral

Moral : tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat. Justeru
moral terbahagi kepada dua iaitu baik dan jahat. Moral yang baik ialah tingkah laku yang
dikenal pasti oleh etika moral sebagai baik. Sebaliknya moral yang jahat ialah tingkah laku
yang dikenal pasti oleh etika sebgai jahat.

 Perbandingan Antara Akhlak Dan Moral

 Pelaksanaan Syariah Islam Pengertian

ASPEK Syariah

PERBANDINGAN AKHLAK MORAL

1) Sumber Akhlak Islam adalah Moral berpaksikan kepada

bersumberkan al-Quran dan akal atau pemikiran manusia.

al-Sunnah. Al-Quran Kekuatan akal dan falsafah

merupakan mukjizat yang hanya sekadar membuat

diturunkan kepada Rasul terakhir telahan dan andaian yang

yang mengandungi petunjuk, belum pasti kebenarannya.

pembimbing dan pembeza Oleh itu akal manusia yang

antara yang hak dan batil dalam cetek dan terbatas sudah tentu

tiga bidang yang utama iaitu tidak dapat membantu manusia

akidah syariah dan menyelesaikan masalah

pembentukan akhlak. berkaitan tingkah laku mereka.

2) Skop Skop akhlak adalah luas. Islam Skop moral adalah sempit. Ia
telah menggariskan akhlak hanya terbatas kepada
manusia dalam konteks hubungan manusia dengan
hubungan mereka dengan manusia sahaja. Justeru kita
Allah, dengan sesama dapati akhlak manusia barat
manusia dan dengan makhluk- dengan tuhan mereka dan
makhluk lain di alam ini.

15

begitu juga dengan alam sering
diabaikan.

3) Nilai Nilai akhlak adalah bersifat tetap Nilai moral adalah tidak tetap
4) Contoh
dan kektetapan nilai ini disebabkan oleh penentuan

datangnya dari Allah SWT. kepada sesuatu nilai itu sama

Melalui syariah, nilai kehidupan ada baik atau buruk

manusia ditentukan ke arah yang bersumberkan pemikiran

diredhoi oleh Allah S.W.T nilai- manusia yang terbatas.

nilai yang ada dalam bentuk Justeru, kita dapati masyarakat

hukum hakam, undang-undang moden hari ini yang menolak

dan ada ketikanya dalam bentuk sumber wahyu, kehidupan

perintah “ amar makruf” nahi mereka menjadi terumbang
mungkar” sebagaimana yang ambing dan kacau bilau.

terkandung di dalam al-Quran Sesuatu perkara itu dikatakan

dan Sunah nabi SAW. Akhlak baik apabila ia dianggap baik

Islam tidak mengiktiraf mana2 oleh pemikiran mereka.

perlakuan jahat dilakukan Hakikatnya, cara berfikir setiap

semata-mata untuk mencapai manusia adalah tidak sama.

matlamat yang baik. Akhirnya berlakulah kedaan

seperti “legally right, morally
wrong” atau legally wrong,

morally right”

i) Pakaian : menutup aurat, jika i) Pakaian : jika mendedahkan

tidak dianggap sebagai tidak aurat tetapi masih mempunyai

berakhlak perlakuan baik masih dianggap

ii) Pergaulan bebas antara bermoral

lelaki dan perempuan : ii) Pergaulan bebas antara

dianggap tidak berakhlak dalam lelaki dan perempuan :

Islam berdasrkan penilaian barat

iii) Bersalaman : Adalah haram masih dianggap bermoral

bagi bagi lelaki dan perempuan iii) Bersalaman : Dibolehkan

yang bukan mahram walaupun dalam sistem moral

dengan tujuan merapatkan

hubungan

16

 Perbezaan Yang Ketara Di Antara Akhlak, Moral Dan Etika


 Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala
moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.

 Akhlak mencakupi pemikiran, perasaan dan niat dihati manusia dalam hubungan
manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan mankhluk yang
lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dengan
manusia sahaja.

 Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah
s.a.w manakala moral ditentukan oleh manusia.

 Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap, manakala nilai-nilai moral bersifat
relatif, subjektif dan sementara.

 Bahagian Akhlak Dalam Islam




ALLAH MANUSIA

ALAM

1. Akhlak manusia terhadap Allah
 Melaksanakan dan Mentaati perintah Allah s.w.t
 Meninggalkan perkara yang dilarang
 Ikhlas melakukan ibadah.

2. Akhlak manusia terhadap sesama manusia
 Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda : “kewajipan seorang muslim atas
muslim yang lain ada enam” lalu ada yang bertanya, “apa itu ya Rasulullah?” maka
baginda menjawab, “apabila kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam

kepadanya, apabila dia mengundangmu maka penuhilah undangannya, apabila dia

meminta nasihat kepadamu maka berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu

17

 memuji Allah maka doakanlah dia dengan bacaan yarhamukallah apabila dia sakit
3. maka jenguklah dia, dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
 Amalan memberi salam di antara sesama orang Islam berupa doa yang dituntut oleh
ajaran Islam. Salam juga menjadi alat komunikasi yang berkesan bagi menjalin
 persaudaraan dan kemesraan (Haji Johari Haji Alias, 2003).
Akhlak manusia terhadap makhluk lain
Ajaran Islam juga mengajar agar manusia berakhlak terhadap makhluk-makhluk lain
ia merangkumi hubungan sesama manusia dengan alam ghaib iaitu malaikat dan
jin juga dengan alam fauna. Manusia tidak boleh berlaku zalim terhadap binatang,
contohnya ketika menyembelih binatang hendaklah dimulakan dengan basmalah,
menghadap kiblat dan menggunakan pisau yang tajam agar tidak menyakiti.
Antara lain manusia dilarang sama sekali merosakkan alam sekitar, hal ini dapat
diperhatikan melalui pelaksanaan ibadah haji di mana seseorang yang sedang
berihram dilarang memburu dan mencabut pokok di kawasan tanah Haram
sehingga dia bertahalull.

 Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan Manusia


 Manusia hidup bermasyarakat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sudah
tentulah landasan yang tepat diperlukan untuk memelihara hubungan sesama
manusia.

 Mewujudkan susasana harmoni, kasih sayang dan tiada permusuhan.
 Maslahah dapat diselesaikan dengan cepat, secara berjemaah dan berkesan.

 Ciri-Ciri Akhlak Islam



RABBANIYAH SYUMUL UNIVERSAL DITERIMA AKAL

• Datang dari Allah s.w.t •sAekmhluaak islam meliputi • Apabila seseorang • Akhlak Islam sesuai
dibuat kerananya dan bidang. Umat berakhlak dengan dengan fitrah manusia
untuk mendapat balasan akhlak Islam, secara yang inginkan
darinya Islam mesti berakhlak tidak langsung ia keindahan, keamanan,
disenangi oleh orang kebaikan, setiap
• Bukan direka-reka oleh dengan Allah. Manusia sekeliling, kurangnya tuntutan akhlak Islam itu
manusia. Akhlak Islam pertelingkahan antara dapat diterima akal yang
mempunyai penilaian bahkan juga haiwan. sesama muslim. waras, seperti orang
baik dan buruk. Ada Tua mesti
balasan dosa dan Dengan manusia dihormati,menutup aurat
pahala. Setiap perkara agar terpelihara maruah
baik yang dilakukan terdapat landasan- diri dan tidak boleh
akan diberikan pahala. bergaul bebas antara
Setiap yang buruk landasan yang telah lelaki dan perempuan
mendapat balasan dosa. untuk mengelakkan
digariskan seperti penzinaan.

berakhlak dengn ibu

bapa, jiran, guru,

sahabat dan dengan

sesiapa sahaja,

terutama yang bergelar

muslim.

18

 Matlamat Akhlak




keredhaan hubungan baik hubungan baik hubungan baik
Allah dengan dengan alam dengan diri
manusia sendiri

1. Mencari keredhaan Allah
Menurut Islam, hanya manusia yang beriman sahaja yang berakhlak kerana manusia yang
beriman menjadikan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang disembah dan dipohon
pertolongan. Setiap individu muslim, apabila mereka melakukan kebaikan adalah kerana
Allah, begitulah juga jika mereka menjauhi larangan dan kejahatan adalah keranan Allah
semata-mata. Oleh itu ibadat mereka, hidup dan mati mereka adalah semata-mata kerana
Allah. Kesungguhan meeka dalam melaksanakan tuntutan dan menjauhi larangan agama
dengan sukarela adalah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

2. Hubungan baik dengan manusia
Seseorang muslim atau sebuah keluarga Islam mahupun sesuatu masyarakat Islam yang
mempunyai tahap keperibadian dan akhlak yang tinggi akan mewujudkan hubungan yang
baik sesame mereka. Kebaikan yang dilakukan kepada mereka kan dibalas dengan
kebaikan, begitu juga jika kejahatan atau keburukan dikenakan ke atas mereaka, mereka
kan bersabar dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Mereka juga tidak lupa
tanggungjawab Amar Makruf Nahi Munkar. Sesungguhnya, sebaik-baik orang yang
beriman itu ialah apabila mereka saling kasih mengasihi adalah kerana Allah dan apabila
mereka marah juga kerana Allah SWT.

3. Hubungan baik dengan alam
Islam menyuruh umatnya supaya menjaga, memelihara dan mengurus alam sekelilingnya
berdasarkan garis panduan syariat Islam. Islam membenarkan penerokaan,
penebusgunaan dan pencarigalian sumber alam ini untuk kemajuan dan pembangunan
manusia. Namun, kemajuan dan pembangunan yang melampaui batas dan melanggar
batasan agama adalah dilarang kerana hal ini akan merosakkan struktur alam dan akhirnya
manusia sendiri yang akan menanggungnya.

19

4. Hubungan baik dengan diri sendiri
Seseorang muslim, mukmin dan muttaqin akan menjadikan akhlak sebagai pengawal
disiplin dirinya yang sentiasa memelihara dirinya dari nafsu-nafsu ego, keperluan-keperluan
remeh, pesona dunia dan perkara-perkara yang mendorongnya meakukan maksiat.
Individu muslim yang bertaqwa akan sentiasa memelihara diri dengan mengamalkan sifat-
sifat mahmudah serta sedaya upaya pula akan menajauhkan diri daripada melakukan sifat-
sifat mazmumah. Ia akan sentiasa memelihara dan menunaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang muslim yang sebenar terhadap Tuhannya. Seterusnya, ia akan
menunaikan tanggungjawabnya terhadap Negara, masyarakat dan keluarga dengan sebaik
mungkin berpandukan kepada syariat Islam. Akhir sekali, tanggungjawab terhadap diri
sendiri akan menjadikan seseorang itu benar-benar memelihara diri daripada perkara-
perkara yang boleh mengancam kesejahteraan dan membawa kecelakaan di dunia dan
akhirat.

 Contoh-Contoh Akhlak Rasulullah
S.A.W


Bagi mengajar manusia supaya berakhlak mulia tidak berjaya melainkan dengan
menunjukkan contoh-contohnya terlebih dahulu. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w
adalah contoh utama dalam keluhuran budi. Allah memuji rasulnya di dalam al-Quran dalam
surah al-Imran ayat 159 :

Maksudnya : “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah

(kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-

sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah

mereka lari daripada kelilingmu”. (Surah Al-Imran : 159 )

Nabi Muhammad adalah contoh paling ideal dalam akhlak Islam. Segala tingkah lakunya
menjadi contoh teladan yang baik bagi diikuti oleh para sahabat dan semestinya dicontohi

20

oleh semua kaum muslimin dan muslimat. Akhlak mulia yang diasaskan oleh Nabi
Muhammad adalah bertujuan melahirkan manusia yang soleh atau manusia yang baik
menurut ajaran Islam. Apabila ditanya kepada Aisyah mengenai apakah dia akhlak nabi
Muhammad s.a.w, Aisyah menjawab, “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran”.(Riwayat
Bukhari Muslim). Jelas disini menunjukkan bahawa masyarakat Islam diasaskan di atas
akhlak mulia yang terkandung di dalam al-Quran dan wajarlah al-Quran menjadi panduan
bagi membina masyarakat dan negara.

Akhlak yang mulia merupakan matlamat yang asasi bagi risalah Islam. Ini dinyatakan oleh

Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan

hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Riwayat Malik)

 Tingkah Laku Yang Bertentangan Dengan Syariat

Islam

Akhlak (tingkahlaku) dalam Islam adalah bertitik tolak daripada pengabdian seseorang

kepada Allah s.W.T. dengan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda adalah peribadi

contoh terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah S.A.W.

adalah dikira tidak berakhlak dan bertentangan dengan syariat.

Jadual berikut menunjukkan contoh akhlak dan tingkah laku yang bertentangan dengan

syariat merangkumi tiga bahangian utama berikut :

Contoh-contah

Bahagian Akhlak/ Tingkah laku Akhlak/ Tingkah laku

yang bertentangan

syariat

1) Akhlak/ Tingkah laku terhadap Allah

1. Syirik

Firman Allah : 2. Kufur nikmat
3. Melakukan maksiat
‫يَ ْفتَ ُرو َن‬ ‫ا هل ِذي َن‬ ‫ِإ هن‬ ‫ا ْل َك ِذ َب‬ ِ‫َّلهلا‬ ‫ِلتَ ْفتَ ُروا َع َلى‬ ‫َك)ِذ َمتََبا ٌع َهذََقاِلي ٌَلحل َاولَ ٌلُه ْم َو َهَعذَذَاا ٌبَح َأَرِلاي ٌم ٌم‬١‫ا ْل‬١٦‫َوَعلَلاىتََقُّلهلواِلُوا ْال َك ِل ِذ َما َبتَلاِصيُ ْف ُِلف ُحأَ ْلو َِسننَتُ( ُك ُم‬ 4. Menghalalkan apa
)١١٧(

Maksudnya : “Dan janganlah kamu mengatakan apa yang disebut- yang diharamkan
sebutkan oleh lidahmu secara dusta ini halal dan ini haram untuk 5. Tidak bersyukur
mengadakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang 6. Menyekutukan
yang mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah
Allah

21

beruntung (itu adalah) kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab
yang amat pedih.”.

( Surah al-Nahlu: 116-117)

2) Akhlak/ tingkah laku terhadap sesama manusia 1. Zalim
2. Sombong
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “hasad itu memakan 3. Bakhil
(memusnahkan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) 4. Rasuah
kayu”. 5. Hasad dengki
Firman Allah : 6. Tidak berlaku adil
‫ن)تُ ِص ْب ُك ْم َسيِّئَةٌ يَ ْف َر ُحوا بِ َها َو ِإ ْن تَ ْص ِب ُروا َوتَتهقُوا لا َي ُض ُّر ُك ْم َك ْي ُد ُه ْم َش ْيئًا‬١ْ ‫ِإ‬٢‫ َو‬٠‫ِإ ِِهن ْنَّلهلتََا ْمبِ َسَما ْس َيُك ْْعم َملُ َحو َسَننَةٌ ُمتَِحيُس ْؤٌط ُه(ْم‬
7. Takbur
Maksudnya : “Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka 8. Marah
akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat 9. Iri hati
kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya”. ( Surah al-‘imran: 120) 10. Mengumpat

3) Akhlak/ Tingkah laku terhadap makhluk lain 1. Menganiayai

Firman Allah : binatang

)٤١( ‫َظ َه َر ا ْلفَ َسا ُد ِفي ا ْل َب ِّر َوا ْلبَ ْح ِر ِب َما َك َسبَ ْت أَ ْي ِدي ال هنا ِس ِليُ ِذي َق ُه ْم َب ْع َض ا هل ِذي َع ِملُوا لَ َع هل ُه ْم يَ ْر ِجعُو َن‬ 2. Merosakkan alam
Maksudnya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di sekitar
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan 3. Membuat
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang pembakaran
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) terbuka
(Surah al-Rum: 41).
4. Memusnahkan
sumber alam

5. Kasihkan harta
6. Sifat pentingkan diri

7. Tamak haloba

22

 Hubungan Akidah, Syariah dan Akhlak

Syariah dan akidah laksana hubungan pokok dan akarnya. Sebagaimana pohon kayu tak
dapat tumbuh tanpa akar, demikian mustahil bagi seseorang yang tidak memiliki akidah
atau iman untuk memulakan dirinya sebagai seorang muslim.
Akidah adalah dasar dalam Islam, ia menjadi titik permulaan untuk mengamalkan segala
tuntutan Islam, atau menjadi tapak tegaknya aktiviti keislaman (syariah) dalam hidup dan
kehidupan individu. Dengan adanya aktiviti keislaman yang dilakukan oleh seseorang
individu menjadi bukti ia memiliki akidah atau nilai. Manusia hidup di atas dasar akidah.
Tinggi rendah nilai kepercayaan memberikan “corak” kepada kehidupannya. Oleh itu,
kehidupan dalam Islam mesti dimulai dengan Iman. Sistem atau manhaj ini dapat dilihat
daripada sirah Rasulullah s.a.w yang mana permulaan awal Islam para sahabat baginda
dididik dengan asuhan iman terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk ke arah cara
hidup Islam yang sebenar.
Jelasnya, hubungan akidah, syariah dan akhlak dapat dilihat dalam sesuatu amal ibadah
seperti solat dianggap sah serta diterima Allah sekiranya dilaksanakan dengan penuh
ehsan apabila niat asal mendirikannya kerana Allah dan bukan kerana yang lain. Inilah yang
dimaksudkan dengan ikhlas.

23

 Kesimpulan

Persoalan akhlak amat dititikberatkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya. Malah


ianya menjadi tujuan utama utusan Allah, sebagaimana sabda Nabi: "Sesungguhnya aku
diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia". Akhlak adalah umpama buah bagi
pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah, begitu juga dengan ibadah. Tanpa
ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup subur,
begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang berkualiti dan
dikerjakan secara berterusan. Jika ibadah seseorang itu teguh, teguhlah akhlaknya dan
begitulah pula sebaliknya.

Akhlak yang baik digambarkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai suatu yang paling berat dalam
timbangan seseorang mukmin di hari kiamat.
“Tidak sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seseorang mukmin di hari kiamat selain
daripada akhlak yang baik dan Allah benci pada orang yang keji mulut dan kelakuannya”.
(Riwayat Tirmizi)

Menurut Al-Quran, akhlak mencerminkan kebersihan hati. Akhlak yang baik menunjukkan

hati yang luhur lagi bersih. Manakala akhlak yang buruk menunjukkan jiwa yang kotor.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwanya dan sangat malang

orang-orang yang mengotori jiwanya”. (Surah Asy-Syams : 9-10)

Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang lelaki tenyang apakah semalang-

malang untung nasib? Jawab baginda : “Akhlak yang buruk”, dan baginda juga pernah

ditanya oleh seorang lelaki, siapakah mukmin yang lebih baik keimanannya? Baginda

menjawab: “Yang paling baik adalah akhlaknya”.

24

2.0 Menunjuk cara ibadah solat dan bacaannya
2.1 Ibadah solat

PELAKSANAAN IBADAH SOLAT

syarat sah syarat wajib
solat solat

perkara yang rukun solat
membatalkan

solat

Solat- solat wajib ada lima iaitu fardhu Zuhur, fardhu Asar, fardhu Maghrib, fardhu Isya’ dan
fardhu Subuh. Solat- solat ini mempunyai syarat- syarat, rukun- rukun dan peraturan yang
lengkap.

 Syarat- Syarat Wajib Baligh Berakal
Solat




Islam

 Syarat- Syarat Sah Solat


Syarat- syarat yang m endahului solat, wajib dipenuhi oleh orang yang hendak
mengerjakannya. Sekiranya ketinggalan salah satu di antaranya maka batal solatnya.
Syarat- syarat sah tersebut adalah :

25

BIL SYARAT- SYARAT HURAIAN

SAH

1. Mengetahui Sekiranya seseorang itu solat tanpa menyakini masuknya

masuknya waktu waktu, maka solatnya tidak sah walaupun tepat pada

solat waktunya.

2. Menghadap kiblat Bagi orang yang uzur atau sakit yang tidak terdaya
menghadap kiblat, maka diberi kelonggaran ke atasnya
menghadap kearah yang dia mampu tetapi hendaklah
mengulangi solat tersebut apabila dia telah sembuh dari
penyakitnya.

3. Menutup aurat Aurat lelaki ialah dari pusat hingga lutut. Aurat perempuan

pula ialah seluruh badan kecuali muka dan dua

pergelangan tangan.

4. Suci dari najis Suci pakaian mahupun anggota badan dan juga tempat.1

5. Suci daripada hadas Suci daripada hadas kecil yakni telah berwudhu dan juga

hadas besar yakni mandi hadas.

 Rukun- Rukun Solat


Rukun solat terbahagi kepada tiga bahagian merangkumi 13 perkara. Rukun- rukun yang
tersebut adalah wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu
daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna, maka tidak sah solat.

RUKUN QALBI PEMBAHAGIAN RUKUN SOLAT RUKUN QAULI
Qalb bermaksud hati RUKUN FI’LI

Fi’li bermaksud perlakuan Qaul bermaksud kata- kata

Rukun yang berasaskan Rukun berdasarkan kepada Rukun yang berasaskan

kepada hati. perbuatan anggota badan. kepada sebutan dan

bacaan.

1Tempat : tempat berdiri dua kaki, tempat sujud , tempat letak tangan dan juga tempat letak dua lutut.

26

 13 Rukun solat BAHAGIAN
 Qalbi
Fi’li
BIL  RUKUN Qauli
1. Niat Qauli
2. Berdiri bagi yang berkemampuan Fi’li
3. Takbiratul Ihram Fi’li
4. Membaca Al- Fatihah Fi’li
5. Rukuk serta toma’ninah2 Fi’li
6. Iktidal serta toma’ninah Fi’li
7. Sujud serta toma’ninah Qauli
8. Duduk antara dua sujud serta toma’ninah Qauli
9. Duduk tasyahud akhir Qauli
10. Membaca tasyahud akhir Fi’li
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
12. Memberi salam yang pertama
13. Tertib

2Toma’ninah : maksud bertenang sebentar. Paling minima ialah dengan kadar satu tasbih ( Subhanallah ), sebagaimana
yang telah diajar oleh Nabi s.a.w :
Maksudnya : “ kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan
berdiri tegak ( iktidal serta toma’ninah ). ( Riwayat Al- Bukhari )

27

 Panduan Cara Melaksanakan Solat


BIL PERKARA

1. Niat Niat berlaku semasa seseorang mengang
hatinya berkata seperti berikut :

2. Berdiri bagi yang Keperluan dan kewajiban berdiri bagi sola

berkemampuan dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

2

HURAIANSUBUH
gkat takbiratul ihram iaitu tatkala menyebut lafaz “ Allahu Akbar” maka
MAGHRIB ZOHOR
at fardhu akan berubah jika seseorang ditimpa kecederaan, kesakitan
ISYA’
28
ASAR

3. Takbiratul Ihram Takbiratul ihram ialah takbir yang pertama

4. Membaca Doa Doa Iftitah sunat dibaca selepas Takbiratu
Iftitah

29

a untuk memulakan sembahyang.
ul Ihram

5. Membaca Al- Al- Fatihah terdiri dari tujuh ayat yang waji
Fatihah

6. Rukuk serta Sekurang- kurang had bagi sah rukuk iala
toma’ninah

30

ib dibaca semuanya.
ah dengan tunduk sekadar sampai kedua tapak tangan ke lutut.

7. Iktidal serta Iktidal ialah bangkit dari rukuk kepada berd
toma’ninah sujud.

8. Sujud serta Sujud ialah meletakkan tujuh anggota ke t
toma’ninah penghujung tapak kaki serta ditinggikan pu

7 anggota sujud

adalah:
 Dahi
 Dua tapak

tangan
 Lutut kiri dan

kanan
 Dua perut jari

31

diri tegak, serta toma’ninah sebelum turun

tempat sembahyang, iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua
unggung dari kepala.

9. Duduk antara dua
sujud serta

toma’ninah

10. Duduk tasyahud Ertinya tidak boleh seseorang itu membac
akhir

32

ca tahiyat sedang ia berdiri, sujud atau sebagainya.

11. Membaca
tasyahud akhir

33



12. Selawat ke atas
Nabi Muhammad

SAW

13. Memberi salam Salam yang pertama adalah wajib dan sal
yang pertama

14. Tertib Tertib ialah menurut susunan rukun- rukun
kemudian atau sebaliknya.

34

lam yang kedua adalah sunat.
n dan sunat di dalam solat satu persatu. Tidak mendahulukan yang

2.2 Bacaan Amali Solat Dan Surah- Surah Pilihan

 Amali solat PERKARA BACAAN


BACAAN
PENILAIAN AMALI
SOLAT DAN
SURAH PILIHAN

1 Azan

2 Iqamah

35

3 Doa qunut

4 Bacaan
Sujud Sahwi

36

 Surah- surah pilihan


37

38

3.0 Membincangkan implikasi cara hidup Islam.

Islam adalah agama yang dibawa oleh seorang nabi mulia yang mempunyai akhlak terpuji,
iaitu nabi kita Muhamad bin Abdullah sebagai penutup para nabi dan Rasul. Baginda
mendapat wahyu yang paling besar iaitu al-Quran. Islam akan menyelamatkan manusia,
masyarakat, negara dan dunia. Agama yang benar berdasarkan Tauhid yang murni,
keadilan yang mutlak, hukum-hukum yang berimbang yang telah ditetapkan oleh Allah
Taala menghubungkan antara manusia dengan Allah yang menjadi pengawal, penghadang
yang sentiasa melihat segala gerak-geri tiap-tiap insan. Orang yang beriman kepada Allah
yang Maha Esa tidak berani menipu samada dalam terang dan tersembunyi kerana
perbuatannya tidak terlindung daripada pengetahuan Allah. Agamalah yang menjadi asas
dalam pembentukan peribadi yang baik dan akhlak yang tinggi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama dan telah Aku cukupkan
nikmatKu kepadamu juga Aku redha Islam menjadi agama untuk kamu”
(Surah Al-Maidah: Ayat 3)

Implikasi Implikasi
kepada kepada
individu keluarga

Implikasi Implikasi
kepada kepada
masyarakat negara

3.1 Implikasi Kepada Individu

Manusia bukanlah malaikat, jin ataupun syaitan. Manusia bukan dicipta secara melulu dan
menerima takdir. Manusia dicipta sebagai makhluk yang mempunyai kecerdasan
pemikiran, usaha dan segala-galanya untuk kebaikan dirinya dan alam. Hakikat manusia
sebagai khalifah atau hamba Allah bukanlah suatu penghinaan, sebaliknya merupakan
gelaran tertinggi sebagai mandate pentadbir ala mini. Walau bagaimanapun bukan semua

39


Click to View FlipBook Version