The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by stkptss, 2022-06-08 22:17:24

Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Keywords: Sains Teknologi dan Kejuruteraan

manusia layak menjadi khalifah tetapi hanya manusia yang melaksanakan konsep
perhambaan diri dan taqwa kepada Allah sahaja yang layak.

Bagi individu yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupannya, terdapat pelbagai
kebaikan yang boleh diperoleh. Antaranya ialah:

 Melahirkan individu yang baik
 Menjadikan seseorang itu lebih tenang dalam mengharungi kehidupan seharian. Segala

usaha yang dilakukan diserahkan kepada Allah untuk menentukan natijah yang sesuai.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan yang mencipta,
memiliki dan menguruskan seluruh alam”.
 Apabila seseorang menyerah dirinya kepada Allah dan beramal dengan ajaran Islam,
segala perlakuannya tidak menurut hawa nafsu. Masalah yang dihadapi oleh manusia
hari ini ialah sikap ingin memuas hati dan kehendak sendiri. Sikap sebegini menjadikan
manusia tidak mengambil kira kepentingan orang lain.
 Melahirkan individu yang menyintai Allah dan Rasul
 Melahirkan individu yang berani menegakkan kebenaran
 Melahirkan individu yang sentiasa mengingati mati
 Melahirkan individu yang memiliki aqidah yang sahih akan membebaskan dirinya
daripada dikuasai oleh orang lain
 Melahirkan individu yang berlapang dada dan memikirkan setiap amalan yang dilakukan
adalah baik ataupun sebaliknya.

3.2 Implikasi Kepada Keluarga

Institusi keluarga memiliki peranan yang amat penting dalam membentuk individu yang
baik, kerana melalui peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik. Dari keluarga yang
baik pula akan lahir masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik pasti dapat membentuk
sebuah negara yang cemerlang dan diredhai Allah s.w.t.

Menurut Islam, keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting yang terdiri
daripada kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukkan masyarakat.
Antara implikasi kepada keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam ialah:

40

 Melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Setiap ahli keluarga berusaha untuk memperbaiki kualiti diri dan berusaha menjadi manusia
yang baik. Anak-anak berusaha menjadi anak yang soleh manakala ibu bapa berusaha
menjadi ibu bapa yang soleh. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia (Allah)

dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika

salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam

pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan
“ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang

mulia” (Surah Al-Isra: 23)

 Menyelesaikan masalah-masalah sosial

Kebanyakan masalah ini berpunca daripada keluarga yang tidak mengamalkan Islam. Ibu
bapa lupa tugas utama mereka dalam mendidik anak yang merupakan salah satu bentuk
ibadah. Islam dengan jelas menjadikan hidup manusia di atas muka bumi ini dengan tujuan
yang asasi iaitu untuk beribadah kepada Allah. Dalam konteks kekeluargaan, ibu bapa
harus memahami tujuan asal iaitu beribadah kepada Allah. Firman Allah s.w.t:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu”
(Surah Al-Zariyat: 56)

 Melahirkan keluarga yang tenang dalam menghadapi kesukaran hidup

Bagi mereka yang memiliki iman yang kental, apabila menghadapi masalah yang serius,
akan melakukan solat hajat dan berdoa memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.
Malah kesukaran di sepanjang perjalanan hidupnya dirasakan mudah kerana percaya
kepada keadilan rahmat Allah.

41

3.3 Implikasi Kepada Masyarakat

Masyarakat Islam adalah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan
ajaran Islam. Mendirikan sebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai Islam
merupakan suatu kewajiban yang dibebankan ke atas bahu semua orang Islam.
Pengamalan Islam telah meninggalkan impak yang amat besar dan jelas terhadap
masyarakat, antaranya:

 Masyarakat dibina atas akidah tauhid yang kuat

Tauhid merupakan intipati utama dakwah Islam yang bermaksud orang-orang beriman
meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai matlamat utama melebihi perkara lain. Ini
berdasarkan salah satu hadis Rasulullah SAW:

“Islam dibangunkan di atas lima perkara; Bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah
melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat,
menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa Ramadhan”

(Riwayat Al-Tirmizi & Muslim)
Masyarakat Islam berteraskan akidah telah dimodelkan oleh Rasulullah SAW dan para
sahabat baginda. Masyarakat berteraskan akidah yang benar hanya akan menggunakan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Mereka sanggup dimusuhi saudara
kerana memilih Islam dan sanggup menggadaikan nyawa demi keyakinan terhadap Allah
dan rasul.

 Melahirkan masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik

Selain kekuatan akidah, masyarakat Islam dibina atas ketinggian akhlak yang murni.
Rasulullah SAW telah meletakkan asas pembentukan masyarakat Islam dengan
pembinaan budi pekerti yang mulia. Baginda sememangnya diutuskan untuk membentuk
umat Islam menjadi masyarakat yang mempunyai hati yang bersih, ikhlas dalam hidup,
amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Sabda Rasulullah
SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengutusku untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak dan

melengkapkan perbuatan yang baik” (Riwayat Al-Tirmizi)

42

Rasulullah SAW telah memulakan pembentukan masyarakat Islam dengan pembinaan budi
pekerti yang mulia. Jika akhlak runtuh maka akan hancurlah hubungan baik antara ahli
masyarakat dan membudayakan akhlak yang baik adalah tanggungjawab bersama bagi
melahirkan masyarakat yang soleh menurut ajaran Islam.

 Meletakkan asas keadilan sosial dalam masyarakat.

Keadilan merupakan tunggak utama kekuatan masyarakat dan umat Islam. Ini merupakan
antara implikasi terpenting perlaksanaan Islam di kalangan masyarakat. Masyarakat Islam
bertanggungjawab menegakkan keadilan dalam melaksanakan amanat Allah tanpa
sebarang sentimen dan kecenderungan kepada mana-mana pihak semata-mata untuk
mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ini ditegaskan oleh firman Allah SWT bermaksud:

“Dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia hendaklah kamu menghukum

dengan adil” (An-Nisa’ : Ayat 58)

 Masyarakat yang dikukuhkan dengan persaudaraan.

Masyarakat Islam juga ditegakkan atas dasar persaudaraan umat manusia. Di atas dasar
itulah Islam menghapuskan sistem kasta yang merendahkan maruah dan kedudukan
manusia. Masyarakat Islam adalah bebas daripada unsur-unsur perkauman dan taksub
yakni masyarakat yang terbuka kepada seluruh manusia tanpa mengira keturunan dan
warna kulit. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang dimiliki oleh berbagai-bagai rumpun
bangsa, warna kulit dan bahasa. Mereka sama-sama berhak dipelihara dan dilindungi oleh
peraturan Islam dalam hidup bermasyarakat. Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan

perempuan serta kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak,

supaya berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya, semulia-

mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih sempurna di antara kamu bukan yang lebih

keturunan atau bangsanya.” (Al-Hujurat: Ayat 13)

 Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan

Islam diasaskan dengan kekuatan ilmu pengetahuan. Menuntut ilmu merupakan perkara
pertama dianjurkan oleh Al-Quran kepada Rasulullah SAW. Firman Allah:

43

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan” (Al-Alaq: Ayat 1)

Oleh itu, masyarakat yang diasaskan oleh Islam adalah masyarakat yang kuat dan unggul
dengan kekuatan ilmu pengetahuan. Jesteru itulah sewaktu kelahiran Islam, Allah telah
membentangkan ilmu berlunaskan syariat melalui Al-Quran dan Sunnah. Masyarakat Islam
menjadi kuat dan tinggi darjat mereka jika memahami dan mengamalkan ilmu seperti
pencapaian tamadun Islam terdahulu tetapi menjadi mundur dan lemah jika tidak
menguasai ilmu. Firman Allah:

“Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang-orang yang diberi

ilmu pengetahuan” (Al-Mujadalah: Ayat 11)

3.4 Implikasi Islam Terhadap Negara

Selain implikasi terhadap masyarakat, pengamalan Islam juga meninggalkan impak yang
besar terhadap pembinaan dan kemajuan sesebuah negara. Ini kerana daripada individu,
keluarga dan masyarakat yang baik serta soleh akan membentuk sebuah negara yang
hebat dan berkualiti. Antara implikasi Islam terhadap negara ialah:

 Urusan negara dijalankan mengikut syariat

Pentadbiran dan pengurusan sesebuah negara sudah pasti akan dilaksanakan mengikut
acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu

mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepada

kamu” (Al-Maidah: Ayat 48)

Negara yang dibina akan mempunyai kekuatan akidah kepada Allah dan Rasul serta
dijalankan berdasarkan amanah dan penuh keadilan serta mempu bertoleransi dengan
kepercayaan lain. Negara Islam juga akan tertakluk kepada prinsip-prinsip asas Islam iaitu
mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru
kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan
keharmonian.

44

 Negara akan dipimpin oleh pemimpin yang baik

Negara yang berteraskan Islam akan melahirkan pemerintah dan pemimpin yang baik,
bertanggungjawab, jujur, amanah, adil, faham Islam, berakhlak mulia dan bertakwa. Ini
menjadikan semua dasar pemerintahan dan urusan negara samada undang-undang,
pendidikan, dakwah dan perhubungan, sains dan teknologi,kesihatan dan sosial adalah
berteraskan wahyu Allah seperti yang telah dilaksanakan modelnya oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah:

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”
(Al-Ahzab: Ayat 21)

Pemimpin Islam adalah tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, tekun,
dedikasi, rajin, suka beribadat, belas kasihan, bekerjasama, nasihat menasihati dan pada
umumnya menjalankan tugas sebagai khalifah iaitu amar makruf dan nahi mungkar.

 Melahirkan negara yang harmoni dan dirahmati

Perlaksanaan Islam dalam sesebuah negara menjadikan negara dan rakyatnya sentiasa
berada dalam keredhaan Allah SWT. Pemerintahan dan kehidupan negara yang dipayungi
oleh Islam akan sentiasa tenang, selamat dan harmoni. Ini kerana Islam itu adalah agama
yang membawa rahmat dan ketenangan kepada seluruh alam. Oleh kerana itulah Islam
diturunkan melalui Rasulullah SAW untuk memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada
umat manusia terutamanya dalam pemerintahan sesebuah negara. Firman Allah SWT:

“Dan tidak Kami utuskan kau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekalian alam”
(Al-Anbiya’: Ayat 107)

 Melahirkan negara yang maju dalam aspek ekonomi dan sosial

Perlaksanaan Islam dalam pentadbiran sesebuah negara juga akan merangsang aspek
ekonomi dan sosial menjadi maju dan makmur. Ini kerana Islam tidak mengiktiraf rasuah,
riba, penipuan, salah guna kuasa tetapi sebaliknya menjadikan nilai-nilai murni dan akhlak
mulia sebagai cara hidup setiap hari. Kesannya ekonomi akan berkembang dengan baik

45

menurut acuan Islam kerana umat Islam terdiri daripada individu yang mempunyai akhlak
mahmudah dan berintegriti.
 Menjadikan negara Islam dihormati oleh negara-negara lain
Kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu telah menjadi petunjuk bahawa negara Islam
mempunyai banyak kehebatan yang menjadikan mereka dikagumi dan dihormati oleh
negara-negara lain terutamanya masyarakat bukan Islam. Ini kerana Islam menjadikan
umatnya seimbang bukan sahaja daripada aspek pembentukkan individu dan masyarakat
sahaja, malahan melangkaui aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan sehinggalah
merangkumi hal-hal kemaslahatan ummah dan hubungan antarabangsa.

Kesimpulannya, Islam adalah sebenar-benar agama yang mampu memberi kesan dan
impak yang baik samada terhadap individu, keluarga, masyarakat dan sesebuah negara.
Ini kerana Islamlah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan syariatnya mampu
dan sesuai diamalkan sepanjang zaman.

46

4.0 Salah Faham Terhadap Islam

Menurut Dr. Abdul Qadir Audah semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam
dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita sekali
kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya. Islam tidak
berhubungan dengan hati mereka meskipun ada hubungan dengan tutur kata mereka.
Maka, kejahilan terhadap Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum Islam.

Allah S.W.T sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain selain daripada sistem
hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya:

“Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai Deen (cara hidup), maka sama sekali tidak
diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada golongan orang yang rugi”
(Surah Al-Imran:85)

Golongan yang menolak sistem Islam bererti menolak Al-Quran dan menggantikan dengan
fahaman-fahaman yang lain. Mereka telah diselaputi dengan kegelapan dan kejahilan
terhadap hakikat Islam yang sebenar. Keyakinan mereka terhadap fahaman seperti
Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Ajaran Sesat dan sebagainya membawa kepada
kesesatan. Hakikatnya, Islam adalah Islam. Ia tidak boleh disamakan dengan mana-mana
fahaman lain kerana ia datang dari Allah S.W.T.

Sekularisme

Pluralisme

Liberalisme Ajaran sesat

47

4.1 Fahaman Sekularisme
 Pengertian Sekularisme


Menurut Ghazali Darussalam (1998), istilah “sekularisme” berasal
dari Bahasa Latin yang bermaksud satu zaman atau generasi yang
merujuk kepada masa dan tempat. “Secularist” pula bermaksud
hubungan dengan sesuatu masa tertentu.

Al-Qaradhawi (1999), pula menyatakan sekular dalam Bahasa Arab
diterjemahkan sebagai ‘al-la Diniyyah’ (tanpa agama) atau ‘al-
Dunyaniyah’ (keduniaan). Maksud yang lebih khusus ialah perkara
yang tiada kaitan dengan agama ataupun perkara yang hubungannya
dengan agama adalah berlawanan

Sekularisme ialah satu fahaman yang menghapuskan kepercayaan
kepada Tuhan. Dalam erti kata lain, sekularisme adalah satu fahaman
yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti
politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Fahaman
ini membawa cabaran yang besar kepada aspek-aspek penting
kehidupan manusia.

Fahaman ini adalah berasal dari Barat. Kemunculannya disebabkan oleh
beberapa faktor ketika zaman kegelapan bangsa Eropah. Penindasan yang
dilakukan oleh pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan antara faktor

yang dikaitkan dengan kemunculan fahaman ini.

48

Menurut George Holyoeke (1896), antara prinsip yang diketengahkan dalam
sebuah kehidupan masyarakat berbentuk sekular ialah memperbaiki kehidupan
dengan cara kebendaan, sains adalah panduan hidup manusia dan apa sahaja
yang baik adalah baik untuk dilakukan sama ada mempunyai kebaikan atau pun

tidak.

 Kesan Sekularisme


Kesan terhadap fahaman sekularisme boleh dilihat dari aspek-aspek berikut:

• Aspek Agama
Dapat melemahkan keimanan, menggoyangkan akidah umat Islam, menimbulkan
keraguan terhadap nabi dan rasul yang dipilih oleh Allah, mengurangkan keyakinan
terhadap kekuasaan Allah, malaikat, hari kiamat, qada’ dan qadar serta tidak mempercayai
Al-Quran.

• Aspek Sosial
Masalah keruntuhan akhlak seperti aktiviti penagihan dadah, arak, lesbian, homoseks,
gengsterisme dan sebagainya. Contoh yang sangat jelas boleh dirujuk dalam sejarah
pensekularan Turki oleh Mustafa Kamal Artatuk yang telah mempersoalkan undang-
undang pemakaian tudung oleh wanita. Baginya bertudung dianngap ketinggalan zaman
dan mengakibatkan kemunduran. Aktiviti sosial juga dikelaskan kepada aktiviti agama dan
bukan agama.

• Aspek Politik
Mengikut kefahaman barat seperti kapitalisme, sosialistik dan nasionalisme dan
sebagainya. Matlamat ini adalah untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bukan
sebagai memikul amanah Allah S.W.T. Pemimpin yang dipilih dari kalangan yang lemah
yang tidak dapat membezakan baik dan buruk serta enggan mengikut lunas-lunas Islam.

• Aspek Ekonomi
Wujud sistem ekonomi baru seperti kapitalis, sosialis dan sebagainya. Bermatlamatkan
kekayaan dan material semata-mata. Golongan atasan biasanya mendapat habuan
kekayaan yang diingini manakala golongan bawahan mendapat kesengsaraan. Antara
sistem yang digubal dalam sekular ialah konsep riba.

49

• Aspek Pendidikan
Pendidikan lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengira kepentingan jiwa dan iman
yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Ia juga menjadi penghalang kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Teori-teori Barat turut
mempengaruhi sistem pendidikan sehingga menjadikan para pelajar hanya tahu menjawab
dalam peperiksaan tetapi tidak tahu mengamalkannya.

Sekularisme merupakan satu agenda Barat untuk menjatuhkan Islam melalui pengaruh
fizikal dan mental. Fahaman ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini kerana
Islam tidak menerima seorang muslim yang mengisytiharkan keimanannya dengan Allah,
tetapi kemudiannya menumpukan wawasan kehidupan kepada undang-undang ciptaan
manusia.

4.2 Fahaman Pluralisme

 Pengertian Pluralisme


Kamus Dewan mendefinisikan pluralisme sebagai keadaan
masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum, kebudayaan dan
kepercayaan agama.

Pluralisme agama adalah satu istilah yang merujuk kepada fahaman
menyamakan semua agama dengan maksud kebenaran ada dalam
semua agama dan keselamatan boleh dicapai menerusi mana- mana
agama

Berdasarkan sejarah, ajaran ini pada asalnya berkembang sejak 15 tahun lalu. Ia
berasal dari asia barat bermula dari negara Mesir dan Sudan. Akibat fahaman dan
penyebaran yang begitu aktif dan sistematik maka akhirnya fahaman ini tersebar
jauh hingga ke benua Eropah, Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia.

50

Pluralisme merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama yang
pelbagai. Antara fahaman Pluralisme adalah tiada satu pun agama yang tunggal
dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat
kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain. Penerimaan kebenaran wujud
dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh
agama-agama tersebut di samping menggalakkan kerjasama dan dialog-dialog
antara agama-agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh
agama-agama tersebut. Biasanya pluralisme digunakan sebagai istilah untuk
merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut
agama yang berbeza.

PLURALISME PERBEZAAN
TOLERANSI AGAMA

- Anggapan semua agama adalah sama dan - Islam bertoleransi dan menghormati semua

benar agama

Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah
sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah
oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain. Penyelesaian Islam
terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama
masing-masing. Firman Allah S.W.T:

“Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku” (Surah Al-Kafirun: 6)

 Faktor penolakan Fahaman Pluralisme

 
Islam menolak fahaman pluralisme kerana mendakwa bahawa kesemua agama

adalah sama baik dan sama benar.

 Hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu

Islam.

51

 Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan
permainan.

 Isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara
saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas
agama yang universal sifatnya.

 Para penganut pelbagai agama harus digalakkan berlumba-lumba dalam
melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir-miskin
dan golongan yang memerlukan, menyuruh yang ma‘ruf, dan mencegah yang
munkar, sama ada kepada rakyat biasa ataupun kepada pemimpin, dengan kaedah
yang wajar, sopan, jujur dan tulus.

Islam sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun
datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang
masyarakat Islam ke arah yang lebih baik. Walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat
perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil
menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai
saudara sesama manusia.

4.3 Fahaman Liberalisme

 Pengertian Liberalisme


Merujuk kamus dewan, Liberal bermaksud bersifat atau berpandangan
bebas, berpandangan terbuka ( tidak terbatas kepada suatu aliran
pemikiran sahaja

Perkataan Liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang
bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan
dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan

52

Fahaman Liberal pada asasnya bermula di negara Eropah pada kurun ke 20.
Fahaman ini pada hakikatnya adalah kesinambungan dari pemikiran modenisme
Islam yang telah digerakkan oleh beberapa tokoh ilmuan dan cendikiawan muslim
ternama seperti as-Syaikh Jamaluddin al- Afghani, as-Syaikh Muhammad ' Abduh,
Sayyid Ameer Ali, Syed Ahmad Khan, dan lain-lain. Meskipun niat para reformis
itu untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, namun
kesan - kesan modenisme yang berasal dari falsafah barat telah menyebabkan
lahirnya kesan - kesan negatif dalam pemikiran Islam.

Kewujudan fahaman liberal ini telah merebak ke dalam negara-negara Islam yang
kononnya memperjuangkan pemodenan, termasuklah Malaysia sehingga muncul
fahaman Islam Liberal. Namun di Malaysia konsep fahaman liberal ini ditolak
seratus - peratus. Fahaman ini secara halus telah memesongkan umat Islam dari
landasan Islam sebenar.

PLURALISME

LIBERALISME

Pemikiran Liberal menyokong kuat gagasan Pluralisme

53

 Kesesatan Liberalisme


Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng
dari aspek akidah dan syariah.

 Aspek Akidah
Aliran liberal mengamalkan Konsep Pluralisme sebagai pegangan utama. Golongan liberal
ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik
bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga
terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada
lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

 Aspek Syariat
menolak syari'at Islam sebagai syari'at Allah S.W.T atau "Divine Law". Justeru, mereka
menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan syari'at Islam di negara-negara Islam
seperti Sudan, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Aliran pemikiran ini
mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Aliran
pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan / tafsiran sendiri terhadap beberapa
ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya,
mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan
dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa
untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan
sempurna.

 Kesimpulan


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke - 74 yang bersidang pada 25 - 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa
‘Gerakan Pemikiran Liberal’ dan Pluralisme dianggap mengandungi fahaman - fahaman
yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

54

4.4 Fahaman Ajaran Sesat

 Pengertian Ajaran Sesat


Menurut Kamus Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala perkara yang
diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan mazhab. Manakala ‘sesat’ pula
ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul dan menyimpang
daripada jalan yang benar.

Dalam kitab “al-Mufradat fi Ghara’ib al-Qur’an” oleh al-Isfahani, istilah
“al-dalal” bermaksud keadaan yang terseleweng daripada jalan yang
benar (at-tariq al-mustaqim) dan berlawanan dengan bimbingan
hidayah Ilahi. Dinyatakan bahawa keadaan “dalal” ialah tiap-tiap
keadaan terseleweng daripada perjalanan yang betul (al-manhaj) baik
dengan sengaja atau terlupa, banyak atau sedikit.

Ajaran sesat ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) sebagai sebarang ajaran ataupun amalan yang dibawa
oleh orang-orang Islam ataupun bukan Islam yang mendakwa ajaran dan
amalan itu berdasarkan ajaran Islam.

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam
sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

 Sebab- sebab kemunculan Ajaran Sesat


 Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan
kedudukan, harta, dan sebagainya.

 Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan
akidah orang Islam.

55

 Ciri- ciri Ajaran Sesat


 Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah,

mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis.
 Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan

semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama
adalah sama.
 Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai
Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan.
 Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad
 Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19
hari dan bersolat hanya dengan niat.
 Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa
kepada seseorang.
 Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan
perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi,
wali, dan malaikat.
 Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang
yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampi dan sebagaimana yang
dilakukan oleh dukun - dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
 Menolak hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Ajaran
Syiah

Ajaran CONTOH- Ajaran
Ayah Pin CONTOH Taslim
AJARAN
Animisma SESAT DI Ajaran
Dinamisma MALAYSIA Ilmu

Hakikat

Al-arqam

56

 Kesimpulan


Kesimpulannya, umat Islam perlu berwaspada untuk menjaga kebenaran dan kesahihan
pegangan, amalan dan pemikiran mereka dalam menghadapi cabaran globalisasi yang
bukan sahaja akan mengubah wajah kehidupan kita dalam bidang ekonomi dan
pengetahuan tetapi juga dalam masalah akidah dan pegangan kalau tidak dihadapi dengan
baik.

57

SOALAN PERBINCANGAN:
1. Nyatakan 3 komponen utama Islam sebagai ad- din:
Islam (Ad-din)

2. Suaikan penyataan berikut : Tugas malaikat
Mencabut nyawa
Nama malaikat Menjaga pintu neraka
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Menyampaikan rezeki
Mencatat amalan baik.
Munkar Menyoal manusia di dalam kubur
Raqib Menjaga pintu syurga
Izrail Menyoal manusia di dalam kubur
Israfil Meniup sangkakala
Atid Mencatat amalan buruk
Ridhuan
Malik
Nakir

58

3. Cari rukun solat :

T RA NTERT I B

A I SY I AHN I A

K I N I AKTAKB

BTKB I RATUL

I M I T SU J UDU

RFAT I HAKN I

ASUJ I D I R I L

T LUNANAS I K

UBF I T I BLUL

L R S A L AMU L R

I NMB T T I SOU

HPR I H I T AMK

RF A T HAHSMU

A S A L EMOAN K

MSO L AWA T H S

BERD I R I D I R

a) Niat
b) Takbiratul ihram
c) Al-fatihah
d) Rukuk
e) Iktidal
f) Sujud
g) Solawat
h) Salam
i) Tertib

4. Bincangkan sejauh mana impak fahaman dan ajaran sesat di Malaysia?

59

TOPIK 2

KONSEP SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM
ISLAM

Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan,
impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

1. Menyatakan pengertian sains teknologi dan kejuruteraan. sains teknologi dan
2. Menyatakan peranan sains teknologi dan kejuruteraan.
3. Menyatakan impak sains teknologi dan kejuruteraan.
4. Membincangkan pencapaian tamadun Islam dalam

kejuruteraan.

60

2.0 Pengenalan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.
Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara
kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan
eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.
Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam ini
adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah
untuk melahirkan para sainstis berteknologi Muslim yang beriman dan berakhlak dan Islam
menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam
pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip
logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen
manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara
tepat dan konkrit.

2.1 PENGERTIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Sains Dari Aspek Bahasa Dan Istilah:

1. Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan
scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any
field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense
experience”.

3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara
sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara
objektif.

4. Didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu
analisis dengan menggunakan pancaindera) serta fahaman yang lahir
daripadanya.

61

5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau
alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah
yang dapat diukur (kuantitatif).

6. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau
alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah
yang dapat diukur (kuantitatif).

7. Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,
intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.

8. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia)

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam:

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM
1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan

tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu
perkara yang terbatas.
2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk
kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.
3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan
yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk
mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.
4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu
sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.
5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan
ilmu wahyu.
6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

62

7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:

Sains Propaedeutik Sains Syariah Sains Falsafah

• Melibatkan kemahiran • Sains ini adalah satu • Merangkumi 4

seperti membaca, menulis, bidang yang yang bahagian utama.
ilmu pengetahuan,
timbangan, pertanian, sama dengan ilmu • Merangkumi bidang
biografi dan sejarah.
agama pada hari ini. matematik
• Bidang yang termasuk
propaedeutik, logik,
adalah ilmu tajwid, sains tabi’ie dan
matematik tabi’ie.
hadith, syariah, tafsir,

dan lain-lain.

Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari
perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan
(Hairudin Harun, 2007: 2)

2. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi
mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

3. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu
‘techne’ dan ‘logos’.

4. ‘Techne’ adalah seni (art), kerja tangan atau keterampilan.Tekno bermaksud
kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata
sistematis.

5. Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan
teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui
rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi
kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan
masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan,
kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

6. Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi
manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam
kehidupan seharian.

7. Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem
dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

8. Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang
membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas
alam tabi’i.

63

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada maksud berikut iaitu:

a. Teknologi sebagai teknik selalunya dirujuk sebagai produk-produk material
buatan manusia atau segala rekaannya.

b. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.

c. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam:

TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

1. Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal
sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain,
terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk
menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)

2. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah
‫‘صناعة‬sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan.

3. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

4. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

5. Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu
tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip
dasar Islam.

6. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara
menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan
diri kepada Allah swt.

7. Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu :
1. Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.
2. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

64

Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa:
KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan
dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan
yang boleh memberi khidmat kepada manusia.

2. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang
paling efisyen.

Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam:
KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

1. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk
menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

2. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi
tugas khalifah secara lebih berkesan.

65

CIRI-CIRI SAINS ISLAM Huraian
Ciri-ciri

Ciri 1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu.
Keagamaan i. Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan akal.
ii. Merujuk kepada ayat al-Quran dan al-Sunnah sebagai satu
sumber untuk menerangkan tentang alam tabi’i dan sifat-
sifatnya.

iii. Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik (al-Quran dan
Hadith).

2. Sains bersifat Rabbani
i. Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses alam
dan konsep kausaliti (sebab dan musabab)
ii. Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam.

iii. Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk mencari
pembuktian kebenaran Allah SWT.

3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah

SWT.

i. Penyelidikan mengandungi nilai ibadah.
ii. Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan Allah

adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT.
iii. Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah satu

wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam.

i. Terikat dengan batas hukum dan etika Islam.
ii. Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka yang

mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta
menyeru kebaikan.

66

Ciri i. Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang
Saintifik diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.

ii. Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk klinikal.
iii. Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-sumber

tamadun yang terdahulu.
iv. Bentuknya sejagat yang melibatkan pelbagai bangsa, agama,

bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya.

Ciri i. Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan
Universal sahaja dihasilkan oleh Muslim tetapi juga non-Muslim.

Ciri i. Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.
Sepadu ii. Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang bersepadu.
iii. Kajian yang bersifat menyeluruh.
iv. Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik.
v. Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT

kerana keimanan kepada Allah SWT dijadikan sebagai asas
kajian.

Ciri i. Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.
Harmoni ii. Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama

iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.

2.2 PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
i. Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk
berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan
kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang
telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah
yang menjadikan segalanya.

ii. Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran
pencipta. Firman Allah SWT dalam Surah ‘Ali ‘Imran yang bermaksud:

67

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.

(Surah ‘Ali ‘Imran: 190)

iii. Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains
hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan
kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

iv. Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT,
sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh
daripada Allah SWT.

v. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia
tentang keagungan Allah SWT melalui kecanggihan ciptaan manusia,
sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan
kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.

i. Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang
kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui
penggunaan akal.

ii. Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan
kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran maksudnya:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam
dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi
manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air
itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi
itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan
antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”.

(Surah Al-Baqarah: 164)

68

3. Membantu Pelaksanaan Syariat

i. Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan
dalam pelaksanaan syariat Islam.

ii. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam
membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

iii. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada
hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia
serta hubungan manusia dengan alam.

4. Membantu Manusia Dalam Menentukan dan Membuat Ramalan akan Sesuatu
Perkara.
i. Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan
akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh
awal bulan dan lain-lain.

ii. Manusia dapat menggunakan akal dengan pengetahuannya untuk meramal
sesuatu perubahan cuaca.

5. Membantu Manusia Dalam Berkarya dan Berinovasi.

i. Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya
dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6. Membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan
seharian yang diperlukan.

i. Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian,
pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

ii. Menjadikan kehidupan manusia selesa.

iii. Memenuhi maslahah manusia iaitu dharuriyat, hajiyat dan tahsiniyyat.

69

2.3 MENYATAKAN IMPAK SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Jika dilihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara
satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam
dan hari ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan
hidup seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah
SWT. Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat
penting kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain
dalam kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.

IMPAK POSITIF DAN NEGATIF SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
TERHADAP UMAT ISLAM

Bidang / Aspek Kebaikan Keburukan

Pertahanan i. Mampu melindungi negara i. Membawa kepada
dari serangan musuh-musuh.
Teknologi Contohnya dengan kemusnahan dunia
maklumat penciptaan senjata dan
kelengkapan perang. termasuklah alam sekitar,
Bio-teknologi
dan juga nyawa yang

terkorban.

ii. Menyebabkan rusuhan

berlaku

iii. Menyebabkan tamakkan

kuasa berlaku.

i. Membolehkan semua lapisan i. Muda mudi terpengaruh

masyarakat mendapat dengan kelebihan teknologi

maklumat dengan begitu ini.

mudah. ii. Teknologi mengabaikan

ii. Jalan dakwah terbuka luas nilai-nilai murni.

(alternatif medan dakwah) iii. Berlakunya pencerobahan
maklumat ‘penggodam’.
iii. Maklumat dapat dicapai

dengan pantas dan dapat iv. Pengubahsuaian terhadap

berhubung antara satu sama sesuatu fakta atau gambar

lain tanpa sempadan. akan berlaku.

v. Berlakunya kegiatan seks

melalui internet sahaja.

i. Mampu menghasilkan i. Sumber genetik yang

makanan ubah suaian genetik digunakan untuk mengubah

(Genetically Modified Food) suaian makanan

yang mempunyai cirri-ciri mengandungi bahan yang

terbaik seperti tahan lama, dilarang dalam syarak.

sedap dan bermutu. ii. GMF memberi kesan

ii. Teknik dan teknologi pertanian terhadap kesihatan

mengalami transformasi. manusia kerana

iii. Membantu meningkatkan mengandungi bendasing

produktiviti. yang tidak diketahui kesan

buruknya.

70

iv. Membantu dalam penghasilan
baka, benih, dan racun dalam
sektor pertanian.

Pengklonan i. Memberi pengetahuan baru i. Disalahgunakan oleh pihak
kepada manusia.
Perubatan (Stem tertentu.
Cell)
Teknologi laser ii. Menyimpang dari landasan

agama yang sebenar

kerana menyalahi apa yang

telah Allah ciptakan

mengikut fitrah.

i. Banyak kelebihannya dalam i. Penggunaan “embryonic
stem cell” bakal
membantu mengatasi

pelbagai penyakit. disalahgunakan juga untuk

kegunaan pengklonan

manusia.

i. Menggantikan peranan kabel i. Penyelewengan
penggunaan akan berlaku.
dengan fiber optik untuk
ii. Mudah diubahsuai oleh
bidang komunikasi dan mereka yang mahir dan
pakar.
perindustrian.

ii. Maklumat yang dihantar

adalah lebih cepat dan tepat

serta meminimumkan

kehilangan data.

IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM

Bidang Huraian

Bidang Sosial i. Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan
bangsa lain yang lebih maju.

ii. Maruah umat Islam akan dipandang hina oleh agama lain
dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa
lain.

Bidang Ekonomi i. Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka
bergantung kepada kuasa asing.

ii. Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi akan diterajui
oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga
didominasi oleh bangsa asing.

Bidang Politik i. Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh
bangsa dan agama lain.

ii. Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai
berdikari memimpin negaranya sendiri.

71

Bidang Pendidikan i. Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan
kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai agama yang
sebenar.

ii. Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah
tidak wujud lagi.

iii. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan
adalah secara dualisme.

Bidang Sains, Teknologi i. Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi
dan Kejuruteraan barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada
umat Islam sendiri. Contohnya hari ini umat Islam sendiri
ii. bergantung kepada dunia teknologi barat seperti
iii. penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain
peralatan teknologi terkini.
Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi
barat sendiri.
Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta
sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh
sejagat.

2.4 PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN

Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan
hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peistiwa-peristiwa
serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam Al-
Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu dijadikan
pengajaran kepada kita pada hari ini.

Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran
dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul sebelum
ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan dan juga
mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

72

Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:

Tujuan Huraian

Supaya manusia menjadikan Firman Allah SWT yang bermaksud:
contoh dan teladan atas apa yang “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat
berlaku. pengajaran bagi orang yang berakal”.

(Surah Yusuf: 111)

Mengesahkan bahawa Al-Quran itu Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti.

adalah kalam Allah. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran

adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran

adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah

kepada Nabi Muhammad SAW.

Satu kaedah untuk manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk
mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk
mengajak manusia berfikir.

Untuk membenarkan janji baik dan Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk

janji buruk dari Allah SWT. membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan

Allah adalah perkara yang benar.

Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman
nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini. Tujuan Allah SWT menceritakan cerita-cerita
tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.

Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat
terdahulu.

73

Kisah Nabi Huraian
Kisah Nabi Adam a.s
i. Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar
Kisah Nabi Idris a.s khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah
Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-
apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui
malaikat Jibril.
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama
benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya
kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku
nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang
benar”.

(al-Baqarah : 32-33)

i. Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang

menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam

yang bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada mereka kisah)
Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia
adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi”

(Surah Maryam : 56-57)

Kisah Nabi Nuh a.s ii. Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama

menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang

berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan

kulit sebagai pakaian (Ab. Aziz Ismail, 2008:15).

i. Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.
ii. Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak

oleh kaumnya.
iii. Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar

Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri
apabila musim banjir melanda kelak.
iv. Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan
teknologi logam.

74

Kisah Nabi Ibrahim i. Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud
a.s dan seorang ahli bintang.

Kisah Nabi Daud a.s ii. Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala
di langit.
Kisah Nabi Sulaiman
a.s Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud :

“Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-

tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di

bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang

penuh yakin”.
i. Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim

yang tinggal di Baituleham.
ii. Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu

pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
iii. Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam

pembuatan baju besi.
iv. Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi

untuk kegunaan peperangan.
v. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:
vi. “Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi

untuk kamu, dalam peperangan…”

(Surah al-Anbiya : 80)

i. Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat
memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.

ii. Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai
kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya
meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu
bekerja dengan Baginda.

iii. Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:
“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa
menggunakan angin untuk perjalanannya adalah
menyamai
perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata
air
dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin
untuk
bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan
sesiapa dari
jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan
merasakannya (pukulan) dari azab neraka.

(Surah Saba’ : 12)

75

Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang Berlaku

Kaum Teknologi Balasan
Terdahulu

Kaum ‘Ad  Pakar dalam membina  Allah telah membinasakannya
bangunan yang tinggi-tinggi kerana ingkar kepada perintah
(Kaum Nabi tiangnya. Allah SWT.
Hud)

 Merupakan kaum yang  Membinasakan bangunan-
sangat kuat dan kukuh dari bangunan yang tinggi itu.
segi pemerintahannya.

Kaum Thamud  Kepakaran dalam memahat  Allah membinasakan mereka
batu-batu besar dan dapat dengan ribut kencang.
(Kaum Nabi dilihat di lembah (Wadil-
Soleh) Qura iaitu tempat  Mereka telah dibinasakan oleh
tinggalnya) Allah SWT dengan satu
letusan suara yang sangat
menggemparkan pada waktu
pagi.

Teknologi  Kepakarannya pada masa  Mereka telah dibinasakan
Firaun itu adalah menguasai dengan petir yang sangat
bangunan-bangunan yang dahsyat.
handal dan kukuh.
 Negeri mereka dibinasakan.

 Kaum ini telah
ditenggelamkan oleh Allah
SWT akibat kesombongan
dan keingkaran mereka.

Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan Zaman Kerajaan Islam

Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Rasulullah SAW  Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.
 Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.
 Rasulullah SAW sering mengubati pesakit

dengan membaca ayat-ayat al-Quran.
 Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.
 Menuntut manusia mengkaji tentang manusia,

haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

76

Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin  Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan
Zaman Kerajaan Umayyah Parsi.

 Zaman pertembungan sains Islam dengan
Yunani, Parsi dan Romawi.

 Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.
 Terciptanya beberapa teknologi seperti

perkapalan, alat peperangan & pertanian.

Zaman Kerajaan Abbasiyyah  Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad.
 Wujudnya aktiviti penterjemahan secara besar-

besaran.
 Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains

dan teknologi.
 Munculnya cendekiawan Muslim yang ramai.
 Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan

hospital.

Zaman Kerajaan Islam di  Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-
Andalus kota seperti Cordova, Granada, Seville.

Gambar 2.4.1 Ilustrasi pedang Rasulullah
SAW

77

Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam Sumbangan Sarjana
Islam

Tokoh Islam Sumbangan

Al-Razi (865 – 925M)  Tokoh perubatan Islam
- Nama sebenarnya adalah  Karyanya: Kitab al-Hawi, dan yang paling
Muhammad bin Zakaria al-Razi
dalam Barat disebut Rhazes. terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan
- Lahir di Ray berhampiran Kitab al-Tib al-Ruhani.
dengan Taheran Parsi.  Sumbangannya adalah mengenal pasti
- perbezaan penyakit cacar dan campak.

Al-Khawarizmi (780 – 850M)  Tokoh matematik dan tokoh algebra.
- Nama sebenarnya Muhammad
ibn Musa al-Khawarizmi.  Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa
- Dianggap sebagai bapa al-
Jibra Latin pada 1120M dengan judul De Numero

Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M) Idorom.
- Nama sebenar adalah Abu Ali  Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’
Hussain bin Abdullah bin Sina.
- Dilahirkan di Afshina Wa al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab
berhampiran Bandar Bukhara.
- Di Barat dikenali dengan nama al-Jabr wa al-Muqabalah.
Avicenna.
- Diikenali dengan nama tokoh  Sumbangannya dalam bidang geometri
perubatan agung dalam dunia
Islam dan juga di Barat dikenali ialah memperkenalkan konsep segitiga
sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’
atau ‘Prince of Physicians’. sama, mengira luas segitiga, segiempat dan

bulatan serta memperkenalkan algebra.

 Turut berperanan dalam bidang mekanikal

tentang bagaimana menentukan

ketumpatan spesifik dan berat kegravitian

(tarikan bumi dan keapungan).

 Merupakan penyumbang kepada bidang

astronomi dengan membuat beberapa

jadual perjalanan matahari yang dikenali

dengan nama Zij.

 Jadual ini digunakan sebagai rujukan

kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.

 Antara buku beliau adalah Kitab al-

Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-

Thani dan lain-lain.

 Tokoh perubatan Islam yang agung.

 Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-

Tibb (Canon of Medicine).

 Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan

merupakan enskiopedia perubatan.

 Sumbangannya adalah menganalisa

pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi

doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan,

Hamadan dan Isfahan.

 Juga orang pertama yang menemui ubat

bius.

 Juga turut menyumbangkan kepada bidang

mekanikal.

78

Al-Zahrawi (936 – 1013M)  Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta
- Nama sebenarnya Abu Qasim
al-Zahrawi. pernah berkhidmat sebagai doktor di istana
- Di Barat dikenali dengan nama
Abu Casis. al-Hakam II.

Al-Battani (858 – 929M)  Karya beliau dalam bidang bedah ialah
- Nama sebenarnya adalah
Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Kitab al-Tasrif.
Abdullah al-Battani dan
dilahirkan di Battan.  Beliau menghasilkan karya mengenai
- Di Barat dikenali dengan nama
Albategannius. penyediaan dadah daripada tumbuhan,

Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M) mineral dan haiwan dengan nama Latinnya

ialah Liber Servitoris.

 Antara sumbangan lain adalah mencipta

teknik pembedahan dan mencipta alat

pembedahan.

 Tokoh matematik dan astronomi.
 Beliau memperkenalkan teorem tangent,

kotangen, sinus dan kosinus serta
menghasilkan sifir kotangen.
 Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu
menerangkan tulisan kritis yang
membetulkan pelbagai kesilapan dalam
takwim pada masa itu.
 Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat
Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak,
Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-
lain.
 Sumbangan beliau adalah dalam bidang
trigonometri iaitu mengemukakan kaedah
pengiraan astronomi secara trigonometri.
 Sumbangan beliau adalah memulakan
pencerapan terhadap bintang sejak tahun
264H sehingga tahun 306H.
 Kejayaannya beliau berjaya dalam
menyiapkan jadual gerhana matahari.
 Tokoh dalam bidang astronomi.
 Orang pertama menulis mengenai
astronomi.
 Berjaya mengkatalogkan lebih daripada
1000 jenis bintang.
 Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu
al-ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera),
Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair
(Altair), dan Dhanah (Deneb).

Al-Jahiz  Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.
 Menyusun sebuah buku pengajian
- Nama sebenarnya adalah Abu
Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz komprehensif dalam bidang Zoologi melalui
dilahirkan di Bashrah. kitabnya Al-Hayawan.
 Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan,
perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-
penyakit yang dihidapi oleh binatang serta
cara-cara rawatannya.

79

Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)  Tokoh Kimia Islam.
- Di Barat dikenali dengan nama
Geber.  Teori kimia beliau adalah logam seperti
- Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa)
Arab’ dilahirkan di Kufah. boleh bertukar menjadi emas dan perak
melalui proses menggunakan bahan-bahan
Abu Raihan al-Biruni (362 – 442H /
973 – 1051M) Kimia seperti cinnaban (sulphide of
mercury), arsenik oksid dan sebagainya.
- Nama sebenarnya adalah Abu
Raihan al-Biruni dilahirkan di  Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al
luar Kota Khwarazm, bandar ‘As al-Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir
Khiva dalam tahun 362H /
973M. al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn
dan lain-lain.

 Sumbangannya adalah pengasas kepada
kaedah penghabluran, penyulingan,
pemejalwapan dan penyejatan.

 Sumbangan lain mencipta peralatan bagi
kaedah-kaedah ini dan memperkenalkan

istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu
alkali, antimoni, alembik (anbique), dan
alchemy.

 Tokoh astronomi
 Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan

bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli
astronomi dan matematik yang pernah
menulis syarahan ke atas buku Spherics
karya Menelaus dan merupakan penuntut
kepada Abu al-Wafa’.
 Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah,
Tarikh al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim.

Hunain Ibn Ishaq.  Merupakan tokoh dalam bidang farmasi
berasal dari agama Kristian.
- Dilahirkan pada tahun 2921H di
Bandar Hirah, Iraq.  Tokoh terulung ilmu perubatan dan
mendahului tokoh perubatan yang lain.

 Seorang yang genius dalam bidang
penterjemahan, mampu menguasai 14
bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan,
Syiria, Arab dan lain-lain.

 Sumbangan beliau dalam bidang perubatan
yang sangat besar ialah mencipta istilah-
istilah baru dalam ilmu tersebut.

 Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr
Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn,
Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-
lain.

80

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.
1) Al-Jazari dan Taqi ad Din
- Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah
penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.
- Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan,
perumahan, industri dan lain-lain.
- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana
mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan
berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.
- Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air
menggunakan roda berskoop.

2) Banu Musa
- Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.
- Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.
- Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.

Gambar 2.4.2 Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Gambar 2.4.3 Replika Jam Air
Islam yang telah yang asal. Gajah.

Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada Institusi Intelektual Islam

Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam
membangunkan tamadun Islam. Antaranya:

a. Universiti dan institusi pendidikan.
o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar,
Universiti Granada di Andalus, Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.

81

b. Perpustakaan
o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid di
Baghdad.
o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir,
menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan
bahan penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya
ilmu.
o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.
o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital
o Berperanan sebagai pusat pengajian, penyelidikan perubatan, rawatan
pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.
o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual,
pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.
o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.
o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan
pusat kecemasan.
o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian
perubatan yang lebih teratur.

d. Balai Cerap
o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran
astronomi dan pusat pengumpulan data.
o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi
seperti matematik, trigonometri dan algebra.

o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat
pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan
kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta
menekankan kaedah penggunaan instrumen dan cerapan untuk
mengisahkan teori.

82

e. Kejuruteraan Awam
o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya
menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti Masjid
al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina
pada kurun ke-7 M.

f. Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.
o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada
kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan
bersegmen.

g. Kejuruteraan Hidrologi
o Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan
pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai
Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang
panjang.
o Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar
Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan
pertanian dan perumahan.

KESIMPULAN
Keperluan mengkaji sejarah Islam dalam pencapaian sains teknologi dan kejuruteraan
membantu manusia memahami konsep sains, teknologi dan kejuruteraan. Pencapaian
tamadun Islam dalam aspek ini telah menjadi asas ketamadunan pada hari ini. Oleh itu,
adalah penting bagi kita menerokai asas pencapaian

83

SOALAN PERBINCANGAN

Bahagian A: Tentukan samada penyataan berikut BETUL ( / ) atau SALAH ( x ).

1. Sains pada zaman Rasulullah tertumpu kepada ayat-ayat al-Quran. ( )

2. Baitul Hikmah adalah perpustakaan dan pusat penterjemahan semasa kerajaan
Abbasiyyah. ( )

3. Al-Razi merupakan sarjana dalam bidang perubatan sahaja. ( )
4. Al-Khawarizmi digelar sebagai bapa al-Jibra. ( )

5. Al-Biruni telah memperkenalkan kaedah penghabluran, penyulingan,
pemejalwapan dan penyejatan. ( )

6. Hunain ibn Ishaq seorang sarjana dalam bidang farmasi dan beragama Islam. (
)

7. Abdul Rahman al-Sufi telah memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-
Ghurab, al-Daraba, al-Aghrab dan al-Dhanah. ( )

8. Al-Jahiz telah menghasilkan kitab dalam bidang zoologi iaitu al-Hayawan. ( )

9. Ilmu mekanikal dikenali sebagai ilmu al-hiyal. ( ) )
10. Universiti al-Azhar asalnya bermula daripada sebuah kompleks hospital. (

84

Bahagian B: Soalan Silangkata
85

TOPIK 3

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam
al-Quran dan al-Hadith
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan pengertian wahyu.
2. Menerangkan peranan wahyu.
3. Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran
4. Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-hadith

86

3.0 Pengenalan

Al-Quran dan hadith merupakan wahyu yang menjadi sumber pengetahuan kepada
manusia. Kefahaman berpandukan akal pemikiran semata-mata tanpa bimbingan wahyu
akan menatijahkan kefahaman yang sesat dan dangkal terhadap segala cabang ilmu
termasuk sains, teknologi dan kejuruteraan.

Oleh itu, wahyu berperanan penting dalam membimbing manusia dalam menerokai ilmu
berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan kerana Allah SWT yang menciptakan alam
semesta ini. Melalui bimbingan wahyu, manusia dapat mengenal Allah SWT sebagai
pencipta dan mengakui kebesaran Allah SWT yang mengatur segalanya.

3.1 PENGERTIAN WAHYU MENURUT ISLAM

Bil Aspek Bahasa Aspek Keilmuan Islam

1. Wahyu adalah apa-apa yang Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada

diturunkan oleh Allah SWT nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan
kepada orang pilihan-Nya dan ia Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [ ‫وحي‬
merupakan hidayah dan ilmu ‫ ]متلو‬atau yang tidak bertulis [‫ ] وحي غير متلو‬yang

(yang diberi) secara rahsia dan mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan

tersembunyi bukan diperoleh manusia.

melalui cara biasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu
kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana
Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh
dan nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu
kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak,
Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan
nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan
Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami
telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab
Zabur”.

(Surah an-Nisa: 163)

87

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari
kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah
kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika
kamu tidak mengetahui”.

(Surah An-Nahl: 43)

Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua
para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.

Peranan Wahyu Menurut Islam

Definisi Al-Quran:

Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan
ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan
ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan
perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak
manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan (Ab Aziz Ismail,
2008:45).

Bil Peranan wahyu Huraian
1 Menjelaskan Aqidah Islam
- Wahyu Allah SWT diturunkan bagi
2 Menerangkan Syariat Islam menjelaskan maksud aqidah, peranannya
dalam kehidupan, faktor-faktor naik
turunnya iman dan sesuatu yang boleh
merosakkan akidah.

- Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan
bagaimana Allah mencipta makhluk-
makhluk pada mulanya, kemudian ia akan
mengembalikannya (hidup semula
sesudah matinya)? Sesungguhnya yang
demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

(Surah Al-Ankabut: 19)

- Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah
sebagai menjelaskan hukum syariat dalam
sesuatu kehidupan manusia.

- Sebagai penjelas kepada syariat dan
panduan dalam pelaksanaan tersebut.

- Al-Qur’an diturunkan bagi memastikan
syariat difahami oleh manusia dari aspek
maksud dan pelaksanaannya

88

3 Menghuraikan Akhlak Islam - Wahyu Allah menjelaskan berkenaan
dengan panduan akhlak sebagai seorang
Muslim.

- Semua cara kehidupan manusia juga
terkandung dalam ayat al-Quran.

- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah
sikap bertanggungjawab ataupun amanah.

- Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini
apabila sains dan teknologi terbabas
daripada nilai-nilai amanah dan agama.

- Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah
melahirkan satu konsep baru yang dikenali
sebagai kejuruteraan genetik (genetic
engineering).

- Teknologi ini mampu memindahkan bahan
genetik yang bernama DNA dari satu
spesies ke spesies yang lain.

- Walau bagaimanapun untuk berjaya,
proses ini memerlukan bantuan virus
tertentu agar DNA daripada spesies yang
berbeza dapat mengenali antara satu sama
lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini
akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai
kuman serta penyakit baru yang mampu
membunuh manusia.

4 Menjadi panduan hidup - Dalam Al-Quran juga menjelaskan
panduan hidup manusia dalam mengurus
manusia dalam mengurus sesuatu dunia.

dunia - Urusan hidup manusia yang meliputi

emosi, rohani, aqal, jasad dan nafsu hanya

mampu diatur mengikut acuan Allah hanya

melalui panduan al-Quran

5 Menegakkan keadilan - Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan
mengenai keadilan yang perlu
dilaksanakan dalam kehidupan.

- Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam
untuk melahirkan umat yang berakhlak.

89


Click to View FlipBook Version