Wahyu Sebagai Sumber Dalam Bidang Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil Wahyu Sumber Huraian
Bidang Sains
Teknologi & Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Kejuruteraan Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran
1 Garis panduan dan mata hati untuk berfikir.
kepada saintis dalam Bukti-bukti dalam ayat al-Quran:
melaksanakan
sesuatu ujikaji 1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah: 17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta
bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya? (18) Dan keadaan
gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan
keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20)
(Surah al-Ghasiah:17-20)
2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut: 19
Maksudnya:
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana
Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula
sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu
amatlah mudah bagi Allah”.
90
3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya:
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia
juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir (3). Dan
Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia
juga melindungi siang dengan malam silih berganti.
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir” (4).
2 Kitab yang menjadi Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang
dapat menjadi panduan kepada pembentukan
sumber pelbagai bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau
cabang sains / klasifikasi ilmu dalam Islam.
teknologi. Bukti-bukti ayat-ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam Surah al-Rum ayat 22:
91
Maksudnya:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian
langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna
kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang
yang berpengetahuan.”
(Surah al-Rum: 22)
2) Firman Allah dalam Surah An-Nahl: 11
Maksud ayat:
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar
(kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-
buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
yang mahu berfikir”.
3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22:
Maksud ayat:
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan
air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi
kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu
menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan
perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai
untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga
yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar
untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang
menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
92
3 Menggalakkan Memberi galakan dalam membina teknologi.
pembangunan
teknologi. Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan
teknologi semasa.
Bukti-bukti menerusi ayat al-Quran:
1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan
apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu
tidak akan dianiaya”.
2) Firman Allah dalam Surah al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat:
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam
93
mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu
sentiasa bersyukur?”
3) Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat:
“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera
dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan
panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
kemudian apabila datang hukum Kami untuk
membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari
muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka
masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis
haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan
pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan
hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan
kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku
untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana
sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan
taufan sehingga mati lemas”.
4 Panduan dalam Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan
teknologi bagi membangunkan alam.
penggunaan teknologi
Antara panduan dalam membangunkan alam ialah
tidak merosakkan dan memusnahkan alam. Selain
itu, ia juga perlu menjaga nilai akhlak manusia.
1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah
al-Rum: 41
Terjemahannya:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan
oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
94
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
5 Menjadikan sains Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian
teknologi dan yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains,
kejuruteraan teknologi dan kejuruteraan Islam.
mencapai fakta dan
bukti ke arah Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai
kebenaran sesuatu ke arah kebenaran sesuatu perkara dan
kejadian.
Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan
dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Contohnya mengenai Teori Ledakan Besar (The Big
Bang Teory). Sekitar 13.7 bilion tahun dahulu pada
mulanya alam ini bercantum padu. Dibuktikan dengan
ayat al-Quran (Surah al-Anbiya’: 30).
Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
Terjemahannya:
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman
kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau! Maka ia
terus menjadi”.
95
3.2 FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN AL-HADITH
1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a. Proses kejadian alam tabi’i
i. Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang
tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
ii. Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos
yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
iii. Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah
kosmos dalam Islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi
pengajian saintifik dan emrprikal.
iv. Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam,
struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat
penciptaan alam.
v. Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
vi. Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta
penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga
segala apa yang berada antara di langit dan bumi.
vii. Firman Allah SWT dalam Surah al-Fussilat ayat 53:
Maksud ayat:
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di
merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran
adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan
belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”.
96
viii. Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di
segenap dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui
pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-
Quran itu adalah satu kebenaran.
ix. Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun
sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman
akan datang bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.
b. Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
Fakta Al-Quran 1) Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 117:
mengenai kejadian
alam
a. Alam ini Terjemahan:
diciptakan oleh
yang “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala
menciptakan keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan)
dan bukan suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!"
terjadi dengan Lalu menjadilah ia”
sendirinya.
2) Surah al-Furqan ayat 59:
Terjemahan:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada
di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam
di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah);
maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.
97
3) Surah Nuh ayat 15-16
Terjemahan:
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah
telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia
menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan
matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
b. Alam diciptakan i. Allah menjelaskan bahawa Dia telah mencipta semua
secara kehidupan di alam semesta ini secara berpasang-
berpasang- pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia,
pasangan. haiwan, hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak
ketahuinya.
ii. Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan
(unsur-unsur) yang amat seni mempunyai pasangan
umpamanya sel.
iii. Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan
menjadi daging.
iv. Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo–nucleic–
asid (DNA).
1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:
98
Terjemahan:
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-
sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
(mahu) berfikir”.
2) Firman Allah dalam Surah Al-Zukhruf ayat 12:
Terjemahan:
“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang
berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal
dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”.
3) Firman Allah dalam Surah An-Naba’ ayat 8:
Terjemahan:
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang”.
99
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
c. Peredaran i. Menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak
planet bumi dalam paksinya mengikut yang telah ditetapkan oleh Allah
dalam SWT.
orbitnya
mengelillingi ii. Hakikatnya gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita
matahari. sebenarnya tidak mengetahuinya kerana ia tidak bergerak
seperti geraknya awan.
iii. Menurut fakta sains, planet bumi ini berpusing atas paksinya
satu pusingan dalam masa 24 jam dan dalam pada masa
yang sama planet bumi bergerak menurut orbit berpusing
mengelilingi matahari.
iv. Tiap-tiap satu pusingan orbitnya, bumi mengambil masa
lebih kurang 365 hari dan 6 jam dan bergerak sejauh 585
juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat atau
66,600 batu sejam.
v. Merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan
pergerakan peluru.
vi. Banyak ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran
alam ini antaranya:
1) Firman Allah dalam an-Naml ayat 88:
Terjemahannya:
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap
membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan;
(demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap
sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia
Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”.
100
2) Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan
mengenai peredaran matahari dan bulan:
Terjemahannya:
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
d. Penciptaan 3) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga
langit mengenai peredaran alam ini.
Terjemahannya:
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia
kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah
takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
i. Allah telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga
telah menyempurnakan penciptaan-Nya daripada unsur-
unsur dukhan (asap).
ii. Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah
menjadikannya kuat dan kukuh.
iii. Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada
unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan planet.
101
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11:
Terjemahannya:
“Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan)
langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman
kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan
perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!"
Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut patuh dengan
sukarela".
Al-Quran turut menggambarkan kepada kita keadaan langit yang
membuktikan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad
SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para
malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah
yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini
yang bermaksud:
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di
atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan
menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak
sedikit pun”.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan
pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu meningkat
terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud:
“Pada hari ketika langit seperti luluhan perak”.
102
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
i. Kejadian siang dan malam telah diterangkan dalam al-
e. Menjelaskan Quran.
mengenai
wujudnya ii. Dari pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang akan
kejadian siang mendahului malam atau malam akan mendahului siang
dan malam tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului
dalam al- malam dan malam juga tidak mendahului siang. Bukti
Quran dijelaskan dalam Al-Quran antaranya:
1) Dalam surah Yunus ayat 6:
Terjemahannya:
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan
menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan
yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata
serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang
tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda
kekuasasaan) Kami”.
2) Firman Allah dalam Surah Al-Zumar ayat 5:
Terjemahannya:
“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya
yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan
gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan
cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar
menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk
suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha
Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni”.
103
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
i. Menjelaskan serta menerangkan fenomena turunnya hujan
f. Menjelaskan dari langit dan diturunkan mengikut kadar yang tertentu.
berlakunya
fenomena 1) Surah al-Baqarah ayat 164:
hujan
Terjemahan:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada)
pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar
di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada
manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari
langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi
sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai
jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan
yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit
dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda
(yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-
Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu)
menggunakan akal fikiran”.
2) Surah al-Zukhruf ayat 11:
Terjemahan:
“Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang
tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering
tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan
(hidup semula dari kubur)”.
104
Bukti Dalam Al- Fakta Dalam Al-Quran
Quran
g. Kejadian i. Matahari adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih
matahari dan ii. kurang 148.8 juta kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
fakta iii. Matahari adalah sebuah bintang yang sederhana dan
mengenai iv. mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya.
matahari v. Penghasilan tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggaran
nucleus hydrogen antara satu sama lain.
vi. Proses ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitu
koroma, kromosfera dan fotosfera.
vii. Koroma merupakan lapisan matahari yang paling luar
viii. mengandungi gas panas suhunya dianggarkan 22 juta darjah
ix. celcius.
Lapisan kromosfera pula terletak di bawah koroma. Pada
bahagian ini berlaku letupan gas panas yang memancutkan
hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
Manakala fotosfera mempunyai suhu purata sehingga 6000
darjah.
Matahari berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25
hari untuk melengkapi satu pusingan.
Pergerakan kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju
786,000 kilometer sejam dengan mengambil masa 225 juta tahun
untk satu revolusi.
Ayat al-Quran mengenai matahari terdapat dalam surah al-Anbiya’
ayat 33:
Terjemahan:
“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang,
serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
x. Matahari juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti
mana yang digambarkan dalam Surah Yunus ayat 5 yang
bermaksud:
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya
(Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah)”.
105
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian
manusia.
i. Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti
dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu bermaksud pelupa.
ii. Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa
surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin ayat 4:
Terjemahannya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya”.
iii. Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah SWT sebagai
satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo Eretus’
seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s adalah makhluk Homo
Eretus’ sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah
dalam Surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.
106
Bukti Dalam Fakta Dalam Al-Quran
Al-Quran
a. Mengenai Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah
penciptaan sebaik-baik kejadian.
Adam a.s
Bukanlah berkembang dari satu bentuk kepada bentuk yang lain
mengikut peredaran masa seperti dakwaan salah oleh Darwin.
Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah.
Al-Quran menjelaskan dan menggunakan beberapa istilah
tentang kejadian manusia antaranya
1) Air (al-ma’) seperti yang terdapat dalam surah al-Furqan ayat
54.
2) Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti surah Ali Imran ayat
59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat 11.
3) Pati tanah (at-Tiin) seperti surah Ali Imran ayat 49, surah al-
A’araf ayat 12, Surah al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun
ayat 11.
4) Tanah liat dan sebati (tin lazib) seperti dalam al-Quran surah
al-Safaat ayat 11.
5) Tanah yang keras seperti tembikar (shalshal) seperti surah
al-Hijr ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6) Tanah bumi (al-ardh) seperti surah an-Najm ayat 32.
Allah telah melantik Adam sebagai khalifah di muka bumi dan
telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya seperti
Bukti Dalam yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.
Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
b. Mengenai Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui surah an-Nisa’ ayat
penciptaan 1 yang bermaksud:
hawa
“Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah
menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak”.
c. Penciptaan Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat
zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya:
Adam
107
1) Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat seperti dalam
Al-Quran surah Nuh ayat 14.
2) Zuriat daripada pati air yang hina (ma’mahin) seperti dalam al-
Quran surah as-Sajadah ayat 8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
3) Daripada titisan air yang kotor iaitu air mani (nutfah) seperti yang
dijelaskan dalam al-Quran surah an-Najm ayat 46 dan surah al-
Qiamah ayat 37.
4) Menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dalam tiga kegelapan
(fi zulumat thalathah) seperti yang dijelaskan dalam surah al-
Zumar ayat 6.
5) Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat) seperti yang
diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.
Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan
percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang dijelaskan dalam
surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud:
“Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah
menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan
daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang
berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati”.
d. Peringkat 1) Nutfah (Air mani)
kejadian
manusia Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan – berlaku
dalam al- pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman
Quran antara air mani lelaki dan perempuan.
Nutfah disebut sebanyak 12 kali di dalam al-Quran.
Antaranya dalam surah al-Insan ayat 2:
Terjemahan:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya
dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta
Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka
Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”.
Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46-47 menjelaskan
mengenainya yang bermaksud:
108
“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan berpasang-
pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila
dipancarkan”.
2) ‘Alaqah
Perkataan bahasa Arab yang bermaksud ‘sesuatu yang
tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang
lain.
Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu buku atau
ketulan darah’.
Perkataan ‘alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima
kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah al-Qiyamah ayat 37-
40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1-3.
Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada
hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di
dinding (qarar makin).
3) Mudghah
Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada
dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan
mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Peringkat ini terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota lain.
Jantung juga sudah mula berdegup dan darah sudah mula
mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen
dan pemakanan yang secukupnya.
4) Idzaamu Lahmi
Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh
ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk,
otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang
bermaksud;
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
109
5) Nasy’atan Khalqan Akhar
Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio kepada janin.
Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bulan
ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki
pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan
semua anggota yang telah wujud.
6) Nufkh ar-Ruh
Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas
terbentuknya organ seks.
3) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian fauna dan flora
a) Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah mampu
menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah meter
lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan
hidraulik yang terdapat pada 8 kakinya.
3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan
memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata tambahannya
mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan
kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.
b) Lebah
1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68:
110
Terjemahannya:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-
bangunan yang didirikan oleh manusia”.
2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat
baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui
perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat
penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah
menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah
taat pada perintah Allah.
4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana
dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut
yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.
5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia
dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:
Terjemahannya:
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang
engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya
minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi
manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada
tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
111
c) Fakta mengenai flora
1. Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95:
Terjemahannya:
“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-
tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah
Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-
benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”
2. Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah:
i. Sebagai bahan makanan.
ii. Sebagai hasil pendapatan manusia.
iii. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir.
iv. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
v. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya.
vi. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
vii. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
viii. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
dioksida daripada atmosfera.
Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith
1) Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam
bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan
dalil kepada sesuatu hukum syara’.
Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu:
1) As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh
Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud:
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
112
2) As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW
yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua
perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah
mengenai proses solat yang mana sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3) As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW.
Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu
perbuatan atau percakapan sahabat samada di hadapan atau di belakang
Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak
mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda
terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW
kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-
Quran dan as-Sunnah.
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia
dalam al-Hadith
a) Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian
manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya: telah
menceritakan kepada
kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang
benar dan dibenarkan segala tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,
kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi
seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan
kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4
kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka
demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan
antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan
lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya;
dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka
sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta,
kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan
amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
113
KESIMPULAN
Al-Quran dan al-hadith bukanlah sekadar memberi pengetahuan dalam bidang sains,
teknologi dan kejuruteraan semata-mata. Bahkan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT
merupakan hidayah dalam membimbing manusia supaya mengenali-Nya sebagai pencipta.
Fakta-fakta yang terkandung di dalam al-Quran dan al-hadith akan mendekatkan manusia
kepada Allah SWT bagi mereka yang mahu mengkaji dan berfikir sebagaimana saranan al-
Quran.
114
SOALAN PERBINCANGAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan wahyu dari segi istilah?
2. Jelaskan peranan wahyu?
3. Saksikan video Significance of the Camel di laman youtube. Kemudian jawab
soalan berikut:
a) Surah dan ayat berapakah yang menyebut tentang kejadian unta?
b) Ceritakan dengan terperinci tentang keajaiban penciptaan unta.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan teori Big Bang? Bincangkan ayat al-Quran
yang berkaitan.
5. Lengkapkan proses kejadian manusia menurut al-Quran.
________________ ________________ ________________ ________________ ________________ ________________
6. Al-hadith atau al-Sunnah terbahagi kepada tiga bahagian. Jelaskan.
a. Sunnah Qauliyyah
____________________________________________________________
____________________________________________________________
b. Sunnah Fi’liyyah
____________________________________________________________
____________________________________________________________
c. Sunnah Taqririyyah
____________________________________________________________
____________________________________________________________
115
7. Bincangkan hadith yang berkaitan dengan isu berikut. Jelaskan menurut pandangan
Islam dan sains.
a. Lalat jatuh ke dalam bekas minuman
b. Larangan minum berdiri
c. Khasiat madu lebah
116
TOPIK 4
PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Topik ini menjelaskan konsep syariah dan etika Islam dalam sains teknologi dan
kejuruteraan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan prinsip syariah.
2. Menghuraikan peranan syariah.
3. Menerangkan prinsip etika Islam.
4. Membincangkan peranan prinsip etika Islam.
117
4.0 Pengenalan
Islam menyediakan panduan bukan sahaja dalam aspek peribadatan kepada Tuhan malah
menyediakan garis panduan dalam seluruh aspek kehidupan manusia termasuk dalam
bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Melalui dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, para ulama telah menyimpulkan
beberapa prinsip syariah dan etika Islam yang mesti diguna pakai oleh setiap muslim
termasuk para saintis dalam pembangunan sains teknologi dan kejuruteraan.
4.1 PENGERTIAN PRINSIP SYARIAH
1. Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah
sumber air atau memberi makna jalan yang lurus (al-Jathiyah: 18).
2. Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan
oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.
3. Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia.
Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi
nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa
syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan
hidup di dunia dan akhirat.
Prinsip syariah meliputi perkara-perkara berikut:
Bil Prinsip Syariah Huraian
1 Rabbaniah Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah
dicipta dan disusun oleh Allah SWT.
[Ketuhanan] Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan
muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia.
Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya
boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai
khalifah tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian
dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada
Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya.
Para saintis, teknokrat dan jurutera tertakluk kepada prinsip
ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarwajagat.
118
2 Wasatiah Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala
[Kesederhanaan] hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem
kepada yang berlebihan atau berkurangan.
Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada
pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu.
Contohnya solat fardu hendaklah hendaklah dilakukan secara
berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara.
Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya
antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana
dalam mencari harta lebih diutamakan.
3 Tawazun Keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya
adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan
[Keseimbangan] akhirat.
Contohnya manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara
hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut
hendaklah dicari secara yang halal, baik dan dilaksanakan
secara paling terbaik. Impaknya dia akhir bulan gaji diperolehi,
pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
Keseimbangan ini menuntut saintis, teknokrat dan jurutera
mengimbangi keperluan manusia di dunia bagi menjadi bekalan
di akhirat nanti.
4 Mizan Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang
memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
[Kesetaraan] Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang
dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang
dilaksanakan perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi
korban atas nama penyelidikan dan pembangunan.
Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambilkira item-
item yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang
ditentukan oleh syariat.
5 Tetap & Anjal Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum
hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
[Mutlak & Murunah] Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman
arak. Namun begitu, pengharamannya boleh dikecualikan atau
digugurkan seandainya ada keperluan yang syar’i untuk
menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk
tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya
tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya.
Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian
prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat
kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.
119
4.1 PERANAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
Memelihara Agama
• Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya.
• Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku.
• Andaikata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan
akan dilaksanakan.
• Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira
kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama.
• Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan
kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama.
• Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan
manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat.
• Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk
jenayah hudud.
Gambar 4.2.1: Apps azan
120
Memelihara Maruah
• Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara
penting dalam kehidupan manusia.
• Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah
mengambilkira kepentingan maruah umat.
• Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan
kemusnahan yang besar.
• Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen
untuk menggadaikan maruah manusia atau maruah agama.
• Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca
daripada kealpaan para saintis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia.
• Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap
tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang
Gambar 4.2.2: Teknologi DNA
121
Memelihara Nyawa
• Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk
dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah.
• Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai
contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah hukuman qisas
[Al-An'am: 151]
• Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa.
Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan
nyawa manusia.
• Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia
dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.
• Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa
manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri
manusia.
• Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang
boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya
dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.
Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa
manusia..
Gambar 4.2.3: Suntikan vaksin
122
Memelihara Akal
• Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia.
Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara
maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diprogramkan.
• Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah
minda.
• Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan
pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan
dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda.
• Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh
badan bagi memelihara kecerdasan minda.
• Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan
keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.
• Saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang
menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama kesan langsung hendaklah
juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila
ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk
pada akal manusia.
Gambar 4.2.4: Pengharaman arak dalam Islam
123
Memelihara Keturunan
• Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk
tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada secara langsung atau tidak,
seperti:
• - Liwat
• - Istimta'/ Onani
• - Musahaqah/ Lesbian
• - Mendedahkan aurat
• - Berdua-duaan lelaki dan wanita
• - Zina atau tuduhan melakukan zina
• - Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
• - Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
• - Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
• - Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau
mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah.
• Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes hudud atau ta'zir.
• Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara
keturunan manusia.
Gambar 4.2.5: Perkahwinan
124
Memelihara Harta
• Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh
memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok,
membazir dan menspekulasi pasaran modal.
• Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap Muslim yang telah
mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat
keberkatannya.
• Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya
bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu.
• Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta'zir menunjukkan
syariat Islam memandang serius jenayah ini.
• Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada
kematian dianggap mati syahid akhirat.
Gambar 4.2.6: Peti besi keselamatan
125
4.3 PELAKSANAAN SYARIAH ISLAM DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Utamakan Yang Utama
1. Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
2. Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
3. Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.
4. Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan
individu.
5. Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan
keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
6. Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan
memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.
7. Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama,
nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.
Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
1. Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan
untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
2. Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah
bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.
3. Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan
rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
4. Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh
digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
5. Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga
bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam. Sebagai contoh
ujian huklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan pada lapisan
perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.
126
Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat
1. Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai
keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.
2. Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta
syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.
3. Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambilkira
kepentingan prinsip dan etika syariat Islam.
4. Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan
kepincangan pengurusan alam.
5. Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan
pemeliharaan alam, maka syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang
minima.
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubat
1. Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam
pelaksanaan kerja manusia.
2. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan
mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan
mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu
tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa
kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan
lahirnya anak luar nikah.
3. Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah
pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan
menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
4. Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda utama para saintis, teknokrat dan
jurutera melaksanakan tugasan mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah
suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan
kepalang. Justeru itu, fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.
127
Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
1. Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik
di sisi Allah SWT tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua
pelaksanaan hidup manusia.
2. Syariat adalah peraturan Allah SWT untuk dijadikan panduan
hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.
3. Integrasi pelaksaanaan aqidah dan syariat akan membuahkan
keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan
pembangunan material sesebuah negara.
4. Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah
mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan
penyelidikan.
5. Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh
perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian menepati
kehendak syariat.
4.4 PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Konsep etika, moral dan akhlak
Etika •Etika bermaksud tingkahlaku yang baik dan hidup yang
bahagia.
•Satu pakej panduan mengurus sesuatu perkara secara
terbaik.
Moral •Berasal dari bahasa latin Moralitas
•Memberi maksud tingkahlaku yang baik
•Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama, budaya
dan adat sesebuah bangsa.
Akhlak •Berasal dari Bahasa Arab Khuluq
•Memberi maksud tingkahlaku yang baik yang menjadi
amalan hidup.
•Konsep baik dan buruk ditentukan oleh agama dan
tetap.
128
Prinsip etika Islam berpandukan asas utama Islam:
1. Akidah 2. Syariah 3. Akhlak
•Keyakinan dan •Peraturan dan •Panduan
keimanan ketetapan hukum tingkahlaku yang
kepada rukun berdasarkan mulia melibatkan
iman yang enam. kepada Al Quran manusia dengan
•Prinsip ini dan Al- Sunnah. Allah, manusia
menuntut suatu •Segala kajian sesama manusia
keyakinan yang yang melibatkan dan manusia
bersifat ghaib sains, teknologi dengan alam.
untuk memantau dan kejuruteraan •Hubungan yang
segala hendaklah bersifat segitiga
perbuatan menuruti ini merupakan
manusia. ketetapan al- asas penting
Qur’an dan Al- bagi
Sunnah. mewujudkan
keseimbangan
yang harmoni.
Amalan terbaik etika Islam dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan:
Keyakinan bahawa rezeki datangnya daripada Allah SWT. Kita berusaha ke
tahap yang sepatutnya namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah SWT.
Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan
manusia.
Bersifat Ihsan. Ia merujuk kepada keyakinan bahawa Allah SWT akan memantau
kerja manusia. Bukan majikan yang melihat kerja kita tetapi Allah yang
melihatnya.
Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah
berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik
pasti terbaiklah pulangannya.
Bermusyawarah dan bermuafakat dalam menentukan yang paling terbaik untuk
kepentingan manusia. Tiada kepentingan individu dan bertujuan naik pangkat.
Mengekalkan keseimbangan, bersederhana dan konsistensi dalam
melaksanakan tugasan.
129
Membangunkan teknologi dan segala penemuan yang canggih dan terkini yang
memberi manfaat kepada alam dan manusia
Menjauhi mafsadah atau kerosakan dan kehancuran kepada urusan manusia
dan alam.
Kepentingan Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi
Sebagai rujukan kepada saintis, teknokrat dalam melakukan penyelidikan dan
penghasilan perkara-perkara yang baharu.
Membatas dan memantau perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh saintis,
teknokrat dan jurutera dalam penyelidikan masing-masing. Apa jua kerja yang
dilakukan hendaklah selaras dengan roh dan maksud syariat dan etika Islam.
Sains juga tidak terlepas dari syariat dan ketetapan hukum yang asasi bagi
memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak syariat.
Menjaga kepentingan umum dari ketamakan dan kerakusan para saintis, teknokrat
dan jurutera yang mengancam keselamatan manusia. Tiada istilah matlamat
menghalalkan cara.
Untuk melahirkan saintis, teknokrat dan jurutera yang berdisiplin tinggi, beradab dan
mengerti peranan manusia sebagai khalifah di bumi.
Untuk menentukan dasar dalam aktiviti sains, teknologi dan kejuruteraan agar benar
pada matlamat, operasi dan metodologi pelaksanaannya
130
Perlaksanaan prinsip etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan
Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang
memberi manfaat kepada keselesaan manusia
- Segala rekaan dan alat yang dihasilkan hendaklah mengelakkan berlakunya
kerosakan akhlak manusia.
- Hasil rekaan yang dicetuskan bukan menjadi sebab umat menjadi alpa
daripada tugas sebagai hamba.
- Ciptaan yang dibangunkan mampu mengelakkan manusia daripada
merosakkan alam.
- Keselesaan bukan tiket untuk para saintis, teknokrat dan jurutera melakukan
penyelidikan sehingga menafikan maksud syariah.
Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan
nilai tambah kepada peningkatan kualiti
- Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau
profit.
-Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan
manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi
manusia sebagai hamba Allah SWT.
- Meningkatkan kualiti melalui penggunaan nuklear bagi menggantikan tenaga
bahan api, pengawetan makanan dan menghapuskan bakteria.
- Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk
kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.
Penghasilan dan penggunaan teknologi dan kejuruteraan untuk
tujuan rawatan
- Menghasilkan rekaan, ciptaan dan teknologi dalam dunia perubatan bagi
tujuan merawat, memulih atau mengubati bagi tujuan menyelamatkan nyawa.
- Contohnya pengklonan bagi tujuan mengatasi kekurangan sel, teknologi
genetik melalui tabung uji dan pembedahan plastik bagi memberikan
kesempurnaan atau mengembalikan fungsi.
- Begitu juga pemindahan organ dan derma darah dengan tujuan untuk
mengembalikan fungsi dan menyelamatkan nyawa.
131
Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat
- Eksperimen yang dilaksanakan hendaklah berasaskan kebijaksanaan
yang mengutamakan keprihatinan kepada nilai manusia, flora dan fauna.
- Tiada istilah mengorbankan nilai keinsanan dan kedamaian alam demi
untuk profit, kemahsyuran dan kepentingan diri.
- Kajian yang dibuat hendaklah memikirkan implikasi yang bakal memberi
kesan kepada kehidupan ekosistem manusia, flora dan fauna.
- Pembedahan plastik untuk tujuan menafikan ciptaan Allah SWT dan
mengubah identiti adalah dilarang.
Keperluan mempertahankan dan memelihara agama, bangsa
dan negara
- Keperluan memelihara agama, bangsa dan negara sememangnya satu
keutamaan. Namun nafsu keperluan manusia tidak pernah cukup. Tidak
dinafikan perlunya kajian, ciptaan dan rekaan untuk mempertahankan
agama, bangsa dan negara.
- Justeru itu, bukan sewenang-wenangnya tindakan bersifat sains teknologi
boleh menghalalkan sebarang ciptaan, rekaan dan teknologi.
- Persenjataan dan kelengkapan ketenteraan amat perlu suntikan inovasi
dan teknologi. Namun bukan menjadi lesen untuk melakukan kerosakan.
Menghubungkan semua kegiatan dengan alam metafizika
- Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah menghubungkan segala
kegiatan mereka dengan alam metafizika. Elemen ketuhanan dan mencari
kebenaran merupakan asas etika perlaksanaan mereka.
- Setiap aktiviti penyelidikan dan penemuan hendaklah berasaskan galakan
untuk meneroka khazanah alam berdasarkan etika Islam serta memburu
kebenaran wujudnya pencipta.
- Dorongan ketuhanan dan mencari hakikat serta kebenaran menjadi asas
bagi kegiatan penyelidikan para saintis, teknokrat dan jurutera.
132
KESIMPULAN
Islam agama yang meraikan sebarang bentuk pemodenan dan pembangunan dalam
bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Namun, usaha ke arah pembangunan tersebut
hendaklah mengikuti prinsip syariah dan etika Islam demi memastikan peranan atau objektif
syariah terpelihara.
133
SOALAN PERBINCANGAN
Lengkapkan lembaran kerja di bawah.
BIL PERANAN SYARIAH PERLAKSANAAN PERANAN SYARIAH ISLAM
ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
DIBENARKAN OLEH TIDAK DIBENARKAN
SYARAK OLEH SYARAK
1. Memelihara agama Contoh: Teknologi klon
tumbuh-tumbuhan
2. Memelihara maruah
3. Memelihara nyawa
4. Memelihara akal
5. Memelihara keturunan
6. Memelihara harta
134
TOPIK 5
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN
Topik ini membincangkan pengertian dan peranan kaedah fiqh dalam sains
teknologi dan kejuruteraan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan pengertian kaedah fiqh.
2. Membincangkan peranan kaedah fiqh.
3. Membincangkan konsep asas kaedah fiqh dan aplikasinya.
135
5.0 Pengenalan
Kaedah fiqh merupakan prinsip-prinsip umum yang memainkan peranan penting dalam ilmu
fiqh. Kaedah ini telah berjaya pelbagai permasalahan semasa yang dihadapi oleh umat
Islam khususnya. Ia dibuat oleh para ulama untuk memudahkan proses merujuk sesuatu
masalah fiqh berpandukan prinsip syarak.
5.1 PENGERTIAN KAEDAH FIQH
Kaedah Fiqh Kaedah Fiqh
•Bahasa : Tapak, asas •Bahasa : suatu •Koleksi kaedah utama
rumah dan prinsip. kefahaman. yang bersifat umum
bagi menyelesaikan isu-
isu tertentu.
5.2 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk
1 digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan
kejuruteraan
Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau
asas untuk digunapakai bagi menjadi rujukan
sebelum memulakan penyelidikan.
Setiap persoalan yang baru dalam kajian
sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk
kepada kaedah fiqh bagi menentukan
hukumnya.
136
Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan
2 jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-
isu sains teknologi dan kejuruteraan
Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis,
teknokrat dan jurutera mengenalpasti isu dalam
operasi mereka untuk diselesaikan.
Isu-isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan
mampu ditangani melalui panduan kaedah ini bagi
menjadikan operasi dalam penyelidikan mendapat
rahmat dan berkat Ilahi.
Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi
3 menangani isu-isu kecil dalam sains teknologi dan
kejuruteraan
Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh sangat
sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan atau sampingan
yang timbul dalam sains, teknologi dan kejuruteraan.
5.3 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Setiap Sesuatu Itu Bergantung Kepada Tujuannya
1
الامور بمقاصدها
1. Kaedah ini memberi maksud setiap amalan seseorang samada
pertuturan atau perbuatan, maka kedudukan atau hukum bagi
amalan tersebut adalah bergantung kepada niat atau tujuannya.
2. Persoalan yang timbul adalah apabila amalan yang dilakukan
tersebut mempunyai tujuan atau niat yang bukan untuk ibadat.
Mungkin juga berlaku sebahagian amalan tersebut bertujuan
ibadat dan sebahagian yang lain untuk tujuan tertentu.
137
3. Rujukan utama kaedah ini adalah hadis riwayat Saiyidina Umar al-
Khattab yang bermaksud:
انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرء ما نوى
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya kedudukan bagi amalan tersebut adalah tertakluk
kepada apa yang diniatkan".
Maksud Niat & Kepentingannya
1. Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan
sesuatu perkara.
2. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat,
berpahala atau berdosa, bermanfaat atau bermafsadah kepada
seseorang atau kumpulan.
3. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang
samada mendapat darjat amalan soleh atau amalan toleh,
mendapat status sekadar membuat amalan atau mencapai tahap
seronok beramal, mendapat balasan syurga atau mendapat status
reda Allah SWT.
Perbincangan Kaedah
1. Amalan selain adat seperti beriman kepada Allah SWT tidak perlukan niat kerana ia
sudah dimaklumi berbeza dengan yang lain.
2. Ibadat khusus seperti solat tidak disyaratkan niat ibadat kecuali bagi penentuan
klasifikasinya seperti berniat solat fardu bagi membezakan dengan solat sunat atau
niat solat zohur bagi membezakan waktu.
3. Niat diperlukan bagi menentukan jenisnya samada wajib seperti nazar dan kaffarat
atau sunat contohnya puasa.
4. Bagi amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan bagi tujuan mencapai
status ibadat atau bernilai di sisi Allah SWT dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
138
i. Kajian, rekaan dan penyelidikan hendaklah bertujuan baik dan menepati
syarak. Contohnya menghasilkan telefon pintar yang boleh memudahkan
dan membantu kerja manusia.
ii. Setiap perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat di atas
hendaklah disusun dengan baik dan menepati kualiti syarak dan semasa.
Contohnya menghasilkan sistem pengurusan yang mampu menjadikan kerja
tersusun dan efektif.
iii. Mendahulukan sesuatu yang terpenting daripada yang penting sebagaimana
yang diminta oleh tujuan syariat. Contohnya menyelamatkan nyawa ramai
manusia menjadi keutamaan dalam menghasilkan kenderaan berbanding
untuk tujuan keuntungan.
Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak
2 اليقين لا يزال بالشك
1. Kaedah ini menjelaskan keyakinan pada sesuatu perkara tidak boleh diubah kerana
sesuatu keraguan. Perubahan keyakinan boleh berlaku seandainya terdapat
keyakinan lain yang mampu mengubah keyakinan asal. Contohnya jika seseorang
berkeyakinan bahawa dia berada pada rakaat kedua dalam solat zohur, maka tiada
sebab dia perlu menambah satu rakaat untuk menghabiskan solat zohurnya.
Meskipun dia merasa syak atau ragu tentang rakaatnya samada dua atau tiga. Maka
ketika itu dia hendaklah memegang keyakinannya yang asal iaitu hanya menambah
dua rakaat sahaja.
2. Keyakinan adalah sesuatu yang dipegang atau dipercayai benar pada asal sesuatu
perkara. Syak atau ragu pula bermaksud ketidakyakinan atau ketidakpastian
terhadap sesuatu perkara.
3. Kaedah fiqh menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh
berubah dengan sewenang-wenangnya oleh gangguan syak atau keraguan yang
tidak pasti status kebenarannya.
139