The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminakmal12, 2022-10-17 14:11:30

BUKU PANDUAN CERAMAH PPUMKP 2022

BUKU PANDUAN CERAMAH PPUMKP 2022

PRU-15

RAHSIA

PA N D U A N PENERANGAN
PEMUDA UMNO
CERAMAH
BAHAGIAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO KUBANG PASU

BAHAGIAN KUBANG PASU

KANDUNGAN

KEGAGALAN PH SEBAGAI
KERAJAAN

4 PH Gagal Urus Ekonomi
25 Kepimpinan PH Lemah
71 Hak Istimewa Melayu & Bumiputera
85 The Rule Of Law
114 Divide An Rule
121 PH Membelakangkan Perlembagaan
125 Ekonomi Rakyat - PH Pinggirkan

Colongan B40
132 Kualiti Pendidikan Jatuh
137 Kakistokrasi
142 Fitnah & Persepsi
151 Tidak Menghormati Institusi Beraja
153 Dosa-dosa Besar PH Kepada

Kakitangan Awam, Nelayan Dan
Petani

KEGAGALAN PPBM SEBAGAI
KETUA KERAJAAN

158 Ekonomi
168 Demokrasi
177 Penganiayaan & Persepsi

Dasar Yang Flip Flop, Menekan Dan
179 Tidak Membantu Rakyat
191 Salah Laku Pemimpin
194 Menteri BERSATU/PAS/PBB Tidak

Kompeten

KEGAGALAN
PH SEBAGAI
KERAJAAN

RAHSIA

PH CAGAL
URUS EKONOMI

5 KEDUDUKAN EKONOMI MALAYSIA JATUH
6 MENJUAL HARTA NEGARA
9 KRONI MAHATHIR KAYA
10 RAKYAT DIPAKSA IKAT PERUT
12 MENTERI KEWANGAN BODOH
13 TONY PUA ROSAKKAN EKONOMI
13 SST GAGAL
16 KAKISTOKRASI PH JAHANAMKAN EKONOMI
18 KERAJAAN U TURN
19 DASAR EKONOMI KURANG JELAS
PH TIDAK DIYAKINI PELABUR
21 HUTANG NEGARA MENINGKAT

22

RAHSIA

PH GAGAL URUS EKONOMI

1. KEDUDUKAN EKONOMI MALAYSIA JATUH

Dibawah Pentadbiran Barisan Nasional, Bank Dunia telah menaikkan unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2018 kepada 5.4
peratus daripada 5.2 peratus sebelum ini. Malahan, Bank Dunia turut
menjangkakan bahawa Malaysia berada di daiam landasan untuk mencapai
status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2020 dan 2024.

Namun demikian, sebaliknya berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Kegagalan menguruskan ekonomi dan kewangan negara hingga mengakibatkan
Bank Dunia menerusi laporannya bertajuk World Bank East Asia and Pacific
Economic Update. October 2018 : Navigating Uncertainty menyatakan bahawa
unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara telah merosot
daripada 5.4 peratus sebelum ini kepada 4.9 peratus pada tahun 2018. Malahan
unjuran ekonomi untuk tahun 2019, terus merosot kepada 4.5 peratus untuk tahun
2019.

Tidak cukup dengan itu, KDNK negara juga dijangka merosot kepada 4.9 peratus
berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 5.9 peratus menyaksikan penurunan 0.5
peratus, meletakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia di belakang negara-negara
serantau negara seperti Indonesia. Filipina, Vietnam, Kemboja. Laos, Myanmar dan
Mongolia yang dijangka mengalami peningkatan KDNK yang jauh lebih tinggi
berbanding Malaysia untuk tempoh 2018-2020 sedangkan sebelum ini kedudukan
ekonomi negara tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding Malaysia.

PAGE 5

RAHSIA

Pada Oktober 2018, media utama Jepun, Nikkei memberi gambaran keadaan
ekonomi Malaysia semasa adalah buruk.

Pada 3 April 2019, Moody's Investors Service menyemak semula dengan
menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tabun ini
dan 2020. masing-masing kepada 4.4 peratus dan 4.3 peratus berbanding 4.7
peratus dan 4.5 peratus yang diunjurkan pada awal tahun.

Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon
pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.

Pada 9 Januari 2019. institusi kewangan utama Jepun, Nomura
menurunkan penarafan untuk saham Malaysia dan memberi amaran yang
sama bahawa penarafan kredit negara bakal diturunkan juga. Ini kerana hutang
negara semakin bertambah akibat defisif kerajaan yang semakin naik bagi tahun
2018 dan 2019 berbanding defisit negara yang semakin menurun tiap-tiap tahun di
bawah kerajaan BN.

Pada 13 Mac 2019. Bloomberg melaporkan Malaysia satu-satunya pasaran
yang mencatatkan penurunan. Menurut media antarabangsa itu, indeks FBM
KLCI susut lebih 1% tahun ini, manakala Singapura melonjak 5% dan Indonesia
pula naik 3%.

2. MENJUAL HARTA NEGARA

Setahun memerintah kerajaan Pakatan Harapan sekurang-kurangnya telah
menjual lebih RM20 bilion aset negara. Secara purata, setiap hari sebanyak
RM51 juta aset negara dijual. bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara
terjual setiap jam di bawah Pakatan.

Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42
bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM 1.25 bilion), Telco Ml
(RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion),
Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank [RM0.415 bilionj, CIMB (RM0.364
bilion),

PAGE 6

RAHSIA

Hotel Royale Chelan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong
yang telah pun mempunyai pembeli dan China (RM 1.6 bilion).

The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus
menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders,
Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS),
dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia
Airlines Berhad (MAB atau iebih dikenali sebagai MAS).

Penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga
RM8.42 bilion, sedangkon keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-
4 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Penjualan aset negara bernilai RM3.7 biiion (50% kepentingan) dalam syarikat
Sapura Upstream Sdn Bhd yang drmilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari
Austria.

Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat
insurant Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM 1.25 bilion kepada syarikat UK.
iaitu Bupa.

Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco Ml juga telah
dijual kepada Singapura dengan harga RM 1.65 bilion.

Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM
1.05 bilion.

April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual pemiagaan digital mereka
(Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO
Unibank Inc telah dijual kepada Filipino dengan harga RM415 juta yang juga di
bawah harga pasaran.

PAGE 7

RAHSIA

DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat
Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh
tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut
akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan
63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga
RM364 juta atau horga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB
adalah pada harga RM7.3O. Sudahlah harga saham merudum. hasil jualan pula
kurang RM86 juta.

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat
Singapura dengan harga RM 197 juta.

Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya
yang berharga RM1.2 bilion pada April 201)9.

Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan
Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh
langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely. Disebalik kesemua
penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak
menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit
bernilai RM4,13 bilion di Kalimantan, Indonesia.

Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh
kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM 1.1 bilion,
sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan
Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion.

PAGE 8

RAHSIA

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019
tidak menolak sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk
Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan
nilai lebih baik pada masa depan.

3. KRONI MAHATHIR KAYA

Tan Sri Ting Pek Khiing yang selama ini telah mendiamkan diri selama 16 tahun
akibat diisytiharkan muflis sejak 1991 telah diberikan tender untuk membangunkan
Projek Bandaraya Baharu Langkawi, yang dijangka bemilai kira-kira RM30 bilion itu
akan dibangunkan di atas 81 hektar tanah yang ditebus guna di barat pulau
berkenaan. Sebelum pada tahun 1194, beliau telah mendapat projek bernilai RM 15
Bilion melalui Syarikat Ekran Bhd untuk membina Empangan Hidroelektrik Bakun
namun ianya gagal dan mengalami kerugian atas alasan krisis ekonomi.

Tan Sri Syed Mokhtar, menerusi syarikat Malakoff telah membeli kesemua
kepentingan Khazanah Nasional di dalam syarikal air dan elektrik Saudi Arabia
dengan nilai AS$70 juta (RM289 juta). Untuk makluman, syarikat Saudi Arabia
mencatat keuntungan setiap tahun namun kini ianya dijual dan akan memberikan
keuntungan kepada Malakoff.

Robert Kuok, pada tahun 2018 menerusi syarikat Wilmar dan Yihai & Kerry
Investment yang mana pemegang saham terbesar dimiliki oleh keluarga Robert
Kuok telah menandatangani perjanjian bernilai US$726 juta diantara pemilik
perusahan kelapa sawit terbesar Indonesia, PT Wilmar Nabati Indonesia dan
Cofco China, dan Yihai and Kerry Investment Co Ltd. Perkembangan
perjanjian pengimportan minyak sawit oleh China dari Indonesia ini amat
membimbangkan industri kelapa sawit Malaysia. Manakala pada 4 Mac 2019,
Menteri Industri Utama, Teresa Kok telah mengumumkan bahawa Malaysia-China
telah menanda tangani beberapa perjanjian berjumlah USD 891 juta yang
melibatkan 1.62 juta tan kelapa sawit dari Malaysia ke China melibatkan 4 perjanjian
dan antara salah satu perjanjian terbesar melibatkan di antara Yihai Kerry [Shanghai)
International Trode Co Ltd, dengan PGEO Marketing Sdn Bhd l.3 juta ton. Sekali

PAGE 9

RAHSIA

lagi syarikat milik Robert Kuok mendapat keuntungan daripada hasil perjanjian ini.
Datuk Seri Mokhzani Mahathir, yang mempengerusikan Opcom Holdings

memperoleh kontrak bernilai RM 11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM),
beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-14. Mokhzani juga merupakan ketua
pegawai eksekutit (CEO) syarikat berkenaan. Opcom dalom satu kenyataan
kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah menerima surat penganugerahan
kontrak "Rakan Unifi" pada 14 Mei 2018. Kontrak yang bermula dari 2 Julai 2018
sehingga 31 Dis 2019, adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan
perkhidmatan Unifi.

4. RAKYAT DIPAKSA IKAT PERUT

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBPT) berkurangan sebanyak RM67.9
juta daripada RM 185.9 juta yang diperuntukkan pada tahun 2018 kepada RM118
juta pada tahun 2019.
Biasiswa Kecil Persekutuan yang diberikan kepada pelajar daripada keluarga
berpendapatan bawah RM 1.500 yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum juga turut mengalami nasib yang sama apabila berkurangan sebanyak
RM28 juta daripada peruntukan tahun 2018 iaitu berjumlah RM 118 juta berbanding
RM90 juta untuk tahun 2019.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga mengalami pengurangan sebanyak RM
10.9 juta daripada peruntukan tahun 2018 iaitu berjumlah RM 299.9 juta berbanding
tahun 2019, Pakatan Harapan hanya memperuntukan sebanyak RM289 juta sahaja.

PAGE 10

RAHSIA

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang sekadar dijenamakan semula kepada
Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh Pakatan Harapan mengalami penurunan daripada
RM 7 bilion pada tahun 2018 kepada hanya RM 5 bilion pada tahun 2019.
Digantikan dengan kadar baru iaitu pertama, isi rumah berpendapatan bulanan
RM2.000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM 1,000,
kedua, isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2.001 hingga RM3.000 akan
menerima bantuan berjumlah RM750 dan ketiga, isi rumah berpendapatan
bulanan dari RM3,001 hingga RM4.000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
Manakala, tambahan RM 120 akan diberikan untuk setiap anak berumur 18 tahun ke
bawah namun ianya terhad kepada 4 orang sahaja.

Subsidi Baja Padi, daripada peruntukan sebanyak RM 465,000,000 di dalam Bajet
2018 diturunkan kepada RM 232,500,000 di dalam Bajet 2019 iaitu penurunan
sebanyak 50%.

Insentif Pengeluaran Padi, daripada peruntukan sebanyak RM 563,000,000 di dalam
Bajet 2018 diturunkan kepada RM 281,500,000 di dalam Bajet 2019 iaitu penurunan
sebanyak 50%.

Elaun Sara Hidup Nelayan Dan Insentit Hasil Tangkapan Ikan, daripada peruntukan
sebanyak RM 262,000,000 di dalam Bajet 2018 diturunkan kepada RM 98,500,000
di dalam Bajet 2019 iaitu penurunan sebanyak 38%.

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat, daripada peruntukan sebanyak RM 12,500,000 di
dalam Bajet 2018 diturunkan kepada RM 3,500,000 di dalam Bajet 2019 iaitu
penurunan sebanyak 28%.

Bantuan Musim Tengkujuh, daripada peruntukan sebanyak RM
261,000,000 di dalam Bajet 2018 dimansuhkan di dalam Bajet 2019.

PAGE 11

RAHSIA

Pemberian Bantuan Bulanan Sebanyak RM200 Kepada Petani Dalam Tempoh Tiga
Bulan Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi, daripada peruntukan sebanyak RM
150,000,000 di dalam Bajet 2018 dimansuhkan di dalam Bajet 2019.
.
Peruntukan kepada orang asli menurun sebanyak RM4 juta daripada RM 115 juta di
dalam Bajet 2018 kepada RM 111 juta di dalam Bajet 2019. Babken, peruntukan
program Bantuan Makanan Komuniti untuk orang asli yang diperuntukkan sebanyak
RM50 juta pada tahun 2018 oleh Barisan Nasional juga kini telah dihapuskan di
dalam Bajet 2019.

5. MENTERI KEWANGAN BODOH

Pada 24 Mei 2018, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan jumlah
hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM 1.087 trilion atau 80,3
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat31 Disember 2017.
Kaionya, jumlah itu merangkumi hutang rasmi Kerajaan Persekutuan RM686.8 billon
atau 50.8 peratus daripada KDNK, jaminan Kerajaan RM 199.1 bilion atau 14.6
daripada peratus KDNK, serta pembayaran pajakan untuk projek Kerjasama Awam
Swasia (PPPJ seperti pembinaan sekoiah, asrama, jalan raya. balai polls dan hospital
berjumlah RM201.4 bilion atau 14 9 peratus KDNK. Susulan pengumuman itu, Bursa
Malaysia mengalami penurunan mendadak tiga hari berturut-turut berikutan
reaksi keterlaluan terhadap paras hutang negara.

Bursa Malaysia terus menyusut apabila ditutup rendah pada 24 Mei 201B susulan
lekanan jualan terhadap saham-saham wajaran tinggi akibat kebimbangan
mengenai paras hutang negara, kata peniaga. Penanda aras FTSE Bursa
Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras 1,775.66 iaitu susut 28.59 mata
berbonding 1,804,25 sewaktu ditutup pada Rabu. Ketika dibuka, indeks utama
menamboh 4.07 mata kepada 1,808.32 dan bergerak dalam lingkungan antara
1.768.18 dan 1,809.90 sepanjong tempoh dagangan hari ini. Peniaga berkata, paras
hutang semasa negara yang melebihi RM I trilion berkemungkinan
menjejaskan keyakinan pelabur tempatari serta asing terhadap bursa tempatan.

PAGE 12

RAHSIA

6. TONY PUA ROSAKKAN EKONOMI

Poda 9 Oktober 2018, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) dijangka akan mengkaji semula dan mencairkan beberapa "aset yang tidak
strategik" sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan. Beliau turut
menyatakan bahawa akan bekejasama dengan sektor swasta tentang bagaimana
aset ini dapat dikorporatkan dan dicairkan secara tersusun.

Namun demikian kenyataan beliau disanggah oleh Timbalan Menteri Hal Ekonomi,
Mohd Radzi Md Jidin yang menyatakan bahawa pandangan tersebut bukanlah
pendirian rasmi kerajaan.

SST GAGAL

1. SST GAGAL TURUNKAN HARGA BARANG

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk lr. Amirud-din Hamzah pada 20 Februari 2019

menyatakan bahowa Kerajaan mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST] tidak

mampu mengurangkan harga barang sehinggo kerajaan terpaksa menubuhkan

jawatankuasa khas yang terdiri daripada Kementerian Kewangan dan

Kementerian Perdagangan Datam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tambah beliau kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang
mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bilion setahun. Kehilangan
hosil sebanyak RM23 bilion juga tidak menyebabkan harga barangan turun
hinggakan rakyat juga masih mengeluh walaupun peningkatan harga yong berlaku
tidaklah terlalu banyak.

PAGE 13

RAHSIA

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 18 Oktober 2018 menyatakan bahawa
perubahan harga barangan tidak dipengaruhi oleh faktor Cukai Jualan
dan Perkhidmatan (SSI) semata-mata, tetapi juga disebabkan oleh faktor
lain, seperti masalah permintaan dan penawaran, kadar tukaran wang asing,
harga pasaran minyak dunia dan margin keuntungan peniaga. Kenyataan ini dibuat
bagi menafikan kegagalan Pakatan Harapan unfuk menurunkan harga barang
menerusi pelaksanaan SST.

Pada 7 Januari 2019 operator rangkaian makanan segera, KFC dan Pizza Hut. QSR
Brands (M) Holdings Bhd memberi alasan terpaksa menaikkan beberapa harga
menunya berlkutan peningkatan kos pengeluaran. Alasan itu diberikan kepada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
ketika pertemuan pengurusan tertinggi syarikat itu bersama Menteri. Datuk

Saifuddin Nasution Ismail. Namun, punca kenaikan tersebut adalah disebabkan
pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menggantikan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kerajaan PH mentadbir negara.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, menyifatkan bahawa Kerajaan
Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat kesilapan besar apabila ingin
melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kembali bagi menggantikan
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana secara praktikalnya GST lebih efisien
berbanding SST yang lebih terdedah kepada ketirisan kerana ianya cukai satu
peringkat sahaja dan sukar untuk drawasi. Menurutnya, jika cukai SST dikenakan
pada kadar 10 peratus, harga barangan seiain makanan segar dan dalam tin akan
melambung naik bebeza semasa GST dilaksanakan.

PAGE 14

RAHSIA

2. GST HAPUS PH KENALKAN CUKAI BARU

Cukai minuman bergula (Cukai Coke) termasuk jus buah-buahan yang
mengandungi gula pada kadar 40 sen seliter.

Levi Peiepasan Luar Negara, RM20 jika menuju ke negara ASEAN dan RM40
jika ke negara lain.

Cukai kepada penyedia perkhidmatan digital asing sebanyak 6% dan kos
tersebut akan ditanggung oleh pengguna.

Subsidi minyak bersasar hanya kepada B40, manakala M40 dan T20 akan
membeli petrol tanpa subsidi (mengikut harga pasaran semasa, namun

statusnya masih tergantung sehingga kini).

Pengenalan cukai baharu ini sememangnya akan memberi kesan kepada ekonomi
rakyat kerana pengusaha akan mengalihkan kadar cukai tersebut kepada
pengguna yang membeli barangan atau menggunakar perkhidmatan mereka.

3. HARGA BARANG NAIK RAKYAT DERITA

Kenaikan harga barang makanan dan minuman oleh para peniaga telah
mengakibatkan berlakunya peningkatan mendadak di dalam kos sara hidup rakyat.
Alasan kenaikan harga barang yang diberikan oleh para peniaga adalah disebabkan
oleh pelaksanaan SST yang mengakibatkan mereka tidak mempunyai pilihan lain
selain menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual.

Akibatnya, sebanyak 4,000 aduan mengenai kenaikan harga makanan dan minuman
yang diterima KPDNHEP setiap bulan. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution
Ismail berkata lebih 50 peratus aduon yang diterima ialah mengenai kenaikan harga
makanan dan minuman di premis makanan, 'food court' dan restoran.

PAGE 15

RAHSIA

KAKISTOKRASI PH JAHANAMKAN EKONOMI

1. PENDAPATAN RAKYAT BERKURANG
Kadar gaji permulaan siswazah baharu menurun:

GAJI POKOK BULANAN BENAR MINIMUM BAGI PEKERJA YANG DIAMBIL BEKERJA
TANPA PENGALAMAN KERJA TERDAHULU (2010 DAN 2018)

Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia menggunakan data daripada Kaji Selidik
Gaji MEF Eksekurtif dan Bukan Eksekurtif 2010 dan 2018 yang terbitkan Persekutuan
Majikan Malaysia

BERITA HARIAN 27 MAC 2019

Diploma: RM 1,376 pada 2018 berbanding RM 1.458 pada 2010.

Ijazah Sarjana Muda: RM 1,983 pada 2018 berbanding RM 1.993 pada 2010,

Ijazah Sarjana: RM2.707 pada 2018 berbanding RM2.923 pada 2010.

Pengurangan kadar gaji permulaan ini sememangnya memberi kesan yang ketara
terhadap kos sara hidup rakyat kerana harga barangan dan perkhidmatan semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula, sebaik sahaja para siswazah
menamatkan pengajian. tempoh pembayaran semula pinjaman PTPTN juga telah
bermula.

2. PELUANG KERJA TERHAD

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara
merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286
penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktit
dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

PAGE 16

RAHSIA

Lebih malang, ramai dalam kalangan siswazah menganggur itu adalah anak-anak yang
menjadi harapan keluarga masing-masing yang selama ini tergolong dalam kelompok
kumpulan isi rumah terendah. B40 dan keluarga miskin.
Malahan Pakatan Harapan masih lagi gagal untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan
baru untuk anak muda seperti mana yang telah dijanjikan sebaliknya mengutarakan idea agar
anak muda untuk menjadi pemandu Gojek. Adakah ini idea baru dan realistik yang
dicadangkan oleh Pakatan Harapan.
3. EKONOMI TERENCAT RAKYAT DIBUANG KERJA
Kajian Separuh Penggal RMK-11: Kadar pengangguran dinaikkan kepada 3.5% berbanding
sasaran asal 2.8%. Hal ini bermaksud, Pakatan Harapan tiada perancangan yang jelas untuk
memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik. Keadaan ekonomi yang merosot akan
memberi kesan kepada peluang pekerjaan, seterusnya kepada peningkatan kadar
pengangguran.
Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dalam tempoh setahun (sejak Mei 2018):

-Sektor Awam: 1.691 daripada 14,689 pegawai awam lantikan kontrak ditamatkan
perkhidmatan.

- Sektor Swasta: 32,929 orang diberhentikan akibat ketidakstabilan pasaran ekonomi tiada
permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan serta penutupan perniagaan.

Keadaan ini juga dijangka akan berterusan dan berpanjangan di masa akan datang sekiranya
keadaan ekonomi tidak diurus dengan baik akibat penarikan diri oleh para pelabur dan
sebagainya.

PAGE 17

RAHSIA

KERAJAAN U TURN

1. PELABUR LARI DARI MALAYSIA

Pada 10 Julai 2018. Nikkei iaitu akhbar kewangan terbesar di dunia dengan
edaran leblh tiga juta naskah melaporkan dua bulan selepas peralihan kuasa di
Malaysia, dana saham terus mengalir keluar dari negara disebabkan pelabur tetap
tidak yakin bahawa Dr. Mahathir boleh mewujudkan laluan pertumbuhan
yang berdaya maju.

Akhbar tersebut meiaporkan. dasar-dasar kewangan yang tidak kukuh
termasuk pemberhentian cukai barangan dan perkhidmatan [GST) telah
menyumbang kepada penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika
Syarikat (AS) dan masih menyaksikan penurunan.

2. DULU KRITIK PROJEK ECRL SEKARANG BUAT SEMULA

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Sebeium PRU-14 PH meyatakan
bahawa ECRL odalah projek jual negara kepada China, tuduh kos sebenar hanya
RM29 bilion dan yang selebihnya adalah rasuah, menyatakan bahawa ECRL
adalah projek yang membazir dan berjanji untuk membatalkan ECRL jika PH
menang PRU14.

Selepas PRJ-14 PH meneruskan pembinaan projek ECRL alas alasan ianya
mampu membangunkan ekonomi negara dan merapatkan hubungan
dengan negara China. Walaupun ECRL diteruskan dengan kos pembinaan
dikurangkan kepada RM44 bilion ialtu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion
daripada kos asal RM65.5 bilion. Namun ianya melibatkan pengurangan
spesifikasi. Negara China diberikan 50% kepentingan dalam syarikat konsesi ECRL
berbanding 100% milik Malaysia di bawah BN.

PAGE 18

RAHSIA

3. BILION RINGGIT KELUAR DARI PASARAN MODAL

Bloomberg,ancaman terhadap bon Malaysia semakin meningkat dengart
aliran keluar berpotensi sebanyak AS$8 bilion (RM33.06 bilion) ditambah
sentimen kejatuhan ringgit, walaupun berkemungkinan berdepan potongan kadar
faedah.

Tidak cukup dengan itu, FTSE Russell mencetuskan kebimbangan apabila mahu
mengeluarkan Malaysia daripada indeks bon dunia susulan kecairan
pasaran sekali gus menyebabkan kebimbangan aliran keluar modal semakin
tinggi.

4. PASARAN SAHAM, RM DAN FDI JATUH KERANA KERAJAAN PH TIDAK DIYAKINI

Berdasarkan laporan Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018
menunjukkan bahawa Pelaburan Langsung Asing (FDI) menurun daripada
RM 12.0 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada RM 2.8 bilion pada
suku kedua tahun 2018.

Nilai Matawang pada 28 Ogos 2019 adalah RM 4.2105 berbanding USD iaitu lebih
rendah sebelum 8 Mei 2019 iaitu RM 3.9500 berbanding USD

DASAR EKONOMI KURANG JELAS

1.PELABUR LARI DARI MALAYSIA

Berdasarkan anggaran kasar, pelaburan asing sebanyak RM55 bilion telah ditarik
keluar dari pasaran ekuiti dan pasaran bon Malaysia sejak PH menang pada
PRU14.

Pada April 2019, Bloomberg US melaporkan bahawa pelabur sudah
hilang sabar dengan Malaysia dan ramai didakwa telah menarik diri atau
tidak lagi mahu melabur dalam pasaran negara ini.

PAGE 19

RAHSIA

Menurut Bloomberg, pelaburan asing berjumiah US$8 bilion (RM34 bilion) akan
ditarik semula dari negara apabila Malaysia dikeluarkan daripada indeks
global FTSE Russell setelah penarafan bon Malaysia diturunkan.

Tambahan pula, dana berjumiah US$ 1.9 bilion (RM 7.8 Bilion) dari Tabung negara
Norway turut diumumkan akan dikeluarkan daripada Bon Malaysia, la
susulan pengumuman negara tersebut bahawa mereka tidak akan
melabur dalam bon dan sukuk Malaysia lagi,

2. KELEMAHAN LIM GUAN ENG

Kelemahan Lim Guan Eng di dalam menguruskan ekonomi negara
terutamanya berkaitan dengan pelaburan asing jelas kelihatan apabila
menyatakan bahawa PH telah berjaya memperbaiki ekonomi negara
dengan membawa masuk pelaburan asing yang lebih tinggi berbanding BN
iaitu naik sebanyak 94.8 peratus kepada RM21.7 bilion berbanding RM 11.2
bilion pada tahun 2018.

Hakikatnya, RM21.7 bilion jumlah FDI lersebuf sebahagiannya merupakan hasil
daripada penjualan aset-aset negara iaitu RM 8.4 bilion adalah dari Jepun. RM 3.7
bilion dari Austria dan RM 2.8 bilion dari Hong Kong Namun. malangnya, RM 8,4
bilion itu merupakan hasii penjualan aset Khazanah kepada Mitsui don RM3.7 bilion
merupakan hasil penjualan pemilikan 50 peratus saham Sapura Upstream Sdn.
Bhd. oleh syarikat Minyak OMV berpangkalan di Austria.

3. MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN (CEP) GAGAL

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diketuai Tun Daim Zainuddin dilihat gagal
mengemukakan cadangan konkrit berkaitan usaha untuk meningkatkan ekonomi
negara walaupun sudah lebih setahun. Prof. Jomo yang dikatakan pakar
ekonomi juga tidak nampak jelas peranannya. Kenyataannya juga lebih
banyak bersifat politik dan ada kalanya tidak profesional.

PAGE 20

RAHSIA

4. MAJLIS EKONOMI NEGARA GAGAL

Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad gagal
untuk memastikan isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat mendapat
pembelaan sewajamya hinggakan rakyat terus dihimpit kos sara hidup.

PH TIDAK DIYAKINI PELABUR
1. Kerajaan membelanjakan lebih RM 14 juta untuk membiayai lawatan rasmi
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke luar negara sejak setahun lalu.
2. Perbelanjaan terperinci bagi keseluruhan lawatan rasmi ke luar negara yang dibuat
oleh Perdana Menteri bagi tempoh setahun yang Ialu adalah berjumlah RM
14.327,865.05 melibatkan 22 lawatan.
3. Perbelanjaan ini merangkumi pegawai kerajaan yang turut serta dalam setiap lawatan
Perdana Menteri ke luar negara seperlimana yang telah diluluskan oleh Jemaah
Menteri.
4. Namun demikian kesemua lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri
ini gagal untuk membawa pulang sebarang pelaburan baru bagi meningkatkan
pendapafan negara sebaliknya Sanya merupakan suatu pembaziran wang rakyat.

PAGE 21

RAHSIA

HUTANG NEGARA MENINGKAT

1.KE MANA DIBELANJA DUIT?

Berdasarkan laporan Buletin Suku Tahunan, Suku Kedua 2019 Bank Negara
Malaysia, hutang negara meningkat daripada RM686.8 billion pada tahun
2017 kepada RM 799.1 bilion.

Justeru itu, timbul persoalan ke manakah hasil wang kutipan Tabung Harapan
berjumlah RM 202,716.775.10 sehingga 14 Januari 2019 dibelanjakan, bukankah
alasan ianya diwujudkan sehingga mengheret rakyat untuk bersama-sama
membuat sumbangan bagi mengurangkan jumlah hutang yang tinggi
ditinggalkan oleh BN?

Mengapakah paras hutang semakin tinggi sekiranya wang terbabit benar-benar
digunakan untuk menyelesaikan beban hutang yang ditinggalkan oleh BN?

2. ASET DIJUAL HUTANG BERTAMBAH

Sehingga kini jumlah dianggarkan sebanyak RM20 bilion aset negara telah
dijual. Secara purata, setiap hah sebanyak RM51 juta aset negara dijual.
bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah
Pakatan.

Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42
bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion). Acibadem Sigort (RM 1.25 bilion), Telco Ml
(RM 1.65 bilion), saham TNB (RM 1.05 bilion), Boustead Plantation (RM 1.2 bilion),
Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB
(RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RMO.197 bilion), dan juga bangunan
Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM
1.6 bilion)

PAGE 22

RAHSIA

Namun demikian. hutang negara makin meningkat walaupun asset negara
telah banyak terjual di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

3. ZAMAN BN BAYAR HUTANG ZAMAN PH MENAMBAHKAN HUTANG

Pada tahun 1981 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawatmjawatan
Perdana Menteri, hutang negara pada ketika itu adalah berjumlah RM
23 Bilion. Namun demikian apabila beliau meletakkan jawatan pada
tahun 2003. hutang negara yang ditinggalkan oleh beliau berjumlah RM 188
bilion.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh dasar penswastaan syarikat
kerajaan seperti TNB, MAS, PERWAJA dan Iain-Iain. Tun Dr. Mahathir juga
bertindak mengalihkan perbelanjaan kerajaan kepada swasta untuk
pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, LRT, Monorail dan ERL.

Hutang ini kemudiannya diwariskan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau

kemudiannya terpaksa membelanjakan puluhan billion untuk menyelamatkan STAR

LRT, Putra LRT, Monorail & Bas Intrakota. Beliau juga melaksanakan projek

"landasan berkembar" yang sebelum ini diberi kepada kroni Mahathir.

Apabila Dato' Sri Najib Razak mengambil alih pentadbiran beliau menghapuskan
sebahagian tol peninggalan Mahathir, membina beberapa lebuh raya tanpa
tol. membina jaringan pengangkutan mega seperti MRT dan ECRL tanpa
penswastaan dan merombak perjanjian IPP yang berat sebelah.

Ini semua dilakukan membabitkan kos beratus bilion ringgit dalam bentuk hutang
kerajaan.

Punca hutang kerajaan hari ini jelas melalui projek-projek mega berimpak tinggi
dilakukan sendiri oleh Kerajaan.

PAGE 23

RAHSIA

Hutang kerajaan zaman Najib hanya meningkat sekali ganda dari zaman Pak
Lah. Namun hutang kerajaan yang Mahathir tinggalkan hampir 6 kali
ganda dari zaman Hussien Onn.
Tambahan pula, di zaman pentadbiran PH tanpa mewujudkan projek-projek mega
baru yang menjana ekonomi negara. Hutang negara terus meningkat tanpa
sebab dan alas an yang munasabah demi kepentingan dan kemakmuran
rakyat

4. MALAYSIA BAKAL HADAPI KRISIS KEWANGAN

Trend hutang negara yang kian meningkat berpotensi untuk meletakkan
negara di dalam kancah krisis kewangan yang meruncing seperti mana
yang berlaku di Greece.
Krisis hutang Greece bermula pada penghujung 2009 dan negara itu
merupakan negara pertama dalam kalangan zon euro (eurozone) yang
ditimpa krisis hutang. Kesan kemelesetan ekonomi. pengurusan
kewangan yang lemah, boros berbelanja untuk menjadi negara
berkebajikan dan rasuah merupakan antara punca kejatuhan ekonomi Greece.
Kesan daripada krisis kewangan ini membawa Greece ke kancah masalah seperti
pengangguran, peningkatan kos barangan dan perkhidmatan, pengurangan
gaji. masalah insurans kesihatan, pembangunan sosial rakyat Greece terjejas
dan sebagainya. Malah, agensi penarafan Standard & Poor's telah
menuruntaraf bon kerajaan Greece

PAGE 24

RAHSIA

KEPIMPINAN
PH LEMAH

26 JANJI MANIFESTO GAGAL DITUNAI
28 MENTERI GAGAL FOKUS ISU RAKYAT SEBALIKNYA TUMPU PERKARA LAIN
29 BANTUAN DITARIK DAN DIKURANG
32 HARTA DAN ASET DIJUAL, KEBAJIKAN RAKYAT TETAP TERABAI
37 GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT
40 MENTERI PENIPU
46 PEMIMPIN TIDAK BERMORAL
50 PEMIMPIN MELAYU PH LEMAH
55 PERDANA MENTERI LEMAH
58 MENTERI PH LEMAH
62 KERAJAAN PH TUNGGANG DAP
67 CULT GOVERMENT
70 BEREBUT KUASA

RAHSIA

KEPIMPINAN PH LEMAH

1. JANJI MANIFESTO GAGAL DITUNAI

PTPTN - Di daiam manifesto PH mengatakan yang mereko mahu membuat penangguhan

bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang bergaji kurang dari RM4.000

sebulan. Namun hakikatnya, para peminjam perlu meneruskan pembayaran

mengikut kaedah dan jumlah yang mereka bayar sebelum ini seperti biasa. Malah

peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan juga perlu melunaskan

pinjaman itu tanpa ada sebarang pengecualian.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan potongan gaji berjadual akan
dilaksanakan ketika membentangkan Belanjawan 2019. Cara pemotongan gaji itu
adalah untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM 1,000 sebulan. Pembayaran
balik PTPTN dengan cora potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus dari
pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM 1,000 sebulan.

PENGHAPUSAN TOL - Langkah menghapuskan tol yang dicanang oleh PH daiam
manifesto PRU14 ternyata adalah tinaakan populis dan tidak realistik. Yang pastinya,
sehingga kini manifesto ilu masih belum dapat ditunaikan sepenuhnya. Pengakuan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol di
negara ini tidak mungkin wujud membuktikan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH)
satu penipuan. Penipuan itulah yang telah mengelirukan rakyat sehingga mereka
terpedaya mengundi PH pada PRU 14 yang lalu.

Dr. Mahathir menjelaskan, lebuh raya tanpa tol di negara ini tidak mungkin dapat
dilaksanakan dan jika mahukan laluan percuma, kerajaan mungkin terpaksa
menaikkan harga minyak. Pengumuman ini menyerlahkan Kerajaan PH mungkin telah
menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan.
Sekaligus menunjukkan janji manifesto itu hanya sebagai janji atau 'gula-gula' politik
bagi meraih undi.

PAGE 26

RAHSIA

Apa yang pasti, Kerajaan PH pada hari ini hanya memberikan cadangan yang
tidak realistik iaitu mekanisme penghapusan tol lebuh raya, khususnya membabitkan
kadar percuma pada waktu bukan puncak antara jam 11 malam hingga 5 pagi dan
mencadangkan pengantian mekanisme kutipon tol sedia ada dengan ,caj kesesakan
yang akan diperkenalkan.

LANTIKAN POLITIK - Pakatan Harapan pernah berikrar sebelum PRU 14 yang lalu
bahawa tidak akan ada lantikan politik dalam syarikat kerajaan GLC. Namun
kini, Pakatan Harapan (PH) dipersoal kerana meneruskan amalan membuat lantikan
politik dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan
(GLIC).

Pelantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac
lepas adalah salah satu bukti Kerajaan pada hari ini tidak boleh dipercayai.

Tambahan, pada 20 Ogos yang lalu, YB Syed Saddiq telah melantik 13 orang pemuda
Armada iaitu sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi
menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyelarasan Pembangunan Sukan, Majlis Sukan
Negara. Senarai 13 individu itu didedahkan oleh FB Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, di
mana sebahagiannya telah mengaku bahawa mereka sememangnya ahli parti
Bersatu.

TIADA TENDER TERBUKA - Kementerian Kewangan melalui Menterinya Lim Guan Eng,
mencabul hak syarikat lain dan mempunyai kepentingan tersendiri apabila memberikan
terms tender percetakan Buku Teks Dwibahasa (DLP) Pentaksiran Tingkaian 3 (PT3)
tanpa melalui proses tender yang telus dan adil.

Pemberian kontrak mencetak buku itu pula diberikan kepada penerbit dan bukan kepada
pencetak buku yang mempunyai kapasiti serta keupayaan yang jauh lebih baik
untuk mengeluarkan buku tersebut tepat pada waktunya.

PAGE 27

RAHSIA

Walau apa juga alasan yang diberikan, Kementerian Kewangan perlu membuat
tawaran secara tender terbuka bukannya secara rundingan terus bagi mengelak
daripada memberi projek hanya kepada kroni atau individu yang tidak layak.

Persoalan yang perlu dijawab ialoh mengapa projek ini diberikan bukan
kepada ahli dalam persatuan pencetak bumiputera. Apakah penerbit itu
mempunyai keupayaan untuk mencetak projek dalam skala besar itu?

2. MENTERI GAGAL FOKUS ISU RAKYAT SEBAUKNYA TUMPU PERKARA LAIN

Masyarakat pada hari ini berasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup, cukai
yang bertambah serta ketidakupayaan Kerajaan PH menaikkan paras gaji minima
seperti yang dijanjikan. Namun, prestasi Menteri di dalam Kabinet PH sangat
memalukan.

KASUT HITAM - Pemakaian kasut berwarna hiiam oleh murid serta pelajar di semua
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan mula dikuatkuasakan
sepenuhnya bermula 2021 melihatkan tahap kecerdikan Menteri dalam melihat
perkora yang lebih penting seperti soal kebajikan mahupun tahap pembelajaran
pelajar sekolah.

KERETA TERBANG - Pelapor khas daripada Pertubuhan Bangsa-Bongsa Bersatu
(PBB) Prof. Philip Alston mengkritik projek tersebut dengan mengatakan ia
tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia dengan alasan negara ini
sering terdedah kepada ribut dan kenderaan Itu akan menggunakan terlalu
banyak bahan bakar fosil.

Projek kereta ini akan membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang
sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim
yang kini mula ferasa. Pelbagai bantuan serta subsidi ditarik. Kerajaan PH
hanya memikirkan mengenal kereta terbang, kereta nasional ketiga dan Gojek.

Lima keperluan utama yang diharapkan oleh rakyat iaitu penambahbaikan
kos sara hidup. kualiti hidup, penyediaan peluang pekerjaan terjamin
kepada anak muda, rumah mampu milik dan kesihatan.

PAGE 28

RAHSIA

3. BANTUAN DITARIK DAN D1KURANG

BSH vs BRIM
KATEGORI 1 - BUJANG

JUMLAH PENDAPATAN BRIM 2017 BRIM 2018 BRIM 2019

< RM2.000 RM450 RM450 + RM150* RM100
KATEGORI 2 - ISI RUMAH

JUMLAH PENDAPATAN BRIM 2017 BRIM 2018 BRIM 2019

< RM2.000 RM1,200 RM1,200 + RM1000 +
RM1,200 RM800* RM 120/anak
< RM2.000 - RM900
RM2,999 RM1,200 + RM750 +
0 RM800* RM 120/anak
< RM3,000 -
RM3,999 RM900 + RM500 +
RM600* RM 120/anak
< RM4,000 -
RM4,999 RM700 0

PAGE 29

RAHSIA

TAMBAHAN

JUMLAH PENDAPATAN BRIM 2017 BRIM 2018 BRIM 2019

Pendidikan Bagi Setiap 0 RM 1,500* 0
Anak Yang Mendaftar Di
Institusi Pengajian Tinggi

Ternyata dibawah pentadbiran Kerajaan PH, mereka menarik bantuan- bantuan
yang diberikan sebelum ini oleh Kerajaan BN dengan pelbagai alasan yang
tidak munasabah serta menyalahkan kerajaan terdahulu diatas kegagalan PH
mentadbir.

ELAUN SARA HIDUP NELAYAN - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad daiam wawancara dengan Malay Mail berkata kerajaan
berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga
RM300 kepada 57,000 nelayan.

Begitu juga untuk rumah. dahulu nelayan dapaf peruntukan khas kerana mereka kais
pagi makan pagi dan dalam keadaan tersepit. Sekarang, minyak subsidi juga
dipotong. doripada lOOjuta liter sebulan kepada 60 juta liter sebulan

PERTANIAN - Menerusi Belcnjawan 2019, sektor pertanian menerima
peruntukan RM47 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM 18 juta bagi aufomasi
induslri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program
keusahawanan dan lafihan industri tani.

Bagaimanapun, insentif khas untuk pesawah, petani peladang, nelayan,
pekebun kecil, penternak dan penoreh getah tidak dinyatakan, termasuk insentif
seperti baja dan input pengeluaran golongan terbabit.

PAGE 30

RAHSIA

SUBSIDl BAJA PADl - Baja tambahan NPK sebanyak enam beg bersama bantuan
input pertanian racun serangga dan rumpai bernilai RM200 bagi setiap
hektar sawah tidak lagi diterima oleh pesawah tidak sepertimana
amalan Kerajaan BN yang memberikan subsidi kepada golongan ini.

PEKEBUN KECIL - PH tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman
semula kepada pekebun-pekebun kecil sawit di seluruh negara kerana
mahu bersikap adil kepada semua pihak.

Adakah ianya adil kepada semua? Skim bantuan tanam semula sawit ini pada awal
hanya untuk pekebun kecil persendirian dan melalui MPOB (Lembaga
Minyak Sawit Malaysia). Pada 2018, ianya dipanjangkan juga kepada
peneroka Felda oleh kerana peneroka Felda yang memiliki kebun sendiri
adalah juga pekebun kecil.

Apabila peneroka juga mendapat bantuan geran ini, mereka tidak perlu berhutang
dengan Felda, Peneroka dan Felda sama-sama tidak dibebankan. Jadi bila
dimansuhkan. keadilan buat siapa?

Geran tanam semula berjumlah RM7.500 satu hektar diterima dalam tempoh 20
tahun sekali; selaras dengan usia tua pokok kelapa sawit yang perlu
ditebang dan ditanam semula. Maknanya, RM375 satu hektar satu
tahun. Untuk peneroka yang ada empat hektar RM 1,500 setahun sahaja
sebagai geran atau RM 125 sebulan. Itulah nilai bantuan untuk peneroka yang
ada kebun empat hektar. Lagi sikit kalau orang kampung ada kebun yang lagi
kecil.

PAGE 31

RAHSIA

4. HARTA DAN ASET DIJUAL, KEBAJIKAN RAKYAT TETAP TERABAI

Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion
aset negaca telah dijual. Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta
aset negaro dijual bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap
jam di bawah Pakatan.

Kesemua aset ini termasukloh sebahcgian pegangan dalom IHH Berhad
(RM8.42 biiion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM 1.25 bilion).
Telco Ml (RM 1.65 bilion), saham TNB (RM 1.05 biiion), Boustead Plantation (RM
1,2 biiion), Axiata Digital (RMO.579 biiion), BDO Unibank (RM0.415 biiion),
CIMB (RM0.364 biiion). Hotel Royate Chulan (RM0.197 biiion), dan juga
bangunan Konsulatdi Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China
(RM1.6 biiion).

Tidak cukup dengan kadar inr, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge
Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang unfuk terus menjual aset-
aset Khozanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement
Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS), dan
juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta
Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS)

Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan
pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan
anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),
dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom- Asean (UKABC) dan
Maybank baru-baru ini.

Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa "Saya berminat untuk
menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada
banyak aset...kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki
kerajaan...dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan".

PAGE 32

RAHSIA

Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada
bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH
Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa
kadar "pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya
berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan
bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd
yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria.

Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat
insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM 1.25 bilion kepada syarikat
UK, iaitu Bupa

Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco Ml juga telah
dijual kepada Singapura dengan harga RM 1.65 bilion.

Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB
sebanyak RM 1.05 bilion.

April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka
(Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipino terbesar BDO Unibank
Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah
harga pasaran.

DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat
Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh
tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

PAGE 33

RAHSIA

Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut
akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1
bilion,
Pada bulan Disember2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan
63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada
harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRO 14,
harga saham CIM6 adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham
merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.
Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat
Singapura dengan harga RM 197 juta
Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah
miliknya yang berharga RM 1.2 bilion pada April 2019.
Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meiuluskan
penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu
Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti
Proton-Geely.
Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih
bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.
FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga Cuba menjual aset ladang sawit
bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia

PAGE 34

RAHSIA

Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan
oleh kerajaan BN dahulu untuk dijucl kepada syarikat Malaysia pada
harga RM 1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada
syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion.

Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina
One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets
berikut: "Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with
Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed 1wo projects — Marina One in
Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal
between the two governments. According to an M+S statement in January, the two
projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land
cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting
development costs, it is estimated that the profit could be os much as S$3.0 billion.
It is understood that M+S could generate around RM 12 billion cash, including a
profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah
assets be sold to raise cash for the government?"

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019

tidak menolak "sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya

termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu

memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan". Kenyataan beliau ini

sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah

mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan

bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang.

PAGE 35

RAHSIA

Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan
pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional teiah melantik
ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao'ou Tang.

Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah
melantik warga asing di posisi yang teramat pentIng ini. Malah pelantikan
ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning
Post.

Prof Xiao'ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese
University of Hong Kong.

Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi
Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company
Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di
China.

Pelantikan Prof Xiao'ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir
ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini.

Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd.
dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan
taman kecerdasan buatan (Al) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak
AS$T bilion (RM4.14 billon).

Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual
aset negara secara besar-besaran - terutama sekali kepada pihak asing - tetapi juga
melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup
strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

PAGE 36

RAHSIA

GAGAL SELESAI MASALAH RAKYAT

1.PH BILA GAGAL SALAHKAN BN

Dasar Pakatan Harapan yang tidak berpaksikan kepada rakyat juga turut menjadi
penyumbang kepada peningkatan kos sara hidup. Pemansuhan GST dan
pelaksanaan semula SST tidak mampu menurunkan harga barangan, sebaliknya
hanyalah tindakan populis yang menyebabkan kelompangan hasil pendapatan
negara sekitar RM20 bilion.

Pelaksanaan GST: RM27 bilion (2015). RM41.2 bilion (2016) dan RM44 bition
(2017). Pelaksanaan SST: RM22 bilion (2019).

Hasil negara yang sedikit menyebabkan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat
terpaksa dikurangkan. Pengurangan dan pemotongan tersebut telah menjejaskan
kehidupan rakyat untuk mendepani cabaran peningkatan sara hidup.

Kajian Separuh Penggal RMK-11: Kadar pengangguran dinaikkan kepada 3.5%
berbanding sasaran asal 2.8%. Hal ini bermaksud. Pakatan Harapan tiada
perancangan yang jelas untuk memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Keadaan ekonomi yang merosot akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan,
seterusnya kepada peningkatan kadar pengangguran

Sementara itu, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dalam tempoh setahun
(sejak Mei 2018):

- Sektor Awam: 1,691 daripada 14.689 pegawai awam lantikan kontrak ditamatkan
perkhidmatan.

- Sektor Swasta: 32,929 orang diberhentikan akibat ketidakstabilan pasaran
ekonomi tiada permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan serta penutupan
perniagaan.

PAGE 37

RAHSIA

Kerajaan PH sering menggunakan pendekatan 'blame game’ untuk menghalalkan
kegagalan mereka yang menunjukkan rakyat terabai dan terpinggir, terutamanya di
dalam soal perkembangan ekonomi negara yang secara tidak langsung memberi
impak kepada kuasa beli rakyat. Pendekatan Pakatan Harapan ini adalah tidak wajar
kerana parti itu sudah lebih setahun memerintah.

Sejak PH mengambil alih, terbukti kegagalan PH dalam menguruskan hutang dan
rizab Bank Negara. Pada penghujung 2018, hutang negara menyaksikan
pertambahan dari 50.7% pada 2017 kepada 51.8% dalam masa beberapa bulan
sahaja. Jumlah rizab Bank Negara semakin menurun iaitu berjumlah AS102.3 bilion
pada 15 Feb 2019 berbanding AS 109.5 bilion pada April 2018 fsebeium PRO 14).
Ini menunjukkan peningkatan jumlah hutang luar negara dalam jangka masa yang
pendek,

2. TIRU DAN UBAHSUAI PROJEK BN

Menteri ciplak dan rasmi idea projek lampu jalan LED luar Bandar dari kerajaan BN.
Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu jalan Kompung jenis LED dari dana IBR felah
diadakan di Kampung Rinchrng Hilir, Mukim Beranang, Hulu Langat dan dihadiri oleh
Menteri dari kabinet Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Rina Harun, Menteri
Pembangunan Luar Bandar serta YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga Sains Tekonologi
Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Ironinya, Projek lampu jalan LED luar Bandar merupakan idea kerajaan Barisan
Nasional dan telahpun dirasmikan di Bera, Pahang. Selain Pahang, negeri Sarawak,
Terengganu , Johor dan bahkan beberapa tempat di seluruh Malaysia pernah
mendapat manfaat projek pemasangan lampu jalan ini. hasil dari idea kerajaan
BN.

PAGE 38

RAHSIA

Seharusnya kerajaan PH teruskan bekerja untuk menyelesaikan masalah rakyat
walaupun sekadar menciplak idea kerajaan BN.
Merujuk tindakan kerajaan PH menjenamakan semula beberapa program sedia ada,
termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) ditukar kepada Bantuan Sara Hidup
(BSH) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Penjenamaan semula 201 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh
negara kepada Pusat Komuniti Desa (PKD).
Terbaru, Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun. bermula pada 2015 kini
ditukar kepada nama baharu iaitu Malaysia Sports Challenge (MySC) mulai tahun ini.

PAGE 39

RAHSIA

MENTERI PENIPU

1. LIM GUAN MENIPU SELALU

Sejak Lim Guan Eng memegang tampuk Menteri Kewangan, dia tidak pernah
mengaku bahawa hutang IMDB tidak pernah kurang sedikitpun.

Apa yang dilihat, kerajaan PH sering menjual asset bahkan asset TRX dan Bandar
Malaysia tetapi adakah wang tersebut digunakon untuk membayar semula hutang
IMDB kerana apa yang dilihat saban hari Menteri Kewangan sering menyalahkan
bebanan hutang negara yang tidak sudah-sudah dikaitkan dengan hutang IMDB.

Bulan April lepas kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek 1MDB
kepada syarikai gabungan Malaysia dengan China dengan harga RM741 juta. Namun
apa yang dilihat penjualan tersebut tidak diwar-warkan untuk menampung hutang
IMDB dan Kerajaan Pakatan Harapan masih lagi dikatakan masih lagi 'bergelut'
memulihkan ekonomi negara berikufan menanggung hutan yang finggi diwarsi dari
kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada 7 Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memfitnah kerajaan
terdahulu merompak wang pembayaran balik cukai input semasa GST
dilaksanakan. Beliau mendakwa bahawa sebanyak RM 19.4 bilion wang yang
sepatutnya berada di dalam Kumpulan Wang Amanah telah hilang.

Namun. Laporan PAC Parlimen berhubung Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik GST
berjumlah RM 19.4 bilion oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyatakan bahawa
kerajaan terdahulu memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil
Disatukan terlebih dahulu sebelum dipindahkan secara berperingkat apabila
diperlukan.

PAGE 40

RAHSIA

Laporan PAC ini membuktikan bahawa dakwaan wang pembayaran balik GST
tidak hilang dan tidak dirompak oleh kerajaan BN.

Kenyataan lim Guan Eng di Dewan Rakyat yang memfitnah kerajaan Barisan
Nasional merompak wang pembayaran balik GST adalah suotu penghinaan terhadap
institusi Parlimen.

Status Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengaku sebagai seorang
akauntan bertauliah turut diragui apobila semakan alas talian di Institut Akauntan
Malaysia (MIA) turut gagal menemui nama Lim Guan Eng sebagai ahli. Lim Guan
Eng menerusi setiausaha politiknya. Tony Pua mengemukakan bukti sijil berdaftar
dengan Persatuan Akauntan Australia, namun begitu disanggah oleh Dato' Seri Wee
Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam mengatakan sijil tersebut menunjukkan
keahlian sementara (provisional member) hanyalah langkah awal untuk menyertai
modul dan peperiksaan bagi memenuhi syarat untuk menjadi seorang akauntan
seterusnya mendapatkan keahlian penuh dalam Persatuan Akauntan Australia.

2. MENTERI RAMAI PUTAR BELIT ISU

Projek membaik pulih sekolah usang Sarawak. Ketua Menteri Sarawak kata kerajaan
pusat Pembulak (penipu). Isu sekolah daif di Sarawak sudah menjadi isu yang besar
bahkan masyarakat Sarawak sudah mulai muck dengan isu ini.

Pada 22 Julai 2019, Lim Guan Eng dipelik berkata, Menteri Sarawak telah bersedia
menyalurkan bayaran balik pinjaman fasa pertama sebanyak RM350 juta dalam
masa terdekat. Dalam erti kata lain, projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak
akan disegerakan. sebalk saja kerajaan negerl membayar hutang mereka.

PAGE 41

RAHSIA

Namun sewaktu sesi Town Hall Berambeh Ngan Abang Johari di Dewan Masyarakat
Lundu pada 25 Ogos lepas, Ketua Menteri Sarawak telah menggesa pelaksanaan
projek membaik pulih sekolah usang itu disegerakan kerana kerajaan negeri
sudahpun membayar RM350 jula seperti yang telah disyaratkan tetapi sehingga kini,
projek membaik sekolah dhaif tersebut belum dilaksanakan.

Menurut Ketua Menteri Sarawak itu lagi, alas an Lim Guan Eng selaku Menteri
Kewangan apabila ditanya berkenaan isu itu, jawapan beliau ialoh perlu ditubuhkan
jawatankuasa terlebih dahulu. Tidak hairanlah Lim Guan Eng disebut sebagai
Pembulak (penipu) oleh Ketua Menteri Sarawak itu sendiri.

Cubaan Mat Sabu untuk menjadikan isu kenyataan Koon Yew Yin sebagai isu
perkauman dengan menyoal kenapa netizen hanya melenting dengan
kenyataan Koon Yew Yin dan kononnya membisu dengan kenyataan bekas ketua
menteri Sabah, Harris Salleh.

Mat Sabu seperti tak faham atau buat-buat tak faham kenapa Netizen marah kerana
Koon Yew Yin menuduh tentera hanya tahu makan dan tidur sahaja dan patut
menggantikan pekerja asing di ladang (bukan menjadi peneroka Felda seperti
yang diputarbelitkan Mat Sabu).

Tindakan kerajaan menandatangani Statut Rom pada Mac lepas dan kemudian
mendapati Malaysia tidak dapat mengikut beberapa syarat dalam statut tersebut.

Penarikan balik keputusan itu merupakan isu serius memandangkan satu dunia
sudah tahu Malaysia menandatanganinya. Setelah berbulan mempertahankan diri,
kerajaan umum Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom dengan alasan
bahawa negara tidak boleh menerima beberapa syarat di bawah Statut Rom.

PAGE 42

RAHSIA

Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican membidas jawapan Menteri
Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan penerangan yang diberi dalam isu Statut
Rome.
Jelas beliau, jawapan yang diberi menggambarkan seolah-olah keputusan
kerajoan menandatangani perjanjian Statut Rome sememangnya tidak
mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong. Menteri putar belit berkenaan isu
ini.
Mendesak peguam negara mengambil tindakan terhadap Exco Kerajaan Negerl
Selangor V. Ganabatirau dan empat menteri kabinet iaitu P Waytha Moorthy, M
Kulasegaran, Gobinci Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar.
Ini susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam
selepas mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman
pada 27 November lalu.
V Ganabitirau sehari selepas itu mendakwa serangan ke atas kuil itu dilakukan orang
Islam dan kenyataan bertulis empat menteri diketuai P Waytha Moorthy turut
menyalahkan polis kerana didakwa gagal menongani insiden rusuhan pada malam
pertama.
Ini telah membangkitkan kemarahan 10,000 kaum India yang keluar beramai-ramai
pada malam kedua dengan melakukan rusuhan, mencedera dan seterusnya
menyebabkan kematian anggota bombo yang tidak berdosa.

PAGE 43

RAHSIA

Tindakan kerajaan PH memperbaharui lesen Lynas Corp, membuktikan bahawa
selama ini Fuziah Salleh dan Wong Tack serta barisan kempimpinan PH memang
sengaja menipu dan mengelirukan rakyat sekaligus memfitnah kerajaan terdahulu
yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

Dulu kecoh kononnya Lynas ini bahaya dan tidak selamat. Bermacam- macam
tuduhan mereka lemparkan tetapi setelah jadi kerajaan secara tiba-tiba nada
berubah. Lynas tidak lagi bahaya dan boleh diteruskan.

Isu operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) adalah
salah satu perkara membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak konsisten dalam
sebarang dasar yang cuba diketengahkan mereka sekali gus menyebabkan rakyat
menjadi keliru.

Isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang - Consortium Zenith Construction Sdn Bhd
iaitu sebuah syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong dasar laut di Pulau
Pinang pernah menjanjikan bahawa kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan
terowong dasar laut tersebut akan disiapkan pada bulan APRIL 2014. Tambahan
pula mengikut kenyataan Datuk Seri Najib, sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua
Menteri Pulau Pinang, beliau pernah mengatakan bahawa kajian itu sudah 83% dan
berjanji akan siap pada Jun 2016.

Oleh itu, kenyataan Ketua menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, pada 3 Mei 2019,
yang mengatakan kajian tersebut kini di peringkat 90% siap adalah sesuatu yang
sangat dipersoalkan.

Dapat dilihat di sini perkembangan kajian projek berkenaan sangat perlahan iaitu 7%

sahaja dalam tempoh masa 3 tahun. Jika laporan tersebut bukan keutamaan buat

masa ini, kerajaan DAP Pulau Pinang patut dipersoalkan mengapa

menganugerahkan projek tersebut seawal 6 tahun yang lalu,

PAGE 44

RAHSIA

Kerajan Pulau Pinang juga pemah diminfa memberi penjelasan mengenai
kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut di negeri
itu yang mencecah RM305 juta. Kos itu boleh dlanggap terlalu tinggi kerana ia
hanya kertas kerja asas dan laporan kajian berkaitan projek.

Penipuan sebelum PRU 14 - Satu masa dulu scenario politik negara pemah
'dikejutkan' dengan pendedahan Anwar Ibrahim yang mengatakan Jabatan
Perdana Menteri (JPM) teriibat dalam aktiviti menyeludup 40,000 pengundi hantu.
Itu adalah isu besar yang berjuta rakyat Malaysia pernah percaya bulat-bulat. Hari ini,
PH dah hampir 16 bulan memerintah.

Pernah tanya berapa pengundi hantu dan tempo! mengundi yang mengalami
‘blackout’ semasa PRU yang telah berjaya dikesan? Kini, PH telah ambil alih semua
jentera kerajaon termasuk pihak polls, kastam, imigresen dan SPR. Menjadi satu
tanda tanya kalou satu atau dua dari puluhan ribu pengundi hantu dan berpuluh
lokasi blackout tidak dapat dikesan.

3. ISU KERETA NASIONAL

Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga RM20 juta bcgi
membangunkan prototaip kereta nasional ketiga. Kerajaan Pakatan Harapan
mendedahkan hutang semasa negara mencecah hamprr RM1 trilion, namun masih
mempunyai dana yang cukup besar uniuk melaksanakan projek kereta nasional
ketiga.

Lebih aneh, pengumuman itu juga dibuat ketika kerajaan menangguhkan dua projek
infrastruktur berskala mega iaitu Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-
Singapura {HSR) dan Transit Aliran Massa laluan tiga (MRT3).

PAGE 45

RAHSIA

Cadangan ini juga akan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang
berhasrat mengurangkan kadar duti eksais kereta import yang berperingkat bagi
kereta pertama dengan enjin bersaiz di bawah 1,600 cc.

Ini kerana, tidak mustahil kerajaan akan melaksanakan langkah- iangkah
pertindungan seperti peningkatan duti eksais terhadap kereta import yang akan
membebankan rakyat dengan harga kereta luar negara yang lebih tinggi.

Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamed Farid
Md Rafik dalam Kamar Khas Dewan Rakyat pada Julai lepas mengesahkan dana
RM20 juta untuk projek itu akan disalurkan oleh Majlis Pembangunan Negara.
Akhirnya terjawab, projek kereta nasional ketiga menggunakan dana awam.

PEMIMPIN TIDAK BERMORAL

1. ISO SEMBURIT

Penyebaran isu sebuah video seks luar tabie pada 12 Jun yang laiu, iaitu Ketua
Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang
lelaki mirip Menteri Hai Ehwal Ekonomi. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di salah
sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei 2019 ketika PRK Sandakan sedang
berlangsung. Selepas penularan video tersebut, pihak Polis telah menerima laporan
daripada kedua- dua perilaku, namun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat iaitu
Mohamed Azmin menegaskan dirinya tidak terlibat dalam ’aksi’ video berkenaan,
dan mendakwa penularan itu adalah bagi menjatuhkan karier politiknya. Walau
bagaimanapun, Haziq juga dipecat daripada jawatan Setiausaha Sulit Kanan
Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin susulan pengakuannya
sekali lagi menegakkan bahawa kedua-dua individu yang terlibat dalam video Itu
adalah dirinya dan Mohamed Azmin.

PAGE 46

RAHSIA

PDRM sudah menerima hasil analysis dijalankan CyberSecurity Malaysia
(SyberSecurity) ke atas video yang dimaksudkan. Kebarangkalian video itu Men
(authentic) adalah tinggi.
Manakala. Data Lokman Adam yang mendapafkan pengesahan daripada
pakar forensik video di Indonesia mengesahkan video tulen dan pelaku video seks
luar tabii itu sepadan dengan gambcr azmin dan haziq.

2. KES ROGOL

Pada 8 Juloi 2019, polis Perak menerima satu laporan daripada seorang wanita
warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol serta dicabul di rumah
majikannya di Meru Ipoh oleh majikan yang juga Exco kerajoan negeri Perak. Namun
selepas 2 nari dibuat siasatan serta tangkcpan, Exco Kerajaan Negeri Perak atau
ADUN Tronoh iaitu Paui Yong Choo Kiong dari parti DAP ini telah dibebaskan dengan
jaminan polis.
Adun Tronoh mengatakan terdapaf unsur-unsur ugutan serta rasuah di dafam
kesnya ini serta mengakui bahawa laporan perubatan menunjukkan alat kelaminnya
sudah tidak berfungsi. Begitu hebat permainan DAP dalam membebaskan
perogol ini serta kes ini sepatutnya tidak boleh diikat jamin mahupun dibebaskan
diatas jaminan polis. Begitu ketara Rule of Law kerap kali dicabuli demi
mempertahankan kepentingan peribadi.

PAGE 47

RAHSIA

3. ISU LGBT

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini, mendedahkan populasi
komuniti gay dan transgender di negara ini semakin meningkat sejak beberapa tahun
lalu.
Timbaian Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti JAKIM, Dr Mohd
Izwan Md Yusof berkata, sfatistik terbabit direkodkan melalui pelbagai sumber
dengan hasilnya menunjukkan peningkatan trend membimbangkan.
Katanya, kebanyakan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)
bermula sejak mereka di sekolah berasrama, terutamanya bagl kanak-kanak dan
remaja lelaki berusia 12 hingga 15 tahun kerana belum matang dan tak dapat
membezakan jenis sentuhan ke atas mereka.
JAKIM mendedahkan populasi komuniti gay direkodkan meningkat hampir 100
peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun 2018, berbanding 173,000
(2013),
Manakala, golongan transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,0130
individu pada tahun yang sama, berbanding seramai 10,000 pada 1988 lalu.
Pada 9 Mac yang lalu, satu hrmpunan dan perarakan yang diadakan di, penyokong
LGBT dirakam melaungkan slogan seperfi "Hidup LGBT" dan mengibarkan bendera
pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

PAGE 48

RAHSIA

Malah, anak perempuan Perdana Menteri sendiri merupakan pendokong kuat kepada
idealisme ini iaitu Marina Mahathir yang tidak putus mempertahankan hak komuniti
LGBT di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid mendakwa tidak semua golongan gay
dan transgender di negara ini terbabit dalam hubungan songsang serta memberi
peluang kepada golongan ini untuk berbincang serta mengadakan pertemuan dua
hala.
Pendirian Pakatan terhadap LGBT adalah mengelirukan seperti mana pendirian
mereka terhadap sebarang isu-isu lain. Pada bulan Julai 2018, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Agama mengingatkan semua pihak untuk berhenti
menuduh PH sebagai mesra LGBT.
Namun, Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah bagaimanapun menentang
pendirian Mujahid, menyatakan bahawa "LGBT mempunyai hak untuk
mengamalkan apa sahaja yang mereka lakukan secara peribadi". Namun, tiga bulan
kemudian di George Town. Festival Sastera George Town yang diadakan pada 22-25
November 2018, di mana panel pro LGBT diadakan secara terbuka oleh penganjur -
memanggilnya festival radikal yang paling "inklusif" di Malaysia.

PAGE 49

RAHSIA

PEMIMPIN MELAYU PH LEMAH

1. TIDAK PERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU

Jutawan berbangsa Cina yang menghina Tentera Diraja Malaysia tetapi netizen
dan Bekas Ketua Menteri Sabah yang dipersalahkan.

Seorang ahli perniagaan. Kaon Yew Yin tetah membuat kenyataan tidak
bertanggungjawab bahawa Angkatan Tentera Malaysia tldak metakukan apa-apa
kecuali makan dan tidur. Menurut dia lagl, hamplr kesemua mereka tidak pernah
melepaskan tembakan kecuali menembak pada papan sasaran, Ada sesetengah dari
tentera boleh digunakan untuk menggantikan pekerja asing yang diupah di
ladang FELDA.

Menteri Pertahanan ambil masa 48 jam untuk mengulas tindakan jutawan
berbangsa Cina yang menghina Tentera Diraja Malaysia. Seharusnya
Mat Sabu adalah orang pertama yang mempertahankan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) ketika dihina oleh Koon Yew Yin. Sebaliknya Menteri Pertahanan itu
mengambil masa berhubungan perkara itu.

Tambahan lagi, mengikut perkara 132 Perlembagaan Negara, kenyataan Koon yang
melabeikan anggota tentera sebagai pemalas dan kerja makan tidur' turut boleh
dilihat sebagai menghina Yang Dipertuan Agong, setaku Pemerintah ATM. la boleh
dilihat sebagai satu penghinaan serta bersifat menghasut agar warga tentera
dipandang lekeh di mata rakyat.

Hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan
Harapan (PH) setelah mereka menjadi kerajaan tebih setahun ini.

PAGE 50


Click to View FlipBook Version