The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminakmal12, 2022-10-17 14:11:30

BUKU PANDUAN CERAMAH PPUMKP 2022

BUKU PANDUAN CERAMAH PPUMKP 2022

RAHSIA

TIDAK MENGHORMATI
INSTITUSI RAJA

BERPERLEMBACAAN

152 KENYATAAN MENGHINA YDPA OLEH AHLI PKR

RAHSIA

KENYATAAN MENGHINA YDPA OLEH AHLI PKR
Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni memuat naik video secara 'live'
bertajuk Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di
YouTube rasmi miliknya.
Kenyataan anggota PKR bernama Iswardy Morni,disiasat kerana didakwa menghina
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang enteng.
Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkankenyataan mendakwa Sultan Abdullah
seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19.
Selain itu, Iswardy turut membandingkan Agong denganSultan Johor, Sultan Ibrahim
Sultan Iskandaryang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di
Johor.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504
Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
PKR tidak pula memecat ahlinya ini daripada anggotaparti tersebut. Ini menunjukkan
PKR tidak serius dalam memastikan institusi berajadi negara inikekal terjaga. Maka,
PKR tidak layak untuk dijadikan sebagai kerajaan.

PAGE 152

RAHSIA

DOSA-DOSA BESAR PH
KEPADA

KAKITANGAN AWAM,
NELAYAN DAN PETANI

154 DOSA-DOSA BESAR PH KEPADA KAKITANGAN AWAM
155 PARA NELAYAN DIHUKUM PAKATANHARAPAN
156 PAKATAN HARAPAN SEKSA PARA PETANI DAN PEKEBUN KECIL

RAHSIA

DOSA-DOSA BESAR PH KEPADA KAKITANGAN AWAM
Mulai tahun 2020, PH telah pun memberhentikan Skim Lantikan Tetap dalam
perkhidmatan awam menggantikannya dengan Skim Lantikan
Kontrak.https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/05/lantikan-
kontrak-ganti-lantikan-tetap-berpencen-perkhidmatan-awam-bermula-202 0/
Ini antara JASA terbesar PH kepada kelestarian perkhidmatan awam di Malaysia.
Siapa yang menjadi mangsa? Tentunyamahasiswa-mahasiswi lepasan universiti
dan jutaan wargamuda lainnya yangakan mendapat bahanadaripada tindakan PH
ini.
Kalau dulu, ramai yang berebut-rebut untuk menjadi kakitangan kerajaan
disebabkan pelbagai manfaat serta insentif yang bakal diperolehi.
Kini, anak-anak muda berfikir dua kali untuk menyertai perkhidmatan awam.
Kesannya, negara akan kerugian bakat-bakat besar yang lebih berminat untuk
menyertai sektor swasta.

PAGE 154

RAHSIA

PARA NELAYAN DIHUKUM PAKATAN HARAPAN
Ramai kata PH merupakan parti politikbandar, jadi kebajikanorang-orang kampung
seperti nelayan mereka tak peduli.
Salah satu yang palingmembebankan para nelayanadalah melalui tindakan tanpa
akal PH memotong elaun sara hidup nelayan dan insentif tangkapan.
Dulu BN peruntukan RM262,000,000 di dalam bajet 2018, PH turunkan jadi
RM98,500,000 di dalam bajet 2019.
Kemudian, mereka potong lagi elaun sara hidup nelayan darat. BN peruntukan
RM12,500,000 di dalam bajet 2018, PH potong jadi RM3,500,000di dalam bajet
2019. Tak cukup lagi, PH mansuhkan pula bantuan musim terkujuh. BN peruntukan
RM261,000,000 di dalam bajet 2018, PH mansuhkan terus dalam bajet 2019.
Kesusahan nelayan sampai ada yang merayu supaya elaun nelayan dikembalikan.
https://www.suaraperak.com/nelayan-rayu-kembalikan-elaun-sara-hidup/
Kemudian, ideanya tak pernah yang bernas. Ada pula suruh nelayan tanam
rambutan dan nanas belakang rumah
https://www.google.eom/amp/s/ttkm.com.my/2018/08/15/video-nelayan-boleh-
tanam-nanas-rambutan-di-belakang-rumah-utk-tambah-pendapatan-menter
i/%3famp_markup=l \
Nelayan perlu ambil iktibar dari perkara ini. Katakan tidak pada Pakatan
Harapan.

PAGE 155

RAHSIA

PAKATAN HARAPAN SEKSA PARA PETANI DAN PEKEBUN KECIL
Dulu zaman PH, petani dan pekebun kecilantara wajah yang paling banyak
ditekandan tidak dipedulikan.Mereka ini sudahlahorang susah. Pendapatanpun tidak
seberapa. Kos sara hidup tinggi.
Kemudian PHboleh pula tambahbeban mereka denganpotong bantuan-bantuan
yang pernah diberikan BN.
Antaranya, mereka potong subsidi padi. DaripadaRM465,000,000 yang
diperuntukan BN dalam bajet 2018, diturunkan PH kepada RM232,000,000 dalam
bajet2019.
Seterusnya, insentif pengeluaran padi pula dikacau. Daripada RM563,000,000 di
peruntukan BN dalam bajet 2018, diturunkan PHkepada RM281,500,000
dalambajet 2019.
Manakala, bantuan petani pula habis dimansuhkan. Daripada RM150,000,000 di
dalam bajet BN 2018, dimansuhkan PH dalam bajet 2019 menjadi RM0.
Bila dah potong bantuan, buat wayang pula kononnya nangis sedih.
https://www.google.eom/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/13041
Nilaikan.

PAGE 156

KEGAGALAN
PPBM

SEBAGAI KETUA
KERAJAAN

RAHSIA

EKONOMI

159 IDEA CETAK DUIT (DASAR KEWANGAN HELIKOPTER)
160 OLEH WAN AHMAD FAYSAL (BERSATU)
162 FOREIGN DIRECT INVESTMENT (FDI)
165 MALAYSIA SEMAKIN MELEMAH
167
HARGA BARANG MENINGKAT

HUTANG NEGARA MENINGKAT

HARGA MINYAK MASAK MELAMBUNG

RAHSIA

IDEA CETAK DUIT (DASAR KEWANGAN HELIKOPTER) OLEH
WAN AHMAD FAYSAL (BERSATU)

Idea WAF iniadalah manifestasi kedangkalan pemikiran yang melanda kepimpinan
BERSATU.
Idea ini segara mendapat kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihakyang
menyifatkan idea ini mengarut dan tidak masuk akal.Justeru, ia juga menjadi bahan
tertawa dan jenaka oleh kebanyakan pihak, termasuk individu-individu yang
berpengetahuan dalam sektor kewangan.
Menambahcetakan wang dilihat bukan penyelesaian kepada ekonomi Malaysia, la
menurunkan nilai matawang dan dikhuatiriakan memunculkan inflasi yang teruk
misalnya seperti yang berlaku di Zimbabwe dan Venezuela.
Ini jelas sekali menunjukkan kedangkalanpemimpin BERSATU yang sekadar sesuai
untuk menjadi bahan tertawa dan jenaka dengan idea-idea ekonomi yang langsung
tidak membantu rakyat.

PAGE 159

RAHSIA

FOREIGN DIRECT INVESTMENT (FDI) MALAYSIA SEMAKIN MELEMAH

Biarpun kerajaan PN menafikan Malaysia kehilangan pelaburan asing ke negara-
negara jiran, namun Laporan UNCTAD menunjukkan pelaburan asing ke Malaysia
jatuh sebanyak 68% kepada hanya US$2.5 bilion pada tahun 2020, menjadikan
Malaysia negara terburuk prestasinya di rantau Asia Tenggara (AT).

Begitu juga The Edge pada 2 Mac melaporkan pelaburan asing langsung bersih
Malaysia jatuh 56% kepada AS $ 3,4 bilion pada tahun 2020.
httDs://www.theedgemarkets.com/article/malavsia-savs-fdi-inflows-droDaed-56
-2020-us34b1.

Negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam dan Indonesia terus mencatat
pelaburan yang kukuh. Pada tahun 2019,ketiga-tiga negara tersebut menerima lebih
daripada 80% aliran masuk pelaburan langsung asing kerantau ini. Pada tahun
2020, Singapura mencatat aliran masuk pelaburan langsung asing sebanyak
AS$58 bilion, iaitu 23.2 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia.

Banyak syarikat yang menutup kilangnya. Misalnya, pada 14 Januari 2020, Nikkei
Asia melaporkan Toyota danHonda menutup kilang di Malaysia. Pada November
2020, syarikat IT Jerman T-Systems telah menjual perniagaannya di Malaysia
menyebabkan 800 pekerja kehilangan pekerjaan.

Pada 3 Disember 2020, FMT melaporkan Sony akan menutup kilangnya di Perai
selepas 36 tahun di negara ini menjejaskan 3,400 pekerja. Pada Januari 2021,
Hyundai memindahkan ibu pejabat serantau diMalaysia ke Indonesia.Pada 23 Mac
2021, FMT melaporkan IBM akan menutup pusat penyampaian global di Cyberjaya
pada 31 Mei ini menjejaskan 1,000 orang pekerja.

PAGE 160

RAHSIA
PAGE 161

RAHSIA

HARGA BARANG MENINGKAT
Sudahlah isu pelabur lari tak selesai, harga barang turut naik secaramendadak. Kalau
kita tengok Laporan CPI Jabatan StatistikMalaysia, tercatat sebanyak326 jenis
barang naik harga, termasuk harga makanan dan minuman.

Ini memang betul pun. Tanya sahaja suri rumah, berapa kenaikanharga sayur, harga
minyak masak, telur dan lainnya? Jawapan mereka tentunya sama: harga barang
semakin naik dan kos hidup semakin tinggi.

Contohnya, harga daging ayam yang sebelumnya dijual pada harga RM7 meningkat
kepada RM9 sekilogram
[https://malaysiadateline.eom/harga-ayam-naik-mendadak-mengejutkan/l.
Mahu salahkan 100% kepada peniaga kecil pun tak adil, mereka bukanlah hidup
mewah. Sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka pun letak
harga berpandukan harga barang semasa. Kalau harga barang mahal, macam mana
nakjual murah?

Yang perlu ditanyadan tidak keterlaluan untuk disalahkan tentulah PM Mahiadin.
Apa yang PM Mahiadin sedang lakukan? PM Mahiadin banyak lantik individu yang
tak kompetan dalam barisan Kabinetnya. Salah satunya Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Apakah KPDNHEP tak turun padang dan pantau harga barang? KPDNHEP harus
segera bertindak dan memantau setiap kepatuhan penjual terhadap harga siling
yang ditetapkan.

Jelas, KPDNHEP ternyata gagal dan lemah dibawah kepimpinan Muhyiddin Yassin.

PAGE 162

RAHSIA
PAGE 163

RAHSIA
PAGE 164

RAHSIA

HUTANG NEGARA MENINGKAT
Hari ke hari hutang negara semakinbertambah secara drastikdi bawah kepimpinan
Muhyiddin.
Namun, pada April 2021, kerajaan PN dengan bangga mengumumkan berjaya
menerbitkan Sukuk Berdaulat (Sovereign Sukuk) yang dikenali Sukuk Kelestarian
Malaysia bernilai USD 1.3 bilion atau RM5.4 bilion.
Kalau dinilai secara rasional, perkara ini sebenarnya bukan suatu hal yang
membanggakan. Bahkan, merupakan satu beban besar kepada negara dan rakyat.
Mana tidaknya, dalam tempoh 4 bulan sejak Januari hingga April 2021, pinjaman
yang dibuat oleh kerajaan PN dianggarkan mencecah RM75 bilion.
RM75 bilion dalam tempoh 4 bulan adalah bersamaan kos membina sekolah
sebanyak 3,750 bernilai RM20 jutasetiap satunya. Tak cukup dengan itu, kerajaan
PN turut mengorek RM16.9 bilion daripada wang Kumpulan Wang Amanah Negara
(KWAN) melalui pewartaan ordinan baru darurat.

PM Muhyiddin menunggang Covid-19 dandarurat dengan menjadikan wang
negara seperti milik sendiri - suka-suka hutang, suka-suka belanja,rakyat jua
merana.
Ini secara jelasnya mencabuli prinsip demokrasi dan membuka jalan untuk salah laku
seperti rasuah.

PAGE 165

RAHSIA
PAGE 166

RAHSIA

HARGA MINYAK MASAK MELAMBUNG
Kalau dulu ketika era BN (DSN), sebotol minyak masak 5Kg waktu GST adalah kira-
kira RM 21.35.
Tapi pada era Mahiaddin (SST), harga sebotol minyak 5Kg RM 33.35 - RM37.
Kenaikan ini adalah sangat mendadak dan membebankan rakyat.
Namun, menteri bertanggungjawab iaitu Menteri Perusahaan Perladangan dan
Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali daripada PAS kata - “Kenaikan
harga minyak masak adalah munasabah”.
Reaksi ini menunjukkan bahawa menteri PAS tersebut tidak cakna dengan nasib
rakyat, terutamanya peniaga kecil yang tentunya amat terkesan dengan kenaikan
ini.
Ini juga menunjukkan menteri PAS initidak kompetan danbersifat defensif
seakanmenafikan fakta danrealiti yang memberikesan besar kepada kehidupan
rakyat.
Penjelasan yang diberikan hanya mahu melepaskan tengkuk sendiri berbanding
mengeluarkan solusi dalam membantu menurunkan harga minyak masak.

PAGE 167

RAHSIA

DEMOKRASI

169 KRISIS MELOMPAT PARTI BERLELUASA
170 TANGGUH UNDI-18
171 PELAKSANAAN DARURAT UNTUK ELAK UNDI TIDAK PERCAYA
172 PUTAR BELITKAN TITAH YDPA & MAJLIS RAJA-RAJA
173 PENANGGUHAN PERSIDANGAN PARLIMEN
175 KRISIS POLITIK 2.0: TS MUHYIDDIN YASSIN HILANG MAJORITI

RAHSIA

KRISIS MELOMPAT PARTI BERLELUASA
Pada 28 Februari 2021, sekali lagi negara digemparkan dengan tindakan tidak
beretika oleh dua wakil pembangkang PKR, iaitu Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan
Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang keluar daripada parti tersebut untuk
duduk di blok kerajaan di bawah naungan Bersatu.
[httos://www.astroawani.com/berita-oolitik/2-mo-Dkr-sah-keluar-oarti-nvata-sok
ongan-keoada-muhyiddin-285222/1.
Ini diikuti pula 2 ADUN DAP yang turut melompat ke kem kerajaan dengan
menyatakan sokonga ke atas Bersatu Perak.Individu tersebut ialahADUN Buntong, S
Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.
Manakala, pada 13 Mei 2021, seorang lagi ahli PKR yang juga Naib Presiden PKR

dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar mengumumkan
peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuat kuasa
serta-merta. Beliau turut mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen Bebas dan
menyokong kerajaan PN.
Apakah wujudnya“gula-gula” politik yangditawarkan? Ini jelassekali bertentangan
dengankonsep demokrasi. Muhyiddindilihat selesa dengan perkara ini
memadangkan hampirkesemua ADUN/MP yangmelompat parti menuju ke partinya,
iaitu Bersatu.

PAGE 169

RAHSIA

TANGGUH UNDI-18
KerajaanMuhyiddin seakan merumitkandan melengah-lenggahkan pelaksanaan
undi 18. Isu tentangpelaksanaan undi 18tahun ini secarateknikalnya telah pun
selesai dan tak patut dirumitkan. Dewan Rakyat telah pun meluluskan Rang
Undang-undang(RUU) Perlembagaan (Pindaan)2019 pada Julai 2019.
Namun, pada 25 Mac 2021, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Datuk Abdul
Ghani Salleh, menyatakan undi 18 akan ditangguhkan. Alasannya ialah
perkembangan dan situasi semasa negara dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan
pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka
dilaksanakan Julai 2021.
Pendaftaran pemilih automatik akan ditangguhkan dan undi 18 dijangka boleh
dilaksanakan selepas 1 September 2022.
Walhal, negara jiran terdekat seperti Indonesia begitu mesra wargamuda apabila
hak mengundi diberikan seawal usia 17 tahun. Apatah lagi negara-negara maju
seperti AmerikaSyarikat (AS) dan Jerman yang tentunya lebih awal lagi memberikan
hak mengundi kepada anak muda berumur 18 tahun.
Penangguhan ini seakan satu cubaan mengenepikan hak pengundi muda di negara
ini. Memandangkan kerajaan dibawah pimpinan Muhyiddin/Bersatu tidak popular
di mata orang muda, maka perkara ini dilihat sebagai satu cubaan untuk memastikan
undi orang muda diketepikan.

PAGE 170

RAHSIA

PELAKSANAAN DARURAT UNTUK ELAK UNDI TIDAK PERCAYA

Pada 11 Januari 2021 satu pengisytiharan darurat telah diwartakan dengan
matlamat menangani ancaman COVID-19.Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) telah dilaksanakan, darurat tetap dilaksanakan.

Ini dilihat sebagai salah satu mekanisme untuk Muhyiddin Yassin mengekalkan
kedudukannya. Muhyiddin Yassin goyah dengantarikan sokongan daripadabeberapa
ahli parlimen pada Januari seperti ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan
Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
mengumumkan menarik balik sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional
(PN) yang memperlihatkan Muhyiddin hanya memiliki sokongan 109 ahli Parlimen.
Ini kemudiannya diikuti oleh ahli Parlimen Machang, Tengku Razaleigh Hamzah
yang menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Selepas darurat dilaksanakan, Muhyiddin berjaya menarik beberapa ahli parlimen
dari PKR untuk menyertainya, iaitu Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan
Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong.Darurat seperti digunakan untuk tujuan melobi
para ahli parlimen untuk menyertai kem Muhyiddin Yassin.

Darurat ini juga seperti mencabul sistem demokrasi negara yang mengenepikan
keperluan sidang Parlimen untuk memastikan sistem semak dan imbang (check and
balance) berjalan sebaiknya.

Namun, setelah 5 bulan (Mei 2021) berlalu, kes Covid-19 tidak jua menurun,
tetapilebih teruk dengan memperbaharui rekod kes tertinggi harian, iaitu 7478
(26Mei 2021).

Jelas, bahawa darurat ini sia-sia dan digunakan untuk melindungi kedudukannya.

PAGE 171

RAHSIA

PUTAR BELITKAN TITAH YDPA & MAJLIS RAJA-RAJA
Pada 16 Jun 2021, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
DYMM Raja-Raja Melayu telah menitahkan Kerajaanagarsegera mengadakan sidang
Parlimen tanpa perlu menunggu sehingga bulan Oktober sebagaimana perutusan
Perdana Menteri kelmarin.
Titah ini merupakan satu kelegaan apabila sistemdemokrasi negara dapat berfungsi
seperti sedia kala yang memperlihatkan begitu lama sidang parlimen tidak dapat
dilaksanakan.
Namun, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen danUndang-
Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilihat Cuba memutar belitkansituasi
apabila mendakawabahawa Tuanku hanya berpandangan supaya sidang Parlimen
diadakan secepat mungkin.
Kata Takiyuddin lagi, kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassinsemalam, bahawa Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober,
juga bertepatan dengan saranan 'secepat mungkin' yang dizahirkan Al-Sultan
Abdullah.
Ini jelas satu cubaan memutar belit kenyataan YDPA, walhal kalau merujuk
perkataan secepat mungkin itu adalah menunjukkan seberapa segera dalam tempoh
terdekat.
Tindakan menteri PAS ini seakan tidak menghormati titah YDPA yang berusaha
mengembalikan sistem demokrasi negara kepada landasannya.

PAGE 172

RAHSIA

PENANGGUHAN PERSIDANGAN PARLIMEN
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan;
maka itumembawa erti bahawa sidang parlimen ialahtiang seri negara ini.
Sejak Darurat dilaksanakan pada 12 Januari 2021, sidang parlimen sepertinya
diendahkan oleh pihak eksekutif.
Jika diteliti, negara-negara seperti Brazil, Sepanyol dan Australia telah pun mewujudkan
sidang parlimen hibrid dalam memastikan medium semak dan imbang di sesebuah
negara demokrasi dapat dipastikan sepenuhnya.Maka, Covid-19 bukan alasan.
Perkara 150(3) memberikan indikasi yang membolehkan Parlimen bersidang, walaupun
tiada peruntukan yang mewajibkan Parlimen bersidang semasa darurat berkuatkuasa.
Fasal (3)Perkara 150 menyatakan,Proklamasi Darurat danapa-apa ordinan yang
dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua
Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat
kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang merungkaikan Proklamasi
atau ordinan itu.
Tetapi apakah tidak ada budi bicara untuk menangguhkan seketika persidangan demi
menggelakan krisis politik?
Ada. Turut dinyatakan di dalam PP melalui perkara Perkara 150 (2B) menyatakan:

PAGE 173

RAHSIA

"Jika pada bila-bilamasa semasa suatu Proklamasi Darurat sedangberkuat kuasa,
kecuali apabilakedua-dua Majlis Parlimensedang bersidang serentak, Yang di-
PertuanAgong berpuas hatibahawa ada hal-halkeadaan tertentu yang menyebabkan
perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, makaYang di-Pertuan Agong boleh
memasyhurkan apa-apaordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal
keadaan".
Apakah wajar persidangan parlimen perluditangguhkan di negara ini? Tiga jawapan
mudah.
Pertama, ya untuk mengelakkan krisis politik dan pelaksanaan pilihan raya dalam
keadaan krisis akibat undi tidak percaya.
Kedua, Tidak perlu sebegitu lama ditangguhkan; memandangkan krisis Covid-19 gagal
ditangani sebaiknya. Ini adalah berdasarkan implikasi yangbakal timbul akibat daripada
ketiadaan medium semakdan imbang, terutamanya melalui pelbagai salah guna kuasa,
rasuah dan sewaktu dengannya.
Ketiga, apakah solusi yang sepatutnya dilaksanakan? Majlis Pemulihan Negara yang
bersifat apolitical seharusnya dibentuk lebih awal, terutamanya selepas kerajaan PN di
bawah TS Muhyiddin gagal menguruskanCovid-19 secara substantif.

PAGE 174

RAHSIA

KRISIS POLITIK 2.0: TS MUHYIDDIN YASSIN HILANG MAJORITI

Kerajaan pimpinan TS Muhyiddin yang dibentuk pada penghujung Februari 2020
merupakan sebuah kerajaan goyah, tidakstabil dan bermajoriti kecil.

Kestabilan menjadi subjek utama menjelaskan tentang kelangsungan sesebuah
kerajaan yang absah.

Seawal Januari 2020, TS Muhyiddin telah pun kehilangan sokongan 3 MP UMNO,
Tengku Razaleigh, Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan menjadikan angka majoriti Perikatan
Nasional (PN) sekadar 108 kerusi.

Ini bermakna TS Muhyiddin telah pun hilang majoriti yang diperlukan iaitu 112
sokongan MP.

Namun, darurat yang dilaksanakan pada 12 Januari 2021 telah menangguhkan
seketika proses undi tidak percaya kepada TS Muhyiddin Yassin yang perlu dituntaskan
di lantai dewan rakyat.

Riwayat kerajaan PN berakhir pada 4 Ogos 2021 selepas warkah yang ditandatangani
oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dihantar kepada YDPA tentang penarikan diri 14
ahli parlimen UMNO. Penarikan ini menjadikan TS Muhyiddin hanya tinggal 100
sokongan MP.

Tidak banyak pilihan, berdasarkan Perkara 43(4): TS mempunyai dua pilihan, iaitu
meletakan jawatan; ataumeminta Dewan Rakyatdibubarkan untuk diadakan pilihan
raya umum.

Pada 16 Ogos 2020, PM telah pun meletakkan jawatan secara rasmi dan memilih jalan
mudah untuk menyerahkan mandat kepada DS Ismail Sabri Yakub.

PAGE 175

RAHSIA

Selaras dengan Perkara 43 (2) (a) PP yang membolehkan YDPA melantik mereka yang
dipercayai ada majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.
Setelah hilang majoriti, apakah wajar tindakan TS Muhyiddin?
Boleh dikategorikan sebagai sebuah tindakan yang win-win dan strategik.
Pertama,ia adalah selarasdengan peruntukan PerlembagaanPersekutuan 43 (2).
Peralihan kuasa secara persetujuan bersama adalah demi mengelakkan krisis politik
“deadlocked” sebagaimanayang berlaku pada Februari 2020 yang dikenali sebagai
‘langkah Sheraton'.
Kedua, ia adalah tindakan yang strategik dan merupakan sebuah rundingan menang-
menang. Ini dapat dijustifikasi melalui pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis
Pemulihan Negara.
Apakah krisis politik ini benar-benar satu krisis besar? Tidak, ia sekadar sebuah
mekanisme untuk menurunkan suhu politik negara dalam membenarkan kerajaan tidak
diserang secara bertubi-tubi danmampu menganggu prestasinya.
Mengapakah dikatakan begitu? Lihatlah barisan kabinet yang sebahagiannya ialah
muka-muka lama,dan ini boleh dikatakan sebagai sebuah proses pertukaran Perdana
Menteri semata-mata.

PAGE 176

RAHSIA

PENGANIAYAAN &
PERSEPSI

178 PENGANIYAAN TERHADAP DATUK SERI NAJIB DALAM KES LHDN

RAHSIA

PENGANIYAAN TERHADAP DATUK SERI NAJIB DALAM KES LHDN

DSN diseksa jiwa dan raganya hanya disebabkan beliau seorang Najib Razak dan
mantan Presiden UMNO yang berpengaruh. Bertubi-tubi keaniayaan dan kezaliman
diterimanya.

Di bawah PM Muhyiddin Yassin, institusi kerajaan seperti LHDN digunakan sebagai
senjata politik.

Tentang isu cukai DSN, awal-awal dulu CEO LHDN berkata sumbangan politik tidak
dikenakan cukai [https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/02/16/sumbangan-
politik-tak-kena-cukai].

Masuk era PH, habis kes ini dipolitikkan. Tiba-tiba cukai zalim dikenakan kepada DSN
berjumlah RM1.74 bilion, kemudian naik lagi dengan penalti RM46 juta sejak tahun
lepas.

Memang, semua orang wajib bayar cukai kepada negara. Tetapi, dalam kes DSN ini,
beliau jelas sekali dianiaya. Dalam kes DSN ini, Seksyen 103 ACP 1967 dimainkan
sewenang-wenangnya.

Kalau kita tengok rekod-rekod lepas, LHDN taklah zalim, masih ada budi bicara. Kalau
rakyat biasa (selain DS Najib), memang akan diberi peluang untuk berunding, malah
punya baik hati sampai kita boleh bayar secara ansuran bulan-bulan.

Tapi, bila giliran DS Najib, terus diberi notis muflis. Walhal, pada 16 Jun 2021 ada
perbicaraan rayuan tentang keputusan mahkamah dalam isu cukai DSN. DSN tak diberi
ruang langsung, terus dihantar notis muflis seolah-olah LHDN dikawa oleh tangan
ghaib untuk mengenakan DSN.

Ini secara jelas merupakan sebuah penganiayaan kepada DSN. Politik penganiayaan
sebegini adalah trend berbahaya kepada latar politik negara.

PAGE 178

RAHSIA

DASAR YANG FLIP FLOP,
MENEKAN DAN TIDAK

MEMBANTU RAKYAT

180 PEMBERIAN ONE-OFF ‘BERSYARAT’ KEPADA FRONTLINERS: KERAJAAN
RUMITKAN KEADAAN
181
KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN TAK DENGAR SARANAN UMNO, RAKYAT
186 DAN PAKAR UNTUK LAKSANA TOTAL LOCKDOWN PUNCA KES COVID-19 NAIK
187 RANGKUMAN
188
189 MITI DI BAWAH AZMIN ALI TIDAK PEDULI NYAWA RAKYAT
190
MEMINGGIRKAN M40 DALAM PEMERKASA PLUS '

PELAN IMUNISASI KEBANGSAAN LAMBAT

WAN SAIFUL WAN JAN CADANGKAN KERAJAAN TUTUP TARIKH DAFTAR
VAKSIN

RAHSIA

PEMBERIAN ONE-OFF ‘BERSYARAT’ KEPADA FRONTLINERS:
KERAJAAN RUMITKAN KEADAAN

Pemberian one-off RM500 unfuk barisan hadapan pada Februari 2021 didakwa
CUEPACS sebagai indah khabar dari rupa.
Dikatakan wujudnya syarat ‘khas yang jelas berbeza dari apa yang dinyatakan dalam
Belanjawan 2021. Ada yang dapaf RM500 dan ada pula yang dapat RM250, walhal
kedua-duanya merupakan frontliners.
Sudahlah begitu, para fronfliners pula diminfa untuk melakukan permohonan secara
manual dengan pelbagai proses dokumentasi yang menyusahkan.
Kaedah pelaksanaan yang tidak efektif dan tidakefisien ini tidak pula dilaksanakan oleh
negara-negara luar. Canada misalnya; betapa mereka menghargai pengorbanan
frontliners yang baru-baru ini memberikan sehingga $1,200 seorang kepada setiap
barisan hadapan dalam semua sektor tanpa syaraf-syarat yang menyusahkan. Jadi apa
rasionalnya?
Bantuan yang diberikan kerajaan ini seolah-olah tidak ikhlas kepada frontliner dan
seperti kerajaan caca marba yang tiada kekonsistenan polisi.

PAGE 180

RAHSIA

KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN TAK DENGAR SARANAN UMNO, RAKYAT DAN
PAKAR UNTUK LAKSANA TOTAL LOCKDOWN PUNCA KES COVID-19 NAIK
Kes di Malaysia naik dengan mendadak. Kes harian mencatatkan rekod baharu tertinggi
pada 5 hari berturut-turut, iaitu pada 25 Mei, kes 7,289, 26 Mei, 7,478, 27 Mei, 7857,
28 Mei, 8290 dan 29 Mei, 9,020.
Ramai pemimpin terutamanya dari UMNO/BN telah menyuarakan kebimbangan dan
meminta kerajaan melaksanakan full lockdown.
Ini termasuklah saranan DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM pada 28 Mei
2021.
Pemimpin UMNO misalnya DSN sejak dari Januari 2021 sebenarnya telah meminta
total lockdown dilaksanakan. DSN konsisten mendesak sehingga 28 Mei 2021.
Pada 28 Mei, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
dan Datuk Seri Mohamad Hasan turutsama menggesa total lockdown segera
dilaksana.
Begitu juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusukiturut meminta kerajaan pertimbangkan supaya dilakukan total lockdown 21 hari
disertakan dengan bantuan rakyat seperti PKP 1.0.

PAGE 181

RAHSIA

Begitu juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusukiturut meminta kerajaan pertimbangkan supaya dilakukan total lockdown 21 hari
disertakan dengan bantuan rakyat seperti PKP 1.0.
Rakyat di serata media sosial turut menyuarakan pandangan sama.
Namun, apabilakeadaan telah meruncing,barulah PM mengumumkan lockdown pada
1 Jun 2020.
Kedegilan PMuntuk mendengar sarananramai menjadi punca kepada kenaikan kes
mendadak.

PAGE 182

RAHSIA

1. Peniaga colek dikompaun RM50,000
Peniaga colek dari Kampung Chekok Tengah, Kelantan, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang
berniaga pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya dikenakan
kompaun berjumlahRM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa.
Pendapatannya pun hanyalah berjumlah RM100 setiapmalam dan peniagainilebih rela
memilih untuk masuk penjara. Ini amatmenindas peniaga kecil,sedangkan untuk
mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana
berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

2. Abang burger dikompaun RM50,000
Tular di media seorangpenjual burger mendakwadikenakan kompaun sebanyak
RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahannya berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Wan Mohd Faisal Wan Kadirdari Kampung RambutanRendang, Kota Bharu yang
menjalankan perniagaan itu dihadapan rumahnya sebelum didatangi beberapa anggota
polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan sekitarjam 11.10 malam.
Ekoran itu, polis telah mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga
melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ~

PAGE 183

RAHSIA

3. Pelajar terpaksa pinjam duit adik, dikompaun dalam bas RM1.500

Menerusi sebuah posting di Twitter @Nrdhasni, seorang gadis mendakwa kakaknya
telah dikompaun RMl,500 atas kesalahan tidak mengimbas kod QR aplikasi
MySejahtera ketika menaiki sebuah bas.

Namun, dakwa kakaknya, bas berkenaan sama sekali tidak menyediakan kod QR
MySejahtera ataupun buku. Mahu tidak mahu, kakaknya perlu membayar kompaun
tersebut sebelum 10 Mei.

Bagaimanapun, kisah ini tular apabila pelajar tersebut terpaksa meminjam duit adiknya
dan melarang untuk memberitahu ibu mereka yang dia dikenakan saman ketika di
dalam bas. Menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp, tulisnya “Sebab tak ada
QR Code & buku, RM1,500 weh mana aku nak cari”.

4. Wanita tak pakai pelitup muka ketika ambil anak di kerusi kereta dikompaun
RMl,000

Januari lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai KakTi, meluahkan rasa kecewa
apabila mendakwa telah disaman oleh pihak polis atasalasan tidak memakai pelitup
muka sewaktu keluar dari kenderaan untuk mengambil anak dikerusi sebelah.

Kisahnya bermula apabila wanita tersebut keluar dari kenderaannya bagi mengambil
anaknya yang berada di tempat duduk penumpang. Namun, tindakannya ketika itu
telah disaman oleh pihak polis berjumlah RMl,000 atas alasan tidak memakai pelitup
muka.

Wanita tersebut cuba mempersoalkan tindakan pihak polis, kerana dia tidak berada di
tempat awam. Malahan, wanita berkenaan turut mempertahankan dirinya tidak wajar
untuk disaman ketika itu. Sedangkan, Menteri Kanan Pertahanan dari UMNO, Datuk
Seri Ismail Sabri ketika itu, menjelaskan seseorang itu perlu memakai pelitup muka di
tempat awam yang sesak.

PAGE 184

RAHSIA

5. Pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RMl,500

Tular di laman sosial Twitter apabilaada beberapa akaunyang mendakwa terdapat
pelajar matrikulasi dikenakan kompaun sebanyak RMl,500 kerana melanggarSOP
dengan tidak memakai pelitup muka di dalam kolej.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan
tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.

Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes
keracunan makanan disalah satu kafedi situ. Bagaimanapun,mereka datang lagi pada
Isnin berikutnya walaupun kafe yangterlibat dengan keracunan makanan telah diberi
notis untuk tutup selama dua hari.

Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM 1,500 kepada enam pelajar yang tidak
memakai pelitup muka atau meletakkannya dibawah dagu. Terdapat juga video
menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet
mempersoalkan tindakan tersebut.

6. Kompaun PKP meningkat dari RM 1,000 kepada RM10,000

Berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021yang diwartakan hari ini,
kompaun RM10,000 berkuat kuasa pada 11 Mac.

Kini, denda RMl,000 dikenakan kepada individu atau syarikatyang dikesan melakukan
kesalahan berkenaan.

Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukankesalahan sama
boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

PAGE 185

RAHSIA

RANGKUMAN
Kesemua hal yang berbangkit berkaitan SOP ini menunjukkan kerajaan di bawah
pimpinan Muhyiddin Yassin dilihat tidak memikirkan nasib rakyat. Undang-undang
SOP yang keterlaluan juga begitu menekan rakyat yang telahsedia susah akibat
himpitan pandemik Covid-19. Undang-undang dan SOP juga bersifat flip-flop yang
membebankan rakyat dan bersifat double standard.
Dalam hal ini, UMNO menerusi Pemuda UMNO begitu lantang mempersoalkan
tindakan kerajaan Muhyiddin Yassin. Pemuda jugamembela nasib-nasib mangsa
penindasan ini dengan menyediakan khidmat guaman percuma,selain turut bertindak
menekan kerajaan sebagai medium semak dan imbang.
Dalam isu PKP dan SOP ini juga, Muhyiddin kerap menggunakan MKN yang diketuai
oleh Datuk Seri Ismail Sabri untuk mengumumkan hal-haltidak popular ini. Kesannya,
imej Datuk Seri Ismail Sabri dan juga UMNO sedikit tercalar, walhal kesemua arahan
adalah datangnya dari Muhyiddin Yassin selaku ketua kerajaan.

PAGE 186

RAHSIA

MITI DI BAWAH AZMIN ALI TIDAK PEDULI NYAWA RAKYAT

Kalau dilihat data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada April 2021,
sebahagian besar jangkitan Covid-19 datangnya dari kluster kilang mewakili kira-kira
38.9 peratus dari angka keseluruhan kes di Malaysia, la juga merupakan penyumbang
terbesar kepada statistik Covid-19 negarabagi tempoh Mac-April2021.

Menjelang lockdown pada 1 Jun, MITI telah menyenaraikan sehingga 13 sektor di
bawah senarai essentials services, iaitu sektor aeroangkasa, makanandan minuman,
bahan pembungkusan dan percetakan, barang-barang penjagaan diri dan pencuci,
keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan, peralatanperlindungan diri (PPE)
dansarung tangan, komponenperanti perubatan, elektrikal dan elektronik, minyak
dangas, produk kimia,mesin dan peralatan,tekstil untuk PPE dan industri berkaitan
proses bahan api.

Pertanyaannya, mengapa banyak sekali sektor-sektor yang di letakkan di bawah
senarai essentials? Kalau diteliti, terdapat juga sektor-sektor bukan keperluan seperti
elektrikal dan elektronik turut diletakkan di bawah senarai ini. Apakah rasionalnya
sektor elektrikal dan elektronik dibenarkan beroperasi? Ini belum lagi disebut tentang
sektor yang bukan essentials, namun tetap mendapat suratkebenaran daripada MITI
untuk beroperasi.

MITI seolah-olah tidak peduli dengan data dan statistik saintifik. Apakah maknanya
lockdown jika penyumbang terbesar kes Covid-19 di Malaysia masih dibenarkan
beroperasi? Bukankah pada akhirnya ia hanyalah tindakan yang merugikan?

Ini menunjukkan MITI di bawah Azmin Ali adalah sebuat kementerian yang gagal.
Dasar-dasarnya flip-flop dan tidak jelas.

PAGE 187

RAHSIA

MEMINGGIRKAN M40 DALAM PEMERKASA PLUS
Pengumuman kerajaan tempoh hari menunjukkan terdapat golongan yang terpinggir,
iaitu M40. Sedangkan, golongan M40 yang juga mempunyai keluarga dan bil yang
perlu ditanggung.
Dalam Pemerkasa Plus, M40 tidak diberikan bantuan seperti golongan B40.
Kesemuanya lebih tertumpu kepada golongan B40, walhal M40juga tidak boleh
dipinggirkan.
M40 terut terkesan dalam menghadapi lockdown 3.0. Ada yang ditamatkan
perkhidmatan, dikurangkan gaji dan sebagainya. Ada M40 telah bertukar kepada
status B40, tetapi tidak direkodkan.
Data-data kehilangan pendapatan dan reklasifikasi mereka belum dikemaskini,
menyebabkan pelbagai bantuan B40 tidak layak untuk mereka mohon.
Ini menyebabkan golongan M40 yang kini B40 berisiko berada pada ambang
kemuflisan akibat tidak mampu menanggung komitmen-komitmen sebelumnya.

Kerajaan seakan tidak mempedulikan golongan M40 selepas pelbagai saranan
moratorium untuk semua peringkat tidak didengari oleh kerajaan.
Ini menunjukkan dasar-dasar yang dilaksanakan tidak holisitik dan meminggirkan
golongan M40.

PAGE 188

RAHSIA

PELAN IMUNISASI KEBANGSAAN LAMBAT
Muhyiddin selaku PM,gagal memunculkan dasar untuk mempercepatkan program
vaksinasi negara.
Program ini dimulakan pada 27 Februari 2021 selepas vaksin Pfizer-BioNTech diterima
Malaysia. Malaysia menerima kira-kira3.06 juta dos vaksin. Setakat 30 Mei 2021, kira-
kira 1.12 juta orang (3.5%)daripada populasi berjaya divaksin penuh (2 dos).
Ini agak lambat jika dibandingkan dengan negara-negara serantau. Contoh Indonesia,
setakat 30 Mei 2021, Indonesia berjaya vaksin penuh 10.6 juta orang (3.9%) (Mula 22
Januari).
Bagi tempoh 22 Jan - 23 Mac (2 bulan) Indonesia berjaya vaksin penuh 2.9 juta orang
(1.1%). Contoh lebih realistik (kerana ada populasi hampir sama), seperti Colombia
(populasi50.34 juta orang)berjaya menyelesaikan vaksinpenuh kepada 3.2 juta orang
(6.5%) setakat27 Mei 2021.Colombia memulakan program vaksin lambat dari Malaysia,
iaitu pada 13 Mac.
Malaysia (populasi 31.9 juta orang) pula hanyaberjaya menyelesaikan vaksin penuh
kira-kira 1.12 juta orang suntikan (3.5%) pada tarikh sama. Dataini menunjukkan
program vaksinasi Malaysia agak perlahan.
Akhirnya ini mencetuskan kenaikan ketara kes Covid negara hingga terpaksa
dilaksanakan total lockdown yang menekan rakyat.

PAGE 189

RAHSIA

WAN SAIFUL WAN JAN CADANGKAN KERAJAAN TUTUP TARIKH DAFTAR VAKSIN
Ada ke patut minta kerajaan tetapkan tarikh penutupan daftar vaksin? Idea yang
dicadangkan ini adalahbersifat dangkal tanpa menganalisis permasalahan utama isu
ini.
Pengalaman PemudaBN dan Puteri UMNO membantu menggerakkan pendaftaran
vaksin terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar seluruh negara, ramai
juga yang hadapi masalah LITERASI DAN AKSES DIGITALyang perlukan bantuan.
Sepatutnya, fokus harus diberikan bagi memastikan vaksin mencukupi untuk semua
disamping meningkatkan kempen kesedaran dan membantu pendaftaran orang
ramai terutamanyadi kawasan luar bandar dan pedalaman.
Kerajaan seharusnya menjadi Pemudahcara kepada rakyat bukannya Penyusah cara
dengan mengenakan pelbagai tekanan dan sekatan tanpa memahami kondisi dan
situasi rakyat.
Kenyataan Wan Saiful ini seolah-olah tidak mempedulikan nasib warga pedalaman.
Mereka sepatutnya dibantu, bukan tekan mereka dengan idea yang menindas.

PAGE 190

RAHSIA

SALAH LAKU
PEMIMPIN BERSATU

192 AHLI BIRO ARMADA DITANGKAP ATAS DAKWAAN MILIKI GANJA DALAM
193 JUMLAH BESAR

KES BUNUH PENGAWAL KESELAMATAN DI IPOH

RAHSIA

AHLI BIRO ARMADA DITANGKAP ATAS DAKWAAN MILIKI GANJA
DALAM JUMLAH BESAR

Seorang ahli sebuah biro dalam Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkappolis pada
20 Jan atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Individu tersebut, Adam
Asmuni kemudian didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952
pada 29 Januari 2021. Adam adalah colon Bersatu untuk kerusi parlimen di Perak. Dia
juga pernah menggalas jawatan timbalan pengerusi Biro Kebajikan Pemuda Bersatu
(Armada).

Polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja,sembilan pokok ganja,
dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah.

Ini bukan kali pertama ahli Bersatu ditahan melibatkan dadah. Pada Januari 2020, Adun
Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakanantara yang ditahan dalam satu serbuan
berkaitan dadah di Kuala Lumpur. Ketika itu,Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador
pada mulanya berkata16 (daripada 17)yang ditahan disebuah unit kondominium
setelahmereka diuji positif dadah. Dadah jenis ketamine dan ganja turut ditemui di unit
tersebut, katanya.

Dua bulan kemudian, pihak berkuasa memaklumkan laporan patologi Adhif mendapati
keputusan ujian air kencingnya negatif dan Pejabat Peguam Negara mengarahkan
semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).

Reputasi ini menunjukkan Bersatu gagal menyediakan ahli-ahli yang kompetan dan
berakhlak mulia. Ini merupakan contoh yang tidak baik buat anak muda dan tidak layak
diangkat sebagai pemimpin.

PAGE 192

RAHSIA

KES BUNUH PENGAWAL KESELAMATAN DI IPOH
Terdapat satu kes kematian melibatkan seorang pengawal keselamatan yang diserang
ketika sedang bertugasdi kolam renangdi sebuah kondominiumdi Ipoh, Perak.
Insiden tercetus dipercayai akibat suspek yangtidak berpuas hati terhadap mangsa
keranaCuba menghalang anaknyadaripada menggunakan kolamrenang yang ditutup
kepada orang ramai ketika itu.
Dalam kejadian itu, mangsa pengsan dan cedera di bahagian belakang kepala sebelum
dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan meninggal dunia di
rumahnya.
Tertuduh yang didakwa berkaitan dengan kes berkenaan pula merupakanahli Bersatu
Perak, bukan Kota Bharu. Memang dia ada bertanding pada pemilihan Ketua Armada
Bersatu Kota Bharu pada tahun lalu namun kalah.
Polis mengklasifikasikan semula kes itu pada hari mangsa meninggal dunia di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman gantung sampai mati.

PAGE 193

RAHSIA

MENTERI
BERSATU/PAS/PBB
TIDAK KOMPETEN

195 YB RINA HARUN KEMARUK JADI MODEL
196
197 BANYAK BERPOLITIK DARI BANTU RAKYAT -
198 GUNA NGO KPKT ATUR PROGRAM POLITIK (ZURAIDAH)
MENTERI PELANCONGAN TIDAK KOMPETEN

MENTERI PENDIDIKAN GAGAL SELESAIKAN ISU LAPTOP (RADZI MD. JIDIN)

RAHSIA

YB RINA HARUN KEMARUK JADI MODEL
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun
dilihat lebih mengutamakan imej dan penampilannya berbanding menjaga kementerian
yang sepatutnya menjadi tanggungjawabnya.
Di sebalik kesusahan rakyat, YB Rina sempat menggayakan busana persis model di
pejabatnya dan dikatakan siap membawa jurusolek ke dalam pejabat.
Tular beberapa gambar beliau mengenakan busana rekaan seorang pereka tempatan
telah menimbulkan lebih banyak kemarahan rakyat, yang dilihat tidak sensitif dengan
isu-isu berkaitan portfolio yang beliau pegang.
Beliau dilihat tidak mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa insiden yang
menimpa kaum wanita, serta isu melibatkan elemen penderaan, gangguan seksual, dan
keganasan rumah tangga.
Seolah-olah tak ada menteri Wanita pada era PN ini. Walhal, pelbagai isu-isu yang
berkaitan dengan wanita timbul sejak kebelakangan ini.
Ini menunjukkan YB Rina sebagai tidak kompetan dan tak buat kerja yang sepatutnya
dilaksanakannya.

PAGE 195

RAHSIA

BANYAK BERPOLITIK DARI BANTU RAKYAT -
GUNA NGO KPKT ATUR PROGRAM POLITIK (ZURAIDAH)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraidah Kamaruddin telah mendapat
peruntukkan sejumlah RM8.6 juta pada tahun 2021 kepada Penggerak Komuniti
Tempatan (PeKT).
Beliau telah mengaitkan PeKT dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan pada
Februari 2019.
Beliau menyatakan program-program yang dilaksanakan di bawah Dasar Komuniti
Negara dan bagaimana PeKT akan memainkan peranan dalam pelaksanaan program-
program tersebut.
Walau bagaimanapun, KPKT di bawah Zuraidah dilihat tersasar dari tujuannya yang
hanya bermanfaat sebagai medium politik dalam melaksanakan program Politik
membantu PN.
Ini mendapat kritikan daripada Razlan Rafi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia yang
menyuarakan perkara ini.
Dalam keadaan krisis Covid-19, sepatutnya KPKT harus fokus membantu isu asas
Covid, dari buat program Politik membantu PN, melalui peruntukan yang diberikan.
Tindakan ini mencerminkan bahawa Menteri Bersatu lebih mengutamakan kepentingan
politik berbanding membela nasib rakyat.

PAGE 196

RAHSIA

MENTERI PELANCONGAN TIDAK KOMPETEN
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dilihat tidak kompeten
dalam menjawat kementerian ini. Ini termasuklah dalam menyelesaikan isu kluster
Genting Highland.
Menteri dilihat tak turun padang di samping turut tidak meneliti perlaksanaan
Gelembung Pelancongan secara dekat yang akhirnya memunculkan kluster genting.
Ini termasuklah tiada dasar-dasar yang substantif daripada kementerian ini dalam
membantu sektor pelancongan negara semasa PKP ini.
Tiada pelan pemulihan, pelan bantuan mahupun strategi dalam membantu sektor
perhotelan negara yang kian dihimpit akibat ketiadaan pelanggan.

PAGE 197

RAHSIA

MENTERI PENDIDIKAN GAGAL SELESAIKAN ISU LAPTOP (RADZI MD. JIDIN)
Di kala PKP 3.0 melanda negara, Menteri Pendidikan sampai sekarang masih belum
selesaikan isu laptop untuk murid-murid.
Walhal tugas hakiki bagi seorang Menteri Pendidikan adalah menyediakan kemudahan
buat para pelajar yang terpaksa bersusah payah melaksanakan proses PdPR di rumah.
Yang dia sibuk adalah buat kerja2 kebajikan di Putrajaya, hantar beras, pek makanan,
pek makan berbuka puasa.
Bahkan, terdapat juga kluster sekolah yang muncul sehingga terpaksa kembali
menutup sekolah-sekolah di seluruh negara.
Ini menunjukkan Menteri Pendidikan daripada BERSATU tidak kompetan.

PAGE 198

TAMAT

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version