RAHSIA
4. PIMPINAN PH BERANI SENTUH INSTITUSI BERAJA, KESELAMATAN, DAN
KEPENTINGAN MELAYU ISLAM
Pada Jualai 2018, Peguam dan aktivis Pakatan Harapan (PH), mendakwa sistem
Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan
kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.
Pada Januari 2019, seorang ahli DAP dan juga Ahli Majlis Daerah Pontian telah
memuat naik status dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan dan
memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam akaun
Facebook miliknya.
Pada Julai 2019, Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota kabinet daripada parti itu
membantah rancangan memperkenalkan tulisan "khat" atau seni kaligrafi dalam
kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.
Pada sesi Dewan Rakyat Jun 2019 yang lalu, Pang Hok Liong, Ahli Parlimen Labis
dengan angkuh mempersoalkan penggunaan nombor pendaftaranSultanah Johor
Darul Ta'azim, Raja Zarith Sofiah dan anakanda baginda yang bakal menjadi Sultan
Negeri Johor Darul Ta'azim, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris di dalam
Dewan Rakyat.
PAGE 101
RAHSIA
MALAYSIA BAHARU
1. MEMBUAT KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN, KEMANUSIAAN MINTA MAAF
KENYATAAN PEMIMPIN PH BERBAUR PERKAUMAN - Serangan terhadap
pembangkang, beberapa pemimpin PH dengan menyentuh soal perkauman
merupakan antara bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mengukuhkan
perpaduan kaum.
Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya kerjasama Pas dan
UMNO sebagai 'perang' terhadap orang bukan Melayu.
Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang dilaporkan berkata kerjasama
UMNO dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban.
Trend kenyataan menghina atau menghasut dan kemudiannya memohon maaf
serta mengubah kenyataan dilihat sebagai ‘kaedah baharu hinaan' yang
digunapakai oleh PH.
Sehingga kini tiada tindakan langsung yang diambil oleh kerajaan terhadap
pemimpin-pemimpin utama PH tersebut.
2. GAGAL MENJAGA KEHARMONIAN KAUM
RUSUHAN KUIL MAHA MARIAMMAN
Gagal merangka tindakan pantas apabila berlaku sesuatu insiden yang mana gagal
menangani keresahan kaum serta menyebabkan kaum India merusuh dan bertindak
liar sehingga menyebabkan kematian seorang anggota Bomba (Muhamad Adib).
PAGE 102
RAHSIA
Menteri PH tidak pandai untuk berkomunikasi dengan rakyat apabila timbul sesuatu
insiden berkaitan perkauman.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau yang dengan sengaja mengaitkan
Islam dengan keganasan ekoran insiden di kuil itu yang tiada kena mengena
langsung dengan masyarakat Islam. Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak,
Ganabatirau memadamkan kenyataan asal dan menggantikan sekumpulan orang
Islam kepada kumpulan gangster tanpa sebarang permohonan maaf.
PENGHINAAN AGAMA ISLAM SERTA NABI MUHAMMAD
Penghinaan terhadap agama Islam masih berlaku dan ianya bagaikan menjadi suatu
trend di era Malaysia Baharu.
Beberapa siri penghinaan terhadap Islam berlaku secara terbuka tanpa menjaga
sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti penduduk di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof gagal memainkan
peranan dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW serta Agama Islam.
Kes penghinaan agama Islam semakin menjadi-jadi apabila unit pemantau yang
beroperasi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lebih
10,000 aduan sejak seminngu selepas pelancarannya pada 7 Mac 2019.
Perkara ini bukti yang menunjukkan betapa kerajaan kurang memberi perhatian dan
lemah dalam menangani isu ini secara serius, yang mengakibatkan penghinaan
ini akan berleluasa dan berlarutan.
PAGE 103
RAHSIA
Menteri PH tidak pandai untuk berkomunikasi dengan rakyat apabila timbul sesuatu
insiden berkaitan perkauman.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau yang dengan sengaja mengaitkan
Islam dengan keganasan ekoran insiden di kuil itu yang tiada kena mengena
langsung dengan masyarakat Islam. Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak,
Ganabatirau memadamkan kenyataan asal dan menggantikan sekumpulan orang
Islam kepada kumpulan gangster tanpa sebarang permohonan maaf.
PENGHINAAN AGAMA ISLAM SERTA NABI MUHAMMAD
Penghinaan terhadap agama Islam masih berlaku dan ianya bagaikan menjadi suatu
trend di era Malaysia Baharu.
Beberapa siri penghinaan terhadap Islam berlaku secara terbuka tanpa menjaga
sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti penduduk di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof gagal memainkan
peranan dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW serta Agama Islam.
Kes penghinaan agama Islam semakin menjadi-jadi apabila unit pemantau yang
beroperasi di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lebih
10,000 aduan sejak seminngu selepas pelancarannya pada 7 Mac 2019.
Perkara ini bukti yang menunjukkan betapa kerajaan kurang memberi perhatian dan
lemah dalam menangani isu ini secara serius, yang mengakibatkan penghinaan
ini akan berleluasa dan berlarutan.
PAGE 104
RAHSIA
ISU TULISAN JAWI DAN KHAT
Pengenalan seni khat dan tulisan Jawi ini bagi memenuhi tujuan kita iaitu penjagaan
warisan.
Namun tindakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) yang mengadakan petisyen membantah pembelajaran Jawi dan khat
yang dianggap sebagai langkah Islamisasi ke atas bukan Melayu di negara ini yang
dilihat oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai sebuah pertubuhan yang rasis
kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara, termasuk dalam isu
pembinaan Sekolah Wawasan sebelum ini.
Generasi muda etnik Cina Malaysia masih dapat belajar bahasa mereka sendiri,
mengamalkan adat dan budaya mereka, tidak seperti rakan-rakan mereka di
Indonesia, Thailand, Filipina atau Brunei.
Di Brunei, semua pelajar perempuan di sekolah kerajaan perlu memakai tudung
manakala pelajar lelaki memakai songkok. Mereka juga perlu belajar tulisan Jawi.
Peraturan ini melibatkan kan sekali pelajar-pelajar etnik Cina. Pelaksanaan peraturan
sebegini tidak memberi masalah malah meningkatkan rasa hormat dan bangga
kepada tradisi Melayu Brunei.
Isu tulisan jawi, sejumlah 24 laporan polis diterima dan polis.
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi atas kebiadapan beliau menghina kedudukan
serta martabat tulisan Jawi. Kebiadapan beliau terakam dalam satu petikan video
yang tular dalam sosial media sejak semalam (11 Ogos 2019).
PAGE 105
RAHSIA
PERARAKAN LGBT
Dalam satu himpunan dan perarakan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala
Lumpur pada 9 mac 2019, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti
“Hidup LGBT" dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan
mereka terhadap golongan itu.
Perarakan tersebut bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut
semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.
Timbalan Menteri Undang-undang Mohamed Hanipa Maidin telah menyatakan
bahawa perarakan yang disertai aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender
(LGBT) tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tiada sebarang tindakan yang telah dikenalkan terhadap golongan LGBT yang
menyertai perarakan tersebut.
PEMIMPIN DAP UGUT OCPD
Pemimpin DAP Bahagian Jerantut, Loo Why Leong telah menghantar teks mesej
berbaur ugutan yang berbunyi "Sesiapa nak lawan PH, masa akan datang dia akan
tak aman" kepada Ketua Polis Daerah (OCPD) Jerantut, Mazlan Hassan pada 17 Mei
2019.
Pemimpin DAP itu marah kerana ditahan apabila beliau cuba menghalang polis
daripada menahan setiausaha DAP daerah itu dalam satu siasatan berhubung
penjualan rokok dan arak haram, serta rampasan barang terbabit.
PAGE 106
RAHSIA
Perkara ini juga dapat diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah apabila
menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas namun disebabkan
kekebalan PH pemimpin tersebut dibebaskan.
Pemimpin tersebut berharap moga-moga beliau (Mazlan) dan pegawai polis akan
bertindak berdasarkan apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir
Mohamad) supaya setia kepada kerajaan baru. Adakah ini menyebabkan anggota
Pakatan Harapan terhindar dari segala tindakan undang-undang.
Perbuatan mengugut penjawat awam kata warganet adalah satu kesalahan serius
dan tindakan paling tegas mesti diambil terhadap Why Leong.
4. KONTRAK SOSIAL DICABULI
Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD).
Pembatalan sementara ini memperlihatkan keputusan dibuat tidak lain tidak bukan
kerana akur kepada sentimen marah kaum Melayu, yang mempercayai kepentingan
mereka di tanah watan mereka sendiri bakal terjejas lalu terhapus sekiranya
ICERD diratifikasi.
Sesungguhnya Perlembagaan negara yang digubal semasa penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 dan Persekutuan Malaysia pada 1963, begitu
cakna sekali terhadap perimbangan baik lagi adil antara kepentingan majoriti
Melayu-Muslim dengan kepentingan minoriti bukan Melayu dan bukan Muslim.
PAGE 107
RAHSIA
Ini dapat dilihat dengan jelas sekali pada beberapa peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan, seperti yang berkenaan dengan agama Islam, bahasa Melayu dan
kedudukan istimewa kaum Melayu serta anak negeri Sabah dan natif Sarawak.
Sebenarnya peruntukan ini yang memperlihat keadilan, yakni tiada diskriminasi kaum
dan rasisme, adalah hasil persetujuan perjanjian etnik yang secara longgarnya sering
dikenali sebagai kontrak sosial.
Kaum Melayu selaku kelompok majoriti serta dominan selain asal, memberi kaum
bukan asal kemudahan dan kelebihan istimewa tertentu dalam bernegara di tanah
watan mereka. Antaranya adalah hak untuk terus hidup sebagai kaum Cina dengan
kebenaran bukan sahaja mengadakan, tetapi juga mengembangkan pendidikan
ibunda mereka untuk tujuan pelestarian etnik Cina mereka.
5. MINORITI MENTADBIR MAJORITI
Di dalam politik pada hari ini jelas kelihatan bahawa kumpulan minoriti (cina dan
india) dilihat lebih berkuasa di dalam pentadbiran sehingga menjejaskan golongan
majoriti (Melayu).
Buktinya, pada 7 Januari 2019, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa DAP
memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran
kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana
Menteri.
Perlantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara .Menteri Undang- Undang dan
Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang mesra DAP. Banyak kementerian-
kementerian penting dikuasai oleh DAP samaada sebagai Menteri dan Timbalan
Menteri.
PAGE 108
RAHSIA
Lihat sahaja Bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada
golongan B40 yang ramai dari golongan ini merupakan masyarakat kaum melayu dan
bumiputera terutama yang berada di luar bandar.
Bagaimana insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap
rakyat miskin melayu dan bumiputera dihapuskan.
Bagaimana insentif-insentif untuk peniaga kecil bumiputera seperti “Status
Kontraktor Bumiputera" tidak lagi diteruskan.
Beberapa institusi-institusi penting “Orang Melayu” Bumiputera dan Islam seperti
Felda, Felcra, Khazanah dan Tabung Haji diceroboh oleh Bangsa DAP. Hingga timbul
persoalan apakah rasional orang bukan Melayu dan Islam masuk campur dalam
pengurusan berkaitan orang Melayu dan Islam.
Misalnya, Tabung Haji yang 100% milik dan hak Orang Islam diletakkan dibawah
seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan LGE yang jelas
bukan Islam.Penjualan aset Tabung Haji yang sebelum ini menjadi kekuatan dan
asas keuntungan yang membolehkan pencarum dan pemilik akaun di Tabung Haji
yang mana 100% Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun.lni juga usaha
kerajaan BN sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam dan Bumiputera
PAGE 109
RAHSIA
PENDAKWAAN TERPILiH
1. RULE OF LAW TERPAKAI PADA PIMPINAN DAHULU SAHAJA
Pada 17 Februari 2019 Polis menahan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri
Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berhubung dakwaan Menteri Belia
dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan lehernya
dicekakselepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Semenyih. Beliau ditahan reman selama tiga hari.
Namun sebaliknya berlaku apabila kes melibatkan pemimpin PH seperti kes rogol
yang melibatkan ADUN Tronoh yang dilepaskan dengan jaminan polis.
Pihak kerajaan telah menggugurkan kes melibatkan pemimpin Pakatan
Harapan:
Pada 23 November 2018, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian
Chang atau Tian Chua dilepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara tiga bulan
serta denda RM 1,800 atas kesalahan memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu
ceramah, lima tahun lalu.
Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong yang membuat ugutan jenayah berbunyi
“Sesiapa nak lawan PH, masa akan datang dia akan tak aman" terhadap ketua polis
Jerantut dalam satu pesanan WhatsApp berkenaan berhubung penjualan rokok dan
arak haram, serta rampasan barangan tidak bercukai telah dibebaskan dengan
jaminan.
PAGE 110
RAHSIA
Pejabat Peguam Negara telah menggugurkan pertuduhan menghasut terhadap
pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan seperti Zunar yang menghina badan
kehakiman melalui kenyataan di Twitter berhubung pensabitan kes liwat Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran,
digugurkan tuduhan di atas kesalahan mengeluarkan kenyataan media "menghasut"
bertajuk "Keputusan penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan dalam kes Fitnah 2
tempang dan tidak berasas". Manakala, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
R Sivarasa digugurkan tuduhan di atas kesalahan membabitkan ucapannya dalam
himpunan Kita Lawan pada 2015 yang dikatakan mengkritik sistem kehakiman
berhubung pemenjaraan Anwar kes liwat.
Peguam Negara telah membatalkan dakwaan terhadap Siti Kassim dan beliau
dibebaskan daripada dakwaan menunjukkan jari tengah kepada hadirin ketika
wacana Rang Undang-undang 355 di Kompleks Karangkraf. Namun kes yang sama
melibatkan SEORANG pembantu stor yang digelar 'abang botak' oleh warganet
terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling
Jaya menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan
memecahkan cermin sebuah kereta setelah pemandunya menunjukkan jari tengah
kepada beliau.
Namun perbuatan pihak Peguam Negara sememangnya dilihat pilih kasih dan bias
apabila kesalahan yang sama dilakukan oleh pembangkang, misalnya seperti kes
melibatkan Timbalan Ketua UMNO Telok Bahang Mohd Rizuad Mohd Azudin yand
didakwa di bawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
berhubung kiriman Facebook beliau yang dianggap tidak sopan, beliau diikat jamin
sebanyak RM 3000.
PAGE 111
RAHSIA
2. PH SALAH GUNA KUASA
Pakatan Harapan turut menggunakan undang-undang untuk menekan musuh
politiknya termasuk membekukan akaun mereka, yang tidak pernah dilakukan oleh
UMNO dan Barisan Nasional terhadap mana mana parti pembangkang sebelum ini.
Akaun UMNO yang dibekukan sejak sekian lama atas tuduhan kerana menerima
wang dari IMDB masih belum dipulihkan untuk digunakan sedangkan tiada
sebarang pertuduhan lagi setakat ini.
Wang dan barangan yang dirampas oleh pihak polis bahagian jenayah komersial
yang dirampas di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum
dipulangkan kepada pemiliknya walaupun tuntutan telahpun dibuat.
Penjawat Awam Akan Dikenakan Tindakan Jika Menyokong Pembangkang
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming ingin
meneruskan proses pemutihan dalam perkhidmatan awam kerana terdapat ramai
penjawat awam pada masa ini masih berpihak kepada kerajaan lalu.
Ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands mungkin
kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada
pilihan raya kecil 26 Jan 2019. Amaran itu dinyatakan oleh senator PKR, Bob
Manolan Mohd pada sesi dialog dengan tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai.
PAGE 112
RAHSIA
Penjawat A warn Yang Telah Dilantik Dinafikan Hak Kerana Ada Kaitan Dengan
Kerajaan BN
Pelantikan Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus sebagai Pengarah Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) yang ke-17 berkuatkuasa pada 1 Julai lalu, di tarik balik. Sebelum ini,
INTAN dalam akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah atas pelantikan
Iskandar sebagai Ketua Pengarah.
Bagaimanapun, selepas berita pelantikan itu, tersebar timbul khabar angin
menyatakan ia di tarik balik kerana Iskandar pernah berkhidmat sebagai Ketua
Setiausaha Sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pengarah Jakoa yang bernama Datuk Ajis Sitin telah ditukarkan serta-merta
setelah PH kalah di PRK Cameron Highlands. Ajis merupakan Ketua Pengarah Jakoa
pertama dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang dilantik mengisi jawatan itu
pada 2 Mei 2018.
Ahli Akademik Tiada Kebebasan Bersuara
Nasib 4 ahli akademik yang menjalankan kajian Statut Rom untuk Majlis Raja-Raja
masih menjadi tanda tanya dan sumber mengatakan kebebasan mereka untuk
bersiaran di televisyen telah disekat. Mereka ialah Profesor Undang-undang Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Rahmat Mohamad, profesor undang-undang Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abdul Aziz dan pensyarah
undang- undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Fareed Mohd Hassan dan
Hisham Hanapi.
Pensyaran Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul
Muein Abadi, mendakwa beliau diugut susulan menulis artikel yang mengkritik
kerajaan PH. Ugutan itu diterimanya daripada pihak tertentu selepas berlaku
perbalahan di laman Facebook dengan penulis blog, A Kadir Jassin yang juga
merupakan Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.
PAGE 113
RAHSIA
DIVIDE
AND RULE
115 AGENDA PAP
PECAHKAN MELAYU ISLAM
116 PILIHANRAYA PBT NAIKKAN KUASA CINA
118
RAHSIA
AGENDA PAP
1. DAP SEDANG LAKSANA AGENDA PAP SEBAGAIMANA SINGAPURA
Perjuangan Malaysian Malaysia bermula dari inisiatif PAP mengumpulkan
empat parti lain, iaitu United Democratic Party (UDP) dan People's Progressive
Party (PPP) dari Semenanjung Malaysia serta Sarawak United People’s Party
(SUPP) dan Machinda dari Sarawak pada 9 Mei 1965.
Para pemimpin keempat-empat parti ini, dengan diketuai oleh PAP, di dalam
perjumpaan mereka di Sri Temasek, Singapura, telah mengeluarkan
deklarasi bersama atas nama Malaysian Solidarity Convention (MSC) bagi meminta
sokongan rakyat ke atas perjuangan Malaysian Malaysia.
Peri pentingnya konsep Malaysian Malaysia kepada perjuangan PAP dan empat parti
rakannya ini boleh dilihat melalui sebutan “Malaysian Malaysia" sebanyak 15 kali di
dalam deklarasi bersama yang menyeru rakyat menghadiri konvensyen di Teater
Nasional, Singapura, pada 6 Jun 1965.
Lee Kuan Yew, dalam satu lagi ucapannya di Singapura pada 30 Mei 1965, sekali lagi
menekankan betapa Singapura tidak pernah bersetuju dengan pemerintahan Melayu
apabila ia menyertai Malaysia sambil menegaskan cakap-cakap mengenainya adalah
cakap-cakap bodoh.
Beliau juga menyebut betapa isu Malaysian Malaysia perlu diputuskan sekarang,
tanpa perlu menunggu lima atau 10 tahun lagi, kerana jika mereka tidak mahu maka
ia akan menjadikannya lebih mudah untuk pihak yang mahukannya membuat
rancangan-rancangan alternatif lain.
PAGE 115
RAHSIA
Apa yang berlaku selepas itu tercatat kemas di dalam lipatan sejarah, di antaranya
ialah di dalam Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang dibentangkan
oleh Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, kepada Persidangan Kebangsaan pertama
DAP di Setapak pada 17 Mac 1968.
Di dalam laporan ini, Dr Chen Man Hin, yang sekarang merupakan Penasihat Seumur
Hidup DAP, menyebut mengenai bagaimana tenaga Malaysian Malaysia tidak mati
apabila Singapura terkeluar, di mana peranan dimainkan PAP terus diambil-alih oleh
satu PAP yang berasaskan Malaysia.
Kata Dr Chen Man Hin, PAP Malaysia ini dibatalkan pendaftarannya pada 9
September 1965 menyebabkan para pemimpinnya mendattarkan sebuah
parti baru bernama DAP yang diluluskan pendaftarannya pada 19 Mac 1966, maka
bermulalah perjuangan Malaysian Malaysia DAP.
PECAHKAN MELAYU ISLAM
Kita tidak dapat menyangkal bahawa UMNO dan PAS merupakan sebuah parti
terbesar dan terawal orang Melayu selepas merdeka.
PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung dalam perikatan yang
baharu yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN) setelah berlakunya Tragedi
13 Mei 1969. Penglibatan PAS dalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan
pada 1978. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati
mereka, sementara penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada
ketetapan BN. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Peristiwa
tersebut telah mengakibatkan PAS dilanda krisis dalaman yang telah membawa
kepada perpecahan PAS kepada beberapa parti serpihan seperti BERJASA dan
HAMIM.
PAGE 116
RAHSIA
Seterusnya, lahir pula parti PKR daripada gelombang Reformasi yang melanda
negara selepas pemecatan Dato Sri' Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2
September 1998.
Parti Pribumi Bersatu (PPBM) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan
selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz
Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada
24 Jun 2016.
Manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) pula ditubuhkan selepas Majlis Syura
Pas mengesahkan hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan yang telah
mengakibatkan Pakatan Rakyat berkubur. Keputusan itu kemudiannnya
menyebabkan wujud dua kumpulan pemimpin dalam Pas dengan satu kumpulan
dipelopori ulama muda mahu Pas bersendirian, dan satu lagi kumpulan dipelopori
sebahagian besarnya oleh golongan profesional dan progresit yang mahu hubungan
dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikekalkan.
Terbaharu, pada 23 Mei lalu, bekas orang kuat UMNO, Ibrahim Ali
mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti baru berasaskan Melayu yang
dinamakan sebagai Putra.
Secara jelasnya terdapat terlalu banyak parti Melayu yang wujud di negara ini dari
selepas merdeka sehingga kini. Kewujudan parti politik Melayu yang banyak ini akan
mengakibatkan perpecahan sokongan terhadap parti orang Melayu.
Sungguhpun kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia namun tidak
mustahil untuk menjadi parti minoriti di Malaysia. Hal ini kerana, parti Melayu akan
terus menjadi parti minoriti sekiranya masih mempunyai banyak parti dan tiada
parti tunggal yang memimpin masyarakat Melayu secara keseluruhannya.
PAGE 117
RAHSIA
DAP sangat mahukan perpecahan diantara parti politik Melayu ini supaya mereka
mudah untuk menjalankan agenda mereka untuk memimpin Malaysia.
Sekiranya kita melihat dengan lebih mendalam politik Malaysia amat memerlukan
kekuatan orang Melayu menguasai kerajaan. DAP dengan Impian Malaysianya
melakukan strategi pecah-perintah ini dengan terancang dan ada orang Melayu dan
generasi muda yang mula terpikat dengan cita-cita DAP ini.
PILIHANRAYA PBT NAIKKAN KUASA CINA
Pada 10 Disember 2018, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP akan
terus mendesak kepada pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT),
walaupun kerajaan hari ini menegaskan tidak akan melakukannya.
Pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP
kerana percaya perkara tersebut mempromosikan budaya demokrasi.
Pilihan raya kerajaan tempatan yang dicadangkan DAP dianggap mempunyai agenda
untuk memecah-belahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Jika dilaksanakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur misalnya, colon berbangsa
Melayu dan India lebih sukar mendapat sokongan, berbanding colon berbangsa Cina.
PAGE 118
RAHSIA
Dari sudut realiti, ramai orang Melayu dan India juga menjadi penduduk'
setia Kuala Lumpur khususnya pada waktu bekerja. Mereka datang dari luar bandar
raya Kuala Lumpur dan menghabiskan sebahagian masa dan wang mereka di
kota raya.
Oleh itu, lebih wajar jika kepemimpinan PBT ditentukan oleh kerajaan bagi
memastikan keseimbangan dalam ketetapan dasar dan keadilan untuk semua.
Dari segi demografi yang ada di negara ini, kebimbangannya adalah hanya satu kaum
akan mewakili suatu majlis perbandaran itu. Akan berlaku kelompok, apabila di
bandar nanti dikuasai satu kelompok dan di luar bandar pula oleh kelompok yang lain.
Jika langkah mengadakan pilihan raya PBT diadakan, ia boleh menghasilkan
keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar sekali gus berkemungkinan
mewujudkan konflik disebabkan perbezaan kaum.
Perkara itu turut diakui Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yang menyatakan Malaysia belum
bersedia untuk mengembalikan pilihan raya PBT yang telah dihentikan hampir 55
tahun lalu.
Walaupun negara ini berasaskan masyarakat majmuk, tahap perpaduan antara kaum
dan etnik masih belum mencapai graf memuaskan. Jika langkah ini mahu diteruskan,
ia akan memburukkan lagi hubungan sesama masyarakat.
PAGE 119
RAHSIA
Jika melihat kepada senario kependudukan di negara ini terutama di bandar,
majoritinya dikuasai satu kaum sahaja. Jika sesuatu kawasan itu dikuasai Cina, maka
sudah tentu perwakilan peringkat PBT akan dikuasai kaum berkenaan sekiranya
pilihan raya diadakan.
Dan situasi ini tidak baik kerana tidak wujud keseimbangan antara kaum dalam
matlamat perkongsian kuasa. Kok Seong turut membangkitkan kecenderungan
berpihak kepada kaum-kaum tertentu tidak dinafikan akan timbul, selain berlaku
percanggahan ideologi yang boleh mengakibatkan masalah pentadbiran kucar-kacir.
Kalau kawasan Cina, merekalah yang akan berkuasa dan ini sudah tentu tidak baik
sebab kita nak lihat pihak yang berkuasa itu seimbang dari segi perkongsian kuasa
antara kaum seperti sekarang ini dalam membentuk kerajaan.
PAGE 120
RAHSIA
PH
MEMBELAKANCKAN
PERLEMBACAAN
122 TINDAKAN KERAJAAN PH YANG BERTENTANGAN DENGAN
123 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
123
ISU MENGHINA AGAMA ISLAM
ISU MEMPERSOAL HAK-HAK KUASA RAJA-RAJA MELAYU
RAHSIA
TINDAKAN KERAJAAN PH YANG BERTENTANGAN DENGAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
"Pengisytiharan “Deklarasi Setapak" yang dirum uskan oleh pelopor DAP pada
tahun 1967, adalah satu bukti kepercayaan parti DAP bahawa prinsip
kesaksamaan antara kaum mesti diterapkan dalam proses pembangunan negara.
Dalam “Deklarasi Setapak", pendirlan DAP adalah sangat tegas dan kukuh
bahawa warganegara Malaysia tldak harus dlasingkan dengan label “bumlputera"
dan “bukan bumiputera". la sepatutnya bermula dengan member/ sokongan di
Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD."
(Kenyataan media bersama oleh Chow Yu Hui (ADUN TRAS) dan Chiong Yoke Kong
(ADUN TANAH RATA) di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 9 November 2018)
1. KONTRAK SOSIAL DAN KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
Dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada luar, Kerajaan PH dengan
beraninya mencuba untuk mengkhianati Kontrak Sosial dan cuba menggugat bidang
kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan institusi diraja.
Usaha untuk menandatangani Statut Rom dan meratifikasi ICERD yang ingin
menghapuskan segala bentuk diskriminasi menganjurkan kesamaan hak didapati
senada dengan Gagasan Malayan Union yang juga mencadangkan pemberian hak
yang sama dalam kalangan kaum Melayu-Cina-lndia di negara ini adalah
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pakatan harapan dilihat cuba untuk
membelakangkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini.
PAGE 122
RAHSIA
ISU MENGHINA AGAMA ISLAM
Pada 17 Februari 2019, seorang lelaki warga emas berbangsa Cina telah memuat
naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad
SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB) beliau. Beliau telah
didakwa mengikut Seksyen 298 A{1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum lima tahun.
Pada 9 Mac 2019, pemilik akaun Facebook Ayea Yea, Alister Cogia, 22, dijatuhi
hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas kesalahan menghina agama Islam dan Nabi
Muhammad SAW. Pada 11 Mac 2019, Lim Kit Siang telah meluahkan rasa tidak puas
hati beliau berikutan hukuman yang dikenakan kepada Ayea. Beliau berkata
kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak memerlukan hukuman yang
berat.
Pada 7 Mac 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menubuhkan unit
pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi
Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.
Setelah seminggu unit pemantau tersebut ditubuhkan, sebanyak lebih 10,000 aduan
telah diterima berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di
semua platform media sosial.
ISU MEMPERSOAL HAK KUASA RAJA-RAJA MELAYU
Berdasarkan Artikel 71(1), Perlembagaan Negara memberi jaminan bahawa hak
Raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan
hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja negeri
itu mengikut Perlembagaan Negeri itu.
PAGE 123
RAHSIA
Menururt Artikel 181(1) yang menyatakan bahawa tertakluk kepada peruntukan
Perlembagaan, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan
prerogatif, kuasa dan bidang kuasa pembesar- pembesar memerintah negeri
sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah
ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
Pada 1 Julai 2019, Ahli Parlimen Labis Pang Hok Liong telah bertindak biadap apabila
mempersoalkan sama ada dua nombor plat kereta yang digunakan oleh kerabat diraja
Johor termasuk oleh Permaisuri Johor didaftarkan di bawah Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) atau tidak dalam soalan jawab lisan di Dewan Rakyat.
Selain itu, Ahli Parlimen Labis juga bertindak biadap apabila mempersoal tentang
elaun dan peruntukan tahunan untuk DYMM Seri Paduka Baginda Yang Diprtuan
Agong dengan pecahan secara terperinci. lanya adalah tindakan halus dan
terancang untuk membiasakan rakyat mengkritik dan mempersoalkan sistem
beraja di Malaysia.
PAGE 124
RAHSIA
EKONOMI RAKYAT
PH PINGGIRKAN
GOLONGAN B40
126 KUMPULAN SASAR
PENEROKA FELDA DAN PEKEBUN KECIL
128 PEMANDU TEKSI
131
RAHSIA
KUMPULAN SASAR
BELIA
1. PTPTN
Tertipu dengan janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu
pembayaran balik PTPTN di mana mereka berjanji peminjam akan mula membayar
pinjaman hanya apabila gaji melebihi RM4 ribu. Namun dalam bajet 2019, kerajaan
telah menetapkan hanya yang bergaji RM1 ribu ke bawah sahaja yang tidak perlu
membayar pinjaman.
Pelbagai “kajian" dan "pusingan U” dibuat berkaitan PTPTN. Pusingan U pertama
dibuat mengenai lltizam anak muda dengan ungkapan “manifesto bukan
kifab suci" apabila gagal memberikan pendidikan percuma seperti yang
dijanjikan.
Kerajaan telah menghapuskan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan yang meraih
Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Sebelum ini, semua peminjam yang memperoleh
keputusan kelas pertama diberikan pengecualian bayaran balik PTPTN sejak
dilaksanakan pada 2003. Kini biasiswa/ pengecualian bayaran balik hanya untuk
graduan yang meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang dalam kalangan
keluarga B40 dan M40.
Memperkenalkan jadual pembayaran pinjaman progresif antara 2% hingga 15%
daripada pendapatan bulanan peminjam berdasarkan tahap pendapatan.
Tiada lagi diskaun 10 peratus bayaran balik PTPTN yang dibuat menerusi potongan
gaji atau debit langsung mengikut jadual dan diskaun 20 peratus bagi
pembayaran penuh pinjaman PTPTN.
Peruntukan bagi program MyBrain dan MyPhD telah dihentikan yang digunapakai
bagi merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
PAGE 126
RAHSIA
2. PELUANG PEKERJAAN ANAK MUDA DENGAN GAJI PERMULAAN RM2500
Pakatan Harapan menjanjikan menyediakan sejuta peluang pekerjaan di dalam
manifesto mereka.
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara
merekodkan seramai 516,600 penganggur.
Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah,
mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) Semenanjung.
Satu laporan portal berita Jepun, Kyodo News, melaporkan bahawa kerajaan PH
dijangka akan memeteraikan perjanjian bersama syarikat Jepun bagi menghantar
pekerja kolar biru (pekerja dalam bidang pembinaan, perindustrian dan kerja berat)
untuk bekerja di negara tersebut. Adakah ianya langkah bagi menunaikan janji
manifesto PH.
3. BANTUAN SARA HIDUP BUJANG (ANAK MUDA)
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 hanya memperuntukkan RM 100 kepada golongan
bujang belum berkahwin dan berpendapatan rendah.
Di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), individu bujang yang
berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga berhak mendapat
bantuan sebanyak RM450 pada tahun 2017.
Sekiranya Barisan Nasional berjaya pada PRU-14yang lalu, BN telah berjanji dalam
manifesto untuk menaikkan BRIM bujang dari RM450 yang diberi pada tahun 2017
kepada RM600 untuk tahun 2018 dan manakala pada tahun 2019 akan meningkat
lagi kepada RM650.
PAGE 127
RAHSIA
PENEROKA FELDA DAN PEKEBUN KECIL
1.PENGHAPUSAN HUTANG
Antara janji Pakatan Harapan yang menjadi popular adalah menghapuskan 50
peratus hutang. Walaupun mereka mengatakan sebelum ini akan menghapuskan
terus hutang peneroka tetapi yang sebenarnya dijanjikan hanyalah 50 peratus.
PH telah berjanji dalam sepuluh janji seratus hari mereka bahawa akan
menghapuskan hutang peneroka Felda jika berjaya menjadi kerajaan, tetapi sehingga
kini masih tidak kelihatan usaha itu akan menjadi kenyataan dan realiti.
Sewaktu BN memerintah sebelum ini segala pembayaran hutang ditangguhkan jika
pendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan, namun pada hari ini walaupun
pendapatan kurang daripada RM 1,500 potongan hutang tetap dikenakan terhadap
peneroka.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu
disebut-sebut oleh Pakatan Harapan bahawa telah ‘dirompak1 oleh BN sebelum ini
sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.
2. U-TURN DUIT RAYA
Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali pada 22 Mei
2019 bahawa tiada ‘duit raya' untuk Peneroka FELDA menambah lagi kekecewaan
terhadap seluruh warga peneroka.
Ketika pemerintahan BN, FELDA mampu memberikan duit raya RM450 hingga
RM500 beserta bonus RM350 yang mampu meringankan keluarga peneroka
menjelang Aidilfitri.
Setelah mendapat tentangan hebat daripada pembangkang serta masyarakat, sekali
lagi kerajaan PH melakukan U turn pada saat akhir (31 Mei) dengan memberikan 'duit
raya' sebanyak RM300 seorang dengan memberikan alasan bahawa kewangan
FELDA mengalami masalah akibat kerajaan dahulu.
PAGE 128
RAHSIA
3. PINJAMAN SARA HIDUP
Bagi peneroka yang sedang menjalankan program tanaman semula, jumlah pinjaman
Sara Hidup sewaktu Kerajaan BN adalah sebanyak RM 1,500 sebulan. Walau
bagaimana pun kadar tersebut dikurangkan kepada RM 1,000 selepas PH ambil alih
pemerintahan.
Terdapat juga cadangan pihak kerajaan PH untuk mengurangkan Pinjaman Sara
Hidup kepada RM750.
Di dalam parlimen pada bulan April 2019, Menteri Ekonomi di dalam
membentangkan Kertas Putih telah berjanji untuk menaikkan semula kepada
pinjaman tersebut kepada RM 1,500. Namun sehingga hari masih kekal RM
1,000 dan masih ramai peneroka yang masih belum menerima pinjaman
tersebut.
4. SKIM TANAMAN SEMULA
Pada Ogos 2019 yang bertempat di Temerloh Pahang, Kerajaan PH menerusi
Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim telah mengumumkan bahawa tidak
akan meneruskan lagi perlaksanaan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil
(TSSPK) yang telah dihentikan pada julai 2019.
Sebelum ini skim TSSPK yang telah dilaksanakan sewaktu pemerintahan kerajaan
Barisan Nasional (BN) bagi membantu pekebun kecil sawit meningkatkan
pendapatan dan taraf sosio-ekonominya melalui peningkatan penghasilan
Buah Tandan Segar (BTS) tanaman sawitnya.
Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap
hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK untuk membiayai kos pembersihan,
penyediaan kebun dan anak benih berkualiti akan dibekalkan oleh MPOB.
PAGE 129
RAHSIA
Bantuan itu juga meliputi kos pembelian baja bagi anak pokok yang baru di tanam itu
untuk tempoh dua tahun yang akan memberi manfaat kepada pekebun untuk
tempoh jangka masa Panjang.
Pembatalan skim ini dilihat adalah bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti penanaman
sawit di kalangan pekebun-pekebun kecil yang rata-ratanya adalah Bumiputera yang
terdiri daripada Melayu, Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak dan
sebilangan kecilnya pula terdiri daripada kaum Cina dan India yang berpendapatan
rendah serta perkara ini mampu melonjakkan keuntungan kepada syarikat-syarikat
besar.
5. PENCANTUMAN TANAH PENEROKA
Pada 7 Julai 2019 di majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2019, Perdana Menteri
Tun Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa kerajaan PH bercadang akan
mencantumkan tanah peneroka Felda dan diuruskan sebagai estet besar yang diurus
oleh orang terlatih dalam pengurusan estet dan peneroka boleh bekerja atau
mendapat bahagian mereka berdasarkan besarnya tanah yang dimiliki bagi menjana
pendapatan lebih baik.
GOLONGAN M40 BANDAR
Kumpulan M40 di kawasan bandar mempunyai pendapatan boleh guna yang sangat
minimum berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar besar tidak selari dengan
kenaikan pendapatan yang sangat perlahan.
Mengikut kajian yang pernah dilakukan, kos sara hidup yang semakin tinggi
mempengaruhi keupayaan menyimpan bagi kalangan B40 dan M40 dengan hanya
ada lebihan RM76 setiap bulan.
Insentif kepada M40 dan T20 hanya berbentuk pengecualian cukai untuk Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insurans yang dinaikkan daripada RM6,000
kepada RM7.000. Insentif ini masih tidak cukup terutama kepada golongan
M40 di bandar kerana golongan M40 di bandar masih dibebani hutang melampau
dan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan yang meningkatkan kos sara hidup.
PAGE 130
RAHSIA
PEMANDU TEKSI
Menteri Pengangkutan telah membuat pusingan-U dengan menyatakan bahawa
pemandu e-hailing tidak perlu tukar status kenderaan persendirian milik mereka dan
ianya jelas membuktikan bahawa kerajaan pada PH tiada prinsip dan tiada hala tuju
yang jelas berhubung industri teksi.
Sebelum ini terdapat banyak insentif dan bantuan yang diterima pemandu
teksi daripada Kerajaan Barisan Nasional seperti permit teksi persendirian bersama
geran sebanyak RM5.000 untuk pembelian teksi baru yang memberi manfaat
kepada pemandu teksi yang layak di bawah bajet 2017.
Di bawah geran bajet 2017 juga, Kerajaan BN bersama Perkeso telah
memperkenalkan skim perlindungan insurans kepada pemandu teksi kerana
sebahagiannya masih tidak dilindungi.
Kerajaan BN juga telah memperkenalkan program bantuan TRIMA (Teksi Rakyat 1
Malaysia) dan salah satu bantuan yang dilancarkan adalah BT1M (Bantuan Tayar 1
Malaysia) iaitu subsidi sebanyak RM520 untuk pembelian tayar yg telah telah
memberi manfaat kepada 66,538 pemandu teksi di seluruh negara.
Di bawah program bantuan TRI MA itu juga terdapat dana sebanyak RMIjuta yang
telah diluluskan untuk melindungi pemandu teksi seluruh negara melalui skim
insurans perlindungan kemalangan diri.
PAGE 131
RAHSIA
KUALITI PENDIDIKAN
JATUH
133 ISU KUOTA MATRIKULASI
134
135 ISU IKTIRAF SIJIL PEPERIKSAAN BERSEPADU UEC
135
ISU KUOTA BIASISWA
ISU SEKOLAH VERNAKULAR, PENYALURAN PERUNTUKAN
KEPADA IPTS DAN SJKC
RAHSIA
1. ISU KUOTA MATRIKULASI
Pada tahun 2018, Kementerian Pendidikan mengumumkan 1,000 penawaran khas
kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada
pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khusus buat kaum Cina
berpendapatan rendah B40.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 kemudiannya telah memutuskan
menambah bilangan kemasukan pelajar matrikulasi kepada 40 ribu tempat,
berbanding 25,000 sebelum ini dengan mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera
dan 10 peratus bukan Bumiputera.
DAP mahu kerajaan menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera
dengan mendakwa ia adalah bertentangan dengan jaminan mengenai tiada
diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan.
Desakan pemimpin DAP ini sebenarnya bercanggah dengan Perjanjian dan
Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu mempertahankan Perkara 153 yang
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Pemberian kuota Bumiputera adalah dibenarkan dalam Perkara 153 (2). Mengikut
Perkara 153 (8A), perizaban tempat pengajian ini dibenarkan diluaskan ke mana-
mana universiti, kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan
selepas MCE.
PAGE 133
RAHSIA
2. ISU IKTIRAF SIJIL PEPERIKSAAN BERSEPADU UEC
Wujud cadangan mengiktiraf UEC yang merupakan peperiksaan anjuran Sekolah
Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai pengganti kepada Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke universiti awam atau perkhidmatan kerajaan.
Ini sekaligus bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang dan
dasar negara iaitu Fasal 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sistem pendidikan UEC tidak
menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama sebaliknya
menggunakan Bahasa Cina (Mandarin).
Peperiksaan UEC dan sistem persekolahan SMPC adalah melanggar Seksyen 2, Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang telah memperuntukkan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa rasmi. la juga bercanggah dengan matlamat dan dasar pendidikan
yang berpaksikan kepada Penyata Razak dan yang terkandung dalam Akta
Pendidikan 1996 kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar
utama.
Jika Sijil UEC diiktiraf maka tidak perlu lagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah
Kebangsaan, dan juga peperiksaan SPM. Jika ini berlaku maka perpaduan akan
menjadi semakin luntur kerana pemisahan rakyat akan bermula dari sekolah rendah
hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
PAGE 134
RAHSIA
3. ISU KUOTA BiASISWA
Sebelum ini tular di media sosial mengenai keputusan penerima biasiswa Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) luar negara bagi Zon Utara. Dalam hebahan itu, hanya 12
orang sahaja pelajar Melayu menerima tajaan pendidikan ke luar negara berbanding
pelajar Cina 50 orang dan India 18 orang.
Kuota biasiswa merupakan hak istimewa Orang Melayu yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan yang dahulunya diberi 10 peratus kepada bukan
Bumiputera. Ini sekaligus bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu.
4. ISU SEKOLAH VERNAKULAR, PENYALURAN PERUNTUKAN
KEPADA IPTS DAN SJKC
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
Sekolah vernakular tidak termaktub di dalam perlembagaan dan kerajaan juga tidak
wajib menyediakan apa-apa dana dari segi undang-undang seperti yang
tertulis pada Perkara 12 (2) Perlembagaan yang hanya memberikan hak kepada
sekolah aliran agama.
PAGE 135
RAHSIA
Antara penyaluran peruntukan :
a) Kuota pemberian dana khas kepada Kolej Universiti New Era namun kerajaan tidak
pernah menyatakan sebarang pemberian bantuan kepada institusi pengajian tinggi
swasta (IRTS) itu dalam Belanjawan 2019.
b) Di dalam Belanjawan 2019 sebanyak RM652 juta diperuntukan berbanding RM600
juta dalam Belanjawan 2018. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 15 juta disalurkan
kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
c) Pada 14 Oktober 2018, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan
peruntukan yang telah diluluskan kepada beberapa buah SKJC di Pulau Pinang antaranya
di SKJC Kay Sin membabitkan RM 13 juta dan SJKC Permatang Tinggi (RM 10 juta) bagi
pembinaan tambahan bilik darjah serta blok baharu. Namun, dalam masa yang sama
kerajaan PH telah membekukan semua dana untuk membaik pulih atau membina masjid,
sekolah aaama rakyat dan tahfiz.
d) Penyerahan sejumlah RM 193,000 kepada Southern University College oleh
Kementerian Kewangan.
Kementerian menafikan peruntukan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi
swasta (IPTS) dan sekolah jenis kebangsaan adalah daripada peruntukan kewangan
Bajet Kementerian Pendidikan, sebaliknya disalurkan terus oleh Kementerian
Kewangan.
PAGE 136
RAHSIA
KAKISTOKRASI
138 PEMIMPIN YANG TIDAK BERWIBAWA DALAM MENJALANKAN TUGAS
141 MEREKA
MENGUTAMAKAN KRONI DAN AHLI KELUARGA DALAM
PEMBERIAN KONTRAK
RAHSIA
1. PEMIMPIN YANG TIDAK BERWIBAWA DALAM MENJALANKAN
TUGAS MEREKA
MOHAMAD SABU, MENTERI PERTAHANAN
Ucapan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Dialog Shangri-La di Singapura pada
1 Jun lalu yang mengatakan bahawa “kita tidak mampu mengejar kapal perang
China” seolah-olah merendah- rendahkan kemampuan pertahanan negara serta
membuka kelemahan pertahanan negara. Sebagai Menteri Pertahanan, kelemahan ini
sepatutnya ditutup dengan menonjolkan keupayaan negara dalam berdiplomasi.
Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia
(PVATTBM), Ismail Abidin berkata, turut menyelar Mohamad Sabu kerana kenyataan
bahawa kedudukan pertahanan negara antara paling lemah juga boleh menyebabkan
para anggota tentera terasa hati. Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM),
Sani Osman turut menyifatkan kenyataan menteri itu seolah-olah cubaan
membongkar apa sahaja kekurangan negara atas dasar dendam politik.
DATUK MOHAMADDIN KETAPI, MENTERI PELANCONGAN
Menteri ini tidak mempunyai soft skill yang baik terutama kemahiran bercakap.
Sebagai contoh ketika sesi Dewan Rakyat, semasa sesi penggulungan dan juga
menjawab pertanyaan jawab lisan bagi Kementerian Pelancongan, YB Menteri
memberi jawapan dengan cara yang tidak matang. Jawapan yang diberikan terlalu
umum dan boleh dianggap seperti jawapan daripada budak sekolah. Malah, YB
Menteri ketika bercakap, terlalu perlahan dan lambat.
PAGE 138
RAHSIA
TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI, TIMBALAN MENTERI AIR, TANAH DAN
SUMBER ASLI
Sewaktu PRK Cameron Highland, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Menteri
Air, Tanah dan Sumber Asli mengamuk kepada sekumpulan penyokong BN
kerana mendedahkan salahlakunya yang menyalahgunakan kenderaan jabatan
kerajaan. Sumber memaklumkan terdapat 5 buah kenderaan jenis pacuan 4 roda
dinaiki oleh jentera PH sebelum ini dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri
Pahang atas tujuan kerja namun sebaliknya digunakan untuk kempen PH. Susulan itu
Tengku Zulpuri bersama pengikutnya menyerang petugas BN ketika itu.
NORHIZAM HASSAN BAKTEE, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)
PENGKALAN BATU
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalas Batu, Norhizam Hassan digelar
sebagai YB Samseng selepas bertegang leher dan kurang ajar terhadap penduduk
Kampung Pulau Nibong pada Oktober 2018. Beliau turut menengking dan
mengherdik penduduk termasuk warga emas dengan bahasa kasar. Tindakan tidak
profesional dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat jelas
menunjukkan YB Pengkalan Batu ini tidak layak menjawi wakil rakyat yang
membawa suara rakyat.
Malah, baru-baru ini dalam sidang DUN Melaka, beliau sekali lagi menunjukkan
sifat biadap apabila menggunakan frasa "UMNO mati" dalam peribahasanya
sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati wakil rakyat pembangkang. Dalam
ucapannya, Norhizam mengubah suai peribahasa dengan menyebut "Harimau mati
meninggalkan belong, manusia mati meninggalkan nama, dan UMNO mati
meninggalkan hutang."
PAGE 139
RAHSIA
Projek seluas 81 hektar tanah tebus guna di barat pulau legenda Mahsuri itu
melibatkan 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersial, kemudahan
dermaga untuk kapal penumpang dan kapal layar serta pelbagai fasiliti lain. Menurut
Pek Khiing, projek berkenaan akan merangsang pelaburan asing di Langkawi dan
bakal menjadi paling besar yang pernah dilaksanakannya sejak beliau memulakan
aktiviti perniagaannya di pulau tersebut pada 1991. Namun begitu, selepas rakyat
mengecam keputusan ini, barulah Tun Dr Mahathir mengumumkan masih belum
meluluskan pelantikan ini.
Opcom Holdings yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mokhzani Mahathir
memperoleh kontrak bernilai RM 11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM),
beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-14. Mokhzani juga merupakan
ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan. Opcom dalam satu kenyataan
kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia telah menerima surat penganugerahan
kontrak "Rakan Unifi"pada 14 Mei 2018. Kontrak yang bermula dari 2 Julai
2018sehingga 31 Dis 2019, adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pemulihan
perkhidmatan Unifi.
PAGE 140
RAHSIA
Pada November 2018, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk
Omar Jaafar telah "disekolahkan" oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang kini Ketua
Pembangkang DUN Melaka, Datuk Seri Idris Harun kerana tidak mengikut prosedur
aturan dewan. Speaker DUN yang mempengerusikan mesyuarat di peringkat
jawatankuasa itu tidak membuka fasal untuk dibahaskan sehingga ditegur beberapa
kali oleh Ketua Pembangkang. Datuk Seri Idris juga seolah-olah bertindak
sebagai 'Yang di-Pertua' apabila mengemukakan beberapa prosedur sebelum
fasal-fasal dibentangkan dalam rang undang-undang untuk perbahasan yang
awalnya tidak disebut oleh Omar. Keadaan itu membawa kepada penangguhan
dewan selama kira-kira 15 minit oleh Speaker DUN untuk membetulkan semula
perjalanan dewan.
2. MENGUTAMAKAN KRONI DAN AHU KELUARGA DALAM
PEMBERIAN KONTRAK
Kementerian Industri Utama melalui Menterinya, Teressa Kok telah
menandatangangi perjanjian jual beli minyak kelapa sawit yang bernilai RM3.46 bilion
antara Malaysia-China pada Mac 2019 menyaksikan penglibatan PGEO Marketing
Sdn Bhd. Syarikat yang berada di bawah PGEO Group ini dimiliki oleh Wilmar
International Limited dan keluarga Kuok merupakan pemegang saham terbesar.
Robert Kuok adalah antara individu yang dilantik ke dalam Council of Elders selepas
kerajaan baru ditubuhkan.
Di awal kemenangan PH, seorang pemaju hartanah bertaraf "billionaire" yang juga
terkenal sebagai kroni kepada Tun Dr Mahathir telah tampil kepada media
mengumumkan beliau akan menjalankan projek mewah di Langkawi, Kedah iaitu
Langkawi New City dengan kos RM30 bilion.
PAGE 141
RAHSIA
FITNAH & PERSEPSI
143 MEMFITNAH KERAJAAN BN MEROMPAK WANG PEMBAYARAN BALIK GST
143 FITNAH LAYAN BURUK TERHADAP KAUM INDIA DI MALAYSIA
144 FITNAH PAS MENERIMA RM 90 JUTA DARI 1MDB
144 FITNAH DS NAJIB MENJUAL NEGARA KEPADA CHINA
145 FITNAH CINCIN RM 24 JUTA DATIN SERI ROSMAH
146 FITNAH BERKAITAN KES ALTANTUYA
147 PROJEK RUNDINGAN TERUS ERA PAKATAN HARAPAN
150 FITNAH ASET RM 114 JUTA MILIK IMDB
RAHSIA
1. MEMFITNAH KERAJAAN BN MEROMPAK WANG PEMBAYARAN BALIK GST
Pada 7 Ogos 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memfitnah kerajaan
terdahulu merompak wang pembayaran balik cukai semasa GST dilaksanakan.
Beliau mendakwa bahawa sebanyak RM 19.4 bilion wang yang sepatutnya berada di
dalam Kumpulan Wang Amanah telah hilang.
Namun, Laporan PAC Parlimen berhubung Tuntutan Tunggakan Bayaran Balik GST
berjumlah RM 19.4 bilion oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyatakan bahawa
kerajaan terdahulu memasukkan semua hasil kutipan GST ke dalam Akaun Hasil
Disatukan terlebih dahulu sebelum dipindahkan secara berperingkat apabila
diperlukan.
Laporan PAC ini membuktikan bahawa dakwaan wang pembayaran balik GST tidak
hilang dan tidak dirompak oleh kerajaan BN.
Kenyataan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat yang memfitnah kerajaan Barisan
Nasional merompak wang pembayaran balik GST adalah suatu penghinaan
terhadap institusi Parlimen.
2. FITNAH LAYAN BURUK TERHADAP KAUM INDIA DI MALAYSIA
Pada November 2018, telah tular di media sosial berkenaan dengan kenyataan fitnah
tentang layanan buruk kepada Kaum India di Malaysia oleh P Waytha Moorthy yang
juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio
perpaduan.
Fitnah dari P Waytha Moorthy bahawa masyarakat India di Malaysia tidak dilayan
dengan adil, dipaksa memeluk Islam jika mahu bekerja di sektor kerajaan dan
sebanyak 10,000 kuil dimusnahkan adalah satu tuduhan yang amat berat dan
mampu menimbulkan ketegangan kaum.
PAGE 143
RAHSIA
Petisyen dari Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang menerima lebih 300 ribu
tandatangan menggesa pelucutan jawatan P Waytha Moorthy masih lagi tidak
menerima apa-apa findakan dari kerajaan. Sehingga kini tiada sebarang tindakan
yang di ambil terhadap P Waytha Moorthy dan tiada juga permohonan maaf secara
terbuka dari beliau.
3. FITNAH PAS MENERIMA RM90 JUTA DARI IMDB
Sebelum PRU14, Pakatan Harapan melalui Sarawak Report telah memfitnah PAS
menerima dana berjumlah RM90juta dari IMDB. Dana itu didakwa sebagai usaha
Dato' Seri Najib untuk menarik sokongan PAS supaya menyokong Barisan Nasional.
Pada April 2017, Abdul Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah di London
terhadap editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown berhubung fitnah tersebut.
Pada Februari 2019, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
menyatakan tiada kemasukan dana IMDB ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa
oleh Sarawak Report.
Kes ini masih lagi di dalam siasatan selepas pelantikan Ketua Pesuruhjaya
SPRM yang baru, Latheefa Koya.
4. FITNAH DS NAJIB MENJUAL NEGARA KEPADA CHINA
Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin PH amat lantang memfitnah dan menghasut rakyat
dengan mengatakan kerajaan BN menjual negara disebabkan banyak pelaburan
masuk dari negara China seperti projek Forest City, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),
keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Taman Perindustrian Malaysia-
China Kuantan (MCKIP).
PAGE 144
RAHSIA
Namun, selepas menjadi kerajaan, PH bukan sahaja meneruskan projek-projek
berkenaan malahan hingga ke tahap menambah hutang rasmi negara dengan
menerbitkan Bon Panda di China.
PH juga mengumumkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional dari
China iaitu Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong,
Prof Xiao'ou Tang serta Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran
dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.
Tindakan melantik warga China sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional
yang merupakan sovereign wealth fund Malaysia, adalah suatu tindakan yang
memalukan dan adalah lebih hampir kepada istilah “menjual negara”.
5. FITNAH CINCIN RM24 JUTA DATIN SERI ROSMAH
Sejak 2011 lagi, antara modal yang sering digunakan oleh PH sebelum dan semasa
kempen Plihan Raya Kecil dan PRU14 adalah fitnah bahawa Datin Seri Rosmah
membeli cincin berlian merah jambu yang berharga RM24 juta. Ramai rakyat
Malaysia yang termakan dengan fitnah yang dahsyat ini.
Fitnah ini bukan sahaja terhenti disekitar Datin Seri Rosmah, malah kesannya
melimpah kepada kredibiliti kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Ini adalah
kerana timbul persepsi bahawa Datuk Seri Najib Razak menyeleweng dana kerajaan
untuk kegunaan peribadi.
Selain itu, melalui fitnah ini juga diwujudkan persepsi bahawa hutang negara
meningkat dan kerajaan tidak dapat menampung disebabkan salah urus dana
kerajaan untuk kegunaan peribadi.
PAGE 145
RAHSIA
Namun, segalanya terbukti adalah sebuah fitnah apabila pada 8 April 2019, di
Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengakui
cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak
dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen
jualannya.
6. FiTNAH BERKAITAN KES ALTANTUYA
Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yang disyaki
merupakan individu yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri DS Najib
Razak iaitu Razak Baginda.
Pembangkang mengambil kesempatan untuk menggunakan kes ini sebagai modal
fitnah untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri, DS Rosmah Mansor
sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut. Fitnah ini disebarkan dalam pelbagai
lapis.
Fitnah awal yang disebarkan pembangkang pada ketika itu adalah DS Rosmah
mengharahkan pembunuhan tersebut kerana beliau mendapati DS Najib mempunyai
hubungan sulit dengan Altantuya.
Namun, cerita ini terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu kejadian DS Rosmah dan
DS Najib masing-masing mempunyai alibi yang kukuh kerana berada di program
buka puasa berasingan dengan beratus orang saksi termasuk rakaman video dan
laporan berita.
Kemudian PH menukar cerita fitnah bahawa Razak Baginda, kenalan rapat DS Najib
adalah individu yang mempunyai hubungan dengan Altantuya. DS Najib hanya
membantu 'menutup' hubungan sulit tersebut dengan ‘membenarkan’ penggunaan
anggota keselamatan dan juga bahan letupan.
PAGE 146
RAHSIA
CT Kemudian keluar pula cerita fitnah lain bahawa Altantuya adalah penterjemah
dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dan DS Najib terlibat dari segi
menerima rasuah.
Setiap kali fitnah mereka gagal mengaitkan DS Najib Razak sebagai pesalah, PH akan
menukar cerita mereka.
Pada 22 Februari 2019, Ketua Polis Sentul mengeluarkan kenyataan bahawa
PDRM setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan DS Najib
Razak dengan beberapa kes pembunuhan Altantuya dan beberapa kes
pembunuhan berprofil tinggi yang lain.
PROJEK RUNDINGAN TERUS ERA PAKATAN HARAPAN
Pada 24 Ogos 2020, Menteri Kewangan PN, Tengku Zafrul mendedahkan terdapat
101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus
ketika pentadbiran Pakatan Harapan.
Kementerian Pengangkutan mendahulu senarai sebagai pemberi tender paling besar
dengan nilai sebanyak RM4.47 bilion untuk empat projek.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula mendahului senarai sebagai pemberi
projek paling banyak, iaitu sebanyak 12 projek dengan jumlah keseluruhan bernilai
RM380.1 juta.
Menurut Tengku Zafrul, perolehan secara RT dibenarkan dengan kelulusan
Kementerian Kewangan, berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1)
Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling
perbendaharaan yang berkaitan.
Isu ini nyata bercanggah dengan janji manifesto PH Pakatan Harapan dalam
manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 Buku Harapan Janji 23, menyatakan akan
memastikan sistem tender terbuka digunakan dengan meluas dan telus, terutamanya
untuk projek-projek besar. Mereka juga kononnya amalkan CAT (cekap, telus,
amanah) tetapi dalam isu ini, itu tidak begitu kelihatan.
PAGE 147
RAHSIA
Ringkasan pecahan mengikut Kementerian adalah seperti berikut:
Kementerian Bil. Nilai Perolehan
(RM juta)
Kementerian Pengangkutan Malaysia 4
Kementerian Pertahanan 6 4,477.76
Kementerian Dalam Negeri 8 900.86
12 517.68
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia 2 380.12
Malaysia 7 1 70.79
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 4 87.49
Kementerian Pendidikan 9 10.87
Kementerian Kesihatan Malaysia 10.36
7
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan 4 8.46
Industri 5 9.03
2 8.18
Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam 1 7.36
Sekitar & Perubahan Iklim 6.45
Kementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Perdana Menteri
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Belia Dan Sukan
PAGE 148
RAHSIA
PROJEK RUNDINGAN TERUS ERA PAKATAN HARAPAN
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan peningkatan dividen
kepada 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, berbanding
dengan 2.5 peratus pada tahun 2019 ketika di bawah pentadbiran Mat Sabu.
Walaupun berdepan cabaran kelembapan ekonomi kerana COVID-19, LTAT
dibawah pentadbiran Menteri daripada UMNO, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mampu
mencatatkan untung bersih yang tinggi mencecah RM229 juta.
Ketika zaman PH di bawah Mat Sabu, dividen LTAT hanyalah 2.5 peratus dengan
untung bersih RM91.7 juta pada 2019.
Itu pun selepas mereka menjual aset strategik LTAT seperti Hotel Royal Chulan milik
Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah dari pasaran.
Inilah bezanya antara Menteri BN dan Menteri PH. Menteri BN membina negara,
Menteri PH meranap negara. Itulah beza antara BN dan PH.
PAGE 149
RAHSIA
FITNAH ASET RM 114 JUTA MILIK 1MDB
Pada 17 Mei 2018, kira-kira jam 10.15 malam, kediaman peribadi DSN menjadi
perhatian media tempatan dan antarabangsa.
Lebih 15 trak polis memuatkan 50 hingga 60 pegawai dan anggota polis berkumpul
di sepanjang laluan menghala ke kediaman itu. Suasana seolah-olah pihak polis
sedang melakukan tangkapan terhadap seorang penjenayah berbahaya yang
dikehendaki dunia.
DSN menyambut Ramadan pertama dengan penuh dukacita. Terpaksa menunggu
proses geledah sehingga 18 jam tanpa rehat. Besar dugaannya.
Kesemua barang-barang persendirian seperti beg tangan dan barangan kemas yang
bernilai RM114juta dan dikaitkan dengan IMDB dirampas.
Bonda DSN, Allahyarhamah Tun Rahah, anak-anak, cucu, menantu semuanya
diganggu-gugat tanpa belas ihsan. Tak tenang hidup dibuatnya.
Pada 20 Mei 2021, segala perbuatan terkutuk PH terjawab.
Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114
juta dirampas dari Pavillion Residences [https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/!mdb-mahkamah-tinggi-tolak-permohonan-kerajaan-lucut-hak-dana-aset-
rm 114-juta-dirampas-dari-pavillion-re sidences-298901].
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika menyampaikan keputusannya berkata,
Pejabat Peguam Negara gagal membuktikan kebarangkalian kemungkinan wang itu
dari 1MDB.
Tambahnya lagi, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan wang berkenaan
datang daripada hasil aktiviti pecah amanah jenayah (CBT).
Ini membuktikan dakwaan ini sebagai fitnah jahat PH terhadap DSN.
PAGE 150